Data Loading...

mpu 23072 pelancongan & hospitality Flipbook PDF

mpu 23072 pelancongan & hospitality


144 Views
40 Downloads
FLIP PDF 6.33MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

MPU 23072 PELANCONGAN & HOSPITALITY

ar-Rahnu NOOR SHAHIDATUL SHAHIRA BINTI ABDUL RAZAK (29DUP20F2015) NURUL AMISYA ATHIRAH BINTI HARISH (29DUP20F2014)

apakah itu Ar-Rahnu ?

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai. Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Konsep Ar-Rahnu.

1.Qardhul Hasan. Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj selain daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh diambil oleh pembiaya terhadap peminjam..

2.Wadiah Yad-Dhamanah. Pembiaya bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku sebarang kehilangan, pembiaya akan bertanggungjawab untuk menggantikan semula emas tersebut.

3.Al-Ujrah. Di dalam kontrak Ujrah, pembiaya dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai upah menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah upah simpan yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi pembiaya.

Konsep Ar-Rahnu

Mengapa kita perlu memilih ar-rahnu ?

kenapa ar-rahnu? 1.Proses yang mudah dan cepat.

2.Kurang risiko ‘Non Performing Loan’

Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.

Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh lagi 3 ke 6 bulan.

3. Pembayaran yang fleksibel Apa yang menariknya dengan ArRahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga tempoh penebusan.

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai konvensional. Sebagai contoh, ArRahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.

Thank you!