Data Loading...

PJPK T4 KSSM Unit 1 PEERS Penyakit PK zila khalid =) Flipbook PDF

PJPK T4 KSSM Unit 1 PEERS Penyakit PK zila khalid =)


113 Views
5 Downloads
FLIP PDF 2.02MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

UNIT 1 PEERS PENYAKIT PJPK Tingkatan 4 KSSM PK Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor

PENYAKIT

• Penyakit talasemia dianggap

penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan hemoglobin (haemoglobin disoder) secara genetik iaitu anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa.

• Talasemia bukan penyakit

berjangkit, malah tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia.

PENYAKIT

• Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia merupakan pembawa penyakit talasemia.

• Kebiasaannya pesakit merupakan kaum

Melayu, Cina dan terutamanya etnik Kadazan-Dusun di Sabah tetapi penyakit ini jarang terdapat dalam kalangan kaum India dan peribumi Sarawak.

Talasemia • • •

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah iaitu badan kurang menghasilkan hemoglobin atau hemoglobin tidak normal. Hemoglobin merupakan protien dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh manusia. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

TALASEMIA

• Pembawa Talasemia (Talasemia Minor)

• Pesakit Talasemia

(Talasemia Major)

Pembawa Talasemia(Talasemia Minor) • Ibu bapa yang mempunyai

gen talasemia tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda sebagai seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak.

Pesakit Talasemia(Talasemia Major) •



Kedua-dua ibu bapa yang mempunyai gen talasemia sepenuhnya kemungkinan melahirkan bayi berpenyakit talasemia. Kebiasaannya semasa lahir, pesakit kelihatan normal tetapi apabila berusia antara tiga hingga 18 bulan, bayi mula menunjukkan tandatanda anemia.

• Perubahan pembentukan muka ketika membesar

TANDA-TANDA TALASEMIA

• Anemia yang serius • Tumbesaran terbantut • Masalah kesihatan • Jaundis

Perubahan pembentukan muka ketika membesar

• Perubahan pembentukan tulang muka (craniofacial) semasa membesar termasuk tulang muka, hidung, bibir, mulut dan telinga.

Anemia yang serius





Sel darah merah hanya boleh hidup dalam masa beberapa minggu sahaja berbanding sel darah merah kanakkanak normal iaitu boleh hidup selama empat bulan. Kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.

Tumbesaran terbantut Melambatkan pertumbuhan dan terbantut.

Masalah kesihatan

• Kelihatan normal ketika lahir dan berubah antara enam hingga 18 bulan dengan muka menjadi pucat, sentiasa lemah dan bertambah teruk.

Jaundis



Jaundis biasanya dikaitkan dengan masalah kesihatan organ badan iaitu hati dan limpa sehingga mengakibatkan perut menjadi buncit.

Kesan Talasemia

• • •

Diri Keluarga Masyarakat

Diri

• Rawatan sepanjang hayat • Pemindahan darah setiap bulan • Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan

• Membawa kepada kematian

Rawatan sepanjang hayat

• Aspek psikososial diri melibatkan aktiviti sosial terjejas, kurang berinteraksi dengan rakan sebaya, kurang mempunyai daya tahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial termasuk aktiviti fizikal dan riadah serta emosi dan pemikiran terganggu.

Pemindahan darah setiap bulan •

Pesakit perlu berulang-alik ke pusat rawatan talasemia membuatkan perancangan kehidupan seharian sedikit terganggu.

Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan • Darah kaya dengan zat besi. • Zat besi yang terkumpul daripada transfusi darah pada jangka masa panjang boleh merosakkan hati, jantung dan organ lain.

• Oleh itu, pesakit perlu

mengelakkan makanan yang kaya dengan zat besi.

Membawa kepada kematian

• Kesan rawatan turut mengundang bahaya.

• Sebagai contoh, rawatan zat besi

boleh menyebabkan penyakit bahaya yang lain seperti kencing manis, kegagalan fungsi jantung yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, barah hati dan lainlain yang boleh menyebabkan kematian.

Keluarga

• Pemindahan sumsum tulang • Peruntukan kewangan lebih kepada perubatan

• Hidup dalam tekanan

Pemindahan sumsum tulang

• Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit talasemia major biasanya menggunakan sumsum tulang daripada adikberadik kandung kerana kejayaan usaha ini paling tinggi untuk merawat pesakit talasemia.

Peruntukan kewangan lebih kepada perubatan

• Ibu bapa perlu mencari wang yang lebih untuk perbelanjaan perubatan anak.

Hidup dalam tekanan

• Keluarga mengalami tekanan dan gangguan emosi kerana anak-anak tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.

Masyarakat

• Pertambahan bilangan pesakit atau pembawa talasemia

• Penderma darah

Pertambahan bilangan pesakit atau pembawa talasemia





Perkahwinan antara pesakit talasemia akan menambahkan jumlah pesakit. Ujian saringan talasemia sebelum berkahwin perlu dijalani.

Penderma darah Pertambahan pesakit talasemia menjadikan permintaan bekalan darah meningkat.

Kepentingan Pengesanan Awal dan Rawatan Pesakit Talasemia

• Mencegah talasemia daripada terus menular

• Mengelakkan kos perubatan yang tinggi

• Mengetahui status kesihatan • Rawatan penyingkiran zat besi

Mencegah talasemia daripada terus menular

• Sebagai langkah awal pencegahan, Ujian Saringan Pengesanan Awal perlu dilakukan.

• Oleh sebab talasemia ialah penyakit

genetik, pasangan yang ingin berkahwin perlu menjalani Ujian Saringan Awal Talasemia untuk mengetahui status pembawa talasemia, seterusnya mengelakkan perkahwinan antara pembawa talasemia.

Mengelakkan kos perubatan yang tinggi • • •

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati dan limpa. Pesakit memerlukan kos yang tinggi bagi penyingkiran zat besi berlebihan yang perlu dilakukan mengikut keperluan. Bagi mengurangkan risiko penyakit ini, pesakit perlu mengelakkan daripada makan makanan yang tinggi kandungan zat besi.

Mengetahui status kesihatan •

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), diagnosis penyakit talasemia boleh dilakukan pada usia kehamilan 10 hingga 11 minggu menerusi prosedur amniosentesis dan chorionic villus sampling manakala diagnosis secara lazimnya boleh dijalankan menerusi ujian pengiraan sel darah merah.

Rawatan penyingkiran zat besi

• Rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan rawatan bergantung kepada tahap pengumpulan zat besi dalam badan.

• Rawatan jenis ini merupakan rawatan sementara dan bersifat rawatan sokongan.

• Rawatan penyembuhan yang sebenar perlu melalui pemindahan darah dan sumsum tulang daripada penderma yang sesuai.

TAMAT