Data Loading...

Penjara Hedraqil Ebook Flipbook PDF

Oleh Qays Rico


154 Views
75 Downloads
FLIP PDF 1.04MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

AUTOGRAF

You may not write well every day, But you can always edit a bad page. You can’t edit a blank page. - Jodi Picoult

Penjara Hedraqil

CETAKAN PERTAMA: FEBRUARI 2019 Penerbit Hana Efriena (HE Dynamic Enterprise) (SSM: TR0153098-X) 350, Batu 50, Jalan Paka 23000 Dungun,Terengganu [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak Hana Efriena (HE). Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan Qays Rico, 1994Penjara HEDRAQIL/QAYS RICO. ISBN 978-967-14882-8-7 1. Malaysian Fiction (Malay). 2. Malay Fiction. I. Judul. 899. 2333 Rekaan Kulit: Sofiy Susun Letak Isi: Fadziella Ibrahim Dicetak oleh : Firdaus Press Sdn. Bhd (SSM-986966-A) No 28 Jalan PBS 14/4 Taman Perindustian Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Tel/Fax: 03 89405595 [email protected]

DEDIKASI Terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong karya keempat saya, PENJARA HEDRAQIL hingga akhirnya berjaya ke versi cetak. Kali ini saya cuba hadirkan novel PENJARA HEDRAQIL dalam genre yang berlainan dengan novel-novel saya yang lepas. Buat Hana, terima kasih sebab masih sudi terbitkan karya saya. Terima kasih juga sebab terlalu banyak membetulkan mana-mana yang ‘menyakitkan mata’ sepanjang penulisan saya. kalian.

Buat keluarga, terima kasih atas dorongan

Buat pembaca, saya hargai usaha anda untuk memiliki karya keempat saya walaupun nama saya masih terlalu baru di dalam dunia penulisan ini. Semoga Allah S.W.T merahmati anda semua.

Ikhlas,

Qays Rico

PESANAN DARIPADA SEORANG PENULIS: Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak berkait dengan yang hidup mahu pun yang mati. Ambil yang baik untuk dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan. Selamat membaca naskhah PENJARA HEDRAQIL. Terima kasih atas sokongan.



Penjara Hedraqil Welcome to the hell.

QAYS RICO

Prolog

D

INGIN malam makin mencengkam kulit, tapi Hedraqil langsung tak ada tanda-tanda untuk berganjak. Tetap termenung jauh merenung dada langit. Sesekali terlihat berbicara sendirian dan ketawa. Entah apa yang melucukan pun Hessa tak mengerti. Yakin, seperti selalu Hedraqil hidup dalam dunianya sendiri. Untuk kesekian kalinya, Hessa lepaskan keluhan panjang. Baru Hessa pasang niat nak masuk ke dalam banglo mewah milik adik lelakinya itu, terngiang-ngiang suara Hedraqil seolah-olah berbicara dengan seseorang. Kali ni, hati terasa menghangat. Dah dua bulan, takkan Hedraqil masih tak boleh nak terima hakikat? Nak tunggu gila dulu ke baru nak sedar diri? “Abang dah lama tak bawa Yas jalan-jalan kan? Tunggu Yas bersalin nanti kita melancong 1

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

puas-puas tau?” Lembut dan lunak suara Hedraqil. Hakikatnya, itulah sisi sebenar seorang Hedraqil. Tak pernah sekali pun Hedraqil berkasar dengan arwah Yasmin. Malah, setiap tutur kata pasti akan disusun sebaik mungkin supaya hati Yasmin tak terguris. “Yas nak melancong ke mana kali ini?” Lagi perbualan yang entah dengan siapa-siapa. Hessa dah tak mampu nak diamkan diri lagi. Terus pusingkan tubuh dan mendekati susuk tubuh tegap Hedraqil. Oh, tidak. Rasanya dulu Hedraqil lebih tegap dan sasa. Nampak sedikit susut semenjak pemergian arwah Yasmin dan kandungan yang baru berusia tujuh bulan. “Hedra berbual dengan siapa tu?” Ayat Hessa nak hentikan halusinasi Hedraqil. Semedan Hedraqil menoleh. Nampak kening lelaki itu berkerut-kerut sedikit. Mungkin pelik dengan pertanyaan Hessa. Bagi Hedraqil, takkanlah Hessa tak nampak yang dia sedang berbual dengan Yasmin? “Berbual dengan isteri Hedra, kak long.” Lurus jawapan Hedraqil. Hessa terpempan seketika. Tengok gaya Hedraqil menjawab, memang jelas yang Hedraqil yakin susuk tubuh arwah isterinya masih wujud. Dah acap-kali Hessa tegaskan yang Yasmin sudah tiada,

2

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

tetap Hedraqi memilih untuk kekal begitu. “Hedra dah lupa ke?” soal Hessa cuba mengawal rentak hati yang libang-libu. Sekali lagi, kening Hedraqil kelihatan hampir bercantum. “Lupa apa, kak long?” “Yasmin dah tak ada. Isteri dan anak Hedra dah meninggal dunia. Lupa?” Hessa jawab tak teragak-agak. Mengundang tawa yang jelas dibuat-buat oleh Hedraqil. Dari sepasang mata Hedraqil, Hessa lihat berkaca-kaca. Hessa pasti yang Hedraqil sudah maklum akan ketiadaan insan tersayangnya, tapi Hedraqil sengaja memilih untuk terus mencipta memori. “Kak long ni.. tak habis-habis ulang ayat sama. Takkan tak nampak isteri Hedra ada dekat depan Hedra ni?” Tergeleng-geleng kepala si Hedraqil. Menyedut nafas dalam, Hessa lepaskan perlahan-lahan. Bahu kanan Hedraqil disentuh hangat. “Earth to, Hedraqil. Kak long dah tak sanggup nak tengok Hedra macam ni. Tolonglah terima hakikat yang Yasmin dan anak Hedra dah meninggal dunia dua bulan yang lalu.” Hessa cuba untuk memujuk Hedraqil. Malangnya, Hedraqil tolak tangan Hessa ke bawah. Berdiri, senyuman

3

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pahit Hedraqil lemparkan. “Dahlah, kak long. Hedra dah malas nak dengar lagi. Hedra dan Yas mengantuk dah ni, kami masuk tidur dulu ya?” Mengelak. Hedraqil panas punggung nak berdepan dengannya. Hessa dah hilang ayat nak berhujah lagi. Makin buat hati dia retak bila Hedraqil dilihat seakan menghulurkan tangan dan ‘memimpin’ seseorang untuk masuk ke dalam banglo mewah miliknya. Hessa dah penat. Hessa dah buntu. Hessa dah lelah. Berbuih sudah mulut menasihat Hedraqil, sikit pun tak terkesan di hati lelaki itu. Kadangkadang Hedraqil pula yang marahkan Hessa semula. Kononnya Hessa bencikan Yasmin sampai sanggup ‘mematikan’ watak Yasmin di dalam kehidupannya. Alahai, Hedra. Daya apa lagi harus kak long buat supaya Hedra boleh kembali seperti dulu? Kak long rindukan Hedra yang dulu. Yang sentiasa tersenyum. Yang sentiasa tenang. Yang selalu buat orang di sekeliling ketawa. Dan yang tak pernah kelihatan tak terurus sebegini. Selalu penampilan Hedraqil sentiasa 4

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

terjaga. Berbeza sejak dua bulan yang lalu. Sungguh, hanya doa yang mampu Hessa panjatkan tanpa henti. Moga suatu hati nanti akan ada jalan yang terbuka, supaya dia mampu mengembalikan Hedraqil seperti sediakala. Dengan izin-Nya..

5

Bab 1

L

ANGKAH kaki Hessa longlai menapak masuk ke kelas. Memikirkan tentang Hedraqil, memang buat otak dia saban hari bertambah tepu. Dah habis idea dah dia hendak membantu, Hedraqil tetap juga begitu. Tak ada tanda-tanda hendak berubah. Nak dibawa ke klinik atau hospital? Jangan haraplah. Awal-awal lagi Hedraqil dah membantah. Kata Hedraqil, dia bukannya sakit. Ya, memang Hedraqil nampak sihat. Tapi jiwa dan emosi Hedraqil yang sakit. Malahan, mungkin sudah bertambah tenat! Menarik nafas dalam, Hessa cuba sedut aura positif. Dia tak boleh lemau macam ni. Hari ni hari pertama dia mengajar kelas baru. Mengangkat pandangan, Hessa perhatikan ruangan kelas yang sudah hampir penuh. Rasa6

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

rasanya bilangan pelajar mungkin mencecah lebih 30 orang. Jadi sebagai seorang tenaga pengajar, Hessa tak boleh campuradukkan urusan peribadi dan urusan kerja. Tak professional namanya. Langkah kaki semakin dilajukan. Berdiri merenung wajah-wajah di hadapan, rasa bertanggungjawab untuk sebarkan ilmu sehabis baik. Lalu, kuliah dimulakan dengan sesi berkenalan dengan setiap orang pelajar yang hadir. Biasalah, kuliah pertama bukannya Hessa nak bagi tekanan sangat pada pelajar-pelajarnya. Selalu, memang akan ada waktu-waktu santai sebegini. Hampir setengah jam berlalu, sesi berkenalan tamat. Hessa dah pasang niat nak mulakan dengan bab pertama. Buku rujukan yang agak tebal di atas meja dicapai. Memandangkan majoriti pelajarpelajar memang belum ada buku rujukan sendiri, Hessa dah siap-sediakan beberapa helai kertas yang siap dicetak untuk diagihkan kepada mereka. “Dalam kelas ni, siapa yang akan jadi ketua kelas?” soal Hessa tiba-tiba. Memang wajib setiap kelas mempunyai seorang wakil untuk berurusan dengannya. “Selalunya kelas kami diketuai oleh perempuan, Dr. Hessa. Tak apa ke?” Serba-salah suara seseorang menyahut. Hessa ukir senyum. Pemikiran yang perlu diubah. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, selagi

7

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

berkelayakan sesiapa sahaja boleh untuk menjadi seorang ketua. “Saya tak tetapkan jantina, siapa yang patut jadi ketua dalam kelas saya.” Penuh makna bicara Hessa. “Kalau macam tu, kami cadangkan Adelia untuk jadi ketua kelas kami. Untuk semester lepas dan kelas-kelas lain pun memang tugas tu Adel yang ambil alih.” Suara seseorang yang lain. Kening Hessa berkerut. “Tak apa ke kalau semua tugas dia yang buat?” Hessa sangsi. Kalau dah semua kelas si empunya nama yang dipertanggungjawabkan, bimbang tak cukup kaki dan tangan pula nanti. “Jangan risau, Dr. Hessa. Adelia memang serba boleh.” Satu suara lain menyampuk. Cuba meyakinkan Hessa. Hessa jatuhkan kepalanya beberapa kali. “Kalau macam tu, boleh saya tahu yang mana satu Adelia?” Ruangan kelas sunyi seketika. “Adelia?” soal Hessa menanti kut-kutlah akan ada gerangan yang bangkit dan perkenalkan diri. Hessa.”

“Err.. Adelia belum masuk kelas lagi, Dr.

8

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Pulak?” Hessa terngadah seketika. Hailah.. kalau ada kelas pertama pun ponteng, agak-agak boleh ke nak jadi seorang ketua? Belum sempat Hessa nak bersuara, tak semena bicaranya terlebih dahulu dipotong oleh pelajar yang baru sahaja memperkenalkan dirinya sebagai Didi. “Hah.. tu pun Adelia dah sampai!” Kuat suara Didi sembari jari telunjuk melurus ke arah pintu. Beberapa pasang mata mula terarah pada pintu utama, termasuklah Hessa. Jelas berdiri sekujur tubuh yang sedang menunduk menekur hujung kaki sambil berulang-kali mengulang perkataan ‘maaf ’. “Maaf, Dr. Hessa. Tayar kereta saya pancit tadi sebab tu saya lambat ke kelas.” Si dia masih belum mampu hendak memanggung wajah. Hessa mendekat. Entah kenapa, walaupun dari sudut begitu ada sesuatu desakan yang memaksa dia menghampiri Adelia. Dada Hessa pula tak semena terasa berdebar-debar. “Awak, Adelia?” soal Hessa. Nada suara tidak ada sedikit pun berbaur kemarahan. Mendengarkan intonasi tenang Hessa, barulah Adelia berani hendak mengangkat wajah. Dan serentak dia lihat langkah kaki Hessa terundur beberapa langkah ke belakang sebaik saja melihat wajahnya. 9

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Allahuakhbar..” Turut terpacul kalimah indah tersebut dibibir pensyarah muda itu. Wajah Hessa pucat. Wajah Adelia berkerut-kerut. Sedangkan wajah pelajar-pelajar yang lain mula menayang riak ingin tahu. “A.. awak, A.. Adelia?” Dan sekali lagi soalan sama terpacul pada bibir Hessa. Terketar-ketar dan kedengaran sedikit gagap. Adelia jatuhkan kepalanya meskipun hati sudah dilanda tanda tanya yang bukan sedikit. “Ya, nama saya Adelia Khadeeja. Kenapa, Dr. Hessa?” Adelia yang tak mengesyaki apa-apa, sekadar mengiyakan. Makin bertambah keliru saat Hessa seakan menggeleng-gelengkan kepalanya sendiri. Seolah-olah tidak percaya. Seolah-olah cuba untuk menafikan. Automatik Adelia raba wajah sendiri. Agak-agak rupa dia dah hampir sama dengan alien ke hingga macam tu sekali Hessa nampak terkejut waktu kali pertama melihat dia?

10

Bab 2

A

DELIA turutkan saja langkah kaki Hessa menuju ke kereta mewah milik pensyarah muda itu. Terbit sedikit rasa aneh dengan tingkah Hessa. Tapi, Adelia diamkan saja. Yakin sedikit masa lagi pasti segala tanda-tanya itu akan terjawab. Kali pertama bertentang mata dengan Hessa, satu yang Adelia mampu katakan. Hessa seolaholah ada sesuatu yang disembunyikan. Wajah manis itu sering kelihatan resah. Kadang-kadang Hessa tertangkap merenung dirinya dalam diam. Kenapa? Sungguhlah Adelia tak punya sebarang jawapan. “Adel selesa kalau kita bercakap dekat sini?” Soalan tiba-tiba buat lamunan Adelia terbantut. Terus bebola mata dipusatkan ke wajah Hessa. Adelia jatuhkan kepala sekali bersama senyuman nipis. Okeylah ni kalau berbual dekat sini. Lagipun kereta dia pun terparkir tidak jauh. Tak 11

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

adalah jenuh dia nak menapak seketika nanti. “Boleh.” “Boleh ke kalau saya nak tengok kad pengenalan Adelia?” pinta Hessa sedikit teragakagak. Risau juga kalau tiba-tiba Adelia labelkan Hessa ni kurang siuman. Yalah, tiba-tiba berlagak macam polis. Siap minta kad pengenalan segala lagi. Dum! Rasa berpinar-pinar sekejap kepala Adelia. Dah kenapa nak tengok kad pengenalan dia pula? Mulut dah terasa gatal sungguh nak menyoal. Peliknya, tangan laju menyeluk tas tangan lalu kad pengenalan dikeluarkan dari dompet. Dihulurkan pada Hessa bersama wajah serba tak kena. Ada senyuman pahit terbias pada bibir Hessa sebaik meneliti kad pengenalan miliknya. “You’re not her.” Perlahan suara Hessa seakan menggumam. Berkerut kening Adelia menangkap butir bicara yang kurang jelas itu. “Siapa, Dr.?” soal Adelia ingin tahu. Hessa tentang sepasang mata milik Adelia. Mendekati, wajah Adelia disentuh perlahan. Diusapusap seakan mengagumi. Segala-galanya hampir sama.

12

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mata. Hidung. Bibir. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan Adelia adalah jelmaan seorang Yasmin Jannah. “Sama, sangat sama. Tapi awak bukan dia. Dan mungkin juga bukan sesiapa dalam hidup dia.” Lagi ayat yang mengelirukan. “Saya tak faham apa yang Dr. Hessa cuba sampaikan.” Jujur bicara Adelia. Menarik nafas dalam, Hessa seluk tas tangan dan keluarkan gajet miliknya. Dibelek-belek seketika sebelum dihulurkan kepada Adelia. Mula-mula Adelia macam terkedu juga nak terus sambut gajet pensyarahnya itu. Bila Hessa yakinkan, barulah Adelia sambut. Saat melihat potret seseorang terpampang pada ruangan skrin, jantung Adelia seakan terhenti berdetak. Mati denyutannya dalam sekelip mata. Wajah Adelia pula yang jelas kelihatan berubah rona. Bibir sedikit terbuka. “Sama, kan?” soal Hessa seakan berbisik. Adelia pandang Hessa, seakan terbias genangan mutiara jernih pada sepasang mata suram milik Hessa. “Siapa dia?” 13

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Isteri kepada adik lelaki saya. Arwah dah hampir tiga bulan tinggalkan dunia ni. Dia bawa sekali satu-satunya zuriat yang tak sempat lahir ke dunia.” Senyuman sendu terukir pada bibir Hessa. Adelia jatuh simpati. Semedan jemari Hessa dicapai lalu dielus seakan cuba menyalurkan sedikit semangat. “No.. don’t worry about me. I’m okay. Cuma..” Hessa jeda, seraya menyeka setitis air mata yang dah gugur. Wajah Hessa memang kelihatan sayu. “Cuma saya dah tak sanggup nak melalui fasa kehilangan tu lagi. Saya rindukan dia, Adelia. Rindu sangat-sangat..” Bergetar sedikit nada suara yang melontar. “Semua orang pasti rindukan arwah, Dr. Hessa.” Ayat memujuk. Tidak tahu ayat apa yang sepatutnya terluah. Lagipun ini kali pertama Adelia berdepan dengan situasi begini. Hessa geleng kepala tanda menidakkan. “Awak dah salam faham.” “Maksud, Dr. Hessa?” “Yang benar, saya lebih rindukan adik lelaki saya.” Jawapan Hessa buat Adelia tergamam. “Adik Dr. Hessa pun..” Adelia rasa macam tak sanggup nak teruskan ayatnya sendiri. Risau-risau jika andaiannya benar. Pasti jiwa pensyarah muda itu 14

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

akan lebih tercarik. mati.”

“Dia masih hidup, cuma hati dia yang dah

Lalu penjelasan Hessa buat Adelia terdiam seribu bahasa. Diam, mencerna. Kesudahannya, Adelia tetap tidak mengerti apa-apa. Tak mungkin seorang manusia mampu hidup tanpa hati? Lantas, pasti ada maksud tersirat yang cuba Hessa sampaikan padanya. Hendak menjadi makhluk ‘kepochi’, Adelia rasa tika ini bukan waktu yang sesuai. Biarkan saja Hessa sendiri yang mahu membuka mulut. “Adelia nak tahu?” soal Hessa menantikan balasan Adelia. “Kalau Dr. Hessa sudi nak bercerita, saya akan pinjamkan telinga saya untuk mendengar,” balas Adelia sekaligus menjadi penutup bicara mereka. Sesungguhnya, Hessa sendiri tidak tahu dari mana dia harus mulakan. Menatap wajah Adelia, entah kenapa hati terbersit sesuatu. Mungkinkah Allah S.W.T sedang menghantar Adelia sebagai pengganti arwah Yasmin? Jika bukan, kenapa pertemuan ini begitu kebetulan sekali?

15

Bab 3

A

DELIA tak tahu kenapa perbualan dia dan Hessa bagaikan terngiangngiang sehingga sekarang. Sedikitsebanyak Adelia rasa terkesan dengan kisah sedih yang menimpa Hessa. Dalam waktu yang sama, terbit juga rasa marah terhadap adik lelaki Hessa. Walaupun Adelia tak pernah kenal. Walaupun Adelia tak berapa jelas dengan kisah sebenar. Satu yang Adelia kesalkan. Kenapa perlu terlalu mengikut rentak hati? Rasa-rasanya kalau bukan sebab terlampau ikutkan hati, jejak itu takkan terpesong sebegitu jauh. “Nama dia, Hedraqil.” “Siapa?” “Adik lelaki saya.” 16

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Ohh..” Adelia bingung. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Tiba-tiba Hessa bagitahu nama si empunya diri yang selalu disebut-sebut, haruslah Adelia rasa kekok dan janggal sedikit. “Muda lagi orangnya, mungkin tua beberapa tahun daripada usia Adelia. Adelia umur berapa ya?” “23 tahun.” “Adik saya, 29 tahun.” Hessa senyum. Tapi, senyuman itu buat hati Adelia rasa sesuatu. “Adelia nak tak kenal dengan Hedraqil?” Duh! Bahu Adelia terangkat untuk kesekian kali. Perbualan itu sudah berlalu hampir dua hari yang lalu. Tapi kenapa bagaikan satu mantera yang selalu menghantui diri Adelia? Bingkas bangun, Adelia raup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Tulah, sibuk lagi fikirkan masalah orang lain. Tak pasal-pasal dah terbawa-bawa. Melepaskan nafas panjang, Adelia segera menuju ke kamar mandi. Dah alang-alang waktu solat Maghrib pun dah masuk, ada baiknya dia segerakan solat daripada melayan perkara-perkara yang tak berkait. Betullah kan? Hessa mahu pun Hedraqil, bukannya siapa-siapa dalam hidup Adelia. Cukup Hessa dikenali sebagai seorang pensyarah sahaja. Selebihnya, bukan urusan hidup Adelia. Anehnya, kepala dia tetap juga sibuk nak memikirkan tentang masalah Hessa. Ah, haru 17

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

sungguh! Kenapa perlu begini?

USAI solat Maghrib, Adelia pasang niat nak turun ke tingkat bawah. Perut pun dah bekeroncong minta diisi. Untung sebenarnya jadi anak orang berada ni. Segala keperluan memang pembantu rumah dah siap-sediakan. Nak harapkan Datin Khalisah dan Datuk Arman? Kedua-dua orang tuanya itu selalu saja sibuk. Tapi Adelia tak salahkan mereka. Faham yang keduaduanya sibuk nak cari duit demi membesarkan anakanak. Walaupun Adelia ni bukannya ramai sangat adik-beradik yang lain. Yang ada hanya dia, Khalish dan si bongsu Khaisa sahaja. Khalish dah lama mendirikan rumah tangga. Maklumlah, Khalish kan anak yang sulung. Khaisa pula baru saja berada di tingkatan empat. Elok kaki memijak anak tangga terakhir, wajah-wajah di hadapan mata dipandang bersama dengan segaris senyuman. Bukan senang nak berkumpul macam ni. Kadang-kadang kalau bukan dia yang sibuk, pasti Datin Khalisah dan Datuk Arman yang tak lekat dekat rumah. “Bila abang long sampai?” soal Adelia seraya menarik kerusi bersebelahan dengan Khaisa.

18

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Baru aje sampai. Dengar mama bagitahu Bibik Noji buat nasi ayam penyet, tu yang abang long pecut terus ke sini.” Khalish sengih-sengih sambil tangan dah ligat nak menyenduk nasi. Nasi ayam penyet, memang kegemaran hampir setiap penghuni Vila AK. Vila yang diberi nama sempena nama Arman dan Khalisah. “Kak long?” “Kak long ada pesakit. Tak boleh nak singgah.” Penjelasan Khalish buat Adelia diam menghadam. Faham dengan pekerjaan wanita mualaf itu sebagai seorang doktor. Kadang-kadang waktu makan pun terpaksa diketepikan demi menyelamatkan nyawa orang lain. “Duit belanja cukup lagi ke, Adel?” Bicara Datuk Arman menarik perhatian Adelia. Adelia angguk. “Cukup lagi, pa. Lagipun dekat kampus, Adel jarang makan. Lagi suka makan dekat rumah. Bibik Noji masak sedap,” puji Adelia melambung-lambung. Merah wajah Bibik Noji seraya mencuit manja pipi Adelia. Memang Adelia, antara anak majikan yang paling rapat dengannya. “Ada-ada saja Adel ni. Bibik masak biasabiasa ajelah.” Merendah diri. “Tapi yang biasa-biasa tu buat perut Adel 19

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

buncit tau?” Adelia menyeringai. Khaisa segera intai perut Adelia yang kononnya dikatakan buncit. “Kak ngah tu mana ada buncitnya. Keding macam tiang lampu ajelah Khaisa tengok.” Selamba bibir Khaisa mengomen. Khalish bantai gelak. Datin Khalisah pun. Adelia jegilkan biji mata. “Budak mentah jangan menyampuk orang tua bercakap.” Pura-pura tegas. Khaisa juihkan bibir dan teruskan suapan. “Khaisa dah besar, okey?” Sempat lagi tu nak menangkan diri sendiri. Baru Adelia nak membalas, tak semena telefon bimbit miliknya berdering. Memang selalu kalau turun ke bawah, Adelia akan usung gajet miliknya sekali. Risau kalau-kalau ada rakan sekelas yang hantar pesanan. Tambah-tambah bila ada kerja berkumpulan ni, Adelia tak bolehlah aci lepas tangan sahaja. Adelia intai nama si pemanggil, automatik kening Adelia berkerut. Dr. Hessa? “Teman lelaki yang telefon ke, kak ngah?” sakat Datin Khalisah. Kesemua pasang mata mula tertumpu ke arahnya. Menantikan jawapan. 20

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia kebam bibir sebelum menggeleng. Tak semena juga paluan jantung dia jadi tak sekata. Dia ada buat salah ke sampaikan Hessa tak menyempatnyempat telefon dia sewaktu di rumah? “Bukan.” “Habis tu?” Datuk Arman mencelah. “Pensyarah kak ngah, pa..” resah Adelia membalas sebelum meminta diri untuk menjawab panggilan daripada Hessa. Berdiri sedikit jauh daripada keluarganya, Adelia masih tak punya kekuatan untuk menekan butang hijau. Deringan pertama mati dengan sendiri. Sebaik saja deringan kedua kembali berbunyi nyaring, Adelia terpaksa mengalah. Butang hijau ditekan lalu telefon dilekapkan pada telinga. Salam daripada Hessa dijawab perlahan. “Adelia?” dada.

Makin berganda debaran yang menghempas “Ya, saya.” “Boleh Adelia tolong saya?”

Terkesima. Bukan kerana permintaan Hessa, tapi kerana nada suara Hessa yang jelas kedengaran seakan baru sahaja selesai menangis. “Apa yang dah jadi, Dr. Hessa?”

21

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

soalan.

“Kita jumpa esok, Adelia?” Soalan berbalas

“Dekat mana?” Cepat sahaja Adelia setuju. Lagipun yakin pasti pertemuan itu amat penting bagi Hessa. “Esok Adelia ada kelas dengan saya, lepas habis kelas tunggu saya dekat luar sekejap.” Penerangan penuh Hessa sebelum sayup-sayup Adelia dengar suara seseorang sedang menjerit. Dan seseorang itu adalah lelaki! “Saya kena letak telefon dulu, Adelia. Esok Adelia mesti jumpa saya. Saya minta maaf ganggu Adelia. Jangan lupa esok ya, Adelia?” Buru-buru, panggilan sudah dimatikan oleh Hessa. Terkelip-kelip Adelia renung skrin telefon yang dah bergelap. Persoalan demi persoalan mula timbul dalam benak Adelia. Siapa yang menjerit? Kenapa Hessa menangis? Malangnya, soalan itu tak mungkin akan ada jawapannya. Memegang hujung dahi, Adelia rasa sedikit-sebanyak dia sudah terjebak masuk ke dalam masalah yang dihadapi oleh Hessa. Bukan Adelia mahu merungut, cuma dia tertanya-tanya. Kenapa mesti dia? 22

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adakah kerana wajah dia yang hampir serupa dengan wajah arwah Yasmin Jannah? Sungguhlah, otak Adelia semakin berselirat sejak mengenali Hessa.

23

Bab 4

P

ERMINTAAN yang sama pernah Hessa utarakan sewaktu menelefonnya semalam. Namun, tak pernah sekali pun Adelia menyangka permintaan itu begitu berat untuk dia tunaikan. Terlalu berat. Allahuakhbar.. Tak terluah hatta sepatah kata. Hanya sepasang mata terkebil-kebil membalas renungan penuh mengharap Hessa. “Adelia..” “Dr. Hessa boleh panggil saya, Adel.” Dek tidak tahu hendak memberi respons bagaimana, sudahnya ayat itu yang terpacul pada bibir. Lagipun memang panggilan itu sudah sebati dalam hidup Adelia. Adelia lebih selesa orang lain memanggilanya dengan gelaran ‘Adel’. 24

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hessa sedut dan hembus nafas berat. Tahu yang Adelia masih keliru dan bingung dengan permintaan tiba-tiba daripadanya. Sudahlah tibatiba, berat dan payah untuk ditunaikan pula tu. Kalau Hessa berada di tempat Adelia, rasa-rasanya tak keterlaluan kalau Hessa boleh jatuh pengsan. Tergagap-gagap, Hessa kembali gagahkan seulas bibir untuk bertanya. “Boleh Adel tolong saya?” Gemersik nada yang kedengaran. “Tolong apa, Dr?” Adelia tanya soalan yang sengaja memerangkap dirinya sendiri. Walhal dia sudah tahu pertolongan itu sejak awal. Dalam keadaan darurat sebegini, memang otak dia dah tak boleh berfungsi dengan baik lagi. Aduhai, Adel. Kenapa kau tanya soalan maut tu sedangkan kau tahu kau pasti takkan mampu untuk tunaikan? Ada suara menjerit dari dalam. Marahkan kebodohan sendiri. Namun, terlajak kata masakan bisa diundur. Hadap sajalah. “Tolong rawat hati adik saya. He needs you.” Bersungguh-sungguh riak wajah cantik manis bertudung milik Hessa. Bahu Adelia mengendur. “Tapi saya tak kenal dia, Dr. Hessa. Dia pun tak kenal saya. Tak mungkin dia perlukan saya.” 25

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia dah dapat lidah untuk membalas bicara Hessa. “Tapi dia pernah kenal seseorang yang punya wajah serupa dengan Adel.” Bijak jawapan Hessa. Adelia terkebam seketika. “Saya.. saya tak boleh.” Adelia menunduk. “Adel, kalau Adel mahu saya melutut dan merayu pun saya sanggup. Adel tentu dengar dia mengamuk semalam kan? Emosi dia kadang-kadang tak terkawal, Adel. Saya yakin bila dia tengok Adel, dia akan jadi diri dia yang dulu.” Jemari Adelia dicapai lalu dielus perlahan. Adelia panggung wajah. Terusik dengan rayuan Hessa. Dia ni dahlah jenis lembut hati. Mana boleh kalau orang dah merayu-rayu macam ni. Dalam keras dia menolak pun, bimbang sikit masa lagi tetap juga akan tersungkur. “Kalau sebaliknya?” sedikit.

“Apa maksud Adel?” Kening Hessa terjungkit

“Manalah tahu, kalau-kalau dia tak kisah pun dengan wajah saya yang hampir serupa dengan wajah arwah isteri dia.” Adelia luahkan pendapat sendiri. “Saya tak faham, Adel..” Jujur Hessa mengaku. Menyedut nafas dalam, Adelia lepaskan perlahan-lahan. 26

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Dr. Hessa, hati dia cintakan Yasmin Jannah. Memang wajah kami serupa. Tapi tetap saya dan arwah Yasmin tu orang yang berbeza. Mungkin wajah kami sama, tapi hati dan jasad kami tak mungkin sama sampai bila-bila. Hakikatnya saya tetap adalah Adelia Khadeeja.” Penjelasan Adelia mula buat Hessa mengerti. “Tapi sekurang-kurangnya kita cuba, Adel. Cuba untuk bantu dia.” “Yang sebenarnya, kita tak membantu dia. Tapi kita semakin buat dia percaya yang Yasmin Jannah masih hidup.” “Saya tak suruh Adel muncul sebagai arwah Yasmin.” Adelia terkedu. “Habis tu?” “Adel jadi diri Adel sendiri. Muncul sebagai Adelia Khadeeja. Cuma saya harap bila dia pandang Adel, kerinduan dia pada arwah Yasmin akan terubat. Bila rindu tu berkurangan, hati dia juga akan terawat. Sepanjang tulah saya harap dia akan semakin sedar yang Yasmin sebenarnya dah lama tak ada. Yang ada hanya Adel,” ulas Hessa buat Adelia mati kata dalam sekelip mata. Jangan cakap yang Hessa nak suruh dia bercinta dengan lelaki bernama Hedraqil tu pula. Boleh ke? 27

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mampu ke hati dia hendak mencintai lelaki yang langsung tak pernah dia kenali? “Kalau saya tanya ni, boleh ke Dr. Hessa berikan saya jawapan yang ringkas tapi jelas?” “Apa yang Adel nak tanya?” “Sebenarnya pertolongan bagaimana yang Dr. Hessa mahukan?” “Jadi adik ipar saya, Adel. Atau..” “Atau dalam erti kata lain, cuba untuk belajar bercinta dengan adik Dr. Hessa?” sampuk Adelia yang sememangnya sudah lama bisa menebak. Lambat-lambat, Hessa mengaku. Terlepas keluhan panjang dari bibir Adelia. “Saya tak pernah bercinta, Dr. Hessa.” Adel.”

“Jadi biarkan Hedraqil jadi cinta pertama “Kalau saya tak boleh?”

“Adel boleh anggap yang saya tak pernah merayu apa-apa pada Adel hari ini. Jangan risau, apa sekalipun jawapan Adel, saya takkan gagalkan Adel dalam subjek saya.” Senyuman perih terukir pada bibir Hessa. Sedar, dia hanya mampu meminta. Tapi tidak layak untuk memaksa Adelia untuk akur pada rayuannya. 28

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Buat hati Adelia terhimpit rasa simpati. Di antara penolakan dan penerimaan, Adelia terduduk di pertengahan jalan. Hendak terus menolak? Entah kenapa ada sedikit rasa yang mencegah Adelia daripada berbuat begitu. Sudahnya jawapan paling selamat yang Adelia pilih. “Bagi saya masa, Dr. Hessa. InsyaAllah, Dr. Hessa doakan saja niat murni Dr. Hessa itu dipermudahkan. Andai kata bukan saya yang mampu membantu, tentu akan ada orang lain yang DIA hantarakan untuk bantu keluarga Dr. Hessa nanti.” Bijak dan matang cara Adelia membalas. Sudah cukup mampu buat Hessa melepaskan nafas kelegaan. Sekurang-kurangnya bukan jawapan negatif yang harus dia terima hari ini. Pasti akan ada harapan dan peluang yang tersisa. Hessa yakin. Benar-benar yakin. Lagipun dia nekad dengan tindakannya selepas dia meminta petunjuk dari DIA. Mudah-mudahan nalurinya benar dan tepat.

29

Bab 5

J

AUH lamunan Adelia sampaikan tak sedar sejak tadi dah ada sepasang mata yang leka memerhatikannya. Sedikit pun Adelia tak berganjak. Pandangan gadis itu kosong memandang langit gelap yang hanya bertemankan cahaya bulan. Menghampiri Adelia, Datin Khalisah makin digaru tanda tanya. Takkan dia dah terpacak di hadapan Adelia pun Adelia masih tak perasan? Alahai.. Nak tak nak, terpaksalah Datin Khalisah cuit bahu Adelia sedikit. Barulah nampak Adelia seakan terperanjat dengan kemunculannya. Bahu gadis itu sedikit terangkat. “Ma?” soal Adelia seakan bingung. “Adel fikirkan apa? Mama berdiri depan Adel pun Adel tak sedar.” Datin Khalisah komen tingkah-

30

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

laku anaknya yang agak aneh. Adelia garu hujung dahi yang tak gatal. Tak tahu nak bercerita atau tidak. Tapi kalau dipendam, rasa dada macam nak meletup-letup. Besar sungguh kesan permintaan Hessa terhadapnya. “Ada masalah dekat kolej ke?” Adelia geleng. “Adel okey.” “No, you’re not.” Datin Khalisah itu seorang ibu, haruslah dia lebih tahu waktu bila Adelia ‘okey’ atau tidak. Walaupun masa jarang diluangkan bersama Adelia, itu tak bermakna segala kebajikan anaknya sudah terabai. Datin Khalisah dan Datuk Arman masih mengambil berat perihal anak-anak. “Mama janganlah risau. Adel memang tak ada apa-apa masalah pun dekat kolej.” “Masalah lain?” tembak Datin Khalisah. Adelia terdiam untuk seketika. Bersama senyuman pahit, Adelia geleng kepala tanda menafikan juga. Dah Adelia jawab macam tu, takkanlah Datin Khalisah masih nak mendesak. Melepaskan keluhan dalam, bahu Adelia diusap penuh kasih. “Mama tak paksa kalau Adel tak nak cerita. Tapi mama nak Adel tahu walaupun mama dan papa sibuk, kalau Adel ada masalah Adel boleh cari kami.” 31

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Bicara lembut Datin Khalisah mengetuk gegendang telinga Adelia. Adelia jatuhkan kepala tanda mengerti. Memberi ruang untuk Adelia bersendirian, Datin Khalisah dah berura-ura untuk berlalu. Terkaku sepasang kaki saat soalan tak terduga muncul di bibir Adelia. “Ma, abang long dulu kahwin waktu usia dia berapa?” Pusing, Datin Khalisah tayang wajah curiga. “Adel nak kahwin ke?” Adelia terus terbatuk-batuk kecil. “Bu.. bukan macam tu, ma..” Kelam-kabut Adelia menyangkal. “Habis tu?” “Adel sajalah nak tahu..” Masih lagi Datin Khalisah menayang riak curiga. Namun, pertanyaan si anak tetap juga dijawab olehnya. “Umur 28 tahun kut..” “Bermakna kak long waktu tu umur 25 tahun ya?” soal Adelia mahukan kepastian. Datin Khalisah mengangguk. Adelia nampak berfikir-fikir sejenak sebelum menghela nafas berat.

32

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Adel ada masalah kan? Adel tak boleh tipu mama. Mama boleh rasa yang Adel sedang serabut sekarang. Betul tak?” teka Datin Khalisah tidak jadi hendak beredar masuk. Menapak, duduk terus dilabuhkan di hadapan Adelia. Adelia pandang wajah Datin Khalisah. Bibir bergerak-gerak hendak mengatakan sesuatu. “Ma.. kalau Adel tanya, boleh ke?” “Adel nak tanya apa ni, sayang?” Jemari mulus Adelia dielus penuh kasih. “Kalau kata jodoh Adel sampai awal, mama terima ke?” Tergamam seketika Datin Khalisah. Wajah berubah. Namun, hanya untuk seketika sebelum senyuman lebar mula menghiasi bibir Datin Khalisah. “Dah nama pun jodoh Adel, kita ni siapalah yang nak menolak? Cepat atau lambat, tetap akan tiba. Mama anggap Adel memang ramai peminat sebab tu sampai tak menyempat-nyempat orang lelaki nak pinang Adel. Takut melepas..” balas Datin Khalisah dalam gelak tawanya. “Adel tak ada teman lelaki,” gumam Adelia. Mati tawa Datin Khalisah. “Kalau tak ada, kenapa tiba-tiba cakap pasal jodoh?” Lurus soalan Datin Khalisah.

33

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Lalu Adelia mula bercerita dari awal hingga akhir tentang permintaan Hessa kepadanya. Habis Adelia noktahkan ayat, Adelia cari wajah Datin Khalisah untuk melihat reaksi mamanya. Ternyata wajah Datin Khalisah tergambar riak ketenangan semata-mata. “Kenapa mama diam?” Adelia menyoal takut-takut. “Adel kenal lelaki tu? Maksud mama, pernah jumpa dia?” Soalan berbalas soalan. Adelia geleng menidakkan. “Adel kasihankan dia ya?” tebak Datin Khalisah lagi. Kali ni Adelia tak menggeleng mahu pun mengangguk. Sungguh, dia sendiri tak tahu jenis apa rentak perasaan yang sedang melanda hatinya saat ini. “Adel kasihankan pengakuan Adelia.

Dr.

Hessa..”

Jujur

“Kasihan tak perlu sampai mengorbankan diri sendiri, Adelia Khadeeja.” Penuh makna katakata seorang ibu. “Adel tahu. Tapi..” “Yang sebenar, Adel kasihankan lelaki tu juga kan?” teka Datin Khalisah. Adelia telan liur. Kepala yang tak gatal 34

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

digaru-garu perlahan. Nak dia berkata jujur lagi ke? Yang sebetulnya, Adelia sendiri tak faham kenapa wajah lelaki itu seakan tidak mahu luntur dari ingatannya. Asyik sangat berlegar-legar dan mengganggu diri Adelia. Tak kira siang atau malam. Pantang Adelia duduk diam, pasti otak mula menerewang memikirkan lelaki bernama Hedraqil itu. “Adel pernah tengok gambar dia.” “Adel dah jatuh cinta ke?” Terus tegak bahu Adelia. Jatuh cinta? Logik ke? Takkanlah boleh jatuh cinta hanya melalui sekeping gambar. “Maaa..” Panjang rengekan Adelia. Hati makin jadi kacau-bilau bila Datin Khalisah petik perihal yang agak sensitif sebegitu. Datin Khalisah tergelak halus. “Mama pun pernah jatuh cinta dengan papa Adel. Cuma mama tak tahu ‘penyakit’ Adel ni sama atau tidak dengan mama dulu. Hanya satu yang mama nak pesan..” Jeda. Adelia sabar menunggu Datin Khalisah noktahkan ayatnya. “Apa sekalipun keputusan yang Adel bakal buat, minta petunjuk dari DIA. Sebab petunjuk dari DIA adalah sebaik-baik keputusan yang selayaknya 35

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adel ikut.” Nasihat yang cukup menyentuh ke dasar jiwa. “Dan kalau kata jawapanNya Adel perlu tolong lelaki tu?” duga Adelia. Datin Khalisah senyum tenang. “Then, help him. Mungkin akan ada ganjaran dan hikmah buat Adel nanti.” “Mama tak kisah?” Adelia rasa macam tak percaya pun ada yang Datin Khalisah akan bersetuju dengan apa sahaja keputusannya nanti. “Adel dah besar. Mama tak nak kongkong Adel. Selagi perkara tu tak memudaratkan anak mama yang seorang ni, mama berikan restu. Redha mama akan sentiasa ada dengan Adel.” Lagi jawapan yang mampu mententeramkan jiwa Adelia yang gundah. Betullah orang cakap, bercerita itu lebih baik daripada memendam sendirian. Sekurangkurangnya selepas bercerita, beban itu sedikit berkurangan. Paling penting, tak perlulah Adelia serabutkan kepala fikirkan apa reaksi Datin Khalisah andai dia bersetuju dengan permintaan Hessa kelak. Err.. tapi betul ke yang pilihan ‘setuju’ itu akan wujud dalam senarai jawapan Adelia nanti? Aduhai, bingung otak Adelia hendak mencari jawapan paling tepat. Payah mengalahkan sedang menjalani peperiksaan akhir tahun aje. Phew!

36

Bab 6

M

ATA Adelia terpejam untuk seketika. Hendak berpatah kembali pada kereta, rasanya sudah benar-benar terlambat. Tak sangka, setelah empat hari berlalu ini jawapan yang dia berikan pada Hessa. ‘Bagi saya jumpa adik Dr. Hessa dulu. Lepas tu, saya akan berikan jawapan saya pada Dr. Hessa nanti.’ Rasa macam nak potong lidah sendiri yang terlampau yakin berkata sedemikian. Hendak menyesal, sudah terlambat. Maka, hadap sajalah. Paluan jantung sudah semakin hilang punca. Hendak berdepan dengan adik lelaki Hessa, memang bukan satu perkara yang mampu dipandang remeh. Adelia tidak kenal Hedraqil. Hedraqil juga tidak pernah sedar akan 37

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kewujudannya. Paling Adelia takut nak fikirkan. Apa reaksi Hedraqil sewaktu melihat dirinya nanti? Oh, lebih tepat apa reaksi Hedraqil sewaktu melihat raut dia yang hampir serupa dengan arwah Yasmin? Jangan lelaki itu datang terjah peluk dia sudahlah. Memang dia luku tak dan-dan Hedraqil tu nanti. Minta selisih! “Adel?” tegur Hessa mengembalikan Adelia ke dunia nyata. Adelia toleh ke sisi. “Ya?” dulu.”

“Kalau Adel tak mampu, kita tangguhkan

“Kita masuk jumpa dia, Dr. Hessa.” Deras Adelia berikan balasan. Hessa terdiam seketika. Menarik nafas dalam lalu dihembuskan kembali, Hessa terus menggamit Adelia untuk membontotinya dari belakang. Sebaik saja pintu utama dibuka, Adelia ingatkan semangat dia tinggi. Lebur dalam sekelip mata saat terpandangkan satu susuk tubuh tegap yang sedang berdiri membelakangkan dirinya. Yakin, pasti lelaki itulah Hedraqil yang Hessa ceritakan kepadanya selama ini. Jika dilihat daripada belakang, ternyata perubahan fizikal lelaki itu cukup ketara. Nampak badan tegap itu sedikit susut berbanding dengan dalam gambar. “Hedra..”

seru

Hessa 38

ingin

Hedraqil

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

berpaling ke arah mereka. Ah, sudah! Peluh Adelia dah hampir hendak menitiknitik. Bibir dikebam kuat. Dada Adelia bergetar. Makin rasa kaki tak pijak lantai bila Adelia lihat tubuh tegap Hedraqil lambat-lambat hendak berpusing ke belakang. Balik, Adelia! Balik ke kereta kau. Batalkan semuanya! Ada suara yang berbisik. Menyebabkan Adelia lantas berpusing sebaik saja Hedraqil berdiri berdepan dengan Hessa. Tidak sempat bertentang mata dengan lelaki itu. Baru Adelia nak angkat kaki, jemarinya terasa digenggam kemas oleh seseorang. Adelia dah rasa macam nak menangis. Makin hendak meraung bila dia pasti sekujur tubuh tegap itu sedang berdiri dekat dengannya. Waktu bila Hedraqil menapak menghampiri mereka pun Adelia tak tahu. Namun, bahang tubuh lelaki itu jelas terasa. “Kak long baru sampai?” Garau suara yang bertanya. Dang! Benarlah lelaki itu sedang berdiri di belakangnya saat ini. Rapat! “Adel?” Giliran Hessa pula menyeru namanya. Adelia pejam mata rapat-rapat. Faham isyarat yang Hessa berikan. Hessa nak dia pusing nak 39

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

berdepan dengan Hedraqil. Oh, mampukah dia? Hedraqil pandang wajah Hessa bersilih ganti dengan susuk tubuh yang masih tidak menoleh ke arahnya. Naik pelik juga Hedraqil dengan situasi yang sedang berlaku. “Siapa ni?” Dua patah perkataan. Jelas merujuk pada Adelia. “Pelajar kak long.” “Dia buat apa kat sini?” Kening Hedraqil berkerut. “Dia nak jumpa Hedra.” “Jumpa Hedra? Dia kenal Hedra ke?” Bingung Hedraqil dibuatnya. Hessa diam tak membalas. Genggaman makin diperkemaskan. Menyalurkan semangat dan dalam masa yang sama menyampaikan keinginan yang Hessa mahu Adelia pusing dan tatap raut milik Hedraqil. “Dr. Hessa.. saya..” kecewa.

“Adel tak boleh ya?” tebak Hessa seakan

Adelia gigit bibir. Rasa serba-salah nak musnahkan impian dan harapan Hessa. Mengenangkan ini keputusan yang dia sendiri pilih 40

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dari awal, Adelia gagahkan juga diri untuk berpaling. Satu saat.. Dua saat.. Tiga saat.. Tubuh diterbalikkan sedikit demi sedikit. Mata terpejam. Resah hendak menantikan reaksi si jejaka usai saja melihat dirinya nanti. Dan segala-galanya menjadi kenyataan saat telinga menangkap suara garau lelaki itu menyebut sebaris nama yang sama pernah diungkapkan oleh Hessa. “Yas?” Nada suara Hedraqil terketar-ketar. Terkejut yang bukan sedikit. Kelopak mata Adelia masih tertutup. Hanya terbuka saat ada sentuhan panas yang menyinggah pada pipinya sebelum tubuh dia ditolak sedikit kasar. Hampir saja Adelia hendak jatuh terlentang ke lantai. Semedan sepasang matanya terbuka luas. Hessa sendiri tak terjangka dengan tindakan agresif Hedraqil. “Kau siapa??” jerkah lelaki itu mula hilang kawalan. Mata Hedraqil bersinar garang. Hessa bantu Adelia untuk menstabilkan dirinya kembali. Hedraqil pandang wajah Hessa pula meminta jawapan. Malangnya belum sempat Hessa nak menyusun ayat, dia lihat Hedraqil dah semakin 41

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

menggila. Diterjahnya Adelia lalu dicekak tudung yang dipakai Adelia hingga terangkat sedikit tubuh gadis itu. Hessa menjerit panik. “Hedra!” Hessa cuba nak menghalang tindakan Hedraqil. “Kau bukan Yas. Kau bukan Yas. Keluar! Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!!” Berulang-ulang ayat yang sama Hedraqil muntahkan. Hessa cuba untuk tenangkan Hedraqil, sia-sia bila Hedraqil pantas saja mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Risau dengan keadaan Hedraqil, Hessa pantas mengejar lelaki itu. Adelia pula dibiarkan termangu sendirian pada tempatnya berdiri. Elok tubuh tegap Hedraqil dijejaki, Hessa perasan bahu Hedraqil kelihatan bergegar seakan membendung tangisan. “Hedra..” “Dia bukan Yas, kak long. Tolong.. bawa dia keluar dari rumah Hedra.” Rayuan si adik jelas mengetuk deria telinga. Menyebabkan kaki yang semakin ingin dimarakan terhenti setakat itu sahaja. Hendak mendesak, Hessa rasa agak keterlaluan. Lagipun kalau dia di tempat Hedraqil pun dia pasti akan memberikan reaksi yang sama.

42

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Melihat orang yang dah mati itu ‘hidup’ semula, bukankah ianya sesuatu yang mengerikan? “Kak long minta maaf kalau buat Hedra terkejut. Nama dia, Adelia. Dan..” Hessa gantung ayat untuk seketika. “Dan dia memang bukan arwah Yasmin.” Sambung Hessa seraya kembali menapak turun ke tingkat bawah. Biarlah dia berikan Hedraqil sedikit ruang dan waktu. Kelak Hessa yakin, Adelia pasti akan kembali ke sini lagi. Bertemu dengan Hedraqil. Saat kelibat Hessa menghilang, Hedraqil jatuh melutut ke lantai. Kedua-dua belah tangan naik meramas rambut sendiri. Birai mata masih bergenang. Melihat wajah Adelia, membawa kembali kenangan pahit yang harus Hedraqil telan dan terima. Perit. Sangat menyakitkan. Malah, Hedraqil sebenarnya keliru. Dia tertanya-tanya. Kenapa mesti Allah S.W.T hadirkan seseorang yang punya wajah begitu mirip seperti arwah Yasmin? Sedangkan selama ini Hedraqil hanya ingin hidup bertemankan ‘Yasmin’ dan anak mereka di dalam halusinasi yang diciptanya sendiri. Itu sudah memadai. Dia tak perlu tahu tentang wujudnya seorang Adelia. Sama sekali tidak memerlukannya. 43

Bab 7

B

ARU niat nak bermalas-malasan di atas katil empuk, pintu kamar sudah diketuk oleh seseorang. Hedraqil tak teragak-agak, terus bangun dan kuak daun pintu. Yakin pasti Hessa gerangan yang mengetuk pintu. Rumah dia, memang dah jadi rumah kedua Hessa. Makin kerap Hessa berkunjung ke rumahnya semenjak pemergian arwah Yasmin dan bayi di dalam kandungan. Elok saja pintu terbuka luas, wajah manis bertudung milik Hessa terpampang depan mata. “Kenapa, kak long?” “Hedra dah makan ke?” Soalan Hedraqil tidak dijawab, sebaliknya Hessa pula yang lontarkan soalan. Hedraqil geleng. Hakikatnya sejak pagi lagi dia tak sentuh apa-apa makanan. Lapar? Entahlah,

44

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

seakan-akan perut dia dah tak tahu nak merasa lapar semenjak rumah itu sunyi tanpa penyeri bernama Yasmin Jannah. “Hedra tak lapar.” “Takkan tak lapar? Ni dah petang pun Hedra belum makan.” “Entahlah, kak long. Lagipun Hedra tak bagi Yas masak hari ni. Hedra tak ada selera.” Selamba ayat Hedraqil buat Hessa mula mengetap bibir. Tak habis-habis dengan imaginasinya yang mengarut. Kadang-kadang Hedra macam sedar yang arwah Yasmin dah tak ada. Kadang-kadang Hedra macam hanyut pula dalam dunia yang diciptanya sendiri. Pening kepala Hessa dibuatnya. “Turun makan, kak long dah bungkus makanan siap-siap tadi sebelum singgah kat sini.” “Kak long ajelah makan. Sungguh, Hedra tak rasa lapar ni.” Hedraqil menolak. Pintu kamar hampir hendak ditutup kembali. Tersekat saat telapak tangan Hessa melekap ke situ. Bebola mata Hessa membulat tanda memberi amaran. “Jangan nak degil sangat, Hedra. Hedra bukan budak kecil lagi yang perlu dipaksa-paksa. Turun makan sebelum Hedra kena gastrik. Kak long tunggu dekat bawah.” Tegas nada suara Hessa. Mempraktikkan aura seorang pensyarah di rumah. Dengan Hedraqil, sesekali dia harus bersikap 45

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

tegas. Maklumlah, hendak diharapkan siapa lagi jika dalam dunia ini Hedraqil hanya ada dia semata-mata. Bila berterusan didesak Hessa, terluah dengusan kasar pada bibir Hedraqil. Rasa rimas sebenarnya bila orang lain tak mengerti apa yang hati dia mahukan. “Kejap lagi Hedra ajak Yas turun. Yas pun mungkin dah lapar.” Lagi ayat yang bikin Hessa menggeleng kepala. Terkilan. Dalam masa yang sama, sedih bila Hedraqil tak sudah-sudah berangan sendirian. Yasmin dah tak ada, Hedra. Macam mana lagi kak long nak fahamkan, Hedra? Suara hati Hessa yang bermonolog hiba. Malas nak berdebat, Hessa terus pusingkan tubuh dan berlalu. Hendak dinasihatkan Hedraqil? Berbuih-buih dah rasanya mulut Hessa. Kali ni dia cuma berharap apa yang dia rancangkan inilah akhirnya mampu membawa Hedraqil ‘kembali’ padanya.

BARU kaki hendak memijak ruangan dapur, terus jemari kasar Hedraqil tergenggam kemas. Di hadapannya, berdiri sekujur tubuh yang sedang sibuk menghidang lauk. Menunduk tanda takut hendak memanggung kepala memandang dirinya. 46

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dada Hedraqil terasa meluap-luap hendak mengamuk. Bukankah dia pernah berpesan pada Hessa yang dia tidak mahu melihat perempuan ini muncul di banglo mewah miliknya? Ah, Hessa memang sengaja. Sengaja hendak paksa dia melupakan arwah Yasmin. Hedraqil bukannya bodoh untuk tidak mengerti tujuan tersirat yang Hessa cuba lakukan. “Siapa bagi kau kebenaran untuk masuk rumah aku?” Suara Hedraqil keras. Adelia masih begitu. Gementar hendak merenung wajah yang dia yakin pasti sedang memerah menahan bengang terhadapnya. “Eh, perempuan. Aku tanya ni, kau pekak ke?” soal Hedraqil seraya menapak satu langkah ke depan. Barulah Adelia gagahkan diri untuk mengangkat wajah. Pandangan bersabung. Hedraqil kebam bibir rapat-rapat. Menatap wajah Adelia, memang seolah-olah dia sedang melihat arwah Yasmin sedang berdiri di hadapannya. Tapi satu yang dia perlu akui, Adelia bukan Yasmin. Yasmin adalah Yasmin. Adelia adalah Adelia. Tak mungkin Yasmin mampu diganti oleh gadis bernama Adelia. “Dr. Hessa solat, dia minta saya hidangkan 47

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

makanan untuk encik.” Perlahan mulut menjawab. “Kau isteri aku ke sampai kau perlu buat semua tu untuk aku?” tempelak Hedraqil pedas. Adelia telan liur. Soalan menjerut leher. Rasa macam kebas pipi sebab dia dengan Hedraqil, mana ada kaitan apa-apa langsung. “Saya minta maaf kalau encik rasa saya dah cerobohi privasi encik. Tapi..” “Kalau kak long suruh kau tidur dengan aku, pun kau sanggup ke?” Tiba-tiba. Berubah terus wajah Adelia. Ayat menghina dia ke tu? “Apa maksud encik?” kedengaran sedikit terketap.

Suara

Adelia

Hedraqil pamer senyuman sinis. “Yalah, kau mesti nak bagitahu kau buat semua tu sebab kak long yang suruh kan? Jadi aku nak tahulah kalau kak long suruh kau tidur dengan aku, kau akan buat tak?” Sekali lagi Hedraqil berbicara tanpa teragak-agak. Bibir dah bersedia hendak melancarkan peluru berpandu. Mengingatkan ayat Hessa, Adelia patahkan niat. ‘Adik saya tu mungkin nampak macam normal, tapi sebenarnya dia sakit. Kalau kata dia cakap yang bukan-bukan dengan Adel, Adel anggap 48

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

yang Adel tak pernah dengar apa-apa ya?’ Adelia hembus nafas yang sudah mula menghangat. Nasib baiklah lelaki di hadapannya ini ‘sakit’, jadi tak wajarlah dia hendak berbalah mulut dengan orang sakit. Tidak mahu terus bertekak, Adelia pasang niat untuk berlalu. Terhenti langkah kakinya saat suara Hedraqil kembali mengusik deria telinga. “Lepas ni aku tak izinkan kaki kau jejak rumah aku lagi.” Tak dan Adelia nak jawab, muncul Hessa menyelit di antara mereka. “Hedra tak boleh salahkan dia. Kak long yang beria-ia nak bawa dia ke sini.” Serentak pandangan tertumpu ke wajah Hessa.

masing-masing

“Ini rumah Hedra, kak long. Hedra yang akan buat keputusan. Kak long tak ada hak nak bawa tetamu yang Hedra tak suka masuk ke dalam rumah Hedra. Halau perempuan ni keluar kalau kak long masih hormatkan Hedra.” “Hedra nak buat apa kalau kak long tak nak ikut cakap Hedra?” “Apa masalah kak long sekarang ni?” Hedraqil dah tertekan. “Kak long bawa Adel ke sini bukan suka49

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

suka. Kak long ada sebab kak long sendiri.” “Jadi bagitahu Hedra, apa alasan kak long?” “Kak long nak Adel jadi isteri Hedra.” Hedraqil terkelu. Adelia ternganga. Tak pernah menduga dialog itu akan meluncur dari bibir Hessa. Hendak menyampuk, dia tengok Hessa seakan bagi isyarat supaya dia tidak membuka mulut. Pasti Hessa sendiri pun tak sedar dengan ayat yang diperkatakan itu tadi. Takkanlah sejauh itu harapan Hessa? Jadi isteri Hedraqil? Tiba-tiba Adelia rasa macam nak demam. “Are you insane, kak long?” Hedraqil tergelak yang dibuat-buat. Hessa geleng. “I’m serious with my words, Hedra.” “Sampai mati pun Hedra takkan curang dengan Yas.” Yakin bicara yang Hedraqil luahkan. “Yasmin dah tak ada, Hedra. Tolong terima hakikat, boleh tak?” “Yang kak long benci sangat isteri Hedra ni kenapa? Tak habis-habis nak cakap Yas dah mati!” tempik Hedraqil membuatkan keadaan semakin meruncing. 50

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia dah cemas. Tanpa sedar, jemari Hessa dipaut. Tidak mahu berlaku pertengkaran hebat di antara dua beradik itu. “Dr. Hessa, kita balik dulu ya?” Suara Adelia hampir tidak kedengaran. Hessa hendak berdalih, mengalah saat melihat wajah penuh mengharap Adelia. Sudahnya, Hessa turutkan permintaan Adelia. “Kak long malas nak bergaduh dengan Hedra. Kak long balik dulu. Hedra makanlah, kak long dah suruh Adel siapkan semua.” Ayat terakhir sebelum jemari Adelia dipimpin untuk keluar. Belum sempat pintu utama hendak dikuak, bunyi pinggan kaca berselerakan jatuh ke lantai menarik perhatian Hessa. Pakej amukan si Hedraqil lagi. Bertempik serupa orang tak siuman. Sesekali terdengar lelaki itu menyeru nama ‘Yasmin’ diselangi tangisan. Hessa dah rasa darah dia naik ke kepala. Mujurlah ada Adelia yang laju menahan tingkahnya. Kalau tidak, memang dia simbah Hedraqil dengan sebaldi air. Biar Hedraqil sedar. Biar Hedraqil kembali waras. Yang nak ikutkan perasaan sangat tu kenapa? “Dr. Hessa..” Suara Adelia meleret bersama 51

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

gelengan kepala. Hessa mengeluh dalam seraya beristighfar di dalam hati. Tak semena, genangan air mata kelihatan pada sepasang mata cantik milik Hessa. “Jadi Adel dah tengok perangai dia yang sebenar kan? Itulah Hedraqil. Lelaki yang cukup payah nak telan dan hadam sebuah hakikat. Saya betul-betul dah penat, Adel. Penat sangat. Patut ke saya berhenti berharap?” adu Hessa bersama wajah suram yang tak terlindung lagi. Menjentik simpati Adelia.

52

Bab 8

H

ESSA sekadar menguis-nguis nasi yang masih mengeluarkan asap tipis. Seleranya entah ke mana. Langsung tak rasa lapar walhal perut memang sudah berkeroncong sejak tadi. Mengenangkan Hedraqil, otaknya jadi berselirat. Adelia sendiri rasa nasi yang ditelan terasa payau dan pahit. Sejak insiden yang berlaku di banglo mewah Hedraqil, Hessa banyak termenung. Tak bercakap banyak seperti selalu. Sudu dan garpu Adelia letak semula ke tempat asal. Kalau Hessa tak ada selera, dia pun sama. Walaupun masalah Hessa itu bukannya masalah dia. Sedikit-sebanyak dia dah terlibat dalam urusan dua beradik itu. “Kenapa Adel tak makan?” soal Hessa saat melihat Adelia sudah mengelap bibirnya dengan sehelai tisu. Adelia senyum nipis. 53

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Dr. Hessa pun tak makan kan?” Soalan Adelia lontarkan semula. Hessa mengeluh dalam. Sejak perangai Hedraqil berubah laku, memang hidup Hessa dah tak seceria dulu. Dalam sehari, tak sah kalau Hessa tak fikirkan Hedraqil. Nak harapkan siapa lagi untuk jaga kebajikan Hedraqil kalau bukan Hessa? Kalau dibiarkan, risau bertambah parah. Silap haribulan, ke tanjung rambutan adik dia yang seorang. Minta dijauhkan semua perkara yang tak elok. “Saya dah tak berselera nak makan.” “Bukan tadi Dr. Hessa lapar ke?” tanya Adelia sedangkan dia sendiri sudah tahu akan jawapannya. Hessa senyum pahit. “Macam mana saya nak telan nasi tu kalau otak saya tak pernah berhenti fikirkan Hedra.” Seakan menggumam nada yang kedengaran. Adelia terdiam sejenak. Hati dia seakan terpanggil-panggil untuk mengatakan sesuatu. Tapi entah kenapa, berat pula bibirnya hendak menyebut. “Kalau Hedra berterusan macam tu, tak mustahil syarikat dia pun bakal lingkup. Saya tak sempat nak berkejar uruskan banyak perkara dalam satu masa, Adel. Saya pun manusia biasa. Lagipun, syarikat perlukan dia. Saya tak tahu apa-apa sangat tentang syarikat tu.” Luahan Hessa tanpa dipinta. 54

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Kening Adelia berkerut. Hedraqil punya syarikat sendiri? Bukan calang-calang orang mampu tubuhkan syarikat atas nama sendiri. Bermakna lelaki itu memang agak jauh terpesong dengan dirinya yang dulu. Hinggakan hasil titik peluh sendiri pun Hedraqil dah tak ambil peduli. Memandang raut wajah Hessa, terdetik sesuatu di hati Adelia. “Syarikat tengah bermasalah ke, Dr. Hessa?” Hessa panggung kepala. “Setakat ni memang tak ada masalah. Tapi ke depan, kita belum tahu. Sampai bila Hedra nak lepaskan semua tu pada orang lain? Agak-agak kalau syarikat tu muflis sekalipun Hedra dah tak kisah.” Kecewa sungguh riak wajah Hessa. “Saya ingat bila dia nampak Adel, dia akan teruja. Lain pula yang berlaku.” Lagi ayat yang meniti pada bibir Hessa. Adelia sandarkan tubuh pada kerusi. Hendak buka mulut, dia sendiri buntu ayat apa yang paling patut dia muntahkan. Sudahnya, dia sekadar menadah telinga untuk mendengar keluh-kesah pensyarahnya. “Saya tak patut libatkan Adel dalam masalah ni kan?” Tak semena, terpacul soalan itu. “Kenapa Dr. Hessa cakap macam tu?”

55

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Tengok muka Adel, Adel pun macam tumpang serabut dengan masalah kami. Kasihan, Adel. Padahal Adel bukannya ada kaitan dengan kami selama ni.” Senyum Hessa jelas senyum yang dibuat-buat. “Saya tak pernah rasa terbeban bila perlu dengar masalah Dr. Hessa. Manalah tahu kalau suatu hari nanti saya ada masalah, Dr. Hessa pula yang akan jadi pendengar setia kan?” Ayat untuk menyedapkan hati Hessa. Hessa capai gelas berkaki panjang lalu hujung jemari bermain-main dengan straw. Cakaplah apa sahaja, sejujurnya dia benar-benar rasa bersalah sebab libatkan pelajarnya dalam masalah dia dan Hedraqil. Hanya kerana Adelia punya wajah yang begitu mirip, bukanlah satu tiket untuk dia menyusahkan gadis muda itu. “Lepas ni Adel tak perlu susah-susahkan diri pasal ni lagi ya?” Berlapis dahi Adelia untuk seketika. “Saya tak faham. Dr. Hessa dah putus asa ke?” tembak Adelia benar-benar tepat. Adel.”

“Mungkin saya patut berhenti setakat ni aje,

“Takkan nak biarkan adik Dr. Hessa terus hanyut dalam dunia yang tak wujud tu?” Seakan tak 56

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

percaya, Adelia bertanya. “Saya dah tak berdaya. Hedra tak pernah bagi peluang untuk diri dia sendiri. Habis tu, macam mana saya nak cuba bantu dia?” Tertekan nada suara Hessa. Jelas menunjukkan perasaan dan jiwa yang bergelodak. Wajah Hessa menunduk menekur hujung jemari. Walaupun dalam posisi begitu, keruh di wajah Hessa tidak mampu disembunyikan lagi. Malah, sesekali jemari halus Hessa naik menyeka hujung birai mata yang mulai bergenang. “Kalau dia tak pernah bagi peluang tu, biar saya yang cuba untuk cari peluang tu.” Zap! Langsung terangkat wajah Hessa. Sepasang mata tunak merenung wajah Adelia. Hessa.

“Ap.. apa maksud Adel?” Gugup nada suara Jangan cakap yang..

“Saya nak cuba bantu Dr. Hessa dan Hedraqil.” Ayat berani mati. Keputusan yang dibuat dalam tempoh yang agak singkat. Setelah puas dia menolak segala baik dan buruknya. Lagipun ada sedikit rasa geram dan tercabar dengan sikap Hedraqil. Membuatkan Adelia nekad dengan keputusannya kali ini. Lagipun dia dah lama dengar nasihat Datin Khalisah.

57

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Minta petunjuk dari DIA. Adelia tahu hati dia takkan seyakin ini kalau bukan DIA yang detikkan perasaan itu hadir dalam jiwa. Makin tegak tubuh Hessa dek bicara Adelia. “Adel nak tolong saya dan Hedraqil?” Cuba untuk meminta kepastian. Adelia angguk. “Adel sanggup jadi isteri Hedra?” Lalu semangat yang tadinya mencanakcanak terus merudum ke angka sifar. Tiba-tiba saja Adelia jadi hilang kosa kata. Tengok Adelia macam tergamam, sekali lagi Hessa tersenyum pahit. “Adel, saya faham kalau Adel tak mampu. Dahlah, Adel jangan risau ya? Macam yang saya pernah cakap, saya takkan gagalkan Adel dalam subjek saya sekalipun Adel tolak untuk bantu saya.” Menoktahkan ayat seraya bangkit daripada kerusi yang diduduki. Selera sudah mati. Tubuh semakin lesu. Otak semakin penat hendak berfikir lagi. Hessa hanya ingin pulang dan merehatkan diri sahaja kala ini. Soal Hedraqil, biarlah dia letak ke tepi dahulu. Risau dia pula yang bakal gila nanti. “Jom, saya hantarkan Adel balik.” Hessa dah bersedia hendak berlalu. Terkaku kakinya tatkala 58

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

ayat seterusnya terbit dari bibir Adelia. “Kalau dengan cara menjadi isteri Hedraqil mampu tolong dia kembali pulih, saya sanggup.” Dan Adelia berikan jawapan mengikut kata hati sendiri. “Allahuakhbar..” Tak terkata Hessa dibuatnya. Kembali terduduk pada kerusi. Bibir Hessa sedikit terbuka. Wajah Adelia direnung tanpa kelip. Dia tidak tersilap mendengarkah? Kenapa sejauh itu Adelia sanggup berkorban? “Ke.. kenapa, Adel?” Hessa ingin tahu alasannya. Adelia sedut dan hembus nafas hangat. “Sebab saya anggap Hedraqil tu mungkin jodoh yang DIA hantarkan untuk saya. Lagipun dah lama saya tak berbuat kebaikan, tak salah kalau kali ni saya nak tolong Dr. Hessa kan? Manalah tahu ini salah satu jalan untuk saya ke syurga.” Ayat yang Adelia tuturkan seakan sedang bergurau, tapi kesannya cukup menyentuh ke dasar jiwa. Setitis air mata Hessa gugur mengenai permukaan meja. Ya Allah.. jika ini yang terbaik untuk kami bertiga, KAU permudahkanlah. Dan hati Hessa mulai berbisik sayu.

59

Bab 9

A

DELIA termenung memerhatikan sekujur tubuh dari dalam kereta. Tak sangka, akhirnya ini keputusan yang dia pilih. Pelik dan aneh. Kenapa begitu cepat Adelia bersetuju pun Adelia tidak tahu. Namun naluri Adelia sudah tidak mampu untuk disangkal lagi. Makin buat kerja gila bila Adelia sanggup buat tindakan berani mati mengintip Hedraqil sejak pagi tadi. Mentang-mentang hari ni tak ada kuliah. Yang paling mengharukan Adelia, kenapa kebelakangan ini fikiran dia seakan tidak henti-henti memikirkan seraut wajah milik Hedraqil? Ah, sudah! Jangan cakap yang kata-kata Datin Khalisah itu benar. Adelia sudah jatuh cintakah? Mustahil. Amat mustahil. 60

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dia dan Hedraqil, bukannya bermula dengan pertemuan yang manis-manis. Awal-awal lagi dia dah kena sembur dengan lelaki bermulut lancang dan bengis itu. Pap! Hujung dahi Adelia ketuk perlahan. Marahkan otak yang pandai-pandai nak melencong berbicara soal cinta. Meluruskan pandangan, panjang leher Adelia mencari kelibat Hedraqil. Eh, dah hilang? Adelia garu sisi kepala yang tak gatal. Baru sekejap dia alihkan pandangan takkanlah Hedraqil dah hilang? Tak puas hati, Adelia tolak daun pintu kereta dan melangkah turun. Dia nak tahu ke mana Hedraqil hendak pergi. Rasa macam tak percaya pun ada sebab setahu dia Hessa bagitahu Hedraqil memang dah lama berkurung dekat banglo mewah miliknya. Apa mimpi lelaki itu tiba-tiba keluar dari sangkar mewah dia hari ini? “Mana dia ni?” Adelia menggumam sendirian seraya memanjangkan leher meninjau ke sana-sini. Baru niat nak pasang langkah, terasa bahunya disentuh seseorang dari belakang. Gosh! Semedan dada Adelia terasa dipalu debar yang menggila. Kenapa dia dapat rasakan gerangan yang sedang berdiri di belakangnya ini adalah Hedraqil?

61

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Oh, Tuhan. telahannya ini.

Tolonglah

jangan

iakan

“Sampai bila kau nak ikut aku ni?” Suara garau yang jelas kedengaran bengang. Boleh tak kalau Adelia kata yang keduadua belah lutut dia dah mula rasa longgar sekarang? Adelia nak pitam! Memejamkan mata, cuba untuk meneutralkan rentak perasaan sendiri. Berdepan dengan Hedraqil, Adelia tak boleh tunjukkan sisi lemah dia. Dia perlu berlagak tenang. Macam mana dia hendak membantu Hedraqil kalau dia sendiri pun sudah rapuh sedari awal? Lambat-lambat Adelia balikkan tubuh. Mengumpul semangat dalam waktu yang sama untuk bertentang mata dengan Hedraqil. Sebaik saja pandangan bersabung, Adelia rasa jantung dia seakan ingin gugur ke lantai. Tiada senyuman di wajah Hedraqil. Ketat dan kejung semata-mata. Makin menggerunkan kerana jambang liar lebat menghiasi wajah lelaki itu. Oh, seram. “Kau ikut aku kan sejak tadi?” Lagi desakan soalan yang sama. Setempek mengenai sasarannya. Tepat. Ikutkan jiwa yang dah gundah, mahu saja Adelia cabut lari. Tapi bukan mudah rasanya selagi 62

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dia tidak menjawab pertanyaan Hedraqil. “Encik nak ke mana?” Sudahnya Adelia memilih untuk mengalihkan topik mereka. Kerja gila namanya kalau dia mengaku yang dia memang mengintip Hedraqil. Hedraqil mendengus. Tak terus jawab, sebaliknya penutup botol mineral pada tangan dibuka, diteguk rakus. Nak hilangkan haus. Atau lebih tepat, nak redakan kepanasan hati sendiri. “Aku nak jumpa anak dan isteri aku, kau buat hal kau sendiri boleh? Berhenti jadi bayang-bayang aku!” Kasar bicara Hedraqil. Adelia panjangkan leher. Anak dan isteri? Anak dan isteri apa benda lagilah kalau keduadua mereka sudah lama bersemadi dengan tenang. Menarik nafas dalam, Adelia cuba untuk menitip sabar. Berdepan dengan Hedraqil, tak ubah seperti melayan kanak-kanak berusia dua tahun. “Saya ikut encik jumpa mereka.” “Yang kau tak faham bahasa sangat ni, kenapa? Kalau isteri aku nampak kau, sahih dia akan cemburu. Kau memang sengaja nak buat masalah kan, perempuan? Tak cukup lagi ke amaran aku pada kau tempoh hari?” Berdetak-detuk gigi Hedraqil berlaga. Adelia rasa nak tergelak. Cemburulah sangat kalau hidup pun sekadar berhalusinasi. Tak

63

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

mengendahkan Hedraqil, lengan yang dilapisi jaket kulit itu ditarik. “Jom, kenalkan saya pada isteri dan anak encik.” Suara Adelia jelas nampak tak kisah dengan setiap amukan Hedraqil. Hedraqil rentap tangannya kuat. Terlerai. Pandangan mereka berlaga sekali lagi. berani?

Sejak bila perempuan ini menjadi semakin

“Aku ulang lagi sekali. Jangan ikut aku kalau kau tak nak tengok aku naik angin macam hari tu.” Satu-persatu Hedraqil tekankan. Adelia diam seketika menyedut nafas dalam. “Kalau kata saya masih berdegil, ap..” Tak sempat Adelia nak noktahkan ayat, elok wajahnya terasa basah disimbah sesuatu. Terpejam kedua-dua belah mata. “Jangan sampai lepas ni aku simbah asid pula dekat muka kau. I’m not joking, this is the last time I’m saying this. I’m not going to repeat myself. Aku tak suka kau dan aku tak suka kau muncul di hadapan aku lagi. Faham??” getus Hedraqil dah tak mampu nak kawal kemarahan sendiri. Campak botol mineral yang dah kosong, Hedraqil segera angkat kaki masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Meninggalkan Adelia yang masih 64

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

terkelu seribu bahasa. Lambat-lambat, kedua-dua belah jemari naik meraup wajah. Membuang sisa air kosong yang masih mengalir. Risau juga dengan ugutan Hedraqil. Buatnya betul lelaki itu simbah dia dengan asid, tak ke niaya? Mulalah Adelia rasa menyesal sebab dah berikan kata setuju pada Hessa tempoh hari. Namun, hendak berpatah kembali itu amat mustahil sekali. Tak sanggup dia nak kecewakan Hessa setelah dia berikan harapan setinggi gunung. Mahu atau tidak, dia perlu terus melangkah ke hadapan. Ini baru permulaannya, Adel. Kau kena kuat. Lagipun kau dah berjanji. Manusia munafik takkan sesekali memungkiri janji. InsyaAllah, DIA ada. Jangan cepat sangat berputus asa. Ada suara yang bermonolog. menitipkan kata-kata semangat buat Adelia.

65

Cuba

Bab 10

T

ERAGAK-AGAK Adelia nak menapak masuk ke dalam banglo mewah milik Hessa. Kalau bukan atas arahan Hessa, belum punya keberanian Adelia nak jejakkan kaki ke situ. Sekurang-kurangnya bukan dalam tempoh terdekat. Kepala meninjau kelibat Hedraqil. Tidak kelihatan di mana-mana. Adelia hembus nafas lega. Malangnya kelegaan dia cuma sementara bila tak semena ada suara seseorang yang menegur dia dari belakang. Pakej tarik dan tolak dia terhentak pada dinding lagi tu. Auch, sengal tulang belakangnya. Silap haribulan boleh retak. “Aku tak tahu kau terdesak sampai macam ni. Mana kau letak maruah kau sampai cari jantan hingga ke rumah?” Nada suara yang jelas tertahantahan. 66

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Jantung Adelia berdegup laju. Sungguh, dia tak pernah berharap untuk berdepan dengan Hedraqil dalam waktu terdekat sebegini. Lagipun masih terasa basahnya wajah dia disimbah air oleh Hedraqil beberapa hari yang lalu. “Sa.. saya cari, Dr. Hessa.” Gugup suara Adelia. Menjelaskan tanpa sempat Hedraqil bertanya. “Oh, really?” Wajah Hedraqil jelas menyinis. Keras dan kejung seperti selalu. “Encik boleh ke tolong lepaskan saya?” Beranikan diri mencari bebola mata Hedraqil. Dada bidang Hedraqil dihadang dengan kedua-dua belah tangan supaya tidak menyentuh dadanya. Seakan mengerti, pandangn Hedraqil turun ke ‘situ’. Menyebabkan Adelia pantas menyilang tangan. “Why?” “Apa yang kenapa?” Adelia bingung. “Kenapa berlagak malu sedangkan kau memang dah tak tahan sangat nak lalui semua tu dengan aku?” Padu ayat yang melontar. Wajah Adelia merah padam. “Saya tak faham apa yang encik cuba sampaikan.” “Kau tak faham atau kau memang sengaja nak tunjuk bebal depan aku?” Ayat Hedraqil memang 67

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

langsung tak bertapis. Kening Adelia makin berkerut. “Kak long bagitahu kau setuju untuk jadi isteri aku. Betul ke?” Soalan Hedraqil tak ada bengkang-bengkoknya lagi. Lurus sahaja tepat ke batang hidung Adelia. Adelia hilang lidah. Entah jawapan versi macam mana mampu menyejukkan hati lelaki itu. Salah jawab, tadah telingalah dengar tengkingan Hedraqil. “Kenapa diam? Maknanya betullah kau memang terdesak. Dah tak tahan sangat ke?” Bicara Hedraqil sekali lagi berbaur lucah. Buat Adelia dah tak mampu nak bending dan telan sahaja apa yang lelaki itu hamburkan. “Encik!” Adelia terjerit. Tak senonoh sungguh ayat yang Hedraqil tuturkan. Hedraqil ukir senyuman mengejek. “Too bad..” Hedraqil jeda. Jarakkan tubuh, renung Adelia atas hingga bawah berulang kali. Sampaikan Adelia dah mula rasa tak selesa. “Aku tak rasa nak ‘buat’ semua tu dengan kau. Aku masih ada isteri. Girl, you should stay away from me.” Hedraqil sambung ayatnya yang tergantung. Tatkala itu, baru Adelia perasankan sesuatu. 68

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Pada tangan Hedraqil, ada bingkai gambar seseorang yang dipegang kemas. Dan Adelia cukup tahu potret siapa yang Hedraqil usung ke hulu-hilir. Entah atas desakan apa, Adelia rampas bingkai gambar yang dipegang Hedraqil. “Ini ke yang encik maksudkan dengan ayat, isteri encik masih ada?” Giliran Adelia yang menyindir. Hedraqil ketap bibir rapat. “Give it to me!” Bengang wajah Hedraqil. “Sampai bila nak hidup dalam khayalan sendiri?” Malangnya, tidak diendahkan langsung oleh Adelia. “I said, give it to me!!” jerkah Hedraqil makin hilang sabar. Adelia jarakkan tubuhnya saat Hedraqil mahu merebut kembali. Buat dada Hedraqil semakin berombak laju. “Jangan main-main dengan aku boleh tak, perempuan??” “Saya boleh serahkan semula bingkai gambar ni. Tapi dengan satu syarat. Encik kena akui pada saya yang isteri dan anak encik dah meninggal dunia. Terima hakikat sebenar baru saya akan pulangkan bingkai gambar ni pada encik.” Adelia masih ada hati 69

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

hendak membuat tawaran. Tidak sedar akan baran si Hedraqil yang makin ke kemuncak. Dalam adegan rebut-merebut, tak sengaja bingkai gambar jatuh terhempas ke lantai. Berderai kaca dalam sekelip mata. Sekaligus mengundang kesabaran Hedraqil jatuh ke angka sifar. “Kau!” Hampir tangan kasar itu hendak menampar wajah Adelia. Terhenti tatkala jeritan Hessa memenuhi segenap ruang tamu. “Hedra, apa Hedra cuba buat ni??” Cemas Hessa melangkah seraya tangan kasar itu digenggam kemas. Wajah Hessa panik. Kalaulah dia terlambat tadi, memang berbirat pipi Adelia dek tamparan Hedraqil. Sejak bila Hedraqil reti naik tangan pada perempuan ni? Hedraqil merengus. Tunduk, Hedraqil kutip bingkai gambar si isteri yang dah pecah berderai. Tidak kisah dengan jemari yang mula tertusuk serpihan kaca. Darah menitis-nitis. Bangkit, wajah Adelia yang kelihatan pucat tak berdarah direnung tajam sebelum beralih ke wajah Hessa. “Tolong bagitahu pelajar kak long, lepas ni Hedra tak nak tengok muka dia dekat sini. Jangan sampai tangan ni betul-betul melekat dekat pipi dia nanti. She’s just too much. Dan kak long, tolong belajar hormat hak Hedra sebagai tuan rumah dekat sini. Jangan bawa tetamu yang Hedra tak suka masuk 70

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

ke sini lagi. Itu pun kalau kak long tak nak Hedra apaapakan perempuan ni dengan tangan Hedra sendiri,” ugut Hedraqil seraya mengangkat kaki. Hessa raup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Hilang kelibat Hedraqil, Hessa cari wajah Adelia pula. Rasa terkejut Hessa masih belum hilang. Adelia apatah lagi. “Adel okey ke?” Terkilan bicara yang meniti. Adelia tersentak. Terkelip-kelip matanya memandang Hessa.

bebola

“Dr. Hessa, kalau kata saya bagitahu yang..” “Adel dah mengalah?” pintas Hessa sebelum sempat Adelia noktahkan ayat. tersepit.

Adelia hembus nafas hangat. Hati mula rasa

“Macam mana kalau suatu hari nanti tak mustahil dia akan bunuh saya, Dr. Hessa?” Lalu soalan cepumas itu buat bibir Hessa tergam dengan sendiri. Lelaki yang mengalami tekanan perasaan seperti Hedraqil, memang tidak mustahil mampu membunuh seseorang. Allah, apa lagi yang harus dia lakukan?

71

Bab 11

A

DELIA habiskan suapan terakhir. Angkat wajah, nampak Didi tengah pandang dia dengan riak pelik. Terus Adelia jungkit kening. Menyoal Didi melalui bahasa isyarat. “Kau lapar sangat ke, Adel?” soal Didi. Tengok gaya Adelia makan tadi, serupa dah dua-tiga hari tak jumpa nasi. Memang pelahap sungguh. “Aku dah dua hari tak sentuh nasi.” “Kau tak sihat?” Didi ambil berat. Adelia geleng. tahu.

“Habis tu?” Didi masih lagi hendak ambil

“Otak aku yang tak sihat. Banyak perkara yang nak kena fikir.” Jawapan mudah Adelia. “Kita mana ada ujian pun minggu ni. Kertas 72

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kerja pun semua dah hantar kan? Kenapa kau nampak stress sangat ni?” Didi sekali lagi luahkan rasa sangsinya. Adelia mengeluh dalam. Kalau diceritakan pun rasanya Didi tak mungkin akan faham. Silap haribulan Didi tazkirahkan dia sebab menyibuk sangat nak libatkan lelaki ‘kurang siuman’ seperti Hedraqil. Jadi diam itu lebih baik rasanya. Malas hendak melayan pertanyaan Didi, Adelia liarkan mata memandang ruangan sekeliling café. Terhenti sepasang matanya saat kelibat seseorang cukup menarik perhatian. Adelia pincingkan mata, cuba untuk memastikan yang dia tidak salah melihat. Lama dia berkeadaan begitu sampaikan Didi pun ikut memandang pada arah yang sama. “Kau kenal ke dengan lelaki tu?” Tersentak, Adelia luruskan duduknya kembali. Sahih, memang Hedraqil yang baru dia lihat tadi. “Tak kenal.” Dua Menidakkan soalan Didi.

patah

perkataan.

“Ingatkan kau kenal lelaki pelik tu. Sebab kau pandang dia tak berkelip.” Komen Didi selamba seraya menyedut sedikit minuman yang masih bersisa. “Pelik?”

73

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Didi angguk. Dahi Adelia berlapis seketika. “Apa yang pelik?” “Kau cuba pandang lelaki tu sekali lagi,” suruh Didi serius. Adelia akur mendengarkan arahan Didi. Kepala dipusing penuh hati-hati untuk melihat Hedraqil. Risau juga kalau Hedraqil perasan akan kewujudan dia di café ini. Tak pasal-pasal kena tuduh mengintip. Tatkala melihat Hedraqil yang sesekali kelihatan seakan berbual dengan ‘seseorang’, mengertilah Adelia kini. “Mana ada orang dengan dia. Yang dia sibuk tersengih, berbual seorang diri tu dah kenapa?” Didi sambung ayatnya yang tergantung seketika tadi. Tak tahu nak membalas apa, Adelia betulkan duduk lalu menghela nafas dalam. Kalau Hessa lihat keadaan adik dia sekarang ni, pasti Hessa akan sedih. Memang Hedraqil sengaja nak memalukan diri sendiri. Berbual dengan entah siapa-siapa di khalayak ramai, sedangkan lelaki itu sekadar bersendirian. Orang ramai yang memandang pasti akan anggap yang Hedraqil itu gila. “Kasihan, kan? Muka handsome, tapi gila. Macam manalah boleh terlepas masuk dalam café mewah macam ni? Pelayan tak reti nak halau ke?” Bertubi-tubi ayat yang Didi muntahkan. 74

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Dia tak gilalah, Didi.” Tak semena pula Adelia rasa tak berkenan dengar Didi labelkan Hedraqil macam tu. Seolah-olah hati dia pula yang terasa sakit. “Tak gila apanya kalau sejak tadi dia bercakap dengan kerusi kosong depan mata dia tu.” Didi tak setuju dengan pendapat Adelia. Bibir menjuih. Buat Adelia malas nak mengulas lagi. Sesekali, Adelia cuba untuk mencuri pandang ke arah Hedraqil. Simpati Adelia tumpah berulang-kali saat melihat Hedraqil seakan hanyut dalam dunianya dan arwah Yasmin. “Dahlah, jom balik.” Adelia dah tak betah nak berterusan dengar Didi mengomel tentang Hedraqil. Makin acap kali Didi sebut tentang ‘gila’, makin pedih hati Adelia dibuatnya. Daripada Didi tambah dosa berikan komen tentang tingkah-laku Hedraqil yang aneh, baiklah dia heret Didi segera keluar dari café tersebut. Tak adalah Didi nak ajak dia membawang. Adelia yakin, esok mesti adalah cerita yang Didi nak kongsikan dengan rakan kelas yang lain. “Aku pergi bayar, kau tunggu sini.” “Kau belanja ke, Adel?” Bersinar-sinar bebola mata Didi. Malas nak layan Didi, Adelia sekadar menjatuhkan kepala saja tanda mengiyakan. Ke main lebar lagi senyuman Didi.

75

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hendak menapak ke kaunter, Adelia memang perlu melintasi meja Hedraqil. Susah-payah Adelia tutup sebelah muka supaya Hedraqil tak cam. Elok berdiri di hadapan kaunter, Adelia hela nafas kelegaan. Mujur Hedraqil tak nampak dia. Selesai membuat pembayaran, Adelia dah bersedia nak patah semula ke meja. Entah nasib malang apa yang menimpa, elok pangkal hidungnya berlaga dengan dada bidang milik Hedraqil. Terus tubuh Adelia terasa kejung dalam sekelip mata. Tak perlu Adelia dongak kepala, dia tahu yang sepasang mata milik Hedraqil sedang menelanjangi dirinya saat ini. Habislah kau, Adel! “Ilmu apa yang kau pakai sampai kau tahu aku ada dekat sini?” Nah, kan Adelia dah cakap. Kalau Hedraqil sedar akan kehadirannya, pasti Hedraqil akan tuduh dia sengaja datang mengintip lelaki itu. “Saya datang makan dengan kawan.” “Dah tak ada restoran lain ke kau nak singgah?” tempelak Hedraqil buat Adelia mula terasa menyirap. Perasan sungguh lelaki ni. Ingat Adelia ni tak ada kerja sangat ke sampai dua puluh empat jam sibuk nak mengintip aje? “Kenapa? Restoran ni encik yang punya ke?” Kalau Hedraqil boleh menyinis, Adelia pun bolehlah. 76

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Aku tak tahu nak guna bahasa apa lagi dengan kau. Tapi satu yang aku nak kau tahu, aku tak suka kau rapat dengan kak long. Lepas ni kalau boleh, kau jangan jumpa kak long langsung.” Keras nada suara Hedraqil. Adelia nyaris hendak julingkan mata ke atas. Mujurlah dia malas nak cari pasal dengan Hedraqil. Lebih tepat, malas nak timbulkan kekecohan dekat khalayak ramai. Perangai Hedraqil bukannya boleh diduga. “Dr. Hessa tu pensyarah saya, logiklah kalau saya rapat dengan dia. Dan maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan encik.” “Eh, perempuan!” Amarah Hedraqil automatik tercuit. Terus lengan Adelia dicengkam kuat. Tak dihiraukan kerutan di wajah Adelia. Lantaklah kalau Adelia kesakitan sekalipun. “Kenapa kau payah sangat nak faham arahan aku, hah?” Terketap-ketap bibir Hedraqil. “Boleh tolong lepas tak? Sakitlah!” Adelia bersuara celah gigi. Kebas pipi bila mata-mata lain mula memandang ke arah mereka. Didi yang memerhati dari jauh dah mula panas punggung. Risau Adelia diapa-apakan, terus Didi meluru ke arah dua susuk tubuh itu. “Adel?” “Didi, kau tunggu dekat meja.” Adelia halang 77

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Didi daripada mendekat. Didi buat pekak. Terus mara menghampiri Hedraqil. Takkanlah dia nak duduk diam bila lihat Adelia diperlakukan sebegitu? “Kenapa ni? Apa yang kawan saya dah buat sampai encik berkasar dengan dia?” Didi mulakan soalan secara berdiplomasi dahulu. “Kawan kau intip aku.” “Eh?” Didi tercengang. Terus bebola mata mencari wajah Adelia. “Adel, kau kenal lelaki ni ke?” Didi mahukan kepastian. Manalah tahu kalau-kalau lelaki kurang siuman ni saja mahu mereka cerita. Adelia rasa makin tak keruan. Tiada jawapan yang mampu diberikan kepada Didi. Kalau dah Adelia diam membisu, Didi pasti tentu ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. “Ada bukti yang kawan saya intip encik? Kalau tak ada, sila lepaskan kawan saya sebelum saya tak teragak-agak untuk telefon polis. Encik tak ada hak nak berkasar dengan dia.” Didi sajalah berlagak berani, walhal dia sendiri sebenarnya kecut. Maklumlah badan Hedraqil tu dua kali ganda besar berbanding dirinya. Didi kan kecil molek aje orangnya. Merengus kasar, cengkaman dilepaskan. Tajam renungan Hedraqil menikam wajah Adelia. 78

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kali ni aku lepaskan kau. Sekali lagi kau muncul depan aku, kau siap.” Jari telunjuk Hedraqil sikit lagi nak cecah bebola mata Adelia. Dalam hati Adelia harap sangat yang Hedraqil akan segera berlalu. Lega saat Hedraqil mula pusingkan tubuh dan angkat kaki. Sekurangkurangnya tak adalah mereka bertiga akan berterusan menjadi tontonan orang lain. Malu kut. Tak mustahil boleh masuk rancangan viral nanti. Uish, minta selisihlah. “Kau cakap kau tak kenal dia, kau tipu aku. Patutlah muka kau lain aje waktu nampak dia tadi.” Didi mengomel. Seperti yang Adelia tebak, pasti akan ada soalan serupa polis pencen daripada Didi sekejap lagi. Adelia helas nafas bosan. “Lelaki tu, adik Dr. Hessa.” Jawapan yang ringkas, tapi cukup memeranjatkan Didi. “Kau biar betul, Adel?” Bibir Didi ternganga sedikit. Susah nak percaya Hessa ada adik ‘istimewa’ macam tu. “Terpulanglah kalau kau nak percaya atau tidak. Cuma satu betul-betul harap, aku tak nak kau soal aku apa-apa lagi tentang dia.” “Tapi, kenapa?” Didi macam tak puas hati bila Adelia senang-senang nak tamatkan cerita ni macam tu sahaja.

79

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Please, Didi. Anggap aje kejadian ni tak pernah berlaku. Otak aku dah cukup berserabut sekarang ni,” rayu Adelia buat Didi terpaksa mengangkat bendera putih. Dah Adelia tidak mahu didesak, Didi nak kata apa lagi? Suka hati Adelialah. Lagipun kadangkala tak semua cerita mampu dikongsi dengan orang lain. Kalau nak orang hormat pendirian kita, kita pun kena hormat pendirian orang lain juga.

80

Bab 12

P

ANDANGAN Hedraqil kosong. Kalau bukan sebab Hessa berkeras nak bawa dia ke klinik, memang dia akan ikut perangai keras kepala dia. Sejak dah jarang jengah dunia luar, ada rasa kekok dan tak selesa membelit tangkai hati bila terpaksa berdepan dengan orang ramai. Nak melawan Hessa lebih-lebih, risau bertukar jadi pergaduhan pula. Kudrat pun semakin menghilang. Layankan sajalah. “Hedra, tak nak turun ke?” soal Hessa seraya menundukkan sedikit wajahnya. Mencantas lamunan Hedraqil. Hedraqil panggung kepala. Bebola matanya terkebil-kebil. Bersama hembusan nafas hangat, tali pinggang kaledar dibuka. Gerakan Hedraqil jelas nampak malas. Sebaik saja kaki Hedraqil mencecah lantai bumi, pandangan bersabung dengan raut wajah 81

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

seseorang. Semedan rahang Hedraqil bergerak-gerak ganas. “Apa dia buat kat sini, kak long??” Keras nada suara Hedraqil. Hessa dah mula rasa tercungap nafas. Janganlah Hedraqil naik hantu dekat sini nanti. Tak pasal-pasal viral satu Malaysia. “Kak long ada kelas kejap lagi. Minta Adel temankan Hedra jumpa doktor.” Tersekat-sekat menjelaskan. Hedraqil mendengus garang. “Kalau macam tu, kita tak payah jumpa doktor!” putus Hedraqil nekad. Niat hendak berlalu, terbantut tatkala lengannya terasa dipaut oleh seseorang. “Encik, kejap!” halang Adelia sedikit menjerit. Tindakan spontan juga sebenarnya memaut lengan Hedraqil. Mujurlah berlapik. Kalau tidak, boleh pijar juga pipi Adelia. Pandangan Hedraqil turun pada jemari halus yang memegang hujung t-shirt lengan panjang yang dipakai olehnya. Beraninya perempuan ni sentuh dia! Hati Hedraqil mendongkol. “Adel temankan encik ke dalam ya?” Lembut 82

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nada suara Adelia. Sikit pun tak mampu menyentuh dasar hati Hedraqil. “Try hard to make me fall for you, huh?” Sinis suara Hedraqil. Dan Adelia hanya memilih untuk membalas sindiran Hedraqil dengan sebuah senyuman. Pandangan dialih ke wajah Hessa. “Dr. ada kelas kan? Pergilah, saya jagakan Encik Hedraqil.” Adelia bersuara memesongkan topik. Buat Hedraqil mula terasa meruap panas. Kasar, tubuh Adelia ditolak merapat pada kereta mewah yang dipandu Hessa. Berdentum bunyinya. Hessa terkedu. Adelia menyeringai sedikit. Terasa sengal tulang belakangnya gara-gara terhentak. “Satu soalan aku untuk kau.” Jeda. Ketara perubahan wajah Hedraqil. Merah padam. Adelia tahan nafas menanti Hedraqil sudahkan ayatnya. Kedudukan rapat sebegini membuatkan jantung Adelia berdegup pantas. “Dekat mana sebenarnya kau letakkan maruah kau sebagai seorang perempuan? Aku pernah cakap aku takkan sesekali sukakan kau kan? Jadi, tolong jangan buang masa kau lagi. I’m not interested in you and never will be!” Bengang bicara yang menyentuh gegendang telinga Adelia. Pegangan pada tubuh Adelia turut dilepas kasar. Hedraqil sudah bersedia hendak membolos

83

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

masuk ke dalam kereta, saat itu jugalah bait ayat Adelia kedengaran menyapa cuping telinganya dari belakang. “Boleh sambung bencikan saya selepas saya bawa encik ke dalam tak?” Tenangnya Adelia. kesabaran Hedraqil.

Makin

menjentik

“Kau masih tak faham-faham ke yang aku tak suka kau masuk campur urusan hidup aku?” tempelak Hedraqil lagi. “Hedra..” Hessa cuba menegur, tercantas niatnya pabila Adelia berikan isyarat tanda ‘tidak mengapa’. Terus Hessa kunci mulut rapat-rapat dan berdiri menjadi pemerhati drama tak berbayar itu sahaja. Mencari wajah Hedraqil kembali, sekali lagi Adelia ukirkan senyuman nipis. “Kalau itu yang encik harapkan, saya minta maaf. Saya takkan berhenti untuk bantu encik. Dan saya sanggup habiskan seberapa banyak masa saya sekalipun semata-mata untuk pastikan yang encik akan ‘pandang’ saya kembali suatu hari nanti.” Yakin sungguh nada suara Adelia. Mengundang tawa halus Hedraqil. Tawa sumbang. Tawa kerana sedikit masa lagi jika Adelia masih tidak henti-henti memprovok, tak mustahil pelempang dia bakal singgah ke wajah mulus itu.

84

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Perempuan ini, benar-benar memunahkan kesabarannya.

mahu

“Semakin kau terdesak macam ni, semakin aku akan bencikan kau. Berhenti bermimpi untuk jadi sebahagian daripada hidup aku sebab hati aku dah tertutup untuk mana-mana perempuan.” Tegas Hedraqil berharap benar yang Adelia akan mengerti. “Kenapa?” Saja hendak mengorek rahsia hati Hedraqil. Silap besarlah kalau rasa Hedraqil tu dengan sewenang-wenangnya akan berikan jawapan yang Adelia mahu. “Aku tak rasa pun aku perlu jawab soalan kau tu.” Deras Hedraqil membidas sebelum melenyapkan diri ke dalam kereta yang dipandu Hessa. Adelia pandang Hessa. Hessa pandang Adelia. Tengok wajah serba-salah Hessa, Adelia mendekat. Lengan Hessa diusap sedikit. Tahu Hessa tebal mula bila Hedraqil selalun sangat berkasar dengan dia. “Adel..” “It’s okay, Dr. Hessa. Saya dah terbiasa.” “Tapi..” “Dia sakit dan dia tak nak saya bawa dia 85

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

masuk ke dalam. Lagipun Dr. Hessa bukannya betulbetul ada kelas kan? Pergilah, bawa dia jumpa doktor. Nanti makin teruk demam dia. Saya minta diri dulu ya? Tak ada apa sangat yang saya boleh bantu kali ini.” Panjang lebar Adelia memotong percakapan Hessa yang belum sempat dinoktahkan. Akur, Hessa jatuhkan kepalanya sekali. Adelia undur langkah dan menapak menuju pada kereta miliknya. Menerobos masuk, lama Adelia termenung. Memandangkan keretanya diparkir berdepan dengan kereta Hessa, dapat dia lihat sepasang mata Hedraqil tajam memerhatikan dirinya dari dalam kereta. Lelaki itu membenci dirinya. Sangat-sangat membenci. Maka logikkah di antara dia dan Hedraqil, akan wujud satu hubungan yang akan dihalalkan dengan lafaz akad yang suci? Jika sekarang pun hubungan mereka sudah seteruk ini, kelak selepas berkahwin bagaimana pula? Pasti haru-biru. Aduhai, memikirkannya.

sesak

86

nafas

Adelia

bila

Bab 13

H

ESSA dah tak mampu nak tangguhkan niat baiknya lagi. Nak harapkan Hedraqil bersetuju dengan rela hati? Memang ibarat tunggu bulan jatuh ke ribalah. Lelaki itu masih sama. Kejung. Beku. Bengis. Bahkan, tiada sedikit pun perubahan yang mampu membuatkan hati Hessa merasa sedikit tenang. Semalam, waktu datang menjenguk Hedraqil pun Hedraqil masih dengan tabiatnya yang sama. Berbual dengan entah siapa-siapa. Bergurausenda dengan entah siapa-siapa. Bagi lelaki itu memanglah dia sedang bergurau dan berbual dengan arwah Yasmin. Tapi bagi manusia normal seperti Hessa, takkanlah dia nak iakan saja sedangkan arwah 87

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Yasmin dah berbulan-bulan sudah tiada? Tegakkan tubuh, Hessa sedut dan hembus nafas panjang. Kali ini, dia nekad. Apa sekalipun yang terjadi, Hedraqil perlu patuh pada permintaannya. Itu pun jika Hedraqil tidak mahu turut ‘kehilangan’ dia. Walaupun tiada niat langsung untuk meninggalkan Hedraqil. Apatah lagi, dalam keadaan Hedraqil seperti itu. Makin membuatkan Hessa yakin akan tindakannya pabila Adelia seakan tiada langsung tanda-tanda mahu menolak. Sebelum Hessa bertindak hingga ke tahap ini, Adelia terlebih dahulu sedia maklum akan kemahuannya. Tiada alasan lain Hessa sanggup lakukan perkara ‘serumit’ ini. Semuanya demi kebaikan Hedraqil juga. Dia dah tak nampak sebarang jalan penyelesaian lain. Yang dia nampak, hanya Adelia yang mampu membantu Hedraqil. Kuat benar naluri Hessa. “Hedra..” seru Hessa setelah agak lama mengumpul kekuatan. Tika itu, Hedraqil sedang menapak menuju ke ruang tamu. Hedraqil toleh sejenak ke arahnya. Nampak Hedraqil macam tak nak berbual dengan dia. Tentu sajalah Hedraqil masih ingat perihal di hadapan klinik tempoh hari. Hedraqil masih teruskan langkah tanpa niat untuk berpatah ke arah Hessa. “Hedraqil!” Suara Hessa naik satu oktaf. 88

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Sekaligus memaksa Hedraqil untuk akur. “Apa lagi, kak long?” Malas nada suara yang melontar. “We need to talk.” Terbit senyuman sinis di bibir Hedraqil. Nak bercakap? Bercakap tentang siapa lagi kalau bukan si Adelia? Ah, rimasnya! “Kalau nak cakap pasal budak tu, maaflah Hedra tak berminat.” Hedraqil berterus-terang. “Memang kak long nak cakap pasal Adel. Pasal Hedra dan Adel.” Dah alang-alang Hedraqil bijak meneka, untuk apa lagi Hessa berdolak-dalih? “Kak long boleh tak jangan desak sesuatu yang Hedra tak suka?” “Habis tu, apa yang Hedra suka? Bercakap macam orang gila dengan orang yang dah tiada?” tembak Hessa padu. Hedraqil mendengus bengang. “Hedra malas nak bertekak dengan kak long. Kalau nak bercakap pasal hal lain, Hedra akan dengar. Tapi bukan pasal budak mentah tu.” Sombong sungguh gaya Hedraqil berbicara. “Kak long tetap nak Hedra kahwin dan terima Adel.” 89

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“No, kak long. Perkara tu takkan sesekali berlaku. Hedra takkan curang dengan Yasmin!” Hampir hendak bertempik. Naik turun dada bidang Hedraqil menahan nafas kencang. “Kalau Hedra masih anggap yang kak long ni satu-satunya saudara yang Hedra ada, kak long harap Hedra setuju.” Hessa dah terpaksa mengugut Hedraqil dengan cara begitu. Hedraqil sekali lagi merengus kuat. “Hedra tak suka diugut.” “Dan kak long tak suka Hedra berterusan macam ni.” “Boleh tak biarkan Hedra tentukan hidup Hedra sendiri?” Suara Hedraqil jelas tertekan. Hessa tunduk menekur hujung kaki. Hembus nafas hangat lalu.. mati.”

“Jadi mulai hari ni anggap saja kak long dah

“Kak long!” Terjerit kuat Hedraqil dengan bicara Hessa. Hessa senyum pahit. “Kalau Hedra rasa kak long tak layak nak campuri urusan hidup Hedra, semata-mata nak pastikan kehidupan Hedra lebih terurus, kak long takkan ganggu Hedra mulai hari ini. I’m serious with my words, Hedraqil.” Hessa noktahkan ayat dalam 90

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

satu nafas. Tersepit dengan bicara Hessa. Hedraqil bawa kedua-dua belah tangan meraup wajah. Bergema jeritan Hedraqil menggambarkan jiwanya yang tertekan. Menghampiri Hessa, Hedraqil sambar telefon bimbit milik Hessa. Terkedu Hessa untuk seketika. “Hedra nak buat apa lagi kali ni?” Hessa menyoal sedikit cemas. Wajah Hedraqil kosong. Ligat jemari Hedraqil mencari ‘sesuatu’ pada gajet milik Hessa. Sebaik saja menemui sebaris nama yang dah menjadi punca pergaduhan dia dan Hessa, tak teragak-agak Hedraqil menekan butang memanggil. “Kak long terdesak sangat nak jadikan pelajar kak long ni adik ipar kak long kan? Then, let me talk to her first.” Tak bernada bicara Hedraqil seraya bergerak menjauhi Hessa sedikit. Sekali.. panggilan Hedraqil gagal. Masuk kali kedua, barulah kedengaran suara seseorang di hujung sana. Tak menyempat-nyempat, Hedraqil dah lontar soalan yang hampir membuatkan telefon bimbit Adelia nyaris hendak terlucut ke lantai. “Are you happy now?” Sinis Hedraqil bertanya sekaligus membuatkan jantung Adelia berdetak dengan lebih laju. 91

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil. Dia sangat cam dengan suara lelaki itu. Kalau dah Hedraqil menelefon dia menggunakan telefon bimbit Hessa, tentu ada sesuatu yang dah berlaku. Rasa-rasanya ‘sesuatu’ itu adalah perkara sama yang Hessa pernah luahkan padanya dua hari yang lalu. Fuh, tenang. menggelabah.

Tenang,

Adelia.

Jangan

Ada suara berbisik cuba menyelitkan sedikit semangat. “Jadi encik dah tahu ke?” Adelia menyoal kerana dia yakin yang Hessa memang sudah menyampaikan hasratnya. “Oh, maknanya semua ni kaulah?” Nada suara Hedraqil tegang.

rancangan

“Niat saya cuma nak menolong encik.” “You’re not helping me. Tapi kau buat hidup aku rasa teruk!” jerkah Hedraqil berapi-api. “Why?” “Sebab aku tak sukakan kau. Aku ada isteri dan anak aku. Aku cintakan isteri aku!” Penuh emosi. “Macam mana encik boleh bercinta dengan orang yang dah tak ada?” selar Adelia buat Hedraqil rasa dadanya seakan hendak meletup. Sebelah tangan mula bercekak pinggang, manakala sebelah lagi naik mengusap belakang leher. 92

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Baran Hedraqil sudah tak terkawal rasanya. Kalau Adelia ada depan mata, tak mustahil tangan dia ni bakal melayang ke pipi Adelia serta-merta. “Kenapa diam? Salah ke apa yang saya cakap?” Dan bila Adelia tak sudah-sudah nak memprovok, kesabaran Hedraqil benar-benar sudah menemui titik sifar.. “Aku tak perlukan perempuan tak tahu malu macam kau untuk gantikan tempat isteri aku. Kau pun sama macam kak long. Isteri dan anak aku belum mati lagi!” Tekan Hedraqil satu-persatu. “Nak saya tunjukkan pusara mereka? Kalau nak, encik datanglah jemput saya di sini.” Tenang Adelia membalas. Hedraqil sekali lagi seakan-akan hilang peti suaranya. Hakikat sebenar, jiwa lelaki itu sebenarnya sedang dibunuh perlahan-lahan. Lantaran itu Adelia semakin pasti, apa sekalipun yang terjadi dia akan kembalikan seorang Hedraqil yang dulu. Mengetap bibir sendiri, Hedraqil dah tak tahu macam mana nak terangkan lagi. Kenapa sukar benar untuk dia fahamkan seorang Adelia Khadeeja? Hati dia dah lama punah. Jiwa dia dah mati. Dia tak perlukan pengganti lain untuk mengambil alih tempat Yasmin. Kalaulah dia bisa memahamkan Hessa dan Adelia, alangkah bagusnya. “Kau dah tak tahu macam mana cara untuk 93

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

aku fahamkan kau lagi. Cuma aku nak kau betulbetul buka telinga kau tu besar-besar dan dengar baik-baik.” Jeda. Adelia masih memasang telinga. “Jangan sesekali cuba untuk masuk ke dalam hidup aku, Adel.” “Kalau saya nak masuk juga?” “Then, I will make your life a living hell. Jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau.” Menggigil-gigil Hedraqil cuba mengawal marah. Yang paling membuatkan Hedraqil bertambah bengang, Adelia sekadar kelihatan tenang mendengarkan ugutannya. “Allah tahu niat baik saya, encik. InsyaAllah, DIA juga yang akan bantu.” Panggilan dimatikan oleh Adelia tanpa sebarang pamitan. Sekaligus membuatkan Hedraqil mula memaki hamun di dalam hati. Perempuan ini, betul-betul mahu mencari nahas dengannya. Argh!

94

Bab 14

D

ATIN KHALISAH amati wajah Adelia dalam-dalam. Telefon bimbit di tangan diletakkan ke atas meja. Tengok wajah Adelia, tahu gadis muda itu sedang runsing. Kalau dia sebagai seorang ibu pun rasa serba tak kena, Adelia apatah lagi. Tuan punya badan sendiri. “Papa yang telefon ya?” soal Adelia memusatkan pandangan tepat ke wajah Datin Khalisah. Datin Khalisah jatuhkan kepalanya sekali. Memandangkan Datuk Arman sedang ada urusan di luar Negara, melalui panggilan sajalah mereka boleh berbincang. “Papa tanya pasal Adel. Betul ke Adel nak terima?” Jemari Datin Khalisah menyentuh belakang tangan Adelia. Mengusap seakan ingin mengurangkan galau di hati gadis itu. 95

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adeliah mengangguk sebagai jawapan. “Cuma, Adelia tak tahu apa kata putus di sebelah pihak sana.” Lemah nada suara Adelia. Datin Khalisah terdiam untuk seketika. Nak serahkan anak perempuan pada lelaki yang jelas tidak mencintai bukanlah satu perkara yang mudah. Silap haribulan, dia mungkin akan menyesal seumur hidup. “Mama, Adel nak tanya sikit boleh?” Tak semena itu yang terpacul. “Adel nak tanya apa?” “Mama restu ke niat Adel kali ni?” Polos wajah Adelia sewaktu bertanya. “Adel nak jawapan jujur daripada mama?” Adelia angguk mengiyakan. Datin Khalisah senyum pahit. “Mama risau nak serahkan Adel pada dia. Bimbang dia apa-apakan anak mama nanti. Dia tak cintakan Adel. Tapi kalau dah Adel yakin ni keputusan paling baik untuk Adel, mama dan papa tak ada halangan.” Panjang lebar bicara Datin Khalisah. Sedikit menyentuh ke dasar hati Adelia. Walaupun sesibuk mana kedua-dua orang tuanya, seperti yang Adelia pernah bilang Datin Khalisah dan Datuk Arman tidak pernah mengabaikan anakanak mereka. 96

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Teringatkan sesuatu, Datin Khalisah keluarkan pemberian yang pernah dibawa oleh Hessa sewaktu menemuinya. Hessa kata, cincin tu sebagai tanda sekiranya Adelia bersetuju. Tentang Hedraqil, pandai-pandailah dia mahu uruskan. “Cincin ni untuk Adel. Mama tak sempat nak serahkan sebab Adel kan sibuk dengan kuliah sebelum ni.” Telapak tangan Adelia dibuka lalu sebentuk cincin diletakkan di situ. Adelia renung cincin itu dengan pandangan kosong. Kalau Hedraqil sendiri yang serahkan, mungkin rasa teruja tu akan menyelit sedikit. Yakin yang Hedraqil pasti tidak tahu-menahu soal cincin ini. “Papa cakap papa tunggu kata putus di sebelah pihak lelaki pula. Kalau kata memang jadi, banyak persiapan nak kena buat. Mama dan papa tak naklah Adel kahwin tak serupa orang lain. Maruah Adel nak juga kena jaga.” Lagi ayat yang membuatkan Adelia bertambah galau. Kata putus Hessa, memang dia sudah tahu. Tapi kata putus si Hedraqil? Aduhai, kusut kepala Adelia dibuatnya. Agak-agak lelaki itu akan akur begitu saja ke dengan permintaan Hessa? Hendak menyoal Hessa, Adelia rasa macam tak ada gunanya juga. Lagi bagus kalau dia terus bertanya pada tuan empunya badan. Cuma, satu 97

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

ajelah yang Adelia kena bersiap-sedia. Tadahkan telinga, dengarkan saja makian yang bakal disajikan kepadanya nanti. Tak mungkinlah Hedraqil akan berdiam diri saja. Pasti berbakul-bakul ayat pedas akan dimuntahkan kepada Adelia. dia.”

“Mama tunggu sini kejap, Adel cuba telefon “Telefon Hessa ke?” Adelia geleng. “Hedraqil.” “Tak takut?” tebak Datin Khalisah.

Adelia cuba menutup keresahan dengan sebaris tawa sumbang. “Dia bukan raksasa yang Adel perlu takutkan. Mama tunggu kejap ya? Nanti Adel datang,” tutur Adelia seraya bergerak menjauhi ruangan tamu. Sebaik saja berdiri di hadapan kolam ikan milik Datin Khalisah, nombor telefon Hedraqil didail oleh Adelia. Nombor telefon yang pernah diberikan sendiri oleh Hessa kepadanya. Menanti panggilan bersambut, seakan menunggu bom digugurkan di hadapan Adelia. Jantung Adelia berdetak hebat. Darah gemuruh semakin mencanak-canak. Telapak tangan Adelia juga sudah semakin basah. Dan sepasang mata 98

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia terpejam saat suara garau di hujung sana mulai kedengaran. “Encik, ni Adel ni.” Gemersik nada suara yang terlontar. Adelia sedang cuba mengumpul kekuatan. Bersepai semangat yang baru dikutip pabila diherdik kembali oleh Hedraqil. “Apa lagi yang kau nak dengan aku??” “Saya telefon encik ni sebab saya nak tanya encik..” Jeda. Nafas Adelia kian memberat. Namun hendak berpatah kembali, rasa-rasanya itu perkara terakhir yang Adelia akan buat. “Encik sudi ke ambil saya jadi isteri encik?” Lurusnya soalan Adelia. Langsung tidak pusing ke mana-mana. “What on earth are you talking about, huh?” Sinis sungguh nada suara Hedraqil. Adelia kebam bibir. Rasa merah padam wajah dia. Tapi hendak dikata apa lagi? Dia perlu juga hadap semua ni daripada biarkan semuanya berterusan menjadi tanda tanya. “Mama dengan papa tunggu kata putus daripada encik.” “Oh, god. Aku memang dah tak tahu bahasa apa lagi aku patut guna dengan kau. Kau nak aku gegar kepala kau dulu ke baru kau nak faham, Adelia??” jerkah Hedraqil mulai tercuit angin barannya. 99

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Saya tahu encik tak sukakan saya. Saya juga tahu encik bencikan saya. Tapi..” “Look, Adelia. Jujur aku cakap yang aku tak pernah lagi jumpa perempuan terdesak macam kau. Sekalipun kak long yang suruh kau kahwin dengan aku, kau dah tak ada mulut ke nak menolak? Apa lagi alasan kau kali ni? Nak cakap kau dah jatuh cinta dengan aku? Goddamit.. are you kidding me?” Lagi bertubi-tubi ayat makan dalam. Adelia terdiam tanpa sepatah kata. Kadangkadang memang tak dinafikan apa yang Hedraqil katakan itu betul. Cuma yang mengelirukan Adelia juga, kenapa hati dia seakan tidak mampu menolak untuk menjadi sebahagian daripada diri Hedraqil? Adelia benar-benar rela hati mahu membantu Hedraqil. Dulu mungkin dia lakukan semua ini atas permintaan Hessa. Berubah keadaannya tatkala hari berganti hari. Melihat Hedraqil, hati Adelia berdenyut merasakan sesuatu. Namun Adelia masih buntu. Perasaan jenis apakah yang sedang dilalui olehnya? “You know what, girl?” Lamunan Adelia tercantas pabila suara Hedraqil kembali mengetuk deria pendengarannya. Adelia diam menanti Hedraqil menghabiskan bicaranya. Walaupun dia tahu setiap patah kata lelaki itu bukannya berlapik, biarlah. “Kadang-kadang

aku

100

rasa

perempuan

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

macam kau ni, lebih baik jadi perempuan murahan dekat kelab malam.” Sambung Hedraqil mengakhiri bicaranya yang tergantung. Adelia.

Dum! Rasa tersentap sekeping hati milik

Perempuan kelab malam? Kejamnya, Hedraqil! Kali ni, emosi Adelia tercuit sedikit. Sepanjang hidupnya, tak pernah walau sekali dia dilabel sebegitu. Hedraqil saja yang berani. “Dan tentang soalan kau tadi.. kata putus aku, aku tak sudi untuk jadi suami kau. Do I make myself clear? Atau kau nak aku tampal kertas dekat dahi kau supaya kau boleh ulang baca hari-hari?” Lagi bicara yang mampu membuatkan jiwa Adelia semakin terkoyak. Menarik nafas dalam, Adelia paksa seulas bibirnya untuk senyum. Walaupun senyuman itu Hedraqil tak nampak, cukuplah senyuman itu sekadar senyuman memujuk hati yang dah tercarik dek kata-kata sinis Hedraqil. “Saya minta diri dulu, encik. Terima kasih sebab sudi jawab soalan saya.” Ayat penyelamat lalu panggilan dimatikan oleh Adelia. Mengerdipkan kelopak mata, cuba menghalang air mata daripada gugur. Merenung skrin telefon yang dah bergelap, entah kenapa Adelia dah tak rasa hendak berusaha untuk membantu lelaki itu lagi. Hedraqil terlalu 101

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

angkuh. Malah, langsung tidak layak untuk dibantu oleh sesiapa sekalipun. Gagahkan jemari sendiri, Adelia menghantar pesanan ringkas kepada Hessa. Saya dah dapatkan kata putus daripada Hedraqil. Jawapan dia tetap sama dan tak pernah berubah. Saya dah tak nak mendesak, Dr. Hessa. Mama dan papa masih tunggu keputusan tetap daripada pihak lelaki. Kalau kata perkahwinan ni masih mahu diteruskan, Dr. Hessa carilah saya nanti. Jika sebaliknya, saya akan serahkan cincin ni semula. – Adelia Butang ‘Send’ ditekan. Tak tunggu lama, pesanan ringkas itu kembali berbalas. I’ll talk to him. Perkahwinan akan tetap berlangsung. Saya akan pastikan Hedraqil terima Adel jadi isteri dia. – Hessa Membaca pesanan balas Hessa, Adelia lepaskan nafas panjang. Malas hendak serabutkan kepalanya lagi, Adelia sapu birai matanya yang sedikit bergenang. Putarkan tubuh, kembali menapak masuk ke dalam. Perihal hinaan Hedraqil terhadapnya, malas Adelia hendak simpan dalam hati. Biarlah.. asalkan Allah S.W.T tahu akan niatnya. Apa sekalipun tanggapan Hedraqil padanya, itu sudah tidak penting. Adelia lebih kenal dirinya siapa. Titik!

102

Bab 15

N

AMPAK aje wajah Hessa, Hedraqil awal-awal lagi dah bagi amaran. Semenjak wujudnya gadis bernama Adelia, kedatangan Hessa ke rumahnya pasti bersangkut-paut dengan gadis itu. Kadang-kadang Hedraqil rasa lemas. Didesak dengan sesuatu yang jelas dia tidak suka bukankah satu fasa yang amat teruk perlu dia lalui? “Kalau kak long datang nak jenguk Hedra, Hedra alu-alukan kedatangan kak long. Kalau kak long datang disebabkan budak perempuan tu, minta maaf Hedra rasa lebih baik kalau kak long balik.” Ayat Hedraqil langsung tidak bertapis. Hessa letakkan tas tangannya ke atas sofa. Berdiri berpeluk tubuh, merenung Hedraqil dengan pandangan sedikit mencerun.

103

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Hedra halau kak long?” “Suka hati kak longlah nak fikir macam mana.” Malas-malas nada suara Hedraqil. “Apa yang Hedra dah cakap pada Adel semalam?” “Budak tu mengadu?” Kening Hedraqil terjungkit. Rasa meruap juga. Yang tergedik-gedik sangat nak mengadu tu, kenapa? Saja nak buat dia dan Hessa bergaduh ke? “Dia mengadu atau tidak, Hedra tak boleh ke cakap elok-elok sikit dengan dia?” Hessa naikkan suara satu oktaf. “Dah dia yang nak menduga sangat. Banyak kali cakap pun tak faham.” Hedraqil mengomel sedikit. “Apa yang Adel tak faham?” Saja hendak memprovok. “Kak long, Hedra tahu kak long bukannya tak tahu. Lagipun Hedra yakin semua ni idea kak long sejak awal. Budak tu cuma bendul sebab ikut cakap kak long. Tapi tolonglah, kak long. Hedra tak nak kahwin dengan sesiapa. Cukup Hedra dah ada Yas.” Panjang lebar cuba untuk memahamkan Hessa. “Yas dah tak ada, Hedraqil.” Tekan Hessa supaya Hedraqil mampu menelan hakikat. Sepahit mana pun hakikat itu, tetap Hedraqil perlu akur. Itu takdir Allah S.W.T. Takkan masih nak menolak juga? 104

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil diam tak membalas. Risau kalau dia tegakkan pendirian dia, makin tegang perbalahan dua beradik ni nanti. “Hedra naik atas dulu, ada kerja nak buat.” Ayat nak mengelakkan diri daripada beterusan kenda berdepan dengan Hessa. “Kerja apa? Kerja nak berbual serupa orang gila dengan manusia yang jelas tak wujud?” selar Hessa tepat ke hati Hedraqil. Tersentap Hedraqil dibuatnya. Mata Hedraqil mengecil. Sedang cuba mengawal bengang. “Apa masalah kak long dengan Hedra sekarang ni?” Suara yang jelas tertahan-tahan. “Kak long akan berhenti desak Hedra kalau Hedra setuju kahwini Adel.” “Hedra tak pernah paksa kak long untuk kahwin, kenapa bila sampai giliran Hedra sampai macam ni sekali kak long nak mendesak?” Sungguh, Hedraqil benar-benar mahu tahu. “Sebab kak long dan Hedra tak sama. Hedra sakit dan Hedra perlukan Adel untuk tolong Hedra!” “Hedra sakit?” Rasa nak tergelak Hedraqil dengan ayat penyata Hessa. Hessa jatuhkan kepalanya berkali-kali. Bangkit, mendekati si adik. Dada bidang Hedraqil ditunjal berkali-kali. 105

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Hati Hedra sakit. Jiwa Hedra terdera. Jadi kak long hantarkan Adel untuk ubati Hedra. Teruk sangat ke niat kak long tu?” Kali ini nada suara Hessa berubah sebak. Hedraqil tolak jemari Hessa menjauh. Berpusing, membelakangkan Hessa. Sedikitsebanyak, hati dia rasa tercuit melihat suram di wajah Hessa. Selama dia bernafas di muka bumi, tak pernah sekali Hessa tinggalkan dia walaupun dia sedang mengalami kesulitan. “Macam mana Hedra nak terima perempuan lain sedangkan Yas..” “Percayalah, Hedra. Yas takkan sesekali salahkan Hedra. Sampai bila Hedra nak hidup dalam halusinasi? Yas dah tak ada. Anak Hedra pun dah tak ada.” Hessa sekali lagi cuba untuk memujuk Hedraqil. Hedraqil sedut dan hembus nafas dalam. “Biarkan Hedra hidup dalam dunia Hedra, kak long. Hedra selesa macam ni.” “Jadi Hedra masih berkeras nak melawan cakap kak long?” “Hedra bukan budak kecil lagi.” “Kalau betul Hedra bukan budak kecil, kenapa Hedra sanggup ketepikan urusan penting dan tak peduli tentang diri Hedra sendiri?” tembak Hessa beremosi.

106

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Apa maksud, kak long?” Kening Hedraqil hampir hendak bercantum. “Syarikat perlukan Hedra. Hedra tubuhkan syarikat tu atas penat lelah Hedra sendiri. Tahu tak Hedra Holdings sedang bermasalah sekarang ni? Sampai bila nak lepas tangan macam tu aje?” “Biarlah, Hedra dah tak berminat dengan syarikat tu lagi.” Mudah jawapan Hedraqil. Seolaholah sudah putus harapan untuk teruskan kehidupan yang lebih baik lagi. Makin buat sekeping hati milik Hessa rentung terbakar. Kalau macam nilah kesudahan perbincangan dia dan Hedraqil, dia dah malas nak bazirkan masa lagi. “Baiklah, kak long tahu Hedra dah tak hormatkan kak long sekarang..” Jeda. Hessa bergerak mencapai tas tangannya semula. Sudah tidak betah berdiri lama-lama di sini lagi. Hedraqil dan keras kepalanya, memang sudah sebati. “Lepas ni kak long takkan ganggu Hedra lagi. Kak long takkan desak Hedra lagi. Urusan syarikat Hedra pun kak long takkan masuk campur lagi. Mulai hari ni juga, tolong anggap yang kak long Hedra ni dah mati. Kita dah tak ada apa-apa kaitan lagi. Maafkan kak long sebab dah terlalu lama campuri urusan hidup Hedra. Kak long minta diri dulu.” Bersedia untuk berlalu pergi. Tekad dia 107

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

andai Hedraqil masih berdegil, ini kali terakhir dia jejakkan kaki ke banglo mewah lelaki itu. “Jadi disebabkan budak tu, kak long nak putuskan hubungan kak long dengan Hedra? Kak long ni dah kenapa??” tempik Hedraqil geram. Hessa masih melangkah. Dibiarkan saja Hedraqil berbicara sendirian. Hessa dah habis modal. Dah habis ayat hendak melembutkan hati Hedraqil. “Kak long!” jerit Hedraqil cuba untuk mematikan langkah Hessa. Pun Hessa seakan tiada tanda-tanda untuk berhenti. Membuatkan Hedraqil mulai panik. Dia tidak sanggup kehilangan Hessa. Kalaulah Hessa tahu betapa peritnya pabila seseorang itu terpaksa melalui sebuah kehilangan.. Meramas rambut sendiri, Hedraqil pejamkan mata. Dalam keadaan tersepit, bibir Hedraqil sudah terlebih dahulu menderhaka pada tuannya. “Fine, kak long. Fine! Hedra akan kahwin dengan budak perempuan tu. Itu yang kak long nak dengar sangat kan?? Kak long bukannya kisah dengan perasaan Hedra!” Bergema nada suara Hedraqil. Dada Hedraqil turut kelihatan berombak ganas. Hedraqil berperang hebat dengan perasaannya sendiri. Mendengarkan bicara Hedraqil, automatik membuatkan sepasang kaki Hessa terpasak ke lantai

108

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

bumi. Mata terpejam. Bibir terkumat-kamit melafaz rasa syukur. lapang.

Akhirnya, hati Hessa mampu merasa sedikit Walaupun dia tahu Hedraqil terpaksa,

Walaupun dia sendiri tidak tahu benar atau tidak keputusannya kali ini, Sekurang-kurangnya Hessa mencuba. Ya, Hessa mencuba. Cuba untuk memberikan Hedraqil sebuah kehidupan baru. Untuk sekali lagi..

109

Bab 16

M

ERAMAS jemari sendiri, Adelia tak mampu nak sorokkan galau di hati. Rasa macam sedang bermimpi. Baru beberapa hari lepas Hessa hantarkan pesanan ringkas, hari ni Adelia dah selamat menjadi tunangan Hedraqil. Cepatnya masa berlalu. Ajaibnya takdir yang Allah S.W.T ciptakan untuknya. Waktu Hessa sampaikan kata putus Hedraqil, Adelia rasa peti suara dia seakan menghilang. Macam mana lelaki itu boleh bersetuju sedangkan sebelum tu Hedraqil beria-ia menghina dirinya? Hailah, naik pusing kepala Adelia mahu memikirkannya. Atau sebenarnya Hedraqil ni jenis lelaki yang tak tetap pendirian? Bunyi pintu dikuak mengalihkan perhatian Adelia. Adelia talakan pandangan ke muka pintu. D situ, berdiri Khaisa bersama senyuman manis. Adelia angkat sebelah kening. Menyoal secara bahasa bisu. 110

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kenapa, Khaisa?” soal Adelia yakin kemunculan Khaisa di hadapan kamarnya pasti bersebab. Khaisa makin mendekat. “Mama suruh kak ngah turun.” “Kenapa?” Dada Adelia berdebar-debar. “Bakal suami kak ngah nak jumpa.” Jawapan Khaisa buat dada Adelia terasa hendak meletup. Hedraqil mahu bertemu dengannya? Allah.. makin tak kena Adelia dibuatnya. Yakin pertemuan mereka takkan berakhir dengan baik. “Kalau kak ngah tak nak turun, boleh ke?” “Haish, mana boleh macam tu. Awal-awal dah tak nak hormatkan suami ke?” Kening diangkatangkat di hadapan Adelia. Gaya mengusik. Amboi, gaya Khaisa bercakap tu macam dah dewasa sangat. Adelia kebam bibir rapat. “Tak apalah, kejap lagi kak ngah turun.” Adelia terpaksa akur sudahnya. “Jangan tak turun pulak. Lama dah bakal abang ipar Khaisa tu tunggu.” Lagi ayat yang buat Adelia tak selesa. Bakal abang ipar Khaisa? Bermakna bakal suami Adelia juga.

111

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hidup sebagai sepasang suami isteri? Agakagak bahagia ke derita? Kalau diingatkan balik ugutan demi ugutan Hedraqil, rasa-rasanya bahagia itu masih terlalu jauh dari gapaian. Pasti Hedraqil menyimpan dendam terhadapnya. Cuba untuk meredakan hati sendiri, Adelia segera beristighfar dalam hati. Mohon dijauhkan hasutan-hasutan jahat yang sejak tadi tak henti-henti menghasut dalam sepi. Mudah-mudahan, perkahwinan dia dan Hedraqil nanti akan jadi yang pertama dan terakhir juga dalam hidupnya. Adelia terima Hedraqil bukan semata-mata atas dasar sebuah pertolongan. Tapi kerana dia juga sedang memberi ruang. Supaya hati dia dan Hedraqil, akan mampu bercantum menjadi satu. Perkahwinan itu bukannya bersifat sementara. Seboleh-bolehnya, biarlah kekal sampai ke syurga. Dengan izin Allah S.W.T.

ELOK berdiri di belakang Hedraqil, Adelia berdeham sedikit. Cuba menarik perhatian Hedraqil. Semedan Hedraqil berpusing ke belakang. Pandangan bersabung. Pandangan Adelia jelas nampak kosong. Sedangkan pandangan Hedraqil kelihatan tajam menikam raut wajah Adelia. Adelia sorok rasa gugup jauh-jauh. 112

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Adik saya cakap encik nak jumpa saya.” Ayat mukadimah. Hedraqil mendekat. Sempat pandangan dilemparkan pada jari manis Adelia yang dah ‘bertanda’. Rasa meluat. Sakit matanya yang melihat. “Kau dah tak sabar nak lalui malam pertama dengan aku ke sampai dah tak menyempat-nyempat nak buat majlis kahwin?” Pedas sindiran Hedraqil. Adelia pekakkan telinga. Kalau perihal majlis yang nak dilangsungkan dalam tempoh kurang seminggu, itu bukan kehendaknya. Tapi kehendak Hessa dan atas persetujuan kedua-dua orang tua Adelia. “Perkara elok tak perlu rasanya dilambatlambatkan.” Selamba Adelia menjawab. “Elok bagi kau, tapi bukan aku!” Suara Hedraqil meninggi. “Kalau rasa tak elok, kenapa setuju juga untuk jadikan saya isteri encik?” Dek geram, terluah bicara yang tidak sepatutnya. Rahang Hedraqil terketap. “Aku terima kau sebab kak long dah ugut aku. Ikutkan aku, sampai mati pun kau tak mungkin jadi isteri aku.” “Kalau macam tu saya cabar encik putuskan pertunangan kita sekarang ni juga.” 113

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kau tahu aku tak mampu buat, sebab tu kau berani untuk cabar aku kan?” selar Hedraqil bersama wajah yang dah berubah merah padam. Adelia tarik nafas dalam. Merenung wajah Hedraqil, rasanya tidak wajar jika dia bertikam lidah dengan lelaki itu. Kelak, akan semakin merumitkan keadaan sahaja. “Terimalah hakikat yang encik dan saya memang ditakdirkan berjodoh.” “Kau ingat semudah tu?” Wajah Hedraqil menayang riak jengkel. Adelia diam. Diam bukan sebab dia dah kalah nak berhujah. Diam sebab dia dah malas nak berdebat lagi. Sekarang dia nak pasang telinga dan dengar saja apa yang Hedraqil mahu tuturkan. “Kau takkan bahagia dengan aku, Adelia.” Ayat yang jelas berbaur nada ugutan. “Encik tuhan ke? Mampu tentukan sama ada saya bahagia atau tidak?” Tercuit, namun Adelia memilih untuk bersikap seolah-olah ugutan Hedraqil itu tidak mampu meninggalkan kesan padanya. Hedraqil tergelak perlahan. Adelia nampak berani. Namun Hedraqil mahu lihat sejauh mana keberanian Adelia itu mampu pergi selepas ini. Sebaik saja dia dipaksa untuk menerima gadis itu, memang Hedraqil dah mula menyimpan dendam. Adelia takkan diberikan hatta secebis 114

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kebahagiaan sekalipun. Sebaliknya, dia akan seksa dan pastikan hidup gadis itu sengsara sehingga Adelia sendiri yang akan mengalah dan tarik diri. “Kau akan menyesal suatu hari nanti sebab beria-ia untuk masuk ke dalam hidup aku. Aku takkan bahagiakan kau, Adelia. Takkan sesekali..” Ketap bibir sewaktu berbicara. Anehnya, Adelia tetap mampu untuk tersenyum nipis. “Jadi mungkin saya patut ucapkan terima kasih sebab encik sudi berterus-terang dengan saya. Sekurang-kurangnya lepas ni saya mampu bersiapsedia. Selagi Allah S.W.T tetapkan saya untuk berada di sisi encik, saya takkan berganjak pergi. Melainkan semua itu atas kehendak Allah S.W.T sendiri. Saya masuk dulu. Tak manis berdua-duaan dengan encik di sini. Kalau masih ada yang encik tak puas hati, seminggu lagi encik boleh jumpa saya.” Bicara yang kedengaran biasa-biasa. Sedangkan gelodaknya sudah terasa tidak terbendung lagi. Menapak meninggalkan Hedraqil, bertembung dengan susuk tubuh Hessa di muka pintu utama Villa AK. Pandangan mereka bertemu. Adelia paksa seulas bibir untuk hadiahkan senyuman buat Hessa. Mati senyuman Adelia saat jemari kanannya terasa digenggam kemas oleh Hessa. “Adel okey?” Lunak suara Hessa bertanya. Jatuhkan kepala sekali, Adelia terang115

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

terangan menipu Hessa. Biarlah, asalkan saja sekeping hati Hessa tidak berubah resah. Hessa terdiam agak lama. Menyedut nafas dalam, pandangan kembali dituntaskan ke wajah Adelia yang kelihatan manis bertudung. Adelia nampak berseri-seri walaupun hanya dengan solekan nipis. “Adel tipu saya kan? Yang sebenar, Adel langsung tak okey dengan pertunangan ni.” “Saya tak faham.” Kening Adelia berkerut seketika. “Saya dengar apa yang Hedra cakap pada Adel tadi. Dan saya tak nak pentingkan diri saya dan Hedra lagi. Mungkin kali ni saya perlu fikirkan Adel juga. Andai kata Adel nak tarik diri, saya..” Bicara Hessa tergantung pabila Adelia menggeleng deras tanda tidak mahu Hessa meneruskan kata-katanya lagi. “Saya ikhlas, Dr. Hessa. Benar-benar ikhlas. Selebihnya kita serahkan pada DIA ya?” Pengakuan Adelia yang luhur datang dari hati. Sekaligus mengundang deraian air mata Hessa. Sesungguhnya, Adelia yakin dengan takdir yang sedang dia lewati. Pasti ada hikmah. Pasti ada asbab kenapa Allah S.W.T detikkan hatinya untuk membantu Hessa dan Hedraqil. 116

Bab 17

K

ALUT Hessa bila kelibat Hedraqil menghilang selepas majlis di sebelah pihak perempuan selesai. Majlis yang boleh dikatakan berlangsung dengan agak meriah. Walaupun perkahwinan itu bukan atas dasar cinta, terpaksa adakan majlis juga pabila ada campur tangan kedua-dua orang tua Adelia. “Macam mana, jumpa tak?” soal Hessa sebaik saja kelibat Adelia muncul semula di hadapannya. Adelia masih anggun dalam sepersalinan kurung putih yang dipakai olehnya. Adelia menggeleng menjawab pertanyaan Hessa. “Tak jumpa, kak long.” Lemah tutur kata. Panggilan pada Hessa pun dah bertukar sejak Hessa sendiri yang meminta Adelia untuk menggelarkannya dengan gelaran ‘kak long’. Dah jadi sebahagian daripada keluarga, takkanlah masih nak

117

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

bahasakan Dr. Hessa kan? Tak sesuai. “Kak long dah cari merata dah ni, pun tak jumpa-jumpa. Mana si Hedra ni pergi? Allahuakhbar, tak habis-habis buat orang lain risau.” Bibir Hessa sudah mula membebel. Tangan naik memicit pelipis. Pening kepala dia dalam sekelip mata. Adelia ukir senyum pahit. Rasa terkilan juga sebab kalau ya sekalipun nak tunjuk perangai, tunggulah saudara-mara dia pulang dulu. Ini tidak, masih ada yang tak sempat nak bertemu empat mata dengan Hedraqil. Jenuh Adelia nak menjawab bila orang tanyakan keberadaan Hedraqil. Mujurlah ada Datuk Arman dan Datin Khalisah yang mengerti akan situasi rumit anak gadisnya. “Tak jumpa lagi, Adel?” sampuk satu suara yang lain pula. Hessa dan Adelia serentak menoleh ke belakang. Wajah Datin Khalisah muncul di ruangan tamu. “Belum, mama.” Hampir tidak kedengaran suara Adelia. “Kereta dia ada tak kat luar?” soal Datin Khalisah bernada tenang. Tidak kelihatan marah atau terkilan kerana dia terlebih tahu akan keadaan sebenar seorang Hedraqil. Sebaik saja mendengarkan pertanyaan Datin Khalisah, laju kaki Hessa bergerak menuju ke pintu

118

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

utama. Menapak pada ruangan parkir, bahu Hessa mengendur dalam sekelip mata. Kereta lelaki itu pun dah lesap sekali. Mana si Hedraqil pergi ni? Hati Hessa mulai libang-libur. “Kereta pun tak ada ke?” Sekali lagi Datin Khalisah menyoal. Sejak Hessa meluru ke halaman rumah, memang Datin Khalisah dah membontoti dari belakang. Adelia pun ikut turut serta menjejaki suaminya yang ‘hilang’. “Kereta pun tak ada. Patutlah cari dekat dalam rumah ni tak jumpa-jumpa.” Seakan mengeluh. Datin Khalisah terdiam sejenak. Mencantumkan klu yang ada di hadapan mata, ringan saja bibir melontarkan andaiannya. mana.”

“Mama rasa mama tahu Hedra pergi kat

“Kat mana, mama?” Tak dan-dan, Adelia bertanya. Datin Khalisah senyum nipis. Pusing tubuh, masuk ke dalam banglo. Selang beberapa minit, muncul kembali di hadapan Hessa dan Adelia. Telapak tangan Adelia dicapai, sesuatu diletakkan di situ. dia.”

“Pergilah, cari dia dekat pusara arwah isteri

119

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Huh?” Adelia terkedu. Langsung tak menjangka ayat itu yang bakal meniti pada bibir Datin Khalisah. Wajah Hessa turut berubah sebaik sahaja mendengarkan omongan Datin Khalisah. Ya Rabbi, kenapalah sejak tadi dia tak boleh terfikirkan perkara yang sama? Tak mustahil apa yang Datin Khalisah katakan itu benar. “Mama yakin dia ada kat sana.” “Tapi..” Adelia masih ragu-ragu. “Adel, kak long rasa mungkin kita patut cari Hedra kat sana,” sokong Hessa buat Adelia terpaksa tunduk akur. Terbersit juga kerisauan dalam diri saat pandangan menangkap jarum jam yang dah hampir berdetik ke angka 6.30 petang. Emosi Hedraqil bukannya terkawal sangat. Buatnya lelaki itu hilang pedoman, tak ke niaya nanti? Daripada lengah-lengahkan masa, baiklah dia segera patuh pada arahan Hessa. “Kalau Adel rasa penat nak ikut sekali, biar kak long aje yang pergi cari Hedra,” cadang Hessa sebab dia faham sangat rutin Adelia sepanjang majlis berlangsung. Pasti tubuh Adelia sudah lesu melayan tetamu. “Tak apa, Adel ikut. Lagipun Hedra dah jadi suami Adel.” Putus Adelia lalu melangkah mengekori Hessa. Makin cepat mereka jumpa Hedraqil, makin cepatlah mereka boleh pulang ke rumah.

120

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Harap-haraplah Hedraqil memang ada di sana. Kalau tak, dia sendiri pun dah naik buntu nak jejaki lelaki itu di mana. Nasib badanlah, baru beberapa jam bergelar suami isteri pun Hedraqil dah berani nak buat perangai. Adelia tak kisah kalau Hedraqil tak mahu jaga air muka dia. Sekurang-kurangnya fikirkanlah air muka dan maruah kedua-dua orang tuanya.

DARI jauh kelibat seseorang sedang berteleku dah menggamit pandangan Hessa. Hessa hela nafas kelegaan sebaik saja gerangan yang dicari memang ada pada tempat yang dituju oleh mereka berdua. Dari pandangan belakang, sesekali Hessa lihat bahu Hedraqil bergegar-gegar seakan sedang menahan sesuatu. Hedraqil menangis? Tak semena, hati Hessa jatuh simpati. Adelia juga. Dalam hati dah mula tertanya-tanya. Hedraqil tahu pusara arwah Yasmin di sini, malah lelaki itu juga yang menjenguk pusara arwah isteri dan anaknya. Tapi kenapa Hedraqil masih tetap mahu menafikan takdir Allah S.W.T? Hedraqil sengaja mahu mewujudkan watak 121

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kedua-duanya sedangkan Hedraqil tahu keduaduanya sudah tiada. Untuk apa? kah?

Untuk mengisi kekosongan hati lelaki itu

Atau yang sebenar, Hedraqil takut untuk menerima kenyataan pahit tersebut? “Hedra..” Suara Hessa yang menyeru nama Hedraqil. Sejurus mengalihkan perhatian Adelia. Sepasang mata melekat pada sekujur tubuh yang masih tidak berganjak menoleh pada mereka. “Puas kak long cari Hedra, tak sangka Hedra datang ke sini.” Lagi ayat yang Hessa luahkan. Barulah nampak Hedraqil bangun daripada duduknya. Memusingkan tubuh, Hedraqil renung satu-persatu wajah yang ada di hadapannya. Saat ini, hati Adelia tersentuh. Birai mata Hedraqil basah. Maka jelaslah yang lelaki itu sedang menangis tadi. “Tak perlu cari Hedra sebab Hedra bukannya budak-budak. Tahulah Hedra nak balik nanti.” Dingin suara Hedraqil. Berubah sekejap wajah Hessa. Terasa hati barangkali. “Kak long risaukan Hedra..” Jujur Hessa mengaku di hadapan Hedraqil. Hedraqil mencebik 122

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

sinis. “Ayat kak long tu macam kak long sayangkan Hedra sangat kan? Walhal, kak long bukannya kisahkan Hedra pun. Kalau kak long sayang dan kisahkan Hedra, kak long takkan paksa dan ugut Hedra supaya kahwin dengan perempuan ni.” Nada suara seakan kecewa. “Percayalah, Hedra. Kak long buat semua ni untuk kebaikan Hedra..” Parau intonasi Hessa. Seakan sedang cuba mengawal tangis. Hedraqil mendengus. Malas hendak terlibat dengan drama yang dilakonkan Hessa, Hedraqil dah pasang niat nak berlalu pergi. Mati langkahnya sebaik saja lengan baju melayunya disambar oleh Adelia. “Saya balik dengan awak ya?” Beranikan diri. Yang benar, Adelia risau kalau Hedraqil memandu dalam keadaan otaknya yang bercelaru sebegitu. “Tak habis-habis lagi ke kau nak semakkan hidup aku? Takkan tiap masa kau nak aku hadap muka kau?” selar Hedraqil tak bertapis lagi. Adelia telan sahaja bicara kasar sang suami. Melepaskan lengan Hedraqil, Adelia cuba buang rasa terkilannya jauh-jauh. “Kalau macam tu, kami ikut kereta encik dari belakang.” “Aku tak nak balik ke rumah keluarga kau.”

123

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Habis tu, encik nak ke mana?” “Aku nak balik rumah aku.” Tegas suara Hedraqil. Adelia pejam mata. Serupa budak-budak pun ada melayan karenah Hedraqil. “Hari ni kan hari pertama kita jadi suami isteri, bermalamlah dekat rumah keluarga saya. Nanti apa pula kata mama dan papa?” “Eh, kau ingat aku nak peduli ke dengan semua tu?” herdik Hedraqil berapi-api. Hessa cuba untuk masuk campur. Terhenti niatnya pabila Adelia berikan isyarat supaya Hessa tidak libatkan diri dalam perbalahan mereka berdua. “Dekat depan pusara arwah isteri dan anak encik, rasanya tak elok jika kita bergaduh. Tak apalah, saya ikut encik balik ke rumah encik.” Patuh Adelia sudah tidak mahu memburukkan keadaan. Tanpa sebarang pamitan, Hedraqil terus melangkah pergi. Meninggalkan Hessa dan Adelia yang masih tercegat berdiri. “Adel, tak apa ke macam tu?” Serba-salah Hessa dibuatnya. “Emosi dia tengah tak stabil, kak long. Tentu dia tak selesa duduk rumah saya. Kita ikutkan saja ya?” “Kak long minta maaf, Adel..” 124

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Bukan salah kak long, saya yang rela hati.” Ukir senyum segaris supaya galau di hati Hessa bisa menjauh. Menarik lengan Hessa, mereka sama-sama menuju pada kereta. Sepanjang kaki melangkah, dada Adelia dah mula berdebar-debar. Pulang ke banglo lelaki itu, bermakna hanya akan ada dia dan Hedraqil sahaja. Barangkali itulah peluang yang ditunggu-tunggu oleh Hedraqil. Then, I will make your life a living hell. Jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau, Adel. – Hedraqil Ayat yang pernah Hedraqil ungkapkan tak semena-mena terasa bergema di dalam kepala Adelia. Adelia gugup. Jantungnya mulai berubah daripada tempo asalnya. Lindungi aku, Ya Allah.. Akhirnya terdetik sebaris doa itu di dalam hati seorang Adelia Khadeeja.

125

Bab 18

A

DELIA gagahkan diri untuk melangkah masuk ke dalam kamar yang dihuni oleh Hedraqil. Hari pertama bergelar isteri kepada lelaki itu, segalagalanya terasa canggung. Jika ditanya pada dia, memang dia tak tergamak nak redah masuk kamar Hedraqil tanpa kebenaran lelaki itu. Atas saranan Hessa, Adelia tak mampu nak melawan lagi. Ruangan kamar yang agak luas diperhatikan. Segala-galanya nampak teratur dan kemas. Nampak jelas yang Hedraqil ni jenis pembersih orangnya. Menghampiri katil bersaiz ‘King’, Adelia labuhkan duduk di situ. Belum sempat dia mahu menyelesakan diri, pintu kamar terkuak dari luar. Automatik Adelia terbangun daripada duduknya. Terpampang di hadapannya, wajah bengis milik Hedraqil. Lelaki itu menapak masuk. Sempat menekan tombol pintu. Mengunci dari dalam.

126

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Apa yang kau rasa sekarang?” Soalan cepumas. Adelia kerutkan kening. “Rasa apa?” Berpura-pura naif. “Puas hati kau dapat rosakkan hidup aku?” “Encik rasa saya dah rosakkan hidup encik ke?” Adelia cuba mengawal riak gementarnya. “Kau tahu tak yang aku tak hadap untuk jadi suami kau?” Sekali, Adelia jatuhkan kepala. Dia cukup tahu akan hal itu. Malah, cukup arif. “Kalau tahu, kenapa kau setuju? Kenapa kau buat aku terpaksa kahwini kau, Adel??” jerkah Hedraqil berapi-api. “Bukan ke saya pernah cakap yang saya cuma nak tolong encik?” Suara Adelia lembut. Tapi entah kenapa makin membuatkan sekeping hati milik Hedraqil bertambah menghangat. Meluru, Hedraqil cekak rambut Adelia yang masih dilapisi tudung. Terdongak wajah cantik Adelia. Anehnya, Adelia langsung tak berdesis. Hanya kerutan yang menghiasi wajah Adelia. Sejak dia melangkah masuk ke dalam banglo mewah Hedraqil, Adelia dah siap-sediakan diri untuk menghadapi lelaki itu.

127

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“I’ve told you many times, Adelia Khadeeja. You’re not helping me. Kenapa kau masih tak fahamfaham?” Suara Hedraqil keras meniti pada cuping telinga Adelia. Adelia sedut dan hembus nafas dalam. “Macam mana encik boleh kata saya tak membantu sedangkan untuk mulakan pun encik tak pernah bagi peluang tu pada saya?” Tenang Adelia membalas. Buat Hedraqil rasa seakan mahu menjerit sekuat hati. Kelak, acap kali dia katakan pun belum tentu Adelia akan mengerti. Adelia tidak mengerti akan jiwanya yang terhimpit. Adelia tak mungkin memahami betapa sakitnya hati yang tercarik. Melepaskan Adelia, Hedraqil terduduk di birai katil. Tak semena, kepalanya terasa teramat sakit. Kedua-dua belah tangan naik meramas rambut sendiri. Keadaan Hedraqil membuatkan Adelia mula berubah risau. “Encik tak apa-apa ke?” Niat Adelia tulus. Hampa, tetap tidak mampu mencairkan sikap beku seorang Hedraqil. “Jangan bagi aku dengar suara kau, perempuan!” gumam Hedraqil di antara dengar dan tidak. 128

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Bibir Adelia terkebam. Belum sempat otak hendak mencerna, tak semena tubuhnya terasa diheret menuju ke kamar mandi. Ditolak masuk, Hedraqil berikan amaran keras. “Selangkah kau keluar dari sini, kau akan kenal sisi sebenar aku malam ni. Aku tak nak tengok muka kau berlegar-legar dalam bilik aku. Aku benci, Adel. Benci!” Dalam satu nafas Hedraqil habiskan ayat. Sesaat, pintu kamar berdentum dihempas Hedraqil. “Encik, bukalah pintu ni. Saya nak keluar..” Suara Adelia sudah mula bergetar. Semangat yang dikumpul seakan semakin menghilang dengan sendiri. Pengantin baru lain, pasti disajikan dengan belaian manja oleh sang suami. Sedangkan Adelia, hanya menerima layanan kasar dan maki-hamun semata-mata. Berkali-kali Adelia cuba memulas tombol pintu dan merayu, malangnya secebis pun Hedraqil tak jatuh kasihan. Hedraqil kurung Adelia tanpa sedikit pun rasa simpati. “Diamlah!” Sekali lagi suara lelaki itu mengherdik garang. Membuatkan rayuan Adelia hilang dan tidak kedengaran lagi. simpati.

Mungkin Adelia dah lelah hendak meraih

129

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mungkin juga Adelia tak mahu bertambah keruhkan keadaan malam ini. Tubuh Adelia melorot jatuh ke bawah. Bersandar pada belakang pintu, bahu Adelia bergegar menahan tangisan. Memeluk lutut, cuba menghalau kedinginan malam. Hati rasa tersiat pedih dengan layanan Hedraqil. Namun satu yang perlu Adelia akui. Dia sendiri yang sanggup untuk lalui semua ini sedangkan dia sudah tahu sedari awal yang Hedraqil takkan sesekali membiarkan dia hidup tenang. Maka, hadaplah. Telanlah segala kepahitan itu dengan sabar. Hikmah Allah S.W.T itu pasti ada. Cuma, cepat atau lambat sahaja. Menoleh sejenak pada kamar mandi yang masih tertutup rapat, wajah Hedraqil jelas menayang riak bengis. Mimpilah kalau Adelia fikir dia akan berlembut dengan gadis itu. Ini baru permulaannya, Adel. Aku pernah bagi amaran, tapi kau sendiri yang nak masuk sangat ke dalam ‘neraka’ yang aku cipta. Jadi hadap saja kesengsaraan yang kau bakal dapat mulai hari ini. Welcome to the hell, Adelia Khadeeja. Welcome to the hell. Bisik suara jahat bergema di segenap minda 130

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil. Membiarkan diri sendiri dikuasai oleh hasutan syaitan. Hinggakan Hedraqil sudah tidak kisah akan dosa dan pahala lagi.

131

Bab 19

A

DELIA bangkit perlahan-lahan daripada pembaringannya. Sepanjang malam tidur mengerengkot di lantai, seluruh tubuh dah mula terasa sengal-sengal. Memandang pintu bercat putih, teragak-agak jemari cuba untuk memulas tombol pintu. Lega. Pintu sudah tidak dikunci dari luar. Bingkas Adelia bangun. Entah waktu bila Hedraqil bukakan pintu pun Adelia dah tak sedar. Tentu lelaki itu takut andai kata Adelia mati kesejukan di sini. Sebaik saja pintu dikuak, Adelia panjangkan leher. Mengintai kelibat sang suami. Kosong, tiada di mana-mana. Barulah Adelia beranikan diri untuk melangkah keluar. Capai tuala dan pakaian di dalam bagasi, Adelia kembali masuk ke kamar mandi. Waktu subuh dah nak habis. Selesai mandi dan tunaikan solat, Adelia 132

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

bergegas pula turun ke tingkat bawah. Bila dah jadi seorang isteri ini, haruslah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lagipun ni juga salah satu cara untuk dia tambat hati Hedraqil. Masuk ke ruangan dapur, Adelia garu kepala yang tak gatal. Tak tahu nak mula dari mana sebab rumah ni bukannya rumah dia. Manalah dia mampu nak biasakan diri dalam sekelip mata. Nak cari ruangan dapur pun dah ambil masa tadi sebab awalawal jejak kaki ke situ, mana Hedraqil nak tunjukkan dia semua tu. Terpaksalah dia cari dan berdikari sendiri. Intai ke dalam peti ais kosong. Yang ada hanya beras semata-mata. Nak buat bubur pun bahan-bahan langsung tak lengkap. Adelia dah cemas. Perut dah berkeroncong hebat ni. Lapar sebab dari semalam dia tak sentuh nasi. Nak sentuh nasi macam mana kalau Hedraqil sendiri dah kurung dia? Ah, gasak ajelah. Masak ajelah bubur kosong daripada langsung tak ada apa yang nak dimakan. Petang nanti lepas habis kuliah, dia keluarlah pergi beli barang dapur. Baru teringat semenjak pemergian arwah isteri Hedraqil, dapur lelaki itu mana pernah berasap lagi. Selalu Hessa ajelah yang rajin singgah hantarkan makanan. Kalau tidak, dah tinggal tulang si Hedraqil tu agaknya. “Aku ingat bila perempuan tergedik-gedik

133

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nak kahwin, bermakna semuanya memang dah cekap dengan selok-belok rumahtangga. Ni dah dekat 8.00 pagi, kau masih tak masak untuk aku lagi?” tegur satu suara menyebabkan cawan berisi beras yang dipegang oleh Adelia terlepas dari tangan. Habis beras bertaburan di atas lantai. Semedan Adelia pusingkan tubuh. Berdiri susuk tubuh Hedraqil sedang berpeluk tubuh. Menghantar renungan paling tajam kepadanya. “Dekat dapur tak ada apa yang boleh dimasak. Bahan-bahan semua tak ada. Kalau saya masakkan bubur kosong, encik okey ke?” Tergagapgagap suara Adelia. Makin berdebar jantung Adelia bila Hedraqil dah mula pasang kaki mendekat padanya. Selangkah Hedraqil mara, selangkah juga Adelia berganjak ke belakang. “Aku ni dah cukup loya nak tengok muka kau. Sekarang, kau nak buat aku muntah hijau pula ke telan bubur kosong yang kau masak tu?” Kasar bicara Hedraqil seraya mencengkam dagu Adelia kemas. Menyeringai sedikit Adelia dek pegangan si suami yang tak pernah nak berlembut dengannya. “Kalau boleh memang saya nak masak sedap-sedap untuk encik, tapi..” “Aku tak sukakan alasan, perempuan.” Laju

134

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

saja Hedraqil memintas. Adelia terkebam bibir. Hanya sepasang mata masih merenung wajah Hedraqil. Takut? Menipulah kalau Adelia katakan yang dia tidak gentar berdepan dengan lelaki itu. “Habis tu, encik nak saya buat macam mana lagi? Bahan-bahan memang tak ada.” Hampir hendak menitis air mata Adelia. Dia tahu Hedraqil sengaja hendak mendera perasaannya. Dia yakin Hedraqil bukannya teringin sangat nak merasa air tangannya. Tapi lelaki itu lebih kepada mahu menyeksa dia. Mencari kesalahan lalu boleh dijadikan alasan untuk mengasari dirinya. Menarik Adelia jatuh melutut, Hedraqil kutip beras-beras yang masih bersepah di atas lantai. Dapat satu genggam, terus disumbat ke dalam mulut Adelia. Ditonyoh-tonyoh sepuas hati. “Kau nak sangat bagi aku telan bubur kosong. Sini aku bagi kau telan dulu beras mentah ni. Kau rasa sendiri, sedap ke tak sedap??” Suara Hedraqil keras sambil jemari masih menyumbat-nyumbat beras mentah ke dalam mulut Adelia. Terkial-kial Adelia cuba untuk menepis. Malang, tenaga Hedraqil bukanlah tandingannya.

135

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Encik, jangan buat saya macam ni. Sakit, encik..” Adelia cuba untuk merayu pada sang suami. Makin agresif pula Hedraqil dengan tindakan kejamnya. Langsung tak berperikemanusiaan. “Baru dua hari kau jadi isteri aku, kau dah buat aku makin benci. Jangan ingat muka kau sama macam Yas, aku akan layan kau serupa macam aku layan dia. Sebab tu aku pernah pesan, jangan cubacuba untuk masuk ke dalam hidup aku. Sekarang, kau menyesal ke tak??” tempik Hedraqil lalu dagu Adelia dilepas secara mendadak. Hampir Adelia hendak jatuh terlentang ke belakang. Hedraqil bangkit berdiri semula. Renung wajah Adelia yang dah mula nampak berserabut dengan sisa beras yang melekat sana-sini, sikit pun dia tidak rasa kasihan. Malahan, kebenciannya semakin mengganas pula. Silap haribulan, lunyai Adelia dia kerjakan. “Ni baru sikit ‘bayaran’ yang kau perlu bayar sebab buat aku terpaksa kahwini kau, Adelia. Lepas ni, kau akan rasa lebih daripada ni.” Jari telunjuk Hedraqil menunjal-nunjal kepala Adelia. Rasa puas tengok lelehan mutiara jernih mengalir di pipi Adelia. Bila Adelia menangis, bermakna Adelia terseksa dengan perbuatannya. Sememangnya itulah yang Hedraqil mahukan. Supaya Adelia serik. Hedraqil akan pastikan perkahwinan ini tak akan bertahan lama.

136

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kemas semula sampai bersih. Kalau aku masuk nanti kau masih sibuk nak menangis, teruk kau kena dengan aku.” Sempat memberikan amaran sebelum kelibat menghilang dari ruangan dapur. Menarik nafas dalam, Adelia seka air mata yang merembes pada pipi Terketar-ketar jemari menyapu sisa beras yang masih melekat pada bibir dan mulut. Auch! Ada rasa pedih pada bahagian hujung bibir kanannya. Bersusah-payah Adelia cuba untuk bangun. Melangkah pada cermin yang memang dijadikan perhiasan di ruangan dapur, bahu Adelia mengendur. Patutlah sakit, hujung bibir dah mula kelihatan lebam rupa-rupanya. Macam mana dia nak ke kuliah dalam keadaan sebegini? Bimbang bertubitubi pula soalan yang bakal ditanya oleh Hessa dan kawan-kawan. Memejamkan mata, Adelia tersandar pada hujung kabinet. Nampak gayanya terpaksalah dia batalkan niat untuk ke kuliah petang ni. Adelia tidak mahu orang lain tahu. Seteruk mana pun Hedraqil sebagai seorang suami, aib Hedraqil tetap harus disimpan rapi. Encik, sesungguhnya saya maafkan perbuatan encik pada saya hari ini. Saya tak salahkan encik sebab saya yang dah buat jiwa encik terseksa terima saya sebagai seorang isteri. Atas alasan itu,

137

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

saya maafkan encik. Bisik suara hati Adelia. Ikhlas dan bukan sengaja dibuat-buat.

138

Bab 20

A

DELIA ingat dia bolehlah sorokkan perbuatan Hedraqil bila dia tak ke kuliah sejak dua hari lepas. Meleset sangkaannya bila mana Hessa dah elok terpacak di hadapan banglo Hedraqil. Walaupun lebam dah makin surut, tetap mampu dikesan oleh Hessa. Laju Hessa menerpa sebaik saja terpandangkan wajah Adelia. Beristighfar panjang pensyarah muda itu. Ada riak terkilan yang terpancar. “Dah berapa kali dia pukul Adel? Bagitahu kak long.” Nafas Hessa menderu hebat. Turun naik dada dia melawan rasa. Dia kahwinkan Adelia dengan Hedraqil bukan untuk Hedraqil pukul sesuka hati. Kenapa terlalu jauh Hedraqil boleh berubah? Sekalipun tiada cinta di hati Hedraqil buat Adelia, perlu ke hingga menyakiti batang tubuh itu?

139

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil tak nampak lagi ke niat suci mereka untuk membantu lelaki itu? Allahuakhbar, butanya jiwa Hedraqil. Terlalu hanyut dalam kesedihan sampaikan perasaan orang lain pun Hedraqil dah tak ambil peduli. “Hedra dekat mana?” Kaki dah bersedia nak menjejaki si adik. Tersekat pabila lengannya dipaut kemas Adelia. “Kak long, jangan..” Adelia gelengkan kepala tanda tidak mahu perkara itu diperbesarkan. “Dia dah pukul Adel, takkan nak suruh kak long berdiam diri lagi?” Hessa tanpa sedar dah ternaikkan suara. Adelia tunduk menekur hujung kaki. Bukan kerana berkecil hati dengan nada suara Hessa. Tapi bila diingatkan kembali perbuatan Hedraqil, itu sebenarnya yang buat dia terasa begitu kerdil. Dia cuba untuk mencintai Hedraqil. Saban hari, dalam doa tidak pernah sekali pun dia lupakan sebaris nama Hedraqil. Hampa, kenapa lelaki itu tidak mampu berbuat perkara yang sama? “Salah kita, kak long. Desak dia perkara yang dia tak suka. Lagipun sebelum saya kahwini dia, dia dah pernah bagi amaran. Cuma saya yang masih berdegil.” Lemah turut kata Adelia. “Bukan salah Adel. Semua ni salah kak long. Kak long tak sangka Hedra boleh bertindak sejauh ni. Dengan arwah Yas, jentik pun tak pernah.” 140

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pahit.

Mendengarkan kenyataan itu, Adelia senyum

“Bezanya, dia cintakan arwah Yasmin. Saya ni siapalah, kak long?” Gontai bicara yang meniti. Menjentik simpati Hessa yang tak bertepi. Hessa panggung kepala mencari raut manis Adelia. Menyentuh hujung bibir Adelia, sungguh rasa kesal datang berkepuk-kepuk menerjah ruangan hati. Kalaulah dia tidak pernah mencadangkan perkahwinan ini, tentu Adelia tidak perlu menanggung segala keperitan hidup bersama Hedraqil. “Sakit?” Adelia geleng. “Dah tak sakit sangat. Saya dah sapu ubat. Kak long jangan risau ya?” pujuk Adelia bersama senyuman nipis pada bibir. Melepaskan keluhan pada bibir, Hessa pasang niat nak labuhkan duduk pada sofa. Sedang elok suara Hedraqil terpekik-pekik menerobos gegendang telinganya. “Adelia!!” jerit Hedraqil serupa Adelia itu duduk beribu batu jauh daripadanya. “Kejap ya, kak long. Hedra dah panggil saya tu.” Meminta diri, bergegas mendaki anak tangga ke tingkat atas. Dek rasa tak sedap hati, Hessa turut mengekori dari belakang. 141

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Encik panggil saya ke?” Muncul Adelia tergesa-gesa sembari cuba mengatur nafasnya supaya kembali normal. “Nak suruh anak tekak aku tertanggal dulu baru kau nak muncul kan, perempuan??” marah Hedraqil seraya meluru pada Adelia. Rambut Adelia dicekak lalu diheret mengikuti langkah kakinya. Terkial-kial Adelia dibuatnya. “Encik, ssakit..” adu Adelia hiba. “Oh, kau tahu sakit? Hati aku yang sakit ni kau tak faham bahasa pula?” Lagi ayat yang jelas kedengaran kasar. “Saya buat apa lagi kali ni, encik?” Cuba untuk mengawal tangisan. Tak mahu kelihatan lembik dan hanya tahu menangis sahaja. Kelak, Hedraqil pasti akan merasakan kemenangan. “Ni.. kau tengok ni. Siapa suruh kau alih gambar Yas letak dekat sini??” amuk Hedraqil bergegar-gegar. Sepasang mata Adelia tertumpu pada bingkai gambar yang dah mula beralih tempat. Ya, memang dia yang dah alihkan bingkai gambar itu di situ. Tapi bukannya jauh sangat daripada kedudukan asal. Tadi waktu mengelap meja, Adelia dah terlupa susun atur yang sebenar. Sebab tulah dia aci susun aje asalkan tak menyakitkan mata. “Aku pernah pesan pada kau. Jangan cuba

142

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nak memandai ubah apa yang ada dekat dalam rumah ni. Yang kau degil sangat ni, kenapa? Sengaja nak aku hentak kau dulu ke?” Baran Hedraqil masih juga tak kendur-kendur. “Saya tak sengaja. Lepas ni saya letak dekat tempat asal tu semula. Saya minta maaf, encik.” Anehnya makin Adelia bersuara, makin meruap pula sekeping hati milik Hedraqil. “Minta maaf saja tak cukup. Aku kena ajar kau sikit supaya lepas ni kau reti nak ingat apa yang aku cakap. Asyik lembap saja boleh naik darah aku dengan kau ni,” tutur Hedraqil seraya menolak tubuh Adelia terlentang ke atas katil. Melingas mata mencari tali pinggang miliknya. Belum sempat hendak dilibas ke tubuh Adelia, ada sepasang tangan yang lain sudah terlebih dahulu menghalang. “Hedra!!” jerkah Hessa sudah tidak mampu membendung kesabarannya lagi. Sejurus dia merangkak naik ke atas katil. Memeluk erat sekujur tubuh milik Adelia yang dah mula memejamkan mata. “Kalau Hedra nak pukul Adel, lebih baik Hedra pukul kak long dulu. Biar kak long yang hadap kemarahan Hedra tu sebab dari awal kak long yang salah paksa Hedra. Bukan Adel!” Sedih sungguh Hessa melihat Adelia diperlakukan sedemikian rupa. Hedraqil ketap bibir. Mencampak tali 143

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pinggang, seperti selalu Hedraqil akan menghilangkan diri. Namun bicara Hessa membuatkan kaki Hedraqil terpasak seketika ke lantai marmar. “Dah berapa kali Hedra pukul Adel? Kenapa Hedra buat Adel macam ni? Tergamaknya Hedra..” Lagi ayat berbaur kecewa. Hedraqil toleh dan pamer senyuman sinis. Tiada riak serba-salah terpampang pada wajah berjambang milik Hedraqil. “Itu nasib baik Hedra cuma pukul. Kalau Hedra bunuh perempuan ni terus, kak long nak kata apa?” Pedas ayat yang meluncur. Hessa terkedu. Hanya mampu beristighfar berulang-kali di dalam hati. Rasa seolah-olah bukan Hedraqil yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu, terlalu berbeza dengan dirinya yang dahulu. Tak pernah Hessa duga, kehilangan arwah Yasmin akan meninggalkan kesan sebegini teruk ke dalam hidup seorang Hedraqil. Kadang-kadang Hessa takut. Takut dia akan ‘kehilangan’ Hedraqil buat selama-lamanya.

144

Bab 21

A

WAL-AWAL lagi Adelia dah bersilat dekat dapur. Belum pukul 7.30 pagi semua sarapan dah siap terhidang atas meja. Memanjangkan leher, menanti kalau-kalau kelibat Hedraqil akan muncul. Selalu waktu-waktu macam ni Hedraqil memang dah turun ke bawah. Turun untuk mencari kesalahan dia. Pantang dia terlambat masak, pasti kena hambur habishabisan dengan Hedraqil. Hampir sepuluh minit berlalu, bayang encik suami masih tidak kelihatan. Memaksa Adelia mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Masuk ke dalam kamar, pun Hedraqil tidak kelihatan di mana-mana. Habis setiap pelosok dijejaki Adelia. Hinggalah langkah kaki dibawa menuju ke satu ruangan bilik khas yang menempatkan pakaian lelaki itu. Tiba-tiba jemari terasa gatal hendak membuka pintu almari.

145

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mula-mula teragak-agak juga. Atas desakan yang membuak-buak, jemari dah laju bertindak. Pintu almari elok terbuka luas. Tergantung pakaianpakaian kerja milik Hedraqil. Kemas tersusun. Adelia sentuh setiap satu-persatu. Terbit senyuman nipis pada bibir Adelia. Pasti dulu arwah Yasmin jenis kemas dan teratur orangnya. Pakaian pejabat milik Hedraqil disusun mengikut warna. Ralit mengamati, perbualan dengan Hessa mula menyinggah ke benak Adelia. Bagaikan terngiang-ngiang. Terkaku seketika jemari yang membelek-belek pakaian pejabat Hedraqil. Syarikat sedang bermasalah, Adel. Kalau kata Hedra masih tak ambil tahu urusan syarikat, kak long risau syarikat tu bakal berkubur macam tu aje. Serta-merta bahu Adelia mengendur. Tujuan dia nikahi Hedraqil adalah untuk membantu lelaki itu. Malangnya, hingga ke hari ini Hedraqil masih tidak menunjukkan perubahan positif langsung. Hedraqil tetap sama. Bahkan, kadang-kala lebih teruk lagi. Beku. Kejung. Hanyut dalam dunia sendiri. Kebiasaan yang dah sebati dengan jiwa Hedraqil. 146

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Memejamkan mata, timbul satu idea melintas fikiran Adelia. Adelia tak tahu idea dia ni bakal berkesan atau tidak. Tapi tak salah jika dia mahu mencuba kan? Manalah tahu, lambat-laun terbuka pintu hati Hedraqil untuk kembali cakna dengan hal di sekelilingnya. Celik mata semula, ligat jemari Adelia memilih sehelai kemeja yang tergantung. Capai yang berkenan, beralih pula pada seluar slack berwarna hitam dan tali leher yang dah dipadankan dengan kemeja berwarna hijau muda di tangan. Mata melingas mencari seterika. Jumpa, Adelia terus mulakan misinya. Harap-harap bila Hedraqil lihat pakaian pejabatnya yang dah bergosok, tercuit sedikitlah hati lelaki itu nanti. Jika ditakdirkan hari ini gagal, Adelia akan usahakan untuk hari esok pula. Hinggalah Hedraqil sendiri yang terpaksa mengangkat bendera putih. Nak nasihatkan lelaki itu secara terangterangan, rasa trauma kena tengking dengan Hedraqil masih ada. Tunggulah sikit masa lagi, akan dia ‘basuh’ Hedraqil habis-habisan pabila keadaan benar-benar sudah memaksa.

BEBOLA mata Hedraqil mengecil tatkala terpandangkan sesuatu. Hedraqil ingat dia tersilap 147

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pandang. Rupa-rupanya memang sepasang matanya tidak menipu. Tak semena, jantung Hedraqil terasa berdetak dengan lebih laju. “Yas?” Bibir menyebut sebaris nama itu lalu kaki semakin ligat diatur mendekat. Pakaian pejabat yang dah bergosok Hedraqil capai. Mata melingas ke kiri dan kanan. Hakikat yang perlu dia telan ketika dia sedar daripada mimpi panjang. Yasmin dah tak ada. Malah, Yasmin pergi membawa zuriat mereka sekali. Tubir mata mula terasa berpasir. Selalu, memang inilah rutin Yasmin terhadapnya. Setiap hari, pakaian kerjanya tak pernah dibiarkan tak bergosok. Perut Hedraqil selalu saja terisi sebelum berangkat ke pejabat. Sungguh, Hedraqil rindu dengan suasana yang dulu. Terlalu rindu. Kemeja hijau muda itu juga kemeja kesukaan arwah Yasmin. Kata Yasmin, kalau dia pakai kemeja tu dia akan kelihatan lebih muda dan segak. Ah, Yasmin yang pandai membeli hati. Lagi buat jiwa Hedraqil rasa tersentuh, kemeja itu adalah pemberian terakhir yang dihadiahkan oleh arwah Yasmin. “Saya dah gosokkan pakaian encik. Lepas ni encik bolehlah ke pejabat macam dulu kan?” Zap! Ada suara halus yang mengganggu

148

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

lamunan Hedraqil. Serentak Hedraqil berpusing ke belakang. Berdiri satu susuk tubuh Adelia bersama pandangan yang sukar Hedraqil mengertikan. Sesekali, Adelia kelihatan yakin dengan tindakannya. Sesekali pula, Adelia nampak takut-takut dan ragu-ragu. “Kau sentuh pakaian aku ke?” Soalan yang buat bibir Adelia rasa hampir hendak tergeliat. saya..”

“Encik dah lama tak ke pejabat kan? Jadi

“Soalan aku, kau belum jawab. Kau sentuh pakaian aku ke, Adelia??” Kali ni, suara Hedraqil meninggi. Sekaligus membuatkan bahu Adelia terenjut sedikit. “Sa.. saya cuma nak tolong gosokkan baju tu untuk encik. Supaya lepas ni encik boleh ke pejabat macam dulu-dulu.” Gugup. “Did I give you permission to do that?” Suara Hedraqil menekan. Terkunci bibir Adelia. “Aku tanya ni, jawablah!!” jerkah Hedraqil bergema. Jantung Adelia seakan hendak terlucut dari tempat asalnya. Mengangkat pandangan, Adelia cuba untuk berlagak tenang. Beranikan diri menentang 149

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pandangan tajam si suami. “Sampai bila encik nak jadi macam ni?” Kali ni, kesabaran Adelia seakan jatuh ke angka sifar. Hedraqil mendengus bengang. Entah kenapa, dia tiada daya pula hendak bertekak dengan Adelia. Seakan-akan perbuatannya bagai sedang diperhatikan oleh arwah Yasmin. buruk.

Dia tidak mahu Yasmin melihat sisinya yang

“Lepas ni, jangan pandai-pandai nak sentuh barang aku. Kalau tak, patah tangan kau tu aku kerjakan.” “Salah ke apa yang saya buat tu, encik? Syarikat encik sedang bermasalah. Encik nak ke tengok penat-lelah encik berkubur macam tu aje? Sampai bila encik nak lepas tangan?” Bertubi-tubi soalan Adelia. Makin mengundang baran si Hedraqil. “Eh, perempuan. Berapa kali kau nak aku ulang perkara yang sama? Urusan hidup aku tak ada kena-mengena dengan kau. Yang kau sibuk sangat hal aku ni kenapa?” Jari telunjuk Hedraqil sikit lagi hendak mencecah batang hidung Adelia. “Orang yang sombong saja tak mahu mendengar nasihat orang lain. Encik memang manusia yang pentingkan diri sendiri.” Perlahan suara Adelia seraya berura-ura untuk berlalu. Terhenti niatnya pabila lengannya disambar kasar

150

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

oleh si suami. “Apa kau cakap tadi?” Hedraqil ketap bibir menahan geram. Adelia geleng sekali. Malas nak panjangkan perbalahan lagi. Bercakap dengan Hedraqil dalam keadaan lelaki itu sedang marah, bukannya mampu mengundang kebaikan. Tersilap bicara, dia pula yang terpaksa makan habuan sepak-terajang. “Saya dah siapkan sarapan. Nanti encik turunlah makan.” Cuba menolak jemari Hedraqil yang kemas menggenggam lengannya. Tiada tanda-tanda untuk Hedraqil leraikan. Sudahnya Adelia menyedut nafas dalam sebelum kembali dihela perlahan-lahan. “Encik nak pukul saya lagi ke?” Hedraqil senyap. Hanya sepasang mata masih bengis memandang Adelia. Sebelah tangan Adelia yang lepas bebas, Adelia bawa melekap ke dada bidang lelaki itu. “Dada ni sedang berdetak hebat. Jadi saya agak encik tentu terlalu marahkan saya sekarang ni. Pukullah, encik. Pukul aje saya supaya dada ni tak perlu merasa ‘sakit’ lagi.” Gemersik suara Adelia. Ajaibnya membuatkan alunan kencang Hedraqil mulai menyurut dalam sekelip mata. Hedraqil terundur satu tapak ke belakang.

151

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Terkebil-kebil dia memandang wajah Adelia. “Kau cabar aku? Kau suka sangat ke kalau aku pukul kau, perempuan?” Suara celah gigi. Ego masih meninggi dalam diri. “Isteri mana yang suka kena pukul dengan suami sendiri? Tapi kalau tu mampu buatkan hati encik tenang, saya redha.” Pasrah ayat Adelia. Yang sebenar, Adelia sedang bermain dengan emosi Hedraqil. Tiada balasan daripada Hedraqil. Untuk pertama kalinya, Hedraqil kalah berbalas kata dengan si isteri. Pakaian pejabat pada tangannya dicampak ke atas lantai. Hedraqil berpusing membelakangkan Adelia. “Keluar, aku tak nak tengok muka kau dekat sini.” Dingin bicara yang melontar. “Nanti encik turun makan ya?” Masih cuba untuk memujuk Hedraqil. Lagipun rasanya sejak semalam Hedraqil memang tak makan banyak. Risau pula dia kalau Hedraqil sakit. “Aku cakap keluar, keluar ajelah!” tempik Hedraqil. Dan Adelia, sekadar akur tanda tidak mahu menambahkan kemarahan lelaki itu. Tubuh dipusing untuk turun ke tingkat bawah. Sebaik sahaja pintu kamar terkatup rapat, Hedraqil jatuh terduduk di sisi katil.

152

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Pada diri Adelia, dia seolah-olah melihat Yasmin. Disebabkan itulah kadang-kala tangan ini, seakan tidak mampu untuk menyakiti Adelia. Abang nak tahu sesuatu? Kadang-kala apa yang abang ada ni takkan selalunya ada di sisi abang. Suatu masa nanti Allah S.W.T mungkin akan ambil kembali. Ditakdirkan Yas pergi dulu, abang jangan meratap rindukan Yas ya? Yas mahu tenang di sana. Abang pun tenanglah di sini. Ayat yang pernah Yasmin ungkapkan. Beberapa hari sebelum Yasmin pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya. Allahuakhbar, derita sungguh perpisahan ini. Hinggakan Hedraqil rasa dah tak mampu nak menanggungnya lagi. Menepuk-nepuk dadanya yang perit, titisan air mata mengalir pada pipi. Yang sebenarnya, Hedraqil terseksa pabila terpaksa menjadi diri orang lain. Tiap kali dia menyakiti Adelia, sedikit-sebanyak hati dia turut merasa sakit. Memang aneh, tapi itulah rentak perasaan yang sering Hedraqil alami. Puas Hedraqil menepis, ianya seakan semakin sebati pula dalam diri. Ah, kenapa dengan dia? Hedraqil bingung!

153

Bab 22

A

DELIA mundar-mandir di hadapan kamar Hedraqil. Kalau bukan sebab panggilan telefon Datin Khalisah, tak ada maknalah Adelia nak mencemar duli datang menghadap si suami. Walaupun kedua-dua orang tuanya dah tahu rentak hubungan mereka berdua, seboleh-bolehnya Adelia tak mahulah tunjukkan sangat betapa dinginnya Hedraqil terhadapnya. Sampaikan tidur pun dah tak sebilik semenjak insiden dia gosokkan pakaian kerja Hedraqil tempoh hari. Meramas jemari sendiri, Adelia masih berkira-kira mahu mengetuk pintu bilik Hedraqil. Hampir seminit berlalu, Adelia dah tak punya pilihan lagi. Elok tangan nak ketuk pintu, terjengul wajah Hedraqil yang kebetulan hendak keluar dari bilik. “Ish, apa kau ni?” tukas Hedraqil seraya menepis jemari Adelia yang dah terangkat tinggi.

154

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Terdorong beberapa langkah kaki Adelia dek terkejut dengan kemunculan Hedraqil secara tiba-tiba. Terkebil-kebil Hedraqil.

Adelia

memerhatikan

“Yang kau tercegat depan bilik aku ni apa hal?” Kasar bicara yang terlontar. boleh?”

“Saya nak cakap dengan encik sekejap,

“Aku tak ada masa.” Beku wajah yang ditayang seraya berura-ura untuk melepasi tubuh Adelia. “Sekejap aje, encik. Penting sangat ni.” Adelia cuba menghalang Hedraqil daripada berlalu. Mendengus, Hedraqil palingkan juga tubuh bersama wajah cemberut. “Two minutes, Adelia.” Ayat bernada arahan. Kalau lebih dua minit, memang Hedraqil angkat kaki. Tak kusa nak tatap muka Adelia lama-lama. Dua minit? Apa sangatlah yang boleh Adelia jelaskan dalam tempoh sesingkat itu? Nampak gayanya kena cari ayat yang paling ringkas tapi maksudnya sampai pada Hedraqil. Menarik nafas dalam, kembali dihela dari bibir. encik?”

“Boleh ke esok saya pindah masuk bilik “Come again?” Hedraqil risau kalau-kalau 155

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dia tersilap mendengar. sini.”

“Esok mama dan papa cakap nak datang

“Kau ajak mereka ke? Yang kau memandai sangat ni kenapa? Rumah ni rumah aku, bukan rumah kau!” Angin Hedraqil dah mula tercuit. Kecil hati Adelia mendengarkan ayat Hedraqil. Tak boleh ke kalau Hedraqil anggap Datuk Arman dan Datin Khalisah seperti orang tuanya sendiri? “Papa dan mama dah lama tak jumpa saya, tu yang mereka ingat nak singgah dan bermalam sehari dekat sini.” Suara Adelia dah mulai bergetar. Jika melibatkan kedua-dua orang tuanya, memang hati Adelia tak betah. Hedraqil boleh berkasar dengannya. Tapi tolonglah jangan biadap dengan Datuk Arman dan Datin Khalisah. Mereka berdua ikhlas terima Hedraqil sebagai menantu walaupun tahu perangai sebenar Hedraqil tu macam mana. “Aku tak nak terima tetamu lain dekat rumah aku. Cukuplah kau seorang aje yang semakkan mata aku.” “Encik! Tetamu yang encik maksudkan tu orang tua saya tahu tak?” Hilang sabar Adelia dengan ayat tak berlapik Hedraqil. Hedraqil pamer senyum sinis pada bibir. 156

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kalau kau tak nak mama dan papa kau terasa, kau ajelah yang balik ke sana. Sekurangkurangnya ‘mata’ aku ni bolehlah berehat sehari-dua. Kau nak balik terus pun tak apa. Aku lagi suka.” Lagi ayat yang sengaja hendak menyakitkan hati Adelia. Ketap bibir Adelia dibuatnya. Turun naik nafas Adelia cuba menahan rasa. Tanpa sepatah kata, Adelia terus pusingkan tubuh untuk berlalu pergi. Berdebat dengan Hedraqil? Memang tak ada faedahnya. Daripada berterusan membiarkan hati sendiri sakit, biarlah dia yang terlebih dahulu mengalah. Tengok Adelia berlalu macam tu aje, Hedraqil pula yang rasa tak puas. Rasa macam sekejap sangat dia dapat sakitkan hati Adelia hari ni. Ligat otak dia mencari idea, tak semena bibir mengherot senyuman senget. Saat kaki memijak anak tangga pertama, bahu Adelia terasa dipaut kejap daripada belakang. Siapa lagi yang memaut bahunya kalau bukan Hedraqil? “Encik nak apa lagi?” soal Adelia pabila Hedraqil balikkan tubuhnya berdepan dengan lelaki itu. “Kali ni aku bagi kau muka. Kau nak pindah masuk bilik aku kan?” tawar Hedraqil buat Adelia terdiam untuk sejenak. Jauh di sudut hati, yakin pasti ada sesuatu 157

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

yang Hedraqil sedang rancangkan untuknya. Takkan semudah itu Hedraqil boleh tunduk mengalah? “Aku tanya ni, mulut kau kat mana?” tempelak Hedraqil bengkeng. “Tak payahlah, encik. Esok saya balik ke Villa AK.” Bersedia untuk meninggalkan Hedraqil. Berkerut wajah saat Hedraqil cengkam lengannya kemas. “Kau ni banyak songeh sungguh kan? Bila aku bagi peluang, kau jual mahal pula. Aku tanya kau sekali lagi. Berapa hari mama dan papa kau nak duduk rumah aku?” “Sehari. Esok mama dan papa datang, lusa mereka dah balik. Khaisa sekolah.” Malas-malas Adelia menjawab. “Okey, aku bagi kau pindah bilik aku mulai pagi esok. Tapi kau kena tahu dekat mana tempat kau dalam bilik aku tu nanti. Sini, ikut aku!” Terus dilelar jemari Adelia lalu diheret masuk ke dalam kamar. Capai satu bantal, Hedraqil campak betulbetul di hadapan kamar mandi. Terpinga-pinga Adelia untuk seketika. “Tempat kau hanya dekat sini, Adelia. Kau tak layak tidur sekatil dengan aku. Ini dah dikira baik aku berikan juga bantal untuk kau. Oh, lagi satu. Jangan angkut apa-apa sekalipun dari bilik kau melainkan pakaian kau. Kau faham ke tidak?”

158

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Tegas Hedraqil dengan niat mahu Adelia tidur tanpa sebarang alas. Biar Adelia kesejukan. Biar sakit seluruh tubuh Adelia. Jadi benarlah andaian Adelia sebentar tadi. Kalau Hedraqil tiba-tiba boleh bersetuju, pasti ada sesuatu yang dah direncanakan oleh lelaki itu. Tak apalah, Adelia. Berkorban ajelah asalkan mama dan papa tak perlu risau. Kalau kau balik ke Villa AK, lagi panjang pula ceritanya nanti. Memanggung kepala, Adelia renungan tepat ke wajah sang suami.

hantar

“Macam mana? Kau sanggup ke tidak?” soal Hedraqil sengaja nak membakar hati Adelia. “Pagi esok saya bawa pakaian saya ke sini.” Terlepas gelak kecil dari bibir Hedraqil. “Selain daripada terdesak nak jadi isteri aku, aku tak sangka kau boleh jadi sebodoh ni. Pity you, girl.” Menggeleng-geleng kepala Hedraqil. Jelas memperlekehkan diri Adelia. “Kadang-kala kita perlu berpura-pura bodoh untuk jaga hati orang lain, encik. Tapi syukurlah, saya hanya berpura-pura bodoh. Bukan betul-betul bodoh sampai sanggup binasakan diri sendiri untuk perkara yang sia-sia kan?” perli Adelia makan dalam.

159

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Sekaligus membuatkan lengkungan pada bibir Hedraqil mati. “Kau mengata aku ke, perempuan?” “Saya ada sebut nama encik ke?” Sedas Adelia sembur sebelum beredar meninggalkan ruangan kamar. Ikutkan hati Hedraqil yang dah panas meruap, memang dia dah ajar Adelia cukup-cukup. Terhenti niatnya saat azan Maghrib kebetulan berkumandang. Sayup-sayup dilaungkan daripada masjid berdekatan. Walaupun dah lama Hedraqil tak tunaikan kewajian yang satu itu semenjak pemergian arwah Yasmin, Hedraqil masih reti hormatkan laungan azan.

160

Bab 23

N

ASI yang ditelan bagaikan tersekat di celah kerongkong. Langsung tidak mampu untuk ditelan. Apatah lagi saat memandang wajah Datuk Arman dan Datin Khalisah. Nampak aje riak mereka kelihatan tenang, tapi Adelia yakin jauh di sudut hati mereka berdua terasa dengan layanan tak endah Hedraqil. “Kenapa Adel tak makan?” Suara Datuk Arman mencelah. nipis.

Panggung kepala, Adelia pamer senyuman “Adel tak lapar.”

“Tak lapar atau tak ada selera?” Datin Khalisah lebih arif akan perubahan emosi Adelia. Waktu menerima kunjungan mereka berdua, Adelia nampak ceria. Berubah serta-merta selepas Hedraqil menolak untuk makan malam sekali.

161

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Mama, papa.. Adel minta maaf ya?” Perlahan tutur kata Adelia. “Adel mana ada buat salah pada kami.” Kening Datuk Arman berkerut tak mengerti. Wajah Adelia semakin berubah kelat. “Adel minta maaf bagi pihak suami Adel.” Menunduk, rasa tak mampu nak tentang wajah Datuk Arman dan Datin Khalisah. Terasa jemarinya disentuh lembut, Adelia kembali mengangkat pandangan. “Adel bahagia dengan Hedra?” Soalan cepumas. Adelia hilang peti suara. Jawapan macam mana harus dia berikan supaya hati seorang ibu tidak galau? Sudahnya, jawapan versi berbohong yang meniti pada bibir Adelia. “Bahagia, mama.” Datuk Arman dan Datin Khalisah saling berpandangan. Bahagia? Adelia ingat mereka berdua ni kanak-kanak yang boleh diperdayakan ke? “Kalau Adel bahagia, kenapa mama tengok Adel jarang senyum semenjak kami sampai?” Datin Khalisah mengorek rahsia. Kali ini, kelopak mata Adelia dah mula terkedip-kedip. Rasa sebak. Macam nak peluk Datin Khalisah erat-erat. Makin runtun hatinya 162

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pabila mengingatkan cara Hedraqil menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya. Nampak sangat Hedraqil tak suka Datuk Arman dan Datin Khalisah bertandang ke banglo mewah lelaki itu. “Disebabkan mama dan papa, Hedra tak turun makan. Kejap lagi mama dan papa balik ya? Cukuplah kami dah boleh lepaskan rindu pada Adel.” “Mama..” Adelia bertambah syahdu. Terus lengan Datin Khalisah dipaut lalu pipi dilabuhkan pada bahu Datin Khalisah. “It takes time, Adelia. Nak bahagia bukannya mudah. Mama yakin suatu hari nanti Adel akan bahagia dengan Hedra.” Pujukan lembut Datin Khalisah terasa meresap ke jiwa. Bahu Adelia sudah tersengguk-sengguk menahan tangisan. Memegang pipi Adelia, Datin Khalisah paksa si anak untuk bertentang mata dengannya. Sisa air mata pada pipi Adelia disapu. “Sampai masa kalau Adel dah rasa tak kuat, kami tunggu Adel dekat Villa AK. Adel orang yang terpilih, sebab tu Allah S.W.T duga Adel macam ni. Dah, tak mahulah menangis lagi. Nanti Adel hantarkan kami ke depan. Lepas kami dah balik, jangan lupa bawa makanan ke tingkat atas. Hedra mesti dah lapar tu..” Lagi ayat bernada prihatin. Buat perasaan bersalah Adelia semakin membuak-buak.

163

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Mama dan papa betul-betul ke nak balik? Dah lewat ni, tidurlah kat sini.” Adelia cuba menghalang. “Macamlah papa tak biasa memandu lewat malam macam ni, Adel. Lagipun rumah kita bukannya jauh.” Datuk Arman mencelah bersama senyuman nipis. Adelia mati kata. Yakin yang dia takkan mampu ubah keputusan kedua-dua orang tuanya lagi. Kalau dia di tempat Datuk Arman dan Datin Khalisah pun dia akan angkat punggung dan balik. Dah tuan rumah tak alu-alukan, untuk apa mereka tersua-sua lagi? Menarik nafas dalam, Adelia tunduk mencium jemari Datuk Arman dan Datin Khalisah. “Adel minta maaf sekali lagi.” Ayat yang sama Adelia ulang. Dibalas dengan kucupan sayang pada dahi Adelia. Tanda tidak mahu Adelia mengusung perasaan bersalah yang bukan berpunca dari dirinya.

RENUNG dulang di tangan, Adelia rasa macam nak patah semula turun ke bawah. Nasib baiklah dia masih ingatkan nasihat Datin Khalisah sebelum berangkat pulang tadi.

164

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Jangan sesekali berdendam dengan suami sendiri. Mama dan papa tak salahkan Hedra. Kalau Adel ikutkan hasutan syaitan, Hedra pun macam tu juga. Sampai bila-bila rumahtangga Adel takkan aman. Jangan biarkan syaitan menang. Orang yang sabar, ganjarannya cukup besar. Nasihat yang terasa melekat pada hati. Gagahkan diri, Adelia ketuk pintu kamar Hedraqil sekali. Tiada tanda-tanda Hedraqil mahu membuka daun pintu. Sudahnya Adelia dah malas nak bersusah-payah lagi. Baru tubuh hendak dipusing untuk berlalu, sayup-sayup kedengaran suara seseorang sedang berbual. Sesekali, ada tawa yang diselit bersama. Adelia naik lelah. Kelak, sampai bila Hedraqil masih mahu mewujudkan watak yang dah lama tiada? Memang teringin sangat ke nak jadi gila? Sakit hati punya pasal, Adelia terus redah dan tolak daun pintu. Terbuka luas, sekujur tubuh mula berpaling kepadanya. Dah tak hirau dengan pandangan tajam encik suami. Yang Adelia tahu, dia perlu sedarkan Hedraqil. “Encik berbual dengan siapa?” “Kau ni dah tak ada adab ke aci redah aje masuk bilik aku?” herdik Hedraqil menayang wajah bengis. “Kalau encik pun tak beradab dengan orang tua saya, perlu ke saya beradab dengan encik lagi? 165

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Disebabkan perangai encik, mama dan papa saya tak jadi bermalam dekat sini tahu tak?” selar Adelia langsung terlupa akan nasihat Datin Khalisah. Kala ini, perasaan sakit hati lebih mendahului carta hati. Letak dulang ke atas meja, Adelia berdiri menentang si suami. “Habis tu, kau nak aku bentang karpet merah untuk mama dan papa kau?” perli Hedraqil pedas. “Saya tak minta pun encik buat semua tu. Sekurang-kurangnya jagalah hati mereka.” “Macam mana? Dengan tunjukkan yang aku dengan kau ni bahagia? Maaflah, aku tak pandai nak berlakon.” Senget senyuman yang terukir pada wajah Hedraqil. Rentung hangit sekeping hati milik Adelia. Berdebat dengan Hedraqil, memang peratusan untuk dia menang itu sangat tipis. “Saya dah letih nak berbalah dengan encik. Suka hati enciklah.” Bicara yang jelas menunjukkan Adelia sudah mengalah. “Nanti.” Sepatah perkataan yang membuatkan langkah kaki Adelia mati. Walaupun tidak berpaling, dapat dia rasakan derap kaki Hedraqil semakin mendekat padanya. Melalui ekor mata, Adelia dapat lihat Hedraqil capai dulang yang berada berhampiran dengannya. Sekelip mata.. 166

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Prang! Habis bertaburan isi makanan tumpah ke atas lantai. “Lepas ni jangan nak berlagak jadi isteri mithali sangat. Aku lapar, pandai-pandailah aku turun cari kat bawah. Sekarang, aku nak kau berambus! Meluat sungguh aku tengok muka kau ni,” bisik Hedraqil seraya pintu kamar berdentum dihempas oleh lelaki itu. Senyuman pahit mula menghiasi bibir Adelia. Serba-serbi yang dia lakukan tak pernah kena pada pandangan Hedraqil. Malah, segala penat-lelah Adelia juga langsung Hedraqil tidak hargai. Saban hari, Hedraqil pasti akan cuba untuk mengadaadakan kesalahannya. Mendongak pandangan, Adelia cuba halang air matanya daripada gugur. Kuat, Adel. Kuat. Lagipun dari awal lagi kau dah tahu ini hukuman yang kau perlu hadap sebab kau dah paksa dia untuk kahwini kau. Bait kata yang sama Adelia titipkan pada diri sendiri. Tatkala dia semakin rapuh hendak berjuang lagi.

167

Bab 24

A

NGIN tak ada, ribut apatah lagi. Tibatiba pula pintu biliknya diterjah oleh Hedraqil. Adelia yang baru hendak membelek buku rujukan langsung berdiri tegak dek terjahan sang suami. Dari raut wajah Hedraqil, yakin pasti ada sesuatu yang dah menimbulkan kemarahan lelaki itu. “Apa yang kau dah mengadu pada kak long dalam kelas pagi tadi?” soal Hedraqil bernada tegang. Kaki Hedraqil semakin mara menghampiri Adelia. Hinggakan tubuh Adelia sudah mula terperangkap pada dinding bercat putih. Adelia kerutkan kening. Mengadu? Waktu bila dia mengadu? “Saya tak ada mengadu apa-apa pun pada kak long, encik.” Polos jawapan Adelia. Namun tidak mampu membuatkan Hedraqil menelan bulat-bulat. Semedan dagu Adelia dicengkam kuat. 168

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Aku betul-betul tak faham dengan kau, Adelia. Dulu kau terdesak nak aku kahwini kau. Sekarang ni, kau terdesak nak aku buntingkan kau pula ke?” Ayat yang jelas membuatkan pipi Adelia pijar. Jangan cakap yang.. Liur yang ditelan terasa payau dalam sekelip mata. Sahih, Hedraqil dah pun salah faham. Dia hanya menjawab jujur pabila Hessa bertanya. Bukan dengan niat untuk meminta zuriat daripada Hedraqil. Takkanlah dia sebegitu dungu mahukan zuriat dalam keadaan rumahtangga mereka sedang bergoncang hebat sebegini? “Encik dah salah faham ni..” Cuba untuk mempertahankan diri sendiri. “Apa yang aku dah salah faham kalau kak long sendiri telefon aku tanya tentang hal bodoh macam ni? Eh, kau tak malu ke sampaikan hal dalam bilik pun kau nak bagitahu orang lain?” Dahi Adelia ditunjal-tunjal ganas. Adelia kebam bibir. Salah diakah? Sungguh, tak ada niat hatta secubit pun untuk bercerita tentang hal sulit itu dengan orang lain. Niat dia cuma mahu menjawab pertanyaan Hessa. Bila Hessa soal sama ada Hedraqil sudah menyentuh dia atau belum, Adelia hanya memberikan jawapan jujur kepada Hessa. Supaya Hessa tidak terlalu jauh menyimpan harap. 169

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Tak sangka pula lain tanggapan Hedraqil padanya. Nak salahkan Hessa, Adelia rasa macam tak patut. Yakin Hessa hanya mahukan keadilan buat dirinya. Cuma silapnya Hessa, Hedraqil itu bukannya jenis manusia yang boleh menerima nasihat. “Kenapa kau diam? Bermakna betullah kau memang ada bercakap dengan kak long tentang hal ni kan?” tembak Hedraqil masih tidak mampu memujuk barannya sendiri. “Saya cuma jawab soalan kak long, encik. Kalau jawapan saya tu salah, saya minta maaf.” Kalut Adelia bersuara. Suara dah mulai berubah gugup. Hedraqil mendengus bengang. “Kau ingat lepas kau minta maaf, kak long akan berhenti tanya aku soalan sama tu lagi?” Berdetak-detuk bunyi gigi Hedraqil berlaga. Jawapan balas Hedraqil, sekaligus membuatkan Adelia hilang kosa kata. Makin Adelia tergamam pabila tubuhnya tak semena ditolak rebah ke atas katil. “Satu aje cara nak buat kak long tutup mulut. Dah alang-alang kau pun nak sangat kan? Malam ni aku akan bagi. Tapi lepas ni aku tak nak dengar kau mengadu apa-apa pada kak long lagi.” Serentak baju tidur milik Adelia disingkap hingga ke atas. Terjerit Adelia gara-gara terkejut. “Encik nak buat apa ni?” Panik. Rasa macam 170

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nak gugur jantung pun ada. Mengengsot ke belakang sebelum jemari kasar lelaki itu mula menangkap hujung kakinya. Hedraqil panjat katil dan tindih tubuh Adelia. Senyuman sinis turut disajikan pada si isteri. Air mata pada pipi Adelia? Hedraqil anggap tak ubah seperti sebuah drama. Mahu tapi malu? Dasar perempuan murahan. Cemuh Hedraqil dalam hati. “Encik, jangan buat saya macam ni. Tolonglah,” rayu Adelia mula menghamburkan tangisan. Hedraqil dekatkan wajah. Entah syaitan apa yang merasuk dirinya pun Hedraqil tidak tahu. Yang dia tahu, hati dia rasa mendidih bila Hessa telefon dan membebel tak ubah seperti dia ni seorang kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian. “Laa.. kau nak menangis kenapa? Aku nak bagi apa yang kau nak sangat dari aku selama ni. Kau tak payah nak berlakon sangat, boleh tak?” Tak bertapis Hedraqil berkata-kata. “Saya tak nak, encik..” Geleng Adelia lajulaju. Sungguh, dia bukanlah kemaruk sangat mahu nafsunya sebagai seorang isteri dilunaskan oleh Hedraqil. Apatah lagi, dia kahwini Hedraqil hanya atas satu alasan. 171

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dia mahu bantu lelaki itu. Malangnya, Hedraqil tak sudah-sudah mahu memperlekehkan maruahnya sebagai seorang wanita. “Ingat, Adelia. Aku hanya akan sentuh kau kali ni aje. Lepas ni kalau aku dengar kak long ungkit pasal hal ni lagi, memang aku akan ajar kau cukupcukup.” Sempat memberikan amaran sebelum bibir Adelia ditekup dengan telapak tangan miliknya. Meronta-ronta Adelia saat pijamanya mula dilucutkan oleh Hedraqil. Pabila bibir Hedraqil mula terbenam pada lehernya, rontaan Adelia kian lemah. Kudratnya semakin menghilang. Tak pernah Adelia jangka Hedraqil akan datangi dia dengan cara keji sebegini. Hendak meraung, memang sudah terlambat. Hendak bangkit menyelamatkan diri, Adelia seakan tak jumpa jalannya lagi. Akhirnya Adelia tunduk pasrah. Ambillah, wahai suami. Akan Adelia cuba ikhlaskan hati. Kerana apa sahaja yang ada pada diri Adelia, sememangnya adalah milik Hedraqil sejak hari pertama lelaki itu bergelar suami. HEDRAQIL melompat turun dari katil. Terduduk di birai katil bersama wajah yang jelas nampak berserabut. Betul ke dia dah pun sentuh Adelia? 172

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Memejamkan mata, segala aksi yang baru saja beberapa minit berlalu bergentayang di ruangan mata. Membuatkan Hedraqil rasa nafasnya tercungap. Makin berat beban yang menghimpit dada tatkala melihat pakaian dia dan Adelia bertaburan di atas lantai. Meramas-ramas rambut sendiri. Seakan terbias wajah sayu milik arwah Yasmin. Tentu Yas kecewa dengan abang kan? Monolog hati Hedraqil. Turut kesal kerana dia terlalu mengikut desakan hati. Untuk dikesali, Hedraqil tak rasa ianya berguna lagi. Ruangan bilik berpenghawa dingin mula dirasakan panas. Bingkas Hedraqil bangun lalu mengutip pakaiannya yang berselerakan. Sempat dia kerling sekujur tubuh yang masih teresak-esak dibaluti selimut tebal berwarna putih. Hati mula merasa jengkel. Menangis kononnya? Walhal memang inilah yang Adelia mahukan daripadanya. Ah, jijik sungguh! “Sekali ni pun dah cukup untuk puaskan kau kan? Sebab lepas ni aku memang takkan sentuh kau lagi.” Tutur kata yang berbisa. Makin meremukkan jiwa seorang Adelia. Memutarkan tubuh, Hedraqil selamba mahu 173

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

meninggalkan kamar Adelia. “Encik..” panggilan Adelia buat tubuh Hedraqil terkejap di hadapan pintu kamar. Hedraqil langsung tidak berpaling. Hanya menanti Adelia sudahkan ayatnya yang sengaja digantung tanpa noktah. “Terima kasih sebab jalankan tanggungjawab encik sebagai seorang suami. Walaupun saya tahu waktu encik sentuh saya tadi, tentu encik rasa jijik tak ubah seperti saya ni seorang pelacur kan?” Bergetar suara Adelia. Jauh di sudut hati, Adelia sedang cuba untuk memaafkan perbuatan Hedraqil padanya. “Baguslah kalau kau tahu. Tak perlu susahpayah aku terangkan lagi.” Tak berperasaan Hedraqil membalas lalu menapak pergi. Meninggalkan Adelia yang sedang mengutip kembali serpihan hatinya yang dah berkecai. Agar bisa dia cantumkan kembali, supaya hati ini tidak akan membenci. Kerana Adelia yakin, setiap apa yang berlaku dalam hidupnya pasti akan ada kemanisan di penghujungnya kelak. Everything happens for a reason, Even if you do not know the reason now, You will soon enough, Juts give it some time.

174

Bab 25

H

AMPIR sepanjang hari Adelia tak nampak kelibat Hedraqil. Semenjak Hedraqil tinggalkan kamarnya pagi tadi, Hedraqil seakan sengaja mahu mengelak daripada bertembung dengannya. Sarapan pun Hedraqil langsung tak usik. Bukankah Adelia yang sepatutnya marah atas perbuatan lelaki itu? Berbeza pula cara Hedraqil seolah-olah Adelia yang dah melakukan kesalahan. Adelia tak salahkan Hedraqil walaupun Hedraqil datangi dia dengan cara begitu. Bagi Adelia, sejak hari pertama dia bergelar isteri pun dia memang dah rela hati andai Hedraqil mahu menuntut haknya. Cuma ada rasa sedikit terkilan sahaja sebab hakikat yang perlu dia telan, Hedraqil terpaksa untuk menggauli dirinya. Menarik nafas dalam, Adelia sandarkan badan pada sofa. Terkebil-kebil sepasang mata 175

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

merenung siling yang berukir cantik. Jarum jam dipandang. Dah menunjukkan angka 2.00 petang. Ke mana Hedraqil pergi ya? Hati tertanya-tanya. Bosan sendirian di ruang tamu, kaki mulalah terasa gatal hendak menapak ke tingkat atas. Hajat di hati nak tolong kemaskan bilik Hedraqil sebab dah lama sangat dia tak dibenarkan masuk ke bilik utama. Sempat capai peralatan untuk membersihkan bilik si suami, pintu ditolak daripada luar. Tergamam seketika saat melihat keadaan bilik Hedraqil. Tak ubah seperti baru sahaja dilanda garuda. Hedraqil mengamuk? Bibir Adelia tak semena mengukirkan senyuman pahit. Ketara yang Hedraqil menyesal sentuh dia semalam. Pasti Hedraqil berperang teruk dengan perasaannya. Cuba untuk memujuk hati, Adelia sibukkan diri dengan tujuan asalnya dia menapak ke bilik encik suami. Hampir sahaja selesai dengan tugasannya, perhatian Adelia terkalih pada sesuatu. Lama pandangan Adelia tunak di situ. Pintu almari bersebelahan dengan tempat menyimpan pakaian Hedraqil kelihatan sedikit terbuka. Jatuh ke lantai, ada sehelai baju perempuan turut terdampar di situ. Adelia.

Hedraqil rindukan Yasmin. Itu kata hati

176

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mendekat, Adelia capai pakaian milik arwah Yasmin. Hendak digantung kembali, tiba-tiba sahaja ada satu desakan lain datang menghasut. Lambatlambat pakaian itu diacu pada tubuhnya sendiri. Berjalan menuju pada cermin solek, Adelia lihat figuranya yang terpancul. Ada senyum yang terbit pada bibir. Cantik baju ni. Kalau dilihat pakaian arwah Yasmin yang tergantung, memang Adelia yakin citarasa Yasmin bukannya biasa-biasa. Niat asal sekadar nak mencuba, entah kenapa hati pula dah jatuh suka. Agak-agak kalau dia yang pakai, Hedraqil bakal terpikat atau tidak? Sekurangkurangnya dengan cara ini dapatlah dia tambat hati Hedraqil perlahan-lahan. Mungkin bukan mudah. Namun, sekurangkurangnya dia mencuba. Tak salah kan? Tanpa ragu-ragu terus ‘harta’ peninggalan arwah Yasmin turut diangkut masuk ke kamarnya. Dalam hati, harapan setinggi gunung sudah dipasang. Mudah-mudahan Hedraqil akan teruja melihat dirinya nanti.

BARU hajat di hati nak tayang di hadapan si suami, retak hati Adelia saat tamparan kuat Hedraqil singgah pada pipi. Terteleng wajah Adelia ke kiri.

177

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Perit? Tak susah cakaplah. Pasti pipi dia sudah merah gara-gara telapak tangan kasar Hedraqil. Panggung wajah dengan sepasang mata berkaca, bibir Adelia menggeletar menahan sebak. Raut wajah Hedraqil tidak kurang merah padamnya. Dada lelaki itu sedang berombak ganas. Darjah kemarahan Hedraqil bukan biasa-biasa kala ini. “Siapa suruh kau sentuh baju Yasmin?” Bergempita tempikan Hedraqil. Tidak rela baju arwah isterinya disentuh oleh wanita lain. Apatah lagi baju itu adalah baju kesukaan arwah Yasmin. “Sa.. saya.. saya cuma nak buat encik teruja tengok saya.” “Eh, perempuan, tak cukup lagi aku layan kau semalam?” jerkah Hedraqil seraya memaut dagu Adelia kasar. Wajah Adelia berkerut-kerut menahan kesakitan. “Sekalipun rupa kau hampir seiras Yasmin, kau takkan mampu gantikan tempat dia. Jangan sesekali cabar aku, Adel. Jangan buat aku toreh muka kau tu sampai hancur. Aku benci tengok muka kau. Aku benci tengok usaha kau untuk cuba gantikan tempat Yasmin. Berapa kali kau nak aku ulang, Adel? Sekali kau masuk ke dalam hidup aku, kau hanya ketuk pintu neraka yang aku cipta untuk kau.” Bertubi-tubi ayat membelah jiwa meniti pada bibir Hedraqil. 178

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dan saat hati terasa dicarik-carik, keterlaluankah jika Adelia katakan yang dia sudah terlalu penat dengan semua ini? “Aku nak kau tanggalkan balik baju tu dan letak ke tempat asal. Kau faham ke tak??” hambur Hedraqil bengis. Air mata Adelia mula berguguran ke pipi. “Aku tanya ni. Kau faham ke tak?” amuk Hedraqil tak berkesudahan. Adelia angguk berkali-kali dengan bebola mata yang dah mula kabur. “Saya faham, encik. Nanti saya tanggalkan dan letak tempat asal semula. Saya minta maaf.” Parau dan sayu suara Adelia, sikit pun tak mampu sejukkan hati Hedraqil. Sebaliknya Hedraqil berubah semakin menggila. Entah syaitan apa yang merasuk Hedraqil malam itu, sungguh Adelia tak tahu. Yang dia nampak, Hedraqil benar-benar bencikan dirinya. “Encik nak bawa saya ke mana?” Adelia gementar. Dada Adelia rasa hendak meletup dek debaran yang maha kencang. “Aku nak ajar kau sikit supaya lepas ni kau jangan nak memandai sentuh barang yang bukan kepunyaan kau!” Maka sebaris ayat itu sudah cukup untuk 179

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

membuatkan Adelia mengerti. Sekejapan lagi, batang tubuh ini pasti akan dijadikan sasaran oleh Hedraqil. Tersilap percaturan rupa-rupanya Adelia kali ini. Mana mungkin perasaan benci mampu bertukar dalam sekelip mata. Silap Adelia. Silap dia sebab terlalu jauh menyimpan angan.

180

Bab 26

T

ILIK wajah sendiri pada cermin, bahu Adelia mengendur. Puas dia tampal segala jenis krim, kesan lebam itu tetap juga mahu kelihatan. Dia dah bersiap-siap hendak ke kuliah. Nampak gayanya niat itu terpaksa dibatalkan. Mujurlah hari ini dia hanya ada satu kuliah sesi petang sahaja dengan Hessa. Tak adalah rasa rugi sangat jika terpaksa ponteng. Terduduk di birai katil, selendang yang membelit kepala kembali dirungkaikan. Adelia sentuh kawasan pipi yang dah lebam. Pedih. Beralih pada lengan, turun pula ada hujung bibir yang masih luka. Semuanya penangan seorang Hedraqil. Kali pertama Hedraqil pukul dia habishabisan. Selepas ini, tak mustahil dia bakal mengundang lagi andai kata dia tersilap sedikit sahaja mencabar kesabaran Hedraqil. Menyesal? Mungkinlah perasaan itu ada 181

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

menyelit sedikit. Tapi bila difikirkan semula, rasanya tak elok andai dia berterusan mengeluh. Selagi dia mampu bersabar, dia akan cuba untuk bertahan dengan perkahwinan ini. Sampai masa andai Allah S.W.T takdirkan dia untuk berlalu pergi, Adelia anggap setakat itu sahajalah pertolongan dia terhadap Hedraqil. Adel, kau bencikan Hedra ke? Ada satu suara yang datang berbisik. Adelia senyum dalam kepahitan. Bencikan Hedraqil? Sungguhlah Adelia bingung. Seteruk mana dirinya dilayani Hedraqil, perasaan benci itu tak pernah wujud. Bahkan semakin hari dia semakin tekad untuk menawan hati Hedraqil. Sudah jatuh cintakah dia? Entahlah, Adelia sendiri tidak yakin dengan rentak hati dan perasaannya. Baru hajat nak rebahkan tubuh pada katil, pintu kamar terasa diketuk bertalu-talu oleh seseorang. Hampir hendak roboh sahaja lagaknya. Bersusah-payah Adelia cuba bangkit kembali. Setiap inci tubuh terasa sengal gara-gara Hedraqil. Jadi pergerakan Adelia agak sedikit terbatas. Kuak daun pintu, terjengul wajah Hedraqil. Adelia beranikan diri untuk memandang wajah encik suami.

182

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Aku ingat kau dah mampus sebab tu tak keluar-keluar bilik.” Seperti selalu, bicara Hedraqil tak pernah menyejukkan hati. “Saya tak larat, sebab tu banyak terperap dalam bilik.” Sengaja Adelia sebut tentang ‘tak larat’. Manalah tahu kalau-kalau Hedraqil akan merasa bersalah dan sudi untuk minta maaf. Terubat sikitlah kekecewaan Adelia. Hampa, riak wajah Hedraqil seolah-olah langsung tidak terkesan. Sebaliknya, Hedraqil lencong pula pada topik lain. bibir.

“Aku lapar.” Dingin bicara yang meniti pada Adelia sedut dan hembus nafas panjang.

“Saya dah masak. Nanti encik turunlah makan ya?” Bersedia hendak menutup daun pintu kembali. Pantas sahaja dihadang oleh tangan sasa Hedraqil. “Apa guna aku kutip kau jadi isteri aku kalau aku nak makan pun kau tak boleh nak layan?” Pedas sindiran Hedraqil. Bersama rahang yang mulai bergerak-gerak sedikit. Adelia kebam hujung bibir. Malas nak panjangkan cerita, terus sahaja Adelia menapak keluar turun ke tingkat bawah. Hidang segala laukpauk, Adelia ambil tempat di hadapan Hedraqil. “Makanlah, saya dah hidangkan.” Lembut 183

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

suara Adelia. Peliknya Hedraqil masih merenung dia seakan tak puas hati. Kali ni, salah apa lagi yang dah dia buat? “Kenapa encik tak makan?” “Yang kau tu tak nak makan ke?” Soalan berbalas soalan. Bezanya soalan Hedraqil mana pernah bernada prihatin. Asyik nak meninggi suara aje kerjanya. “Saya tak lapar.” “Tak lapar? Habis tu, yang kau masak banyak-banyak ni untuk siapa?” herdik Hedraqil buat Adelia terdiam. Serba-serbi sudah nampak tidak kena pada mata Hedraqil. Sekali lagi, Adelia terpaksa tunduk mengalah. Capai nasi, senduk satu jenis lauk. Paksa juga mulut untuk mengunyah walaupun seleranya sudah benar-benar mati. Baru masuk suapan kedua, bunyi kerusi berkeriut ditolak seseorang memaksa Adelia mendongak pandang. Sekelip mata pinggan di hadapannya dirampas. “Kalau tak lapar, jangan nak paksa diri untuk makan. Sakit mata aku tengok.” Mulut Hedraqil berkicau seraya pinggan nasi dihumban ke dalam sinki. Tak cukup dengan itu, segala lauk-pauk 184

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

turut dicurah ke dalam tong sampah. Hancur lebur hati Adelia dengan perlakuan encik suami. Bersusah payah Adelia masakkan semua tu walaupun tubuh benar-benar tak bermaya, semudah tu Hedraqil punahkan segala-galanya? “Aku makan dekat luar.” Sebaris ayat sebelum lelaki itu berlalu mencapai kunci kereta. Menghilang di sebalik pintu utama yang tertutup rapat. Hilang kelibat Hedraqil, Adelia sembamkan wajah pada lengan yang dilapik pada atas meja. Tersedu-sedan Adelia hamburkan tangisan. Sehebat mana Adelia cuba untuk berlagak kuat, tetap hatinya tercuit rasa rapuh pabila hari-hari dia perlu diuji sebegini.

185

Bab 27

M

ERENUNG dada langit, pandangan Hedraqil kosong. Masuk hari ni, dah lebih sebulan dia mengelak daripada bertembung dengan Adelia. Adelia sakit atau sihat, langsung Hedraqil tak ambil cakna. Namun, keperluan Hedraqil tetap Adelia sediakan seperti biasa. Kadang-kadang Hedraqil sendiri rasa pelik. Diperbuat daripada apa sekeping hati milik Adelia? Takkan Adelia langsung tak tahu nak mengalah? Kuat sangatkah Adelia? Tak sepadan langsung dengan usianya yang masih mentah. Meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan, Hedraqil labuhkan duduk pada birai katil. Bebola mata menekur hujung jemari kaki. Ralit dalam dunianya, terasa ada sentuhan lembut yang menyentuh bahu. Hedraqil panggung kepala. Figura Yasmin sedang tersenyum manis. 186

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

beban.

“Yas..” Suara Hedraqil sarat menanggung

“Abang dah tak kuat lagi, Yas,” adu Hedraqil bersama pandangan yang dah mula kabur. Genangan air mata terasa memenuhi kolam mata. Dia tahu yang sebenar Yasmin langsung tidak ada di hadapannya. Dia tahu yang sebenar dia sedang berbicara sendirian tanpa sesiapa. Tapi entah kenapa berpura-pura seolaholah Yasmin ada sahaja mampu membuatkan beban perasaannya semakin berkurang. Dia tak kisah orang nak cakap dia gila. Biarkan saja sebab yang menanggung adalah dirinya, bukan orang lain. Bangkit berdiri, bingkai gambar arwah Yasmin dicapai lalu dibawa erat ke dada. Dipeluk seolah-olah dia sedang memeluk sekujur tubuh Yasmin. Perasaan rindu itu tidak pernah berkurangan. Malah, acap kali juga dia melihat diri Yasmin tatkala memandang wajah Adelia. Hinggakan kadang-kala dia terlupa yang sedang ada di depan mata itu bukan Yasmin, tapi Adelia. Wanita yang hampir seratus-peratus mempunya persamaan dengan arwah Yasmin. “Sampai bila abang nak seksa dia?” Ada gema yang berbisik. Hedraqil pejam mata. Suara itu entahkan wujud entahkan tidak. Tapi 187

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

suara yang sama juga akan menemani dia tiap kali dia menyakiti seorang Adelia. “Sampai dia tinggalkan abang, Yas. Sampai dia minta abang untuk lepaskan dia.” Membalas dalam mata yang terpejam. “Tanya hati abang, abang sanggup ke tengok dia terluka? Tiap kali abang pukul dia, abang akan mengadu pada Yas. Abang cakap abang menyesal. Tapi kenapa selepas tu abang ulangi juga?” “Abang tak nak curang dengan Yas.” “Abang tak pernah curang. Abang tak pernah sekali pun lupakan Yas. Cuma Yas aje yang tak mampu untuk terus ada di samping abang. Allah jemput Yas terlebih awal adalah bersebab. Dan sebabnya Allah nak gantikan abang dengan perempuan yang lebih baik.” “Tapi abang cuma mahukan Yas.” “Buka hati abang untuk dia. InsyaAllah abang akan mampu lepaskan Yas pergi. Yas nak tenang di sini. Abang tak kesiankan Yas? Sekalipun abang tak kesiankan Yas, abang tolongkan kesiankan dia dan diri abang.” Kali ini, nada suara itu berubah serak. Sayu dan hiba sekali. Kelopak mata Hedraqil langsung terbuka. Bisik itu terasa begitu dekat dengannya. Tersentak, Hedraqil mencari kelibat arwah Yasmin. 188

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Lantas, untuk sekali lagi Hedraqil perlu akui. Yasmin sudah tiada. Yasmin dah lama pergi tinggalkan dia. Yas, abang rindu.. syahdu.

Lagi suara hati Hedraqil yang berbicara

ENTAH kenapa perasaan Hedraqil rasa tak enak sedari tadi. Puas ‘berbual’ dengan Yasmin, Hedraqil terlelap. Bangkit sahaja, jarum jam dah menginjak ke angka 6.30 petang. Selalu waktu-waktu begini, Adelia dah lama pulang ke rumah. Kaki dijuntaikan ke bawah. Baru sahaja dia hendak menapak ke kamar mandi, telefon bimbitnya berdering nyaring. Hedraqil putar tubuh kembali. Intai skrin, tertera nama Hessa. Mengeluh dalam. Tiap kali Hessa telefon, Hedraqil macam serik nak menjawab. Risau perbualan itu akhirnya akan mengundang perbalahan dia dan Adelia. Mahu diabaikan saja panggilan Hessa, Hedraqil tak betah bila bertalu-talu telefonnya berdering. Sudahnya Hedraqil tekan butang hijau juga. Belum sempat dia nak bersuara, ayat yang meluncur pada bibir Hessa buat Hedraqil terkejung dalam sekelip mata. 189

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Hedra, datang ke hospital sekarang juga.” Zap! Hampir hendak luruh jantung Hedraqil. Hospital? Untuk apa? Siapa yang sakit? “Kak long sakit ke?” Berdebar-debar dada Hedraqil. Melalui nada suara Hessa, dia tak rasa Hessa yang jatuh sakit. “Bukan. Bukan kak long, tapi Adelia. Adelia ada dekat unit kecemasan sekarang.” Cemas suara Hessa. Liur yang ditelan mulalah terasa payau. Perasaan yang sama Hedraqil alami sewaktu dikhabarkan mengenai kemalangan yang menimpa arwah Yasmin dan kandungannya. Terduduk Hedraqil di birai katil. “Kenapa dengan dia, kak long?” Bicara Hedraqil tersekat-sekat. Tolonglah jangan katakan dia punca Adelia dimasukkan ke unit kecemasan. Lagipun dah lama sangat dia tak pukul Adelia. Mustahil Adelia jatuh sakit gara-gara dia. “Allahuakhbar, Hedra. Hedra tak tahu ke?” Suara Hessa separa menjerit. “Tahu?” Hedraqil bertambah bingung. “Adel mengandung. Petang tadi lepas habis 190

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kuliah, Didi bagitahu Adel terjatuh. Tu yang berlaku pendarahan. Didi dah bawa Adel ke hospital. Sekarang kak long pun dah dalam perjalanan ke sana. Kak long harap sangat Adel dan anak kamu berdua tak ada apa-apa.” Kelam-kabut suara Hessa menjelaskan. Lalu telefon bimbit yang digenggam oleh Hedraqil jatuh terhempas ke lantai. Mengandung? Dia tidak tersilap dengarkah? Takkanlah kerana ‘sekali’ itu dia dah berjaya cambahkan benih di dalam rahim Adelia? Meramas rambut sendiri, kepala Hedraqil mula terasa memberat.

191

Bab 28

D

UA hari bermalam di wad, hari ini Adelia dibenarkan pulang ke banglo mereka. Kalau bukan disebabkan Hessa, memang tak kuasa dia nak jemput Adelia dari hospital. Baru hati dia nak menyurut, berita mengejutkan ini hadir pada waktu yang salah. Di saat jiwa lelakinya sedang bercelaru. Kononnya benci, tapi boleh pula dia hamilkan Adelia? Dasar lelaki! “Aku nak cakap dengan kau sikit.” Sebelum Adelia berlalu masuk ke dalam kamar, Hedraqil bersuara. Membuatkan Adelia kembali menoleh pandang kea rah encik suami. Tengok wajah tegang Hedraqil, dapat dia rasakan pasti ada sesuatu yang tak enak didengar ingin Hedraqil katakan padanya. Tambahan pula, debaran hati Adelia mula berubah tak sekata. Naluri kuat mengatakan sesuatu. Jauh di sudut hati, Adelia 192

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

harap tebakannya tersasar sama sekali. “Encik nak cakap apa?” Gementar Adelia kala bertanya. “Aku nak terus-terang dengan kau.” Jeda. Lama sepasang mata menjamah raut pucat milik Adelia. “Aku nak kau gugurkan budak tu.” Sambung Hedraqil langsung tak teragak-agak. Kaki Adelia terundur beberapa tapak ke belakang. “Tak nak, saya takkan gugurkan anak ni.” Geleng kepala bersungguh-sungguh. Hedraqil ketap bibir. Geram kemahuannya disangkal serta-merta.

pabila

“Aku tak nak budak tu wujud di antara kita. Kau nak ke selepas ni dia pula yang akan jadi mangsa aku?” Tegas Hedraqil memang dah tak fikir panjang lagi. Cukup-cukuplah dia seksa hidup Adelia. Kelak tak mustahil andai zuriat itu dilahirkan ke dunia, si kecil yang tak berdosa tu pula bakal menjadi mangsa kebenciannya. “Kalau encik tak nak dia wujud, kenapa encik sentuh saya hari tu?” Tubir mata Adelia sudah mula terasa bergenang. “Aku sentuh kau sebab kau yang dah kemaruk sangat.” Senang sungguh jawapan Hedraqil. 193

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Segala kesalahan dilambakkan ke atas bahu Adelia. “Apa sekalipun alasan encik, saya takkan buang anak ni.” “Yang kau tak sudah-sudah nak ikut keras kepala kau ni apa hal, Adelia?” Emosi Hedraqil mula tergugat. Melihat baran Hedraqil, Adelia yakin memang Hedraqil tidak sudi untuk punya anak dengannya. Bahkan, pasti Hedraqil rasa tak rela dia bawa zuriat lelaki itu di dalam rahimnya. “Encik boleh pukul atau bunuh saya, tapi encik tak boleh paksa saya bunuh darah daging saya sendiri.” Pendirian Adelia tak goyah. “Habis tu kau nak aku dera budak tu bila dia lahir nanti? Kau memang nak macam tu ke?” Bertubi-tubi. Memang Hedraqil sudah nekad. Walaupun dia tahu perbuatan itu berdosa besar. Di saat minda warasnya tidak mampu berfikir dengan betul, itu sajalah jalan penyelesaian yang dia sempat fikirkan. Adelia terkebam bibir. Mata terpejam. Membayangkan sepak-terajang yang pernah mengenai batang tubuhnya, sungguh Adelia tak sanggup. Ya Allah, apa lagi yang harus dia buat? Sejak hari pertama dikhabarkan ada nyawa lain yang sedang menumpang di dalam rahimnya pun Adelia 194

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

sudah jatuh sayang pada kandungan itu. Hendak mencabut nyawa yang tak berdosa, Adelia tak sampai hati. “Sementara kandungan kau tu masih baru, waktu ni ajelah yang paling sesuai.” Bait kata yang jelas mendesak Adelia. Mendongak, Adelia cari raut wajah sang suami. Sisa semangat Adelia kutip lalu dia berdiri rapat dengan Hedraqil. Jemari Hedraqil dicapai tanpa sebarang pamitan. Dilekapkan pada perutnya yang masih kempis. “Anak ni anak encik. Dia tak minta pun untuk berada dalam rahim saya. Dah Allah S.W.T takdirkan begitu, kenapa encik nak suruh saya buang dia?” Parau suara Adelia. Cuba untuk melembutkan hati Hedraqil. Deras Hedraqil tarik tangannya menjauh. Tidak mahu hati rasa tersentuh. “Kau kena faham, Adel. Aku bencikan kau. Kalau kau lahirkan budak tu, takkan ada apa-apa pun yang berubah. Kau hanya semakin memburukkan keadaan,” tutur Hedraqil tanpa memandang wajah Adelia. Membuatkan Adelia dah tak mahu merayu lagi. Rasanya kering air liur sekalipun, Hedraqil tetap dengan keputusannya yang tak berperikemanusiaan. “Esok aku akan bawa kau jumpa Dr.

195

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Nicholas.” Putus Hedraqil tiba-tiba. Nyaris nak gugur jantung Adelia. Secepat itu ke Hedraqil sudah bertindak? “Hilang nyawa sekalipun, saya takkan benarkan encik buat anak saya macam ni.” Meninggi suara Adelia. Hilang sabar. “Kau nak melawan aku ke, Adelia?” Mengecil biji mata Hedraqil. Tiada jawapan dari bibir si isteri. Hedraqil hela nafas kuat. Sudah dapat dia agak yang Adelia takkan sesekali bersetuju dengan permintannya. “Baik, kali ni aku bagi muka dekat kau. Kau boleh lahirkan budak tu. Dengan syarat..” Jeda. Makin tak keruan detakan jantung Adelia menanti Hedraqil habiskan ayatnya. “Lepas budak tu lahir, aku tak nak tengok dia ada dekat dalam rumah ni. Serahkan saja dia pada sesiapa. Ini keputusan muktamad aku dan aku tak nak dengar sebarang alasan daripada kau lagi.” Jemari Hedraqil naik melentik di hadapan muka Adelia. Sejurus, Hedraqil menapak masuk ke dalam kamar. Menghempas daun pintu, bahu Adelia terangkat gara-gara terkejut. Perlahan-lahan jemari Adelia menyinggah pada perut. Mengusap bersama deraian air mata yang masih mengalir lesu. Dugaan apa lagi kali ini, Ya Allah? 196

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Lelah. Penat. Letih. Mungkin bila tiba masanya, Adelia pasti akan rebah sebelum sempat untuk berjuang habishabisan.

197

Bab 29

A

DELIA dah bersiap-siap untuk keluar. Sejak mengalami alahan, makanan yang dimasak sendiri Adelia dah tak lalu nak telan. Selalu dia masakkan cukup-cukup untuk perut Hedraqil seorang sahaja. Bukan dia tak rasa lapar. Tiap kali dia paksa telan masakan sendiri, pasti dia akan muntahkan kembali. Hari ni, liur terasa kecur hendak merasa masakan Bibik Noji. Nasi ayam penyet kegemarannya. Awal-awal lagi dia dah telefon Datin Khalisah. Minta sampaikan pada Bibik Noji tentang keinginannya. Aduhai, rasa tak sabar pula. Dah terbayangbayang keenakan air tangan Bibik Noji. Baru jemari hendak mencapai kunci kereta, ada suara garau yang dah mula menegur dia dari belakang. “Kau nak ke mana?” Bengkeng intonasi Hedraqil menyapanya. “Saya nak balik rumah mama.” 198

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Nak buat apa balik sana? Mengadu?” Sinis Hedraqil. Adelia geleng laju tanda menafikan. “Dah bagitahu dekat mama yang saya teringin nak makan nasi ayam penyet. Bibik Noji dah siap masak pun.” Lurus Adelia menjawab. Hedraqil tayang wajah jengkel. “Orang lain pun mengandung juga, tak ada nak tergedik-gedik macam kau. Yas pun tak pernah pula nak mengada-ngada dengan aku. Macam aku tak tahu kau sebetulnya cari peluang nak balik mengadu dekat mama dan papa kau kan?” selar Hedraqil tak sudah-sudah syak-wasangka. “Saya tak pernah simpan niat macam tu pun, encik. Takkan saya nak bercerita pada orang lain tentang hal rumahtangga sendiri?” Tegas Adelia. Apa Hedraqil ingat Adelia ni budak mentah sangat ke? Adelia masih boleh fikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. “Kalau hal dalam kelambu pun kau boleh mengadu pada kak long. Inikan pula aku pernah suruh kau buang budak dalam perut kau tu. Kau ingat aku ni bodoh sangat ya, perempuan?” tembak Hedraqil mengungkit perihal lama. Buat lidah Adelia mula terpasung pada lelangit. Sekelip mata juga, kunci kereta pada tangan Adelia dirampas. Dicampak ke atas meja. “Aku tak benarkan kau keluar. Duduk 199

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

rumah.” Hedraqil buat keputusan bagi pihak Adelia. “Tapi, encik.. saya lapar.” Adelia cuba meminta pengertian sang suami. “Dekat dapur tu berlambak makanan yang kau dah masak. Nak aku sumbat dalam mulut kau?” Terjungkit sebelah kening Hedraqil. Bicara kasar Hedraqil buat Adelia dah mati kata hendak membalas lagi. Kesudahannya Adelia terpaksa tunduk akur. Tak ada rezeki dia nak merasa masakan Bibik Noji. Kesian Bibik Noji, susah-payah masakkan untuk dia. Menarik nafas dalam, Adelia pujuk hatinya supaya tidak ambil peduli dengan layanan kasar Hedraqil. “Kejap lagi saya telefon mama, bagitahu yang saya tak jadi nak ke sana.” Hampir tidak kedengaran. Seraya mengheret kaki mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Ikutkan hati yang terasa, memang dah lama Adelia meraung. Namun sampai bila dia nak bazirkan air mata untuk sesuatu yang sia-sia? Adelia harus kuat. Sebab selepas ini entah apa-apa ujian lagi yang harus dia lewati. If Allah knows you can’t handle it, He won’t test you with it. Allah promised us that He does not burden a soul beyond that it can bear. 200

Bab 30

L

EBAR senyuman Adelia bila kelibat Hessa muncul di hadapan banglo Hedraqil. Tengok tangan Hessa yang penuh membawa bungkusan makanan, makinlah hati Adelia rasa berbunga-bunga. Hessa macam tahu-tahu aje yang dia dah lama tak boleh sentuh air tangan sendiri. “Banyaknya makanan,” tegur Adelia ceria. Hessa balas dengan sebuah senyuman. Plastik-plastik yang dibawa diletakkan ke atas meja. Sinsing lengan baju kurung, dah bersedia nak hidangkan untuk makan malam mereka bertiga. “Kebetulan ada pasar malam waktu nak datang ke sini, tu kak long sempat singgah. Adel tak makan lagi ke? Nampak macam orang tengah lapar.” Kening Hessa berkerut. “Adel ada masak. Tapi tekak ni dah tak

201

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

lalulah nak makan air tangan sendiri,” bagitahu Adelia seakan mengadu. Sepanjang hari, sebutir nasi pun belum masuk ke perut. mata.

Adelia hanya jamah air kosong aje semata-

“Biasalah tu, orang mengandung ni ragamnya memang lain-lain. Nanti kandungan dah lebih empat bulan, habislah alahan Adel tu. Kak long ni walaupun tak kahwin lagi, kak long tahu jugalah serba-sedikit. Perhati orang di sekeliling.” Bibir dan jemari Hessa sama-sama bekerja. Ligat jemari mencapai pinggan dan mangkuk. Nak tergelak pun ada bila dia baru keluarkan ayam panggang dari bungkusan plastik, Adelia dah sibuk nak mencubit. Alahai, lapar sangatlah tu. dulu.”

“Kalau Adel lapar sangat, Adel makanlah

“Eh, tak apa. Adel tunggu kak long dan Hedra sekali.” Sebut tentang Hedra, baru Hessa teringatkan adik lelakinya itu. “Hedra dekat mana?” “Dekat atas rasanya.” Adelia jawab ragu-ragu. Hari ni boleh dikira berapa minit aje pun dia sempat pandang wajah Hedraqil. Selebihnya Hedraqil lebih banyak berkurung di dalam bilik. Rasa-rasanya 202

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hessa datang ni pun Hedraqil mungkin tak sedar. Kepala Hessa terangguk-angguk dengan jawapan Adelia. Siap hidangkan makanan, Hessa tumpukan perhatian pada Adelia. Duduk dilabuhkan di hadapan Adelia. “Adel dah mula buat persiapan?” Soalan yang langsung Adelia tak jangka. “Persiapan apa, kak long?” “Persiapan nak sambut ahli keluarga baru.” Bibir Hessa muncung pada perut Adelia yang dah berusia tiga bulan. “Awal lagi ni, kak long.” Adelia jawab bersama senyuman pahit. “Kalau kak long, anak pertama nilah kak long teruja nak beli barang-barang bayi. Hedra tak ajak Adel keluar beli barang-barang bayi?” Zap! Rasa macam ada belati yang membelah jiwa. Hedraqil nak ajak dia keluar untuk beli barang keperluan bayi? Dalam mimpi sajalah. Sedangkan si kecil ini pun pernah Hedraqil suruh lenyapkan dari muka bumi. “Nanti kut, kak long. Lagipun jantina pun tak tahu lagi.” “Betul juga tu. Baju mengandung dah beli? Nanti bila kandungan dah makin besar, Adel dah tak boleh pakai baju-baju Adel sebelum ni. Tak muat 203

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dan tak selesa.” Seperti orang berpengalaman Hessa lagaknya. “Err.. kak long boleh temankan Adel beli baju mengandung tu? Adel tak pandai nak pilih.” “Laa.. buat apa susah-susah nak beli? Baju arwah Yasmin waktu mengandungkan anak Hedra kan masih elok?” Laju saja Hessa berikan cadangan. Adelia mati akal. Nak pakai baju milik arwah Yasmin? Nak tempah maut silakanlah. Hedraqil mana suka dia sentuh apa sahaja barang peninggalan arwah Yasmin. “Kalau tak silap, kak long ada kemas dan letak baju-baju mengandung arwah dekat dalam bilik tetamu juga. Jom, ikut kak long. Kita cuba tengok dekat atas.” Tak sempat Adelia nak menolak, Hessa dah laju menarik tangannya. Kesat liur yang Adelia telan tatkala membontoti langkah kaki Hessa. Peluh pada dahi mula merenik halus.

LEBAR senyuman Hessa melihat penampilan Adelia. Adelia nampak manis dalam sepersalinan gaun mengandung berwarna biru lembut. Mulamula Hessa sekadar cuba nasib aje kalau-kalau baju mengandung peninggalan arwah Yasmin masih ada di situ. 204

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Dah lama kak long letak baju tu kat sini. Baju tu pun kak long tolong kemaskan selepas beberapa hari Yasmin dikebumikan. Nak masuk letak dalam bilik Hedra, Hedra banyak berkurung masa tu. Lagipun macam tak sesuai waktu Hedra bersedih, kak long sibuk nak tayang barang peninggalan arwah.” Hessa buka cerita tanpa dipinta. long.”

“Adel rasa Adel beli lain ajelah nanti, kak “Kenapa? Adel takut Hedra marah ya?”

Adelia terdiam. Tak tahu nak iakan atau nafikan. Hessa senyum. Menyentuh bahu Adelia, mengusap-usap perlahan. “Kalau Adel rasa tak selesa, tak payahlah pakai. Kak long faham. Nanti ada masa kak long temankan Adel beli baju mengandung tu,” ujar Hessa mulai mengerti akan riak keruh di wajah Adelia. Lega hati Adelia dalam sekelip mata. Belum sempat Adelia nak bersuara, gelagat Hessa menepuk dahi buat kening Adelia berkerut seketika. “Kenapa, kak long?” Kening Adelia hampir hendak bercantum. “Kak long lupa yang kak long belum solat Asar lagi. Kak long solat dulu, nanti Adel panggil Hedra turun makan dekat bawah. Tak payah tunggu kak long pun tak apa.” Kelam-kabut Hessa minta diri lalu bergegas ke bilik sebelah. Bilik yang memang

205

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dah dijadikan bilik khas untuk Hessa tiap kali dia bermalam di situ. Hilang kelibat Hessa, Adelia dah beruraura nak tanggalkan baju mengandung yang masih membaluti tubuhnya. Belum sempat dia hendak leraikan pakaian itu dari tubuh, pintu bilik terasa dikuak oleh seseorang. Serentak Adelia berpaling. Berdiri sekujur tubuh tegap milik Hedraqil. Wajah lelaki itu berubah tatkala memandang dirinya. Perasan hala tuju pandangan Hedraqil, paluan jantung Adelia mula berubah rentak. lehet.

“Baju siapa yang kau pakai tu?” Soalan jerut

Dan sesuatu yang Adelia takuti telah pun berlaku. “Mana kau dapat?” “Sa.. saya.. saya..” Gugup semata-mata. Kalau boleh, Adelia terasa mahu menjadi halimunan saat ini juga. Kerana dah acap kali Hedraqil berikan amaran, dia pula seolah-olah langsung tak makan saman. “I’m asking you, Adelia Khadeeja. Mana kau dapat baju tu?” Kali ini Hedraqil dah mula merapat. Nada suara pun dah naik satu oktaf. “Saya cuma..” 206

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kau ni memang jenis payah nak dengar cakap aku kan? Berapa kali kau nak aku pesan yang aku tak suka kau sentuh baju isteri aku??” Bergempita suara Hedraqil. Tengok Hedraqil meluru, Adelia automatik berundur beberapa tapak ke belakang. Tak sempat nak selamatkan diri bila rambutnya terasa dicekak oleh Hedraqil. Hedraqil seakan sudah kelihatan hilang kawalan. Pipi Adelia ditampar berulang-kali. Malah tubuh Adelia turut dihumban ke atas katil. Langsung terlupa dengan keadaan Adelia yang berbadan dua. Baru Hedraqil nak layangkan penampar buat kesekian kalinya, jeritan Hessa yang menerjah masuk buat wajah Hedraqil pucat tak berdarah. “Ya Allah, Hedra! Hedra nak bunuh isteri dan anak Hedra ke, hah??” Hessa meluru bersama telekung yang masih belum sempat ditanggalkan. Menolak tubuh Hedraqil yang jelas terpingapinga, Hessa bawa Adelia rapat ke dalam dakapan. Menggigil seluruh tubuh Hessa. Andai kata dia benar-benar terlambat tadi, tak mustahil Adelia bakal hilang nyawa hari ini. “Syaitan apa yang dah merasuk kamu ni, Hedra? Kamu dah gila ya?” Lagi kemarahan yang dihamburkan pada Hedraqil. Makin menyakitkan hati Hessa, Hedraqil dilihat menonong hendak berlalu keluar dari bilik. 207

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dah puas balun anak orang, Hedraqil boleh cabut lari macam tu aje? “Kak.. kak long, ss.. sakit. Adel sakit, kak long. Anak Adel..” Adelia tuding jemari menunjukkan pada celah kelangkangnya yang dah mula terasa basah. Turun pandangan ke bawah, kepala Hessa semedan rasa berpinar-pinar. Darah! Lalu sepasang kaki yang baru hendak meninggalkan ruangan kamar terpaku pada lantai bumi sebaik saja mendengarkan jeritan Hessa yang nyaring.

208

Bab 31

P

ERASAAN yang sama pernah Hedraqil alami. Perasaan peritnya melalui sebuah kehilangan. Walaupun doktor khabarkan keadaan Adelia dan kandungannya sudah stabil, entah kenapa rasa bersalah seakan tak mahu pergi. Masih mengekori Hedraqil ke manamana sahaja. “You almost killed them, Hedra.” Suara Hessa. Jelas terkandung nada kecewa. Hedraqil renung jemari sendiri. Ya, jemari yang sama hampir meragut nyawa Adelia dan bayi mereka. Andai kata Hessa terlewat tiba walaupun seminit, mungkin saja Adelia bakal menjadi arwah di tangan suami sendiri. Menyesal? Entahlah, Hedraqil masih keliru. “Kenapa sampai macam ni, Hedra?” Suara Hessa kedengaran seakan ingin menangis. 209

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil menapak longlai dan labuhkan duduk pada kerusi yang disediakan berhampiran. Meraup wajah, jelas Hedraqil sedang berperang dengan perasaannya sendiri. “Bawa dia pergi, kak long. Sebelum tangan ni sendiri..” “Tergamak ke, Hedra? Sanggup ke Hedra bunuh isteri dan anak Hedra?” “I almost killed her. Kak long sendiri yang cakap. Kak long nak perkara tu betul-betul terjadi ke baru kak long nak menyesal?” Suara Hedraqil meninggi. Andai saja Hessa mengerti yang dia benci menjadi diri orang lain selama ini. Andai saja Hessa tahu perasaan yang menghimpit tiap kali dia tersedar selepas menyakiti Adelia. “Kak long takkan faham Hedra..” “Lawan perasaan tu, Hedra. Syaitan memang nak tengok Hedra hanyut. Syaitan memang nak Hedra lawan qada’ dan qadar Allah S.W.T. Makin jauh Hedra dengan Allah, makin seronok syaitan kuasai Hedra.” Nasihat Hessa membuatkan Hedraqil tersenyum pahit. “Hedra dah cuba. Hakikatnya, Hedra tetap tak mampu terima Adelia.”

210

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kenapa?” “Tolonglah, kak long. Bawa dia pergi dari sisi Hedra. Hedra tak nak jadi pembunuh. Kalau kak long tak nak fikirkan Hedra, fikirkan dia. Hedra dah tak nak seksa dia lagi, kak long. Hedra tak boleh terima dia. Sampai bila-bila pun tak boleh.” “Kak long ingat bila kak long bawa orang yang seiras dengan arwah Yasmin, Hedra akan mampu pulih seperti dulu. Kak long dah tersilap. Kak long cepat sangat buat konklusi sedangkan..” “It’s hurt to lose someone you love, kak long.” Bergetar nada suara Hedraqil. “Maksud Hedra?” Hessa kerutkan kening. Tiba-tiba ayat itu terpacul, haruslah dia menjadi keliru untuk seketika. Menoleh, Hedraqil lemparkan pandangan kosong. Tubuh diangkat berdiri kembali. “Just take her away from me. Kalau boleh, biarlah terlalu jauh supaya Hedra tak perlu jumpa dia lagi.” “Anak Hedra?” “Hedra tak ada anak selain anak Hedra dengan arwah Yasmin. Itu pun Yasmin dah bawa pergi sekali. I’m begging you, kak long. Bawa dia pergi sebab Hedra dah tak mampu nak sakiti dia lagi.” Menoktahkan ayat seraya Hedraqil seka air matanya yang hampir hendak mengalir lewat birai mata. 211

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil melangkah tanpa menoleh lagi. Melorot jatuh saat kaki sudah terasa lembik seperti agar-agar. Terduduk melutut bertongkatkan lantai bumi. “Abang..” namanya.

Gemersik

suara

memanggil

Hedraqil dongak. Tiada sesiapa di situ. Kosong. Bahkan kelibat manusia yang lain pun tiada kelihatan. Hanya deru angin yang bertiup lembut. Namun suara itu masih menemani dirinya. Seperti selalu. Setiap kali Hedraqil sedang berduka lara. “Lepaskan Yas pergi, abang. InsyaAllah, lepas ni abang akan temui bahagia abang.” Ayat yang sama. Malang, untuk melakukannya bukanlah sesuatu yang mudah. Goodbye doesn’t mean the end, it does not say forever. It just means that we will soon meet again. InsyaAllah, mungkin di syurga sana.

212

Bab 32

H

ESSA tersepit. Puas dia nasihatkan Adelia supaya balik ke rumahnya, Adelia tetap berkeras hendak pulang ke banglo Hedraqil. Bila difikirkan semula, memang Hessa menyesal temukan Adelia dan Hedraqil. Hessa ingat keadaan akan bertambah baik. Tersilap tanggapannya kerana dia bukan sahaja menyeksa Hedraqil, bahkan dia turut menyusahkan jiwa yang lain. Jiwa Adelia Khadeeja. “Kak long minta maaf. Kak long yang patut dipersalahkan atas apa yang dah berlaku.” Bicara yang sarat menanggung rasa terkilan. Tika ini, mereka berdua masih berada di dalam kereta Hessa yang terparkir di hadapan banglo Hedraqil. Sejak dimasukkan ke wad, Hedraqil langsung tak datang menjenguk. Sepi tanpa sebarang berita.

213

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kak long dah lupa ke Adel sendiri yang sanggup lakukan semua ni dari awal? Dulu kak long bagi Adel peluang untuk tarik diri, tapi Adel yang tekad nak teruskan.” Adelia berbicara bersama pandangan jauh melihat ke hadapan. Entah apa yang Adelia renungkan pun Hessa tak tahu. Pasti, Adelia sendiri sedang mengumpul kekuatan untuk berdepan kembali dengan si suami. “Hedra minta kak long bawa Adel jauh. Sebab tu kak long tak nak..” “Kak long takut Hedra pukul Adel lagi?” tembak Adelia seraya memusatkan pandangan tepat ke wajah Hessa. Hessa jatuhkan kepala mengiyakan. Semenangnya itulah yang membuatkan hatinya libang-libur. Terdiam Adelia untuk sejenak. “Adel.. keterlaluan tak kalau kak long minta Adel berpisah dengan Hedra?” Permintaan yang membuatkan nafas Adelia seakan mahu terhenti. “Adel tak nak macam ni pengakhiran rumahtangga kami, kak long. Anak ni anak Hedra. Adel tak sampai hati biarkan anak ni lahir tanpa seorang ayah. Dan Adel pun tak mahu pengorbanan Adel dari mula bertukar sia-sia.” Suara Adelia berubah serak. Meluahkan isi hati supaya Hessa bisa memahami. “Tapi Hedra tak nak anak tu, Adel. Kak

214

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

long tak nak Adel dan kandungan Adel jadi mangsa keganasan Hedra lagi lepas ni. Andai kata sesuatu betul-betul terjadi pada Adel, kak long tak mampu nak maafkan diri sendiri.” Jemari Adelia diraih lalu dielus lembut. Bukan niat Hessa mahu meruntuhkan masjid yang baru saja dibina. Tapi kalau asas binaan sudah semakin tidak kukuh, untuk apa dipertahankan lagi? Melihat Adelia jauh termenung, Hessa mula tunduk menggali nafas. “Kes ni nyaris jadi kes polis. Mujurlah lebam dekat pipi Adel tu tak ketara. Tu tandanya Allah S.W.T. masih nak tutup aib Hedra. Kalau tidak, tak mustahil pihak hospital akan buat laporan polis. Hedra pun mungkin dah meringkuk dalam penjara. Hedra tahu yang Adel tak nak buat laporan polis, tapi Adel tengoklah sendiri ada ke dia rasa menyesal dengan apa yang dah dia buat? Tak ada, Adel. Dia tetap nak junjung ego dia tu juga. Kak long malu pada Adel..” gumam Hessa meluahkan rasa kecewa yang tak bertepi. “Dah begini takdir hidup Adel, kak long. Adel terima..” “Tak boleh terlalu menyerah, Adel. Jadi perempuan ni, kadang-kadang kita kena kuat. Kak long tak nak Hedra berterusan tindas Adel. Adel ikut kak long ya? Jangan kembali ke banglo ni lagi.” Masih cuba untuk memujuk.

215

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hampa, pujukannya seakan tak berbekas di hati Adelia. “Adel akan pergi, kak long. Tapi biarlah waktu tu Hedra betul-betul dah lepaskan Adel. Selagi Adel masih isteri dia, Adel akan kekal dekat sini. Kak long jangan risau. Doakan yang baik-baik untuk Adel dan anak Adel.” Jawapan yang membuatkan jiwa Hessa terasa hendak meraung. Masih tidak nampakkan Hedraqil? Tetap butakah hati Hedraqil untuk menilai? Kelak Hessa sanggup potong jari, Suatu hari nanti andai Adelia benar-benar sudah pergi, Hedraqil pasti akan menyesal buat seumur hidupnya. Saat Adelia tolak pintu kereta dan jejakkan kaki memijak lantai bumi, Hessa tahu yang dia takkan mampu mengubah pendirian seorang Adelia. Adelia itu usianya sahaja muda. Tapi pemikiran dia matang mengalahkan Hedraqil sendiri. “Adel betul ke tak nak berpatah semula?” “Syurga Adel ada dekat dalam sana, kak long. InsyaAllah, selagi gelaran tu belum Hedra lucutkan, Adel takkan keluar dari banglo tu.” Jemari Adelia lurus menuding banglo mewah yang tersergam indah di hadapannya. Sekaligus membuatkan bibir Hessa automatik terkunci rapat.

216

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Memujuk, sudah. Menasihati pun, sudah. Jika putih kata Adelia, maka putihlah. Hessa sudah tidak mahu mendesak lagi. Bimbang jiwa Adelia akan semakin terbeban. Cukup-cukuplah dengan beban yang dah terpaksa gadis itu lalui. Hessa dah tak mahu menambah lagi. Pergilah, Adel. Jika ini kemahuan Adel. Moga Allah S.W.T akan sentiasa melindungi wanita sebaik Adel. Doa penuh kudus Hessa buat Adelia. Tak henti-henti dilafazkan dalam hati sehinggalah lambaian terakhir Adelia menyapa pandangan matanya.

217

Bab 33

B

ERTEMBUNG pandangan dengan encik suami, Adelia kawal rasa gementarnya. Apatah lagi saat kaki Hedraqil mula merapati dirinya. Wajah lelaki itu tegang tanpa secalit senyuman. Ah, macamlah Adelia tak biasa. Selama mana Adelia bergelar isteri kepada Hedraqil, mana pernah Hedraqil hadiahkan senyuman manis bergula untuknya? “Kenapa kau balik ke sini lagi?” Dingin. Hedraqil berdiri berpeluk tubuh merenung Adelia tak ubah Adelia itu seorang penceroboh yang dah menyelinap masuk ke kediamannya. “Kenapa encik tak jenguk saya di hospital? Saya tunggu encik datang.” Soalan berbalas soalan. Yang sebenar, hati sudah mula terasa sebak. Yang sejujurnya, tubir mata sudah mula 218

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

terasa panas. Hedraqil tergelak perlahan. “Kau rasa aku ni baik hati sangat ke nak hantarkan perempuan yang aku sendiri dah cederakan? Kalau dah pipi kau tu lebam sebab aku, memang tak kuasa aku nak jenguk kau dekat sana. Earth to, Adelia.” Wajah Hedraqil sikit pun tak ada riak bersalah. “Tapi saya isteri encik. Tak ada sekelumit ke simpati encik untuk saya?” Hampir tidak terluah suara Adelia dek dihurung sebak. “I’ve told you many times. Aku tak ada isteri selain Yasmin. Aku juga takkan ada anak selain anak aku dengan Yasmin. Sama ada kau nak faham atau tidak, aku tak peduli. Yang aku tahu, aku akan seksa sampai kau sendiri yang mengalah. Sebelum ni mungkin pipi kau aje yang lebam, jangan sampai sikit masa lagi jasad tak bernyawa kau pula yang kak long dan keluarga kau terpaksa pangku.” Turun naik dada Hedraqil sewaktu berbicara. “Sampai macam tu sekali kebencian encik pada saya?” Hedraqil senyum sinis. “Jadi sekarang kau dah menyesal belum? Sebaik saja kak long paksa aku kahwini kau, memang hanya derita yang aku akan bagi pada kau. Aku tak fahamlah kenapa kau masih bodoh

219

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nak bertahan dengan aku? Dah macam-macam aku buat. Dah macam-macam juga aku maki kau. Tapi kau tetap berlagak nak jadi isteri mithali. Kau dapat apa berkorban hingga sejauh ni?” Kata-kata kasar dihamburkan pada Adelia yang mulai menunduk menekur hujung jemari kaki. Dilontar dengan bicara yang membelah sekeping hati, hinggakan Adelia hilang suaranya untuk seketika. Kebisuan Adelia buat Hedraqil dah tak betah nak berlama lagi. Mahu angkat kaki, elok pula suara Adelia kembali memecah kesunyian. “Encik akan lepaskan saya?” Soalan maut yang buat leher Hedraqil terjerut. Tiba-tiba saja hati Hedraqil terasa sakit. Aneh, kerana sejak dulu bukankah soalan ini yang Hedraqil nantikan? Ingin berlagak biasa, Hedraqil tayang wajah sehabis tenang. “Sejak dulu lagi aku memang tak pernah alu-alukan kehadiran kau.” Kiasan makan dalam. “Saya mengandung, encik. Encik sanggup nak lepaskan saya sewaktu saya hamilkan zuriat encik?” soal Adelia bersama kelopak mata yang dah mula terkedip-kedip. Malangnya.. “Then, kill the baby. So that, you don’t have other reasons to make me stay.” Tak bernada suara garau Hedraqil sewaktu meluahkan kata. Wajah

220

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

lelaki itu juga tiada terkesan riak serba-salah. Merenung wajah Hedraqil, hati Adelia terasa seperti disiat-siat. Bibir bergetar. Dada bagaikan dihempap kuat. asalnya.

Hati sudah tidak kelihatan seperti bentuk Hancur-lumat.

Jadi inilah rupa sebenar lelaki yang dia kahwini? Kejam dan langsung tak punya perasaan. Sepatutnya Adelia tidak sesekali libatkan diri ke dalam hidup Hedraqil. Hedraqil tak pernah kisah. Andai ditakdirkan dia mati sekalipun, pasti Hedraqil bakal bertepuk tangan semata-mata. “Terima kasih sebab sudi berterus-terang dengan saya.” Dan luluhnya bicara seorang isteri tetap tidak mampu melembutkan hati seorang Hedraqil. Undur satu langkah ke belakang, Hedraqil pusing tubuh dan terus berlalu pergi. Tepuk dada sendiri berulang-kali, Adelia pujuk supaya hati tak terus meratapi. Sometimes you need to give up on people, Not because you don’t care but because they don’t.

221

Bab 34

L

ENA Adelia terganggu saat jeritan Hedraqil kuat kedengaran hingga ke biliknya. Serentak dengan bunyi deraian kaca. Bergegas Adelia turun dari katil. Meluru pada bilik Hedraqil, Adelia dah tak teragakagak nak terjah masuk. Saat pintu terkuak luas, terasa nyawa Adelia seakan hampir melayang. “Allah.. apa yang encik cuba buat ni?” Terus Adelia menerpa dan melutut di hadapan Hedraqil. Tengok bibir Hedraqil yang menggeletar, dia yakin emosi Hedraqil memang dah tak terkawal saat ini. Melingas Adelia mencari sesuatu untuk membalut jemari Hedraqil yang luka teruk. Pandang cermin meja solek yang dah berderai, mengertilah Adelia kini. “Kenapa cederakan diri sendiri, encik?” Dah hampir nak menangis bila melihat darah Hedraqil menitik-nitik di atas lantai. 222

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Keluar..” Sepatah perkataan yang terbit dari bibir pucat Hedraqil. Langsung tidak sudi memandang wajah Adelia. Dada bidang Hedraqil turun naik melawan alunan nafas yang menderu hebat. “Saya bersihkan luka encik tu dulu. Encik jangan ke mana-mana.” Sempat memberikan arahan supaya Hedraqil tidak berganjak. Serpihan kaca berselerakan, bimbang kaki Hedraqil pula yang bakal menjadi mangsa nanti. Tengok darah yang berlumuran pada tangan lelaki itu pun Adelia dah boleh agak luka lelaki itu memang agak serius. “Keluarlah, aku tak perlukan pertolongan sesiapa.” Lagi suara Hedraqil yang bergema. Tidak endahkan arahan Hedraqil, sebaliknya Adelia dah bingkas berdiri untuk mencari peti kecemasan. Kalutnya Adelia hinggakan tak sedar kaki sendiri rupa-rupanya dah terlebih dahulu memijak serpihan kaca. Darah memenuhi setiap langkah kaki Adelia. Adelia sikit pun tak berdesis. Kekalutan membuatkan Adelia tidak sedar dengan keadaan sendiri. Adelia.

“Adelia!” seru Hedraqil cuba menghentikan

“Kejap, encik. Saya cari peti kecemasan dulu. Encik tahan ya? Saya tahu encik sakit,” tutur Adelia bersama lelehan mutiara jernih yang dah mula 223

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

melewati pipi. Adelia menangis bukan kerana sakit pada kaki gara-gara terpijak kaca. Tapi Adelia menangis kerana dia yakin dialah punca lelaki itu tega mencederakan diri sendiri. Oh, Tuhan. Kenapa harus begini? “I said stop it, Adelia!” jerkah Hedraqil sekaligus menarik lengan Adelia hinggakan gadis itu terdorong beberapa tapak ke hadapan. Kuat lengan Adelia dicengkam. Hinggakan wajah Adelia sudah mula berkerut tidak selesa. Pandangan bersabung. Beradu tepat di antara satu sama lain. “Kau tak dengar ke apa aku cakap? Stop it. Tolonglah..” rayu Hedraqil seraya melorot jatuh ke atas lantai. Saat Hedraqil kembali mendongak pandang, Adelia terkedu untuk sesaat. Birai mata Hedraqil kelihatan bergenang. Adelia cuba untuk mendekat, terlebih dahulu disekat oleh sebaris ayat dari bibir sang suami. “Jangan dekat dengan aku!” Empat patah perkataan. Namun kesannya cukup mendalam. “Saya..” Tergantung bicara Adelia saat Hedraqil campakkan kain yang membaluti tangannya tepat ke hujung kaki Adelia. 224

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Seolah-olah tidak sudi dirinya disentuh oleh Adelia. Jijik sangatkah Hedraqil dengannya? Walhal Adelia ubatkan fikirkan orang terangan, bibir tergam kemas.

niat sebenar di hati Hedraqil nak kaki sendiri dahulu sebelum Adelia lain. Nak bagitahu secara terangHedraqil tak berdaya. Rasa seakan

“Tak boleh ke kalau encik biar saya ubatkan luka encik tu dulu?” “Aku tak perlukan kau.” “Encik..” “Berambus, Adelia. Berambus!” Kasar bicara Hedraqil. Menghalau Adelia supaya berlalu. Dada Adelia sesak. Dah tak mampu nak memaksa lagi pabila lelaki itu sudah mula berpusing membelakangkan dirinya. Walaupun dia tidak dapat melihat Hedraqil, dia tahu Hedraqil sedang menangis. Bahu Hedraqil jelas kelihatan bergegargegar. “Yas..” Dan saat sebaris nama Yasmin juga yang tetap meniti pada bibir Hedraqil, Adelia tunduk pasrah. Meskipun jiwanya terhimpit. Meskipun dadanya terasa bagaikan baru dihentak dengan sesuatu yang keras. Dia,

selama-lamanya 225

takkan

mampu

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

menggantikan tempat arwah Yasmin. Sedarlah diri, Adelia. Menarik nafas dalam, Adelia hembus kembali perlahan-lahan. Cuba memujuk hati yang dah retak berderai. Jika suami sendiri dah tak sudi, untuk apa dia tersua-sua lagi? Mengundurkan langkah ke belakang, Adelia heret sepasang kaki yang dah mula terasa pedih. Akur pada permintaan Hedraqil, bukan bermakna dia akan membiarkan lelaki itu menanggung kesakitan sendirian. Hessa? Mungkin Hessa sahaja yang dapat membantu Hedraqil malam ini. Jemari yang menggeletar mula mencapai telefon bimbit. Nama Hessa dicari sebelum butang memanggil ditekan. Tak tunggu lama, panggilan bersambung. Adelia.

“Kak long, ni Adel ni..” Bergetar intonasi

“Ya, Adel. Ada apa?” Dengar suara Adelia, tubuh Hessa tegak. Hilang terus rasa mengantuknya. “Kak long boleh tak datang sini?” “Hedra pukul Adel lagi ke?” Dada Hessa berdebar-debar. Minta dijauhkan andaian buruknya itu. “Tak.” Sepatah jawapan Adelia. “Habis tu?” 226

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Ada banyak darah pada Hedra, kak long. Adel takut. Tapi Hedra tak nak Adel tolong dia. Kak long datang cepat ya?” Usai noktahkan ayat, telefon bimbit Adelia jatuh terkulai ke sisi. Menarik rapat kedua-dua belah lutut, Adelia sembamkan wajah di situ. Tersedu-sedan Adelia lepaskan tangisannya. Biarlah dia menangis sepuas hati untuk malam ini. Supaya sedikit-sebanyak tangisan itu bakal menjadi ubat yang bisa membasuh luka.

227

Bab 35

B

ELAKANG tubuh yang sedang menghadap ke luar balkoni didekati. Lama Hessa berdiri tanpa sepatah kata. Hendak mulakan ayat pun Hessa dah tak reti. Saat sepasang mata turun pada tangan Hedraqil yang dah berbalut kemas, nafas terasa semakin memberat. “Why did you do that, Hedra?” Sunyi-sepi. Tiada jawapan dari bibir Hedraqil. Memaksa Hessa mula menyentuh bahu Hedraqil. Tersentak, jelas Hedraqil sebenarnya langsung tidak sedar akan kewujudan dia sedari tadi. Menoleh, pandangan mereka bersabung. Lelah hati Hessa bila dia lihat wajah Hedraqil kusam tak bermaya. Hedraqil nampak teruk sekali. “Hedra dah tak boleh hidup dengan dia. Betul-betul dah tak boleh.” “Kenapa?” 228

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kak long nak tengok salah seorang di antara kami gila?” selar Hedraqil buat Hessa terkelu tanpa sebarang balasan. Benar-benar tersilapkah dia selama ini? Ikhlas niat dia hendak membantu Hedraqil. Malangnya keadaan langsung tidak berubah. Apa pandangan mata kasar dia dapat lihat, hanya dua jiwa yang semakin terbeban dengan perkahwinan ini. “Kak long cuba nak tolong Hedra..” “Dah banyak kali Hedra cakap. You’re not helping me.” Senyum pahit terukir pada bibir Hedraqil. Jika Hessa berada di tempatnya, pasti Hessa akan mengerti. Membenci dan dalam waktu yang sama juga menyayangi. Bukankah hebat pertarungan dua rentak perasaan itu? “Jadi Hedra betul-betul nak lepaskan Adel?” Pertanyaan Hessa, seakan tidak mampu dijawab oleh Hedraqil. “Sekurang-kurangnya bagi kak long satu sebab. Why, Hedraqil?” Suara yang jelas kedengaran berbaur kecewa. Kalau dah sampai ke tahap mencederakan diri sendiri, bermakna rumahtangga Hedraqil mungkin dah tak mampu nak diselamatkan lagi. Tunduk menggali nafas, Hedraqil panggung wajahnya semula. Cari anak mata Hessa lalu.. 229

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Because I don’t want to get hurt again. Hedra makin sakit kalau teruskan perkahwinan kami, kak long.” Senafas Hedraqil tuturkan. Kebetulan juga saat itu kelibat Adelia muncul di dalam kamar Hedraqil. Menyedari ada susuk tubuh lain yang turut menghuni ruangan kamar, kedua-dua menoleh ke muka pintu. Berdiri Adelia menatang dulang yang dah siap tersedia sarapan buat Hedraqil. Deras sahaja Hedraqil larikan pandangan. Bukan sebab dia dah tak sudi nak jamah wajah Adelia. Tapi sebab dia dah tak mampu nak pandang wajah wanita yang langsung tak pernah membuat dosa dengannya. “Encik..” Suara halus Adelia menyeru namanya. Dulang diletakkan di atas meja. Hedraqil keraskan tubuh. Terpaksa berpaling saat lengannya terasa ditarik oleh Adelia. Tanpa isyarat, telapak tangan Adelia melekap pada dada bidang sang suami. “Kalau kata..” Bicara Adelia tergantung. Tak semena pula rasa sebak itu datang menujah ke sudut hati. Hendak meneutralkan perasaan sendiri, Adelia cuba tunduk menggali nafas. Lantas dihela perlahan-lahan bersama mata terpejam. Yakin dia sudah perolehi sedikit semangatnya yang menghilang, Adelia beranikan diri untuk menentang wajah Hedraqil. 230

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kalau kata saya pergi, rasa ‘sakit’ tu masih akan ada di sini?” Hangat telapak tangan Adelia pada dadanya, seakan menghantar satu rasa. “Kalau kata saya pergi, encik takkan cederakan diri encik lagi?” Lagi soalan yang termuntah pada bibir Adelia. Suara Adelia semakin serak. “Dan kalau kata saya pergi, boleh encik janji yang encik akan cari bahagia encik selepas ini?” Bertalu-talu soalan meluncur pada bibir Adelia. Membuatkan Hedraqil semakin tak mampu untuk bertahan. Menolak jemari Adelia menjauh, Hedraqil cuba letakkan egonya di kedudukan paling teratas. “Aku akan lebih bahagia kalau kau tak pernah wujud dalam hidup aku, Adelia.” Lalu retak kembali sekeping hati yang dah berulang-kali digam oleh Adelia. “Jadi, saya akan pergi. Supaya selepas ni encik akan temui bahagia encik.” Putus Adelia buat Hessa jatuh terduduk di birai katil. Rasa hendak meraung. Rasa seperti mahu diputarkan kembali waktu yang dah pun berlalu. Malangnya, segala-galanya sudah benarbenar terlambat. Melihat Adelia memusingkan 231

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

tubuh lalu mendapatkannya, Hessa rasa air mata sudah tidak mampu hendak diperam lagi. Muntah juga isinya mengalir pada pipi. “Kak long, esok kak long bawa Adel keluar dari sini ya? Hari ni Adel nak kemas semua barangbarang Adel dulu.” Bicara Adelia mungkin nampak tenang, tapi gelodak di dalam tak mungkin Adelia mampu sorokkan. Sepasang mata nan suram itu terlebih dahulu menceritakan segala derita. “Adel, kak long minta maaf..” “Bukan salah kak long.” Adelia senyum. Mati senyuman Adelia pabila suara garau Hedraqil kembali mengetuk gegendang telinganya. Saat itu, Hedraqil sedang berpapasan dengan tubuhnya. “Tentang anak tu, kau boleh bawa dia pergi. Aku takkan tuntut dari kau.” Noktahkan ayat sebelum Hedraqil bawa diri menghilang di sebalik kamar. Meninggalkan Adelia yang dah mula dipeluk erat oleh Hessa. Pada bahu Adelia, Hessa terhingguthinggut melepaskan tangisan. Adelia bingung. Hati dia terasa perit. Hinggakan kedua-dua belah kakinya sudah mula terasa lembik. Namun kenapa air mata seakan kering hendak mengalir pada pipi?

232

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“He hates me so much. Kan, kak long?” soal Adelia menayang wajah polosnya. Sekaligus membuatkan tangisan Hessa semakin bertambah lebat. Tiada jawapan untuk pertanyaan Adelia. Kelak andai Hessa berikan jawapan, Hessa risau Adelia dah tak mampu nak berlagak kuat seperti ini lagi. Nothing is worse than when someone who’s supposed to love you just leaves.

233

Bab 36

A

DELIA zip bagasi terakhir miliknya. Di luar kamar, Hessa sudah sedia menanti. Pandangan ditebarkan ke sekeliling kamar. Cuba merakam kenangan terakhir. Kelak, mungkin sepasang kaki takkan mampu untuk menjejak ke sini lagi. “Dah siap, Adel?” Pusing tubuh sedikit, Adelia jatuhkan kepala tanda mengiyakan. “Kak long bawakan bagasi ke kereta ya?” “Tak apa, nanti Adel bawa turun.” Cuba menghalang. Terlebih dahulu bagasi sudah bertukar tangan. “Adel kan mengandung? Biarlah kak long buat.” Perut Adelia yang sudah kelihatan membukit disentuh. Tak tunggu Adelia menjawab, Hessa terus menarik bagasi Adelia turun ke tingkat bawah. 234

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hampir beberapa minit Adelia tercegat di situ, nafas memberat Adelia lepas perlahan-lahan. Jemari naik mengusap perut sendiri. Moga-moga dengan kehadiran zuriat ini, semangat dia akan semakin kekal. Mengundurkan langkah satu tapak, Adelia terus meninggalkan bilik yang hampir berbulan-bulan menjadi tempat dia beradu. Melewati kamar Hedraqil, sepasang kaki Adelia terpaku pada lantai bumi. Bilik lelaki itu tertutup rapat. Adelia mendekat. Baru tangan nak capai tombol pintu, kelibat Hessa muncul menegur dirinya. “Adel nak jumpa Hedra?” Menjatuhkan kepala, tanda Adelia membenarkan pertanyaan Hessa. Wajah Hessa berubah riak. Yang sejujurnya, Hedraqil awalawal lagi dah pesan supaya mereka berdua tidak mengganggu lelaki itu. “Kenapa, kak long?” Seakan mengerti gelodak di hati Hessa. Hessa geleng kepala. Tak mampu berterusterang. Risau hati Adelia makin koyak rabak. “Dia tak nak jumpa Adel ya?” teka Adelia bersama senyuman pahit. Hessa gigit hujung bibir. Tarik tangan Adelia, dia mahu Adelia segera berlalu. Segera berlalu, supaya selepas ini Adelia dah tak perlu nak menanggung semua kesakitan ini lagi.

235

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Jom, kita dah lambat ni.” “Sekejap, kak long. Adel cuba panggil Hedra.” Masih berkeras lalu tombol pintu dipulaspulas sedikit. Berkunci! Allah, sayunya hati. Sebab tulah Hessa tak mahu Adelia berlama-lama lagi. Nampak dada Adelia seakan turun naik menahan sebak. “Tak apalah kalau Hedra dah kunci pintu. Adel cakap dari luar ni aje. Tentu dia boleh dengar kan, kak long?” Naif sungguh gaya Adelia. Hessa dah tahu nak cakap apa lagi. Sudahnya Hessa bergerak ke tepi. Memberi ruang buat Adelia berbual untuk kali terakhir dengan si suami. Suami? Entah sampai bila gelaran itu akan bertahan. Kata Hedraqil, selepas Adelia selamat lahirkan kandungannya barulah mereka akan berbincang mengenai perpisahan. “Encik, ni Adel ni..” Senyap. Tiada sahutan. “Saya dah nak pergi. Saya tahu encik tak suka dengar suara saya. Saya tahu encik tak suka tengok muka saya, sebab tu awal-awal lagi encik dah kunci pintu ni kan? Tapi..” Jeda. Adelia nampak tersekatsekat hendak menyambung bicara. “Tapi, saya nak minta maaf dengan encik. 236

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Kalau-kalau sepanjang saya jadi isteri encik, saya dah banyak susahkan encik. Halalkan makan dan minum saya. Saya doakan encik dari jauh. Moga encik kuat dengan ujian hidup encik. Saya pergi dulu. Terima kasih sebab sudi jadi suami saya, walaupun untuk seketika.” Sambung Adelia mengundang genangan air mata Hessa yang memasang telinga sejak tadi. Lama Adelia berdiri di muka pintu. Menunggu sekiranya Hedraqil sudi untuk berbicara dengannya buat kali terakhir. Terpaksa dikuburkan segala harapan pabila dia sedar yang dia sedang menyulam harapan sia-sia. Pusing tubuh, Adelia berlalu menghampiri Hessa. “Jom, kak long. Adel dah siap,” ajak Adelia. Tanpa dipinta, Hessa genggam jemari Adelia seakan mahu menyalurkan kekuatan. Semakin luluh hati Hessa pabila jemari Adelia jelas terasa sejuk. Malah, menggeletar. Dia tahu batin Adelia terseksa. Dia tahu jiwa Adelia sedang terdera. Untuk itu, Hessa mohon pada DIA yang maha kuasa. Berikan Adelia Khadeeja kekuatan, Ya Allah. Sesungguhnya Adelia tetap manusia biasa. Yang akan merasa sakit pabila sekeping hatinya dilukai.

237

Bab 37

U

SIA kandungan dah lebih lapan bulan. Perut pun memang dah ketara kelihatan. Sejak sarat, memang tubuh Adelia cepat letih. Kalau diikutkan tarikh jangkaan bersalin, Adelia masih ada beberapa minggu untuk menanti kehadiran si kecil. Lahir si kecil ini ke dunia, bermakna waktu perpisahan itu juga akan semakin dekat. Nak menangis? Terasa air mata dah kering-kontang. Mujurlah ada keluarga yang tak henti-henti memberikan semangat. Wanita lain, pasti di saat begini akan dimanjakan oleh si suami. Berbeza dengan situasi Adelia. Harapkan Hessa sajalah yang banyak mengambil berat tentang dia. Kuliah pun kadangkadang Adelia tak sempat nak hadirkan diri. Merenung dada siling, terasa Villa AK sunyisepi. Yang ada hanya Bibik Noji. Datuk Arman dan 238

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Datin Khalisah ada urusan di luar daerah. Rasanya kalau bukan esok, mungkin lusa baru pulang ke villa. Bosan asyik terbaring, Adelia cuba untuk melangkah turun dari katil. Semedan juga perutnya terasa mengeras. Mula-mula Adelia ingat si kecil sengaja nak ‘berbual’ dengannya. Bila dah keliling pinggang pun terasa sakit, wajah Adelia mula berkerut-kerut. Elok dia hendak berdiri, terasa ada lelehan yang mengalir lewat celah paha. Tunduk pandang, bebola mata Adelia membulat. Terus dilaung nama Bibik Noji sekuat hati. “Bibik!!” jerit Adelia cuba gagahkan diri. Kesakitan semakin berganda berbanding tadi. Hingga terbongkok-bongkok sedikit Adelia cuba nak mengurangkan kesakitan. Disebabkan Adelia berada di tingkat atas, Bibik Noji mungkin tak dapat dengar dengan jelas jeritan anak majikannya. Berhati-hati Adelia heret sepasang kaki keluar dari bilik. “Bibik!!” Sekali lagi nama pembantu rumahnya diseru. Kali ni barulah kelihatan Bibik Noji terkocoh-kocoh naik ke atas. Pandangan dia dan Bibik Noji bertembung. “Ya Allah, Adel!” Bibik Noji langsung menerpa. Adelia cuba berpaut pada tubuh gempal itu. “A.. Adel nak bersalin dah ke, bibik?” soal 239

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia sesekali diselangi dengan erangan halus. Kelam-kabut Bibik Noji meneliti air yang menuruni paha Adelia. Yakin dengan apa yang dilihat, Bibik Noji cuba kawal rasa paniknya. “Adel dah nak bersalin ni. Dekat rumah tak ada sesiapa. Bibik tak tahu memandu. Apa kita nak buat, Adel?” Bibik Noji gelisah. Tengok Bibik Noji resah, yang sebenar jiwa Adelia turut bergelodak. Cuba dikawal gemuruhnya supaya keadaan menjadi terkawal. Tarik nafas, Adelia hembus perlahan-lahan. “Bibik ambilkan telefon Adel. Sekarang, bibik. Ambilkan juga sekali selendang dan barangbarang yang Adel dah siapkan untuk ke hospital.” Jemari dituding ke dalam bilik. Tak bertangguh, Bibik Noji segera akur. Capai apa yang Adelia suruh, terus dia kembali mendapatkan gadis itu. Terketar-ketar Adelia cuba untuk mendail nombor telefon Hessa. Sekali, panggilan tidak bersambung. Dua kali, pun panggilan tetap tidak dijawab. Adelia pejam mata. Cuba berfikir secara rasional. Rasa-rasanya kalau dia telefon berulangkali pun sekadar sia-sia. Pasti waktu ini Hessa sedang sibuk di dewan kuliah. Berada di dewan kuliah, memang telefon bimbit akan disetkan ke ‘silent mode’.

240

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kak long tak angkat, bik..” adu Adelia bersama nada suara yang dah jelas berubah. “Suami Adel? Cuba telefon dia. Minta dia bawakan ke hospital. Rumah dia pun tak jauh dari sini,” cadang Bibik Noji. Di saat-saat genting ini, sebaris nama itu pula yang sempat melintas benak Bibik Noji. Tengok gelengan Adelia, bahu Bibik Noji mengendur. “Tak apa, biar Adel sendiri memandu ke hospital. Bibik ambilkan kunci, Adel tunggu dekat kereta.” “Adel, takkan Adel nak memandu dalam keadaan macam ni?” Bibik Noji langsung tak setuju. Risau perkara buruk lain pula yang bakal menimpa. Mengukirkan senyuman pahit, pilihan apa lagi yang Adelia ada? Hendak susahkan Khalish, dia risau kalau Khalish persoalkan tentang tanggungjawab Hedraqil sebagai seorang suami. Lagipun sejak Adelia berpindah ke Villa AK, Khalish memang anti sungguh dengan nama Hedraqil. Pantang sebut, pasti Khalish akan naik angin. Yalah.. abang mana yang tak marah bila adik perempuan sendiri diperlakukan sebegitu? Khalish fikir Adelia bahagia, rupa-rupanya Adelia hanya tempah derita sebaik saja jejakkan kaki ke dalam banglo lelaki itu.

241

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Khaisa pula masih di sekolah. Lagipun kalau Khaisa ada sekalipun, bukannya Khaisa boleh tolong bawa Adelia ke hospital. Khaisa masih lagi remaja di bawah umur. “Cepat, bik. Adel dah tak tahan ni..” gesa Adelia lagi membuatkan Bibik Noji terpaksa tunduk mengalah. Dalam hati, tak henti-henti Bibik Noji berdoa. Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan Adelia. Selamatkan Adelia. Selamatkan juga bayi yang dikandung Adelia.

242

Bab 38

B

ERPELUH-PELUH wajah Hedraqil sebaik sahaja terjaga dari lena. Wajah diraup dengan kedua-dua belah tapak tangan. Seakan masih segar lagi mimpi yang baru saja dia alami sebentar tadi. Tangisan bayi itu juga bagaikan tidak mahu berganjak daripada cuping telinganya. Tiba-tiba detak jantung Hedraqil terasa hilang irama asalnya. Nalurinya kuat ingin meneka sesuatu. Tapi, logikkah? Melompat turun dari katil, Hedraqil bergegas mahu ke kamar mandi. Ingin membasahkan wajah. Sempat juga jarum jam dikerling. Pukul 1.45 tengahari. Entah waktu bila dia terlelap pun dia tidak sedar. Rutin dia memang begitulah sejak kebelakangan ini. Makan-tidur.

243

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dah tak ada apa yang nak dilakukan lagi. Banglo yang sunyi-sepi kadang-kala buat hati terasa sayu. Daripada Hedraqil hanyut dalam kesedihan, lebih baiklah dia habiskan masa berkurung sahaja di dalam bilik. Hessa pun dah lama tak datang menjenguk. Marah barangkali. Siapa sahaja yang tak marah kalau Hedraqil ni sejenis manusia yang tak tahu menghargai? Keluar dari kamar mandi, Hedraqil capai sehelai tuala untuk mengelap wajah. Rasa sedikit tenang. Namun hati tetap sarat dengan persoalan. Tangisan bayi itu, milik siapa? Dalam Hedraqil sibuk berteka-teki, akhirnya segala-galanya sudah terjawab sebaik sahaja panggilan daripada Hessa mulai berdering nyaring. Teragak-agak Hedraqil bawa telefon bimbit rapat ke telinga. “Hedra..” Dingin nada suara Hessa. Hedraqil diam. Menanti Hessa menyudahkan ayatnya yang tergantung. “Kak long tak tahu patut atau tidak kak long telefon Hedra kali ni. Tapi kak long yakin yang Hedra perlu tahu.” Jeda. arah.

Paluan jantung Hedraqil semakin hilang

244

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Adel dah selamat lahirkan bayi perempuan. Awal empat minggu dari tarikh jangkaan asal. Kalau Hedra rasa nak datang jenguk anak Hedra, Hedra..” “Hedra tak boleh datang. Lagipun Hedra pernah cakap yang anak tu tak ada kaitan langsung dengan Hedra.” Laju saja Hedraqil memintas sebelum sempat Hessa noktahkan ayatnya. Menghela nafas berat, hati terasa panas meruap. Takkan Hedraqil langsung tak rasa nak tatap wajah zuriatnya sendiri? Hitam dan kelam sungguh sekeping hati milik Hedraqil. Meskipun Hedraqil itu darah dagingnya, Hessa takkan sesekali menyokong layanan kejam Hedraqil terhadap Adelia dan zuriat mereka berdua. “Hedra masih dengan ego Hedra kan?” Sinis Hessa seakan tidak meninggalkan kesan di hati Hedraqil. Sebaliknya dengan mudah Hedraqil putuskan panggilan yang dibuat. Kalaulah Hedraqil ada di hadapan mata, memang Hessa dah gegar kepala Hedraqil itu kuatkuat. Telefon bimbit kembali dimasukkan ke dalam tas tangan. Hessa pandang wajah Adelia yang memangku tubuh si kecil. Sewajarnya dia dengar cakap si Adelia sedari awal. Khabarkan berita gembira ini pada Hedraqil atau tidak, keadaan langsung tidak mengubah apa-apa. “Dia datang, kak long?” Adelia tanya walhal 245

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia sendiri dah sedia maklum akan jawapan Hedraqil. Sekilas pandang riak kecewa Hessa pun Adelia dah boleh faham sangat dah. Hessa tunduk menekur hujung jemari kaki. Rasa malu hendak berdepan dengan Adelia. “Kak long..” seru Adelia memaksa Hessa kembali memanggung wajah. Adelia gamit Hessa supaya mendekat. Capai tangan Hessa, Adelia genggam erat seakan mahu menyampaikan sesuatu. “Tak apalah, bukan rezeki Hafya nak tengok papa dia. Bukan rezeki Hafya juga nak dengar suara papa dia iqamatkan dia.” Bicara Adelia diselit dengan senyuman nipis pada bibir. Namun Hessa tahu, senyuman itu senyuman yang langsung tidak bermakna. Adelia menutup duka.

senyum

semata-mata

hendak

Adelia senyum semata-mata kerana tidak mahu Hessa berterusan menanggung beban perasaan bersalah terhadapnya. Melepaskan tautan jemari mereka, kucupan singgah berulang kali pada dahi mulus milik si kecil Hafya Iman. Jauh di sudut hati, simpati Adelia tumpah buat bayi yang langsung tidak berdosa. Mama minta maaf, Hafya. Walaupun papa Hafya masih hidup, Hafya tetap terpaksa jadi ‘anak

246

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

yatim’. Hafya jangan sedih ya? Sekalipun papa tak harapkan kehadiran Hafya, mama akan tetap sayangkan Hafya sampai bila-bila. Bicara sayu yang terungkap secara bahasa bisu. Peritnya hanya Adelia saja yang tahu.

247

Bab 39

D

AH tiga minggu usia Hafya, namun bayang Hedraqil langsung tidak kelihatan. Nak rasa kecewa? Rasanya dah tak ada guna. Dari awal memang Adelia tak berharap Hedraqil akan datang menjenguk mereka dua beranak. Adelia dan Hafya, bukannya pernah jadi insan penting di dalam hidup lelaki itu. Ralit mendodoikan Hafya, sampai tak sedar sejak tadi Khalish dah sibuk memerhati. Rasanya dah sampai masa Khalish bersuara. Sebelum ni Khalish diamkan diri tak masuk campur sebab nak bagi Adelia ruang untuk tenangkan diri. “Hafya dah tidur?” Menoleh, senyuman nipis Adelia hulurkan. “Dah, abang long.” “Abang long nak cakap dengan Adel sikit, 248

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

boleh?” Intonasi Khalish serius. Buat debaran mula tercuit dalam dada. Membetulkan duduk, rasa macam tak sopan kalau dia tak pandang terus ke dalam anak mata Khalish. Ditepuk sofa bersebelahan dengannya, menggamit Khalish duduk. “Hubungan Adel dan Hedraqil macam mana?” Tak bengkok-bengkok, lurus saja soalan itu mengenai batang hidung Adelia. Terhenyak Adelia untuk seketika. Bermain dengan jemari sendiri, Adelia seakan hilang kosa kata yang mampu disusun menjadi sebaris jawapan. Silap berikan jawapan, boleh puting beliung Villa AK malam ini. “Mama dan papa tak ada cakap apa-apa?” “Ada. Tapi abang long nak dengar dari mulut Adel sendiri.” Seakan berat nafas yang dihela Adelia. “Hedra cakap lepas Adel lahirkan Hafya, dia akan bincang tentang proses penceraian kami. Adel tengah tunggu dia.” “Jadi betullah Adel dan Hedra akan bercerai?” Meminta kepastian. Adelia jatuhkan kepalanya sekali. Rona wajah Khalish semedan berubah tegang. “Dia dah buntingkan Adel sampai Adel 249

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

lahirkan Hafya, sekarang dia nak ceraikan Adel pula? Bagus betul perangai jantan tu.” dia.”

“Abang long, Hedra sakit. Adel tak salahkan

“Sakit apa? Sakit jiwa? Orang lain kalau dah sakit, dia tak pandai nak hamilkan anak orang. Hedra tu sakit sebab dia ikutkan sangat hasutan syaitan. Yang dah pergi, biarkan saja pergi. Nak meratap macamlah isteri dan anak dia tu boleh bangun semula dari kubur.” Berdetak-detuk gigi Khalish sewaktu berbicara. Amarah dia sudah sampai ke kemuncak. Sampai tak sedar ayat yang diluah pun jelas kedengaran agak kasar. long.”

“Adel dah terima takdir hidup Adel, abang

“Abang long yang tak sanggup tengok Adel dan Hafya macam ni. Adel sanggup kahwin dengan dia, korbankan hidup Adel sebab Adel nak bantu dia. Dia pula langsung tak hargai. Manusia jenis apa Hedraqil tu?” Kembang-kempis hidung Khalish menahan bengang. Buat bibir Adelia mula terkunci. Tak tahu nak berbahas apa lagi? Apa saja yang terbit dari bibir Khalish, sikit pun tiada yang salah. Mahu membela Hedraqil, apa lagi hujah yang Adelia ada? “Adel dah ada Hafya pun Adel dah rasa kuat.

250

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dia cakap kalau kami berpisah, dia takkan tuntut Hafya.” “Memang dia takkan tuntut sebab dia tu spesies suka lepaskan tanggungjawab pada orang lain. Tak kesian dekat anak sendiri langsung. Hafya tu dah tiga minggu, ada ke dia datang jenguk?” bebel Khalish lagi. Baru Khalish nak sambung bebelannya, kelibat Datuk Arman muncul di ruagan tamu. Bahu Khalish dipegang, lalu kepala digeleng perlahan. “Khalish, sudah-sudahlah tu. Terjaga si Hafya tu nanti. Adel baru aje nak rehat,” tegur Datuk Arman. Mengerti akan kiasan Datuk Arman, Khalish mula meraup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. Rasa bersalah sebab biarkan emosi dia menakluki diri. Pandang wajah Adelia, jemari naik mengusap rambut si adik. “Abang long minta maaf kalau buat Adel rasa tertekan. Abang long sayangkan Adel. Tak apalah kalau dia nak buang Adel dan Hafya. Kami akan kutip dan tatang Adel dan Hafya macam kami jaga nyawa kami sendiri.” Rendah suara Khalish selepas berjaya memupuk sabarnya yang menghilang sebentar tadi. Hulur senyum kelat, Adelia sekadar memerhatikan kelibat Khalish menghilang. “Adel jangan ambil hati dengan Khalish ya?”

251

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Adel faham abang long sayangkan Adel. Papa jangan risau.” Lembut tutur kata Adelia. Ingin membiarkan Adelia mencari ketenangannya, Datuk Arman turut meninggalkan ruangan tamu. Mendaki tangga ke tingkat atas. Dari sepasang matanya, sempat dia kerling suram di wajah Adelia. Malangnya, dia tiada daya hendak membantu. Masing-masing sudah membuat keputusan. Dia sebagai orang tua, hanya menghormati keputusan kedua-duanya. Daripada keadaan semakin memburuk, kadang-kala perpisahan itu mungkin adalah yang paling tepat. Walaupun ianya cukup dibenci oleh Allah S.W.T. Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan, seseorang itu akan bahagia dan tidak semestinya seseorang itu bercerai, maka dia hanya menempah derita. Bahagia dan derita letaknya di hati. Kita boleh pilih yang mana satu yang kita mahu. Allah berikan panas terik, kadang-kala ada teduh yang menanti. Allah berikan hujan dan petir, kadang-kala ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah S.W.T dengan setiap takdir-Nya.

252

Bab 40

A

DELIA dah tak tahu nak berbuat apa lagi pabila Hafya tak henti-henti menangis sejak lewat petang tadi. Diraba dahi si kecil, langsung tidak panas. Nak kata Hafya tak sihat, petang tadi elok aje bermain dengan Datuk Arman dan Datin Khalisah. Dah waktu menginjak malam, sakan pula dia menangis. Sampai berubah biru wajah putih mulus itu. Kebetulan malam ini Datuk Arman dan Datin Khalisah ada majlis makan malam di luar. Khaisa pun turut ikut sekali. Tinggallah Adelia berdua dengan Bibik Noji. “Dahinya tak panas, Adel?” “Tak, bik. Elok aje ni. Suhu pun normal. Cuma menangis ajelah tak henti-henti sejak tadi.” Risau wajah Adelia. Mahunya tak risau? Ini sajalah buah hati pengarang jantung yang dia ada. Memerhati raut 253

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hafya, saling tak tumpah seperti dia sedang melihat wajah Hedraqil. “Agak-agaknya perut Hafya kembung tak?” Kening Adelia berkerut seribu. “Adel selalu aje sapu minyak dekat perut Hafya. Sebelum ni elok aje, malam ni aje macam ada sesuatu yang tak kena.” “Bawa ke kliniklah, Adel.” Bibik Noji berikan cadangan. Adelia jatuhkan kepalanya sekali. Setuju dengan pendapat Bibik Noji. Diikutkan tempoh dia berpantang, masih berbaki beberapa hari. Nak memandu sendiri, rasa macam tak berani lagi. Nak tak nak, memang terpaksa telefon Hessa. Lagipun Hessa memang acap kali pesan jika ada apa-apa masalah, cari dia. Dia akan bertanggungjawab memandangkan Hedraqil dah lama lepas tangan.

LEGA hati Adelia bila doktor kata Hafya sihat-sihat sahaja. Sewaktu tiba dekat klinik, Hafya elok hentikan tangisan. Masuk aje dalam kereta, tak ingat dunia Hafya sambung melalak. Adelia nyaris nak tepuk dahi. Buntu sungguh dia nak memahami kehendak Hafya. Kalau Hafya dah boleh bercakap kan senang, tak adalah dia terpinga-pinga macam ni. 254

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Hafya sayang, kenapa ni?” soal Adelia seraya menepuk-nepuk belakang tubuh si kecil. Hampa, tangisan Hafya langsung tiada tanda-tanda mahu surut. Hessa di sebelah masih tenang memandu. Dalam kekalutan memujuk Hafya, Adelia perasan hala tuju pemanduan Hessa langsung tidak menghala ke Villa AK. Terus Adelia toleh dan cari wajah Hessa dengan dahi berkerut. “Kita nak ke mana ni, kak long?” tanya Adelia kepelikan. “Kita bawa Hafya jumpa papa dia.” Mudah jawapan Hessa, sedangkan dada Adelia seakan baru dihempas dengan tsunami. Berdepan dengan Hedraqil? Tiba-tiba Adelia rasa kekok. Walaupun sesekali perasaan rindu itu begitu kuat mengetuk pintu hati. long.”

“Adel rasa kita balik ke rumah Adel aje, kak Kedengaran nafas dihela oleh Hessa.

“Adel tak terfikir ke kenapa Hafya tiba-tiba kerap menangis sejak kebelakangan ni?” Soalan cepumas. Hessa.

Lurus Adelia geleng menjawab pertanyaan

“Hedra demam panas, dah dua hari. Mungkin Hafya boleh rasa keadaan papa dia macam 255

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

mana, sebab tu dia kerap sangat merengek sejak semalam.” Penjelasan Hessa buat lidah Adelia seakan terpasung pada lelangit. Hinggakan Adelia dah tak tahu nak membalas apa lagi? Jauh di sudut hati, dia sendiri mahu melihat keadaan sang suami. Yakin kedatangannya tidak dialu-alukan, keinginan itu Adelia buang perlahanlahan supaya menjauh pergi. Semakin dekat jarak pemanduan Hessa dengan banglo milik Hedraqil, semakin resah jiwa Adelia dibuatnya. BERDIRI berpeluk tubuh, memerhatikan Hedraqil lagak Hedraqil itu sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman olehnya. Ternyata naluri Hessa itu benar. Sebaik saja dia bawa Hafya ke dalam dukungan, Hafya masih merengek. Saat dibaringkan Hafya bersebelahan Hedraqil yang terbaring lesu, tangisan si kecil mati. Sesekali tangan halus itu menggagau hendak menyentuh lengan Hedraqil. Geram, Hedraqil seakan masih mahu memperjuangkan ego tak bertempatnya. “Dia menangis sejak semalam. Hedra pun demam panas sejak semalam kan?” “It’s nothing to do with me. Dia menangis, mungkin sebab dia lapar.” Cuba menyangkal hala tuju percakapan Hessa itu. Macam Hedraqil tak tahu 256

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

ada maksud tersirat yang Hessa cuba sampaikan? “Hedraqil!” Suara Hessa naik satu oktaf. Hajat tak nak tinggikan suara, tapi si Hedraqil ni macam dah meminta-minta sangat. “Budak tu tak ada buat salah dengan Hedra pun. Takkan pandang dia pun Hedra tak sudi?” tegur Hessa cuba merendahkan suara kembali. “Bawa dia balik, kak long. Hedra nak berehat.” Dingin semata-mata. “Susah-payah kak long bawa dia ke sini, tu aje yang mampu Hedra cakap pada kak long? Patutlah Adel awal-awal lagi tak nak naik ke banglo ni jenguk Hedra. Sebab kalau dia masuk sekalipun, buat hati dia makin koyak rabak aje dengan perangai Hedra.” Pedas bicara Hessa. Tanpa sedar menarik perhatian Hedraqil. Adelia pun ada sekali? Hendak menunjukkan rasa ingin tahu, itu bukan seorang Hedraqil namanya. Lihat Hedraqil yang membisu, Hessa mula menghela nafas berat. Jarum jam dipandang. Dah pukul 10.30 malam. Malas nak buang masa, tubuh kecil Hafya kembali dibawa ke dalam dukungan. “Dah Hedra pun tak nak pandang anak sendiri, kak long hantarkan Hafya dan Adel balik dulu. Kejap lagi kak long datang semula. Kak long malas nak nasihat perkara yang sama. Hedra pun dah besar, Hedra pandai-pandailah fikirkan sendiri. 257

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Jangan sampai Hedra betul-betul menyesal selepas ni. Kalau kata dah memang tak boleh nak terima Adel, lepaskan dengan cara yang baik. Sebab..” Jeda. Hedraqil mula mengalihkan pandangan tepat ke wajah Hessa. Tiba-tiba hati tak keruan hendak menanti Hessa noktahkan bicaranya yang sengaja tidak dihabiskan. “Sebab ada lelaki lain yang nak masuk meminang Adel selepas ni.” Sambung Hessa seraya mengangkat kaki meninggalkan kamar Hedraqil. Meninggalkan Hedraqil yang dah mula tergamam bersama dada yang mula terasa bagaikan baru sahaja dihentak dengan seketul batu yang amat besar. Dang! Kenapa dia perlu merasa sakit sebegini? Bahkan, kesakitan itu lebih memeritkan berbanding dengan kesakitan sewaktu dia menerima khabar tentang pemergian arwah Yasmin dan bayi mereka. Dulu, bukan ke Hedraqil yang beria-ia mahu melepaskan Adelia? Kenapa saat perpisahan itu menjadi semakin nyata, Hedraqil seakan sukar pula untuk menerima? Bangkit perlahan-lahan bersandar pada katil, Hedraqil tekan dadanya yang terasa memberat berulang-kali.

258

Bab 41

K

ERINDUAN yang datang tanpa dipinta. Semakin cuba Adelia lupakan, semakin kerap pula wajah Hedraqil bermain-main di ruangan mata. Bertambah rindu setiap kali dia pandang wajah Hafya, seolaholah dia sedang melihat figura Hedraqil. Hafya banyak mewarisi raut wajah papanya kecuali sepasang mata milik si kecil comel itu sahaja yang diwarisi daripada Adelia. Semenjak pulang daripada banglo Hedraqil, emosi Hafya nampak semakin pulih. Dah jarang nak menangis. Agaknya betullah yang Hafya memang dapat rasakan kesusahan Hedraqil sewaktu lelaki itu diserang demam panas. Walaupun Adelia tahu Hedraqil pasti tidak menyentuh tubuh Hafya, sekurang-kurangnya Hafya dapat juga bertemu dengan papanya. “Adel ke mana semalam? Mama sampai dekat 259

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

rumah, Bibik Noji cakap Adel ke klinik. Tapi takkan lama sangat dekat klinik tu.” Suara Datin Khalisah. Serentak mengalihkan lamunan Adelia. “Adel.. Adel ikut kak long balik ke banglo Hedra.” Teragak-agak Adelia hendak menjawab. Wajah Datin Khalisah mulai berubah sedikit. Terpeta riak tanda tanya. “Adel dengan Hedra..” “Tak, ma. Kami tak berbaik pun. Entahlah, Adel dah malas nak simpan harapan lagi. Adel memang tak harap dia ceraikan Adel. Tapi siapalah Adel nak paksa orang terima Adel, ma?” Deras Adelia menyangkal. Sebelum Datin Khalisah sempat menyimpan angan. “Habis tu, kenapa Adel ke sana?” “Kak long yang bawa. Doktor cakap Hafya sihat. Elok aje bawa Hafya jumpa papa dia, Hafya dah tak menangis sejak semalam,” jelas Adelia cuba untuk memahamkan Datin Khalisah. Lama Datin Khalisah terdiam. Nak menyoal panjang-lebar, dia tak mahu cuit kesedihan Adelia. Sudahnya Datin Khalisah lencongkan topik ke arah lain. Hal rumahtangga Adelia, Datin Khalisah bukannya tak mahu masuk campur langsung. Tapi dia risau andai dia turut melibatkan diri, Adelia akan semakin tertekan pula nanti. Datin Khalisah yakin, 260

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

wanita secekal Adelia pasti tahu mana yang terbaik untuk dirinya sendiri. “Hari ni mama masakkan untuk menu berpantang Adel ya? Dah lama mama tak masak untuk anak mama ni.” Jemari Datin Khalisah naik mengelus pipi Adelia. “Mama tak keluar hari ini?” Datin Khalisah geleng. “Hari ni mama nak temankan Adel dan Hafya. Kesian Adel dan Hafya selalu kena tinggal dekat rumah,” ujar Datin Khalisah bersama senyuman mengusiknya. Bangkit berdiri, Datin Khalisah minta diri untuk berlalu ke ruangan dapur. Sebaik sahaja kelibat Datin Khalisah menghilang, Adelia pandang si kecil yang masih tidur pulas. Tidak berkutik walau sedikit pun. Mendekati Hafya, pipi montel Hafya diusap penuh kasih. Tersenyum Adelia bila Hafya mula menggeliat seakan tidak selesa dirinya ‘diganggu’ oleh si ibu. Bimbang Hafya terjaga, Adelia kembali menarik jemarinya. Sedang elok pula pandangan tertancap pada telefon bimbit yang terletak di atas meja. Ingatannya mula terkenangkan Hedraqil. Kata Hessa, Hedraqil dah dua hari demam panas. Agak-agak lelaki itu dah sihat atau belum? Hakikat yang perlu Adelia telan. Dia masih 261

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

lagi bergelar seorang isteri. Rasa berdosa bila dia langsung tak ambil peduli tentang kesihatan Hedraqil. Ah, perangai Adelia yang tak mampu diubah. Sibuk hendak fikirkan keadaan orang lain sedangkan diri sendiri diletakkan pada kedudukan kedua. Adelia saja yang terhegeh-hegeh mahu ambil berat tentang Hedraqil. Sedangkan selama ni Hedraqil langsung tidak kisah akan dirinya. Puas Adelia cuba melawan desakan hati, akhirnya Adelia terpaksa juga mengalah. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak. Tanpa sedar, jemari sudah mula menaip pesanan ringkas untuk dihantar pada sang suami. Encik dah sihat? Kak long bagitahu, encik dah dua hari demam panas. – Adelia Butang ‘Send’ ditekan. Sikit pun tak rasa menyesal. Sebaliknya Adelia menunggu penuh sabar kalau-kalau Hedraqil sudi untuk membalas pesanannya. Seminit.. Dua minit.. Adelia.

Senyuman tak bergula meniti pada bibir

Dia bencikan kau, Adelia Khadeeja. Takkan kau dah lupa? Berhenti berharap sebab sedikit masa lagi, kau pasti akan ditinggalkan. 262

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Ada gema yang membisik. Ingin Adelia sedar diri. Bahawa tempatnya bukan disisi seorang lelaki bernama Hedraqil. Dulu, kini dan mungkin buat selamalamanya.

263

Bab 42

T

ELEFON bimbit masih digenggam erat. Bukan dia tak baca pesanan yang Adelia hantar. Cuma untuk membalasnya, seakan ada batu penghalang yang berada di hadapan. Hedraqil lepas nafas lelah. Lelah sebab selama ni rasanya dia dah terlalu banyak bazirkan waktu dengan perkara yang sia-sia. Sejak menatap wajah Hafya semalam, hati Hedraqil tidak tenang. Terasa diri begitu dekat dengan si kecil itu. Hafya itu zuriat yang satu-satunya dia punya di dunia ini. Zuriat kedua selepas Yasmin pergi bawa bayi yang masih belum sempat menjengah dunia. Mungkin nampak macam dia tidak kisah dengan kemunculan Hafya. Walhal, tanpa Hessa sedar dia sebenarnya sembunyi-sembunyi mencuri pandang wajah mulus yang sesekali kelihatan cuba untuk mendapatkan perhatiannya semalam. Tidur Hedraqil langsung tidak lena. Mujur 264

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

sajalah demam dia sudah terasa kebah hari ini. Mengingatkan bicara Hessa sebelum berangkat ke kolej pagi tadi, senak pada ulu hati makin terasa. Kalau memang dah tak sudi, lepaskan Adel dengan cara baik. Sekali Hedra buang dia, bersusun lelaki lain yang mahukan wanita sebaik Adel tu. Benarkah Adelia bakal disunting lelaki lain andai dia lepaskan isterinya itu nanti? Jika benar, mampu ke Hedraqil hendak menerima? Leka dalam lamunan, azan Zohor sayupsayup berkumandang. Syahdu menujah gegendang telinga. Hedraqil tersentak. Jika sebelum ini laungan azan itu langsung tidak tinggalkan kesan, kali ini hati bagaikan ditarik-tarik untuk kembali bersujud pada DIA Hedraqil tunduk menekur hujung jemari kaki hinggalah laungan azan itu selesai dilaungkan. Tak semena, tubir mata terasa bergenang. Rasa berdosa. Rasa benar-benar kerdil mahu berdepan dengan DIA kembali. Kedua-dua belah tangan Hedraqil bawa meraup wajahnya. Kelak, sampai bila mahu kekal begini? Lambat-laun, tak mustahil dia bakal kehilangan segala-galanya. “Abang..” Dalam Hedraqil hanyut melayan perasaan, ada gemersik suara yang datang menyapa. 265

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hedraqil pejam mata. Rapat-rapat. Suara itu tak wujud, Hedra. Mana mungkin orang yang dah mati bisa kembali ke muka bumi. Suara itu suara bisikan syaitan. Semakin kau layan, semakin kau hilang diri kau sendiri. Untuk pertama kalinya suara positif Hedraqil dapat mendahului suara-suara ghaib yang jahat. “Yas datang tengok abang. Kenapa abang tak nak pandang Yas?” Lagi suara yang sama. Laju kepala Hedraqil menggeleng. “Pergilah, Yas. Abang tahu Yas dah lama tak wujud dalam hidup abang. Dan abang tahu suara ini juga bukan milik Yas.” Tanpa mengangkat pandangan. Suasana hening seketika. sayu.

“Abang halau Yas?” Suara itu mula bertukar

“Ya, abang halau Yas. Mulai hari ni, abang nak lepaskan Yas. Salah abang sebab tak mampu terima pemergian Yas dan anak kita. Sebab tu suarasuara tak wujud ni sering buat abang fikir yang Yas masih hidup. Pergilah, Yas. Abang akan lepaskan Yas kali ini.” Hiba suara Hedraqil. “Abang dah bencikan Yas sebab abang dah ada dia kan?” Serentak Hedraqil buka mata. Dan seperti 266

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

selalu, hanya suara entah siapa-siapa yang datang berbisik pada telinga. Sedangkan gerangannya langsung tidak kelihatan. Suara itu, hanya sekadar suara sumbang iblis yang memang tugasnya mahu menyesatkkan manusia. “Ya Allah, apa yang dah aku lakukan selama ni? Kenapa biarkan diri terlalu jauh terpesong?” Jatuh melorot Hedraqil berlututkan lantai. Dalam kekacauan jiwa, semakin seronok suara-suara jahat itu hendak menduga. “Abang tak sayangkan Yas lagi.” “Abang dah tak sayangkan anak kita lagi.” abang.”

“Abang dah jumpa pengganti. Sampai hati

Lalu berulang kali juga Hedraqil beristighfar melawan suara-suara itu. Telapak tangan turut dipekup pada telinga. Hedraqil ingatkan diri sendiri. Untuk kali ini, dia takkan biarkan dirinya diperbodohkan lagi. Yasmin dah tak ada. Anak mereka juga dah tak ada. Cukuplah pusara mereka sebagai bukti segala-galanya. Jadi untuk melepaskan seluruh beban yang menekan jiwa, hanya satu yang perlu Hedraqil lakukan. 267

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Dan satu-satunya itu adalah.. “Ya Allah, sesungguhnya mulai hari ini aku lepaskan ‘mereka’ pergi. KAU jagalah mereka. Bawa mereka ke syurgaMU. Aku dah terlalu penat. Aku dah tak mahu berterusan hanyut lagi. Kau bimbing aku, Ya Allah. Bimbing aku supaya aku kembali bersujud kepadaMU. Bimbing aku supaya aku ikhlas menerima qada dan qadar’MU. Sesungguhnya aku perlu tahu, mati itu pasti. Hanya cepat atau lambat sahaja..” tutur Hedraqil dalam nada yang tertahantahan. Rebah bersujud pada lantai bumi. Di situ juga, Hedraqil hamburkan tangisannya sepuas hati. “Yas, abang lepaskan Yas kali ini. Bersemadilah dengan tenang. Abang lepaskan Yas bukan bermakna abang benci. Tapi sebab abang tahu Yas pun nak abang bahagia di sini.” Lagi bicara yang diselangi esak tangis Hedraqil yang tak bertepi. Dia tidak tahu bila Allah jentikkan ‘rasa’ itu dalam hatinya. Yang dia tahu, dah terlalu lama rasanya dia biarkan hidupnya terumbang-ambing selama ini. Cukuplah hingga setakat ini. Yang dah pergi, redhakan saja pemergiannya. Kelak yang masih hidup, sedang menanti supaya dia ‘kembali’. Accept what is, Let go of what was, And have faith in what will be. 268

Bab 43

A

DELIA hentikan langkah saat terasa ada seseorang sedang mengekori mereka. Membuatkan Khaisa nyaris hendak mencium belakang tubuh Adelia. Kening Khaisa berkerut. “Kenapa, kak ngah?” soal Khaisa seraya mengintai sedikit wajah Adelia. “Rasa macam ada orang ikut kita sejak tadi.” Adelia luahkan perasaan tidak enaknya. Erat stroller milik Hafya dipegang olehnya. Zaman sekarang, memang dah tak boleh nak alpa sikit. Kes penculikan dah jadi kes jenayah yang dah biasa terpapar di kaca televisyen. “Eh, betul ke? Kenapa Khaisa tak rasa macam tu pun.” Pantas Khaisa liarkan mata ke sekeliling. Tiada kelibat sesiapa pun yang mencurigakan. Kebam bibir, Adelia cuba beristighfar dalam

269

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

hati. Hendak menenangkan jiwa yang tak semena terasa bergelodak. Walaupun Khaisa tak rasa apa yang sedang dia lalui, dia tetap mahu berhati-hati. “Kalau kak ngah tak selesa, tak payahlah temankan Khaisa. Kita balik, nak?” ajak Khaisa. Adelia geleng. Memang dia dah berjanji nak temankan Khaisa keluar hari ini. Dah alang-alang tempoh berpantang pun dah habis. Dia pun bosan juga asyik terperap dekat rumah. Lagipun dah lama sangat rasanya dia tak hirup udara segar di luar. “Tak apa, mungkin perasaan kak ngah aje. Kak ngah pun dah lama tak keluar jalan-jalan macam ni. Dahlah, Khaisa cari barang Khaisa. Kak ngah nak bawa Hafya jalan-jalan dekat sana. Nak cari baju untuk Hafya sebab baju dia dah banyak yang tak boleh pakai. Sihat sangat si montel ni.” Senyum Adelia seraya mencuit pipi Hafya yang masih lena. Angguk setuju, mereka berpecah di pintu masuk Aeon Mall. Adelia ke kiri, Khaisa ke kanan. Menolak stroller Hafya, ralit Adelia memilih pakaianpakaian yang tergantung untuk anaknya. Capai beberapa helai yang berkenan, Adelia terus menapak ke kaunter pembayaran. Waktu nak keluarkan dompet dari tas tangan, sedang elok pula telefonnya berdering nyaring. Dalam kekalutan nak capai telefom bimbit miliknya, dompet pula jatuh tercicir ke lantai. Terpaksalah Adelia tunduk dan kutip semula.

270

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mungkin sebab lambat sangat nak tunggu Adelia jawab panggilan, deringan itu mati dengan sendiri. Nak membelek nama si pemanggil, dah ada pelanggan lain yang datang beratur di belakang tubuhnya. Masukkan telefon bimbit ke dalam tas tangan, Adelia cepat-cepat selesaikan pembayaran. Nanti-nantilah dia tengok siapa yang telefon dia tadi. Usai membuat pembayaran, Adelia halakan kaki menghampiri Khaisa pula. Kelihatan Khaisa santai bersilang kaki duduk di atas bangku yang disediakan di dalam pusat membeli-belah itu. “Dah lama ke Khaisa tunggu kak ngah?” “Taklah, punggung pun tak sempat panas lagi. Kak ngah dah habis beli dah?” soal Khaisa mengintai plastik yang dibawa oleh Adelia. saja.

Jatuhkan kepala sekali, Adelia mengiyakan “Khaisa? Ada nak ke mana-mana lagi?”

“Ada. Perut Khaisa lapar. Kita singgah Seoul Garden dulu, boleh?” Sengih Khaisa melebar. “Boleh, kak ngah belanja,” tawar Adelia buat senyuman Khaisa semakin melebar. Bangkit daripada kerusi, Khaisa jenguk Hafya yang masih lena. “Amboi, tak berkutik langsung anak kak ngah ni tidur,” omel Khaisa sebelum ayat yang lain pula terbit dari bibir gadis itu. 271

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Ayat yang membuatkan Adelia turut buruburu mencari wajah anaknya. “Patutlah lena sangat, sedap peluk anak patung gebu rupa-rupanya. Kak ngah baru beli tadi eh? Comelnya.” Sambung Khaisa sekaligus membuatkan jantung Adelia seakan mahu berhenti berdetak. “Anak patung?” Kening Adelia terjungkit. Seingat Adelia, dia tak ada belikan anak patung untuk Hafya. Habis tu, anak patung apa pula yang dimaksudkan oleh Khaisa? “Tu.. comel. Macam Hafya juga. Gebu pun macam Hafya.” Cuba untuk berseloroh. Malangnya sikit pun tak mampu membuatkan Adelia senyum tatkala anak patung yang dimaksudkan oleh Khaisa benar-benar berada di dalam pelukan Hafya. Nak kata anak patung itu tercicir masuk ke dalam stroller Hafya, mustahil sangatlah. Apatah lagi tag yang tertulis ‘paid’ itu elok melekat pada tanda harga yang masih melekat pada anak patung berwarna merah jambu itu. Bermakna memang ada seseorang yang dah meletakkannya di situ. Persoalannya, siapa? Tak semena bulu roma Adelia terasa meremang. Untuk sekali lagi, dia yakin yang saat ini mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata 272

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

yang lain. “Khaisa, kita terus balik boleh tak?” “Kenapa, kak ngah?” Khaisa dah hampir nak tayang wajah kecewa. “Kak ngah.. kak ngah rasa tak sedap hatilah.” Bicara Adelia tersekat-sekat. “Macam ada orang perhatikan kita ya?” tembak Khaisa aci hentam keromo sahaja. Adelia angguk tanpa banyak bicara. Membuatkan Khaisa terpaksa bersetuju dengan permintaan Adelia. Kalau dah dua kali Adelia ulang perkara yang sama, mungkin betullah yang mereka memang diekori. Hanya Khaisa saja yang tak perasan sedari tadi. Elok Khaisa dan Adelia beriringan keluar dari pusat membeli-belah, sekujur tubuh mula keluar dari tempat persembunyiannya. Menghantar pemergian kedua-dua gadis itu dan Hafya sehinggalah kelibat mereka menghilang daripada pandangan mata.

273

Bab 44

S

AYUP-SAYUP kedengaran riuh suara seseorang dari arah ruang tamu. Hedraqil tajamkan pendengaran, manalah tahu kalau-kalau dia tersilap dengar. Sahih, memang dia tak bermimpi. Memang suara yang berceloteh itu milik Hessa. Cuma.. Bingkas bangun, Hedraqil menapak turun ke tingkat bawah. Elok kaki jejak anak tangga terakhir, tingkahnya terpaku sahaja di situ. Hessa nampak ralit mengagah seorang bayi kecil. Sesekali bayi kecil itu tergelak menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya. Walaupun baru sekali dia sempat tengok wajah Hafya. Takkanlah dia sampai tak cam anak sendiri kan? Nak mendekat, kaki rasa macam seperti diseret-seret. Sudahnya di situ sajalah Hedraqil berdiri menjadi pemerhati. 274

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Mungkin perasan ada susuk lain turut berada di ruang tamu, Hessa pantas menoleh ke belakang. Pandangan bertembung dengan Hedraqil. “Hedra dah bangun?” soal Hessa lalu perhatian dipusatkan kembali pada wajah Hafya. Barulah Hedraqil beranikan diri untuk menghampiri. Mata tak lepas memerhatikan raut comel Hafya. Rasa geram seperti mahu dikunyahkunyah. Polos sepasang mata itu memerhatikan Hedraqil. Sesekali, tersenyum sendiri. “Kak long dari mana? Kenapa budak tu ada dengan kak long?” Ingin tahu. “Adel hantar mama dan papa dia ke airport. Kesian pula nak suruh Adel bawa Hafya sekali. Tu yang kak long tolong jagakan sekejap. Bibik Noji pun balik jenguk keluarga dia di kampung. Nak balik rumah kak long, jauhlah pula kak long ulang-alik. Rumah Hedra kan dekat dengan rumah Adel. Tu yang kak long singgah sini. Harap Hedra tak kisahlah ya?” Berbicara panjang lebar menerangkan. Hedraqil diam. Tangan terasa gatal hendak menyentuh jemari gebu milik Hafya yang sesekali tergawang-gawang ke arahnya. Seolah-olah minta diambil daripada Hessa. “Oh, kak long ada belikan nasi bungkus. Hedra pergilah makan. Panas-panas lagi tu,” ujar Hessa membuatkan bahu Hedraqil tersentak sedikit.

275

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Menyentuh perut sendiri, memang dia dah rasa lapar benar ni. Baru nak angkat punggung, jeritan kecil Hessa buat Hedraqil kembali melabuhkan duduk. “Alamak!” “Kenapa, kak long?” Cemas Hedraqil. “Kak long nak ke tandaslah. Hedra tolong pegangkan Hafya sekejap.” Tak dan-dan terus Hafya diletakkan ke ribaan Hedraqil. Hedraqil baru nak menolak. Dia, mana pandai nak pegang budak sekecil Hafya tu. Tak biasa, sedikit kekok. Terpaksa mengalah bila Hessa dah mencicit berlari menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Terkial-kial Hedraqil bila dirasakan Hafya seakan ingin melorot jatuh ke bawah. Erat dipangku. Wajah Hedraqil cuak. Agak lama, barulah Hedraqil dapat selesakan diri. Hafya pula langsung tak banyak karenah. Diam saja di dalam pangkuan Hedraqil. Hanya bebola mata Hafya yang masih ‘berbicara’. Merenung Hedraqil seolah-olah dia tahu hubungan sebenar dia dan lelaki itu. Bertembung pandang dengan Hafya, naluri Hedraqil tercuit. Bibir dikebam untuk seketika. Melihat Hafya dalam jarak yang begitu dekat, Hedraqil memuji Hafya di dalam hati. Hafya memang comel. Sangat-sangat comel.

276

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Hinggakan tanpa sedar Hedraqil dah bawa bibir dia dekat dengan pipi Hafya. Dikucup sekali, rasa tak puas. Sudahnya bertubi-tubi pipi tembam itu dikucup oleh Hedraqil. Pabila Hafya mengekek ketawa, bibir Hedraqil turut sama tersenyum. Tanpa Hedraqil sedari, Hessa sebenarnya sedang memerhati di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur. Satu yang harus Hessa akui, dia seakan melihat perubahan positif dalam diri Hedraqil sejak kebelakangan ini. Tak tahulah perasaan dia sahaja atau memang Hedraqil sudah benar-benar berubah. Kembali hendak menapak ke ruang tamu, gerakan kaki Hessa terhenti. Pandangan Hessa mengecil memerhatikan beberapa plastik jernih yang diletakkan di atas meja makan. Merapati, Hessa belek dan intai isi di dalam sebelum bibirnya terkebam untuk beberapa detik.

277

Bab 45

A

DELIA tak tahu sama ada dia nak percaya atau tidak cerita yang baru disampaikan oleh Hessa. Rasa macam susah nak telan bulat-bulat. Tapi bila dah tengok gambar yang Hessa sempat tangkap, Adelia mula berbelah bagi. “Adel ada bagitahu yang Hafya kerap dapat mainan tanpa pengirim kan? Dekat pusat beli-belah pun ada orang letakkan anak patung dalam stroller Hafya. Kerja siapa lagi kalau bukan Hedra?” Sekali lagi Hessa menyuarakan keyakinannya. “Tapi kenapa dia nak buat semua tu, kak long? Dia kan bencikan kami.” Adelia bersuara perlahan. Menunduk menekur hujung jemari kaki. Hati masih keliru. Fikiran masih bercelaru. Benarkah Hedraqil pengirim misteri itu 278

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

selama ini? “Kak long tahu mungkin susah Adel nak percaya. Tapi perangai Hedra dah tak sama macam dulu. Dia dah kurang nak mengamuk atau marahmarah. Nampak lebih terkawal sikit baran dia sekarang. Lagi satu kalau Adel nak tahu, waktu kak long singgah rumah dia dengan Hafya, Hedra yang tolong pegangkan Hafya waktu kak long nak ke tandas.” Sambung Hessa lagi menyampaikan berita yang benar-benar mengejutkan Adelia. Namun, Adelia tidak mahu terlalu cepat menggantung harapan. Jauh di sudut hati, memang dia berharap Hedraqil akan berubah suatu hari nanti. “Baguslah kalau betul dia dah berubah, kak long..” sahut Adelia bersama senyuman nipis. Turut tumpang gembira andai Hedraqil sudah mahu kembali menjadi dirinya yang dulu. Merenung wajah Adelia, ada sesuatu yang Hessa mahu tanyakan. Masih berkira-kira sebab risau ianya akan menjadi pertanyaan sensitif pada adik iparnya itu. “Kalau kak long nak tanya sikit, boleh?” “Nak tanya apa?” “Andai kata Hedra memang dah berubah, Adel akan maafkan dia?” “Adel tak pernah berdendam dengan dia.” Ikhlas jawapan yang Adelia berikan. Sememangnya 279

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

dia bukan sekadar berlakon semata-mata. Namun itulah yang hati dia rasa. Walau seteruk mana layanan Hedraqil kepadanya, Adelia langsung tidak mampu membenci. Mungkin sejak kecil lagi Adelia memang jarang mahu bermusuh dengan sesiapa. “Tak, bukan tu maksud kak long.” Cepat Hessa menafikan. Kening Adelia berkerut. Tidak mengerti. “Maksud kak long kalau kata Hedra nak berbaik dengan Adel, Adel boleh terima Hedra ke selepas apa yang dia dah buat pada Adel?” Risau menanti jawapan Adelia. Adelia tergamam untuk sesaat. Menarik nafas dalam, Adelia hela perlahan-lahan. Bebola mata sesekali melirik ke wajah Hafya yang tidur pulas. “Hafya perlukan papa dia.” “Adel?” duga Hessa mahu tahu isi hati Adelia. Melihat senyuman canggung Adelia, seakan dia sudah bisa membaca isi hati gadis itu. “Kalau Hedra perlukan Adel, Adel akan terima dia. Tapi sampai sekarang, dia tak pernah cari Adel. Tu bermakna..” “Mungkin Hedra rasa dia tak layak dengan Adel. Dia malu dengan Adel sebab tu dia lambat 280

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

nak datang pujuk Adel.” Laju saja Hessa memintas sebelum Adelia berfikir yang bukan-bukan. “Kenapa kak long cakap macam tu?” “Kalau kak long bagitahu, Adel jangan marah ya?” Takut-takut wajah Hessa. Adelia sekadar menanti Hessa habiskan ayatnya. “Kak long bagitahu Hedra kalau Hedra dah tak mahukan Adel, lepaskan Adel dengan cara baik. Sebab lepas Hedra lepaskan Adel, ada lelaki lain yang nak masuk meminang Adel. Waktu tu, air muka Hedra memang berubah habis.” Penjelasan Hessa dalam satu nafas. Sekaligus membuatkan Adelia rasa nak tepuk dahi. Yakin sangat yang Hessa sebenarnya ada agenda tersendiri sewaktu berbicara sebegitu dengan Hedraqil. “Laa.. kenapa kak long cakap macam tu? Nanti dia ingat Adel ni gatal sangat sampai tak menyempat-nyempat nak cari pengganti.” Sedikit terkilan nada suara Adelia. Rasa-rasanya cukup sudahlah dulu Hedraqil pernah labelkan dia perempuan murahan sebab terhegeh-hegeh nak mengahwini lelaki itu. Pamer wajah serba-salah, Hessa hanya menggaru kepalanya yang tak gatal.

281

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kak long minta maaf, Adel. Kak long cuma nak tengok reaksi Hedra waktu tu. Dah alang-alang kak long terlanjur cakap macam tu, kak long ingat kak long dah ada idea macam mana nak buat Hedra sedar yang dia sebenarnya perlukan Adel dan Hafya dalam hidup dia.” Lagi ayat yang buat bibir Adelia terbuka. Yang sejujurnya, dia sendiri tak faham idea apa yang Hessa sedang maksudkan padanya.

282

Bab 46

P

EJAM MATA, Hedraqil langsung tak mampu nak menggamit lena. Puas berpusing ke kiri dan kanan. Perasaannya tetap juga resah tak menentu. Bagaikan terbayang-bayang pesanan WhatsApp yang dihantar oleh Hessa petang tadi. Niat Hedraqil cuma nak tanya keberadaan Hessa di mana sebab dia nak bagitahu Hessa yang dia dah bersedia nak ambil alih pengurusan Hedra Holdings kembali. Cukuplah dia sia-siakan masa dia macam tu sahaja selama ni. Perlahan-lahan Hedraqil mahu berubah. Sedang elok pula Hessa waktu tu ada bersama Adelia. Namun bukan itu yang membuatkan hati Hedraqil libang-libur. Tapi.. Kak long ada dekat mana? – Hedraqil Ada dengan Adel. Sedang pilih barang

283

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

hantaran sebab Hedra pun tak lama lagi nak lepaskan Adel dah kan? Hafya tu perlukan seorang ayah. – Hessa Masa tu, jantung Hedraqil rasa macam nak tercabut. Perit dan pedih datang menujah ke segenap jiwa. Nak sedapkan hati, Hedraqil anggap Hessa saja nak menduga dia. Takkanlah Adelia tak tahu menerima lamaran lelaki lain sewaktu masih bergelar isteri orang itu berdosa? Tak mungkin Adelia tergamak nak buat macam tu kan? Malangnya, tersilap andaian Hedraqil bila sekeping gambar elok dihantar menerusi aplikasi WhatsApp oleh Hessa. Jelas di situ kelihatan Adelia sedang memilih dan menyarungkan cincin pada jari. Rasa seakan berhenti berputar dunia Hedraqil dalam sekelip mata. Bahu mengendur. Jemari dah longlai hinggakan telefon bimbit yang dipegang jatuh terhempas ke lantai. Bunyi dentuman guruh kembali menyedarkan Hedraqil. Hedraqil raup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Memikirkan perpisahan itu bakal tiba, sungguh duduk Hedraqil sudah menjadi serba tak kena. Nak tarik kembali kata-kata yang dulu sombong dia luahkan pada Adelia? Terasa kebas pula kedua-dua belah pipi.

284

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Nak terus berdiam diri dan lihat saja Adelia dan Hafya berada di sisi lelaki lain sebagai pengganti dirinya, sanggupkah dia nanti? Lama Hedraqil berperang dengan perasaannya. Sudahnya Hedraqil nekad. Dia dah tak boleh nak fikirkan tentang malu lagi. Ego buang ke tepi. Biarlah orang nak cakap dia jilat ludah dia kembali. Sekurang-kurangnya dia cuba nak tebus salah dia sendiri. Walaupun dia sendiri tak pasti bahawa Adelia akan sudi untuk menerimanya buat sekali lagi.

LOCENG ditekan bertalu-talu. Kerja gila dia terjah Villa AK saat jarum jam menginjak ke angka 11.00 malam. Tengok lampu yang terang-benderang, yakin pasti ada penghuni yang masih belum tidur lagi. Masuk dentingan kali ketiga, barulah pintu utama terkuak. Muncul Datuk Arman berdiri di hadapannya. Wajah yang tadinya biasa-biasa, bertukar keruh dalam sekelip mata. “Nak apa datang sini malam-malam buta?” Untuk pertama kali, Hedraqil rasa cemas berdepan dengan Datuk Arman. Selalu bapa 285

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

mertuanya tak pernah sedingin ini. Aduhai, Hedraqil. Haruslah dia dingin dengan kau. Lihat sajalah selama ni macam mana kau layan puteri kesayangan dia? Ini dah dikira nasib baik dia tak kejar kau dengan parang. Monolog suara yang berbunyi. Cuba untuk buat Hedraqil sedar kesilapannya yang lalu. “Adelia ada, papa?” Gugup. “Kenapa nak cari Adel? Tak puas lagi ke seksa dia selama ni?” hambur Datuk Arman berpeluk tubuh. Makin berpeluh-peluh dahi Hedraqil. Walaupun cuaca dingin dek hujan yang mulai turun membasahi bumi, Hedraqil tetap rasa suhu di sekeliling seakan panas menghangat. “Hedra nak jumpa Adel. Boleh ke?” “Tak boleh! Pergi balik dan jangan ganggu Adelia lagi.” Tegas Datuk Arman lalu.. Dum! Pintu dihempas betul-betul di hadapan Hedraqil. Buat Hedraqil tergamam. Agak-agaknya macam nilah perasaan Adelia sewaktu dia melayani gadis itu dengan teruk dahulu. Menarik nafas dalam, Hedraqil lepaskan perlahan. Jemari digagahkan untuk mengetuk pintu kayu Villa AK. “Papa, Hedra nak jumpa Adel sekejap aje. Boleh tak panggilkan dia?” Dekatkan bibir pada 286

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pintu, Hedraqil merayu pengertian Datuk Arman. Sunyi-sepi. Tiada balasan pun daripada penghuni di dalam. Nak berputus asa, Hedraqil rasa macam sia-sia dia gagahkan kaki melangkah ke mari. Sudahnya Hedraqil paksa jemari sendiri menaip pesanan ringkas buat Adelia. Saya ada dekat luar. Saya nak jumpa Adel. – Hedraqil Dan untuk pertama kalinya bahasa panggilan Hedraqil bertukar lembut tatkala berbicara dengan Adelia. Bluetick! Namun tiada tanda-tanda Adelia mahu membalas. Ah, kecewa sungguh Hedraqil. Saya tunggu Adel. Saya takkan balik selagi Adel tak keluar. – Hedraqil Lagi pesanan yang dihantar. Dibaca, tapi langsung tidak dibalas. Dibiarkan sepi tak berjawab. Hedraqil hela nafas berat. Hujan semakin lebat menimpa bumi. Sesekali tempias hujan mengenai batang tubuh Hedraqil. Lenguh berdiri, Hedraqil labuhkan duduk bersandar pada pintu kayu Villa AK. Bibir sudah mula menggeletar dek kesejukan. Menarik lutut, Hedraqil tak ubah seperti gaya seorang pengemis. Beberapa minit berlalu, pintu kayu itu terasa dibuka oleh seseorang. Bingkas Hedraqil bangun. Alangkah leganya dia tatkala melihat sekujur tubuh 287

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Adelia sedang berdiri di hadapannya. Nyaris Hedraqil nak ukir senyum. Mati niatnya pabila wajah Adelia kejung dan keruh menyambut kedatangannya. “Baliklah, hujan lebat ni. Nanti encik kesejukan dekat luar.” Menghulurkan sekaki payung padanya, Adelia dah bersedia nak masuk ke dalam semula. Tersekat saat lengannya terasa dilelar oleh encik suami. Tiada cengkaman kasar seperti selalu. Sentuhan Hedraqil lembut menyentuh lengannya. Sekaligus menghantar arus elektrik ke seluruh tubuh Adelia. “Can we talk?” Lalu gemersik suara Hedraqil membuatkan Adelia terkebam bibir sendiri.

288

Bab 47

K

ATA orang pabila nasi sudah menjadi bubur, segala penyesalan memang sudah terlambat. Entah kenapa walaupun Adelia belum terang-terangan menolak dia, Hedraqil dapat rasakan yang Adelia dah tawar hati untuk hidup dengan dia selepas ini. Bibir memang boleh mengungkap kata maaf. Tapi hati yang dah dilukai, mudahkah untuk memaafi? “Hafya sihat?” Tersentak Adelia pabila soalan pertama Hedraqil menerjah ke gegendang telinganya. Benarkah Hedraqil yang baru saja berbicara dengannya? Rasa seperti bermimpi. Selama ini, Hedraqil mana pernah ingin mengambil tahu tentang zuriatnya itu. Bahkan, kewujudan Adelia pun Hedraqil tak pernah alu-alukan.

289

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Saya tahu apa yang Adel fikirkan tentang saya. Tapi saya maksudkannya, Adel.” Tegas Hedraqil masih tidak mampu membuang rasa kekok Adelia. Dah terbiasa dibahasakan aku dan kau, bila Hedraqil berubah tiba-tiba macam ni haruslah dia terasa canggung sedikit. “Dia sihat. Baru aje lelap tadi,” jawab Adelia dan keadaan sepi kembali. Hujan dah mulai reda sedikit. Hanya deru angin yang masih berhembus. Mendinginkan sekujur tubuh milik Adelia. “Adel tunggu sini sekejap.” Hedraqil minta diri. Hilang seketika sebelum muncul kembali bersama sehelai baju sejuk di tangan. Tanpa sebarang isyarat, disangkutkan pada belakang tubuh Adelia. Gulp! Adelia telan liur. Makin tak selesa dengan layanan Hedraqil. Bukanlah bermakna dia suka dilayani dengan kasar. Cuma perubahan mendadak Hedraqil kadang-kala buat Adelia rasa tak selesa juga. “Encik nak cakap apa dengan saya?” soal Adelia semata-mata nak buang rasa janggal. Berdeham sekali, Hedraqil mula menggosok belakang tengkuk. Tak tahu nak mula dari mana. “Kak long bagitahu ada orang dah pinang Adel. Betul ke?”

290

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Automatik lidah Adelia rasa terpasung pada lelangit. Adelia mana reti nak menipu. Nyaris saja nak menyangkal. Ingatkan kembali pesanan Hessa, terpaksalah Adelia jatuhkan kepala tanda mengiyakan. Walaupun dia tahu mesti tanggapan Hedraqil buruk padanya nanti. “Siapa lelaki tu?” Dush! Nak cekau jawapan apa ni? Fikir punya fikir, akhirnya Adelia hentam saja apa yang terlintas dekat benak. “Senior saya dekat kolej.” “Ohh..” Lalu hati Hedraqil terasa seperti disiat-siat pedih. Menyedut nafas dalam, perlahanlahan Hedraqil lepaskan. “Adel..” seru Hedraqil lunak. Dulu, memang dalam mimpi sajalah nak dengar Hedraqil panggil dia lembut-lembut macam tu. Tak sangka hidayah Allah S.W.T itu akan datang secepat ini. “Saya tahu Adel dah banyak terseksa hidup dengan saya. Saya juga tahu yang Adel tak pernah bahagia selama jadi isteri saya. Tapi andai kata saya minta sesuatu pada Adel, boleh ke kalau Adel penuhi?” “Maksud encik?” Berdebar-debar. 291

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“I’m really sorry for the things I’ve done. Saya dah banyak buat dosa dengan awak, Adelia.” Ayat yang meluncur lancar. Sekaligus membuatkan bibir Adelia sedikit terbuka. “Saya tak pernah berdendam.” “Saya tahu.” Kening Adelia berkerut. “Saya tahu sebab sekarang baru saya sedar yang awak memang ikhlas nak tolong saya selama ni. Banyak kali saya sakiti awak, awak tak pernah membenci saya.” “Macam mana encik tahu saya tak pernah bencikan encik?” “Awak sambut kedatangan saya dengan baik malam ni, Adel. Tu dah cukup buat saya tahu siapa sebenarnya diri awak.” Bicara Hedraqil penuh makna. Adelia tunduk merenung hujung jemari kaki. “Saya tak ada hak nak hukum encik. Lagipun salah saya sebab sibuk hendak masuk ke dalam hidup encik. Siapa-siapa pun takkan suka kalau dipaksa kan?” Senyum Adelia jelas senyuman penuh kepalsuan. Senyuman tak bergula. “Kalau Allah tak bawa awak dalam hidup saya, saya mungkin masih hanyut dalam dunia saya.” “Bukan saya penyebabnya, tapi DIA dan diri 292

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

encik sendiri yang nak berubah. Kun fayakun. Saya mungkin perantaraannya sahaja.” Merendah diri semata-mata. “Can we just start over again, Adelia Khadeeja?” Penuh harapan saat permintaan itu dilontarkan kepada si isteri. Wajah Adelia berubah riak. Bibir Adelia membeku. Lama keadaan menyepi, Hedraqil mula mengukirkan senyuman hambar. Rasa-rasanya dia tak layak langsung hendak membuat permintaan sebegitu. “Susah kan Adel nak terima kembali lelaki macam saya?” Lebih kepada berbicara sendiri. Adelia masih tak mampu hendak membuka peti suara miliknya. “It’s okey, Adel. Saya faham dan saya takkan sesekali memaksa. Adel berhak untuk hidup bahagia dan untuk bahagia mungkin bukan dengan saya. Saya betul-betul dah terlambat kali ini.” Ada gelak halus yang meletus pada bibir Hedraqil. Gelak sumbang yang jelas mahu menutup derita pada jiwa. Mengangkat pandangan, Hedraqil renung wajah Adelia sepuas-puasnya. Wajah yang seiras dengan arwah Yasmin. Wajah sama yang buat dia jatuh cinta pada 293

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

pandangan pertama. Bezanya, wajah itu kini milik Adelia Khadeeja. “Encik..” panggil Adelia sekaligus membuatkan bebola mata Hedraqil kembali melekat ke wajahnya. “Kalau saya tak mampu terima encik kembali, encik akan lepaskan saya?” Soalan yang buat leher Hedraqil seakan terjerut. Lambat-lambat, Hedraqil jatuhkan kepala walaupun hati terasa begitu payah untuk mengiyakan permintaan Adelia. “Kenapa?” “Sebab selepas ni saya nak awak bahagia. Dan sebab selepas ni saya nak bebaskan awak dari penjara Hedraqil.” Tenang jawapan Hedraqil. Sedikit-sebanyak menyentuh ke dasar hati Adelia yang paling dalam. Mengundurkan langkah setapak ke belakang, Adelia dah bersedia hendak berlalu pergi. Sudah tiada apa-apa lagi yang patut mereka bincangkan. Segala-galanya mungkin sudah tersurat. Begini sajalah pengakhiran kisah mereka berdua. “Dah lewat malam, encik baliklah.” Suruh Adelia lalu memusingkan tubuh. Saat Adelia teringatkan sesuatu, sepasang mata kembali mencari 294

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

raut wajah encik suami. “Selama ni encik ke yang selalu berikan Hafya hadiah?” Tanda-tanya yang dah lama Adelia nantikan kesahihannya. “Saya minta maaf kalau buat Adelia tak selesa dengan pemberian saya. Saya tahu salah saya buat macam tu.” Akui Hedraqil sekaligus membuatkan Adelia lorekkan senyuman kelat pada bibir. “Terima kasih sebab jawab soalan saya, saya minta diri dulu.” “Kejap, Adel!” laung Hedraqil menahan Adelia daripada berlalu. “Ya?” “Andai kata saya dah tak berpeluang nak jumpa Hafya lagi selepas ni, bagitahu pada dia yang saya minta maaf. Saya minta maaf sebab sebelum ni saya pernah suruh mama dia buang dia. Saya juga minta maaf sebab waktu dia lahir saya tak ada untuk sambut dia. Dan tolong bagitahu pada dia yang saya sayangkan dia. Tolong ya, Adel?” rayu Hedraqil bersama tubir mata yang dah mulai berkaca-kaca. sekali.

Senyum segaris, Adelia jatuhkan kepalanya

“InsyaAllah, Hafya pun dah lama maafkan papa dia,” sahut Adelia lalu menutup rapat daun pintu Villa AK.

295

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Membiarkan Hedraqil yang dah mula tertunduk lesu. Memejamkan rapat mata sendiri, Hedraqil cuba tahan air matanya daripada gugur. Gagal tatkala air mata penyesalan itu tetap juga mahu menitis pada pipi. Satu yang Hedraqil perlu sedari selepas apa yang terjadi.. Life doesn’t always give you second chances, So take the first one.

296

Bab 48

D

UA minggu yang lepas, Hedraqil ingat dia dah terlalu kuat untuk lepaskan Adelia. Ternyata hati dia benar-benar tidak mampu untuk menunaikannya. Apa sekalipun yang terjadi, Hedraqil mahu mencuba lagi. Jika dipaksa supaya melutut, Hedraqil sanggup. Jika dipaksa supaya Hedraqil tunduk mencium kaki Adelia, pun Hedraqil rela. Asalkan Adelia dan Hafya akan tetap berada di pangkuannya. Buat selama-lamanya. Mengingatkan panggilan telefon yang dibuat oleh Hessa beberapa minit yang lalu, sungguh Hedraqil terasa seperti hendak meraung. Adel dah nak bertolak ke Glasgow. Selepas balik dari sana, mungkin dia akan buat keputusan

297

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

tentang Hedra dan dia. Tapi kak long tak rasa keputusan Adel positif. Terngiang-ngiang suara Hessa. Sungguh Hedraqil takut. Dia tak kuat untuk menerima kehilangan buat kali kedua. Disebabkan itulah dia pecut keretanya untuk menghalang pemergian Adelia. Baru saja kereta Adelia keluar dari perkarangan Villa AK, Hedraqil dah hadang kereta itu dengan kereta yang dipandu olehnya. Turun dari kereta, Hedraqil ketuk pintu di sebelah pemandu. Terpinga-pinga Adelia. Nak tak nak, Adelia terpaksa bukakan juga. Elok buka pintu, lengannya dah ditarik oleh Hedraqil masuk ke kereta lelaki itu. Ya Allah, Hedraqil nak buat apa pula kali ni? Dek tindakan yang tak diduga, Adelia jadi macam orang bingung kerana terpaksa menurut saja. “Encik nak bawa saya ke mana ni?” Cemas suara Adelia. “Stay still, Adel. Jangan sesekali terjun dari kereta ni. I won’t hurt you. Saya janji.” Suara lelaki itu kedengaran tegas. Sebelah tangan memandu, sebelah tangan pula kejap menggengam jemari Adelia. Seolah-olah bimbang jika Adelia benar-benar terjun dari kereta.

298

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

ADELIA ingat ke mana sajalah Hedraqil nak bawa dia tadi. Rupa-rupanya Hedraqil pandu kereta menuju ke banglo lelaki itu. Pimpin masuk, Hedraqil kunci pintu utama siap-siap. Tengok gaya Hedraqil, dah serupa orang sasau pun ada. Adelia pandang jam. Jarum jam dah semakin menginjak ke angka 10.00 pagi. Habislah terlepas penerbangan ke Glasgow pagi ini. “I take my words back, Adelia.” “Huh?” Adelia tak faham. “Saya tak nak lepaskan awak. Bahkan, saya takkan sesekali lepaskan awak.” “Tapi..” “Saya sanggup melutut, Adel. Saya sanggup sujud kaki awak. I can do all that for you!” Serentak juga Hedraqil jatuhkan kedua-dua belah lutut di hadapan Adelia. Dekat dengan hujung kaki si isteri. Membuatkan Adelia berundur beberapa tapak ke belakang. Terkejut yang pastinya. “Apa encik buat ni? Bangunlah!” jerit Adelia mulai diterpa perasaan bersalah. Tika itu Hedraqil sedang menunduk ke bawah. Saat lelaki itu memanggung wajah, semakin bertambah rasa bersalah Adelia. Sekali lagi tubir mata lelaki itu kelihatan bergenang. 299

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Oh, Tuhan! “Saya rayu, saya sujud pada awak. Please, don’t go. Don’t leave me. Sebab saya tahu sebaik saja awak pergi ke sana dan awak pulang kembali, awak akan minta saya lepaskan awak.” Bergetar suara Hedraqil. Tangan siap dicantumkan di antara satu sama lain. Jika dilihat keadaan Hedraqil, memang tak ubah seperti gaya seorang pengemis. Dengan wajah yang berserabut. Rambut yang kelihatan kusustmasai. Segala-galanya menjentik simpati seorang Adelia. Adelia hela nafas berat. Menghampiri, Adelia tarik tangan Hedraqil supaya bangkit semula bertentang dengannya. “Kenapa rendahkan maruah sebagai seorang suami, encik?” Hampir tidak kedengaran suara yang terlontar. “Sebab saya tak boleh kehilangan awak, Adel. Saya tak nak hilang Hafya juga. Saya perlukan awak dan Hafya dalam hidup saya. Adel, tolong bagi saya peluang. Peluang untuk saya tebus kesalahan saya pada awak selama ni.” Genggam jemari Adelia, Hedraqil kucup berkali-kali. “Saya tak ke mana-mana pun, encik. Saya tunggu encik datang semula untuk pujuk saya, tapi encik tak datang. Sekali tak cukup untuk buat saya yakin yang encik betul-betul dah mampu terima 300

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

saya dan Hafya,” balas Adelia sekaligus membuatkan Hedraqil terkebam bibir untuk sesaat. “Saya tak faham..” “Siapa yang bagitahu pagi ni saya nak ke airport?” “Kak long.” Lurus Hedraqil membalas. Walaupun dia sendiri tak rasa soalan itu patut ditanya dalam keadaan genting sebegini. Adelia geleng kepala bersama senyuman nipis. Toleh pandang jam pada dinding, Adelia yakin waktu ini Khalish dan isteri dah pun selamat berada di lapangan terbang. Licik betul rancangan Hessa dan keluarganya. Patutlah tak ada seorang pun yang halang Hedraqil waktu lelaki itu tarik dia keluar dari kereta. Belum sempat Adelia hendak menjelaskan, bunyi deringan telefon bimbit Hedraqil kuat kedengaran. Tengok nama pemanggil, Hedraqil tak tahu sama ada nak jawab atau tidak. “Kak long, kan?” Hedraqil angguk. “Jawablah,” suruh Adelia. Barulah Hedraqil berani untuk menekan butang hijau. Gajet dilekapkan pada telinga. “Kami dah buka ruang untuk Hedra dan Adel berbincang. Sekarang ni tugas Hedra pula 301

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

untuk pujuk Adel. Bagitahu pada Adel, Khalish dan isteri dah selamat kejar penerbangan dia pagi ni. Dah nak masuk balai berlepas pun. Kak long telefon ni tak nak ganggu Hedra lama-lama. Kak long pun ada kelas kejap lagi. Selesaikan baik-baik, Hedra. Kak long doakan Hedra dari sini.” Lalu bicara Hessa sebelum menamatkan panggilan buat Hedraqil memusatkan pandangan ke wajah Adelia serta-merta. “Jadi sekarang encik dah faham?” “Bukan Adel..” “Bukan saya. Tapi, abang long. Memang sejak bulan lepas lagi abang long dan kak long dah rancang nak pergi bercuti ke sana. Tadi pun saya cuma nak tolong hantakan mereka ke airport.” Cepat sahaja Adelia menjawab sebelum sempat Hedraqil habiskan pertanyaannya. Mendengarkan balasan si isteri, Hedraqil raup wajah. Kalaulah Hessa tahu macam mana lajunya dia pecut keretanya untuk menghalang pemergian Adelia tadi. “Adel takkan tinggalkan saya kan?” Kembali menagih jawapan. “Kalau kita bincang pasal ni kemudian boleh? Kesian Hafya sebab encik dah culik mama dia.” Saja nak berdolak-dalih. Atau lebih tepat, saja nak mendera perasaan Hedraqil lagi.

302

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Adel, please..” Hedraqil rasa tak betah selagi jawapan yang dia mahukan belum Adelia berikan. “Encik tanyalah Hafya. Kalau Hafya masih perlukan encik, saya akan berikan encik peluang tu.” saya?”

“She can’t talk, Adel. Adel sengaja nak seksa

“Jadi anggap saja yang encik dah dapat jawapan yang encik mahukan.” Kias Adelia seraya mencapai kunci kereta Hedraqil lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Sebaik saja kunci kereta bertukar tangan, Adelia bergerak melepasi tubuh Hedraqil. Belum sempat Adelia hendak memulas tombol pintu, terasa tangannya dipegang oleh sang suami. Pandangan Adelia melorot jatuh pada jemarinya yang erat bersulam dengan jemari Hedraqil. Angkat wajah, toleh ke sisi. Adelia hantar renungan mendalam pada sepasang mata yang jelas masih mengharap. “Hafya dah tunggu ‘kita’..” jawab Adelia sekaligus membuatkan beban di dada Hedraqil berkurangan dalam sekelip mata. Tanpa sebarang isyarat, tubuh kecil molek Adelia dibawa ke dalam pelukan hangat. Ubun-ubun si isteri turut dikucup bertalu-talu. Tak tahu macam mana Hedraqil mahu digambarkan perasaannya tika ini.

303

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Terima kasih, Adel. Terima kasih,” ucap Hedraqil berulang-kali, bersama lafaz syukur di dalam hati. Sembamkan wajah pada dada bidang Hedraqil, seakan sedang mendengar degup jantung Hedraqil yang mula berdetak tenang. Adelia senyum. Senyum sampai ke telinga. Berharap kali ini pelangi itu benar-benar akan memunculkan diri, selepas hujan yang tak pernah berhenti sebelum ini. Lantas tepatlah pegangan Adelia selama ini, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. In the end, you will come realise it is only Allah S.W.T who always keeps His promise.

304

Epilog

M

EMANDANG pusara arwah Yasmin dan anak syurga buat kali terakhir, Hedraqil pusingkan tubuh untuk menapak pada si dia yang sudah menanti. Sempat Hedraqil dongak pandang langit. Cuaca mendung. Seakan-akan turut memahami gelodak isi hati Hedraqil saat ini. Yas, abang takkan pernah lupakan Yas. Abang terima wanita lain selain Yas bukan bermakna Yas dah tak penting dalam hidup abang. Yas tetap yang pertama. Abang akan selalu jenguk Yas dan anak kita di sini. Tapi satu yang abang nak tahu, abang dah ikhlas lepaskan Yas dan anak kita pergi. Yas bersemadilah dengan tenang. Sekalipun kita tidak berjodoh di dunia, kelak abang harap abang mampu jumpa Yas dan anak kita di syurga. Al-Fatihah.. Monolog

Hedraqil 305

sepanjang

kaki

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

melangkah meninggalkan tanah perkuburan. Elok berdiri di hadapan Adelia, peluh pada dahi Adelia diseka dengan hujung lengan baju melayu yang dipakai. “Kenapa tak tunggu dalam kereta? Panas dekat luar ni.” Lembut nada yang melontar. Berbaur prihatin. Adelia senyum. Capai jemari yang masih menyeka peluh pada dahi, Adelia genggam kemas tangan kasar milik sang suami. “Adel risau..” “Risau? Kenapa?” soal Hedraqil bersama dahi yang berkerut. “Adel risau kalau-kalau abang perlukan bahu Adel nanti. Adel risau kalau-kalau Adel tak nampak abang menangis dan perlukan Adel.” Jujur pengakuan Adelia, membuatkan Hedraqil dijentik rasa terharu. “Abang takkan menangis lagi, sebab..” Jeda untuk seketika. Tubuh Adelia kemudiannya dipaut kejap ke dalam pelukan. “Sebab penguat abang akan selalu ada di sisi abang selepas ini.” Sambung Hedraqil lalu tunduk mengucup dahi Adelia. Membuatkan mata Adelia langsung terpejam rapat. Takdir ini terlalu indah untuk dinikmati. Mudah-mudahan biarlah ianya selalu kekal begini. Sehingga ke akhir hayat Adelia nanti. 306

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

TERSENTAK Adelia saat tubuhnya terasa dipeluk seseorang daripada belakang. Tiada penolakan kerana Adelia cukup arif siapa pemilik tubuh hangat yang semakin gemar memeluk dia sejak kebelakangan ini. “Hafya dah tidur?” “Baru aje tidur,” balas Hedraqil semenjak dia dah terbiasa mengambil alih tugas mendodoikan Hafya yang dah semakin meningkat usia. Lagi beberapa bulan, genaplah usia Hafya dua tahun. “Kita pula, bila nak tidur? Dah lewat ni.” Suara Adelia lunak seraya jemari mula mengusap lengan Hedraqil yang membelit pada perutnya. Hedraqil jatuhkan bibir pada bahu Adelia lalu sempat mengucupnya sekali. Sesaat, tubuh Adelia sudah dibalikkan supaya bertentang dengannya. Juntaian rambut pada pipi Adelia diselit ke belakang telinga. “Abang sayang Adel.” “Dah banyak kali abang bagitahu Adel sebelum ni.” Senyum Adelia bersama hati yang terasa kembang-kuncup. Yang sebenarnya, dia langsung tak rasa jemu mendengar pengakuan yang sama dari bibir sang suami. “Adel sayangkan abang?” 307

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Kalau tak sayang, Adel takkan ada dekat sini.” Penuh makna. Sekaligus mengundang kucupan kudus pada dahi Adelia. “Terima kasih, Adelia Khadeeja.” “Kali ni untuk apa pula?” “Untuk alasan yang sama. Sebab sudi berikan abang peluang kedua.” Adelia julingkan mata ke atas. Kalau boleh, dah tak mahu ungkit tentang perkara yang sedihsedih ni lagi. Tapi dah alang-alang Hedraqil masuk ke ‘mood’ nak meluahkan perasaan, biarlah Adelia turut tumpang sekaki. Malam ni, Adelia akan pastikan ini sesi luahan perasaan tentang kisah lalu yang terakhir. “Terima kasih juga untuk abang.” “Eh, kenapa? Abang tak buat apa-apa pun untuk Adel.” Kening Hedraqil berkerut. Setahu dia, dia sajalah yang patut berterima kasih pada Adelia. “Sebab bebaskan Adel dari penjara Hedraqil,” tukas Adelia polos. Dada Hedraqil sesak untuk seketika. Jemari naik mengelus pipi Adelia. Pipi yang sama pernah dia tampar berulang-kali dahulu. Malah tubuh Adelia juga sesekali pernah juga menerima sepak terajang daripadanya. 308

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

Ah, dayusnya dia dahulu. Terlalu hanyut mengikut bisikan syaitan. “Abang selalu pukul Adel dulu..” Sendu suara Hedraqil mengetuk gegendang telinga Adelia. “Tapi pipi dan tubuh Adel dah tak rasa sakit.” Cepat sahaja Adelia mencantas. Tidak mahu Hedraqil terus dihurung beban dosa waktu lampaunya. “Hati Adel?” “Nak Adel berikan jawapan jujur?” Hedraqil angguk. “Hati ni dah tak sakit, tapi parut tu mungkin masih ada.” “Macam mana abang nak ubatkan?” “Sayangi Adel, cintai Adel.. sampai hujung nyawa Adel.” “Cukup ke?” “Ada lagi.” “Apa dia?” “Janji dengan Adel yang kita akan mulakan hidup baru. Tutup buku lama dan buka buku baru. Jangan sesekali di antara kita masih ada yang mengungkit kisah lepas.” “Susah, Adel. Sebab dosa tu tak pernah berhenti ikut diri abang.” Sayu wajah Hedraqil. 309

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

“Siapa cakap susah? Sini, tangan abang.” Adelia capai dan genggam tangan Hedraqil. “Adel nak buat apa ni?” “Shh..” Sebelah tangan buat isyarat ‘diam’. Tarik nafas, Adelia hela perlahan-lahan semula. Pandang wajah Hedraqil, senyuman manis dilemparkan buat sang suami. “Hai, nama saya Adelia Khadeeja. Nama encik?” Ceria suara Adelia, buat bibir Hedraqil terketap kuat. Rasa sebak. Rasa syahdu. Sebab Adelia bersusah-payah mahu dia lupakan kenangan pahit yang lalu. “Cepatlah, Adel tunggu ni.” Menggesa hinggakan Hedraqil terpaksa menurut kehendak Adelia yang tiba-tiba. “Nama saya, Hedraqil. Selamat berkenalan.” “Saya tak nak berkenalan dengan encik. Tapi saya nak ajak encik untuk sehidup semati dengan saya. Encik sudi tak?” Terkelip-kelip sepasang mata memandang Hedraqil. Terhenyak. Semakin terkesan seluruh jiwa dan raga. Tiada jawapan mampu Hedraqil susun untuk disajikan sebagai halwa telinga. Cukuplah perbuatannya menjawab segala-galanya. 310

Penjara Hedraqil w QAYS RICO

kali.

Tubuh Adelia dipeluk erat untuk kesekian

Seluruh wajah si isteri dikucup dengan penuh kasih. Saat Hedraqil berjaya mengumpul kekuatannya kembali, barulah bibir mampu bertutur lagi. “Abang sudi selagi Adel masih perlukan abang di sisi.” Jawapan penutup bicara. Untuk kisah hidup mereka berdua. Adelia Khadeeja, Abang lepaskan Adel dari ‘Penjara Hedraqil’ yang abang pernah ciptakan untuk Adel dan abang janjikan ‘Syurga Hedraqil’ buat Adel. Moga Adel akan sentiasa bahagia di sisi abang. Bersama-sama berpimpin tangan dengan abang, kelak sampai ke syurga DIA.\ Monolog Hedraqil di dalam hati, tanpa Adelia sendiri yang bisa mengetahui. Starting all over again is not that bad.. Because when you restart, You get another chance to make things right. TAMAT

311

TINTA PENULIS

Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk melihat PENJARA HEDRAQIL ke versi cetak sudah tercapai. Tak ada apa yang saya harapkan daripada hasil tulisan saya ini melainkan sedikit pengajaran baik untuk diteladani oleh anda. Maaf jika naskhah ini tidak menepati cita rasa anda. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. ke:

Sebarang komen membina boleh dihantar Facebook: Qays Rico Facebook: Hana Efriena (HE) Page: HE Dynamic Publication

BIODATA PENULIS

Qays Rico Hanya ingin dikenali dengan nama pena, Qays Rico. Lelaki. Berusia 20-an. Sudah bekerja dan menjadikan penulisan sebagai aktiviti sampingan pada waktu lapang. Lebih tepat digelarkan sebagai ‘Ghost Writer’.

KARYA PENULIS

Buru HE Dynamic Enterprise RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

Dua Dunia HE Dynamic Enterprise RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

Tahanan Tuan Dhazrif HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)