KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 - VERSI SATU KHUTBAH E Flipbook PDF

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 - VERSI SATU KHUTBAH E
Author:  z

18 downloads 198 Views 451KB Size

Recommend Stories


Bastidan ere hari gara
1 C Bastidan ere hari gara reemos que Bastida necesita un cambio, aire nuevo, nuevas ilusiones, luchar por su futuro...por nuestro futuro. Estamos

Università degli Studi di Torino Dipartimento di Lingue e Letterature Straniere e Culture Moderne
Università degli Studi di Torino Dipartimento di Lingue e Letterature Straniere e Culture Moderne 1 2 Hora fecunda Scritti in onore di Giancarlo

Story Transcript

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 SEMANGAT HARI RAYA : MENGHADAPI CABARAN HIDUP BERSAMA KELUARGA Versi Satu Khutbah Bagi yang memegang pendapat khutbah hari raya hanya satu khutbah dan dimulai dengan ALHAMDULILLAH bukan ALLAHU AKBAR, maka ini adalah versi satu khutbah sahaja dan dimulai dengan ALHAMDULILLAH. Khutbah hari raya hanya satu khutbah merupakan pendapat sebahagian muhaqqiqin seperti alImam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim dan lain-lain.

Bagi yang ingin membaca khutbah hari raya versi dua khutbah – seperti yang diamalkan oleh jumhur ulama, sila dapatkan versi dua khutbah yang disediakan di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis. https://mufti.perlis.gov.my/index.php/khutbah

Perhatian: Khutbah ini dibuat dalam bahasa yang ringkas dan mudah bagi membolehkan semua ketua keluarga yang kebanyakan mereka masyarakat awam membacanya untuk solat aidilfitri di kediaman masing-masing. Maka, versi ini amat mudah dan ringkas.

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 Versi Satu Khutbah

ِ ِ ِ ِ ‫ين‬ َ ‫ْااَْ يَاا َوال ُْم ْ َسل‬ ،‫َّا بَِّي ْع ُد‬

ِ َّ ‫ َو‬،‫ين‬ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬ َّ ‫الص ََلةُ َو‬ َ ‫ال‬ َ ‫ب ال َْعالَم‬ َ ْ َ ‫الس ََل ُم َعلَى‬ ِ ‫َِيِِّّيَا ح َّم ٍدد و َعلَى لِ ِه و حِ ِه َ م‬ ،‫ين‬ ‫ع‬ َ َُ َ َْ ْ َ َ

Keluarga yang dikasihi sekalian, Marilah kita bertakwa kepada ALLAH. Mudah-mudahan puasa yang sebulan kita laksanakan memberikan kesan kepada diri kita untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertakwa. Semoga ALLAH menerima amalan kita dan mengampuni kekurangan kita. Hari ini adalah hari kesyukuran atas kejayaan kita melaksanakan kewajipan pada Bulan Ramadan. Kejayaan kita sekeluarga beribadah dan mentaati ALLAH. Maka, hari ini ALLAH memerintahkan untuk kita meraikan kejayaan itu dengan bertakbir membesarkan ALLAH YANG MAHA BERKUASA atas segalanya.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Tahun ini kita melaksanakan solat Aidilfitri di kediaman kita sendiri disebabkan ujian ALLAH terhadap kita semua rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya. Wabak COVID 19 yang mengancam nyawa manusia. Namun, walau apapun cabaran yang kita hadapi, kita tetap bersyukur kerana kita masih lagi dapat beriman dan beribadah kepada ALLAH. Kita bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan perintah-perintah ALLAH yang lain dengan kadar keadaan yang kita hadapi. Marilah kita berdoa supaya kita sentiasa diberikan kekuatan dan hidayah oleh ALLAH untuk kita mentaatiNYA sehinggalah kita kembali kepada ALLAH nanti.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

2

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

Keluarga yang dikasihi sekalian, Kekuasaan dan kebesaran ALLAH tiada yang dapat menandingiNYA. Lihatlah, bagaimana hanya dengan virus yang tidak nampak oleh mata kasar manusia, tetapi telah mengubah pelbagai perkara dan cara dalam kehidupan kita. Negara-negara besar juga ketakutan dan bimbang dengan wabak ini. Kehidupan mereka juga berubah dan terganggu. Ini menunjukkan Allah boleh melakukan apa sahaja kepada kita, sama ada perkara yang kita duga atau tidak kita duga. Seperti mana yang kita tahu, tujuan ALLAH menguji manusia supaya manusia itu kembali kepadaNYA. Mudah-mudahan keluarga kita juga sentiasa mengingati ALLAH dalam menghadapi keadaan ini.

Keluarga yang dikasihi sekalian, Apa yang penting, dalam semua keadaan kita sekeluarga hendaklah berusaha supaya sentiasa kita tetap berpegang dengan agama. Agamalah yang akan membimbing keluarga kita di dunia dan menyelamatkan keluarga kita di akhirat. Pada hari yang bertuah ini, marilah kita berdoa agar keluarga kita bahagia di dunia ini dan juga bersama-sama mendapat kurniaan syurga di akhirat kelak.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Dalam al-Quran, ALLAH menceritakan bahawa para nabi sentiasa berpesan kepada keluarga mereka agar sentiasa mendirikan solat. Ini kerana melalui solat kita mengingati dan membesarkan ALLAH. Kita berwuduk, membersihkan diri dan tempat solat. Kita juga menumpukan jiwa kepada mengingati Allah semasa solat. Solat merupakan pembersih dan penawar untuk kehidupan kita dan penghubung antara kita dengan pencipta kita, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Kita sentiasa membaca ayat dalam Surah al-Fatihah berulang kali dalam solat kita :

ِ َ َِّ‫اا َِّي ْع ُد و‬ ‫ين‬ َ ُ َ َِّ ُ ‫اا َ ْسَع‬ (maksudnya) : “Hanya kepada ENGKAU kami mengabdikan diri, dan hanya kepada ENGKAU kami mohon pertolongan”. 3

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

Justeru, marilah kita sentiasa menyembah ALLAH dan berdoa kepadaNYA seperti mana yang ALLAH ajar kita dalam Surah al-Fatihah tadi. Dengan solat dan doa, ALLAH membimbing kehidupan kita di dunia dan mudah-mudahan kita bertemu ALLAH nanti dalam keadaan kita sekeluarga dikasihi ALLAH. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Keluarga dikasihi sekalian, Allah menyuruh kita tolong menolong, nasihat menasihati dalam perkara kebaikan, kebenaran dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan. Keluarga merupakan jamaah kecil yang mesti berperanan dalam membantu antara satu sama lain supaya kita dapat hidup dalam suasana yang ALLAH redha. Maka, marilah kita hidupkan kasih sayang antara kita dan sentiasa inginkan kebaikan antara satu sama lain. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya, dan diberkati hidupnya, maka hubungkanlah silaturrahim” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Antara amalan lain yang mendatangkan kebaikan yang banyak, menambahkan rezeki, menyelamat kita dari bala ialah beristighfar dan bersedekah. Maka, marilah kita sentiasa memohon ampun kepada ALLAH dan jika ada lebihan kita bersedekah. Inilah juga yang Islam mahu didik kita melalui zakat fitrah yang kita tunaikan baru-baru ini. Dengan kita selalu meminta ampun kepada ALLAH dan bersedekah jika ada lebihan, mudah-mudahan keluarga kita ada memperolehi pelbagai kurniaan ALLAH di dunia dan di akhirat.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Keluarga yang dikasihi sekalian, Masa berlalu begitu cepat. Hari ini sudah hari raya. Ertinya, sebulan kita telah berpuasa dan beribadah. Sekejap sahaja kita rasa, bulan puasa telah pun 4

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

berlalu. Masa tidak menunggu kita. Setiap hari masa akan berlalu pergi, usia kita juga akan bertambah. Bila tiba masanya, kita juga akan meninggalkan dunia ini. Ajal kita akan tiba dan tidak akan ditangguhkan. Apabila kita sudah berakhir di dunia ini, amalan kita akan dihitung oleh ALLAH. Apakah amalan baik atau amalan buruk yang lebih banyak dalam hidup kita?. Antara yang Allah akan soal kita di akhirat nanti ialah tentang umur kita, bagaimanakah kita telah menggunakannya. Maka, janganlah kita jadikan umur kita sia-sia berlalu pergi tanpa melakukan kebaikan. Di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita gunakanlah masa yang ada untuk perkara yang manfaat. Dalam Surah al- ‘Asr, Allah berfirman:

ِ ِ ِ ‫الصالِح‬ ِ ِْ ‫) ِ َّن‬1( ِ ‫ص‬ ‫ات‬ ْ ‫َوال َْع‬ َ َّ ‫) ََِّّل الَّذ َن َ ُوا َو َعملُوا‬2( ‫اْل ْ َسا َن لَفي ُخ ْس ٍد‬ )3( ِ ْ ‫الص‬ َّ ِ‫ْح ِّق َوتَِّي َوا َ ْوا ب‬ َ ‫َوتَِّي َوا َ ْوا بِال‬ (maksudnya) : “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Keluarga yang dikasihi, Hari raya ini ditetapkan oleh ALLAH dan RasulNYA untuk kita umat Islam. Marilah kita merayakan hari yang baik dan mulia dengan cara yang ALLAH suka. Kita elakkan perkataan-perkataan yang buruk dan tidak baik sesama kita. Kita ucapkan perkara-perkara yang menimbulkan kegembiraan antara kita. Itulah tujuan hari raya. Hari ini kita disuruh membesarkan ALLAH dan bergembira dengan nikmatNYA. Maka, marilah kita elakkan tindakan atau ucapan yang mengguris hati antara kita.

5

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

ALLAH berfirman dalam al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 53 yang bermaksud: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik, sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Dalam keadaan kita diuji dalam kehidupan ini, marilah kita sentiasa ingat bahawa selepas kematian, ada kehidupan sebenar yang jauh lebih besar dari kehidupan di dunia ini. Sesiapa keluar dari dunia ini dengan iman yang sebenar kepada ALLAH, maka kehidupan syurga yang akan menantinya. Syurga yang maha indah itu tersimpan dalamnya segala kenikmatan. Segala impian kita akan ditunaikan. Segala keinginan akan dimakbulkan. Segala derita akan terpadam dan hilang sama sekali. Tiada dukacita, tiada lagi kesedihan, tiada lagi kesakitan. Hanya yang ada kebahagiaan dan kenikmatan. Hal ini wajib kita imani. Sementara sesiapa yang keluar dari dunia ini dengan kekufuran, penderhakaan kepada ALLAH dan kezaliman kepada hamba-hamba ALLAH yang lain, maka azab neraka yang akan menantinya. Azab yang maha dahsyat. Tiada lagi kematian, yang ada hanya derita, kesengsaraan, kesakitan, kesedihan dan segala kedukaan. Maka, segala ujian di dunia ini adalah kerdil dan kecil dibandingkan janji ALLAH YANG MAHA AGUNG. Pada hari raya ini kita bersyukur serta memuja dan memuji ALLAH. Kita mengharapkan ALLAH memberikan kebahagiaan untuk kita sekeluarga di dunia dan di akhirat.

ِّ ‫َ الِ ِ َِّي ْوِم‬ ‫الد ِن‬ (maksudnya) : “ALLAH yang Menguasai Hari Pembalasan”.

6

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB 2020 – VERSI SATU KHUTBAH

Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita, dan dosa kaum muslimin dan muslimat. “Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami. Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu. Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU. Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau. Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhikan kami dari hal itu melainkan Engkau. Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami dari bencana kemusnahan dan kerosakan. Bimbinglah kami, para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh.

Alhamdulillah rabbil ‘alamin

7

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.