PAMERAN BERTEMA 1 -KEISTIMEWAAN BULAN REJAB Flipbook PDF

PAMERAN BERTEMA 1 -KEISTIMEWAAN BULAN REJAB
Author:  S

100 downloads 176 Views 14MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

LITERASI MAKLUMAT PSS ZA'ABA SMK IBRAHIM FIKRI

Pameran Bertema

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB 1442

LITERASI MAKLUMAT PSS ZA'ABA SMK IBRAHIM FIKRI

Pameran Bertema

Keistimewaan Bulan Rejab

MAKSUD REJAB Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

DOA AWAL REJAB َ ‫ﺐ َو‬ َ ‫ك‬ ‫ﱠ‬ َ َ ْ َ ‫ﺷـﻌْ َﺒ‬ ُ ‫ﺎن‬ ‫ﻓ‬ ‫ﺎ‬ ‫ﻨ‬ ‫ﻟ‬ ‫َﺎر‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﻟﻠ‬ ‫ا‬ ِ َ ‫ﻲ َر‬ ‫ﱠ‬ َ ‫ﺟ‬ ِ ْ ْ ‫“ َوﺑَﻠﱢ‬Ya Allah, َ ‫ـﻐ َﻨﺎ َر َﻣ َﻀ‬ ‫ﺎن‬ berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

MENGAPA BULAN INI DIAGUNGKAN? Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”Surah atTaubah:36

Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab? Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab? Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah alBaqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah s.a.w atau pada tahun 615M. Baginda memerintahkan untuk berhijrah kerana tekanan dan ancaman musuh Islam kepada Baginda sendiri dan umat islam ketika itu.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB Israk Mikraj merupakan perjalanan Rasulullah S.A.W yang bermula dari Masjidil Haram menuju Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Israk Mikraj juga itu merupakan cara Allah ‘menghiburkan’ Rasulullah s.a.w yang pada tahun sama kehilangan isteri kesayangannya iaitu Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudara Baginda yang paling rapat, Abu Thalib.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB Peperangan Tabuk

Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9H dan menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu.Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w dan merupakan peperangan terakhir baginda. Peperangan ini dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah kerana kegerunan pasukan musuh yang menawarkan perdamaian dalam peristiwa itu.Perang ini sebenarnya menguji kekuatan dan semangat umat Islam dalam mempertahankan keimanan dan maruah agama Islam.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB

Pembebasan Dan Kejatuhan Baitul Maqdis Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun.Namun, kota itu ditawan kembali oleh musuh Islam dan memerintahnya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 58H.Panglima Salahudin alAyyubi bersama-sama pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan kota al-Quds yang telah lama dikuasai oleh pasukan Salib itu.Dengan kejayaan itu, umat Islam akhirnya kembali hidup di bawah pemerintahan Islam selepas beberapa puluh tahun di bawah belenggu penjajahan Kristian.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB Lahirnya Imam Syafie Imam Syafie adalah seorang tokoh yang diumpamakan sebagai permata bagi umat Islam. Beliau dilahirkan pada 150H, bersamaan 767M di Gaza, Palestin.Imam Syafie merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan kehebatan memang tidak boleh disangkalkan lagi. Peninggalan beliau yang paling berharga adalah kitab hasil karyanya, iaitu alUmm.Kebijaksanaan Iman Syafie dalam bidang keilmuan sangat dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN REJAB Penghapusan Sistem Khilafah

Selepas 760 tahun pembebasan wilayah Baitul Maqdis pada 28 Rejab 1342H atau pada 3 Mac 1924, sistem khalifah akhirnya dimusnahkan oleh seorang pemerintah sekular di Turki bernama Mustafa Kamal Pasha Atartuk.Kesannya, konsep pemerintahan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w telah hilang dan wilayah Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam.Bahkan pemerintahan secara berkhalifah diganti dengan cara ideologi Kapitalisme-Sekularisme yang menjurus ke arah kebaratan iaitu pemerintahan Republik.Pelbagai perubahan dilakukan sehingga membawa kepada penghinaan kepada agama Islam, bahkan umat Islam yang berada dalam satu wilayah kekuasaan pemerintahan telah terpecah.Wilayah Islam juga dipecahkan menjadi negerinegeri kecil sebagai memenuhi konsep nasionalisme.

"Menuntut ilmu kerana Allah adalah suatu ibadah" SILA JAWAB SOALAN KUIZ SELEPAS MENONTON PAMERAN BERTEMA INI. HADIAH MENARIK DISEDIAKAN

Jangan lupa rekod sebagai Bacaan Nilam

TERIMA KASIH KERANA MELUANGKAN MASA ANDA UNTUK MENONTON

AJK PUSAT SUMBER ZA'ABA SMK IBRAHIM FIKRI

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.