Data Loading...

NUR IMAN SAFFIYA BINTI MOHD ZAHARUDIN - 3 ZUHRAH Flipbook PDF

PERTANDINGAN BUKU DIGITAL KEPELBAGAIAN KAUM DI MALAYSIA TEMPAT KEDUA TAHUN 3


121 Views
26 Downloads
FLIP PDF 1.6MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, wujud perbezaan diantara masyarakat di Malaysia seperti bahasa, cara hidup, ekonomi, politik, tempat tinggal dan hubungan sosial. Di semenanjung, penduduk asal adalah orang melayu manakala sabah dan Sarawak pula terdapat beberapa bangsa yang menjadi penduduk asal dikenali bumiputera (pribumi) Penduduk-penduduk lain ialah cina, india, baba nyonya dan orang asli.

Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.

AGAMA Merupakan kaum terawal yang merupakan kaum majoriti. Keseluruhan orang melayu ditanah melayu menganut agama islam yang dibawa masuk ke tanah melayu pada abad ke-14 atau ke-15. Kerajaan Melayu Melaka merupakan pusat penyebaran agama islam yang terkenal. Agama islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan konsep keesaan Tuhan dan kepercayaan kepada tuhan yang satu. Dalam agama ini, Al-Quran menjadi asas perundangan yang utama bersama-sama hadith dari Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

ALAT MUZIK Adat dan budaya masyarakat melayu mempunyai nilai-nilai kesenian yang sangat tinggi nilainya. Ini dapat dinilai berdasarkan kepada warisan instrument-instrument muzik yang diturunkan kepada masyarakat melayu kita. Jenis-jenis alat muzik tradisional Melayu ialah :

Kompang

Gendang

Gambus

MAKANAN TRADISIONAL

Kuih kuih

Ketupat

Nasi Lemak

Lemang

Wujud sejak dari zaman kesultanan melayu melaka. Meningkat semasa kedatangan British ke tanah melayu terutamanya ketika pengambilan Pulau pinang dan singapura. Di Johor, kedatangan orang cina pada tahun 1925-62 adalah atas galakan Temenggung Ibrahim untuk tujuan membuka ladangladang gambir dan lada hitam.

AGAMA Kedatangan masyarakat Cina Ke Tanah Melayu telah merubah struktur kemasyarakatan Mereka Turut membawa masuk agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat cina adalah Taoisme iaitu sistem falsafah dan keagamaan masyarakat cina. Taoisme bermaksud “JALAN” dan sebagai satu sistem falsafah. Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. Dua ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu . Ajaran ini terbahagi kepada 2 iaitu Cult of Immortality dan Way of the Heavenly Teacher.

ALAT MUZIK Antara alat-alat muzik tradisional bagi masyarakat Cina ialah :

Dagu

Yang Qin

Pipa

MAKANAN TRADISIONAL

Kuih Bulan

Kuih Pau

Yee Sang

Dim Sum

Kedatangan orang India adalah sebagai pedagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman Kerajaan Melaka, pengaruh Tamil-Muslim berperanan penting dalam sistem pemerintahan; malahan terdapat penempatan orang India di Melaka yang dikenali sebagai Kampung Kling. Ketika pendudukan Pulau Pinang oleh Inggeris, banyak orang India yang berhijrah dan bekerja di ladang tebu atau sebagai pekerja domestik. Di peringkat awal, sebahagian besar daripada penduduk India di Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang berasal dari India Selatan (Tamil Nadu).

AGAMA Masyarakat india yang datang ke Tanah Melayu turut mengamalkan agama dan budaya yang diamalkan oleh mereka dari tanah air asal lagi. Agama paling banyak dianuti oleh masyarakat india adalah agama Hindu. Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakat dan memberi kepuasan kepada nenek moyang serta tuhan-tuhan. Agama hindu adalah berbentuk politestik iaitu mempunyai banyak tuhan.

ALAT MUZIK Antara alat-alat muzik tradisional bagi masyarakat India ialah :

Tabla

Veenai

Dohlak

MAKANAN TRADISIONAL

Muruku

Idli

Vadei

Tosai

PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK

Penduduk di Sabah dan Sarawak adalah berbilang bangsa. Perbezaan dapat dilihat dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Terdapat 23 suku kaum di Sabah, namun antara suku kaum yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Suluk dan Orang Brunei. Kebanyakan daripada mereka nerasal dari Kalimantan, Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu serta dari Brunei. Di Sarawak antara suku kaum yang terkenal ialah Melayu Sarawak, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.

AGAMA Masyarakat Melayu Sarawak pula masih berpegang pada ajaran Islam dan mereka juga percaya pada pantang larang tertentu. Masyarakat Melanau pula asalnya adalah pagan iaitu tidak mempunyai agama tertentu tetapi kini ekoran pemerintahan Kesultan Brunei dan keluarga Brooke,mereka telah memeluk Islam dan Kristian. Masih mempercayai kuasa ghaib dan kuasa luar biasa. Menurut kepercayaan masyarakat Melanau, dunia ini terbahagi kepada tiga lapisan yang setiap satunya dijaga oleh kuasa ghaib.Ia dikenali sebagai jin, ipok, amow, tow, dan during.

ALAT MUZIK Antara alat-alat muzik tradisional bagi masyarakat India ialah :

Sape

Sompoton

MAKANAN TRADISIONAL

Ambuyat

Hinava

Peganan

Kek Lapis Sarawak

BABA NYONYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Mereka juga dapat ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung (Ranong) .Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan.

ORANG ASLI Masyarakat Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi walaupun sudah, memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan makhlukmakhluk ghaib di alam semesta ini. Ketika menyambut hari-hari kebesaran masyarakat mereka, amalan mengubat penyakit tetap dibuat secara tradisi yang melibatkan jampi serapah diiringi dengan tarian tertentu. Oleh yang demikian, jika diteliti kebanyakkan bentuk tarian dan nyanyian mereka bukan sekadar hiburan, malah peranannya lebih jauh dari itu. Nyanyian dan tarian digunakan sebagai perantara untuk mengubat penyakit, menghalau hantu serta mengawal keselamatan kampung daripada diganggu makhluk lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

NUR IMAN SAFFIYA BINTI MOHD ZAHARUDIN 3 ZUHRAH