Data Loading...

PERATURAN PERTANDINGAN Flipbook PDF

PERATURAN PERTANDINGAN


120 Views
88 Downloads
FLIP PDF 335.7KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

PERATURAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK MSSM (SECARA DALAM TALIAN)

PERATURAN PERTANDINGAN

1.NAMA PERTANDINGAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 1.2 1.3

Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM Pertandingan Kemahiran Menimbang Bola Sepak Individu MSSM Peraturan AM MSSM adalah diguna pakai kecuali dinyatakan dalam; 1.3.1 PERATURAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK MSSM 1.3.2 PANDUAN PENILAIAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK

2. KELAYAKAN DAN UMUR 2.1

Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM 2.1.1 18 Tahun ke bawah lelaki (B18L) 2.1.2 15 Tahun ke bawah lelaki (B15L) 2.1.3 12 Tahun ke bawah lelaki (B12L)

2.2

Pertandingan Kemahiran Menimbang Bola Sepak Individu MSSM 2.2.1 18 Tahun ke bawah lelaki (B18L) 2.2.2 15 Tahun ke bawah lelaki (B15L) 2.2.3 12 Tahun ke bawah lelaki (B12L) 2.2.4 Perempuan Sekolah Menengah (PSM) 2.2.5 Perempuan Sekolah Rendah (PSR)

2. KELAYAKAN DAN UMUR 2.3

Pendaftaran 2.3.1 Borang Pendaftaran Peserta 2.3.2 Borang Kebenaran Ibubapa

2.4

Warganegara Malaysia (bukan warganegara hanya dibenarkan bertanding sehingga peringkat sekolah/daerah/negeri – Rujuk Peraturan MSSM) Peserta/Pasukan yang mendapat kedudukan terbaik akan mara ke peringkat seterusnya.

2.5

3. PERINGKAT PERTANDINGAN Pertandingan diadakan melalui 4 peringkat iaitu:3.1 Peringkat sekolah (sekolah digalakkan mengadakan pertandingan)

3.2 Peringkat daerah (MSSD) 3.3 Peringkat negeri (MSSN) 3.4 Peringkat kebangsaan (MSSM)

4. PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertandingan kebangsaan dikelolakan negeri yang dilantik oleh MSSM

5. PERATURAN AM TEKNIKAL 5.1

Pertandingan pada semua peringkat ini dijalankan secara dalam talian. 5.1.1 Peserta/Pasukan perlu menghantar video penyertaan (FORMAT VIDEO -720p Ke atas) kepada urusetia pada semua peringkat setelah layak dan mengikut ketetapan masa (KRONOLOGI) oleh PENGELOLA yang dilantik. 5.1.2 Pengelola di semua peringkat bertanggungjawab menyediakan medium (cadangan You Tube) untuk penghantaran video penyertaan. 5.1.3 Video tidak boleh diedit dengan cara apa pun - tanpa potongan, tanpa kesan khas, tanpa tajuk dan TIADA MUZIK

5. PERATURAN AM TEKNIKAL 5.1.4 Video mesti dirakam pada tahun pertandingan (2021). 5.1.5 Video mestilah video terkini, tidak dapat dilihat dan tidak dimuat naik di tempat lain (media sosial, web, dan lain-lain medium) 5.1.6 Jika didapati atau dikesan video peserta tidak mematuhi peraturan 5.1.3, 5.14 dan 5.1.5, penyertaan peserta akan dibatalkan sementara kemenangan peserta akan ditarik semula. Pengelola (Jawatankuasa Pertandingan) akan membuat laporan bertulis kepada pihak yang lebih tinggi untuk tindakan yang lebih lanjut jika perlu.

5. PERATURAN AM TEKNIKAL 5.1.7

Kandungan video penyertaan, hanya ada peserta dan bola sahaja. Tidak ada penggunaan tangan (paras bahu hingga hujung jari), tidak ada aksesori dan tidak ada orang lain dalam video.

5.1.8

Tempoh masa pertandingan individu : i. Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM – Dalam tempoh 90 saat (1minit 30 saat) ii.

5.1.9

Pertandingan Kemahiran Menimang Bola Sepak Individu MSSM Dalam tempoh 60 saat (1minit) dengan sekali percubaan

Persembahan/Pelakuan/Pergerakan yang melebihi dari tempoh masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIKIRA dalam pemarkahan.

6

PENILAIAN PERTANDINGAN

6.1

Penilaian Pertandingan adalah garis panduan system pemarkahan untuk setiap video/persembahan pertandingan.

6.2

Borang dan panduan adalah seperti LAMPIRAN 1 6.2.1 Borang Penilaian Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM 6.2.1.1

Tiga (3) orang panel hakim menilai setiap video.

6.2.1.2

Markah akhir adalah gabungan ( Teknik (85%) + Penilaian Atlet Murid (15%) = JUMLAH MARKAH

6

PENILAIAN PERTANDINGAN

6.2.2 Pertandingan Kemahiran Menimang Bola Sepak Individu MSSM 6.2.2.1 6.2.2.2

6.2.2.3

Peserta dinilai dari jumlah timbangan sahaja. Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang Timbangan hanya menggunakan bahagian kekura kaki kiri atau kekura kaki kanan.

6 6.2.2.4 6.2.2.5

6.2.2.6

PENILAIAN PERTANDINGAN Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama mana-mana kekura kaki dan 60 saat berikutnya. Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput atau selepas tempoh 60 saat tidak akan diambil kira. Semasa menimbang bola, peserta menyentuh atau menimbang menggunakan anggota tubuh badan lain, sentuhan atau timbangan tersebut tidak akan dikira. Timbangan bola diteruskan selagi bola tidak jatuh ke lantai/rumput.

6 6.2.2.7 6.2.2.8

PENILAIAN PERTANDINGAN Sentuhan tangan(bahu ke hujung jari) tidak dibenarkan. Jika berlaku keputusan SERI (jumlah timbangan sama antara peserta), cara memutuskannya adalah dengan melihat timbangan yang paling SEKATA antara kedua belah kekura kaki kiri dan kekura kaki kanan. Jadual di bawah boleh menjelaskan perkara ini:

PESERTA

KIRI

KANAN

JUMLAH

BEZA

KEDUD UKAN

Suarez

703

500

1203

203

3

Firmino

602

601

1203

1

1

Konte

423

780

1203

357

4

Hendo

600

603

1203

3

2

Pogba

1

1202

1203

1202

5

Peserta paling SEKATA adalah Firmino dan berada pada kedudukan terbaik

7

PAKAIAN DAN PERALATAN

7.2 Peserta WAJIB memakai pakaian sukan, berstokin dan berkasut. Pakaian yang beridentitikan sekolah/daerah/negeri yang bersesuaian amat digalakkan. 7.3 Bola pertandingan: 7.3.1

Sekolah Menengah

(L/P)Saiz – 5

7.3.2

Sekolah Rendah

(L/P)Saiz – 4 atau 5

8. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN 8.1 Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di atas, pihak PENGELOLA akan memutuskan berdasar Perkara 1.3 (PERATURAN PERTANDINGAN). Keputusan yang diputuskan adalah MUKTAMAD.

LAMPIRAN 1

Borang Penilaian Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSM BAHAGIAN PENILAIAN

SKOR PENILAIAN ASAS PENILAIAN

BELUM MENCAPAI MENCAPAI MEMUASKAN TAHAP MINUMUM TAHAP MINIMUM

Kemahiran Kreatif

5 MARKAH

10 MARKAH

2 KEMAHIRAN

4 KEMAHIRAN

15 MARKAH 6 KEMAHIRAN

BAIK

CEMERLANG

20 MARKAH

25 MARKAH 10 ATAU LEBIH KEMAHIRAN

8 KEMAHIRAN

JUMLAH

/25

BELUM MENCAPAI MEMUASKAN MENCAPAI TAHAP TAHAP MINIMUM MINUMUM 3 MARKAH 6 MARKAH 9 MARKAH

ASAS PENILAIAN TEKNIK (A)

BAIK

CEMERLANG

12 MARKAH

15 MARKAH

Ketepatan Kemahiran Kreatif Kawalan Pergerakan Bola (Lancar Dan Terkawal Koordinasi Dan Kelembutan Pergerakan tubuh Badan Penggunaan Bahagian Tubuh Badan Dalam Pergerakan (Kecuali Tangan)

JUMLAH /15 /15 /15 /15 /85

BAHAGIAN PENILAIAN PENILAIAN ATLET MURID (B)

BELUM MENCAPAI MENCAPAI MEMUASKAN TAHAP MINUMUM TAHAP MINIMUM 1 MARKAH 2 MARKAH 3 MARKAH

ASAS PENILAIAN Keterampilan dan Kekemasan Diri Persekitaran yang selamat Karakter

JUMLAH KESELURUHAN (A+B)

BAIK

CEMERLANG

4 MARKAH

5 MARKAH

JUMLAH /5 /5 /5 15 /100

LAMPIRAN 1

Borang Skor Pemarkahan Pertandingan Menimbang Bola Sepak MSSM BIL

PANDUAN PEMARKAHAN

1

Peserta akan dinilai dari jumlah TIMBANGAN sahaja.

2

Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang

3

Timbangan hanya menggunakan kekura kaki kiri atau

4 5 6

kekura kaki kanan KIRAAN akan bermula pada sentuhan pertama dan 60 saat berikutnya. Timbangan selepas bola jatuh atau menyentuh Lantai/rumput atau selepas tempoh masa 60 saat tidak akan diambil kira Peserta menimbang bola atau menyentuh bola Menggunakan anggota tubuh badan selain dari pengunaan kekura kaki, sentuhan itu tidak dikira. Sentuhan dibenarkan untuk meneruskan timbangan.

7

Sentuhan tangan (bahu hingga jari tangan) tidak dibenarkan

8.

Jika ada keputusan SERI selepas hitungan timbangan, cara PEMUTUS SERI adalah dengan mengambil kira Peserta yang paling SEKATA penggunaan kekura kaki kiri dan kekura kaki kanan. Contoh: Peserta A Kaki kiri - 72 Kaki Kanan – 65 = 137 (Beza – 7) Peserta A Kaki kiri - 7 Kaki Kanan – 130 = 137 (Beza – 130) Maka Peserta A dikira sebagai pemenang

KEKURA KAKI KIRI

KEKURA KAKI KANAN