Data Loading...
PR-JPK01 MANUAL PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN (PINDAAN) Flipbook PDF
PR-JPK01 MANUAL PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN (PINDAAN)
148 Views
64 Downloads
FLIP PDF 1.28MB
TERHAD
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
MANUAL PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN 1. Pengeluaran Notis Kesalahan 2. Aktiviti Sitaan dan Pindah Halangan
MANUAL PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
3. Menunda Kenderaan Yang Melakukan Kesalahan Trafik 4. Kapit Roda Kenderaan Yang Melakukan Kesalahan Trafik 5. Memindah Kenderaan Tersadai/Buruk 6. Tangkapan Terhadap Tanpa Kebenaran
Penjaga
Kereta
7. Tindakan Meroboh Struktur dan Sekatan Dalaman Tanpa Kebenaran 8. Tindakan Tutup Premis 9. Tindakan Tutup Tapak Bina 10. Pengurusan Kertas Siasatan 11. Tindakan Pemeriksaan Kerja Lebih Masa Di Tapak Bina 12. Pengurusan Barang-Barang Sitaan dan Pindah Halangan 13. Pengurusan Kenderaan Yang Ditunda Kerana Kesalahan Trafik 14. Pengurusan Kenderaan Tersadai/Buruk Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh diberitahu secara langsung atau tidak kepada akhbar atau sesiapa yang tidak dibenarkan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN Setiap pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperwakilkan dengan kuasa-kuasa tertentu bagi membolehkannya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab kerana melanggar undang-undang. Bagi memastikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan, pegawai dan kakitangan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan, Arahan Tetap dan Prosedur Tindakan yang ditetapkan disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dari segi peruntukkan undang-undang dan pemakaiannya. Buku ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai dan kakitangan DBKL apabila melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan diharap ianya dapat membantu pegawai menjalankan tugas dengan lancar, cekap, berkhemah dan berkesan sebagaimana yang diharapkan oleh pentadbiran. Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Prosedur Tindakan Penguatkuasaan serta dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Disediakan oleh :
Disemak oleh:
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan
Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tandatangan :
Tarikh:
Diluluskan oleh: Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tandatangan :
Tarikh :
Tandatangan:
Tarikh:
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01 PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 1 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
SENARAI EDARAN LUARAN SENARAI JABATAN/PEJABAT
KOD 001
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur
002
Pejabat Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi)
003
Pejabat Pengarah Eksekutif (Perancangan)
004
Pejabat Pengarah Eksekutif (Pengurusan)
005
Pejabat Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek)
006
Jabatan Undang–Undang dan Pendakwaan
007
Jabatan Undang–Undang dan Pendakwaan
008
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
009
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
010
Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi
011
Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi
012
Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
013
Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
014
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan
015
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan
016
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar
017
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar
018
Jabatan Kewangan
019
Jabatan Kewangan
020
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
021
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
022
Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran
023
Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran
024
Jabatan Pengangkutan Bandar
025
Jabatan Pengangkutan Bandar
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01 PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 2 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
026
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal
027
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal
028
Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelengaraan Bangunan
029
Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelengaraan Bangunan
030
Jabatan Ukur Bahan
031
Jabatan Ukur Bahan
032
Jabatan Perancangan Bandaraya
033
Jabatan Perancangan Bandaraya
034
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan
035
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan
036
Jabatan Perancangan Infrastruktur
037
Jabatan Perancangan Infrastruktur
038
Jabatan Pengurusan Maklumat
039
Jabatan Pengurusan Maklumat
040
Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan
041
Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan
042
Jabatan Pentadbiran
043
Jabatan Pentadbiran
044
Jabatan Kawalan Bangunan
045
Jabatan Kawalan Bangunan
046
Jabatan Audit Dalam
047
Jabatan Audit Dalam
048
Jabatan Intergriti
049
Jabatan Intergriti
050
Jabatan Perancangan Korporat
051
Jabatan Perancangan Korporat
052
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
053
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 3 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
054
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
055
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
056
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan
057
Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan
058
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Utara
059
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Selatan
060
Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
061
Ketua Bahagian Teknikal Pembangunan
062
Ketua Bahagian Perkhidmatan Komuniti
063
Ketua Bahagian Pengurusan Logistik
064
Ketua Bahagian Pengurusan Pentadbiran
065
Ketua Seksyen Intergriti dan Standard
066
Ketua Seksyen Perundangan
067
Ketua Seksyen Penguatkuasaan Utara 1
068
Ketua Seksyen Penguatkuasaan Utara 2
069
Ketua Seksyen Penguatkuasaan Selatan 1
070
Ketua Seksyen Penguatkuasaan Selatan 2
071
Ketua Seksyen Pengurusan Aduan Awam
072
Ketua Seksyen Siasatan Perlesenan
073
Ketua Seksyen Siasatan Am dan Trafik
074
Ketua Seksyen Teknikal Perancangan
075
Ketua Seksyen Teknikal Bangunan
076
Ketua Seksyen Tugas Khas
077
Ketua Seksyen Keselamatan
078
Ketua Seksyen Stor
079
Ketua Seksyen Logistik
080
Ketua Seksyen Pentadbiran
081
Ketua Seksyen Kewangan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 4 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
SENARAI EDARAN DALAMAN KOD
NAMA PEGAWAI YANG DIBEKALKAN BUKU PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
085
Bahagian Penguatkuasaan Utara
086
Bahagian Penguatkuasaan Utara
087
Bahagian Penguatkuasaan Utara
088
Bahagian Penguatkuasaan Utara
089
Bahagian Penguatkuasaan Utara
090
Bahagian Penguatkuasaan Utara
091
Bahagian Penguatkuasaan Utara
092
Bahagian Penguatkuasaan Utara
093
Bahagian Penguatkuasaan Utara
094
Bahagian Penguatkuasaan Utara
095
Bahagian Penguatkuasaan Utara
096
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
097
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
098
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
099
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
100
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
101
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
102
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
103
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
104
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
105
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
106
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
107
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
108
Bahagian Penguatkuasaan Selatan
109
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01 PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
110
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
111
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
112
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
113
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
114
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
115
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
116
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
117
Bahagian Siasatan Penguatkuasaan
118
Bahagian Teknikal Pembangunan
119
Bahagian Teknikal Pembangunan
120
Bahagian Teknikal Pembangunan
121
Bahagian Teknikal Pembangunan
122
Bahagian Teknikal Pembangunan
123
Bahagian Teknikal Pembangunan
124
Bahagian Teknikal Pembangunan
125
Bahagian Teknikal Pembangunan
126
Bahagian Teknikal Pembangunan
127
Bahagian Teknikal Pembangunan
128
Bahagian Teknikal Pembangunan
129
Bahagian Teknikal Pembangunan
130
Bahagian Teknikal Pembangunan
131
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
132
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
133
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
134
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
135
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
136
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
137
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 5 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01 PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
138
Bahagian Perkhidmatan Komuniti
139
Bahagian Pengurusan Logistik
140
Bahagian Pengurusan Logistik
141
Bahagian Pengurusan Logistik
142
Bahagian Pengurusan Logistik
143
Bahagian Pengurusan Logistik
144
Simpanan
145
Simpanan
146
Simpanan
147
Simpanan
148
Simpanan
149
Simpanan
150
Simpanan
151
Simpanan
152
Simpanan
153
Simpanan
154
Simpanan
155
Simpanan
156
Simpanan
157
Simpanan
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 6 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TERHAD PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 7 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
ISI KANDUNGAN BIL
1.0 2.0 3.0 4.0
PERKARA Senarai Edaran (Luaran) Rekod pindaan Pendahuluan Objektif Senarai Perundangan Perwakilan Kuasa 4.1 Kuasa Memasuki Premis atau Tanah 4.2 Kuasa Minta Nama dan Alamat 4.3 Kuasa Menangkap 4.4 Kuasa Memindah Halangan 4.5 Kuasa Meroboh Struktur 4.6 Kuasa Menyita 4.7 Kuasa Menghapus Kacau Ganggu 4.8 Kuasa Menuntut Kos Operasi 4.9 Kuasa Mengalih Kenderaan 4.10 Kuasa Meminta Lesen Memandu 4.11 Kuasa Mengalih Kenderaan Dari Tempat Letak Kereta Atau Petak Letak Kereta. 4.12 Kuasa Meminta Supaya Memberhentikan Kenderaan (Menahan Kenderaan) 4.13 Kuasa Meminta Maklumat 4.14 Kuasa Meminta Lesen Memandu 4.15 Kuasa Untuk Menutup Premis 4.16 Kuasa Menggeledah Premis 4.17 Kuasa Untuk Mengarahkan Keluar Dari Tandas Awam 4.18 Kuasa Menyita dan Melupus Anjing Terlarang
5.0
6.0 7.0
Prosedur Tindakan Penguatkuasaan 5.1 Pengeluaran notis kesalahan 5.2 Aktiviti sitaan dan pindah halangan 5.3 Menunda kenderaan yang melakukan kesalahan trafik 5.4 Kapit roda kenderaan yang melakukan kesalahan trafik 5.5 Memindah kenderaan tersadai/buruk 5.6 Tangkapan terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran 5.7 Tindakan meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran 5.8 Tindakan tutup premis 5.9 Tindakan tutup tapak bina 5.10 Pengurusan kertas siasatan 5.11 Tindakan pemeriksaan kerja lebih masa di tapak bina 5.12 Pengurusan barangg-barang sitaan dan pindah halangan 5.13 Pengurusan kenderaan yang ditunda kerana kesalahan trafik 5.14 Pengurusan kenderaan tersadai/buruk LAMPIRAN REKOD
MUKA SURAT 1-6 7-8 9 10 11-14 15-17 18-19 20-22 23 24-25 26-28 29-32 33-34 35 36-37 34 34 35 35 35 36 37 37 38-41 42-48 49-51 52-53 54-55 56-58 59-61 62-65 66-68 69-72 73-74 75-80 81-85 86-90 91 91
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 8 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
REKOD PINDAAN No. Keluaran
Tarikh Kuatkuasa Pindaan
Muka Surat
Perkara Yang Dipinda
Keterangan Ringkas Mengenai Pindaan Pindaan pada kuasa sitaan atau melupuskan anjing terlarang yang dijumpai di mana-mana premis atau berkeliaran di mana-mana tempat awam
01
2011
11
UUK Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (WPKL) (Pindaan) 2011
01
30 Jun 2015
11
UUK Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (WPKL) (Pindaan) 2015
Pindaan pada Kuasa sitaan pada seksyen 14A
11
Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2020
Pindaan pada jadual (dalam ruang (3)) yang memasukkan “Kelas A3” di atas perkataan “Kelas A4”
01
4 Januari 2021
Kapit roda kenderaan yang melakukan kesalahan trafik Memindah kenderaan tersadai/buruk Tangkapan terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran Pengurusan kenderaan yang ditunda kerana kesalahan trafik
01
Menambah 5 prosedur utama seperti yang dikehendaki di dalam prosedur kualiti
Pengurusan kenderaan tersadai/buruk 37-90
Prosedur menurun iklan Prosedur tindakan tangkapan tanpa waran
01
Prosedur pemeriksaan bunyi bising
Menggugurkan 4 prosedur dan menyusun semula prosedur seperti yang dikehendaki di dalam Prosedur Kualiti
Prosedur pemeriksaan pencemaran air 01
5.1 Prosedur menyiasat sebelum pelaksanaan
Ditukarkan kepada 5.1 Pengeluaran notis kesalahan
01
5.2 Prosedur mengeluarkan notis
Ditukarkan kepada 5.2 Aktiviti sitaan dan pindah halangan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 9 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Ditukarkan kepada 5.3 menunda kenderaan yang melakukan kesalahan trafik Ditukarkan kepada 5.4 kapit roda kenderaan yang melakukan kesalahan trafik
01
5.3 Prosedur melaksanakan operasi
01
5.4 Prosedur menyita dan memindah halangan
01
5.5 Prosedur menutup premis/tempat hiburan
Ditukarkan kepada 5.5 memindah kenderaan tersadai/buruk
01
5.6 Prosedur tindakan sita premis/tempat hiburan
01
5.7 Prosedur menurun iklan
Ditukarkan kepada 5.6 tangkapan terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran Ditukarkan kepada 5.7 tindakan meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran
01
5.8 Prosedur meroboh/meruntuh binaan
Ditukarkan kepada 5.8 tindakan tutup premis
01
5.9 Prosedur lupus kenderaan
Ditukarkan kepada 5.9 tindakan tutup tapak bina
5.10 Prosedur penyediaan kertas siasatan
Ditukarkan kepada 5.10 pengurusan kertas siasatan
01
37-90
01
5.11 Prosedur mengalih kenderaan
01
5.12 Prosedur tindakan tangkapan tanpa waran
01
5.13 Prosedur kerja lebih masa
01
5.14 Prosedur pemeriksaan bunyi bising 5.15 Prosedur pemeriksaan pencemaran air 5.16 Prosedur pemeriksaan, penutupan dan pembukaan premis makanan
01
01
Bagi para 5.15 hingga para 5.17 telah digugurkan kerana tiada didalam prosedur kualiti
5.17 Prosedur tuntutan kos operasi
01
01
Ditukarkan kepada 5.11 tindakan pemeriksaan kerja lebih masa di tapak bina Ditukarkan kepada 5.12 pengurusan barang-barang sitaan dan pindah halangan Ditukarkan kepada 5.13 pengurusan kenderaan yang ditunda kerana kesalahan trafik Ditukarkan kepada 5.14 pengurusan kenderaan tersadai/buruk
91
6.0 Lampiran
Bagi para 6.2 penambahan apaapa rujukan hendaklah merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
1.0
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 10 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
PENDAHULUAN 1.1 Tugas-tugas penguatkuasaan merupakan salah satu tonggak utama dalam menyokong bagi merealisasikan Misi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan kepada tadbir urus yang cemerlang. Tugas penguatkuasaan ini meliputi penguatkuasaan ke atas kawalan kebersihan, kawalan lalulintas, pembangunan baru, aktiviti pembinaan, pencemaran, kawalan perniagaan dan penjajaan serta tugas membendung kegiatan-kegiatan negatif seperti aktiviti judi, vandalisme, penjaga kereta tanpa kebenaran di Kuala Lumpur.
1.2 Sebagai salah satu langkah untuk membekalkan serta melengkapkan semua pegawai dan kakitangan dengan maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup dari segi peruntukkan dan pemakaian undang-undang, perbekalan kuasa yang digunapakai oleh jabatan ini serta tatacara pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan, pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mendapati bahawa adalah perlu supaya disediakan Buku Prosedur Tindakan Penguatkuasaan untuk diikuti oleh semua pegawai dan kakitangan sewaktu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan secara berhemah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
2.0
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 11 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
OBJEKTIF
2.1 Sebagai
panduan kepada pegawai dan kakitangan apabila menjalankan tugas penguatkuasaan untuk memastikan supaya tindakan yang dijalankan adalah tepat serta berlandaskan peraturan dan undang-undang sedia ada.
2.2 Untuk
memastikan supaya pegawai dan kakitangan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mudah, lancar, cekap dan berkesan dan yang penting sekali secara profesional dan bertanggungjawab.
2.3 Bagi
memastikan tugas-tugas penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan kepada prosedur, arahan-arahan tetap dan dasar pentadbiran.
2.4 Untuk memastikan perlaksanaan tugas penguatkuasaan dilakukan
secara adil dan berhemah sekali gus menyumbang ke arah mempertingkatkan imej , mutu perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
3.0 SENARAI PERUNDANGAN PENGUATKUASAAN
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 12 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
BERDASARKAN
TUGAS–TUGAS
3.1 Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) 3.1.1 UUK (Lembu Kerbau) Perbandaran Kuala Lumpur 1968 3.1.2 UUK Pengendali Makanan (WP) 1979 3.1.3 UUK Kolam Renang (WP) 1981 3.1.4 UUK Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah-Sarap (WP) 1981 3.1.5 Pemberitahuan Mengenai Fi Bagi Pelupusan Sampah-Sarap Di Longgokan Sampah 3.1.6 UUK Iklan (WP) 1982 3.1.7 UUK Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (WP) 1982 3.1.8 UUK Tandas Awam (WPKL) 1986 3.1.9 UUK Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (WPKL) 1990 3.1.10 UUK Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (WPKL) (Pindaan) 2011 3.1.11 UUK Vandalisme (WPKL) 1991 3.1.12 UUK Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (WPKL) (Pindaan) 2015 3.1.19 UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 3.1.20 UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 3.1.21 UUK Larangan Meludah (WPKL) 2017 3.1.22 UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 3.2 Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 3.2.1 UUK Kerja tanah (WPKL) (Pindaan) 2016 3.2.2 UUK Bangunan (WPKL) 1985 3.2.3 UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mengkompaun KesalahanKesalahan) (WPKL) 1985 3.2.4 UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mendapatkan Tunggakan) (WPKL) 1990 3.2.5 Perisytiharan Di Bawah Seksyen 97 - Premis Yang Boleh Diperiksa Pada Waktu Malam 3.3 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 3.3.1 Kaedah-Kaedah Rancangan (Pembangunan) 1970 3.3.2 Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2018 3.3.3 Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Zon & Kepadatan) Wilayah Persekutuan 1985 3.3.4 Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Pengkompaunan Kesalahan) 2015 3.3.5 Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Lembaga Rayuan) Wilayah Persekutuan 1997
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
3.3.6 3.3.7 3.3.8
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 13 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Pengecualian Di Bawah Kaedah 14 Kaedah Kaedah Ranchangan (Pembangunan) 1970 Kaedah-Kaedah (Perancangan) WPKL (Tatacara Untuk Pemulangan Caj Pembangunan) 2007 Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Caj Pembangunan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013
3.4 Akta Pengangkutan Jalan 1987 3.4.1 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 3.4.2 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna & Jenis) 1959 3.4.3 Kaedah-Kaedah Kenderaan Barangan (Memuatkan & Memunggah) (Kuala Lumpur) 1962 3.4.4 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1969 3.4.5 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Terminal Bas) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1973 3.4.6 Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984 3.4.7 Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1989 3.4.8 Perintah Had Laju (Bandaraya Kuala Lumpur) 1989 3.4.9 Perintah Pengangkutan Jalan (Kenderaan Bergerak Perlahan) (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1994 3.4.10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Mata Demerit) 1997 3.4.11 Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) (Bandaraya Kuala Lumpur) (No. 4) 1997 3.4.12 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003 3.4.13 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Notis Di Bawah Subseksyen 53(1)) 2003 3.4.14 Perintah Pengangkutan Jalan (Perhentian Teksi) (WPKL) 2007 3.4.15 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Fi Bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Motor) 2012 3.4.16 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) WPKL 2016
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 14 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
3.5 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 3.5.1 Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 3.5.2 Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) (Mengkompaunkan Kesalahan) 1993 3.5.3 Perintah Hiburan (WPKL) (Perisytiharan) 2011 3.5.4 Kaedah-Kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (WPKL) 2012 3.6 Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 3.6.1 Peraturan-Peraturan Hotel (WPKL) (Pengkompaunan Kesalahan) 2013 3.7 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 3.7.1 Peraturan-Peraturan Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Mengkompaunkan Kesalahan) 1975 3.8 Akta Makanan 1983 (Akta 281) 3.8.1 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 3.8.2 Pelantikan Pegawai Yang Diberikuasa
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 15 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.0 PERWAKILAN KUASA BERDASARKAN TUGAS-TUGAS PENGUATKUASAAN 4.1 Kuasa Untuk Memasuki Premis Atau Tanah 4.1.1 Seksyen 110 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) - Kuasa diberi secara bertulis. - Boleh pada setiap masa yang munasabah memasuki mana-mana premis untuk menjalankan pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja. 4.1.2 Seksyen 97 – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Boleh masuk pada bila-bila masa yang berpatutan pada waktu siang mana-mana bangunan atau tanah bagi maksud membuat apa-apa pengukuran atau pemeriksaan serta apa-apa kerja yang dibenarkan oleh Akta ini. - Dengan syarat tidak boleh memasuki mana-mana rumah kediaman yang benar-benar diduduki kecuali dengan persetujuan penduduknya atau selepas memberitahu penduduk itu 24 jam terlebih dahulu. - Jika sesuatu klas premis diisytiharkan bahawa boleh diperiksa pada waktu malam maka seseorang pegawai boleh pada bila-bila masa waktu siang atau malam dan tanpa notis memasuki premis dan klas yang dinyatakan dalam pengisytiharan itu dengan menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu dan menggeledah atau memeriksanya. 4.1.3 Seksyen 16 - Akta Hiburan (WPKL) 1992 (Akta 493) - Boleh, tanpa waran, memasuki mana-mana tempat hiburan di mana apa-apa hiburan sedang diadakan atau dicadangkan hendak diadakan. - Tujuan untuk menentukan samada syarat-syarat atau sekatansekatan lesen dipatuhi. - Boleh membuat apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan tempat hiburan dan meminta mana-mana orang mengemukakan barangbarang, buku-buku, akaun-akaun, tiket-tiket atau dokumendokumen atau benda-benda lain dan memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan perlu. - Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak memakai uniform hendaklah, apabila diminta, menunjukkan surat kuasanya kepada orang yang meminta secara sah.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 16 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.1.4 Seksyen 14 - Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Boleh dengan atau tanpa pembantu atau pekerja, masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan bagi maksud membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini. 4.1.5 Seksyen 15 (1) – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau sedang dilakukan di mana-mana premis, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa untuk masuk ke dalam premis dengan apa-apa bantuan yang mungkin diperlukan, dan jika perlu, dengan kekerasan. 4.1.6 Seksyen 19 – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Boleh masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan bagi membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini. Mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menutup secara fizikal mana-mana hotel di bawah seksyen 18 dan melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu bagi pentadbiran yang cekap Akta ini. 4.1.7
UUK 14 (2) - Undang-Undang Persekutuan) 1982
Kecil
Iklan
(Wilayah
- Boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa yang berpatutan dan melaksanakan penurunan mana-mana iklan jika perintah penurunan tidak dipatuhi. 4.1.8
Seksyen 4(1)(a) - Akta Makanan 1983 (Akta 281)
- Memasuki mana-mana premis yang dipercayainya menjadi premis makanan dan memeriksa apa-apa makanan yang didapati di dalamnya dan mengambil sampel makanan itu, dan memeriksa apa-apa jua yang dipercayainya digunakan atau dapat digunakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan dan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.1.9
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 17 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
UUK 4 - Undang-Undang Kecil Perumahan Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2000
- Kuasa untuk masuk ke premis untuk pemeriksaan dan lain-lain. 4.1.10 Seksyen 29(1) - Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) - Kuasa memasuki tanah atau premis, Datuk Bandar atau manamana pegawai berkuasa boleh memasuki dengan atau tanpa pekerja-pekerja tanah itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. 4.1.11 Seksyen 52 (1) - Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) - Boleh memasuki mana-mana tanah atau bangunan bagi membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini. 4.1.12 UUK 14 – Undang – Undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendiriaan (Wilayah Persekutuan) 1982 - Boleh memasuki mana-mana tanah atau premis bagi menentukan samada tanah atau premis itu sedang digunakan sebagai tempat letak kereta persendirian tanpa lesen yang sah atau suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah dilakukan. 4.1.13 UUK 46(1) – Undang-Undang Kecil Establismen Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 - Boleh memasuki mana-mana premis atau bangunan bagi membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Undang–Undang Kecil ini. 4.1.14 UUK 39 – Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 - Boleh memasuki mana-mana premis atau bangunan bagi membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan dan mengambil maklumat berkenaan pengurusan petempatan makanan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Undang – Undang Kecil ini.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.2
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 18 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Kuasa Meminta Nama Dan Alamat 4.2.1 Seksyen 111 - Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Penduduk mana-mana premis dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana pegawai sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan, memberi nama dan nombor kad pengenalannya dan nama dan alamat pemunya premis itu, jika diketahui. - Seseorang yang enggan memberi atau bersengaja menyalahgunakan nama dan nombor kad pengenalannya atau nama dan alamat pemunya premis itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya. 4.2.2
Seksyen 124 - Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Seseorang yang dipertuduh oleh seseorang pegawai atau pekerja Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana pegawai polis atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau dibawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah memberi nama dan alamatnya kepada pegawai, pekerja atau pegawai polis itu, jika dikehendaki sedemikian. - Penduduk sesuatu premis hendaklah, jika dikehendaki oleh manamana pegawai atau pekerja Pihak Berkuasa Tempatan atau manamana pegawai polis, memberi nama dan alamat pemunya premis itu jika diketahui. 4.2.3 Seksyen 115 – Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor : i. Pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 19 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki. ii.
4.2.4
Mana–mana orang lain yang telah ada sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa–apa maklumat yang ada dalam kuasanya untuk memberi dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika dalam tempoh 7 hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, jika gagal berbuat demikian, dia adalah melakukan suatu kesalahan. Seksyen 18 – Akta Hiburan (WPKL) 1992
- Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai telah melakukan satu kesalahan dibawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat dibawahnya memberikan nama, nombor kad pengenalan dan alamatnya. 4.2.5 Seksyen 20 – Akta Hotel (WPKL) 2003 - Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang yang dengan munasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan atau mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana kesalahan dibawah Akta ini supaya memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan butir-butir lengkapnya sebagaimana yang difikirnya perlu oleh Datuk Bandar atau pegawai yang diberi kuasa itu.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.3
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 20 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Kuasa–Kuasa Menangkap 4.3.1 Seksyen 46 (1) – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Seseorang yang melakukan kesalahan kerana menyebabkan suatu halangan boleh ditangkap tanpa waran dan boleh dibawa ke hadapan suatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit dan mengenai sesuatu sabitan kali kedua atau kali kemudian denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit. 4.3.2 Seksyen 47 (1) – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Seseorang yang meletakkan debu atas jalan-jalan dan sebagainya (menyebabkan kekotoran) adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan boleh ditangkap tanpa waran dan boleh dibawa ke hadapan suatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit, dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit. - Jika dalam masa sesuatu bangunan atau binaan dibina, diubah atau diruntuhkan atau pada bila-bila masa jua pun seseorang meletakkan, menjatuhkan, meninggalkan atau menempatkan, atau membenarkan atau menyebab diletak, dijatuh, ditinggal atau ditempatkan dalam atau atas mana-mana tempat awam, apa-apa batu, simen, tanah, pasir, kayu atau lain-lain bahan, barang atau benda, bangunan ; atau - tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk mencegah bahaya kepada nyawa, kesihatan atau kesentosaan orang-orang yang menggunakan mana-mana tempat awam atau mana-mana orang lain daripada habuk yang berterbangan atau serpihan yang jatuh atau daripada mana-mana bahan, barang atau benda lain; adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan boleh ditangkap tanpa waran dan boleh dibawa ke hadapan suatu Mahkamah Majistret dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit, dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 21 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.3.3 Seksyen 125 – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) - Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai atau pekerja Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa secara bertulis dengan sempurnanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara am atau dalam suatu hal tertentu boleh menangkap seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan dalam kelihatannya atau yang ia percaya dengan munasabah telah melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya: Jika nama dan alamat orang itu tidak diketahuinya; jika orang itu enggan memberi nama dan alamatnya ; atau jika ada sebab bagi meragukan ketepatan nama dan alamat itu, jika diberi. - seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan sehingga nama dan alamatnya ditentukan dengan betul; - Dengan syarat bahawa tiada seseorang yang ditangkap sedemikian boleh ditahan lebih lama daripada yang perlu untuk membawanya ke hadapan sesuatu Mahkamah melainkan jika perintah suatu Mahkamah bagi menahannya didapati. 4.3.4 Seksyen 121 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Mana-mana pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang melakukan di hadapannya atau yang ia percaya dengan munasabah telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan : jika nama dan alamat orang itu tidak diketahui olehnya dan orang itu enggan memberi nama dan alamatnya ; atau jika sebab bagi meragukan yang nama dan alamat itu adalah tepat. Dengan syarat bahawa orang itu tidak boleh ditangkap jika dia memuaskan hati pegawai itu tentang namanya dan tempat kediamannya di Malaysia, dan bahawa dia tidak berniat untuk melarikan diri;
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 22 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Seseorang yang ditangkap dibawah Seksyen ini hendaklah ditahan dan hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam melainkan jika nama dan alamatnya dapat ditentukan terlebih dahulu daripada itu. 4.3.5 Seksyen 112 – Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Seseorang pegawai polis menangkap tanpa waran :
atau
Warden
Lalulintas
boleh
mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap Seksyen 41,42,44, 45 atau 50. mana-mana orang yang bukannya pemandu suatu kenderaan motor, yang dalam pandangannya melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini selain daripada suatu kesalahan terhadap manamana Seksyen 41,42,44, 45 atau 50. Dengan syarat bahawa orang itu tidak boleh ditangkap jika dia memuaskan hati pegawai itu tentang namanya dan tempat kediamannya di Malaysia dan bahawa dia tidak berniat untuk melarikan diri. mana-mana orang yang menjaga atau memandu suatu kenderaan motor yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini selain daripada suatu kesalahan mana-mana Seksyen 41,42,44, 45 atau 50. - Dengan syarat bahawa orang itu tidak boleh ditangkap jika : di atas permintaan pegawai tersebut dia mengemukakan lesen memandunya untuk membolehkan pegawai itu menentukan nama dan alamat pemegang lesen itu, tarikh pengeluaran dan Pihak Berkuasa yang mengeluarkan ; atau yang bukannya pemandu suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa penumpang-penumpang untuk sewa atau upah atau untuk membawa barangan, dia memberi pegawai iaitu namanya dan tempat kediamannya di Malaysia, melainkan jika pegawai itu mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa nama dan alamat yang ditentukan atau diberikan itu adalah palsu.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 23 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Seseorang pegawai polis atau Warden Lalulintas boleh menghendaki mana-mana orang yang didapatinya menjadi atau telah menjadi penumpang dalam kenderaan motor yang berhubungan dengannya pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen ini untuk memberikannya nama dan alamatnya; dan jika orang itu enggan memberikan nama dan alamat itu dan bolehlah (tertakluk kepada subseksyen (2) Seksyen 123) ditangkap oleh pegawai itu tanpa waran supaya nama dan alamatnya dapat ditentukan. 4.3.6 Seksyen 19 - Akta Hiburan (WPKL) 1992 (Akta 493) - Boleh tangkap tanpa waran : mana-mana orang yang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; atau mana-mana orang yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau ketepatan nama dan alamatnya diragui. - Orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke Balai Polis dan ke hadapan Mahkamah dalam masa 24 jam kecuali orang yang ditangkap kerana enggan beri nama dan alamat hendaklah dibebaskan atas jaminan sesudah nama dan alamatnya dipastikan. 4.3.7 Seksyen 22 – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Boleh tangkap tanpa waran : mana-mana orang yang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat di bawahnya; atau mana-mana orang yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau ketepatan nama dan alamatnya diragui. - Orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke Balai Polis dan ke hadapan Mahkamah dalam masa 24 jam kecuali orang yang ditangkap kerana enggan beri nama dan alamat hendaklah dibebaskan atas jaminan sesudah nama dan alamatnya dipastikan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 24 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Majistret itu boleh menghendaki orang yang di tangkap menyempurnakan bon, dengan atau tanpa penjamin untuk hadir di hadapan seorang Majistret sekiranya dikehendaki. Majistret juga boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia dapat dibicarakan. 4.4
Kuasa Memindahkah Halangan 4.4.1
Seksyen 46(3)(a) - Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengarahkan supaya apa-apa halangan itu dipindahkan atau boleh sendiri melalui penjawatpenjawatnya memindahkan halangan itu ke suatu tempat yang sesuai, supaya tinggal di situ atas risiko, pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu dan boleh menahan halangan itu sehingga belanja bagi memindahkan dan menahannya dibayar. 4.4.2 Seksyen 65 (3) - Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Jika mana-mana kenderaan yang telah, akibat daripada suatu kemalangan atau apa-apa sebab lain, rosak atau telah dibenarkan untuk berhenti di sesuatu jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan yang mungkin menyebabkan galangan, bahaya atau kesusahan kepada orang lain yang menggunakan jalan itu, seorang pegawai polis, Datuk Bandar atau Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia boleh menyebabkan kenderaan motor itu dialihkan ke suatu tempat yang sesuai dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunyanya dan boleh menahannya sehingga apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini bagi pengalihan dan penahanannya dibayar. 4.4.3 Perintah 37(3) – Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (WPKL) 2016 - Atendan letak kereta boleh mengalih atau menahan mana-mana kenderaan motor atau barang yang menyebabkan halangan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.5
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 25 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Kuasa Meroboh Struktur 4.5.1
Seksyen 72 – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Jika Pihak Berkuasa Tempatan berpuashati bahawa suatu bangunan telah didirikan atau sedang didirikan atau hampir hendak didirikan bersalahan dengan seksyen 70 atau, jika bangunan itu telah didirikan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, ianya telah didirikan bersalahan dengan mana-mana undangundang yang berkuatkuasa pada masa itu berhubung dengan bangunan-bangunan dan kelulusan bangunan tidak diberi kemudiannya mengenainya di bawah mana-mana undangundang, Pihak Berkuasa Tempatan boleh menghendaki pemunya tanah itu melalui notis yang disampaikan kepadanya melakukan mana-mana satu atau lebih daripada perbuatan-perbuatan yang berikut : jangan memulakan atau meneruskan pendirian bangunan itu; meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan; dan mengambil langkah-langkah sebagaimana yang diperintahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. - Jika pemunya itu tidak dapat meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, pemunya itu boleh meminta Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan kehendakkehendak notis itu. - Tiada sesuatu permintaan yang dibuat oleh pemunya di bawah seksyen-kecil (2) boleh melepaskan pemunya itu dari tanggungannya di bawah seksyen ini melainkan jika ia membuat permintaan itu dalam masa yang dinyatakan untuk ia meruntuhkan bangunan itu dan melainkan jika dalam tempoh masa itu juga ia : mendepositkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan sejumlah wang yang pada pendapat Pihak Berkuasa Tempatan cukup untuk meliputi kos dan belanja bagi meruntuhkan bangunan itu; memindahkan apa-apa harta alih yang terdapat dalam bangunan itu; menyimpan harta alih itu; dan apa-apa aktiviti lain yang bersampingan dengan atau yang timbul dari perkara yang disebut tadi. Menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi Pihak Berkuasa Tempatan daripada apa-apa tuntutan, ganti rosak, kerugian, tindakan atau langkah pembicaraan yang mungkin dibawa terhadap Pihak Berkuasa Tempatan itu berbangkit daripada atau bersampingan dengan perkara yang disebut tadi.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 26 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
walau apapun jumlah wang yang telah dibayar perenggan (a), membayar kepada Pihak Berkuasa sejumlah wang tambahan sebanyak yang ditetapkan Berkuasa Negeri, bagi maksud-maksud menempatkan
di bawah Tempatan oleh Pihak semula.
- Seseorang yang tidak mematuhi kehendak-kehendak notis itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu. - Jika bangunan itu hendak diruntuhkan oleh Pihak Berkuasa tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga puluh hari notis kepada pendudukpenduduk bangunan itu menghendaki mereka mengosongkan bangunan itu dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh selepas tamat tempoh itu memasuki bangunan itu dan memindahkan sesiapa jua atau apa-apa harta alih yang terdapat di dalamnya. - Apa-apa harta alih yang dipindahkan menurut boleh dibawa ke sesuatu tempat yang sesuai dan ditinggalkan di sana atas risiko pemunya dan boleh dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemindahan itu dituntut oleh sesiapa jua yang memberi keterangan dengan memuaskan hati Pihak Berkuasa Tempatan itu bahawa ia adalah pemunyanya. 4.5.2
Seksyen 79(1) – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Tiada seorangpun boleh mendiri atau mengarah atau membenar didirikan dalam sesuatu bangunan apa-apa sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling, atau binaan lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Tempatan. 4.6
Kuasa–Kuasa Menyita 4.6.1
UUK 36 - Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Dan Gerai (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016
- Boleh menyita dan memindahkan mana-mana gerai yang tidak berlesen dan apa-apa alat yang menyertainya kepunyaan manamana orang, dan menahan gerai dan alat yang menyertainya itu di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar atas risiko pemunyanya atau suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah dilakukan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.6.2
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 27 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
UUK 5 - Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991
- Datuk Bandar boleh :mengalih apa-apa benda yang didapati tergantung, dinaikkan, ditampal, diikat, disimpul, dirantai, dipakukan, dilekatkan, disangkut, dipertunjukkan atau dipamerkan pada mana-mana harta Datuk Bandar yang berlanggaran dengan Undang-Undang Kecil ini atau :memadam apa-apa tulisan, gambar, lukisan, tanda, cakaran, calar atau ukiran yang dibuat oleh mana-mana orang pada manamana harta Datuk Bandar yang berlanggaran dengan UndangUndang Kecil ini. 4.6.3 Seksyen 64 (1) - Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Apabila mana-mana orang didapati atau dengan semunasabahnya dipercayai telah menggunakan sesuatu kenderaan motor dengan melanggar Akta ini atau di bawahnya, atau dengan melanggar terma-terma lesen bagi kenderaan motor itu, mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, atau Datuk Bandar boleh, pada bila-bila masa didapati bahawa kenderaan motor itu, atau pemandunya tidak dapat dikenalpasti dengan secukupnya atau bahawa tindakan itu adalah perlu untuk mengelakkan berlakunya lagi kesalahan itu, membawa atau menyebabkan dibawa untuk menghendaki orang yang menjaga suatu kenderaan motor membawa kenderaan motor itu ke suatu tempat yang selamat, dan disimpan di situ sehingga dilepaskan dengan perintah Majistret, Ketua Pegawai Polis, Pengarah atau Datuk Bandar, dengan syarat dan tertakluk kepada subseksyen (3), kenderaan motor itu tidak boleh ditahan lebih lama dari yang diperlukan bagi memastikan identiti pemandu itu atau bagi menjaminkan tidak berlakunya lagi kesalahan itu, dan jika manamana orang enggan atau cuai mematuhi mana-mana kehendak itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.6.4
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 28 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Seksyen 21 – Akta Hiburan (WPKL) 1992
- Datuk Bandar, atau mana-mana orang yang diberi kuasa yang menjalankan kuasa masuk dan menyiasat dibawah Seksyen 16 boleh menyita apa-apa dokumen atau benda yang semunasabahnya dipercayai olehnya mempunyai kaitan dengan kes itu atau memberikan keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan dibawah akta ini. 4.6.5
Seksyen 15 – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626)
- Penggeledahan dengan waran : Boleh di dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), memeriksa dan boleh menyita mana-mana buku, akaun, dokumen atau data itu atau apa-apa salinan buku, akaun, dokumen atau data itu atau mana-mana tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda atau barang itu. Boleh menyita atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu. Membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dalam premis atau bekas di mana barang itu dijumpai. Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan. 4.6.6
UUK 5 (3) - Undang-Undang Kecil Taman (W.P) 2012
- Boleh sita alat atau alatcara daripada mana-mana orang yang memilikinya dalam taman untuk menjerat binatang atau burung. 4.6.7
UUK 42(2) – Undang-Undang Kecil Pasar (Wilayah Persekutuan) 2016
- Boleh menyiasat, memeriksa dan menyita mana-mana makanan yang tidak selamat untuk dimakan dan boleh mengarahkan makanan itu dimusnahkan serta merta.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.6.8
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 29 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
UUK 14A – Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Pindaan) 2015
- Datuk Bandar boleh : menurut budi bicaranya menyita, memindahkan dan menahan apa-apa barang atau benda yang dibawa masuk ke Dataran Merdeka di suatu tempat yang sesuai bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar atas risiko pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu. Bagi barang-barang atau benda dari jenis mudah rosak, Datuk Bandar boleh melupuskan barang-barang atau benda itu dengan serta-merta tanpa notis mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar. 4.7
Kuasa Menghapuskan Kacau Ganggu 4.7.1 Seksyen 80 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil langkah bagi memberhentikan, memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu dari jenis awam dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu pada premis awam atau persendirian dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu bagi menghapuskannya dan juga bagi mendapatkan ganti rugi. 4.7.2 Seksyen 81 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Bagi maksud Akta ini, tindakan boleh diambil secara terus di bawah Akta ini atas perkara yang berikut: i.
Mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya dari sesuatu binaan atau dalam sesuatu keadaan yang boleh menjadi suatu kacau ganggu;
ii.
Apa-apa binatang yang disimpan dalam sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya hingga menjadi suatu kacau ganggu;
iii. Apa-apa timbunan atau letakan yang mana suatu kacau ganggu atau mungkin menjadi suatu tempat pembiakan bagi nyamuk atau lalat atau apa-apa vermin; iv. Apa-apa kilang, bengkel atau tempat kerja yang sebegitu penuh sesak semasa kerja dijalankan hingga menjadi suatu kacau ganggu;
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
v.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 30 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Apa-apa pondok atau bangsal, sama ada digunakan sebagai tempat kediaman atau sebagai kandang kuda atau bagi apaapa maksud lain, yang mana suatu kacau ganggu, oleh sebab cara bagaimana pondok atau bangsal itu terkumpul atau tidak adanya saliran atau tidak praktiknya dijalankan kerja pembersihan jalan atau oleh apa-apa sebab lain;
vi. Mana-mana limbah atau longkang yang air darinya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia untuk maksud minuman atau rumah tangga atau untuk mengilang minuman bagi kegunaan manusia dan yang adalah sebegitu kotor hingga menjadi atau mungkin menjadi suatu kacau ganggu; vii. Mana-mana tangki, telaga, limbah, alur air, longkang atau tanah paya yang mendatangkan bencana kepada kesihatan atau mendatangkan gangguan kepada kawasan sekitarnya atau yang mungkin menjadi suatu tempat pembiakan bagi nyamuk; viii. mana-mana tempat api atau relau dan mana-mana cerobong yang mengeluarkan asap atau benda lain boleh dibakar tetapi belum habis terbakar dengan sebegitu banyak hingga menjadi suatu kacau ganggu; ix. mana-mana lombong tanah bata, lombong pasir atau apaapa lain jenis korekan yangmendatangkan bencana kepada kesihatan atau gangguan kepada kawasan sekitarnya atau yang digunakan bagi apa-apa maksud yang mungkin menjadi suatu kacau ganggu; x.
apa-apa debu atau effluvia yang disebabkan oleh apa-apa tred, perniagaan, pengilangan atau proses yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan atau gangguan kepada kawasan sekitarnya; dan
xi. apa-apa benda lain yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu kacau ganggu.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 31 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.7.3 Seksyen 82 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Apabila diterima sesuatu maklumat berkenaan adanya sesuatu kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah, jika puas hati tentang adanya sesuatu kacau ganggu, menyampaikan suatu notis kepada orang yang telah menyebabkan kacau ganggu itu terbit, sama ada melalui perbuatannya, kemungkirannya melakukan sesuatu atau oleh kerana dia telah membiarkannya berlaku atau, jika orang itu tidak dapat dijumpai, kepada penduduk atau pemunya premis di mana kacau ganggu itu terdapat, menghendakinya menghapuskan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara sebagaimana yang perlu bagi maksud itu dan, jika difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan. - Pihak Berkuasa Tempatan itu juga boleh, dengan notis yang sama atau dengan suatu notis lain yang disampaikan kepada penduduk, pemunya atau orang itu, menghendaki penduduk, pemunya atau orang itu melakukan apa yang perlu bagi mencegah kacau ganggu itu daripada berlaku semula dan, jika difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu, menyatakan apa-apa kerja yang hendak dijalankan bagi maksud itu, dan boleh menyampaikan notis itu walaupun kacau ganggu itu mungkin telah dihapuskan pada masa itu jika pihak berkuasa tempatan fikirkan kacau ganggu itu mungkin berlaku semula di premis itu. - Jika kacau ganggu itu terbit dari kecacatan atau tidak adanya sesuatu berjenis rangka bina atau jika premis itu tidak diduduki, notis itu hendaklah disampaikan kepada pemunya. - Jika orang yang menyebabkan kacau ganggu itu tidak dapat dijumpai Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut belanja mengenainya daripada pemunya. - Jika sesuatu notis telah disampaikan kepada seseorang dan orang itu tidak mematuhi mana-mana daripada kehendak notis itu dalam tempoh yang ditentukan, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan selain daripada itu Mahkamah Majistret itu boleh mengeluarkan suatu perintah kacau ganggu. - Sesuatu perintah kacau ganggu boleh jadi suatu perintah penghapusan atau suatu perintah penutupan atau suatu kombinasi dari kedua-duanya.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 32 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Sesuatu perintah penghapusan menghendaki seseorang mematuhi segala atau mana-mana daripada kehendak notis itu, atau menghapuskan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu. - Sesuatu perintah penghapusan hendaklah menyatakan kerja yang hendak dijalankan oleh orang itu bagi maksud menghapuskan kacau ganggu itu. - Sesuatu perintah penutupan adalah melarang sesebuah rumah kediaman daripada digunakan untuk kediaman manusia dan hendaklah dibatalkan atas permohonan Pihak Berkuasa Tempatan itu apabila rumah kediaman itu telah dijadikan layak untuk kediaman manusia. - Seseorang yang tidak mematuhi peruntukan sesuatu perintah kacau ganggu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh peruntukan perintah kacau ganggu itu tidak dipatuhi. - Walau apa pun peruntukan subseksyen (5) dan subseksyen (10) Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut segala belanja mengenainya daripada orang yang tidak menghapuskan kacau ganggu itu. - Jika sesuatu perintah penutupan telah dibuat berkenaan dengan sesuatu rumah kediaman, Pihak Berkuasa Tempatan itu hendaklah menyampaikan suatu salinan perintah itu kepada tiaptiap penduduk rumah kediaman itu dan jika penduduk itu tidak mematuhi perintah itu, Pihak Berkuasa Tempatan itu boleh, dengan bantuan polis, mengusir penduduk itu dari rumah kediaman itu. - Sesuatu notis, sesuatu perintah penghapusan dan sesuatu perintah penutupan di bawah seksyen ini hendaklah masingmasing dibuat dalam Borang B, Borang C dan Borang D dalam Jadual Pertama kepada Akta ini. 4.7.4
UUK 9 – Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap WPKL 1981
- Tindakan boleh diambil atas kesalahan membakar apa-apa sampah ditempat awam yang boleh akibatkan kacau ganggu
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
4.8
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 33 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Kuasa Menuntut Kos Operasi 4.8.1 Seksyen 71 – Akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171) (Akta 171) - Jika apa-apa perbelanjaan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada menjalankan apa-apa kerja oleh sebab kesalahan yang tersebut dalam seksyen 69 dan 70, Pihak Berkuasa Tempatan itu hendaklah memberi suatu perakuan mengenai kos kerja itu kepada orang yang melakukan kesalahan itu dan perakuan pihak berkuasa tempatan itu adalah bukti muktamad mengenai jumlah wang yang kena dibayar itu. - Jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan itu dan boleh dituntut dengan apa-apa cara yang diperuntukkan oleh Akta ini bagi penuntutan kadar yang belum dijelaskan.
4.9
Kuasa Mengalihkan Iklan Pilihanraya 4.9.1 UUK 8 (1) - Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (W.P.K.L) 1990 - Boleh mengalihkan apa-apa iklan pilihanraya atau apa-apa papan tanda atau struktur lain bagi maksud mempamerkan iklan pilihanraya itu jika : pemegang permit gagal mematuhi kehendak-kehendak UUK 7 (gagal mengalihkan iklan pilihanraya dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi). - Iklan pilihanraya dipamerkan tanpa permit.
4.10 Kuasa Untuk Memerintah Mengusir/Keluar 4.10.1 UUK 10 - Undang-Undang Kecil Taman (W.P) 2012 - Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi mana-mana daripada peruntukan Undang-Undang Kecil ini boleh diperintah keluar dari sesuatu taman dan boleh enggan diterima masuk kemudiannya. 4.10.2 UUK 14 – Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Pindaan) 2015 Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh - Menutup keseluruhan Dataran Merdeka atau mana-mana bahagian daripadanya i. Jika difikirkannya perlu atau ii. Jika berlaku apa-apa kacau ganggu yang mungkin mendatangkan bencana atau bahaya atau menjejaskan keselamatan orang awam; dan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 34 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Memerintahkan mana-mana orang i. Yang berada di Dataran Merdeka atau mana-mana bahagian daripadanya yang telah ditutup dibawah perenggan (a); atau ii. Yang melanggar mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini Diusir keluar daripada Dataran Merdeka dengan segera dan manamana orang yang enggan mematuhi perintah itu adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, dengan kekerasan yang munasabah, diusir keluar oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa. 4.11 Kuasa Mengalih Kereta Motor Dari Tempat Letak Kereta Atau Petak Letak Kereta. 4.11.1 Perenggan 16(1) – Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) W.P. 1984 - Jika kereta motor diletak dengan berterusan selama lebih dari dua hari (48 jam) di tempat letak kereta atau petak letak kereta dan meter letak kereta menunjukkan bahawa tempoh letak kereta telah tamat kereta motor itu hendaklah dialih dari tempat letak kereta atau petak letak kereta itu dan disimpan sehingga segala caj dibayar. 4.12 Kuasa Meminta Supaya Memberhentikan Kenderaan (Menahan Kenderaan) 4.12.1 Seksyen 55 - Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan hendaklah memberhentikan kenderaan motor itu apabila dikehendaki sedemikian oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam, seorang warden lalulintas berpakaian seragam atau seorang pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam, dan jika dia gagal berbuat demikian maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 35 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.13 Kuasa Meminta Maklumat 4.13.1 Seksyen 113 (2) - Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Pegawai Penguatkuasa (Warden Lalulintas) mempunyai kuasa supaya menghendaki secara lisan atau secara bertulis manamana orang untuk memberinya apa-apa maklumat. Orang yang gagal memberi maklumat atau memberi maklumat palsu adalah melakukan suatu kesalahan. 4.13.2 UUK 38 – Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 - Boleh mendapatkan suatu petempatan makanan untuk memberi sebarang maklumat atau mengemukakan dokumen, buku atau rekod berhubung dengan petempatan makanan. Orang yang gagal memberi maklumat atau memberi maklumat palsu adalah melakukan suatu kesalahan. 4.14 Kuasa Meminta Lesen Memandu 4.14.1 Seksyen 58 (2) - Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Mana-mana orang yang menjaga sesuatu kenderaan motor di jalan hendaklah, apabila dikehendaki oleh mana-mana pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan yang mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mengemukakan lesen memandunya untuk pemeriksaan oleh pegawai itu. 4.15 Kuasa Untuk Menutup Premis 4.15.1 Seksyen 17 - Akta Hiburan (WPKL) 1992 (Akta 493) - Boleh dengan serta-merta mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk menutup mana-mana tempat hiburan jika berpuashati bahawa telah berlaku pelanggaran syarat atau sekatan lesen atau apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 36 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.15.2 Seksyen 18 – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Boleh dengan serta-merta mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk menutup mana-mana hotel jika berpuashati bahawa telah berlaku pelanggaran syarat atau sekatan lesen atau apa-apa peruntukan Akta ini yang dibuat di bawahnya. 4.16 Kuasa Menggeledah Premis 4.16.1 Seksyen 20 - Akta Hiburan (WPKL) 1992 (Akta 493) - Jika mempunyai alasan-alasan yang baik bagi mempercayai bahawa oleh sebab apa-apa kelengahan untuk mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin terkecewa, dengan atau tanpa bantuan memasuki mana-mana tempat hiburan jika ada alasan munasabah bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau kaedah yang dibuat dibawahnya. Boleh menggeledah mana-mana tempat dan memeriksa manamana orang yang ada kaitan dalam pengurusan atau penganjuran apa-apa hiburan atau ialah seorang pengkhidmat atau ejen penganjur atau pemunya tempat itu. Dengan syarat tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan. 4.16.2 Seksyen 15 (3) – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) - Menjalankan penggeledahan dengan waran jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 37 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
4.16.3 Seksyen 16 – Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Akta 626) -
Penggeledahan tanpa waran boleh dilakukan jika Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 15, mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu tujuan penggeledahan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 15 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
4.17 Kuasa Untuk Mengarahkan Keluar Dari Tandas Awam 4.17.1 UUK 5 - Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1986 -
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan yang berlanggar dengan apa-apa Undang-Undang Kecil ini boleh diarahkan keluar dari tandas awam oleh Datuk Bandar atau manamana orang diberi kuasa olehnya.
4.18 Kuasa Menyita dan Melupus Anjing Terlarang 4.18.1 UUK 8B (2) – UUK PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING (WPKL) (PINDAAN) 2011 -
Datuk Bandar hendaklah menyita dan melupuskan mana-mana anjing terlarang yang dijumpai dimana-mana premis atau dijumpai berkeliaran di tempat awam.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.0
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 38 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN 5.1 PENGELUARAN NOTIS KESALAHAN 5.1.1
Seseorang Ketua, Penyelia dan Petugas hendaklah menentukan perkara-perkara seperti berikut sebelum mengeluarkan Notis Kesalahan : a. Memastikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan. Jika perlu ambil gambar lokasi kesalahan. b. Menentukan jenis kesalahan serta undang-undang yang berkaitan. c.
Kenal pasti orang atau pihak yang bertanggung jawab melakukan kesalahan dan minta nama dan alamatnya. (Secara pentadbiran Ketua, Penyelia dan Petugas mempunyai kuasa untuk meminta Kad Pengenalan atau dokumen yang sah untuk mengesahkan nama dan alamat orang yang melakukan kesalahan).
d. Bagi kesalahan-kesalahan yang mana pesalah tidak dapat dihubungi atau tiada di tempat kejadian Notis Kesalahan hendaklah dikeluarkan kepada pemilik atau penghuni premis, pengurus syarikat, pengerusi atau setiausaha pertubuhan dan tuan punya atau pemandu kenderaan. e. Memastikan bahawa di mana perlu diberi amaran secukupnya. f.
Menentukan bahawa tarikh, masa, tempat kesalahan atau alamat premis atau nombor daftar kenderaan adalah betul. Pegawai dan kakitangan boleh semak nombor daftar kenderaan dengan Sijil Cukai Jalan yang dipamerkan pada kenderaan.
g. Menggunakan pen mata bulat semasa menulis bagi Notis Kesalahan Manual. h. Memastikan semua butir-butir yang diperlukan di dalam Notis Kesalahan dicatatkan dengan betul dan tepat.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 39 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
i.
Ketua, Penyelia atau Petugas yang mengeluarkan Notis Kesalahan hendaklah menandatanganinya (Notis handheld tidak perlu ditandatangan).
j.
Serahkan Salinan Asal kepada pesalah dan mengembalikan dokumennya seperti Kad Pengenalan, Pasport, Lesen Memandu, Lesen Penjaja atau Perniagaan dan sebagainya.
k. Ketua, Penyelia atau Petugas hendaklah membuat catatan ringkas di dalam buku poket atau diari siasatan mengenai butir-butir kesalahan dan tindakan serta namanama saksi untuk rujukan di masa depan. Pelan lakar tempat kesalahan hendaklah juga disediakan. 5.1.2
Prosedur mengeluarkan notis kesalahan dan cara menulis notis kesalahan menggunakan notis manual dan handheld : a. Kepada Individu/ Orang Perseorangan
- Ikut nama dalam kad pengenalan - Tulis nombor kad pengenalan
b. Jika Perniagaan Perseorangan/ Penjaja/ Penggerai/Pesalah
- Nama ikut pendaftaran perniagaan, tuan punya perniagaan, perniagaan lesen penjaja/ lesen gerai
c.
- Kepada Pengurus atau Pengarah Syarikat.
Syarikat Sendirian Berhad
d. Pertubuhan/ Persatuan e. Kenderaan
f.
Alamat Orang Perseorangan g. Alamat Perniagaan / Pertubuhan h. Seksyen Kesalahan i.
Jenis Kesalahan
- Kepada Setiausaha / Pengerusi. - Kepada Tuan Punya, Pemilik atau Pemandu, No. Kereta, No. Cukai Jalan, Jenis / Model Kereta. - Ikut seperti dalam Kad Pengenalan. - Seperti dalam Pendaftaran atau Lesen Perniagaan / Lesen Penjaja / Lesen Gerai. - Seksyen hendaklah tepat dengan kesalahan dan tajuk notis. - Tulis jenis kesalahan dengan tepat. Guna ayat seperti yang terdapat dalam undang-undang dan catatkan dengan ringkas supaya senang difahami.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
j.
Tempat Kesalahan
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 40 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
- Hendaklah ditulis dengan tepat dan jangan salah ejaan mengenai negeri, nama jalan, lorong dan sebagainya. Jika lorong tiada nama catitkan nombor premis atau lot berhampiran. Contoh : a. Lorong belakang premis No. 20 Jalan perkasa, Kuala Lumpur. b. Lorong sebelah premis No. 20 Jalan Perkasa, Kuala Lumpur
k.
Tarikh dan Masa Kesalahan
- Catatkan tarikh dan masa kesalahan dengan betul.
l.
Tawaran Kompaun
- 14 hari tidak termasuk Hari Kelepasan Mingguan dan Cuti Am.
m. Tarikh Notis
- Catatkan haribulan Notis Kesalahan dikeluarkan.
n.
- Pegawai dan kakitangan yang mengeluarkan Notis Kesalahan. Tidak boleh ditandatangani oleh wakil atau rakan sekerja.
Tanda Tangan
Nota : Prosedur di para 5.1 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan dan industri, petempatan makanan, aktiviti penjajaan, pasar awam, pasar borong, iklan, perumahan awam, aktiviti vandalisme, aktiviti taman, aktiviti dataran merdeka, aktiviti hiburan, aktiviti hotel, tapak binaan, terhadap pemeriksaan kerja lebih masa di tapak bina, meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran, kos tuntutan operasi, pengapitan roda kenderaan, orang awam yang melakukan kesalahan melintas jalan yang tidak menggunakan jejantas (ops jejantas), saman kendiri, kawalan dan tindakan penguatkuasaan bazar perayaan dan tindakan penguatkuasaan (khas) perintah kawalan pergerakan covid-19.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.1.3
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 41 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Carta Aliran Pengeluaran Notis Kesalahan
MULA
1. a. Memastikan wujudnya kesalahan. b. Jenis kesalahan. c. Undang-Undang dan Seksyen/Kaedah yang berkaitan d. Ambil gambar lokasi kesalahan jika perlu. 2. a. Kenal pasti orang/pihak yang melakukan kesalahan. b. Minta nama, no. Kad Pengenalan dan alamat pesalah. 3. Jika orang tidak dikenali atau tidak dapat dihubungi catatkan pemilik/penghuni/pengurus/tuan punya/pemandu
4. Memastikan amaran jika perlu, telah diberi secukupnya.
5. Memastikan tarikh, masa dan tempat kesalahan atau alamat premis atau nombor daftar kenderaan betul. 6. Memastikan semua butir-butir yang diperlukan di dalam Notis Kesalahan dicatatkan dengan betul dan tepat. 7. Tanda tangan pegawai yang mengeluarkan Notis Penguatkuasaan/ Notis Kesalahan. 8. Serahkan salinan asal kepada pesalah dan kembalikan dokumennya seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Lesen Perniagaan, Lesen Penjaja, Pasport dan sebagainya. 9. Membuat catatan ringkas dalam buku poket/diari siasatan mengenai butir-butir kesalahan, tindakan dan nama saksi. Sediakan pelan lakar tempat kesalahan. TAMAT
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 42 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.2 AKTIVITI SITAAN DAN PINDAH HALANGAN 5.2.1
Tindakan menyita Tindakan menyita gerai dan peralatan penjaja tanpa lesen seperti kerusi meja dan lain-lain hendaklah diambil mengikut prosedur seperti berikut : a. Pastikan penjaja atau penggerai yang diambil tindakan sita tidak memiliki lesen gerai atau lesen penjaja. b. Pastikan persetujuan atau kelulusan Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan telah diperolehi untuk diambil tindakan sita terhadap penjaja yang telah lama bertapak/warga tempatan. c.
Tindakan terhadap penjaja seperti berikut hendaklah diambil serta merta setelah diberi masa yang sewajarnya melalui Notis Penguatkuasaan untuk mengosongkan tapak serta hentikan kegiatan penjaja disamping mengeluarkan Notis Kesalahan : i. ii. iii. iv.
Penjaja baru tanpa lesen. Penjaja bukan warga negara. Menjaja di jalan protokol. Menjaja di lokasi tumpuan.
d. Bagi penjaja/penggerai tanpa lesen yang telah lama bertapak notis secukupnya hendaklah diberi untuk mengosongkan tapak sebelum mengambil tindakan. Notis Kesalahan hendaklah juga dikeluarkan kepada penjaja yang berkenaan. e. Senaraikan barang-barang yang disita di dalam Borang Akuan Sita/Memindahkan Halangan dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh Pegawai Penyita, Penjaga Stor dan pemilik atau wakil sekiranya ada. Pengisian borang hendaklah dibuat di lokasi sitaan kecuali jika keadaan tidak mengizinkan (atas sebab keselamatan) boleh ianya dilaksanakan di lokasi yang difikirkan sesuai. g. Sekiranya pemilik tidak dapat dikesan, catatan berkaitan perlulah dibuat di dalam Borang Akuan Sita/Memindahkan Halangan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 43 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
h. Satu salinan Borang Akuan Sita/memindahkan halangan hendaklah diserahkan kepada pemilik sekiranya ada, satu salinan disimpan oleh Pegawai Penyita dan satu salinan diserahkan kepada Ketua/Penjaga Stor Sitaan. i.
Makanan yang dimasak hendaklah dikembalikan kepada penggerai/penjaja.
j.
Kira barang-barang sitaan mengikut pemiliknya dan label.
k. Barang-barang sitaan yang bernilai hendaklah dimasukkan ke dalam kotak/peti dan diserahkan kepada ketua Stor Sitaan untuk disimpan dalam bilik khas di Stor Sitaan. l.
Semua barangan sitaan hendaklah dihantar terus dari tempat operasi/tindakan ke Stor Sitaan dengan diiringi oleh seorang Pegawai dan kakitangan yang berpangkat Sarjan dan ke atas.
m. Ketua yang mengiringi barang sitaan ke Stor hendaklah juga menyenaraikan semua barangan sita yang diserahkan kepada Ketua/Pengawal Stor di dalam Borang Tuntuan Ke atas Barang-Barang Yang Disita yang disediakan di Stor Sitaan dan beliau hendaklah menandatangani borang tersebut. n. Barang-barang sitaan yang telah dihantar ke Stor Sitaan tidak boleh dikembalikan kepada pemiliknya tanpa kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.2.2
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 44 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Tindakan memindahkan halangan di tempat awam Seseorang Ketua, Penyelia atau Petugas yang hendak menjalankan tindakan memindahkan halangan seperti bakul, kotak, gerai, kerusi, meja dan lain-lain yang diletakkan di tempat awam mengikut peruntukkan kuasa di bawah Seksyen 46 (3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 perlu mengikuti prosedur seperti berikut : a. Memberi notis kepada pemilik premis perniagaan atau peniaga supaya memindahkan halangan mengikut tempoh masa yang diberi di dalam notis/secara lisan. b. Tandakan barang-barang yang diletak di hadapan premis perniagaan seperti bakul, kotak dan lain-lain dengan menurunkan tanda tangan bagi memudahkan tindakan sekiranya pemilik gagal mematuhi notis/amaran. c.
Jika pemilik gagal mematuhi notis/amaran Pegawai dan kakitangan hendaklah terus mengambil tindakan memindahkan halangan.
d. Pegawai Penyita hendaklah juga mengeluarkan Notis Kesalahan kepada pesalah. e. Semua benda/barang yang perlu diambil tindakan pindah hendaklah direkodkan di dalam Borang Akuan Sita/ memindahkan halangan dalam 3 salinan. f.
Borang Akuan Sita/memindahkan halangan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Penyita, Penjaga Stor Sitaan dan pemilik barangan yang dipindahkan.
g. Semua benda/barang-barang yang dipindahkan hendaklah ditandakan mengikut pemiliknya serta tarikh, masa dan tempat kesalahan. h. Satu salinan Borang Akuan Sita/memindahkan halangan hendaklah diserahkan kepada pemilik barang-barang, satu salinan kepada Ketua Stor Sitaan dan satu salinan lagi disimpan oleh Pegawai Penyita. i.
Barang-barang yang dipindahkan yang bernilai tinggi/berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat/bilik khas di Stor Sitaan oleh Ketua Stor Sitaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
j.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 45 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Ketua yang mengiringi barang-barang yang hendak dipindahkan hendaklah terdiri daripada Pegawai dan kakitangan yang berpangkat penyelia dan ke atas. Semua barang hendaklah dihantar terus ke Stor Sitaan.
k. Ketua yang mengiringi barang-barang yang dipindahkan ke Stor Sitaan hendaklah mengisi Borang Tuntutan Ke Atas Barang-Barang Yang Disita/Dipindah dalam 2 salinan, satu salinan untuk pemilik barang dan satu salinan untuk simpanan Ketua Stor Sitaan. l.
Barang-barang yang dipindahkan tidak boleh dipulangkan kepada pemilik tanpa kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
Nota : Prosedur di para 5.2 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan dan industri, petempatan makanan, aktiviti penjajaan, pasar awam, pasar borong, perumahan awam, aktiviti taman, aktiviti dataran merdeka, aktiviti hiburan, aktiviti hotel, meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran serta kawalan dan tindakan penguatkuasaan bazar perayaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.2.3
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 46 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Carta Aliran Proses Tindakan Sita (Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016) 1. a. Pastikan penjaja atau gerai tidak berlesen. b. Pastikan kelulusan pentadbiran diberi untuk tindakan terhadap penjaja/gerai lama/warga tempatan. 2. a. Penjaja baru tanpa lesen/bukan warganegawa/jalan protokol tindakan sita serta merta. b. Penjaja lama – Notis Pemberitahuan Kesalahan dan notis 7 hari kosongkan tapak. 3. Tindakan sita selepas tamat tempoh notis.
4. a. Senaraikan barangan sita dalam Borang Akuan Sita/ memindahkah halangan (3 salinan) b. Tandatangan pegawai yang menyita, penjaga Stor Sitaan dan pemilik barang. c. Serahkan satu salinan kepada pemilik, satu salinan untuk simpanan pegawai sita dan satu salinan kepada Ketua Penjaga Stor Sitaan. 5. a. Makanan yang dimasak serahkan kepada penjaja/penggerai. b. Tandakan barang-barang yang disita mengikut penjaja/pemilik.
6. a. Barang-barang bernilai tinggi/berharga masukkan dalam kotak/ peti khas. b. Serahkan kepada Ketua Stor Sitaan untuk simpanan dalam Bilik Khas di Stor. 7. Semua barangan sita dihantar terus ke Stor Sitaan diiringi oleh Pegawai dan kakitangan berpangkat Sarjan ke atas. 8. Serahkan barang-barang yang disita kepada Ketua/Pengawal Stor Sitaan dan lengkapkan Borang Tuntutan Ke Atas Barang-Barang Yang Disita/Dipindah disediakan di Stor – tanda tangan pemilik dan pegawai penyita. 9. Barang-barang yang disita tidak boleh dikembalikan kepada pemilik tanpa kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.2.4
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 47 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Carta Aliran Tindakan Sita Menyeluruh (Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Dan Gerai (WP) 2016) Ronda
Aduan Awam
Siasat
- Bukan W/Negara - Jalan Protokol - Lokasi Tumpuan
W/Negara Keadaan Biasa Notis Kompaun
Sita
Sita
Stor Tangkapan
Rayuan
Tak Lulus Tak Tuntut
Lulus Keluar
Lembaga Pelupusan
Lupus
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.2.5
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 48 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Carta Aliran Proses Tindakan Memindahkan Halangan (Seksyen 46 (3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) 1. Pastikan barang-barang (halangan) diletak di tempat awam/di hadapan premis perniagaan. 2. a. Notis bertulis/lisan kepada pemilik barang halangan/ premis perniagaan. b. Tandakan barang-barang yang diletak dihadapan premis perniagaan seperti bakul, kotak, kerusi meja dan lain-lain untuk dipindahkan jika pemilik gagal mematuhi notis. 3. a. Tindakan memindahkan halangan selepas tamat tempoh notis. b. Pegawai Penyita keluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan kepada pesalah/pemilik barang 4. a. Senaraikan barangan sita yang dipindahkan dalam Borang Akuan Sita/Memindahkan Halangan (3 salinan). b. Tandatangan pegawai yang memindahkan halangan, penjaga Stor Sitaan dan pemilik barang. c. Serahkan satu salinan kepada pemilik, satu salinan untuk simpanan pegawai sita dan satu salinan kepada Ketua Penjaga Stor Sitaan 5. Tandakan barang-barang yang dipindahkan mengikut nama pemilik, tarikh, masa dan tempat tindakan. 6.
Barang-barang yang dipindahkan yang berharga tinggi dimasukkan dalam kotak/peti khas/bilik khas di Stor sitaan
7. a. Hantar barang-barang terus ke Stor Sitaan diiringi oleh pegawai berpangkat Sarjan ke atas. Serahkan kepada Ketua/Pengawal Stor. b. Lengkapkan borang tuntutan ke atas barang-barang yang disita di Stor Sitaan dalam 2 salinan, tandatangan pemilik dan pegawai penyita. 8. Barang-barang yang dipindahkan tidak boleh dituntut oleh pemilik tanpa kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.3 MENUNDA TRAFIK 5.3.1
KENDERAAN
YANG
Muka Surat : 49 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
MELAKUKAN
KESALAHAN
Tindakan mengalihkan atau menunda kenderaan yang melanggar peraturan lalulintas jalan hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur seperti berikut : a. Memastikan pemandu kenderaan telah melanggar peraturan lalulintas jalan/kenalpasti kesalahan lalu lintas. b. Memastikan kawasan yang terbabit terdapat papan tanda atau isyarat lalulintas yang boleh dilihat. c.
Hendaklah cuba menghubungi pemandu atau pemilik kenderaan supaya mengalihkan kenderaannya sebelum mengambil tindakan menunda kenderaan.
d. Petugas juga dikehendaki memperolehi kebenaran Ketua atau Penyelia sebelum bertindak menunda kenderaan. e. Apabila hendak menunda atau mengalihkan kenderaan hendaklah memastikan tiada kanak-kanak atau penumpang yang berada di dalam kenderaan. f.
Tidak dibenarkan menunda atau mengalihkan kenderaan yang terdapat penumpang di dalamnya.
g. Sekiranya penumpang enggan keluar dari kenderaan tindakan penguatkuasaan mengeluarkan notis kesalahan adalah memadai. h. Memastikan segala langkah keselamatan diambil sewaktu menunda kenderaan bagi mengelak daripada berlaku kerosakan pada kenderaan. i.
Ambil gambar kenderaan di lokasi kesalahan dilakukan, periksa keadaan fizikal kenderaan, lengkapkan Borang Tunda dan Tuntutan Kenderaan serta keluarkan Notis Kesalahan.
j.
Petugas dikehendaki membuat kawalan lalulintas semasa kerja penundaan kenderaan dilaksanakan.
k. Petugas dikehendaki memasang papan tanda “KENDERAAN SEDANG DITUNDA” dan nyalakan ‘bar light’ / lampu mata arah kren tunda sebelum bergerak.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
l.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 50 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Ketua, Penyelia dan Petugas yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kenderaan yang ditunda dihantar terus ke Depoh Tunda.
m. Kenderaan yang ditunda hendaklah diperiksa keadaannya di luar serta muatannya (jika perlu) dan Pegawai dan kakitangan yang menunda hendaklah menyerahkan kenderaan serta Borang Tunda dan Tuntutan kepada petugas Depoh Tunda. n. Mana-mana kenderaan yang telah ditunda ke Depoh Tunda Jabatan Penguatkuasaan tidak boleh dikembalikan/dituntut tanpa kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
Nota : Prosedur di para 5.3 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan trafik serta kenderaan buruk atau tersadai.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.3.2
Carta Aliran Proses Menunda Kenderaan
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 51 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Tindakan
Mengalihkan
Atau
1. Memastikan pemandu kenderaan telah melanggar peraturan lalu lintas.
2. Memastikan ada papan tanda atau isyarat lalulintas di kawasan terbabit.
3. a. Cuba dapatkan/hubungi pemandu supaya beliau dapat mengalihkan kenderaannya. b. Dapatkan kebenaran Ketua atau Penyelia sebelum tunda kenderaan. 4. Memastikan tiada kanak-kanak di dalam kenderaan.
5. a. Tidak dibenarkan menunda jika ada penumpang. b. Tindakan memadai dengan mengeluarkan Notis Kesalahan. 6. a. Mengambil langkah-langkah keselamatan sewaktu menunda Kenderaan untuk mengelakkan kerosakan. b. Buat kawalan lalulintas. 7. Hantar kenderaan terus ke Depoh Tunda.
8. Periksa keadaan kenderaan di luar dan muatan (jika perlu) dan lengkapkan borang tunda kenderaan – tandatangan borang 9. Kenderaan tidak boleh dituntut/dikembalikan kepada pemilik tanpa kebenaran Ketua Bahagian/Pengarah Penguatkuasaan.
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Muka Surat : 52 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.4 KAPIT RODA KENDERAAN YANG MELAKUKAN KESALAHAN TRAFIK 5.4.1
Sebelum tindakan a. Tentukan lokasi operasi/tindakan berdasarkan jadual tugasan harian (JPK 01) atau arahan semasa pegawai atasan. b. Kenalpasti kenderaan halangan lalulintas. c.
5.4.2
yang
melakukan
kesalahan
Lakukan hebahan atau pengumuman kepada kenderaankenderaan yang melakukan halangan lalulintas menggunakan alat siar raya atau isyarat bunyi (hon) supaya kenderaan dapat dialihkan atau beredar dari lokasi.
Semasa tindakan a. Lakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang tidak di alih atau ditinggalkan sama ada kenderaan tersebut tiada pemandu dan penumpang atau sebaliknya. b. Keluarkan Notis Kompaun Kesalahan (NTK) ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan halangan lalulintas setelah pemeriksaan dilakukan. c.
Letakkan Notis Kompaun Kesalahan (NTK) di cermin hadapan kenderaan.
d. Selepas selesai mengeluarkan Notis Kompaun Kesalahan, laksanakan tindakan kapit roda kenderaan dibahagian pemandu dan menguncinya dengan selamat. e. Letakkan Notis Pemberitahuan Tindakan Kapit Roda. f.
Dikehendaki menandakan “Bayaran Serta Merta” di Notis Kompaun yang dikeluarkan.
g. Laporkan tindakan kapit roda ke Pusat bagi setiap kenderaan yang telah dikapit. Nota : Prosedur di para 5.4 digunapakai penguatkuasaan pengapitan roda kenderaan.
di
garis
panduan
tindakan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 53 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.4.3 CARTA ALIRAN PENGAPITAN RODA KENDERAAN MULA
Kenal pasti lokasi operasi/tindakan. Kenalpasti kesalahan yang di lakukan. Hebahan/Pengumuman dikenalpasti.
kesalahan
yang
Pemeriksaan kenderaan dan tindakan keluar Notis ke atas kenderaan. Lihat kenderaan beredar/dialihkan.
SOP Notis Kompaun Tidak alih
Tindakan kapit (Ronda Kenderaan) dan letakkan notis pemberitahuan kapit di lokasi. Cop Notis Kompaun “Bayaran Serta Merta” dan letak di cermin hadapan kenderaan. Lapor tindakan kapit roda ke Pusat bagi setiap kenderaan dikapit.
Tiada tuntutan
Terima arahan tuntutan kenderaan/tiada tuntutan tindakan tunda selepas 4 jam.
SOP Tunda
Terima bayaran dan serah resit pembayaran. Buka kapit kenderaan/dilepaskan. Lapor semula Pusat Perhubungan setelah kenderaan dibuka/dilepaskan. Serah Long Bill, salinan pendua resit bayaran dan Notis Kompaun serta wang kutipan ke Kaunter Bayaran DBKL. Sediakan Laporan Tindakan Kapit Roda. Serah Laporan Tindakan Kapit Roda untuk pengesahan pegawai dan rekod. TAMAT
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.5
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 54 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
MEMINDAH KENDERAAN TERSADAI/BURUK 5.5.1 Tindakan Penguatkuasaan buruk/tersadai
ke
atas
kenderaan
a. Memastikan aduan yang diterima adalah berkaitan kenderaan buruk/tersadai. Sekiranya aduan melibatkan kategori lain, panjangkan kepada bahagian yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. b. Aduan melibatkan motosikal dipanjangkan Pejabat Cawangan untuk tindakan selanjutnya. c.
kepada
Memastikan Notis Penguatkuasaan dikeluarkan terhadap kenderaan buruk/tersadai tersebut.
d. Petugas dikehendaki memperoleh kebenaran daripada Ketua atau Penyelia sebelum bertindak menunda/mengangkut kenderaan. e. Pastikan kenderaan yang diangkut/ditunda tiada kanakkanak atau penumpang di dalam kenderaan. f.
Tindakan angkut/tunda tidak dibenarkan terdapat penumpang di dalam kenderaan.
sekiranya
g. Memastikan segala langkah keselamatan diambil semasa mengangkut dan menunda kenderaan bagi mengelak sebarang kerosakan pada kenderaan. h. Petugas memeriksa fizikal kenderaan dan mengambil gambar kenderaan sebelum, semasa dan selepas tindakan dilaksanakan. i.
Petugas dikehendaki membuat kawalan lalulintas semasa kerja menunda/mengangkut kenderaan di jalankan.
j.
Petugas dikehendaki memasang papan tanda “KENDERAAN SEDANG DITUNDA” dan menyalakan bar light sebelum kren mula bergerak.
o. Pegawai dan petugas yang bertanggungjawab hendaklah memastikan kenderaan yang ditunda dihantar terus ke Depoh kenderaan buruk dan tersadai. Nota : Prosedur di para 5.5 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan trafik dan kenderaan buruk atau tersadai.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 55 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.5.2 CARTA ALIRAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN KENDERAAN BURUK/TERSADAI
KE
ATAS
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.6
TANGKAPAN KEBENARAN
TERHADAP
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 56 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
PENJAGA
KERETA
TANPA
5.6.1 Sebelum tindakan a. Petugas ke lokasi rondaan berdasarkan jadual tugas harian (JPK01) atau arahan semasa dari pegawai atasan. b. Petugas akan mengenalpasti penjaga kenderaan tanpa kebenaran semasa membuat rondaan harian di sekitar lokasi. c. Petugas akan membuat siasatan dan intipan selama 2 hingga ke 3 hari di sekitar lokasi bagi membuktikan aktiviti penjaga kereta tanpa kebenaran di sekitar lokasi. d. Petugas mengambil gambar penjaga parkir tanpa kebenaran serta kenderaan yang terlibat untuk dijadikan bukti dan lampiran pada laporan. e. Petugas yang melakukan siasatan dan intipan perlu menghantar laporan penuh kepada Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan sebelum operasi tangkapan dilaksanakan. 5.6.2 Semasa tindakan a. Ketua atau penyelia perlu menerangkan kepada semua petugas mengenai modus operandi tindakan dan undangundang yang digunapakai semasa tindakan dijalankan. b. Ketua atau penyelia pasukan perlu memastikan semua petugas membawa peralatan yang secukupnya dan boleh digunapakai seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Senjata api Alat perhubungan (walkie talkie) Kamera Lampu suluh Gari Cota Peralatan yang berkaitan dengan tangkapan
c. Setelah tiba dilokasi, petugas perlu mengambil gambar penjaga parkir, kenderaan yang terlibat dan gambar semasa kejadian sekitar lokasi untuk dijadikan lampiran pada laporan serta bahan bukti di mahkamah.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 57 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
d. Petugas yang telah ditugaskan untuk melakukan tangkapan perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu dan memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh individu yang melakukan kesalahan (OKT) tersebut sebelum prosedur tangkapan di laksanakan. e. Petugas perlu mengambil maklumat-maklumat berkaitan OKT untuk difailkan dan dijadikan rujukan. Antara maklumat yang diperlukan : i. ii. iii. iv. v.
Nama penuh OKT Nombor kad pengenalan diri/passport Alamat tempat tinggal Umur Maklumat lain yang diperlukan sebagai sokongan di mahkamah
f. Ketua atau penyelia pasukan yang mengetuai perlu memastikan langkah-langkah keselamatan supaya OKT tidak melarikan diri dan operasi dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5.6.3 Selepas tindakan a. OKT yang ditahan lebih daripada 4 jam akan dibekalkan makanan dan minuman. b. Ketua atau penyelia pasukan perlu membuat laporan polis mengikut kawasan tangkapan/operasi yang dilaksanakan. c. OKT yang ditangkap perlu ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi atau Balai Polis Jinjang, Kepong. d. Ketua atau penyelia pasukan perlu menyediakan fakta kes untuk kegunaan dimahkamah. e. Ketua atau penyelia pasukan perlu menyediakan laporan penuh berkaitan tindakan/operasi dan dihantar kepada Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
Nota : Prosedur di para 5.6 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan tangkapan terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.6.4 CARTA ALIRAN TANGKAPAN KERETA TANPA KEBENARAN
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 58 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TERHADAP
PENJAGA
MULA 1.
Petugas lakukan rondaan.
2.
Petugas kenalpasti OKT.
3.
Petugas lakukan siasatan bagi membuktikan aktiviti penjaga kereta tanpa.
4.
Petugas mengambil gambar sebagai bukti dan dijadikan lampiran pada laporan.
5.
Petugas menghantar laporan penuh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan.
6.
Ketua atau penyelia pasukan menerangkan kepada petugas modus operandi operasi.
7.
Ketua atau penyelia pasukan memastikan petugas membawa peralatan lengkap.
8.
Setelah tiba dilokasi, petugas perlu mengambil gambar untuk dijadikan bahan bukti.
9.
Petugas memperkenalkan dilaksanakan.
diri
dan
pada
Ketua
tangkapan
10. Petugas mengambil maklumat OKT. 11. Ketua atau penyelia pasukan membuat laporan polis. 12. OKT ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi atau Balai Polis Jinjang, Kepong. 13. Ketua atau penyelia pasukan sediakan fakta kes.
TAMAT
14. Ketua atau penyelia pasukan sediakan laporan penuh dan hantar pada Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.7
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 59 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TINDAKAN MEROBOH STRUKTUR DAN SEKATAN DALAMAN TANPA KEBENARAN 5.7.1 Tindakan meroboh atau meruntuh struktur atau binaan haram (yang didirikan tanpa kebenaran) termasuk rumah setinggan hendaklah mengikut prosedur seperti berikut : a. Mengenalpasti lokasi bangunan/struktur yang didirikan tanpa kebenaran. b. Mengesahkan status tanah samada tanah kerajaan atau tanah persendirian. c. Jika tanah kerajaan, notis hendaklah dikeluarkan bertujuan meminta pemilik atau penghuni struktur atau binaan haram supaya merobohkan bangunan dalam tempoh yang dinyatakan. i.
Tindakan serta-merta Kes yang tidak boleh diluluskan dan melibatkan halangan/bahaya kepada orang awam, struktur yang baru dibina dan arahan daripada Pengurusan Tertinggi.
ii.
Tiga (3) hari Roboh dan Pindah/Alih bagi aktiviti dan struktur sementara yang mudah dibuka
iii.
Tujuh (7) hari Roboh dan Pindah/Alih bagi aktiviti dan struktur sementara yang mudah dibuka.
iv.
Empat belas (14) hari Struktur yang memerlukan dibuka/dipindah.
v.
masa
untuk
Tiga puluh (30) hari Kes yang melibatkan kediaman yang masih didiami/berpenghuni serta melibatkan struktur yang besar.
d. Jika struktur atau binaan baru tindakan roboh atau meruntuh hendaklah dibuat serta-merta.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 60 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
e. Bagi struktur atau binaan lama yang dikeluarkan notis roboh atau meruntuh tindakan hendaklah dilaksanakan selepas tamat tempoh seperti yang tercatat dalam notis penguatkuasaan. f. Sebelum menjalankan tindakan roboh atau meruntuh hendaklah memastikan tiada penghuni di dalam bangunan dan semua barang-barang yang terdapat di dalamnya hendaklah dikeluarkan dan disimpan di tempat yang selamat. Memastikan barang-barang yang dikeluarkan diserahkan semula kepada pemiliknya yang sah. g. Barang-barang yang dikeluarkan daripada bangunan /struktur hendaklah disenaraikan dan ditandatangani oleh pemilik. h. Bagi kes tanah persendirian tindakan roboh atau meruntuh hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan atau kebenaran Ketua Bahagian atau Pengarah Jabatan Penguatkuasaan. i. Gambar hendaklah diambil sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan tindakan. j. Tapak tindakan hendaklah dibersihkan selepas tindakan roboh. k. Menyediakan laporan tindakan kepada pegawai atasan atau Ketua Jabatan.
Nota : Prosedur di para 5.7 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 61 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.7.2 Carta aliran tindakan meroboh struktur dan sekatan dalaman tanpa kebenaran MULA
Siasatan Ulangan / Kumpul Maklumat
1.
Siasatan Ulangan : a. Kumpul maklumat tapak terkini. b. Semakan jika ada sebarang rayuan/permohonan c. Semakan lesen perniagaan (telah dibatalkan) d. Tentukan tarikh, bentuk dan jenis tindakan (roboh atau sita / alih atau mahkamah)
2.
Surat Panggilan Operasi : a. Keluarkan surat panggilan operasi selepas mendapat persetujuan Pengurusan Tertinggi. b. Maklumkan tarikh kepada Pengurusan Tertinggi dan Ahli Parlimen kawasan yang terlibat.
3.
Tindakan Operasi : a. Berkumpul di tapak dan rekod kedatangan. b. Maklumkan pemilik/penduduk tujuan operasi. c. Sekiranya operasi diteruskan : i) Potong bekalan eletrik ii) Pastikan keadaan selamat iii) Teruskan operasi roboh/sita iv) Rekod barang/peralatan jika ada sitaan v) Ambil gambar bukti d. Sekiranya operasi tangguh / batal : i) Surat Aku Janji dikeluarkan. ii) Bagi tempoh yang bersesuaian. iii) Semak semula / sediakan laporan
4.
Rekod segala tindakan operasi : a. Ambil gambar semua tindakan yang dilaksanakan. b. Sekiranya ada sitaan, rekod dalam Borang Inventori dan simpan di stor. c. Sekiranya melibatkan pecah sekatan dalaman, kerosakan akan ditanggung pemilik sendiri (tidak perlu dibersihkan). d. Laporan polis (selepas operasi).
5.
Sediakan Laporan Operasi : a. Laporan Operasi hasil tindakan. b. Gambar-gambar semasa tindakan.
6.
Tuntutan Kos Operasi : a. Sediakan Kos Tuntutan Operasi. b. Sekiranya ada sitaan, pastikan Kos Operasi dibayar sebelum boleh buat sebarang tuntutan barang/peralatan.
Surat panggilan operasi
Tindakan Operasi
Setuju Tindakan Roboh
Tindakan Ditangguhkan / Batal
Surat Aku Janji
Rekod butiran operasi
Sediakan Laporan Ops
Tuntutan Kos Ops
SELESAI
7. Selesai (tutup kes) dan rekod dalam fail.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.8
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 62 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TINDAKAN TUTUP PREMIS 5.8.2 Sebelum tindakan a. Pengusaha/pemilik/orang yang menjaga premis/tempat hiburan hendaklah di beritahu sebab tindakan menutup tempat/premis hiburannya dilakukan. b. Semasa menjalankan tindakan tersebut, pegawai yang bertanggungjawab boleh mengarahkan supaya aktiviti hiburan yang sedang dijalankan itu diberhentikan serta merta. c. Pengusaha/pemilik/orang yang bertanggungjawab ke atas sesuatu premis/tempat hiburan boleh di berikan masa yang munasabah untuk membolehkan premis/tempat hiburan itu di kosongkan (pengunjung) sebelum kerjakerja penutupan premis/tempat hiburan itu dijalankan. 5.8.3 Semasa tindakan a. Ketua atau penyelia yang bertanggungjawab boleh mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengosongkan premis atau tempat hiburan dan memastikan bahawa tiada sesiapa yang terperangkap dalam premis ini. b. Ketua atau penyelia yang bertanggungjawab boleh menutup premis atau tempat hiburan dengan cara merantai dan mengunci pintu akses ke premis atau tempat hiburan. c. Ketua atau penyelia yang bertanggungjawab semasa menggunakan kuasanya untuk menutup premis/tempat hiburan hendaklah mengambilkira sama ada bahagianbahagian tertentu dalam premis yang sama juga digunakan untuk kegiatan-kegiatan yang bersangkutan dengan aktiviti hiburan yang akan ditutup. Pegawai berkenaan hendaklah memastikan bahawa bahagian itu tidak di ganggu oleh tindakan penutupan premis atau tempat hiburan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 63 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
d. Ketua atau penyelia boleh menutup premis/tempat hiburan dengan cara merantai dan mengunci pintu keluar masuk premis/tempat hiburan tersebut. e. Kunci berkenaan hendaklah di tandakan dan di simpan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 5.8.4 Selepas tindakan a. Tempoh sesuatu premis atau tempat hiburan itu ditutup hendaklah tidak melebihi tempoh yang perlu untuk membolehkan pengusaha hiburan itu mengambil langkahlangkah yang perlu untuk memperbetulkan (rectify) pelanggaran syarat-syarat atau undang-undang yang telah dilakukan. b. Suatu Notis bertulis yang menyatakan premis/tempat hiburan di tutup hendaklah di tampal/di letakkan di tempat yang mudah di lihat di hadapan premis (pintu masuk) yang menyatakan tempoh penutupan di buat dan menyatakan nama dan pegawai serta nombor telefon untuk sebarang pertanyaan/urusan.
Nota : Prosedur di para 5.8 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan dan industri, petempatan makanan, hotel dan hiburan.
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Muka Surat : 64 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.8.5 Carta Alir Proses Penutupan Premis Hiburan/Hotel Tanpa Lesen
Siasatan/ Pemantauan/Operasi
Keluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992/ Akta Hotel (WPKL) 2003
Buka Kertas Siasatan
Memohon izin DPP (kompaun Aduan ke Mahkamah)
Sitaan/Penutupan
Maklumkan pengusaha tentang kesalahan mereka untuk menutup pusat hiburan/hotel. Beri masa untuk kosongkan premis (penyewa/peniaga)
Tindakan sitaan -Sediakan inventori
Tutup premis (Dengan cara merantai/mengunci pintu akses premis)
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Muka Surat : 65 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.8.5 Carta Alir Proses Menutup Premis Hiburan/Hotel Yang Berlesen Siasatan/ Pemantauan/Operasi
Keluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992/Akta Hotel (WPKL) 2003
Bawa ke Mesyuarat J/K Pembatalan Lesen dan Permit/J/K Penutupan Hotel dan Pembatalan Lesen Hotel
Sitaan/Penutupan
Maklumkan pengusaha kesalahan mereka untuk tindakan menutup pusat hiburan/ hotel. Beri masa untuk kosongkan premis (penyewa/peniaga)
Tindakan sitaan - Sediakan inventori
Tutup premis (Dengan cara merantai/mengunci pintu akses premis)
Buka Kertas Siasatan
Memohon izin DPP (kompaun Aduan ke Mahkamah)
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.9
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 66 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
TINDAKAN TUTUP TAPAK BINA 5.9.2 Tindakan tutup tapak bina dilaksanakan berdasarkan aduan rondaan dan pemantauan harian yang dilakukan oleh pasukan peronda serta aduan yang diterima dari orang awam. a. Lakukan semakan ke atas wakil daripada pemaju atau kontraktor dengan menyemak pelan kelulusan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). b. Sekiranya wakil daripada pemaju atau kontraktor mempunyai kelulusan namun melanggar syarat kelulusan, tindakan akan dilakukan dengan mengeluarkan Notis Penguatkuasaan. Mereka dikehendaki mematuhi syaratsyarat yang dilanggar dalam tempoh masa yang diberi. Sekiranya gagal mematuhi, notis kompoun akan dikeluarkan : i.
Seksyen 70(1) AJPB 1974 Mendirikan bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
ii.
Seksyen 70(11) AJPB 1974 Membuat perubahan kepada mana-mana bangunan dengan apa-apa cara yang lain daripada yang diperuntukkan di dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis.
iii.
Seksyen 70(12) AJPB 1974 Menggunakan sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan lain daripada maksud yang baginya ia telah dibina pada asalnya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
vi.
Seksyen 70(13) AJPB 1974 Mana-mana orang yang : (1) Memulakan atau memulakan semula pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar subseksyen (9).
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 67 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
(2) Memulakan pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar subseksyen (9A). (3) Mendirikan bangunan bersalahan dengan Akta ini dan undang-undang kecil. (4) Tidak mematuhi suatu perintah atau arahan bertulis yang sah di sisi undang-undang daripada pihak berkuasa tempatan. v.
Seksyen 70A Menjalankan atau memulakan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran
vi.
Seksyen 70A(9) Tidak mematuhi suatu perintah atau arahan bertulis yang sah di sisi undang-undang semasa menjalankan kerja-kerja tanah.
c. Sekira gagal mengemukakan sebarang kelulusan, satu Notis Kompaun Kesalahan (NTK) dan Notis Arahan Berhenti Kerja dikeluarkan serta merta.
Nota : Prosedur di para 5.9 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas tapak binaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 68 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.9.2 Carta alir proses kerja pemeriksaan di tapak bina
OPERASI/ PEMANTAUAN /ADUAN
TIADA KELULUSAN
ADA KELULUSAN SEMAK KELULUSAN NNN
TINDAKAN
PATUH SYARAT KELULUSAN
NOTIS BERHENTI KERJA/ KOMPAUN
TIDAK PATUH SYARAT KELULUSAN
NOTIS & KOMPAUN
TUTUP
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 69 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.10 PENGURUSAN KERTAS SIASATAN 5.10.2 Peringkat pembukaan fail siasatan/kertas siasatan a. AIO akan buka/daftar fail b. SIO akan agihkan fail ke IO 5.10.3 Peringkat pembukaan fail IP dan pengumpulan bukti awal a. IO/AIO keluarkan surat soal siasat kepada pengadu. Pengadu akan dikenali sebagai Saksi Pendakwa A1. b. IO/AIO akan menyoal mengenai kronologi kesalahan, maklumat pesalah, saksi bersama serta pembuktian kes dari segi keterangan lisan dan dokumen. c. IO/AIO akan dapatkan pelan lakar dan gambar berkaitan. Pelan lakar dan gambar akan dijadikan dokumen siasatan dengan rujukan folio D1 hingga seterusnya D….. Atau D1 (a) hingga seterusnya. Pelan lakar mesti ditandatangani oleh orang yang membuatnya lengkap dengan tarikh dan waktu. 5.10.4 Temu siasat dan keterangan saksi a. AIO akan soal siasat pengadu/saksi/penyelia dan rekod keterangan dalam borang keterangan atau penyataan pengadu. b. Berdasarkan keterangan pengadu dan saksi pengadu IO dan AIO akan memulakan proses mendapatkan bukti lanjut. Keterangan boleh diambil di pejabat pegawai penyiasat, premis perniagaan atau di jabatan atau agensi berkaitan. c. Rujukan : Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah 5.10.5 Pengumpulan bukti lain a. b. c. d. e.
IO akan catat dalam Diari Siasatan (ID) Arahan siasatan diterima. Waktu mula penyiasatan dan tamat siasatan. Lokasi tempat dilawati. Apa hasil siasatan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 70 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.10.6 Pengumpulan bukti adalah seperti berikut a. b. c. d. e. f.
Premis perniagaan – SSM, Jbt. Pelesenan. Tanah – Pej. Tanah, Jbt. Penilaian. Maklumat diri pesalah –JPN. Pengesahan pemilik kenderaan – JPJ. Pengesahan jalan awam – JKA. Pengesahan tanda jalan serta kalibrasi meter – JPB
Dokumen yang diperolehi akan dijadikan sebagai folio D mengikut turutan rujukan. 5.10.7 Keterangan sokongan a. Maklumat terhadap saksi yang bekalkan maklumat atau dokumen bagi menyokong keterangan pengadu. Saksi akan menjadi saksi pendakwa A3 mengikut jumlah saksi yang telah dicatatkan dalam IP. 5.10.8 Fakta kes a. Setelah semua keterangan diambil dan bukti dikumpulkan, IO akan membuat satu keterangan kes dan hasil siasatan. 5.10.9 Rujukan dan minit pegawai penyiasat a. IO akan rujuk kepada SIO melalui minit di fail. b. Sekiranya bukti/keterangan tidak lengkap SIO arahkan IO buat siasatan semula. c. SIO boleh menutup kes sekiranya kes tidak punya bukti lengkap atau terdapat kesilapan dari segi undangundang. 5.10.10 Sokongan pendakwaan dan penyediaan dokumen mahkamah a. SIO akan rujuk kepada Pen. Peg. Undang-Undang untuk sokongan pendakwaan dan arahan penyediaan dokumen mahkamah. b. Dokumen yang selesai atau lengkap akan dimasukkan dalam IP. Antara dokumen adalah:-
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
i. ii. iii. iv.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 71 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Aduan Mahkamah. Kertas Pertuduhan dan Saman. Borang izin untuk mendakwa. Fakta Kes.
5.10.11 Rujukan kepada TPR a. IO akan hantar IP ke Pejabat TPR untuk tujuan semakan dan pemberian izin untuk mendakwa. b. Setiap komunikasi antara IO ke SIO hingga ke PUU atau TPR adalah untuk kertas minit. 5.10.12 Perbicaraan a. IO akan menjadi Pembantu Pegawai Pendakwa dalam menyediakan kes perbicaraan dan bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran saksi hadir memberi keterangan. 5.10.13 Fail ditutup a. Keputusan menutup fail hanya boleh dibuat oleh PUU sahaja. b. PUU akan meminitkan arahan tutup fail dan SIO boleh syorkan fail ditutup dengan alasan yang munasabah seperti kompaun telah dibayar atau terdapat kekurangan bukti dalam kes.
Nota : Prosedur di para 5.10 digunapakai di garis panduan penyediaan kertas siasatan di bawah akta hiburan (WPKL) 1992 (akta 493), akta hotel 2003 (akta 626) dan kes am.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 72 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.10.13 Carta Aliran Proses Penyediaan Kertas Siasatan
MULA Terima Notis Kesalahan Kompaun dan Aduan
Serta
Tawaran
Buka IP Surat Panggilan Pengadu Temu Siasat Pengadu (Rakam Percakapan) Surat Panggilan Saksi Temu Siasat Saksi (Rakam Percakapan)
Rujuk Kepada SIO Untuk Siasat Semula
Carian Maklumat Pembuktian Surat Pemberitahuan Tindakan Mahkamah IP di hantar Pada PPU (T) IP Lengkap PPU (T)
IP Tidak Lengkap Mohon Izin Mendakwa dari DPP
NFA
Mendapat Izin Mendakwa dari DPP Hantar ke Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan DBKL (Proses ke Mahkamah) Mahkamah TAMAT
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 73 daripada 91
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tarikh Kuatkuasa :
5.11 TINDAKAN PEMERIKSAAN KERJA LEBIH MASA DI TAPAK BINA 5.11.2 Pemeriksaan rutin premis pada waktu malam seperti berikut: a.
Menyenaraikan dan mengenalpasti premis yang akan dilakukan pemeriksaan.
b. Draf program kerja serta jenis tindakan yang akan diambil. c.
Membuat semakan senarai premis dan kawasan yang belum/telah di lakukan pemeriksaan.
d. Mengedarkan surat panggilan kerja serta memberi taklimat kepada petugas yang terlibat. Melakukan pemeriksaan dilakukan secara berkala terhadap senarai premis yang telah dikenalpasati. e.
Membuat semakan serta ulasan terhadap premis yang diperiksa.
f.
Sekiranya memuaskan, senarai semak.
sediakan
laporan
dalam
g. Jika semasa pemeriksaan dilakukan didapati tidak memuaskan, tindakan penguatkuasaan pengeluaran Notis Kompaun dan Notis Saman ke Mahkamah hendaklah dibuat. h. Membuat rekod dan selesai.
Nota : Prosedur di para 5.11 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan terhadap pemeriksaan kerja lebih masa di tapak bina.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 74 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.11.2 Carta Alir Pemeriksaan Kerja Malam/Kerja Lebih Masa Mula/Mengenalpasti senarai premis
Draf Program Kerja Malam
Semakan
TIDAK
Pinda? YA Edaran/Taklimat
TIDAK
Semakan/Ulasan Memuaskan?
YA TINDAKAN PENGUATKUASAAN NOTIS KOMPAUN NOTIS PERINTAH SAMAN KE MAHKAMAH
Laporan
Pemeriksaan Berkala Semakan
TERHAD No. Dokumen : PR-JPK/01
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN
No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04
JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.12 PENGURUSAN HALANGAN
BARANG-BARANG
5.12.2 Aturan Merekodkan Disita/Dipindahkan
Muka Surat : 75 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
SITAAN
DAN
PINDAH
Barang-Barang
Yang
a. Kenderaan yang membawa barangan sita hanya dibenarkan memasuki kawasan stor di peringkat pertama sahaja (depan pondok kawalan). b. Pintu pagar utama mestilah sentiasa ditutup dan hanya mereka yang mempunyai urusan rasmi/ pemilik barang sahaja dibenarkan masuk di peringkat pertama (setelah melaporkan diri di pondok kawalan dan memakai pas keselamatan) untuk mengira dan mengesahkan barangbarang mereka bersama dengan Pegawai Penyita. c. Barangan sita dibawa turun dari kenderaan oleh petugas kawasan dengan dibantu oleh petugas/pekerja stor dengan cermat serta disusun mengikut pemilik barangan yang berkenaan. d. Semua barang sitaan hendaklah dikira dan direkodkan ke dalam Borang Tuntutan Ke Atas Barang-Barang Yang Disita/Dipindah. Borang tersebut hendaklah ditandatangan oleh pemilik dan Pegawai Penyita. e. Semua barang sitaan yang mudah dikira seperti gerai, payung, pakaian dan sebagainya hendaklah dikira satu persatu (jumlah sebenar) manakala barang–barang yang sukar dikira oleh kerana saiznya kecil dan terlalu banyak sukar dikira oleh kerana saiznya kecil dan terlalu banyak hendaklah dikumpulkan dalam kotak atau sebagainya bagi memudahkan ianya dikira dan disimpan. f. Barang-barang sitaan hendaklah dilabelkan mengikut warna.
dikelaskan
dan
5.12.3 Penyimpanan Barang-Barang Sitaan/Di Pindahkan Barang-barang yang disita atau dikategorikan kepada 4 jenis iaitu :
dipindahkan
boleh
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 76 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
a. Barangan Bernilai seperti jam tangan, telefon bimbit, pakaian, rokok dan sebagainya hendaklah disimpan di bilik khas dan dilabelkan warna kuning. b. Barangan Am seperti gerai, kerusi meja, alat mainan, barangan elektrik dan sebagainya hendaklah disimpan di dalam stor/bangunan yang berkunci. Barangan tersebut hendaklah dilabelkan warna biru. c. Barang-Barang Mudah Rosak/Tidak Tahan Lama seperti buah-buahan, sayuran, daging, makanan ringan dan sebagainya hendaklah dilabelkan warna hijau dan boleh dilepaskan kepada pemilik setelah menjelaskan bayaran kompaun dan lain-lain bayaran atau dilupuskan terus sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 24 jam dengan kelulusan Pegawai Kanan Jabatan Penguatkuasaan. d. Barang-Barang Mudah Terbakar/Merbahaya seperti tong gas, minyak tanah, mercun, bunga api dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat yang dilengkapi dengan alat-alat bantu mula mencegah kebakaran. Barangan tersebut hendaklah dilabelkan warna merah. 5.12.4 Prosedur pengeluaran sitaan/dipindahkan
barang-barang
a. Barang-Barang Mudah Rosak/Tidak Tahan Lama seperti buah-buahan, sayuran, daging, ikan dan lain-lain boleh dikeluarkan serta-merta kepada pemilik dalam tempoh 24 jam mengikut prosedur seperti berikut : i. Petugas Stor Sitaan mengeluarkan Borang Tuntutan Ke Atas Barang-Barang Yang Disita/Dipindah kepada pemilik barangan. ii. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan atau manamana pegawai yang diberi kuasa iaitu Timbalan Pengarah Pentadbiran, Timbalan Pengarah Operasi, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Penguasa boleh meluluskan permohonan pemilik untuk mengeluarkan barangan tersebut.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 77 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
iii. Barangan sita akan dikeluarkan kepada pemilik setelah beliau menjelaskan bayaran kompaun/lainlain caj dan mengemukakan resit pembayaran kepada petugas stor. iv. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan atau manamana pegawai yang diberi kuasa iaitu Timbalan Pengarah Pentadbiran, Timbalan Pengarah Operasi, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Penguasa boleh meluluskan permohonan pemilik untuk mengeluarkan barangan tersebut. v. Barangan sita akan dikeluarkan kepada pemilik setelah beliau menjelaskan bayaran kompaun/lainlain caj dan mengemukakan resit pembayaran kepada petugas stor. vi. Jika barang-barang mudah rosak tidak dituntut oleh pemilik dalam tempoh 24 jam dari kelulusan pegawai stor boleh melupuskan barangan tersebut setalah mendapat kelulusan daripada Pegawai Kanan seperti di Perenggan a (ii) dengan menghantarnya ke Rumah-Rumah Amal/ Kebajikan. Borang penyerahan mesti ditandatangani dan disahkan oleh Pengetua Rumah Amal yang berkenaan. b. Barangan Bernilai, Barang-Barang Am dan Barang Merbahaya. i. Barang-barang sitaan di bawah kategori ini (pakaian, barangan elektrik, alat mainan, jam tangan, payung, kerusi meja dan lain-lain) boleh dituntut oleh pemilik dan setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Penguatkuasaan. ii. Pemilik barang dikehendaki mengisi Borang Rayuan Tuntutan Barang-Barang Sita/Dipindah yang disediakan di Jabatan Penguatkuasaan bagi kes rayuan dan mendapatkan pengesahan/kelulusan daripada pegawai yang bertanggungjawab. iii. Setelah mendapatkan kelulusan pemilik barang dikehendaki mengemukakan Borang Rayuan tersebut kepada Ketua Stor Sitaan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 78 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
iv. Ketua Stor Sitaan akan mengeluarkan Borang Tuntutan Ke atas Barang-Barang Yang Disita/Dipindah kepada pemilik barang. v. Pemilik barang dikehendaki mengemukakan borang tersebut kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan bagi mendapatkan kebenaran/kelulusan untuk menuntut kembali barang-barangnya. vi. Pemiik barang dikehendaki menjelaskan bayaran kompaun dan lain-lain caj yang dikenakan seperti upah simpan dan sebagainya dan mengemukakan resit bayaran kepada Ketua Stor Sitaan sebelum beliau dibenarkan mengeluarkan barangbarangnya. vii. Barang-barang yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tangkapan akan dilupuskan melalui Lembaga Pelupusan. c. Barang-Barang Yang Tidak Boleh Di Tuntut Barangbarang seperti di bawah tidak dibenarkan dituntut oleh pemilik atau mana-mana pihak yang mengakui sebagai wakil pemilik : i. Barang-barang cetak rompak seperti cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), digital versatile disc (DVD) dan sebagainya. ii. Kerusi dan meja yang disita/dipindahkan kerana menyebabkan halangan di tempat awam. iii. Barang-barang yang curian/rompakan.
disyaki
sebagai
barang
iv. Barang-barang yang dilarang penggunaan oleh undang-undang negara seperti mercun, bunga api, senjata, ubat-ubatan dan lain-lain.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 79 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
v. Barang-barang yang disita daripada warganegara asing/pendatang tanpa izin atau pemiliknya tidak dapat dikesan atau disahkan. vi. Lain-lain barang yang dilarang pengeluaran atas arahan pentadbiran/Datuk Bandar dari masa kesemasa.
Nota : Prosedur di para 5.12 digunapakai di garis panduan pengurusan barangan sitaan dan pindah halangan.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 80 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.12.4 Carta aliran pengurusan barangan sitaan dan pindah halangan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
5.13 PENGURUSAN KENDERAAN KESALAHAN TRAFIK
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 81 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
YANG
DITUNDA
KERANA
5.13.4 Tatacara penerimaan kenderaan a. Petugas depoh menerima kenderaan yang ditunda bersama borang JPK09 atau JPK47 daripada petugas tunda. b. Semak borang JPK09 atau JPK47 dan pastikan semua keterangan berkaitan kenderaan yang ditunda sama seperti di dalam borang. c. Buka fail aduan bagi setiap kes dan sertakan semua dokumen yang berkaitan. d. Membuat semakan menerusi sistem mySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengesahan milikan kenderaan. e. Simpan fail aduan di tempat yang dikhususkan untuk rujukan selanjutnya. f. Pastikan kenderaan disusun di lokasi yang sesuai di dalam depoh. 5.13.5 Tatacara tuntutan atau pengeluaran kenderaan a. Tuntutan boleh dibuat oleh sama ada pemilik, wakil pemilik yang dibenarkan, pihak ketiga yang berkaitan atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). b. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM hendaklah mengemukakan semua dokumen berkaitan dengan lengkap seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Geran Kenderaan Kad Pengenalan Lesen Memandu Insuran Cover Note Surat Akuan Sumpah (Wakil) Surat Perwakilan Syarikat Kewangan Lain-lain dokumen yang berkaitan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 82 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
c. Petugas mengesahkan tuntutan ke atas kenderaan dan memastikan penuntut adalah layak/berhak ke atas kenderaan yang dituntut. d. Bagi kes tuntutan oleh PDRM, pihak tersebut perlu mengisi borang JPK03 (Borang Penyerahan Kenderaan Motor). e. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga menjelaskan kompaun dan caj yang berkaitan.
bayaran
f. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM hendaklah mengisi borang JPK04 (Borang Pelepasan Ganti rugi) dan diserahkan kepada petugas. g. Petugas depoh menyerahkan borang JPK05 (Borang Pelepasan Kenderaan) kepada pemilik/wakil/pihakketiga/PDRM. h. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM mengambil kenderaan yang dituntut. i. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM menyerahkan kembali borang JPK05 kepada pengawal keselamatan yang bertugas. j. Pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah memastikan borang JPK05 dan kenderaan yang dibawa keluar adalah sama seperti perincian borang. 5.13.6 Tatacara membuka kertas siasatan (IP) kenderaan yang ditunda dan tidak dituntut a. Hantar notis pemakluman kepada pemilik menuntut kenderaan dalam tempoh tiga bulan.
untuk untuk
b. Hantar surat pemakluman kepada agensi yang berkaitan seperti berikut: i. Bahagian Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ii. Persatuan Bank-Bank Malaysia iii. Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia iv. Persatuan Insuran/Takaful Malaysia v. Persatuan Syarikat Kredit Malaysia vi. Agensi lain yang berkaitan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 83 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
c. Petugas menyelaraskan tuntutan kenderaan mengikut tatacara tuntutan atau pengeluaran kenderaan yang diambil tindakan tunda bagi kesalahan trafik sekiranya terdapat tuntutan daripada pemilik/wakil pemilik/pihak ketiga/agensi berkaitan. d. Kenderaan yang menerima pengesahan bersangkutan kes polis diasingkan bagi tujuan tuntutan oleh pihak polis. e. Sediakan minit bebas kepada Ketua Jabatan bagi mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan B2 di Puspakom bagi tujuan mengenalpasti identiti kenderaan setelah notis tiga bulan tamat tempoh. f. Menyelaras pemeriksaan B2 Puspakom. g. Melengkapkan kertas siasatan setelah laporan pemeriksaan B2 Puspakom.
menerima
h. Fail siasatan yang lengkap dihantar kepada Cawangan Kertas Siasatan, Bahagian Pengurusan Perundangan bagi tujuan semakan. i. Fail siasatan diangkat kepada Ketua Jabatan bagi tujuan pengesahan. j. Menyelaras sebutan kes di mahkamah bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan lucut hak. k. Menyedia surat panggilan kepada pemilik kenderaan bagi sebutan kes di mahkamah. l. Sebutan kes di mahkamah dan sedia surat pemakluman kepada pemilik berhubung perintah lucuthak. m. Sediakan minit bebas kepada Ketua Jabatan bagi mendapatkan kelulusan pemeriksaan kenderaan B2 di Puspakom bagi tujuan menukar nama kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. n. Selaras urusan penukaran hak milik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 5.13.7 Tatacara pelupusan kenderaan yang ditunda dan tidak dituntut a. Petugas menyediakan senarai kenderaan yang tidak dituntut yang telah selesai proses penukaran hak milik kenderaan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 84 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
b. Petugas menyedia dan mengangkat minit bebas untuk memohon melaksanakan mesyuarat pelupusan daripada Ketua Jabatan. c.
Petugas menyedia dan mengeluarkan surat memohon tarikh mesyuarat pelupusan daripada Jabatan Pentadbiran setelah mendapat kelulusan untuk mengadakan mesyuarat pelupusan daripada Ketua Jabatan.
d. Petugas membuat edaran surat panggilan mesyuarat pelupusan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Datuk Bandar Kuala Lumpur setelah mendapat tarikh mesyuarat pelupusan daripada Jabatan Pentadbiran. e. Petugas menyelaras mesyuarat pelupusan, mencatat minit dan pengesyoran/keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur. f.
Petugas mendapatkan tandatangan semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur.
g. Minit mesyuarat yang telah ditandatangani oleh semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur dipanjangkan kepada kepada Jabatan Pentadbiran untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL. h. Mendapat keputusan pelupusan dari Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL. i.
Menyelaras penghantaran senarai kenderaan yang mendapat kelulusan pelupusan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) bagi tujuan lelongan awam.
j.
Petugas menyediakan laporan pelupusan dan membuat edaran kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Nota : Prosedur di para 5.13 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan trafik dan kenderaan buruk atau tersadai.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 85 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.13.5 Carta aliran pengurusan kenderaan yang ditunda kerana kesalahan trafik
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 86 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.14 PENGURUSAN KENDERAAN TERSADAI/BURUK 5.14.1 Tatacara penerimaan kenderaan yang diambil tindakan tunda/angkut bagi kenderaan buruk/tersadai a. Petugas depoh menerima kenderaan yang ditunda bersama borang JPK09 atau JPK47 daripada petugas tunda. b. Semak borang JPK09 atau JPK47 dan pastikan semua keterangan berkaitan kenderaan yang ditunda sama seperti di dalam borang. c.
Buka fail aduan bagi setiap kes dan sertakan semua dokumen yang berkaitan.
d. Membuat semakan menerusi sistem mySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengesahan milikan kenderaan. e. Simpan fail aduan di tempat yang dikhususkan untuk rujukan selajutnya. f.
Pastikan kenderaan disusun di lokasi yang sesuai di dalam depoh.
5.14.2 Tatacara Tuntutan Atau Pengeluaran Kenderaan Yang Diambil Tindakan Tunda/Angkut Bagi Kenderaan Buruk/Tersadai a. Tuntutan boleh dibuat oleh sama ada pemilik, wakil pemilik yang dibenarkan, pihak ketiga yang berkaitan atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). b. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM hendaklah mengemukakan semua dokumen berkaitan dengan lengkap seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Geran kenderaan Kad Pengenalan Lesen Memandu Insuran Cover Note Surat Akuan Sumpah (Wakil) Surat Perwakilan Syarikat Kewangan Lain-lain dokumen yang berkaitan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
c.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 87 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Petugas mengesahkan tuntutan ke atas kenderaan dan memastikan penuntut adalah layak/berhak ke atas kenderaan yang dituntut.
d. Bagi kes tuntutan oleh PDRM, pihak tersebut perlu mengisi borang JPK03 (Borang Penyerahan Kenderaan Motor). e. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga perlu menjelaskan bayaran kompaun dan caj yang berkaitan. f.
Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM hendaklah mengisi borang JPK04 (Borang Pelepasan Gantirugi) dan diserahkan kepada petugas.
g. Petugas depoh menyerahkan borang JPK05 (Borang Pelepasan Kenderaan) kepada pemilik/wakil/pihak ketiga/PDRM. h. Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM mengambil kenderaan yang dituntut. i.
Pemilik/Wakil/Pihak Ketiga/PDRM menyerahkan kembali borang JPK05 kepada pengawal keselamatan yang bertugas.
j.
Pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah memastikan borang JPK05 dan kenderaan yang dibawa keluar adalah sama seperti perincian borang.
5.14.3 Tatacara membuka fail siasatan untuk kenderaan yang tidak dituntut bagi kenderaan buruk/tersadai a. Hantar notis pemakluman kepada pemilik penuntut kenderaan dalam tempoh satu bulan.
untuk
b. Hantar surat pemakluman kepada agensi yang berkaitan seperti berikut: i. Bahagian Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ii. Persatuan Bank-Bank Malaysia iii. Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia iv. Persatuan Insuran / Takaful Malaysia v. Persatuan Syarikat Kredit Malaysia vi. Agensi lain yang berkaitan
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
c.
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 88 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
Petugas menyelaraskan tuntutan kenderaan mengikut tatacara tuntutan atau pengeluaran kenderaan yang diambil tindakan tunda bagi kesalahan trafik sekiranya terdapat tuntutan daripada pemilik/wakil pemilik/pihak ketiga/agensi berkaitan.
d. Kenderaan yang menerima pengesahan bersangkutan kes polis diasingkan bagi tujuan tuntutan oleh pihak polis. 5.14.4 Tatacara pelupusan kenderaan yang tidak dituntut bagi kenderaan buruk/tersadai a. Petugas menyediakan senarai kenderaan yang tidak dituntut. b. Petugas menyedia dan mengangkat minit bebas untuk memohon melaksanakan mesyuarat pelupusan daripada Ketua Jabatan. c.
Petugas menyedia dan mengeluarkan surat memohon tarikh mesyuarat pelupusan daripada Jabatan Pentadbiran setelah mendapat kelulusan untuk mengadakan mesyuarat pelupusan daripada Ketua Jabatan.
d. Petugas membuat edaran surat panggilan mesyuarat pelupusan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Datuk Bandar Kuala Lumpur setelah mendapat tarikh mesyuarat pelupusan daripada Jabatan Pentadbiran. e. Petugas menyelaras mesyuarat pelupusan, mencatat minit dan pengesyoran/keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur. f.
Petugas mendapatkan tandatangan semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur.
g. Minit mesyuarat yang telah ditandatangani oleh semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur dipanjangkan kepada kepada Jabatan Pentadbiran untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 89 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
h. Menyelaras penghantaran senarai kenderaan yang mendapat kelulusan pelupusan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME) bagi tujuan lelongan awam. i.
Petugas menyediakan laporan pelupusan dan membuat edaran kepada semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa dan Pelupusan Aset Alih Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Nota : Prosedur di para 5.14 digunapakai di garis panduan tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan trafik dan kenderaan buruk atau tersadai.
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 90 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
5.14.5 Carta aliran pengurusan kenderaan tersadai/buruk
TERHAD
PROSEDUR TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
6.0
7.0
No. Dokumen : PR-JPK/01 No.Keluaran : 01 No. Pindaan : 04 Muka Surat : 91 daripada 91 Tarikh Kuatkuasa :
LAMPIRAN BIL
PERKARA
6.1
Mana-mana Borang Yang Digunapakai Dalam Garis Panduan Tindakan Penguatkuasaan
6.2
Dokumen ini merujuk kepada proses kerja/tindakan yang disenaraikan dalam Prosedur Kualiti, walaubagaimanapun jika ada tambahan proses kerja atau tindakan penambahbaikan/pembaharuan akan dinyatakan dalam Garis Panduan Tindakan Penguatkuasaan
REKOD BIL
PERKARA
7.1
Mana-mana Rekod Yang Dirujuk Dalam Garis Panduan Tindakan Penguatkuasaan