Data Loading...
MINIT SN 1-13 Flipbook PDF
MINIT SN 1-13
132 Views
63 Downloads
FLIP PDF 148.81KB
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING MERSING, JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BILANGAN : 1
Tarikh
: 7 Februari 2013
Masa
: 11:45 – 1:15 tengahari
Tempat
: Bilik Mesyuarat, SK Sri Mersing
Pengerusi
: Pn Farawahida Bt Mohd
Kehadiran
: 8/8
TAHUN : 2013
1. PERUTUSAN PENGERUSI Tahniah kepada semua guru kerana dapat hadir. Tahniah kepada semua guru mata pelajaran Sains kerana peratus kellusan meningkat berbanding tahun 2011. Puan Farawahida bt Mohd selaku pengerusi panitia Sains mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru Sains kerana memberi kepercayaan kepada beliau dengan perlantikan sebagai pengerusi yang baru menggantikan Puan Intan Zuriana Bt Mohd Saip yang telah melepaskan jawatan kerana dilantik sebagai Penyelaras Kelas Terancang 2013.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Dibentang oleh
: Pn Zuraidah binti Yaacob
2.2 Dicadangkan untuk mengesahkan oleh
: Pn Norazlina binti Abd Aziz
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh
: Pn Jubidah binti Mahmod
3. PERKARA BERBANGKIT Tiada
1
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
4. PENGURUSAN P&P – RPT, PLAN-J, RPH Proses Pembelajaran dan Pengajaran yang telah dirancang perlu dilaksanakan 100% berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan
4.1 Buku Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi yang di audit. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mestilah mengandungi Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang terkini. 4.2 Buku Rekod Mengajar boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 4.3 Buku Rekod Mengajar perlu dihantar ke pejabat pada setiap hari Jumaat atau selewatlewatnya pada pagi Isnin untuk disemak oleh pentadbir. Setiap guru juga perlu menandatangan borang penghantaran buku Rekod Mengajar (PK03/1) 4.4 Setiap guru bertanggungjawab atas keselamatan, kekemasan dan kebersihan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 4.5 Penulisan RPH bagi guru-guru KSSR yang mengajar Tahap 1 (Tahun1,2&3) adalah dalam bentuk folio. Walaubagaimanapun, guru yang mengajar Tahap 2 (Tahun4,5&6) adalah digalakkan menggunakan folio. 4.6 Guru-guru yang menggunakan folio perlu memastikan semua maklumat yang ada dalam Buku Rekod Mengajar wujud dalam folio termasuklah pekeliling, maklumat guru, jadual waktu dan lain-lain. 4.7 Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran perlu ditampal dalam Buku Rekod Mengajar. Tajuk-tajuk yang diajar perlu dinyatakan dalam minit mesyuarat. Tajuk terlibat boleh ditaip bergantung kepada persetujuan panitia masing-masing. 4.8 Setiap guru mesti menulis impak setiap kali selesai pengajaran dilakukan. Guru-guru yang menyediakan RPH secara cetakaan berkomputer juga perlu menulis tangan bagi catatan impak. Impak tidak boleh bercetak computer. Penulisan impak mestilah berdasarkan bilangan murid bukannya peratus. Misalnya:
Contoh penulisan impak yang betul •
25/30 orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul
2
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
•
5/30 orang murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan akan diberikan soalan tambahan sebagai pengukuhan.
Contoh penulisan impak yang salah •
P&P berjalan lancar
•
Kaedah pengajaran kurang berkesan dan perlu menukar teknik pengajaran
•
20% murid dapat menjalankan tugasan yang diberikan
Rujukan :
Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1999 (Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran) Makluman Semua Guru
5. ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 Analisis Peperiksaan akhir Tahun 2012 adalah seperti berikut: TAHUN 4 %
TAHUN 5
%
%
LULUS GAGAL LULUS 53.79
5.1 Tahniah
kepada
semua
46.21
guru
64.70
atas
% GAGAL 35.30
pencapaian
matapelajaran
Sains
yang
memberangsangkan. Ini adalah kerana kerjasama semua pihak. Harap usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada tahun ini bagi membantu meningkatkan prestasi murid. Makluman
6. ANALISIS PENCAPAIAN UPSR SAINS 2012 6.1 Berikut adalah analisa peratus lulus dan gagal murid bagi peperiksaan UPSR dari tahun 2009 hingga 2012. Panitia Sains berharap agar semua guru matapelajaran Sains akan berganding bahu bagi mengekalkan dan meningkatkan lagi peratus kelulusan. Sasaran kualiti 100% akan hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak. Pengerusi berharap Panitia Sains akan mencapai sasaran iaitu 100% murid lulus mata pelajaran Sains. Makluman UPSR 2009
UPSR 2010
UPSR 2011
3
UPSR 2012
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
%
%
%
%
%
%
%
%
LULUS
GAGAL
LULUS
GAGAL
LULUS
GAGAL
LULUS
GAGAL
87.76
12.24
93.14
6.86
94.44
5.56
91.76
8.24
6.2 Berikut adalah analisa bilangan murid mendapat A dalam mata pelajaran Sains dari tahun 2009 hingga 2012. Pengerusi mensasarkan 70 orang murid bakal mendapat A bagi matapelajaran Sains pada tahun ini.
UPSR 2009 Bil A
Jum
UPSR 2010 Bil A
calon 53
196
UPSR 2011
Jum
Bil A
calon 46
Jum
UPSR 2012 Bil A
calon
175
37
162
Jum calon
35
171
7. PENGURUSAN HEADCOUNT 2013 7.1 Proses masuk markah bagi headcount 2013 akan dijalankan oleh J/K Headcount sekolah. Semua guru matapelajaran hanya perlu menetapkan sasaran
(ETR) bagi
murid masing-masing. Makluman 7.2 Bagi murid Tahun 4, TOV yang akan digunakan bagi 2013 adalah markah bagi Ujian Bulanan Mac 2013, bukan markah mata pelajaran Sains Peperiksaan Akhir tahun seperti sebelum ini. Ini kerana terdapat perbezaan yang ketara berhubung format ujian murid tahap 1 dan tahap 2. Makluman
8. PROGRAM PANITIA SAINS 2013 8.1 Program Kecemerlangan UPSR akan terbahagi kepada dua iaitu sasaran kualiti dan kuantiti. Bagi sasaran kualiti, panitia akan menyediakan modul yang mensasarkan kepada 3 kelas pertama (Bestari, Karisma dan Kamil) untuk memastikan murid mencapai A dalam matapelajaran Sains. Modul ini merupakan modul bagi Program Elit. Modul perlu disediakan.
Tindakan : Setiausaha Panitia
4
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
8.2 Bagi sasaran kuantiti pula, panitia akan memberi lebih tumpuan dan penekanan kepada 2 kelas akhir (Sarjana dan Sufi) bagi membantu murid sekurang-kurangnya lulus dalam UPSR. Program ini dipanggil Sifar Gagal. Modul perlu disediakan. Tindakan : Setiausaha Panitia
9. PENILAIAN KERJA AMALI SAINS (PEKA) 9.1 Ketua pentaksir PEKA bagi sekolah SKSM ialah Pn Hapizah bt Md Taib. Jawatan ini diserahkan kembali kerana Pn Farahwahida telah dilantik sebagai Pengerusi Panitia Sains. Makluman 9.2 Pengerusi mengingatkan bahawa semua murid yang berpindah perlu membawa fail PEKA bersama. Oleh itu, semua guru perlu bersedia dan sentiasa mengemaskini fail PEKA. Makluman 9.3 Modul PEKA bagi semua murid Tahun 3 hingga 6 sudah siap direzo. Semua guru Sains perlu mengambil modul mengikut bilangan murid masing-masing. Fail PEKA murid perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran tahun ini. Tindakan : Semua guru Sains 10. PENYELIAAN GURU 10.1 Semua guru akan dicerap dan diselia oleh pihak pentadbir minimum dua (2) kali setahun. Pencerapan akan dilakukan menggunakan Borang PK 04/3 10.2 Sila rujuk Jadual Penyeliaan Guru 2013 yang telah diedarkan bagi mengetahui pencerap masing-masing. 10.3 Pencerap adalah terdiri daripada: a) Guru Besar
- YM Raja Mazlan Bin Raja Latife
b) Guru Penolong Kanan 1
- En. Mohd Fadzilah Bin Mohd Ali
c) GPK Hal Ehwal Murid
- Pn. Hjh Rohani Bt Ghaper
d) GPK Ko-Kurikulum
- Pn. Rizana Bt Mat Jelis
e) Pengerusi Panitia BM
- Pn. Suraya Bt Omar
f)
- Pn. Dahlia Bt Mohd Salleh
Pengerusi Panitia BI
5
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
g) Pengerusi Panitia MT
- Pn. Olly Rozita Bt Mohamed Zain
h) Pengerusi Panitia SN
- Pn. Farawahida Bt Mohd
i)
- En. Abd Razak Bin Isnin
Pengerusi Panitia PI
Edaran :
Jadual Penyeliaan Guru 2013 SK Sri Mersing
11. PENGURUSAN MEDAN ILMU 11.1 Pada tahun ini sekolah akan mewujudkan medan ilmu di kantin. Setiap panitia akan diberikan sebuah meja. Meja tersebut perlu dilengkapkan dengan info terkini berkaitan panitia masing-masing. Program ini bertujuan untuk membantu murid menambah ilmu dan mengisi masa lapang pada waktu rehat.
Tindakan : Pn Farawahida dan Cik Yong Lee Chee
12. ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan bagi Panitia sains adalah seperti berikut: BIL
PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2013 JUMLAH PERUNTUKAN DITERIMA RM 2222.40
1.
CARTA
RM 300.00
2.
BUKU RUJUKAN
RM 300.00
3
BUKU LATIHAN
RM 322.00
4
PROGRAM BERUNSUR PENDIDIKAN
RM 200.00
5
KECERIAAN BERUNSUR PENDIDIKAN
RM300.00
6
BAYARAN PENCERAMAH UPSR
RM 200.00
7
ALATAN TULIS
RM 200.00
8
SUMBANGAN
HARI
ANUGERAH
RM 100.00
CEMERLANG
JUMLAH
RM 2222.40
6
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK SRI MERSING 1/2013
Sekiranya para guru memerlukan bahan bantu mengajar dan apa-apa keperluan yang berkaitan PnP, sila rujuk Pengerusi Panitia untuk mengetahui tentang peruntukan kewangan. Sila isi nota minta untuk pembelian barang-barang.
13. HAL-HAL LAIN 13.1
Bilik Sains perlu digunakan semaksimum mungkin bagi membiasakan murid
dengan suasana pembelajaran di makmal sains. Jadual penggunaan makmal sains akan digubal berdasarkan jadual waktu semasa. Rekod penggunaan makmal sains dan alatan/radas perlu dicatatkan pada buku yang telah disediakan. Tindakan : Penyelaras Bilik Sains
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1: 15 tengahari
Disediakan oleh :
Disemak oleh :
...............................
.............................................
( ZURAIDAH BT YAACOB )
(FARAWAHIDA BT MOHD)
Setiausaha Panitia Sains
Pengerusi Panitia Sains,
SK Sri Mersing,
SK Sri Mersing,
Mersing
Mersing
Tarikh diminitkan : 15/02/2013
7