Keluarga Flipbook PDF

Buku Bacaan Siri 1 Buku 3
Author:  P

18 downloads 136 Views 8MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

KATA-KATA ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Transformasi. Saya dengan rasa penuh sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan Buku Bacaan Siri 1. Saya amat yakin kejayaan menghasilkan buku bacaan ini adalah gabungan pengalaman, kerjasama serta penghayatan agenda Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan menerusi pemikiran dalam dimensi baharu dalam kalangan Guru Pemulihan Khas . Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada kecemerlangan akademik terutama penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Pelbagai alternatif strategik dibina bagi memastikan semua murid khususnya tahap satu sekolah rendah boleh membaca dengan lancar. Bagi menjayakan cita-cita semua murid tahap satu boleh membaca dengan lancar dalam tempoh masa yang lebih singkat maka semua Guru Pemulihan Khas diminta memastikan semua murid Program Pemulihan Khas memanfaatkan sepenuhnya buku ini. Keprihatinan ibu bapa atau penjaga juga amat diperlukan dalam memastikan cita-cita murni Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ‘Semua Murid Tahap Satu Boleh Membaca dengan Lancar’ dapat dicapai dengan jayanya. Sekian, terima kasih. ‘ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA’

SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGENALAN

Ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. Diharap dengan penggunaan bahan bacaan ini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca khususnya murid-murid Pemulihan Khas secara terancang mengikut kaedah pengajaran bacaan Bahasa Melayu. Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid.

Perkataan-

perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid . Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut kesesuaian . Siri 1 - Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk. - Memuatkan kemahiran 5 – 15. - Sukukata berwarna. - Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri . Siri 2 -Mengandungi 10 siri buku. -Bermula kemahiran 16- 32. -Suku kata tidak berwarna. Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan mudah tetapi berkesan dalam membantu muridmurid belajar membaca dan memahami apa yang dibaca. Buku ini juga diharap dapat menarik dan menggalakkan murid-murid pemulihan untuk membaca.

Sani dan Sara ada bapa. Bapa Sani nama Mahadi. Bapa Sara nama Johari. 1

Sani dan Sara juga ada ibu. Ibu Sani nama Mahani. Ibu Sara nama Rohana. 2

Sani dan Sara ada adik. Adik Sani nama Hatan. Adik Sara nama Haris. 3

Sani dan Sara ada kakak. Kakak Sani nama Salma. Kakak Sara nama Salwa. 4

Sani dan Sara ada datuk. Datuk Sani nama Haji Harun. Datuk Sara nama Haji Razak. 5

Mereka juga ada nenek. Nenek Sani nama Hajah Aminah. Nenek Sara nama Hajah Latifah. 6

Rumah datuk dan nenek Sani di Desa Jaya. Rumah datuk dan nenek Sara pula di Desa Putera. 7

Bapa Sani ada kereta. Kereta bapa Sani warna biru. Bapa Sara pula ada van. Van bapa Sara warna kelabu.

8

Bapa Sani pandu kereta pergi kerja. Bapa Sara pandu van ke pasar tani. Bapa mereka pandu kereta dan van pada waktu pagi. 9

Sani bantu bapa cuci kereta. Sara bantu bapa cuci van. Mereka kasih kepada ibu dan bapa.

10

Perbendaharaan kata : van

ibu

pagi

bapa

adik

tani

biru

haji

kakak

datuk

nenek

hajah

pandu

warna

pergi

kerja

bantu

waktu

kereta

kelabu

kasih

rumah

pasar

Desa Jaya

Desa Putera

11

Latihan. 1. Bapa Sani nama ____________ . 2. Ibu Sara nama ____________ . 3. Rumah datuk dan nenek Sani di __________. 4. Rumah datuk dan nenek Sara di __________. 5. ____________ bapa Sani warna biru. 6. Van bapa Sara warna _____________.

12

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.