Data Loading...

POKOK BUNGA MISTERI Flipbook PDF

POKOK BUNGA MISTERI


121 Views
112 Downloads
FLIP PDF 5.26MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK

Amirah suka pada bunga. Dia selalu menolong ibunya menanam bunga. Dia juga sudah menanam beberapa batang pokok bunganya sendiri. Setiap petang, Amirah selalu menolong ibunya menyiram pokok bunga. Dia gembira dapat menolong ibunya menyiram pokok bunga. 2

"Ibu, tengoklah pokok bunga ros saya! Bunganya sudah berkembang. Baunya sangat harum," Amirah memberitahu ibunya. Dia sangat teruja. "Ya, bunga ros itu sangat cantik," ujar ibunya. 3

Pada suatu hari, ayah Amirah memberikan beberapa biji benih kepada Amirah. "Ini benih pokok bunga apa ayah ?" Amirah ingin tahu. "Cubalah tanam dahulu," kata ayahnya.

4

Amirah menanam biji benih itu. Setiap hari, dia menyiram biji benih itu. Akhirnya, biji benih itu bertunas. Tidak lama kemudian, pokok itu tumbuh melilit pagar. Semakin hari semakin panjang pokok itu menjalar di atas pagar. 5

Amirah berasa hairan. Dia bertanya kepada ayahnya, "Ayah, apakah jenis pokok bunga itu?" "Tunggulah sehingga pokok itu berbunga," jawab ayahnya. Lama-kelamaan, pokok itu mengeluarkan banyak bunga. Amirah tidak sabar untuk mengetahui jenis pokok bunga itu. Dia belum pernah melihat pokok bunga seperti itu. 6

"Ayah, pokok bunga itu tidak cantik. Bunganya banyak tetapi tidak berbau," Amirah memberitahu ayahnya. Ayahnya ketawa.

7

Pada suatu hari, Amirah sangat terkejut melihat pokok itu. Pokok itu ruparupanya bukanlah pokok bunga. Dia menjerit-jerit memanggil ayah dan ibunya. "Ayah, pokok ini bukan pokok bunga! Pokok ini ialah pokok kacang panjang," kata Amirah.

8

Amirah sangat gembira. Ayah dan ibunya turut tersenyum. "Nanti kita boleh makan sayur kacang panjang," kata Amirah. Ibu dan ibunya tertawa.

9

GLOSARI Kata adjektif yang terdapat dalam cerita tersebut ialah : Suka Gembira Harum Teruja Cantik Panjang Hairan Sabar Banyak

10