Data Loading...

Mendidik anak juga perlu seimbang Flipbook PDF

Mendidik anak juga perlu seimbang


139 Views
56 Downloads
FLIP PDF 39.38KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Mendidik anak juga perlu seimbang. Di samping memberi perhatian kepada abang, si adik juga perlu diajar untuk menghormati hak orang lain. Ajar nilai ini ketika mereka berdua bermain. “Beritahu mana satu barang kepunyaan abang yang boleh dipinjam dan jelaskan mengenai tanggungjawab untuk memulangkan kembali apabila diminta. “Ibu bapa kena ajar anak memahami peranan pemberi dan peminjam. Dengan mencipta suasana positif sebegini, adik akan tahu itu bukan haknya dan abang akan yakin dia tidak akan kehilangan barang disayangi,” katanya. Melabel juga tidak terkecuali bagi ibu bapa yang memiliki anak kembar. Walaupun ibu ayah membeli setiap orang satu permainan, tetapi ia masih perlu dilabel supaya mereka betul-betul rasa yakin dan selamat. “Kalau ibu bapa bersikap peka, berkongsi akan mengajar anak untuk memahami banyak nilai baharu yang positif. Tunjukkan mereka kelebihan berkongsi. Umpamanya, kalau mereka sanggup berkongsi, permainan akan jadi lebih banyak. Apabila habis bermain, ajar mereka simpan barang masing-masing,” katanya.