kebudayaan dan perpaduan Flipbook PDF

kebudayaan dan perpaduan
Author:  n

54 downloads 1681 Views 6MB Size

Story Transcript

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN ‘SILANG BUDAYA PUPUK PERPADUAN’

KEBUDAYAAN di Malaysia

2020

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Malaysia

merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Oleh disebabkan itu, Malaysia memiliki pelbagai jenis kebudayaan yang berbeza – beza. Walaubagaimanapun, Malaysia masih hidup dalam keadan aman dan damai. Antara tiga kaum utama yang telah wujud di negara harmoni ini ialah Melayu, Cina dan India

> Melayu

> Cina

merupakan kaum yang mempunyai komuniti terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.

Mewaikili 25% daripada penduduk Malaysia

POPULASI PENDUDUK DI MALAYSIA Lain - Lain 14% India 7%

Cina 25%

Melayu 54%

3

definisi kebudayaan Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sankskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

Keseluruhan cara hidup manusia, sama ada dalam bentuk fikiran,kepercayaan,perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang di terima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun.

Merupakan perkongsian suatu masyarakat Diwarisi secara turun temurun

Kewujudan nilai-nilai tertentu CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

Mengikut keadaan bentuk muka bumi

Tidak dapat berpisah dengan bahasa Diperolehi melalui proses pembelajaran

Sumber: http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-2-budaya.html

4

BAHASA PERTUTURAN

Antara Bahasa yang terkumpul Di negara ini adalah:

Kaum India

Kaum Melayu

Kaum Cina

Bahasa Tamil dan Bahasa Hindi

Bahasa Melayu.

Bahasa Kantonis dan Bahasa Mandarin

“ Silang Budaya Pupuk Perpaduan ” Sudah terang lagi bersuluh, di Malaysia telah menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi serta menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Hal ini memberi kemudahan kepada rakyat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa pertuturan lain juga telah diberi keutamaan kepada setiap bangsa sendiri.

https://www.researchgate.net/publication/269223543_PERPADUAN_ ETNIK_MENERUSI_PENGGUNAAN_BAHASA_MELAYU

5

Sambutan pelbagai hari perayaan juga menjadi punca utama perpaduan kaum dapat terbentuk.

Melayu • Hari Raya Aidilfitri • Hari Raya Aidiladha

Cina • Sambutan Tahun Baru Cina

India • Sambutan Deepavali • Sambutan Thaipusam

Perayaan lain • Krismas • Hari Gawai • Kaamatan

Aktiviti yang dapat diikuti adalah mengadakan Rumah Terbuka. Misalnya, rumah terbuka dapat dijadikan sebagai platform untuk mengenali budaya, adat resam dan cara – cara perayaan sesebuah kaum tersebut. Hal ini, dapat memupuk amalan ziarah-menziarahi dan semangat kejiranan.

Sumber : [email protected]

6

Sekolah Kebangsaan

Perpaduan dalam kebudayaan dapat dilihat di Kawasan sekolah adalah kerana, generasi muda dapat berinteraksi dan bergaul dengan rakan sekolah yang berbilang bangsa,sebagai contoh di Malaysia mempunyai tiga jenis sekolah,iaitu:

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SEKOLAH Pada zaman ini ramai kaum Melayu atau India telah bersekolah di sekolah berlainan bangsa.Sebagai contoh,pelajar Melayu yang bersekolah jenis kebangsaan Cina.Mereka dapat mengenali perbezaan cara dan waktu pembelajaran di sekolah tersebut.Malah mereka juga akan belajar Bahasa tambahan,sebagai contoh,Bahasa Mandarin yang merupakan Bahasa pertuturan bangsa Cina.

Perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi, seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri.

7 Sumber: https://www.academia.edu/6870847/sekolah_ pembentuk_perpaduan

Selain itu,kepebagaian agama di Malaysia juga perlu di beri keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian,saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia.

Masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

AGAMA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kukuhkanperpaduan-melalui-kepelbagaian-agama-208568

8

Festival ini menjadi acara terbaik dalam mengukuhkan perpaduan kaum sedia ada bagi membolehkan masyarakat setempat hidup dalam suasana harmoni bersama satu sama lain.

Orang ramai yang mengunjungi festival boleh menjangkakan pelbagai acara seperti persembahan kebudayaan,pameran pakaian,jenis makanan dan permainan.Festival ini diadakan khusus untuk membendung perpaduan dalam berbilang kaum.

FESTIVAL KEBUDAYAAAN

Pakaian Persembahan kebudayaan

Jenis-jenis makanan

Sumber: https://www.utusanborneo.com.my

9

REFLEKSI Tugasan telah diberikan kepada kami merupakan e-folio iaitu perlu menghasilkan emajalah. Kami telah menghasilkan e-majalah menggunakan perisian Microsoft Words dan iflips dan perlu disiapkan selama empat minggu.

Sepanjang menyiapkan e-majalah ini apa yang kami dapat ialah: 1. Mengetahui bagaimana membuat majalah bertajuk kebudayaan dan perpaduan menggunakan platform Google untuk mencari informasi serta mengedit menggunakan perisian Microsoft Words. Majalah yang kami sediakan mempunyai 12 halaman bercetak,isi kandungan yang merangkumi faktor kebudayaan yang dapat memupuk perpaduan dalam pelbagai etnik serta gamba-gambar yang dapat dijadikan sebagai contoh dan bukti. 2. Kami juga tahu kepentingan untuk menyatakan atau menitikberatkan sumber rujukan untuk mengelakkan plagiat. Antara sumber rujukan kami ialah https://www.utusanborneo.com.my .Kami juga sentiasa memastikan kesahihan sumber dengan membuat penyelidikan dari beberapa sumber yang lain serta kami juga telah mencetak link yang diberikan.

3. Seterusnya kami mengetahui penting untuk bekerja berkumpulan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu sebagai contoh kam telah membahagikan tugas secara sama rata. Kami sebulat suara untuk saling bergabung idea dan menerima pendapat masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dan berbincang mengenai penghasilan e-folio ini.

Antara komen-komen konstuktif serta cadangan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di masa akan datang untuk tugasan ini ialah: 1. Kami mencadangkan supaya platform yang kami gunakan ini dapat diperluaskan kepada semua pelajar. 2. Penggunaan aplikasi ini juga dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih inovatif dan mendapat percambahan idea baharu. 3. Pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan IT kerana penekanan untuk mencari pelbagai sumber.

Semoga majalah yang dihasilkan oleh kami ini mampu memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam memupuk kebudayaan dan perpaduan. Kami berharap dengan majalah yang kami sediakan ini juga dapat memberikan semangat kepada masyarakat dalam memupuk perpaduan di dalam diri masing-masing.

10

Cantik Bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu, Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup Bersatu.

“PENUTUP KATA Tuan puteri dari kayangan,

TERTAKLuK

DALAM

Senyuman manis seperti madu,

Rangkap

Bermacam-macam keturunan bukan halangan,

PANTUN”

Untuk membina bangsa yang padu.

Nama Pelajar :

Nama Pelajar :

Nur Natasha Binti Mohamad Idris

Nur Nilam Sari Binti Mohd Suhaimi

15DPM20F1022

15DPM20F1018

Nama Pensyarah : Puan Siti Nadiah Bt. Mohd Sadali@Salim

11

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.