Data Loading...
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 SK Flipbook PDF
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 SK
221 Views
80 Downloads
FLIP PDF 19.68MB
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN
Penulis Othman bin Che Man Azhar bin Ariffin Afizudin bin Idrus
Editor Hamidah binti Ahmad Pereka Bentuk Cassie Siman
Ilustrator Abuzar Hubbinnabi bin Salaton
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2018
No. Siri Buku: 0013 KK 370-221-0102011-49-2053-20101 ISBN 978-983-49-2053-1 Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada semua yang berikut: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera (NSK), Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:
• Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my
• Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping, Perak. • Sekolah Kebangsaan Treacher Methodist, Taiping, Perak.
Reka Letak dan Atur Huruf: Percetakan Mesbah Sdn. Bhd.
• Sekolah Kebangsaan King Edward II (2), Taiping, Perak.
Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 18 poin
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aulong, Taiping, Perak.
Dicetak oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pokok Assam, Taiping, Perak. • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hua Lian I, Taiping Perak. • Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis, Pahang.
Pendahuluan
iv
Unit 1 Unit 2 Unit 3 Unit 4 Unit 5 Unit 6 Unit 7 Unit 8 Unit 9 Unit 10
1 9 15 21 27 33 41 47 53 57
Gimnas Gemilang Langkah Berirama Serang Sampai Menang Semangat Berjuang Hebat Balingan, Hebat Pukulan Olahragawan Harapan Keyakinan di Air Ceria dan Sihat Cergas Teratur Jom Senam untuk Sihat
Unit 11 Jaga Diri Sihat Emosi Unit 12 Amalan Pemakanan Sihat Unit 13 Waspada Sentiasa
65 89 94 iii
Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan ini ditulis berpandukan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tahun 3 (Semakan 2017). Buku ini diterbitkan sejajar dengan matlamat DSKP PJPK Tahun 3 (Semakan 2017), iaitu untuk membina murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni. Semua ini diperoleh melalui aktiviti fizikal dalam pergerakan asas, permainan, pergerakan berirama dan bersukan. Di samping membolehkan murid mengamalkan penjagaan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran. Semua ini dapat dicapai menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. Isi kandungan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan ini terdiri daripada 13 unit, dan dibahagikan kepada dua komponen, iaitu komponen Pendidikan Jasmani dan komponen Pendidikan Kesihatan. Komponen Pendidikan Jasmani yang terdapat dalam Unit 1 hingga Unit 8 terdiri daripada bidang kemahiran yang mengandungi konsep gimnastik asas, pergerakan berirama, kemahiran asas permainan mengikut kategori, akuatik asas serta rekreasi dan kesenggangan. Unit 9 dan Unit 10 pula terdiri daripada bidang kecergasan yang menerangkan konsep kecergasan dan komponen kecergasan. Semua kemahiran ini disusun mengikut domain psikomotor, kognitif dan afektif. Komponen Pendidikan Kesihatan yang terdapat dalam Unit 11 hingga Unit 13 terdiri daripada tiga elemen, iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas. Kandungan buku teks ini dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan teks berserta ilustrasi atau foto bagi menarik perhatian murid mempelajari sesuatu kemahiran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. iv
Terdapat juga informasi tambahan dan informasi aspek keselamatan agar murid lebih memahami konsep yang disampaikan tanpa mengabaikan keselamatan ketika beraktiviti. Bagi mencambahkan pemikiran murid, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) seperti kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan keusahawanan diterapkan. Bagi merangsang pemikiran murid, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) disediakan bagi menguji keupayaan murid mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta sesuatu berdasarkan topik yang dipelajari. Dalam buku teks ini juga disediakan ikon-ikon yang dapat membantu murid mengenal pasti aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Ikon-ikon tersebut adalah seperti yang berikut:
Ikon unit Pendidikan Jasmani
Ikon unit Pendidikan Kesihatan
Ikon nota guru
Ikon KBAT
Ikon pengukuhan
Ikon EMK
Ikon informasi
Ikon kod QR
Ikon keselamatan
Ikon pengayaan
Ikon TMK
Ikon Computational Thinking v
Selain ikon di atas, terdapat juga karakter-karakter yang dicipta bertujuan menyampaikan tip-tip penting berkaitan sesuatu kemahiran.
Jessie
Nana
Eden
Kok Boon
Gopal
Semoga penghasilan dan penerbitan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan ini dapat membantu murid menguasai kemahiran yang dihasratkan serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.
vi
UNIT 1 Berita kejayaan gimnas negara yang bertanding pada peringkat antarabangsa menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Sukan SEA ke-29 telah berlangsung dari 19 - 30 Ogos 2017. Sukan Para ASEAN ke-9 pula berlangsung dari 17 - 23 September 2017.
BERITA HARI INI Malaysia Raih Emas dalam Gimnastik Berpasukan Kuala Lumpur, 22 Ogos 2017.
Gimnas wanita negara meraih emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur. Friedrich Ludwig Jahn (1778-1852) dari German digelar Bapa Gimnastik Moden. Beliau mempelopori peralatan gimnastik baharu, seperti pelbagai jenis bar dan kemahiran yang berkaitan. Sumber: Foundation of Physical Education, Excersice Science, and Sport – Wuest D.A. & Butcher C.A.
1
Imbangan Teguh Najmi dan rakan-rakan sedang belajar kemahiran imbangan. Mereka perlu mengawal posisi tubuh di atas tapak sokongan. Mari lakukan kemahiran imbangan di bawah. IMBANGAN STATIK
Imbangan dekam
Imbangan “V” berkembar
Imbangan skala
Imbangan bertingkat IMBANGAN DINAMIK
1 2
Jambatan panjang
2
Nota Guru 1. Rujuk aktiviti jambatan panjang dalam buku Dynamic Physical Education for Elementary School Children (2007).
IMBANGAN SONGSANG Letakkan kedua-dua tapak tangan di lantai. Lejang kedua-dua kaki ke atas.
Ulang lakuan lejang berulang kali sehingga kamu yakin untuk melakukan imbangan tangan dengan sokongan.
Kekalkan lakuan imbangan dirian tangan.
Lejang
1
2
Pastikan titik tumpuan berat badan dapat mengawal keseimbangan beban tubuh semasa melakukan aktiviti.
3
Reka formasi tugu imbangan dengan dua tapak sokongan.
Kereta sorong
3
Nota Guru 1. Sentiasa mengawasi dan membantu murid ketika melakukan semua aktiviti imbangan. 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 2.1.4, 5.1.1, 5.4.2
3
Si Kanggaru dan Si Arnab Susan sedang belajar kemahiran menghambur, iaitu melonjakkan tubuh dengan menggunakan tangan atau kaki. HAMBUR KAKI Hambur kaki dari aras tinggi ke aras rendah.
Hambur kaki dari aras rendah ke aras tinggi.
Semasa melakukan hambur dari aras tinggi ke aras rendah, kurang daya digunakan.
3 2
Saya perlu fleksikan lutut sebelum menghambur dengan kaki. Fleksikan lutut ketika mendarat untuk serap daya.
1
Semasa menghambur dari aras rendah ke aras tinggi, daya yang lebih banyak dan sesuai dengan jisim badan digunakan.
1
2
3
4
4
4
Nota Guru 1. Variasikan alatan menghambur mengikut kesesuaian. 1.2.1, 1.2.2, 2.2.1, 5.1.3
HAMBUR TANGAN Ansur maju hambur tangan.
Semasa menghambur dengan tangan, kedua-dua tangan kamu perlu menolak badan ke hadapan, supaya kamu dapat melepasi peti lombol dengan baik.
Pastikan ketinggian alatan sesuai dengan kamu.
1
2
3
4
Pindahkan berat badan kamu dari kaki ke tangan semasa menghambur.
1
2
3
Nota Guru 1. Pastikan guru berada berhampiran murid untuk memastikan keselamatan murid. 2. Variasikan penggunaan alatan mengikut keupayaan murid. 1.2.3, 2.2.2, 5.2.1
4 5
Guling Tenggiling Haziq dan Najmi sedang belajar kemahiran putaran, iaitu perlakuan guling depan dan guling belakang. Tubuh kita perlu fleksibel bagi melancarkan pergerakan.
GULING DEPAN
Pastikan kaki kamu sentiasa lurus atau dalam posisi pike.
1
2
3
GULING BELAKANG
1 6
2
3
Dalam kumpulan kecil, cipta rangkaian pergerakan yang mengandungi kemahiran gimnastik asas yang telah kamu pelajari. Persembahkan hasil ciptaan kumpulan kamu kepada rakan-rakan.
Pastikan tangan kamu menolak tubuh pada fasa akhir untuk melengkapkan gulingan.
Seronoknya aktiviti ini.
4
4
5
5
6
6
7
Nota Guru 1. Guru perlu berada berhampiran dengan murid untuk keselamatan. 1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.2
7
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Berapakah bilangan tapak sokongan imbangan berikut? Yang manakah paling stabil? a
b
2 Gambar di bawah menunjukkan lakuan menghambur. Mengapakah lutut difleksikan ketika mendarat?
3 Mengapakah dagu perlu dirapatkan ke dada semasa melakukan gulingan?
8
UNIT 2 Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Semarak giat berlatih untuk persembahan Hari Guru.
Pernahkah kamu melihat langkah pergerakan yang mereka lakukan?
9
Ikut Langkahku Nalini sedang belajar pergerakan langkah lurus yang berikut mengikut tempo. Langkah step-close
1
2
1
2
1
Berdiri tegak. Kaki rapat.
3
2
Gerakkan kaki kanan.
4
1
5
2
2
1
Rapatkan kaki kiri.
1
Gerakkan kaki kiri.
2
Rapatkan kaki kanan.
Langkah schottische
1
2
3
4
1 1
2
Langkah kaki kiri ke hadapan. 10
2
1
Langkah kaki kanan ke hadapan.
1
2
Langkah kaki kiri ke hadapan.
2
Hop kaki kanan.
Apakah perbezaan antara langkah lurus schottische dengan langkah polka?
Langkah polka ialah gabungan mencongklang dua langkah.
Langkah polka
1
2
3
2 2
4
2
2
2 1
2
1
1
1
Mencongklang kaki kiri.
Sedia
1
1
Rapatkan kaki.
Mencongklang kaki kanan.
Langkah grapevine
1
1
2
Berdiri tegak.
2
2
1
3
1
2
4
2
1
5
1
Silangkan kaki Berdiri tegak Silangkan kaki kanan ke depan. semula. kanan ke belakang.
2
Berdiri tegak.
Nota Guru 1. Galakkan murid mencari maklumat tentang langkah-langkah lurus yang lain. 1.4.1, 2.4.1, 5.2.1
11
Ikut Gerakku Lihat rangkaian pergerakan langkah lurus yang telah dicipta oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Semarak. 1
Bergerak ke hadapan dengan langkah polka.
2 Bergerak ke kanan dengan langkah step-close.
12
Pilih langkah lurus yang sesuai untuk mereka cipta rangkaian pergerakan mengikut tempo muzik yang didengar.
Reka cipta rangkaian pergerakan menggunakan pelbagai langkah lurus mengikut tempo muzik dan persembahkan di hadapan rakan-rakan.
4 Bergerak ke kiri dengan langkah grapevine.
3 Undur dengan langkah schottische.
Nota Guru 1. Laksanakan aktiviti dalam kumpulan atau secara individu. 2. Galakkan murid melakukan rangkaian pergerakan langkah lurus dengan kreativiti mereka sendiri. 3. Bimbing murid untuk mereka cipta dan memilih pergerakan langkah lurus yang sesuai mengikut tempo muzik. 1.4.2, 2.4.2, 5.4.3
13
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Langkah polka Langkah grapevine
Langkah schottische Langkah step-close
a
b
c
d
2 Rakam persembahan rangkaian pergerakan langkah lurus kumpulan kamu ketika waktu senggang dan muat naik ke laman sesawang yang sesuai. 14
UNIT 3 Kelab Atlet Muda Sekolah Kebangsaan Semarak menganjurkan Pesta Permainan Mini.
Adakah permainan ini termasuk dalam permainan kategori serangan? Foto ihsan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
15
Hantaran Pantas Elak Dipintas Fauzi dan rakan-rakan sedang belajar kemahiran menghantar, menerima dan memintas bola. Menghantar dan memintas bola dengan menggunakan kaki.
Kamu boleh menggunakan pelbagai bahagian kaki untuk menghantar dan menerima bola.
Saya perlu pantas memintas untuk menghalang dia menjaringkan gol.
Ada ruang untuk menjaring.
16
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. • Kumpulan A (penyerang), manakala kumpulan B (pertahanan). • Kumpulan A melakukan hantaran dan terima bola untuk menyerang. • Kumpulan B memintas untuk menguasai bola dan tukar peranan sebagai penyerang. • Kedua-dua pasukan perlu menjaringkan bola ke dalam gol atau memasukkan bola ke dalam gelung rotan. • Pasukan yang berjaya menjaringkan dua gol atau memasukkan dua biji bola ke dalam gelung rotan terlebih dahulu ialah pemenang.
Menghantar dan memintas bola dengan menggunakan tangan.
Tangkap dan baling bola dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
Saya perlu melompat untuk memintas bola ini.
Menghantar dan memintas bola dengan menggunakan alatan.
Gunakan daya yang lebih kuat untuk menghantar bola kepada rakan yang jauh.
Saya perlu lebih pantas memintas.
Terangkan perbezaan antara lakuan menghantar dengan lakuan menerima bola menggunakan tangan, kaki dan alatan. 17 1.5.1, 1.5.2, 1.5.5, 2.5.1, 2.5.2, 5.4.1
Lincah Mengelecek, Jaringan Hebat Jason mengelecek bola untuk menjaringkan gol. Amir pula mengadang untuk menyekat serangan pasukan Jason. Mengelecek dan menjaringkan gol dengan menggunakan tangan.
Saya mesti menyekat pergerakan pihak lawan.
Mengelecek bola dengan lakuan mengacah dan melarikan bola daripada pihak lawan.
Saya perlu mengadang serangan pihak lawan.
Tulis pengalaman kamu berkaitan kemahiran dalam permainan kategori serangan dengan bantuan perisian komputer. Kemudian, cetak dan simpan dalam folio.
18
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. • Penyerang perlu mengelecek dan menjaringkan gol. • Jika berjaya menjaringkan gol, dua mata diperoleh. • Pihak bertahan perlu mengadang dan merebut bola. Tukar peranan jika berjaya merebut bola. • Pasukan yang memperoleh mata tertinggi ialah pemenang. • Bermain dalam tempoh tiga minit.
Mengelecek dan menjaringkan gol dengan menggunakan alatan.
Nana, kamu mesti halang pergerakan pihak lawan.
Saya perlu mengelecek untuk mara ke depan. Ya, cikgu.
Ada ruang terbuka untuk saya menjaringkan gol.
Gerakkan bola ke kiri dan ke kanan dengan alatan sambil melepasi pihak lawan.
Mengelecek dan menjaringkan gol dengan menggunakan kaki.
Saya perlu bergerak pantas untuk menjaringkan gol.
Saya perlu mengadang dia daripada menjaringkan gol.
1.5.3, 1.5.4, 1.5.6, 2.5.3, 2.5.4, 2.5.5, 5.3.1
19
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan kategori serangan.
2 Posisi manakah yang sesuai untuk Mei Lin menerima bola? a
b
Mei Lin
Mei Lin
Mengapakah kamu memilih posisi tersebut?
3 Laluan mengelecek yang manakah akan kamu pilih untuk menjaringkan gol?
Kiri 20
Kanan
UNIT 4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Semarak mengadakan lawatan ke Karnival Minggu Sukan Kebangsaan.
21
Hantar Tepat, Terima Bijak Ramesh menguji kemahiran menghantar dan menerima bola dengan menggunakan tangan, kaki dan alatan. Fokuskan pada arah pergerakan bola.
Gunakan alatan leper yang sesuai untuk memukul bola. Menghantar dan menerima bola menggunakan bahagian dalam kaki.
Fleksikan lutut ketika menerima bola.
Bagaimanakah lakuan menghantar dan menerima bola dengan menggunakan tangan, kaki dan alatan?
Bergerak ke arah bola untuk menghantar atau menerima bola.
22
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada kumpulan penghantar (A) dan kumpulan penerima bola (B). • Kedua-dua kumpulan perlu menggunakan kemahiran menghantar dan menerima bola. • Kumpulan yang berjaya menghantar atau menerima (mengembalikan) bola mendapat dua mata. • Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi ialah pemenang. 1.6.1, 1.6.2, 2.6.1, 5.4.2
Pukulan Ajaib Susan dan Najmi menguji kemahiran pukulan pepat dan pukulan kilas dengan menggunakan alatan.
Pukulan kilas.
Pukulan pepat.
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada dua kumpulan dan berada dalam zon masing-masing. • Lakukan pukulan pepat melepasi jaring ke gelanggang lawan. Pihak lawan perlu membalas dengan pukulan kilas. • Jika pihak lawan tidak dapat membalas pukulan, kumpulan dapat dua mata. • Kumpulan yang berjaya mendapat 10 mata terlebih dahulu ialah pemenang. 1.6.3, 1.6.4, 2.6.2, 5.1.3
23
Mari Servis Lihat cara Anding melakukan servis. Servis dengan menggunakan kaki.
Sesuaikan titik kontak kaki pada bola ketika servis.
Servis dengan menggunakan tangan. Kontak tangan pada bahagian bawah bola supaya melepasi jaring.
24
Saya perlu bekerjasama untuk menang.
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada dua kumpulan kecil. • Setiap pasukan akan melakukan servis kepada pasukan lawan. • Pasukan memperoleh satu mata jika servis melepasi jaring, dua mata jika pihak lawan tidak berjaya menghantar bola semula. • Tukar peranan jika servis tidak berjaya dilakukan. • Pasukan yang mendapat 10 mata terlebih dahulu ialah pemenang. 1.6.5, 2.6.3, 2.6.4, 5.4.3
Servis dengan menggunakan alatan. Kontak alatan pada bahagian bawah bola supaya melepasi jaring.
Ayun tangan dengan laju ketika melakukan servis untuk mendapatkan jarak yang jauh.
Kontak alatan pada bahagian atas bola supaya servis menjunam.
ata
5m
ta
3m a
ta
1m a
Pukulan yang kuat menghasilkan jarak sasaran yang jauh.
Nota Guru 1. Cara bermain: • Setiap murid perlu melakukan servis melepasi jaring. • Mata dikira berdasarkan tempat jatuhan bola yang diservis. • Murid yang mengumpul mata tertinggi ialah pemenang.
25
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Nyatakan kemahiran asas yang terdapat dalam permainan kategori jaring. a b c 2 Tandakan titik kontak pada bola supaya dapat melepasi jaring. Mengapakah kamu memilih titik kontak tersebut?
3 Buat folio tentang permainan kategori jaring dengan memuat turun maklumat daripada www.playsport.net/skill/netwall. 26
UNIT 5 Janet dan rakan-rakan sedang bermain untuk mengisi waktu senggang.
27
Siapa Pantas Hana sedang belajar kemahiran membaling dan menangkap bola dalam permainan kategori pukul dan memadang.
Lepaskan bola semasa siku tangan hampir lurus. Pastikan kamu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
5 meter
Kamu mesti membaling tepat ke sasaran.
Berhati-hati ketika membaling bola agar tidak mengenai rakan yang memadang.
28
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. Tentukan pembaling dan penangkap bola. • Pastikan semua murid menguasai kemahiran membaling bola atas bahu dan menangkap pada pelbagai aras. • Setiap kumpulan diberikan 10 biji bola plastik. • Murid dikehendaki membuat balingan atas bahu ke arah rakan yang berada bertentangan pada jarak lima meter. • Bola plastik yang dibaling hendaklah ditangkap tanpa jatuh dan dimasukkan ke dalam bakul. Jika gagal, balingan hendaklah dilakukan semula. • Kumpulan yang dapat mengisi semua bola plastik yang dibaling ke dalam bakul ialah pemenang. 1.7.1, 1.7.2, 2.7.1, 2.7.2, 5.1.2 • Tukar peranan antara pembaling dengan penangkap.
Pelbagaikan aras menangkap bola berdasarkan aras ketinggian dan arah pergerakan bola. Aras bawah Aras lutut
Aras dada
Aras atas kepala
Pastikan jarak di antara kamu tidak terlalu rapat.
Postur tubuh semasa memadang: • buka kaki seluas bahu • fleksi lutut • bawa badan sedikit ke hadapan • depa tangan ke hadapan • tumpukan perhatian pada pergerakan bola
Nyatakan perbezaan kedudukan tangan semasa menangkap bola pada pelbagai aras. 29
Ayunan Terbaik Hana sedang belajar kemahiran memukul bola di atas tee dengan alatan.
Pukul pada titik kontak di tengah bola.
Pastikan pukulan kamu kena pada hujung alat pemukul.
Pukulan pada titik kontak tengah bola menyebabkan bola bergerak laju dan jauh.
Pukul pada titik kontak bawah bola dan kemudian pukul pada titik kontak atas bola. Apakah perbezaannya?
Cipta tee menggunakan botol dan kertas.
30
Nota Guru 1. Cara bermain: • Pukul semua bola atas tee (tiga bola) melepasi kon dan kemudian buat larian untuk mendapatkan dua mata. • Pemadang hanya boleh bergerak menangkap bola untuk diletakkan dalam gelung (mematikan larian) setelah semua bola atas tee habis dipukul. • Kumpulan yang mendapat mata terbanyak ialah pemenang. 1.7.3, 2.7.3, 5.1.4
Putaran Semangat Anding dan Mei Lin sedang belajar kemahiran balingan bola tangan lurus.
Cara pegangan bola.
Balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam. 1 mata
2 mata
3 mata
Senaraikan permainan yang terdapat dalam permainan kategori pukul dan memadang.
Balingan bola dengan tangan lurus melawan arah pusingan jam. 1 mata
2 mata
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. • Setiap ahli kumpulan perlu melakukan aksi balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah pusingan jam atau melawan arah pusingan jam. • Baling bola ke arah sasaran yang ditetapkan. Balingan ke sasaran zon satu akan mendapat satu mata, zon dua mendapat dua mata dan zon tiga mendapat tiga mata. • Kumpulan yang paling banyak mendapat mata ialah pemenang. 1.7.4, 1.7.5, 2.7.4, 5.1.2
3 mata
31
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Tandakan (√) pada gambar yang menunjukkan permainan kategori pukul dan memadang. a
b
c
d
2 Padankan perkataan dengan gambar yang betul tentang kemahiran yang terdapat dalam permainan kategori pukul dan memadang. menangkap
a
32
memukul
b
membaling
c
UNIT 6 Sukan SEA ke-29 dan Sukan PARA ASEAN ke-9 telah berlangsung di Kuala Lumpur. Kita berasa amat bangga kerana atlet sukan olahraga telah beraksi dengan cemerlang dan mengharumkan nama negara.
Senaraikan acara sukan olahraga. 33
Larian Aneka Jarak Lakukan larian pelbagai jarak dan kelajuan bersama-sama rakan kamu dengan semangat berpasukan. Tunjukkan kepada rakan lakuan lari pecut jarak dekat dan lari perlahan jarak jauh dengan postur badan yang betul.
Ketika lari pecut, kepala tegak pandang depan. Badan dicondongkan sedikit ke depan, tangan diayunkan aras bahu, lutut diangkat tinggi. Berlari di atas bebola kaki. Lari pecut jarak dekat. Jika kalah, saya akan cuba lagi.
34
Yang dah sampai garisan penamat, angkat bendera. Baru rakan kamu boleh mula berlari.
Lari perlahan jarak jauh.
Ketika lari jarak jauh, kepala tegak dan pandang ke depan. Badan tegak dan tangan diayunkan aras dada. Lutut tidak perlu diangkat tinggi. Berlari di atas tapak kaki dari tumit ke hujung kaki.
Ayunan tangan yang tinggi membolehkan lutut diangkat tinggi semasa berlari. Ini membolehkan kamu membuka langkah kaki yang lebih luas.
Nota Guru 1. Variasikan kelajuan dan jarak larian mengikut keupayaan murid. 1.8.1, 1.8.2, 2.8.2, 5.1.2
35
Jauhku Melompat Mei Lin berlatih melompat untuk mencapai jarak yang jauh. Cuba lakukan aktiviti di bawah bersama-sama rakan. Stesen A
Lakukan lompatan dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Saya boleh melakukan aktiviti ini.
1 mata
2 mata
3 mata
4 mata
Stesen B
Postur badan berkeadaan tegak semasa melompat.
36
Lakukan lompatan dan mendarat dengan satu kaki yang sama.
Stesen C
Lakukan lompatan dan mendarat dengan kaki berbeza.
2
1
2 1 2
1
2
Lakukan aktiviti lompatan mengikut kemampuan kamu.
Borang Skor Jauhku Melompat Nama
Stesen A
Anding
4
Najmi
4
Mei Lin
3
Susan
3
Gabungkan dua atau tiga lompatan supaya menjadi satu turutan pergerakan asas lompatan.
Bina jadual skor markah aktiviti dengan menggunakan perisian komputer. Cetak dan catat pencapaian kamu. 1.9.1, 1.9.2, 1.9.3, 2.9.1, 5.2.2
37
Halangan Bertingkat Mari sertai Amira melakukan aktiviti melompat pada pelbagai aras. Lakukan lompatan mengikut keupayaan diri.
Tingkatkan aras ketinggian halangan mengikut kemampuan kamu.
Gunakan bebola kaki untuk melonjak.
Ansur maju kemahiran lompatan pelbagai aras. Aktiviti ini mencabar, tapi saya seronok melakukannya.
Saya gunakan kaki kanan untuk melonjak.
38 1.9.4, 2.9.2, 5.2.2
Lontaran Gemilang Chin Ann sedang belajar kemahiran balingan. Pastikan tiada sesiapa di kawasan lontaran sebelum membuat lontaran.
Stesen A
Buka langkah besar, tegakkan badan dan rejam objek berbentuk rod ketika siku lurus dengan pantas.
Stesen B
Buka kaki seluas bahu, kilas pinggul, tolak tangan ke hadapan dan lontar objek berbentuk sfera.
Stesen C
Kilas pinggul, luruskan tangan dan lempar objek berbentuk leper dengan pantas.
39 1.10.1,1.10.2,1.10.3, 2.10.1, 2.10.2, 2.10.3, 5.1.4
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Nyatakan perbezaan ketinggian lutut antara lari pecut dengan lari jarak jauh. Lari pecut
Lari jarak jauh
2 Bagaimanakah kamu dapat menentukan kaki yang sesuai untuk melonjak semasa hendak melompat?
3 Berdasarkan gambar, ramalkan jarak rejaman yang akan diperoleh. Berikan sebab bagi jawapan kamu.
40
UNIT 7 Pada waktu cuti sekolah yang lalu, keluarga Susan bercuti di taman tema air.
Nyatakan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti air. 41
Selam dan Kawal Mari belajar cara mengawal pernafasan di bawah permukaan air. 1
2
Berdiri di dalam kolam. Tarik nafas.
3
Rendahkan badan sehingga kepala berada di dalam air. Tahan nafas beberapa saat. Hembus nafas perlahan-lahan.
Berdiri semula dan tarik nafas. Patuhi peraturan keselamatan ketika berada di kolam renang.
1, 2, 3, dan hembus nafas perlahan-lahan.
Lakukan mengikut kemampuan diri saya.
Kita mesti memakai pakaian yang sesuai ketika melakukan aktiviti air.
42
Mengapakah rakan kamu boleh mengawal pernafasan lebih lama di bawah permukaan air?
Nota Guru 1. Terangkan serta bimbing murid untuk mengawal pernafasan ketika berada di dalam air mengikut kemampuan mereka. 2. Tingkatkan bilangan kiraan ketika murid menahan nafas di dalam air. 1.11.1, 2.11.1, 5.1.1
Keribas Bertenaga Mari bersama-sama Jessie belajar kemahiran tendangan keribas posisi meniarap dan tendangan keribas posisi telentang. Tendangan keribas posisi meniarap.
1 2
Dalam posisi meniarap, pegang papan keribas. Luruskan kaki sejajar dengan badan.
Lakukan tendangan keribas berselang-seli ke atas dan ke bawah. Reka cipta alat apungan yang boleh menggantikan papan keribas.
Tendangan keribas posisi telentang.
1 2
Dalam posisi telentang, pegang papan keribas di dada. Luruskan kaki sejajar dengan badan.
Tendangan keribas bermula dari pangkal paha.
Gunakan sendi pinggul untuk melakukan tendangan keribas.
Lakukan tendangan keribas berselang-seli ke atas dan ke bawah.
Nota Guru 1. Bimbing murid melakukan tendangan keribas posisi meniarap dan tendangan keribas posisi telentang pada jarak yang tertentu. 1.12.1, 1.12.2, 2.12.1, 5.2.2
43
Pos Keribas Susan ingin menguji kemahiran tendangan keribas posisi meniarap dan tendangan keribas posisi telentang dengan menyertai permainan pos keribas. Pastikan alat apungan selamat untuk digunakan.
Apakah yang terjadi sekiranya lutut difleksikan ketika melakukan tendangan keribas? 44
Layari Internet dengan menaip kata kunci flutter kick in swimming untuk mendapatkan maklumat tentang tendangan keribas.
Apakah perbezaan antara lakuan tendangan keribas posisi meniarap dengan lakuan tendangan keribas posisi telentang?
Mencabar tapi saya seronok melakukannya.
Nota Guru 1. Cara bermain: • Bahagikan murid dalam kumpulan. • Setiap ahli kumpulan perlu melakukan tendangan keribas posisi meniarap dan tendangan keribas posisi telentang. • Kumpulan yang paling cepat menghabiskan aktiviti ialah pemenang. 2. Guru boleh menetapkan masa melakukan aktiviti untuk mencabar keupayaan murid. 1.12.1, 1.12.2, 2.12.1, 5.2.3
45
Uji Uji Minda Minda Jawab semua soalan. 1 Padankan pernyataan dengan gambar yang betul. a
c
b
Berdiri semula dan tarik nafas.
Berdiri di dalam kolam dan tarik nafas.
Rendahkan badan sehingga kepala berada di dalam air. Kawal pernafasan.
2 Tandakan (ü) pada gambar yang menunjukkan lakuan kaki yang betul untuk tendangan keribas posisi meniarap. a
b
3 Dalam kumpulan, cari maklumat mengenai tendangan keribas posisi meniarap dan tendangan keribas posisi telentang. Persembahkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan kamu. 46
UNIT 8 Najmi dan rakan-rakan memenuhi waktu senggang dengan bermain permainan tarik upih, batak lampung, karom, catur, dam dan batu seremban.
47
Siapa Kuat Dia Menang Mari bermain permainan tarik upih dan batak lampung bersama-sama Najmi. Permainan tarik upih. Eh, beratnya kamu!
Tarik kuat-kuat!
Siapa sampai dulu, dia ialah pemenang.
Permainan batak lampung. Pastikan kawasan permainan rata dan tiada objek tajam.
Saya mesti menarik kayu ini kuat-kuat. Kalau dia terangkat, dia kalah.
Batak lampung ialah permainan tradisional kaum Iban di Sarawak.
48
1.
Nota Guru Minta murid mencari maklumat tentang cara bermain permainan tarik upih dan batak lampung dalam buku Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak Ram Ram Rip dan Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak Ting Ting Gula Batu, Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2015). 1.13.1, 2.13.1, 5.1.2, 5.4.2
Strategi Juara Mari belajar cara bermain karom, batu seremban, catur dan dam. a. Karom Cara menyusun buah karom Saya perlu masukkan buah hitam untuk mendapatkan mata.
Poket berjaring Buah merah Buah hitam Buah kuning
Striker
Cara bermain 1
Susun buah karom di tengah-tengah papan karom.
2
Jentik striker untuk menyerakkan buah karom.
3 Jentik striker untuk memasukkan buah karom hitam atau kuning sehingga habis ke dalam poket berjaring. 4 Jentik striker untuk memasukkan buah merah ke poket berjaring. 5 Pemain yang berjaya memasukkan buah hitam atau buah kuning, dan buah merah terlebih dahulu ialah pemenang. Dua cara menjentik striker.
1
2
Cara kiraan mata: Buah hitam – 1 mata Buah kuning – 2 mata Buah merah – 5 mata 49
b. Batu seremban Terdapat lapan langkah bermain batu seremban, iaitu:
Batu satu Lambung satu batu. Kutip satu batu. Ulang sehingga habis semua batu.
Batu dua Lambung satu batu. Kutip dua batu serentak. Sambut batu yang dilambung. Ulang sekali lagi.
Batu empat Lambung satu batu. Kutip empat batu serentak. Sambut batu yang dilambung.
Batu enam Pegang dua batu. Lambung satu batu, sambil tukar batu dengan satu batu di lantai. Sambut batu yang dilambung. 50
Batu tiga Lambung satu batu. Kutip tiga batu serentak. Kemudian, kutip satu batu.
Batu lima Lambung satu batu. Kutip empat batu. Lambung lagi satu batu, letak empat batu. Sambut satu batu.
Batu tujuh Ambil dua batu. Lambung dua-dua batu serentak, sambil kutip satu batu. Sambut batu yang dilambung.
Timbang Letak semua batu pada kekura tangan. Lambung dan tangkap batu tersebut. Mata dikira berdasarkan bilangan batu yang dapat ditangkap.
c. Dam Lihat cara bermain dam aji. Susunan buah dam.
Pergerakan buah dam.
d. Catur
Pergerakan buah dam (makan).
Pergerakan buah dam (aji).
Arah pergerakan buah catur. Raja (King)
Susunan buah catur.
Tir/Benteng (Castle)
Gajah (Bishop)
Bidak (Pawn)
Saya akan letakkan kuda untuk kelirukan dia. Menteri (Queen)
1.13.2, 2.13.2, 5.2.1
Kuda (Knight)
51
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Namakan permainan berikut. a b
c
d
2 Bagaimanakah kamu menyusun buah dam pada permulaan permainan dam?
52
UNIT 9 Sekolah Kebangsaan Semarak mengadakan Karnival Dodgeball Mini. Lalita dan Justin turut menyertai karnival ini. Mereka mewakili rumah sukan masing-masing.
53
Yakin Bersedia Sebelum perlawanan, Lalita dan rakan-rakan melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti ini dapat meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot. Belaaa...tuk!
Layari www.aktif.myhealth.gov.my untuk mengetahui tujuan memanaskan badan.
Mengapakah kita perlu memanaskan badan, cikgu?
Ambil kadar nadi kamu sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Bila badan sudah bersedia, kita dapat bergerak dengan selesa dan mudah. Jadi kita boleh kurangkan risiko kecederaan, cikgu?
54
Ya.
Nota Guru 1. Terangkan kepada murid bahawa aktiviti memanaskan badan perlu mencapai kadar denyutan nadi 120 denyut seminit. 3.1.1, 3.1.3, 4.1.2, 5.2.2
Kekal Ceria Selepas perlawanan, Lalita dan rakan-rakan melakukan aktiviti menyejukkan badan. Aktiviti ini dapat mengembalikan suhu badan, kadar pernafasan dan kadar nadi kepada keadaan normal. Ini adalah antara aktiviti menyejukkan badan. Kadar nadi saya sudah menurun selepas melakukan aktiviti regangan untuk menyejukkan badan. Tubuh badan akan pulih dengan cepat dan kembali kepada keadaan normal.
Kira kadar nadi selepas aktiviti fizikal. Bandingkan kadar nadi sebelum dan selepas aktiviti fizikal.
Nama
Air perlu diminum semasa dan selepas beraktiviti mengikut situasi. Minum lebih kurang 150 - 270 ml semasa beraktiviti setiap 20 minit. Sumber: Casa et al., dlm Journal of Athletic Training; 35(2), hlm.212 - 224, 2000.
Kadar nadi sebelum aktiviti
Kadar nadi selepas aktiviti
Kok Boon
71
124
Lalita
69
122
Nama kamu
?
?
Nota Guru 1. Tunjukkan kepada murid cara mengambil kiraan nadi.
55 3.1.2, 4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 5.2.1
Uji Minda 1 Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang benar dan tandakan ( X ) bagi pernyataan yang salah. a
Memanaskan badan dapat meningkatkan kadar nadi.
b Memanaskan badan dapat meningkatkan keanjalan otot. c
Menyejukkan badan dapat meningkatkan kadar pernafasan.
d
Menyejukkan badan dapat meningkatkan suhu badan.
e
Aktiviti lompat tali dapat meningkatkan suhu badan.
f
Aktiviti regangan statik dapat meningkatkan kadar nadi.
2 Tandakan ( √ ) pada aktiviti yang sesuai untuk memanaskan badan. a
56
b
c
UNIT 10 Dila sentiasa ceria dan bertenaga. Dia sentiasa melakukan senaman untuk meningkatkan kecergasan dirinya. Jom kawan-kawan, kita aktif sekarang! Lakukan aktiviti sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.
PIRAMID AKTIVITI KANAK-KANAK Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
57
Jantung Hebat, Paru-paru Sihat Dila berupaya melakukan aktiviti secara berterusan dalam suatu jangka masa yang lama tanpa cepat berasa letih. Jantungnya dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan cekap. Kamu boleh kekal aktif dengan melakukan aktiviti seperti yang berikut.
Kecekapan fungsi jantung mengepam darah dan fungsi paru-paru menyerap oksigen akan meningkat semasa aktiviti senaman.
Jantung saya berdegup laju, dan kadar pernafasan saya meningkat.
Berbasikal Lompat trampolin
Senamrobik Adakah aktiviti berenang dapat meningkatkan kapasiti aerobik?
58
Nota Guru 1. Bernafas seperti biasa semasa melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik. 2. Aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik dilakukan pada kadar perlakuan yang sederhana secara berterusan. 3.2.1, 4.2.1, 4.2.2, 5.2.1
Melentur Dinamik Mei Lin mempunyai kelenturan badan yang baik. Keadaan ini memudahkan dan melancarkan pergerakannya. Oleh sebab itu, Mei Lin kurang berisiko mendapat kecederaan semasa melakukan aktiviti. Regangan Kilas badan dengan bola
Lunges sisi
Lentik belakang
kaki lurus
Sepak keldai Senaman regangan berdiri dapat menyediakan otot dan sendi sebelum melakukan aktiviti utama.
Kilas badan
Lunges Cuba lakukan regangan kaki lurus selang-seli dalam keadaan berbaring. Adakah berkesan?
Regangan dinamik ialah regangan pada sendi tubuh secara terkawal dan mengikut kemampuan diri.
Nota Guru 1. Terangkan tujuan regangan dinamik dilakukan. 2. Layari www.aktif.sihat.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang regangan dinamik semasa memanaskan badan. 3.3.1, 4.3.1, 4.3.2, 5.4.2
59
Kira dan Tahan Anding dan rakan-rakan sedang melakukan regangan statik. Mereka mengekalkan regangan otot dalam jangka masa sekurang-kurangnya 10 hingga 15 saat. Aktiviti regangan dapat meningkatkan julat pergerakan (kebebasan sendi bergerak) dan membantu memulihkan ketegangan otot.
Pastikan tiada enjutan (bouncing) ketika melakukan regangan. Lakukan dengan cara yang betul.
Sumber: portal myhealth
Sorong papan
Timbang garam
Jangkau melunjur
Silang kaki rotasi badan
Lunges
Ekstensi sebelah kaki
60
Nota Guru 1. Aktiviti regangan statik boleh dilakukan sehingga 30 saat jika dilakukan semasa aktiviti menyejukkan badan. 2. Aktiviti regangan statik boleh dilakukan dengan iringan muzik yang perlahan. 3.3.1, 4.3.1, 4.3.2, 5.1.2
Saya Gagah Ira boleh melakukan sesuatu aktiviti pada tahap maksimum. Dia berupaya melakukan aktiviti pada jangka masa yang lama. Ulangan yang banyak bermakna saya ada daya tahan otot. Cuba lakukan aktiviti separa cangkung sambil mengangkat sebuah Kamus Dewan. Apakah yang berlaku?
Otot gastroknemius
Otot gluteus maksimus Separa cangkung
Otot rektus abdominis
Jengket kaki setempat Otot hamstring
Leg curl Ringkuk tubi separa Otot erektor spinae Otot triseps
Lentik belakang ubah suai Tekan tubi ubah suai
Nota Guru 1. Daya tahan otot ialah keupayaan melakukan sesuatu aktiviti berulang kali secara berterusan. 3.4.1, 4.4.1, 4.4.2, 5.1.2, 5.2.1
61
Tubuhku Sihat Sekolah Kebangsaan Semarak mengadakan Minggu Kesihatan. Lalita dan rakan sekelasnya mengukur tinggi dan menimbang berat badan. Bacaan ukuran tinggi dan timbangan
berat badan sangat penting kerana memberikan petunjuk awal perubahan fizikal yang berlaku terhadap tubuh badan kamu.
Aktiviti aerobik seperti senamrobik dan berbasikal boleh membantu mengawal dan menurunkan berat badan. 62
Senaraikan makanan yang memberikan tenaga dan membantu tumbesaran. Layari www.moe.segak.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang berat badan ideal atau normal.
Ukuran tinggi dan berat badan saya normal. Bagaimanakah dengan kamu, Ah Meng? Pertumbuhan badan saya tidak seimbang. Berat badan saya agak berlebihan.
Jangan risau. Awak boleh mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti selama 60 minit setiap hari.
Jadual Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat (kg) Tinggi (cm)
BMI (kg/m2) Berat (kg) Tinggi (cm) x Tinggi (cm)
Bil.
Nama
1.
Lalita
25
124
16.3 – Normal
2.
Hana
24
122
16.2 – Normal
3.
Ah Meng
28
120
19.4 – Berlebihan berat badan 63 3.5.1, 3.5.2, 4.5.1, 4.5.2, 4.5.3, 5.3.1
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Tandakan dengan huruf “S” pada gambar regangan statik dan “D” pada gambar regangan dinamik. a
c
b
2 Padankan gambar lakuan dengan nama yang betul. a
Ringkuk tubi separa 64
c
b
Separa cangkung
Tekan tubi ubah suai
UNIT 11 Nana dan rakan-rakan sedang mencari maklumat berkaitan PEERS di perpustakaan awam.
Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEERS) terdiri daripada tujuh aspek, iaitu kesihatan diri dan reproduktif, penyalahgunaan bahan, pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan, pencegahan penyakit, dan keselamatan.
65
Kenali Diri Kita mempunyai bibir, payu dara, punggung, dubur dan genital, iaitu zakar atau faraj. Semua ini dikenali sebagai anggota seksual.
ANGGOTA SEKSUAL
Bibir Payu dara Punggung
Faraj
Zakar
Dubur
LINDUNGI ANGGOTA SEKSUAL KATAKAN TIDAK JIKA ADA YANG HENDAK:
Menyentuh
Melihat
Merakam atau Memaksa memfoto menyentuh
66 1.1.1
Selamatkan Maruah Ibu dan bapa Amira sentiasa berpesan supaya Amira menjaga kehormatan anggota seksualnya. Cara Amira menjaga kehormatan anggota seksual.
Memakai pakaian yang sopan.
Menutup pintu bilik ketika menyalin pakaian.
Mengelak melalui tempat sunyi seorang diri.
Kesan jika Amira tidak menjaga kehormatan anggota seksual.
Mendapat malu dan emosi terganggu.
Tidak disukai rakan.
Maruah keluarga tercalar.
Nota Guru 1. Main permainan kotak beracun. • Sediakan kad yang ditulis perkataan mendapat malu; tidak disenangi rakan; emosi terganggu; maruah keluarga tercalar; terdedah kepada risiko disentuh, diraba atau dirogol; berpakaian sopan; elak melalui tempat sunyi seorang diri; dan menjerit atau berkata TIDAK. • Minta murid mengenal pasti teks cara menjaga kehormatan anggota seksual. 1.1.2, 1.1.3
67
Bertindak Cepat Ibu Justin selalu berpesan supaya tidak membiarkan orang lain menyentuh anggota seksualnya. Laporkan kepada orang dewasa yang dipercayai jika berlaku sentuhan tidak selamat.
Siapakah orang dewasa yang kamu percayai?
Meraba dada kamu
Menyentuh bahagian genital kamu
Menyelak baju kamu
Laporkan kepada guru, ibu bapa atau polis.
Menepuk punggung kamu 68
Apakah yang mungkin berlaku jika kita tidak berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat?
Nota Guru 1. Tayang video tentang cara menjaga kehormatan anggota seksual dengan menaip kata kunci “Sentuhan selamat untuk kanak-kanak”. 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan. Payu dara
Zakar
Punggung
Faraj
Bibir
Dubur
b c
e
d
f
a
2 Tulis tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat pada anggota seksual. a
b
c
69
Cegah Sebelum Padah Kita perlu berkata TIDAK kepada pelawaan merokok. Merokok membahayakan kesihatan diri dan persekitaran. Bagaimanakah kamu menolak pelawaan merokok?
Jangan ambil rokok jika dipelawa. Katakan TIDAK pada rokok. Tunjuk isyarat tidak merokok.
Apakah kesan buruk akibat merokok?
Boleh menyebabkan kebakaran.
Perokok terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan strok.
Nafas berbau. Batuk dan lelah.
Berdasarkan statistik punca kebakaran di Malaysia, puntung rokok merupakan antara punca tertinggi penyebab kebakaran. Sumber: www.data.gov.my
70
Senaraikan dua lagi kesan buruk akibat merokok. Layari laman sesawang www.infosihat.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bahaya merokok. 2.1.1, 2.1.2
Kerana Nila Setitik Rokok boleh membahayakan kesihatan perokok dan orang di sekitarnya.
Tutup hidung dan mulut. Segera beredar.
Tunjukkan isyarat dilarang merokok kepada perokok.
Hindari perokok
Jauhi orang yang merokok. Orang yang tidak merokok tetapi menghirup asap rokok dari persekitarannya dikenali sebagai perokok pasif.
Laporkan kepada guru atau orang dewasa yang dipercayai.
Hasilkan poster ringkas tentang bahaya menjadi perokok pasif.
Nota Guru Perokok pasif juga terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kerana asap rokok mengandungi bahan kimia beracun, seperti metanol, karbon monoksida dan ammonia. 2.1.3
71
Uji Minda Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Melintang 1 Bahan yang terdapat di dalam rokok, rokok daun, cerut dan paip. 2 Perokok juga mendapat kesan buruk seperti orang yang merokok. 3 Merokok juga menimbulkan risiko penyakit jantung dan . Menegak 4 Merokok boleh menyebabkan penyakit paru-paru. dapat menghindari diri daripada 5 Kemahiran berkata merokok. rokok juga menyebabkan pencemaran udara. 6 berbau busuk. 7 Merokok juga menyebabkan 8 Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh menyebabkan . 4
5
K
T
8 1
6
T
A
K
U 7 N
R 2
F
P 3
72
K
S
R
N
K
Yakin Boleh Chin Ann sentiasa berasa yakin untuk melakukan sesuatu. Dia percaya akan kebolehan dirinya sendiri.
Lagu “Fikirkan Boleh”
Nyanyikan bersama-sama rakan lagu di bawah bagi meningkatkan keyakinan diri kamu.
Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh Penulis lirik: Megat Ismail Penyanyi: Metropolitan Ihsan: Sony Music Publishing Sdn. Bhd.
Nota Guru 1. Gunakan peralatan audio visual yang sesuai untuk membimbing murid menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh”. 2. Antara maksud seni kata lagu tersebut adalah: • Berfikiran positif. • Buang sifat ragu-ragu. • Berusaha mencapai sesuatu hasrat. • Jangan mudah putus asa. 3.1.1
73
Amalan Positif Mei Ling sentiasa melakukan amalan positif yang berikut untuk meningkatkan keyakinan dirinya. Meningkatkan kemahiran diri
Ingin mencuba Kemas
AMALAN Cergas POSITIF
Penampilan yang menarik Rajin membaca
Menambah pengetahuan
Menjaga kesihatan Berkongsi idea
Komunikasi yang baik
Berikan contoh amalan positif untuk meningkatkan keyakinan diri yang lain dalam bentuk penanda buku. 74
3.1.2, 3.1.3
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Senaraikan lima perkara yang dapat meningkatkan keyakinan diri berdasarkan kepada lirik lagu “Fikirkan Boleh”.
2 Dengan menggunakan carta tulang ikan, senaraikan amalan positif yang dapat meningkatkan keyakinan diri.
AMALAN POSITIF
K E S A N
75
Keluargaku Sayang Kita mesti menjaga batas sentuhan dalam keluarga.
Katakan TIDAK jika ada sentuhan tidak selamat berlaku dalam keluarga.
76
SENTUHAN DALAM
Senaraikan situasi yang boleh menyebabkan berlakunya sentuhan dalam keluarga. Kenal pasti sama ada sentuhan itu selamat atau tidak selamat.
SELAMAT KELUARGA
KESAN TIDAK MENJAGA BATAS SENTUHAN DALAM KEKELUARGAAN Rogol
Pencabulan
Sumbang mahram
Penderaan seksual
4.1.1, 4.1.2, 4.1.3
77
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Tulis SELAMAT pada sentuhan selamat, dan TIDAK pada sentuhan tidak selamat dalam ruang kosong di bawah. a
b
c
d
e
f
2 Nyatakan tindakan kamu jika berlaku sentuhan tidak selamat dalam hubungan kekeluargaan.
78
Fahamilah Daku Kadangkala Chin Ann berselisih faham atau berbeza pendapat dengan adiknya. Keadaan ini menimbulkan konflik dalam diri Chin Ann. Konflik juga boleh berlaku dengan rakan sebaya.
PUNCA KONFLIK
TANDA-TANDA KONFLIK
Murung
Marah
Bengis Nyatakan dua situasi yang boleh menyebabkan konflik antara adik-beradik.
Kecewa 5.1.1, 5.1.2
79
Menangani Konflik Yang berikut adalah antara langkah-langkah untuk menangani konflik. Langkah-langkah menangani konflik Memaafkan rakan atau adik-beradik.
Bertolak ansur dalam pergaulan.
Menjauhkan diri daripada situasi konflik.
Menghormati perasaan orang lain.
Lakonkan aktiviti menangani konflik berdasarkan gambar di atas. 80
5.1.3
Uji Minda Gunakan buah dadu, butang dan papan dam di bawah untuk aktiviti bersama-sama rakan kamu. Dam Tali dan Tangga 30
31
32
33
Tamat
29
28
27
26
25
21
22
23
24
18
17
11
12
13
14
8
7
6
5
20 19 10 9
16
15
Tugasan 9. Sebutkan satu punca konflik. 11. Nyatakan cara menghormati perasaan rakan sebaya. 15. Sebutkan satu contoh konflik antara adik-beradik. 16. Nyatakan konflik dalam keluarga. 20. Apakah yang kamu lakukan untuk mengelakkan konflik?
Alatan
Pemain
Mula
1
2
3
4
Sekurang-kurangnya dua orang pemain.
Petunjuk Arahan
= Naik
= Turun
1. Tentukan giliran pemain. 2. Lambung dadu. 3. Gerakkan butang berwarna mengikut bilangan yang diperoleh pada dadu. 4. Jawab soalan yang disediakan sekiranya butang berwarna berhenti di petak nombor 9, 11, 15, 16 dan 20. 5. Jika betul, naik mengikut tangga. Jika salah, turun mengikut tali. 6. Main sehingga sampai ke petak Tamat. 7. Pemain yang sampai dahulu ialah pemenang. 81
Tiada Nyamuk Tiada Penyakit NYAMUK AEDES BETINA
PENYAKIT BAWAAN GEJALA DAN TANDA
DEMAM DENGGI CARA MEREBAK Nyamuk aedes betina pembawa virus denggi.
Demam panas Sakit kepala
Nyamuk aedes betina menggigit pesakit denggi. Muntah Cirit-birit
Nyamuk aedes menggigit orang sihat dan menjangkitinya. Cari maklumat tentang kitaran hidup nyamuk aedes dan nyamuk tiruk di www.infosihat.gov.my 82
Sakit sendi Ruam pada kulit
Ceritakan: • perbezaan antara gejala dan tanda demam denggi dengan demam malaria, dan • cara demam denggi dan demam malaria merebak.
NYAMUK TIRUK BETINA
NYAMUK DIJANGKITI
DEMAM MALARIA
CARA MEREBAK
Demam panas
Sakit kepala
Nyamuk tiruk betina pembawa virus malaria.
Nyamuk tiruk menggigit pesakit demam malaria. Letih
Bengkak paru-paru
Loya dan muntah
Menggigil
Nyamuk tiruk betina membawa parasit malaria. Nyamuk tiruk menggigit orang yang sihat dan menjangkitinya.
Nota Guru 1. Bimbing murid mencari maklumat tentang penyakit lain yang dibawa oleh nyamuk.
83 6.1.1
Bertindak Segera Lihat dan ikut cara-cara untuk mencegah pembiakan nyamuk. Tanam bekas yang menakung air. Pengabutan (fogging).
Tutup bekas yang mengandungi air.
CARA-CARA MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK
Bersihkan bekas takungan air. Cipta poster atau risalah yang berkaitan dengan pencegahan demam denggi dan demam malaria. Kemudian, sebarkan kepada rakan-rakan kamu.
Tutup tong sampah. Ramalkan kesan jika kamu atau ahli keluarga dijangkiti demam denggi atau demam malaria.
84 6.1.2, 6.1.3
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Nyatakan penyakit bawaan nyamuk berikut: a b
2 Lengkapkan carta di bawah. Nyamuk Aedes
Tiruk
Penyakit
Penyakit
Tanda dan Gejala
Tanda dan Gejala
a _____________________
a _____________________
b _____________________
b _____________________
c _____________________
c _____________________
d _____________________
d _____________________
3 Cari dan gunting gambar-gambar yang berkaitan dengan penyakit bawaan nyamuk. Tampal dalam folio kamu. 85
Waspada Selalu Ancaman sekeliling ialah keadaan persekitaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri. Lihat situasi di bawah yang boleh mengancam keselamatan diri kamu.
SITUASI YANG MENGANCAM KESELAMATAN DIRI
Menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali.
Melayari Internet tanpa pengawasan ibu bapa. 86
Bermain sendirian di taman permainan tanpa pengawasan ibu bapa.
Berjalan seorang diri di tempat sunyi.
Cerita dan bincangkan persekitaran lain yang boleh mengancam keselamatan diri. 7.1.1, 7.1.2
Bijak Bertindak Elakkan diri kamu daripada situasi yang boleh mengancam keselamatan diri.
Berjalan secara berkumpulan jika melalui tempat yang sunyi.
Jangan menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali.
Jaga keselamatan diri kamu ketika di tempat awam.
Beritahu guru atau ibu bapa jika diancam. Secara berkumpulan, cari maklumat daripada media bercetak atau elektronik tentang cara mengelakkan diri daripada situasi yang mengancam keselamatan diri. Kemudian, sebarkan secara kreatif. Nota Guru 1. Terangkan kepada murid tentang risiko jika tidak mengambil langkah untuk mengelakkan situasi yang boleh mengancam keselamatan diri. Antara risikonya termasuklah diculik, dicabul, dirogol dan dibunuh. 7.1.3, 7.1.4
87
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Tandakan ( √ ) pada situasi yang selamat dan ( X ) pada situasi yang boleh mengancam keselamatan diri. a
b
c
d
2 Padankan gambar dengan tindakan kamu jika mengalami situasi yang boleh mengancam keselamatan diri. a Menolak pemberian daripada orang yang tidak dikenali. b Mengelakkan diri daripada berseorangan di tempat sunyi. 88
UNIT 12 Diana sentiasa mengamalkan pemakanan sihat. Dia makan makanan yang berkhasiat dan bersih. Diana makan mengikut waktu makan yang betul. PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
LEMAK, MINYAK, GULA DAN GARAM • Makan sedikit
IKAN, AYAM, DAGING DAN LEGUM • - 2 sajian ayam/ daging/telur sehari • 1 sajian ikan sehari • - 2 sajian legum sehari • Makan secara sederhana
SAYUR-SAYURAN • 3 sajian sehari • Makan banyak
SUSU DAN PRODUK TENUSU • 1 - 3 sajian sehari • Makan secara sederhana BUAH-BUAHAN • 2 sajian sehari • Makan banyak
NASI, MI, ROTI, BIJIRIN, PRODUK BIJIRIN DAN UBI-UBIAN • 4 – 8 sajian sehari • Makan secukupnya
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
89
Pilihan Berkhasiat, Pilihan Sihat Snek ialah makanan yang dimakan antara waktu makan utama sekiranya perlu. Yang berikut ialah contoh snek berkhasiat.
Snek Berkhasiat
Senaraikan lima snek berkhasiat pilihan kamu dan nyatakan sebab kamu memilih snek tersebut. 90
Snek berkhasiat seperti sandwic dapat membekalkan tenaga.
Nota Guru 1. Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my untuk mendapatkan maklumat snek berkhasiat. 8.1.1
Snek Pilihan Tepat Snek berkhasiat diambil untuk keperluan diet makanan harian seseorang. Lihat snek pilihan Diana dan kawan-kawannya.
Saya pilih susu segar dan pai ayam. Snek ini dapat membantu tumbesaran saya.
Saya pilih jus jambu batu dan kon buah-buahan. Snek ini dapat mengekalkan kesihatan saya.
Saya pilih salad dan kismis. Snek ini dapat membantu kecerdasan saya.
Saya pilih sandwic telur dan kentang panggang. Snek ini dapat membekalkan tenaga kepada saya. Saya pilih kekacang dan puding. Snek ini dapat membantu untuk mengelakkan rasa lapar.
Makan snek dalam jumlah yang sedikit. Elakkan makan snek terlalu hampir dengan waktu makan utama.
Apakah snek berkhasiat pilihan kamu? Nyatakan sebab pilihan kamu itu. 8.1.2, 8.1.3
91
Elak Berlebihan Snek berkhasiat perlu diambil dalam jumlah yang sedikit. Makanan yang dipilih juga mesti kurang kandungan gula, garam dan lemak. Buat sandwic kamu berdasarkan pilihan bahan yang berikut. Berikan sebab kamu memilih bahan tersebut.
Sandwic Pilihan Saya Pilihan buah-buahan dan inti
Pilihan roti Roti berserat
Roti putih
Epal
Oren
Nanas
Pilihan sapuan
Pear
Telur putih Mayones
Marjerin
Mentega kacang
Kaya
Tuna Kismis Hirisan ayam panggang
Pilihan sayuran
Daging cincang Kubis Salad
Buah zaitun Timun
Saya pilih roti berserat, mentega kacang, timun, lobak merah dan tuna untuk membuat sandwic saya.
Ciri-ciri snek berkhasiat: • Sayur-sayuran yang berwarna merah, hijau, jingga dan kuning. • Kurang kandungan lemak, garam dan gula. • Bahan segar dan tiada berperisa tambahan. • Tiada pewarna dan tidak berasid. 92
Nota Guru 1. Jelaskan kepada murid bahawa jika mengambil makanan yang mengandungi garam, gula dan lemak yang berlebihan dalam diet harian, seseorang itu mungkin mendapat penyakit hipertensi dan diabetes. 8.1.4
Uji Minda Jawab soalan di bawah. Cari perkataan snek berkhasiat dalam petak huruf di bawah.
OREN SUSU
PISANG
BIJIRIN
BISKUT
ANGGUR
PAI AYAM
DADIH
BERGEDEL
KENTANG
SALAD
KEKACANG
EPAL
KEJU 93
UNIT 13 Rajan terjatuh ketika bermain. Ceritakan kecederaan yang menimpa Rajan.
Antara kecederaan ringan termasuklah luka kecil, calar, lebam dan melecet.
94
Cuai Membawa Padah Teliti situasi yang boleh menyebabkan kecederaan ringan. Luka kecil
Berhati-hati ketika menggunakan peralatan yang tajam.
Luka calar
Ceritakan kecederaan ringan yang pernah kamu alami.
Nota Guru 1. Bengkak dan lebam juga termasuk dalam kategori kecederaan ringan. 9.1.1, 9.1.2
95
Bantu Mula Chong Min mengalami luka kecil. Teliti cara Cikgu Vanessa memberikan bantu mula. Luka kecil
Kecederaan ringan
Lebam
Rawatan awal 1
Ramalkan sekiranya kecederaan lebam tidak diberikan rawatan awal. Layari www.myhealth.gov.my untuk mengetahui dengan lebih jelas cara merawat kecederaan ringan.
2
Dapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital.
3
Lakonkan cara kamu merawat rakan yang mengalami kecederaan ringan.
96
Nota Guru 1. Ingatkan murid supaya sentiasa tenang jika berlaku kecederaan dan dapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital. 9.1.3, 9.1.4
Uji Minda Jawab semua soalan. 1 Bantu Gopal untuk mengenal pasti jenis-jenis kecederaan ringan. Calar Lebam Luka kecil
2 Lengkapkan cara merawat kecederaan luka kecil. Cuci luka dengan a
Sapukan pada luka.
Balut luka dengan
b
c
3 Bincang dalam kumpulan untuk menyediakan carta berkenaan kecederaan ringan lebam secara kreatif dan persembahkan kepada guru dan rakan-rakan. 97
Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Tahun
Darjah
Nama Penerima
Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan:
BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL
Tarikh Terima