Data Loading...

PROSIDING WITH UNEDITED BACKCOVER COMPILED BY NAR Flipbook PDF

PROSIDING WITH UNEDITED BACKCOVER COMPILED BY NAR


175 Views
59 Downloads
FLIP PDF 26.29MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

PROSIDING SEMINAR KEDAH: DARI PERSPEKTIF SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH 2022

©Hakcipta Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 2022

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan -dalam-Penerbitan

PROSIDING SEMINAR KEDAH: DARI PERSPEKTIF SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN ISBN : XXXXXXXXXXX 1. Kedah – History -- Congresses 2. Government publications -- Malaysia I. XXXX II. XXXXXX III. Perbadanan perpustakaan Awam Kedah 959.5112 Diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Jalan Kolam Air 05100 Alor Setar, Kedah Malaysia Tel: 04-7333592 / 7314695 Fax: 04-7336232 https://kedahlib.gov.my Dicetak oleh XXXXXXXXXXXXXX

KANDUNGAN Poster Seminar Kedah

iii

Atur Cara Seminar Kedah

iv

Kata Pengantar Pengerusi PPAK

1

Prakata Pengarah PPAK

2

Abstrak

3 KERTAS KERJA : SESI 1 – SEJARAH

Kedah Negeri Tertua di Malaysia Prof. Dato’ Mokhtar Saidin (USM)

20

Kedatangan Islam ke Kedah : Satu Kajian Ulang Dr. Farid Mat Zain (UKM)

33

Mitos 1786 : Penulisan Sejarah Kedah/ Pulau Pinang yang Memesongkan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (ISTAC-IIUM)

40

Perspektif Baru Terhadap Tarikh Kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II En. Mohd Herman Roslan (PSMCK)

50

KERTAS KERJA : SESI 2 – TOKOH Sejarah Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dr. Zahidi Zainol Rashid (PSLM)

61

Tokoh Ulama Kedah : Suatu Penelitian Terhadap Sumbangan dalam Aspek Pemikiran Agama Prof. Dr Shukri Ahmad (UUM)

78

Tokoh Wanita Kedah : Peneraju Pembangunan Sosioekonomi Negara Dr. Mardiana Nordin (UM)

101

UCAP UTAMA Kedah Sepanjang Zaman : Menggali Kehebatan Sejarah, Budaya dan Warisan Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM)

120

KERTAS KERJA : SESI 3 – PERISTIWA Rundingan Baling @ “Operation Pink Gin” Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hanifah (UUM)

150

Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu : Pengkisahan Awal Serangan Jepun dan Peristiwa Sedim, Komposisi Sejarah di Kedah yang Semakin Dilupakan Prof. Madya Dr. Kasri Saidon (UUM)

170

Tragedi Memali 1985 Prof. Dr. Ishak Saat (UPSI) KERTAS KERJA : SESI 4 – NASKHAH MELAYU

181

i

Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad Ke-19 Milik Ku Din Ku Meh Prof. Datin Dr. Mahani Musa (USM)

191

At-Tarikh Salasilah Kedah : Suatu Tinjauan Filologi Dr. Ibrahim Bakar (PSMCK)

205

KERTAS KERJA : SESI 5 – SURAT – SURAT Surat Menyurat Sultan Abd Hamid (1882 – 1920an) dan Kedudukannya dalam Sejarah Kesultanan Melayu Kedah En. Kasturi Abd Aziz (UNIMAP)

226

Surat Cit Dalam Lipatan Surat-surat Francis Light Dr. Ahmad Jelani Halimi (PSM)

236

BIODATA PEMBENTANG

242

ii

PENGERUSI PPAK

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah kerana telah berjaya mengumpul dan menerbitkan kertas kerja Seminar Kedah Dari Perspektif Sejarah, Budaya Dan Warisan dalam bentuk prosiding. Juga di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pembentang kertas kerja yang dapat menyumbang dan menyiapkan kertas kerja dalam masa yang terbatas, dengan demikian usaha yang dilakukan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dalam mengumpul serta menerbit kertas kerja seminar harus diberi pujian.

Kelahiran buku ini diharap dapat menyumbang kepada penambahan koleksi sejarah Kedah selain Hikayat Merong Mahawangsa dan Al tarikh Salasilah Negeri Kedah, adalah menjadi hasrat dan cita-cita pihak kerajaan negeri menerbitkan seberapa banyak yang boleh bukubuku yang ada kaitan dengan kepentingan Kedah. Kekurangan bahan bertulis ini menyebabkan kita tidak dapat mengetahui keadaan Kedah pada zaman dahulu.

Akhir sekali saya berharap agar usaha-usaha seperti ini akan dapat diteruskan untuk menambah khazanah negara ini, sekian.

Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN AHMAD, SSS. Exco Pelancongan, Seni & Budaya, Belia & Sukan Dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Merangkap, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam kedah

PENGARAH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH

Bagi pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, saya mengucapkan selamat datang kepada para hadirin ke Seminar Kedah Dari Perspektif Sejarah, Budaya Dan Warisan secara bersemuka dan maya.

Seminar ini memberi ruang kepada kita untuk berkongsi idea dan pengalaman dengan para sarjana tentang sejarah Kedah. Apa yang menarik dalam seminar ini adalah kertas kerja yang dikemukakan dan dibincangkan dalam seminar ini ditulis oleh para penulis dan ahli akademik anak watan yang mempunyai latar belakang pensejarahan yang lebih bertangungjawab. Dengan yang demikian segala kekeliruan fakta negeri ini yang samar dan berat sebelah hasil penulisan orientalis barat dapat diperbetulkan kerana sejarah adalah salasilah manusia kehidupan dan tamadun bangsa yang silam dan menjadi cermin bangsa masa kini dan akan datang.

Kepada rakan strategik Persatuan Sejarah Lisan Malaysia yang membantu penganjuran seminar ini dan para penulis kertas kerja diucapkan terima kasih.

Sekian SHAHIZAN AFFANDI BIN ZAKARIA, BCK. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

KEDAH NEGERI TERTUA DI MALAYSIA Mokhtar Saidin ABSTRAK Kajian geologi mendedahkan bumi Malaysia mulai terbentuk sekitar 541 juta tahun dahulu. Bukti ini ditemui di tiga lokasi di mana dua daripadanya berada di Kedah iaitu di Formasi Machincang, Langkawi dan Formasi Jerai, Kuala Muda-Yan, serta di Formasi Papulut, Lenggong, Perak. Bumi tertua negara ini kemudiannya terangkat membentuk daratan pada sekitar 250 juta tahun lampau akibat pengangkatan oleh rejahan magma hasil daripada pelanggaran keping bumi pantai barat dengan pantai timur yang membentuk pergunungan granit seperti Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Gunung Raya dan Gunung Jerai. Oleh kerana di Lenggong, Perak telah dijalankan kajian arkeologi saintifik yang terperinci maka telah ditemui bukti manusia awal telah sampai ke kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu yang mewakili budaya prasejarah manusia. Bukti prasejarah juga pernah direkodkan di Kedah di tapak terbuka Jitra dan di beberapa gua batu kapur seperti di Baling dan Kodiang namun belum dilakukan kajian saintifik sepenuhnya. Walau bagaimanapun hasil kajian arkeologi yang holistik di kawasan Lembah Bujang mulai 2007 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM telah berjaya menemui dan mendedahkan bukti tamadun terawal di Asia Tenggara yang telah bermula sejak 788 Sebelum Masihi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Justeru itu artikel ini akan membincangkan dapatan dan bukti Kedah sebagai negeri tertua di Malaysia berasaskan konsep “negeri” yang bermaksud “berkerajaan” yang asalannya ditemui di Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai mewakili Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua didapati berkembang berasaskan industri peleburan besi. Kata kunci: Tamadun awal, Kedah Tua, industri peleburan besi.

4

KEDATANGAN ISLAM KE KEDAH: SATU PENELITIAN ULANG Farid Mat Zain, PhD Pusat Kajian Bahasa Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM [email protected] ABSTRAK Sejauh yang dapat ditelusuri, kajian terhadap sejarah kedatangan Islam ke Kedah telah dilakukan oleh beberapa orang sarjana tempatan; Ahmad Jelani Halimi (1998) dan Wan Shamsuddin Mohd Yusof (1998) dan Ismail bin Salleh (1987). Daripada penulisan yang dilakukan terdapat beberapa aspek yang mungkin boleh ditambah baik dengan penelitian semasa yang dilakukan. Makalah ini bertujuan untuk mengupas semula sejarah kedatangan Islam ke Kedah bersesuaian dengan beberapa penelitian baru yang dihasilkan. Tumpuan khusus akan diberikan kepada siapa yang mula-mula menyebarkan, bagaimana bentuk penyebaran dan hasil atau kesan daripada dakwah yang disampaikan. Berdasarkan bahan yang sedia ada makalah ini akan memanfaatkan kajian dan penulisan baru yang dihasilkan. Kata Kunci:

5

MITOS 1786: PENULISAN SEJARAH KEDAH/PULAU PINANG YANG MEMESONGKAN Ahmad Murad Merican

ABSTRAK Penulisan sejarah Kedah/Pulau Pinang lazimnya berpaksi pada tahun 1786. Wacana dan naratif, sama ada dalam buku teks sekolah, sejarah awam di muzium dan arkib, serta paparan dan imej dalam budaya popular – media cetak, elektronik, dan kini media sosial, telah meletakan rahun 1786 sebagai titik permulaan dan pengakhiran, serta (kesedaran palsu) mengenai pemisahan dan kemunculan dua entiti politik – satu Kedah; dan satu lagi Pulau Pinang. Gambaran naratif ialah seolah-olah Pulau Pinang jatuh dari langit sebagai sebuah politik, tersedia ada untuk dijajah/dijarah orang Putih. Bermula dari itu lojik, kepercayaan dan sentimen dalam penulisan dan naratif pun dari kedua belah pihak - sejarawan, persatuan sejarah dan peminat sejarah pun memperlihatkan cerita baharu lalu membawa cerita itu mengikut haluan yang di corakan oleh sentimen cerita arus perdana Pulau Pinang; dan Kedah, yakni dua negeri yang berbeza dalam persekutuan Malaysia. Kertas kerja ini tidak menafikan pembahagian persekutuan termasuk yang membabitkan negeri-negeri tersebut; namun penulisan sejarah itu telah menimbulkan beberapa isu yang membabitkan integriti Kedah dan soal pajakan. Akibat dari itu, mereka yang menulis sejarah kedua-dua buah negeri telah mengulangi apa yang tertulis sebagai satu kebenaran, malah ia masih boleh dipertikaikan. Dalam pada itu, sebagai contoh, naratif yang ada tidak mengaitkan Kota Kuala Kedah (Bahang) dengan Tanjong Penaga; membicarakan seolah Seberang Perai itu asing dari Kedah; menggunakan istilah seperti “orang Melayu Pulau Pinang (dan seberang Perai) lari/pindah dari Kedah,” atau “asal dari Kedah. Ada juga penulisan yang tidak bersifat kritis mengenai “pendudukan” dan “penyerahan” Pulau Pinang dari persejarahan Kedah. Malah, yang yang telah diwacanakan itu telah memadamkan persitiwa, kegiatan dan interaksi perdagangan dan budaya antara kedua-dua negeri sekarang ini. Malah, penyelidikan yang telah dilakukan pun tidak merujuk/mengabaikan sumber yang ada pada kedua buah negeri. Dan seterusnya muncul naratif Kedah/Pulau Pinang dari perspektif Siam. Sejarah adalah apa yang telah berlaku. Itu tidak boleh dibetulkan. Kertas kerja ini bukan menafikan kewujudan tahun 1786 dan apa yang telah berlaku. Ia bertujuan menyahkan pemikiran yang berpaksikan kepdaa tahun tersebut, serta menganjurkan satu naratif baharu dalam sejarah Kedah dan Pulau Pinang. Kata Kunci:

6

PERSPEKTIF BARU TERHADAP TARIKH KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN SHAH II Mohd Herman Bin Roslan Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah

ABSTRAK Ketika peperangan merebut Melaka, telah tercetus di antara Portugis, Johor, Acheh dan Belanda sepanjang kurun ke-15 hingga 17. Peperangan ini juga tercetus kerana perebutan lada hitam yang menjadi bahan eksport penting ke Eropah. Kedah turut menanam lada hitam ini di kawasan utaranya sehinggalah ke Pulau Langkawi ketika zaman Sultan Sulaiman Shah II yang merupakan Sultan Kedah yang ke-21. Pada zaman pemerintahan baginda merupakan zaman perkembangan Acheh sebagai sebuah kuasa militer terkuat di Alam Melayu pada abad ke 17. Kedah telah diserang sebanyak 2 kali oleh Acheh secara langsung iaitu pada tahun 1619 dan 1621 akibat dari persaingan perdagangan lada hitam. Menurut At Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Sultan Sulaiman Shah II mangkat pada tahun 1626 di Acheh setelah di jemput oleh Sultan Iskandar Muda. Namun begitu catatan lokal ini berbeza dari apa yang dirakamkan oleh Augustine de Beaulieu iaitu seorang pedagang berbangsa Perancis yang tiba di Acheh dan Kedah pada tahun 1621. Di dalam catatannya, Beaulieu menceritakan pengalamannya berkenaan perkembangan kuasa Acheh dan keadaan di Kedah ketika itu. Berdasarkan kepada catatan ini, Sultan Sulaiman Shah dipercayai mangkat pada tahun 1620 iaitu setahun selepas serangan Acheh ke atas Kedah. Oleh itu kajian ini akan memberikan satu pandangan baru terhadap tarikh kemangkatan Sultan Kedah tersebut berdasarkan kaedah kualitatif di mana sumber primer dari Perancis dan Belanda digunakan untuk menerangkan peristiwa serangan Acheh sehinggalah kemangkatan Sultan Kedah ke-12 itu yang sekaligus akan mengubah tarikh kemangkatan Sultan Sulaiman Shah.

Kata Kunci: Sultan Sulaiman Shah II, Kedah, lada hitam, Sultan Iskandar Muda, Acheh

7

SEJARAH MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH Dr Zahidi Dato Zainol Rashid Pengerusi Persatuan Sejarah Lisan Malaysia Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini membariskan senarsi 14 Menteri Besar dan 20 Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.Pada zaman dahulu pentadbiran Kedah dikuassi oleh golongan yang bergelar Tunku Syed dan Wan. Antaranya Tunku Ismail Tunki Yahaya Tan Sri Syed Omar Shahabudin Tun Syed Ahmad Shahabudin ,Dato Seri Syed Nahar Shahabudin dan Syed Razak Syed Zain pernah memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Haji Wan Yahaya Wan Mohamad Taib YTM Tunku Mohamad YTM Tunku Mansor Tunku Ismail Dato Syed Hasan Dato Paduka Syed Mansor dan Dato Paduka Syed Unan Masri Syed Abdullah pernah memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Biodata MB dan SUK dimulakan dengan pengenalan diri tentang latar belakang diri dan keluarga latarbelakang pendidikan, pengalaman kerjaya . Seterusnya penglibatan dalam perkhidmatan awam koporat dan kegiatan dalam NGO. Penglibatan dalam politik dan jawatan jawatan yang pernah di pegang untuk biodata MB. Akhir sekali penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa bakti kepada negeri. Kata Kunci : Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan, Latar Belakang Diri, Sumbangan dan Jasa

8

TOKOH ULAMA KEDAH: SUATU PENELITIAN TERHADAP SUMBANGAN DALAM ASPEK PEMIKIRAN AGAMA Prof. Dr Shukri Ahmad Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Kolej sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia [email protected]

ABSTRAK Islam adalah agama kemajuan, berkembang ke serata pelosok dunia sehingga menguasai pemikiran dan tingkah laku manusia dari awal kemunculannya hingga kini. Perkembangan Islam di serata dunia disebabkan kandungannya yang bersifat sejagat, fitrah, wasatiyyah dan murni. Demikian, Islam bertapak di Alam Melayu dengan karaktornya yang tersendiri , membawa corak dan watak sunni, berkembang dengan meyakinkan sehingga mengukuh ajarannya untuk diterima sebahagian besar daerah Nusantara termasuk di Tanah Melayu. Perkembangan Islam pada abad ke 19 dan 20 M di Tanah Melayu telah berada pada tahap kemuncak kecemerlangan dengan karektornya yang sangat istimewa. Para ulama merupakan aktor penting yang berjaya mencemerlangkan Islam di dengan segala keunikannya yang tersendiri. Kertas kerja ini bertujuan mengupas sejarah sumbangan ulama kepada perkembangan Islam dari pelbagai sudut, antaranya ialah sudut perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial. Setelah itu, suatu penelitian mengenai sumbangan ulama Kedah dengan mengetengahkan ciri-ciri istimewa mereka. Kertas ini, juga akan menelusuri sumbangan mereka dari sudut aliran pemikiran, pendekatan penyampaian dan keutuhan keperibadian masing-masing. Kata Kunci: Islam, Ulama, Pembangunan Islam, Tanah Melayu, Sejarah Islam.

9

TOKOH WANITA KEDAH: PENERAJU PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI NEGARA Mardiana Nordin Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya [email protected] ABSTRAK Tidak dinafikan, golongan wanita telah mendapat tempat yang sewajarnya di dalam pembangunan negara hari ini. Biarpun evolusi peranan wanita melalui liku-liku yang mencabar, namun golongan ini berusaha ke hadapan seiring dengan perkembangan semasa. Dalam era kesultanan Melayu lagi, telah ada golongan wanita yang berani tampil ke hadapan menyuarakan pendapat mereka walaupun budaya politik waktu itu didominasi golongan lelaki. Lahirlah nama-nama masyhur seperti Tun Fatimah, Tun Kudu, Tun Teja, juga sultanahsultanah kerajaan atau negeri Melayu yang lain. Demikian juga situasi perjuangan wanita yang berpanjangan dalam menyahut perkembangan pendidikan dan pemodenan biarpun tanah air berada dalam era penjajahan. Di negeri Kedah, golongan wanita juga mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri. Justeru, makalah ini akan cuba mengkaji peranan tokoh wanita Kedah khususnya dalam aspek sosioekonomi. Muncul watak-watak penting dalam bidang korporat, pendidikan, perubatan, sukan juga hiburan. Mereka bukan sahaja menyerlah di dalam negeri Kedah, tetapi di dalam negara malah juga di peringkat antarabangsa. Antara tokoh yang boleh diketengahkan adalah Profesor Dr. Asmah Haji Omar, Profesor Dr. Siti Hawa Salleh, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Maznah Hamid, Tan Sri Dr. Salma Ismail dan ramai lagi. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dalam disiplin sejarah. Sumber-sumber sekunder seperti makalah, buku, akhbar dan audio visual dikumpul bagi menyaring maklumat dan membuat rumusan. Skop penelitian adalah terhadap tokoh-tokoh wanita yang berasal dari negeri Kedah namun sumbangannya tidak terbatas dalam ruang lingkup negeri ini sahaja. Keseluruhannya, wanita Kedah telah mempamerkan kelebihan dan kepentingan yang tersendiri sehingga boleh dianggap sebagai tokoh negara. Hakikatnya, lebih ramai lagi tokoh wanita Kedah di luar sana yang tidak dapat dinyatakan di dalam makalah ini satu persatu. Kajian yang lebih komprehensif wajar dilakukan untuk mengenal pasti mereka setiap seorang, melakukan penyelidikan yang menyeluruh dan menghasilkan penulisan yang berautoriti tentang wanita Kedah ini. Kata kunci: wanita, sosioekonomi, tokoh

10

KEDAH SEPANJANG ZAMAN: MENGGALI KEHEBATAN SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN Abdullah Zakaria bin Ghazali Felo Persatuan Sejarah Malaysia ABSTRAK Kedah Darul Aman menyimpan khazanah sejarah, budaya dan warisan yang tidak ternilai hebatnya. Kesultananan terawal di Semenanjung Melayu, dan jurai keturunannya berlanjutan menduduki takhta kerajaan, sejak Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam, bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136. Daalam pada itu, Kedah adalah negeri Melayu pertama berperang menentang British, Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1791. Selain itu jumpaan arkeologi di Lembah Bujang mengangkat Kedah sebagai petempatan, antara yang terawal di Asia Tenggara. Seni bina, dan ukiran, antaranya pada bangunan, dan tembikar menjelaskan tentang betapa hebatnya kearifan Melayu Kedah. Tamadun Kedah sangat terserlah dengan wujudnya undang-undang, misalnya Undang-undang Kedah, yang sekali gus menyatakan pentadbiran kerajaan Keah adalah berdasarkan undang-undang tersebut. Dalam pada itu Kedah juga hebat, dalam perjuangan menyedar serta membina masyarakat ke arah kemajuan, serta mencapai kemerdekaan. Ramai tokoh terkemuka negara, dalam pelbagai bidang lahir dari Kedah. Semuanya akan disentuh dan dibincangkan dalam kertas ini. Dalam usaha menyokong perbicangan dan hujahan, kertas ini akan merujuk data serta sumber primer, dan sekunder. Ternyata dalam lipatan sejarah sepanjang zaman, Kedah adalah sebuah negeri Melayu hebat dalam persepektif sejarah, budaya dan warisan. Kata kunci: Kedah, kehebatan sejarah, budaya dan warisan

11

RUNDINGAN BALING @ ″OPERATION PINK GIN” Mohamed Ali Haniffa [email protected] Unit Sejarah dan Kenegaraan Malaysia Jabatan Tamadun dan Falsafah Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Artikel ini membincangkan mengenai detik Rundingan Baling yang berlaku pada 28 hingga 29 Disember 1955 berikutan usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menamatkan darurat. Sepucuk surat yang diutus pada awal bulan Jun 1955 oleh wakil Ibu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya menjadi perintis awal rundingan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan. Amnesti yang diumumkan pada 18 September 1955 sejurus kemenangan di dalam pilihanraya menjadi tarikan kepada PKM untuk mengadakan perbincangan. ″Operation Pink Gin”, menemukan personaliti komunis seperti Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin bersama Tunku Abdul Rahman serta rombongan di Baling English School, Baling, Kedah, walaupun tidak dipersetujui oleh pihak British pada peringkat awal. Hasil penelitian penulis mendapati bahawa Rundingan Baling merupakan pertemuan dua ideologi bertentangan yang tidak berjaya membawa kepada pembubaran PKM seperti mana yang dihasratkan oleh Tunku Abdul Rahman. Peristiwa tersebut signifikan dan merupakan Turning Point seterusnya dalam usaha kerajaan membanteras komunis di Tanah Melayu. Kredibiliti dan ketegasan Tunku Abdul Rahman menyebabkan kerajaan British akhirnya melonggarkan syarat pemberian kemerdekaan kepada koloninya. Kata kunci: Rundingan Baling, ″Operation Pink Gin”, amnesti, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Baling English School

12

PERANG DUNIA KEDUA DI TANAH MELAYU: PENGKISAHAN AWAL SERANGAN JEPUN DAN PERISTIWA SEDIM, KOMPOSISI SEJARAH DI KEDAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN Mohd Kasri bin Saidon [email protected] Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Penulisan ini menjurus kepada dua aspek yang menjadi antara yang agak utama dalam pengkisahan sejarah Kedah semasa Perang Dunia Kedua. Pertamanya tentang serangan Jepun, Kedah adalah antara negeri yang awal dicerobohi masuk oleh tentera Jepun. Kedah juga menyaksikan pertempuran yang awal, termasuk juga Battle of Jitra yang begitu disebut oleh ramai ahli sejarah terutamanya yang menjurus pada sejarah ketenteraan. Kisah apa yang berlaku di Kedah ini juga terangkum pelbagai aspek termasuk strategi dan perihal sosial. Ia menjadi satu medan ulasan dan pemikiran pula bagi cendekiawan sejarah hingga kini. Namun dewasa kini ia dilihat agak tenggelam dalam komposisi sejarah di Malaysia dan tidak terkecuali juga di Kedah yang sepatutnya lebih utama. Aspek tumpuan kedua ialah tentang kisah di Sedim. Dalam pengkisahan serangan Jepun ini juga terkandung peristiwa di mana Sultan Abdul Hamid dibawa berlindung di kampung Sedim, selatan Kedah. Terkandung dalam peristiwa ini prinsip yang kuat di mana raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan. Sultan kekal bersama rakyat walaupun dalam situasi perang yang bahaya dan tidak menentu. Penulisan ini diharap dapat mengangkat kembali minat dan perhatian masyarakat dan warga Kedah khususnya dalam memperkasakan khazanah sejarah dan sekaligus menguatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kata Kunci: Perang Dunia Kedua, Battle of Jitra, sejarah, Kedah, Sedim

13

TRAGEDI MEMALI 1985 Ishak Saat Rahman Arifai Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK Kertas kerja ini ingin memfokuskan tentang tragedi berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah pada tahun 1985. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sebab dan akibat dari tragedi tersebut terhadap perkembangan masyarakat Melayu yang terlibat. Hal yang demikian ini kerana tragedi tersebut telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu yang terdapat di kawasan sekitar. Perbincangan dalam kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat analisis terhadap sumber sejarah seperti dokumen kerajaan, fail, laporan parti serta temu ramah mereka yang pernah terlibat bagi menguatkan hujah. Hasil kajian ini nanti akan memberikan gambaran bahawa insiden Memali boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada permulaan perubahan terhadap perkembangan masyarakat Melayu yang berada di kawasan yang terlibat. Di akhirnya nanti, satu tanggapan dan pandangan baru boleh diberikan terhadap tragedi berdarah Memali agar masyarakat tidak hanya melihat kepada sisi gelap insiden tersebut. Malahan insiden tersebut boleh menjadi iktibar dan pengajaran kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Kata kunci: Tragedi Memali, Ibrahim Libya, Parti Islam SeMalaysia, kerajaan Malaysia dan Politik.

14

UNDANG-UNDANG ADAT NEGERI KEDAH ABAD KE-19 MILIK KU DIN KU MEH Mahani Musa

ABSTRAK Undang-undang Adat Negeri Kedah yang siap disalin untuk Ku Din Ku Meh, Ketua Penjara Alor Setar, pada 20 Rabiulawal 1311 H bersamaan 1 Oktober 1893 M merupakan naskhah Undang-undang Kedah yang paling akhir dikarang sebelum kedatangan pihak kolonial. Meskipun komponen utamanya adalah tentang undang-undang adat, manuskrip tersebut juga mengandungi cerita tentang nabi, alim ulama serta salasilah raja-raja Kedah selain memuatkan undang-undang perairan, peraturan nobat, dan surat tentang peraturan lesen bijih timah di Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Berdasarkan cakupan fasal-fasalnya yang luas dan lebih terkini, Undang-undang Adat Negeri Kedah ini berdiri sebagai sebuah naskhah perundangan Kedah yang tersendiri yang dihasilkan pada kurun ke-19. Kewujudan manuskrip ini secara tidak langsung membuktikan sudah wujud sebuah pemerintahan yang sistematik di bawah kesultanan Melayu, yang lengkap dengan undang-undang dan peraturan bagi memastikan kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial dapat dicapai. Fasal-fasal yang disusun dengan teliti dan mengikut keperluan semasa itu juga dengan sendirinya menepis tanggapan sarjana pentadbir kolonial bahawa undang-undang tradisional adalah kejam dan hanya bertujuan menjaga kepentingan pihak pemerintah sahaja.

Kata Kunci :

15

AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: SUATU TINJAUAN FILOLOGI Dr Ibrahim Bakar Langkawi ABSTRAK Pada 5 Januari 1927 Muhammad Hassan telah menerima titah Regent Kedah supaya menulis sebuah kitab sejarah Kedah. Pada tahun itu juga beliau telah selesai menulis manuskrip AtTarikh Salasilah Negeri Kedah dalam huruf jawi (Naskhah A). Manuskrip ini digunakan sebagai panduan untuk menerbitkan buku berhuruf jawi cetakan dalam tahun 1928, diusahakan oleh Jelutong Press (Naskhah C). Berikutnya, Jelutong Press telah menerbitkan sekumpulan buku edisi baru dengan penambahan beberapa fakta dan halaman (Naskhah D). Dalam tahun 1968 pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan At-Tarikh Salasilah dalam huruf rumi (Naskhah B), berpandukan manuskrip awal yang telah dihadiahkan oleh keluarga pengarang dan masih disimpan di Pusat Manuskrip DBP. Seterusnya, setelah 91 tahun kemudian, PSMCK telah menerbitkan buku edisi baru dalam tahun 2018. Kata kunci: Manuskrip, huruf jawi cetakan, huruf rumi.

16

SURAT MENYURAT SULTAN ABDUL HAMID (1882-1920-AN) DAN KEDUDUKANNYA DALAM SEJARAH KESULTANAN MELAYU KEDAH Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ABSTRAK Penemuan Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid oleh pihak Arkib Negara Malaysia (ANM) telah membuka lembaran baharu dalam sejarah Kedah khususnya pada sekitar akhir kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Surat-menyurat ini mengandungi pelbagai maklumat penting sama ada politik, ekonomi dan sosial tentang Kedah. Kewujudan koleksi ini membolehkan pengkaji melihat kembali sejarah Kedah dari sudut yang berbeza. Perkara yang menarik, koleksi itu menjadi bukti tentang peranan penting istana dan golongan elit Kedah bergabung tenaga, usaha dan idea bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar dan pada masa yang sama untuk menjamin kesetiaan rakyat jelata yang berterusan, walaupun berada di bawah kuasa Siam (1880-an hingga 1909) dan kemudiannya di bawah kuasa British selepas itu. Koleksi ini mengandungi pelbagai jenis surat-menyurat, laporan, minit dan perjanjian jelas menonjolkan komitmen tinggi pihak istana dan golongan elit Kedah dalam membangunkan negeri dari pelbagai aspek selain menjaga hubungan yang baik dengan kuasa Siam di Bangkok dan British di Pulau Pinang. Selain itu, koleksi ini menunjukkan kebijaksanaan pemerintah tempatan dan golongan elit dalam mentadbir sesebuah negeri walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran Siam dan British dalam mempertahankan identiti Kesultanan Melayu Kedah. Kata kunci: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid, sejarah Kedah, Siam & British.

17

SURAT CIT DALAM LIPATAN SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT Dr. Ahmad Jelani Halimi

ABSTRAK Surat-surat Francis Light merupakan satu kumpulan surat yang melebihi 1000 pucuk surat tersimpan dalam Perpustakaan S.O.A.S. Universiti London di bawah folder bernombor MS 40320 (mengandungi 11 volume). Kandungan surat ini mengisahkan pelbagai perkara termasuk sejarah perhubungan, perundingan dan konflik di antara pemerintah-pemerintah tempatan di sekitar Selat Melaka dengan pihak British. Di samping itu banyak juga terdapat surat yang berhubung kait dengan hal-hal perniagaan dan perdagangan di antara Francis Light dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam hal pembelian, pengangakutan dan penjualan komoditi, senjata, abdi dan candu. Terdapat juga surat-surat daripada sultansultan negeri-negeri Melayu seperti dari Kedah, Selangor dan Terengganu; surat-surat daripada Saudagar-saudagar Raja/Rahsia Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ditemui juga dalam kumpulan ini surat-surat daripada pembesar dan bangsawan dari negeri-negeri di Semenanjung dan Sumatera terutama dari Aceh, Asahan, Palembang dan negeri-negeri kecil lain di sekitar Selat Melaka kepada Francis Light. Dalam kumpulan ini juga (Vol. 2) terkandung beberapa dozen surat dan dokumen dari priode yang sama tentang Bangkahulu (Bencoolen/Fort Malboro) dan Presidensi Sumatera Barat yang tidak berkaitan langsung dengan Francis Light. Akan tetapi yang paling menarik di antaranya ialah satu kumpulan suratsurat pendek yang merupakan nota-nota pesanan daripada dan kepada Francis Light yang saya istilahkan sebagai “surat cit” kerana pembuka kata surat-surat itu berbunyi, “ Ini surat cit daripada ….” Tanpa pengenalan yang berleret-leret seperti yang terdapat dalam surat-surat Melayu ketika itu. Kata kunci: Francis Light, surat, perdagangan, negeri-negeri Melayu, Selat Melaka, saudagar raja, surat cit.

18

KEDAH NEGERI TERTUA DI MALAYSIA Mokhtar Saidin Universiti Sains Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian geologi mendedahkan bumi Malaysia mulai terbentuk sekitar 541 juta tahun dahulu. Bukti ini ditemui di tiga lokasi di mana dua daripadanya berada di Kedah iaitu di Formasi Machincang, Langkawi dan Formasi Jerai, Kuala Muda-Yan, serta di Formasi Papulut, Lenggong, Perak. Bumi tertua negara ini kemudiannya terangkat membentuk daratan pada sekitar 250 juta tahun lampau akibat pengangkatan oleh rejahan magma hasil daripada pelanggaran keping bumi pantai barat dengan pantai timur yang membentuk pergunungan granit seperti Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Gunung Raya dan Gunung Jerai. Oleh kerana di Lenggong, Perak telah dijalankan kajian arkeologi saintifik yang terperinci maka telah ditemui bukti manusia awal telah sampai ke kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu yang mewakili budaya prasejarah manusia. Bukti prasejarah juga pernah direkodkan di Kedah di tapak terbuka Jitra dan di beberapa gua batu kapur seperti di Baling dan Kodiang namun belum dilakukan kajian saintifik sepenuhnya. Walau bagaimanapun hasil kajian arkeologi yang holistik di kawasan Lembah Bujang mulai 2007 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM telah berjaya menemui dan mendedahkan bukti tamadun terawal di Asia Tenggara yang telah bermula sejak 788 Sebelum Masihi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Justeru itu artikel ini akan membincangkan dapatan dan bukti Kedah sebagai negeri tertua di Malaysia berasaskan konsep “negeri” yang bermaksud “berkerajaan” yang asalannya ditemui di Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai mewakili Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua didapati berkembang berasaskan industri peleburan besi. Kata kunci: Tamadun awal, Kedah Tua, industri peleburan besi. Pengenalan Kedah merupakan sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang terletak di koordinat 6°07′42″U 100°21′46″T yang pada masa kini mempunyai keluasan sekitar 9,000 km2 dengan jumlah lebih daripada 2 juta penduduk. Sempadan politik pentadbiran pada masa kini meletakkan Kedah bersempadan dengan Perlis di bahagian utara, Thailand di bahagian timur, Perak dan Pulau Pinang di bahagian selatan manakala bahagian baratnya sepanjang 158km menghadap Selat Melaka yang terdapat beberapa pulau utama seperti kepulauan Langkawi, Payar, Songsong dan Bidan. Kini terkenal sebagai negeri jelapang padi Malaysia yang menyumbang sebanyak satu pertiga daripada pengeluaran beras negara di mana melibatkan 109 hektar tanaman padi di bawah National Food Security. Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada 2019 merekodkan sumbangan terbesar adalah datang daripada sektor perkhidmatan (56.2%), diikuti oleh sektor pembuatan (28.7%), sektor pertanian (12.1%), sektor pembinaan (2.3%) serta sektor perlombongan dan pengkuarian (0.3%). Dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 merekodkan sebanyak sembilan inisiatif kemakmuran ekonomi masa depan yang dirancang oleh kerajaan negeri iaitu (i) Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone, (ii) Pembangunan Kedah Rubber City, (iii) Pembesaran Zon Industri Kulim Hi-Tech Park Fasa 5, (iv) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Kedah Aerotropolis, (v) Pembangunan Sidam Logistics, Aerospace dan Manufacturing Hub, (vi) Pembangunan Sungai Kedah, (vii) Penggunaan Peralatan Berteknologi Tinggi dalam Penanaman Padi, (viii) Pembangunan Pelancongan Jerai Geopark, dan (ix) Pertanian Padi berkonsepkan Penanaman Estet Padi. Kesemua ini adalah maklumat semasa dan perancangan masa depan Kedah yang merupakan negeri tertua di Malaysia daripada aspek pembentukkannya 20

(geologi) dan juga berkerajaan (arkeologi). Kerajaan Kedah Tua didapati telah bermula sejak abad ke-8 Sebelum Masihi (SM) di Kompleks Arkeologi Sungai Batu (KASB), Lembah Bujang, yang terbina berasaskan industri peleburan besi. KASB telah dihuni sekitar 1000 tahun menghasil dan berdagang jongkong besi sebelum kawasan lain seperti Sungai Mas, Sungai Batu Pahat dan Pengkalan Bujang dihuni. SEJARAH BUMI KEDAH Carta Urutan Kronostratigrafi Antarabangsa terbaru oleh IUGS (International Union of Geological Science), keluaran 2020 (3) merekodkan usia bumi ialah 4.6 bilion tahun. Zaman awal pembentukkan bumi ini dikenali sebagai zaman Prakambrium (4.6 billion – 541 juta tahun). Ini diikuti oleh Era Paleozoik (541-251 juta tahun), Mesozoik (251-66 juta tahun) dan akhirnya Kenozoik (66 juta tahun hingga sekarang). Kesemua bukti ini kebanyakannya berada dalam batuan di sekeliling kita di negeri Kedah kecuali bukti Prakambrium. Era Paleozoik dibahagikan kepada enam zaman iaitu Kambrium (541-485 juta tahun), Ordovisi (485-443 juta tahun), Silur (443-419 juta tahun), Devon (419-358 juta tahun), Karbon (358-298 juta tahun) dan Perm (298-251 juta tahun). Ini diikuti oleh Era Mesozik yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Trias (251-201 juta tahun), Jura (201-145 juta tahun) dan Kapur (145-66 juta tahun). Era terakhir ialah Era Kenozoik yang juga terdapat tiga zaman iaitu Paleogen (66-23 juta tahun), Neogen (23-2.58 juta tahun) dan Kuaternari (sejak 2.58 juta tahun dahulu). Bumi Malaysia mula terbentuk hanya pada zaman Paleozoik bermula sekitar 541 juta tahun lalu (Hutchinson dan Tan, 2009). Bukti terawal ini hanya ditemui di Kedah dan di Hulu Perak. Kedah mendedahkan dua lokasi atau formasi batuan yang menjadi bukti pembentukkan bumi tertua negara iaitu di Langkawi (Formasi Machincang) dan di Kuala Muda-Yan (Formasi Jerai). Formasi bermaksud sekumpulan lapisan batuan sedimen (endapan) yang mempunyai persamaan (jenis atau komposisi batuan, usia dan sekitaran pengendapannya) tertentu dan wujud dalam satu strata (lapisan atau rangkaian lapisan batu). Ini menunjukkan daripada aspek geologi, Kedah mempunyai bukti formasi terawal pembentukkan bumi Malaysia (Rajah 1). Sejak 541 juta tahun dahulu endapan demi endapan yang melibatkan lumpur, karbonat dan pasir berlaku di bawah laut membentuk bumi Kedah sehinggalah ianya terangkat menjadi daratan akibat rejahan magma pada sekitar 250 – 200 juta tahun dahulu. Akibat suhu dan tekanan telah mengubah asalan lumpur menjadi batuan sabak, filit skis dan gneis, karbonat menjadi batu kapur dan marmar manakala pasir menjadi kuarzit. Magma pula membentuk batuan granit. Selepas menjadi daratan berlakulah perkembangan bumi yang berterusan dalam bentuk hakisan dan endapan bahan hakisan sehingga membentuk panorama Kedah yang kita lihat sekarang.

Rajah 1: Sejarah pembentukkan bumi negeri Kedah 21

Untuk daerah Kuala Muda-Yan (Mokhtar dan Ibrahim, 2019), selepas Formasi Jerai (541-485 juta tahun dahulu) berlaku endapan sedimen laut dalam batu lumpur, batu pasir, batu kapur dan rijang Formasi Mahang (485-350 juta tahun dahulu). Kedua formasi ini kemudiannya terangkat menjadi daratan akibat rejahan magma yang membentuk granit Gunung Jerai pada 250-200 juta tahun dahulu. Sejak itu bumi Kuala Muda-Yan telah mengalami kesan perubahan aras laut, luluhawa, hakisan dan endapan aluvium hasil luluhawa dan hakisan sehingga sekarang. Kesan luluhawa telah menghasilkan limpahan tanah liat yang meluas di kawasan ini. Perkembangan bumi ratusan jutaan tahun ini membentuk panorama terkini yang terdiri daripada pulau, pantai, laut, sungai dan air terjun, hutan bakau, dataran tanah lembab dan empat jenis kawasan hutan hujan khatulistiwa sehingga ke puncak Gunung Jerai.

Rajah 2: Keratan rentas bumi (utara-selatan) Kuala Muda-Yan Aliran rejahan magma lewat (220-200 juta tahun dahulu) telah mengisi rekahan di dalam granit sedia ada membeku membentuk batuan pegmatite. Pegmatit ini juga memotong dan mengisi batuan Formasi Mahang dan Jerai. Magma pegmatit ini membawa unsur besi, timah dan lain-lain yang membentuk mineral eksotik seperti magnetit, hematit dan kasiterit (Che Aziz et al., 2019). Inilah yang menyebabkan sekitar Gunung Jerai mempunyai limpahan taburan bijih besi (Rajah 3) sehinggakan industri perlombongannya masih ada sehingga sekarang.

Rajah 3: (A) Bijih besi di dalam batuan semulajadi sekitar Kedah Tua, (B) Lombong bijih besi yang masih beroperasi sehingga kini dan (C) longgokan bijih besi hasil perlombongan tersebut 22

Perkembangan jutaan tahun sejarah bumi Kedah Tua telah menyediakan dua fitur bumi (Rajah 4) yang sangat penting dalam perdagangan awal, iaitu yang dikenali sebagai Puncak Kedah (Gunung Jerai) dan Teluk Kedah (muara Sungai Merbok). Puncak Kedah yang berketinggian lebih daripada 1000m telah dijadikan sebagai petunjuk perjalanan kepada kapal perdagangan awal khasnya yang datang daripada barat. Oleh kerana sistem pengangkutan laut semasa perdagangan awal bergantung sepenuhnya kepada arah mata angin untuk membolehkan kapal belayar maka petunjuk semulajadi ini adalah sangat penting ketika itu. Muara Sungai Merbok pula yang kini selebar sekitar 1.5km didapati semasa tahun 800 Sebelum Masihi hingga 100 Masihi berkelebaran lebih lima kali ganda (Mokhtar et. al., 2011). Ini berlaku kerana pemanasan global pada ketika itu yang menyebabkan aras laut naik sehingga menyebabkan masuk lebih 10km ke daratan daripada aras sekarang. Fenomena ini menyebabkan Teluk Kedah menjadi pilihan untuk kapal berlabuh sementara menunggu angin yang sesuai untuk bergerak semula.

Rajah 4: Dua fitur utama hasil daripada perkembangan bumi Kedah Tua yang penting dalam laluan perdagangan awal iaitu Puncak Kedah sebagai petunjuk pelayaran dan Teluk Kedah sebagai lokasi berlabuh sementara menanti angin yang sesuai. Perkembangan bumi Kedah Tua juga telah menjadikan Sungai Merbok (Rajah 4) berbeda daripada sungai biasa yang lain kerana didapati ianya adalah jenis estuari, iaitu sungai yang dipengaruhi oleh turun naik aras laut. Ini bermakna air sungai ini adalah jenis air payau yang mempunyai kadar kemasinan air laut. Ekosistem ini telah membolehkan pokok bakau tumbuh melebihi 3,000 hektar di sepanjang Sungai Merbok (Siti Azizah et. al., 2019). Pendekata, kesemua hasil sejarah bumi Kedah Tua ini sejak 541 juta tahun dahulu telah menyediakan lokasi, geomorfologi dan bahan mentah yang penting kepada aktiviti manusia. Kajian arkeologi yang telah dijalankan sejak 1840-an (Allen, 1988) telah menemui bukti berlangsungnya satu tamadun awal di kawasan ini yang telah bermula sejak 788 Sebelum Masihi meliputi keluasan lebih 1000 km2 (Mokhtar, 2019). Ini telah meletakkan Kedah Tua sebagai tamadun terawal di Asia Tenggara dan secara tidak langsung menjadikan Kedah negeri tertua di Malaysia. KERAJAAN KEDAH TUA Lokasi Kedah Tua menjadikan ianya sangat penting dalam dunia pelayaran barat-timur dan sebaliknya. Tamadun Mesopotamia (sejak 7,000 tahun dahulu), tamadun Mesir (sejak 6,000 tahun dahulu), tamadun Indus (sejak 5,000 tahun dahulu), tamadun Eropah (sejak 23

3,000 tahun dahulu) dan tamadun Amerika Selatan (sejak 2,000 tahun dahulu) terletak di barat Kedah Tua manakala tamadun China (sejak 5,000 tahun dahulu) terletak di timur. Hubungan perdagangan antara barat dan timur ini telah berlangsung sejak Sebelum Masihi lagi yang melibatkan tamadun awal ini. Rekod menunjukkan untuk menanti angin timur bagi membolehkan kapal berlayar ke barat pedagang terpaksa berada di sekitar Kedah Tua antara 3-6 bulan (Takakusu, 1896; Jacq-Hergoualc’h, 2002; Hoogervorst, 2013; Maziar, 2014). Begitu juga untuk belayar daripada Kedah Tua melalui Selat Melaka ke China perlu menunggu angin barat laut-tenggara. Sehubungan itu, Kedah Tua didapati terletak di lokasi yang sangat strategik dalam aktiviti perdagangan awal. Kedudukan Kedah Tua diperkuatkan dengan geomorfologi sedia ada khasnya topografi Gunung Jerai sebagai petunjuk pelayaran manakala sistem saliran yang mempunyai muara sungai lebar yang boleh dimudiki dengan selesa untuk berlabuh. Berlabuh sambil menanti angin yang sesuai di Kedah Tua (3-6 bulan) telah membolehkan berlakunya interaksi dua hala antara pedagang dengan masyarakat tempatan. Selain perdagangan terus antara barat-timur kawasan Asia Tenggara didapati mempunyai bahan atau produk khatulistiwa dan bahan bumi yang sangat diperlukan oleh pedagang termasuk apa yang ada di Kedah Tua (Andaya, 2008). Rekod menunjukkan Kedah Tua membekalkan antaranya kayu bakau, kayu tropika, herba seperti kayu manis, gaharu dan kapur barus, gajah, gading gajah, sumbu badak, batuan, mineral, besi dan timah (Hoogervorst, 2013; Maziar, 2014). Ini bermakna selain memperbaiki kapal dan mendapatkan air tawar, pihak pedagang mengumpulkan pelbagai bahan asalan Kedah Tua yang ditukarkan dengan kain, pakaian, seramik dan pelbagai barangan lain. Malah, pendeta agama yang ada bersama pedagang telah menjalankan peranan mereka menyebarkan fahaman masing-masing kepada penduduk setempat. Kajian tamadun awal di Kedah Tua telah bermula sejak laporan pertama oleh Low (1948, 1949) dan berterusan sehingga kini. Allen (1988) melaporkan terdapat 87 tapak meliputi keluasan sekitar 400 km2 manakala Mokhtar (2019) melaporkan tambahan lebih 100 tapak di Sungai Batu dan sepanjang Sungai Muda yang menyebabkan keluasan terkini Kedah Tua adalah melebihi 1000 km2. Memandangkan semua tapak adalah jenis tapak terbuka dan berada di atas tanah milik persendirian maka didapati majoriti telah terluluhawa dan musnah. Selain di Sungai Batu, tapak yang masih in situ dan boleh dilihat ialah tapak di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang dan Bukit Batu Pahat (Rajah 4) yang akan dibincangkan sebagai mewakili kerajaan Kedah Tua. Walau bagaimanapun perbincangan akan melibatkan juga tapak Sungai Mas kerana ianya mendedahkan bukti seawal abad ke-5 Masihi walaupun pada masa kini tidak ada satu tapak pun yang terpulihara dan dapat dilawati. Perbincangan juga akan melibatkan tapak-tapak relau peleburan besi sepanjang Sungai Muda. Tapak Sungai Batu: Abad ke-8 SM – 13 M Isu utamanya ialah di manakah di Kedah Tua yang mula-mula digunakan? Semua data kajian awal oleh pihak British sejak 1840-an (Allen, 1988), kemudian disambung oleh ahli arkeologi tempatan mulai 1970-an hanya menemui bukti paling awal mewakili abad ke lima Masihi. Pada hal sekurang-kurangnya semasa Kerajaan Maurya di Bengal (321 SM) sudah merekodkan hubungan pelabuhannya Tamralipti dengan kawasan di sini (Cowell, 1957). Penyelidikan arkeologi pada 2007 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM dengan pendekatan paleoalam telah berjaya menemui tapak Sungai Batu. Kawasan Sungai Batu ini semasa panas global 800 SM- 100 M terletak berhampiran dengan laut berbanding sekarang sekitar 10 km daripada laut (Rajah 4). Pemetaan terperinci di tapak Sungai Batu pada 2007 telah merekodkan terdapat lebih daripada 90 tapak dalam keluasan sekitar 4 km2 yang berdekatan antara satu dengan yang lain yang menggambarkan ianya satu kompleks. Ekskavasi telah bermula pada 2009 dan sehingga kini telah mendedahkan 4 fungsi, iaitu bengkel peleburan besi, monumen jeti pelabuhan, monumen pengurusan pelabuhan (syahbandar) dan monumen ritual (Rajah 5). 24

Tapak Peleburan Besi: dibuktikan oleh penemuan bahan mentah bijih besi (dominan magnetit dan hematit), peralatan peleburan (relau dan tuyere), hasil peleburan (jongkong) dan sisa peleburan (sisa besi, arang dan abu pembakaran). Sehingga kini sebanyak 8 tapak peleburan (Rajah 5) telah dikaji dengan terpeinci yang mendedahkan bukti peleburan besi sejak abad ke-8 SM sehingga abad ke-13 M (Mokhtar, 2019). Ini menunjukkan aktivti peleburan di tapak KASB telah berlangsung lebih 1000 tahun. Penemuan ini mengesahkan mengapa dunia luar pada ketika itu memanggil dan mengenali Kedah Tua dengan nama yang bermaksud sama ada pelabuhan atau besi (Braddell, 1989; Takakusu, 1896; Winstedt, 1920) seperti Kataha (bahasa Sanskrit), Kadaram (India), Kalah (Arab), Queda (Eropah) dan Chieh-Cha (China). Rekod Arab (Hoyland dan Gilmour, 2006) menyatakan besi kalah dijadikan pedang arab dan merupakan antara besi terbaik di dunia manakala rekod India menyatakan besi Kadaram dijadikan pedang dan kereta kuda India. Malah dalam bahasa Sanskrit Kataha bermaksud mangkuk besi sebagai lokasi sumber besi dunia.

Rajah 5: Tapak-tapak ekskavasi di Komplek Arkeologi Sungai Batu (KASB) Semua tapak peleburan besi KASB menunjukkan masyarakatnya menjalankan aktiviti peleburan besi secara langsung atau dikenali dengan bloomery (Naizatul Akma dan Mokhtar, 2018). Teknik peleburan besi secara bloomery ini merupakan teknik asas dalam melebur besi yang memerlukan suhu sekitar 1050°C hingga 1200°C. Ia merupakan proses pengekstrakan besi secara terus dari bijih besi yang melibatkan interaksi secara langsung antara bijih besi dan bahan bakar (Rostoker dan Bronson, 1990; David et al., 1989). Teknologi peleburan (Naizatul Akma dan Mokhtar, 2020a) bermula dengan pengambilan bahan mentah besi dan diangkut ke KASB serta menyediakan relau yang telah siap mempunyai tuyere di dindingnya. Setiap tapak menunjukkan adanya ruang longgokan bahan mentah besi. Ini diikuti bahan mentah dipecahkan menjadi kecil dengan ruangnya dipenuhi bijih besi bersaiz kecil berasosiasi dengan batu pemukul dan batu pelandas. Kemudian ditemui ruang bijih besi bersaiz kecil dengan ciri telah dipanggang. Ini menunjukkan sebelum dimasukkan ke dalam relau ianya terlebih dahulu telah dipecahkan ke saiz yang lebih kecil dan dipanggang untuk mempercepatkan masa peleburannya. Bijih yang telah dipanggang dimasukkan ke dalam relau bersama arang (kayu bakau) bercampur pasir dan bahan kapur sebagai fluks untuk mengeluarkan kotoran di dalam besi mentah. Aktiviti seterusnya melibatkan angin dipam ke dalam relau melalui tuyere. Besi yang terlebur akan mengalir keluar di mulut bahagian bawah relau seperti aliran lava. Hasil leburan ini kemudian dipecahkan ke saiz 4X6 cm sebagai jongkong yang didagangkan. Asosiasi sebegini lengkap dan masih in situ di sesebuah tapak peleburan besi seperti di Sungai Batu ini adalah yang pertama kali ditemui di negara ini. Malah Kedah Tua merupakan satu-satunya tamadun awal di dunia yang berasaskan ekonomi besi (Naizatul Akma dan Mokhtar, 2020b). Ini menunjukkan Kedah telah memulakan zaman 25

tamadun awal negara yang berasaskan industri besi. Kedah telah terkenal di dunia dengan pelbagai nama sejak pertengahan kurun ke-8 SM sebagai pembekal besi. Jongkong besi Kedah Tua menunjukkan tahap teknologi penduduknya adalah sangat tinggi kerana telah berjaya menghasilkan suhu api melebihi 10000C untuk membolehkan besi terlebur. Sehubungan itu perkembangan bumi sejak lebih 500 juta tahun telah memberikan limpahan sumber kepada Kedah Tua untuk menjadi pembekal jongkong besi dunia sejak abad ke-8 SM. Sumber utama bahan mentah bijih besi, sumber tanah liat untuk membuat peralatan peleburan relau dan tuyere, sumber untuk peleburan seperti kayu bakau, pasir dan bahan kapur kesemuanya melimpah taburannya di seluruh Kedah Tua. Perdagangan besi di KASB didapati disokong oleh pembinaan struktur senibina jeti pelabuhan, syah bandar dan ritual. Kesemuanya monumen dominan dibina daripada bata yang diperbuat daripada bahan tanah liat tempatan (Ratna Wati et al., 2020). Monumen Jeti Pelabuhan: Sebanyak 11 monumen yang terletak di kedua belah tebing Sungai Batu kuno dan juga di tebing tasik kuno (Rajah 5) menunjukkan ciri mempunyai senibina lantai, dinding, koridor, tangga, penambat tiang kapal dan laluan pejalan kaki (Mohd Hasfarisham, 2014; Mohd Hasfarisham et. al., 2020). Monumen ini telah mula dibina sejak 582 SM. Lantainya dibina dengan disusun 2-3 bata menjadi satu baris memanjang selari dengan tepi sungai atau tasik. Setiap baris bata lantai dipisahkan sekitar 15 cm yang bertujuan sekiranya air sungai naik maka ianya akan kering antara baris bata lantai. Struktur dinding pula dibina sebagai kawasan pemisah ruang antara struktur lantai utama dengan koridor. Ianya dibina dengan susunan bata meninggi sehingga menghasilkan 2 sehingga 12 baris susunan bata. Susunan dinding berkenaan berada di bahagian penghujung struktur lantai bangunan utama jeti yang bertentangan dengan arah masuk daripada sungai. Struktur koridor pula dibina dengan susunan bata secara rawak manakala tangganya terdiri sembilan baris bata yang disusun mencerun ke arah sungai. Bahagian paling hampir dengan gigi sungai ditemui struktur bulatan yang dicadangkan fungsi sebagai struktur penambat tiang kapal. Setiap monumen jeti ditemui pelapik tiang dan pecahan atap genting (Mohd Hasfarisham dan Mokhtar, 2022) yang menunjukkan jeti mempunyai bumbung. Pelapik tiang diperbuat daripada bata yang sekurang-kurangnya mempunyai dua bentuk sama ada bulatan atau segi empat. Kehadiran monumen jeti di KASB yang begitu kukuh pembinaaannya jelas menjadi prasarana penting kepada perdagangan besi Kedah Tua. Ini menjadikan KASB bukan sahaja sebagai kilang pengeluar jongkong besi dunia malah juga sebagai pelabuhan utama kepada Kedah Tua. Monumen Pengurusan Pelabuhan (Syahbandar): Rajah 5 menunjukkan terdapat 13 monumen bertanda “S” yang terletak di bahagian paling barat KASB yang mendedahkan bentuknya berbeza dengan jeti di mana didapati mempunyai ruang-ruang “bilik”. Lokasinya berada di bahagian belakang kepada monumen jeti yang mengadap ke sungai. Ini mencadangkan 13 monumen ini berfungsi sebagai bangunan pengurusan pelabuhan ataupun dikenali sebagai syahbandar (Ratnah Wati dan Mokhtar, 2019). Setiap ruang bilik dibezakan dengan ruang bilik yang lain berdasarkan adanya pengasingan dalam bentuk dinding atau berbeza ketinggian lantai dengan susunan batanya secara rawak tidak seperti lantai jeti yang tersusun berbaris. Malah ada lantai yang menggunakan pecahan bata. Usia monumen syahbandar yang terawal ialah 487 SM. Kewujudan monumen syahbandar jelas menunjukkan pelabuhan Kedah Tua di Sungai Batu adalah sebuah pelabuhan besar dan utama yang menjalankan perdagangan di peringkat global dan bersistem.

26

Monumen Ritual Sungai Batu: Senibina utama monumen ritual Sungai Batu ini didapati berbeza dengan mana-mana candi yang pernah direkodkan di Kedah Tua kerana ianya bermula dengan senibina bulatan. Ianya terdiri daripada struktur bulatan sekitar 10 m diameter, di atasnya dibina struktur segi empat sama (sekitar 5 X 5 m) yang berketebalan satu meter dan di atas sekali dibina struktur bulatan kecil sekitar satu meter diameter. Sekeliling senibina utama ini adalah ruang koridor yang menunjukkan keseluruhannya adalah merupakan satu kompleks peribadatan. Senibina bulatan asas telah dibina pada awal abad ke-2 Masihi manakala struktur segiempat sama dan bulatan kecil di atasnya dibina pada abad ke-8 Masihi sementara senibina koridor sekeliling struktur utama telah dibina daripada kurun ke-6 hingga 12 Masihi. Pentarikhan ini menunjukkan senibina bulatan utama telah jauh tersedia dan berfungsi sendiri lebih awal sebelum sekitar 400 tahun kemudiannya baharulah ada koridor dan 600 tahun kemudiannya baharulah dibina struktur empat segi sama di atasnya. Sekeliling bulatan utama ini ditemui 12 longgokan tembikar yang menunjukkan terdapatnya upacara ritual berlangsung. Lokasi monument yang terletak di tengah-tengah tanjong dengan bahagian utaranya mengadap terus ke tasik kuno dan Gunung Jerai mencadangkan ianya berfungsi sebagai ritual kepada Gunung Jerai iaitu amalan animism. Amalan ini berlangsung sekitar 600 tahun kemudiannya baharulah dibina struktur empat segi sama dan bulatan kecil di atasnya yang jelas merupakan stupa agama Buddha (Zolkurnian et al., 2011) Secara umumnya data terkini menunjukkan KASB adalah berfungsi sebagai kilang peleburan besi menghasilkan jongkong sejak 788 SM dan sebagai pelabuhan utama Kedah Tua. Hieraki sosial yang ditunjukkan di KASB mencadangkan telah wujud satu sistem pemerintahan atau kerajaan yang tersusun sebagai mewakili asal usul kerajaan Kedah Tua. Ianya telah berlangsung daripada abad ke-8 SM sehingga abad ke-13 M. Sungai Mas: Abad Ke-5 M – 17 M Sungai Mas terletak di kawasan Kota Kuala Muda yang lebih dipengaruhi oleh Sungai Muda berbanding Sungai Merbok untuk tapak-tapak yang lain di dalam Kedah Tua. Tapak Sungai Mas juga telah diinterpretasikan sebagai tapak pelabuhan entreport untuk Kedah Tua (Nik Hassan Shuhaimi, 1984; Leong, 1990; Kamarudin, 2004, Nuratikah dan Zuliskandar, 2018). Nuratikah dan Zuliskandar (2018) mencadangkan Sungai Mas bermula daripada abad ke-5 Masihi. Bukti sebagai pelabuhan entreport adalah berdasarkan khasnya kepada temuan seramik dan manik. Sungai Mas mendedahkan dengan banyak temuan seramik China daripada Dinasti Tang (681-960 A.D), Dinasti Song (960-1279 A.D), Dinasti Ming (1368-1644 A.D) dan Dinasti Ching (1644-1912). Selain seramik China juga ditemui seramik Belanda dan Asia Barat. Penemuan puluhan ribu manik kaca monokrom, manik kaca polikrom dan manik dari kawasan lain serta bahan mentahnya merupakan identiti kepada tapak Sungai Mas. Selain manik kaca, juga direkodkan penemuan manik batu, plastik dan manik mas. Sehubungan dengan itu Zuliskandar dan Kamarudin (2008) mencadangkan bahawa Sungai Mas berfungsi sebagai pusat pengeluaran manik Indo-Pasifik. Tapak 32 dan 33 juga jelas menunjukkan Sungai Mas juga mempunyai bukti monumen yang dikatakan candi. Malah kehadiran makara di monumen 32 jelas menunjukan ciri anutan Hindu dan dicadangkan ianya sebagai pusat pemerintahan ketika itu. Maka, secara umumnya Sungai Mas merupakan satu lagi pelabuhan Kedah Tua yang berfungsi daripada abad ke-5 – 17M yang juga sebagai kilang penghasilan manik Indo-Pasifik. Pengkalan Bujang: Abad 9M – 13 M Pengkalan Bujang mulai ditemui oleh Wales (1940) yang merekodkan enam tapak monumen iaitu tapak 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 (Jadual 1). Allens (1988) kemudiannya 27

merekodkan tapak 79, 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86 dan 87 juga berada di Kg Pengkalan Bujang. Walau bagaimanapun, tiada laporan ekskavasi untuk kesemua tapak yang direkodkan oleh Allen (1988). Theresa Leong Sau Heng telah berjaya menyiapkan tesis sarjana di UM berdasarkan kajian seramik di Pengkalan Bujang. Sehubungan itu Leong (1973) telah mencadangkan Pengkalan Bujang berfungsi sebagai sebuah pelabuhan entreport berdasarkan timbunan seramik yang ditemui.

Jadual 1: Monumen Hindu-Buddha di tapak Pengkalan Bujang Monumen Keadaan Semasa 18 Telah musnah sepenuh

19

Baik. Direkonstruksi semula oleh JMA pada 1974

20

Telah musnah sepenuh

21

Telah dpindah dan direkonstruksi semula di Bukit Batu Pahat oleh JMA

22

Baik. Direkonstruksi semula oleh JMA pada 1974

23

Baik

Data Monumen i. dibina daripada bata dan laterit ii. ada pelapik tiang ii. orientasi Utara-Selatan iii. bilik berhimpun keluarga diraja i. vimana mandapa yang berbentuk segi empat tepat dan dibina daripada bata ii. candi anutan Hindu iii. tempat tinggal para bhiksu (pendeta agama) Mohd Supian (2002) iv. kurun ke-9M (Zuliskandar, 2016) i. dibina daripada bata ii. banyak seramik Sung i. Pada tahun 1974, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melakukan ekskavasi di tapak ini dan mendedahkan monumen bersaiz 6.5 x 3.0 meter daripada bata. ii. didapati berpasangan dengan tapak Candi 22. iii. Candi Buddha iv. Relatif kurun ke-9 – 10 M v. menghadap utara tetapi mengarah ke arah barat laut. i. vimana mandapa yang diperbuat daripada bata. ii. banyak seramik Sung. I iii. candi Buddha iii. kurun ke-9-10 Masihi. i. dibina daripada bata ii. Candi Hindu iii. Pentarikhan OSL terhadap bata tapak 23 memberikan tarikh tahun 1110, iaitu awal kurun ke-12 M.

Rujukan Wales (1940)

Wales (1940)

Wales (1940) Wales (1940)

Wales (1940)

Wales (1940) Azman et. al. (2018)

Maka, secara umumnya Pengkalan Bujang lebih menyerlah dengan sebagai pusat ibadat Hindu dan Buddha di samping sebagai pelabuhan yang lebih kecil daripada Sungai Batu dan Sungai Mas pada abad ke-9-13 M.

28

Bukit Batu Pahat: Abad Ke-11 M – 13 M Bukit Batu Pahat terletak di lokasi Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang mula beroperasi pada 1980 yang mempamerkan bukti tamadun awal di Lembah Bujang. Terletak di topografi tinggi di kaki Gunung Jerai. Semasa survei awal pada tahun 1936-1937, Wales (1940) telah menemui sebuah tapak monumen yang dikenali sebagai tapak Candi Bukit Batu Pahat (tapak 8) terdiri daripada bahagian vimana-mandapa yang bersambung, dan dibina daripada pebel sungai dan blok granit. Blok granit diperolehi daripada singkapan granit di Sungai Batu Pahat yang berhampiran tapak Wales (1940) merekodkan penemuan dua buah relikuari yang diperbuat daripada batuan granit tanpa penutup, serta ada bahagian kaki candi yang diperbuat juga daripada blok granit. Wales (1940) mencadangkan Candi 8 ini merupakan tempat ibadat agama Hindu dan berusia kurun ke-7–8 Masihi. Lamb (1980) telah meneruskan kajian di tapak 8 pada 1959-1960 dengan merekodkan terdapat 40 pelapik tiang di vimana dan 28 di mandapa yang menunjukkan ianya berbumbung dan mencadangkan berbumbung atap nipah kerana tiada penemuan atap genting. Supian (2002) juga bersetuju ianya candi Hindu berdasarkan penemuan artifak peripih. Supian juga ada melakukan ekskavasi di tapak 8a dan 8b pada tahun 1990-an Secara umumnya ramai sarjana mengatakan ianya mewakilli candi kurun ke-12 -13 Masihi. Pentarikhan OSL oleh PPAG, USM terhadap bata di tapak 8b telah memberikan tarikh kronometerik tahun 1010 M. Selain tapak 8 yang in situ, kawasan Bukit Batu Pahat ini juga dijadikan kawasan bina semula monumen candi yang dipindahkan iaitu tapak 16 (asal di Kampung Pendiat), 21 (asal Pengkalan Bujang) dan 50 (asal Kampung Bendang Dalam). Pindahan dan bina semula ini dilakukan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sekitar tahun 1970-an. Tapak 16 direkodkan sebagai candi Hindu pada abad ke-11 M manakala candi 50 juga candi Hindu tetapi pada kurun 12-13 M (Wales 1940). Ini menunjukkan lokasi Bukit Batu Pahat dipilih menjadi kawasan peribadatan agama Hindu pada abad ke-11-13 M. Tapak Relau Peleburan Besi Sepanjang Sungai Muda: Abad Pertama SM – 15 M Pemetaan sepanjang Sungai Muda sehingga ke Tasik Muda di sempadan KedahThailand sejak 2010 telah merekodkan lebih 30 tapak yang dipermukaaannya ada mendedahkan fitur membulat yang berkemungkinan adalah mulut relau. Sehingga kini sebanyak 7 lokasi (Rajah 4) telah diekskavasi (Norhidayahti et. al., 2019) iaitu Kg. Lubok Machang, Kuala Ketil (Abad Ke-9-11 M), Kg Bukit Terabak, Bukit Selambau (Abad Ke-6-8 M), Kg Chemara, Kg. Sungai Perahu, Kg Gading dan Kg Kalau, Jeniang (Abad Pertama SM – 13M), dan Kg. Padang Chicak, Sik (Abad Ke-12-15 M) yang kesemuanya mendedahkan relau-relau peleburan besi. Ini menunjukkan terdapat industri peleburan besi hampir sepanjang Sungai Muda. Hulu Sungai Muda berakhir di sempadan Kedah-Thailand dan bertentangan dengan hulu Sungai Pattani dan Sungai Thepa di Thailand yang mengalir keluar ke Teluk Siam. Survei di kedua-dua tebing sungai juga telah mula menemui fitur-fitur membulat dipermukaan yang juga berkemungkinan relau. Sekiranya ini benar maka berkemungkinan besar ini adalah laluan alternatif kepada Selat Melaka untuk ke Teluk Siam dan sebaliknya melalui daratan. Ini juga mungkin berkait dengan istilah laluan penarikhan malah berkemungkinan besar sebagai “laluan besi” dalam perdagangan dunia di laluan sutera. Rumusan Bumi Kedah merupakan negeri terawal terbentuk khasnya di Langkawi dan Kuala Muda-Yan. Perkembangan bumi sejak lebih 500 juta tahun dahulu di Kuala Muda-Yan telah menyediakan kemudahan dan prasarana untuk menjadi kawasan terawal bertamadun berasaskan industri besi. Hasil kajian arkeologi terkini jelas mendedahkan Kedah adalah negeri terawal bertamadun di negara ini bermula di KASB sejak abad ke-8 SM sebagai permulaan kepada kerajaan Kedah Tua. Pada masa tersebut masyarakatnya berada pada tahap teknologi 29

yang tinggi kerana telah boleh melebur besi. Mereka berdagang jongkong besi dengan hampir seluruh dunia sehinggakan dunia mengenali Kedah Tua sebagai pelabuhan pembekal besi. KASB juga mendedahkan monumen jeti pelabuhan, syahbandar dan ritual. Pusat perdagangan awal ini telah berlangsung daripada abad ke-8 SM sehingga abad ke-13 M. Selepas hampir 1000 tahun di KASB, pada abad ke-5 M baharulah muncul pelabuhan entreport kedua Kedah Tua di Sungai Mas yang menonjol dalam menghasilkan manik Indo-Pasifik. Pelabuhan entreport Sungai Mas telah berlangsung daripada abad ke-5 M hingga ke 17 M. Sekitar abad ke-9 M hingga ke-13 M muncul pula pelabuhan Pengkalan Bujang yang menonjol dengan jumpaan seramik China. Semasa abad ke-11-13 M juga mendedahkan Bukit Batu Pahat telah dibangunkan sebagai pusat peribadatan Hindu. Kajian di Sungai Muda sehingga ke bahagian hulunya pula telah menemui begitu banyak relau peleburan besi bertaburan yang sehingga kini dipertarikhan bermula sejak abad pertama SM sehingga abad ke -15 M. Ini menggambatkan keluasan kerajaan Kedah Tua adalah melebihi 1000km2. Data ini menunjukkan Kedah adalah negeri tertua di negara ini daripada aspek geologi dan arkeologinya. Rujukan Allen, S.J., 1988, Trade, transportation and tributaries exchange, agriculture and settlement distribution in early historical period Kedah, Malayisa, Tesis Phd, University of Hawaii (Tidak diterbitkan). Andaya, A. L., 2008, Leaves of the same tree: trade and ethnicity in the Straits of Melaka, University of Hawaii Press. Azman Adam, Nasha Rodziadi Khaw, Mokhtar Saidin. 2018. Pengkalan Bujang Sebagai Pusat Perdagangan Kedah Tua: Analisis Berdasarkan Seramik China. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11 (2):151-168. Braddell, R., 1989, Notes of Ancient Time in Malaya. Monograph Malaysian Branch of Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, Che Aziz Ali, Hamzah Mohamad dan Nor Khairunnisa Talib, 2019, Warisan Geologi, DALAM Mokhtar dan Ibrahim (ed), Jerai GeoparkL Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi, 1968, Penerbit USM. Cowell, E., 1957, The Jataka or Stories of the Buddha's Former Births (translated from the Pali by various hands), Six volumes. London: Luzac & Co. Hoogervorst, T., 2013, Southeast Asia in the ancient Indian Ocean world, 2580, BAR International Series. Hoyland, R. G. dan Gilmour, B., 2006, Medieval Islamic Swords and Swordmaking. Gibb Memorial Trust. Hutchinson, C. S. dan Tan, D.N.K., 2009, Geology of Peninsular Malaysia, University Malaya. Jacq-Hergoualc'h, Michel. 2002. The Malay Peninsula: crossroads of the maritime silk road (100 BC1300 AD). Leiden: Brill. Kamarudin Zakaria. 2004. Penyelidikan Arkeologi Sungai Mas, Kedah. Jurnal Arkeologi Malaysia: 17. Lamb, A., 1980, The Kedah Casket, A Review Of Its Contents. DALAM Persatuan Sejarah Malaysia (ed.), Lembah Bujang The Bujang Valley, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.

30

Leong Sau Heng. 1993, Ancient Trading Centre In Malay Peninsular, Jurnal Arkeologi Malaysia, 6.1990. Collecting centres, feeder points and entrepots in the Malay Peninsula, 1000 B.C – A.D 1400. DALAM Khatirithamby, W. dan Villears, J (eds) The Southeast Asia Port and Polity, Rise and Demis, Singapore University Press. 1973, A Study Of Ceramics Deposit From Pengkalan Bujang, Kedah, Tesis Sarjana, Universiti Malaya. Low J., 1848, An Account Of Several Inscriptions Found In Province Wellesley On The Peninsula Of Malacca. Journal of The Asiatic Society of Bengal, Baptist Mission Press, Calcutta, 18(2) 1949, On An Inscription From Keddah, Journal of Asiatic Society of Bengal, 18(1). Maziar Mozaffari Falarti, 2014, Malay kingship in Kedah: religion, trade and society, Lexington. Mokhtar Saidin, 2019, Archaeology & Community: A Case Study from the Sungai Batu Site in Malaysia, Sophia Journal of Asian, African, and Middle Eastern Studies, 37:17-30. Mokhtar Saidin dan Ibrahim Komoo, 2019, Jerai GeoparkL Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi, Penerbit USM. Mokhtar Saidin, Jaffrey Abdullah, Jalil Osman dan Azman Abdullah, 2011, Issues and problems of previous study in Bujang Valley and the discovery of Sungai Batu, DALAM Chia,S dan B W Andaya (eds) Bujang Valley and early civilizations in Southeast Asia, National Heritage Department, Kuala Lumpur. Mohd Hasfarisham Abd. Halim and Mokhtar Saidin, 2022, Teknologi pembuatan atap genting struktur monumen jeti dan syahbandar Kompleks Arkeologi Sungai Batu: Interpretasi awalan berdasarkan analisispetrografi, belauan sinar-X (XRD) dan pendarfluor sinar-X (XRF), Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 10(1):71-85. Mohd Hasfarisham Abd Halim, Nurashiken Ahmad dan Mokhtar Saidin, 2020, Struktur senibina jeti SB1K, Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah, DALAM Chia S dan Velat Bujeng (eds) Arkeologi Malaysia: Sejarah, warisan dan kebudayaan, DBP, 169-191. Mohd Hasfarisham Abd Halim, 2014, Ekskavasi Tapak Senibina Jeti SB2E, SB1H, SB1J, SB1K dan SB1L, di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia. Naizatul Akma Mokhtar dan Mokhtar Saidin, 2020a, The iron smelting technology of the Bujang Valley, Malaysia, DALAM Lewis, H.(ed) Material Culture and Heritage, Papers from the Fourteenth International Conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists EurASEAA14, Archaeopress Publishing Ltd, 2:41-53. 2020b, Isu dan masalah perkembangan besi di Malaysia dan bukti industri besi di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah, DALAM Chia S dan Velat Bujeng (eds) Arkeologi Malaysia: Sejarah, warisan dan kebudayaan, DBP, 192-216. 2018, Sumbangan Lembah Bujang Terhadap Industri Besi di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 11, bil. 2 Julai 2018. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1984. Art, Archaeology and the Early Kingdom in the Malay Peninsula and Sumatra: c 400-1400 A.D. Tesis PhD, University of London. Norhidayahti Mohd Muztaza, Ahmad Fadly Jusoh, Mokhtar Saidin dan Hmazah Mohamad, 2019, Aplikasi teknik XRD dan XRF dalam kajian relau jeniang, DALAM Suresh Narayanen, Nasha Rodziadi Khaw dan Mokhtar Saidin (eds), 2019, Arkeologi Kedah 31

Tua: Sumbangan data terkini dari perspektif warisan, seni dan budaya, Koleksi Kertas kerja Seminar Arkeologi Kebangsaan Ke-4, Penerbit Pusat Penyelidikan Arkeologi Global & Pihak Berkuasan Pelaksanaan Koridor Utara, 99-117. Nuratikah Abu Bakar & Zuliskandar Ramli, 2018, Sungai Mas sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan utama di Lembah Bujang berdasarkan data arkeologi, Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2 (1): 197-212. Ratna Wati Mohd Rapi, Ahamd Fadly Jusoh dan Mokhtar Saidin, 2020, Mineralogical and geochemical properties of bricks from Sungai Batu monuments, Bulletin of Geological Society of Malaysia. Ratnah Wati Mohd Rapi dan Mokhtar Saidin, 2019, Keistimewaan struktur senibina pengurusan pelabuhan Kompleks Sungai Batu, DALAM Suresh Narayanen, Nasha Rodziadi Khaw dan Mokhtar Saidin (eds), 2019, Arkeologi Kedah Tua: Sumbangan data terkini dari perspektif warisan, seni dan budaya, Koleksi Kertas kerja Seminar Arkeologi Kebangsaan Ke-4, Penerbit Pusat Penyelidikan Arkeologi Global & Pihak Berkuasan Pelaksanaan Koridor Utara, 33-45. Rostoker, W. dan Bronson, B. (1990) Pre-Industrial Iron: Its Technology and Ethnology. Archeomaterials Monograph No. 1. Philadelphia, Pennsylvania. Siti Azizah Mohd Nor, Suhaila Ab. Hamid, Mokhtar Saidin, Mohd Zulhafiz Said dan Shyeh Sahibul Karamah Masnan, 2019, Warisan Biologi dan budaya, DALAM Mokhtar dan Ibrahim (ed), Jerai GeoparkL Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi, 139-169, Penerbit USM. Supian Sabtu, 2002, Tamadun Awal Lembah Bujang, Dewan Bahasa dan Pustaka. Takakusu, J., 1896, A Record of The Buddhist Religon as Practised in India and the Malay Archipelago (A.D. 671– 695) By I-Tsing. Oxford at the Clarendon Press. Wales, Q. H. G., 1940, Archaeological Research on Ancient Indian Colonization in Malaya. of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Studies, Printers Limited, Singapore, 19. Wheatley, P., 1961, The Golden Khersonese. Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Wheeler, M., 1959, Early India and Pakistan to Ashoka. Frederick A. Praeger, New York. Zolkurnian Hassan, Stephen Chia dan Hamid Mohd Isa, 2011, Survey and Excavation of an Ancient Monument in Sungai Batu, Bujang Valley, Kedah, Malaysia. DALAM Stephen Chia dan Andaya, B. W. (eds), Bujang Valley and Early Civilisations in Southeast Asia. Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia. Zuliskandar Ramli & Kamarudin Zakaria. 2008. Penemuan Manik di Lembah Bujang, DALAM Nik Hassan Shuhaimi (ed) Lembah Bujang dari Perspektif Arkeologi dan Pelancongan, Institut Alam Dan Tamadun Melayu, UKM.

32

Kedatangan Islam ke Kedah: Satu Penelitian Ulang Farid Mat Zain, PhD Pusat Kajian Bahasa Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM [email protected] ABSTRAK1 Sejauh yang dapat ditelusuri, kajian terhadap sejarah kedatangan Islam ke Kedah telah dilakukan oleh beberapa orang sarjana tempatan; Ahmad Jelani Halimi (1998) dan Wan Shamsuddin Mohd Yusof (1998) dan Ismail bin Salleh (1987). Daripada penulisan yang dilakukan terdapat beberapa aspek yang mungkin boleh ditambah baik dengan penelitian semasa yang dilakukan. Makalah ini bertujuan untuk mengupas semula sejarah kedatangan Islam ke Kedah bersesuaian dengan beberapa penelitian baru yang dihasilkan. Tumpuan khusus akan diberikan kepada siapa yang mula-mula menyebarkan, bagaimana bentuk penyebaran dan hasil atau kesan daripada dakwah yang disampaikan. Berdasarkan bahan yang sedia ada makalah ini akan memanfaatkan kajian dan penulisan baru yang dihasilkan. Pendahuluan Perbincangan tentang apakah agama atau kepercayaan yang dipegang oleh orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih belum muktamat. Kajian mengenai Islam yang dipegang oleh orang Melayu juga seperti yang disebut oleh Lombard (Lombard, 2001; S.Q Fatimi, 1963) masih tidak banyak dan usahanya lewat dilakukan. Dalam konteks kajian sarjana tempatan ada pendapat mengatakan orang Melayu tidak beragama atau berpegang dengan paganisme. Pendapat lain pula mengatakan orang Melayu berpegang kepada Hindu Budha dan ada juga pendapat yang hanya segelintir golongan sahaja beragama Hindu Budha sementara yang lain tidak beragama (S.Q Fatimi, 1963; SMN al-Attas, 1972). Abdul Rahman Abdullah bersetuju bahawa sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu umumnya berpegang kepada anamisme. S.M.N al-Attas pula tidak sependapat dengan pandangan tersebut. Al-Attas yang melihat kedatangan agama Islam ke timur sebagai satu perubahan atau yang dikenali sebagai zaman moden, menyatakan bahawa” Hinduism, as the people of the Archipelago practiced it, was a superstructure maintained by the ruling group above an indifferent community. The community’s participation in Hinduism was a necessary influence from above; the religion was imposed on the community by the authority of the ruling group”. Selepas merdeka, dibentuk kumpulan penyelidikan berkaitan dengan sejarah Malaysia termasuk penyelidikan berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam. S.Q Fatimi antara penyelidik yang termasuk dalam kumpulan penyelidikan tersebut membuat perubahan terhadap beberapa paradigma sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Beliau membahagikan tempoh kajian terhadap Islam di Alam Melayu kepada dua tahap dengan menjadikan tahun 1883 sebagai pembahagi antara kedua tahap tersebut. Tahun 1883 dikaitkan dengan kajian mengenai Islam di alam Melayu yang dilakukan oleh Snouck Hurgronje, seorang tokoh sejarawan Belanda yang dilantik sebagai penasihat agama kepada kerajaan Belanda. Beliau tidak menolak kefahaman sebelum ini yang berpendapat Islam datang ke alam Melayu dari Arab, namun beliau berpendapat bahawa faktor India memain peranan penting sebagai salah satu subjek yang perlu diberi perhatian ketika membincangkan mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu. Justeru S.Q Fatimi membawa pelbagai bukti untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam datang ke alam Melayu ini adalah pengaruh langsung dari India. 1

Makalah disediakan untuk Seminar Sejarah Kedah, 5-6 September 2022, anjuran Perpustakaan Negeri Kedah.

33

Kedatangan Islam ke Kedah Menyentuh persoalan kedatangan Islam ke Kedah, pelbagai pendapat dikemukakan oleh sejarawan. Terdapat sejarawan mengatakan Islam datang ke Kedah tidak berapa jauh tempoh masanya dengan zaman Rasulullah dan zaman sahabat iaitu abad pertama Hijrah atau ketujuh Masihi. Ramai yang berpendapat Islam datang ke Kedah sama tempoh masanya dengan kawasan alam Melayu yang lain iaitu pada abad ke-15 Masihi. Ini selari dengan pendapat S.Q Fatimi yang mengatakan Islam tidak pernah sampai ke Tanah Melayu sebelum tahun 1297 (S.Q. Fatmi 1963: 6). Dari segi orang yang membawa Islam dan bentuk penyebaran yang dilakukan juga adalah pelbagai. Kedah merupakan negeri yang terawal muncul di alam Melayu dan dilaporkan dalam banyak sumber. Menurut Ptolemy, Kedah merupakan pintu gerbang bagi jalan laut antara semenanjung Tanah Arab dan China. Ia juga merupakan pusat perniagaan jadam, kapur barus, kayu gaharu, gading gajah, bijih timah dan kayu cendana (Wan Hussein 1987: 8). Pelabuhan Kedah merupakan pelabuhan transit yang maju disinggahi oleh kapal dagangan dari Lautan India dan gugusan Pulau Melayu. Seorang kaji alam (Naturalist) Belanda Linschoten (A.D 1598) pepper of Kedah dan juga wine dibuat daripada pokok Nipah (Nipah palm) (Annual Report:5) Kedah dikenali oleh pelayar Arab sebelum kedatangan Islam lagi. “Qalah atau Qalha” disebut dalam catatan pelayaran sebelum Islam lagi. Sejarawan menyebut bahawa, sebelum kedatangan Islam sudah ada beberapa pedagang melalui perairan Kedah menuju ke timur. Kedatangan pedagang ke rantau ini berterusan sehingga kedatangan Islam. Kedah disebutkan menjadi pelabuhan maju sezaman dengan pelabuhan Siraf dan Zabaj. Menurut al-Tarikh Salasilah Qalha sebuah pemerintahan yang kuat yang bergabung dengannya Kuala Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah dan Kuala Bara. Khoo Kay Kim berpendapat Islam datang ke Kedah lebih awal dari Melaka. Menurut al-Tarikh Salasilah, kedatangan Islam ke Kedah pada tahun 531 Hijrah bersamaan dengan 1269 Masihi. Al-Tarikh Salasilah menyebut lagi Islam diterima oleh Maharaja Durbar Raja iaitu Maharaja Kedah yang kesembilan. Kajian mengenai kedatangan Islam Kedah dilakukan juga oleh R.O Winstedt. Beliau menyatakan Kedah menerima Islam pada 1474. Menurut Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Winstedt lebih cenderung terhadap bahan Aceh apabila menyebut mengenai Islam di Kedah pada 1474. Wan Shamsuddin Mohd Yusof juga menolak pandangan Winstedt dan ia berpegang kepada pendapat bahawa Kedah dikenali sejak awal lagi dan pada abad kesembilan sudah ramai pedagang Islam dari Timur Tengah menjalankan perniagaan mereka di pelabuhan Kedah (Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 1996: 3). Ada dua sumber utama yang dijadikan sandaran oleh pengkaji apabila mengkaji mengenai Islam di Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (TS). Wan Shamsuddin Mohd Yusof menyatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sumber sejarah Kedah yang boleh dipercayai. Hikayat ini membicarakan mengenai asal usul negeri Kedah dan sejarah perkembangan yang berlaku, di samping turut membincangkan mengenai Islam di Kedah. Dalam HMM, baginda Raja Kedah diislamkan oleh seorang ulama dari Yaman iaitu Sheikh Abdullah al-Yamani. Hikayat ini menyatakan: “Maka kata Phra Ong Mahawangsa, jikalau demikian hendaklah tuan hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu. Demi didengar oleh Sheikh Abdullah akan perkataan Raja itu lalu dipeluk leher lalu diciumnya tubuh Raja itu serta duduk berkata-kata. Seketika diajarkannya kalimah shahadat demikian bunyinya, ashhadu an la ilaha illallah wahdahu la sharika lahu wa ashhadu anna Muhammadan abduhu wa Rasuluh”. Maka Raja Phra Ong Mahawangsa mengucaplah dua kalimah shahadat serta bertitah suruh ambil tempayan araknya buangkan ke tanah hingga sekeliannya habis.

34

Phra Ong Mahawangsa memeluk agama Islam (di istana Kota Bukit Meriam, daerah Kuala Muda) dan memakai gelaran Sultan Mudzaffar Shah. Selepas pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa keluarga baginda iaitu isteri-isteri baginda dan segala pembesar raja yang lain turut menerima Islam. HMM menyebutkan: “Maka baginda pun menyuruh datang segala isterinya dengan segala gundiknya. Maka Shaykh Abdullahpun mengajarlah kalimah shahadat, habislah sekalian perempuan di dalam kota itu diajarkannya. Maka sekaliannya pun habislah membawa agama Islam.” Al-Tarikh Salasilah satu lagi sumber mengenai sejarah Kedah. Ia ditulis pada 1927 oleh Muhammad Hassan bin Tok Kerani Muhammad Arshad, kerani rahsia Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menurut Mohd Zahid (1968: XXV) HMM merupakan sebuah hikayat yang mempunyai unsur khayalan yang pada sesetengah tempat tidak munasabah pada akal dan ini menjadikan HMM merupakan buku yang lemah untuk digunakan sebagai bahan rujukan sejarah. Justeru Mohd Zahid berpendapat al-Tarikh Salasilah lebih kuat untuk diguna sebagai rujukan salasilah negeri Kedah. HMM dan TS menyebut bahawa seorang ulama datang dari Yaman sebagai orang yang mengislamkan Raja Kedah. TS menyatakan bahawa pengislaman Raja Kedah itu berlaku pada tahun 531 Hijrah dan jika dikira dengan tahun Masihi ia bersamaan dengan 1136 Masihi (al-Tarikh, 1968:26). Namun menurut al-Tarikh Salasilah, Raja Kedah yang pertama memeluk Islam itu bukan Phra Ong Mahawangsa tetapi sebaliknya ialah Maharaja Durbar Raja. Setelah memeluk Islam baginda telah menukar nama kepada Sultan al-Muzaffar Shah. Al-Tarikh Salasilah menyebutkan: “sebermula tersebutlah seorang pendita daripada bangsa Arab bernama Tuan Sheikh Abdullah bin Tuan Sheikh Ahmad bin Tuan Sheikh Ja’afar Qaumiri keluar daripada Negeri Shahrir yang di bawah perintah Yaman belayar dengan sebuah baghlah bersama-sama dengan sebelas orang kawannya. Maka dalam tahun Hijrah 531 sampailah baghlah Tuan Sheikh Abdullah itu ke negeri Qalha. Maka Tuan Sheikh Abdullah pun masuk mengadap Seri Paduka Maharaja Durbar Raja dan segala Menteri-menterinya mengikut jalan ugama Islam” (al-Tarikh Salasilah, 1968:26). Tarikh 531/1136 Masihi disokong oleh sejarawan tempatan, antaranya ialah Ismail Haji Salleh (1987). Beliau antara sejarawan tempatan terawal menulis mengenai kedatangan Islam ke Kedah. Beliau menambah lagi bahawa pada tahun 1982 bertemu orang sebiji bedana tembikar penuh duit syiling emas beratus keping duitnya bertulis “Muhammad Shah” dan di sebelah lagi bertulis “al-Sultan al-Adil”. Duit syiling tersebut ditemui di Pulau Langkawi. Duit itu merupakan duit Kedah yang digunakan sebelum tahun 1236. Beliau menambah lagi pada zaman ayahanda Sultan Muhamad Shah iaitu zaman Sultan Muazam Shah (1179-1201) seorang “fakir” menulis “Hikayat Merong Mahawangsa” dengan tulisan jawi. Winstedt dalam History of Kedah dan Notes on the History of Kedah menyebut Raja Kedah memeluk Islam pada 1474 Masihi. Beliau sandarkan pendapatnya daripada sumber Aceh. Di samping itu beliau mengaitkan dengan sejarah Melayu yang menyebut bahawa Raja Kedah datang ke Melaka untuk minta nobat daripada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka terakhir, Sultan yang dihalau keluar oleh Portugis pada 1511 dan meninggal pada 1513 A.D. Pendapat ini diterima oleh beberapa orang sejarawan termasuk Adi Taha (1991:27). Tarikh pengislaman Kedah pada tahun 1474 ditolak sejarawan tempatan dan pengkaji lain yang melakukan kajian kemudiannya. Mereka berpendapat Kedah menerima Islam lebih awal daripada itu. Sebelum raja Kedah menerima Islam, disebut bahawa Kedah didatangai oleh beberapa individu atau kumpulan pendakwah, mubaligh dan pedagang Islam dari Arab. Winstedt turut bersetuju bahawa orang Arab datang ke Kedah sejak abad kesembilan Masihi lagi. Wan Shamsuddin Mohd Yusof mengakui sumber bertulis dan penemuan carigali oleh pihak arkeologi di sekitar Lembah Bujang, Merbok dan Sungai Mas kebelakangan ini 35

mendedahkan bukti bahawa dakwah Islamiah telah berlangsung di negeri Kedah sejak abad kesepuluh Masihi lagi. Beliau merujuk kepada penemuan artifak iaitu sebuah inskripsi berbentuk sekeping batu yang tertulis aksara Arab di temui di Tupah berhampiran Gunung Jerai. Inskripsi ini mencatatkan nama tokoh dan tarikh iaitu “Ibn Sirdan 214 Hijrah” (829/830 Masihi). Menurut pengarah arkeologi, Muzium Negara pada masa itu Encik Kamarudin Zakaria artifak ini membuktikan adanya tokoh Islam Timur Tengah yang mengembara untuk tujuan mengembangkan syariat Islam di negeri Kedah. Wan Shamsuddin Mohd Yusof menyatakan perkampungan Islam sudah wujud di Kedah sejak abad ke-10 Masihi. Kenyataan tersebut dibuktikan dengan penemuan sepasang batu nisan purba ditemui yang tertulis “Sheikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah. Pada batu nisan tersebut tertulis Tarikh meninggal dunia ialah 291 Hijrah (Januari 904) di Langgar, Kedah. Wan Shamsuddin Mohd Yusof mengaitkan Langgar yang menjadi lokasi ditemui batu nisan tersebut sebagai tempat permulaan sistem Pendidikan Pondok yang dikenali dengan Langgar sehingga sekarang ini (Mohamed Mustafa Ishak dkk, 2004:1) Justeru Islam datang dan diperkenal kepada masyarakat Kedah dipercayai sejak abad ke-9 lagi dan kemungkinan penerimaan Islam secara rasmi oleh pemerintah berlangsung pada abad ke-15 Masihi. Selain itu, batu bersurat paling tua di Aceh iaitu batu nisan dari kubur Ratu Iman di Minye Tujuh yang bertarikh 1380 Masihi juga menyebut tentang Islam di Kedah. “Hijrat Nabi Mustafa yang Prasida Tuhuh ratus astha puluh sawarsa Haji catur dan dasa vara sukra Raja Iman Marda Rahmat Allah Gusta barubasa empu Kedah Pasai ma Taruk tasih tanah samuha Taruh dalam swarga tatuha” Menurut Ismail Haji Saleh “Gusta barubasa empu Kedah Pasai ma” bermaksud keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah dan Pasai. Merujuk kepada Aceh yang mengusai Kedah dan Pasai pada 1308 tersebut. Sebaik memeluk Islam, baginda Sultan secara berperingkat meninggalkan amalan tradisi seperti meminum minuman keras dan pemujaan patung berhala yang menjadi amalan tradisi sebelumnya. Disebutkan baginda sultan memerintah supaya dikumpulkan semua kendi tempat minuman keras dan dengan tangannya sendiri memecah dan menumpahkan seluruh isinya ke tanah. Kemudian beliau memerintahkan semua patung dikeluarkan dari istana; patung emas, perak, tanah dan kayu ditumpuk di hadapannya dan semuanya dihancurkan berkeping-keping oleh Sheikh Abdullah dengan padang dan kapak, lalu kepingan-kepingan itu dibakar. Sheikh memohon kepada raja mengumpulkan kaum wanita dari benteng dan istana, ketika mereka semua berkumpul di hadapan raja dan Sheikh, mereka pun menerima doktrin Islam. Sheikh seorang yang sangat tinggi akhlaknya, memiliki daya tarik yang luar biasa, sopan dan lemah lembut bahasanya, sehingga dia memikat hati seluruh istana. Hubungan baik Kedah dengan Aceh dan Patani di samping kedudukan wilayah yang berdekatan menyemarakan lagi perkembangan Islam di Kedah. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa mencatatakan mengenai hubungan baik antara kedua-dua kerajaan ini. Disebutkan bahawa selepas Kedah menerima Islam, sultan Aceh mengirim dua buah kitab iaitu Sirat al-Mustaqim dan Bab al-Nikah karya Sheikh Nuruddin al-Raniri untuk dikaji dan dipelajari (Siti Hawa Haji Salleh, 1991:132). Aceh merupakan kuasa Islam berpengaruh pada 36

abad ke-16 dan lahir ramai ulama besar yang memain peranan dalam perkembangan Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkili. Kedah menjadi destinasi pilihan sebagai tempat tumpuan orang Islam selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ramai pedagang Islam memilih Aceh dan Patani termasuk pelabuhan penting sekitarnya sebagai tempat perdagangan mereka. Memandangkan Kedah berada di antara dua kuasa ini, maka ia tidak terlepas daripada dikunjungi pedagang tersebut. Al-Mas’udi (m. 877 Masihi) melaporkan bahawa terdapat seramai 10,000 atau 20,000 orang pedagang dan saudagar yang kebanyakan orang Islam (Arab dan Parsi) bermastautin di Canton telah berpindah ke Kedah untuk mencari perlindungan ekoran daripada pemberontakan yang berlaku di wilayah selatan China itu. Dengan kedatangan pedagang Islam menyebabkan agama Islam semakin berkembang. Serentak dengan itu terdapat ramai pedagang Arab dari Hadramaut singgah dan menetap di penempatan masyarakat Melayu menyebabkan Islam semakin subur. Dalam The Cambridge History of Asia (1992:559) menyebut bahawa perkembangan Islam di rantau Melayu dikembangkan oleh golongan keturunan Sayyid. Hal ini turut berlaku di Kedah yang mana kedatangan orang Arab telah menjadi faktor penting terhadap perkembangan Islam. Profesor Dr. Mahayudin Yahaya menyebutkan bahawa orang Arab datang ke Tanah Melayu sebelum Islam lagi tetapi selepas Islam ia menjadi semakin ramai. Kebanyakan mereka ini adalah pedagang. Selepas kejatuhan Baghdad (1258) pusat perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Aden, sebelah selatan Semenanjung Tanah Arab. Sejak itu Aden menjadi jambatan yang menghubungkan Semenanjung Tanah Arab dengan negeri rantau Asia Tenggara dan Timur Jauh. Tegasnya lagi akibat daripada kejatuhan Baghdad dan kemunculan Aden sebagai pusat perdagangan yang utama di Asia Barat menyebabkan ramai bukan sahaja pedagang malah ahli agama dari beberapa buah negara yang berhampiran dengan Aden terutama dari Hadramaut dan Arabia datang berhijrah ke Alam Melayu. Ramai di kalangan tokoh agama ini adalah ahli tasawuf. Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, Mufti Pertama Kedah (m. 1782). Wali Allah ini merupakan datuk kepada pengarang termasyhur alam Melayu iaitu Syeikh Abdul Samad al Falembani (Pengarang Kitab Hidayatus Salikin & Sairus Salikin ) Nama lengkapnya ialah Syeikh Abdul Jalil Bin Syeikh Abdul Wahhab Bin Syeikh Ahmad al-Mahdani dan beliau berasal dari San’a, Yaman. Nama-nama lain untuk beliau ialah Syeikh Abdullah dan Syeikh Abdur Rahman. Syeikh Abdul Jalil al Mahdani belayar dari San'a, Yaman ke Palembang, Indonesia sekitar penghujung abad ke 17. Setelah enam bulan berada di Palembang, beliau berangkat ke Tanah Jawa bersama muridnya Tengku Muhammad Jiwa Bin Sultan Abdullah - Anak Sultan Kedah Ke 21. Beliau menyebar Islam di Pulau Jawa tidak lama, lalu berangkat pula ke India. Muridnya yang berasal dari Kedah itu juga mengikut beliau ke India. Setelah beberapa lama di India, Tengku Muhammad Jiwa mengajak Syeikh Abdul Jalil al Mahdani ke Kedah. Lalu mereka pun belayar ke Kedah pada tahun 1710 bersama dengan seorang lagi anak murid Syeikh Abdul Jalil bernama Hapisap (Kemudiannya menjadi Kadi Kedah). Setelah Tengku Muhammad Jiwa dilantik menjadi Sultan Kedah menggantikan saudaranya Sultan Ahmad Tajuddin Bin Sultan Abdullah (Sultan Ke 22) beliau telah melantik gurunya Syeikh Abdul Jalil sebagai Mufti Kerajaan Kedah. Melalui isteri bernama Wan Zainab yang berasal dari Kedah beliau memperoleh anak bernama Syeikh Abdul Qadir . Anaknya ini kemudian dilantik menjadi Mufti Kedah yang Ke-2 selepas kewafatan Syeikh Abdul Jalil. Melalui isteri bernama Raden Siran yang berasal dari Palembang beliau memperoleh anak bernama Syeikh Abdul Rahman. Anak kepada Sheikh Abdul Rahman ini ialah Sheikh Abdul Samad al Falembani. Seorang tokoh ulamak sufi Nusantara yang mekar namanya sehingga ke hari ini. Beliau diriwayatkan gugur syahid di Patani menentang kerajaan Siam pada 1828 @ 1838. Riwayat kedua mengatakan beliau meninggal dunia di Mekah. Sheikh Abdul Jalil al Mahdani wafat pada tahun 1782 dan 37

dimakamkan di Tanjung Pauh, Jitra, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Riwayat kedua mengatakan, beliau dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Disebutkan pada akhir abad ke-18 ramai keluarga diraja Kedah mempunyai keturunan Sayyid. Haji Buyong Adil (1981:5-6) menyebut antara rombongan Arab di Kedah termasuk Syed Ahmad Jamalullail, anaknya Syed Harun Jamalullail berkahwin dengan Tungku Sufiah, iaitu puteri Tunku Dhiauddin, Raja Muda Kayang yang kemudian dilantik menjadi penghulu Arau. Di Kedah penglibatan keturunan Sayyid diberi tempat dalam pentadbiran Kedah sehingga dilantik ke jawatan Perdana Menteri Kedah. Selain golongan Arab kehadiran dan kewujudan golongan muslim dari India turut berperanan dalam politik dan perkembangan Islam. Golongan ini kebanyakan mereka adalah pedagang yang datang dari Selatan India telah berkahwin dengan gadis Melayu tempatan. Anak mereka dikenali dengan Jawi Peranakan. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), Datoʼ Seraja Wang yang bernama Jamal iaitu seorang keturunan Culia menjadi penasihat utama Sultan. Dengan kehadiran beberapa orang Islam keturunan Arab dan India menyemarakkan lagi perkembangan Islam di Kedah. Pada peringkat awal pembentukan, Sultan membawa ulama dari Arab untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran agama Islam. Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah seorang ulama iaitu Sheikh Abdul Jalil dibawa ke Kedah. Beliau yang juga guru kepada Sultan Muhammad Jiwa dilantik sebagai mufti dan Hapisap yang datang bersama dilantik sebagai kadi. Hubungan mereka sangat akrab sehingga disebut dalam Salasilah Negeri Kedah. “akan Tengku Muhammad Jiwa itu, tiadalah berenggang daripada, Tuan Sheikh Abdul Jalil itu” Pada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1625-1651) menjadi sejarah dalam sejarah Kedah apabila Undang-undang atau Hukum Kanun Kedah buat pertama kali dirangka. Pada zaman Sultan Dhiyauddin Mukarram Shah (1661-1687) pada bulan Rabiul Awwal 1078 (1667 M) sebuah kitab perundangan berjudul Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan telah disusun yang diketuai oleh Sheikh Alaluddin. Sheikh Abdul Jalil dibawa dari Makkah. Sebuah jawatan iaitu Sheikh al-Islam diwujudkan untuk membantu Sultan dalam urusan pentadbiran Islam. Sheikh al-Islam bertanggungjawab secara rasmi dalam urusan agama Islam. Sebelum Perang Dunia Kedua ada tiga Shaikh Islam, pertama ialah Sheikh Muhammad Khayat, seorang Arab yang memegang jawatan sekitar dua tahun iaitu 19011903; kedua Sayyid Abdullah Dahlan yang menjadi Sheikh Islam setahun sahaja dan ketiga ialah anak tempatan Wan Sulaiman Wan Sidek yang berkhidmat paling lama iaitu 30 tahun bermula daripada 1904 hingga 1935. Kesimpulan Kedah merupakan negeri terawal muncul di alam Melayu. Kajian arkeologi yang dilakukan di Lembah Bujang, Kedah menyatakan ia wujud sejak abad ke-5 Masihi. Kedah terletak sangat dekat dengan Perlak dan Pasai sebagai tempat terawal menerima Islam di rantau alam Melayu, iaitu abad ke-10. Kedah juga merupakan sebahagian lokasi kerajaan tua Patani iaitu Langkasuka yang mana kewujudannya pada masa kemudian berubah menjadi Patani yang kemudian menjadi sebuah pusat perkembangan agama Islam terawal.

Rujukan Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

38

Auni Abdullah. 2018. Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Fatimi, S.Q. 1963. Islam Comes to Malaysia, (Singapore: Malaysia Sociological Research Institute Ltd. Ismail Haji Salleh. 1987. Kedatangan Islam ke Kedah. Kedah dari segi Sejarah. Bil 11, Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Siti Hawa Haji Saleh. 1991. Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Mitos dan Realiti. Dalam Dokumentasi Sejarah Kedah Darul Aman. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah. Mohamad Mustafa Ishak dkk (pnys). 2004. Kedah dalam Lipatan Sejarah Koleksi Artikel Dato Wan Shamsuddin Mohd Yusof. Sintok: Penerbit UUM. Muhammad Hassan Bin To’ Kerani Mohd. Arshad. 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

Mitos 1786 dalam Penulisan Sejarah Kedah/Pulau Pinang yang Memesongkan: Menyimpan Sejarah dalam Bungkusan Ahmad Murad Merican ISTAC-IIUM ABSTRAK Penulisan sejarah Kedah/Pulau Pinang lazimnya berpaksi pada tahun 1786. Wacana dan naratif, sama ada dalam buku teks sekolah, sejarah awam di muzium dan arkib, serta paparan dan imej dalam budaya popular – media cetak, elektronik, dan kini media sosial, telah meletakkan tahun 1786 sebagai titik permulaan dan pengakhiran, serta (kesedaran palsu) mengenai pemisahan dan kemunculan dua entiti politik – satu Kedah; dan satu lagi Pulau Pinang. Gambaran naratif ialah seolah-olah Pulau Pinang jatuh dari langit sebagai sebuah politik tersendirinya tersedia ada untuk dijajah/dijarah orang Putih. Bermula dari itu lojik, kepercayaan dan sentimen dalam penulisan dan naratif dari kedua belah pihak - sejarawan, persatuan sejarah dan peminat sejarah pun memperlihatkan cerita baharu lalu membawa cerita itu mengikut haluan yang dicorakkan oleh sentimen cerita arus perdana Pulau Pinang dan Kedah, yakni dua negeri yang berbeza dalam persekutuan Malaysia. Kertas kerja ini tidak menafikan pembahagian persekutuan termasuk yang membabitkan negeri-negeri tersebut; namun penulisan sejarah itu telah menimbulkan beberapa isu yang membabitkan integriti Kedah dan soal pajakan. Akibat dari itu, mereka yang menulis sejarah kedua-dua buah negeri telah mengulangi apa yang tertulis sebagai satu kebenaran. Ini perlu dipertikaikan. Dalam pada itu, sebagai contoh, naratif yang ada tidak mengaitkan Kota Kuala Kedah (Bahang) dengan Tanjong Penaga; membicarakan seolah Seberang Perai itu asing dari Kedah; menggunakan istilah seperti “orang Melayu Pulau Pinang (dan seberang Perai) lari/pindah dari Kedah,” atau “asal dari Kedah. Ada juga penulisan yang tidak bersifat kritis mengenai “pendudukan” dan “penyerahan” Pulau Pinang dari persejarahan Kedah. Malah, apa yang telah diwacanakan itu telah memadamkan peristiwa, kegiatan dan interaksi perdagangan dan budaya antara kedua-dua negeri sekarang ini. Malah, penyelidikan yang telah dilakukan pun tidak merujuk/mengabaikan sumber yang ada pada kedua buah negeri. Dan seterusnya muncul naratif Kedah/Pulau Pinang dari perspektif Siam. Sejarah adalah apa yang telah berlaku. Itu tidak boleh dibetulkan. Kertas kerja ini bukan menafikan kewujudan tahun 1786 dan apa yang telah berlaku. Ia bertujuan menyahkan pemikiran yang berpaksikan kepada tahun tersebut, serta menganjurkan satu naratif baharu dalam sejarah Kedah, Pulau Pinang dan negara. Kata Kunci:

Pengenalan: Menyorok bungkusan kertas lama dari sudut bukan sejarawan Sejarah yang tidak diceritakan, dan tidak disebarluaskan secara berterusan dan berstrategik adalah seperti buku sejarah yang telah dicetak, disusun, mungkin juga dibalut setiap naskah secara berasingan, lalu dibungkus naskah-naskah yang dibalut itu untuk dipasarkan, dijual, dibaca, dan diwacanakan. Namun bungkusan itu disimpan, terperosok, berhabuk dalam gudang bertahun lamanya, malah tidak disentuh sekalipun, Ada pula yang menjadi lembab, dan dimakan anai-anai, tanpa bungkusannya dibuka. Bungkusan itu tidak dipedulikan. Apa gunanya sebuah nukilan mengenai masa silam, lebih tepat lagi sebuah sejarah, tidak diketahui kewujudannya dan tidak diwacanakan kepada dan oleh masyarakat? Saya mulakan dengan buku sejarah sebab itulah yang saya dapati dalam sebuah gudang penerbit buku (dan juga sebuah penerbit suratkhabar berbahasa Melayu); malah sebuah penerbit milik orang Melayu yang gah selama lebih 80 tahun. Akhirnya, cerita, idea, 40

pendapat dan perspektif dalam ribuan tajuk buku itu dijual “ikut kati.” Harganya hanya dinilai seperti sehelai kertas lama – objek murah yang diguna buang. Mungkin akhirnya dibakar di tempat pelupusan sampah. Bahan buangan kemudian menjadi abu. Inilah yang kian terjadi kepada sejarah Melayu di Malaysia, dan Kedah. Saya bukanlah ahli sejarah, seorang pakar seperti yang dilatih oleh jabatan-jabatan sejarah, dan berkelulusan Ijazah sarjana muda, atau sarjana, atau doktor falsafah dalam bidang Sejarah. Saya hanya guru universiti yang secara kebetulan merentasi beberapa disiplin dan bidang, dan akhirnya lulus ijazah kedoktoran dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains. Pada mulanya mengajar dan mengkaji bidang dan tema akademik dalam kerangka gugusan sains sosial dan kemanusiaan, yakni media, komunikasi dan kewartawanan, serta sains politik, dan epistemologi (teori ilmu), dan saya lebih cenderung mendekati sesuatu objek dan subjek itu dari sudut sejarah. Malah di sekolah kewartawanan yang saya mula mengajar di Lembah Kelang pada tahun 1986, saya telah membawa sudut sejarah kewartawanan dalam mata pelajaran yang diajar. Namun usaha memperkenalkan sejarah kewartawanan di tempat yang saya mengajar dan di sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia banyak terbantut kerana prejudis dan sikap intelektual golongan pengajar kewartawanan dan media di Malaysia. Sehingga kini, tidak ada kursus/mata pelajaran khusus mengenai Sejarah Kewartawanan dan Media; apatah lagi Sejarah Kewartawanan Melayu di mana-mana sekolah kewartawanan di Malaysia. Dalam hal ini, jika pelajar dan ahli kewartawanan sebagai contoh, tidak tahu sejarah perkembangan awal, asal usul sesuatu bidang dan amalan, maka kefahaman akan menjadi dangkal, dan bersifat ikut-ikutan. Mungkin mereka menyentuh serba sedikit asal usul kewartawanan. Itu pun sebagai ilmu sampingan. Namun, mereka yang dhaif mengenai pembahagian/ukuran tarikh dan zaman (periodization), tidak akan bertemu dengan falsafah, dimensi abstrak amalan dan profesion tersebut jika kita tidak dapat mendalami kegunaannya, genre-genre penulisan, serta manusia – individu dan kumpulan yang mempeloporinya. Kedhaifan kita – ahli akademik dan sarjana, pelajar dan masyarakat mengenai kewawartawanan hanya akan membantut amalan, profesion dan kegunaan bidang itu; seterusnya memesongkan nilai masyarakat. Masyarakat, dan ini juga cerminan golongan pengajar, akan hanya menumpukan kepada berita, dan akan dipesongkan dari kewartawanan sebagai sebuah profesion. Kita perlu ingat bahawa amalan kewartawanan yang amat luas ialah dimensi pendapat. Ini bermaksud hujah, komentar, ulasan, dan pojok, termasuk kartun editorial yang banyak mempengaruhi corak pemikiran orang-orang Melayu, terutama pada 40 tahun pertama sebelum Perang Dunia II. Apa yang kita alami ialah kedudukan keterbelakangan dan nilai yang diletakkan kepada profesion kewartawanan (Melayu) yang dilihat melalui pelbagai bentuk dan pelantar – cetak, radio dan televisyen, portal digital serta media sosial. Dampak dan imej institusi dan profesion itu kini di kalangan masyarakat (serta juga pengamal) kini adalah hasil dari naratif sejarah media, suratkhabar dan kewartawanan itu sendiri yang tidak kesampaian. Masyarakat popular (termasuk cendekiawan Melayu) sentiasa memperlekehkan amalan tersebut.

Imej sejarah Pulau Pinang/Kedah: Cerita Melayu dibungkam Berkaitan dengan itu, saya ingin menyentuh mengenai sejarah dan imej Pulau Pinang. Jika ditelusuri paparan sejarah Pulau Pinang melalui media kewartawanan, kewartawanan suratkhabar berbahasa Inggeris dan yang berbahasa Cina amat terkehadapan dan progresif – mereka seringkali dan secara berterusan membuat liputan dan memaparkan sejarah Pulau Pinang – biasanya tanpa Kedah, biasanya dari sudut penjajah dan masyarakat China. Suratkhabar Melayu tidak peduli, tidak ada strategi dan tidak peka akan satu ruang sejarah negara yang dipertikaikan. Itu pun hanya dalam masa dua dekad kebelakangan ini dapat kita 41

lihat sedikit liputan yang disiarkan bagi mengisi ruang suratkhabar dan siber. Strategi dan gandingan dengan sejarawan secara berterusan diwujud dalam jiwa wartawan dan editor Melayu. Media dan kewartawanan Melayu tidak dapat menandingi kerencaman dan komitmen kewartawanan berbahasa Inggeris dan China dalam berhujah dan memaparkan sejarah negara dan Pulau Pinang. Melalui media kewartawanan, mereka memaparkan sejarah mereka sementara meminggirkan sejarah kita. Mereka menyebarluaskan episod, hujah dan perspektif mereka kepada dunia dan negara. Para editor mereka peka dan faham peranan suratkhabar dan media dalam menonjolkan sejarah. Para editor dan wartawan media berbahasa Melayu bebal. Selama bertahun-tahun, suratkhabar dan media berbahasa Melayu tidak ada strategi menangkis dakwaan dan hujah dalam media popular mengenai sejarah Pulau Pinang/Kedah. Saya terbabit dalam kajian sejarah Pulau Pinang/Kedah sejak lebih 22 tahun yang lalu - bukan sebagai seorang sejarawan. Malah, kajian terawal saya lakukan mengenai sejarah Pulau Pinang ialah melalui sebuah sejarah lisan. Pada tahun 1980, semasa menjalani latihan amali dalam pengkhususan kewartawanan di New Straits Times bertempat di Chulia Street, saya telah menemubual Tuan Sheikh Ali, Imam Masjid Jamek Batu Uban. Temubual itu bertempat di serambi rumahnya berhampiran dengan masjid itu. Tujuan temubual itu ialah untuk mengumpul maklumat mengenai Batu Uban dan masjid yang terawal di Pulau Pinang itu.2 Setakat mana yang saya ingat dan dimaklumkan, cerita mengenai Pulau Pinang pada masa itu umumnya dicerita secara lisan, dimaklumkan oleh ibu dan bapa saya serta mereka yang berumur. Tidak banyak yang ditulis, kecuali beberapa cebisan asal usul sebagai sebahagian dari karya bidang ekonomi dan politik. Dan cerita asal usul itu cenderung kepada naratif penjajah yang mempusatkan kepada Francis Light. Dan ditulis tanpa kritis dan persoalan. Apa yang tersebar itu dianggap sebagai mitos. Kewujudan orang Melayu di Pulau Pinang diperlekehkan, dipandang seperti satu gerombolan manusia lanun dan tidak bertamadun. Inilah imej berterusan zaman silam Melayu Pulau Pinang sehinggakan kini, imej Melayu dilihat begitu dhaif dan miskin sekali. Naratif arus perdana bukan hanya meminggirkan orang-orang Melayu, tetapi juga menafikan lalu memadamkan orang Melayu serta elemen-elemen Melayu dan keMelayuan dari sejarah Pulau Pinang. Pada dekad-dekad tesebut, carilah sejarah Pulau Pinang. Kita tidak akan jumpa Melayu. Yang kita jumpa ialah muka dan patung Francis Light, “kedatangan’ dan migrasi penduduk-penduduk dari seluruh kepulauan Melayu dan Kedah”! Dan diterbitkan bahawa masyarakat pengasas di Pulau Pinang ialah orang-orang Serani yang mengikut Francis Light bersama Martina Rozells dari Phuket, melewati Kuala Kedah ke Tanjong Penaga. Sudah tentu nama yang ditonjol ialah “George Town dan bukan Tanjong Penaga.” Malah ideologi dan wajah penjajah dan penjajahan, disokong oleh golongan Cina Peranakan, mempengaruhi dan mewarnai naratif Pulau Pinang. Ini adalah contoh kecurian sejarah dan telah mejadi satu kerompakan zaman-zaman kebelakangan ini kerana ia dilakukan dengan jelas, terang dan di siang hari, bukan pada zaman silam yang tidak lagi kelihatan. Inilah wajah sejarah Melayu Pulau Pinang. Orang Melayu tidak memiliki naratif itu, oleh kerana Melayu Pulau Pinang dan pengkaji sejarah alpa dan secara tidak sedar, terikat dengan tahun 1786, terikat dengan sempadan dan persempadanan Pulau Pinang dan Kedah, terikat dengan naratif arus perdana sehinggakan ia mempengaruhi dasar awam mengenai kampung2

Perlu kita ingat bahawa pada masa itu, dekad-dekad 1960an dan 1970an, malah seterusnya tahun 1980an selama 20 tahun sebelum abad ke 21, naratif arus perdana sejarah Pulau Pinang amat trajis. Saya telah menyifatkannya sebagai ‘pengemis sejarah’ dalam buku saya terbitan 2015 Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang. Buku diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

42

kampung Melayu di Tanjong dan di sepanjang pantai. Kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang yang telah wujud beratus-ratrus tahun dianggap sebagai sisa-sisa sejarah. Penghuninya dianggap sebagai orang yang tidak ada sejarah. Ini kemudian diterjemah melalui dasar awam pembangunan bandar. Dalam sentimen sejarah di Pulau Pinang, ditekankan orang China, India, Serani, Siam, Burma, dan orang putih yang memiliki sejarah. Orang Melayu hanya setinggan, sisa-sisa sejarah. Inilah yang berlaku selama lebih 60 tahun selepas Malaysia “merdeka” dan hampir 236 dari tahun mitos 1786 dan beratus tahun lamanya. Dan peristiwa Persidangan Penang Story tahun 2002 [Penang Story – International Conference 2002] amat menyedihkan. Lebih dari 400 kertas kerja dibentangkan. Tidak sebuah pun kertas kerja itu membincangkan mengenai Melayu sebagai penghuni dan penghuni awal dan asal pulau Pinang, serta kegiatan, kehidupan dan masyarakat Melayu yang terlibat dalam ekonomi dan perniagaan; kesusasteraan, pendidikan dan kewartawanan, terutama dari awal 1800 hingga Perang Dunia ke-2; apatah lagi meletakkan Melayu sebagai penghuni bermasyarakat dan bertamadun sebelum Inggeris mencuri pulau dan nama. Penganjur, Penang Heritage Trust hanya menyelitkan satu forum yang menjemput beberapa ‘tokoh’ Melayu. Perbincangan itu amat mengecewakan saya. Mereka (seperti yang dirakamkan) bersifat amat apologetik dengan menyatakan masyarakat Melayu-Islam dibentuk selepas tahun 1786. Dan orang-orang Melayu ini adalah hasil dari campuran dari masyarakat Islam yang lain dari India dan dunia Arab, serta lain-lain kepulauan Melayu. Secara ringkas, Melayu “datang” dari rantau ini dan dari luar. Dan perlu saya tekankan bahawa perbincangan itu mencerminkan sentimen di Pulau Pinang bahawa Melayu sebagai “pendatang.” Hingga kini, dalam beberapa penulisan, disebut Melayu Pulau Pinang ini “datang dari Kedah.” Ini satu kealpaan dan kebebalan. Sebelum tahun-tahun kebelakangan ini, saya tidak pernah berhadapan dengan komen-komen kritis dari sarjana dan sejarawan untuk menyemak (revise) naratif Pulau Pinang/Kedah. Seterusnya, saya ingin bangkitkan dua permasalahan naratif. Pertama, dari segi kewujudan masyarakat di Pulau Pinang sebelum 1786 dan kedua hujah/menilai semula sejarah Pulau Pinang dari tahun 1786 hingga 1791. Dalam usaha saya mengkaji kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786 pada tahun-tahun menjurus kepada penerbitan buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015) saya menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan; yakni prasangka individu, masyarakat dan institusi yang saya dekati. Ada yang menyatakan saya kurang siuman, ada yang kata adalah mustahil, dan ada juga yang mempersoalkan walaupun ada manusia, apakah manusia Melayu itu wujud sebagai masyarakat. Maksud soalan itu ialah imej orang Melayu Pulau Pinang sebagai lanun dan ‘natives’ yang tiada tamadun, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kenyataan catatan penjajah dan orang Melayu juga bahawa Pulau Pinang dihuni oleh “fishermen” (nelayan) amat endemik sebelum 1786 adalah endemik. Cabarancabaran tersebut menunjukkan kepercayaan dan sikap manusia pada masa lalu lebih tebal dari fakta – pemerhatian empiris.

Sejarah, Logik Geografi dan Tamadun Satu lagi implikasi ialah ia menentang logik geografi. Pulau Pinang terletak tidak jauh dengan tanah besar – malah dipisahkan oleh selat yang sempit. Bukanlah sejauh Pulau Langkawi dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis di mana yang satu lagi tidak kelihatan sejauh mata memandang dari satu sama lain. Pulau Pinang boleh dilihat dari sepanjang wilayah Seberang Perai . Malah dari Kuala Muda sehingga ke Merbok. Dan dari situ sehingga kawasan Kubang Semang dan lebih selatan lagi. Pulau Pinang dengan bentuknya dinaungi oleh garisan tanah tinggi Bukit Bendera jelas kelihatan. Lojik geografi tidak boleh menutup 43

mata kita. Ia tidak dapat memadamkan penglihatan Pulau Pinang dari tanah besar yang terletak sedekat tiga kilometer Apakah tidak ada seorang pun dalam beratus-ratus tahun dari tanah besar yang tidak ingin menerokai Pulau yang kelihatan tesergam itu? Mustahil. Namun itulah yang digambarkan dalam sejarah arus perdana negara berhubungan petempatan di pulau itu. Ahli sejarah tidak boleh menafikan lojik geografi. Namun, merekalah yang terperangkap dengan geografi dalam menulis cerita Pulau Pinang; dan cerita Kedah. Sehingga kini, persejarahan wujud secara berasingan dan terpisah. Tidak ada kesatuan, terputus oleh sempadansempadan politik penjajahan sehinggakan sumber/episod yang wujud itu dianggap sebagai sejarah negeri masing-masing, lalu dianggap sebagai sumber yang tidak relevan kepada salah sebuah negeri itu. Apabila ini berlaku, sejarah dan persejarahan wilayah tersebut terbantut, akibat dari kejulingan lojik dan emosi ahli sejarah kita. Jalur Mazhab Rankean – kajian sejarah yang bersifat objektif/empiris – memisahkan fakta dari nilai - telah banyak mempengaruhi kita. Ini berdasarkan kepada pendirian bahawa sejarah menghendaki bukti empiris dengan menampilkan apa yang sebenarnya telah terjadi. Mazhab ini menolak mana-mana kerangka teori – sebagai contoh teori sosial atau teori penjajahan. Penolakan ini menjurus kepada permasalahan kedua, yakni mempersoalkan satu sistem masyarakat di Pulau Pinang sebelum tahun 1786. Akibat dari kuatnya pengaruh naratif tahun 1786 itu, sejarawan, cendekiawan dan orang awam telah dihasut untuk tidak menerima akal kewujudan sistem sosial dan undang-undang sebelum itu – akibat terlalu taksub dengan sejarah orang putih yang “membawa” dan “memperkenalkan” tamadun, peraturan dan undang-undang kepada Pulau Pinang. Naratif kita hanya memperlekehkan masyarakat Melayu-Islam. Naratif yang memperlekehkan diri kita sendiri itu menarik keyakinan kita dari memberi satu rasionaliti keabsahan kepada penghuni pulau sebelum zaman penjajahan. Banyak kali saya ditanya apakah ada penghuni sebelum zaman itu; apakah orang Melayu ada sistem sosial di Pulau Pinang, dan sebagainya. Dan dalam menangani persoalan itu, apakah diperlukan satu laporan dokumen/catatan yang konkrit dan jelas? Jika wujud, apakah kita tidak berusaha menggunakan catatan dari Kedah – maksud yang menumpukan kepada persejarahan Kedah? Jika ada atau tiada, tak mengapa. Geogafi memaklumkan kita bahawa pulau yang terletak amat dekat (kurang dari 3.5 km) dan boleh dilihat dengan jelas dari tanah besar, dan boleh dilihat dengan jelas dari Pulau Pinang sendiri - misalnya satu lagi contoh, Gunung Jerai dari wilayah utara Pulau Pinang, juga Penaga dan Kuala Kedah – sudah tentunya ada penghuni dan perhubungan dagang/persaudaraan dengan tanah besar, yakni Kedah. Kenyataan penghuni awal Pulau Pinang datang dari Kedah adalah “null and void.” Kerana pulau tersebut ialah Kedah. Orang buta sahaja yang akan dibutakan sejarahnya. Dan jika begitu, undang-undang dan peraturan apakah yang diamalkan di Pulau Pinang? Jika ada masjid (yang bermula dengan surau) yang terletak di Batu Uban – yang bukan kampung dan penempatan, tetapi pekan dan pelabuhan, maka adalah sistem dan peraturannya. Apakah sistem dan peraturan yang diamalkan oleh orang Melayu sebelum pulau diduduki secara haram oleh Orang Putih? Sudah tentulah Adat Temenggong yang diubahsuai oleh Kanun Kedah.

Apakah R. Bonney Tersilap Tafsir? Ramai percaya bahawa Pulau Pinang dipajak. Namun tahun 1786 adalah mitos. Saya merujuk kepada buku R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence (1971). Sebagai seorang bukan sejarawan, saya bukan penghuni di jabatan44

jabatan sejarah. Tetapi saya yakin kajian Bonney dikupas dalam bilik-bilik kuliah. Namun saya dapati ia tidak disebarluas, tidak dipopularkan sebagai wacana awam dalam menjelaskan isu sejarah Pulau Pinang/Kedah dari banyak aspek dan bukan hanya khusus kepada perjanjian dan pajakan. Tetapi dari luar jabatan sejarah, tidak kelihatan begitu. Dan sudah pasti, Bonney tidak dipopularkan oleh rakan sejarawannya sendiri. Agak anih. Dengan itu semasa di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (Cenpris), Universiti Sains Malaysia antara tahun 2016 hingga 2019, saya mengambil langkah memperkenalkan dan mengupas buku Bonney kepada khalayak awam, yang saya kira amat wajar dirungkai. Perlu diingatkan bahawa dalam hal ini saya menumpukan kepada tahun 1786, dan bukan perjanjian-perjanjian selepas itu, seperti 1791. Ramai yang salah faham maksud saya apabila saya sebut tidak ada pajakan dan perjanjian dan tidak ada dokumen yang menunjukkan tersebut. Yang ada adalah surat-surat perbincangan antara Sultan Abdullah Mukarram Shah dengan Francis Light. Juga terdapat surat antara Sultan Zainal Adhilin Muhammad Jiwa Shah II dengan Francis Light sebelum itu yang membangkitkan kegunaan Tanjong Penaga oleh Inggeris. Namun ada sumber lain yang menggunakan ungkapan ‘indefinite letter’(surat yang kabur/Winstedt) dan “preliminary agreement” (perjanjian awal/Turnbull) untuk mengabsahkan satu “perjanjian” bagi kedudukan Inggeris di Pulau Pinang. Mereka mendakwa wujudnya dokumen yang disebut itu sebagai satu fakta. Ini telah menimbulkan satu masalah. Kepada saya, itu adalah satu tafsiran. Memang wujud surat-surat perbincangan. Dan kewujudan suratsurat itu yang dapat disahkan secara empiris adalah fakta. Akan tetapi, perkara yang ditafsirkan sebagai fakta itu dapat dipertikaikan. Ini adalah kerana ia ditafsirkan sebagai satu persetujuan dan perjanjian antara Sultan dan Inggeris. Walhal, dari satu segi ia bukan persetujuan dan perjanjian kerana Sultan tidak berrsetuju dengan dua peruntukan dalam surat perbincangan itu. Ia seperti satu niat untuk bersetuju melalui satu dokumen yang ditandatangani bersama. Kalau tidak ada dokumen yang ditandatangani, ia hanya tinggat niat. Dan niat bukan satu dokumen yang ditandatangani. Sama seperti niat nak pinjam sejumlah wang dari bank. Tanpa surat perjanjian, wang yang diniatkan itu tidak akan dikeluarkan, walaupun ia diniatkan oleh pegawai bank. Niat akan hanya tinggal niat. Ia tidak boleh dikatakan sebagai satu persetujuan. Kembali kepada ‘penyerahan’ Pulau Pinang, ini tidak dapat dilakukan dengan sah jika tidak ada apa-apa dokumen yang ditandatangani. Maka tidak ada pajakan dan perjanjian; tidak ada tanda tangan dan tidak ada orang yang menandatangan. Ini adalah satu kes pertembungan fakta dengan tafsiran – juga ‘memfiksyenkan’ tahun 1786 – dari segi istilah yang digunakan “indefinite letter” dan “preliminary agreement.” Ini boleh menjurus kepada kefahaman menjurus kepada satu fakta sejarah. Walhal kewujudan ‘fakta’ tersebut berdasarkan kepada surat-surat. Dan apa yang kita sebut sebagai fakta itu juga satu kategori yang dicipta pada zaman awal moden di Eropah abad ke 16. Jadi, selama ini naratif Melayu Pulau Pinang tidak menyerlah. Ia tidak ditonjolkan. Ini bukan soal fakta; tetapi soal tafsiran dan penonjolan. Dalam usaha menonjolkan perspektif bukan Eurosentrik kepada sejarah Pulau Pinang, ramai yang menuduh saya sebagai pensyarah yang telah bertukar haluan, menceburi bidang disiplin yang berbeza; lalu “mengacau daun” bidang lain, yang tidak ada kaitannya dengan bidang kewartawanan. Tanggapan tersebut tidak betul. Penglibatan saya dalam sejarah dan persejarahan Pulau Pinang/Kedah adalah kerana apa yang telah saya pelajari sebagai pelajar dan ahli akademik dalam disiplin sains sosial dan ilmu kemanusiaan yang lebih luas. Pendekatan saya bukanlah bersifat “Rankean” dan positivist.

45

Naratif Siam: Strategi Geopolitik Yang Membimbangkan Muncul pula satu naratif yang mengungkapkan bahawa bukan Kedah yang kehilangan Pulau Pinang pada tahun 1786. Tetapi Siam. Ini satu ‘fakta’ baharu. Dan kenyataan seperti ini hanya menunjukkan bukan hanya perbezaan perspektif sejarah yang dipegang oleh golongan-golongan dalam negara sendiri, tetapi juga satu perkembangan yang tidak sihat dan membahayakan. Dilaporkan dalam sebuah portal berita, Free Malaysia Today pada 29 Oktober, 2021, Pertubuhan Badan Warisan Pulau Pinang, yang lebih dikenali sebagai PHT berkata, Kedah tiada hak wilayah ke atas pulau tersebut “apabila ia mempersetujui pajakan itu kerana Thailand, ketika itu dikenali sebagai Siam, mempunyai kedaulatan ke atasnya.”3 Dikatakan bahawa “Kedah memajakkannya tanpa pengetahuan raja Siam.” Kenyataan itu memesongkan, mengelirukan dan satu pembohongan besar dalam cerita sejarah Malaysia. Namun satu pendedahan yang lebih serius ialah apabila badan warisan Pulau Pinang itu merujuk kepada naratif negeri Thai terhadap sejarah Kedah, Pulau Pinang, dan dengan itu Malaysia. Teks sejarah Thai dan muzium Thai di Bangkok dirujuk sebagai sumber mereka. Berdasarkan kepada naratif Siam, Pulau Pinang, atau “Koh Mak” adalah “wilayah Siam pertama yang terlepas kepada kuasa Barat.” Dakwaan ini bukan hanya menghasut, tetapi mengkhianati naratif nasional. Hujah wakil PHT itu tidak mungkin tidak, dipercayai oleh sebahagian besar penduduk bukan Melayu Pulau Pinang. Selain dari menyebut “Koh Mak” sebagai istilah Siam kepada Pulau Pinang, juga disebut, dalam hal ini, nama “Saiburi” sebagaimana Kedah dikenali (oleh Siam) ketika itu.4 Wakil badan warisan itu juga menyebut Kedah sering diserbu oleh tentera Siam kerana ia “tidak taat.” Beliau merujuk kepada tahun 1821 di mana Kuala Kedah musnah dalam perang yang dikenali sebagai Perang Bisik “dan ribuan penduduk Kedah melarikan diri ke Province Wellesley bagi keselamatan dan penempatan semula.” Naratif jni juga mengarut. Apa sebab Kedah mesti taat kepada Siam? Kedah menghormati Siam. Atas dasar itu, Kedah menghantar ufti. Dan memang betul, akibat Perang itu, orang-orang Melayu berpindah. Terdapat pergerakan ribuan manusia menuju ke sebelah selatan. Tetapi menyatakan bahawa “penduduk Kedah melarikan diri” adalah satu paparan yang tidak betul. Menggunakan Province Wellesley sebagai satu entiti politik “bagi keselamatan dan penempatan semula” pun tidak betul. Kepada penduduk Kedah, wilayah Seberang Perai itu adalah sebahagian dari negeri Kedah. Memori orang-orang Melayu tidak memisahkan wilayah alam geografi dan budaya antara Kedah, apa yang kemudiannya kita panggil Seberang Perai, dan Pulau Pinang. Yang memisahkannya ialah mentaliti kolonial, sikap yang masih dijajah. Walaupun secara de jure (perundangan) negeri Pulau Pinang merupakan wilayah tersendiri, asing dari Kedah, de factonya tempat yang mana mereka berpindah itu, sama ada ke Seberang Perai atau sebelah pulau, adalah wilayah Kedah. Itulah kefahaman penduduk Melayu ketika itu. 3

Memetik ahli majlis PHT yang bernama Clement Liang Jika alasan sebegitu diberi untuk ‘memfaktakan’ Kedah (dan Pulau Pinang) di bawah Siam, orang-orang Melayu juga boleh memberi alasan yang sama kepada wilayah-wilayah utara semenanjung yang kini di bawah Negeri Thai. Negeri-negeri Melayu itu terletak di semenanjung Tanah Melayu dan terdapat beribu-ribu nama Melayu – hanya sekadar menyebut segelintir seperti Setoi (Satun), Singgora (Songkhla) dan Ligor (Nakhon Si Thammarat); serta Pattani dan dahulunya Langkasuka. Dan Phuket sekarang ini. Dahulunya Bukit. Ini semua nama Melayu. Logik hujah yang sama, bagi menangkis dakwaan PHT itu, juga dapat diutarakan. Malah, kedudukan wilayah Melayu di Selatan Thai itu yang terletak di kawasan geografi Semenanjung Tanah Melayu boleh memberi alasan dalam menyatakan masyarakat Melayu kehilangan wilayah tersebut kepada Siam pada tahun 1909. Itu bukan wilayah Siam. Siam yang mengambil tanah Melayu. 4

46

Liputan portal itu juga merujuk kepada Perjanjian Burney 1826, yang membatalkan status pegangan pajak ke atas Pulau Pinang seperti yang dipersetujui sebelum ini antara Sultan Kedah dan Syarikat Inggeris Hindia Timur” (SIHT). Dirujuk juga batu sempadan yang “menandakan wilayah Siam dan British” yang “masih wujud di Seberang Perai hari ini.” Mengapa badan warisan Pulau Pinang itu bersungguh-sungguh menekankan kepada batu sempadan itu dan Perjanjian Burney. Ini jelas terserlah bahawa puak warisan Pulau Pinang ini menafikan dan menolak kewujudan Kedah sebagai negeri yang berdaulat. Bacaan ke atas kenyataan mereka jelas menunjukkan bahawa Kedah tidak wujud sebagai suatu politik tersendiri. Kepada mereka, seluruh wilayah yang kita kenali sebagai Kedah terangkum dalam wilayah politik Siam. Lima puluh tahun terdahulu, sejarawan R. Bonney, dari Universiti Malaya, telah menegaskan sejarah yang bertentangan dengan sejarah yang diterima. Katanya Pulau Pinang tidak dipajak, tidak diberi atau diserahkan melalui mana-mana triti atau perjanjian. “Tidak ada triti, persetujuan atau perjanjian, atau deraf sebegitu rupa, yang sama ada telah dikarangkan atau diusulkan mengenai pemindahan wilayah, atau terdapat mana-mana kesan atau rujukan kepada mana-mana dokumen dalam rekod yang ada” (No written treaty, engagement, or agreement, or for that matter, drafts of such, were ever drawn up or entered into regarding any territorial transfer, nor is there any trace or reference to any such document in the records). Kenyataan Bonney itu terdapat pada halaman 76-77 dalam bukunya Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence, terbitan 1971. Hujah-hujah dalam buku Bonney dengan jelas menyangkal apa yang disuarakan itu. Ini juga termasuk kedudukan Pulau Pinang dan perhubungannya dengan Kedah. Memori kolektif penduduk Malaysia, terutama sekali orang-orang Melayu di utara sejak azali lagi tidak pernah membangkitkan perkara ini. Seperti juga Pulau Langkawi. Apakah kita mempersoalkan Pulau Langkawi sebagai sebahagiaan dari negeri Kedah? Tidak pernah didengar dan dipersoalkan status Pulau Langkawi berkaitan dengan Kedah. Kerana apa? Kerana Pulau Langkawi tidak dirampas oleh Orang Putih. Pulau Pinang dirampas pada 11 Ogos 1786. Peristiwa rampasan itu bermaksud mencuri tanah (pulau) sambil mengisytihar (secara bohong) bahawa pada hari itu Sultan Abdullah Mukkaram Shah bersetuju menyerah pulau tersebut kepada Syarikat Inggeris Hindia Timur. Ini adalah antara pembohongan sejarah yang terbesar di dunia. Dan pembohongan itu ditulis dan diulangi berkali-kali dalam apa yang dapat disebut sebagai “naratif retrospektif.” Ini telah mencorak ‘kepercayaan’ sejarah di kalangan masyarakat dan institusi negara. Kita, termasuk orang Melayu, tidak dapat merungkai hasil dari cerita yang di ‘ulang tayang’ berkalikali dalam gagasan penulisan “naratif retrospektif” ini.5 Kenyataan badan warisan itu mencerminkan pelbagai kontradiksi. Pada mulanya dikatakan Siam kehilangan Pulau Pinang, bukan Kedah; dan kemudiannya mengungkap “Pulau Pinang telah lama berada di bawah kawalan British” dan persoalan mengenainya sebagai wilayah Kedah menjadi pertikaian. Dan ini ditambah pula: “Selama bertahun-tahun, Kedah tidak mendapat pengiktirafan dan mempunyai status kedaulatan yang meragukan, diburukkan lagi oleh perebutan kuasa istana diraja.” Jika tidak pernah ada perjanjian, triti atau dokumen tahun 1786, yang bermaksud bahawa tidak ada pajakan, maka Kedah boleh menuntut pampasan yang lebih, kerana pendudukan Inggeris dari tahun 1786 hingga 1791 (Jika kita memperakui perjanjian 1791) di Pulau Pinang adalah pendudukan haram (illegal occupation). Maka dengan itu, Sultan Kedah mempunyai hak menuntut pampasan yang lebih besar kerana tidak ada pajakan, tetapi rampasan dan kerosakan ketara dan tidak ketara. Kerosakan tidak ketara ialah pemesongan Sehinggakan ada yang masih berpegang kepada konsep ‘founder,’ dengan alasan jika kita mengenepikan Francis Light sebagai ‘founder’, jadi siapa ‘founder’ Pulau Pinang. Inilah yang ditanyakan kepada saya berulang-ulang. 5

47

sejarah, identiti; dan pencabulan kedaulatan negeri Kedah. Selain itu, Sultan Kedah boleh menuntut Britain meminta ampun kerana telah memporak-perandakan negeri Kedah. Perspektif dan naratif Pulau Pinang yang menggunakan naratif asing, yakni negeri Thai dalam memberi alasan bahawa Pulau Pinang tidak pernah di bawah Kedah, tetapi di bawah Siam amat pelik. Jika di bawah Siam, mengapa Inggeris berbincang dengan keduadua Sultan Kedah dari tahun 1770-an hingga 1780-an? Mengapa Inggeris tidak berjumpa dengan raja Siam untuk memerintah Pulau Pinang? Dan mengapa Siam tidak membantah pendudukan haram Pulau Pinang oleh Inggeris? Jika ahli badan warisan itu terdiri dari warga Siam, mereka akan dikenakan hukuman kerana memutarbelitkan sejarah negara sendiri. 6 Siam juga bermasalah dalam memahami konsep wilayah dan bersempadanan negarabangsa moden.7

Akhir Kata: Mendekati Sejarah dari Sudut Tema Sosiologi dan Penjajahan Saya menceburi sejarah Pulau Pinang/Kedah, serta juga mendekati idea sejarah dan persejarahan melalui sosiologi dan ilmu Penjajahan (Kolonialisme). Salah satu hasil penjajahan ialah ilmu kolonial. Inilah yang saya perhatikan sebagai bermasalah dalam kita memahami sejarah Pulau Pinang/Kedah, Malaysia dan rantau Kepulauan Melayu. Dan ditambah pula selama ini, berpuluh tahun lamanya, sejarah (Melayu) Pulau Pinang telah dibungkus rapi. Elemen Melayu dan KeMelayuan tersorok dalam gagasan dan ruang masa. Akibat dari keadaan tersebut, elemen Melayu dan KeMelayuan Francis Light pun tidak disentuh. Light adalah penghuni kepulauan dan alam Melayu selama lebih kurang 29 tahun, dari tahun 1765 semasa membina pengkalan di Thalang/Salang/Jung/Junk Celyon di Siam dan kin Phuket di Thailand. Masa itu umurnya 25 tahun, tidak kembali lagi ke England. Ini bermaksud beliau mengalami transformasi budayanya sendiri. “DNA” sosial dan budayanya lebih Melayu, beliau bertutur dalam bahasa Melayu, amat dalam amalan tradisi dan adat, serta berpakaian kain pelikat dan baju Melayu, dan mungkin juga menjalin perhubungan dengan wanita Melayu. Dan semua lima anaknya dilahirkan di Kuala Kedah (Kuala Bahang) dalam persekitaran dan suasana pelabuhan dan bandar, serta masyarakat Melayu. Namun ini disembunyikan dalam naratif sejarah arus perdana Pulau Pinang bertujuan menafikan ‘bayangan’ Melayu dalam cerita seorang yang diraikan sebagai pengasas (founder/discoverer) petempatan penjajah Pulau Pinang. Bertahun-tahun dahulu diungkapkan sebagai “The founder of Penang.” Dan selama ini kita menerima ungkapan tersebut tanpa soal. Hanya dalam masa dua dekad kebelakangan ini apabila muncul beberapa penulisan dari sejarawan dan sarjana dari Universiti Sains Malaysia (Minden/Bukit Tok Jenaton), naratif keunggulan Light sebagai pengasas tidak disorak seperti dahulu. Dampak naratif alternatif dengan menolak ideologi penjajahan telah sedikit sebanyak kelihatan, seperti tindakan membuka bungkusan buku yang baharu dicetak dari kilang. R. Bonney telah mengupas perspektif dan wacana yang mempersoalkan cerita penjajah dan penjajahan lebih 50 tahun lalu. Kita telah keterbelakang. Kita hanya sedang mula membuka lipatan-lipatan bungkusan, menyelak kerapian balutan pada buku tersebut; lalu membolehkan kita mengintai cebisan-cebisan kulit buku dan sebahagian dari rupa buku-buku yang kita idamkan; lalu menyentuh kertas halamannya (jika tidak dimamah anai-anai) dan terus membaca dengan hati yang terbuka. Itupun prasangka kita masih tebal. Wajah karya itu belum lagi kelihatan dengan sempurna. 6

Lihat Craig J. Reynolds. 2006. Seditious Histories: Contesting Thai and Southeast Asian Pasts (Seattle and London: University of Washington Press and Singapore University Press). 7 Ini dibincangkan dalam Thongchai Winichakul. 1994. Siam Mapped: A History of the Geo-Body of a Nation (Honolulu: University of Hawaii Press).

48

Tidak ada siapa yang ingin merubah sejarah Pulau Pinang/Kedah kecuali pengkhianat-pengkhianat yang dipenjarakan oleh penjajahan. Sejarah tidak boleh diubah. Sejarah tidak pernah bohong. Tetapi sejarah boleh digunakan dengan wajar demi perubahan. Tahun 1786 itu adalah satu mitos yang mesti dinyahkan. Kemelut ini mesti berakhir demi integriti permulaan satu sejarah baharu.

49

PERSPEKTIF BARU TERHADAP TARIKH KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN SHAH II Mohd Herman Bin Roslan Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK Ketika peperangan merebut Melaka, telah tercetus di antara Portugis, Johor, Acheh dan Belanda sepanjang kurun ke-15 hingga 17. Peperangan ini juga tercetus kerana perebutan lada hitam yang menjadi bahan eksport penting ke Eropah. Kedah turut menanam lada hitam ini di kawasan utaranya sehinggalah ke Pulau Langkawi ketika zaman Sultan Sulaiman Shah II yang merupakan Sultan Kedah yang ke-21. Pada zaman pemerintahan baginda merupakan zaman perkembangan Acheh sebagai sebuah kuasa militer terkuat di Alam Melayu pada abad ke 17. Kedah telah diserang sebanyak 2 kali oleh Acheh secara langsung iaitu pada tahun 1619 dan 1621 akibat dari persaingan perdagangan lada hitam. Menurut At Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Sultan Sulaiman Shah II mangkat pada tahun 1626 di Acheh setelah dijemput oleh Sultan Iskandar Muda. Namun begitu catatan lokal ini berbeza dari apa yang dirakamkan oleh Augustine de Beaulieu iaitu seorang pedagang berbangsa Perancis yang tiba di Acheh dan Kedah pada tahun 1621. Di dalam catatannya, Beaulieu menceritakan pengalamannya berkenaan perkembangan kuasa Acheh dan keadaan di Kedah ketika itu. Berdasarkan kepada catatan ini, Sultan Sulaiman Shah dipercayai mangkat pada tahun 1620 iaitu setahun selepas serangan Acheh ke atas Kedah. Oleh itu kajian ini akan memberikan satu pandangan baru terhadap tarikh kemangkatan Sultan Kedah tersebut berdasarkan kaedah kualitatif di mana sumber primer dari Perancis dan Belanda digunakan untuk menerangkan peristiwa serangan Acheh sehinggalah kemangkatan Sultan Kedah ke-12 itu yang sekaligus akan mengubah tarikh kemangkatan Sultan Sulaiman Shah. Kata Kunci: Sultan Sulaiman Shah II, Kedah, lada hitam, Sultan Iskandar Muda & Acheh Pengenalan Banyak perkara yang tidak diketahui tentang sejarah Negeri Kedah pada sekitar abad ke-16 dan ke 17 iaitu selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 dan kemudiannya kepada Belanda pada tahun 1641. Pensejarahan Malaysia dalam ruang lingkup berkenaan masih lagi bertumpu kepada Melaka sebagai emporium di Semenanjung Tanah Melayu. Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan Acheh muncul sebagai sebuah unit politik baru yang mampu bersaing dengan kerajaan Johor, Belanda dan Portugis di rantau Alam Melayu. Selain itu, British turut datang ke Alam Melayu sejak tahun 1600 lagi dan mula memberikan tekanan kepada Belanda di koloni mereka yang terletak di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa. Walaupun begitu, akibat sebegitu banyak tumpuan diberikan kepada naik dan jatuhnya Melaka maka secara tidak langsung menyebabkan pensejarahan negeri Melayu yang lain di sekitarnya tidak begitu diambil peduli. Sikap kurang peduli ini turut melanda Negeri Kedah yang merupakan negeri tertua di Malaysia. Kedatangan Barat di Timur selama ini sering dikaitkan dengan propaganda Gold, Gospel and Glory di mana usaha-usaha untuk mendapatkan kekayaan hasil bumi di sebelah timur dunia menyebabkan kemunculan Dunia Pelayaran dan Penjelajahan. Penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 berpunca daripada kekayaan dan kemakmuran yang dicapai oleh kerajaan Melaka sepanjang tempoh ia muncul sejak tahun 1400 lagi. Kejayaan menakluki Melaka ini menyebabkan kuasa-kuasa imperialis yang lain turut berlumba-lumba untuk sampai ke Asia Tenggara. Kemunculan kerajaan Melayu Melaka bukan saja menarik minat para pedagang dari Asia Barat atau Asia Timur tetapi turut menarik minat para penjelajah Eropah. Sepanjang pendudukan Portugis di Melaka dari tahun 151150

1641, hubungan-hubungan politik dan ekonomi telah berlaku di antara wakil-wakil Portugis dengan kerajaan sekitar Asia Tenggara seperti kerajaan Ayutthaya, Majapahit, Ava, Acheh dan sebagainya. Akhirnya pada awal kurun ke 17, muncul beberapa syarikat perdagangan Barat di Asia Tenggara seperti British East Indian Company (1600-1874), Vereenigde Oosstindische Compagnie (1602-1799), Compagnie Française pour le commerce des Indes orientales (1664-1785). Memetik penulisan J.C van Leur, pada abad tersebut berlaku lonjakan harga lada hitam yang begitu tinggi di seluruh dunia (P.Swantoro, 2014: 25). Lonjakan harga ini menyebabkan hasil komoditi ini ditanam secara giat di beberapa tempat seperti Sumatera, Maluku, Jawa termasuklah Kedah. Ketika kuasa-kuasa Barat muncul di Alam Melayu, wujud dua buah kerajaan tempatan yang turut sama bersaing untuk menguasai laluan Selat Melaka iaitu Johor dengan Acheh. Akibatnya, berlaku pertembungan 4 penjuru di antara Portugis, Acheh, Johor dan Belanda di rantau Alam Melayu. Pada waktu yang sama, kekayaan hasil bumi di Alam Melayu turut menarik minat para pedagang Barat yang lain seperti Sepanyol dan Perancis. Pada waktu yang sama, lada hitam yang ditanam di Kedah turut menarik minat para pedagang Barat untuk datang berdagang. Walaupun begitu, Kedah bernasib baik kerana kuasa-kuasa imperialisme ini menganggap negeri Kedah berada di bawah perlindungan Siam. Menurut At Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ATSNK), sepanjang abad ke-17 itu, terdapat lima orang Sultan yang memerintah negeri Kedah iaitu Sultan Sulaiman Shah II (1602–1626), Sultan Rijaluddin Shah (1626-1652), Sultan Muhyiddin Mansur Shah (16521662), Sultan Dhiaudin Mukarram Shah I (1662-1688) dan Sultan Abdullah Muadzam Shah I (1698-1706). Namun begitu, Hassan kurang menceritakan tentang peristiwa yang berlaku terhadap senarai Sultan Kedah yang disebut di atas. Oleh itu, timbul kesukaran untuk mentafsir atau melihat semula sejarah Kedah sekiranya hanya bergantung kepada sumber tempatan semata-mata. Pada ketika ini, At Tarikh Salasilah merupakan satu-satunya sumber tempatan paling lengkap berkenaan tentang pensejarahan Negeri Kedah. Catatan Beaulieu ini penting kerana ia mempunyai perbezaan ketara terhadap sumber lokal iaitu ATSNK, surat-surat Burney serta penulisan-penulisan yang merujuk karya tersebut. Perkara paling besar ialah dari segi pentarikhan kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II dan naiknya Tunku Rijaluddin sebagai Sultan Kedah yang baru. ATSNK mengatakan bahawa Sultan Sulaiman Shah mangkat pada 1 Jamadil Akhir 1035 Hijrah (28 Februari 1626) akibat penyakit sopak (Hassan, 1968, pp. 60-66). Manakala Beaulieu mencatatkan bahawa Sultan Sulaiman mangkat pada tahun 1619 setelah baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Iskandar Muda (Guenin, 1905, p. 145). Walaupun begitu tidak ada sumber lain termasuk dari Belanda yang dapat menyokong dakwaan kedua-dua mereka cuma sumber Beualieu adalah lebih jelas kerana beliau sendiri berada di tempat kejadian. Di satu sudut lain pula kedua-dua penulis mengatakan bahawa Sultan Iskandar Muda bertemu dengan Sultan Sulaiman Shah II dan sempat mengadakan perbincangan tetapi yang berbeza ialah penulisan ATSNK yang menulis dengan nada yang agak romantis apabila mengatakan bahawa Sultan Sulaiman Shah II bersetuju untuk mengikuti Sultan Iskandar Muda dan kedua-duanya sempat menghabiskan masa bersuka ria. Hassan juga menyatakan bahawa Sultan Sulaiman II menyambut ketibaan Sultan Iskandar Muda dengan penuh adat istiadat. Berbeza pula dengan catatan Beaulieu yang mengatakan bahawa Sultan Sulaiman II dalam keadaan cedera telah dikepung selama 2 bulan di istananya bersama 120 orang pengikut baginda. Oleh itu di dalam melihat semula pensejarahan hubungan Kedah Acheh pada kurun ke 17 catatan Beaulieu ini sangat penting sebagai salah satu naskhah rujukan di dalam usaha para pengkaji sejarah untuk membina semula sejarah Negeri Kedah khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II. Malah catatan ini ada menyentuh tentang perkara 51

sebenar yang berlaku kepada negeri Kedah selepas serangan Sultan Iskandar Muda ke atas Kedah pada tahun 1619 dan 1621. Dari satu aspek yang lain, ramai pengkaji keliru dengan tahun serangan Acheh yang dianggap hanya berlaku sekali sahaja sedangkan Sultan Iskandar Muda menyerang Kedah pada tahun 1619 dan cuba untuk menyerang buat kali kedua pada tahun 1621 namun usaha tersebut terhenti kerana angkatan Acheh yang dihantar ke Kedah dipanggil pulang untuk bersiap sedia menyerang Melaka. Di dalam serangan yang pertama inilah, Sultan Sulaiman Shah II ditangkap dan dibawa ke Acheh. Baginda kemudiannya dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda dan mangkat pada tahun 1620 dan bukannya pada tahun 1626 seperti mana yang dicatatkan di dalam At Tarikh Salasilah Kedah. Kedatangan Barat ke Kedah Menurut catatan Duerte Barbosa pada tahun 1516, Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah pengaruh kerajaan Ayutthaya. Jika ini benar, bermakna serangan yang dibuat oleh Coelho adalah untuk memberi amaran agar Kedah kembali bernaung kepada Siam. Walaupun begitu, tidak ada penjelasan yang kukuh mengapa serangan tersebut dilakukan oleh Portugis terhadap Kedah yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1506-1547). Barbosa di dalam catatannya mengatakan: Dari pelabuhannya ini (Kedah-Perlis) terdapat sejumlah kapal yang tidak terkira banyaknya yang berdagang semua jenis barang dagangan. Kapal-kapal Moorish (Arab) ini datang dari pelbagai negara dan di sini juga ditanam lada hitam yang sangat baik di mana ia dihantar ke Melaka dan kemudiannya dibawa pula ke China. (Dames, 1921: 164-165; Winstedt, 1936: 156) Tome Pires pula mengatakan bahawa Negeri Kedah adalah sebuah negeri yang kecil dan bersempadan dengan Trang di utara manakala di selatannya, ia bersempadan Beruas (Pires, 1944, p. 108). Berbeza dengan Afonso pula, beliau mengatakan Kedah bersempadan dengan Melaka di kawasan sebelah selatan manakala timurnya pula bersempadan dengan Pahang (Afonso de Albuquerque, 1874: 72). Menurut Tome Pires lagi, bilangan penduduk Kedah adaah tidak ramai dan rumah mereka boleh dilihat di tepi sungai. Namun Kedah berperanan sebagai negeri pengeluar lada hitam di mana setahun mereka mengeksport 400 bahar lada hitam ke Melaka dan Siam. Dari Melaka, lada hitam ini dibawa ke Pasai dan Pedir manakala dari Siam pula, lada hitam ini dibawa ke China. Negeri Kedah juga menghasilkan bijih timah yang turut dijual kepada para pedagang yang datang dari Burma atau India dengan pertukaran dalam nilai emas. Selain itu juga, negeri Kedah menghasilkan beras yang sangat banyak (Pires, 1944: 108). Di dalam rekod-rekod Belanda, Perancis dan British, nama Kedah dikenali sebagai Queda atau Quedah dan disebut sebagai sebuah kawasan yang penting di sepanjang Selat Melaka. Pada bulan April 1606, Cornelis Matelieff de Jong telah menyerang tiga buah perahu Kedah yang membawa kain sarung. Walaupun begitu, wakil Belanda telah melepaskan semula perahu-perahu ini dengan niat ingin bersahabat. Matelieff tiba ke Kota Seputih untuk bertemu Sultan Sulaiman Shah II bagi mengikat perjanjian dagang dan persahabatan dengan Kedah (Winstedt, 1936: 161). Matelieff juga mengadakan perjanjian dengan Johor untuk menyerang Portugis dan Acheh (Afonso de Albuquerque, 1874: 72; Dames, 1921: 204). Selepas dari perjanjian ini, pihak Belanda telah bertindak menyerang kedudukan Portugis Melaka namun usaha tersebut gagal. Dalam waktu yang sama, kerajaan Acheh yang berpusat di Utara Sumatera mula mencapai zaman keemasan semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) dan menjadi pesaing baru Kedah di dalam perdagangan lada hitam. Pada 12 November 1606, angkatan laut Belanda telah mengejar tujuh buah kapal Portugis dari Ambon hingga ke Pulau Pinang. Memandangkan Pulau Pinang berada di bawah 52

kekuasaan Kesultanan Kedah, Matelieff telah mengutuskan sebuah surat kepada Sultan Kedah pada ketika itu, Sultan Sulaiman Shah II untuk memaklumkan tentang kedatangan kapal Portugis di Pulau Pinang. Sultan Sulaiman II meminta pihak Belanda untuk menyerang tentera Portugis sama ada di darat mahupun di laut dan dalam masa yang sama, baginda juga mahu mengadakan perjanjian dagang dengan pihak Belanda. Sultan Sulaiman II juga mengatakan bahawa baginda sangat berdendam dengan Portugis kerana semasa usia mudanya dia telah ditangkap oleh pihak Portugis. Dalam usaha membebaskan baginda, Portugis meminta wang tebusan sebanyak 100 bahar lada daripada Kedah. Pada 27 November 1606, selepas pertempuran di laut Kedah angkatan Matelief menuju ke Langkawi membawa hamba abdi (orang Moor) di mana Sultan Sulaiman II membenarkan hambahamba tersebut ditempatkan di pulau itu. Pihak Belanda mempunyai sebuah pengkalan di Pulau Butom (Ko Ra Wi) yang terletak di sebelah Pulau Adang dan tidak jauh dari Pulau Langkawi. Pada 20 Disember 1606, beberapa buah kapal Belanda yang berada di Pulau Butom tiba di Langkawi untuk mendapatkan lada hitam namun begitu ketika mereka sampai lada hitam masih belum lagi dituai kerana lada hitam – lada hitam tersebut hanya boleh di kutip bermula bulan Januari (P.Borshberg , 2016: 219-223). Pada tahun 1608, pihak Belanda di bawah angkatan Pieter Willemz sekali lagi menyerang Portugis di Melaka namun sekali lagi mereka gagal menakluki kota tersebut (P.A Leupe & M.Hacobian, 1936: 1). Seterusnya pada tahun 1613 pula, seorang Kapten Portugis bernama Diego de Medoca Furtodo telah menyerang Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi pihak Raja Siam (Denvers, 1894: 164; Chain, 2016: 80). Serangan ke atas Kedah oleh Portugis yang diupah oleh Siam ini berkemungkinan atas sebab Sultan Sulaiman II telah berpihak kepada Burma. Peristiwa ini bertepatan dengan keadaan politik serantau di mana pada waktu sama, semasa pemerintahan Raja Songtam (1610-1628), Siam sedang berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Burma yang cuba memperluaskan kuasa ke sempadannya di sebelah timur. Burma yang pada ketika itu, diperintah oleh Kerajaan Toungoo menyerang Tavoy (Dawai) dan Tennaserim (Tenang Sari) pada tahun 1613 namun usaha tersebut gagal kerana Siam mendapat bantuan daripada angkatan Portugis Melaka. Oleh kerana itu, pihak Siam membuat keputusan untuk menyerang pelabuhan Kedah dan Perlis dengan mengupah Furtado yang mana secara tidak langsung menjelaskan hubungan diantara Kedah dan Siam pada ketika itu. Pada ketika inilah Beaulieu yang datang ke Acheh, Tiku dan Kedah menceritakan keadaan – keadaan yang berlaku kepada Negeri Kedah semasa kedatangannya pada tahun 1622. Di dalam catatan Beaulieu, aktiviti utama penanaman lada hitam terletak di Pulau Langkawi di mana kutipan lada hitam di seluruh negeri Kedah pada ketika itu adalah sebanyak 500,000 pounds bersamaan 228 ribu kilogram. Di sini para pekerjanya adalah seramai 700 orang yang secara tidak langsung menggambarkan bahawa pulau ini sudah mencapai kemajuan setara dengan tanah besar. Sultan Kedah menjual lada hitam dengan harga diantara 16 hingga 20 riyal untuk 1 bahar di mana harganya adalah lebih murah daripada yang dijual di Acheh. Le poivre murit en novembre; il commence a se rezueillir depuis la mi-decembre jusqu a la fin de fevrier. Il s'en recolte a present toutes les annees environ 500 000 livres, tres beau, gros et sec, enfin parfaitemeut bon et a meilleure composition qu'en aucun autre lieu des Indes. It is unhealthier there than in other seasons, as in all lands situated under this parallel. The pepper ripens in November; it begins to gather from mid-December until the end of February. It is now harvested every year about 500,000 pounds, very beautiful, large and lean, well, perfectly good and better in composition than anywhere else in India. Keadaan adalah kurang baik di sana berbanding musim lain seperti di semua tanah yang terletak di kawasan ini (Langkawi). Lada hitam mula masak pada bulan November dan ia mula dikumpulkan dari pertengahan Disember hingga akhir Februari. Kini lada hitam dituai setiap tahun dengan hasil sebanyak kira-kira 500,000 paun, sangat cantik, besar dan kurus, 53

baik, sangat baik dan lebih baik dalam komposisi daripada tempat lain di India. (Guenin, 1905: 141-142) Oleh kerana kemampuan Kedah menghasilkan lebih banyak lada hitam dan menjualnya dengan harga yang murah menyebabkan Kedah diserang oleh Acheh. Sepanjang berada di antara Acheh – Tiku dan Langkawi Beauliue mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku ke atas Kedah. Maka disinilah berlaku pertindihan fakta tentang tarikh kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II di mana At Tarikh Salasilah Kedah menyebut baginda mangkat pada tahun 1626 manakala Bealieau mengatakan kemangkatan baginda adalah pada tahun 1620.

Meninjau Semula Catatan Beaulieu Kajian dan terjemahan catatan ini menggunakan salinan semula yang diselenggarakan oleh Eugene Guenin bertajuk Augustin De Beaulieu: Sa Navigation de Indes Orientales (1619-1622). Naskah ini diterbitkan oleh Librairie Hachette Et, Paris pada tahun 1905 dan disimpan oleh Perpustakaan Negara Perancis. Di dalam koleksi ini terdapat sebuah lagi terbitan yang sama iaitu pada tahun 1696 yang diselenggara oleh M. Melchisédec Thévenot. Augustine de Beaulieu merupakan di antara beberapa pedagang daripada Perancis yang pernah sampai ke Alam Melayu dan tiba di Tiku, Sumatera Barat pada 1 Disember 1620 dan tiba di Acheh, Sumatera Utara pada 23 Januari 1621 (Dorleans, 2016, p. 55). Semasa berada di Acheh, Beaulieu telah mencatatkan beberapa peristiwa yang berlaku kepada Kedah. Beliau mewakili Syarikat de flotte de Montmorency yang dimiliki oleh Laksamana Charles de Montmorency dan seperti mana kapten-kapten kapal yang lain Beaulieu ditugaskan untuk menjelajah dan mengadakan hubungan dagang dengan semua kerajaan di Alam Melayu. The Burney Papers (1911) turut menggunakan catatan Beaulie bagi menerangkan hubungan Kedah – Siam. Burney merupakan wakil British ke Siam bagi mencari jalan perdamaian di antara Kedah dan Siam selepas negeri Kedah ditakluki Siam pada tahun 1821. Kumpulan surat-surat Burney ini berasal dari siri Straits Factory Records yang kemudiannya dikumpul dan diterbitkan oleh Vajiranana Library, Siam. Penulisan Beaulieu telah banyak diterbitkan di dalam bahasa Indonesia antaranya ialah Denys Lombard (1991), Kerajaan Acheh: Zaman Sultan Iskandar Muda terbitan Balai Pustaka, Bernard Dorlaeans (2006), Orang Indonesia & Orang Perancis dari abad ke 17 sampai abad ke 18 terbitan Kepustakaan Populer Gramedia dan Ingrid S. Mitrasing (2016) The Age Of Aceh And The Evolution Of Kingship 1599 – 1641 terbitan Scholary Publication. Kesemua penulis-penulis ini hanya bertumpu kepada perkembangan sejarah kerajaan Acheh dan tidak begitu menyentuh secara mendalam tentang Kedah. Sumber lokal yang menceritakan tentang hubungan KedahAcheh ini ialah Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad (1968), At Tarikh Salasilah Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Buyong Adil (1981), Sejarah Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan James F. Augustin (1992) Bygone Kedah terbitan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Setelah penyelidikan dibuat ke atas manuskrip salinan Beaulieu didapati ramai pengkaji sebelum ini tidak menyebut tentang kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II dan kedatangan Beaulieu ke Langkawi. Kebanyakannya hanya bertumpu kepada serangan tentera Acheh pada tahun 1619 (Burney Papers Vol 2 Part IV, 1911; Winstedt, 1936; Booney, 1974; Augustine, 1992; Lombart D. (ed.) Winarsih Arifin, 2014, p. 124). Bealiue tiba di Tiku pada 1 Disember 1620 dan tiba di istana Acheh pada 23 Januari 1621 (Dorleans, 2016, p. 55). Selepas mendapat keizinan Sultan Iskandar Muda barulah beliau dibenarkan untuk berdagang ke Kedah dan tiba di Pulau Langkawi pada 7 Ogos 1621 (Guenin, 1905, p. 135; Augustine, 1992, p. 13; Lombart D. (ed.) Winarsih Arifin, 2014, p. 89). 54

Beaulieu juga mencatatkan bahawa Sultan Sulaiman II dibawa ke Acheh dalam keadaan cedera setelah dikepung selama 2 bulan di istananya bersama 120 orang pengikut baginda. Di dalam pertemuan kedua belah pihak, Sultan Iskandar Muda berjanji untuk membebaskan Sultan Sulaiman II dan memulangkan semula kuasa pemerintahan kepada sultan yang sudah tua itu. Walaupun begitu Sultan Iskandar Muda mengarahkan para panglimanya supaya menangkap Sultan Sulaiman II jika tidak mereka pula akan dipancung. Kota Seputih dikepung selama 2 bulan dan akhirnya Sultan Sulaiman II terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Acheh bersama 7000 orang rakyat Kedah. Setelah sampai di Acheh pada tahun 1620, Sultan Sulaiman II dijatuhi hukuman bunuh kerana dikatakan sebagai seorang pemerintah yang kejam (Guenin, 1905, p. 145; Burney Papers Vol 2 Part IV, 1911, p. 128; Booney, 1974, p. 16; Lombart D. (ed.) Winarsih Arifin, 2014, p. 124). Aussi ceux qui restent de Queda disent que Dieu le punit pour ses mechancetes. A la verite, ce royaume a present peut servir d'un notable exemple de l'ire de Dieu; car environ quatre ans avant qu'il fut subjugue, il y eut une peste si cruelle qu'ele emporta plus de la moitie, meme les deux tiers des habitants, et dit-on qu'il mourut plus de 40 000 hommes. L'annee suivante la contagion se mit sur le betail, et commenca par les elephants du roi, qui etaient au nombre de quarante, desquels il n'en echappa un seul, non plus que du betail ne demeura la buitieme partie. La troisieme annee, ils eurent manque de riz et de fruits; ce qui leur apporta une horibble famine, qui les epuisa de toutes leurs richesses. L'annee suivante le roi d'Acheh qui ne fait qu'attendre le moyen de piller ses voisins, ne manqua d'y envoyer une grosse armee qui mit le siege devant Queda, que le roi soutint l'escape de trois mois, endurant beaucoup de privations, mais les siens perdant courage s'enfuirent ou ils purent, les autres se rendirent, et lui se retira avec sa famille dans sa maison qu'il avait bien fortifiee, et environ 120 hommes avec lui soutinrent encore deux mois. Ne pouvant plus tenir, les Acheens s'etant obstines de l'avoir, encore que ce fut durant l'hiver et qu'ils essent de l'eau jusqu'a la ceinture, le roi Acheh leur ayant envoye dire qu'il les ferait tous scier en deux s'ils n'amenaient le roi de Queda, comme il manquait de vivres, il parlementa avec ceux d'Acheh, qui lui promirent merveilles, l'assurant que leur roi admirait sa vaillance, et que l'ayant vu, il le remettrait incontinent en possession de ses terres, et qu'il l'assisterait. Telles belles promesses firent resoudre le vieillard, qui d'ailleurs etait bless, de se mettre a la discretion du roi d'Acheh, contre l'opinion de son fils qui l'en dissuada tant qu'il put; mais voyant que son pere etait ferme la, et qu'il faisait son compte de l'emmener avec le restant de ses enfants et tous ses tresors afin d'avoir meilleure composition et reception du roi d'Acheh, il trouva moyen de s'enfuir a l'insu du pere, qui se mit incontinent apres entre les mains de l'orangcaye laxemane, qui apres avoir fait demolir la ville et le chateau, emmena aussi ce qu'il put d'habitants qui se monterent a environ 7000. Le roi d'Acheh fit du commencement assez bonne reception a celui de Queda, jusqu'a ce qu'il eut entierement tire ce qu'il avait et voyant qu'il ne lui restait aucune chose, ni a ses enfants et amis, il le fit mourir, lui reprochant ses mechancetes passees, et tout d'un temps fit expedier aussi les enfants et les pricipaux captifs, et confina le reste en un endroit de la ville assez éloigné, auquel par misere et faute de nourriture ils ont la plupart defaili, et n'en peut rester a present 500 qui, dans de petites cahutes, travaillent la moitie de la semaine pour eux ce qui les entretient tant bien que mal l'autre moitie de la semaine ils travaillent aux edifices, au labourage des terres du roi d'Acheh, qui ne leur donne aucune nourriture.... Juga mereka yang tinggal di Kedah berkata bahawa Tuhan menghukum Raja Kedah atas kezalimannya. Sebenarnya, kerajaan ini boleh dijadikan contoh yang terbaik tentang kemurkaan Tuhan. Selama empat tahun sebelum Raja Kedah ditundukkan (1617) terdapat satu wabak yg kejam yang membawa maut kepada lebih daripada separuh malah dua pertiga daripada penduduk atau dikatakan lebih daripada empat puluh ribu manusia mati. Tahun berikutnya (1618), wabak itu merebak kepada haiwan ternakan yang bermula dengan gajah milik Raja Kedah yang berjumlah sebanyak 40 ekor di mana tidak ada seekor pun yang terlepas daripada maut, begitu juga dengan haiwan ternakan lembu yang hanya berbaki satu 55

perlapan. Pada tahun ketiga (1619), kerajaan ini kehabisan beras dan buah buahan yang menyebabkan kebuluran yang sangat dahsyat. Kejadian ini menyebabkan segala harta kekayaan mereka musnah dan punah ranah. Tahun berikutnya (1620), Raja Acheh yang memang menunggu peluang untuk menjatuhkan negara jirannya itu dengan segera mengambil kesempatan ini dengan menghantar angkatan tentera dalam jumlah yang besar untuk mengepung kerajaan Kedah. Raja Kedah dapat melarikan diri dan mampu bertahan selama tiga bulan di samping menempuh segala kesukaran dan kekurangan. Namun terdapat juga di kalangan rakyatnya yang telah hilang semangat untuk berjuang melarikan diri bila ada kesempatan dan ada juga di kalangan mereka yang menyerah diri kepada tentera Acheh. Raja Kedah dan keluarganya mengundurkan diri ke istananya dan memperkukuhkan benteng pertahanan di istananya dengan kekuatan tentera seramai 120 orang selama 2 bulan. Raja Kedah dan tenteranya berada dalam keadaan yang amat terdesak dan sudah tidak mampu bertahan lagi kerana berdepan dengan tentera Acheh yang begitu berdisplin dengan keazaman yang kuat. Mereka tidak mahu melepaskan kerajaan Kedah walaupun pada ketika itu menghadapi musim sejuk sedang menggigit, mereka bertahan hingga ke titisan darah terakhir. Raja Acheh kemudiannya menghantar utusan yang berupa ugutan bahawa dia akan menggergaji tentera Kedah hingga putus dua jika Raja Kedah tidak dibawa kepadanya. Oleh kerana mereka kekurangan bekalan makanan, pihak Raja Kedah mahu mengadakan perundingan dengan pihak Acheh. Raja Acheh menjanjikan yang indahindah belaka dan meyakinkan Raja Kedah bahawa dia sangat mengagumi nilai-nilai semangat dan kedaulatan yang ada pada Raja Kedah. Raja Acheh juga berjanji jika Raja Kedah menunjukkan dirinya, dia akan serta merta mengembalikan segala harta dan tanah Raja Kedah serta membantu membangunkan kembali kerajaannya. Janji-janji manis daripada Raja Acheh telah membuatkan Raja Kedah berazam untuk meletakkan dirinya pada budi bicara Raja Acheh yang mana ianya adalah bertentangan dengan pendapat dan kehendak Putra Raja Kedah. Putra Raja cuba menghalang Raja Kedah daripada menerima tawaran dan janji-janji Raja Acheh. Namun begitu Raja Kedah tetap dengan pendiriannya dan tidak berganjak dari keputusannya. Putra Raja itu membuat keputusan untuk mencari jalan bagi meloloskan dirinya tanpa pengetahuan ayahandanya itu. Raja Acheh bersama Orang Kaya Laksamana bertindak merobohkan Kota Kedah (Kota Siputeh) dan istananya dan membolot apa saja yang dia mampu. Raja Acheh itu membawa rakyat Kedah yang berjumlah 7000 orang pulang ke negerinya. Manakala Raja Kedah yang tegas dengan keazamannya membawa segala hartanya dan anak-anaknya yang masih tinggal bersama tentera dan pembesar negeri pergi mengadap dengan harapan dapat mengambil hati Raja Acheh dan diterima baik oleh raja itu. Raja Acheh meraikan kedatangan rombongan Sultan Kedah dengan agak baik dan mengambil sehingga habis segala apa yang dibawa oleh Sultan Kedah sehinggakan tidak ada yang tertinggal satu pun untuk keluarga atau kawan Raja Kedah tersebut. Selepas memperolehi segalanya, Sultan Acheh membunuh Sultan Kedah. Ketika Sultan Kedah akan dibunuh, Sultan Acheh memberi teguran kepada Sultan Kedah tentang kezalimannya yang lalu. Segala pembesar-pembesar dan anak-anak raja pula dijadikan tahanan dan dibuang jauh dari kota. Tahanan yang terdiri daripada rakyat biasa seperti awak-awak kapal, hulubalang biasa dikumpulkan dan diletakkan pada satu kawasan yang dikawal oleh tentera Acheh di dalam kota Acheh. Mereka ini tidak dibolehkan bergerak bebas. Mereka tetap sebagai tahanan cuma tidak berada di dalam penjara. Hidup mereka seperti biasa, cuma tidak bebas dan mereka terpaksa melalui kesengsaraan akibat kekurangan makanan sehinggakan kebanyakan mereka telah mati dan kini hanya tinggal 500 orang sahaja. Mereka menetap di pondok kecil, bekerja separuh minggu untuk meneruskan kehidupan mereka dan separuh minggu lagi mereka mengerjakan bangunan, membajak tanah Sultan Acheh yang langsung tidak memberi mereka makanan. (Guenin, 1905: 144-145) 56

At Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1968) yang dianggap sebagai teks pensejarahan negeri Kedah menyenaraikan sejarah setiap Sultan Kedah yang memerintah bermula dari tahun 1136 sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943). Oleh itu karya secara tidak langsung turut menceritakan tentang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II serta hubungan baginda dengan Acheh, Belanda dan Portugis. Terbitan asal naskhah ini ialah pada tahun 1928 yang ditulis di dalam tulisan jawi. Menurut karya ini baginda menaiki takhta pada tahun 1602 menggantikan ayahandanya Sultan Mudzaffar Shah (1547-1602) yang telah mangkat. Baginda terus bersemayam di Kota Seputih seperti mana ayahandanya. Pada tahun 1625 (1034 Hijrah) Nakhoda Lamun dari negeri Inderagiri memaklumkan kepada Raja Menehara bahawa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sedang bersiap sedia untuk menyerang negeri Kedah. Pada 14 Ogos 1625, Sultan Acheh diiringi angkatan Diraja Kedah sampai ke Kuala Sanglang dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kota Seputih. Setelah sampai di istana Sultan Acheh disambut dengan penuh gilanggemilang sehinggakan baginda berubah hati dari hendak menakluki Kedah kepada membiarkan negeri Kedah bebas aman. Pada 10 November 1625, Sultan Iskandar Muda pulang ke Acheh membawa bersama-samanya Sultan Sulaiman Shah II. Baginda dikatakan hidup dalam keadaan gembira ketika berada di Acheh. Walaupun begitu pada 28 Februari 1626 baginda mangkat akibat penyakit sebak di istana Pagarawan. Berita kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II disampaikan kepada Tunku Rijaluddin oleh Raja Panglima Rentu dan Raja Panglima Alam iaitu wakil Sultan Acheh. Pada 7 April 1626 Tunku Rijaluddin menaiki takhta dengan memakai gelaran Sultan Rijaluddin Muhammad Shah. Terdapat 2 pendapat mengenai istana Pagarawan ini, yang pertamanya istana ini terletak di Acheh tetapi dimusnahkan oleh Belanda dalam satu serangan di antara tahun 1873-1904 dan pendapat yang kedua ialah istana ini terletak di Pulau Bengkalis. (Muhammad Hassan Muhammad Arshad, 1968, pp. 51-68). Hanya sumber At Tarikh Salasilah Kedah saja yang menyebut tentang kemangkatan Sultan Sulaiman Shah II pada tahun 1626 sedangkan sumber lain tidak menyatakan perihal tersebut. Beualieu sendiri tidak menyatakan secara langsung tentang kemangkatan Sultan Kedah itu namun dari catatannya itu menyatakan bahawa Kedah ditakluki pada tahun 1620. Penutup Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini tidak tahu bahawa suatu masa dahulu negeri Kedah merupakan pengeluar lada hitam terbesar di Alam Melayu. Kegemilangan dengan sekali tuaian, Kedah mampu menghasilkan sebanyak 500,000 pound atau 228 tan lada hitam. Hasil lada hitam yang begitu banyak ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Sultan Iskandar Muda yang menyebabkan serangan untuk menakluki Kedah berlaku. Semasa serangan ini berlangsung, semua pokok lada hitam telah ditebang oleh tentera Acheh yang menyebabkan Kedah menjadi sebuah negeri yang sangat miskin dan hampir muflis. Pembunuhan Sultan Sulaiman Shah II juga berkemungkinan kerana hubungan baik baginda dengan Belanda yang menimbulkan rasa murka Sultan Acheh sehingga sanggup menyeksa kaum kerabat Sultan Kedah dan rakyat Kedah. Malah segala isi kekayaan Kedah dirampas oleh tentera Acheh. Seramai 22,000 orang dari Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Deli telah dibawa ke Acheh sebagai tawanan perang sepanjang kempen Acheh sejak tahun 1612 lagi. Dari jumlah ini pada tahun 1621 hanya tinggal 1500 orang lagi yang masih hidup akibat kebuluran yang melanda Acheh pada ketika itu (Winstedt, 1936, p. 157; Lombart D. (ed.) Winarsih Arifin, 2014, p. 134). Walaupun Beaulieu menulis bahawa Sultan Sulaiman II adalah seorang yang kejam namun penceritaannya itu merujuk kepada seorang panglima Acheh yang dihantar berperang ke Kedah dan sudah tentulah penceritaan oleh tentera Acheh menjadi berat sebelah. Berdasarkan kepada catatan Beaulieu dan At Tarikh Salasilah Kedah memperlihatkan persamaan cerita khususnya tentang sambutan kedua-dua orang Sultan walaupun begitu Hassan lebih lunak dalam menceritakan keadaan yang berlaku semasa rundingan tersebut 57

berlangsung sedangkan keadaan sebaliknya pula diceritakan oleh Beaulieu yang menyebabkan timbul persoalan mengapa Hassan tidak menjelaskan perkara sebenar. Apa yang jelas di sini ialah walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang sama ada Kedah ditakluki atau tidak antara tahun 1619 atau 1620, berdasarkan kepada bukti-bukti yang dipaparkan ini adalah jelas menunjukkan bahawa Sultan Sulaiman Shah II mangkat pada tahun 1620 dan bukannya pada tahun 1626. Oleh itu adalah diharapkan supaya tarikh kemangkatan baginda dapat dipinda oleh pihak berwajib dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Dari aspek yang lain adalah jelas bahawa perluasan kuasa Acheh ke atas negerinegeri di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat ekonomi di mana Acheh ingin memonopoli keseluruhan eksport lada hitam yang wujud pada ketika itu. Rujukan Afonso de Albuquerque. (1874). The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, second viceroy of India vol IV (ed) Birch, Walter de Gray. London: Hakluyt Society. Andaya, L. (1975 ). The Kingdom of Johor, 1641-1728. Kuala Lumpur: East Asian historical monographs, Oxford University Press. Augustine, J. F. (1992). Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah. Booney, R. (1974). Kedah 1771 -1821 : The Search for Security and Independance. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Burney Papers Vol 2 Part IV. (1911). Bangkok: Vajiranana National Library. Chain, T. A. (2016). U Kala : The Great Chronicle 1597-1711. Yangoon: Myanmar Knowledge Society. Dames, M. L. (1921). The Book of Duarte Barbosa. London: Halkuyt Society. Dames, M. L. (1921). The Book Of Duarte Barbosa Vol. 2. London: Hakluyt Society. Denvers, F. C. (1894). The Portuguese In India Being A History of The Rise And Decline of Their Eastern Empire. London: W.H Allen & Co. Limited. Dorleans, B. (2016). Orang Indonesia & Orang Perancis Dari Abad XVI sampai dengan Abad XX. Jakarta: Kepustakaan Gramedia. Guenin, E. (1905). Augustin De Beaulieu : Sa Navigation de Indes Orientales (1619-1622). Paris: Librairie Hachette Et. Lombart D. (ed.) Winarsih Arifin. (2014). Le Sultanat d’Atjeh au temps d’Iskandar Muda (1967) Kerajaan Acheh Zaman Sultan Iskandar Muda. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia. Mitrasing, I. S. (2011, March 22). The Age Of Aceh And The Evolution Of Kingship 1599 – 1641, Dissertation to obtain the degree of Doctor at Leiden University. Retrieved from Scholarly Publications Universiteit Leiden: https://scholarlypublications.universiteitleiden.nl Muhammad Hassan Muhammad Arshad. (1968). At Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 58

P.A Leupe and M.Hacobian . (1936). The Siege and Capture of Malacca From Portuguese in 1640-1641. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 14, No. 1 (124), 1-178 . P.Borshberg . (2016). Journal, Memorials and Letters of Cornelis Matelieff de Jonge. Singapore: National University Singapore. P.Swantoro. (2014). Perdagangan Lada Abad XVII. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia. Pires, T. (1944). The Suma oriental of Tomé Pires: an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515. London: The Hakluyt Society. Winstedt, R. (1936). Notes History of Kedah. Journal of The Malayan Branch Asiatic Society Vol 14 Part III.

59

MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN Zahidi bin Dato' Zainol Rashid Pengenalan Negeri Kedah Darul Aman, Jelapang Padi Malaysia adalah negeri tertua di Malaysia. Kedah wujud di kurun ke-2 dan mempunyai ketamadunan yang tinggi yang melahirkan epik besar Hikayat Merong Mahawangsa dan terkenal dengan Lagenda Mahsuri dan Puteri Lindungan Bulan yang mewarnai sejarah3 budaya dan tamadunnya. Ramai barisan tokohtokoh ternama negara adalah anak kelahiran Kedah. Akauntan, doktor wanita dan jurutera pertama dan juga ramai ketua-ketua pengarah peringkat nasional di awal tahun 1960-an adalah anak watan Kedah. Ini adalah usaha gigih dan keprihatinan pimpinan negeri Kedah di bawah Sir Haji Mohamed Sheriff, Menteri Besar Kedah yang pertama yang amat mengambil berat dalam bidang pendidikan dan menghantar anak-anak Kedah untuk melanjutkan pelajaran keluar negeri. Menteri Besar Menteri Besar Kedah mula dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenan oleh Sultan Kedah. Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah. Pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854 - 1879), Dato' Wan Muhamad Saman bin Wan Ismail (1830 - 1898) telah menjawat jawatan “Perdana Menteri" yang berfungsi sebagai Menteri Besar pada zaman pemerintahan moden sekarang. Haji Mohamad Sheriff adalah Menteri Besar Kedah yang pertama yang lahir dari golongan orang kebanyakan pada zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan yang bergelar Tunku, Syed dan Wan. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1896 di Seberang Sungai Raja, Alor Setar. Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah 7 di Sekolah Inggeris Penang Free School. Kerjaya beliau bermula dengan menjadi Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris pada tahun 1907. Pada tahun 1907 beliau telah menjawat Jawatan Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah. Jawatan berikut beliau ialah Kepala Pekerjaan Tanah (1912) dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (1948). Pada tahun 1931 sehingga 1948 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Haji Mohamad Sheriff mencipta sejarah apabila telah dilantik menjadi Menteri Kedah yang pertama pada tahun 1948. Beliau menjawat jawatan tersebut selama 6 tahun iaitu sehingga 1954. Sebagai menghargai sumbangan dan juga baktinya yang cemerlang sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan beberapa anugerah seperti "Award of Kedah Long Service Medal" oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid, C.B.I dan C.M.C daripada Raja Inggeris di London yang membawa gelaran "Sir" dan " Kedah Order of Merit (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Islam di Akar Peluru, Alor Setar.

Pada 1 Februari 1954 YTM Tunku Ismail bin Tunku Yahya telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Sir Haji Mohamad Sherifff yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan. Di samping perkhidmatan cemerlang dengan Sultan Badlishah. Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 11, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845) adindanya Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda dan diberi kuasa memerintah di kawasan Kuala Muda. Keturunannya iaitu Tunku Muhammad Saad pernah dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim 61

Shah, Sultan Kedah ke-26 menjadi Pembesar di daerah Kulim. Daripada keluarga Tunku Muhamad Saad inilah munculnya Tunku Ismail. Pada zaman beliau berlaku pergolakan rakyat melalui parti-parti politik dan pelaksanaan pilihan raya Persekutuan dan negeri dan juga pada masa itu berlaku huru-hara angkara pengganas komunis. Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 29 Mei 1959, calon-calon dari Parti Perikatan telah memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Dato' Syed Omar Shahabuddin telah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Tan Sri Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin dilahirkan pada 6 Julai 1902 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baru dan Goverment English School dan di Penang Free School, Pulau Pinang. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Hong Kong. Beliau telah menyertai Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) dan jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pegawai Daerah Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu, pegawai Kastam Negeri Kedah dan Pegawai Perbendaharaan Negeri Kedah. Beliau bersara daripada Perkhidmatan Awam Kedah pada 17 November 1954 dan mula menceburi politik secara serius pada tahun yang sama. Dato' Syed Omar Shahabuddin dipilih bertanding dalam pilihan raya umum peringkat Negeri untuk pertama kalinya pada tahun 1959 atas tiket parti Perikatan di kawasan Baling Barat. Beliau berjaya mendapat 5,456 undi mengalahkan Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman, calon Pas yang memperolehi 2,200 undi iaitu dengan majoriti sebanyak 3,256. Kesemua 24 kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Perikatan. Oleh itu Dato' Syed Omar Shahabuddin mula memegang jawatan sebagai Menteri Besar yang pertama pilihan rakyat. Dalam pilihan raya kali kedua (1964) beliau bertanding di kawasan yang sama iaitu di Baling Barat dengan memperoleh 6,778 undi menewaskan Haji Noh bin Haji Kechik, calon Pas yang mendapat 2,873 undi sementara calon Barisan Sosialis mendapat 689 undi. Tugasnya sebagai Menteri Besar kali ini dapat diteruskan selama 3 tahun kerana beliau meninggal dunia pada 7 Disember 1967. Jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar. Tan Sri Syed Omar bin Syed Abdullah merupakan seorang pemimpin yang berjaya semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dari 1959 hingga 1967. Beliau mengorak langkah membangunkan Negeri Kedah di kawasan luar bandar yang serba mundur melalui beberapa projek yang diperkenalkan dan dilaksanakan pada zamannya. Antaranya termasuklah pembahagian tanah kepada rakyat, mengadakan kemudahan infrastruktur dan jambatan perbekalan air, kesihatan, telefon, elektrik di samping memajukan lagi bidangbidang pertanian, ternakan, pelajaran dan lain-lain. Di sektor pertanian, beliau telah melaksanakan projek rancangan Pengairan Muda yang menelan belanja lebih RM 200 juta. Beberapa jalan raya telah dibina, antaranya jalan raya Alor Setar ke Perlis serta jalan raya di tepi laut. Beliau telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Beliau telah menubuhkan Skim Pembukaan Tanah Pinggir dan Felda di Batu Lapan, Changlon, Guar Napai dan Bukit Tembaga. Beliau meminati sukan seperti bola sepals, keriket, olahraga dan telah membina Stadium Darul Aman. Di atas segala surnbangan danjasa Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Jaksa Pendamai (JP) Dato' Seri Mahawangsa oleh KDYMM Tunku Sultan Kedah (1959). Pangiima Mangku Negara (PMN) oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung (1958) dan Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) oleh DYMM Sultan Kedah (1954). Pada 14 Disember 1967, Tun Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah keempat menggantikan Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Disember 1967. Beliau dilahirkan pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kerajaan di pejabat Perbendaharaan Negeri, Alor Setar mulai 1947 sehingga 1955. Pada masa yang sama beliau turut terbabit dalam kegiatan SABERKAS dan Kesatuan Melayu Kedah yang 62

berpusat di Alor Setar. Apabila UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 beliau menyertai UMNO dan menjadi ahli UMNO di cawangan Alor Setar. Mulai 1951 hingga 1954 beliau telah dilantik menjadi Penolong Setiausaha UMNO Negeri Kedah dan seterusnya sebagai Setiausaha UMNO hingga tahun 1967. Beliau telah memenangi Pilihan Raya Umum DUN Kuala Nerang dan menyandang Ahli Dewan Undangan dari 1955 sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dari 1958 hingga 1967. Pada 14 Disember 1967 beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang keempat juga pernah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara selama dua tahun mulai 1967 hingga 1969, Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menjadi Ahli Parlimen Padang Terap dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dari 1981 hingga 1988. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka dari 1989 hingga 2004. Tun Syed Ahmad Shahabuddin membangunkan Negeri Kedah meliputi sektor pertanian, infrastruktur, pelancongan dan perindustrian. Di sektor pertanian beliau mewujudkan Rancangan Pengairan Muda untuk tujuan membantu penanaman padi di Kedah. Beliau mengetuai rombongan Kerajaan dan ahli-ahli ekonomi bertujuan promosi dan menggalakkan pelabur melabur di kawasan perindustrian di Mergong dan Sungai Petani. Di sektor pelancongan beliau membangunkan Langkawi dengan melaksanakan pemulihan tempat-tempat sejarah dan pembinaan hotelhotel untuk keselesaan pelancong, Dari segi infrastruktur beliau membaiki jalan-jalan kampung dan bandar untuk kemudahan orang ramai. Di antara sumbangan dan jasa bakti beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Seri Maharaja Mangku Negara SMN (Persekutuan), Seri Setia Mahkota SSM (Persekutuan), Panglima Setia PSM (Persekutuan), DUNM (Melaka), SPMS (Selangor), SPMK (Kedah), DP (Sarawak), PNBS (Sarawak), PGDK (Sabah), Johan Mangku Negara JMN (Persekutuan) dan JP (Kedah). Dato' Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabuddin dilahirkan pada 12 Mei 1934 di Alor Setar. Beliau adalah anak tunggal kepada bekas diplomat dan bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Syed Sheh Shahabuddin. Ibunya Tunku Habsah binti almarhum Sultan Abdul Hamid ialah kekanda kepada YTM almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Sekolah Melayu Sungai Pasir dan Sekolah Melayu Kulim. Kemudian beliau melanjut pelajaran ke Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau melanjutkan pelajaran ke Trinity College, Dublin dan Bristol University serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda jurusan ekonomi dan sains politik serta pentadbiran dan kerajaan tempatan. Sekembali ke tanah air beliau berkhidmat sebagai Pengarah Peneroka di Felda dan kemudian bertugas sebagai Pengurus Besar Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH). Beliau telah meletak jawatan bila beliau ditawar bertanding dalam pilihan raya umum 1969. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1969 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jerlun/Kodiang. Beliau ditentang oleh Haji Shaari Hamzah, calon Pas Dato' Seri Syed Nahar telah mendapat 5,181 undi mengalahkan Haji Shaari yang mendapat 4,870 undi. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Exco dan juga telah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan pada tahun 1970, beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun/Langkawi. Pada Pilihan Raya Umum 1974 beliau telah dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Jerlun/Langkawi dan beliau telah menang tanpa bertanding. Pada Pilihan Raya Umum 1978. Beliau telah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Langkawi. Beliau telah ditentang oleh Mohamed bin Nyak Osman calon PAS. Dato' Seri Syed Nahar mendapat 5,704 undi manakala lawannya mendapat 3,493 undi, Pada 13 Julai 1978 beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dalam Pilihan Raya Umum 1982, Barisan Nasional Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Syed Nahar mencatat kejayaan gemilang. Sewaktu kepimpinan beliau masih diperlukan pada 28 Januari 1985 beliau telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

63

Sumbangan dan jasa-jasa Dato' Seri Syed Nahar di dalam memaju dan membangunkan Negeri Kedah Darul Aman cukup besar. Beliau telah memperkenalkan sistem portfolio dan ia telah memberi sumbangan yang berkesan di dalam pentadbiran Kerajaan yang mana setiap exco diberi tanggungjawab tertentu. Beliau memberi tumpuan di bidang perindustrian dengan mendirikan kilang tayar di Mergong, kilang marmar di Langkawi dan kilang simen di Teluk Ewa, Langkawi. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga sepanjang 764 kilometer jalan raya telah dibina dengan Kos RM 76 juta. Di dalam Rancangan Malaysia keempat pada sepanjang 51.9 kilometer jalan luar bandar telah dibina dengan Kos RM 137.1 juta. Pada tahun 1980, 62 peratus penduduk telah mendapat kemudahan air dan elektrik. Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau telah di anugerah Bintang KMN (1968), DPMK (1972) SPMK (1985) SPMT (1985). Tan Sri Haji Osman Haji Aroff telah dilantik menjadi Menteri Besar pada 24 Januari 1985. Beliau dilahirkan pada 23 November 1940 di Kampung Kelubi, Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1959 hingga 1963, beliau telah melanjut pelajaran dalam bidang sains politik di American University Washington, Amerika Syarikat. Beliau pulang ke tanah air dan berlugas di Konsul Taiwan, Kuala Lumpur. Beliau telah menjadi wakil calon kepada calon Perikatan dalam pilihan raya 1959 iaitu Tan Sri Fatimah Hashim (kawasan Parlimen Jitra-Padang Terap) dan Haji Omar Haji Salleh (Dewan Undangan Negeri kawasan Jitra). Beliau terus menjadi wakil calon kepada Encik Mohd Zain Ahmad dalam pilihan raya kecil kawasan Jitra kerana YB Tuan Haji Omar Haji Salleh meninggal dunia. Tan Sri Dato' Seri Haji Osman mula membabitkan diri dalam politik sejak tahun 1955. Pada tahun 1956 beliau telah dilantik menjawat jawatan Setiausaha UMNO Cawangan Tanah Merah. Pada tahun 1958 beliau turut mengasaskan penubuhan UMNO Bahagian Jitra dan menjadi Ketua Pemuda yang pertama apabila UMNO Bahagian Kedah Utara ditukar menjadi Bahagian Jitra. UMNO Bahagian Jitra kemudian ditukar menjadi UMNO Bahagian Kubang Pasu hingga kini. Beliau pernah dilantik menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaya menggantikan Allahyarham Encik Hamzah Alang yang meninggal dunia. Pada Pilihan Raya Umum tahun 1969 beliau bertanding mewakili parti Perikatan bertanding di kawasan Jitra dan berjaya mengalahkan calon PAS, Encik Ayub Haji Ishak, Beliau mendapat 7,627 undi manakala Encik Ayub mendapat 5,192 undi. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 1972. Pada Pilihan Raya Umum 1974, beliau mewakili Perikatan dan menang tanpa bertanding. Pada Pilihan Raya Umum 1978, beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Jitra dan ditentang oleh Ustaz Ahmad Jusoh, calon PAS. Pada pilihan raya umum 1982 beliau telah bertanding kawasan yang sama. Pada 28 Januari 1985, Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau telah berjaya membawa Pembangunan Negeri Kedah dengan begitu pesat sekali. Untuk memajukan sektor industri, beliau telah menyusun semula agensi kerajaan yang berkaitan terutama sekali Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Kedah mempunyai 540 hektar kawasan industri. Setakat ini enam kawasan yang dibangunkan ialah Kulim, Bakar Arang, Tikam Batu, Sungai Petani, Mergong 1 dan Mergong 2. Semua kawasan perindustrian itu menyediakan 296 buah kilang dan 30,000 peluang pekerjaan. Sektor ini merangkumi pelbagai jenis pengeluaran daripada pembuat tayar, sarung tangan, kasut sukan, barang-barang elektronik dan barangan audio. Kedah telah melangkah ke arah industri berat apabila projek raksasa Perwaja Steel di Gurun dan kawasan Perindustrian Hitech di Kulim mulai beroperasi. Kedah juga telah mencapai kemajuan yang pesat di sektor industri pelancongan. Pulau Langkawi telah di isytihar sebagai pelabuhan bebas cukai pada tahun 1987. Beliau juga berusaha mencorakkan sektor pertanian ke arah menjadi Kedah sebagai pembekal utama hasil-hasil pertanian negara. Di 64

bidang sukan, beliau telah membina Kompleks Sultan Muadzam Shah yang lebih dikenali sebagai Kompleks Hijau Kuning. Kedah telah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1990 dan 1993. Beliau telah membina Kompleks Dewan Undangan Negeri bernilai RM 77 juta yang lebih dikenali sebagai Wisma Darul Aman. Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau telah dianugerahkan Bintang Keberanian Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga menerima bintang kebesaran Seri Setia Diraja Kedah (SSDK), Darjah Halim Muadzam Shah (DHMS), Johan Mangku Negara (JMN) dan Jaksa Pendamai (JP). Tan Sri Sanusi Junid dilahirkan pada 10 Julai 1943 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan (1949-1953), Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani (1954-1956). Beliau kemudian memasuki Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau terus melanjutkan pelajaran ke City of London College Institute of Expert London University. Pada 1963 Tan Sri Sanusi memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pelatih di Chartered Bank, Seremban. Pada 1971, beliau dilantik menyandang jawatan Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank, Kuala Lumpur. Tan Sri Sanusi dilantik sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah mulai 1978 hingga 1986 dan selepas itu sebagai Timbalan Menteri dalam Negeri mulai 1980 hingga 1981. Pada 1981, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan memegang jawatan tersebut hingga 1986. Beliau telah dilantik memegang jawatan Menteri Pertanian dan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ketujuh pada 16 Jun 1996 dan berakhir pada November 1999. Penglibatan beliau dalam politik bermula pada 1963 sebagai ahli UMNO Seremban. Pada 1964, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Seremban, Bendahari UMNO Seremban Timur (1966), Ketua Penerangan UMNO London (1967), Timbalan Ketua UMNO London (1975), Ketua Penerangan UMNO Kedah (1978-1988), Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1981). Pengerusi Penerangan UMNO Malaysia (1981), Setiausaha Agung UMNO (1984-1988), Ketua Umno Bahagian Jerlun/Langkawi (1986), Naib Presiden UMNO (1990-1993), Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1993). Tan Sri Sanusi telah berjaya membawa Kedah daripada negeri pertanian ke era perindustrian yang membanggakan seluruh rakyat Kedah. Walaupun pentadbirannya agak singkat iaitu selama tiga tahun enam bulan, Tan Sri Sanusi telah mentadbir Kedah dengan pelbagai perubahan dijalankan. Beliau memperkenalkan empat corak pengurusan yang cuba diserapkan dalam semua peringkat pentadbiran. Pertama, pengurusan cara mesyuarat, kedua, pengurusan secara berjalan dan memerhati dan keempat, pengurusan secara bercerita. Dalam acuan untuk membentuk pembangunan di Negeri Kedah. Tan Sri Sanusi membuka minda rakyatnya dengan menerapkan garis panduan pentadbiran MENJARO dan POLEMAS mentaliti, jasad dan roh ialah berkaitan pembangunan politik, ekonomi dan masyarakat. Selaras dengan konsep MENJARO masjid-masjid dijalankan sebagai pusat menelaah pelajaran bagi pelajar sebelah malam. Kejayaan beliau menubuhkan Kompleks Jihad Membasmi Kemiskinan di Paya Pahlawan adalah kejayaan rakyat Kedah telah dijadikan pusat pengedaran daging-daging korban. Bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan rakyat beberapa Gerai Pusat Bacaan Rakyat (PUBARA) ditubuhkan serta mewujudkan sebuah perkampungan buku di Langkawi. Pembinaan "Tangga Kenari" bagi mendaki Gunung Jerai adalah satu usaha untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke Kedah. Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya DSSM, SSSI, DGSM, SMK, DSDK, PSM dan SSDK. Dato' Seri Syed Razak bin Syed Zain merupakan Menteri Besar Kedah yang kelapan. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1944 di Kubang Rotan, Kuala Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Rotan dan Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah 65

St. Michael Alor Setar. Beliau menceburi dalam bidang perniagaan. Beliau telah diberi kepercayaan menerajui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia Cawangan Kedah (DPPMMK) sejak tahun 1986, Menerusi DPPMMK, beliau telah membawa peniagapeniaga bumiputera ke arah masyarakat perdagangan sejajar dengan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Dato ' Seri Syed Razak berkecimpung dalam politik dengan menjadi Ketua UMNO Cawangan Kilang Ais, Kuala Kedah. Beliau seterusnya dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah. Pada tahun 1986, beliau telah dicalonkan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Kundur atas tiket Barisan Nasional dan menang dengan majoriti sebanyak 1,894 undi mengalahkan Haji Halim Arshad, calon PAS. Pada tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Dalam Pilihan Raya Umum 1990, beliau sekali lagi dipilih mewakili Barisan Nasional untuk bertanding sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Kundur. Beliau ditentang oleh Encik Pahrolrazi Nawawi, calon PAS dan menang dengan kelebihan majoriti sebanyak 1,165 undi. Seterusnya beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Disember 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Dato' Seri Syed Razak telah memperkenalkan Pelan Kedah Maju 2010 untuk menjadikan Kedah sebagai negeri maju menjelang 2010. Beliau memfokuskan beberapa perkara meliputi industri, pelancongan, pertanian, pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pembangunan sumber manusia, prasarana dan utiliti, pembangunan usahawan dan pembangunan insan. Walaupun Kedah dikenali sebagai Jelapang Padil Dato' Seri Syed Razak membawa masuk pelaburan dalam bidang perindustrian kursusnya automobil. Kerajaan Negeri telah berjaya menarik tiga pelaburan besar dalam sector berkenaan ke Kedah iaitu Modenas yang mengeluarkan motosikal serta skuter nasional serta dua kilang pengeluaran kereta iaitu Naza dan Inokom di Padang Meiha, Kulim. Satu lagi kilang berkaitan sektor pengangkutan ialah Asian Composite Manufacturing (ACM) di Bukit Kayu Hitam yang mengeluarkan komponen-komponen untuk pesawat Boeing yang mula beroperasi pada 2001. Kawasan Perindustrian Taman Teknologi Kulim mempunyai 27 projek dengan pelaburan sebanyak RM 918.88 juta. Di sektor pelancongan, Langkawi diberi fokus sebagai pusat membeli belah, Di samping lokasi bersejarah di tanah Besar menjadikan Kedah sebagai negeri unik untuk dilawati. Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu DMK, SSDK, KMN, BKM, dan JP. Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kesembilan pada 28 Disember 2005. Beliau dilahirkan pada 15 Disember 1960. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Sekolah Menengah Pokok Sena dan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar. Pada tahun 1979 hingga 1983 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan berjaya mendapat ijazah B.A. (Hons). Kerja beliau bermula apabila beliau telah menjawat jawatan Pengetua Sekolah Menengah Gadong Beaufort, Sabah. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Pembangunan di Pejabat Menteri Besar Kedah (1993-1996). Kemudian beliau telah dilantik sebagai Pengarah Seranta Kementerian Tanah dan Pembangunan koperasi (19982000). Pada tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok sena, Ahli UMNO Cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap. Pada tahun 2004 beliau telah dipilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pedu atas tiket Barisan Nasional. Dalam pilihan raya tersebut beliau memenangi kerusi kawasan itu dengan memperolehi 7,684 undi menewaskan calon PAS Wan Jaafar Wan Ahmad yang mendapat 5,785 undi dengan maj oriti 1,899 undi. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Apabila Dato' Seri Syed Razak bercuti sakit, Dato' Seri Diraja Mahdzir telah diberi kepercayaan untuk memangku 66

jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan (17 Julai 2005-16 Oktober 2005). Tempoh tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan lagi sehingga 16 Januari 2006. Di atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta diperkenan oleh KDYMM Sultan Kedah Dato' Seri Diraja Mahadzir dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kesembilan pada 28 Disember 2005. Dato' Seri Diraja Mahadzir Khalid merupakan seorang pernimpin yang begitu mendalami keperitan masyarakat luar bandar, mudah mendekati rakyat, mempunyai satu pandangan yang jauh untuk memajukan Kedah Dato' Seri Diraja Mahdzir adalah pemimpin yang mengutamakan pendidikan tanpa pendidikan yang sempurna, rakyat tidak akan maju dan berubah ke arah corak kehidupan yang berjaya. Di samping itu beliau juga seorang pemimpin yang ingin mengubah corak pemikiran dan kehidupan luar bandar yang masih kurang memuaskan. Tumpuannya untuk melahirkan petani-petani moden akan tercapai seandainya kerjasama dan sokongan dari petani-petani moden di Kedah amat menggalakkan, Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau telah dianugerahkan DPMP (2003), BKM (1996), SSDK (2006), SHMS (2008). Dato' Sri Diraja Azizan bin Abdul Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau dan seterusnya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Mahmud. Beliau telah memasuki Universiti AI Azhar sehingga memperolehi Sarjana Muda Syariah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di peringkat Mphil di Universiti of Kent, Canterbury, United Kingdom. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di Maktab Mahmud pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State Universiti dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1983 -1984 dan 1986 - 1996. Beliau fasih bahasa Arab, Inggeris dan Filipina. Beliau pernah menyertai Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association, New Delhi, India (1980), ASEAN Syariah Administration Conference Workshop Manila (1983), Persidangan Pergerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001) Conference of South East Asia Islamic Law, Manila. Karya-karya penulisan beliau ialah ‘Dirasah Hawla At Tashriq Al-Islami', 'Introduction to Islamic Jurispundence’, ‘Syariah’, ‘Adat’ dan ‘Command Law Among The Maranos of Southern Philippina and Exploratary and Compractive Study’. Beliau juga aktif di dalam Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah, Persatuan Felda Syariah Melayu Asia, Persatuan Syariah Asia Tenggara. Beliau menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 beliau bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib PAS (2003-2005), Ketua PAS Pusat (2001-2003), ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat (1991 hingga kini) ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang), selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS KEDAH (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi kerusi DUN Sungai Limau mulai 1993 hingga 2008 mengalahkan calon dari Barisan Nasional. Pada 9 Mac 2008, KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenaan mengumiakan beliau tauliah perlantikan jawatan Menteri Besar Kedah. Puncak pimpinan Negeri Kedah telah bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pada 9 Mac 2008 Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Diraja Azizan Abdul Razak telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang kesepuluh. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan parti Keadilan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Kedah atas kemenangan dalam PilihanRaya Umum Malaysia 2008. Pakatan Rakyat menyapu 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan pada 8 Mac 2008 iaitu PAS 16 kerusi. Dato' Seri Diraja Azizan menggantikan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid sebagai Menteri Besar. PAS telah mencapai 16 ketusi, PKR, Democratic Action Party dan Bebas masing-masing 1 kerusi. Ketika menjadi ketua pembangkang selama 6 tahun tanggungjawab amat berbeza kerana ketika itu beliau banyak membuat teguran. la terserah kepada kerajaan untuk 67

melaksanakannya. Sekarang sebagai Menteri Besar beliau perlu memastikan usaha dilaksanakan dengan baik dan siap cepat. Beliau mampu mentadbir Kedah dengan stabil di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS. Rakyat tidak merasa gelisah bertepatan dengan slogan kerajaan 'Kedah Sejahtera'. Kerajaan negeri mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir dan keselamatan. Rakyat berasa yakin dengan pentadbiran negeri. Bukan sahaja rakyat malah pihak pelabur banyak mengunjungi Kedah. Kakitangan kerajaan kini merasa gembira tanpa takut walaupun mempunyai aliran politik yang berbeza di kalangan pegawai kerajaan asalkan mereka mengikut perlembagaan. Di atas sumbangan dan jasa-jasa beliau telah dianugerahkan SHMS, SPMK, JP.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selain daripada Menteri Besar, suatu lagi jawatan di peringkat Kerajaan Negeri yang penting adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Jawatan ini pertama kali diperkenalkan di Kedah adalah pada tahun 1905. Che Mohammad Ariffin bin Mohd. Arshad dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang pertama bermula dari tahun 1905 sehingga tahun 1922. Sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, beliau telah menggalakkan rakyat supaya berkecimpung di dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan sumber ekonomi dan pendapatan. Beliau juga cenderung di dalam mentadbir hal-ehwal Agama Islam di Negeri Kedah. Beliau berperanan serta bertanggungjawab dalam pembinaan beberapa buah masjid di Negeri Kedah seperti Masjid Derga di Alor Star, Masjid Tanjung Musang dan Jabi di Pokok Sena serta Masjid Kebun 500 di Kampung Tualang, Pokok Sena, Kedah. Setiausaha Kerajaan Negeri yang kedua adalah Haji Wan Yahya bin Wan Mohamad Taib. Wan Yahya dilahirkan sekitar tahun 1870 di Alor Setar, Ayahnya merupakan cucu kepada Wan Musa bin Temenggung Seri Raja Putera yang terkorban semasa berjuang di Kuala Kedah dalam tahun 1838. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu di Penaga, Seberang Perai kerana pada masa itu sekolah di negeri Kedah belum lagi wujud. Setelah lulus Darjah IV dan khatam membaca Al-Quran, beliau telah pulang ke Kedah. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau sebelum menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri adalah, Kerani Pejabat tanah, Alor Setar, Inspektor Polis, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Ketua Majistret, Alor Setar, Penguasa Monopoli Candu dan Minuman, Syahbandar Alor Setar, Hakim Mahkamah Rayuan, Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kedua (1922 - 1929). Semasa Wan Yahya bertugas sebagai Pegawai Daerah Kubang Pasu, beliau telah berusaha mengumpulkan rakyat bergotong-royong mengorek sebatang terusan dari Kodiang ke Kuala Sanglang sejauh 7 kilometer untuk meluaskan kawasan persawahan. Terusan tersebut dipanggil Sungai Korok Wan Yahya'. Sekitar tahun 1902, Wan Yahya telah mengerahkan rakyat membina sebatang jalan raya dari Jitra ke Kodiang. Jalan tersebut mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan. Dalam tahun 1906, pihak Jabatan Kerja Raya telah menguatkan jalan tersebut dan menurapnya dengan batu. Apabila Kedah ditadbir oleh British dalam bulan Julai 1909, sempadan Kubang Pasu diperkecilkan dari Bukit Kayu Hitam ke Sungai Padang Terap sahaja dan ibu daerah dipindahkan ke Jitra. Beliau meninggal dunia pada 17 Ramadhan 1354 bersamaan 13 Disember 1935. Karya Wan Yahya yang terpenting ialah Salasilah atau Tarekh Kerjaan Kedah yang dikarang dalam tahun 1911 dan masih lagi dijadikan bahan rujukan yang berguna. Selain itu, beliau juga telah mengarang buku yang menceritakan kisah pelayarannya pergi dan balik ke Tanah Suci Makkah dan lawatannya ke beberapa buah negeri di Timur Tengah dalam tahun 1915. Setiausaha Kerajaan negeri Kedah yang ketiga adalah Yang Teramat Mulia Tunku Mohammad ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Beliau diputerakan pada 27 Disember 1890. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Keraj aan Negeri Kedah bermula pada 68

tahun 1929 sehingga tahun1930. Beliau pernah menjadi Ketua Hakim Besar Negeri Kedah. Beliau mangkat pada 7 Mac 1935. Penyandang jawatan ini yang keempat pula adalah Yang Teramat Mulia Tunku Mansor ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Beliau diputerakan pada 19 Mac 1889. Pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negeri Kedah. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula pada 1930 sehingga tahun 1931. Beliau mangkat pada 8 Julai 1932 Haji Mohamad Sheriff bin Awang Osman merupakan seorang pentadbir dan pemimpin yang lahir dari golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan atasan bergelar Tunku, Syed dan Wan. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1890 di Seberang Sungai Raja, Alor Setar. Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah 7 di sekolah Inggeris 'Penang Free School'. Pengalaman kerjaya beliau adalah, sebagai Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris, Alor Setar (1907), Penolong Setiausaha Majlis-Negeri Kedah (1910), Kepala Pekerjaan Tanah (1912), Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (1915), Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kelima (1931 - 1948) dan Menteri Besar Kedah yang pertama (1948-1954). Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya yang cemerlang sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikumiakan beberapa anugerah seperti ‘Award of Kedah Long Service Medal’ oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid, CBE dan CMG daripada Raja Inggeris di London dan ‘Kedah Order of Merit’ (KOM) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah. Beliau kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar. Setiausaha Kerajaan negeri yang keenam adalah Tunku Ismail bin Tunku Yahya yang dilahirkan pada 23 April 1907 di Kulim, Kedah dan berasal dari Keluarga Diraja Kedah. Beliau mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pengalaman kerjaya beliau adalah seperti berikut; Kadet Perkhidmatan Awam (1926), Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Pegawai Tanah Kubang Pasu, Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi, First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar, Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Malistret Alor Setar, ‘Food Controller’ Negeri Kedah, Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1948), Pemangku Menteri Besar Kedah (1949-1951) dan Menteri Besar Kedah yang Kedua (1954-1959). Dato' Syed Hassan bin Syed Zain Shahabudin berikutnya menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang ketujuh. Beliau dilahirkan di Alor Setar pada 17 Oktober 1903. Bapa beliau bernama Syed Zain bin Syed Muhammad Shahabudin dan Sharifah Kamaliah binti Syed Osman al-Qadri adalah ibunya. Syed Hassan memulakan pengajian di Sekolah Inggeris Kerajaan dari 1910-1919, Selepas tamat pengajian, beliau menyertai Kedah Civil Service sebagai Cadet Officer. Pelantikan pertamanya pada Februari 1922, sebagai Pegawai Percubaan, Pejabat Tanah Sungai Petani diikuti sebagai Acting Land Officer, Kota Setar. Sekitar 1927, dia telah dilantik sebagai Penolong Penguasa Polis, Kastam di Alor Setar. Ini diikuti sebagai Penolong Penguasa Polis Monopolies & Kastam Kulim, di mana beliau telah dianugerahkan dengan kuasa-kuasa Third Class Magistrate. Pada ogos 1933, beliau telah dianugerahkan pula dengan kuasa-kuasa First Class MAgistrate untuk Daerah Kuala Muda. Dalam tahun 1934, beliau telah dilantik sebagai Acting Land Officer, Kota Setar seterusnya sebagai Chief Land Officer (Ketua Office Pajabat Tanah), Alor Setar. Sekitar 1938, beliau dilantik menjadi pegawai Daerah Kulim dan pegawai Daerah Kota Setar pada tahun 1939. Hanya sebelum Perang Dunia Kedua (1941) dia menjadi District Officer Sungai Petani dari 1945-1947, beliau memegang kedudukan Ketua Audit Negara kedah. Dalam 1948, beliau telah dilantik sebagai First Assistant State Sectretary sehingga 1 Februari 1954, 69

apabila beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang mana kedudukan perkhidmatan awam yang paling kanan di negeri itu. Beliau bersara pada 16 Oktober 1958. Semasa tempoh beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, terdapat 3 keputusan yang diperbuat untuk negeri Kedah Darul Aman iaitu: 1. Pada 11 Jun, 1955, satu enakmen penubuhan Zakat, Jawatankuasaditubuhkan bagi mengutip dan mengawal zakat dan menguruskan pentadbiran dan pembayaran dalam Negeri Kedah Darul Aman menurut Undang-undang Islam. Kedah merupakan negeri pertama yang berbuat demikian. 2. Pada Disember 1955, Enakmen Lembaga Penanaman Padi Kedah diluluskan supaya mewujudkan dana untuk menyediakan bantuan kewangan untuk penanam-penanam padi dalam Negeri Kedah, Lembaga juga membantu di dalam pembelian tanah padi untuk penjualan semula, gadai janji atau sewa untuk penanam-penanam padi dan membuat cadangan untuk skim-skim untuk kepentingan penanam-penanam padi. Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Syed Hassan ialah Pengerusi pertama Lembaga Penanaman Padi Kedah. 3. Pada Ogos 1958, satu rang undang-undang dicadangkan untuk satu enakmen supaya mewujudkan peruntukan bagi menyediakan biasiswa-biasiswa kerajaan di bawah 'Kedah Scholarship Fund' yang bermula 1 Januari 1959. Dato Syed Hassan bin Syed Zain berkahwin dengan Sharifah Fatimah binti Syed Hussein Shahabudin dalam 1922. Mereka mempunyai empat orang anak - Sharifah Rokiah (meninggal), Syed Azizan, Sharifah Hindon dan Syed Zain (meninggal). Sharifah Fatimah meninggal dalam tahun 1934. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Sharifah Zaharah binti Syed Ahmad al-Jefree. Mereka dianugerahkan 13 anak - Dato Syed Muhammad, Syed Abdul Malik (meninggal), Dato' Wira Syed Abdul Jabbar, Sharifah Zainab, Sharifah Husna, Sharifah Sakinah, Tan Sri Dato Dr Sharifah Hapsah, Datin Sharifah Nafisah, Syed Zahir (meninggal), Tengku Puan Laksamana Perlis Datin Seri Sharifah Hishmah, Sharifah Hamidah, Syed Zaid dan Syed Zikiri Dato Syed Hassan telah dikurniakan Badlishah Decoration of Loyalty oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Kedah sempena hari jadinya pada 28 November 1958. Beliau telah dikurniakan Johan Mangku Negara pada 1963 oleh Yang diPertuanAgong, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan sekali lagi telah dikurniakan Dato Paduka Mahkota Kedah dalam 1966 oleh Sultan Kedah, Dato Syed Hassan bin Syed Zain Shahabudin meninggal dunia pada 14 Jun 1994. Tun Azmi bin Hj. Mohamad dilahirkan pada 26 Jun 1909 di Baling, Kedah. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Ibrahim, Sungai Petani dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Inner Temple, London. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kelapan pada 1 Januari 1958 hingga 22 September 1959. Perkhidmatan beliau pada negara berterusan apabila kemudian menjawat beberapa jawatan seperti Ketua Hakim Tinggi, Ketua Hakim Malaya (Jun 1966), Hakim Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Negara (10 September 1968), Pengerusi British American life & General Insurance Bhd., Pengerusi Unitata Sdn. Bhd., Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Pengerusi ‘Film Censor Appeal Committee'. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu SSM, PMN, PSB, Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK). Dato' Haji Shuib bin Osman dilahirkan di Pulau Pinang pada 5 Mei 1914. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Penang Free School, Pulau Pinang antara tahun 1921 hingga 1932. Sebelum menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, beberapa 70

jawatan yang pernah beliau pegang adalah, Setiausaha ‘Sanitary Board', Alor Setar, Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda, Kerani Majlis Mesyuarat Kerajaan (1948 - 1951), Pegawai Daerah Baling, Bendahari Negeri Kedah, Presiden Majlis Bandaran Alor Setar, Penolong Setiausaha Kerajaan 1. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kesembilan pada tahun 1959 hingga 1969. Selepas itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (1970-1976), Pengerusi Syarikat Perusahaan Utara Sdn. Bhd„ Pengerusi United Transport Sdn. Bhd., Pengerusi Syarikat Kenderaan Langkasuka (Sungai Petani), Pengarah Syarikat Perusahaan Simen Malaysia Bhd. Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.C.K.), Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK), Pingat Sultan Badlishah dan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), oleh DYIvIM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Pada tahun 1976, beliau telah dianugerahkan gelaran Dato' Paduka Seri Indera Kedah. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kesepuluh adalah Dato' Seri Haji Shaari bin Haji Daud yang dilahirkan pada 19 Januari 1921 di Kangar, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar dan Sekolah Melayu Sungai Korok, Alor Setar dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dari tahun 1932 hingga tahun 1939. Pada tahun 1948 hingga tahun 1951, beliau meneruskan pengajian di Universiti Swansea, Wales dan seterusnya di Universiti Pittsburg di Amerika Syarikat pada tahun 1960. Beliau menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah antara September 1969 hingga September 1976. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa Anugerah Pingat, Bintang Kebesaran Negeri Kedah, Ahli Majlis Universiti Utara Malaysia, Ahli Jawatankuasa Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Yang Dipertua Syarikat Kerjasama Pegawai Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Lembaga Pengurus Syarikat Pertama Perdagangan Negeri Kedah, Presiden Persatuan Pesarapesara Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Jemaah Dato’-Dato' Negeri Kedah. Sebagai satu sumbangan terhadap negeri Kedah, Dato' Seri Haji Shaari pernah membentangkan satu kertas kerja supaya mewujudkan sebuah bank untuk membolehkan anak Melayu menggadai tanah dalam 'Reserve Melayu ' bagi memperolehi modal perniagaan. Pembentangan kertas kerja itu telah diterima oleh Kongres Bumiputera Pertama. Maka dengan itu tertubuhnya Bank Bumiputera dengan modal pertama sebanyak lima juta ringgit. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri Kedah. Antaranya ialah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK), Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS), Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK), Kesatria Mangku Negara (KMN), PSB, Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Jaksa Pendamai (JP). Beliau juga telah dianugerahkan gelaran Dat0’ Seri Paduka Indera (Dato' Bergelar Orang Besar Lapan). Dato' Paduka Haji Radzi bin Basir dilahirkan pada 17 Januari 1932 di Langkawi, Kedah. Pendidikan awal beliau bermula pada tahun 1938 di Sekolah Melayu Kedawang. Pada tahun 1939, beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sik, Kedah dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Kangkong pada tahun 1940. Pendidikan menengahnya bermula di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1945 dan mendapat kelulusan Senior Cambridge, Pada tahun 1957, beliau menerima B.A Hons. Di School of Oriental & African Studies, University of London. 71

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Negeri Kedah pada tahun 1976 sehingga tahun 1987 sebagai penyandang kesebelas. Beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kedah selama 34 tahun iaitu mulai tahun 1953 sehingga tahun 1987. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah (DHMS), Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), PSB, Setia Mahkota Kedah (SMK), Ahii Mangku Négara (AMN) dan Bintang Cemerlang Kedah (BCK). Beliau juga telah dianugerahkan gelaran Dato' Bijaya Indera (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Dato' Paduka Haji Syed Mansor bin Syed Kassim Barakbah pula merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kedua belas, Beliau dilahirkan pada 3 November 1934 di Dulang Besar, Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1940 di Sekolah Melayu Derga, Sekolah Melayu Kanchut, dan kemudian meneruskan pengajian ke Sekolah St. Michael, Alor Setar sehingga tahun 1949. Setelah tamat pengajian di Sekolah St. Michael, beliau meneruskan pengajian ke Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga tahun 1956 Selepas tamat persekolahan, beliau meneruskan pengajiannya sehingga memperolehi ijazah B. A dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya pada tahun 1968, beliau telah menghadiri kursus di Universiti Cambridge sehingga tahun 1969 dan memperolehi sijil dalam Pentadbiran Tanah. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah, Penolong Pegawai Daerah Tambahan, Kuala Nerang (1960), Penolong Pegawai Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Daerah Sik (1961), Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah Pendang (1963), Pengambilan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Alor Setar (1965-1966), Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah Kuala Muda (1967-1968), Penolong Pengarah Tanah, Pendaftar Hakmilik, Pejabat Tanah Galian Alor Setar (1969), Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pengarah Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah (1976-1983), Pegawai Kewangan Negeri (1983) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri Kedah. Antaranya ialah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), S.M.K., Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah (DHMS). Beliau juga turut dianugerahkan gelaran Dato' Jaya Pahlawan (Dato ' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Dato' Paduka Haji Mohd. Saad bin Endut dilahirkan di Alor Merah, Alor Setar, Kedah pada 27 Ogos 1937. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Alor Merah dan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau meneruskan pengajian di Universiti Sydney, Australia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1962. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ke-13, beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan kerajaan dengan memegang jawatan-jawatan seperti Penolong Pegawai Daerah Kulim, Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu, Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pendaftar Surat-surat Hakmilik Tanah Negeri Kedah, Pemungut Hasil Tanah Kota Setar, Pegawai Daerah Padang Terap, Pegawai Daerah Baling, Penolong Kanan Pegawai Unit Kawalan Harga Beras Negeri Kedah, Pemangku Pegawai Daerah Kota Setar, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Pegawai Kewangan Negeri Kedah (15 Januari 1987), sehinggalah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1989 hingga 1992, Beliau kemudian pernah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim 72

Mu'adzam Shah (DHMS), Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), Johan Setia Mahkota (JSM), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Jaksa Pendamai (JP). Beliau juga telah dianugerahkan gelaran Dato' Indera Senggara (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Dato' Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd. Akil adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang keempat belas, berkhidmat antara tahun 1992 hingga 1996. Beliau dilahirkan pada 25 April 1939. Pengalaman kerjaya beliau adalah sebagai, Kadet Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) (12 Januari 1959), Penolong Pegawai Tanah (14 Mei 1959), Penolong Pegawai Daerah Baling (Tanah) (15 September 1959), Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (6 Jannuari 1962), Penolong Pegawai Daerah Langkawi (1 Feruari 1964), Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian (4 Januari 1967), Setiausaha Y.A.B. Menteri Besar Kedah (3 Mei 1969), Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Kerajaan Tempatan) (5 September 1970), Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1 Januari 1971), Pemangku Yang Dipertua Majlis Bandaran Sungai Petani (1 Januari 1974), Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (9 September 1976), Bendahari Negeri Kedah (19 Mac 1977), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (17 Disember 1978), Pemangku Pegawai Kewangan Negeri Kedah (25 September 1980), Pegawai Daerah Kuala Muda (13 Jun 1982), Pegawai Daerah Kota Setar (1 Januari 1984), Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (1 Mac 1986), Pegawai Kewangan Negeri Kedah (3 November 1989), Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 28 Ogos 1992 menggantikan Dato' Paduka Haji Saad Endut. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) sebelum bersara pada 25 April 1996. Beliau mula bersara wajib pada 24 April 1994 tetapi kerajaan melantik semula beliau sebagai Setiausaha Kerajaan secara kontrak selama dua tahun. Di samping itu, beliau juga mempakan orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan bola sepak di negeri Kedah. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) pada Januari 1995, Dato' Setia Diraja Kedah (SDK) pada Januari 1976 dan Bintang Cemerlang Kedah (BCK) pada Januari 1972. Beliau turut dianugerahkan gelaran Dato' Lela Pahlawan pada 25 Januari 1987 (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Dato' Paduka Haji Ismail bin Tan Sri Haji Shafie dilahirkan di Baling, Kedah pada 26 Mei 1947. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim. Beliau mempakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kelima belas. Sebelum bergelar Setiausaha Kerajaan Negeri pada 26 April 1996, beliau pernah berkhidmat sebagai, Kadet Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KOS) (1 Januari 1969), Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kulim (17 Mei 1969), Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kuala Muda (15 Oktober 1971), Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu (1 September 1972), Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda (1 Oktober 1973), Pegawai Daerah Langkawi (l Januari 1979), Pegawai Daerah Sik (1 November 1983), Pegawai Daerah Kubang Pasu (1 Mac 1986), Pegawai Daerah Kuala Muda (1 Januari 1990), Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (25 Ogos 1992), Pegawai Kewangan Negeri Kedah (16 Januari 1994). Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu9adzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato' Paduka, Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato', JMN dan Bintang Cemerlang Kedah (BCK) Dato' Wira Ku Nahar bin Ku Ibrahim telah dilahirkan pada 27 Oktober 1947 di Sungai Petani, Kedah. Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Ibrahim pada tahun 1955 hingga 1960. Setahun kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Ibrahim dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1965. Pada tahun 1966, beliau ditawarkan untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid selama dua tahun. 73

Beliau kemudiaanya telah diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan memperolehi Ijazah B.A. (Hons) Geografi pada tahun 1970. Pengalaman kerjaya beliau adalah sebagai Kadet Tadbir Negeri di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (1971), Penolong Pegawai Daerah Kulim (1971-1973), Penolong Pegawai Daerah Tanah (1) Kota Setar (1972), Penolong Pegawai Daerah Langkawi (1973), Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (1976), Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan 1B (1979), Pengarah Projek Lembah Kedah (IADP) - secara kontrak (1982), Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan Tertinggi "G" (1984), Pegawai Daerah Baling (1990), Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1992), Pegawai Daerah Kulim (1994), Pegawai Daerah Kuala Muda (1996), Pegawai Daerah Kota Setar (1997), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN) (2001), Pegawai Kewangan Negelå Kedah (2003). Pada 12 Jun 2003 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang keenam belas sehingga Oktober 2004. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (BCK), Kesatria Mangku Negara (Klv1N), Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) dan Darjah Kebesaran Gemilang Seri Malikota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) oleh KDYMM Sultan Kedah Dato 'Wira Syed Unan Mashri merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang ketujuh belas yang dilantik pada 28 Oktober 2004. Beliau dilahirkan pada 5 Mei 1951 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar, Alor Setar pada tahun 1957 sehingga tahun 1963. Beliau telah melanjutkan pengajian di Maktab Sultan Abdul Hamid, pada tahun 1971 dan memperolehi ijazah B.A. (Hons) pada tahun 1974. Sebelum bergelar Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau telah berkhidmat sebagai, Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Baling (1974), Penolong Pegawai Daerah 1 Langkawi (1977), Penolong Setiausaha Kerajaan Wisma Negeri (1979), Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan (1980), Pegawai Kewangan Negeri Kedah (2003). Dato ' Wira Syed Unan Mashri pemah menghasilkan beberapa kertas kerja yang bertajuk "Masalah Sosio Ekonomi Hasil Dari Implimentasi Projek Pengairan Muda (Kajian Kg. Telaga Emas, Kota Setar)" di mana kertas kerja tersebut dihasilkan untuk memenuhi kehendak peperiksaan tahun akhir bidang Sosiologi Antropologi Universiti Malaya pada tahun 1974. Atas kecemerlangan dalam sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dikumiakan Anugerah Sukan Negeri Kedah pada 198 9, Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK), Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), Bintang Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (BMS), Ahii Mahkota Kedah (AMK), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Bintang Perkhidmatan Lama (BPL) Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kelapan belas dan masih berkhidmat hingga kini adalah Dato' Paduka Haji Rasli bin Basir dilahirkan pada 6 Jun 1953 di Kampung Gelam, Kedawang, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kedawang dan melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan seterusnya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) B.A. (Hons) di dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1975 dan Diploma PentadbiranAwam (Lepasan Ij azah) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1982. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Ohio University, Athens, Ohio, U.S.A. pada tahun 1986 dalam bidang Public Management dengan mendapat kelulusan Ijazah Sarjana. Beliau melangsungkan perkahwinan dengan Yang Berbahagia Datin Wira Hajah Normah binti Abdullah dan dikurniakan empat orang cahaya mata. 74

Dato ' Paduka Haji Rasli bin Basir terpilih memasuki Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah Darul Aman tahun 1976 dan ditempatkan di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah. Sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri, beliau telah menunjukkan kecemerlangannya dalam perkhidmatan negeri sehingga beliau dipinjam oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Pegawai Projek Kanan (Pensyarah) di Institut Tadbiran Awam (INTAN) wilayah Utara, Sungai Petani. Pada tahun 1988, beliau telah ditugaskan sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di mana beliau telah membuktikan potensi kepimpinan dan kewibawaannya apabila sekali lagi dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Lembah Kedah (IADP) Sungai Petani pada tahun 1991 hingga 1992. Antara jawatan yang dipegang oleh beliau ialah Pentadbir Tanah di Daerah Kecil Pokok Sena dan di Kulim, Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pengambilan), Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Pegawai Daerah Langkawi, Pegawai Daerah Kota Setar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan jawatan terakhir sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman. Beliau berpeluang mengikuti beberapa program latihan berbentuk kursus dan seminar di dalam dan di luar negara bagi memantapkan lagi pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Antara kursus yang telah dihadiri di luar negara ialah 29th World Congress International Union of Local Authorities di Perth, Western Australia, Third Regular Regional Course On Monitoring and Evaluation Methods and Technique in Rural Development di Kathrnandu, Nepal, Local Government Exchange Seminar in Tokyo, Jepun, 26th Executive Development Program di Republic of Korea dan menghadiri Asia Pasific Human Resource Forum di Oita Prefecture, Jepun. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Kedah oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah iaitu Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) pada tahun 1985, Ahii Mahkota Kedah (AMK) tahun 1996, Setia Diraja Kedah (SDK) tahun 2001 , Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) tahun 2004, Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) Anugerah Dato' Bergelar, Orang Besar Tiga Puluh Dua Membawa Gelaran (Dato' Seraja Setia) tahun 2008, Bintang Perkhidmatan Lama (BPL) 2009. Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam tahun 2011 dan Jaksa Pendamai (JP) tahun 2012. Dato Paduka Hj Mohd Puat bin Hj Mohd Ali merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kesembilan belas. Beliau dilahirkan pada 4 November 1954 di Yan Besar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan rendah di Yan, beliau meneruskan pelajaran peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan (B Soc.Sc Hons) pada tahun 1978 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di American University Washington D.C Amerika Syarikat, pada tahun 1983 dalam bidang Pengurusan Awam (Dasar Awam dan Kewangan). Beliau memiliki Sijil Perancangan Projek daripada Bristol University,United Kingdom pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1978. Diantara jawatan-jawatan yang pernah disandang beliau ialah ialah sebagai Penolong Pegawai Daerah, Penolong Setiausaha Kerajaan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pentadir Tanah Daerah, Timbalan Pengurus LADA, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Invester Centre (KIC) dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan ketika bertugas di LADA dan KIC di mana beliau menyertai MIDA, Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri 75

dalam misi pelaburan dan promosi ke China Iran, Negara -negara Timur Tengah, Amerika Syarikat Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Eropah UK, Australia dan lain-lain Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan Negeri, jabatan tersebut telah dianugerahkan tiga tahun berturut-turut Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara. Perbendaharaan Negeri juga yang berjaya menghantar Penyata Kewangan Tabun 2012 pada 31Januari 2013 terawal dalam sejarah Kerajaan Negeri Kedah mengikut rekod Jabatan Audit Malaysia. Beliau juga berjaya melaksana 5s di jabatan tersebut. Bagi menghargai sumbangan jasa baktinya, beliau dianugerah pingat dan darjah kebesaran dari Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Dato Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS), Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK), Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) Ahli Mangku Negara (AMN) Ahli Mahkota Kedah (AMK) Setia Diraja Kedah (SDK). Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kedua puluh adalah Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1957 di Yan, Kedah. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang (1964-1969), pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan SungaiTiang (1970-1972). Sekolah Menengah Dato Syed Omar (1973-1976). Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B. Econ. Hon) pada tahun 1980. Beliau telah di tawar untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana di Saitama Universiti Tokyo, Jepun dalam bidang Japanese Public Policy dan lulus ijazah sarjana sains policy (M pl sc ) pada tahun 1989. Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Julai 1980. Rekod perkhidmatannya seperti berikut, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) (1980), Penolong Setiausaha Kerajaan (Kewangan) (1982), Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Setar (1991), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pendang (1998), Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi (2001), Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (2004), Pengurus Besar Menteri Besar Korporator, Pegawai Daerah Sik, Langkawi, Kota Setar, Pegawai Kewangan Negeri. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Dato Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS), Dato Setia Diraja Kedah (DSDK), Setia Diraja Kedah (SDK), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK). Dato, Paduka Ammar bin Dato’ Sheikh Mahmood Naim adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang kedua puloh satu. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1962 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dan seterusnya ke Sekolah Menengah Sains Syed Putra Kangar Perlis. Beliau ditawarkan melanjut pelajaran ke Amerika Syarikat di California State University Fresno dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perniagaan (Bsc Accounting), Kemudian beliau meneruskan pelajaran di peringkat sarjana di University of San Francisco Amerika Syarikat dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Julai 1997. Rekod perkhidmatan adalah seperti berikut: Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pendang (19871989), Penolong Setiausaha Kerajaan D (Protokol) (1990-1993), Liason Officer IMTGT (1993-2000), Pegawai Khas SUK (2000-2001), Ketua Audit Dalam (2001-2006), Setiausaha MPK (2006-2009), Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Jubli Emas (2008-2009), Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Khidmat Pengurusan) (2009-2011). Pentadbir Tanah Daerah 76

Kuala Muda, Timbalan Pengarah (Makro) UPEN, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pegawai Kewangan Negeri. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Darjah Paduka Seri.Setia Sultan Sallehudin Kedah Yang Yang Amat Dihormati (DPSS) yang membawa gelaran Dato Paduka, Dato Setia Diraja Kedah (DSDK), Jasa Setia Diraja (JSD), Ahli Mangku Negara (AMN), Ahli Mahkota Kedah (AMK) dan Bintang Cemerlang Kedah (BCK).

77

TOKOH ULAMA KEDAH: SUATU PENELITIAN TERHADAP SUMBANGAN DALAM ASPEK PEMIKIRAN AGAMA Prof. Dr Shukri Ahmad Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Kolej sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia [email protected]

ABSTRAK Islam adalah agama kemajuan, berkembang ke serata pelosok dunia sehingga menguasai pemikiran dan tingkah laku manusia dari awal kemunculannya hingga kini. Perkembangan Islam di serata dunia disebabkan kandungannya yang bersifat sejagat, fitrah, wasatiyyah dan murni. Demikian, Islam bertapak di Alam Melayu dengan karaktornya yang tersendiri , membawa corak dan watak sunni, berkembang dengan meyakinkan sehingga mengukuh ajarannya untuk diterima sebahagian besar Nusantara termasuk di Tanah Melayu. Perkembangan Islam pada abad ke 19 dan 20 Masihi di Tanah Melayu telah berada di kemuncak kecemerlangan dengan perwatakan yang sangat istimewa. Para ulama merupakan aktor penting yang berjaya mengangkat Islam dengan segala keunikannya yang tersendiri. Kertas kerja ini bertujuan mengupas sejarah sumbangan ulama kepada perkembangan Islam dari pelbagai sudut, antaranya ialah sudut perkembangan pendidikan, ekonomi dan sosial. Setelah itu, suatu penelitian mengenai sumbangan ulama Kedah dengan mengetengahkan ciri-ciri istimewa mereka. Kertas ini, juga akan menelusuri sumbangan mereka dari sudut aliran pemikiran, pendekatan penyampaian dan keutuhan keperibadian masing-masing. Kata Kunci: Islam, Ulama, Pembangunan Islam, Kedah, Sejarah Islam.

1. Pendahuluan Ulama adalah pewaris para nabi. Peranan mereka sangat besar dalam membentuk pola pemikiran umat agar menepati kaedah dan ajaran Islam. Mereka sebenarnya adalah pemangkin perubahan pemikiran, dan kelestarian Islam terletak pada keupayaan ulama memainkan peranan membangunkan umat. Benarlah ungkapan para sarjana bahawa ulama adalah pusat rujukan kepada masyarakat Islam” (Gibb, 1957: 95-96; Sharifah Zaleha, 1985: 102). Keutamaan mereka ini disebabkan, pertama, mereka merupakan golongan yang paling berautoriti untuk mentafsirkan al-Qur`an dan al-Hadith. Mereka juga yang paling berwibawa membuat ketentuan hukum yang diperselisihkan. Ketiga, mereka menjadi penasihat pemerintah. Keempat, mereka adalah pemimpin institusi agama dalam tradisi masyarakat Islam. Kelima, mereka merupakan golongan paling berwibawa mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam agama yang menjadi peraturan sama ada secara formal atau tidak formal kepada masyarakat Islam. Keenam, mereka adalah pengawal akidah umat dan penjaga amanah dalam memenuhi aspirasi politik berlandaskan agama. Sebagai pewaris kepimpinan kenabian dalam membangunkan cara hidup menyeluruh, yang merangkumi semua lapangan kehidupan atau disebut “Islam Din al-Hayah”, tentulah peranan mereka sangat siknifikan. Penglibatan mereka merangkumi semua sudut kehidupan 78

masyarakat Islam. Tegasnya, perkembangan Islam ke serata pelosok dunia, bertitik tolak dari usaha besar para ulama ini. Mereka bukan sekadar mengajar malah juga sebagai pedagang, pelaut, pejuang dan mubaligh yang gigih. 2. Siapakah Ulama? Kata ulama adalah bentuk jamak dari “ ‘alim”, yang bererti “yang tahu” atau “yang mempunyai pengetahuan” (Ba’albaki, 1995: 745). Kata berlawanan dengan ‘ilm ialah jahl atau jahil. Lisan al-‘Arab menyebutkan, perkataan selain ulama ialah “ ‘ullam”, yang mempunyai makna seerti dengan ulama. Bagaimanapun jika sekiranya seorang alim tersebut benarbenar alim maka ia dinamakan “ ‘allam” atau “‘allamah” (Ibn Manzur, 1992: 371). Menurut kamus Munjid al-Tullab ulama ialah orang yang bersifat dengan berilmu pengetahuan (alBustani, 1956: 495). Ensiklopedia Islam pula menamakan ulama sebagai “orang yang mempunyai pengetahuan” (Ensiklopedia Islam, 1994 : 120). Kata ‘ilm ini , merupakan sifat Allah s.w.t. Allah s.w.t telah menyebutkan sifat diriNya berilmu dalam tiga bentuk kata iaitu, ‘alim, al-‘alim dan al-‘allam seperti firmannya: ‫عالم الغيب و‬ "‫ ( ”الشهادة‬al-Zumar: 39: 46 ) , “" ‫( “ وهو الخالق العليم‬al-Hijr, 15: 86) dan " ‫"عالّم الغيوب‬, (al-Ma`idah, 5: 109). Pada tempat yang lain Allah menyebutkan pula kata alim yang dinisbahkan kepada manusia iaitu seperti kata Nabi Allah Yusuf a.s. " kepada Malik, “‫( " أنى حفيظ عليم‬Yusuf, 12 : 55 ) Bagaimanapun maksud alim yang dinisbahkan kepada Nabi Yusuf a.s. adalah berdasarkan ilmu yang diajar oleh Allah dan bukan sebagaimana alim pada sifat Allah (Ibn Manzur, 1992: 370). Perkataan ulama yang disebut secara langsung dalam al-Qur`an, sebanyak dua kali pada dua tempat iaitu dalam surah Fatir ayat 28 dan surah al-Syu’ara` ayat 197. Ringkasnya, ulama adalah golongan berilmu pengetahuan dalam ilmu-ilmu wahyu, iaitu orang yang arif dengan hukum-hukum shar’iyyah yang berlegar di sekitar kebaikan agama, sama ada dalam aspek kepercayaan atau amalan (al-Kadiri, t.t: 90). Dalam perspektif masyarakat Melayu, ulama diertikan sebagai golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang tinggi. Ini bermakna pentakrifan ulama di kalangan masyarakat Melayu Islam adalah ringkas dan agak khusus. Misalannya, Hussain menyebutkan bahawa ulama menurut masyarakat Melayu Islam sebagai golongan yang memiliki ilmu agama yang tinggi di samping memiliki kualiti berikut:- “…orang yang lazimnya agak berumur, telah menunaikan haji ke Makkah, mahir menguasai bahasa Arab dan telah secara tradisionalnya terdidik dalam bidang ilmu syariah (yang berbeza daripada ilmu sekular) iaitu subjek agama” (Hussain, 1990: 8). Umumnya ulama di Malaysia diterima sebagai berikut; iaitu berkebolehan dalam bidang agama, dapat memahami kitab-kitab agama yang mu’tabar (turath), dapat mengajar dengan kaedah yang sesuai dan beramal dengan ilmunya dengan penuh takwa dan keimanan. 3. Sejarah dan Perkembangan Kelahiran Ulama di Kedah 1600-1950an Ulama Kedah adalah antara golongan agamawan yang telah memainkan peranan yang cukup penting dalam sejarah pembangunan Islam di Tanah Melayu. Penglibatan mereka sepanjang persada sejarah dalam usaha mengukuhkan akidah-syariat masyarakat Melayu dan membangunkan sistem pendidikan Islam ternyata sangat besar. Malah, mereka juga antara golongan pencetus gerakan awal kesedaran politik kemerdekaan. Negara. Peranan di atas tidak juga meremehkan usaha dan peranan mereka dalam menangani pelbagai isu dan masalah sosial masyarakat Melayu setempat. Pendek kata, ulama pondok Kedah berjaya menempatkan kedudukan mereka dalam golongan yang turut menyusun sistem kehidupan bermasyarakat Melayu agar menepati agama Islam.

79

Islam mula di kenali masyarakat Melayu di Kedah melalui inisiatif seorang ulama dari Yaman yang bernama Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri sekitar abad ke 15 atau sekitar tahun 513 H/ 1136 M (Buyung, 1980: 7). Kemudian, pada abad ke 17, seorang ulama dari Acheh bertanggungjawab menyusun corak semula hidup beragama di Kedah setelah agak terbiar lama. Seorang tokoh ulama Acheh bernama Nur al-Din al-Raniri (m. 1657 M) telah menghantar kitab agama berbahasa Melayu ke Kedah sekitar tahun 1640 M. Kitab tersebut adalah mengenai prinsip-prinsip Islam seperti wudu`, sembahyang, puasa, zakat dan undangundang halal dan haram dalam makanan; undang-undang dan peraturan beribadat, undangundang mengenai perkahwinan dan cerai yang mengandungi dua bab yang bertajuk Sirat alMustaqim dan Bab al-Nikah (al-Attas, 1972: 11). Dengan demikian masyarakat Melayu di Kedah kembali dapat menyusun kehidupan sosial mereka berteraskan agama Islam. Menjelang abad ke 19 Masihi corak kehidupan beragama di Kedah terus bertambah baik dengan usaha gigih para ulama. Pada abad ini muncul tokoh-tokoh ulama yang aktif mengajar di pondok-pondok. Pendek kata, mereka sememangnya berjaya membangunkan corak hidup beragama dan akhlak masyarakat Islam di samping membantu menjana aktiviti –aktiviti ekonomi masyarakat. Syarifah Zaleha melakarkan peranan mereka sebagai berikut: “… the teacher-scholars served as cultural embodiments of an activistic approach to life that Islam encouraged because of their efforts at accumulating and mobilizing economic resources in order to respond to God’s command to go on the haj and set up learning institutions” (Syarifah Zaleha, 1985: 97). Penyusunan bibliografi tokoh-tokoh ulama Semenanjung Tanah Melayu yang diselenggarakan oleh Ismail Che Daud (1996), bibliografi ulama Kedah oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah, Darulaman (1996) dan penulisan sejarah “Ulama Silam Dalam Kenangan” yang disunting oleh Ismail Mat (1992) telah menjelaskan sumbangan puluhan ulama termasuk di Kedah dalam menyumbang dan membangun dan mengangkat pemikiran agama, sosial, politik dan ekonomi masyarakat Melayu sejak beberapa abad yang silam. Sumbangan paling besar diberikan ulama ialah dalam aspek sistem pendidikan Islam. Mereka lah yang menjadi pemangkin keilmuan masyarakat dalam keadaan sistem pendidikan lain tidak berfungsi dengan baik atau disekat golongan penjajah ketika itu. Mereka bukan sahaja mengajar malah turut menghasilkan karya ilmiah yang sangat berpengaruh. Karyakarya mereka menjadi teks untuk di telaah di pondok-pondok seluruh kawasan Nusantara. Md. Sidin menyenaraikan nama seratus orang penulis terkenal Tanah Melayu dan Singapura yang karya mereka diterbitkan sekitar tahun 1921-1949 Masihi. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa karya para ulama mendahului yang lain dengan jumlah terbanyak iaitu 30 buah karya (Md. Sidin, 1992: 159). Harus diingat para pengkarya agama ini termasuklah juga daripada ulama yang berada di Kedah. Antara ulama Kedah yang prolifik dalam menghasilkan karya ialah Hussain Nasir atau tuan Hussein Kedah. Beliau dikatakan telah menghasilkan tidak kurang daripada 18 buah kitab yang melibatkan pelbagai bidang ilmu (Ahmad Abd. Garni, 1976: 36). Pada awal abad ke 20 ulama, sekali lagi ulama mendahului usaha membawa masyarakat kepada kesedaran politik negara apabila mencetuskan sentimen anti penjajah. Pada peringkat awalnya, mereka mencetuskan sentimen penentangan kepada kerajaan Siam. Setelah Siam menyerahkan negeri-negeri Tanah Melayu kepada Inggeris pada tahun 1909, mereka beralih pula kepada kesedaran menentang Inggeris (Andaya & Andaya, 1982: 233). Pada peringkat awal, kesedaran anti penjajahan dilakukan dengan cara memantapkan sistem pendidikan Islam itu sendiri. Lama kelamaan ia berubah kepada kesedaran ke arah sentimen anti penjajah. Para ulama menginsafi bahawa sikap British terus menerus mengeksploitasi ekonomi negara ini. Inggeris tidak langsung mengutamakan masalah sosial, 80

pendidikan dan kebajikan sosial orang Melayu Islam. Pendidikan masyarakat terutama orang Melayu Islam diketepikan. Sikap Inggeris ini dapat di lihat apabila hanya terdapat sebuah sekolah tertinggi untuk orang Melayu yang didirikan oleh British sekitar tahun 1905-1909 iaitu “the Malay College” di Kuala Kangsar. Namun demikian, pengajiannya pula dihadkan kepada orang Melayu yang menjadi “anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu”. Keadaan ini berlanjutan sehingga menjelang tahun 1920 selepas tertubuhnya Kolej Melayu Melaka (Melaka Malay College) (1900-21) dan Kolej Latihan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) di sekitar tahun 1920an dan 1930an (Andaya & Andaya 1982: 235; Loh, 1971: 65) Dasar Inggeris dalam penubuhan sekolah pula turut dikritik ulama. Harus diakui, sekolah-sekolah yang didirikan Inggeris adalah dibangunkan oleh mubaligh Kristian dan ini mendapat tindak balas daripada ulama. Mereka bergerak membangunkan sendiri institusi pendidikan Islam kepada orang Melayu. Institusi pendidikan pondok dan madrasah menjadi saluran alternatif untuk masyarakat Melayu untuk belajar. Peranan dan usaha ulama, serta kesungguhan ulama ini menyebabkan sekolah-sekolah pondok dan madrasah terus berkembang pesat (Andaya & Andaya, 1982: 234). Abad ke 19 sehingga pada pertengahan abad ke 20, sekitar akhir 1950an merupakan zaman keemasan bagi kedua-dua sistem pengajian Islam ini terutama pondok (Nagata, 1984: 43). Pada zaman ini para pelajar tidak ragu-ragu lagi berhijrah dari satu daerah ke daerah yang lain untuk belajar kepada seorang ulama tertentu. Sekitar tahun 1930an dan 1940an kebanyakan pondok yang masyhur mempunyai bilangan pelajar melebihi lapan ratus orang (Nagata, 1984: 43). Manakala madrasah-madrasah yang diterajui ulama turut menghantar para pelajar meneruskan pelajaran sehingga ke universiti-universiti di Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar di Mesir, Universiti Aligarh, Jami’a Milliya Islamiya dan Universiti Hydrabad di India ( Yegar, 1979: 257258).

4. Peranan Ulama Pondok di Kedah Abad ke 19 M Ulama di Tanah Melayu pada abad ke 19 M telah dinamakan oleh para pengkaji sejarah Melayu Islam sebagai ulama tradisional atau ulama pondok. Manakala ulama berpendidikan Mesir sebahagiannya dinamakan sebagai ulama reformis. Antara para penulis yang menyebutkan hal ini adalah seperti William R. Roff, (1985: 123-129) Thomas F. Willers, (1973: 74-78) Moshe Yegar (1979: 189-205). Karakter utama ulama tradisional ialah pada jaringan sistem pengajian dan jaringan ulama dari Haramyn. Pengajian yang mereka terapkan ialah bersifat pengajian ‘umumi’ dan hubungan mereka dalam jaringan keilmuan yang berpusat di Makkah dan Madinah sangat kukuh. Azyumardi menamakan jaringan keintelektualan ulama pondok ini sebagai jaringan ulama (net-works of the ‘ulama`) Haramayn (Azyumardi, 1999: 143). Penglibatan mereka dalam memantapkan keilmuan Islam tradisional sangat kukuh. Dari itu mereka lebarkan lagi peranan mereka dalam masyarakat melalui institusi-institusi sosial dan keagamaan yang lain. Sebab itu, masjid, pondok, madrasah, dan juga rumah mereka sendiri merupakan tempat terpenting dalam membangunkan pemikiran sosial dan keagamaan masyarakat Melayu. Ulama Kedah tidak ketinggalan dalam memainkan peranan besar ini. Abad ke 19 M dan awal abad ke 20 M merupakan abad yang gemilang bagi sistem pendidikan pondok. Antara tahun 1850-1935 terdapat sekurang-kurangnya enam puluh orang ulama tradisional di Kedah (Ishak, 1983: 129; Ahmad Abdul Garni, 1976, 115-116). Mereka seolah-olah menjadi golongan “elit agama” (Hanifi, 1974: 57). Pengiktirafan masyarakat sangat tinggi kepada mereka.

81

Para ulama pondok termasuk di Kedah, meskipun mempunyai autoriti dalam menguruskan pondok masing-masing, namun mereka menerima kedudukan raja-raja Melayu. Malah, mereka adalah merupakan pendukung kedaulatan kesultanan Melayu. Mereka tidak pernah menggunakan ajaran-ajaran Islam untuk mengkritik secara kasar sikap dan tingkah laku raja-raja. Bahkan dalam banyak hal mereka bernaung di bawah raja-raja Melayu untuk jawatan keagamaan. Oleh sebab itulah, penubuhan institusi-institusi pengajian dan pentadbiran agama seperti pondok, madrasah, masjid dan mahkamah syariah juga banyak mendapat kerjasama daripada pemimpin istana. Raja-raja dan pembesar negeri di Kedah sering kali juga memberikan perhatian kepada fatwa yang dikeluarkan oleh ulama ini yang melibatkan persoalan keagamaan dan budaya (Ishak, 1983: 130). Oleh kerana mereka menerima elitisme dalam masyarakat, mereka juga turut memperoleh sanjungan sosial yang tinggi. Hal ini disebabkan apabila mereka menerima raja Melayu, maka raja-raja Melayu pula menaungi dan melindungi mereka. Walau bagaimanapun penerimaan perbezaan taraf ini tidak pula menghalang masyarakat Islam keseluruhannya untuk saling berinteraksi dan bersosial dengan ulama dan mana-mana golongan dalam hierarki sosial ketika itu. Sebab itu, peranan ulama pondok pada abad ini berkesan dalam masalah-masalah agama. Sebarang masalah yang membabitkan isu agama mendapat perhatian daripada masyarakat awam sehingga ke peringkat sultan sendiri. 5. Karekteristik Ulama Kedah abad ke 19 M Ciri-ciri utama ulama pondok Kedah ialah pada sudut karisma kepimpinan. Suatu perkara yang sangat tertonjol ialah wujud hubungan yang sangat rapat antara guru-murid yang berteraskan kesetiaan yang tinggi. Keutuhan jalinan dalam hubungan ini telah membentuk imej dan kedudukan sosial guru dalam kalangan murid pondok dan masyarakat setempat. Para murid pula akan menjadi agen untuk mempromosikan kemasyhuran dan aliran pemikiran guru masing-masing di samping menjadi jambatan bagi menghubungkan pondok dan dengan masyarakat. Akhirnya, keadaan ini mewujudkan semangat perpaduan di antara masyarakat dengan ulama pondok tanpa merujuk kepada hubungan pertalian kekeluargaan dan unsur-unsur kedaerahan. Antara ciri-ciri utama ulama Kedah yang dimantapkan sejak sekian lama ialah penerusan keilmuan Haramayn. Hal ini boleh dikupas berdasarkan hal-hal berikut. 5.1

Peranan Keilmuan Haramayn

Peranan keilmuan Haramyn adalah sangat besar dalam membina kekuatan dan kedudukan ulama pondok. Peranan keilmuan Haramyn telah membentuk corak pemikiran dan tahap keilmuan yang tinggi dalam kalangan ulama pada zaman ini. Ketika masyarakat tempatan tidak terdedah dalam dimensi ilmu pelbagai, ulama pondok sudah mendapat pendedahan pengalaman dan keilmuan yang sangat tinggi dari Makkah. Peranan mengerjakan ibadat haji di kalangan ulama menjadikan kedudukan Haramayn (Makkah dan Madinah) sangat penting. Ia seolah-olah menjadi sebagai bekas pelebur dalam membentuk pemikiran yang berbagai. Melalui ibadat haji inilah berlaku hubungan antara orang Melayu dengan pelbagai golongan ulama di Haramayn. Mereka yang menunaikan haji ada yang menetap di Haramayn untuk menuntut ilmu. Kemudian mereka ini menjadi ulama yang sebahagian mereka menjadi pengajar di Makkah. Sebahagian dari mereka pulang ke Alam Melayu termasuk di Kedah untuk menubuhkan institusi pendidikan tradisional pondok. Sejak itu, berlaku hubungan keilmuan di antara Alam Melayu dengan Haramayn. Kesan perhubungan keilmuan antara Alam Melayu dengan Haramayn adalah sangat kuat sehingga sebarang perubahan pemikiran Islam di Asia Tenggara termasuk di Kedah dikaitkan dengan tradisi keilmuan di Haramayn. C.S Hurgronje, yang pernah menetap di Makkah selama enam bulan menceritakan bahawa terdapat hubungan idea dan pemikiran di antara jemaah haji dari Asia Tenggara dengan penduduk Makkah. Hubungan inilah yang mencetuskan pemikiran baru 82

Islam di Asia Tengara (Horgronje, 1931: 13-20). Hurgronje ketika di Makkah, menukilkan katakata seorang ulama berasal dari Lampong, Utara Sumatera sebagai berikut; “ The PanIslamic movement was not without influence on our Sheikh and all Lampong in Mekka was touched by the same hope” (Hurgronje, 1985: 70). Situasi inilah yang dinyatakan oleh McDonell dan Hasan bahawa faham politik dan intelektual dari Makkah telah mengalir ke Asia Tenggara melalui hasil tulisan, fatwa, haji, tarekat dan idea ulama yang menjadi guru di Makkah (McDonell, 1986: 4; Hasan, 1999: 40-41) Sekali lagi ditegaskan hubungan yang paling utama di antara tradisi keilmuan Alam Melayu khususnya Kedah dengan Haramayn ialah hubungan dari sudut pemikiran agama. Ulama dari Haramayn ini menggunakan pendekatan keagamaan saling menyesuaikan. Pendekatan ini merupakan suatu pendekatan kerjasama di antara fahaman ahl al-Syari‘ah (fuqaha`) dan ahl al-Haqiqah (sufi). Menerusi pendekatan ini para ulama menggabung amalan tasawuftarekat dengan syariat atau apa yang dinamakan sebagai “neo-sufisme” aliran al-Ghazali. Penamaan “neo-sufisme” ini bukan suatu yang janggal lagi apabila Azyumardi Azra dalam penulisan kedoktorannya turut menyebut ‘Abd al-Samad al-Palimbangi, Muhammad Arsyad al-Banjari, Muhammad Nafis dan Daud Abd Allah al-Fatani sebagai pengembang “neosufisme” aliran al-Ghazali di Nusantara (Azyumardi, 1994: 266).

5.2

Pemantapan Pemikiran Syariat

Peranan yang besar melibatkan ulama Kedah abad ke 19 adalah melalui pemantapan pemikiran Syariat Sunni. Penekanan kepada telaah fikah, usuluddin, hadith dan tafsir menunjukkan bahawa ulama pondok abad ini telah memberikan tumpuan kepada pemikiran Syariat Sunni ini. Misalannya pendekatan Syariat Sunni dalam kitab-kitab yang di telaah sejak peringkat awal di Kedah iaitu kitab al-Sirat al-Mustaqim oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri (selesai menulis pada 1054/1644), diikuti kitab Sabil al-Muhtadin karya Muhammad Arsyad b. ‘Abd Allah al-Banjari dan karya-karya karangan Daud b. ‘Abd Allah al-Fatani seperti Hidayat al-Muta’allim (1244H/1828). Demikian juga dengan kitab Syarh ‘Aqidat al-Iman karya Syeikh Syihab al-Din al-Haj b. ‘Abd Allah Muhammad al-Jawi yang selesai ditulis pada 7 Jamadil Awwal 1162/24 April 1748 Masihi yang juga berorientasikan Syariat Sunni. Bagitu juga dengan karya Muhammad Salleh (1864-1944) iaitu tuan guru Pondok Pulau Pisang yang menulis Siraj al-Huda dan Tanbih al-‘Awam Listiqaz al-Mana (1350 H), karya Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir atau Pak Chu Him (1892-1968) yang menghasilkan kitab Fath al-Jalil Wa Syifa` al-Ghalil (Ismail, 1996: 189) dan karya Tuan Hussein Nasir atau Tuan Hussein Kedah (1280/1863-1355H/1936M) yang menghasilkan 18 buah kitab, kesemua mereka menulis berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Karya-karya Syeikh Daud b. ‘Abd Allah al-Fatani merupakan karya jawi yang paling masyhur di kalangan ulama pondok dan digunakan di pondok-pondok di Kedah. Keseluruhan karya-karya syariat beliau adalah berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Antara karya beliau yang bernilai tinggi dalam bidang fikah adalah seperti Furu’ al-Masa`il dan Bughyat al-Tullab. Bersama-sama karya fikah ini, beliau menekankan pemikiran ahl Sunah wa alJama’ah. Aliran pemikiran ahl Sunnah wa al-Jama’ah ini dijelaskan juga dalam karya beliau iaitu Jawahir al-Sunniyah. Pada pendapat al-Fatani golongan yang menolak aliran ahl Sunnah wa al-Jama’ah boleh dianggap bida’ah dan sesat (Wan Mohd. Shaghir, 1996: 106). Selain karya al-Fatani terdapat karya-karya fikah yang lain yang banyak dibaca oleh ulama tradisional. Karya tersebut ialah Matla’ul al-Badrayn wa Majmu’ ul Bahrayn, karangan Syeikh Muhammad b. Ismail b. Muhammad Zayn al-Fatani (diselesaikan pada 1303 H/1886 M). Seperti juga al-Fatani, karya Syeikh Muhammad b. Ismail juga menekankan Syariat Sunni. Pengajian akidah merupakan salah satu bentuk pengajian ulama Melayu yang kuat menekankan pemikiran Syariat Sunni di pondok Kedah. Keseluruhan kitab-kitab dalam pengajian akidah/usuluddin pada ketika ini dikarang menggunakan pendekatan pengajian 83

“sifat dua puluh” yang menggabungkan asas-asas logik dan hujah-hujah naqli. Hal ini dapat ditinjau kepada penulisan-penulisan karya akidah yang menjadi telaah teks di pusat-pusat pengajian tradisional Kedah. Misalannya kitab Ilmu Tauhid karangan Ahmad b. Aminuddin Qadi (Kedah) ditulis pada tahun 1032 (1622M), Kitab Syarh ‘Aqidat al-Iman karya Syeikh Shihabuddin al-Haj b. Abdullah Muhammad al-Jawi selesai ditulis pada 7 Jamadil Awwal 1162/24 April 1748 M dan kitab Bidayat al-Hidayah karangan Syeikh Muhammad Zayn b. Faqih Jalal al-Din, dikarang pada tahun 1170 H/1757 M yang merupakan antara kitab tertua dalam pengajian akidah/Usuluddin Sunni. Antara kitab lain yang masyhur digunakan dalam pengajian Usuluddin Sunni di ketika itu ialah kitab Faridat al-Faraid, (1313H/1895 M) karangan Syeikh Ahmad al-Fatani, kitab Siraj al-Huda karangan Syeikh Muhammad Zayn al-Din Badawi al-Sumbawi, Ad-Dur al-Thamin dan Wardu al-Zawahir karangan Syeikh Daud al-Fatani dan kitab ‘Aqidat al-Najin fi ‘Ilm Usul al-Din oleh Syeikh Zayn al-‘Abidin b. Muhammad al-Fatani (Wan Mohd. Shaghir, 1996: 8-9). Usuluddin Sunni ulama tradisional ini sebenarnya merupakan suatu aliran pemikiran akidah menurut aliran mazhab al-Ash’ari ( 260H/873M-324H/935M) dan al-Maturidi (870H/1465M-944H/1537M). Aliran ini adalah merupakan suatu aliran yang bersifat sederhana yang berada di antara aliran Mu’tazilah , Jabariyyah dan Muhaddithun. Safie Abu Bakar ketika menjelaskan mengenai aliran sederhana ini menyebutkan bahawa aliran ini menggunakan hujah-hujah naqli di samping tidak menolak hujah-hujah mantiq dalam membahaskan persoalan-persoalan seperti dhat, sifat, jisim, jirim, ruang, zaman, dharrah (atom) dan sebagainya (Safi’e: 1990, 27). Aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi ini kemudiannya diperkukuh pula oleh Muhammad b. Yusuf b. ‘Umar b. Shu’ayb al-Sanusi (m.895H/1490M) iaitu pengarang kepada kitab Umm al-Barahin. Kitab ini juga boleh disebutkan sebagai ibu kepada kitab-kitab Usuluddin Sunni Alam Melayu kerana kitab ini menggunakan pendekatan pengajian “sifat dua puluh”. Syarah atau huraian kepada kitab ini banyak dikarang oleh ulama Alam Melayu sendiri. Misalannya, Muhammad Zayn b. al-Faqih Jalal al-Din, membuat Syarahnya dalam kitab Bidayat al- Hidayat (1329 H/1911M) 48 halaman, Zayn al-‘Abidin b. Muhammad al-Fatani dalam kitab ‘Aqidat al-Najin fi ‘Ilm Usul al-Din , 136 halaman dan Muhammad Zin al-Din b. Muhammad Badawi al-Sumbawi dalam kitab Siraj al-Huda (1303H/1885M) sebanyak 50 halaman. Syarah kepada kitab ini bukan sahaja dikarang di dalam bahasa Melayu oleh ulama Melayu bahkan juga turut ditulis di dalam bahasa Arab seperti oleh al-Dasuqi yang menulis Hasyiyat ‘ala Syarh Umm al-Barahin, sebanyak 208 halaman. Antara ulama Kedah yang turut memperkukuh pemikiran Syariat Sunni ini ialah Syeikh Hussain Nasir atau dikenali dengan Tuan Hussain (1280H/1863-1355H/1936M). Beliau adalah antara ulama Kedah yang paling produktif dalam penghasilan karya. Beliau menghasilkan 18 buah kitab meliputi bidang fikah, usuluddin, tasawuf dan pengetahuan umum dengan berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Antara kitab karangan beliau ialah al-Nur al-Mustafid fi ‘Aqa’id ahl al-Tauhid, (1887) Tamrin al-Sibyan (1899) Hidayat alMutafakkirin 1918) Kasr al-Iksir (1920) Tadhkir Qaba’il al-Qadi (terjemahan hadith Jawahir alBukhari) (1923) Qatr al-Ghaithiyah, (1924) Hidayat al-Talibin (1924) Hidayat al-Atfal (1917) Malaqit al-Lamiyat Wa al-Safiyah (bahasa Arab) 1925) Tadrib al-Sibyan (1926) Usul al-Tauhid (1927) Hidayat al-Nikah (1928) Tabsirat Li Uli al-Bab (1931) Hidayat al-Ghilman (1932) Tanbih al-Ikhwan fi Tadbir al-Ma’asyiah wa Taslih al-Buldan (1935), Bunga Geti (1935) dan Hidayat al-Sibyan, (1944) Kesemua karya penulisan beliau adalah menggunakan pendekatan Syariat Sunni. Kitab-kitab beliau yang bertemakan tauhid digabungkan dengan pengajian fikah bagi memantapkan pendekatan Syariat Sunni ini. Misalannya kitab Hidayat al-Mutafakkirin, Hidayat al-Sibyan dan Usul al-Tauhid menggunakan pendekatan gabungan ini. Pendekatan fikah yang diterapkan oleh beliau melalui pengajian dan penulisan karya ini telah berjaya mengukuhkan keyakinan masyarakat untuk mengikut pemikiran Syariat Sunni. Ianya merupakan suatu pendekatan syariat yang bersifat aktiviti dan praktikal.

84

Muhammad Salleh (1864-1944), tuan guru Pondok Pulau Pisang juga merupakan ulama yang menekankan penulisan berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Kitab beliau bertajuk Siraj al-Huda (1344 H), Tanbih al-‘Awam Listiqaz al-Mana (1350) dan Nasihat alDin al-Zakiyat ikut menggunakan pendekatan yang sama iaitu berorientasikan syariat dengan gabungan pemikiran Usuluddin Sunni dan Fikah Syafi’e. Demikian juga Wan Ibrahim Wan syeikh Kadir atau Pak Chu Him (1892-1968) yang menghasilkan karya Fath al-Jalil Wa Syifa` al-Ghalil turut membicarakan Usuluddin Sunni dengan pendekatan kupasan “sifat dua puluh” (Ismail, 1996: 189). Pada peringkat pertengahan dan pula para pelajar akan menggunakan kitab yang lebih sukar. Misalannya kitab jawi yang digunakan dalam bidang fikah ialah Furu’ al-Masa`il, Sabil al-Muhtadin, dan Matla’ al-Badrain wa Majmu’ al-Bahrain. Dalam mempelajari bidang usuluddin pula antara kitab yang digunakan ialah Bidayat al-Hidayat, Faridat al-Fara’id, Manhaj al-Qarib dan Aqidat al-Najin. Di peringkat tertinggi para pelajar akan disarankan menggunakan kitab-kitab dalam bahasa Arab. Kitab yang digunakan dalam bidang fikah pada peringkat ini meliputi Hasyiah al-Baijuri, Hasyah al-Khudri, al-Iqna’, al-Azkar, Fath al-Wahhab, Fath al-Mu’in, Fath al-Qarib dan I’anah al-Talibin. Manakala kitab-kitab dalam bidang usuluddin, ianya meliputi Hasyiah al-Sharqawi, Hasyiah al-Baijuri, Syarh Futuh al-Rasyid dan Hasyiah ‘ala Syarh Imam al-Hudud (Abdullah, 1995, 210). Dapat ditegaskan bahawa peranan ulama dalam memantapkan pemikiran Syariat Sunni di Kedah adalah besar. Penggunaan kitab-kitab di atas jelas menunjukkan bahawa pendekatan Syariat Sunni adalah pegangan utama mereka. Di-dalam bidang usuluddin mereka membicarakan perihal sifat ketuhanan menerusi pendekatan “sifat dua puluh”, sifat kenabian dan perkara-perkara al-Sam’iyyat mengikut aliran faham al-Ash’ari dan al-Maturidi. Sementara dalam bidang fikah, mereka menerima amalan mazhab fiqh Syafi’e. Pemikiran inilah yang telah menjadi teras dalam sistem pengajian tradisional pondok. Dari sini para ulama Melayu melanjutkan lagi pemahaman agama Syariat Sunni sampai akhirnya mereka dapat meyakinkan masyarakat Islam untuk ikut sama menerima pemikiran ini Oleh itu, adalah tidak janggal untuk menyebutkan bahawa peranan inilah yang menjadi benteng kukuh untuk menghalang kemasukan pelbagai aliran asing seperti aliran Syiah, Jabariyyah dan Muktazilah masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam di Kedah.. 5.3

Pemantapan Pemikiran Tasawuf

Usaha untuk memantapkan pemikiran tasawuf di kalangan masyarakat Islam adalah merupakan suatu peranan besar yang dimainkan ulama Kedah di abad ini. Pendekatan kerjasama di antara fahaman ahl al-Syari‘ah (fuqaha’) dan ahl al-Haqqiqah (sufi) yang menggabung amalan tasawuf-tarekat dengan syariat merupakan kaedah yang paling dominan yang dilakukan oleh para ulama tradisional ini. Ulama abad ini menekankan seluruh ajaran Islam perlu diajar secara menyeluruh, meliputi bidang hukum dan kesufian, intelektual dan praktikal, sosial dan individual. Oleh sebab itu, dapat diperhatikan, tidak ada seorang pun daripada ulama tradisional ketika ini yang menolak tasawuf atau mengetepikan kepentingan syariat. Penekanan mereka jelas bersifat pembaharuan, pemurnian dan aktivis. Tegas kata, mereka berusaha mewujudkan perubahan-perubahan dalam masyarakat dengan kemampuan mereka sendiri dan bukan menunggu campur tangan eskatologis. Peranan mereka yang paling tertonjol dalam aspek tasawuf ini adalah menerusi pengamalan-pengamalan tarekat. Corak keilmuan Haramayn yang mereka pelajari menyebabkan aktiviti tarekat menjadi suatu kemestian. Pada dekad ini sekurang-kurangnya terdapat sembilan tarekat yang berpengaruh di Kedah yang secara umumnya dipelopori oleh ulama tradisional sendiri. Al-attas menyenaraikan tarekat itu antaranya adalah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Rifa’iyah, Syadhiliyyah, Chistiyyah, Syattariyah, Ahmadiyah, Tijaniyyah 85

dan ‘Alawiyyah (al-Attas, 1963: 32). Misalannya Tarekat Syattariyyah dihubungkan dengan salasilah Abdul Rauf b. Ali al-Fansuri dan salasilah Syeikh Daud al-Fatani dan Tok Pulau Manis di Terangganu. Tarekat Qadiriyah dikaitkan melalui salasilah Abdul Rauf b. Ali alFansuri (Wan Mohd. Shaghir, 1996: 2-5). Sementara Tarekat Naqsabandiyyah diamalkan juga oleh Syeikh Muhammad Nafis b. Idris, penyusun kitab tasawuf ad-Dur al-Nafis, Syeikh Daud al-Fatani dan juga Syeikh-ul al-Islam negeri Kedah, Wan Sulaiman Wan Sidek (Wan Mohd. Shaghir, 1996: 17- 23). Sebab itu, aturan-aturan syariat menjadi norma-norma utama bagi para pelajar yang ingin mendapat ijazah bagi pengamalan tarekat. Di antara syarat-syarat yang paling penting untuk diterima sebagai murid adalah kedewasaan (bulugh) yang membuatkan mereka layak dan bertanggungjawab menjalankan seluruh rukun Islam, suatu kepatuhan mutlak pada syariat, baik lahir mahupun batin. Dengan syarat-syarat itu, maka keanggotaan tarekat menjadi sangat terbatas. Keterbatasan ini diperketat lagi oleh para guru yang mengijazahkan tarekat mereka kepada para pelajar pilihan sahaja (khawas). Pengajaran kitab-kitab tasawuf dan rahsia-rahsia doktrin tarekat yang tinggi hanya diajar dan didedahkan kepada para pelajar pilihan ini supaya tidak berlaku kesilapan dalam memahami doktrin-doktrin tasawuf yang bersifat spekulatif. Al-Palimbangi menyebut ilmu tasawuf yang membicarakan ilmu haqiqat pada martabat ketiga (martabat tertinggi) tidak banyak memberi manfaat kepada orang awam malah jika kurang mahir dalam ilmu syariat dan ilmu tarekat, barangkali membawa mudarat bahkan boleh membawa kepada zindiq (sesat) (al-Palimbangi, t.t, iii: 183). Kebanyakan kitab-kitab tasawuf yang digunakan dalam pengajian tradisional pondok di Kedah ketika ini adalah berorientasikan aliran Tasawuf Sunni. Misalannya kitab Nasa`ih alDiniyyah, Risalat al-Mu’awanah, Mihaj al-‘Abidin, Hidayat al-Salikin, al-Hikam dan kanz alManan. Kitab Hikam Melayu, syarah kepada kitab Matan Hikam karangan Ibn ‘Ata` Allah alSakandari (m.709H/1309M) karangan Tok Pulau Manis yang mendukung tarekat Syadhili merupakan penulisan tasawuf paling awal menggunakan pendekatan etika ubudiyyah alGhazali iaitu aliran Tasawuf Sunni (Safie, 1990: 35). Telaah kitab yang berbentuk syarah ini bukan sahaja digunakan sebagai ganti karya Tasawuf Falsafah Hamzah Fansuri tetapi juga membawa suatu bentuk pendekatan penulisan tasawuf yang berbeza dengan beberapa penulisan sebelum, khusus seperti karya Hamzah Fansuri dan Shams al-Din al-Sumatrani. Karya Hamzah lebih berbentuk prosa biasa dan Shams al-Din berbentuk syarah namun kedua-duanya kurang rujukan dan ulasan secara ilmiah jika dibandingkan dengan Hikam Melayu ini. Malah karya yang berunsur hikam ini disusun dengan bahasa yang cukup indah lagi menawan ( Safie, 1990: xxi ) Implikasi daripada fahaman neo-sufisme aliran al-Ghazali ini akhirnya menghasilkan orientasi hidup yang kuat bersifat kesucian batin. Cara hidup yang dihasilkan melalui latihan kerohanian menyebabkan pengamalnya memiliki kecenderungan dalaman untuk menjauhi hal-hal yang mengganggu mereka daripada mengingati Tuhan. Fahaman ini, mempunyai konotasi yang kuat untuk membatas pengamalnya daripada segala bentuk dan perbuatan yang melalaikan seperti muzik, seni tari dan perkara-perkara yang diharamkan. Hidup secara kesufian ini berkembang menjadi nilai umum yang dianuti oleh para pelajar dan masyarakat sekitar. Norma-norma agama bersifat umum amat dititik beratkan khusus kepada para pelajar dan kemudiannya mempengaruhi masyarakat sekitar. Misalannya, tatacara berpakaian seperti berkopiah, tidak memakai seluar pendek; tatacara pergaulan seperti tidak bergaul bebas lelaki dan wanita; tatacara kelakuan seperti tidak menghisap rokok (pada sesetengah pondok) merupakan suatu kemestian kepada para pelajar lelaki yang jika mengingkarinya boleh di hukum oleh guru (Garni, 1976: 61). Pendekatan ini merupakan antara cara latihan kerohanian di kalangan para murid bagi membentuk norma hidup mereka secara kesufian selari dengan lunas-lunas syariat.

86

Walaupun para ulama tradisional ini menggunakan pendekatan neo-sufisme aliran alGhazali dengan mementingkan lunas-lunas syariat, namun hal ini tidak pula sama sekali menjauhkan mereka daripada membahaskan doktrin-doktrin kesufian spekulatif. Kitab-kitab tasawuf yang bersifat falsafah masih di telaah, diajarkan dan dipelajari. Keadaan ini turut menjelaskan sikap para ulama tradisional yang seolah-olah ingin untuk menggabung dua tradisi tasawuf iaitu Tasawuf Falsafah Ibn ‘Arabi dan Tasawuf Sunni al-Ghazali. Hal ini mereka lakukan kerana kedudukan tasawuf yang bersifat falsafah telah lama popular dan diterima di dalam tradisi pengajian tasawuf di Alam Melayu sejak sebelum abad ke 19 lagi. Misalannya, karya Hamzah al-Fansuri dan Shams al-Din al-Sumatrani yang banyak memuatkan pemikiran tasawuf yang bersifat falsafah.

5.4

Sahsiah dan Amalan Beragama

Kehidupan berorientasikan semangat kesufian menjadi tunjang dalam kehidupan ulama tradisional Kedah ini sehari-harian. Kehidupan sehari-harian mereka sering kali dikaitkan dengan sikap warak, zuhud, mementingkan akhirat, menjauhkan subahat dan takut serta khusyuk kepada Allah. Cara hidup warak merupakan dasar hidup mereka sehari-harian. Sebab itu, mereka cukup menjaga pancaindera mereka daripada terjebak dengan kemungkaran. Adalah hal yang lumrah, ulama tradisional diceritakan sebagai sangat menjaga diri dari perbuatan melanggar hidup warak ini. Demikian juga kesederhanaan adalah corak hidup mereka Corak ini mereka terapkan dalam sistem pendidikan mereka. Ulama pondok ini, meskipun mereka dapat memiliki banyak tanah berdekatan dengan pondok dan mampu menjadi kaya tetapi mereka juga tetap hidup secara sederhana. Para murid mereka pula hanya tinggal di dalam pondok-pondok kecil berbekalkan alatan yang serba ringkas. Antara norma lain yang menjadikan personaliti ulama tradisional itu dikagumi ialah ciriciri pemakaian yang tetap mengikut sunnah dengan diadunkan pakaian budaya Melayu seperti berkain sarung dan memakai baju kurung. Hal ini sangat diawasi oleh ulama ketika ini dalam setiap pusat tradisional pondok. Para murid lelaki di pondok juga diwajibkan berpakaian menutup aurat seperti berbaju kurung, berkain sarung, berketayap putih atau berserban dan rambut dicukur (Zaharah, 1978: 77; Mustafa, 1990: 388). Pakaian ala kebaratan merupakan musuh besar ulama tradisional. Kerana itu, perubahan yang dibawa oleh pengaruh luar seperti pakaian dan cara hidup khusus dari penjajah Barat amat dicurigai serta dianggap sebagai cubaan untuk merosak sahsiah dan budaya Islam. Personaliti diri ulama tradisional ini dihubungkaitkan juga dengan kehidupan mereka yang tegas beramal dengan ilmu. Kisah-kisah kekeramatan para ulama tradisional ini disebut oleh masyarakat setempat serta para murid mereka; hal yang membuktikan ketaatan para ulama pada sudut beramal dan beribadat. Pada mereka pembentukan peribadi mereka sendiri dan para murid adalah sangat diutamakan. Disiplin diri seperti sembahyang berjemaah adalah suatu kemestian kepada para murid yang semuanya diketuai oleh mereka (Zaharah , 1978: 77 ). Peraturan-peraturan lain seperti kewajipan menghadiri sembahyang jenazah, pergaulan yang ketat, peraturan dan hormat kepada guru adalah pembentukan personaliti yang sangat dititik beratkan di pondok. Aktiviti budaya yang dibenarkan hanyalah belajar lagu-lagu berzanji atau majlis berendoi yang akan dibaca dan diperdengarkan di majlis-majlis kenduri perkahwinan masyarakat setempat (Mustafa, 1990: 393-394) Hubungan antara ilmu dan amal menjadi lebih praktikal disebabkan majlis ilmu dimulakan atau diakhiri dengan sembahyang fardu. Justeru tempat pengajian ilmu diadakan di surau atau masjid maka setiap pengajian ilmu dihubungkan dengan waktu sembahyang. Misalannya, waktu pengajian bermula seawal pagi selepas sembahyang subuh sekitar pukul 7.00-8.00 pagi. Selepas sarapan kelas pengajian akan bermula semula pada pukul 8.30-10.00 87

pagi. Pengajian sebelah petang pula dimulakan selepas sembahyang zohor sekitar pukul 1.30- 4.00 petang. Manakala pengajian sebelah malam bermula pada selepas sembahyang isyak sekitar pukul 9.00-9.30 malam (Mustafa, 1990: 421). Atas asas ini, sahsiah pelajar pondok dibangunkan dengan berpaksikan kepada empat konsep pendidikan iaitu menerusi konsep tarbiyyah, ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris Tarbiyyah ialah proses pendidikan dari satu tahap ke satu tahap ke arah mencapai kesempurnaan seorang manusia menurut fitrah manusiawi. Ta’lim, ialah proses mengajar dengan ilmu termasuk menanam keimanan dalam jiwa. Manakala ta’dib ialah proses mengajar manusia agar membuat kelakuan yang diperintah Allah. Irsyad pula membimbing manusia ke jalan yang diredai Allah. Tadris merupakan proses pengajaran dan pendidikan tertentu menerusi pelajaran-pelajaran tertentu (Uthman El-Muhammady, 1984: 56-58). Walau bagaimanapun dalam pada itu, sifat curiga terhadap pengaruh penjajah Barat adalah sangat tebal kerana penjajah ini dianggap sebagai musuh agama yang cuba merosakkan kepercayaan dan budaya Islam. Pendekatan mengasingkan diri daripada pengaruh penjajah Barat merupakan pendekatan popular yang digunakan oleh ulama tradisional ini dengan alasan untuk menyelamatkan budaya Islam daripada menerima sebarang ancaman perubahan dari Barat. 6. Sejarah Sistem Pendidikan Pondok di Kedah Tradisi keilmuan Islam secara formal di Kedah pada dasarnya tidak lagi wujud sebelum abad ke 17 Masihi. Manakala negeri-negeri lain seperti Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak pula merupakan sebahagian daripada Kedah ketika itu. Perlis hanya dijadikan sebuah negeri asing daripada Kedah selepas kerajaan Siam menjadikannya sebagai sebuah jajahan pada 10 Muharram 1250/ 20 Mei tahun 1834 Masihi (Buyung, 1981: 20). Sementara Pulau Pinang pula terbentuk selepas ia diserahkan kepada Inggeris pada tahun 1786 Masihi. (Ahmat, 1984: 12) Sebelum abad ke 17 ajaran Islam dikatakan tidak diamalkan dengan sempurna di Kedah. Era sebelum abad ini merupakan era para wali (The age of the saints) yang pengamalan Islam di kalangan masyarakat bergantung kepada ketokohan seorang ahli sufi atau guru tarekat (Sharifah Zaleha, 1985: 29-38). Negeri Kedah sebelum abad ke 17 Masihi juga tidak mempunyai undang-undang yang berteraskan agama Islam. Tidak terdapat kerjakerja penulisan untuk menerangkan Islam dalam mana-mana bahasa. Hal ini termasuklah penulisan tentang hukum-hakam seperti mengenai hukum nikah dan cerai, makanan halal dan haram, cara peribadatan dan sosial umum serta etika peribadi. Pada ketika itu, jika terdapat pengajaran Islam sekalipun, ianya lebih tertumpu kepada kata-kata dan amalanamalan ulama secara perseorangan yang mudah dilupai oleh masyarakat awam. Tambahan pula tidak ada usaha berterusan untuk mengajar masyarakat Melayu mengenai agama Islam. Juga, tidak terdapat pengganti para ulama tersebut untuk meneruskan penyebaran Islam. Undang-undang Kedah mula ditulis pada tahun 1078 Hijrah bersamaan 1667 Masihi. Penulisan undang-undang yang bernama Undang-Undang Kedah atau dikenali sebagai Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan atau Undang-Undang Seri Paduka Tuan, mula memasukkan aspek ajaran Islam secara rasmi. Hal ini disebabkan pembentukan undangundang ini sendiri adalah berdasarkan undang-undang Acheh dan Melaka. Pembentukan ini sendiri berlaku selepas berlaku penaklukan Acheh ke atas Kedah berlaku pada 1617 Masihi. Malah Hukum Kanun Kedah bahagian pertama di tulis pada 1060 Hijrah bersamaan Jun 1650. Ianya ditulis pada masa pentadbiran Kedah berpusat di Kota Siputih. Sultan Sulaiman Shah 11, Sultan Kedah yang ke 12 (1602-1620), telah ditawan ke Acheh dan akhirnya mangkat di sana. Pengganti Sultan Sulaiman Shah 11, iaitu Sultan Rijal ad-din Muhammad Shah (16261652), memindahkan pusat pentadbirannya ke Kota Naga dan telah memerintahkan pembesarnya menyempurnakan penulisan undang-undang Kedah ini (Wan Shamsudin, 88

1990: 56). Antara tarikh penulisan yang disebut dalam Undang-undang Kedah sebagai berikut; “Hijratu’l-nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun dal pada bulan Rabi’ul-Awal hari ithnin zaman hadzat Maulana Syah Alam semayam di kota Palas pada ketika itu. Bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tuha-tuha suruh perbuat undang-undang. Maka bicara oleh Datuk Seri Paduka Tuan sera menteri muafakat”. (Undang-Undang Kedah) (Wan Shamsudin, 1990: 56). Pembentukan undang-undang Kedah ini sedikit sebanyak membantu perkembangan Islam di Kedah. Walaupun demikian, masyarakat Islam di Kedah masih meneruskan amalan bercorak animisme dan kehidupan Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan ajaran-ajaran Islam (Sharifah Zaleha, 1985: 83-84). Hal yang telah berterusan selama empat dekad ini hanya mula berkurang pada akhir abad ke 19 Masihi apabila muncul ulama tradisional pondok. Kemunculan mereka telah membantu masyarakat Islam Kedah untuk sama-sama membuat “huraian, penapisan dan penyusunan semula terhadap komponen Islam dalam sistem anutan agama mereka” (Sharifah Zaleha, 1985: 83-84). Ternyata, perubahan ketara terhadap pengamalan Islam di kalangan masyarakat Islam di Kedah adalah bertitik tolak terhadap penglibatan ulama tradisional dalam institusi pendidikan. Ulama tradisional membina pondok di merata pelosok daerah. Keadaan pondok di Kedah banyak menyamai bentuk dan metodologi pondok-pondok di Patani. Meskipun tidak dinafikan terdapat juga pendekatan Acheh seperti pondok di Yan oleh Tengku Arsyad (Abdul Majid, 1980: 125), pendekatan Jawa seperti pondok Kiyai Haji Salleh b. Abdul Rahman di Temoh, Perak (1912) namun ianya lebih bersifat persamaan struktur binaan dan dialek bahasa sahaja, bukan pada sudut metodologi pengajian. Hal ini adalah disebabkan hampir kesemua ulama tradisional yang mendirikan pondok menghabiskan masa yang panjang belajar di Patani atau di Haramayn. Sudah tentu metodologi pengajian di pondok adalah mengikut corak pengajian mereka sama ada di Patani atau di Haramayn. Alasan ini bertambah kukuh apabila hampir kesemua kitab jawi yang dijadikan teks telaah di pondok-pondok adalah karya-karya ulama yang berasal dari Patani yang lama menetap di Haramayn (Hasan, 1999: 38-39). Secara sejarahnya, perkembangan keilmuan Islam di Kedah mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan perkembangan keilmuan Islam di Patani. Perkembangan keilmuan ini menyebabkan institusi pondok di Patani menjadi cukup masyhur serta berada di merata daerah sehingga melimpah ke wilayah-wilayah lain di selatan Thailand. Menjelang abad ke 19 Masihi pondok sudah boleh didapati di Yala, Narathiwat, Satun bahkan juga di Songhla, Phattalung, Khabi, Nakhhon Srithammarat, Bangkok dan wilayah-wilayah yang terdapat ramai umat Islam (Hasan Madmarn, 1988: 109). Tradisi keilmuan Islam yang berkembang di Patani sejak abad ke 15 menyebabkan negeri tersebut begitu masyhur dan menjadi tumpuan pengajian bagi masyarakat Islam di Kedah dan juga masyarakat Islam di Nusantara. Sebahagian besar ulama dari dan Kelantan Kedah pada zaman awal tradisi keilmuan Islam sebelum melanjutkan pembelajaran ke Makkah terlebih dahulu belajar di beberapa pondok pengajian di Patani. Misalannya, Ishak Muhammad Hashim (1771-1871) pengasas pondok Pulau Pisang yang juga merupakan pondok pertama di Kedah, Tuan Hussain bin Hasan, (1852-1932), pengasas pondok Titi Besi, Tuan Hussein Kedah (1863-1936), pengasas pondok Bohor dan Tuan Haji Hussein Che Dol ( 1904-1967 ) ulama dan tokoh politik Kedah yang melanjutkan pelajaran di pondok Haji Abdullah di Cahuk. Kehadiran ulama-ulama besar ke wilayah ini mendorong ke arah terbentuknya institusi keilmuan Islam pondok. Beberapa tokoh ulama terbilang dikatakan pernah mendapat pendidikan tradisional awal mereka di Patani. Misalannya, Abdul Samad al-Palimbangi 89

(1704-1789) dan Muhammad Tahir bin Ali al-Fatani (914-78/1508-78). Antara kalangan ulama Patani paling awal di Alam Melayu ialah Muhammad Tahir bin Ali al-Fatani, pengarang kitab terkenal Tadhkirat al-Mawdu’at. Muhamad Tahir al-Fatani merupakan ulama Alam Melayu pertama yang terkenal sebelum penampilan al-Raniri ( M. 1068/1658) , al-Singkili (1024 – 1105/1615-1693) dan Maqassari ( (1037-1111/1627-1699) dan ini membuktikan bahawa pondok di Patani telah pun wujud sejak abad ke 17 Masihi lagi (Wan Mohd Shaghir, 1990: 3)

7. Ulama Kedah dan Sumbangan Mereka Dicatatkan beberapa nama ulama Kedah yang dikenali telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan pemikiran agama dan masyarakat. 1. Wan Muhammad Idris b. Jamal (1849-1911) Wan Muhammad Idris atau dikenali sebagai Tok Syeikh Jarum merupakan ulama Kedah yang masyhur. Beliau mendapat anugerah wakaf daripada pihak istana menerusi pemberian “ampun kurnia” untuk membuka dan memajukan tanah-tanah bagi membina pondok yang menunjukkan terdapat hubungan akrab istana dengan ulama Rahmat, 1991: 219). Beliau menerima pelawaan Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah (18821943) untuk membuka pondok di Derga (Wan Shamsuddin, 1996: 29). Ulama seperti Wan Muhammad ini sangat berperanan dalam aspek agama khususnya dalam usaha memantapkan pemikiran syariat masyarakat Islam mengikut pemikiran Syariat Sunni. Kitab-kitab yang diajarkan kepada masyarakat Islam adalah berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Pegangan kepada mazhab Syafie adalah sangat kukuh terutama dalam bidang fikah. Manakala rujukan utama dalam bidang usuluddin adalah kepada aliran faham al-Ash’ari dan al-Maturidi dengan menggunakan pendekatan pengajian “sifat dua puluh”. Akibat dari peranan mereka yang sangat berkesan dalam memantapkan pemikiran Syariat Sunni di kalangan masyarakat Islam ini maka masyarakat Islam Kedah menerima aliran pemikiran Syariat Sunni ini sebagai pegangan pemikiran keagamaan mereka. Beliau juga sangat memainkan peranan besar dalam usaha memantapkan pemikiran tasawuf. Pendekatan kerjasama yang menggabungkan amalan tasawuf-tarekat dengan amalan syariat atau apa yang dinamakan sebagai neo-sufisme menurut aliran al-Ghazali dijalin begitu sempurna. Kesannya, amalan Islam yang diketengahkan oleh ulama tradisional nampak menyeluruh meliputi bidang hukum hakam dan kesufian, intelektual dan praktikal, sosial dan individu. 2. Haji Muhammad Salleh bin ‘Abdul Hamid bin Ishaq (1864-1944) Syeikh Muhammad Salleh dilahirkan di Kampung Pulau Pisang, Jitra. Datuk dari sebelah ibunya merupakan ulamak besar negeri Kedah pada kurun ke 18 & 19 iaitu Tuan Guru Haji Ishaq Bin Muhammad Hasyim ( 1771 - 1871 yang merupakan pengasas Pondok Pulau Pisang, Jitra. Pondok tersebut merupakan pondok yang pertama dibangunkan di Negeri Kedah pada ketika itu . Pernah suatu ketika pondoknya itu mencapai jumlah pelajar sehingga 2,000 pelajar dalam satu-satu masa. Penglibatan beliau bukan sahaja dijadikan tempat penyelesaian masalah-masalah keilmuan dan keagamaan seperti melibatkan hal-hal kematian, perkahwinan dan majlis kenduri. Malah mereka juga merupakan pembawa arus perubahan dalam membangun kemudahan prasarana dan ekonomi masyarakat setempat. Mereka juga menjadi tempat 90

pengaduan masalah peribadi dan sosial serta tempat mengikhtiarkan penyembuhan penyakit atau bertugas selaku bomoh (Zaharah, 1978: 100). Syeikh Muhammad Salleh, adalah orang yang bertanggungjawab membuat jalan besar sepanjang dua kilometer yang menghubungkan kampung Pulau Pisang dengan pekan Tunjang (Zakariya, 1996: 84).

3. Abdullah Masri (1889-1967) Abdullah Masri atau Sheikh Abdullah Masri lahir di Kampong Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah pada 1889. Setelah menjalani pengajian asas beliau ke Makkah pada tahun 1900 selama 4 tahun dan kemudian melanjut pelajaran ke Al Azhar. Disana beliau terlibat juga turut dalam aktiviti percetakan kitab. Sekembali ke tanah air beliau membuka pondok di Alor Setul, kemudian kembali di kampungnya di Tanjung Inggeris, Beliau merupakan guru pondok di Langgar dilaporkan sering kali membantu masyarakat yang ingin menunaikan haji (Niamat,1996: 172-173). Beliau juga telah berusaha memperkenalkan syarikat kerjasama serta berjaya membuka 4 buah kilang melalui syarikat tersebut (Niamat, 1996: 178). Ketokohan dan keilmuan ulama ini telah berjaya melahirkan suatu sahsiah baru di kalangan masyarakat sekitar dengan berteraskan nilai-nilai agama yang diajarkan.

4. Hussain bin Muhammad Nasir (Tuan Hussain Kedah (1863-1936)\ Tuan Hussain Kedah atau nama penuhnya, Hussain b. Muhammad Nasir b. Muhammad Taib al-Mas’udi (1280H/1863-1355H/1936M). Beliau yang membuka pondok Bohor pada tahun 1900 pernah menerima pelajar dalam sesuatu masa seramai enam ratus orang (Mustafa, 1990: 403). Ahmad Abdul Garni menyebutkan, pondok beliau tersebut mempunyai kawasan seluas dua puluh relung dan jumlah pondoknya melebihi tiga ratus buah. Bilangan pelajarnya seramai enam ratus orang secara harian yang didapati hampir sama dengan jumlah pelajar sekolah kerajaan di negeri Kedah ketika itu (Ahmad Garni, 1976: 29). Kemasyhuran pondok ini turut disebut oleh G.C. Hart, seorang Penasihat Kewangan Negeri yang bertugas di Kedah bagi pihak kerajaan Thailand. Di dalam laporannya pada tahun 1907 beliau memasukkan Pondok Bohor bersama-sama dengan sekolah-sekolah kebangsaan di Jalan Baru, Alor Merah, Kepala Batas, Kulim dan Yan (Hart, 1907: 37). Beliau turut memperkukuh pemikiran Syariat Sunni ini ialah Syeikh Hussain Nasir atau dikenali dengan Tuan Hussain Beliau adalah antara ulama Kedah yang paling produktif dalam penghasilan karya. Beliau menghasilkan 18 buah kitab meliputi bidang fikah, usuluddin, tasawuf dan pengetahuan umum dengan berorientasikan pemikiran Syariat Sunni. Antara kitab karangan beliau ialah al-Nur al-Mustafid fi ‘Aqa’id ahl al-Tauhid, (1887) Tamrin al-Sibyan (1899) Hidayat al-Mutafakkirin 1918) Kasr al-Iksir (1920) Tadhkir Qaba’il al-Qadi (terjemahan hadith Jawahir al-Bukhari) (1923) Qatr al-Ghaithiyah, (1924) Hidayat al-Talibin (1924) Hidayat al-Atfal (1917) Malaqit al-Lamiyat Wa al-Safiyah (bahasa Arab) 1925) Tadrib al-Sibyan (1926) Usul al-Tauhid (1927) Hidayat al-Nikah (1928) Tabsirat Li Uli al-Bab (1931) Hidayat alGhilman (1932) Tanbih al-Ikhwan fi Tadbir al-Ma’asyiah wa Taslih al-Buldan (1935), Bunga Geti (1935) dan Hidayat al-Sibyan, (1944) Kesemua karya penulisan beliau adalah menggunakan pendekatan Syariat Sunni. Kitab-kitab beliau yang bertemakan tauhid digabungkan dengan pengajian fikah bagi memantapkan pendekatan Syariat Sunni ini. Misalannya kitab Hidayat al-Mutafakkirin, Hidayat al-Sibyan dan Usul al-Tauhid menggunakan pendekatan gabungan ini. Pendekatan fikah yang diterapkan oleh beliau melalui pengajian dan penulisan karya ini telah berjaya mengukuhkan keyakinan masyarakat untuk mengikut pemikiran Syariat Sunni. Ianya merupakan suatu pendekatan syariat yang bersifat aktiviti dan praktikal. Beliau memiliki beratus-ratus relung tanah sawah, kebun getah dan kebun kelapa. Beliau dikatakan meninggalkan 150 relung tanah selain harta-harta berbentuk lain. 91

Sebahagian tanah beliau telah diwakafkan untuk tapak masjid dan perkuburan seperti tanah di Titi Gajah, tanah tapak Sekolah Agama di Padang Lumat, iaitu bekas pondoknya dan tapak sekolah agamanya di Pokok Sena, Seberang Perai. (Ismail, 1996: 62). 5. Wan Sulaiman Wan Sidek (1874-1935) Peranan ulama yang memegang jawatan rasmi adalah juga penting. Jawatan tersebut selain menggambarkan ketokohan dan kealiman, juga menunjukkan kuasa dan hubungan baik dengan istana. Pada tahun 1904, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Majma’ ‘ulama` untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan Islam. Majma’ yang mengandungi 12 orang ulama ini dipengerusikan oleh Syeikh alIslam. Hal ini menunjukkan hubungan baik ulama dengan istana. Pada 1 Rejab 1324 H/4 Mei 1906 Masihi Wan Sulaiman b. Wan Sidek (1874-1935) telah dilantik sebagai Kadi Besar dan seterusnya pada 8 Zulhijjah 1338H/ 16 Ogos 1920M beliau dilantik sebagai Syeikh al-Islam Kedah. Syeikh al-Islam Wan Sulaiman Wan Sidek selain ulama yang rapat dengan sultan juga seorang ulama rasmi yang banyak menghasilkan karya. Antara kitab karangan beliau ialah Fatawahat al-Khalidiyat (dikarang: 1343H/1924M), Nursa’adat Wa sifa Qaha` (dikarang: 1345H), al-Naja`ij al-Fikriyat Fi Mayat ‘alugu bi al-Qatil Qaraniyat wa al-Ahadith Nabawiyah, Kitab Mizan ‘Ukhalai Udabai dan pelbagai risalah. Status beliau selaku Syeikh al-Islam, hubungan baik dengan istana, selaku guru agama diraja, pendakwah, guru tarekat pengarang dan pengajar kitab telah berjaya meningkatkan penglibatan beliau untuk membangunkan kefahaman agama di kalangan masyarakat Islam. Dengan kedudukan beliau sebagai Syeikh al-Islam ini beliau telah berjaya mempengaruhi sultan untuk bertindak memerangi ajaranajaran yang bertentangan dengan Islam. Misalannya, amalan khurafat dan bida’ah seperti bernazar sesuatu di kubur, menjamu hantu jembalang telah dihapuskan (Wan Shamsuddin, 1996:114; Mustafa, 1990: 274-275). Sebagai ulama berjawatan rasmi, Wan Sulaiman turut bertanggungjawab memperkemaskan jentera pentadbiran agama negeri. Beliau telah mengusahakan pelaksanaan Undang-Undang Mahkamah Syariah Kedah No. 109/1-1340 Hijrah (1921 Masihi) yang antara lain bertujuan menghendaki setiap orang Islam yang mengajar agama mesti mempunyai tauliah. Undang-undang ini juga digubal untuk menghalang orang Islam di Kedah mencetak dan menerbitkan kitab tanpa kebenaran Syeikh al-Islam dan Majlis Mesyuarat Negeri (Muhammad Isa, 1990: 124). Implikasi kepada pelaksanaan undangundang ini ialah kekukuhan kuasa ulama berjawatan rasmi dalam pentadbiran agama Islam negeri sehingga menggugat penglibatan keagamaan ulama tempatan. Pelaksanaan enakmen 109/1-1340 Hijrah misalannya menyebabkan Tuan Hussain Kedah terpaksa membawa diri ke Seberang Perai kerana dikatakan telah menulis kitab Hidayat alMutafakkirin, atas permintaan raja Muda Perak dan dicetak di Perak yang dianggap bertentangan dengan Undang-Undang Mahkamah Syariah No. 109/1-1340 Hijrah (1921 Masihi) ini. Demikian juga seorang anak murid beliau Hj. Yaakob Hitam ditarik balik kebenaran mengajar di Sik oleh Syeikh al- Islam, Wan Sulaiman kerana beliau berselisih faham dengan Hj. Yaakub Puteh, Kadi Sik ketika itu (Ahmad Abdul Garni, 1976: 72-73 ). Peranan beliau dalam bidang pendidikan dikaitkan juga dengan penubuhan madrasah. Di kedah misalannya, Wan Sulaiman, selaku Syeikh al-Islam Kedah adalah merupakan pelopor kepada penubuhan Madrasah al-Hamidiyah pada tahun 1916 di Kedah. Penubuhan madrasah inilah yang akhirnya membawa kepada tertubuhnya Maahad Mahmud pada 16 Jun 1936 dengan mengambil sempena nama Tungku Mahmud (Wan Shamsuddin, 1996: 117).

6. Abu Bakar bin Hanafiyah b. Taib b. Ismail b. Ahmad al-Qadhi (1908-1998). Seorang tokoh yang sangat penting dalam kepimpinan ulama tradisional akhir abad ke 20 yang meneruskan kepimpinan tradisional Haramayn ialah Abu Bakar bin Hanafiyah b. 92

Taib b. Ismail b. Ahmad al-Qadhi (1908-1998). Abu Bakar merupakan seorang ulama yang memainkan peranan yang cukup besar dalam aspek keagamaan. Beliau lahir di Gandai, Kedah. Ketika berusia 16 tahun beliau berangkat ke Makkah dan belajar di Masjid al-Haram selama 14 tahun. Abu Bakar pernah bekerja sebagai tukang masak di Palestin selama 1 bulan. Kemudian beliau bekerja membuat bahan letupan selama 1 setengah tahun. Atas kerjaya tersebut beliau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Abu Bakar Palestin (Penggerak Minda, 1995: 20). Pada tahun 1950an beliau pulang ke Kedah dan menetap di pondok Haji Idris, Ayer Hitam, Kedah. Selepas kematian Haji Idris (sekitar 1950an) beliau membuka pondok bersebelah dan menjadi tuan guru pondok tersebut sehingga meninggal. Anak muridnya, Abdul Samad bin Lebai Ismail menyebut bahawa pondok tersebut pernah menerima kehadiran murid seramai 300 ke 500 orang (Wawancara: Abdul Samad Lebai Ismail: 8 September, 1999). Selain sebagai guru pondok, Abu Bakar juga adalah seorang pengarang kitab yang aktif. Beliau mengarang lebih daripada dua puluh buah kitab dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam meliputi sejarah Islam, fikah, tasawuf, tauhid, hadith dan politik. Antara nama kitab karangan beliau ialah Nur al-Safa Fi Akhbar al-Mustafa. ((Ilmu Tarikh), Tadhkirat alQadhiyyah (Ilmu Fiqh) Risalah al-Nur, (Ilmu Tasawuf) Qut al-Muhtaj fi Qissati al-Isra` wa alMi’raj (Isra’ Mi’raj) Al-Da’i li al-Salam fi ‘Aqai`id Ahl al-Islam (Ilmu Tauhid) Kitab al-Tauhid (Ilmu Tauhid) Tauhid al-Abrar, (Ilmu Tauhid) Taudih al-Afham Bi Syarah ‘Aqidah Al-‘Awam (Ilmu Tauhid) ,‘I’anah al-Musalli, (Ilmu Fekah) Tadhkirat al-Musalli, (ilmu Fekah) Tadhkirat alNashi`in,(Ilmu Fikah dan Tasawuf), Busyra Lil-bait Bi Syama’il al-Habib (Ilmu Sifat-sifat Nabi Muhammad), Panduan Islam, Pancaran Islam, (Ilmu Politik) Hidayat al-Nasik, (Haji dan Umrah), Ilmu Tarikh al-Nabawi, (Sejarah) Lubab al-Hadith,(hadith) Misbah al-Zalam wa Bahjah al-Anam, Irsyad al-Muta’abbidin, (tasawuf) Busyra al-Labib fi Bayan Sirat al-Habib (sejarah). Jumlah penulisan ini dapat menyaingi jumlah karya Hussain bin Muhammad Nasir atau lebih dikenali sebagai Tuan Hussain Kedah (1936-1963) iaitu seorang pengarang kitab yang dihormati dan berwibawa. Selain mengarang pelbagai ilmu agama, beliau juga terkenal sebagai ulama yang alim dalam ilmu tasawuf dan sejarah Islam (Wawancara: Samad Lebai Ismail: 8 September, 1999). Malah beliau juga merupakan tokoh ulama yang berfikiran kritikal dan tajam. Jelas, bahawa Abu Bakar merupakan ulama tradisional yang dapat memainkan peranan yang besar dalam mempertingkatkan kefahaman agama dan pendidikan masyarakat Islam di negeri Kedah menerusi penulisan 20 buah kitab, pengajian agama di pondok dan di madrasah kepunyaan beliau.

7. Zakaria bin Mohd. Saman (1921-2010 M) Tokoh ulama tradisional akhir abad ke 20 lain yang wajar disebut ialah Zakaria bin Mohd. Saman dan Hasyim Bakar. Keistimewaan kedua-dua tokoh ini adalah kerana keduaduanya masih mengekalkan sistem pondok sepenuhnya iaitu menggunakan sistem ‘umumi ketika ini. Malah kedua-dua tokoh ini tidak pula menubuhkan madrasah yang menggunakan sistem nizami. Justeru itu, dapat ditegaskan bahawa hanya mereka berdua sahaja merupakan tokoh ulama Kedah berpendidikan Haramayn yang masih menggunakan dan mengekalkan sistem pengajian secara ‘umumi di akhir abad ke 20 ini. Zakaria yang merupakan tuan guru pondok di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah adalah penyambung pengajian pondok yang dipelopori bapanya Mohd Saman Awang iaitu murid kepada Haji Awang, guru pondok Kubang Siam. Beliau lahir di Kubang Siam, Alor Janggus pada tahun 1921, telah berangkat ke Makkah pada tahun 1930 dan belajar bersama Abu 93

Bakar Hanafiyah (1908-1998) kepada ayahnya sendiri di sana. Setelah tiga tahun di Makkah beliau pulang bersama ayahnya dan meneruskan pengajian dengan ayahnya di pondok Alor Janggus, sebelum belajar di pondok Haji Idris, Air Hitam selama 7 tahun. Pada tahun 1949 beliau ke Makkah semula untuk belajar di Haramayn selama 13 tahun. Antara guru-guru beliau yang terkenal ialah Wan Ismail bin Wan ‘Abd al-Qadir atau dikenali sebagai Pak Da Ail (1882-1965) (Ahmad Fathy, 1996: 99), Abd al-Qadir bin ‘Abd al-Muttalib al-Mandili , Haji Syafie, Syeikh ‘Alawi al-‘Arabi dan Syeikh ‘Alim Maliki (Wawancara: Zakaria Mohd. Saman: 8 April 1999). Kepimpinan beliau di pondok adalah berorientasikan pendekatan tradisional sama seperti para ulama tradisional yang lain iaitu menggunakan cara sistem “‘umumi”. Dalam lain perkataan tiada perubahan pada segi sistem dan pendekatan sama ada pada pengajian di pondok mahu pun aktiviti dalam masyarakat. Hingga akhir tahun 1999 terdapat sekurangkurangnya 20 orang murid lelaki dan sekitar 50 orang wanita lanjut usia yang menetap di pondok ini. Peranan beliau di kalangan masyarakat setempat melibatkan pengajian agama di pondoknya, mengetuai bacaan doa dalam majlis-majlis kenduri dan menjadi imam sembahyang jenazah. Beliau bagaimanapun tidak menulis sebarang kitab tetapi banyak menumpukan masa mengajar di pondoknya. Malah yang lebih istimewa, beliau tidak pernah mengajar luar daripada pondok beliau di Alor Janggus walaupun di tawarkan berbuat demikian oleh banyak pentadbir masjid dan surau. 8. Hasyim Abu Bakar (1923-2011 M) Hasyim Abu Bakar merupakan tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Kelantan yang berasal dari Kedah. Beliau berpendidikan Haramayn yang sangat besar jasanya dalam bidang pendidikan Islam. Beliau yang lahir di Kampung Huma, Padang Hang, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923 adalah anak kepada seorang Syeikh jemaah haji ke Makkah. Pada tahun 1936 iaitu ketika berusia 12 tahun, beliau telah ke Makkah dan belajar di Dar al-‘Ulum, Makkah. Akhir tahun 1939 beliau pulang ke Kedah dan belajar di Madrasah al-Irsyadiyyah, batu 26, Kuala Kangsar, Perak, kemudian belajar di pondok Merbuk berguru kepada Haji Abdul Rahman Merbuk selama dua tahun sebelum berpindah belajar ke pondok Haji Idris Lebai Hitam di Air Hitam selama dua tahun. Pada tahun 1946 beliau ke Pondok Bunut Payung, Kelantan dan menetap di pondok tersebut berguru dengan Abdullah Tahir (18971961). Beliau kemudian berkahwin pada tahun 1953 dengan anak Mustafa Abu Bakar iaitu juga tuan guru di Pondok Pasir Tumbuh ketika itu dan menetap di Kelantan (Wawancara: Hasyim Bakar, 20 September 1999). Selepas kematian Abdul Aziz Abu Bakar (1923-1987), tuan guru pondok selepas Mustafa Abu Bakar, beliau menjadi tuan guru di pondok Pasir Tumbuh. Hingga akhir tahun 1999, jumlah murid yang belajar di pondok ini adalah melebihi dua ribu orang yang datang daripada pelbagai negeri termasuk dari Selatan Thailand.

9. Tajuddin Abdul Rahman bin Syeikh Abdul Rahman (1924-2000 M) Antara tokoh ulama Kedah yang terkenal ialah Tajuddin b. Haji Abdul Rahman, tokoh yang dianugerahkan gelaran Dato’ Mursyid Diraja oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah pada tahun 1988. Beliau merupakan ulama berpendidikan tradisional dan Haramayn yang menukarkan pendekatan pengajian pondok ke madrasah. Tajuddin lahir di Seberang Perak, Alor Setar pada tahun 1925, merupakan cucu kepada Haji Wan Muhammad Idris b. Haji Jamal atau dikenali sebagai Tok Syeikh Jarum, Derga (1849-1911) Pendidikan awal beliau ialah di pondok Derga dari usia 10 tahun hingga 18 tahun. Ketika berumur 18 tahun beliau melanjutkan pengajian di Dar al-‘Ulum, Makkah (1943-1946). Setelah kembali ke tanah air beliau menjadi mudir di Madrasah Nahdah al-Hasanah, Melele, Kedah. Pada mulanya, beliau menubuhkan pondok yang masyhur dengan nama Pondok Haji Tajuddin. Jumlah pelajar yang menuntut di situ agak besar sehingga jumlah pondok pelajar pernah menjangkau 100 buah. Kemudian beliau menukar sistem pengajian ‘umumi pondok kepada 94

pengajian nizami di Madrasah Nahdah al-Hasanah ini. Tajuddin meninggal dunia pada tahun 2000. Peranan beliau dalam membangunkan Islam di Kedah lebih jelas melalui sumbangannya menganggotai beberapa jawatankuasa mengenai hal ehwal Islam peringkat negeri Kedah dan Kebangsaan. Beliau merupakan ulama tradisional yang masih dijemput membantu para ulama rasmi dalam menyelesaikan masalah-masalah agama sama ada di peringkat negeri Kedah mahu pun di peringkat Kebangsaan. Misalannya, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Hal Ehwal Agam Islam negeri Kedah (1956-1999), Ahli Majlis Fatwa Kedah (1970-2000) di samping menjadi Ahli Majlis Syariah Ulang Bicara, Ahli Jawatankuasa Perundangan Islam negeri Kedah dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

10. Yahaya Junid (1911-2001 M) Seterusnya, tokoh ulama Kedah yang menukarkan sistem pengajian pondok ke Madrasah ialah Haji Yahaya Junid. Beliau merupakan tokoh ulama tradisional yang aktif dalam politik dan pertubuhan Islam. Yahaya Junid lahir pada tahun 1911 di Selekoh Yan, Kedah juga merupakan ulama tradisional Kedah yang mendapat pendidikan pondok dan pengajian Haramayn. Beliau pernah belajar di pondok Tuan Haji Omar, Gajah Mati, pondok Haji Abdul Ghani, Tandop di Pengkalan Kundur (1929), pondok Tuan Hussain Kedah di Pokok Sena, Kepala Batas dan pondok-pondok di Kelantan. Antara gurunya di di kelantan ialah Tok Kenali (1868-1933), Haji ‘Abdullah Tahir (1897-1961) Bunut Payung dan Haji Ahmad Maher (1904-1968) bekas Mufti Khas Sultan Kelantan. Beliau pulang ke Kedah pada tahun 1936 dan membuka Madrasah Taufiqiyyah, di Kedah pada tahun 1942. Pada tahun tersebut juga beliau berangkat untuk melanjutkan pengajian di Makkah selama satu setengah tahun. Antara guru beliau di Makkah ialah Syeikh Yasin al-Fadani dan Syeikh Hassan Yamani (1897-1972) (Riwayat Hidup Yahaya Junid: 1997). Penglibatan beliau dalam politik dikesan apabila beliau melibatkan diri dalam Kesatuan Melayu Kedah bersama-sama Che Hussain Che Dol serta terbabit dalam perarakan menentang Malayan Union di Padang Court, Alor Setar pada tahun 1946 (Yahaya, 1991: 3337). Beliau merupakan antara ulama yang turut serta dalam menubuhkan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) di Padang Serai, Pulau Pinang serta dipilih sebagai ahli jawatankuasa parti PAS (Safie, 1981: 28). Beliau juga pernah dilantik sebagai Yang di Pertua ulama PAS Kedah menggantikan Che Hussain Che Dol pada tahun 1967 (Yahaya, 1991: 35-36 ).

11. Niamat Yusuf (1940-2003 M) Tokoh ulama lain yang boleh dikelompokkan dalam kumpulan yang sama ialah Niamat Yusuf (1940-2003). Beliau terbabit dalam pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudian pula Parti Islam Se Malaysia (PAS). Beliau yang lahir di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1940 adalah anak kepada Yusuf Said, seorang guru pondok dan pengasas Madrasah Nahdhah al-Hasanah, Melele. Niamat mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud hingga tahun 1960. Pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran ke alAzhar dalam kulliyah Usuluddin (1964-1969) kemudian setelah kembali ke Kedah menjadi guru penolong di Maktab Mahmud pada tahun 1969. Hinggalah pada tahun 1982 apabila beliau meletak jawatan sebagai guru kerana mengetuai sebuah Maktab Islam baru yang diberi nama Ma’had al-Tarbiyyah al-Islamiyah, di Derang, Kedah yang telah pun ditubuhkan pada tahun 1981. Niamat merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan-kegiatan persatuan Islam. Ketika di Mesir beliau dilantik sebagai penolong setiausaha Persatuan Mahasiswa Timur Tengah Bahagian Negeri Kedah dan terlibat dalam Persatuan Kebajikan Islam (PERKIM) 95

bahagian negeri Kedah sebagai ketua Biro Pelajaran. Penglibatan yang paling ketara dalam aktiviti pertubuhan ialah menjadi pengasas kepada penubuhan ABIM Kedah. Beliau kemudian menjadi Yang di Pertua pertama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan negeri Kedah (1972-1978), Naib Yang di Pertua ABIM Kedah sehingga tahun 1989 dan juga ahli Majlis Syura ABIM pusat. Di samping itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Kedah ( 1971-1987) dan sebagai Timbalan Yang di Pertua persatuan ini (1987-1999). Di atas jasa-jasanya dalam menyebarkan Islam di Kedah, pada tahun 1989, beliau telah dianugerahi sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat negeri Kedah. Selepas peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, iaitu timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, beliau mula melibatkan diri dalam parti PAS dan kemudiannya bertanding sebagai calon pilihan raya. Pada pilihan raya tahun 1999, beliau bertanding sebagai calon parti PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri di Kedah tetapi tewas kepada Fadzil Hanafi (BN) dengan majoriti sebanyak 440 undi. Pengajian menengah beliau bermula di Madrasah al-Yahyawiyyah, Perak sehingga tahun 1964 yang pada ketika itu dipimpin oleh Samad Noh, seorang ulama terkenal. Pada tahun 1968 beliau menyambung pengajian ke Pusat Pengajian Islam, Nilam Puri Kelantan dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Syariah Kemudian pada tahun 1973 sehingga tahun 1976 beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di universiti al-Azhar.

12. Abdul Aziz Hanafi (1948-2016 M) Sementara Abdul Aziz Hanafi pula adalah anak saudara kepada Ahmad Ali. Beliau dilahirkan pada tahun 1948 di kampung yang sama. Aziz mendapat pendidikan menengah di Madrasah ‘Alawiyyah, Arau sebelum ke Kolej Islam Malaya (1967-1970) Pada tahun 1972 beliau ke al-Azhar sehingga berjaya memperolehi ijazah sarjana (M.A) dan ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi Islam. Seperti juga Ahmad Ali, Abdul Aziz juga banyak terdedah dengan perjuangan Ikhwan al-Muslimin ketika berada di Mesir. Selepas kembali ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Akademi Islam, Universiti Malaya (1984-1989) dan Universiti Brunei Darussalam (1989-1999). Aziz merupakan tokoh yang bijak berpidato dan sering dijemput sebagai penceramah di pelbagai institusi agama. Pada tahun 1999, beliau melibatkan diri dengan parti politik dan bertanding sebagai calon parti PAS dalam pilihan raya umum tahun 1999 kawasan Parlimen Arau, tetapi kalah kepada Mestika Junaidah Husin, calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 1,586.

13. Fadzil @ Ali Mohd. Noor (1937-2002) Haji Fadzil @ Ali Mohd. Noor (1937-2002). Haji Fadzil lahir pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang beliau iaitu Haji Wan Muhamad Idris Haji Jamal al-Jarumi (1849-1911) merupakan ulama yang terkenal yang berasal dari Patani. Fadzil mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud dari tahun 1949 hingga tahun 1962. Tahun 1962 beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar dalam jurusan Syariah dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967. Di Mesir, beliau diberi kepercayaan memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Bersatu sebagai setiausaha kemudian Timbalan Presiden. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau bertugas sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud dari tahun 1967 hingga 1973. Namun pada tahun 1973 beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia sehingga tahun 1978. Antara jawatan yang pernah disandangnya dalam pertubuhan Islam ialah Setiausaha Persatuan ulama Malaysia (19741976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (19741978).

96

Pada tahun 1978 beliau menceburi parti politik PAS sepenuh masa dan diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS (1981-1983) sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1983. Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Yang Dipertua PAS dengan gelaran Presiden PAS. Beliau mula bertanding dalam pilihan raya negeri Kedah dalam pilihan raya umum tahun 1978 di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah. Namun beliau tewas di dalam kedua-dua kawasan tersebut (Ensiklopedia Islam, iii, 1998: 217). Walau bagaimanapun pada pilihanraya tahun 1995 beliau menang bertanding di Kawasan Bukit Raya setelah mengalahkan Fadzil Hanafi, calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,414 . Hingga akhir tahun 1999 beliau masih menjadi Presiden PAS (Harakah, 16 Julai 1999). Pada pilihanraya tahun 1999, beliau menang di dua kawasan pilihanraya iaitu di kawasan Parlimen Pendang dan kawasan Dewan Undangan Negeri Anak Bukit. 14. Haji Abu Bakar Awang (1926-2009 M) Haji Abu Bakar bin Awang yang lahir pada 1926 di Bohor Mali, Perlis. Beliau dilahirkan dari keturunan ulama melalui datuknya Hj Abdullah atau Hj Ismail yang berasal dari Patani. Pendidikan menengah beliau ialah di Madrasah Taufiqiah Khairiyah al-Halimiyah, Alor Setar, Kedah (1943-1947), kemudian di Baqiat Solihat Velloh, India (1948-1949) sebelum memasuki Universiti Punjab, Pakistan (1949-1950) sehingga memperoleh Diploma dalam Pendidikan Islam. Seterusnya memasuki Kulliyyah Lughah al-‘Arabiyyah (Modern Arabic College), Karachi, Pakistan (1950-1951). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam Kuliah Syar’iyyah, Jamiah Baghdad, Baghdad, Iraq (1952-1957) . Setelah pulang beliau bekerja sebagai Guru di Ma’ahad Ehya al-Shariff, Perak, Madrasah Islahiyah, Perlis, Ma’ahad Mahmud, Kedah (1964-1984), Pengetua Maktab Perguruan Agama Seri Begawan, Brunei (1984-1987) dan akhir sekali mengajar di Ma’ahad Tarbiyyah Islamiyyah (1987-99), Derang, Kedah. Beliau terbabit dalam pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Ulama Kedah (PUK). Abu Bakar merupakan Yang diPertua Persatuan Ulama Kedah bagi sesi 1999-2001 di samping aktif dalam kegiatan pengajaran kitab di masjid-masjid (Wawancara: 28 Ogos, 1999). Beliau menghasilkan dua buah kitab iaitu kitab Faraid (bahasa Arab) untuk Sekolah Agama Rakyat, Kitab Muzakarah Fekah untuk kegunaan pelajar sekolah agama. 15. Zakaria bin Ahmad Awang Besar (1928-2011 M) Haji Zakaria bin Ahmad Awang Besar, tokoh ulama Kedah pula merupakan ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah sejak tahun 1987 dan dalam tahun 1999, beliau masih menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Haji Zakaria dilahirkan pada 1928 di Kampung Jerai, Mukim Kupang, Daerah Baling, Kedah. Beliau memperolehi pendidikan awal di Kampung Jerai, Kupang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Dar al-Ulum, Makkah pada tahun 1940 dan tamat tingkatan Tinggi madrasah itu pada 1368H/1949M. Di samping belajar secara nizami beliau turut belajar secara ‘umumi daripada Syeikh Ibrahim Fatani, Syeikh Abdul Qadir Mandahiling, dan Syeikh Husain Palembang. Setelah pulang ke tanah air pada tahun 1950 Haji Zakaria mengasaskan Madrasah Khairiyyah, di Kupang Baling, Kedah. Beliau berkahwin dengan anak Che Hussain Che Dol bernama Ummul Khair. Di samping Madrasah al-Khairiyah beliau menghidupkan semula Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyyah yang di asaskan oleh mertuanya , Che Hussain Che Dol. Pada tahun 1963 Haji Zakaria melanjutkan pelajaran ke al-Azhar dalam pengajian Usuluddin. Setelah tamat pengajian pada 1967, beliau menjadi guru beberapa buah sekolah antaranya Ma’ahad Johor, di Johor Bharu dan di Maktab Mahmud, Alor Setar sehingga tahun 97

1983. Beliau di anugerah sebagai tokoh pendakwah Kedah pada 1989 (Wawancara: 27 September 1998). 16. Ismail Ibrahim (1937-) Antara tokoh lain yang mewakili golongan ini ialah Ismail Ibrahim, kini bertugas sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 1 April, 1992. Ismail dilahirkan pada tahun 1937 di Sungai Petani, Kedah. Beliau yang mendapat pendidikan menengah di Ma’ahad Mahmud, Alor Setar, Kedah dan Kolej Islam Malaya (1962-1966), ijazah kedua dari Universiti al-Azhar (1966 -1967) kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran di Universiti St. Andrews, United Kingdom (1972-1975). Ismail pernah menjadi Pegawai Penyelidik (sastera) di Dewan Bahasa dan Pustaka (1968-1971), Pensyarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (1975-1985), Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor di Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa (1985-1991), Perunding di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia (1991-1992) dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1 April 1992. Ismail sejak menjadi Pengarah IKIM telah menghasilkan lebih daripada lima belas artikel yang dimuatkan dalam pelbagai jurnal dan buku. Kesimpulan

Kedah merupakan negeri yang telah menghasilkan ramai para ulama dalam sepanjang abad ke 17M hingga kini. Beberapa ciri karekteristik ulama Kedah dapat dikenalpasti iaitu memperjuangkan dan mempertahankan pemikiran syariat dan pemikiran tasawwuf. Pendekatan Neo-sufisme al-Ghazali merupakan neraca pemikiran agama yang dipertahankan dari sebarang tekanan dan gangguan idealisme pemikiran agama yang lain. Hubungan akrab antara ulama dengan istana menyebabkan kedudukan pendekatan idealisme agama masih utuh dengan aliran al-Ghazali. Apabila suasana pengajian agama global berubah, pendedahan teknologi dan terhenti hubungan sistem pondok dengan Haramyn, acuan idealisme agama di Kedah juga semakin berubah. Hal ini mengganggu keutuhan dan kestabilan masyarakat dalam mengamalkan bentuk-bentuk praktis agama secara bersama. Kemeluk dan konflik perbezaan pendekatan, telah menggoncang keutuhan dan keharmonian persaudaraan Islami. Tentunya ini bukan suatu kedaan yang sihat. Perpaduan agama perlu diawasi dengan baik melalui sikap tolak ansur dan kebijaksaan mengamalkan perbezaan. Ulama diperlukan untuk terus bijak dan pandai melakar sejarah khusunya Kedah agar terus dipayungi keharmonian agama, kesatuan ummah dan kejayaan membina kemajuan, spiritual dan fizikal. Semoga Allah memberkati semua para ulama di Kedah dan seluruh negara atas pengorbanan dan sumbangan bakti mereka yang ikhlas. Semoga Allah memberkati kita semua.

Rujukan Abdullah Ishak. (1995) Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Abdul Majid Mohd. Nur (1998). Mengambil Manfaat Seseorang Muslim dari Amal Kebajikan Saudaranya yang Muslim. Alor Setar : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Ahmad Abd. Garni ( 1976), Tuan Husain Kedah. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

98

Ahmat, Sharom (1984), Tradition and Change in A Malay State. A Study of the Economic and Political Development of Kedah 1898-1923. Dalam MBRAS (The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society Monograph. New Delhi: Kitab Bravan. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Attas, Syed Mussein (1963) On the Need for a historical Study of Malaysian Islamization. Journal of Southeast Asian Studies, Jil 4. No 1. al-Bustani (1956) Al-Bustani, Fu’ad Ifram (1956). Munjid al-Tullab. Beirut : Dar al-Masyriq. Al-Kadiri, Dahlan (t.t). Siraj al-Talibin ‘ala Minhaj al-‘Abidin, jil 1. Dar al-Fikr. Al-Palimbangi, ‘Abd. Samad (t.t). Siyar al-Salikin, Juz iii dan iv. Bangkok : Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu. Andaya, Barbara watson & Leonard Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. London : MacMillan Asian Histories Series. Azyumardi, (1994). Azyumardi Azra (1994). Jaringan Ulama, Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Bandung : Penerbit Mizan. Azyumardi, Azra (1999). Islam Reformis, Dinamika Intelektual dan Gerakan. Jakarta : PT Raja Grafindo Persada. Ba’albaki, Rohi, al-Maurid (1995). Beirut : Dar al-Ilm Li al-Malayin. Mustafa, Muhammad, (1986) Ilm Tasawwuf . al-Qahirah : Matba’ah al-Sa’adah. Buyung Adil (1980), Sejarah Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedi Islam (1994). Jakarta, T. Ichtiar Baru Van Hoeve, Jil 5. Gibb, H. & Bowen, H. (1957). Islamic Society and The West, Vol 1, Part 11. London : Oxfort University Press. Hart, G.C. (1907). Administration Report of the State of Kedah. September, 1906-1908. Hasan Madmarn (1999). The Pondok and Madrasah in Patani. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hurgronje, C.S (1931). Mekka in the Latter Part of the 19th Century. Leyden : Brill, 1931. Hussin Mutalib (1990). Islam and Ethnicity in Malay Politics. Oxford : Oxford University Press. Ibn Manzur (1992). Mu`assasah al-Tarikh al-‘Arabi, jil, vii. Beirut : Muassasah al-Tarikh al‘Arabi. Ishak Mohd. Rejab (1983). “Peranan Ulama Dalam Masyarakat di Kedah dengan di beri Penekanan kepada Tuan Husain bin Muhammad Nasir al-Mas’udi dan Haji Wan Sulaiman Wan Sidek”, dalam Negeri Kedah Darulaman, (Selengara : Mohd Nor Salleh). Alor Setar : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. Ismail Che Daud (Selenggara) (1996). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), (oleh: Kota Bharu : Majlis Ugama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Ismail Mat (disunting) (1992). Ulama Silam dalam Kenangan, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

99

Lembaga Muzium Negeri Kedah, Darulaman (1996). Lembaga Muzium Negeri Kedah (1996). Ulama Kedah Darul Aman. Alor Setar Loh, Fhilip Fook-Seng (1971). British Educational Strategy in the Malay States, 1874-1940. Ph.D Thesis : Stanford University. McDonell, Mary Byrne (1986). The Conduct of Hajj From Malaysia and Its Socio-economic Impact on Malay Society: A Descriptive and Analytical Study, 1968-1981, Thesis PhD: Columbia University. Md Sidin Ahmad Ishak (1992). Malay Book Publishing and Printing in Malaya and Singapore 1907 – 1949. PhD Dissertation : University of Stirling. Nagata, Judith (1980). “The New Fundamentalism : Islam in Contemporary Malaysia”, dalam, Asian Thought and Society, Vol.V, 14 Sept. 1980. Niamat Yusuf. Bekas Yang Dipertua ABIM Kedah. Wawancara: 19 September 1999. Shafie Abu Bakar (1990). Hikam Melayu : Kajian Falsafah dan Etika. Thesis Ph.D : Universiti Kebangsaan Malaysia. Sharifah Zaleha Syed Hassan (1985). From Saints to Bureucrats : A Study of the Development of Islam in the State of Kedah, Malaysia. Thesis PhD : Cornell University. Thomas, F. Willer (1973/74). “Malayan Islamic Response to Administrative Develompemnt in Colonial States, 1874-1941”, dalam Jurnal Sejarah, vol.12 . Uthman el- Muhammady (1997). “Masa Depan Institusi Pondok Dalam Menghadapi cabaran Liberalisasi”, dalam Kongres Kebangsaan Dinamisme Ulama Menghadapi Abad Baru. IKIM, Kuala Lumpur, 25-27 Julai 1997. Wan Mohd. Shaghir, (1996). Wan Mohd Shaghir Abdullah (1996). “Tarekat-Tarekat Mu’tabar Asia Tenggara Suatu Pengenalan Ringkas” dalam, Koleksi Kertas Kerja Ilmiyah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah. Roff, William. R (1985a). “Kaum Muda-Kaum Tua : Innovation and Reaction amongst the Malays, 1900-1941”. (Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique dan Yasmin Hussain. ed.), dalam Readings on Islam in Southeast Asia. Singapura : Institute of Southeast Asian Studies. Yahaya Junid (1991). Riwayat Hidup Hj Yahaya Junid. Transkipsi Wawancara: Zahidi Zainal Rashid dengan Yahaya Junid, Alor Setar : Perpustakaan Awam Kedah (PK 22/92). Yegar, Moshe (1979). Islam and Islamic Institutions in British Malaya ; Policies and Implimentation. Jurusalem : The Magnes Press, The Habrew University. Zaharah L. Sulaiman (1978). Pendidikan Pondok di Kalangan Masyarakat Islam di Kedah : 1840 Sehingga 1957. Latihan Ilmiah: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Zakaria Ghazali .(1996). “Pergerakan Nasionalisme Di Malaysia : Peranan Ulama Kedah”, dalam Islam di Kedah Darulaman, (Selenggara: Mohd Nor Salleh). Alor Setar : Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. Zakaria Mohd Saman. Guru Pondok Alor Janggus, Alor Setar. Wawancara: 8 April 1999.

100

TOKOH WANITA KEDAH: PENERAJU PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI NEGARA Mardiana Nordin Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya [email protected] Pengenalan Tidak dinafikan, golongan wanita telah mendapat tempat yang sewajarnya di dalam pembangunan negara hari ini. Biarpun evolusi peranan wanita melalui liku-liku yang mencabar, namun golongan ini berusaha ke hadapan seiring dengan perkembangan semasa. Dalam era kesultanan Melayu lagi, telah ada golongan wanita yang berani tampil ke hadapan menyuarakan pendapat mereka walaupun budaya politik waktu itu didominasi golongan lelaki. Lahirlah nama-nama masyhur seperti Tun Fatimah, Tun Kudu, Tun Teja, juga sultanahsultanah kerajaan atau negeri Melayu yang lain. Demikian juga situasi perjuangan wanita yang berpanjangan dalam menyahut perkembangan pendidikan dan pemodenan biarpun tanah air berada dalam era penjajahan. Di Negeri Kedah, golongan wanita juga mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri. Justeru, makalah ini akan cuba mengkaji peranan tokoh wanita Kedah khususnya dalam aspek sosioekonomi. Muncul watak-watak penting dalam bidang korporat, pendidikan, perubatan, sukan juga hiburan. Mereka bukan sahaja menyerlah di dalam negeri Kedah, tetapi di dalam negara malah juga di peringkat antarabangsa. Antara tokoh yang boleh diketengahkan adalah Profesor Dr. Asmah Haji Omar, Profesor Dr. Siti Hawa Salleh, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Maznah Hamid, Tan Sri Dr. Salma Ismail dan ramai lagi. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dalam disiplin sejarah. Sumber-sumber sekunder seperti makalah, buku, akhbar dan audio visual dikumpul bagi menyaring maklumat dan membuat rumusan. Skop penelitian adalah terhadap tokoh-tokoh wanita yang berasal dari Negeri Kedah namun sumbangannya tidak terbatas dalam ruang lingkup negeri ini sahaja. Keseluruhannya, wanita Kedah telah mempamerkan kelebihan dan kepentingan yang tersendiri sehingga boleh dianggap sebagai tokoh negara. Namun, hakikatnya, lebih ramai lagi tokoh wanita Kedah di luar sana yang tidak dapat dinyatakan di dalam makalah ini satu persatu. Wanita dan Penulisan Penulisan tentang wanita umumnya dan wanita Kedah khususnya boleh dianggap telah rancak dan mulai banyak dihasilkan memasuki dekad 1980-an. Biarpun begitu, memetik tulisan Prof Mahani, dicatatkan mengapa tulisan tentang wanita tidak begitu rancak pada peringkat awal berbanding sekarang; (Mahani Musa, 2005, 15-16) 1. Trend penulisan semasa yang sangat bertumpu kepada isu politik, tokoh dan perang. Watak-watak utama dalam isu tersebut lazimnya adalah lelaki. 2. Sumber yang ada dan yang dirujuk sebahagian besar adalah sumber pemerintah/pentadbir – bukan sumber kampung, pusat ibadat atau seumpama dengannya, malah sumber-sumber ini sukar untuk diperolehi. Walau bagaimanapun, trend penulisan kian berubah terutama memasuki tahun-tahun 1980an. Isu wanita mula mendapat tempat kerana; (Mahani Musa, 2005, 17-18) 1. Kerancakan dalam penelitian karya-karya pensejarahan Melayu – mendedahkan fungsi dan peranan wanita dalam Kesultanan Melayu. 2. Projek sejarah lisan oleh pihak-pihak tertentu seperti Arkib Negara – Pertamanya, mewawancara tokoh-tokoh wanita dalam pelbagai bidang dan keduanya, program ‘Pengkisahan Sejarah’ anjuran Arkib Negara di bawah tajuk ‘Wanita dalam Sejarah’ pada tahun 1984 dan 1985 sebanyak 11 kali. (Raja Abdullah, 1995, 96) 101

Jika ditinjau sepintas lalu, kita akan menemukan beberapa penulisan berkait isu wanita ini dan perbincangan tentangnya juga menarik untuk diketengahkan. Buku yang ditulis oleh Nik Safiah Karim pada tahun 1982 misalnya telah memulakan perbincangan tentang wanita di Malaysia, isu wanita dan masyarakat, wanita dan pendidikan tinggi, masalah pertubuhan wanita, kepimpinan belia wanita dan beberapa isu yang lain. (Nik Safiah, 1982, 1-121) Pada tahun 1991 pula, Raja Rohana telah cuba mengupas pelbagai isu wanita khususnya dari aspek perlembagaan dan perundangan. (Raja Rohana, 1991, 1-108) Sebuah buku yang disunting oleh Siti Fatimah Abdul Rahman, terbitan IKIM pula banyak mengupas kedudukan wanita dalam Islam, peranan wanita dalam perkembangan ekonomi dan pendidikan juga isuisu wanita di beberapa lokasi terpilih seperti Sabah, Indonesia dan Brunei. (Siti Fatimah, 2000, 1-222) Sayangnya tiada perbincangan yang dikaitkan dengan wanita-wanita Kedah. Terdapat sebuah buku yang menarik berjudul Wanita dan Perjuangan, suntingan Ishak Saat dan Nazarudin Zainun, kupasan berkait wanita Kedah di dalam buku ini ditulis oleh Nadiah Ismail yang menyentuh tentang wanita Melayu Kedah dan isu pemilikan tanah. Namun lain-lain makalah yang dimuatkan membincangkan tentang penglibatan wanita dalam institusi haji, program pembasmian kemiskinan wanita luar bandar, isu ibu tunggal dan banyak lagi. (Ishak & Nazarudin, 2011, 1-221) Manakala sebuah lagi buku yang disunting oleh Ishak, Nazarudin dan Md. Nasir, meneruskan perbincangan tentang wanita-wanita secara umum mengikut tema-tema tertentu seperti kedudukan wanita dalam puisi dan sastera, hak wanita dalam harta sepencarian, juga wanita dan pemakanan. (Nazarudin, Ishak & Md. Nasir, 2012, 1-197) Mahani Musa secara jelas telah mengupas isu wanita Kedah dengan demikian meluas di dalam karyanya yang berasal dari kajian PhD bertajuk Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Karya ini telah memerihalkan dengan jelas fungsi dan sumbangan golongan wanita Kedah sebagai penggerak dan pembangun sosioekonomi negeri tersebut. (Mahani Musa, 2005, 1-252). Makalah ini tidak bermaksud untuk mengupas isu-isu dalam kalangan wanita terutamanya wanita Kedah sebagaimana penulisan-penulisan terdahulu. Justeru, hanya sebagai langkah awal, makalah ini lebih kepada untuk mengangkat ketokohan dan memperkenalkan individu-individu tertentu yang berasal dari Kedah tetapi kemudiannya mencipta nama di peringkat nasional mahupun internasional khususnya dalam bidang sosioekonomi sehingga wajar digelar tokoh. Wanita Kedah dalam Kepercayaan Tradisi Dalam kepercayaan masyarakat Kedah, terdapat dua watak yang sering disebut dan dijadikan analogi dalam nasihat iaitu Puteri Lindungan Bulan dan Mahsuri. Biarpun kedua-dua watak ini masih diragukan kebenarannya hingga kini, namun kisah dua watak ini berlegar dalam pemikiran malah dijadikan ikon negeri terutamanya Mahsuri. Secara jelas, Puteri Lindungan Bulan dan Mahsuri, mengandungi hasrat, sindiran dan tujuan yang tersendiri dalam penceritaannya. (Siti Hawa Salleh, 2009, 336) Puteri Lindungan Bulan adalah kisah dari Awang Batil tentang seorang raja dari negeri Lindungan Bulan. Kisah legenda ini adalah tentang Sultan Sulaiman Syah yang memerintah Kedah pada pertengahan abad ke-16 berpusat di Kota Seputeh. Baginda dikatakan mempunyai seorang puteri yang berdarah putih, digelar Puteri Zaleha. Selain dari puteri berdarah putih tersebut, baginda juga mempunyai seorang lagi puteri yang merupakan kekanda kepada Puteri Zaleha, iaitu Puteri Mariam. Pada era tersebut, Kerajaan Aceh sedang bangkit dan menjadi kuasa besar di perairan Selat Melaka, setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Aceh, di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, menjadi kuat dengan tenaga tentera dan kedudukan strategiknya di utara Sumatera, menjadi pengawal pintu masuk ke Selat Melaka. Sultan Iskandar Muda dikatakan bermimpi terlihat dua orang gadis jelita yang keluar dari sekuntum melur besar. Oleh kerana terlalu taksubkan kecantikan kedua-dua gadis tersebut, baginda telah merujuk kepada nujum diraja dan 102

mendapati mereka adalah puteri-puteri kepada Sultan Sulaiman Syah yang memerintah Kedah. Nujum tersebut juga menyebut, salah seorang dari mereka adalah Puteri Berdarah Putih. Maka semakin memuncak keinginan baginda memiliki Puteri Berdarah Putih tersebut. Sebuah rombongan peminangan besar-besar dihantar ke Kedah. Namun, Sultan Sulaiman khuatir akan keselamatan Puteri Zaleha, tambahan pula baginda tahu akan perihal kelakuan sultan Aceh yang selalu bertukar isteri. Didorong atas rasa tersebut, baginda menukarkan Puteri Zaleha dengan Puteri Mariam, tanpa diketahui oleh rombongan peminangan tersebut. Setelah istiadat perkahwinan berlangsung, Puteri Mariam dibawa pulang ke Aceh. Akan tetapi, rahsia terbongkar apabila Puteri Mariam terluka akibat kacip pinang dan mengeluarkan darah merah. Menyedari yang baginda tertipu, Sultan Iskandar Muda menyerang Negeri Kedah. Mengetahui akan niat serangan tersebut, Sultan Sulaiman menitahkan dibina sebuah kubu untuk baginda membunyikan Puteri Zaleha. Baginda juga bersumpah bahawa, tidak akan diketahui oleh siapapun lokasi pengebumian tersebut. Malahan, “bukan sahaja unggas yang terbang tidak melintas di kuburnya, malah bulan pun tidak akan menyinarkan cahayanya ke atas makam Puteri Lindungan Bulan itu.” (Siti Hawa Salleh, 2009, 337) Justeru, dikatakan sewaktu tentera Acheh membinasakan istana dan kota untuk mencari puteri tersebut, walaupun bulan mengambang terang, tetapi pintu masuk kubu tersebut tetap menjadi gelap menyebabkan tentera Aceh gagal mencari Puteri Zaleha. Dalam tempoh itu juga Puteri Zaleha yang begitu lama ditinggalkan di dalam kubu, juga mangkat. Signifikan dari kisah ini adalah bagaimana pengarang dan pengolah cerita waktu itu menggunakan wanita sebagai simbol kekuatan dan maruah kerajaan. Pertamanya, terdapat dua perlambangan atas nama tempat tersebut. Nama Kota Seputih dikatakan diambil sempena darah putih Puteri Zaleha. Sementara Lindungan Bulan diambil sempena tempat pengebumian puteri tersebut yang terlindung dari sinaran bulan. Maka hingga kini tempat itu dikenali sebagai Kota Seputih Lindungan Bulan, yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kedah dari tahun 1323 hingga 1626. Keduanya, bagaimana watak wanita yang dijadikan perlambangan dalam memberi tafsiran terhadap hubungan Kedah – Aceh. Biarpun pencipta legenda ini sedar tentang kekuasaan dan kehebatan Aceh, namun pengarang menggunakan wanita sebagai benteng untuk mempamerkan kehebatan Kedah sekaligus ‘memperbodohkan’ Aceh. Sebuah lagi cerita rakyat atau legenda yang masyhur adalah Mahsuri iaitu kisah seorang gadis cantik berdarah putih yang berasal dari Langkawi. Ketika suaminya dihantar berperang, Mahsuri telah diganggu oleh Derahman yang kecewa kerana pinangannya yang ditolak sebelum itu. Bila Mahsuri enggan melayannya, Derahman telah membuat fitnah dengan menyatakan Mahsuri berkehendak dengannya. Para pembesar yang percaya dengan cerita tersebut telah menghukum bunuh Mahsuri walaupun beliau merayu. Sebelum dibunuh, Mahsuri bersumpah bahawa tidak akan mengizinkan setitik pun darahnya mengalir ke bumi Langkawi dan tanah itu akan ditimpa kecelakaan selama tujuh keturunan. Jasad Mahsuri disemadikan di Kampung Mawat, Ulu Melaka dikatakan di bawah pohon cenderai yang rendang. Kisah Mahsuri juga mempunyai kepentingan yang tersendiri. Watak wanita diangkat dalam memerihalkan kepincangan masyarakat yang penuh dengan hasad dengki dan cemburu pada waktu itu. Darah putih adalah simbol kesucian manakala pembesar yang menjatuhkan hukuman adalah lambang sifat membuta tuli para pemimpin. Apa yang pasti, masyarakat Kedah mengangkat wanitanya dalam kelas mereka yang tersendiri. Wanita dijadikan contoh, amanah dan kekuatan sehingga memiliki aras yang tersendiri dalam mencerminkan budaya kehidupan. Justeru, jika benarpun golongan wanita 103

ini tidak mendapat tempat dalam penulisan sejarah awal Kedah, ia hanyalah secara tersurat. Hakikatnya kepentingan wanita secara tersirat telah pun diangkat secara implisit sesuai dengan kedudukannya pada waktu itu. Wanita Elit Kedah Pada Peringkat Awal Penulisan-penulisan Melayu telah membuktikan bahawa golongan wanita mempunyai fungsi dan kelas mereka yang tersendiri dalam kumpulan masyarakat. Walaupun mungkin sukar untuk dianalisis secara eksplisit ‘ketokohan’ mereka, namun wanita juga mempunyai kedudukan yang tersendiri. Justeru melalui analisis yang wajar terhadap Sulalatus Salatin, ditemukan peranan Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. (Mahani Musa, 1998, 1-34) Manakala di dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka, turut dapat dipamerkan fasal-fasal yang memperuntukkan fungsi wanita di dalam perkembangan sistem sosial masyarakat. Di Kedah, dalam penulisan-penulisan awal, golongan wanita amnya memiliki status dan peranan mereka yang tertentu tetapi berselindung di sebalik ‘tabir’. Wanita sebenarnya telah dilihat sebagai simbol kuasa atau penentu kepada kekuasaan seseorang tokoh. Lihat sahaja peranan Wan Mat Saman bin Wan Ismail, Perdana Menteri Kedah (1870-1898) yang secara tidak langsung memiliki kelebihan kerana hubungan kekeluargaannya dengan Wan Hajar. Wan Hajar permaisuri Sultan Ahmad Tajuddin III (1854-1879) yang juga bonda kepada Sultan Abdul Hamid. Perkahwinan beliau yang diatur oleh Wan Masrehan iaitu puteri kepada Dato’ Seri Paduka Maharaja Sura Raja Bendahara, isteri kepada Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah (1843-1854) sebagai membalas jasa Wan Ismail mematahkan percubaan Raja Muda Tunku Muhammad Said merampas kuasa selepas kemangkatan Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah. Menurut Mahani, pelantikan ini memberi ruang yang luas kepada golongan ‘Wan’ ini menikmati faedah sebagai pembesar negeri yang lazimnya disandang oleh kerabat diraja. (Mahani Musa, 2005, 33) Selain itu, golongan wanita ini menjadi hadiah atau penghubung pertalian kekeluargaan yang jelas dalam dunia politik Kedah. Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah II (1789-1804) telah mengahwinkan puterinya Tengku Safiah dengan seorang peranakan Arab bernama Syed Harun Jamalullail. Maka keturunan Arab ini kemudian mendapat pusaka turun temurun ke atas Arau. Sultan Kedah juga mengahwini wanita-wanita Siam atau maksud yang sama iaitu mengeratkan hubungan politik sekaligus memelihara keamanan Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin III (1854-1879), telah mengahwini Wan Jah bin Luang Nik Abidin, puteri Patani pada tahun 1855. Sultan Abdul Hamid Halim Shah pula memperisterikan wanita Siam yang paling dihormati iaitu Che Manjalara, anak Pegawai Daerah di Nonthaburi. Wanita elit di Kedah ini turut memainkan peranan dalam mencorak dan menentukan hala tuju politik kerajaan. Peranan Wan Fatimah sehingga berjaya menaikkan status anaknya sebagai Raja Perlis, bukanlah satu tindakan yang kecil. Che Manjalara pula diakui merupakan salah seorang isteri kesayangan sultan sehinggakan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada pemegang cop mohor sultan dan keluarganya, ditarik balik atas helah yang dibuat oleh beliau (1902). Beliau diakui sebagai seorang wanita pintar yang menggunakan kedudukannya sebagai isteri sultan untuk mengumpul kekayaan. Che Manjalara memiliki sebuah rumah di Bangkok, tanah dan rumah di Alor Setar juga memiliki rumah-rumah sewa selain berniaga. Beliau juga kemudian membina jalan di beberapa tanah miliknya di Alor Setar yang kemudian dinamakan Jalan Baharu. Che Manjalara juga mendirikan bangunan perniagaan di kawasan tersebut termasuk sebuah pasar di bandar Alor Setar. Malah kemudian petak-petak di kawasan pasar tersebut disewakan dan beliau mengutip sendiri sewanya setiap bulan. (Mahani Musa, 2005, 42) 104

Selain dari golongan elit, sebenarnya terdapat juga wanita dalam kalangan orang awam yang memainkan peranan dalam perniagaan. Antara nama awal wanita Kedah yang dicatat menjadi pedagang malah berurusan dengan Francis Light dan James Scott pada abad ke-18 adalah Siti Sabariah Cahaya Alam dan Long Fatimah. Menurut Mahani, Siti Sabariah membahasakan dirinya sebagai adinda dan memanggil Light sebagai kekanda. Selain memiliki cop kepala surat sendiri, Siti Sabariah turut memiliki perahu dagang dan nakhoda yang dipercayai bertanggungjawab menguruskan perdangan beliau. (Mahani Musa, 2005, 22) Catatan sebegini merupakan situasi yang ‘luar biasa’ bagi golongan wanita waktu itu. Siti Sabariah secara umum boleh dilihat sebagai tokoh pada zamannya, berani dan maju ke hadapan berbanding golongan wanita lain yang lazimnya masih dianggap sebagai ‘orang rumah’ atau penyumbang belakang tabir. Situasi di atas sebenarnya tidak jauh berbeza sebagaimana yang digambarkan di dalam Kesah Pelayaran Abdullah melalui peranan golongan wanita pantai timur. Wanita ini memberi sumbangan yang sangat besar dalam bidang ekonomi bersama-sama mencari rezeki sebagai peniaga di pasar-pasar. Apa yang pasti, golongan wanita sehingga abad ke-19 ini, jika tidak pun menonjol sebagai tokoh utama dalam aktiviti ekonomi tersebut, mereka sebenarnya telah terlibat secara langsung sama ada sebagai penanam padi dan tanaman yang lain, penenun kain dan lain-lain aktiviti yang bersesuian dengan fitrah dan tradisi masyarakat di zamannya. Tokoh Wanita Kedah Merentas Zaman Memasuki dekad baru terutama selepas merdeka, maka lahir ramai tokoh wanita Kedah dari pelbagai bidang. Berikut antaranya yang dapat disenaraikan; Asmah Haji Omar, Profesor Emeritus Dato’ Dr Dalam bidang akademik, kita ditemukan dengan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar merupakan tokoh wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal sebagai tokoh akademik yang disegani dan ahli bahasa yang dihormati. Dilahirkan pada 5 Mac 1940, dan memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Jitra dan kemudian di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Sekolahh Menengah Perempuan Sultanah Asma. Beliau kemudian menyambung pula di Kolej Perempuan Melayu (kini Kolej Tunku Kurshiah) sehinggalah lulus Senior Cambride. Melanjutkan pengajian ke Universitas Indonesia, Jakarta hingga tahun 1961 dan memperoleh Sarjana Muda Kesusasteraan. Menyambung pengajian di universiti yang sama dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Bahasa dan Sastera Indonesia. Asmah mula berkhidmat di Universiti Malaya pada tahun 1963 dan menjadi pensyarah mulai tahun 1972. Namun pada masa yang sama menyelesaikan pengajian kedoktorannya dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang linguistik pada tahun 1969 dari Universiti of London. Maka bermulalah kerjaya beliau sebagai pensyarah, Prof. Madya sehingga dilantik sebagai Profesor Linguistik Melayu di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1995. Pada tahun 1998, Asmah menerima anugerah Doktor Persuratan Linguistik Melayu dan dua tahun kemudiannya memperoleh ‘Profesor Emeritus’ dari Universiti Malaya. Semasa berkhidmat di Universiti Malaya, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (1983-1986), Pengarah Pusat Bahasa (1972-1995) dan dekan Fakulti Bahasa sebanyak tiga kali (1995-2000). 105

Sumbangan Asmah dalam bidang Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Bumiputera Sabah dan Sarawak sememangnya sangat luas. Beliau telah menghurai sebanyak 25 bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak dalam bukunya The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (1983) juga buku The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (1981). Beliau turut menjalankan kajian ke atas Bahasa Kentakbong iaitu Bahasa orang asli yang dituturkan di Baling, Kedah dan juga Bahasa Makassar. Asmah juga menjadi pengasas kepada Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Bahasa Moden Malaysia. Kepakaran yang dimiliki menyebabkan beliau turut dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa. Misalnya menjadi wakil Malaysia dalam Permanent International Committee of Linguistics (CIPL) dan Ahli Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIM) dan kemudiannnya Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu, Asmah turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kamus ANU-DBP (1982-1988), Ahli Jawatankuasa Kata Singkatan Perpustakaan (1982), Ahli Jawatankuasa Penggubalan Dasar Komunikasi Kebangsaan Kementerian Penerangan (1983), Ahli Jawatankuasa Pemilih Rhodes Scolar, British Council Malaysia (1986-1992) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Muzium Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka sejak tahun 1999. Selain itu, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Malaysia Kod Tangan, Kementerian Pendidikan yang juga kemudian menghasilkan buku Bahasa Malaysia Kod Tangan untuk Kanak-Kanak Pekak (1980-1986). Selain itu, dalam bidang pentadbiran universiti, Asmah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Universiti Malaya (1992-1993), Ahli Lembaga Penasihat Kebangsaan Pusat Pengajian Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (1998-2000) dan Ahli Panel Penasihat Akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) (2001-2002). Di peringkat antarabangsa, Asmah menganggotai sidang pengarang International Journal of the Sociologi of Language (1994-1995), sidang pengarang jurnal Teaching Education yang berpusat di University of Brisbane, Australia (1999-2001), sidang pengarang Intercultural Communication sejak tahun 2003 juga sidang pengarang e-journal Language Planning, yang berpusat di Madras, India. Selain itu, Asmah turut memberi khidmat bakti dalam beberapa perundingan seperti Projek Perundangan Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITBM) dan Hospital Universiti. Beliau turut menjadi perunding bagi Ejaan Bahasa Iban bagi Kementerian Pendidikan Sarawak (1995), perunding bagi Times-Chambers Essential English Dictionary (1995), perunding bagi Kamus Iban-Inggeris (1994) dan perunding Ensiklopedia Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2003). Selain sumbangan-sumbangan yang disenaraikan, Asmah turut memperlihatkan kepakaran di luar negara apabila diiktiraf dan dilantik sebagai pensyarah jemputan dalam perancangan Bahasa di Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Jakarta (1977) dan pensyarah jemputan dalam Perancangan Bahasa di Malaysia, di Summer Institute of Linguistic, University of Hawaii. Beliau juga pernah dijemput sebagai Profesor Pelawat di Universiti Qatar, Doha, di Center for Southeast Asia Languages and Cultures di Mahidol University, Bangkok, di Rancangan SEASSI (Southeast Asian Studies Summer Institute) di Northen Illinois University (1987) dan di Jabatan Linguistik, Universiti Gothenberg, Sweden (1989). Asmah turut dilantik sebagai Profesor Penyelidik di Nordic Institute of Asia Studies (NIAS), Copenhagen, Denmark pada tahun 1992. Segala ilmu yang dimiliki turut dicurahkan ke dalam buku-buku dan hasil penulisannya. Asmah telah menghasilkan sekurang-kurangnya 40 buah buku akademik mengenai bahasa dan linguistik di dalam bahasa Melayu juga Inggeris termasuk jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga melakukan terjemahan karya dan antara yang masyhur adalah buku berjudul Choose Life yang diberi judul Memilih Kehidupan, hasil tulisan Arnold Tonybee dan Daisaku Ikeda. Beliau juga menterjemahkan Oxford Advanced Learners Dictionary yang telah disusun oleh Hornby pada tahun 2000 terbitan Fajar Bakti. 106

Bersesuaian dengan segala sumbangan yang telah dicurahkan terutamanya dalam bidang bahasa, Asmah telah dikurniakan dengan beberapa anugerah. Antaranya, Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 1973, bintang Setia Diraja Kedah (SDK) pada tahun 1983 dan bintang Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah. Selain penganugerahan dalam negara, Asmah turut mendapat pengiktirafan luar apabila dianugerahkan Orde des Palmes Academique dari Menteri Pelajaran Perancis pada tahun 1989, manakala pada tahun 1990 dianugerahkan Grata Home Nagem oleh Portuguese Do Orionte. Selanjutnya, Asmah telah menerima Anugerah Bahasa Raja Nazrin Shah pada tahun 1996 yang dikurniakan oleh Persatuan Bahasa Moden, dikurniakan pula Anugerah Women of the Year oleh American Biographical Institute pada tahun 1998, anugerah 20th CAA Silver Medal daripada International Biographical Centre pada tahun 1999, diangkat sebagai Tokoh Ilmuan Bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001 dan seterusnya mendapat anugerah Tokoh MABBIM sempena ulang tahun MABBIM yang ke-30 pada tahun 2003. Sharifah Hapsah bin Syed Hasan Shahabudin, Profesor Dato’ Dr’ Dalam bidang akademik juga kita dapat lihat ketokohan Profesor Dato’ Dr. Sharifah Hapsah yang dilahirkan pada 16 Ogos 1947 di Alor Setar, Kedah. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah (1955-1959) sebelum disambung ke Senior Methodist Girls Scool di Kuala Lumpur (1960-1964). Beliau menyambung pula pengajian selama dua tahun di Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur. Sharifah Hapsah menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1967-1973, mengambil pula Ijazah Sarjana di University of New South Wales pada tahun 1982 sehinggalah lulus Ijazah Kedoktoran dari Universiti Malaya pada tahun 1992. Kerjaya Sharifah Hapsah bermula di Hostpital Universiti Malaya (kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya) sebagai doktor pelatih dan kemudian dilantik sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur. Tidak berapa lama kemudian, Sharifah Hapsah dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Fisiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia sehinggalah menjadi Ketua Jabatan dari tahun 1976-1979. Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Profesor Madya dan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan di Fakulti Perubatan, UKM. Kerjaya beliau terus cemerlang apabila pada tahun 1996 sehingga 1998 dilantik sebagai Profesor dan Pengarang Perhubungan Antarabangsa di UKM. Beliau selanjutnya dilantik pula sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Akademi UKM dari tahun 1998 sehingga 2001. Selain itu, beliau juga turut pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2004. Dalam bidang perubatan, Sharifah Hapsah merupakan sebahagian Pengasas dan Timbalan Presiden Majlis AIDS Malaysia (1992-1994). Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi untuk Persidangan Antarabangasa AIDS Asia Pasifik pada tahun 1999. Sebagai Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan NCWO, beliau terlibat dalam program pencegahan dan kawalan AIDS kebangsaan dan bekerjasama dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi korporat dalam menimbulkan kesedaran tentang AIDS/HIV. Pada tahun 1993, beliau telah dijemput oleh WHO untuk membangunkan strategi-strategi pencegahan AIDS/HIV untuk wanita. Sharifah Hapsah ternyata sangat aktif dalam bidang akademik dan perubatan. Namun pada masa yang sama, beliau juga giat dalam hal-ehwal pentadbiran misalnya dilantik sebagai perwakilan kerajaan Malaysia ke Persidangan PBB Keempat di Beijing pada tahun 1995 dan pada tahun 1996 menjadi wakil negara ke Mesyuarat The Commonwealth 107

Ministers in Charge of Women Affairs di Trinidad and Tobago. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat Kem Tahanan Imigresen (1995-1999), menganggotai Majllis Penasihat Wanita Negara (1998-2003), Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (1998-2004) dan ahli MAPEN (2000-2001). Dalam bidang kesukarelawan pula, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden NCWO sejak 1991 dan kemudian menjadi presidennya pada tahun 2002. Beliau juga antara tokoh penting yang terlibat dalam penggubalan Dasar Wanita Negara yang memberi sumbangan penting terhadap penghapusan diskriminasi wanita. Selain itu, beliau juga membantu dalam penggubalan dasar ekuiti gender dalam latihan untuk ahli-ahli APEC melalui kerjasama dengan North-South Institute of Canada. Antara buku yang ditulis Sharifah Hapsah adalah Career in Medicine – Opportunities and Preparation (1989), juga penulisan bab-bab buku di dalam buku Women and Development in Malaysia – Implications of Planning and Population Dynamics (1990), International Hadbook of Medical Education (1993) juga Collection Writings, yang berupa sumbangan makalah dari professor-profesor perubatan UKM. Atas segala sumbang baktinya, Syarifah Hapsah telah pernah dianugerahkan Ahli Mahkota Kedah (AMK) pada tahun 1990, pingat Fred Katz Memorial Medal of Excellence oleh Australian and New Zealand Association for Medical Education pada tahun 1994, Anugerah Khas Cemerlang untuk pendidikan jarak jauh oleh Commenwealth of Learning International Council for Distance, 1995, seterusnya anugerah bintang Johor Setia Mahkota (JSM) pada tahun 1996 dan bintang Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) pada tahun 2001. Zurinah Hassan, Datuk Dr Datuk Dr Zurinah Hassan juga merupakan seorang ahli akademik yang disegani dan pada masa yang sama merupakan seorang tokoh Sasterawan Negara. Dilahirkan pada 13 Jun 1949, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Patani sebelum kemudian menyambung di Sekolah Menengah Convent Farther Barrier dan Sekolah Menengah Sultanah Asma sehingga ke tingkatan enam atas. Zurinah selanjutnya menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia pada tahun 1971 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Pengajian dilanjutkan pula ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga memperoleh sarjana pada tahun 2000. Pengajian di peringkat PhD pula disambung kemudiannya di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2008. Zurinah mula berkhidmat sebagai tutor di USM pada tahun 1974 hingga 1975 dan kemudian menjadi tutor pula di Universiti Malaya dari tahun 1975 hingga 1980. Selanjutnya beliau menjadi Pegawai Penerangan antara tahun 1982-1996. Jasa Zurinah sebagai tokoh adalah jelas dalam bidang penulisan. Karya-karya beliau banyak menyentuh tentang persoalan sejagat seperti puisi mengenai gejala melepak dalam kalangan remaja. Sumbangan beliau besar dalam pengembangan sastera, pengembangan ilmu dan pemikirannya. Sebagai seorang tokoh sastera, Zurinah dikatakan telah mula berkarya sejak usianya 12 tahun. Namun karyanya yang terawal disiarkan di media massa adalah sebuah sajak berjudul Tujuh Gunung Tak Terdaki di dalam Warta Mingguan Pulau Pinang. Sejak itu, banyak lagi karya beliau yang diterbitkan seperti Sesayup Jalan (antologi puisi) (1974), Di Sini Tiada Perhentian (antologi puisi) (1976), Meneruskan Perjalanan (antologi cerpen) (1986), Hatimu Aishah (novel) (1991), Kajian Sasterawan Negara-Usman Awang (1991), Pujangga Tidak Bernama (antologi puisi) (1994) dan banyak lagi. Zurinah juga turut pernah memenang beberapa kali Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia misalnya bagi karya atau sajak beliau bertajuk, Bahawa Aku 108

Pernah Hidup (1971), Senja di Pelabuhan (1974), Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa (1974), Satu Kebetulan (1976), Salam Perempuan dari Penjara (1976) dan Kita Perlu Bersuara Setelah Diam yang Lama (1976). Beliau pernah mendapat tempat pertama bagi Peraduan Menulis Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984 dan menggondol Hadiah Penulis Rencana Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada tahun yang sama. Antologi sajaknya yang berjudul Keberangkatan pula telah dianugerahkan Hadiah Utama Sayembara Puisi Putera II pada tahun 1985. Selain itu, buku-buku Zurinah memenangi Hadiah Sastera Perdana bagi Pujangga Tidak Bernama (1994/1995), Hadiah Buku Perpustakaan Negara dan Hadiah Sastera Perdana bagi buku Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi (2002/2003). Atas segala sumbangan beliau terutamanya dalam bidang sastera, Zurinah telah dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1991, bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 2000 dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award) pada tahun 2004. Selanjutnya beliau dianugerahkan bintang Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) dari Sultan Kedah pada tahun 2014 dan Anugerah Tokoh Sasterawan Negara pada tahun 2015. Siti Hawa Salleh, Dato’ Profesor Dr Profesor Dr Siti Hawa bin Haji Salleh tokoh akademik yang terkenal dari Negeri Kedah. Kepakarannya dalam bidang sastera memang tidak dinafikan malah hasil karya beliau menjadi rujukan ahli akademik mahupun orang awam sehingga ke hari ini. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah dan meninggal dunia pada 16 Julai 2015. Siti Hawa mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kedah pada tahun 1947 dan kemudian bersekolah menengah di Kampung Baru Girls School atau Sekolah Menengah Sultanah Asma sebelum menyambung lagi di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1959. Siti Hawa menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1961-1964 dan menyambung pula ke peringkat sarjana sehingga memperolehnya pada tahun 1966. Minatnya dalam bidang kesusasteraan direalisasikan apabila berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional dai Universiti Kebangsaa Malaysia pada tahun 1994 dengan tesisnya yang berjudul, “Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas: Sejarah Pengajian dan Sifatnya.” Siti Hawa memulakan kerjaya sebagai seorang pengajar sementara di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1964. Apabila memperoleh sarjana, beliau dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan berpindah ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 dan dilantik sebagai Profesor Madya Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, dari 1975 hingga 1977, pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, institut tersebut. Pada tahun 1989 hingga 1992, Siti Hawa dilantik sebagai Ketua di Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan diangkat sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994. Biarpun setelah bersara wajib pada tahun 1994, khidmat Siti Hawa sentiasa diperlukan. Justeru, beliau terus berkhidmat di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, menjadi Timbalan Pengarah di Insitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia malah pernah diundang mengajar Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga pernah menjadi penilai luar di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam. Kepakaran yang dimiliki menjadikan beliau sentiasa dijemput untuk menganggotai jawatankuasa tertentu di dalam dan luar negara. Misalnya pernah menjadi Ahli 109

Jawatantankuasa Istilah Kesusasteraan, Bahagian Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (1966-1971), Panel Anugerah Sastera Negara Malaysia (1971-1973), Jawatankuasa Katalog Manuskrip Melayu, Dewan Bahasa Pustaka kerjasama dengan Perpustakaan Negara (19811982), Jawatankuasa Pakar Perunding Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Bahagian Ensiklopedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989-1996), Sidang Pengarang SARI, jurnal terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (1992-1995), Sidang pengarang Jurnal Filologi Melayu, terbitan Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara dan banyak lagi. Sebagai seorang ahli akademik, beliau meninggalkan jasa yang besar dalam menyusun, mentransliterasi dan menyelenggara beberapa buah manuskrip Melayu. Karyanya yang popular adalah Hikayat Merong Mahawangsa selain banyak karya lain seperti Hikayat Patani, Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Hang Tuah, Bustanul Salatin, Hikayat Banjar dan banyak lagi. Selain itu, buku-buku sastera penulisannya terus menjadi rujukan seperti Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas / Malay Literature of the 19th Century, Kelopak Pemikiran Sastera Melayu juga Sebutir Pasir yang berupa kumpulan esei tulisannya berkait kesusasteraan Melayu. Selain itu, berpuluh makalah telah dihasilkan dalam pembentangan seminar dan penerbitan jurnal. Atas segala jasa dan sumbangannya, Siti Hawa telah dianugerahkan Hadiah Sastera Malaysia dalam bidang akademik bagi bukunya, Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Mitos dan Realiti pada tahun 1988/1989. Selain itu, buku Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas dianugerahkan Hadiah Bahasa untuk kategori Buku Ilmiah Pengajian Tinggi. Kemuncak jasanya, Siti Hawa dianugerahkan Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah. Asma Ismail, Profesor Dr. Seorang lagi tokoh wanita berasal Kedah yang menyerlah dalam bidang akademik adalah Profesor Dr. Asma bin Ismail yang dilahirkan di Jitra pada 15 Jun 1958. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Walau bagaimanapun, pada usianya 9 tahun, keluarganya telah berpindah ke Pulau Pinang, dan beliau membesar di sana. Pada tahun 1974, beliau menyambung pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan dan bermulalah minat beliau yang mendalam dalam bidang sains biologi. Asma kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang biologi di University of Nevada, Reno, Amerika Syarikat setelah memperoleh biasiswa dari MARA. Dengan keputusan yang cemerlang, beliau menerima pula tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di bawah Rancangan Latihan Kakitangan Akademik. Asma memperoleh Sarjana dalam bidang Mikrobiologi pada tahun 1983. Pada tahun 1986, beliau berjaya pula memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Sekolah Perubatan University of Nevada, Reno. Kajian PhDnya telah membawa kepada penemuan pertama Sideropohre dan peranannya dalam pathogenesis yis, Candida albicans. Asma kembali ke tanah air pada tahun 1986 dan terus berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia. Antara sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan adalah; … mencari jalan penyelesaian untuk mendiagnos penyakit tifoid yang pada masa itu memakan masa dua hingga tujuh hari untuk mendapat keputusan makmal. Ujian serologi pula bukan sahaja memakan masa tetapi juga tidak spesifik untuk pendiagnosis tifoid. Dengan penggunaan teknik molekul, beliau telah berusaha untuk mencari protein pada membrane luar yang antigenik lagi spesifik terhadap bakteria Salmonella 110

typhi, bakteria yang menyebabkan penyakit tifoid. … Setelah dua tahun menjalankan penyelidikan dengan Prof Ong Kok Hai dan Encik Zainoodin Abdul Kader, penemuan protein membrane luar 50kDa yang antigenik dan spesifik bagi Salmonella typhi telah dihasilkan. (Biografi Tokoh Wanita, 2004, hlm. 34) Dalam tempoh tujuh tahun berkhidmat sebagai Timbalan Dekan Pentadbiran, beliau telah menghasilkan dua lagi kit diagnos penyakit tifoid. Selain penemuan pada tahun 1996 di atas yang mempu mendiagnos penyakit tifoid dalam masa 3 jam, pada tahun 1998, beliau menemukan pula kit yang boleh mendiagnos penyakit tersebut dalam tempoh masa 1 jam. Dalam menjalani penyelidikan, pengajaran dan pentadbiran, Asma juga telah menghasilkan banyak kertas kerja yang dibentangkan pada persidangan kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya seperti “Diagnosis of Typhoid Fever – A Clinican’s Dilemma” yang ditulis bersama dengan Choo, K.E dan Ong, K.H. dan dibentangkan di Persidangan Asia Pasifik Pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1991; “Advances in the Rapid Serodiagnosis of Typhoid Fever” yang ditulis bersama Ibrahim T.A. yang dibentangkan di Thai Medical Technologist Association Seminar di Phuket Thailand pada tahun 1996; “Development of DNA-based Diagnostics for Infectious Diseases Using Innovative Technologies” yang dibentangkan di Seminar Bilateral Malaysia-Russia pada tahun 2002 dan banyak lagi. Demikian juga dengan penerbitan makalah tulisan beliau di dalam jurnah-jurnal tempatan dan antarabangsa, banyak yang dihasilkan misalnya makalah-makalah berjudul “Dot Enzyme Immnunosorbent assay for the Serodiagnosis of Typhoid Fever” bersama Zainoodin Abdul Kader dan K.H. Ong (1992), “Rapid and Realible Serological Diagnosis of Enteric Fever Comparative Sensitivity and Specificity of Typhidot and Tyhpidot-M Test in Febrile Malaysia Childeran”, ditulis bersama dengan Choo, K.E, T.M.E. Davies, T.A. Ibrahim dan W.N.W. Ghazali (1999), Development of the Immunochormatographic Test for the Rapid Diagnosis of Typhoid Fever bersama dengan M. Ravicandran, Mohd. Zaki Salleh, Aziah Ismail, Foong Sui Yun (2002) dan banyak lagi. Asma sememangnya telah diberi kepercayaan untuk meneraju beberapa institusi penting seperti menjadi Ketua Jabatan II bagi Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan PPSP, menjadi Timbalan Dekan (Pentadbiran) PPSP sehingga tahun 2000 juga menjadi Timbalan Dekan (Penyelidikan) di institusi yang sama antara tahun 2000-2001. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Teknologi Perubatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau diangkat sebagai Profesor oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2001. Tidak menghairankan dalam tempoh tersebut, beliau pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali. Dalam bidang perkhidmatan sosial pula, Asma menjadi ahli American Society of Microbiology, Phi Kappa Phi Honour Society, USA, American Society for the Advancement of Science, New York Academy of Sciences dan International Society for Travel Health. Selain itu, beliau menjadi ahli Malaysian Society of Parasitology and Tropical Medicine, Malaysia Society for Molecular and Cellular Biology dan Malaysia Invention and Design Society. Pada masa yang sama, beliau turut menjadi sidang pengarang kepada Journal of Bioscience, Journal of Tropical Biomedicine dan Malaysia Journal of Medical Sciene. Berdasarkan sumbangan beliau yang besar dalam bidang perubatan, Asma telah dilantik sebagai pakar perunding WHO untuk penyakit tifoid sejak tahun 2001 dan vaksinasi sejak tahun 2002. Sepanjang penyelidikan dan sumbangan yang diberi, Asma telah menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Saintis Muda Negara dalam bidang perubatan pada tahun 1991, Pereka Cipta Wanita Malaysia 1995, Anugerah Tan Sri Fatimah – Avon, bagi kategori Wanita Cemerlang Malaysia dalam bidang Sains dan Perubatan 1996, Wanita Cemerlang Kelantan 2002 dan Anugerah MAMPU bagi Inovasi Penyelidikan Bersama antara sektor awam dan swasta 2002. Sumbangannya dalam penyelidikan tifoid 111

juga telah diiktiraf oleh Pusat Sains Negara dan diletakkan dalam golongan Sainstis Wanita – Malaysia Hall of Fame. Salma Ismail, Tan Sri Dato’ Dr Beliau adalah doktor wanita pertama di Malaysia. Tan Sri Dato’ Dr Salma bin Ismail dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 19 Disember 1918. Perjalanan pendidikan hidupnya bermula di Kampung Baru Girls School atau kemudian dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar dan lulus Junior Cambridge pada tahun 1933. Lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 dan merupakan satu-satunya pelajar perempuan yang lulus peperiksaan tersebut di Negeri Kedah. Salma kemudian menyambung pengajian ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936. Pengajiannya terhenti sebentar apabila meletus Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Dalam tempoh tersebut, beliau menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Alor Setar di bawah pengawasan doktor Jepun dan tempatan. Setelah tamat perang, Salma meneruskan pengajiannya yang terhenti sehinggalah tamat pada tahun 1949. Tidak dinafikan, beliau merupakan wanita Melayu pertama di Malaysia yang lulus dalam bidang perubatan dan memperloleh Licentiate of Medicine and Surgery. Minatnya dalam bidang perubatan berterusan menyebabkan beliau memperoleh pula Diploma dalam Gynaecology dan Midwifery daripada Dublin, Ireland pada tahun 1965. Sebagai seorang doktor perubatan, beliau mula berkhidmat di Hospital Besar Alor Setar pada tahun 1950. Pada tahun 1960, beliau bertukar ke Kuala Lumpur dan berkhidmat di Hospital Tanglin sehingga tahun 1967. Selepas bersara, beliau mula membuka klinik persendirian. Sebagai seorang wanita, Salma berjaya lulus dalam bidang perubatan pada ketika yang mencabar. Beliau berjaya membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu bersaing dan berkhidmat dalam dunia perubatan pada ketika bidang tersebut dikuasai oleh lelaki. Tidak menghairankan beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Doktor-doktor Swasta Selangor pada tahun 1976 dan juga menjadi presiden PPSEAWA. Sebagai mengenang jasa dan juga penghormatan terhadap pencapaiannya, Salma telah dkurniakan bintang Perkhidmatan Cemerlang Negeri Kedah (BCK) pada tahun 1955, bintang Dato’ Paduka Mahkota Kedah (DPMK) oleh Sultan Kedah pada tahun 1995 dan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) pada tahun 1997 dari Yang Di-Pertuan Agong. Maznah Abdul Hamid, Datuk Adalah tidak lengkap membicarakan tentang tokoh wanita Kedah tanpa menyebut nama tokoh ini iaitu Datuk Maznah binti Abdul Hamid. Merupakan tokoh korporat yang disegani dan pada masa yang sama menjadi tokoh politik tanah air. Maznah dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun Kedah. Maznah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. Beliau seterusnya memperoleh Diploma Administration Business Executive (ABE). Seorang yang tidak pernah jemu untuk belajar, Maznah juga mengikuti kursus-kursus pendek seperti Personal and Personnel Manangement, Money & You, Creating Wealth – Money Mastery, Money-Making System, Course in Optimum & Optimum Health di San Diego, California, Amerika Syarikat dan Excellerated Instructors Training & Corporate Education di Hawai, Amerika Syarikat. Mula dikenali sebagai tokoh korporat apabila menjadi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa nama syarikat ini sebagai sebuah syarikat kawalan 112

keselamatan bumiputera yang terbesar. Semasa di bawah pimpinannya, Securiforce menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya. Beliau mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Seperkara yang mengkagumkan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’ dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. Hasil daripada kegigihan beliau dan kumpulannya yang menerajui syarikat, Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot-lot kompleks perniagaan. Selain itu, bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara). Syarikat ini telah melebarkan sayap meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Kehebatan Maznah juga terpancar apabila kesemua anak syarikatnya ditubuhkan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'. Selain meneraju Securifoce, Maznah juga memegang beberapa jawatan korporat misalnya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usawahawan Nasional Berhad (PUNB) dari tahun 1992-2002, Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad dari tahun 1995, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dari 1997-2001, Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. Bhd dari 1997-1998, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah Negeri Kedah sejak tahun 1997 dan Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Wilayah Utara (USAHAWATI) dari tahun 1997. Tidak cukup sumbangannya dalam bidang korporat, beliau juga banyak menyumbang di peringkat kerajaan dan badan berkanun. Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Universiti Malaya, 1990-1996, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia, ahli Jawatankuasa Audit Universiti Utara Malaysia, Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri. Di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Les Femmes Chefs d’Enterprise Mondiales (FCEM) atau Persatuan Usahawan Wanita Sedunia dan Ahli Lembaga Pengarah serta Instruktor Pelawat Excellarated Bussiness School, Hawai, Amerika Syarikat. Tidak dinafikan, Maznah turut menyumbang dalam bidang politik tanah air. Beliau adalah Ketua Wanita UMNO Cawangan Ayer Hitam, 1998-2001 dan Ketua Wanita Bahagian Jerlun sejak tahun 1998. Di peringkat negeri pula, Maznah pernah dilantik Bendahari Pergerakan Wanita UMNO negeri Kedah, Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah dan Pengerusi Biro Pembangunan Tenaga Wanita Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah. Sumbangan beliau turut berlaku di peringkat kebangsaan kerana merupakan EXCO Pergerakan WAnita UMNO Malaysia dan Pengerusi Biro Pembangunan Tenaga Wanita sejak tahun 2002. Segala kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang korporat menyebabkan beliau turut terkenal sebagai pakar motivasi dan penasihat dalam bidang berkenaan. Memegang prinsip self-taught, self-starter dan self-builder, Maznah berpendapat ilmu ialah kuasa dan proses pembelajaran adalah sepanjang hayat. Beliau sering dijemput memberi 113

ceramah di radio dan televisyen. Misalnya di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini di TV3. Beliau juga banyak menganjuran seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Dua buah buku berhubung aspek tersebut dihasilkan berjudul Motivasi Memburu Kejayaan (1994) dan Motivasi Memburu Kejayaan 3K (Kejayaan, Kebahagian, Kekayaan) (2002). Justeru, tidak hairanlah Maznah telah menerima pelbagai anugerah dan penghormatan. Misalnya menerima Anugerah Usahawan Cemerlang dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia (DPMM), Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim – Avon, Anugerah Wanita Kehormat dari Universiti Putra Malaysia dan Anugerah Entrepreneur Appreciation dari Personal Development Leadership Centre. Selain itu, Maznah telah dikurniakan pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) pada tahun 1991, bintang Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) pada tahun 2001, bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 1993 dan bintang Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 1996. Zakiah Hanum Haji Abdul Hamid, Datuk Datuk Zakiah Hanum merupakan tokoh wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan anak kelahiran Alor Setar Kedah pada 15 September 1937, beliau merupakan tokoh pentadbiran yang terkenal, menerajui Arkib Negara, mengangkat kepentingan bahan dan sumber sejarah juga seorang aktivis masyarakat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kampung Baru (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma) di Alor Setar dan kemudian di Methodist Boys’ School, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya, Singapura sebelum kemudian ke universiti yang sama di Kuala Lumpur. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Melayu pada tahun 1957. Zakiah mula berkhidmat di Pejabat Rekod Awam yang kini dikenali sebagai Arkib Negara pada tahun 1961 sebagai Pegawai Arkib. Ketika menjadi Pembantu Penyimpan Arkib, beliau juga berpeluang mendapat latihan ikhtisas di Arkib Negara New Delhi dan juga mendapat Diploma in Archives Keeping. Sekembalinya dari India, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Arkib Negara dan memegang jawatan ini selama 17 tahun iaitu dari tahun 1977 hingga 1994. Beliau merupakan wanita pertama yang mengetuai sebuah jabatan kerajaan pada waktu itu. Semasa menerajui Arkib Negara inilah, beliau telah meluaskan perkhidmatan Arkib dengan penubuhan Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak dan Memorial P. Ramlee. Selain fungsi pentadbiran, Zakiah juga aktif dalam dunia akademik misalnya menjadi ahli Majlis Universiti Malaya dan Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala, di peringkat antarabangsa beliau menganggotai Majlis Arkib Antarabangsa dan Southeast Asia Regional Branch of the International Council of Archives (SARBICA) dan pernah menjadi Bendahari bagi pertubuhan tersebut antara tahun 1980-1984 dan 1990-1992. Beliau juga menjadi Pengerusi kepada Association of Commanwealth Archivist and Records Managers (ACARM) dan merupakan orang Asia pertama yang diberi peluang menerajui pertubuhan tersebut. Dalam kesibukan pentadbiran dan tugas-tugas luar pentadbiran, Zakiah turut menghasilkan pelbagai penulisan terutama berkait dengan hal-ehwal masyarakat, bahanbahan sejarah dan isu pengarkiban. Tulisan-tulisan beliau ada yang diterbitkan dan ada juga yang dibentangkan di seminar atau persidangan yang berkaitan. Antaranya adalah Sembang Mak Alang sebuah buku berupa himpunan makalah tulisan beliau yang pernah diterbitkan di dalam Berita Minggu antara tahun 1983-1984, Cerita Mak Alang (1988), Senda Sindir Sengat (1989), Kuih-muih Utara (1992), Family Delights of the North (1993), Suk Sik Anak Teruna (1995), Beringin Songsang (1995), Senandika Tok Wa (1996), Masa Berganti Masa (1997), 114

Tercabarnya Maruah Bangsa (1997), Maka Merdekakah Kita (1997), Sekolahku Indah Bermutu (1998) dan Kamus Bahasa Kedah (1999). Tidak memadai dengan tugas-tugas rasmi, Zakiah juga banyak terlibat dengan badan sukarela. Beliau merupakan antara pengasas PERTIWI dan menjadi Ketua Satu Persatuan dari tahun 1972 hingga 1990-an. Menjadi pengerusi NACIWID dari tahun 1991-1996 juga Penaung Persatuan Kartunis-Kartunis (PEKETUM). Atas segala khidmat dan jasanya beliau telah dianugerahkan bintang Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 1976, bintang Setia Mahkota Selangor (SMS) pada tahun 1981, bintang Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK), Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun 1990 dan bintang Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 1997. Selain itu, Zakiah juga pernah dianugerahkan Magsaysay Award dari Kerajaan Filiphina pada tahun 1989 dan penerima Pingat Emas Tun Fatimah dari NCWO pada tahun 1994. Marina Mahathir, Datin Paduka Seorang tokoh wanita yang terkenal dari Kedah adalah Datin Paduka Marina Mahathir yang bukanlah terkenal kerana merupakan anak kepada tokoh negarawan (Tun Dr. Mahathir), namun terkenal sebagai seorang aktivis dan pembela golongan wanita. Dilahirkan pada 9 Jun 1957 dan mendapat pendidikan dalam bidang perhubungan antarabangsa dari University of Sussex, Brighton pada tahun 1979. Memulakan kerja sebagai seorang wartawan dan penulis bagi majalah Her World dari tahun 1980-1984. Marina merupakan pengasas dan pengarah kepada Mosaique Communicatios Sdn Bhd. Syarikat ini bertanggung jawab menerbitkan buku-buku coffee table mengenai Malaysia dan negara ASEAN disamping menganjurkan pameran fotografi. Gelaran aktivis diberikan kepada beliau lantaran penglibatan aktifnya dalam memerangi AIDS. Pada tahun 1993, Marina dilantik sebgai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AIDS Malaysia manakala pada tahun 1994 beliau menjadi Pengerusi Majlis AIDS Malaysia. Majlis ini merupakan sebuah organisasi yang menghimpunkan lebih 40 badan bukan kerajaan yang terlibat dengan isu HIV/AIDS di Malaysia dan memegang jawatan ini dari tahun 1993-2005. Pada tahun 1999 pula, beliau mempengerusikan Kongres AIDS Antarabangsa di Asia dan Pasifik yang Kelima dan pada tahun 2001, mewakili badan bukan kerajaan Malaysia ke Sesi Khas Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS. Marina juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden AIDS Sociey of Asia and the Pasific (ASAP) dan WAO. Atas khidmat baktinya, Marina telah dianugerahkan Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah – Avon pada tahun 1995. Beliau juga diberi anugerah bintang Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) selain pernah dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat (Sastera) daripada Universiti Sains Malaysia. Pada 5 Oktober 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahkan gelaran "Tokoh Sepanjang Tahun 2010" kepada beliau atas kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS. Lain-Lain Tunku Mukminah Tunku Mohamad Jiwa, Yang Mulia Dato’ Merupakan seorang wanita yang banyak terlibat dengan pertubuhan sukarelawan dan kemasyarakatan. Terlibat aktif dengan Woman Service League seterusnya WI. Pada 115

masa yang sama terbabit dengan Pergerakan Pandu Puteri di dalam dan luar negara, juga sebagai ahli PERKIM. Pernah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan tahun 1966 dan juga Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) pada tahun 2003. Khatijah Ahmad, Datuk Datuk Khatijah juga merupakan tokoh Kedah yang menonjol dalam bidang perniagaan, ekonomi dan kewangan. Memulakan kerjaya di Bank Negara pada tahun 1965 selanjutnya terus menyerlah dalam bidang ekonomi tersebut. Mengasaskan dan menjadi Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan KAF pada tahun 1973 iaitu syarikat yang menjalankan khidmat kewangan dan pasaran modal. Pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Brandt (mengkaji hubungan ekonomi antara negara maju dengan negara membangun), Ahli Jawatankuasa PBB bagi Perancangan Pembangunan, Pengerusi Malaysian Institute of Bond Dealers dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia. Beliau menerima bintang Panglima Jasa Negara (PJN) dan majalah Fortune di Amerika Syarikat pernah menamakan beliau sebagai 50 wanita berkuasa di luar Amerika Syarikat. Che Ashidah Minin, Puan Sri Datin Puan Sri Datin Che Ashidah ini menceburi pelbagai bidang kemasyarakatan. Namun begitu, beliau juga terkenal sebagai seorang wartawan yang berjaya. Pernah menjadi guru seketika, tetapi kemudian lebih aktif dalam pertubuhan WI Cawangan Kuala Ketil. Penglibatan dalam kewartawanan bermula pada tahun 1965 dan selepas itu beberapa artikelnya mula diterbitkan di Utusan Melayu. Pernah menjadi penyunting akhbar Mingguan Malaysia, Penolong Pengarang Watan, Pembantu Khas majalah Keluarga, Pengarang Majalah Alam Wanita, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Karya Kreatif yang menerbitkan majalah Perempuan, Putera Puteri dan Pahlawan dan Penerbit juga Ketua Pengarang Tinda Emas Enterprise. Pada masa yang sama, Che Ashidah juga aktif dalam Pergerakan Wanita UMNO. Tahun 1995, beliau menerima anugerah Tokoh Wanita dan pernah menerima Anugerah Perpaduan daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Nurul Fatihah Abdul Hamid Nurul Fatiha Abdul Hamid yang dilahirkan pada 13 April 1986 di Alor Star, Kedah, merupakan seorang atlet gimnastik artistik yang pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sukan SEA (2001/2003/2005/2007), Sukan Komanwel (2006), Sukan Asia (2006) juga kejohanan gimnastik besar yang lain. Mula diserapkan ke dalam pasukan junior kebangsaan pada tahun 1993. Sejak itu beliau terus mewakili negara dan melakukan pencapaian yang baik. Antara pencapaian terbaik Nurul Fatiha adalah memenangi 6 pingat Emas di Sukan SEA. Pada tahun 2007, Nurul Fatiha mengambil keputusan untuk bersara dari lapangan gimnastik untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran. Walaupun beliau bersara dari arena gimnastik, Nurul Fatiha tetap bergerak aktif di sebalik tabir. Beliau telah ditawarkan untuk menjadi Jurulatih Gimnastik Pelapis Kebangsaan (2011-2012) sebelum dilantik menjadi Jurulatih Gimnastik Kebangsaan (2012-2014). Pada tahun 2012, beliau juga telah lulus dalam mendapat lesen menjadi juri gimnastik peringkat antarabangsa. Beliau banyak mengadili pertandingan peringkat antarabangsa antaranya Sukan SEA Singapura 2015 dan World Cup Gimnastik. Antara pencapaiannya dalam bidang juri, Nurul Fatiha telah terpilih oleh FIG (International Gymnastics Federation) ke Kejohanan Sukan Olimpik Remaja di Argentina 2018. Nurul Fatiha merupakan antara 3 pemegang lesen juri bertaraf antarabangsa di Malaysia. 116

Nurul Fatiha telah menamatkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia dan bekerja sebagai pengacara dan penyampai berita di RTM. Beliau juga kini menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di RTM. Azmah Nordin Azmah Nordin merupakan seorang pengarang di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Namun, pada 1973 beliau berpindah ke Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Antara pencapaiannya adalah Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSOGAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novel Dari Dalam Cermin (1992) memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93. Selain nama-nama yang tertera di atas, golongan penghibur dari Kedah juga wajar dipertimbangkan, jika tidak sebagai tokoh pun, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Misalnya lahir nama-nama seperti Ayu Raudhah, Amylea Azizan (AF), Azean Irdawaty, Ifa Radziah, Janna Nick, Rozita Che Wan, Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin, Scha al-Yahya, Yunalis dan ramai lagi. Penutup Golongan wanita di Kedah sebenarnya mempunyai ruang dalam mendepani masalahmasalah sejagat yang dihadap. Di peringat negeri misalnya, kredit harus diberikan kepada Pertubuhan Kesedaran Wanita Kedah (PKWK) yang didaftarkan pada 20 Januari 1997. Pertubuhan ini dibentuk khusus bagi menangani masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh kaum wanita di Negeri Kedah. Tujuan Dan Matlamat; • Memberi bantuan serta sokongan kepada wanita yang menghadapi masalah keluarga dan permasalahan wanita. • Memberi kesedaran kepada wanita tentang hak-hak mereka melalui bahan-bahan penulisan, pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan program-program yang berkaitan. • Memberi perlindungan dan sokongan moral kepada wanita yang memerlukan khidmat nasihat dan kaunseling. • Bekerjasama dan bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar ke arah pencapaian matlamat di atas dengan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan. Bagi tujuan dan matlamat di atas, maka khidmat yang diberikan adalah; • Kaunseling/Bimbingan. • Khidmat nasihat kepada remaja. • Sokongan moral kepada wanita yang menghadapi masalah keluarga. • Membantu wanita yang menghadapi masalah perceraian. • Sokongan kepada wanita yang menghadapi masalah keganasan rumahtangga. • Bengkel kesedaran untuk remaja-remaja. • Bengkel kesedaran untuk kaum wanita. Justeru, golongan wanita Kedah mempunyai saluran yang baik dalam menghadapi cabaran dan masalah-masalah semasa mereka. 117

Hari ini Negeri Kedah terus mengorak langkah ke hadapan begitu juga dengan golongan wanitanya. Selain tokoh-tokoh yang tersenarai di atas, pasti ramai lagi tokoh dan individu lain yang menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi Negeri Kedah dan negara Malaysia amnya. Sumbangan mereka bukan sekadar wajar dikenang, namun dijadikan panduan dan iktibar. Biarpun ada pihak yang mengatakan, adalah tidak adil untuk mengukur ketokohan dan kecemerlangan seseorang individu itu berdasarkan pencapaian mereka kerana tidak semua individu mempunyai peluang yang sama, namun sumbangan dan pencapaian mereka tetap merupakan sesuatu yang membanggakan dan wajar diberi pengiktirafan. Bersesuaian dengan takrif tokoh itu sendiri, ‘tokoh’ secara umum bermaksud orang yang terkemuka, mempunyai kekuatan keperibadian dan dihormati oleh kawan dan lawan.

Bibliografi Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd, 2004. Ishak Saat dan Nazarudin Zainun, Wanita dan Perjuangan, Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2011. Mahani Musa, “Kaum Wanita di Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Antara Batasan dan Realiti”, Sejarah, Jurnal Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, No. 6, 1998. Mahani Musa, Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005. Mahmud Ali, “Catitan-catitan Sejarah Pulau Langkawi, dipetik daripada Mengenal Pulau Langkawi”, Kedah dari Segi Sejarah, Vol. 5, 1971. Nazarudin Zainun, Ishak Saat dan Md Nasir Misran, Wanita dan Kepelbagaian, Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2012. Nik Safiah Karim, Wanita Malaysia, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya Sdn. Bhd., 1982. Raja Abdullah Yaacob dan Zahidi Zainol Rashid, “Program Sejarah Lisan di Malaysia dan Kajian Kes di Kedah”, Cetera, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman, Jilid. 12, 1995. Raja Rohana Raja Mamat, Peranan dan Status Wanita Melayu di Malaysia, Daripada Perspektif Sosial dan Undang-undang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991. Siti Fatimah Abdul Rahman (penyunting), Pemartaban Wanita di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2000. Siti Hawa Salleh, “Puteri-puteri Berdarah Putih: Peranan Awang Batil dalam Mempertahankan Kedaulatan Negara”, Polemik Sejarah Malaysia, Jilid 2, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2009. Wan Ibrahim Wan Soloh, “Mahsuri, Peristiwa Sedih di Kedah”, Kedah dari Segi Sejarah, Vol. 5, 1971. 118

KEDAH SEPANJANG ZAMAN: MENGGALI KEHEBATAN SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN Abdullah Zakaria bin Ghazali Felo Persatuan Sejarah Malaysia ABSTRAK Kedah Darul Aman menyimpan khazanah sejarah, budaya dan warisan yang tidak ternilai hebatnya. Kedah adalah kesultananan terawal di Semenanjung Melayu bermula dengan Sultan Muzaffar Shah pada 1136, dan lebih istimewa lagi keturunan baginda berlanjutan memerintah Kedah hingga hari ini. Dalam pada itu, Kedah adalah negeri Melayu pertama berperang menentang British, Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1791. Selain itu jumpaan arkeologi di Lembah Bujang mengangkat Kedah sebagai petempatan, antara yang terawal di Asia Tenggara. Seni bina, dan ukiran, antaranya pada bangunan, dan tembikar menjelaskan tentang betapa hebatnya kearifan Melayu Kedah. Tamadun Kedah sangat terserlah dengan wujudnya undangundang, misalnya Undang-undang Kedah, yang sekali gus menyatakan pentadbiran kerajaan Keah adalah berdasarkan undang-undang tersebut. Dalam pada itu Kedah juga hebat, dalam perjuangan menyedar serta membina masyarakat ke arah kemajuan, serta mencapai kemerdekaan. Ramai tokoh terkemuka negara, dalam pelbagai bidang lahir dari Kedah. Semuanya akan disentuh dan dibincangkan dalam kertas ini. Dalam usaha menyokong perbicangan dan hujahan, kertas ini akan merujuk data serta sumber primer, dan sekunder. Ternyata dalam lipatan sejarah sepanjang zaman, Kedah adalah sebuah negeri Melayu hebat dalam persepektif sejarah, budaya dan warisan. Kata kunci: Kedah, sejarah, budaya dan warisan Pendahuluan Semenanjung dan Kepulauan Melayu yang kaya sumber asli menjadikan ia sangat penting sejak awal abad Masehi lagi. Pada permulaan Masehi, Semenanjung dan Kepulauan Melayu dikenali sebagai jolokan Tanah Emas. Seterusnya pada abad-abad kemudian, khususnya Kepulauan Melayu menjadi bumi rempah ratus, kapur barus, dan kayu wangian dikenali di bumi Aran dan Eropah. Kepentingan dagang ini melahirkan kerajaan, seperti Kemboja, Champa, pelbagai negeri kecil di Semenanjung, kerajaan Sumatera, Jawa, Bali, Burma dan Siam. Perdagangan pula sama ada dari Timur Tengah, India dan barat, melalui Laut India, Teluk Benggala memasuki Selat Melaka, atau dari Kedah, menuju Senggora; dari Trang ke Pathlung tujuan Ligor atau Bandon; dan dari Kra menuju Chumpon; serta dari Takuapa menuju Chahaya (Chaiya). Dengan lain perkataan, pedagang dari Barat, Timur Tengah dan India boleh menggunakan jalan laut melalui Teluk Benggala ke Kedah, dan dari Kedah melalui jalan darat ke Senggora, dan perdagangan dilangsungkan melalui Teluk Siam menuju Champa, Kemboja, dan China. Perdagangan mengubah lanskap ekonomi, geografi dan politik awal negeri Kedah, dan muncul sebagai pusat perdagangan, dan agama terkemuka sejak awal Masehi lagi. Dalam pada itu Kedah juga terkemuka dalam warisan, seperti seni bina dan persuratan; dan budaya, seperti Mek Mulong. Tradisi ini berlanjutan, dan melahirkan pelbagai kehebatan dalam sejarah, warisan dan budaya Kedah. Dengan itu apabila lipatan sejarah Kedah dibuka, pelbagai memori ksejarahan terpancar seperti cahaya matahari pagi, khususnya sejarah, warisan, dan budaya; dan sekali gus menyatakan serta membuktikan Kedah menyimpan khazanah hebat yang mengkagumkan. Sehubungan itu dalam usaha menjelaskan kehebatan Kedah dalam aspek sejarah, warisan dan budaya. Sehubungan itu dalam usaha menjelaskan kehebatan Kedah dalam aspek sejarah, warisan dan budaya, kertas ini mebincangkan pelbagai aspek berkaitan: 120

sejarah, termasuk perdagangan dan kerajaan awal, dan politik serta perjuangaan; warisan, dan budaya. Kota Niaga dan Kerajaan Awal Kedah yang pada hari ini dikenali sebagai Kedah Darul Aman menyimpan khazanah sejarah terbilang dalam sejarah Malaysia, antaranya sebagai kota niaga sejak abad sebelum Masihi lagi. Penemuan artifak di Sungai Batu, Kedah membuktikan sudah wujud kegiatan perdagangan dan peleburan besi di Kedah Sebelum Masihi Ketujuh (S.M. ke-7). Kegiatan perdagangan, dan peranan Kedah sebagai kota niaga berlanjutan selepas Masihi, mengalami kemerosotan mulai abad ke-11.1 Namun begitu kegiatan perdagangan di Kedah berlanjutan sehingga peranan ini diambil alih oleh Kerajaan Melaka yang diasaskan oleh Raja Iskandar atau Parameswara pada 1262. Walaupun sehingga kini, masih tidak jelas tentang pusat pemerintahan, tetapi peranan dan sumbangan Kedah sebagai kota niaga, penghubung perdagangan barat, sama ada dari Timur Tengah, India dan barat, melalui Laut India, Teluk Benggala memasuki Selat Melaka, atau dari Kedah, menuju Senggora; dari Trang ke Pathlung tujuan Ligor atau Bandon; dan dari Kra menuju Chumpon; serta dari Takuapa menuju Chahaya (Chaiya). Dengan lain perkataan, pedagang dari Barat, Timur Tengah dan India menggunakan jalan laut melalui Teluk Benggala ke Kedah, dan dari Kedah melalui jalan darat ke Senggora, dan perdagangan dilangsungkan melalui Teluk Siam menuju pelabuhan Oc-Eo di Funan, sejak 500 sebelum Masehi,2 Champa, Kemboja, dan China.3 Dalam rentetan sejarah, kota niaga Kedah bermula sebagai kota niaga melalui jaringan perdagangan tebing sungai dan pesisir pantai Semenanjung.4 Namun begitu dicatatkan Kedah pada abad ke-IV dan V sudah sepenuhnya menerima pengaruh India. Dalam pernyataan ini disedari bahan buktinya sedikit, tetapi ia sangat besar erti dalam menjelaskan perkara ini.5 Ketika kegemilangan Kerajaan Funan, Kedah dicatatkan salah sebuah negeri di Semenanjung Melayu sebagai mandala Funan. Barang perdagangan yang dibawa dari China atau sekitar di pelabuhan Oc-eo, Funan dibawa ke barat melalui pelabuhan Chumpon atau Patani, merentasi jalan darat, melalui Trang, langsung ke Takuapa/Kataha/Kadaram/Kedah, sebelum dipunggah ke kapal untuk pelayaran seterusnya melalui Teluk Benggala ke barat. Kegiatan seperti ini berterusan sehingga kerajaan Funan merosot pada abad ke-6, dan diteruskan pula kerajaan baru, Chenla/Khmer/Angkor, pengganti Kerajaan Funan. Kemerosotan, dan dikuti kejatuhan Kerajaan Funan ini menjadi titik tolak penting dalam sejarah Kedah. Kedah bukan sahaja bebas daripada Kerajaan Funan, tetapi muncul sebagai kota niaga utama di Selat Melaka. Kedudukan geografi di utara, jalan masuk ke Selat Melaka menjadi faktor utama merancakkan dan kemajuan perdagangan Kedah pada abad ke-7. Kedah menjadi tumpuan persinggahan kegiatan perdagangan dari India, China, Timur Tengah, dan negeri sekitar. Kedah pada satu ketika menjadi penghubung perdagangan melalui jalan darat dengan pelabuhan Yarang, berhampiran Patani di pantai barat ke timur, misalnya China.6 Kehebatan, dan kemajuan perdagangan ini menyebabkan Kerajaan Sriwijaya menguasa kota niaga Kedah. Pelabuhan Kedah dikehendaki sebagai pembekal barangan yang datang dari barat, timur dan sekitar kepada pelabuhan Sriwijaya. Dengan tindakan ini Sriwijaya dapat mengelakkan penguasaan Kerajaan Khmer terhadap Kedah.7 Kepentingan pelabuhan Kedah sebagai pusat perdagangan dibuktikan oleh tinggalan artifak yang ditemui menjelaskan Pengkalan Bujang, adalah sebuah entreport sejak abad ke-10.8 Dalam pada itu jumpaan tembikar di Lembah Bujang mencerminkan dalam kegiatan perdagangan di Kedah, pelabuhannya dikunjungi pedagang dari luar, China dan Timur Tengah. Antara jumpaan, tembikar/seramik dari China: zaman T’ang (618-906 Masehi), Lima Dinasti (907121

960 Masehi), Dinasti Song (960-1279 Masehi), Dinasti Yuan (1279-1368 Masehi), Dinasti Ming (1368-1644), dan Dinasti Qing (1644-1900); dan seramik jenis biru dan hijau gelap yang dijumpai di Pengkalan Bujang dan Sungai Mas berasal dari Iran-Iraq.9 Mulai abad ke-10 hingga ke-14, pusat perdagangan Kedah di Pengkalan Bujang. Pada waktu ini penduduk Kedah menganut agama Hindu-Saivisme. Jumpaan arkeologi, seperti longgokan seramik, manik, arca, dan candi Hindu-Buddha membuktikan kegiatan perdagangan dan amalan di Kedah.10 Kehebatan Kedah ini dicerminkan daripada kehadiran pengembara Budha China, I-Ching di negeri Kedah pada 671, dalam perjalanan ke Nalanda, India. Dalam catatannya, I-Ching menyatakan Kedah adalah sebuah negeri bebas. Namun begitu 14 tahun kemudian, pada 685 ketika singgah di Kedah, dalam perjalanan pulang dari Nalanda ke China, I-Ching melaporkan Chieh-ch’a (Kedah) sebagai naungan Kerajaan Sriwijaya.11 Sementara itu jumpaan arkeolgi membuktikan pada abad ke-12 Kedah menjadi tumpuan perdagangan antarabangsa. Pada 1225, kapal dagang Kedah belayar ke India.12 Dalam hal lain, walaupun tidak ditemui catatan mengenai Kedah dalam rekod rasmi Dinasti Tang dari 618 hingga 906,13 dan juga inskripsi yang dijumpai di Kedah atau sekitar, tetapi tidak bermakna tidak ada sumber atau catatan mengenainya. Sumber tempatan Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mengemukakan maklumat tentang Kedah. Dalam pada itu terdapat sumber Melayu tulisan Sheikh Faqih Ali al-Patani berjudul Tarikh Patani menyebut tentang Kedah. Dalam tulisannya beliau mencatatkan kota pentadbiran Kedah bernama Langkasuka.14 Begitu juga Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan ibu kota pemerintahan Maharaja Derbar Raja bernama Langkasuka.15 Begitu juga dalam Hikayat Merong Mahawangsa mencatatkan kota pentadbiran awal Kedah (yang dinamakan Kedah Zamin Turan) bernama Langkasuka.16 Perjalanan darat membawa barang menggunakan gajah dari Kedah ke pelabuhan Patani, atau sebaliknya mengambil masa 55 hari (satu bulan dua puluh lima hari).17 Pada waktu itu Patani adalah pelabuhan besar negeri Langkasuka.18 Pada 515, Langkasuka menjalin hubungan pertama dengan China.19 Sementara itu At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan Maharaja Derbar Raja, Maharaja negeri Gomrun, Parsi diangkat Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa, pembesar Kedah sebagai Raja Kedah (kalah). Baginda dengan persetujuan Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa membina kota pentadbiran, dan namakan di Langkasuka.20 Naskhah ini juga mencatatkan Maharaja Derbar Raja melantik empat Tan Derma Dewa sebagai Menteri Empat; delapan Tun Perkasa sebagai Menteri Delapan, dan ketua lain sebagai Menteri Enam Belas.21 Sumber Kedah merekodkan Maharaja Derbar Raja diangkat sebagai Raja Kedah pada 630.22 Dengan ini bermakna Kerajaan Kedah adalah tertua di Malaysia. Dalam pada itu keturunan ke-9 Maharaja Derbar Raja, Raja Kedah ke-9, Seri Paduka Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam melalui pendakwah Arab, Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kaumiri Yaman pada 531 Hijrah bersamaa 1136 Masihi, dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah.23 Selain itu amat perlu juga dikongsi, sebelum Maharaja Derbar Raja tiba di Kedah, sudah ada pentadbir di beberapa kawasan, seperti Kuala Bahang, Kuala Merpah, Kuala Bara, dan Kuala Qilah (Kedah). Pentadbir ini dipilih dan dilantik oleh Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa.24 Juga bermakna sudah ada pemerintah di kawasan dalam negeri Kedah itu bergelar Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa. Dengan itu sekali lagi, Kedah muncul sebagai Kesultanan Melayu terawal di Malaysia. Sekali gus peristiwa bersejarah dalam lipatan sejarah Kedah ini mencerminkan antara kehebatan Kedah dalam sejarah, warisan dan budaya.

122

Politik dan Perjuangan Dalam aspek sejarah, Kedah juga hebat, khususnya dalam perjuangan menentang penjajah. Jika Melaka dan Johor menentang Portugis; Perak, Selangor dan Johor menentang Belanda, Kedah adalah negeri Melayu pertama menentang British atau Kompeni Hindia Timur Inggeris. Dalam perkembangan lain, Kedah adalah satu-satunya negeri Melayu menentang Siam. Penentangan ini mulai 1821 hingga 1842, dan dikenali dalam kalangan penduduk Kedah sebagai “Perang Bisik”. Dalam pada itu Kedah juga tidak kurang hebat dalam arus perjuangan menuntut kemerdekaan. Ketika pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798), persaingan di antara Siam dengan Burma telah mengheret sama Kedah ke dalam persaingan politik mereka. Kedudukan Kedah di antara Siam dengan Burma, menjadikannya sumber bantuan kebendaan dan tenaga manusia oleh kedua-dua kuasa tersebut. Sekiranya Siam kuat, Kedah akan diminta membantu Siam; begitu pula sekiranya Burma kuat, Burma pula akan menekan mendapatkan bantuan Kedah. Kedudukan yang tersempit ini menyebabkan Sultan Abdullah mengambil kesempatan kehadiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang dengan menawarkan Pulau Pinang sekiranya pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris sanggup membantu baginda; terutamanya mengatasi serangan daripada Siam dan Burma. Tanpa memenuhi syarat membantu Kedah sekiranya diserang dari laut dan darat serta bayaran $30,000 Sepanyol setahun kepada Sultan Abdullah, Francis Light menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786. Tahun 1787, Sultan Abdullah mendapat jawapan bahawa Kompeni Hindia Timur Inggeris tidak akan memberi perlindungan kepada Kedah. Walaupun demikian Sultan Abdullah masih berunding mengenai syarat yang dikemukakannya itu. Namun begitu persiapan dengan bantuan lanun dibuat di Seberang Perai. Pada Mac 1791 Kapten Scott memaklumkan bahawa Francis Light sanggup membayar $10,000 Sepanyol setahun dan wang ini agak dihantar segera. Pada 19 Mac 1791, kira-kira 20 buah perahu lanun tiba di Perai dan 20 Mac 1971 pula kira-kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana. Tuntutan dibuat supaya Francis Light membayar $10,000 Sepanyol sebagaimana yang dijanjikan. Francis Light pula hanya menghantar $5,000 Sepanyol dan baki $5,000 Sepanyol lagi akan dihantar sebaik sahaja kekuatan lanun yang ada di Seberang Perai dibubarkan. Sikap Francis Light yang tidak menepati janji ini menyebabkan Sultan Abdullah menghantar wakilnya menemui Francis Light mengarahkan membayar baki $5,000 Sepanyol atau meninggalkan Pulau Pinang. Pembesar Kedah menunggu jawapan Francis Light bersetuju dengan syarat Sultan Abdullah atau meninggalkan Pulau Pinang dengan aman. Tanpa sangkaan, Francis Light menghantar kapal Dolphin, Princess Augusta, Valiant dan empat buah gun-boat menyerang pasukan Kedah di Seberang Perai pada 12 April 1791. Pasukan Kedah berundur ke Sungai Perai. Walaupun mereka cuba menguatkan kedudukan kembali tetapi telah diserang lagi oleh pasukan Kompeni. Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima bayaran $6,000 Sepanyol setahun. Kompeni Hindia Timur Inggeris boleh menduduki Pulau Pinang. Selain menempah sejarah sebagai negeri Melayu pertama di Semenanjung Tanah Melayu menentang British, Kedah adalah juga negeri Melayu menentang penjajah Siam sejak 1821 hingga 1842. Serangan Siam dan penaklukannya terhadap Kedah tahun 1821 dan pendudukannya sehingga 1842, mencetuskan siri perjuangan orang Melayu Kedah untuk membebaskan negerinya dan memulihkan semula kedaulatan kerajaan serta maruah bangsa Melayu yang dicabar oleh kerajaan Siam. Tokoh bertanggungjawab merancangkan serangan terhadap Kedah ialah Raja Ligor.25 Raja Ligor pula mendapat arahan daripada Bangkok.26 Pada Ahad 12 November 1821, perahu pasukan tentera Siam yang berlepas dari Trang tiba di Kuala Kedah. Berikutnya melancarkan serangan dan berjaya menawan Kedah.27 Pasukan Siam yang mengandungi 7,000 123

orang tentera di bawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah, dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan terhadap Burma.28 Sebaliknya pula, apabila pasukan tentera Siam tiba di Kedah pada 12 November 1821, secara mengejut melancarkan serangan ke atas Kedah. Bendahara dan Laksamana yang cuba melawan, kerana tidak bersedia dikalahkan dengan mudah oleh tentera Siam. Sultan Ahmad Tajuddin yang berada di Kuala Muda kerana sedang menggali terusan di sana, mengundurkan diri ke Seberang Perai, di kediaman saudaranya Tunku Sulaiman dan akhirnya ke Pulau Pinang.29 Dato' Syahbandar, Dato' Temenggung dan Dato' Laksamana terkorban dalam peperangan. Dato' Bendahara, Tunku Yaakob (putera Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah) dan Tunku Jam Jam ditawan oleh Siam. Bendahara dipercayai diracuni ketika dalam perjalanan ke Senggora.30 Di antara matlamat serangan Siam tersebut untuk menangkap Sultan Kedah.31 Tentera Siam membunuh ramai orang lelaki; menangkap wanita dan kanak-kanak sebagai tawanan.32 Dianggarkan sejumlah 1,000 orang Kedah yang telah ditawan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba kepada Raja, Pemangku Raja (Wangna) dan menteri-menteri Siam.33 Setelah menduduki Kedah, Chao Phya Ligor meletakkan kedua-dua anaknya, Phya Buri Saknuton sebagai Gabenor dan Phya Sina Nunchit sebagai Timbalan Gabenor. Pentadbiran mereka dibantu oleh pegawai-pegawai Siam. Namun begitu kedua-dua hanya disahkan jawatan mereka oleh Rama lll selepas tahun 1826.34 Di samping itu pentadbiran Siam di Kedah dibantu oleh pasukan tentera Siam bagi menjamin perlaksanaan pentadbiran dan undang-undang.35 Tahun 1822, Syarikat Hindia Timur Inggeris menghantar wakil yang diketuai oleh John Crawfurd, di antara lain untuk mengembalikan semula Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah di atas takhta kerajaan Kedah.36 Begitu juga dengan utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok tahun 1825, salah satu matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah di atas takhta kerajaa Kedah.37 Kedua-dua utusan ini gagal berbuat demikian. Namun begitu Kapten Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian dengan kerajaan Siam tahun 1826. Di antara syaratnya, British mengakui kedaulatan Siam ke atas Kedah dan British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah.38 Walaupun pada mulanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang berada di Pulau Pinang tidak dibenarkan oleh British berangkat ke Seberang Perai,39 tetapi kemudiannya Gabenor R. Fullerton membenarkan baginda ke sana beberapa hari ke Seberang Perai untuk menguruskan harta dan membawa keluarga ke Pulau Pinang. Sebelum berangkat Sultan Ahmad Tajuddin disyaratkan bertemu dengan Gabenor R. Fullerton terlebih dahulu.40 Setelah membuat janji bertulis akan bertemu Gabenor R. Fullerton, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah berangkat ke Seberang Perai. Setelah berada di sini Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah menolak cadangan British untuk memindahkan baginda ke Melaka, sebaliknya lebih cenderung untuk tinggal di Seberang Perai.41 Gabenor R. Fullerton menyatakan kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang beliau tidak boleh melanggar keputusan yang telah dibuat untuk memindahkan Sultan ke Melaka.42 Penjajahan Siam di Kedah, mulai 1821 telah mencetuskan siri gerakan membebaskan negeri Kedah di bawah pimpinan golongan bangsawan Kedah. Tahun 1826, Syed Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Kudin,43 anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah; Tunku Long Putih,44 saudara ipar Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku Sulaiman melancarkan serangan ke atas pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah. Serangan mereka dapat dipatahkan oleh pasukan Siam.45 Tahun 1828, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Tunku Kudin dan Tungku Long Puteh berada di Seberang Perai. Tahun 1829, Tunku Kudin, bersama pengikutnya, dengan disertai, antaranya Tunku Long Puteh, Tunku Jaafar dan Tunku Dagang, anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil melancarkan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi dikalahkan oleh tentera Siam.46 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah juga merancangankan serangan ke atas tentera Siam di Kedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana 124

rahsia rancangan baginda diketahui oleh Siam. Surat47 yang baginda hantar kepada Seri Lela Pahlawan dan Raja Putera Jaya mengenai perkara ini jatuh ke tangan Siam. Dalam bulan Januari 1830, Tunku Kudin berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke Kedah melalui Perai. Setelah berada di Kedah, angkatan Tunku Kudin menjadi bertambah ramai dengan penyertaan anak-anak Kedah.48 Pejuang Kedah ini mengsifatkan perjuangan mereka adalah jihad menentang orang kafir, Siam.49 Tahun 1831, angkatan Tunku Kudin terdiri daripada 2,000 orang, termasuk di dalamnya 80 orang bekas tentera sepoi, memakai pakaian seragam pasukan sepoi British50 dengan semangat jihad,51 melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang berada di Kota Kuala.52 Dalam pertempuran ini angkatan Siam dikalahkan. Kota Kuala dapat diduduki oleh Tunku Kudin pada 24 April 1831.53 Pasukan Tunku Kudin mendapat bantuan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.54 Dalam usaha menjamin hubungan baik British-Siam, Gabenor R. Ibbetson55 menyatakan British tidak terlibat membantu Tunku Kudin;56 hanya Tunku Kudin yang menyibarkan dakyah British membantunya.57 Di samping itu Gabenor R. Ibbetson mengeluarkan isytihar, mereka yang terlibat dalam serangan terhadap Kedah disifatkan sebagai lanun.58 Tentera Siam yang bertahan di sini mengundurkan diri ke Alur Ganu, markas pertahanan mereka. Kira-kira 30 orang tentera Siam ditawan dan disiksa sehingga mati; sebagai membalas dendam di atas tindakan tentera Siam sebelum ini ke atas orang Kedah.59 Begitu juga dengan orang Cina yang membantu tentera Siam disiksa hingga mati.60 Kejayaan Tunku Kudin mengambil balik Kota Kuala, serta mengundurkan tentera Siam diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau telah mengumpulkan kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Jun 1830.61 Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke atas pasukan Tunku Kudin di Kota Kuala. Walaupun Tunku Kudin dan pasukannya cuba mempertahankan kedudukkannya, tetapi dikalahkan oleh pasukan Siam. Tentera Siam memasuki Kota Kuala, kira-kira 50 orang Melayu termasuk Tunku Kudin terkorban. Di badan Tunku Kudin terdapat kesan tembakan peluru. Bagi orang Melayu Kedah, perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir; mati syahid dan masuk syurga.62 Tunku Kudin telah dipancung kepala; kepalanya pula dibawa ke Bangkok.63 Mereka yang berjaya melepaskan diri berundur ke Pulau Pinang atau Seberang Perai.64 Ketika pertempuran berlaku, Gabenor R. Ibbetson melayan tuntutan Raja Ligor melalui artikel 13; iaitu British tidak akan membenar Sultan Kedah atau pengikutnya menyerang, mengacau atau mencederakan dalam jajahan Kedah atau mana-mana kawasan yang tertakluk kepada Siam. Beliau juga mengeluarkan pengisytiharan yang menyatakan barangsiapa yang ditangkap akan dianggap sebagai lanun dan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Selain itu British juga memberi bantuan ubat bedil kepada Raja Ligor.65 Kapal-kapal perang diarahkan ke Sungai Kedah dan Sungai Merbok untuk memintas pasukan Tunku Kudin dan Tunku Long Puteh yang mungkin akan mengundurkan diri daripada serangan Siam melalui laut.66 Pihak British di Pulau Pinang menghantar kapal perang Zephyr dan Emarald;67 kemudiannya kapal Wolf di bawah Kapten Hamley dihantar berlabuh di hadapan muara Sungai Kedah untuk mengawal bantuan tentera dan bekalan perang dari Pulau Pinang kepada Tunku Kudin. Angkatan ini pula dibantu oleh kapal Alligator.68 Selain itu pihak British juga menghantar kapal Crocodile untuk mengawal perairan Kedah. Kapal H.M. Wolf di bawah pimpinan H. Hamley diarahkan oleh Gabenor R. Ibbetson mengepung Kuala Kedah dan mengawal pejuang Kedah yang disifatkan sebagai lanun. Dengan penglibatan ini British berharap Siam akan mempercayainya.69 Kapten H. Hamley bersama kapal H.M. Wolf diarahkan juga menyibarkan surat pengisytiharan yang menyeru supaya pasukan orang Melayu bersurai.70 Langkah Gabenor R. Ibbetson menghantar pasukan British membantu Siam ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan.71 Gabenor R. Ibbetson juga mengarahkan Leftenan Kolonel Gibson mengawal kawasan pendalaman Seberang Perai untuk menjamin keselamatan di sini.72 Sementara itu Siam menuntut British melaksanakan tindakan ke atas Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, 125

berdasarkan artikel 13, perjanjian Burney, menguruskan perpindahan baginda ke negeri, selain daripada Pulau Pinang, Seberang Perai, Selangor dan Burma. Dengan itu British mengambil keputusan memindahkan Sultan ke Melaka.73 Gabenor R. Ibbetson percaya keamanan hanya akan tercapai sekiranya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipindahkan ke Melaka.74 Dalam peperangan, kira-kira lima bulan, kira-kira 700 orang tentera Siam terbunuh; 1,500 orang pejuang Kedah terkorban. Setelah Kota Kuala jatuh kembali ke tangan Siam, kira-kira 4,000 hingga 5,000 keluarga telah ditawan dan dibawa ke Siam.75 Siam mengambil masa yang agak perlahan untuk menawan semula Kedah daripada Tunku Kudin.76 Kapal Wolf meninggalkan Kuala Kedah. Penglibatan dan sumbangan H. Hamley bersama kapal Wolf mendapat pujian daripada Gabenor R. Ibbetson.77 Kegagalan kebangkitan Tunku Kudin ini tidak menghambat perjuangan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Tahun 1835, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berada dalam buangan di Melaka mendapat kebenaran daripada kerajaan British untuk berangkat ke Deli.78 Apabila permohonan diluluskan, baginda tidak berangkat ke Deli, sebaliknya berangkat ke Beruas, Perak. Baginda tinggal di tebing Sungai Beruas, Perak. Di samping itu, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menghubungi kawan baginda di Pulau Pinang dan Seberang Perai.79 Pada 27 Mac 1837, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang berada di Beruas mengeluarkan pengisytiharan supaya berhimpun di Pulau Langkawi. Gabenor S.G. Bonham pula mengisytiharkan surat amaran mengingati jangan menyokong Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Sekiranya ingkar mereka akan menerima padahnya.80 Ketika berada di Beruas, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dikunjungi oleh Raja Muda Perak.81 Baginda telah mengumpulkan penyokong untuk melancarkan gerakan membebaskan Kedah dari Beruas. Kunjungan Raja Muda Perak ke Beruas ini tidak disenangi oleh pihak British. Gabenor Murchison menghantar Kapten James Low ke Perak, memberi amaran kepada Raja Muda supaya jangan terlibat dengan gerakan Sultan Kedah.82 Kapten James Low juga menyatakan kepada Raja Muda supaya jangan berhubung dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Jika membenarkan Beruas menjadi markas serangan terhadap Siam di Kedah, British tidak akan membantu Perak sekiranya diserang oleh Siam.83 Kapten James Low juga dikatakan mengertak Raja Muda Perak, Siam akan menggunakan alasan ini untuk melancarkan serangan ke atas Perak.84 Kapal perang Zephyr ke Beruas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ke Melaka atau ke tempat lain dalam Negeri-negeri Selat.85 Pada 15 Februari 1837, kapal Zephyr yang gagal membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ke Melaka meninggalkan Beruas belayar ke Langkawi untuk menyiasat kekuatan orang Melayu di sini.86 Kerajaan Benggala menekan supaya memindahkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dari Beruas ke Melaka.87 Kemudiannya kapal Zebra di bawah pimpinan Kapten McCrea dan perahu Diamond88 dihantar ke Beruas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ke Melaka. Kapten McCrea gagal mempengaruhi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah berangkat ke Melaka, kerana baginda sudah bertekad untuk berangkat ke Kedah.89 Namun akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II kembali semula ke Melaka. Baginda dikawal supaya tidak mencetuskan serangan ke atas Kedah, dan elaun baginda dikurangkan.90 Kemudiannya bangkit pula gerakan tentangan di bawah Tunku Muhammad Saad. Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad Ali menyibarkan surat jemputan ke Seberang Perai, menjemput datang berkumpul di Sungai Muda dan Sungai Merbok untuk sama-sama menentang Siam di Kedah.91 Tunku Muhammad Saad dibantu oleh Dato' Muhammad Ali dari Langkawi; Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Akib dari Setul; Syed Husin dan Wan Muhammad Arshad dari kayang (Perlis); Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman;92 Syeikh Abdul Samad al-Palembangi, seorang ulama terkenal di Kedah pada ketika ini;93 juga panglima perang, seperti Tok Mo Ris (Bomoh Idris) dari Perupok, Kubur Panjang;94 Dato' Syahbandar Wan Daud dari Pulai, Baling dan Dato' Madi dari Bandar Baru.95 Dato' Panglima Bukit Gantang juga menghantar 100 orang dan lima buah perahu ke Kedah membantu gerakan menentang Siam. 126

Dalam usaha mengembling tenaga sokongan rakyat Kedah, Tunku Muhammad Saad menyeru semua yang ingin menyertai gerakannya dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok.96 Rakyat Kedah menyahut seruan ini berkumpul di Sungai Merbok. Penduduk Kedah juga memberi sokongan kepada Tunku Muhammad Taib.97 Tunku Muhammad Saad melancarkan gerakannya pada bulan Mei 1838. Tunku Muhammad Taib berkumpul di Seberang Perai bersamasama kira-kira 700 atau 800 orang dan kemudiannya memasuki Kedah.98 Angkatan Tunku Muhammad Saad yang berada di Sungai Muda mara ke Kedah setelah berjaya mengalahkan tentera Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai.99 Pada 13 Jun 1838, angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad bergabung dengan angkatan Tunku Muhammad Taib berjaya mengundurkan pasukan tentera Siam yang berada di Kuala Sungai Merbok.100 Dengan itu angkatan ini mara ke Kedah dan Perlis.101 Pada 3 Ogos 1838, Tunku Muhammad Saad dan angkatannya melancarkan serangan terhadap Kota Kuala. Serangan Tunku Muhammad Saad ini dapat diatasi oleh pasukan Siam yang terdiri daripada 70 orang yang mendapat bantuan 300 orang Melayu melalui kerahan. Angkatan Kedah melancarkan serangan sekali lagi pada 4 Ogos 1838. Kali ini angkatan di bawah Tunku Muhammad Taib datang dari darat, membawa keluarga orang Melayu yang berperang bagi pihak Siam di dalam Kota Kuala. Keluarga orang Melayu tersebut dijadikan benteng pertempuran. Apabila tiga orang tua dan dua orang wanita terkorban serta ramai yang cedera, menyebabkan orang Melayu yang berada di dalam kubu menyokong tentera Siam keluar menyokong Tunku Muhammad Taib. Angkatan Siam yang tidak dapat bertahan mengundurkan diri ke arah Perlis.102 Setelah pasukan kerahan Melayu tidak ada lagi membantu pertahanan di Kota Kuala, pasukan tentera Siam menjadi lemah. Kota Kuala dapat diambil semula oleh Tunku Muhammad Saad. Tentera Siam yang gagal melarikan diri telah ditangkap dan disiksa hingga mati. Tindakan ini dilakukan kerana tentera Siam pernah melakukan perkara yang sama terhadap orang Melayu sebelum ini. Angkatan Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan terhadap pasukan Siam yang cuba bertahan di Alur Ganu di bawah Phya Buri Sukhuton dan berjaya mengalahkan mereka.103 Dato' Muhammad Ali pula bergerak ke utara dan berjaya menduduki semula Setul. Kemudiannya tentera Siam dihalaukan keluar dari negeri Kedah; angkatan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad berjaya menegakkan kembali kedaulatan Melayu dan Kedah. Kerajaan Bangkok menuduh British lebih berpihak kepada Kedah. Angkatan Tunku Muhammad Saad, antaranya di bawah pimpinan Wan Mat Pulau mara ke Chenak. Penduduk Cina dan Siam melarikan diri ke Senggora. Dalam ekspedisi ini angkatan Kedah telah memusnahkan kampung-kampung dan kuil Buddha. Angkatan ini mara ke Kota Baru, Reman dan seterusnya ke Kuala Bekah, Patani.104 Di samping itu angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Jiwa bersama kira-kira 2,500 orang105 bergerak ke Senggora dan berjaya mendudukinya. Mereka mendirikan 11 kubu kecil di sini. Angkatan Tunku Muhammad Saad bersama dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi bersama 4,200 orang juga menuju ke utara dan menduduki Hadyai. Kejayaan angkatan Tunku Muhammad Saad menghalau tentera Siam dari Kedah dan mendaulatkan kembali kuasa dan politik Melayu telah mengejutkan kerajaan Siam. Dengan itu Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora yang ada di Bangkok diperintahkan pulang oleh Raja Siam mengumpul kekuatan mengatasi pasukan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad.106 Serangan balas daripada angkatan Siam yang terdiri daripada 500 orang Cina, 2,000 orang Siam dan Melayu tidak dapat dihadang oleh angkatan Tunku Muhammad Taib yang berkubu di Senggora. Dalam pertempuran ini angkatan Kedah kehilangan jiwa 150 orang.107 Angkatan Tunku Muhammad Saad dan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi yang berada di Hadyai juga gagal 127

mengatasi serangan balas angkatan Siam di bawah Chao Phya Ligor yang berlarutan kira-kira 20 hari. Walaupun Tunku Muhammad Saad dapat mengundurkan diri tetapi Syeikh Abdul Samad alPalembangi terkorban dalam pertempuran tersebut.108 Selain itu Setul juga telah diduduki kembali oleh angkatan Siam. Kemudiannya angkatan Siam melancarkan serangan terhadap kubu pertahanan orang Melayu di Alor Ganu.109 Pertahanan Kedah di Alor Ganu di bawah Tunku Muhammad Saad dan Dato' Wan Ali telah pecah; angkatan Siam berjaya mendudukinya.110 Angkatan tentera Siam datang dalam tiga pasukan bersama gajah, kerbau dan bersama mereka terdapat kanak-kanak serta wanita, berpakai biasa tetapi rambut mereka dipotong yang ditawan dari kampung Alor Lakkah, yang mana suami mereka berada dalam kubu di Alor Ganu.111 Haji Muhammad Taib yang mengalami kecederaan berundur; menaikki perahu ke Pulau Pinang.112 Tunku Muhammad Taib pula setelah gagal bertahan kubu Alor Ganu daripada serangan Siam, berundur di waktu malam ke Kuala.113 Pihak British menghantar kapal Hyacinth untuk mengepung pantai Kedah. Kapal ini bertugas dari 6 Disember 1838 hingga 11 April 1839.114 Ketika mengepung persisiran pantai Kedah, angkatan British memusnah perahu dan harta orang-orang Kedah.115 Dalam bulan Februari 1839, angkatan Siam kira-kira 4,000 orang telah melanggar Kota Kuala yang dikawal oleh Tunku Abdullah. Tunku Muhammad Saad bergabung di Kota Kuala selepas angkatannya gagal mengatasi serangan tentera Siam di kubu Alor Ganu.116 Antara mereka yang terlibat dalam pertahanan di Kota Kuala ialah Tunku Abdullah, Tunku Muhammad Saad, Tunku Muhammad Seawee (Zawawi?) dan Tunku Muhammad Taib. Jumlah tentera yang bertahan pula kira-kira 500 orang.117 Akhirnya Kota Kuala diduduki semula oleh angkatan Siam pada 20 Mac 1839.118 Setelah kekalahan di Kota Kuala, pasukan tentera Kedah berkumpul lagi dan melancarkan serangan kira-kira tiga hari terhadap pertahanan tentera Siam di kubu Alor Ganu. Dalam pertempuran yang berlarutan selama tiga hari, pasukan Kedah gagal mengalahkan tentera Siam. Dengan itu Tunku Muhammad Saad berundur. Wan Muhammad Ali, Haji Mustaffa dan Wan Ismail berjaya mengundurkan diri ke Langkawi pada malam hari, 3 April 1839. Wan Muhammad dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri seterusnya ke Batu Bara, Sumatera. Kapal Hyacinth datang ke Langkawi dan mendapati beberapa buah perahu dimusnahkan.119 Tunku Muhammad Saad dilaporkan berundur ke arah Seberang Perai120 dan kemudiannya beliau ditangkap oleh British dengan tuduhan sebagai "lanun". Tunku Abdullah berundur ke Perlis dan kemudiannya menyerah diri kepada Gabenor S.G. Bonham di Pulau Pinang.121 Ketika serangan Siam terhadap Kedah, kira-kira 1,000 orang wanita dan kanak-kanak Kedah berlindung dalam jajahan British. Siam pula mengibarkan bendera setelah berjaya menawan kubukubu pertahanan Kedah.122 Sementara itu Tunku Jaafar, saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah dan Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid, cuba berunding dengan pihak Siam.123 Tunku Muhammad Saad yang ditahan oleh British dihadapkan ke mahkamah. Walaupun bebas daripada tuduhan sebagai "lanun", Tunku Muhammad Saad dibuang ke Culcutta. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang dan meninggal dunia di Pulau Pinang.124 Gerakan Tunku Kudin, 1830-31 dan Tunku Muhammad Saad, 1838-39 memberi kesan kepada pentadbiran Siam di Kedah. Mulai tahun 1838, Pra Nang Klao atau Rama lll telah mengambil keputusan untuk memulangkan pentadbiran Kedah kepada anak tempatan. Tahun 1838, Rama lll telah melantik Tunku Anum, kerabat diraja Kedah sebagai Gabenor Kedah. Kedah dibahagikan kepada dua: Kedah, dibawah Tunku Anum dan Setul-Lingu di bawah pentadbiran Tunku Bisnu atau Tunku Dewa. Kayangan atau Perlis, walaupun masih sebahagian daripada Kedah tetapi ia diletakkan di bawah Raja Long Krok atau Paduka Seri Maharaja Lela, pembesar Kedah. Raja Long Krok dibantu oleh Syed Husin Jamalullail. Apabila Raja Long Krok meninggal dunia, Syed Husin menggantikan beliau.125 128

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menghantar surat kepada Rama lll supaya mengampunkan baginda dan kembali semula bertakhta di Kedah. Bangkok meminta kepastian keikhlasan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Dengan itu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menghantar puteranya Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid ke Bangkok pada bulan Mac 1841. Tunku Dai menjadi wakil Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II memohon maaf daripada kerajaan Siam. Sementara itu Gabenor S.G. Bonham mengirimkan surat melalui Tunku Dai untuk disampaikan kepada Raja Siam. Dalam surat tersebut dinyatakan yang British meminta supaya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dibenarkan kembali berkuasa di atas takhta kerajaan Kedah.126 Tunku Dai ditemani oleh Tunku Muhammad Akib, putera Tunku Bisnu, Raja Setul. Rama lll memperkenankannya, dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dibenarkan kembali ke Kedah menduduki takhta kerajaan.127 Tahun 1841, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II mendapat persetujuan untuk menduduki semula takhta kerajaan Kedah.128 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dibenarkan oleh British tinggal di Pulau Pinang, sementara menunggu rundingan dengan Siam mengenai kepulangan baginda ke Kedah selesai.129 Dalam Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pulang ke Kedah.130 Namun begitu Kedah dibahagikan kepada empat: Kedah, Kubang Pasu, Perlis dan Setul-Lingu. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II berkuasa di Kedah; Tunku Anun, Kubang Pasu; Syed Husin, Perlis dan Tunku Bisnu, Setul-Lingu. Setul-Lingu diletakkan di bawah Raja Senggora; Kedah, Perlis dan Kubang Pasu diletakkan di bawah Nakhorn Sri Thammarat.131 Namun begitu Kubang Pasu diletakkan kembali di bawah pentadbiran Sultan Kedah, setelah Tunku Anom meninggal dunia. Manakala Perlis dan Setul kekal sebagai unit politik berasingan daripada Kedah. Perkara lain yang juga boleh dibangkitkan di sini ialah kedudukan Tunku Anum. Tunku Anum disifatkan sebagai pembelot, penyokong Siam. Oleh itu beliau telah dilantik oleh Siam sebagai gabenor Kedah tahun 1838. Beliau dikatakan berangkat ke Bangkok untuk mempengaruhi istana supaya jangan memenuhi permohonan Tunku Zainal Rashid dan Tunku Muhammad Akib yang datang untuk meminta pengampunan daripada pihak Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Tunku Anom bersama 30 pembesar Kedah menandatangani surat bantahan menentang meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di atas takhta kerajaan Siam.132 Dalam gambaran yang lain pula, Tunku Anum dikatakan telah mengambil keputusan berpura-pura menyokong kerajaan Siam. Setelah mendapat surat perakuan daripada Phya Sina Nongchit, pemerintah Siam di Alor Ganu, Tunku Anum berangkat ke Ligor. Dalam pertemuannya dengan Raja Ligor, seiringan dengan penyerahan surat daripada Phya Sina Nongchit, Tunku Anum menyatakan sokongannya kepada Raja Ligor. Dengan itu Tunku Anum tinggal di Ligor. Sebelum berangkat ke Ligor, Tunku Anum telah pun mengadakan pakatan dan latihan di Bukit Kapelu, Kodiang serta berteguh tidak akan membocorkan rahsia pakatan mereka.133 Dalam pakatan mereka, sementara Tunku Anum berada di Ligor, pasukan ini hendaklah melancarkan serangan terhadap pasukan tentera Siam di Alor Ganu. Oleh kerana serangan yang berterusan, pertahanan Ligor menjadi lemah, menyebabkan Raja Ligor berunding dengan Tunku Anum dan menawarkan beliau menjadi wakil Ligor di Kedah. Tawaran ini ditolak oleh Tunku Anum.134 Namun begitu apabila Raja Ligor menulis surat resmi kepadanya, menyatakan Siam tidak akan campur tangan dalam kerajaan Kedah; Kedah hanya dikehendaki menghantar bunga mas dan perak sebagai tanda persahabatan, tiga tahun sekali; pembebasan tawanan Kedah di Ligor; Tunku Anum bersetuju. Beliau pulang ke Kedah, di istana Anak Bukit. Kejayaan ini dimaklumkan kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di Melaka. Baginda menghantar Tunku Dai ke Kedah. Tunku Dai dilantik sebagai Pemangku Sultan. Namun begitu pentadbiran Kedah masih di bawah Tunku Anum. Tahun 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menghantar Tunku Dai dan Tunku Anum ke Bangkok menemui Rama lll untuk berunding mengenai kedudukan negeri Kedah. Rama lll bersetuju dengan cadangan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pulang ke Kedah. Namun begitu Kedah disyaratkan menghantar bunga mas dan perak, sakali pada tiap-tiap tiga tahun. Akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 129

II dijemput pulang ke Kedah untuk meneruskan pentadbiran takhta kerajaan Kedah.135 Sebagai mengenang jasa Tunku Anum, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menganugerahkan dua puluh empat mukim, dan melantik beliau sebagai Raja Kubang Pasu.136 Kembalinya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di atas takhta kerajaan Kedah tahun 1842 dianggap hubungan Kedah-Siam kembali kepada zaman sebelum 1821.137 Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dikatakan menerima syarat yang dikemukakan oleh Bangkok.138 Tahun 1941, Kedah, juga negeri Melayu diserang dan diduduki tentera Jepun.139 Seterusnya tentera Jepun mentadbir Negeri Melayu mulai tahun 1941. Dalam hal ini berlaku perkara menarik dalam sejarah Kedah. Ketika tentera Jepun menyerang Kedah pada 1941, berlaku peristiwa yang mana tidak terjadi dalam sejarah institusi raja lain di Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Abdul Hamid Kedah ditahan, serta dibawa ke Kulim, dalam perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang. Ketika tentera Jepun menyerang Kedah, Sultan Abdul Hamid dan keluarga dinasihatkan pegawai British berundur ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan ini, putera baginda, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pada ketika itu Pegawai Daerah Kulim mengarahkan menahan dan membawa ayahandanya, Sultan Abdul Hamid berlindung di Kulim. Sultan Abdul Hamid ditempatkan di Kampung Sedim. Tunku Abdul Rahman bertindak demikian dengan alasan Pulau Pinang tidak selama untuk berlindung, dan yang lebih penting Sultan sepatutnya berada bersama rakyat ketika negeri dalam keadaan genting.140 Polis dan kekandanya, Tunku Badli Shah menghubungi melalui telefon meminta Tunku Abdul Rahman membenarkan Sultan Abdul Hamid berangkat ke Pulau Pinang. Permintaan ini tidak dilayan oleh Tunku Abdul Rahman dengan alasan Sultan sepatut bersama rakyat ketika negeri dalam kesusahan.141 Ketika pentadbiran Jepun, Kesatuan Melayu Muda diharamkan di Negeri Melayu tahun 1943. Dalam perkembangan lain, pemuda Kedah, antara Senu Abdul Rahman, Mohd. Khir Johari, Mohd. Jamil, Ahmad Nordin, dan Wan Din bin Wan Hashim mengadakan perjumpaan di Rumah Pelamin, Alor Setar tahun 1944. Dalam perjumpaan ini mereka menubuhkan Syarikat Kerjasama Am Saiburi (Seberkas).142 Selain itu terdapat juga pertubuhan lain di Kedah, seperti Pemuda Raya dan Kesatuan Pemuda Kedah. Pemuda Raya diasaskan oleh Sheikh Abdul Halim Othman, dan kegiatannya lebih tertumpu kepada perniagaan dan pertanian.143 Negeri Melayu, tidak terkecuali Kedah mengalami perubahan besar dalam pentadbiran. Tahun 1945, Jepun menyerah kalah setelah bandar Nagasaki dan Hiroshima diletupkan dengan bom atom oleh pihak Berikat. Dengan itu Negeri Melayu jatuh kembali ke tangan pentadbiran British, dan kali ini ditadbirkan oleh Pentadbiran Tentera British (British Military Administration). Namun begitu sebelum tentera British mengambil alih teraju pemerintahan, dengan alasan menyambut kemenangan mengalahkan Jepun, komunis menduduki Negeri Melayu, kira-kira dua minggu. Ketika inilah berlaku keganasan komunis. Ramai yang disyaki terlibat menyokong Jepun disiksa dan dibunuh oleh komunis. Dalam pada itu berlaku pertempuran di antara orang Melayu dengan komunis, misalnya di Batu Pahat, Johor; Bekor, Kuala Kangsar; dan Kurau, Perak. Keamanan pulih, dan suasa politik bertambah baik apabila tentera British datang mentadbir Negeri Melayu. Ketika pentadbiran tentera British ini, Kedah diletakkan di bawah Daerah 1. Kemudiannya sebuah pertubuhan politik, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 1945, dan cawangannya ditubuhkan di Kedah. Negeri Melayu mengalami perubahan lagi dalam pentadbiran, apabila Pentadbiran Tentera British digantikan pula dengan Malayan Union tahun 1946. Malayan Union adalah rancangan kerajaan British yang diatur sejak tahun 1941, setelah mereka dikalahkan tentera Jepun, dan meninggalkan Negeri Melayu. Dalam usaha mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan Malayan Union, pengawai British H.C. Willan dihantar menghadap tiap-tiap orang Raja Melayu untuk mendapatkan persetujuan menandatangani perjanjian melaksanakan Malayan 130

Union. Jalan yang dirintis H.C. Willan diteruskan oleh Sir Harold MacMichael. Harold MacMichael tidak menghadapi sebarang masalah, dan dalam tempoh singkat berjaya mendapatkan tandatangan Raja Melayu menyerahkan kedaulatan baginda kepada Raja England, dan melaksanakan Malayan Union. Kertas Putih Malayan Union disiarkan dalam Warta Kerajaan pada Januari 1946.144 Pengisytiharan Malayan Union ini mencetuskan bantahan daripada Raja Melayu, dan juga orang Melayu. Bantahan ini ditunjukkan oleh Raja-raja Melayu melalui telegram bantahan ke London, dan tunjuk perasaan orang Melayu di serata Negeri Melayu. Antara sebab menonjol bantahan orang Melayu itu kerana Raja Melayu hanya “…menjadi pemimpin atau kepala kapada [kepada] orangorang Melayu dalam hal adat resam dan agama”; persamaan taraf tanpa mengira bangsa dan agama; mereka yang dilahirkan di Malayan Union dan Singapura serta mereka yang tinggal 10 tahun daripada 15 tahun pada tarikh berkuatkuasa Malayan Union boleh menjadi rakyat Malayan Union; dan mereka yang tinggal lima tahun di negeri Malayan Union atau Singapura boleh mendapatkan taraf kerakyatan.145 Orang Melayu Kedah melancarkan gerakan menentang Malayan Union. Pada akhir Januari 1946, mesyuarat menentang Malayan Union diadakan di Maktab Mahmud, Alor Setar. Antara mereka yang hadir, Cikgu Saidin Yahya, Ustaz Ibrahim Said, Zahir Ismail, Mahathir Mohamed, Haji Othman Yusuf, Khalid Awang Osman, dan Mahadi bin Mohamed Iskandar. Dalam mesyuarat ini keputusan dicapi membentuk Jawatankuasa Bertindak menentang Malayan Union, dan pengerusinya, Tunku Abdul Rahman. Selain itu Haji Hussain Che Dol, ditugaskan mengendalikan perhimpunan tersebut. Pada 19 Januari 1946, kira-kira 50,000 orang berhimpun di Alor Setar;146 melancarkan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Mereka berarak kira-kira dua batu (3.2 kilometer) mengelilingi bandar Alor Setar. Dalam perarakan itu, murid sekolah membawa sepanduk antara lain, tercatat “Wahai ibubapaku, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Dalam perhimpunan ini Haji Hussain Che memberi ucapan menentang Malayan Union.147 Sementara itu Sultan Kedah juga memberi pandangan terhadap Malayan Union ini. Dalam hal ini baginda Sultan Kedah menyatakan seperti berikut: Saya diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan jikalau saya menolak daripada menurunkan tandatangan ke atas apa yang saya katakan alat menyerah diri pengganti, saya yang akan menurunkan tandatangannya, akan dilantik. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah terpaksa menurunkan tandatangan dengan mengaku mereka akan menasihatkan saya supaya menurunkan tandatangan. Saya telah diberitahu iaitu perkara itu adalah perkara…sulit dan saya tidak pula dibenar menceritakan apa yang telah berlaku itu.148 Dalam pada itu akhbar Warta Negara melaporkan Sultan Kedah akan dibuang dari takhta kerajaan jika tidak menurunkan tandatangan ke atas Perjanjian MacMichael.149 Sehubungan itu Seberkas yang sebelum ini memberi perhatian kepada hal berkaitan ekonomi mengubah kepada perjuangan politik pada 13 April 1946.150 Tahun 1946 muncul lagi berberapa pertubuhan: Persatuan Ulama Kedah, Kesatuan Melayu Kedah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Anjuran Kesetiaan Pemuda, dan Kesatuan Pemuda Kedah. Persatuan Ulama ditubuhkan pada 19 Januari 1946, manakala Kesatuan Melayu Kedah pada 19 Februari 1946. Anjuran Kesetiaan Pemuda, antara lain matlamat perjuangannya ialah membebaskan Negeri Melayu daripada penjajah. Jawatankuasa mereka terdiri Arshad bin Omar (Pengerusi), Baharom bin Abdullah (Naib Pengerusi), Syed Ahmad Shahabuddin (Setiausaha), Ahmad (Penerangan), dan jawatankuasanya, Hashim Sharif, Ali Pak Chik, Yahya Md. Zain, Said, Md. Zain, dan Rashid.151 Manakala Kesatuan Pemuda Kedah pula dipelopori oleh, 131

antaranya Mahathir bin Mohamed (Yang Dipertua),152 Zahir bin Ismail (Naib Yang Dipertua),153 Ibrahim Said (Setiausaha), Hamid Derang, Abd. Hamid Tahir, Hanafiah Hussain, dan Nawawi.154 Persatuan Ulama Kedah dicadangkan dalam satu mesyuarat yang diadakan selepas orang Melayu Kedah berarak menentang Malayan Union di Alor Setar pada 19 Januari 1946. Selepas perarakan tersebut, di waktu petang ulama dan pemimpin kampung mengadakan perjumpaan di Maktab Mahmud, Alor Setar, di bawah pimpinan Sheikh Abdul Halim bin Othman, guru besar Maktab Mahmud. Antara mereka yang hadir, Sheikh Abdul Halim bin Othman, Hussain Che Dol, Haji Abdul Rahman Merbok, dan Haji Abdullah Abbas Nasution. Mereka yang hadir dalam perjumpaan ini bersetuju menubuhkan Persatuan Ulama Kedah. Seterusnya Persatuan Ulama Kedah dirasmikan penubuhannya pada 9 Februari 1946, di Sekolah Pondok Tambak Bunga, Kedah. Ahli jawatankuasa yang dipilih: Haji Hussain Che Dol, Mudir Sekolah Arab Guar Chempedak (Yang Dipertua), Haji Abdul Rahman Merbok, Mudir Sekolah Arab Merbok (Penolong Yang Dipertua), Abdullah Abbas, Mudir Sekolah Arab Tanjung Pauh, Jitra (Setiausaha), Yahya Junid, Mudir Sekolah Padang Lumat (Penolong Setiausaha), Haji Abdullah, Mudir Sekolah Arab Tambak Bunga (Penyimpan Wang), Haji Mustaffa, Sekolah Arab Tambak Bunga (Pemeriksa Kira-Kira), Mohd. Saad, Guru Sekolah Maahad al-Mahmud (Penolong Pemeriksa Kira-Kira), Sheikh Abdul Halim bin Othman, Mudir Maahad al-Mahmud (Penasihat Am), dan Lebai Ismail, Anak Bukit (Penolong Penasihat Am). Manakala ahli jawatankuasa pula ialah Haji Yahya, mudir Madrasah Kupang; Sheikh Abdullah, mudir Madrasah Langgar; Ahmad Osman, guru Maahad al-Mahmud; Haji Ismail, guru Kuala Kedah; Mahmud, mudir Madrasah Kuala Muda; Haji Mahmud, mudir Sekolah Arab Bukit Besar; Haji Osman, mudir Sekolah Arab Gunong; Haji Abdul Rahman, mudir Sekolah Arab Sanglang; Haji Ibrahim, mudir Sekolah Arab Gajah Mati; Haji Hussain, mudir Madrasah Langgar Lama; Haji Harun, mudir Madrasah Sungai Baru); dan Haji Zakaria, mudir Madrasah Kubang Rotan.155 Kesatuan Melayu Kedah dirasmikan penubuhannya di Sekolah Melayu, Kancut, Alor Setar pada 19 Februari 1946. Jawatankuasanya terdiri daripada: Haji Hussain Che Dol (Yang Dipertuan), Ayob bin Abdullah dan Haji Mohd. Rajab bin Darus (Naib Yang Dipertuan), Mohd. Khir Segara bin Abdullah (Setiausaha), Putih bin Napa (Bendahari), Haji Othman bin Haji Yusof (Jawatankuasa Bahagian Pergaulan), Ibrahim bin Endut (Jawatankuasa Bahagian Siasah), dan Hassan bin Shuib (Pelajaran). Manakala jawatankuasanya ialah Haji Abd. Aziz bin Haji Salam, Haji Abd. Latif bin Haji Ahmad, Ustaz Ibrahim bin Said, Azhari bin Taib, Ismail bin Abd. Hamid, Haji Ahmad bin Abdullah, dan Wan Mohammad Saad bin Mahmud. Kesatuan Melayu Kedah menubuhkan cawangannya di Kulim, Sungai Petani, dan Kubang Pasu. Ketika pertubuhan Melayu menyertai kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Kesatuan Melayu Kedah mengjhantar Haji Hussain bin Che Dol, Senu bin Abdul Rahman, Ibrahim bin Endut, Ayob bin Abdullah, dan Abd. Hamid bin Abdullah sebagai wakil.156 Penentangan terhadap Malayan Union diteruskan dilakukan oleh orang Melayu Kedah. Pada 4 Februari 1946, kira-kira 5,000 orang berhimpun di Padang Court, Alor Setar melakukan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Dalam perhimpunan ini, Haji Hussain Che Dol dan Senu Abdul Rahman memberi ucapan menentang Malayan Union. Orang Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan lagi pada 30 Mei 1946. Tunjuk perasaan ini dilancarkan ketika rombongan ahli parlimen Britain, Leftenan Kolonel Rees-William dan Kapten L.D. Gammans bersama Dato’ Onn Jaafar melawat Kedah. Orang Melayu keluar di sepanjang jalan yang dilalui oleh rombongan ahli parlimen Britain ini, dan melekatkan sepanduk di sepanjang jalan tersebut: di pokok, kereta lembu, kereta, dinding rumah, dan tembok. Antara lain sepanduk mereka tertulis “Siapakah MacMichael itu kami tak nampaknya rupanya”.157

132

Kemudian perhimpunan diadakan di Padang Court, Alor Setar. Sebuah pentas dibina di sini. Orang Melayu yang hadir dalam perhimpunan ini meneriakkan “Hidup Melayu”; manakala kaum wanita pula membawa sepanduk berbunyi “kami bersedia sehidup semati dengan kaum bapa dalam perjuangan memelihara kehormatan bangsa”.158 Majlis ini dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beberapa orang berucap dalam perhimpunan ini. Ibrahim bin Endut, mewakili Kesatuan Melayu Kedah berucap menentang Malayan Union, dan ucapannya itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Mohd. Khir Johari. Senu Abdul Rahman juga memberi ucapan yang sama, menentang Malayan Union. Dalam ucapannya itu, Senu Abdul Rahman menyatakan “…sekiranya dengan Malayan Union ini, maksud British hendak merampas Tanah Melayu ini, lebih baik British membawa bom atom dan lepaskan di Tanah Melayu ini”. Kemudiannya Kamaliah, mewakili Kaum Ibu juga berucap dalam nada yang sama, menentang Malayan Union.159 Ucapan orang Melayu ini disambut oleh L.D. Gammans yang menyatakan orang Melayu menentang Malayan Union, dan perkara ini akan beliau sampaikan dalam Parlimen Britain.160 Tentangan terhadap Malayan Union ini menimbulkan berbagai cadangan dalam akhbar Melayu supaya orang Melayu berkongres. Seruan ini menjadi kenyataan pada Mac 1946, orang Melayu berkongres di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dianjurkan oleh Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Kongres ini sebulat suara menentang Malayan Union, dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar atau United Malays National Organization=UMNO). Dalam kongres ini Kesatuan Melayu Kedah menghantar wakil Haji Hussain Che Dol (Ketua), Abdul Hamid bin Abdullah, Ayob bin Abdullah, Omar bin Din, Senu bin Abdul Rahman; dan Haji Salleh bin Shamsuddin, serta Mohd Rajab bin Darus sebagai wakil pemerhati. Seberkas pula menghantar Mohd. Rajab Binjal (Ketua), Haji Muhammad Saud Taha, dan Azhari Taib sebagai wakil; Haji Omar Salleh sebagai pemerhati.161 Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union tidak menghalang hasrat kerajaan British mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayu. Pada 29 Mac 1946, Dato’ Onn memanggil dua kali mesyuarat tergempar, pertama di pejabat akbar Majlis, dan kedua di Penang Peranakan Kelab, Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan terhadap keputusan British mengumumkan Malayan Union. Dalam mesyuarat tersebut keputusan dicapai: orang Melayu dikehendaki memulau upacara perlantkan Gabenor Malayan Union, meminta Raja Melayu tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union, dan orang Melayu dikehendaki bergabung melilitkan kain hitam di songkok selama tujuh hari mulai 1 April 1946. Mesyuarat juga bersetuju, Nik Ahmed Kamil, Dato’ Onn, dan Dato’ Hamzah bin Abdullah sebagai wakil menghadap Raja Melayu memaklumkan supaya memulau upacara perlantikan Gabenor Malayan Union. Juga menggesa ahli Melayu yang mengganggotai Mesyuarat Penempatan dan Perundangan memulau mesyuarat tersebut.162 Dalam pertemuan Raja Melayu dengan rakyat di Hotel Stesen pada 1 April 1946, baginda Raja Melayu menyatakan tidak akan menghadiri upacara pengisytiharan perlantikan Gabenor Malayan Union.163 Walaupun dipulau oleh Raja Melayu, dan pemimpin Melayu, Sir Edward Gent diisytiharkan sebagai Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Seiringan pengisytiharan tersebut, 17 das tembakan dilepaskan sempena upacara pengisytiharan ini. Seterusnya Edward Gent berucap sempena perlantikannya itu. Antara lain beliau menyatakan, seiringan dengan pemulihan kerajaan awam, baginda King dan beliau dengan rasa sukacitanya mengutuskan ucapan selamat masa depan Tanah Melayu.164 Sultan Kedah turut sama dengan Raja Melayu lain memulau pegisytiharan Malayan Union itu. Tindakan Sultan Kedah ini mendapat penghargaan Haji Hussain Che Dol, selaku Yang Dipertu Kesatuan Melayu Kedah, dan menyatakan Kesatuan sentiasa menyokong baginda sultan, serta menyokong sentiasa berada di belakang, mempertahankan negeri dan bangsa.165 Keputusan menubuhkan UMNO dalam kongres di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur di bawa ke dalam kongres Melayu berikutnya di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 133

dan 11 Mei 1946. Dalam kongres ini Kesatuan Melayu Kedah menghantar Haji Mohd. Rajab bin Darus, dan Haji Ahmad bin Haji Abdullah; dan Seberkas pula menghantar Mohd. Jamil Binjal, dan Senu bin Abdul Rahman.166 Kongres ini meluluskan penubuhan UMNO; piagam UMNO ditandatangani, dan berikutnya UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946.167 Piagam ini mempunyai 12 perkara. Antaranya, perkara satu menubuhkan pertubuhan pusat, UMNO berpusat di Johor Bahru, dan persatu menjadi ahli asas. Perkara kelima, perhimpunan agong hendaklah terdiri daripada lebih dua orang wakil setiap persatuan, dan mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-sekurangnya sekali setahun. Presiden hendaklah dipilih dalam perhimpunan agong, dan memegang jawatan tersebut sehingga pemilihan presiden baru dibuat.168 Mesyuarat juga bersetuju Dato’ Onn sebagai Presiden UMNO. Pada 29-30 Jun 1946, persidangan UMNO diadakan di Ipoh, Perak. Dalam persidangan ini bendera UMNO ditentukan. Namun begitu dalam persidangan ini PKMM menarik diri dari gabungan UMNO kerana cadangan mereka mengenai bendera tidak diterima perhimpunan. Kemudiannya pada 22 Mac 1947, orang Melayu bersidang di Ihya Assyariff, Gunung Semanggol, Perak. Dalam persidangan ini, lahir Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya (PERMAS) serta Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA), dan kedua-duanya diketuai oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Cawangan UMNO merebak ke seluruh Negeri Melayu, termasuklah Kedah. Kesatuan Melayu Kedah dan Seberkas menjadi ahli gabungan UMNO. Pada 11 – 12 Januari 1947, UMNO mengadakan persidangan di Kedah. Dalam persidangan ini Kesatuan Melayu Kedah dan Seberkas memainkan peranan utama. Kesatuan Melayu Kedah diwakili oleh Haji Hussain Che Dol dan Syed Abdul Rahman.169 Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ini bertambah hebat, menyebabkan kerajaan British memansuhkannya, dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. UMNO menetapkan 1 Januari 1948 sebagai hari menyambut kedatangan Persekutuan, dan pemanasuhkan Malayan Union. Walaupun demikian Kesatuan Melayu Kedah dan Seberkas mengambil keputusan tidak akan menyertai sambutan tersebut. Dalam alasan yang dinyatakan, kedua-dua pertubuhan ini tidak puas hati terhadap Sultan dan Pembesar Kedah yang menyusun undang-undang perlembagaan negeri Kedah tanpa memberitahu kepada kedua-dua badan tersebut.170 Juga enam cawangan Kesatuan Pemuda-Pemuda Kedah yang bersidang pada 15 November 1947, di rumah Kesatuan, Jalan Langgar, Alor Setar tidak akan ikut sama dalam perayaan 1 Januari 1948, melainkan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dibentangkan kepada khalayak.171 Kekecohan ini membawa kepada kunjungan pemimpin tertinggi UMNO ke Kedah untuk menenangkan suasana kekecohan itu.172 Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Feberuari 1948. Dalam perkembangan berikutnya, Kesatuan Melayu Kedah menjadi ahli UMNO, secara “Ahli berdaftar terus”; manakala Seberkas tidak menyertai UMNO. Tahun 1948, lahir pula Hizbul Muslimin, berpusat di Gunung Semanggol, dan diketuai oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tahun 1948, Tanah Melayu mengalami perubahan dalam sinario politik kerana kerajaan Persekutuan mengharamkan PKMM dan Parti Komuninis Malaya (PKM). Kemudiannya PKM melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948, bermatlamat menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berikutnya menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Darurat berlarutan di Tanah Melayu sehingga 1960, apabila kerajaan Persekutuan mengisytihar Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis, dan darurat ditamatkan. Pada 21-22 Februari 1950, UMNO menganjurkan Kongres Ulama Se Malaya yang pertama di Muar, Johor. Kongres ini diwakili oleh 46 perwakilan, dan 300 orang pemerhati, termasuk juga wanita.173 Persatuan Ulama Kedah menghantar tiga orang wakil, Haji Hussain Che Dol, Sheikh Osman Salleh, dan Ustaz Ismail Said. Dalam kongres itu wakil Persatuan Ulama Kedah menggesa melantik wakil ulama se Malaya sebagai ahli Majlis Perundangan. Selain itu, tahun 1950, Persatuan 134

Ulama Kedah juga menghantar telegram kepada Dato’ Onn menggesa beliau menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Pada Mac 1950, pengisytiharan pertama Sistem Ahli yang dibentuk tahun 1948 dilancarkan. Seterusnya pada April 1951, perlantikan dalam Sistem Ahli dilakukan. Antaranya Dato’ Onn dilantik sebagai ketua Jabatan Dalam Negeri, dan E.E.C. Thuraisingham, Jabatan Pelajaran. Pada 1951, UMNO mengalami masalah dalaman apabila Dato’ Onn melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO, dan berikutnya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party=IMP). Namun begitu presiden baru, Tunku Abdul Rahman menjalankan usaha untuk memberi keyakinan kepada ahli UMNO tentang kemampuan UMNO dalam perjuangan, antaranya memerdekakan Tanah Melayu; dan menguatkan kembali UMNO. Tahun 1952, UMNO Kedah dan Seberkas mengeluarkan manifesto bersama mengenai Persekutuan Tanah Melayu. Antara lain dalam manifesto ini mereka menyoal langkah kerajaan menghantar anak Melayu berlatih di luar negara untuk memegang jawatan dalam pentadbiran, menggesa penggunaan bahasa Melayu, mengesyorkan pilihan raya, dan ramai anak Melayu tidak diberi pendidikan. Sehubungan tuntutan ini, UMNO Kedah dan Seberkas menggesa kerajaan mengambil perhatian terhadap tuntutan mereka itu. Jika sekiranya kerajaan tidak mengambil perhatian “…akibatnya boleh menimbulkan syak dan wasangka terhadap keikhlasan kerajaan yang boleh mendorongkan anasir-anasir yang tidak diingini mempengaruhi fikiran-fikiran orang ramai”.174 Politik dan pentadbiran Tanah Melayu mengalami lagi perkembangan baru, pilihan raya perbandaran yang bermula di George Town, Pulau Pinang tahun 1951, diadakan lagi di Kuala Lumpur pada 1952. Dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur ini, UMNO dan MCA bergabung membentuk Parti Perikatan, dan berjaya dalam pilihan raya tersebut, memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, mengalahkan IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn. Gabungan UMNO-MCA dikukuhkan dalam konvesyen mereka tahun 1953 dan 1954. Kemudiannya pada 1954, MIC pula menyertai Perikatan, sebagai persediaan pilihan raya umum tahun 1955. Parti Perikatan menyertai pilihan persekutuan yang pertama tahun 1955. Dalam pilihan raya ini Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingan. Hanya kerusi Kerian dimenangi Parti Islam Se Malaya (PAS) Seterusnya Perikatan membentuk kerajaan, dan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama. Pada 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan, berangkat ke London. Rundingan berlangsung dengan wakil kerajaan British dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956. Kerajaan memberi jaminan akan memberi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957. Berikutnya perjanjian kemerdekaan ditandatangani pada 9 Mei 1956. Dalam usaha ke arah kemerdekaan, Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah. Persatuan Ulama Kedah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Bebas Perlembagaan menuntut agama Islam sebagai asas pemerintahan, seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada salah seorang Raja Melayu, dan Menteri Besar hendaklah beragama Islam. Pada 31 Ogos 1957, pengisytiraharan kemerdekaan dilaksanakan di Stadium Merdeka. Warisan dan Budaya Selain hebat dalam sejarah, Kedah juga hebat dalam aspek warisan dan budaya. Antara warisan Kedah ialah tinggalan naskhah Melayu. Dalam pada itu tidak terkecuali terdapat tiga kisah yang menyebabkan nama Kedah seringkali dikaitkan dengan kisah ini. Kisah yang dimaksudkan: Mahsuri, Puteri Lindungan Bulan dan Raja Bersiong. Walaupun pelbagai pandangan dan pendapat 135

terhadapnya, sama ada mitos, legenda atau sejarah, tetapi kisah ini dapat diambil iktibar serta teladan daripadanya.175 Sementara itu terdapat warisan utama Kedah yang turut sama meletakkan Kedah sebagai negeri hebat di Semenanjung Tanah Melayu. Warisan tersebut tapak arkeologi Lembah Bujang, dan naskhah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Syair Sultan Maulana, Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah, Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Seri Paduka Tuan, Hukum Kanun Dato’ Kota Setar, Cara Membuat Bunga Emas, Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan; Undang-undang Ku Din Meh; Cerita Rakyat – Mek Mulong, Jike, dan Cerita Terung Pipit. Hikayat Merong Mahawangsa diklasifikasikan oleh peneliti sastera sebagai Sastera Sejarah. Naskhah ini menarik perhatian dan kajian sarjana dalam dan luar negara. Kandungannya mengemblengkan dua unsur mitos dan realiti. Antara perkara yang disentuh dalam naskhah ini: Nabi Sulaiman, Raja Bersiong, menentang Raja Bersiong, hubungan Kedaah dengan Siam, Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang, dan Pengembaraan Sheikh Abdullah dengan Syaitan.176 Dalam pada itu At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah adalah naskhah sejarah, mengisahkan sejarah awal Kedah, Raja pertama Kedah, Maharaja Derbar Raja sehingga abad ke-20, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Dalam kisah tersebut dibincangkan hubungan Kedah dengan Tenangsari dan Ligor; Kedah menerima Islam, dan pemerintahan Sultan; hubungan dengan Aceh; hubungan dengan barat; hubungan dengan Bugis; pengembaraan Tengku Muhammad Jiwa; peraturan Tengku Muhammad Jiwa; kemangkatan Sultan Muhammad Jiwa Zainul ‘Azilin Muazzam Shah; konflik Kedah dengan Perak dan Ligor; Ligor menyerah semula Kedah; Sultan Kedah berangkat ke Siam; keeratan hubungan Kedah dengan Siam; perubahan baharu di Kedah; perselisihan pemilihan sultan; Kedah di antara 1880 hingga 1904; Kedah menjadi takluk British; Kedah ditadbir Regen; dan Kedah pada awal abad ke-20.177 Semetara itu naskhah Syair Sultan Maulana mengisahkan zaman pemerintahaan Sultan Maulana Ahmad Tajuddin Abdul Halim Ibni Sultan Abdullah (Sultan Ahmad Tajuddin Abdullah Halim Shah II). Naskhah ini mengisahkan dalam bentuk syair. Ketika pemerintahan baginda, Patani bangkit menentang Siam. Raja atau Gabenor Senggora meminta bantuan Kedah. Tentera bantuan Kedah tidak sampai, tetapi angkatan Siam berjaya mengatasi kebangkitan Patani tersebut. Selain itu berlaku perang Siam dengan Burma. Sekali lagi Siam meminta bantuan Kedah. Kedah terlibat membantu Siam, dan Burma dikalahkan.178 Selain At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kedah memiliki sebuah lagi naskhah sejarah berjudul Salasilah atau Tarekh Kerja-aan Kedah. Naskhah ini membahagikan kisahnya kepada dua: kedudukan tanah negeri Kedah, dan salasilah. Dalam huraian kedudukan geografi dihuraikan sempadan negeri Kedah. Dalam bahagian salasilah pula, dinyatakan Kedah sudah ada petempatan sejak 620. Pada 630 Raja Merong Mahawangsa datang, dan dilantik sebagai Raja Kedah (dicatat sebagai Langkasuka). Kemudiannya Sheikh Abdullah datang menyebar agama Islam. Raja memeluk agama Islam. Kisah raja Kedah tamat ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Kemudiannya mengisahkan pegawai negeri Kedah; ekonomi dan perdagangan Kedah, termasuk Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perjanjian 1800 dengan Sir George Leith. Seterusnya serangan dan pendudukan Siam Kedah 1821, dan rundingan sehingga Kedah dikembalikan kepada pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II II. Juga naskhah ini mengisahkan pentadbiran Kedah, termasuk kesulitan kewangan, sehingga memohon bantuan daripada kerajaan Siam. Seterusnya mengisahkan Kedah menerima penasihat British, dan jawatan ini disandang oleh W.G. Maxwell. Bahagian akhir naskhah ini dicatatkan senarai nama pegawai dan jawatan yang disandang dalam kerajaan 136

Kedah 1329 (1911); fasal memakai setem, bendera, dan gelaran yang dipakai dalam negeri Kedah.179 Seterusnya Kedah meninggalkan warisan yang mencerminkan kehebatan Kedah. Warisan yang dimaksudkan ialah naskhah undang-undang. Keberadaan undang-undang dalam sesebuah kerajaan melambangkan peradaban dan martabat kerajaan itu, dan sekaligus mengangkat kehebatan negeri Kedah. Undang-undang ini bukan sahaja menggambarkan sistem pemerintahan, tetapi juga bentuk pentadbiran, susun lapis masyarakat dan corak pemikiran masyarakat Kedah pada ketika berkaitan. Undang-undang ini dibahagikan kepada lima bahagian. Pertama, Undang-undang Pelabuhan; kedua, Undang-undang Seri Paduka Tuan; ketiga, Hukum Kanun Dato’ Kota Setar; keempat, Cara-cara Membuat Bunga Emas, dan kelima, Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan. Undang-undang Pelabuhan digubal pada 1650, ketika pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Shah bersemayam di Naka, mengenai peraturan pelabuhan, dan bidang tugas pegawai serta pekerja berkaitan. Undang-undang Seri Paduka Tuan mengandungi 16 fasal. Kandungannya merangkumi perkara yang melibatkan hukuman mencuri, menyamun, menyabung, makan madat, berjudi, bertaruh, sembah berhala batu atau kayu, minum arak, dan perkara yang diharamkan dalam agama Islam. Selain itu memberi kuasa kepada Tok Kweng mengawal serta menghukum mereka yang tidak berpuasa, solat lima waktu, dan solat Jumaat. Dalam naskhah ini juga menyentuh bayaran zakat mereka berhuma dan bersawah; jual-beli, menjaga kerbau lembu, hal mengenai persawahan, dan peraturan memasuki kampong serta rumah orang. Kemudiannya naskhah ini menyentuh soal tanah, iaitu tanah hidup dan tanah mati. Seterusnya Hukum Kanun Dato’ Kota Setar membicarakan perkara berkaitan sifat baik Raja Pemerintah, bahasa Raja, larangan khusus Raja Pemerintah, larangan menderhaka kepada Raja, ibu bapa, dan guru. Cara-cara Membuat Bunga Emas pula adalah naskhah yang bukan sahaja menjelaskan mengenai cara membuat, dan menghantar bunga emas ke Siam, tetapi menyentuh juga alat kebesaran, tanggungjawab Orang Besar, adat meminang, tatacara di balairung seri, dan menyambut hari raya haji. Selain itu naskhah ini juga menyentuh sifat baik raja, bahasa raja, larangan, dan hanya untuk raja sahaja. Seterusnya Undang-undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan ini mempunyai persamaan dengan Hukum Kanun Melaka, dan bahagian akhir diambil daripada Undang-undang Laut Melaka.180 Undang-undang ini menyentuh antaranya “…adat istiadat dan pantang larang diraja, hukum jenayah seperti membunuh, mengamuk, mencuri, mengganggu anak isteri dan tunang orang, berhutang, memfitnah dan menuduh orang,..hukum nikah kahwin, hukum gantang cupak, hukum berwakil, hukum orang berkampung, hukum mendapat orang binasa dan lapar, hukum berniaga, syarat menjadi saksi,..”.181 Naskhah Undang-undang itu didasarkan kepada School of Oriental and African Studies (SOAS) MS 40329 yang dirujuk sebagai Undang-undang Kedah.182 Pada naskhah ini tidak menjudul dan membahagi lima bahagian, tetapi pengakhiran tiap-tiap bahagian itu dapat dikenal pasti dengan catatan “tamat al-kalam atau tamat” di penghujungnya. Namun begitu tidak dicatatkan “tamat” pada penghujung undang-undang “Fasal pada menyatakan undang[-undang] adat pekerjaan temenggung”, seterusnya mencatatkan “Adat Raja Johor” (naskhah jawi halaman 20, transliterasi halaman 34). Persoalan timbul di sini adakah “Adat Raja Johor” ini judul baru atau sambungan daripada senbelumnya? Walaupun demikian berdasarkan maklumat naskhah yang ditransliterasi, dan juga merujuk faksimili jawi yang dilampir, dikongsi secara ringkas pelbagai aspek undang-undang dan peraturan yang terakam dalam Undang-undang Kedah tersebut. 137

Naskhah Undang-undang Kedah ini, yang memulakan “Pada tarikh seribu enam puluh tahun (1,060)…” menyentuh perkara perniagaan, termasuk tugas syahbandar serta mata-mata. Selain itu terdapat juga cara atau adat menyambut surat kompeni, raja Perak, Patani, Jambi, Senggora; dari Melaka, Ligor, dan Kompeni Gujarat. Dalam pada itu tercatat juga hukuman terhadap anak bapa bergelar atau tidak bergelar; adat atau tugas syahbandar daratan dan matamata. Seterusnya naskhah Undang-undang Kedah yang memulakan “Hijrat al-Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan,..” mencatatkan undang-undang mencuri, menyamun, menyabung, hisap madat, berjudi, menyembah kayu atau batu, minum arak dan tuak, serta hisap ganja. Selain itu naskhah ini juga mencatatkan hukum syarak, tidak sembahyang lima waktu dan Jumaat. Di samping itu dicatatkan berbuat bendang atau sawah; berjual beli, menjaga kerbau ketika tanam, dan menuai padi; orang memasukki kampung di waktu malam dan siang; kerbau berlaga di padang, mengenai jalan, tanah hidup dan tanah mati. Kemudiannya, naskhah Undang-undang Kedah yang bermula “Fasal pada menyatakan undang-undang adat pekerjaan temenggung…” mencatatkan undang-undang pekerjaan temenggung. Seterusnya naskhah Undang-undang Kedah yang bermula dengan “Syahadan maka menyatakan kanun…” menyentuh mengenai kanun turun menurun perintah adat raja-raja. Dalam hal ini, perkara disentuh merangkumi sifat Raja Pemerintah, bahasa raja; pakaian raja, dan larangan serta hukuman; peraturan bunga emas, gelar menteri, dan alat kerajaan ketika pertabalan. Seterusnya bahagian akhir naskhah Undang-undang Kedah yang mencatatkan “Adat Raja Johor” pula menyentuh pelbagai aspek undang-undang dan peraturan. Antaranya mengenai laksamana, bendahara, kadi, temenggung, bentara, adat meminang, gelar nama raja, mengenai alat kebesaran dan mereka yang membawa; kedudukan ketika di balai besar, adat menyambut Raya Haji; hukum negeri, sungai dan dusun; hukum membunuh, mengamuk; syarat menteri, menetak orang, memaki, menapar; membawa biduanda, muda, hamba, dan sakai orang tanpa kebenaran tuannya; mencuri dalam kampung dan rumah, tanaman, perahu, kerbau serta lembu; menawar anak isteri orang, hamba orang, orang berhutang; menuduh orang berzina, hukum orang lari dan mengurung; membawa hamba lari; orang mencuri, hukum bertuduhan dan bersangka; upahan atau naik kayu; hukum pinjam wanita, kerbau, lembu, kambing, dan parang; menawar tunang orang, hukum orang mabuk; berkaitan buah-buahan dan dusun; perhumaan, serta tanah hidup dan tanah mati; perkahwinan dan perceraian, sukatan dan perniagaan; berhutang, mengenai amanat, dan setrusnya orang berjong, serta mengenai undang-undang dan peraturan di laut.183 Selain Undang-undang Kedah itu terdapat satu lagi undang-undang yang mencerminkan kehebatan Kedah. Undang-undang ini dikenali dalam kalang pengkaji sebagai Undang-undang Ku Din Ku Meh. Naskhah ini menyentuh “…undang-undang peraturan segala adat negeri…” Kedah, yang bermaksud perjalanan peraturan dan undang-undang dalam negeri Kedah, dan bukan Undang-undang Adat Negeri Kedah. Naskhah undang-undang ini menyentuh pelbagai aspek dalam 40 Fasal: Fasal 1 syarat orang yang menjadi raja, 2 syarat orang yang menjadi menteri, 3 Fasal alat pegangan negeri, 4 Fasal hukum adat yang ditentukan, 5 Fasal hukum perselisihan berbunuh-bunuhan, 6 Fasal perbantahan laki-laki perempuan, 7 Fasal hukum angkara derhaka selama-lama adanya, 8 Fasal hukum pencuri, penyamun perilat harta orang, 9 Fasal berlanggar kampung rumah orang, 10 Fasal berdusta menjual dusta demikian adanya, 11 Fasal membayar orang berhutang taruh selama-lamanya, 12 Fasal melarikan hamba orang atau tunangan orang, 13 Fasal meminjam orang atau hamba orang atau berhutang orang, 14 Fasal sewa binatang empat kaki atau dua kaki, 15 Fasal perintah mengupah orang ambilan di dalamnya, 16 Fasal berkahwin nikah-nikahan, 17 Fasal dagangan larangan raja, 18 Fasal tanah isi negeri, 19 Fasal bendang isi negeri, 20 Fasal perselisihan orang berbendang, 21 Fasal orang berhuma padang hutan, 22 Fasal orang berdusun-dusun kampong adanya, 23 Fasal orang bergadai barang dagangan, 24 Fasal sewa atau pajak-berpajak demikian adanya, 25 Fasal 138

berjual kampong bendang dusun-dusun, 26 Fasal perniagaan jual beli pada barang dagangan, 27 Fasal hasil atas rakyat dan kerjanya, 28 Fasal hasil bunga emas atas segala menteri, 29 Fasal menyambut surat-surat hendaklah dimuafakat baik, 30 Fasal istemi tiap-tiap mukim isi negeri, 31 Fasal merdeheka hamba-hamba sahaya orangnya, 32 Fasal orang berkedai jual beli dalam pekan pesara, 33 Fasal orang sewa perahu besar kecil adanya, 34 Fasal sewa senjata orangorang adanya, 35 Fasal mengambil upah membela gajah, 36 Fasal sambut surat bersama bunga emas ke Siam, 37 Fasal orang menyambung modal pergi berniaga, 38 Fasal orang menaruh kelung gajah atau kerbau lembu, 39 Fasal orang menchahari karang-karangan, 40 Fasal surat kiriman puji-pujian surat.184 Naskhah undang-undang tersebut adalah warisan Kedah yang sangat tinggi nilainya, dan sekali gus menggambarkan kehebatan negeri Kedah. Kandungan yang dirakamkan dalam naskhah itu pula mencerminkan hasrat Raja Pemerintah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang aman, makmur dan tenteram. Daripada segi lain, Undang-undang dan peraturan tersebut mengharapkan Raja Pemerintah berpegang kepada sifat arif dan mulia ketika memerintah negeri. Begitu juga undang-undang ini menarik perhatian Orang Besar supaya sentiasa bertindak arif dalam menasihati Raja Pemerintah. Dalam pada itu di Kedah juga masih lagi wujud tinggalan sejarah yang terkenal hingga hari ini. Antaranya tapak arkeologi di Lembah Bujang. Jumpaan arkeologi telah meletakkan Kedah sebagai tapak tamadun awal yang membanggakan. Jumpaan artifak di tapak arkeologi Sungai Batu mengukuhkan lagi pandangan sebelum ini yang menyatakan Lembah Bujang adalah sebuah pelabuhan dan tempat singgah kapal dagang.185 Dalam pada itu, antara jumpaan arkeologi seperti tembikar di Kedah membuktikan kearifan Melayu, khususnya Kedah dalam aspek kemahiran tangan. Jumpaan tembikar di sini membuktikan dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Tembikarnya mudah pecah kerana porselinnya dibakar pada suhu rendah. Namun begitu bentuk tembikar pula pelbagai, tanda tali, geometri, kesan jaring, tanda siput, kesan bakul, kesan kuku, dan turisan. Semua ini melambangkan kepandaian dan kearifan tempatan.186 Amat wajar juga dikongsi di sini bagi menjelaskan kehebatan warisan Kedah. Pada hari ini masih wujud bangunan lama, dibaik pulih, dan bertukar fungsinya. Istana Kota Setar, dibina Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778). Istana ini mengalami kerosakan ketika serangan angkatan Bugis pimpinan Yang Dipertuan Muda Johor Raja Haji, putera Yang Dipertuan Johor Daeng Chelak, dan tentera Siam pada 1821. Kemudiannya istana ini dibaik pulih dengan bangunan batu, dan siap ketika Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Istana ini juga dikenali sebagai Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin, dan kemudiannya pada 25 Julai 1983, diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Kedah. Seterusnya Istana Anak Bukit dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah. Selain itu masih megah bangunan lain yang dibina pada abad ke-18, dan dibaik pulih; antaranya Balai Besar, Alor Setar, dan Balai Nobat, Alor Setar. Juga bangunan yang dibina pada abad ke-19, Balai Seni, Alor Setar dibina pada 1893, siap pada 1896; Istana Sepachendera, Alor Setar, dibina Sultan Abdul Hamid pada 1882, kemudiannya dijadikan sekolah, Sekolah Perempuan Kampung Baharu (Kampung Baharu Girl’s School). Seterusnya masih wujud sebuah tanda warisan sejarah, dikenali sebagai Terusan Wan Muhammad Saman yang melambangkan kehebatan warisan Kedah. Terusan ini dibina oleh Dato’ Perdana Menteri Kedah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail pada 13 Ogos 1885, dan siap pada 12 Julai 1896. Terusan lebar 7.5 meter, dan dalamnya 1.5 meter ini menganjur bermula 139

kualanya dari Sungai Kedah hingga ke kaki Gunung Jerai, sepanjang 36 kilometer. Terusan ini menyumbang penambahan tanaman dan hasil padi negeri Kedah.187 Budaya dan Adat Kedah mempunyai pelbagai seni budaya, sekali gus meletakkan Kedah sebagai sebuah negeri Melayu hebat mewarisi seni budaya Melayu. Misalnya: Mek Mulong, Jike, Mak Yong, Hadrah, Wayang Kulit, Gendang Nobat; tarian Cinta Sayang dan Ayam Piru. Mek Mulong adalah seni budaya Melayu Kedah yang disebut bermula di Kampung Wang Tepus, Kedah. Dikatakan Mek Mulong ini mempunyai kemiripan persembahan Mak Yong dan Menora. Kini persembahannya bermusim, perayaan negeri, kenduri, berubat, dan ketika menghadap guru tiga tahun sekali.188 Jike pula adalah persembahan dilakunkan seperti juga Mak Mulong dan Menora. Jike dipersembahan di pentas atau di kawasan yang rentang tali serta bertirai, dan biasanya pada waktu malam sempena majlis perkahwinan.189 Selain Mek Mulong, terdapat Cerita Terung Pipit yang disampaikan oleh seorang tokoh bergelar Tok Selampit. Cerita Terung Pipit digolongkan sebagai cerita rakyat, penglipur lara, tetapi “…memiliki keistimewaan tersendiri terutamanya dari sudut Bahasa dan budaya masyarakat Kedah Darul Aman di zaman silam”. Aliran kisahnya pula bermula dengan memperkenalkan asal usul Terung Pipit; pengembaraan, dan akhirnya kesudahan cerita. Dalam pengembaraan tersebut, ke Johor, dan Tanjung Pura; kemudiannya dari Kedah (Negeri Lindungan Bulan Kedah Tua) ke negeri anta beranta Gunung Manek, ke negeri Pisang Benggal, dan akhirnya kembali ke negeri Kedah. Bahagian akhir kisah, istiadat perkahwinan, dan pelantikan serta gelar. Misalnya Terung Pipit dilantik sebagai perdana menteri.190 Walaupun tidak dinafikan terdapat adat, dan adat istiadat menarik di Kedah, tetapi dalam perbincangan ini hanya merujuk kepada adat dan adat istiadat raja. Sepertimana institusi beraja lain, Kedah juga memiliki adat dan istiadat. Misalnya adat yang melibatkan perkahwinan: menghantar mas kahwin, meletakkan hari kerja, berinai, perarakan pengantin, berlimau, dan penggunaan payung ubur-ubur berwarna merah, kuning, dan hijau. Selain itu perkara yang amat penting, khususnya dalam adat istiadat institusi beraja Kedah, malah institusi beraja Melayu lain ialah Nobat. Dalam sejarah institusi beraja Kedah nobat dimainkan antaranya untuk: Istiadat Pertabalan Raja, dan Instiadat Ulang Tahun Keputeraan Raja Pemerintah. Alatan Nobat pula, Nahara, dua gendang besar, satu gong, satu nafiri, dua serunai, dan dua cheng-cheng daripada tembaga (satu kecil dan satu besar).191 Dalam pada itu perbincangan berkaitan adat juga dapat disingkap daripada surat menyurat Sultan Kedah. Sekali lagi kaedah menulis surat ini menggambarkan tentang bagaimana hebatnya sebuah kerajaan bernama Kedah Darul Aman. Misalnya pada kepala surat dicatatkankalimat tulisan jawi, “Qaulul-hak” (Kata Yang Benar), dan “Qauluhul-hak” (Katanya Benar). Juga permulaan surat, tercatat “Warakatul-ikhlas watuhfatul-ajnas yang terbit daripada fuadaz-zakiah iaitu hati yang putih lagi hening dan yang tiada menaruh syak dan waham selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan…”. Kaedah ini membuktikan Kedah mengambil berat terhadap adat dan adab dalam perjalanan pentadbiran negeri.192 Kesimpulan Sejarah, warisan dan budaya Kedah yang terakam dalam lipatan memori kesejarahan terbukti amat kaya. Kertas ini hanya membongkar segelintir daripada memori sejarah, warisan 140

dan budaya yang tersimpan dalam lipatan sejarah Kedah. Namun begitu perkongsian maklumat tersebut sudah mampu membuktikan bahawa Kedah Darul Aman, pada satu ketika adalah sebuah negeri terhebat di Semanjung Tanah Melayu.

Singkatan C.O. - Colonial Office eds - editors GLRC - Governor Letters to Resident Councillor GMLI - Governor Miscellaneous Letters In GMLO - Governor Miscellaneous Letters Out JMBRAS - Journal of the Malayan/Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society MBRAS - Malaysia Branch Royal Asiatic Society PLOLS - Penang Letters and Orders-In Council Miscellaneous Letters Sent SSR - Straits Settlements Records t.t. - tanpa tarikh WKTD - War of Keddah and Tuanku Din's Proceedings WMM - An Account of the war between the Malays and Siamese in 1838 commonly called the war of Tuanku Mahomad Saad

Nota 1 Paul Wheathley, 1966. The Golden Chersonese. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu, hlm. 281. 2 Zuliskandar Ramli, “Kemakmuran Kedah Tua: Peranan dan Sumbangan Masyarakat Pesisir Guar Kepah”, Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin (editor), 2012. KEDAH Warisan dan Sejarah. Bangi: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, hlm 33. 3 Paul Michel Munoz (terjemahan Tim Media Abadi), 2009. Kerajaan-Kerajaan Awal Kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia: Perkembangan Sejarah dan Budaya Asia Tenggara [Jaman PraSejarah – Abad XVI]. Yogyakarta: Mitra Abadi, hlm. 176-177; 180. 4 Jan Wisseman, “Trade and Early State Formation in Southeast Asia: Kedah”, Mohd Amin Hassan dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, 1988. The Eight Confrence International Association of Historians of Asia Selected Papers. Bangi: Organising Committee Eight International Confrence IAHA, History Department, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 477. 5 Rolland Braddell, Dato’ Sir, “Most Ancient Kedah”, Chandran J. dan Jazamuddin Baharuddin (penyusun), 1980, Lembah Bujang-The Bujang Valley. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm.34. 6 Jan Wisseman, “Trade and Early State Formation in Southeast Asia: Kedah”, hlm. 481. 7 Kamarul Afendey Hamimi dan Ishak Saat, “Kegiatan Maritim Kerajaan Awal Di Tanah Melayu Dengan China Dari Abad Ke-7 Hingga Abad Ke-14”, dalam Ishak Saat dan Mohd. Kasri Saidon (editor), 2016. Sejarah Penelitian Pembinaan Negara Bangsa Belasungkawa Prof. Madya Dr. Haji Mohd Isa bin Othman. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, hlm. 105. 8 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, “Arkeologi Kedah: 1840-an-2011”, hlm. 7. 9 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, “Arkeologi Kedah: 1840-an-2011”, hlm. 13. Lihat juga Othman bin Mohd. Yatim, “Masalah Pertarikhan Lembah Bujang dan Keramik-keramik dari Pengkalan Bujang”, Chandran J. dan Jazamuddin Baharuddin (penyusun), 1980, Lembah Bujang-The Bujang Valley. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 24. 10 Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Tarmiji Masrom, Zulkifli Jaafar, “Indianisasi di Kedah Tua: Satu Penilaian Semula”, Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin (editor), 2012. KEDAH Warisan dan Sejarah, hlm 65. Mengenai Kedah Tua, termasuk kegiataan perdagangan, sila lihat, Rolland Braddell, 141

Dato’ Sir, “Most Ancient Kedah”, Chandran J. dan Jazamuddin Baharuddin (penyusun), 1980, Lembah Bujang-The Bujang Valley, hlm. 32-54. 11 Kamarul Afendey Hamimi dan Ishak Saat, “Kegiatan Maritim Kerajaan Awal Di Tanah Melayu Dengan China Dari Abad Ke-7 Hingga Abad Ke-14”, hlm. 105. O.W. Wolters (Koesalah Soebagyo Toer, penterjemah), 1989. Perdagangan Awal Indonesia: Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 297. 12 O.W. Wolters (Koesalah Soebagyo Toer, penterjemah), 1989. Perdagangan Awal Indonesia: Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya, hlm. 337. 13 Kamarul Afendey Hamimi dan Ishak Saat, “Kegiatan Maritim Kerajaan Awal Di Tanah Melayu Dengan China Dari Abad Ke-7 Hingga Abad Ke-14”, hlm. 105. 14 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (ditransliterasi dan disunting), Syeikh Faqih ‘Ali Al-Fathani versi salinan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, Tarikh Patani. Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, hlm. 8. 15 Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7. 16 Siti Hawa Haji Saleh (dikaji dan diperkenalkan oleh), 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya, hlm. 41. Siti Hawa Saleh (diselenggarakan ole), 1970. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 41. 17 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (ditransliterasi dan disunting), Syeikh Faqih ‘Ali Al-Fathani versi salinan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, Tarikh Patani, hlm. 10. 18 Wan Mohd. Shaghir Abdullah (ditransliterasi dan disunting), Syeikh Faqih ‘Ali Al-Fathani versi salinan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, Tarikh Patani, hlm. 11. 19 G. Coedes, (edited by Walter F. Vella – translated by Susan Brown Cowing), 1968. The Indianized States of Southeast Asia. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlm. 51. 20 Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. (penyelenggara), 2018. Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, hlm. 29. Lihat juga Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2014. KEDAH Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara. Alor Setar: Persatuan Sejarah Cawangan Kedah, hlm. 167-174. 21 Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. (penyelenggara), 2018. Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 30. 22 Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 5, nota kaki 1. 23 Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. (penyelenggara), 2018. Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 50-51. Lihat juga V. Nadarajan, 2011. Bujang Valley: The Wonder that was Ancient Kedah. Sungai Petani: Dato’ V. Nadarajan, hlm. 38. 24 Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 3. 25 J.M. Gullick, "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return", JMBRAS, Vol. LVl, Pt. 2, 1983, hlm.35. 26 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony. Singapore: Oxford University Press, hlm. 257. 27 John Anderson, 1965. Political and Commercial Considerations Relative to The Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. Singapore: MBRAS, hlm. 2. R. Bonney, 1974. Kedah 17171821: The Search for Security and Independence. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 166. Nicholas Tarling, 1969. British Policy in the Malay Peninsula and Archipelago 1824-1871. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 29. G.A. Hodgson, "An Introduction to Kedah History", Kedah Dari Segi Sejarah, Jilid l, Bilangan l, Jun 1966, hlm. 14. John Crawfurd, 1971. A Descriptive Dictionary of the Indian Islands & Adjacent Countries. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 362-363. 28 John Anderson, 1965. Political and Commercial Considerations.., hlm. 2. T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca Vol. ll. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 7-8. 29 P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 108-110. Ura a/p Pin@Chum, 1989/90. Kedah 1803-1843: Pergolakan Politik Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin 142

Halim Shah ll, Kertas Projek, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 41. R.O. Winstedt, "Notes on the History of Kedah", JMBRAS, Vol. 14, Pt. 3, 1936, hlm. 181. 30 Wan Yahya bin Wan Mahammad Taib, 1346. Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah, Alur Setar: The British Malaya Press Ltd., Penang, hlm. 9. P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula, hlm. 111. Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 62-63. 31 SSR. H.6: PLOLS, Willim Armstrong Clubley, Setiausaha kepada kerajaan kepada R. Caunter, Pesuruhjaya Polis, Pinang, 21 November 1821. 32 T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca Vol. ll, hlm. 4. 33 Sharom Ahmat, "Kedah-Siam Relations, 1821-1905", The Journal of the Siamese Society, Vol. 59, Pt. l, January 1971, hlm. 98-99. Ura a/p Pin@Chum, 1989/90. Kedah 1803-1843: Pergolakan Politik Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah lll, hlm. 43. 34 W.F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 1824-1851. New York: J.J. Augustin Incorporated Publisher Locust Valley, hlm. 67. 35 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842: Satu Kebangkitan Orang Melayu, Esei Panjang, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 80. 36 Walter F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 1824-1851, hlm. 63. 37 C.O. 273/1, Leftenan Henry Burney kepada James C. Melvill, Julai 1846. 38 Perjanjian di antara Great Britain dan Siam ditandatangani pada 20 Jun 1826. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Perjanjian Burney. Mengenai perjanjian ini boleh rujuk kepada W.G. Maxwell & W.S. Gibson (eds.) 1924, Treaties and Emgagements Affecting the Malay States and Borneo. Suffolk Lane: Jas. Truscott & Son, Ltd., hlm. 77-82, tetapi artikel Xlll tidak lengkap dikemukakan. Artikel Xlll berbunyi: "The Siamese engage to the English, that the Siamese shall remain in Quedah, and take proper care of that country and of its people; the inhabitants of Prince of Wales Island and of Quedah shall have trade and intercourse as heretofore; the Siamese shall levy no duty upon stock and provisions, such as cattle, buffaloes, poultry, fish, paddy, and rice, which the inhabitants of Prince of Wales Island, or ships there, may have occasion to purchase in Quedah, and the Siamese shall not farm the mouths of rivers, or any streams in Quedah, but shall levy fair and proper import and export duties. The Siamese further engage, that when Chow Phya, of Ligor, returns from Bangkok, he shall release the slaves, personal servants, family and kindred, belonging to the former Governor of Quedah, and permit them to go and live wherever they please. The English engage to the Siamese that the English do not desire to take possesion of Quedah, that they will not attack, or disturb it, nor permit the former Governor of Quedah, or any of his followers to attack, disturb, or injure in any manner, the territory of Quedah, or any other territory subject ot Siam. The English engage that they will make arrangements for the former Governor of Quedah, to go and live in some other country, and not at Prince of Wales Island, or Prye, or in Perak, Selangore, or any Burmese country. If the English do not let the former Governor of Quedah go and live in some other country as here engaged, the Siamese may continue to levy an export duty upon paddy and rice in Quedah. The English will not prevent any Siamese, Chinese, or other Asiatics at Prince of Wales Island, from going to reside in Quedah if they desire it". T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. l, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 467-468. 39 SSR. V.4: GMLO, R. Fullerton kepad Henry Nairne, 16 Ogos 1830. 40 SSR. V.4: GMLO, Memorandun R. Fullerton kepada Henry Nairne, 17 Ogos 1830. 41 SSR. V.4: GMLO, R. Fullerton kepada Sultan Kedah, 25 Ogos 1830. 42 SSR. V.4: GMLO, R. Fullerton kepada Sultan Kedah, 14 Ogos 1830. 43 Bonda Tunku Kudin ialah saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Bapanya keturunan Arab, berasal dari Palembang, Sumatera. 44 Tunku Long Puteh ialah orang kuat Tunku Kudin. Beliau anak Tunku Raden, Palembang, Sumatera, berkahwin dengan Tunku Jam Jam, saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.(C.O. 273/1, "WKTD"). 45 Haji Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Kedah: Universiti Utara Malaysia, hlm. 75. 46 C.O. 273/1, "WKTD". 47 Dalam surat ini dicatatkan Gabenor Pulau Pinang memperakukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II membuat gerakan menyerang Siam di Kedah melalui Teluk Air Tawar. Sultan Ahmad Tajuddin menjalankan usaha mengumpul orang Melayu di Seberang Perai, Penaga dan Kuala Muda; dan kira-kira 5,000 orang akan 143

bergabung dalam gerakan tersebut. Gabenor meminta merahsiakan gerakan ini daripada Siam; Syarikat Hindia Timur Inggeris akan memberi bantuan. Sultan Ahmad Tajuddin telah pun menerima 100 senapang patah/asak (Musket) dengan bahan letupan dan peluru. Tunku Zainal Abidin, putera Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku Long Puteh, saudara iparnya akan menunggu di Langkawi.(R.O. Winstedt, "Notes on the History of Kedah", hlm. 183. Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842: Satu Kebangkitan Orang Melayu, hlm. 5454). 48 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:.., hlm. 54. 49 C.O. 273/1, "WKTD". 50 C.O. 273/1, "WKTD". C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony, hlm. 259-260. 51 C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements1826-67: Indian Presidency to Crown Colony, hlm. 259. 52 Kota Kedah atau Kota Kuala berbentuk empat segi bujur, lapan puluh dharab lima puluh ela; dindingnya dibina daripada batu, tingginya 10 kaki. C.O. 273/1, "WKTD". 53 P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula, hlm. 128. Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 149. Walter F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 18241851, hlm.67. SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson, Residen Singapura kepada Chao Phra Prah-Klang Chao Kun Kasa, 3 Mei 1831, mencatatkan Tunku Kudin berjaya menduduki Kedah pada 18 April 1831. Cyril Skinner, 1965. The Civil War in Kelantan in 1839. Kuala Lumpur: Malaysian Branch Royal Asiatic Society, hlm. 6. 54 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson, Residen Singapura kepada Chao Phra Prah-Klang Chao Kun Kasa, 3 Mei 1831; surat kepada Raja Ligor, 14 Jun 1831. 55 Robert Ibbetson menggantikan Robert Fullerton sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat tahun 1831. 56 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson, Residen Singapura kepada Chao Phra Prah-Klang Chao Kun Kasa, 3 Mei 1831. 57 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Raja Ligor, 11 Oktober 1831. 58 C.O. 273/1, "WKTD". 59 C.O. 273/1, "WKTD". 60 Orang Cina ini dijahit hidup-hidup di dalam kulit kerbau yang baru disembelih, dibiarkan terdedah di sinaran matahari sehinggalah mereka mati. (C.O. 273/1, "WKTD". Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 18211842:., hlm. 55). 61 C.O. 273/1, "WKTD". Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:.., hlm. 56. 62 C.O. 273/1, "WKTD". 63 W.F. Vella mencatatkan yang Tunku Kudin membunuh diri pada 22 April 1832, setelah gagal melepaskan diri daripada serangan pasukan Siam.(Walter F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 1824-1851, hlm. 68). Ada juga menyatakan yang Tunku Kudin membunuh diri kerana tidak mahu dijadikan tawanan perang Siam.(Ura a/p Pin@Chum, 1989/90. Kedah 1803-1843: Pergolakan Politik Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ll, hlm. 54). 64 C.O. 273/1, "WKTD". 65 P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula, hlm. 128-129. C.M. Turnbull, 1972. The Straits Settlements, 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony, hlm. 259. Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 18211842:., hlm. 56. 66 SSR. V.5: GMLO, surat kepada Raja Ligor, 14 Jun 1831. 67 T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. ll, hlm. 15. 68 C.O. 273/1, "WKTD". 69 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada H. Hamley, 15 Jun 1831; R. Ibbetson kepada H. Hamley, 19 Jun 1831. 70 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Laksamana Sir E. Owen, 12 Julai 1831. 71 SSR. V.5: GMLO, R.Ibbetson kepada Sir E. Owen, 17 November 1831. 72 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Leftenan Kolonel Gibson, 23 November 1831. 73 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Laksamana Sir E. Owen, 12 Julai 1831. P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula, hlm. 130. 74 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Sultan Kedah, 1 Spetember 1831. 144

75

Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 57. P.J. Begbie, 1967. The Malayan Peninsula, hlm. 130, menyatakan akhbar Singapore Chronicle melaporkan kedua-dua pihak yang terkorban di antara 6,000 hingga 10,000 orang; majoritinya di pihak Siam. 76 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada Laksamana Sir E. Owen, 12 Julai 1831. 77 SSR. V.5: GMLO, R. Ibbetson kepada H. Hamley, 10 Oktober 1831. 78 T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. ll, hlm. 17. 79 C.O. 273/1, Straits Settlements, 1838-1858, Miscellaneous, An Account of the War between the Malays and Siamese in 1838 commonly called the war of Tuanku Mahomed Saad. (Seterusnya diringkaskan sebagai C.O. 273/1, "WMM"). Rashade Haji Abdullah, Kedah 1821-1842:., hlm. 61. 80 J.M. Gullick, "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return", hlm. 44. 81 SSR. U5: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 25 Februari 1837. C.O. 273/1, "WMM". 82 C.O. 273/1, "WMM". 83 SSR. U.5: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 25 Februari 1837. 84 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 61-62. 85 SSR. U5: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 20 Februari 1837. 86 SSR. U5: GLRC, S.G.Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 25 Februari 1837. 87 SSR. U5: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, September 1837. Tidak dapat mempastikan haribulan surat ini dihantar. 88 T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. ll, hlm. 18. 89 C.O. 273/1, "WMM". C.O. 273/1, "WMM", laporan Kapten McCrea, 25 April 1837. Mengenai peranan Kapten McCrea di Beruas, sila lihat J.M. Gullick, "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return", hlm. 44-45. 90 T.J. Newbold, 1971. British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. ll, hlm. 18-19. Beliau mencatatkan elaun tersebut diturunkan dari 10,000 ringgit sepanyol kepada 500. 91 C.O. 273/1, "WMM". 92 Walter F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 1824-1851, hlm. 71. 93 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 63. 94 Huraian lanjut mengenai Tuk Mo Ris sila lihat, Yaacob Ahmad, "Pahlawan Tok Mo Ris", Khoo Kay Kim (Penyunting), 1983. Beberapa Aspek Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, hlm. 1-10. 95 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 64. 96 C.O. 273/1, "WMM". 97 C.O. 273/1, "WMM", Kapten James Low kepada Gabenor Siam di Kedah, 31 Mei 1838. 98 C.O. 273/1, "WMM". 99 C.O. 273/1, "WMM", James Low kepada J.W. Salmond, Residen Konsular, 3 Jun 1838. 100 C.O. 273/1, "WMM", James Low kepada J.W. Salmond, Residen Konsular, 14 Jun 1838. C.O. 273/1, "WMM". 101 SSR. W4: GMLI, Ko Long Tee kepada S.G. Bonham, 15 Mac 1839; kenyataan Ko Long Tee, Rabu 20 Mac 1839. Beliau meninggalkan Kedah setelah Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan terhadap Siam di Kedah. 102 C.O. 273/1, "WMM". 103 Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 149. 104 C.O. 273/1, "WMM". 105 SSR. W4: GMLI, kenyataan Dato' Muhammad Salleh. 106 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 68-69. 107 C.O. 273/1, "WMM". R.O. Winstedt, "Notes on the History of Kedah", hlm. 185. Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 67, mencatatkan pasukan Siam terdiri daripada 3,000 orang dan dibantu oleh 500 orang Cina. 108 Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 150. 145

109

SSR. W4: GMLI, kenyataan Dato' Muhammad Salleh. Beliau berusia kira-kira 50 tahun, terlibat dalam gerakan menentang Siam di Kedah. 110 SSR. W4: GMLI, Residen Konsular Pulau Pinang kepada S.G. Bonham, 26 Mac 1839. 111 SSR. W4: GMLI, kenyataan Haji Ibrahim, 22 Mac 1839, beliau turut sama bertahan dalam kubu di Alur Ganu; kenyataan Nakhoda Poolih, 22 Mac 1839, beliau berada dalam kubu di Alor Ganu ketika tentera Siam melancarkan serangan; kenyataan Che Ahjap, 22 Mac 1839, beliau juga melihat sendiri kedatangan tentera Siam di Alor Ganu. 112 SSR. W4: GMLI, kenyataan Haji Muhammad Taib, Pejabat Polis, Sabtu, 9 Mac 1839. Beliau berusia 35 tahun. 113 SSR. W4: GMLI, kenyataan Dato' Muhammad Salleh. 114 SSR. W4: GMLI, Pemerintah kapal Hyacinth kepada S.G. Bonham, 16 April 1839. Mengenai penglibatan kapal Hyacinth ini sila lihat, Sherard Osborn, 1987. The Blockade of Kedah in 1838 in Malayan Waters. Singapore: Oxford University Press. 115 R.O. Winstedt, "Notes on the History of Kedah", hlm. 185. 116 SSR. W4: GMLI, kenyataan Haji Muhammad Taib, Pejabat Polis, Sabtu, 9 Mac 1839. 117 SSR. W4: GMLI, kenyataan Dato' Muhammad Salleh. C.O. 273/1, "WMM". 118 Walter F. Vella, 1957. Siam Under Rama lll 1824-1851, hlm.72. 119 SSR. W4: GMLI, Pemerintah kapal Hycinth kepada S.G. Bonham, 11 April 1839. 120 SSR. W4: GMLI, Pemerintah Hycinth kepada S.G. Bonham, 11 April 1839. 121 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 71-72. 122 SSR. W4: GMLI, S.G. Bonham kepada Pasukan British di Kedah, 20 Mac 1839. 123 SSR. W4: GMLI, Residen Konsular Pulau Pinang kepada S.G. Bonham, 7 April 1839. 124 Rashade Haji Abdullah, 1987/1988. Kedah 1821-1842:., hlm. 73. 125 Kobkua Suwannathat-Pian, 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 85-86; "The 1839-41 Settlements of Kedah: the Siames Compromise", JMBRAS, Vol. LlX, Pt. l, 1986, hlm. 36-46. 126 Sharom Ahmat, "Kedah-Siam Relations, 1821-1905", hlm. 99. J.M. Gullick, "Kedah 18221-1855 Years of Exile and Return", hlm. 51. 127 Kobkua Suwannatha-Pian, 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 87. 128 Kobkua Suwannathat-Pian, 1988. Thai-Malay Relations Traditional intra-regional Relation from the Seventeenth to Twentieth Centuries.Singapore: Oxford University Press, hlm. 90; Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 87. 129 SSR. U.8: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 26 Mei 1842. 130 SSR. U8: GLRC, S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau Pinang, 24 Ogos 1842. 131 Kobkua Suwannatha-Pian, 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 87. 132 J.M. Gullick, "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return", hlm. 49. 133 Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 153. Haji Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu, hlm. 81. Ura a/p Pin@Chum, Kedah 18031843: Pergolakan Politik Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ll, hlm. 65. 134 Haji Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu, hlm. 81. 135 Ibid., hlm. 83. 136 Haji Ibrahim Ismail, 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu, hlm. 84. Kobkua Suwannathat-Pian menyatakan kawasan ini dianugerah oleh Raja lll kepadanya. Kobkua Suwannathat-Pian, 1991. Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 87 137 Kobkua Suwannathat-Pian, "Kedah Siamese Correspondence 1890-1898", JMBRAS, Vol. LV. Pt. 2, 1982, hlm. 64. 138 Kobkua Suwannathat-Pian, "The Kedah Succession Crisis 1879-1882", JMBRAS, Vol. LXll, Pt. ll, 1989, hlm. 81. 139 Mengenai serangan dan pendudukan tentera Jepun di Kedah, sila rujuk Mohamad Isa Othman, 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan 146

Bahasa dan Pustaka. Juga lihat Mohd. Isa Othman, 2001. Pengalaman Kedah & Perlis Zaman Penjajahan British. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 230-232. 140 Azhar Mad Aros, “Pendudukan Jepun, 1941-1942”, Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin (editor), 2012. KEDAH Warisan dan Sejarah, hlm. 288. Mohamad Isa Othman, 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah), hlm. 25. 141 Amer bin Ahmad, 1990/1991. Pengalaman Kedah di bawah Pendudukan Jepun, 1941-1943. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 20-21. 142 Untuk maklumat lanjut mengenai SEBERKAS, sila lihat Baharuddin bin Abd. Majid, 1975/1976. Seberkas, Pergerakan dan Perjuangannya 1944-1954, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hlm. 93-97. Ahmad bin Md. Saman, 1977/1978. Persatuan Guru-Guru Melayu Kedah (PGMK) Pergerakan dan Perjuangannya 1946-1958, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 61-63. 143 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 56-57. 144 UMNO 10 Tahun, hlm. 8. 145 Surat Persendirian Za’ba 18/8B/16, “Surat Puteh” yang telah dibawa oleh Setiausaha Kerajaan Bagi Jajahan kepada Parlimen British dengan titah Duli Yang Maha Mulia dan Maha Besar Baginda King. Malayan Union, No. 300/1946, Meeting of Advisory on Tuesday the 30th April 1946. 146 Warta Malaya, 21 Januari 1946. Dalam pada itu Utusan Melayu melaporkan 25,000 orang Melayu berkumpul di Padang Mahkamah Tinggi, berhadapan Balai Besar, Alor Setar pada 19 Januari 1946 menentang Malayan Union. 147 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 151-152. 148 UMNO 10 Tahun, hlm. 15. 149 Warta Negara, 7 Mac 1946. 150 Ahmad bin Md. Saman, 1977/1978. Persatuan Guru-Guru Melayu Kedah (PGMK), hlm. 63. 151 Fisol Haji Hussain, Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 77. 152 Seorang doktor perubatan, ahli politik dan pernah menduduki jawatan Menteri, dan Perdana Menteri dalam Kabinet Malaysia. 153 Tan Sri Zahir pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia. 154 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 74. 155 Fisol Haji Hussain, 1978/1979. Haji Hussain Che Dol (1904-1967): Satu Aspek Perjuangan Ulama Dalam Bidang Agama dan Politik Melayu Kedah, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 60-62. 156 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 59-60. 157 UMNO 10 TAHUN, hlm. 38. 158 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 153-157. 159 UMNO 10 TAHUN, hlm. 38-39. 160 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 153-157. 161 UMNO 10 TAHUN, hlm. 18. 162 UMNO 10 TAHUN, hlm. 27. 163 UMNO 38 Tahun Zaman Gemilang, hlm. 4. 164 Malayan Union, 2037/1946, The Malayan Tribune, 2 April 1946. 165 Fisol Haji Hussain, 1988. Perkembangan Parti-Parti Politik Tempatan Di Kedah Tahun 1940-an, hlm. 160. 166 UMNO 10 TAHUN, hlm. 33. 147

167

SPSAH, 60/E/17, Apa itu UMNO? Sir George Maxwell’s Papers,”Charter of United Malays National Organisation”, 11 Mei 1946. 169 Fisol Haji Hussain, Haji Hussain Che Dol (1904-1967): Satu Aspek Perjuangan Ulama Dalam Bidang Agama dan Politik Melayu Kedah, hlm. 146. 170 Utusan Melayu, 18 November 1947. 171 Utusan Melayu, 25 November 1947, 172 Utusan Melayu, 26 November 1947. 173 UMNO/KL No. 4/1950, Perjumpaan Alim Ulama Seluruh Malayadi Bandar Maharani Pada 21-22 Februari 1950, terlampir Utusan Melayu, 22 Februari 1950. 174 Suara UMNO, 15 Februari 1952. 175 Kisah ketiga-tiganya boleh dirujuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2014. KEDAH Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara, hlm. 123-142. 176 Siti Hawa Haji Saleh (dikaji dan diperkenalkan oleh), 1998. Hikayat Merong Mahawangsa, hlm. xivxxviii. 177 Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad, 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Ibrahim Bakar Langkawi, Dr. (penyelenggara), 2018. Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. 178 Maklumat penuh sila lihat Muhammad Yusoff Hashim, 1980. Syair Sultan Maulana: Suatu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 179 Wan Yahya bin Wan Mahamad Taib, 1928. Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah. cetakan kedua, Alor Setar: The British Malaya Press Ltd. Penang. 180 Mariyam Salim (penyelenggara), 2005. Undang-undang KEDAH. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. x-xviii. 181 Mariyam Salim (penyelenggara), 2005. Undang-undang KEDAH, hlm. xvii-xviii. 182 Naskhah ini diselenggara oleh Mariyam Salim dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Mariyam Salim (Penyelenggara), 2005. Undang-undang Kedah. 183 Didasarkan kepada buku Mariyam Salim (Penyelenggara), 2005. Undang-undang Kedah. 184 Jelani Harun, Mahani Musa, Idris Mansor dan ‘Aisyah Kamaruddin, 2021. Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 9-10. 185 Didasarkan kepada catatan keterangan “TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU –Sungai Batu Archaeological Site”. 186 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, “Arkeologi Kedah: 1840-an-2011”, hlm. 13. 187 Untuk maklumat lanjut mengenai warisan yang disentuh ini, sila lihat Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2014. KEDAH Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara. Alor Setar: Persatuan Sejarah Cawangan Kedah, hlm. 319-350. 188 Keterangan lanjut mengenai Mek Mulong, sila lihat Ahmad bin Long, “Mek Mulong”, Kedah dari segi Sejarah. Jilid 7, Bil. (No.) 1, Julai 1976, hlm. 40-42. 189 Untuk keterangan lanjut sila lihat, Kamariah binti Abdullah, “Permaianan Jikey Di Langkawi”, Kedah dari segi Sejarah. Jilid 7, Bil. (No.) 1, Julai 1976, hlm. 42-45. 190 Untuk keterangan lanjut sila lihat, Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2014. KEDAH Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara, hlm. 1-22. 191 Wan Ibrahim bin Wan Soloh, Dato’ Haji, (mengikut catatan Hanapi bin Muhammad Ariff, keturunan pemain nobat Tok Mat Kalau), “Peraturan-Peraturan Istiadat Di Raja Kedah”, Kedah dari segi Sejarah. Jilid 7, Bil. (No.) 1, Julai 1976, hlm. 7-14. 192 Bagi penjelasan lanjut sila rujuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2014. KEDAH Dalam Warisan Sejarah Dan Budaya Nusantara, hlm. 105-122. 168

148

RUNDINGAN BALING @ ″OPERATION PINK GIN” Mohamed Ali Haniffa Unit Sejarah dan Kenegaraan Malaysia Jabatan Tamadun dan Falsafah Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia [email protected] ABSTRAK Artikel ini membincangkan mengenai detik Rundingan Baling pada 28 hingga 29 Disember 1955 berikutan usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menamatkan darurat. Sepucuk surat yang diutus pada awal bulan Jun 1955 oleh wakil Ibu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya menjadi perintis awal rundingan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan. Amnesti yang diumumkan pada 8 September 1955 sejurus kemenangan di dalam pilihanraya menjadi tarikan kepada PKM untuk mengadakan perbincangan. ″Operation Pink Gin”, menemukan personaliti komunis seperti Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin bersama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall serta rombongan di Baling English School, Baling, Kedah, walaupun tidak dipersetujui oleh pihak British pada peringkat awal. Hasil penelitian penulis mendapati bahawa Rundingan Baling merupakan pertemuan dua ideologi bertentangan yang tidak berjaya membawa kepada pembubaran PKM seperti mana yang dihasratkan oleh Tunku Abdul Rahman. Peristiwa tersebut signifikan dan merupakan Turning Point seterusnya dalam usaha kerajaan membanteras komunis di Tanah Melayu. Kredibiliti dan ketegasan Tunku Abdul Rahman menyebabkan kerajaan British akhirnya melonggarkan syarat pemberian kemerdekaan kepada koloninya. Kata kunci: Rundingan Baling, ″Operation Pink Gin”, amnesti, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Baling English School Pendahuluan Rundingan Baling pada tahun 1955 merupakan detik sejarah yang penting dan menjadi ‘Turning Point” dalam sejarah negara. Penjajahan yang bersilih ganti dan legitimasi komunis membawa kepada pengisytiharan darurat pada 16 Jun 1948. Pilihan raya Umum yang diadakan pada tahun 1955 membuka ruang ke arah kemerdekaan negara. Rundingan yang melibatkan dua pihak iaitu Kerajaan dan Parti Komunis Malaya merupakan inisiatif awal bagi menamatkan keganasan komunis serta merintis jalan ke arah kemerdekaan negara. Delegasi di pihak Kerajaan diwakili oleh seorang Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj bersama Tan Cheng Lock, dan David Marshall. Manakala Parti Komunis Malaya diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tian. Rundingan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di Baling, Kedah. Fokus perbincangan dalam rundingan tersebut ialah mengenai syarat-syarat amnesti yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaya kepada pihak komunis bagi menamatkan darurat. Parti Komunis Malaya Ideologi komunis menyusup masuk ke Tanah Melayu pada awal tahun 1920-an melalui cawangan parti Kuomintang (KMT), kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.1 Bahan-bahan penerbitan komunis dalam Bahasa Cina diedarkan di Negeri-

Ho Hui Ling, ″Darurat Dan Perpaduan″, Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn Jaafar, 1-4 Disember 2006, hlm. 1. 1

150

negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada ketika itu.2 Menjelang tahun 1924, cawangan dan ranting KMT ditubuhkan hampir setiap negeri di Tanah Melayu sebagai pelapis bagi menyebarkan pengaruh komunis.3 Terdapat juga beberapa orang ahli komunis Indonesia yang menyebarkan ideologi dalam kalangan orang Melayu seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Saubakat dan Winanta. Dalam pada itu Soh Pek Ngi, Mah Yap Peng, Wong Juat Pho dan Ho Hong Seng juga mengadakan hubungan dengan penggiat komunis Melayu tempatan seperti Ali, Ahmad dan Abdul Karim pada tahun 1928 dan 1929. Tan Malaka berpendapat mengenai kesukaran untuk mewujudkan gerakan prolitariat dan Alimin pula berpendapat adalah sukar untuk mewujudkan bentuk perjuangan lain di Tanah Melayu kerana orang Melayu berbeza dialek dan adat dengan Indonesia. Hal yang demikian menjadi penghalang penyebaran fahaman komunis di Tanah Melayu.4 Pada tahun 1930, parti Komunis China di Tanah Melayu mengeluarkan risalah propaganda dalam tulisan rumi dan jawi. Sementara Ali yang rapat dengan Wong Juat Pho, Mah Yap Peng dan Soh Pek Ngi beberapa kali mengunjungi Sekolah Malam Lok Man, Kampung Baru dan Lok Teng, Coleman Street. Dalam pada itu risalah propaganda turut disebarkan dalam bahasa Tamil dan Melayu oleh Pertubuhan Komunis Cina Johor, Melaka, Seremban dan Pulau Pinang. Menjelang April 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan.5 Menjelang September 1940, Parti Komunis Malaya (PKM) menerima arahan daripada Parti Komunis Cina (PKC) untuk bergabung dan bekerjasama dengan KMT di Tanah Melayu. Hal yang demikian ditegaskan oleh Tan Kah Kee, seorang saudagar Cina dalam satu ucapan di China, mengenai keperluan kerjasama antara KMT dan komunis dalam menentang Jepun.6 Ini menyebabkan komunis berperanan sebagai penyokong kepada British khususnya ketika pemerintahan Jepun.7 Ideologi komunis pada peringkat awal tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu. Namun terdapat juga kemunculan beberapa orang personaliti Melayu di Tanah Melayu seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan Abdullah C.D.8 British, Pendudukan Jepun dan Kerjasama Dengan Parti Komunis Malaya Pertemuan awal di antara British dan PKM berlangsung pada bulan Mei 1939 yang dijadikan platform komunis bagi mengemukakan dua tuntutan utama. Antaranya ialah penubuhan Majlis Kebangsaan dan Majlis Perundingan di setiap negeri di Tanah Melayu. Pada 30 September 1940, berikutan bahang Perang Dunia Kedua yang mula dirasakan, PKM menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan British. Walau bagaimanapun, kerjasama ini tidak berjaya kerana syarat-syarat yang tidak munasabah di pihak PKM. Pada 8 Disember 1941, apabila tentera Jepun mula menguasai negeri-negeri di Utara Tanah Melayu, PKM mula menawarkan diri untuk bekerjasama dengan British. British bersetuju dengan penubuhan Mobilisation Council dan Dalforce dan semua tawanan PKM dibebaskan. pada 15 Disember 1941 ketika awal pendudukan Jepun. Ramai orang Cina mencari perlindungan di dalam hutan

2

Khoo Khay Kim, 'Gerakan Komunis di Tanah Melayu Sehingga Tertubuhnya PKM', dalam Khoo Kay Kim, Adnan Haji Nawang (editor), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, hlm. 17-18. 3 Ho Hui Ling, Darurat 1948–1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 2. 4 Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, ″Chin Peng dan Komunis: Satu Perbicaraan Akademik″, Wacana Sejarah Semasa, 11 Oktober 2013, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 5 Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, New York: Institute of Pacific Relations, 1954, hlm. 17. 6

WO 208/1523, Malaya-Chinese Activities, Confluence Of Chinese Political Under-Currents In Malaya, hlm. 184. 7 CO 537/3757, Political Developments Chinese Affairs and Correspondence With Mr. H.J. Pagden, hlm. 27. 8 Ho Hui Ling, Darurat 1948–1960, hlm. 5. Walau bagaimanapun, kemunculan personaliti komunis yang terdiri daripada orang India seperti Balan tidak dapat dinafikan. Lihat juga WO 208/1523, Malaya Combined Intelligence Summary No. 6, Period 1st to 31st July 1940-Indian Communist Literature.

151

dan sebahagiannya berlindung dalam rumah bagi mengelakkan tentera Jepun mencari mereka.9 Pada 18 Disember 1941, wakil Cawangan Khas dan PKM bertemu di Singapura dan bersetuju menubuhkan stay behind parties. Justeru itu, anggota-anggota PKM berpeluang mendapat latihan kerja sabotaj dan kemahiran strategi perang gerila daripada pihak British. 101 Special Training School di Singapura di bawah kendalian Kolonel Spencer Chapman digunakan sebagai medium penting bagi melatih beberapa orang pegawai dan anggota PKM.10 Mereka yang direkrut dijadikan aset untuk kerja-kerja sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun. Jawatankuasa Kerja Pusat PKM bersetuju meluluskan perjanjian kerjasama dengan British dan menggariskan program empat perkara pada 21 Disember 1941.11 Menjelang bulan September 1943 John Davis menghubungi Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) tetapi hanya pada 31 Disember 1943, rundingan diadakan melalui Chin Peng bagi menemukan Loi Teck dengan wakil-wakil British. Di sinilah persetujuan dicapai dan ditandatangani oleh John Davis bagi pihak British dan PKM diwakili oleh Loi Teck. Syarat-syarat perjanjian dianggap penting kerana ia adalah semata-mata berbentuk ketenteraan. Pihak MPAJA berikrar untuk memberikan kerjasama dan menerima segala arahan dari British semasa menghadapi tentera Jepun serta dalam proses menawan semula Tanah Melayu.12 Berikutan itu, pada 15 April 1945, John Davis,13 Richard Broome dan Spencer Chapman sekali lagi bertemu dengan Chin Peng dan Loi Teck di Blantan, Perak serta bermulalah kerjasama di antara British dan PKM. Penentangan komunis ketika zaman pendudukan Jepun didalangi oleh MPAJA dan Malayan People Anti Japanese Union (MPAJU).14 MPAJU bergerak secara subversif dan didominasi oleh orang Cina dengan matlamat untuk menentang pihak Jepun serta membekalkan keperluan makanan dan kewangan bagi gerila.15 MPAJA memelihara hubungan baik dengan masyarakat bagi menjayakan matlamat perjuangan mereka. MPAJU juga menjalankan polisi terbuka bagi merekrut ahli–ahli tanpa mengira agama, bangsa, darjat ataupun ideologi politik.16 Walau bagaimanapun, kerjasama dengan British memberi peluang yang cukup baik kepada komunis untuk memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Kerjasama itu Yoji Akashi, “The Anti-Japannese Movement in Perak During The Japanese Occupation, 1941-45”, dalam Malaya and Singapore During The Japanese Occupation. 1995, Singapore: The National university of Singapore, hlm. 44. 10 F. Spencer Chapman, The Jungle is Neutral, 1997, Singapore: Times Books International, hlm. 29. 11 Mohd Reduan Haji Aslie, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 14. Antara intipati utamanya ialah: 1. menyatukan semua rakyat Tanah Melayu untuk menentang kemaraan Jepun dan membantu British mempertahankan Tanah Melayu; 2. membasmi semua gerombolan sayap kelima (fifth colummist), ejen musuh dan pembelot. 3. Melengkapkan semua anggota parti dan rakyat dengan senjata untuk sama- menentang kemaraan Jepun; dan 4. menentang pendudukan Jepun menerusi penubuhan gerakan bawah tanah dan juga menerusi keganasan. Lihat Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle, hlm. 43. 12 Pada 1 Januari 1944, selepas mendarat di Lumut, Perak, John Davis dan Richard Broome mengadakan pertemuan dengan Chin Peng dan Loi Teck. Kedua-dua pihak bersetuju bagi mengadakan kerjasama. PKM akan menerima kehadiran pejawai-pegawai British dan juga bekalan senjata. Manakala pihak MPAJA akan bekerjasama dengan British menentang Jepun. 13 John Davis mempunyai pengalaman tinggal di hutan rimba negeri Perak selama dua tahun di antara tahun 1943 hingga 1945. 14 WO 203/5642, Internal Situation in Malaya, 1 Disember 1945, hlm. 2. 15 WO 203/1115B, Allied Land Forces South East Asia Weekly Intelligence Review, No. 53, 5 Oktober 1945, hlm. 3. 16 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 64–66. 9

152

juga hanyalah helah kerana menurut Loi Teck matlamat untuk menggulingkan kuasa penjajah British di Tanah Melayu tetap tidak berubah. Sejajar dengan persetujuan yang dicapai dengan British, PKM mula merekrut sebanyak 200 pemuda Cina yang terpilih. Mereka inilah yang menjadi nukleus MPAJA, untuk melakukan serang hendap secara gerila bagi menimbulkan ketakutan di samping mendapatkan sokongan.17 Pada bulan Mei 1943, British mendaratkan pasukan Force 136 dengan kapal selam di Tanah Melayu. Pasukan yang dipimpin oleh Kolonel John Davis melalui Operation Gustavus III masuk ke dalam hutan melancarkan gerakan penentangan terhadap Jepun.18 Semasa pendudukan Jepun, PKM menerusi MPAJA melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan kerjasama British melalui Force 136. Jika dilihat dari kepentingan jangka panjang perjuangannya, PKM lebih beruntung dengan pendudukan Jepun kerana bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan yang diberi oleh British digunakan untuk memperkuat gerila-gerilanya. Menerusi MPAJA juga, PKM berjaya memperluas pengaruhnya dalam kalangan rakyat. Masyarakat Tanah Melayu yang bencikan keganasan, kezaliman dan penderitaan berikutan pendudukan tentera Jepun mudah dieksploitasi untuk menyokong perjuangan MPAJA. Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia Command-SEAC) yang berpusat di Calcutta merancang untuk menduduki semula Tanah Melayu menjelang November 1945 menerusi Operation ZIPPER melalui persediaan rapi Leftenan Jeneral Browning.19 Jumlah kekuatan tentera Jepun ketika British melancarkan operasi ialah seramai 4,000 orang. Seramai 1,000 orang daripada mereka berada dalam divisyen kedua infantri. Sebanyak 18 juta risalah propaganda yang terdiri dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Jepun, Cina, Siam, Perancis, Burma, Tamil dan Urdu telah digugurkan dengan menggunakan pesawat khas selepas 10 hari Jepun menyerah kalah.20 Tindakan Amerika Syarikat meledakkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 memaksa Jepun menyerah diri sekaligus mengembalikan kekuasaan British di Tanah Melayu. Kezaliman Komunis Berikutan pengunduran tentera Jepun, Tanah Melayu berada dalam tempoh kekosongan kuasa pemerintahan selama 14 hari. MPAJA bertindak zalim setelah mendapat arahan daripada ″Pusat″ pada 24 Ogos 1945. Mereka mengibarkan bendera komunis di atas bendera Union Jack. Tindakan tidak berperikemanusiaan komunis diterjemahkan oleh tentera Bintang Tiga. Keharmonian hidup yang dibina sekian lama di Tanah Melayu bertukar menjadi prasangka selepas tentera Jepun menyerah kalah. Jumlah kekuatan Kuomintang (KMT) dan komunis ketika menentang Jepun dianggarkan seramai 300,000 orang. Manakala jumlah anggota AJU ialah seramai 10,000 ke 12,000 orang.21 MPAJA memaksa penduduk kampung menjadi penyokong, memaksa membayar yuran dan membekalkan bahan makanan. Penghulu dan Ketua kampung dipaksa menjadi anggota Anti Japanese Union Force (AJU), dan mereka dipertanggungjawabkan mengumpul cukai daripada penduduk kampung. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal, orang Melayu juga terpengaruh dengan propaganda

17

Anthony Short, The Communist Insurrection in Malaya, 1975, London: Frederick Muller Ltd., hlm. 100. Ian Trenowden, Malayan Operations Most Secret-Force 136,Heinemann Educational, 1983, hlm. 146. Pasukan Force 136 ditugaskan menghubungi gerila MPAJA, membuat laporan melalui radio kepada Calcutta mengenai kedudukan Jepun di Tanah Melayu, mengatur penyaluran bantuan senjata api dan bekalan logistik kepada MPAJA serta melatih gerila tersebut. Dalam hal ini, Kolonel John Davis mengadakan beberapa rundingan dengan Loi Teck, Setiausaha Agung PKM dan Chin Peng, yang pada masa itu menjadi pemimpin PKM negeri Perak. British juga bersetuju memberi bantuan makanan kepada MPAJA. 19 WO 203/3337, Sabotage and Counter Scorch Policy In Malaya, 30 June 1945, hlm. 3-6. 20 AIR 23/7693, Operation Zipper Intelligence Dossier, hlm. 1. 21 AIR 23/7693, Section E, Population And Local Administration (TOP SECRET), hlm. 3. 18

153

komunis. Hal yang demikian berlaku kerana mereka dijanjikan peluang memerdekakan Tanah Melayu dan mempunyai pemerintahan sendiri selepas perang.22 Rakyat di Tanah Melayu sentiasa diselubungi ketakutan dan kecurigaan sehinggakan hubungan kawan boleh bertukar menjadi lawan. Ribuan anak-anak menjadi yatim piatu, ramai yang kehilangan harta benda dan tidak kurang juga yang menjadi tidak waras akibat perbuatan kejam tentera Jepun dan komunis.23 Bintang Tiga menggeledah rumah, merampas barangan penduduk, menyekat jalan raya dan memeriksa kenderaan serta penumpang dan pejalan kaki. Sebahagian daripada penduduk kampung yang diadili di 'Kangaroo Court'.24 Sebahagiannya dikurung dalam bakul khinzir, diseksa, ditikam dan dikelar serta disepak.25 Terdapat juga segelintir orang Melayu yang dipaksa memberikan sokongan kepada komunis bagi memastikan kelangsungan hidup. Di kawasan perkampungan di Pahang, orang Melayu tidak terkecuali diancam oleh gerila Cina.26 Ramai orang Melayu yang diculik dan dibawa masuk ke dalam hutan serta nasib mereka tidak diketahui.27 Selain melakukan kekejaman, Bintang Tiga juga didapati mengganggu kegiatan keagamaan yang dijalankan oleh orang Melayu di surau dan masjid. Di Batu Pahat, menjelang Jepun menyerah kalah Bintang Tiga melarang orang Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk menunaikan solat terawih dan beribadat secara berjemaah. Kesucian agama Islam juga dicerobohi apabila gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang bersolat Jumaat.28 Masjid juga dicemari, dan al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis.29 Berikutan itu, meletus dan merebaknya prasangka dan ketegangan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina yang dicetuskan oleh komunis. Konflik perkauman Melayu dan Cina tercetus di Johor antara Mac hingga Ogos 1945.30 Selain kejadian yang berlaku di Johor, konflik Melayu-Cina yang dianggap serius berlaku di Sungai Manik, Perak dan 22

WO 203/5553, hlm. 1. Lihat juga wawancara dengan Tuan Haji Kasim bin Zakaria di Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, 25 Mac 2016. 23 “Tragedi Hitam Pemerintahan Bintang Tiga”, Mingguan Malaysia, 11 Mac 1984. 24 J. J.r. Raj, The War Year And After, Petaling Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., 1995, hlm. 58. 25 Mohamed Ali Haniffa. Survival Orang Melayu di Johor Berikutan Kekejaman Komunis di Tanah Melayu, 1941-1948. Seminar Koleksi Johor. Johor : Johor Bahru, 22-23 Mei 2016, hlm. 3. Terdapat juga orang Melayu yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya berada di atas tanah untuk disepak manakala ada juga yang diikat kaki dan tangannya serta dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam sungai hidup–hidup. Ramai penduduk kampung yang diculik dan dipaksa menjalani kehidupan di kem-kem komunis, dibakar hidup-hidup telinga dan kemaluan dipotong serta disumbatkan ke dalam mulut. Lihat Utusan Malaysia, 17 Jun 2009. Lihat juga Utusan Malaysia, 30 Mei 2009, hlm. 12. 26 CO 273/675/12, Report On The Interviews Between The Malay Rulers And Brigadier H.C. Willan, M.C. (TOP SECRET), Interview With The Sultan Of Pahang, hlm. 28. 27 Mingguan Malaysia, 4 September 2011, hlm. 6. 28 Kenelm O.L. Burridge, “Racial Relations in Johore”, Australian Journal of Politics and History, Vol. II, No. 2, May 1951, hlm. 163. 29 Mingguan Malaysia, 4 September 2011, hlm. 6. 30 Pada bulan Mei 1945, seramai 20 orang tentera Bintang Tiga yang lengkap bersenjata berjumpa dengan Ketua Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor, iaitu Moain Saridin bagi memujuknya serta orang kampung menyertai perjuangan MPAJA yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya. Lihat Utusan Malaysia, 28 Mei 2009, hlm. 5. Meletus dan merebaknya juga pergaduhan di Ayer Hitam pada 20 Jun 1945 diikuti dengan yang berlaku pada hari berikutnya di Parit Kuman, Mukim Sungai Balang, Johor. Lihat SUKJ. 6203/1945, 12 November 1945, hlm. 13 A. Konflik perkauman Melayu-Cina yang bermula di Batu Pahat dan Ayer Hitam kemudiannya merebak ke bahagian-bahagian lain di negeri Johor dan ke seluruh negeri pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Lihat Mohamed Ali Haniffa, “Survival Orang Melayu di Johor Berikutan Kekejaman Komunis, 1945,” JEBAT, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Volume 44 (1), July 2017, hlm. 143. Pada 10 Jun 1945, Kekacauan turut berlaku pada malam 9 Februari 1946 dan pada tengah hari Ahad, 10 Februari 1946 di Bukit Gambir dan Parit Samsu, Johor. Kezaliman komunis juga turut berlaku di negeri Perak di mana pada 30 Disember 1945 sekumpulan komunis yang dianggarkan seramai 100 orang menyerang perkampungan orang Melayu di Lambor Kanan. Lihat WO 172/9773, hlm. 104.

154

Kampung Bekor, Manong, Perak pada 6 Mac 1946.31 Ketegangan hubungan kaum ini berjaya diatasi dengan pembentukan Pentadbiran Tentera British (PTB). Walau bagaimanapun, konflik kaum yang dicetuskan oleh Jepun dan komunis terus berlanjutan hingga tahun 1950an yang menyaksikan terdapat banyak insiden yang melibatkan pembunuhan dan serangmenyerang antara kedua-dua kaum ini. Pengisytiharan Darurat 1948 Darurat merupakan satu pengisytiharan oleh kerajaan, di mana kuasa tersebut diperuntukkan oleh perlembagaan bagi mengawal keadaan huru hara yang wujud. Mengikut Fasal 1, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, “satu darurat besar yang mengancam keselamatan atau kehilangan ekonomi persekutuan atau mana-mana bahagiannya.” Peruntukan undang-undang tentang darurat juga dinyatakan dalam Perkara 149-151, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian II iaitu Kuasa-Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat. Hanya Yang Dipertuan Agong (YDPA) sahaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.32 Dalam konteks keselamatan di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan, pengisytiharan darurat dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Sir Edward Gent selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada 18 Jun 1948 berikutan pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis. Hal yang demikian membawa kepada pengisytiharan darurat selama 12 tahun 45 hari di Persekutuan Tanah Melayu bermula tahun 1948 hinggalah tahun 1960. Menurut Thompson, darurat boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: a. “Build up period” – iaitu tempoh masa di mana kerajaan menggubal polisi-polisi dan mengambil langkah-langkah permulaan. Peringkat ini berakhir dengan pembunuhan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu dan pelantikan Sir Gerald Templer. b. Di antara tempoh 1952 hingga 1954 di mana usaha-usaha yang telah dilakukan terhadap pembanterasan komunis dan berakhir dengan Rundingan Baling. c. “Mopping up period” – iaitu tempoh di antara tahun 1956 hingga 1960 di mana melakukan operasi pembanterasan terhadap komunis sehingga mereka berundur ke sempadan Malaysia-Thailand.33 Pilihanraya Tahun 1955 dan Amnesti Pemerintahan sendiri di Tanah Melayu menjadi prioriti Tunku Abdul Rahman apabila di lantik sebagai Presiden United Malay National Organizations (UMNO) pada tahun 1951 namun beliau berpendapat agak sukar untuk direalisasikan sekiranya keganasan komunis tidak dibanteras. Hal yang demikian juga bersandarkan kepada kenyataan Sir Gerald Templer yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu pada tahun 1951. Antara

Seruan Ra’ayat, Ahad, 11 November 1945, hlm. 1. Pada 6 November 1945, dalam satu serangan balas, sekumpulan orang Melayu seramai 300 hingga 400 orang bertindak menyerang orang Cina di Padang Lebar yang mengakibatkan seramai 40 orang Cina terkorban. Lihat CO 537/1580, Extract From Official Report, hlm. 8. Konflik kaum juga telah berlaku di Batu Malim, Raub, Pahang, pada 11 Februari 1946. Lihat WO 172/9773, SECRET, 16 February 1946, hlm. 186. 32 Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10 hb Oktober 2014). (2014). Selangor: International Law Book Services. 33 Ramli bin Haji Ahmad, 'Perjumpaan Baling 1955', dalam Khoo Kay Kim, Adnan Haji Nawang (editor), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, hlm. 193. 31

155

kenyataannya ialah “Her Majesty’s Government would not lay aside the responsibility in Malaya until they are satisfied that Communist terrorism has deen defeated”.34 Tunku Abdul Rahman membuat satu kenyataan pada awal bulan Januari 1955 bahawa amnesti akan diberikan kepada komunis sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan darurat di Tanah Melayu. Cadangan beliau juga ialah terhadap cadangan pemberian amnesti dan langkah-langkah pembanterasan komunis sekiranya tawaran tersebut ditolak.35 Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Director of Operations Leftenen Jeneral Sir Geoffrey Bourne berhubung dengan cadangan amnesti. Pada 12 Januari 1955, mesyuarat di antara Perikatan UMNO-MCA diadakan di Melaka bagi membincangkan mengenai cadangan amnesti yang dikemukakan.36 Cadangan tersebut juga dibincangkan pada 17 Januari 1955 oleh Director of Operations Committee yang menyatakan bahawa perlu penglibatan Service Advicers dan pemimpin parti politik. Perikatan ini diwakili oleh Tunku Abdul Rahman dan H.S. Lee. Jawatankuasa tersebut diminta oleh pihak British untuk memperinci dan menjelaskan mengenai amnesti dan lapan fakta yang dikemukakan oleh Perikatan UMNO-MCA di Melaka. Antara keputusan penting yang dicapai ialah persoalan mengenai amnesti bukan hanya merupakan persoalan politik sahaja.37 Keganasan komunis yang semakin menjadi-jadi digunakan oleh Tunku Abdul Rahman bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan parti politik. Hal yang demikian juga berpunca apabila rakyat di Tanah Melayu ‘terlalu letih’ hidup dalam Undangundang Darurat.38 Parti Perikatan yang dibentuk menggabungkan komponen UMNO, Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Manifesto Perikatan yang mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan diwartakan pada 27 Julai 1955 kerana persetujuan mengenai masalah kerakyatan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa Melayu dan agama Islam yang tidak dapat dipersetujui sebulat suara oleh anggota perikatan. Manifesto Perikatan 1955 menggunakan tema ‘Merdeka dalam Masa Empat Tahun” dan meletakkan beberapa dasar yang berkaitan dengan politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi sebagai tindakan lanjut Parti Perikatan jika diberi mandat dalam pilihan raya itu.39 Manifesto yang ditonjolkan itu jelas menunjukkan komitmen Parti Perikatan yang mahu bergerak ke arah berkerajaan sendiri.40 Empat perkara utama yang menarik perhatian British ialah: ‘Malayanization and particularly the following statement-to accelerate the rate of Malayanisation by replacing expatriate officers (on abolition scheme) by Malayan Officers’;, ‘the proposal that a general amnesty should be offered to the Malayan Communist Party’, ‘the proposal for the appointment of a special independent commission to enquire inti constitutional reforms’, ‘the desire to adopt Malay as the National Language of the country within a period of ten years and to set up a Malay Language’. 41

34

FO 371/116941, MacGillivray to the Secretary of State for the Colonies, 25 October 1955. Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman And His Role In The Baling Talks. Kuala Lumpur: Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Arkib Negara Malaysia, hlm. 3. 36 CO 1030/22, Federation of Malaya to The Secretary of State for The Colonies, 19 January 1955. 37 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman, hlm. 4. 38 Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule And The Struggle For Independence In Malaysia, 1945-1957, 1984, Selangor: Vinlin Press Sdn. Bhd. hlm. 292. 39 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207. 40 Joseph M. Fernando, The Alliance Road To Independence, Kuala Lumpur: University Of Malaya Press, 2009, hlm. 92. 41 Ramlah Adam, Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955. Melaka: Institut Kaajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, hlm. 29 & 31. 35

156

Salah satu manifesto pilihanraya Tunku Abdul Rahman ialah menawarkan pengampunan. Ini di nyatakan: “Darurat: berusaha menamatkan darurat dengan seberapa segera dengan menawarkan kepada pengganas-pengganas komunis pengampunan beramai-ramai ...”42 Penamaan calon ialah pada hari Rabu, 15 Jun 1955.43 Dalam pilihanraya pertama pada hari Rabu, 27 Julai 1955, Parti Perikatan beroleh kemenangan besar dengan mendapat sebanyak 818,013 undi daripada jumlah keseluruhan iaitu 1,001,527 atau 81.7 peratus. 44 Parti Perikatan menguasai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada 31 Julai 1955, jemaah menteri dibentuk dengan persetujuan Suruhanjaya Tinggi British.45 Sesuai dengan perkembangan semasa, pemimpin yang mewakili tiga parti politik tersebut cuba untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing dan memastikan tidak timbul konflik sensitiviti serta konflik perkauman. Justeru itu, UMNO, MCA dan MIC memasuki fasa baharu dengan memperjuangkan politik antara kaum.46 Hal yang demikian ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai: “Apabila saya hanya sebagai Presiden UMNO, saya hanya perlu mengambilkira mengenai masyarakat Melayu sahaja. Tetapi apabila diakui sebagai Pemimpin Parti Perikatan, saya perlu juga mengambilkira mengenai orang Cina, India dan semua bangsa di Tanah Melayu”.47 Pada bulan September 1957, Parti Perikatan didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang bebas daripada parti ahlinya.48 Pada 8 September 1955, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan deklarasi amnesti kepada pengganas komunis.49 Intipati utaama amnesti tersebut ialah: 1. Those of you who come in and surrender will not be prosecuted for any offence connected with the Emergency, which you have committed under Communist direction, either before this date or in ignorance of this declaration. 2. You may surrender now and to whom you like including to members of the public. 3. There will no general ‘cease fire’ but the security forces will be on alert to help those who wish to accept this offer and for this purpose local ‘cease fire’ will be arranged. 4. The Government will conduct investigations on those who surrender. Those who show that they genuinely intent to be loyal to the Government of Malaya and to give up their Communist activities will be helped to regain their normal position in society and be re-united with their families. As regards the reminder, restrictions will have to be placed on their liberty but if any of them wish to go the China their request will be given due consideration.50 Pengumuman tersebut menyebabkan pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan Perikatan bagi membolehkan rakyat bekerjasama dalam memastikan komunis meletakkan senjata. Tunku Abdul Rahman, Sir Tan Cheng Lock dan beberapa orang pemimpin politik 42

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 208. 43 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981, hlm. 439. 44 Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm. 161. 45 Ramlah Adam, Sejarah Perkembangan Pilihanraya hlm. 33. 46 Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan, hlm. 161. 47 Lihat Tunku Abdul Rahman, Malaysia: The Road to independence, Petaling Jaya: Pelanduk Publication. 48 Lihat Means P. Gordon, Malaysian Politics, London: University of London Press, 1970. 49 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman. hlm. 12. Lihat juga Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 31. 50 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman hlm. 12.

157

menerima sepucuk surat dari Central Committee of Malayan Communist Party dari Klian Intan, Perak, pada 24 September 1955 yang dihantar oleh Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Ini membawa kepada perbincangan Tunku Abdul Rahman bersama Sir Donald MacGillivray. Pada 30 September 1955, Tunku membuat pengumuman bahawa beliau akan bertemu dengan Chin Peng bersama Tan Cheng Lock bagi mernjelaskan mengenai amnesti.51 Ini diikuti pula dengan pertemuan dengan Ketua Menteri Singapura iaitu David Marshall pada 1 Oktober 1955 dan menyebabkan tokoh tersebut terlibat sama. Pada 2 Oktober 1955, Chin Peng mengutus surat kepada Tunku dan menyatakan pegawai perhubungannya akan berjumpa di Utara Tanah Melayu bagi membincaangkan jadual pertemuan. Ini membawa kepada pertemuan pertama pegawai perhubungan Chin Peng pada 17 Oktober 1955 di Klian Intan, Perak Utara. Kerajaan Persekutuan diwakili oleh I.S. Wylie dan Too Joon Hing,52 manakala Chin Peng diwakili oleh Chen Tien yang merupakan Ketua Jabatan Propaganda, Parti Komunis Malaya. Dalam pertemuan tersebut, I.S. Wylie menjelaskan kepada wakil PKM bahawa rundingan yang dicadangkan tidak akan melebihi tempoh 48 jam. Usaha tersebut membawa kepada satu mesyuarat yang diadakan pada 19 Oktober 1955 di Government House di Singapura dan dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Sir Robert Scott, MacGillivray, David Marshall dan Sir R. Black, Gabenor Singapura. Dalam pertemuan tersebut dibincangkan mengenai kecenderungan PKM yang boleh memanipulasi amnesti. Beliau juga menyatakan bahawa lima kemungkinan permintaan Chin Peng ialah: 1. Recognition of The Malayan Communist Party. 2. An assurance that those surrendering would not be deported. 3. An assurance that those surrendering would be allowed to play a part in the political life of country and would not be detained for more than a very short period. 4. The release of detainees. 5. The repeal of the Emergency Regulations. Tunku menjelaskan bahawa beliau akan menolak terus tuntutan bagi menjadikan Parti Komunis Malaya sebagai parti yang sah namun akan merundingkan lagi perkara-perkara lain. Tunku Abdul Rahman memberikan keyakinan bahawa beliau akan ‘mendengar’, ‘berbincang’ dan membawa cadangan tersebut ke pengetahuan Pesuruhjaya Tinggi sebelum dimuktamadkan. Akhirnya dipersetujui oleh MacGillivry bahawa pertemuan dengan Chin Peng hanya untuk mencadang dan menerangkan mengenai amnesti. Tunku juga mengingatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi bahawa Kerajaan Perikatan yang kukuh akan berjaya mengawal anasir subversif komunis. Perbincangan Tunku seterusnya ialah dengan Lord Reading, Pengerusi Colonial Party Committee of the Colonial Office di Singapura, yang baharu pulang dari Persidangan Bandung. Beliau menegaskan bahawa matlamat utamanya ialah untuk menggunakan sepenuh kuasa yang ada untuk menamatkan darurat.53 Menjelang 24 Oktober 1955, MacGillivray menghantar rumusan laporan perbincangan Senior Adviser kepada Setiausaha Kolonial bagi mendapatkan pertimbangan dan kebenaran. Walau bagaimanapun, Malcolm MacDonald, mantan British Commissioner General for South East Asia bersetuju dengan MacGillivray bahawa Tunku perlu diberikan kebenaran untuk menjalankan perundingan bersama Chin Peng, namun Kerajaan British mempunyai hak untuk menolak sebarang perkara yang bercanggah dengan amnesti yang dikemukakan. Pandangan tersebut turut dipersetujui oleh Sir R. Black, Gabenor Singapura. Pada 28 Oktober 1955, The

51

Ibid., hlm. 14. I.S Wylie merupakan Timbalan Pesuruhjaya dan pernah mendarat dengan payung terjun ke Tanah Melayu bersama pasukan Force 136 serta mengenali Chin Peng manakala Too Joon Hing merupakan Timbalan Menteri Pelajaran. Lihat Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 39. 53 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman hlm. 15-17. 52

158

Colonial Policy Commitee di Pejabat Kolonial berbincang secara terperinci mengenai cadangan pertemuan di antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng. 54 Pada 29 Oktober 1955, Lennox-Boyd menghantar telegram kepada MacGillivry dan mengingatkan agar Tunku Abdul Rahman hanya membincangkan hal berkaitan amnesti sahaja.55 Ini disusuli dengan perbincangan MacGillivry bersama Executive Council pada 1 November 1955 mengenai skop perbincangan bersama Chin Peng. Pada 15 November 1955 Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman di radio bahawa kelewatan maklum balas daripada Chin Peng menunjukkan ketidakikhlasan komunis. Ini akan membawa kepada penamatan tempoh amnesti yang diberikan. Ini membawa kepada reaksi segera komunis pada 17 November 1955 apabila Chen Tien dan Lee C.H. muncul di Klian Intan tanpa pengetahuan pihak kerajaan dan membawa kepada perbincangan awal.56 Pihak keselamatan mengarahkan Ketua Polis Daerah Kroh iaitu D.P. Turner dan Penolong Pegawai Daerah Kroh McElwains berkejar ke Klian Intan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, H.R. Middleton ditugaskan ke Klian Intan untuk mengawasi keselamatan dan melarang orang luar masuk ke Kampung Khek bermula jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi dengan dikawal rapi oleh anggota polis kerana keduanya akan bermalam di situ. Dua perkara.57 Antara perkara penting yang dilakukan dalam pertemuan tersebut ialah mengepos sepucuk surat dari Chin Peng kepada Tunku di Pejabat Pos Klian Intan.58 Mesyuarat di antara Tunku dan MacGillivray diadakan pada 18 November 1955 dan beliau teruja dengan perkembangan positif serta mencadangkan bahawa pertemuan bersama Chin Peng diadakan pada 9 Disember 1955. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa mengubah tarikh pertemuan kerana David Marshall akan ke London bagi merundingkan kemerdekaan Singapura pada 2 Disember 1955. Tunku mengarahkan Too J.H. ke Klian Intan pada 20 November 1955 dan memaklumkan terhadap isu-isu dan tarikh pertemuan. Chen Tien memberikan tiga syarat tambahan seperti keselamatan delegasi Chin Peng, dan menjemput Suruhanjaya Antarabangsa bagi memantau proses rundingan. Di samping itu, Chin Peng juga mahu syaratsyarat amnesti dipinda supaya lebih liberal. Tunku menolak syarat penglibatan Suruhanjaya Antarabangsa di dalam rundingan. Tunku juga membuat penegasan bahawa beliau akan hadir “sebagai pihak yang menang, bukan sebaliknya”.59 Mesyuarat ketiga bersama Chen Tien dan wakil kerajaan diadakan pada 13 Disember 1955 bertempat di sebuah khemah di landasan kapal terbang Kroh pada waktu petang. Wakil kerajaan diketuai oleh Wylie dan Too J.H. membincangkan perincian rundingan yang akan diadakan meliputi keselamatan, gencatan senjata, persiapan menjemput Chin Peng dan selepas rundingan. Jurucakap bagi pihak kerajaan mencadangkan bahawa rundingan tersebut perlu diadakan pada 28 Disember 1955. Justeru itu, satu mesyuarat terakhir diadakan di Klian Intan pada 24 Disember 1955 yang diwakili oleh Chen Tien, Lee C.H., Wylie dan Too J.H.. Amnesti yang dikeluarkan disebarkan secara meluas agar sampai ke pengetahuan PKM. Di samping itu, persiapan diatur bagi mengadakan rundingan bersama Chin Peng. Fokus utama Tunku Abdul Rahman ialah mahu bersemuka dengan Chin Peng bagi menerangkan syarat-syarat pengampunan dan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin dikemukakan oleh pihak PKM. Pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu dalam ucapannya melalui radio menyatakan bahawa jaminan tidak dihukum sebagai “corak

54

Ibid., hlm. 20. Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling, hlm. 80. 56 Robert Jackson, The Malayan Emergency, The Commonwealth’s wars 1948-1966, London: Routledge, 1991, hlm. 55. 57 Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling, hlm. 88. 58 New Straits Times, 18 November 1955, hlm. 1. 59 Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling, hlm. 100 & 101. 55

159

kasihan belas yang luar biasa”.60 Sebanyak 12 juta “Pas Pengampunan”61 dan 40 juta keping risalah “Tawaran Menyerah Diri” yang dicetak dalam bahasa Cina, Tamil dan Melayu digugurkan dari udara ke kawasan hutan. Rundingan Baling 28 dan 29 Disember 1955 Baling menjadi tempat aktif pergerakan komunis kerana masih diliputi oleh kawasan hutan. Antara lokasi yang menjadi tempat persembunyian komunis ialah di Kampung Dalam Wang. Di belakang bukit Kampung Dalam Wang menjadi lokasi penanam sayur berketurunan Cina dan pergerakan komunis hingga ke Siong. Mereka berpindah ke lokasi tersebut ketika zaman pendudukan Jepun kerana menjadi buruan. Sama seperti di lokasi lain, ramai yang menjadi tali barut Jepun bagi memastikan kelangsungan hidup ketika itu. Lokasi tersebut juga menjadi tempat seksaan dan tahanan komunis ketika itu. Antara yang diseksa di situ ialah Tuan Syed Abu Bakar Shahabudin.62 Pekan Baling dipilih sebagai lokasi rundingan kerana ia merupakan kawasan pilihanraya Tunku Abdul Rahman. Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh masyarakat Baling khususnya apabila mengetahui bahawa akan diadakan satu rundingan yang penting dan bersejarah. Masyarakat di Baling teruja kerana satu peristiwa bersejarah yang akan dipahat dalam sejarah negara akan berlaku di tempat mereka. Di tengah padang, khemah tentera didirikan dan dikawal oleh polis serta tentera. Masyarakat tempatan datang ke Pekan Baling untuk melihat sendiri suasana ketika sesi rundingan. Kemungkinannya mereka hendak melihat sendiri wajah anggota komunis seperti Chin Peng dan Rashid Maidin. Keduanya mereka ingin melihat sendiri wajah Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.63 Bagi penduduk tempatan di Baling, mereka menggambarkan dengan ″...suasana yang cukup pekat”. Ini menunjukkan bahawa Baling merupakan lokasi yang sentiasa menjadi tempat tumpuan dan kezaliman komunis. Terdapat juga yang mempersoalkan “ ... adakah akan berhasil perundingan ini?”.64 Nama kod bagi Rundingan Baling ialah “Operation Pink Gin”.65 Tunku Abdul Rahman tidak mengharapkan bahawa tawaran pengampunan yang dikeluarkan akan mendapat reaksi segera namun tiga minggu selepas itu, Chin Peng memberikan jawapan secara bersurat. Surat-surat yang dikirim di Kampung Klian Intan, 11 batu ke selatan sempadan Thailand dialamatkan kepada Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan beberapa orang ahli politik. Chin Peng mengemukakan tiga perkara utama. Perkara utama yang dipohon oleh Chin Peng ialah dia ingin menghantar seorang utusan ke Kuala Lumpur manakala satu gencatan senjata serta-merta hendaklah diatur. Dia juga menginginkan agar satu pertemuan segera bersama Tunku diadakan.66 Tunku mendapatkan pandangan daripada Bob Thomson yang merupakan Pegawai Penyelaras Keselamatan ketika itu. Justeru itu, keputusan dicapai bahawa rundingan awal perlu diadakan. Keputusan itu juga disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman dengan menggunakan bahasa kod di Radio Malaya untuk didengar oleh Chin Peng. Ini juga memberikan maklum balas kepada komunis

60

Rundingan Baling 28 & 29 Disember 1955, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, t.thn. hlm. 1. Ho Hui Ling, Darurat 1948–1960, hlm. 25. 62 Rundingan Baling 1955, Temubual Encik Kamarulzaman Bakar Dengan Dato’ Shafie Abdullah pada 13/11/86 di Baling, hlm. 4-5. 63 Rundingan Baling 1955, hlm. 15. 64 Transkrip Rundingan Baling 1955, hlm. 9. 65 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Looking Back. Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd., hlm. 8. Rujuk juga Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 118. Nama “Operasi Pin Gin” digunakan dalam buku tulisan Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 108. 66 Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 35-36. 61

160

bahawa pertemuan awal di antara Chin Peng, wakil komunis, I.S. Wylie dan Tunku Abdul Rahman akan diadakan.67 Sepucuk surat yang diterima pada bulan Jun 1955 daripada wakil Ibu Pejabat Pemerintah Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya menyatakan bahawa PKM bersedia untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan darurat. Surat tersebut dikirim dari Haadyai, Thailand dan dialamatkan kepada Persatuan Peladang Bersatu (United Planters Association) Tanah Melayu untuk disampaikan kepada pertubuhan-pertubuhan politik. Intipati utama surat tersebut ialah mencadangkan supaya pelbagai parti politik mengadakan satu persidangan bagi merancang strategi menamatkan pertempuran.68 Surat tersebut tidak menyatakan nama Chin Peng sebaliknya menggunakan nama samaran sebagai Ng Heng.69 Tanggungjawab sebagai “Conducting Officer” iaitu untuk membawa keluar Chin Peng dan rombongannya serta memastikan keselamatannya diserahkan kepada Pegawai Daerah Butterworth iaitu John Davis. John Davis berusia 49 tahun dan mempunyai hubungan baik dengan Chin Peng semasa berada di dalam hutan selama dua tahun sebagai anggota Force 136. Rombongan komunis yang diketuai oleh Chin Peng, Chen Tien, Rashid Maidin bersama seorang tukang masak keluar dari hutan lebih kurang jam 9.00 pagi. Chin Peng juga tidak diberikan layanan sebagai orang kenamaan kerana di pihak Kerajaan Persekutuan dia merupakan seorang pengganas. Chin Peng dibawa dengan menaiki sebuah trak polis berwarna hitam yang mempunyai tempat duduk yang diperbuat dari kayu bersama dengan John Davis. Trak polis yang kedua pula terdapat tiga orang yang lain. Perjalanan dari Klian Intan ke Baling sejauh hampir 10 batu dan rundingan bersejarah tersebut diadakan di Sekolah Inggeris Baling (Baling Government English School) yang merupakan sebuah sekolah terbaharu di pekan Baling ketika itu. Kawasan sekolah tersebut dipagar dengan kawat berduri yang tinggi. Sebuah bilik darjah di bangunan sekolah tersebut sudah diatur sebagai bilik rundingan. Chin Peng dan rakan-rakannya di bawa ke rumah Guru Besar sekolah yang dikhaskan. Semasa rundingan diadakan, Chin Peng diberikan bekalan makanan tentera dan sebagai tambahan menerima daging ayam, telur, sayur-sayuran dan nasi serta diberikan keizinan untuk membeli barangan di Pasar Baling. Chin Peng dan Chen Tien meminta baju singlet dan seluar dalam yang baharu manakala tuala, berus gigi, ubat gigi dan seketul sabun dibekalkan kepada setiap seorang.70 Rundingan Baling diadaakan pada 28 dan 29 Disember 1955 dan mengambil masa enam jam 28 minit atau 388 minit. Rundingan tersebut melibatkan pihak kerajaan yang terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock dan David Marshall dan Chin Peng, Chen Tien serta Rashid Maidin.71 Rundingan tersebut berlangsung dalam empat sesi selama dua hari. Hari pertama iaitu pada 28 Disember 1955 di mana sesi pertama bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang manakala sesi kedua dari jam 3.40 petang hingga 5.45 petang. Sesi ketiga bermula dari jam 6.40 petang hingga 8.05 malam. Rundingan pada hari kedua berlangsung pada 29 Disember 1955 di mana sesi keempat dari jam 10.50 pagi hingga 12.48 tengah hari.72 Dalam rundingan tersebut, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin duduk bersemuka dengan Tunku Abdul Rahman, David Marshall, Tan Cheng Lck dan Too Joo Hin. Rundingan ini dilaksanakan dalam satu suasana yang “cordial’ dan tiada

67

Ibid., hlm. 39. Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, hlm. 33. 69 Bagi bacaan lanjut rujuk Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Hj. Abdul Hamid, Serang Hendap Kampung Lalang, Selangor: MC. Firdaus Press Sdn. Bhd., 2019. Rujuk juga Mohamed Ali Haniffa, JAUHAR: Jilid 4: Bil.2:Oktober 2020, hlm. 22-29. 70 .Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, hlm. 51, 52, 58 & 108. 71 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman, hlm. 27. 72 Gurdial Singh a/l Kartar Singh, “Rundingan Baling: Liku-liku Merintis Kemerdekaan”. Majlis Ceramah Perundingan Baling & Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, 24 Mac 2013, hlm. 3. 68

161

ketegangan. Tunku Abdul Rahman juga menggunakan tutur kata yang biasa dan mesra. Ini menyebabkan proses rundingan tersebut berjalan dengan baik.73 Rundingan Hari Pertama: 28 Disember 1955 a.

Rundingan Sesi Pertama, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang

Rundingan tersebut dimulakan dengan Tunku bertanya kepada Chin Peng mengenai layanan yang diberikan kepadanya. Selepas itu, jurugambar dan pemberita dibenarkan masuk ke dalam bilik perjumpaan untuk mengambil gambar.74 Sesi rundingan tersebut dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman dengan menggunakan bahasa Inggeris dan diterjemahkan oleh Chen Tien ke bahasa Mandarin. dengan mengucapkan terima kasih di atas keyakinan pihak komunis untuk keluar dan bertemu dengan pihak kerajaan. Beliau turut mengingatkan bahawa tugas dan tanggunjawabnya ialah untuk menerangkan mengenai terma amnesti dan bukannya untuk membuat satu keputusan.75 Penterjemah bagi sesi tersebut ialah Ho Wai Kong dan Yong Tham Kwee manakala Yeo dan Ratnam berperanan sebagai jurutrengkas.76 Tunku Abdul Rahman menerangkan mengenai persediaan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Beliau juga menerangkan mengenai Rundingan London bersama pihak British yang akan dilakukan pada bulan Januari tahun 1956 dan resolusi UMNO yang dicapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Menurutnya lagi objektif parti mereka ialah untuk membawa keamanan terhadap negara. Beliau juga menerangkan mengenai kemusnahan dan kezaliman yang dilakukan oleh komunis dan tawaran pengampunan beramai-ramai bagi anggota PKM. Kejujuran Tunku mewakili Kerajaan Persekutuan dan bukannya sebagai “running dog of colonialism”. Ini dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman seperti berikut: “There is another matter which i would like to add, that i do not come here as the spokesmen for the British Covernment, neither am I the stooge of running dog of colonialism. I am the servant of the people and I represent the people who have elected me to power, and I do genuinely seek peace for this country, Mr. Marshall and I wish to make it clear that you are free to say what you like, we will not mind’.77 Mesyuarat sesi pertama berehat selama 10 minit pada jam 3.30 petang. Tunku dan delegasi dihidangkan dengan kopi manakala wakil komunis meminta jus oren dan soda. b.

Rundingan Sesi Kedua, jam 3.40 petang hingga 5.45 petang

Rundingan sesi kedua bermula tepat jam 3.40 petang selepas mesyuarat berhenti rehat selama sepuluh minit. Tanggungjawab sebagai jurutrengkas diberikan kepada Wong Loong Seang dan Prakabharam. Sesi kedua ini membincangkan mengenai taat setia terhadap Persekutuan Tanah Melayu dan keperluan membubarkan PKM. Orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai terjejas dan Kerajaan Persekutuan membelanjakan kewangan yang besar bagi membanteras komunis serta darurat. Hal yang demikian dinyatakan oleh Tan Cheng Lock seperti berikut: “As the M.C.P. consists mostly of Chinese, it is the Chinese community who have suffered most in the last eight of the Emergency and therefore as Chinese 73

Rundingan Baling 1955, hlm. 17-18. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 482. 75 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman hlm. 27. 76 Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling, hlm. 144. 77 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman hlm. 53.. 74

162

we particularly wish that there will be peace and end to this war. We hope at this meeting to put forward propositions which will end the Emergency. There is no hope of teh M.C.P. winning. What we want in this country is peaceful cooperation and co-existence for us all and this can be obtained if you will come out of the jungle and become peaceful citizens and be loyal to this country”.78 Persoalan mengenai ‘Setia kepada Persekutuan Tanah Melayu’ dikemukakan oleh Chin Peng bagi mendapatkan penjelasan. Tunku Abdul Rahman menjelaskan bahawa ia membawa maksud “menghentikan aktiviti komunis dan membubarkan PKM”. Ketajaman pemikiran Chin Peng juga jelas di sini kerana dia berhujah dan mempertahankan, bahawa sebagai seorang ahli PKM mereka masih percaya kepada ideologi komunis dan orang lain tidak boleh memaksanya. Dia juga menyatakan bahawa rakyat berhak membuat keputusan sendiri dan perlu diberikan kebebasan untuk berfikir.79 Sesi rundingan ditamatkan pada jam 5.45 petang untuk berhenti rehat selama 30 minit. Delegasi Tunku beredar ke kediaman Pegawai Daerah untuk menikmati teh manakala Chin peng diiringi John Davis terus ke bilik penginapan.80 c.

Rundingan Sesi Ketiga, jam 6.40 petang hingga 8.05 malam

Rundingan sesi ketiga bermula pada jam 6.40 petang dan Yeo serta Ratnam mengambil semula tanggungjawab sebagai jurutrengkas. Pada masa yang sama, pihak kerajaan menyediakan kenyataan akhbar yang disiarkan pada jam 7.25 malam. Perbincangan dalam sesi ketiga ini agak tenang dan mengandungi gelak ketawa. Intipati penting yang dibincangkan ialah mengenai kebenaran kepada anggota komunis yang menyerah diri melibatkan diri dalam parti politik atau menubuhkan parti baharu yang bukannya berunsurkan komunis. Chin Peng juga memohon anggota komunis yang menyerah diri tidak disiasat dan terus dibebaskan serta boleh mencampuri masyarakat.81 Chin Peng juga membangkitkan mengenai ultimatum dan ditegaskan oleh Tunku dan David Marshall bahawa ia bukanlah merupakan satu ultimatum.82 Satu penegasan dibuat dalam sesi ketiga iaitu“We have decided not to recognise the Communist Party and if to you it was a ‘sine qua non’ I asked you whether it served any useful purpose to continue’.83 Hal yang demikian bermaksud PKM tidak akan diiktiraf di Tanah Melayu. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.05 malam. Tunku Abdul Rahman memberitahu Chin Peng bahawa rundingan esok perlu ditamatkan selewat-lewatnya pada waktu tengah hari esok. Tunku singgah di bangunan baharu mahkamah untuk menghubungi MacGillivray melalui talian panas di King’s House bagi melaporkan perkembangan perjalanan mesyuarat. Selepas itu beliau bertolak dan bermalam di Rumah Rehat Kulim manakala Chin Peng yang diiringi oleh John Davis terus ke bilik penginapan. Menurut John Davis, Chin Peng tidak banyak bercakap kerana intipati ketiga-tiga sesi mesyuarat lebih banyak cenderung ke arah kerajaan. Dia juga dikatakan menutup semua tingkap biliknya untuk mengelakkan gangguan para wartawan. Sementara itu, jurutrengkas berusaha menyediakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada jam 10.55 malam. Rundingan Hari Kedua: 29 Disember 1955

78

Ibid., hlm. 57. Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling, hlm. 162. 80 Rashid Maidin keluar dari pintu belakang apabila terdengar suara adiknya iaitu Shahrudin Maidin. Shahrudin Maidin merupakan adiknya yang berlainan ibu dan berkhidmat sebagai Inspektor dalam pasukan Home Guard. Mereka hanya berpandangan sahaja dari jauh kerana tidak dibenarkan keluar dari lokasi rundingan. 81 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 483. 82 Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan ultimatum sebagai ‘amaran yang terakhir yang mesti dipatuhi dalam tempoh tertentu’. 83 Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman hlm. 68. . 79

163

a.

Rundingan Sesi Keempat, jam 10.50 pagi hingga 12.48 tengah hari

Sebelum bermula mesyuarat, Tunku memberikan peluang kepada jurugambar untuk merakamkan gambar semua delegasi. Lim Joo Keng, Lai Ah Lek dan A.F. Ang bertugas sebagai jurutrengkas. Perundingan pada hari keempat lebih berbentuk kepada penegasan dari kedua-dua pihak. Chin Peng dan PKM secara terang-terangan menolak kehendak Perikatan yang mahu ahli PKM menyerah diri dan mengaku bersalah serta dibicarakan sebagai pesalah politik. Sebaliknya Chin Peng mahu mereka diterima semula ke dalam masyarakat tanpa sebarang syarat atau diasingkan. Mereka juga mahu terlibat dalam politik negara selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Namun kepetahan Chin Peng berhujah juga tidak dapat disangkal lagi apabila cuba mengelak diri daripada terperangkap dengan desakan bertalu-talu Tunku supaya menyerah diri dan PKM dibubarkan. Ketegasan Tunku memaksa PKM meletakkan senjata dan menyerah diri menggambarkan keseluruhan sikap beliau terhadap PKM dalam perundingan itu.84 Tunku juga dengan nada penuh tegas menyatakan bahawa rakyat Tanah Melayu dan Singapura yang berjumlah 7, 000,000 orang perlu diutamakan berbanding dengan jumlah anggota komunis yang berjumlah 3,000 orang. Dalam pertemuan tersebut juga jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pihak enggan bertolak ansur dan tiada keputusan muktamad yang dicapai. Walau bagaimanapun, sifat kesantunan Tunku sebagai seorang negarawan jelas terserlah sebelum mesyuarat ditamatkan pada jam 12.48 tengah hari. Tunku mengakhiri perjumpaan tersebut dengan dialog seperti di bawah: Tunku: I hope you are comfortable, that you had everything you wanted. Please let me know whether you want anything before i go away. David Marshall: I think they want a fan. Chin Peng: There is nothing we want. We don’t need a fan. The question is how are we going back. Tunku: In the same way that you come. You will be escorted. Chin Peng: That is all.85 Jadual 1:Tempoh Masa Rundingan Baling Pada 28 dan 29 Disember 1955 Sesi

5

3

1

0

0

Jumlah Soal jawab 9

20

21

14

5

0

60

43

53

38

0

0

134

32

38

31

0

4

105

100

115

84

5

4

308

T Sesi 1 28 Disember 1955 2.30 petang-3.30 petang Sesi 2 3.40 petang-5.45 petang Sesi 3 6.40 petang-8.05 malam Sesi 4 29 Disember 1955 10.50 pagi-12.48 tengah hari Jumlah soalan individu

C

Tokoh M D

CT

84

Tempoh masa

125 minit 2 jam 5 minit 85 minit 1 jam 25 minit 118 minit 1 jam 58 minit

60 minit 1 jam

388 minit @ 6 jam 28 minit

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 246. Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman, hlm. 95-96. Lihat juga Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 247. 85

164

T = Tunku Abdul Rahman C = Chin Peng M = David Marshall D = Dato Tan Cheng Lock CT = Chen Tien Sumber: Analisis Mohamed Ali Haniffa, 28 Mei 2022 Jadual di atas menunjukkan jumlah komunikasi di antara wakil delegasi dalam Rundingan Baling. Jelas menunjukkan bahawa Rundingan Sesi pertama hanya mengambil tempoh masa selama satu jam sahaja dengan sembilan soal jawab yang dikemukakan. Dato Tan Cheng Lock hanya mengemukakan sebanyak lima soalan sahaja dalam Sesi Kedua. Hal yang demikian dinyatakan oleh Chin Peng dalam memoirnya seperti berikut: “Dato Tan had failed to make a single comment throughout the first session and I wondered why. It appeared the Tunku was wondering as well because immediately the second session began he coaxed the MCA leader to join in’’.86 Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa beliau tidak konsisten dalam menyatakan pandangan namun disangkal oleh keluarga beliau seperti berikut: “I would like to make a comment here in respect of one statement made in a pamphlet that my father was not always consistent. On the contrary, he was very consistent in his views in very essential issues and matters. If he not consistent, he would not be known as atrue Malayan patriot and nationalist”.87 Rundingan Sesi Kedua dengan 60 soalan mangambil masa selama 2 jam 5 minit. Sesi ketiga dengan 134 soal jawab mengambil masa selama 1 jam 25 minit. Sesi keempat pula dengan 105 soal jawab mengambil masa selama 1 jam 58 minit. Keseluruhan jumlah soal jawab ialah sebanyak 308 sahaja. Selepas tamatnya sesi keempat, Chin Peng bingkas bangun bersama rakannya dan meninggalkan bilik rundingan dan menuju ke trak yang disediakan. Rundingan tersebut gagal mencapai permuafakatan kerana kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan PKM tidak dapat menerima perkara-perkara yang dibincangkan. Ternyata tawaran tersebut ditolak oleh Chin Peng kerana berunding adalah seperti kelihatan komunis menyerah kalah. Rundingan selama dua hari yang berlangsung jelas menunjukkan bahawa PKM berminat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik tanpa sekatan untuk mencapai cita-cita mereka. Rundingan tersebut ditamatkan pada 29 Disember 1955 kerana tidak mendapat persetujuan dari pihak komunis. Di pihak PKM, Chin Peng seolah terdapat kekesalan kerana gagal mendapat ‘concession’ dari pihak kerajaan. Hal yang demikian juga kerana kepintaran dan ketegasan Tunku Abdul Rahman dalam mempertahankan pendiriannya.88 Walau bagaimanapun, rundingan tersebut menunjukkan komitmen dan pendirian pihak Kerajaan yang tidak mahu berkompromi dengan PKM. Selepas tamat rundingan selama dua hari, Chin Peng bersama rakan-rakannya balik semula ke hutan sambil diiringi oleh John Davis sejauh hampir suku batu. Chin Peng dan John Davis berjabat tangan sebelum membiarkan mereka masuk ke dalam kawasan hutan manakala John Davis menuju ke Klian Intan. Atas persetujuan Tunku Abdul Rahman, John Davis dan Chin Peng sebuah kotak pos ditempatkan bagi memudahkan urusan perhubungan di antara komunis dengan pihak

86

Peng Chin, Ian Ward & Norma O. Miraflor, Chin Peng, My Side of History, Singapore: Media Masters Pte. Ltd., 2003, hlm. 379. 87 Alice Scott-Ross, Tun Dato Sir Cheng Lock Tan, Singapore: Kefford Press Pte. Ltd., 1990, hlm. 148-149. 88 Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, hlm. 59.

165

kerajaan.89 Ini adalah kerana pihak Kerajaan Persekutuan masih mengharapkan komunis akan berubah fikiran dan mempersetujui syarat-syarat yang ditetapkan. Tunku Abdul Rahman tidak lagi menaruh sebarang harapan terhadap Chin Peng dan PKM berikutan kegagalan Rundingan Baling. Sebaik sahaja kembali ke Kuala Lumpur, beliau mengumumkan keputusannya untuk menarik kembali tawaran pengampunan yang disiarkan menerusi Radio Malaya pada 30 Disember 1955. PKM juga mengusulkan semula untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan propaganda diatur pada tahun 1956. Pada bulan Mac 1957, Jawatankuasa Pusat PKM menghantar mesej kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan rundingan perdamaian bagi menamatkan peperangan gerila. PKM juga menetapkan beberapa syarat bagi menamatkan pemberontakan gerila PKM. Antaranya ialah anggota PKM seharusnya diberikan hak yang sama seperti warganegara yang lain. PKM juga memohon untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya termasuk menjadi calon. Mereka juga memohon jaminan bahawa anggota PKM termasuk yang bersenjata tidak dihukum. Namun, permohonan tersebut ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Chin Peng mengutus sepucuk surat bertarikh 12 Oktober 1957 dan meminta diadakan pertemuan semula. Surat tersebut ditafsir oleh Tunku Abdul Rahman sebagai kesedian PKM menyerah diri dan beliau bersetuju membenarkan diadakan pertemuan awal. Tafsiran tersebut menimbulkan reaksi berbeza di pihak Chin Peng dan Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendiriannya. Hal yang demikian menyebabkan pertemuan tersebut tidak diadakan. Dalam Rundingan Baling, Tunku meminta Chin Peng dan PKM menyerah diri dan membubarkan PKM secara de facto dan berjanji akan membincangkannya dengan pihak British mengenai PKM dalam perundingannya di London pada bulan Februari 1956. Hal yang demikian juga selari dengan ucapan Tunku dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pada 3 Disember 1955 di mana menurut beliau, Kerajaan Perikatan akan menawarkan pengampunan beramai-ramai atas sebarang jenayah yang dilakukan oleh PKM.90 Karisma Tunku sebagai pemimpin jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa Kerajaan Perikatan sudah melaksanakan yang terbaik untuk membawa keamanan bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.91 Persetujuan Chin Peng menyertai Rundingan Baling membuktikan bahawa PKM semakin lemah dan tidak berwibawa.92 Namun usaha yang dilakukan oleh Tunku dalam menggabungkan kerjasama setiap kaum sehingga membentuk “Perikatan” merupakan salah satu karisma dan kewibawaan beliau.93 Kesimpulan Negara kita juga terperangkap dalam satu persaingan ideologi komunis dan bukan komunis yang didominasikan oleh dua pihak kuasa utama dalam arena politik antarabangsa. Darurat membuktikan bahawa keselamatan negara pernah diancam oleh PKM yang bukan bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi untuk mewujudkan Republik Komunis Malaya. Komunis melakukan kekacauan yang meliputi kezaliman, sabotaj dan kerosakan di seluruh negeri termasuk Kedah. Secara umumnya, sepanjang 12 tahun darurat diisytiharkan, pihak British menggunakan pelbagai strategi dari aspek perang konvensional dan juga perang saraf terhadap Revolusi Bersenjata PKM. Kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan Chin Peng dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Thailand sehingga termeterainya Perjanjian Damai Hatyai pada 2 Disember 1989. Pengorbanan negarawan tersohor iaitu 89

Ibid., hlm. 54. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 483. 91 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku hlm. 248. 92 Kassim Thukiman, Malaysia, Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 113. 93 J.J. J.r. Raj, The War Year, hlm. 301. 90

166

Tunku Abdul Rahman yang sanggup mengenepikan keselamatan negara dari dirinya sendiri seharusnya dikenang. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan berjaya membentuk kompromi kaum sehingga merintis ke arah kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Dalam konteks hari ini, isu komunis tidak berakhir begitu sahaja tetapi dikontroversikan oleh segelintir rakyat yang tidak memahami fakta sejarah negara. Kefahaman yang tinggi mengenai peristiwa darurat di negara ini sudah tentu akan dapat meningkatkan patriotisme dan nasionalisme yang lebih mendalam terhadap tanah air kita. Adalah menjadi tanggungjawab generasi Malaysia hari ini untuk terus menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang sungguh berharga ini. Bibliografi Abdullah Zakaria Ghazali. Chin Peng dan Komunis: Satu Perbicaraan Akademik, Wacana Sejarah Semasa, 11 Oktober 2013, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. AIR 23/7693, Operation Zipper Intelligence Dossier. Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Hj. Abdul Hamid, Serang Hendap Kampung Lalang, Selangor: MC. Firdaus Press Sdn. Bhd., 2019. Chapman, Spencer, F, The Jungle is Neutral, 1997, Singapore: Times Books International. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After The Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946, Singapore: Singapore University Press, 1983. CO 1030/22, Federation of Malaya to The Secretary of State for The Colonies, 19 January 1955. CO 273/675/12, Report On The Interviews Between The Malay Rulers And Brigadier H.C. Willan, M.C. (TOP SECRET), Interview With The Sultan Of Pahang. CO 537/1580, Extract From Official Report. CO 537/3757, Political Developments Chinese Affairs and Correspondence With Mr. H.J. Pagden. FO 371/116941, MacGillivray to the Secretary of State for the Colonies, 25 October 1955. Gordon, P. Means, Malaysian Politics, London: University of London Press, 1970. Gurdial Singh a/l Kartar Singh, “Rundingan Baling: Liku-liku Merintis Kemerdekaan”. Majlis Ceramah Perundingan Baling & Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, 24 Mac 2013. Hanrahan, Gene, Z, The Communist Struggle in Malaya, New York: Institute of Pacific Relations, 1954. Ho Hui Ling, ″Darurat Dan Perpaduan″, Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn Jaafar, 1-4 Disember 2006. Ho Hui Ling, Darurat 1948–1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981. J. J.r. Raj, The War Year And After, Petaling Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., 1995. Jackson, Robert, The Malayan Emergency, The Commonwealth’s wars 1948-1966, London: Routledge, 1991. Joseph M. Fernando, The Alliance Road To Independence, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2009. Kassim Thukiman, Malaysia, Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 113. Kenelm O.L. Burridge, “Racial Relations in Johore”, Australian Journal of Politics and History, Vol. II, No. 2, May 1951. Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule And The Struggle For Independence In Malaysia, 1945-1957, Selangor: Vinlin Press Sdn. Bhd., 1984. Khoo Khay Kim, 'Gerakan Komunis di Tanah Melayu Sehingga Tertubuhnya PKM', dalam Khoo Kay Kim, Adnan Haji Nawang (editor), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984. Mingguan Malaysia, 11 Mac 1984, 4 September 2011. 167

Mohamed Ali Haniffa, “Serang Hendap Kampung Lalang”. JAUHAR: Jilid 4: Bil.2:Oktober 2020 Mohamed Ali Haniffa, “Survival Orang Melayu di Johor Berikutan Kekejaman Komunis, 1945,” JEBAT, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Volume 44 (1), July 2017. Mohamed Ali Haniffa. Survival Orang Melayu di Johor Berikutan Kekejaman Komunis di Tanah Melayu, 1941-1948. Seminar Koleksi Johor. Johor : Johor Bahru, 22-23 Mei 2016. Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004. Mohd Reduan Haji Aslie, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. New Straits Times, 18 November 1955. Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman And His Role In The Baling Talks. Kuala Lumpur: Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Arkib Negara Malaysia, 1998. Nor Ibrahim Sulaiman. Liku-liku Pertemuan Baling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peng Chin, Ian Ward & Norma O. Miraflor, Chin Peng, My Side of History, Singapore: Media Masters Pte. Ltd., 2003. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10 hb Oktober 2014), Selangor: International Law Book Services, 2014. Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Ramlah Adam, Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka, 1955. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2003. Ramli bin Haji Ahmad, 'Perjumpaan Baling 1955', dalam Khoo Kay Kim, Adnan Haji Nawang (editor), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984. Rundingan Baling 1955, Temubual Encik Kamarulzaman Bakar Dengan Dato’ Shafie Abdullah pada 13/11/86 di Baling. Rundingan Baling 28 & 29 Disember 1955, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, t.thn. Scott-Ross, Alice, Tun Dato Sir Cheng Lock Tan, Singapore: Kefford Press Pte. Ltd., 1990. Seruan Ra’ayat, Ahad, 11 November 1945 Short, Anthony, The Communist Insurrection in Malaya, 1975, London: Frederick Muller Ltd.. SUKJ. 6203/1945, 12 November 1945. Trenowden, Ian, Malayan Operations Most Secret-Force 136,Heinemann Educational, 1983. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Looking Back. Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.. Tunku Abdul Rahman, Malaysia: The Road to Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. Utusan Malaysia, 17 Jun 2009, 28 Mei 2009, 30 Mei 2009. Wan Hamzah Awang, Detik Sejarah Rundingan Baling, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Wawancara dengan Tuan Haji Abdullah bin Imam Nong di Kampung Napal, Budu, Benta, Pahang, 30 Julai 2008/30 Ogos 2012. Wawancara dengan Tuan Haji Kasim bin Zakaria di Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, 25 Mac 2016. WO 172/9773, SECRET, War Diary, 16 February 1946. WO 203/1115B, Allied Land Forces South East Asia Weekly Intelligence Review, No. 53, 5 Oktober 1945. WO 203/3337, Sabotage and Counter Scorch Policy In Malaya, 30 June 1945. WO 203/5553,War Office. WO 203/5642, Internal Situation in Malaya, 1 Disember 1945. WO 208/1523, Malaya-Chinese Activities, Confluence Of Chinese Political Under-Currents In Malaya.

168

Yoji Akashi, “The Anti-Japannese Movement in Perak During The Japanese Occupation, 1941-45”, dalam Malaya and Singapore During The Japanese Occupation. 1995, Singapore: The National University of Singapore.

169

PERANG DUNIA KEDUA DI TANAH MELAYU: PENGKISAHAN AWAL SERANGAN JEPUN DAN PERISTIWA SEDIM, KOMPOSISI SEJARAH DI KEDAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN Mohd Kasri bin Saidon Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Penulisan ini menjurus kepada dua aspek yang menjadi antara yang agak utama dalam pengkisahan sejarah Kedah semasa Perang Dunia Kedua. Pertamanya tentang serangan Jepun, Kedah adalah antara negeri yang awal dicerobohi masuk oleh tentera Jepun. Kedah juga menyaksikan pertempuran yang awal, termasuk juga Battle of Jitra yang begitu disebut oleh ramai ahli sejarah terutamanya yang menjurus pada sejarah ketenteraan. Kisah apa yang berlaku di Kedah ini juga terangkum pelbagai aspek termasuk strategi dan perihal sosial. Ia menjadi satu medan ulasan dan pemikiran pula bagi cendekiawan sejarah hingga kini. Namun dewasa kini ia dilihat agak tenggelam dalam komposisi sejarah di Malaysia dan tidak terkecuali juga di Kedah yang sepatutnya lebih utama. Aspek tumpuan kedua ialah tentang kisah di Sedim. Dalam pengkisahan serangan Jepun ini juga terkandung peristiwa dimana Sultan Abdul Hamid dibawa berlindung di kampung Sedim, selatan Kedah. Terkandung dalam peristiwa ini prinsip yang kuat dimana raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan. Sultan kekal bersama rakyat walaupun dalam situasi perang yang bahaya dan tidak menentu. Penulisan ini diharap dapat mengangkat kembali minat dan perhatian masyarakat dan warga Kedah khususnya dalam memperkasakan khazanah sejarah dan sekaligus menguatkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kata Kunci: Perang Dunia Kedua, Battle of Jitra, sejarah, Kedah, Sedim Abstract This writing focuses on two aspects that are among the most important in the narration of the history of Kedah during the Second World War. The first is about the Japanese attack, Kedah was one of the first states to be invaded by the Japanese army. Kedah also witnessed early battles, including the Battle of Jitra which is so mentioned by many historians especially those focusing on military history. The story of what happened in Kedah also covers various aspects including strategy and social issues. It has become a field of commentary and thought for historical scholars to this day. However, nowadays it is seen to be quite immersed in the composition of history in Malaysia and Kedah is no exception, which should be more important. The second aspect of focus is on the story in Sedim. The narration of the Japanese attack also contains an incident where Sultan Abdul Hamid was taken to take refuge in the village of Sedim, south of Kedah. Contained in this event is a strong principle by which the king and the people are inseparable. The Sultan remained with the people even in dangerous and uncertain war situations. It is hoped that this writing can raise the interest and attention of the community and citizens of Kedah, especially in strengthening the historical treasures and at the same time strengthen our identity as Malaysians. Keywords: Second World War, Battle of Jitra, history, Kedah, Sedim

170

Pengenalan Perang Dunia Kedua sudah pun puluhan tahun berlalu, namun cerita dan perbincangan tentangnya tidak pernah berhenti dipercakapkan dan masih segar dalam perbincangan. Secara umum dilihat ia lebih banyak dijadikan landasan diskusi bersifat sosial dan akademik di luar Malaysia khususnya di negara yang terlibat dalam perang ini seperti Amerika, Australia, Britain dan beberapa negara lagi. Ini termasuk juga dengan kerja-kerja bersifat fizikal seperti menjaga dan memulihara aset atau tinggalan perang. Dilihat dalam konteks Malaysia ia masih lagi agak perlahan dan tidak menyeluruh minat serta pemahamannya dalam kalangan rakyat. Sejarah dilihat masih bersifat cerita dan tinggalan sejarah kurang mendapat perhatian rakyat secara menyeluruh untuk dijaga dan dihayati kisahnya. Artikel ini mengambil pendekatan naratif untuk menimbulkan kembali kronologi dan membincangkan secara sepintas lalu perihal perang, kondisi dan sedikit ulasan kritis tentang apa yang telah berlalu sebagai sejarah. Perang Dunia Kedua adalah antara perang yang turut membabitkan Tanah Melayu. Perang yang melibatkan beberapa kuasa besar dunia yang juga turut menjadi tunggak penjajahan. Di timur khususnya di Asia Tenggara British bertapak kukuh di Tanah Melayu dan Borneo serta Hongkong khususnya. Belanda meluas kuasa jajahnya di nusantara Indonesia begitu juga Perancis di Indochina serta pengaruh Amerika di Filipina. Di Tanah Melayu, komposisi rakyat telah lama di bawah British, dari penyerapan awal dalam isu politik dalaman sehingga menguasai Tanah Melayu British dilihat telah sebati dan kukuh tapak kolonialnya. 94 Kedah pula adalah antara negeri tertua dalam kerajaan feudalnya. Kesultanan Kedah ini berusia lebih seribu tahun tanpa putus waris pemerintahan. Kedah juga antara negeri yang awal menjadi tapak bagi Inggeris (British) bertapak. Pendudukan Francis Light dengan rundingan dengan Sultan Abdullah, Kedah membuka ruang kemudiannya pada usaha bertapak yang lebih meluas.95 Di bawah British, masyarakat Tanah Melayu dengan sistem pemerintahan yang dicorakkan oleh kolonial tersebut. Doktrin kehebatan kuasa barat mengukuh dalam pemikiran rakyat dan stigma apa yang datang dari barat itu adalah hebat dan terbaik. Apatah lagi apabila budaya barat ala British juga diserap masuk, pendidikan Inggeris menjadi jarum bagi menyulam tekat pengukuhan British di Tanah Melayu. Asas tadbir di peringkat kuasa Sultan di negeri dibawa pula pada dua pembahagian pegangan yang lebih mengukuh dengan wujudnya Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Persoalan pertahanan dan keselamatan jelas diserahkan pada British. Tidak dapat ditolak kuasa kolonial itu ada segala kelengkapan yang perlu dari bilangan tentera sehingga peralatan perang. Namun ada kesedaran dalam kalangan pimpinan negeri Melayu yang mahu anak negeri mempunyai hulubalang menjaga negeri. Atas beberapa desakan dan rundingan akhirnya Rejimen Askar Melayu diwujudkan dalam tahun 1925. Sehingga tahun 1941, rejimen

94

Pemahaman secara umum tentang Perang Dunia Kedua, rujuk Matanle, Ivor, 1989. World War II, London: Colour Library Books. 95 Aspek rundingan ini masih menjadi polemik dikalangan ahli sejarah kini, ada yang melihat sebagai satu rundingan dan ada yang menyatakan ia satu bentuk perjanjian.

171

ini mempunyai kekuatan dua batalion.96 Selain itu hanya pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan juga pasukan sukarelawan negeri diwujudkan. Dilihat hal pasukan khusus beridentitikan Tanah Melayu tidak diwujudkan dengan meluas. Ini disebabkan Tanah Melayu adalah wilayah yang aman dan subur maju dari segi ekonominya. Hal ini berlanjutan sehingga awal pecah perang di Eropah. 97 Kedah Sebelum Perang Dunia Kedua Kedah, semasa tahun-tahun sebelum perang masih kekal dengan ekonomi pertanian dan hasilan mineral seperti bijih timah. Kuasa perintah berpusat di Alor Setar dengan Sultan menjadi tunggak kuasa dibantu oleh para pembesar dan pegawai British. Begitupun pencorakan tadbir masih begitu besar aliran pengaruh British dan negeri Kedah sepertimana seluruh Tanah Melayu adalah tanah naungan Baginda Queen di England. Apabila mula pecah perang di Eropah ia tidak menjadi satu kerisauan bagi rakyat Tanah Melayu. Jarak Eropah dan Tanah Melayu begitu jauh, teknologi perhubungan dan media sosial juga tidak meluas mana. Radio masih lagi alat mahal yang tidak semua dimiliki orang, surat khabar telah ada namun tidak semua celik huruf ketika itu.98 British pula tidak menghebahkan secara meluas tentang bencana perang yang mula berbunga di Eropah. Rakyat pula masih tidak meluas tahunya tentang politik antarabangsa kecuali beberapa kelompok yang bekerja kerajaan dan pelajar di sekolah Inggeris utamanya. Yang mula terkesan dan menyedari impak perang ialah kelompok pedagang komoditi yang mula melihat gangguan perkapalan dari timur ke barat apabila tentera Nazi mula meluas aktiviti tenteranya di beberapa bahagian di Eropah. Kedah, masih kekal dalam proses penghidupan harian. Namun sudah ada petanda perang akan muncul di Kedah apabila kubu atau lebih umum disebut Pillbox mula dibina dibanyak pelusuk negeri terutama di Kubang Pasu dan kawasan Kuala Muda. Kedua-dua kawasan ini mempunyai landasan kapal terbang untuk tujuan komersial dan ketenteraan. Paling besar ialah di Kepala Batas yang juga menjadi pengkalan pesawat tentera British untuk mempertahankan kawasan utara. Lalu lebih dari dua puluh (20) buah Pillbox dibina di kawasan Kubang Pasu khususnya sekitar Jitra dan menjangkau sejauh Kodiang disisi barat yang hampir dengan Selat Melaka. Ini adalah strategi bagi mempertahankan landasan kapal terbang di Kepala Batas yang sejauh hampir 10km dari Jitra. Diperkukuhkan pula dengan beberapa kem tentera di kawasan Kubang Pasu bagi membendung serangan dari arah Siam (Thailand). Sebuah medan meriam penangkis kapal terbang juga dibina di Bukit Pinang, tidak jauh dari landasan terbang Kepala Batas. Begitu juga halnya di Kuala Muda, bagi mempertahankan lapangan terbang di Sungai Layar medan meriam penangkis kapal terbang dibina di Pulau Dua, tidak jauh dari Sungai Petani. Ini diperkuatkan dengan beberapa buah Pillbox di sekitar pekan Sungai Petani dan kawasan berdekatan kem yang strategik.

96

Rujuk informasi lanjut dalam Wan Hashim Wan Teh, 1983. Perang Dunia Ke Dua Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lihat juga perihal askar Melayu dalam Ismail Babu, Mejar (B), 1990. Kisah Seorang Perajurit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 97

Lihat kupasan lebih lanjut dalam Abdul Samad Idris, 1983. Askar Melayu 50 Tahun, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman 98 Bagi penduduk kampung, radio masih lagi barangan mewah ketika itu. Radio hanya banyak dibeli ketika getah dunia menjadi mahal akibat Perang Korea 1950-1953.

172

Gambar 1: Salah sebuah Pillbox di Kedah Perjalanan sosial harian berjalan seperti biasa hingga ke bulan-bulan akhir hampir perang. Sawah kekal ditanami padi dan hampir kemasukan Jepun, Kedah baru selesai menuai dan menanti musim tengkujuh tiba. Situasi sosial di bandar Alor Setar masih seperti biasa dengan kesibukan bandar tersebut sebagai pusat pentadbiran dan sosial di Kedah. Pembelajaran masih berjalan seperti biasa, sekolah Melayu di kawasan desa tidak banyak yang bercakap soal perang. Namun di bandar, khususnya di sekolah Inggeris hal peperangan menjadi sebutan. Ini adalah disebabkan ramai tenaga pengajar merupakan warga luar khususnya dari India, Seri Lanka dan pegawai-pegawai British sendiri. Tahap pendidikan yang lebih tinggi dan bersifat terbuka juga memungkinkan hal politik dunia dipercakapkan, namun ia masih belum mencetuskan suasana gusar yang kuat dalam kalangan rakyat. Di Sultan Abdul Hamid College (SAHC- Kolej Sultan Abdul Hamid sekarang) telah ditubuhkan pasukan Air Raid Precaution (ARP), pasukan ini dianggotai oleh pelajar menengah atas di kolej tersebut. Tugasan mereka adalah memantau pergerakan udara khususnya pesawat terbang musuh serta membuat kerja keselamatan sepertimana Jabatan Pertahanan Awam sekarang. Pasukan ini juga disertai oleh kumpulan bukan pelajar dalam kalangan orang awam. Sehingga awal pecah perang dengan penyusupan masuk askar Jepun di Sadao, selatan Thailand, di dewan SAHC peperiksaan Cambridge masih lagi berlangsung. 99 Tanpa disedari pihak Jepun telah pun lama merangka gerak untuk menawan Tanah Melayu. Bahagian risikan Jepun telah mengirim agen-agen mereka dalam pelbagai watak, ada yang menjadi saudagar barangan Jepun, jurugambar, penjaja makanan ringan100 serta pelbagai lagi. Maklumat risikan dan kerjasama yang baik dari kumpulan bersifat politik yang pro Jepun telah menjadikan kerja perisikan begitu lengkap. Pelan kerja ini juga melibatkan negeri Kedah, dengan terkenalnya seorang pegawai tentera Jepun yang dikenali sebagai K.

Lihat Agustine, James F, Dato’, 1996. Kedah Zaman Silam, Alor Setar: Muzium Negeri Kedah, hlm 160, sekolah ini juga tidak berfungsi sebagaimana sebelumnya kerana telah dijadikan markas tentera Jepun, lihat sejarah sekolah ini dalam Indah Khabar, Indah Rupanya Kolej Sultan Abdul Hamid, 1908-2008, terbitan khas 100 tahun KSAH. 100 Hal jajaan ini kerap menjadi seloka orang tua-tua di Kedah, seorang pengiat budaya Kedah bernama Pak Ku Shadat menceritakan dalam bentuk seloka dan ia begitu popular dalam tahun 1990an. 99

173

Shiba, membuka kedai barangan Jepun di bandar Alor Setar.101 Shiba telah datang ke Alor Setar dalam tahun 1936 dan membuka kedai barangan pinggan mangkuk serta permainan kanak-kanak. Semasa itu kedainya bersebelahan dengan restoran Taufikul Rahman atau lebih popular dengan nama Kedai Nombor 36, tidak jauh darinya ialah pawagam Royal. Perniagaan ini menutup kerja-kerja perisikan yang dilakukannya. 102 Pecah Perang dan Situasi di Kedah Perang Pertahanan Jitra Dilihat, suasana kecoh akibat perang mula dirasai apabila tentera Berikat yang terdiri dari askar-askar British terutamanya dari England dan India mula berpengkalan di utara Kedah khususnya di sekitar Jitra, Asun dan Changlun. Satu markas besar dibina di kawasan ladang getah di Jitra dan satu ketumbukan meriam berada di Asun dan Changlun bagi mempertahankan kawasan sempadan. Terdirinya kem dan pengkalan pertahanan ini menyebabkan taklimat diberikan pada penduduk kampung tentang bencana perang yang bakal berlaku. Pelan perpindahan penduduk mula dibuat ke kawasan bukit yang luar dari medan utama laluan atau kemungkinan kawasan pertempuran. Bagi penduduk di kawasan Asun, Nongka dan Changlun mereka mula mengungsi ke kawasan tengah daerah yang berbukit. Jalan utama dari Alor Setar ke Sadao merentasi Asun, Nongka dan Changlun. Di Kepala Batas, landasan terbang mulai sibuk dengan gerakan udara yang melibatkan pesawat pejuang dan pengebom British yang bergerak turun-naik dari beberapa pengkalan utama di Tanah Melayu seperti di Matang Kucing (Butterworth), Pengkalan Chepa dan Kuantan. Pada subuh 8 Disember pertempuran mula tercetus dalam negeri apabila pesawat udara Jepun mula mengebom landasan terbang di Kepala Batas dan Sungai Petani. Pertempuran mula berlaku secara berdepan di Sadao, pasukan Berikat akhirnya terpaksa berundur ke Changlun namun pertahanan Changlun juga goyah dan pengunduran mula dibuat. Jambatan Changlun diletupkan bagi mencegah laluan tentera Jepun dari kenderaan kecil, berbasikal dan kereta kebal kecil untuk terus mara ke arah Jitra. Walaupun pihak Berikat cuba mengukuhkan pertahanan namun pasukan tentera Jepun tetap dapat juga mara dan menewaskan pertahanan di Changlun. Berikat bertahan lagi di Nongka, lima kilometer dari Changlun. Terjadi satu pertempuran yang agak sengit apabila pihak Jepun mara ke arah pertahanan di Asun. Kawasan Nongka dan Asun begitu berdekatan, kawasan ini agak landai di arah Nongka dan mendaki ke kawasan berbukit di Asun.103 Pihak Berikat membina pertahanan dengan senjata berat dari kawasan bukit kearah Nongka yang berlembah. Dari segi strategik pertahanan ia memberi kelebihan pada pihak Berikat, akan tetapi pertempuran sengit tersebut berlaku dalam hujan lebat. Dapat dikatakan pengalaman, kelasakan dan susun gerak yang baik telah memenangkan pihak Jepun. Kereta kebal kecil dari jenis Type 97 memang dilihat begitu praktikal dalam kempen perang di Tanah Melayu ini. Jepun juga mempunyai bilangan dan jenis pesawat udara yang dilihat baik dari pihak Berikat. Pasukan Berikat mengebom jambatan Asun, memusnahkan semua sampan

Sebahagian kisah ini dapat diikuti dari tulisan Agustine, James F, Dato’, 1996. Kedah Zaman Silam, Alor Setar: Muzium Negeri Kedah. Beliau seorang tenaga pengajar Kolej Sultan Abdul Hamid dan juga antara penulis kisah sejarah Kedah yang terawal selepas perang. 102 Pawagam tersebut kini sudah tiada dan tapaknya diganti dengan bangunan baru yang lebih moden, kedai makan tersebut masih ada namun telah diubah pada perniagaan bercorak lain. 103 Sebahagian bukit ini sudah diratakan, ia merupakan laluan lebuhraya Utara-Selatan kini. 101

174

yang ada di aliran sungai Bata dan mula berundur melalui arah ladang getah ke Jitra. Ada pula yang berundur di sebelah rusuk melalui kampung Kunluang, Binjal dan terus ke Jitra. Di Jitra, pasukan ini berkumpul dengan pasukan dari arah timur yang berundur dari Perlis. Terdapat dua cara pengunduran iaitu secara pengunduran berkenderaan biasa dan pengunduran dengan kereta api. Pihak Berikat terpaksa merosakkan landasan terbang dan mengebom bekalan minyak demi mengelakkan dari digunakan musuh. Sebaliknya, asap yang tebal naik telah disangkakan pesawat Jepun telah memusnahkan landasan terbang Kepala Batas. Ini telah memberikan impak moral yang negatif pada pasukan yang sedang berundur ke Jitra. Kisah pertahanan dan pengunduran dari Changlun dan Jitra ini banyak disebut dalam penulisan sejarah sebagai “Battle of Jitra”. Pengunduran yang bersifat kalah ini juga merupakan antara kekalahan awal pihak British di jajahan sebelah Asia Tenggara. Laluan Mudah di Alor Setar Jepun mara masuk ke Alor Setar dalam kumpulan besar pada 10 Disember setelah bandar tersebut dikosongkan oleh pegangan Berikat. Kumpulan pertama ialah yang mengunakan basikal setelah berjaya menewaskan pasukan Berikat (East Surreys) di Tanjung Pauh Estate. 104Mereka ini mara dengan berpakaian ringkas, singlet, seluar pendek dan berkasut getah. Di Alor Setar jambatan besi yang merentangi sungai Kedah telah dibom demi mengelakkan digunakan Jepun. Pergerakan kereta api ditamatkan dengan pengunduran akhir lokomotif membawa pasukan Berikat berundur. Peralatan kereta api dan segala yang boleh digunakan musuh telah dimusnahkan. Namun terdapat satu peristiwa yang mashyur dan menjadi kebanggaan pihak Jepun apabila tiga askar bermotosikal mereka berjaya menyelinap masuk dalam keriuhan berundur pihak Berikat. Tiga askar ini yang bernama Leftenan Hajima Asai, Kopral Kaneko dan Kopral Nakayama dikatakan cuba mematikan bom yang dipasang bagi meletupkan jambatan besi yang memisahkan Alor Setar dan kawasan Pengkalan Kundur. Walaupun kedua mereka berjaya dibunuh namun kisah mereka menyelinap masuk adalah satu contoh suasana kelam kabut di pihak Berikat. 105 Alor Setar mula dilihat tidak terkawal apabila semua pegawai kerajaan mula berundur ke selatan, para peniaga menutup kedai namun kecurian atau umum disebut sebagai “looting” berlaku disana-sini. Pelbagai kenderaan bergerak ke selatan melalui pekan kecil Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Gurun dan terus ke kawasan selatan atau ke timur negeri seperti Kulim untuk mencari perlindungan. 106Kuasa tadbir kerajaan Kedah juga bergerak ke selatan dan bertapak di Kulim. Ada juga penduduk yang kekal di Alor Setar dan ada juga yang menuju kearah timur seperti Langgar yang jauh dari medan laluan pihak Jepun. Di laut ada juga yang mengungsi ke selatan, terutamanya pegawai dan keluarga dagang Inggeris yang lewat berundur dari awal semasa kempen serangan Jepun bermula. Jepun dilihat masuk dengan mudah dan terus bergerak ke selatan memburu seteru mereka. Pada 11 Disember 1941, Jepun menguasai seluruh bandar ini dengan mudah. Namun pengunduran dan serangan akhir di Kedah berakhir lewat 13 Disember, ini termasuk pengunduran dan kerja sabotaj yang dilakukan pasukan jurutera tentera pihak Berikat.

104

Kawasan pertahanan Berikat ini telah berubah kini pada medan pendidikan dan perniagaan. Kawasan tugu ini masih ada dan jaga baik dengan biaya pihak kerajaan Jepun. Lokasinya masih ditepi sungai dan berdekatan kini dengan pejabat pelancungan. 106 Lihat juga kupasan lebih terperinci dalam tulisan Brig Jen.Dato Dr Mohd Radzi Abdul Hamid, Penaklukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (1941-42), Seremban: Pena Celoreng Publisher, 2021. 105

175

Tunku Menculik Ayahandanya Telah menjadi tugas pihak berkuasa negeri khususnya pentadbiran Kedah dan juga pihak keselamatan yang dikuasai British untuk menjaga dan memberi perlindungan pada keluarga diraja khususnya baginda Sultan Abdul Hamid. 8 Disember 1941, perang mula tercetus dan ia semakin hebat di arah utara. Pihak negeri telah membuat satu keputusan untuk membawa Tuanku berundur ke Pulau Pinang. Ini adalah kerana di pulau tersebut agak lengkap dari segi pertahanan. Kubu, Pillbox dan pertahanan udara dibina dengan agak kukuh di situ. Satu pengkalan pertahanan yang kukuh dibina di Telok Bahang dan atas asas ini jaminan keselamatan dilihat agak kukuh.107 Namun realitinya tidak sebegitu, walaupun ada dua pertahanan rintang menangkis serangan pesawat terbang Jepun iaitu di Bukit Pinang, Kepala Batas dan Pulau Tiga, Sungai Petani namun ia tidak berfungsi sepertimana dirancang. Bandar George Town telah diserang pesawat pejuang dan pengebom Jepun.108 Tunku Abdul Rahman ketika itu bertugas sebagai Pegawai Daerah di Kulim melihat Pulau Pinang bakal menjadi sasaran pihak Jepun dan keselamatan penduduk juga tidak terjamin di situ. Pelan membawa baginda Sultan ke Pulau Pinang bukan satu idea yang baik. Dari prinsip pula Raja tidak boleh meninggalkan rakyat dan negeri dalam kesusahan sebegitu. Pelan berundur ini telah disampaikan iparnya Syed Omar Shahabudin yang bertugas sebagai pegawai kewangan negeri kepada Tunku. Lantas, satu pelan “menculik” ayahandanya mula dirancang. 109 Pergerakan pasukan pengiring kelolaan pihak British dan Istana Kedah bergerak awal pagi sebelum cerah matahari. Beberapa kereta digerakkan sebagai pengumpan jika ada serangan dari darat atau udara. Selang beberapa minit barulah gerakan sebenar kenderaan Tuanku dan kerabat diraja menyusul. Tunku telah berpakat dengan beberapa teman termasuk Syed Abu Bakar Al Idrus untuk menanti di simpang Pinang Tunggal, Tunku berpakaian ARP telah menahan Roll Royce berwarna kuning kenderaan ayahandanya. Dalam kereta termasuk bersama ayahanda baginda ialah Tunku Yahya sebagai juruiring dan seorang penasihat agama Hj Abdul Rahman anak kepada Tuan Guru Syeikh Jarum.110 dan membawa kenderaan pasukan Tuanku ke Kulim. Di kediaman rasmi Tunku, ayahandanya berehat dan kemudian dibawa ke Sedim sejauh 20 batu dari pekan Kulim untuk diperlindungi di rumah Penghulu Abdul Wahab. 111

107

Lokasi ini sekarang telah dijadikan Muzium Perang. Untuk naratif lanjut tentang serangan udara di Pulau Pinang rujuk Ahmad Meah Baba Meah, 1992, Penaklukan Jepun, Suka Duka di George Town, Kuala Lumpur: Media Indah 109 Lihat wawancara K. Das dengan Tunku dalam Kua Kia Song (penyunting) ,2003, Kenangan Tunku, Selangor: SIRD 110 Syeikh Jarum atau nama sebenarnya Wan Muhammad Idris bin Wan Jamal adalah ulama besar di Kedah, alrmahum Sultan Abdul Hamid dikatakan banyak berguru dengan beliau. 111 Rumah tersebut masih lagi ada dan dipulihara dengan sewajarnya di lokasi yang sama di kampung Sedim. Sekarang kampung tersebut dikenali sebagai Kampung Lindungan Raja. Nama tersebut diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman pada 12 Januari 1963. 108

176

Gambar 2: Rumah Lindungan Raja Apa yang menarik semasa ini rombongan Tuanku Sultan disertai oleh kerabat terdekat termasuk juga anakanda baginda, Tunku Abdul Halim dan Tunku Malik serta beberapa orang lagi ahli keluarga dan pegawai pengiring. Di Sedim, penduduk telah tampil memberikan perlindungan tanpa dipaksa. Ada pembahagian kerja yang mengawal dan menjaga keselamatan dan kesempurnaan Tuanku. Jelas disini betapa rakyat dan raja tidak dapat dipisahkan, raja tidak meninggalkan rakyat walaupun dalam kesusahan. Pasukan yang membawa Raja Muda, Tunku Badlishah pula hanya menyedari kehilangan kenderaan Sultan apabila sampai di jeti (kenali sebagai Mitchell Pier ketika itu) untuk menyeberang ke Pulau Pinang. Selepas beberapa perkiraan, akhirnya kumpulan Raja Muda juga bergerak ke Kulim dan menyertai Sultan di Sedim dan sebahagian pegawai kerajaan bersama Tunku Abdul Rahman di Kulim. 112Dapat disimpulkan pada masa itu kuasa tadbir kerajaan Kedah telah menjadikan Kulim sebagai pusat tadbir sementara. Tuanku Sultan pada ketika itu agak gering dan banyak diam di rumah Penghulu. 113 Baginda masih lagi menyimpan hasrat untuk kembali ke istana dan mengetahui nasib rakyat jelata dalam kancah perang ini. Selang beberapa hari sepasukan kecil pegawai atasan Jepun yang turut disertai oleh beberapa pegawai kanan tentera Jepun telah datang mengadap Tuanku Sultan di Sedim. Sultan dipohon kembali ke Alor Setar untuk kekal berperanan sebagai Sultan. Tunku Abdul Rahman kemudiannya membawa ayahanda baginda pulang keesokan harinya. 114

112

Terdapat perselisihan tindakan pada awalnya antara Tunku dan Tunku Badlishah (pemangku Raja) pada masa itu. Tunku Badlishah menganggap tindakan Tunku telah melanggar kuasa baginda sebagai ketua kerajaan dimana keselamatan Sultan adalah dibawah tanggungnya baginda. 113 Dalam cerita lisan orang tua-tua dikatakan baginda Sultan telah mendapat satu rawatan tradisional dari salah seorang penduduk dengan menggunakan kulat. Penulis pernah berbincang hal ini dengan allahyarham Dato Wan Shamshudin Mohd Yusof berkenaan hal ini. 114 Sebelum itu pada 14 Disember 1941, beberapa orang pegawai perisikan tentera Jepun telah berjumpa dengan Tunku di Kulim. Keesokannya Tunku membawa mereka yang juga disertai Leftenan Nakamiai mengadap Sultan di Sedim dan berbincang tentang keberangkatan pulang Tuanku Sultan ke Alor Setar. Lihat juga lakaran dalam bentuk karikatur sejarah dalam E. Yu, 2009, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-his journey leading to the declaration of independence (1903-1957), Petaling Jaya: MPH, hlm.80-81

177

Signifikan Perang dan Peristiwa Sedim dalam Sejarah Kedah Kedua-dua peristiwa ini adalah dari sisipan sejarah negeri Kedah yang begitu unik dan dapat dianggap istimewa. Menariknya, perang utama di era moden yang melibatkan Kedah ialah Perang Dunia Kedua. Kedah juga menjadi medan perang yang pertama dari arah utara selain pendaratan di Kuala Pak Amat, Kelantan. Pertahanan Tanah Melayu juga meletakkan Kedah sebagai benteng utama dengan pembinaan kubu pertahanan dan penyusunan pasukan pertahanan disekitarnya. Kronologi serangan juga melibatkan tempat di Kedah, bermula di Changlun, Nongka, Asun, Jitra dan membawa pada jatuhnya pertahanan seterusnya di Alor Setar, Gurun dan Kuala Muda. Pelbagai kisah yang tersisip dalamnya perlu ditimbulkan kembali, sama ada dipihak Berikat atau Jepun sekalipun. Kisah sosial rakyat juga terkandung dalamnya dalam pengisian episod serangan Jepun ini. Inilah sebahagian sejarah negeri yang perlu diangkat, diperkukuhkan dengan pelbagai kaedah untuk menjadikan ia satu naratif yang perlu diingat dan aset sejarah yang ada seperti kubu dapat dikekal, pulihara dan dijadikan tarikan yang bakal menjadi pulangan balik secara fizikal atau penjatian pada dunia sejarah. Peristiwa Sedim, satu diantara kisah yang dapat dianggap utama apabila situasi yang tidak selamat melanda negeri dan tunggak kuasa. Sejarah menyaksikan serangan Acheh ke atas Kota Siputeh dalam abad ke 17. Kesannya Kedah berada sebentar dibawah penguasaan Acheh, paling trajis apabila dikait pula dengan cerita Puteri Lindungan Bulan yang mengukuhkan naratif peristiwa. Sultan Sulaiman pula ditawan dan dibawa ke Acheh bersama hampir ribuan rakyat. 115Sultan dikatakan mangkat di Pagar Rawan, Sumatera. Ribuan rakyat, ada yang kembali ke Kedah kemudiannya dan ada yang kekal di Acheh. Kewujudan keturunan Kedah di Kampong Kedah dan Kampong Jaring Halus di Acheh adalah sebahagian dari bukti penceritaan peristiwa itu.116 Peristiwa kedua ialah apabila Siam menyerang Kedah dalam kisah Musuh Bisik dalam tahun 1821, Sultan Ahmad Tajuddin II terpaksa berundur ke Pulau Pinang yang merupakan tanah milik Kedah namun muslihat British yang tidak mahu bercanggah dengan Siam telah membawa Sultan ke Melaka. Kekal disitu baginda selama hampir 20 tahun, sehingga dikarang baginda Syair Duka Nestapa yang mengambarkan hasrat hati baginda yang ingin kembali ke Kedah dan mendapat kembali kuasa mentadbir negeri. Dalam kisah Sedim, kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman telah mengelakkan Kedah kehilangan Sultan. Baginda sendiri juga rela bersama rakyat dari dilarikan British untuk berlindung di Pulau Pinang. Konsep kesetiaan raja dan rakyat jelas dipertahankan. Kerelaan rakyat tampil menjaga keselamatan keluarga diraja adalah lambang pada penjagaan institusi diraja itu sendiri. Inilah yang perlu dilihat oleh para ilmuan sejarah dan juga rakyat secara umum. Jika konsep karam bersama kapal menjadi kebanggaan nakhoda pelaut Barat hal yang sama juga dilihat dalam kisah di Kedah. Akhir Kalam Sepertimana digarap diatas, kedua kisah ini seharusnya tidak tenggelam dalam lipatan sejarah Kedah mahupun negara. Terdapat pelbagai faktor pengukuh untuk ia beralasan begitu. Pertama ia merupakan perang yang utama era moden dan berlaku di Kedah selepas lebih 100 tahun kisah Perang Kedah-Siam atau popular dengan sebutan Perang Musuh Bisik 115

Makam puteri Sultan Sulaiman masih ada diatas satu bukit kecil di kampung Siputeh, tidak jauh dari Jitra. Kawasan tersebut dikenali sebagai Makam Lindungan Bulan. Lihat penceritaan lanjut dalam Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jitra: Penerbit UUM, 1987 hlm.26-31 116 Sekitar tahun 2010, satu rombongan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) telah melawat Acheh dan bertemu dengan penduduk Acheh berketurunan Kedah termasuk di kampung Jaring Halus.

178

itu berlalu. Sehingga saat ini itulah sahaja perang yang berlaku di dalam negeri Kedah. Selebih itu hanya kekacauan sosial seperti samun dan pergaduhan kecil.117 Kedua, ia menjadi sebahagian komposisi perang diperingkat dunia. Perang ini juga melibatkan peta perang dunia dan kuasa besar seperti Britain dan Jepun. Ia juga melibatkan pasukan luar dari pelbagai negara seperti India, Australia dan New Zealand secara umumnya di Tanah Melayu. Ketiga, perang ini juga antara titik awal kejayaan kempen serangan Jepun di Tanah Melayu. Tewasnya pertahanan Berikat di Kedah memperlihatkan pola berundur dan seterusnya kemaraan tentera Jepun sehingga berjaya menawan Singapura pada pertengahan Februari 1942. Ini adalah medan kebanggaan aplikasi Jepun dalam pelbagai strategi perang mereka, bagi Berikat khususnya British sebagai tunggak ia adalah titik lemah atau tewas yang pertama dan menjadi hal yang memalukan empayar England kemudiannya bila pertahanan dikatakan ampuh di Singapura juga tewas. Keempat, kisah perang ini masih lagi segar dalam lipatan sejarah khususnya bagi pengkaji sejarah ketenteraan. Ada maktab latihan tentera yang masih melihat kegagalan Berikat dan kejayaan Jepun sebagai sebahagian dari silibus yang dipelajari. Segala sumber bertulis, gambar dan rakaman masih lagi kekal dalam simpanan dan ia terus-terusan menjadi item kajian. Sebagai rakyat Kedah secara khusus dan Malaysia secara amnya, adalah wajar ia terus diambil kisah, aset tinggalan dijaga serta dipulihara dengan baik. Seharusnya Kedah patut berbangga kerana sebahagian kisah perang di dunia ini melibatkan peristiwa di negeri ini. Jika hal ini diambil mudah suatu masa ia bakal hilang dan sukar untuk diperolehi kembali akan sesuatu yang amat bernilai dari segi sejarah.

Rujukan Abdul Samad Idris, 1983. Askar Melayu 50 Tahun, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Agustine, James F, Dato’, 1996. Kedah Zaman Silam, Alor Setar: Muzium Negeri Kedah Ahmad Meah Baba Meah, 1992, Penaklukan Jepun, Suka Duka di George Town, Kuala Lumpur: Media Indah Brig Jen.Dato Dr Mohd Radzi Abdul Hamid, 2021, Penaklukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (1941-42), Seremban: Pena Celoreng Publisher Cheah Boon Kheng, 1988. The Peasant Robbers of Kedah 1900-1929, Singapore: Oxford University Press E. Yu, 2009, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-his journey leading to the declaration of independence (1903-1957), Petaling Jaya: MPH Kua Kia Song (Penyunting) ,2003, Kenangan Tunku, Selangor: SIRD Mansor Abdullah, 1959. Panglima Nayan (Robin Hood Malaya), Sinaran Bross Matanle, Ivor, 1989. World War II, London: Colour Library Books

117

Kekacauan sosial umumnya dalam bentuk samun dan pertualangan, untuk pemahaman lanjut rujuk Cheah Boon Kheng, 1988. The Peasant Robbers of Kedah 1900-1929, Singapore: Oxford University Press. Juga lihat tentang Panglima Nayan, watak legenda dalam kekacauan sosial sebelum perang dalam Mansor Abdullah, 1959. Panglima Nayan (Robin Hood Malaya), Sinaran Bross.

179

Ibrahim Ismail, 1987, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jitra: Penerbit UUM Ismail Babu, Mejar (B), 1990. Kisah Seorang Perajurit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Indah Khabar, Indah Rupanya- Kolej Sultan Abdul Hamid, 1908-2008, terbitan khas 100 tahun KSAH. Wan Hashim Wan Teh, 1983. Perang Dunia Ke Dua Peranan Askar Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

180

TRAGEDI MEMALI 1985 Ishak Saat118 Rahman Arifai Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kertas kerja ini ingin memfokuskan tentang tragedi berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah pada tahun 1985. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sebab dan akibat dari tragedi tersebut terhadap perkembangan masyarakat Melayu yang terlibat. Hal yang demikian ini kerana tragedi tersebut telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu yang terdapat di kawasan sekitar. Perbincangan dalam kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat analisis terhadap sumber sejarah seperti dokumen kerajaan, fail, laporan parti serta temu ramah mereka yang pernah terlibat bagi menguatkan hujah. Hasil kajian ini nanti akan memberikan gambaran bahawa insiden Memali boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada permulaan perubahan terhadap perkembangan masyarakat Melayu yang berada di kawasan yang terlibat. Di akhirnya nanti, satu tanggapan dan pandangan baru boleh diberikan terhadap tragedi berdarah Memali agar masyarakat tidak hanya melihat kepada sisi gelap insiden tersebut. Malahan insiden tersebut boleh menjadi iktibar dan pengajaran kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Kata kunci: Tragedi Memali, Ibrahim Libya, Parti Islam SeMalaysia, kerajaan Malaysia dan Politik. Pendahuluan Pandangan Abdullah Ibnu Al-Mubarak dalam kitabnya Al-Jihad menyatakan jihad adalah suatu usaha optimal untuk memerangi orang kafir. Jihad mempunyai takrif yang luas merangkumi segala nikmat kurniaan Allah disumbangkan untuk menegakkan agama tauhid. Namun istilah jihad dan kafir menjadi suatu isu yang sering diutarakan menjelang pilihanraya umum Malaysia sekitar tahun 1982. Pertembungan antara parti kerajaan dan parti pembangkang dengan menggunakan pelbagai isu dalam berkempen untuk memenangkan calon masing-masing. Termasuklah Amanat Haji Hadi yang didakwa menjadi titik permulaan kepada berlakunya tragedi berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Lebih jelas kalau disebut secara terang pertembungan politik ini berlaku antara pengikut Parti Islam SeMalaysia (PAS) khususnya Pondok Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya)119 dengan United Malay National Organization (UMNO) iaitu kerajaan yang memerintah Malaysia. Kajian Terdahulu Penulisan berkaitan dengan peristiwa Memali masih kurang beredar dalam kalangan masyarakat umum khususnya berkaitan dengan perkembangan masyarakat Melayu pasca 118

Ishak Saat (PhD) merupakan Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sukltan Idris, Tanjung Malim, Perak. 119 Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) lahir dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. Beliau mempunyai lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di India dan Libya. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Dakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. kemudian beliau bertindak meletakkan jawatan kerana ingin berdikari dan bebas berdakwah. Beliau juga ingin berjuang dalam PAS secara sepoenuh masa. Pernah pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

181

insiden tersebut. Namun begitu, pengkaji telah mengenal pasti beberapa buah penulisan dan kajian yang mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut sama ada dari buku, akhbar, majalah, jurnal, artikel mahupun dokumen rasmi kerajaan. Antaranya, Memoir Tragedi Memali, tulisan Riduan Mohamad Nor dan C. N. Afghani (Zainon Binti Ismail). Kajian ini menceritakan pengalaman penulis berkaitan dengan insiden yang berlaku di Kampung Memali. Memali sebuah perkampungan terpencil di daerah Baling telah mencuri perhatian rakyat dengan mengalihkan tumpuan ke media elektronik dan media cetak.120 Kesannya, insiden Memali tidak menjadi suatu yang asing kepada masyarakat sekitar tahun 1980-an. Menurut penulis, walaupun beliau masih dalam lingkungan belasan tahun, namun berita insiden menyayat hati tersebut turut sampai ke telinga beliau. Keperibadian Ibrahim Libya yang mempunyai latar belakang agama daripada luar negara, berpegang teguh dengan prinsip agama serta mempunyai pengaruh yang luas menyebabkan Memali menjadi perhatian pihak kerajaan pusat pada ketika itu. Kajian penulis terhadap insiden Memali mendapati banyak percanggahan terhadap kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan pada tahun 1986. Menurutnya hal ini menjadikan kebenaran sebenar terhadap insiden Memali masih mempunyai pelbagai versi berlainan mengikut pihak yang berbeza. Sementara itu, Tunku Muszaffar Shah dalam tulisannya Memali: A Policeman Remembers memaparkan pengalaman dan pandangannya sebagai Ketua Polis Daerah Baling ketika insiden tersebut berlaku. Pihak keselamatan kerajaan terutamanya pasukan polis Malaysia memainkan peranan yang penting dalam tragedi Memali. Sebelum 19 November 1985 tiba, beberapa siri operasi dan kawalan terhadap Ibrahim Libya bersama pengikutnya telahpun dilakukan. Tunku Muszaffar merupakan orang yang menerima arahan secara langsung daripada pusat kawalan Polis Bukit Aman. Menurut penulis, apabila sesuatu arahan yang dikeluarkan itu tidak mengikut lunas-lunas dan prosedur polis, dan jika ia satu arahan yang sukar dan tidak masuk akal yang perlu dijalankan oleh para pengawai, ia sewajarnya ditolak sama sekali.121 Tindakan pihak polis serta arahan pimpinan pasukan juga memerlukan pemerhatian sewajarnya apabila terdapat campur tangan oleh pihak tertentu demi kepentingan agenda peribadi. Begitu juga catatan oleh C.N. Al-Afghani, Perisai Memali turut memberikan keperihalan berkaitan dengan peristiwa Memali. Buku tulisan itu turut menceritakan pendekatan politik yang dibawa oleh pimpinan PAS sebelum tragedi tersebut berlaku. Beliau mengambil insiden Memali sebagai contoh peristiwa untuk dicadangkan supaya kenyataan lisan daripada pihak tempatan juga dijadikan sumber sejarah. Hal yang demikian ini kerana dikaitkan dengan pendekatan yang diambil oleh PAS sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam dengan merujuk kepada ucapan Tuan Guru Haji Hadi pada April 1981 yang kemudiannya disebarkan sebagai “Amanat Tuan Guru Haji Hadi”.122 Fakta atau justifikasi kerajaan, terutamanya berkaitan jihad menentang kerajaan dengan senjata dan Gerakan Revolusi Islam sehingga kini disangkal oleh sesetengah pihak, termasuk para pengikut Ibrahim Libya atau sesetengah masyarakat tempatan. Seterusnya, C.N. Al-Afghani turut memerihalkan keperibadian Ibrahim Libya dalam tulisannya “Suamiku Kekasih Allah”. Buku ini mengisahkan pandangan Solehah binti Husin yang merupakan balu kepada Ibrahim Libya. Penglibatan Ibrahim Libya dalam sektor kerajaan semasa menjawat jawatan pengawai dakwah di Pusat Islam, Kuala Lumpur banyak ditemani oleh isterinya. Dia sering mengikuti suaminya pergi untuk menyampaikan ceramah mahupun

120

Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani, Memoir Tragedi Memali, Jundi Resources, Kuala Lumpur, 2017, hlm. 3 121 Tunku Muszaffar Shah, Memali: Kenangan Seorang Polis, Marshall Cavendish Editions, Selangor, 2012, hlm. 103 122 C. N. Al-Afghani, Perisai Memali, Kedah, Penerbit Al-Jihadi, 1997, hlm 34

182

ke program rasmi.123 Solehah juga menjadi tulang belakang kepada suaminya sepanjang Ibrahim Libya terlibat dalam politik serta membangunkan madrasah di Kampung Memali. Situasi tersebut menggambarkan kehidupan Ibrahim Libya yang mempunyai keluarga yang sederhana, bahagia dan mementingkan pendidikan agama. Kajian-kajian terdahulu ini seolah-oleh menyanggah pandangan rasmi kerajaan pusat melalui kertas putihnya. Fahaman Politik Akibat dari fahaman politik yang berbeza atau lebih tetap disebut antara idelogi kebangsaan dengan idelogi Islam. Pemahaman dan pendekatan yang berbeza ini akhirnya mengundang tercetusnya bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat Melayu di Malaysia amnya dan di Kampung Memali, Baling, Kedah khususnya. Keadaan ini disemarakkan lagi dengan tersebutnya Amanat Haji Hadi yang keras dan tegas. Antara ucapan beliau berbunyi: “Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku." 124 Edaran Amanat Haji Hadi ini akhirnya menjadi polimek dan mencetuskan ketaksuban dalam kalangan ahli PAS.125 Sehingga mereka melihat kerajaan Malaysia yang didukungi oleh UMNO serta mengekalkan sistem dan undang-undang Barat sebagai kafir dan perlu ditentang. Ini yang dinamakan jihad oleh ahli-ahli PAS. Lebih-lebih lagi waktu itu PAS baharu sahaja melalui proses tranformasi kepimpinan dari kepimpinan Melayu Sekuler ke kepimpinan ulama, golongan muda mengambil alih kepimpinan PAS setelah PAS kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 1982. Peristiwa ini terkenal dengan ungkapan kata-kata Era Kepimpinan Ulama. Sebenarnya isu ini pernah dibangkitkan oleh PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 1982 untuk dibahaskan. Namun ia ditolak oleh UMNO yang menguasai Dewan Undangan Negeri.126 Tribulasi paling mencabar era kepemimpinan ulama ialah beberapa siri penyalahgunaan akta Internal Security Act (ISA) yang dikenakan terhadap para pemimpin PAS iaitu sejak tajun 1980-an. Tahun 1984, kerajaan terperangkap dengan desakan PAS untuk mengadakan Debat Terbuka antara PAS-UMNO untuk berbahas tentang isu-isu semasa seperti isu kafir-mengkafir, isu Islamisasi dan pelbagai dasar yang dikatakan 123

C. N. Al-Afghani, Suamiku Kekasih Allah, Kedah, Penerbit Al-Jihadi, 1999, hlm 23

124

Ucapan ini merujuk kepada suatu ceramah umum yang disampaikan oleh Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan ucapan ini akhirnya dipetik oleh pengikutnya yang taksub dan dijadikan edaran ke seluruh negara sehingga dikenali sebagai Amanat Haji Hadi. Namun ada juga sumber yang menjelaskan bahawa sedutan ucapan ini dipetik dan dicetak oleh Jabatan Penerangan PAS Kelantan dan diedarkan pada bulan September 1983. 125 Abdul Rahman Hj Abdullah. Pemikiran Islam di Malaysia. Sejarah dan Aliran. Universiti .Sains Malaysia. Pulau Pinang. 1998. Hlm. 356 126 Utusan Malaysia. 7 November 1982.

183

bertentangan dengan Islam. UMNO menentang keras tuduhan ini kerana UMNO menuduh PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Malah PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti pemecahbelah perpaduan imam, menggalakkan solat dua imam, mengamalkan pulau memulau, menyebarkan hukum kafir mengkafir dan banyak lagi.127 Isu ini berlarutan tanpa kesudahan. Ketika kemelut untuk menganjurkan perdebatan sedang diperkatakan tercetus pula Tragedi Memali pada 19 November 1985. Operasi Angkara Melalui Operasi Angkara, Tun Musa Hitam menjelaskan bahawa ia bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Dakwaan ini membolehkan tindakan diambil terhadap Ibrahim Libya. Ibrahim Libya didakwa dikehendaki oleh polis kerana terlibat dengan jenayah. Beliau perlu ditangkap dan ditahan di bawah ISA Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Melayu Islam. Selain itu, dalam sidang yang dilaporkan akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985, Tun Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.128 Beliau juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli. Lantaran itu pada 19 November 1985, Operasi Angkara ini dilaksanakan tanpa belas kasihan. Ramai pengikut Ibrahim Libya bertindak cuba membela guru mereka dari ditangkap tetapi gagal kerana tragedi yang tidak diingini tercetus. Tindakan Polis Peristiwa Memali adalah insiden yang dianggap oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat. Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah seramai 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dalam kalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.

Kawalan Pasukan Polis dan Rundingan Awal sebelum tercetusnya Tragedi Memali. Malam tersebut Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam. Seramai 50 orang penduduk hadir. Dikatakan jarang sekali kuliah atau ceramah biasa dijalankan 127

Baharuddin Hj Abd. Latif, Pesuruhjaya PAS Perak 22 September 1985. dlm. Burhanuddin Abd. Latif. Islam Memanggil. Rencana-Rencana Sekitar Perjuangan PAS 1951-1987. Pustaka Akhbar, Gunong Semanggol. 1994. hlm. 195-196. 128 New Straits Times. 21 November 1985.

184

sehingga 11.45 malam kecuali ceramah politik, itupun terdapat sekatan dan larangan serta memerlukan permit daripada Balai Polis Daerah. Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan. Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan dalam kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu. Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis AntiPengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan dua orang konstabel tertembak. Keempat-empat mereka telah terkorban akibat serangan tersebut. Mengikut sumber dalaman pula, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat. Tiada pula penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut. Manakala persediaan di pihak Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang koktel molotov yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol. Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir. Seramai 14 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. Mereka yang Terkorban 1.

Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam.

2.

Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983.

3.

Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong.

4.

Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah.

5.

Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah.

6.

Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria.

7.

Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah.

8.

Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah.

9.

Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah.

10.

Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu. 185

11.

Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga.

12.

Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah.

13.

Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal.

14.

Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.129

Perkuburan Korban Tragedi Memali di Kg. Memali, Baling, Kedah. Peristiwa demi peristiwa ini menyaksikan ramai pemimpin PAS ditangkap di bawah akta ISA. Penglabelan sebagai pemecahbelah masyarakat Melayu Islam sudah tersebar secara meluas terhadap PAS. Penglabelan ini mewajarkan kerajaan bertindak menggunakan Akta ISA untuk menangkap mereka. Melalui Operasi Lalang tahun 1987 dan Operasi Kenari tahun 1990, para pemimpin PAS masih ditangkap dan dipenjarakan kerana masih dianggap sebagai pemecahbelah masyarakat. Mereka yang ditangkap dikurung selama 60 hari dan kemudiannya ada di antara mereka dikenakan hukuman buang daerah. Penangkapan dengan menggunakan klausa ISA memberi kuasa kepada pehat kerajaan tanpa perlu dibicarakan. Tindakan pihak berkuasa ini persis Tragedi Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia pada 12 September 1984 yang dipimpin oleh Jeneral Benny Moerdani terhadap Masjid As Saadah kerana menentang kerajaan. Ini adalah antara tanggapan para pengkaji yang pro PAS waktu itu. Apapun dakwaan tragedi Memali sudahpun tercatat dalam sejarah Malaysia. Justifikasi Tun Musa Hitam menjelaskan dalam penulisan berkaitan dengan insiden tersebut. Bukunya yang bertajuk “Frankly Speaking” menyatakan bahawa kerajaan memberi beberapa justifikasi sebab terhadap tindakan pihak keselamatan menangkap Ibrahim Libya sehingga tercetusnya pertembungan antara pihak polis dengan penduduk kampung. Antaranya adalah Ibrahim Libya memberi perlindungan kepada komunis, mempunyai senjata api merbahaya dan membina kubu di sekitar kawasan rumahnya.130 Tun Musa Hitam memainkan peranan penting dalam negara pada Tragedi Memali apabila beliau memangku jawatan sebagai orang nombor satu negara kerana ketika itu Perdana Menteri dilaporkan ke luar negara. Namun begitu, Tun Musa Hitam menafikan ketiadaan Tun Dr Mahathir di dalam negara dalam suatu majlis yang membincangkan Tragedi Memali setelah 30 tahun ianya berlaku. Hal yang demikian ini menggambarkan seolah-olah insiden tersebut seperti dirancang dan seterusnya menjadi polemik kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, kekurangan pendedahan sumber

129

Korban Peristiwa Memali Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000, 7 Julai 2000.

130

Tun Musa Hitam, Frankly Speaking, Pelanduk Publication, Selangor, 2016, hlm. 25

186

maklumat dan penulisan berkaitan insiden tersebut menyebabkan masyarakat masih kabur akan kebenarannya. Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dalam Surat Perintah 21 menyatakan bahawa insiden Memali berpunca daripada budaya kafir mengkafir. Hal yang demikian ini kerana, kerajaan Malaysia menyatakan budaya tersebut muncul selepas tersebarnya seruan “Amanat Haji Hadi”.131 Amanat tersebut didakwa menjadikan ahli-ahli PAS terlalu taksub termasuklah Ibrahim Libya beserta dengan pengikutnya. Disebabkan itu, Haji Abdul Hadi menulis sebuah buku yang bertajuk “Amanat Hadi”. Penulisan tersebut memaparkan penjelasan dan keterangan daripada Haji Abdul Hadi berkaitan dengan petikan ceramah beliau yang dijadikan seruan jihad sehingga dikatakan menjadi punca utama dalam tragedi Memali. Perkataan jihad dan mati syahid dalam amanat tersebut menjadikan semangat ahli PAS berkobar-kobar dalam menempuhi PRU pada tahun 1982. Perkataan jihad yang disebut dalam Al-Quran dan Sunnah tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Holy War (Perang Suci) semata-mata.132 Demikianlah penerangan yang dinyatakan oleh beliau untuk memberi penjelasan terhadap amanat yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Kertas Putih Pada 25 Februari 1986, kerajaan telah mengeluarkan pernyataan rasmi (Kertas Perintah 21 atau Kertas Putih) untuk memberi keterangan dan penjelasan terhadap insiden tersebut.133 Namun begitu, pernyataan tersebut mendapat bantahan dan penolakan terhadap keterangan yang dinyatakan khususnya daripada pengikut Ibrahim Libya serta penduduk kampung yang terlibat. Hal ini kerana, menurut pengikut Ibrahim Libya pernyataan rasmi yang dikeluarkan tersebut mempunyai banyak percanggahan daripada situasi yang sebenar. Memali merupakan sebuah daerah yang penuh dengan peristiwa bersejarah khususnya kepada masyarakat Melayu. Salah satunya adalah tragedi pertumpahan darah yang berlaku pada 19 November 1985 sehingga menjadi sebuah tragedi yang mendapat prihatin daripada semua pihak. Masyarakat Malaysia pada ketika itu berbeza pandangan dalam mentafsir kejadian sebenar sehingga menjadi suatu polemik yang belum terungkai akan kebenarannya. Oleh yang demikian, sepanjang 3 abad selepas kejadian tersebut, terdapat beberapa penulisan daripada pelbagai perspektif terhadap insiden tersebut telah diterbitkan. Namun begitu, maklumat dan penulisan terhadap kejadian yang sebenarnya berlaku masih kurang berlegar dalam masyarakat. Sehingga kini, peristiwa pertumpahan darah di Memali masih belum mencapai titik noktah akan kebenarannya. Oleh itu, kajian ini ingin merungkai tragedi Memali dalam sejarah politik dari perspektif yang berbeza berbanding dengan kajian sebelum ini. Tragedi Memali masih mendambakan keadilan holistik yang boleh mencerahkan kesuraman, memutihkan kegelapan dan merungkaikan persoalan yang semakin hari semakin berserakan. Penonjolan kepada analisis dan huraian hasil daripada dapatan melalui temu ramah individu yang terlibat secara langsung memberikan gambaran yang lebih jelas. Selain itu, kajian ini memberi penjelasan secara terperinci kepada setiap aspek yang terlibat sebelum dan selepas insiden tersebut. Seterusnya, penilaian terhadap justifikasi daripada kertas perintah 21 kerajaan dilakukan bagi mendapatkan kenyataan yang lebih jelas tanpa bias kepada mana-mana pihak. Secara tidak langsung akan menjadikan penulisan dan maklumat semakin bertambah dan seterusnya memberikan gambaran terhadap insiden tersebut menjadi semakin jelas.

131 132 133

Kertas Perintah 21, “Peristiwa Memali”, Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur, 1986, hlm 45 Abdul Hadi Awang, Amanat Haji Hadi, Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002, hlm 38 Kertas Perintah 21, “Peristiwa Memali”, Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur, 1986.

187

Kesimpulan Rumusannya, Tragedi Memali yang telah berlaku 37 tahun yang lalu masih menjadi persoalan benar yang tiada jawapan muktamat. Pelbagai pihak yang terlibat, bangkit membongkarkan sebab terjadinya tragedi tersebut. Namun pihak berkuasa masih membisu. Hatta PAS yang suatu masa dahulu turut menjadikannya sebagai isu dalam ceramahceramah umum pun telah senyap seribu bahasa. Apakah tindakan mereka ini selaras dengan amanat Haji Hadi. Sesuaikah ianya diperkatakan sebagai perang jihad. Yang menjadi persoalannya ialah, apakah mereka ini benar-benar syuhada atau sebagainya? Para waris masih menanti pembelaan yang tidak kunjung sampai. Kalau ia merupakan sebuah tragedi politik kenapakah para waris tidak diberikan bayaran pampasan atau ex-gratia. Namun persoalannya sehingga ke hari ini masih tiada jawapan yang pasti. Yang jelas Tragedi Memali yang berlaku 19 November 1985 tetap menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Rujukan Abdul Hadi Awang. 2002. Amanat Haji Hadi. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan PAS Pusat. Abdul Rahman Haji Abdullah. 1998. Pemikiran Islam Di Malaysia. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Burhanuddin Abd. Latif. 1994. Islam Memanggil. Rencana-Rencana Sekitar Perjuangan PAS 1951-1987. Gunong Semanggol. Pustaka Akhbar. C. N. Al-Afghani, 1999, Suamiku Kekasih Allah. Kedah. Penerbit Al-Jihadi. C. N. Al-Afghani. 1997. Perisai Memali. Kedah. Corak Memali. Kampung Memali. Mukim Siong. Penerbit Al-Jihadi. C.N. Al-Afghani. 2000. Perginya Isteri Mithali. Muslimah. Kuala Lumpur. Syarikat Al-Muslimah. Dewan Rakyat Malaysia. 1984. Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara. Kertas Perintah 14. Tahun 1984. Dewan Rakyat Malaysia. 1986. Peristiwa Memali. Kertas Perintah 21. Tahun 1986. Gema Syuhada. 1994. Mutiara Kata Syahid Ibrahim Mahmud. Baling. Pusara Syuhada. Hari Syuhada Memali. 1988. Selepas Tiga Tahun Barisan Nasional Bertaubat. Kuala Lumpur. GG Edar. Ismail Awang. 1986. Datuk Rais Ulas Tayangan Video Memali. Era Majalah Berita Mingguan Nasional Bil. 47. Kuala Lumpur. Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. 1957. Terjemahan Al-Quran. Edisi Ke-3. Selangor. Klang Book Centre. Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani. 2017. Memoir Tragedi Memali. Jundi Resources. Kuala Lumpur. New Straits Times. 21 November 1985. Tun Musa Hitam. 2016. Frankly Speaking. Pelanduk Publication. Selangor. 188

Tunku Muszaffar Shah. 2012. Memali: Kenangan Seorang Polis. Marshall Cavendish Editions. Selangor. Utusan Malaysia. 7 November 1982.

189

UNDANG-UNDANG ADAT NEGERI KEDAH ABAD KE-19 MILIK KU DIN KU MEH1 Mahani Musa Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK Undang-undang Adat Negeri Kedah yang siap disalin untuk Ku Din Ku Meh, Ketua Penjara Alor Setar, pada 20 Rabiulawal 1311 H bersamaan 1 Oktober 1893 M merupakan naskhah Undangundang Kedah yang paling akhir dikarang sebelum kedatangan pihak kolonial. Meskipun komponen utamanya adalah tentang undang-undang adat, manuskrip tersebut juga mengandungi cerita tentang nabi, alim ulama serta salasilah raja-raja Kedah selain memuatkan undang-undang perairan, peraturan nobat, dan surat tentang peraturan lesen bijih timah di Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Berdasarkan cakupan fasalfasalnya yang luas dan lebih terkini, Undang-undang Adat Negeri Kedah ini berdiri sebagai sebuah naskhah perundangan Kedah yang tersendiri yang dihasilkan pada kurun ke-19. Kewujudan manuskrip ini secara tidak langsung membuktikan sudah wujud sebuah pemerintahan yang sistematik di bawah kesultanan Melayu, yang lengkap dengan undangundang dan peraturan bagi memastikan kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial dapat dicapai. Fasal-fasal yang disusun dengan teliti dan mengikut keperluan semasa itu juga dengan sendirinya menepis tanggapan sarjana pentadbir kolonial bahawa undang-undang tradisional adalah kejam dan hanya bertujuan menjaga kepentingan pihak pemerintah semata-mata.

Pengenalan Undang-undang adat merujuk kepada peraturan atau amalan yang telah berakar umbi dalam masyarakat Melayu turun temurun, lengkap dengan senarai hukum hakam dan jenisatau bentuk hukuman. Kuasa tertinggi perundangan ini terletak di tangan raja dengan dibantu oleh pembesar yang dilantik oleh raja untuk melaksanakan hukum dan pengadilan dalam negeri. Undangundang Melaka yang disusun semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422-1444) menjadi pemisah terhadap perubahan tamadun hidupmanusia daripada undang-undang rimba kepada undang-undang adat yang lebih tersusun. 1

Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kedah dari Perspektif Sejarah, Budaya dan Warisan, anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, 5-6 September 2022.

191

Undang-undang Melaka kemudiannya menjadi induk kepada undang-undang Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu yang lain, dengan pelbagai perubahan dan penyesuaian mengikut amalan dan adat istiadat tersendiri. Antaranya, yang menarik untuk dikaji ialah Undang-undang Adat Negeri Kedah. Teks Undang-Undang Adat Negeri Kedah Kedah merupakan antara kerajaan Melayu yang mempunyai banyak undang-undang. Setakat ini naskhah yang popular adalah naskhah yang ditransliterasi oleh R. O. Winstedt pada 1928. Namun Undang-undang Kedah bukanlah suatu naskhah yang khusus sebaliknya merupakan kompilasi beberapa naskhah yang dihasilkan semasa pemerintahan beberapa orang sultan. Winstedt telah mengelompokkan undang-undang tersebut kepada lima bahagian seperti berikut: 1) Undang-Undang Kedah yang terkandung didalamnya Undang-Undang Pelabuhan, 1650 Masihi; 2) Tembera Dato’ Sri Paduka Tuan, 1667 Masihi; 3) Hukum Kanun Dato’ Star (tidak bertarikh); 4) satu bab tentang bunga emas,alat kerajaan pada masa tabal, orang BesarBesar dan adat meminang; dan 5) Undang- Undang, 1784 Masihi.2 Artikel ini akan membincangkan satu lagi naskhah undang-undang Kedah bertarikh 1311 Hijrah bersamaan 1893 Masihi (selepas ini disebut Undang-Undang Adat Negeri Kedah) milik Ku Din Ku Meh. Naskhah ini berbeza daripada naskhah selenggaraan Winstedt malah boleh dianggap sebagai naskhah undang-undang adat yang tersendiri bagikesultanan Kedah. Jelani Harun menamakan teks ini sebagai Undang-Undang Adat NegeriKedah berdasarkan ayat yang terkandung dalam mukadimah naskhah yang menyebut bahawa: ........maka pada zaman masa duli hadzrat maulana Paduka Seri Sultan Rijaluddin Muhammad Syah Yang Maha Mulia semayam di atas kerajaan Negeri Kedah di Kota Wang Naga lengkap dengan menteri pegawai hulubalang maka pada ketika itu keluar titah kepada Datuk Bendahara suruh muafakat dengan segala menteri pegawai himpunkan segala ulama’ dan hakim perbuat undang-undang peraturan segala adat negeri dengan segala 2

R. O. Winstedt 1969, History of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 169-170. Untuk tinjauan lanjut tentang fasal-fasal ini lihat, R. O. Winstedt 1928, “Kedah Laws”, JMBRAS, Jilid. 6, Bah. 2, hlm. 1-44. Lihat juga Mariyam Salim (ed.) 2005, Undang-Undang Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

192

alat kerajaan negeri dan peraturan menteri pegawai serta dengan pakaian jabatan masing-masing tarafnya dan pertentukan adat atas segala isi negeri pada pihak pekerjaannya daripada benar dansalah dan atas segala dagang senteri yang masuk negeri kita ikut yang bersabit pada hukum Allah Taala 3 Pemilik asal naskhah tidak diketahui namun dipercayai undang-undang ini disalin untuk Ku Din Ku Meh atau nama sebenarnya Ku Baharuddin bin Ku Meh yang dicatat dalam teks itu ‘ketuha pencara’ [penjara?] di Kedah dan ‘ketuha [ketua] di Merbok’. Penyalin teks ini bernama Haji Muhammad Saad bin Nasir dan tempat penyalinannya disebut di Batu Hampar, Merbok. “Maka setelah selesailah daripada menyalin kitab ini pada hari Arbi’a’ dua puluh dua haribulan Rabiulawal tahun seribu tiga ratus sebelas Ku Din Ku Meh, ketua pencara di dalam negeri Kedah dan ketua di Merbok yang empunya kitab ini, tamat. Surat di Bukit Batu Hampar Merbok tamma wa katibuhu Haji Muhammad Saad bin Nasir”.4 Teks ini mengandungi 40 fasal dalam 195 halaman bercetak.5 Undang-undang yang berukuran 33 sentimeterx 21 sentimeter kini menjadi simpanan waris terdekat Ku Din Ku Meh yang bernama Tengku Yahaya bin Tengku Mahadi yang menetap di Pulau Pinang. Naskhah asal berada dalam keadaan baik dan pada bahagian kulit luar (hardcover) teks yang bewarna hijau gelap tersebut tercatat perkataan ‘Ondang-Ondang Kedah 1311 Kodinbin Kumis’ (bertaip dalam Rumi). Salinan teks ini pernah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia oleh generasi ketiga Ku Din dalam bentuk fotokopi dan telah didigitalkan oleh pihak arkib dalam bentuk salinan lembut (softcopy), Portable Document Format (PDF) dengan judul ‘Undang-Undang Kedah versi Melayu-Jawi’ di bawah kod penerimaan 2007/0002643. Teks ini telah diserahkan dalam bentuk fotokopi oleh Tunku Ibrahim yang merupakan datuk saudara kepada Tunku Yahaya kepada pihak Arkib

3

Jelani Harun 2008, Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 177. 4 tamma wa katibuhu = tamat dan penulisnya. 5 Menurut Jelani Harun, teks ini mengandungi 151 halaman bercetak sahaja mungkin disebabkan halaman seterusnya berupa lampiran dan fakta tambahan mengenai Kedah sahaja. Lihat juga, Jelani Harun, Undang- undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan, hlm. 177.

193

Negara Malaysia pada November 1970. Undang-undang Adat Negeri Kedah terbahagi kepada tujuh bahagian seperti berikut:

1. 40 fasal undang-undang adat negeri Kedah (hlm. 1-151). 2. Adat undang-undang jong dan segala jenis perahu (hlm. 151-165). 3. Fasal undang-undang nobat Kedah (hlm. 166-169). 4. Kejadian iblis dan syaitan, serta pelbagai cerita tentang jin, malaikat dan juga NabiAdam AS (hlm. 170-185). 5. Cerita tentang nabi-nabi dan alim ulama, termasuk Nabi Khidir AS. Pada bahagian akhir dicatatkan nama pemilik naskhah ini iaitu Ku Din Ku Meh dan nama penulis Haji Muhammad Saad bin Nasir yang tinggal di Bukit Batu Hampar, Merbok. Turut dicatat ialah tarikh penulisan iaitu 20 Rabiulawal 1311 (hlm. 185191). 6. Surat lesen timah semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang terdiri daripada 17 fasal peraturan mencari timah (hlm. 192-194). 7. Senarai nama sultan yang memerintah negeri Kedah bermula dengan sultan yang pertama, iaitu Sultan Muhammad Shah sehingga sultan ke-17, Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Berdasarkan pembahagian di atas, amat jelas Undang-undang Adat Negeri Kedah ini mengandungi pelbagai maklumat tentang kesultanan Kedah dari aspek adab ketatanegaraan, amalan undang-undang, cerita nabi dan alim ulama serta salasilah raja- rajanya. Aspek berkaitan adab ketatanegaraan (panduan kepada raja dan pembesar dalam menjalankan pemerintahan) merupakan komponen terbesar dalam undang-undang tersebut yakni terdiri daripada 40 fasal undang-undang adat (hlm. 1-151) seperti berikut: Jadual 1: Fasal-fasal dalam Undang-undang Adat Negeri Kedah Fasal

Perkara dan muka surat

Mukadimah

1-7

1.

Syarat orang yang menjadi raja

2.

Syarat orang yang menjadi menteri (13-15)

3.

Fasal alat pegangan Menteri (15-18)

4.

Fasal hukum adat yang ditentukan (18-21)

194

(7-13)

5.

Fasal hukum perselisihan berbunuh-bunuhan (21-29)

6.

Fasal hukum perbantahan laki-laki perempuan (29-31)

7.

Fasal hukum angkara derhaka selama-lama adanya (31-32)

8.

Fasal hukum pencuri, penyamun perilat harta orang (32-34)

9.

Fasal berlanggar kampong rumah orang-orang adanya (34-35)

10.

Fasal berdusta menjual dusta demikian adanya (35-36)

11.

Fasal membayar orang berhutang taruh selama-lamanya (36-39)

12.

Fasal melarikan hamba orang atau tunangan orang (39-40)

13. 14.

Fasal meminjamkan orang atau hamba orang atau berhutang orang(40-42) Fasal sewa binatang empat kaki atau dua kaki (42-43)

15.

Fasal perintah mengupah orang ambilan di dalamnya (43-46)

16.

Fasal berkahwin nikah-nikahan (46-51)

17.

Fasal dagangan larangan raja (51-55)

18.

Fasal tanah isi negeri (55-64)

19.

Fasal bendang isi negeri (64-69)

20.

Fasal perselisihan orang berbendang (70-73)

21.

Fasal orang berhuma padang hutan (73-74)

22.

Fasal orang berdusun-dusun kampung adanya (74-79)

23.

Fasal orang bergadai barang dagangan (79-83)

24.

Fasal sewa atau pajak-berpajak demikian adanya (83-85)

25.

Fasal berjual kampung bendang dusun-dusun (85-89)

26.

Fasal perniagaan jual-beli pada barang dagangan (89-94)

27.

Fasal hasil atas rakyat dan kerjanya (94-95)

28.

Fasal hasil Bunga Amas atas segala menteri (95-97)

29.

Fasal menyambut surat-surat hendaklah dimuafakat baik (97-98)

30.

Fasal istemi tiap-tiap mukim isi negeri (98-106)

31.

Fasal menderhaka hamba-hamba sahaya orangnya (106-111)

32.

Fasal orang berkedai jual-beli dalam pekan pesara (111-112)

33.

Fasal orang sewa perahu besar kecil adanya (112-114)

34.

Fasal sewa senjata orang-orang adanya (114-115)

195

35.

Fasal mengambil upah membela gajah (115-119)

36.

Fasal sambut surat bersama bunga emas ke Siam (119-123)

37.

Fasal orang menyambung modal pergi berniaga (123-125)

38.

Fasal orang menaruh kelung gajah atau kerbau lembu (125-128)

39.

Fasal orang menchahari karang-karangan (128-130)

40.

Fasal surat kiriman puji-pujian surat (130-151)

Berdasarkan mukadimah yang terkandung dalam Undang-undang Adat Negeri Kedah dapat dikesan bahawa asal-usul penulisan undang-undang tersebut sebenarnya telah bermula sejak zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (mm. 1619- 1652), mengalami tokok tambah mengikut peredaran masa sehinggalah berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (mm. 1881-1943) yakni semasa Ku Din Ku Meh menjadi Penguasa Penjara di Alor Setar. Bahagian mukadimah ini amat penting kerana ia memerlukan proses penyusunan undang-undang ini, bermula daripada titah raja kepada bendahara agar menyusun undang-undang dan peraturan dalam negeri, kemudian bendahara menghimpunkan segala bijak pandai yang terdiri daripada pembesar, alim ulama, hukama, ahli adat istiadat dan sebagainya. Setelah undang-undang siap disusun, bendahara mempersembahkan kepada sultan untuk mendapatkan perkenan dan setelah itu sultan memasyurkan undang-undang tersebut sebagai peraturan adat bagi negeri Kedah. Siapakah Ku Din Ku Meh? Seperti yang tercatat dalam petikan sebelum ini, Ku Din Ku Meh merupakan tuan “empunya kitab” dan bukan pengarang naskhah undang-undang tersebut. Besar kemungkinan Haji Muhammad Saad mengarang naskhah Undang-undang Adat Negeri Kedah ini berdasarkan permintaan Ku Din. Kedudukannnya sebagai “ketua di Merbok” juga mungkin bermaksud beliau juga merupakan pembesar yang memiliki kuasa di Merbok ketika itu. Ku Din Ku Meh atau Ku Baharuddin bin Ku Meh lahir pada 1849 di Alor Setar. Bapanya bernama Ku Meh dan ibunya bernama Cik Ci. Karier Ku Din bermula sebagai kerani di Penjara Alor Star dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Penjara di Alor Star.6 Beliau memulakan perkhidmatan dalam usia yang muda (14 tahun). 6

The Journal of Phraya Phuminartpakdi, 1896-1900, Satun: Culture Bureau, 2007.

196

Hasil hubungan baik dengan pihak pemerintah, Ku Din telah dianugerahkan sekurangkurang sebahagian daripada Pekan Semiling di Kuala Muda dan kawasan sekelilingnya.7 Pada tahun 1897, beliau telah dihantar ke Setul (Satun) oleh Sultan Abdul Hamid untuk bertugas sebagai Penolong Pentabdir bagi membantu Gabenor Setul Tunku Abdul Rahman yang sedang berhadapan dengan masalah dalam pentadbiran. Ekoran kematian Tunku Abdul Rahman pada 1900, Raja Siam, King Rama V (Chulalongkorn), telah melantik Ku Din sebagai Gabenor Setul (Satun) yang baharu. Pelantikan ini mencatat sejarah sebagai rakyat biasa yang pertama menjadi Gabenor Setul berlawanan dengan tradisi sebelum ini yang menyaksikan jawatan tersebut hanya diisi oleh kerabat diraja Kedah. Ku Din dilaporkan telah membawa banyak pembaharuan kepada daerah Setul sepanjang beliau memegang jawatan tersebut dari 1900 hingga 1914.8 Pada tahun 1902 beliau dikatakan menyandang gelaran “Raja Setul” dengan menggunakan nama Tengku Baharudin bin Tengku Meh lantas menjadikan beliau orang yang paling berkuasa di wilayah Setul. Boleh dikatakan Ku Din Ku Meh mencipta nama baik di Setul kerana dilihat oleh pihak Siam sebagai pentadbir yang berkebolehan. Malah beliau sering menjadi perantara penting dalam urusan penghantaran bunga emas dari Kedah ke Siam. Pingat dan gelaran dari kerajaan Siam merupakan bukti pengiktirafan tersebut. Antara gelaran tertinggi yang dianugerahkan oleh kerajaan Siam kepada beliau ialah “Phya Phumunart Pakdi” yang membawa maksud “raja yang berbakti.” Ku Din Ku Meh bersara daripada perkhidmatannya pada tahun 1916 dan meninggal dunia pada 8 November 1932 di Setul. Bagi ahli sejarah tempatan, Allahyarham Dato’ Haji Wan Shamsudin, Ku Din Ku Meh merupakan pengasas kerajaan Melayu Setul moden.9 Panduan tentang Adab Pemerintahan Sebagaimana undang-undang Melayu yang lain, Undang-undang Adat Negeri Kedah memulakan penyalinan naskhah tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek adab ketatanegaraan. Panduan ini kelihatan dengan jelas dalam bahagian mukadimah yang menyebut ciri-ciri yang perlu ada pada seorang raja iaitu bersifat jalal (kemuliaan) dan jamal (ikhsan). Sebagai tonggak tertinggi dalam pemerintahan, raja sentiasa perlu bermusyawarah dengan menteri dan memberi panduan kepada menteri sebagai penasihat 7 8

SUK Kedah 3623/50 Untuk tinjauan lanjut lihat, The Journal of Phraya Phuminartpakdi, 1896-1900.

9

Wan Shamsudin Mohd Yusof 2014, Kedah dalam Warisan Sejarah dan Budaya Nusantara, Alor Setar: Persatuan Sejarah Cawangan Negeri Kedah, hlm. 200.

197

raja untuk menjalankan tugas dengan bijaksana. Oleh itu pengarang Undang-undang Adat Negeri Kedah ini boleh dikatakan bukan sahaja amat arif dalam perihal undang-undang adat malah juga dalam menasihati raja dan pembesar tentang adab dan peraturan yang mereka perlu patuhi agar dapat menjadi tauladan dan contoh kepada rakyat jelata. Menariknya, oleh kerana Islam sudah meresapi pemikiran pengarang Melayu kurun ke-19, maka mereka sering mendahulukan nasihat-nasihat keagamaan ini kepada raja dan pembesar. Berdasarkan mukadimah dan fasal-fasal yang terkandung dalam Undang- undang Adat Negeri Kedah ini bolehlah dikatakan teks ini amat kaya dengan nilai-nilai panduan pemerintahan dalam Islam yang menjadi teras kepada pemerintahan yang baik sepanjang zaman. Jika dirujuk kepada jadual 1, amat jelas Undang-undang Adat Negeri Kedah sebuah naskhah yang tersendiri, lengkap, kemas dan mengikut perkembangan atau keperluan negeri. Fasal-fasalnya merangkumi aspek kuasa raja dan pembesar, kemasyarakatan dari rakyat hingga golongan hamba, urusan jual beli, perdagangan, tanah, pertanian, dan adab hubungan dengan negara tetangga (diplomatik). Teks ini memperlihatkan penggubalan yang rapi lagi sistematik melibatkan pembesar-pembesar yang berpengalaman. Sebagaimana petikan di atas, proses penggubalan bermula daripada titah Sultan Rijaluddin Muhammad Syah kepada bendahara agar bermuafakat dengan segala menteri, pegawai, ulama dan hukama perbuat undang-undang peraturan segala adat negeri mengikut keadaan, kesesuaian dan keperluan negeri. Bermula daripada mukadimah hingga fasal 1-4 aspek ketatanegaran amat ditekankan oleh penggubal keranaaspek ini menjadi asas kepada kekukuhan sesebuah kesultanan Melayu. Dua sifat raja yakni adil dan ihsan, menjauhi sifat riak dan takbur serta tidak meninggalkan hukum syarak dalam setiap perbuatan dan pengadilannya amat ditekankan dalam fasal 1. Seiring dengan sifat istimewa yang perlu ada pada seorang raja maka terdapat peraturan yang menumpukan khas kepada alat-alat bantu yang akan mengukuhkan kuasa raja yaknipakaian segala raja-raja yang tidak boleh dipakai oleh orang kebanyakan. Bagi yang melanggar peraturan ini, mereka akan dihukum bunuh. Begitu juga sebagai “tangan kanan” sultan, terdapat fasal yang khusus tentang syarat menjadi menteri. Bendahara sebagai pembesar tertinggi misalnya, disebut dalam fasal 1 sebagai “menteri tunggal boleh dikatakan dia kapit kepada raja dan boleh dimisalkan dia isteri atau suami raja kerana boleh menerima pesaka raja.” Dengan peranan yang sebegini besar dan istimewa, maka memang tepat sekali pengarang naskhah

198

undang-undang ini menuntut sifat bangsawan, budiman/beriman, setiakawan dan dermawan perlu ada pada mereka yang menjawat jawatan bendahara. Pemilihan sifat-sifat ini mempunyai alasan tersendiri. Bangsawan, bagi pandangan pengarang naskhah ini, amat penting sebagai membezakan taraf pembesar tertinggi dengan pembesar yang lain.Ia merupakan syarat yang perlu ada kerana “segala menteri, pegawai, hulubalang rakyat sekelian menyembah dia”. Sifat budiman pula penting kerana bendahara adalah tempat membuat segala keputusan yang berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyat. Setiawan pula ciri yang penting kerana bendahara merupakan “tangan kanan” raja maka beliau perlu memiliki sifat kasih sayang (taat setia) kepada raja dan negerinya. Malah disebut “kasih akan raja dan negerinya terlebih daripada nyawa, badannya dan dirinya sendiri. Manakala dermawan pula merujuk kepada sifat pemurah, tidak tamak haloba dan bersedia menolong rakyat yang dalam kesusahan. Besarnya kedudukan bendahara dalam kesultanan Kedah sehingga disebut “ ada terkadang dua tiga bulan tertahar jenazah [raja] itu di balairung sebab tiada bendahara di dalam negeri waktu itu, kerana yang bernama panglima negeri, ertinya empunya negeri, jadilah dikata akan dia mangkubumi.” Oleh kerana fungsi tugasnya yang amat berat, bendahara akan dibantu oleh pasukan menteri yang berkebolehan dengan pembahagian tugas masing-masing serta alat pegangan dan pakaian masing-masing bagi mencapai matlamat akhir “menghasilkan segala pekerjaan yang ada kebajikan kepada raja dan negerinya” iaitu Menteri Empat, Menteri Delapan, Menteri Enam belas. Kesemua mereka dikurniakan raja martabat dan nama/gelaran agar memudahkan mereka mengawal negeri, mukim dan kampung agar berada dalam keadaan aman damai sebagaimana disebut dalam fasal kedua tentang adat menteri.10 Selepas menurunkan perkara-perkara berkaitan penetapan martabat raja, pembesar dan segala pegawai melalui pembahagian tugas, alat pegangan dan pakaian masing- masing, pengarang naskhah Undang-undang Adat Negeri Kedah ini menjelaskan tentang cara pengadilan yang dilaksanakan di negeri itu iaitu pertama, mengikut hukum Allah Ta’ala (hukum syarak); kedua, hukum akal yang ditetapkan oleh hakim mengikut pemikiran akalnya; ketiga, hukum naqli yakni merngikut pandangan orang yang biasa melaluinya. Perkara ini dibincangkan dalam fasal keempat yakni hukum adat yang telah ditentukan. Dalam fasal ini juga pengarang menetapkan sebesar-besar dosa kepada hukum adat yakni kesalahan yang tidak boleh diampunkan ialah derhaka kepada raja dan negeri. 10

Jelani Harun et.al 2021, Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 36-41.

199

Bagi kesalahan menderhaka ini, hukumannya adalah bunuh dalam kematian yang amat menyeksakan dan hina. Mayat pesalah tidak dibenarkan ditanam malah akan disula dan dipamerkan untuk tatapan orang ramai. Malah dosanya terpalit kepada ibu bapa, anak isteri dan kaum keluarga. Mereka juga dianggap berdosa tetapi tidak akan dihukum bunuh. Namun mereka masih tidak terlepas daripada menanggung penyiksaan “dengan segala seksa” apabila akan dipulau oleh masyarakat – tidak dibenarkan masuk majlis kenduri kendara, tidak boleh berternak, berkebun dan berdusun malah segala harta akan dirampas. Menariknya, perbuatan sumbang mahram telah diletakkan sebagai satu perbuatan derhaka yang besar yang tidak akan diampunkan. Hukumannya hanya satu iaitu: “bunuh dengan kematian yang keji dan darah dagingnya pun tiada harus diberi kena atas bumi negeri itu... melainkan harus dibuangkan bangkainya ke tengah lautan atau ke tengah rimba belantara, yang bukan tempat jajahan negeri. Jika ada gugur ke bumi daripada daging darahnya harus disuruh gali ambil buang ke laut...”11 Undang-undang Adat Negeri Kedah memberikan perincian mendalam tentang kesalahan sumbang mahram, misalnya jenis sumbang mahram (hubungan pelaku dengan mangsa, misalnya ayah dengan anak, abang dengan adik, anak tiri, ibu tiri, abdi membuat angkara atas anak isteri tuannya) dan bentuk hukuman. Keberadaan sumbang mahram dalam fasal keempat yang terawal ini membayangkan keseriusan penggubal undang-undang untuk menangani isu sumbang mahram yang berkemungkinan kerap berlaku di negeri itu. Hal ini bermaksud aspek kestabilan sosial sentiasa berada dalam pemikiran penggubal undang-undang ketika itu. Satu lagi aspek yang diberi tumpuan utama oleh Undang-undang Adat Negeri Kedah ialah berkenaan tanah. Fasal ke-18 ‘tanah isi negeri’ misalnya, merangkumi 10 halaman muka surat dalam undang-undang tersebut. Penegasan tentang siapakah pemilik tanah dinyatakan pada awal fasal tersebut: “Adapun segala bumi dalam alam dunia ini, bumi Allah Subhanahu wa Ta’ala, tiada siapa boleh miliki, melainkan tanah atas tiap-tiap tempat itu jadi milik raja yang memerintah tempat-tempat itu...” 11

Jelani Harun et.al, Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh, hlm. 48.

200

...kerana yang dikatakan raja itu bayang bayang Allah Ta’ala. Sebab boleh dikatakan ia bayang-bayang Allah Ta’ala kehendaknya berlaku atas sependapatntadaripada banyak atau sedikit.”12 Hal ini menunjukkan martabat dan kuasa raja dalam soal tanah manakala bagi Mohammad Isa pembahagian kepada “tanah hidup” dan “tanah mati” merupakan satu cara golongan pemerintah untuk menguasai petani disamping memastikan hak pemilikannya terutama di kawasan yang berpotensi dari sudut pertanian terjamin.13 Paling menarik apabila Milner melihat rasional di sebalik peraturan ini adalah demi mengekalkan kedudukan dan kedaulatan raja melalui konsep tanah adalah milik raja manakala rakyat pula merupakan golongan kelas kedua yang hanya mengusahakan tanah milik pemerintah.14 Meskipun pandangan kedua-dua sarjana ini ada kebenarannya namun fasal ke-18 ini jelas menunjukkan bahawa rakyat sentiasa berpeluang untuk memiliki tanah dengan caramendapat ampun kurnia raja. Menurut penggubal: “Sungguhpun demikian, jangan pula disangkakan jika sudah tentu tetap milik raja, tiadalah guna bersusah dan berlelah atas milik orang, hari ia berkehendak habis diambilnya, salah fikir itu. Sebab itu sudah dibayankan pada bab yang pertama, dinyatakan orang yang hendak dirajakan itu, tiada boleh melanggar adat yang telah diadatkan itu...” “Tiada raja menaruh tamak,bakhil atas engkau, maka hendaklah engkau pohon alamat surat titah dengan cap menteri, raja tanda ampun kurnia akan engkau, supaya lepaslah perkara itu daripada direbut orang yang kurang akal beradawat dengan engkau...” Kesemua urusan pemilikan tanah ini diselesaikan dengan pemberian “surat putus”, suatu pembaharuan yang diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (mm. 17101778). Surat putus melibatkan penyelarasan sistem ukuran tanah dan penyelarasan

12

Jelani Harun et.al, Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh, hlm. 86. 13 Mohammad Isa Othman 2011, Pengalaman Kedah & Perlis: Zaman Penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, hlm. 40. 14 A. C. Milner 2011, The Malays, United Kingdom: Wiley-Blackwell Publishing Ltd

201

sempadan dengan memperkenalkan geran tanah (surat putus) yang rasmi dalam ukuranukuran tertentu. Geran-geran ini merupakan dokumen bertulis tangan yang mempunyai cop mohor sultan. Selepas fasal tentang tanah, undang-undang ini menurunkan pula dengan panjang lebar fasal-fasal berkaitan dengan pertanian: berbendang, berhuma dan berdusun. Fasal-fasal ini penting dalam melengkapkan proses tranformasi Kedah ke arah sebuah negeri pertanian padi. Kepentingan Undang-undang Adat Negeri Kedah kepada Persejarahan Kedah Berakarkan peraturan atau amalan yang telah berakar umbi dalam masyarakat Melayuturun temurun, teks undang-undang tidak harus dilihat sebagai sebuah naskhah yang berisi peraturan semata-mata atau lebih teruk lagi, seperti kata Wilkinson bahawa undangundang Melayu tidak boleh diambil serius kerana ia bukanlah undang-undang yang sebenar.15 Pandangan ini amat dipengaruhi oleh Eurocentrism dan mewarnai kebanyakan tulisan pegawai tinggi British di Tanah Melayu; bahawa Tanah Melayu adalah mundur dan berada dalam keadaan teruk dan Britishlah sebagai penyelamat dan pembawa kemajuan. Swettenham, misalnya, melihat tidak wujud sistem perundangan di negeri Melayu sebaliknya raja dan pembesar berkuasa penuh dan di tangan mereka segala bentuk hukuman ditentukan ke atas rakyat. Oleh kerana kata-kata mereka adalah undang-undang, Swettenham merumuskan bahawa penindasan dan kekejaman adalah perkara yang biasa berlaku dalam kesultanan Melayu.16 Bagi pentadbir-pentadbir kolonial ini, undang- undang tradisional ini adalah kejam dan hanya bertujuan menjaga kepentingan pihakpemerintah.17 Namun bagi sarjana yang telah sekian lama mencebur diri dalam pengkajian naskhah ketatanegaraan dan undang-undang tradisional, Jelani Harun merumuskan bahawa penggubal undang-undang tradisional bukan sahaja seorang ahli perundangan(adat) tetapi juga merupakan pembesar, ahli sejarah dan pemikir masyarakat sezamannya.18 Pandangan ini dengan sendirinya menempatkan teks undang-undang tradisional termasuk Undang-undang Adat Negeri Kedah ini sebagai sumber persejarahan R. J. Wilkinson 1970. “Malay Law”. Dalam M. B. Hooker (ed.), Readings in Malay Adat Laws, Singapore: Singapore University Press, hlm. 6-47. 16 F. A. Swettenham, F. A. 1983, “British Rule in Malaya.” Dalam P. H. Kratoska (ed.), Honorable Intentions: Talks on the British Empire in South-East Asia Delivered at the Royal Colonial Institute 1874- 1928, Singapore: Oxford University Press, hlm. 178. 17 Noor Aisha Abdul Rahman 2006, Colonial Image of Malay Adat Laws: A Critical Appraisal of 15

Studies on Adat Laws in the Malay Peninsula during the Colonial Era and Some Continuities, Leiden: Brill, hlm. 78-79. 18 Jelani Harun, Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan, hlm. xv.

202

penting kepada masyarakat dan negara dan harus diteliti dengan lebih mendalam oleh para sarjana dan penyelidik. Dalam konteks perbincangan ini, apakah kesignifikanan teks tersebut kepada sejarah Kedah? Pertamanya, ia merupakan pembuktian kepada bahawa Kedah mempunyaisatu sistem pemerintahan yang sistematik, lengkap dengan undang-undang yang tersusun dan mencakupi segala aspek kehidupan masyarakat. Hal ini dengan sendirinya menolak pandangan golongan sarjana pentadbir barat bahawa tidak wujud sistem politik di negeri- negeri Melayu sebelum kehadiran mereka. Pandangan sebegini tidak lain hanyalah untuk menutup niat dan tindakan campurtangan mereka demi kepentingan ekonomi. Padahal kestabilan sosial memang telah sekian lama wujud negeri-negeri Melayu sebelum kehadiran British. Keduanya, kewujudan teks tersebut mewakili perjalanan sebenar sejarah negeri Kedah sejak kurun ke-17 yakni tarikh awal penyusunan atau pengubalannya (semasa pemerintahan Sultan Rijaluddin). Teks Undang-undang Adat Negeri Kedah ini mewakili transisi ekonomi yang dilalui Kedah sejak kurun ke-13 hingga kurun ke-17 yang menyaksikan Kedah beralih daripada sebuah kerajaan maritim kepada agrarian. Peralihan ini dikaitkan oleh sarjana seperti Allen dengan perubahan yang berlaku di kawasan Merbok-Muda yang mula memperlihat peralihan daripada pertanian padi huma/bukit kepada padi sawah dan juga perpindahan penduduk ke arah selatan (dari Merbok ke Muda) selepas 1200 Masihi/kurun ke-13. Allen melihat kedua-dua peralihan ini ada kaitandengan perubahan geomorfologi; kedudukan Sungai Merbok yang makin cetek akibat kelodak dan pelebaran pantai ke arah laut akibat mendapan sedimen sungai yang mengakibatkan wujudnya dataran tanah yang basah dan subur menghala ke kawasan Muda.19 Mengambil kira kesignifikan kedua ini bermaksud pemerintah Kedah sebagai sebuah negeri yang merdeka mempunyai idea dan konsep tersendiri tentang hala tuju pembangunan negeri yang mereka mahukan dan bersedia melalukan transformasi demi mencapai matlamat tersebut. Hal ini sekali lagi menepis tanggapan sarjana golongan pentadbir barat bahawa sultan di negerinegeri Melayu memerintah secara kejam, kolot dan tidak bertamadun.

19

S. Allen 1988, Trade, Transportation, and Tributaries: Exchange, Agriculture, and Settlement Distribution in Early Historic-Period Kedah, Malaysia. Ph.d Dissertation, University of Hawaii, USA.

203

Penutup Secara keseluruhannya Undang-Undang Adat Negeri Kedah sebagai teks penutup atau teks yang paling akhir dikarang sebelum kedatangan pihak kolonial merupakan teks tersendiri yang dapat memberi ulasan sebenar tentang sejarah kesultanan Melayu di Kedah. Walaupun ada pengaruh Undang-undang Melaka ke atas teks ini namun pada banyak fasal, ianya disesuaikan atau digubal mengikut keperluan setempat dan semasa. Sebagai contoh, perbincangan tentang sumbang mahram tidak terdapat dalam Undangundang Melaka dan undang-undang negeri lain. Hal ini dengan sendirinya menggambarkan Kedah kerap berdepan dengan isu tersebut yang menyebabkan fasal tentangnya digubal. Naskhah undang-undang ini secara tidak langsung dapat menangkis tohmahan sarjana pentadbir barat tentang kesultanan Melayu malah teks ini sebenarnya merupakan cerminan transisi ekonomi Kedah dari sebuah negeri maritim kepada kerajaan agraria sejak kurun ke13, yakni suatu peralihan ekonomi yang berjaya dicapai pada kurunke-17 yang ditandai dengan penggubalan Undang-undang Adat Negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Rijaluddin.

204

AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: SUATU TINJAUAN FILOLOGI1 Dr Ibrahim Bakar Langkawi2 ABSTRAK Pada 5 Januari 1927, Muhammad Hassan telah menerima titah Regent Kedah supaya menulis sebuah kitab sejarah Kedah. Pada tahun itu juga beliau telah selesai menulis manuskrip At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dalam huruf jawi (Naskhah A). Manuskrip ini digunakan sebagai panduan untuk menerbitkan buku berhuruf jawi cetakan dalam tahun 1928, diusahakan oleh Jelutong Press (Naskhah C). Berikutnya, Jelutong Press telah menerbitkan sekumpulan buku edisi baru dengan penambahan beberapa fakta dan halaman (Naskhah D). Dalam tahun 1968, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan AtTarikh Salasilah dalam huruf rumi (Naskhah B), berpandukan manuskrip awal yang telah dihadiahkan oleh keluarga pengarang dan masih disimpan di Pusat Manuskrip DBP. Seterusnya, setelah 91 tahun kemudian, PSMCK telah menerbitkan buku edisi baru dalam tahun 2018. Semua naskhah yang diutarakan mempunyai perbezaan yang ketara antara satu dengan yang lain dilihat dari sudut filologinya. Kata kunci: Manuskrip, huruf jawi cetakan, huruf rumi.

Pendahuluan Apabila kita lihat ke belakang, sebenarnya telah berlalu masa mencecah hampir seratus lima belas tahun (Hijrah) lamanya, semenjak kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman (ASNK) dititahkan penulisannya pada 1 Rejab tahun 1345 Hijrah, atau boleh juga dikira selama sembilan puluh lima tahun, dikira dalam tahun Masihi, mulai 5 haribulan Januari 1927. Didapati pada masa ini, seperti ada suatu gelombang baru apabila ramai masyarakat awam terutama golongan muda, yang semakin ramai meminati sejarah tempatan serta ingin membaca kitab yang begitu penting ini, tetapi tidak menemuinya. Sebenarnya, sebelum tertulis kitab ASNK ini, telah wujud beberapa kitab yang menceritakan sejarah masyarakat Kedah, antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, Syair Sultan Maulana, Syair Duka Nestapa dan Tarikh atau Salasilah Kerajaan Kedah. Namun, jika dibandingkan, kitab ASNK ini boleh dianggap yang paling unggul. Isi kandungannya merangkumi berbagai-bagai aspek perbincangan pensejarahan dan menjadi sebab ia amat patut diletakkan pada tempatnya yang wajar. Kitab ASNK hasil karya Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arsyad ini ialah sebuah kitab yang layak dikategorikan sebagai penulisan sejarah tradisional, kerana jalan bahasanya menyerupai karya-karya zaman tradisional seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun, dilihat dari sudut masa buku ASNK ini dihasilkan, ia

1

Kertas kerja ini untuk dibentangkan dalam Seminar Kedah Dari Perspektif Sejarah, Budaya dan Warisan, di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, pada 5-6 September, 2022, anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2 Penulis dan pembentang ialah editor At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, terbitan PSMCK. Beliau kini menyandang jawatan Pengerusi, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). Penulis boleh dihubungi di alamat e-mail : [email protected].

205

boleh dikategorikan sebagai hasil karya sejarah zaman transisi, antara penulisan tradisional dan moden. Di samping itu, jika dilihat dari sudut genre pula maka kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman ini tidaklah seluruhnya sama dengan kitab-kitab lain seperti ternyata di atas. Kitab-kitab Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar dan Hikayat Raja-raja Pasai selalu dianggap sebagai hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang termasuk dalam genre ‘sastera sejarah’3. Dilihat dari sudut ini, ASNK telah terkeluar dari kumpulan ‘hasil kesusasteraan’ atau ‘karya sastera’, melainkan ia jelas dihasilkan sebagai sebuah ‘karya sejarah’. Seterusnya, kitab ini menyimpan khazanah sebagai dokumentasi Kesultanan Kedah Darul Aman yang menjadi rujukan utama yang sangat penting hingga pada masa sekarang. Setakat ini belum ada buku lain yang boleh menandingi ASNK dari segi kewibawaan dan sudut pernyataan salasilah raja-raja Kedah yang sangat lengkap. Bahkan, sebarang kemusykilan mengenai kesahihan titik-bengik yang timbul mengenai masalah kerabat rajaraja Kedah, kitab ini jugalah yang kerap menjadi andalan. Oleh sebab itu, dengan faktor-faktor tersebut di atas maka karya sejarah tradisional ini amat layak diangkat sebagai salah sebuah karya penting di tahap global yang berasal dari Alam Melayu.

Naskhah-naskhah At-Tarikh Salasilah Setakat masa ini terdapat beberapa jenis buku yang dapat kita katakan sebagai naskhah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’ (ASNK). Naskhah-naskhah ini mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan antara satu dengan yang lain, dari segi kandungan, jenis teks dan fizikalnya. Untuk tujuan analisis teks maka naskhah-naskhah yang dimaksudkan itu boleh digelarkan sebagai Naskhah A, Naskhah B, Naskhah C dan Naskhah D, akan dijelaskan di bawah. Naskhah A ialah manuskrip jawi terawal yang ditulis oleh pengarang, dimaksudkan untuk panduan cetakan, yang kini tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Naskhah B ialah buku cetakan huruf rumi dalam tahun 1968, sebagai hasil selenggaraan berpandukan manuskrip atau naskhah A. Naskhah C ialah buku cetakan berhuruf jawi edisi awal iaitu pada tahun 1928. Naskhah D pula ialah buku cetakan berhuruf jawi edisi kedua dengan tambahan isi dan beberapa halaman. Semua buku dan manuskrip yang disebut di atas, sekarang ini sudah tidak ada lagi dalam pasaran buku.

NASKHAH A: Naskhah Asal (Manuskrip Jawi), 1927 Pada tarikh 1 Rejab tahun 1345 Hijrah, bersamaan 5 haribulan Januari 1927, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang ketika itu menjawat sebagai Regent Kedah, telah menitahkan supaya perjalanan sejarah negeri Kedah ditulis semula. Pekerjaan yang berat itu telah diletakkan atas pundak Encik Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, yang ketika itu menjawat pekerjaan sebagai Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kepercayaan dan tanggung-jawab yang diletakkan oleh kerajaan Kedah kepada Muhammad Hassan telah dilaksanakan dengan amat baik. Maka pada tahun itu juga penulisan ASNK telah diselesaikan. Maka terhasillah naskhah jawi tulisan tangan (manuskrip) yang paling awal.

3

Siti Hawa Haji Salleh, 1998. Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan bersama Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, halaman xiii.

206

Manuskrip ASNK yang paling awal itu terkandung dalam lembaran kertas setebal 146 halaman. Untuk tujuan pengenalan dalam pembentangan ini, manuskrip ini dinamakan sebagai ‘Naskhah A’. Manuskrip tersebut kini masih tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, dinomborkan dalam katalog sebagai MS 100. Untuk mengenali secara dekat naskhah ini, seorang penyelenggara awal manuskrip At-Tarikh Salasilah tersebut, iaitu Mohd. Zahid bin Mohd. Shah, telah memberi maklumat yang memadai untuk kita memahami sedikit sebanyak keadaan naskhah tersebut. Hasil daripada selenggaraannya dalam tahun 1968, maka telah diterbitkan sebuah buku transliterasi huruf rumi, oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bab pengenalan buku selenggaraannya itu, Mohd Zahid telah mengatakan, ‘Buku At-Tarikh negeri Kedah Daru’laman yang diusahakan ini ada-lah salinan daripada naskhah asal tulisan tangan huruf Arab yang di-tuliskan dalam tahun 1927 oleh Enche’ Muhammad Hassan J.P. anak To’ Kerani Muhammad Arshad, Kerani Rahsia Al-marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia. Naskhah asal itu kepunyaan Enche’ Soda bin Mohd. Hassan dan dihadiahkannya kapada Dewan Bahasa dan Pustaka. Naskhah itu mempunyai 146 halaman, dan berukoran 8” x 14” x 1/4”’4, atau 20.5 cm x 35.5 cm x 0.7 cm (untuk perbandingan, ukuran kertas A4 ialah 21 cm x 30 cm). Naskhah asal itu mungkin telah lama disimpan oleh Muhammad Hassan sendiri, yang kemudian diwarisi oleh anaknya Encik Soda. Setelah beberapa lama disimpan olehnya barulah dihadiahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengenai nama Encik Soda ini, ada beberapa penulisan yang menyatakan namanya ialah ‘Cik Soda binti Muhammad Hassan’, yang menunjukkan nama bagi seorang wanita. Namun, maklumat Mohd Zahid yang mengatakan nama beliau itu ialah “Enche’ Soda” lebih menepati. Berikutnya, maklumat lanjut tentang naskhah ini terdapat di dalam sebuah katalog, iaitu Katalog Manuskrip di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Imej naskhah ini ada dipaparkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam suatu laman sesawang (website) untuk dikenali oleh masyarakat umum yang berminat. Manuskrip yang berukuran 20.5 cm x 33 cm ini telah ditandakan dengan nombor rujukan MS 100. Ia ditulis menggunakan dakwat hitam dan merah. Keadaannya kurang memuaskan kerana dakwat yang digunakan telah kembang meresap ke dalam kertas. Pada kertas yang digunakan terdapat tera air (water-mark) ‘Guthrie & Co. Ltd’.5 Naskhah inilah yang telah diserahkan oleh Muhammad Hassan kepada pihak Jelutong Press, Pulau Pinang, untuk digunakan sebagai panduan dalam kerja-kerja atur huruf jawi, supaya dijadikan plat bagi setiap halaman buku yang hendak dicetak. Setelah selesai proses atur huruf, dan buku telah berjaya dicetak oleh Jelutong Press, naskhah asal tulisan tangan (jawi) ini telah diserahkan kembali kepada Muhammad Hassan untuk disimpan. Penulisan ASNK ini dimaksudkan supaya kefahaman sejarah Kedah dapat disebarkan kepada orang ramai. Pada masa itu, pembanyakan naskhah dengan kaedah penyalinan secara tulisan tangan (manuskrip) telah pun mula ditinggalkan, kerana teknologi mesin percetakan telah mula maju. Pada ketika itu juga, telah wujud banyak syarikat percetakan di Malaya, antaranya ialah Jelutong Press, di Pulau Pinang. Untuk tujuan mencetak bagi memperbanyak naskhah ASNK terawal, kepercayaan telah diberikan oleh penulis kepada syarikat percetakan Jelutong Press itu.

4

Mohd. Zahid bin Mohd. Shah. At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (transliterasi Rumi), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, halaman xxi. 5 Ahmad Jelani Harun. Artikel dalam buku selenggaraan ‘Warisan Mahawangsa Kedah’, terbitan PSMCK, 2006, halaman 105, berasaskan Katalog Manuskrip di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka yang diselenggarakan oleh Raja Masitah Raja Ariffin.

207

Namun, dengan sebab-sebab tertentu, isi yang terkandung dalam manuskrip ini didapati mempunyai beberapa perbezaan dengan naskhah-naskhah yang terhasil daripadanya. Perkara ini akan dibincangkan nanti.

Gambar 1: Halaman pertama Manuskrip At-Tarikh Salasilah, 1927

NASKHAH B: Buku Cetakan Tulisan Rumi 1968 Pada tahun 1966, dalam suatu pertemuan santai antara Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera dengan Tun Syed Nasir bin Ismail, mereka telah berbincang secara tidak rasmi supaya diusahakan penerbitan penulisan-penulisan sejarah tempatan yang ditulis oleh anak tempatan. Ketika itu, YTM Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, manakala Tun Syed Nasir ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebetulan ketika itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memiliki naskhah asal tulisan tangan yang telah pun dihadiahkan oleh Encik Soda bin Muhammad Hassan, yang sebelum itu tersimpan begitu lama di rumahnya. Dua tahun setelah itu, iaitu dalam tahun 1968, kebetulan pula ketika itu Encik Mohd. Zahid Mohd Shah sedang bekerja sementara di DBP dan beliau bersedia untuk melakukan kerja-kerja transliterasi dan menyelenggara naskhah tersebut (Naskhah A) supaya dapat diterbitkan dalam huruf rumi. Lazimnya, pada masa itu, kerja-kerja transliterasi dilakukan dengan tulisan tangan, kemudian ditaipkan supaya mudah digunakan untuk kerja-kerja atur huruf dalam proses cetakan. Akhirnya, pada tahun itu juga buku ASNK edisi rumi dapat diterbitkan oleh DBP dan diedarkan untuk bacaan umum. Naskhah bertulisan rumi ini boleh kita namakan sebagai ‘Naskhah B’. Ejaan rumi yang digunakan ialah sistem ejaan lama Bahasa Melayu, iaitu yang sedang digunakan di Malaysia pada ketika itu. Sistem ejaan lama itu berbeza dalam berbagaibagai aspek bahasa, berbanding sistem ejaan baru yang sedang digunakan sekarang di

208

Malaysia. Contohnya, perkataan ‘seribu’, masih dieja sebagai ‘sa-ribu’, ‘sepertinya’ masih dieja sebagi ‘saperti-nya’, anak-anak dieja sebagai ‘anak2’ dan sebagainya. Nama buku yang tercatat pada kulit hadapannya ialah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah’. Nama pengarangnya dicatatkan sebagai ‘Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad (Allah Yarham)’. Isi buku ini terkandung dalam 287 halaman. Tetapi jika dikira senarai kandungan, kata pengantar dan pendahuluan oleh pengarang sebanyak 30 halaman, dan nota-nota hujungan sebanyak 15 halaman, maka jumlahnya menjadi 332 halaman. Jika dibandingkan dengan Naskhah A, naskhah baru ini sangat mudah dibaca kerana telah dimasukkan tanda-tanda baca yang sesuai, dan diadakan paragraf dan bab yang memudahkan pembaca. Namun, dalam selenggaraan itu, Mohd. Zahid mengatakan bahawa beliau telah ‘menyalin daripada naskhah asal tulisan tangan’, tetapi telah dengan sengaja mengubah jalan bahasa Naskah A itu, kerana pada pendapat beliau ia perlu dilakukan supaya mudah difahami oleh pembaca pada masa itu. Dengan itu perbezaan antara kedua-dua naskhah menjadi ketara, bukan sahaja kerana ia bertulisan rumi, tetapi yang lebih penting ialah banyak struktur ayatnya yang telah berubah walau pun isinya hampir serupa. Dan ada kalanya, perubahan ayat-ayat tersebut telah memesongkan sedikit makna, daripada konteks asalnya. Kesimpulannya, walau pun naskhah rumi ini menggunakan Naskhah A yang asal sebagai asas selenggaraan, namun dengan jelas pihak penyelenggara telah mengadakan beberapa perubahan. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh penyelenggara dalam bab pengenalannya. Dengan itu, sesetengah pengkaji berpendapat bahawa hasil transliterasi rumi 1968 atau Naskhah B ini tidak dapat mewakili kerja asal pengarangnya. Seterusnya, masa berlalu begitu sahaja. Naskhah-naskhah rumi itu pun akhirnya menjadi semakin lupus dari kedai-kedai jualan buku, apatah lagi edisi jawinya. Buku-buku ini hanya terdapat dalam perpustakaan di pusat-pusat pengajian tinggi, yang hanya dibaca untuk kajian oleh para sarjana.

209

Gambar 2: Kulit depan At-Tarikh Salasilah, edisi rumi tahun 1968, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Naskhah B)

NASKHAH C: Buku Cetakan Awal Tulisan Jawi, 1928 Naskhah ini ialah kumpulan edisi awal berhuruf cetakan jawi yang diterbitkan oleh Jelutong Press dalam tahun 1928. Nama yang tertulis pada tiap-tiap halaman di sebelah atas naskhah ini ialah ‘At-Tarikh Salasilah’. Namun, pada halaman hadapan tertulis namanya sebagai ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’, tetapi pada halaman yang sama di tengahnya tertulis pula ‘Tawarikh Salasilah Negeri Kedah’. Selain itu, pada halaman 1, pengarang telah memulakan naratifnya sebagai berikut, ‘Bismillah........ Telah dimulai akan ‘Tawarikh Salasilah’ ini dengan Bismillah....’. Nampaknya, buku ini boleh disebut dengan dua atau tiga nama, iaitu ‘At-Tarikh Salasilah’ atau ‘Tawarikh Salasilah’. Namun, nama yang lebih muktabar dan lebih sering digunakan oleh para sejarawan bagi naskhah ini ketika membuat rujukan ialah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’. Timbul pula persoalan tentang sebutannya sama ada ‘Al-Tarikh’ atau ‘At-Tarikh’. Ejaan jawinya ialah ‘Alif-lam-ta-alif-ra-ya-kha’, maka sebutan asasnya ialah ‘Al-Tarikh’. Namun, dalam kaedah penyebutan bahasa Arab, ada dua jenis ‘Alif-Lam’ di hadapan kata nama. Pertama dinamakan ‘Alif-Lam Syamsiyah’, iaitu sifatnya seperti matahari yang keberadaannya tidak dapat dilihat. Yang kedua ‘Alif-lam Qamariyah’, iaitu sifatnya seperti bulan yang zahir dan dapat dilihat oleh mata. Dalam kaedah penyebutan ‘Alif-Lam Syamsiyah’ huruf ‘Lam’nya disembunyikan atau tidak dizahirkan, tetapi disatukan dengan huruf mula kata nama sesudahnya. Bagi perkataan khususnya ‘Al-Tarikh’, perkataan ‘Al’ di hadapan tidak

210

sepatutnya dibunyikan, melainkan digabungkan dengan huruf ‘Ta’ selepasnya, maka bunyinya menjadi ‘At-Tarikh’. Lengkapnya, ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’. Nama The Jelutong Pres ada dicatatkan dalam kitab cetakan Jawi ini pada halaman iii (di bawah kata pengantar penerbit) dan halaman belakang kulit.

Gambar 3 dan 4: Ejaan nama ‘The Jelutong Press’ dalam tulisan jawi (Melayu) dan rumi (English) seperti yang terdapat dalam buku cetakan 7 Rabiul awal 1347 (bersamaan 24 Ogos 1928)

Gambar 5: Halaman hadapan At-Tarikh Salasilah, terbitan Jelutong Press 1928, Cetakan Awal Mengikut tarikh yang terdapat pada halaman (i) dalam buku ini, tarikh buku ini dicetak atau dicap pada 7 haribulan Rabiul-awwal, tahun 1347 Hijrah, iaitu bersamaan 24 Ogos, 1928 Masihi, hari Jumaat. Setelah naskhah tulisan tangan sedia berada pada pihak Jelutong Press, maka proses ‘mengatur huruf’ dilakukan untuk menghasilkan plat-plat bagi setiap halaman. Huruf-huruf yang digunakan pada masa itu ialah huruf-huruf jawi terbalik (mirror image) yang dibuat daripada timah. Setelah selesai atur huruf (susunan terbalik) itu barulah plat itu dikemaskan, kemudian dipasang pada mesin cetak. Mesin ini berfungsi melekapkan plat pada plat dakwat, kemudian berputar semula ke atas helaian kertas yang menanti untuk dicetak. Huruf-huruf dan ayat cetakan yang terhasil di atas kertas adalah dalam keadaan sebenar. Setelah itu diikuti dengan proses menjilid setiap helaian, menjadikan sebuah buku. Dengan itu terhasillah buku bertulisan jawi cetakan, bernama At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman. Setakat ini belum ditemui rekod atau apa-apa kenyataan tentang jumlah naskhah cetakan awal buku ini. Dengan itu tidak diketahui berapa banyakkah buku ini telah tersebar di kalangan masyarakat awam. Buku cetakan jawi ini dapat kita namakan sebagai ‘Naskhah C’. 211

Buku cetakan jawi tahun 1928 ini sering dianggap sebagai mewakili naskhah asalnya, iaitu Naskhah A. Namun, tidak terdapat apa-apa keterangan tentang sumber asal dalam menghasilkan percetakan buku ini. Walau bagaimanapun, apabila kita membuat penelitian, didapati ada perbezaan yang ketara pada beberapa tempat dalam naskhah cetakan ini jika dibandingkan dengan Naskhah A (manuskrip). Selain itu, naskhah C ini juga mempunyai beberapa perbezaan berbanding naskhah B. Perbezaan yang amat penting antara Naskhah C ini, iaitu cetakan awal berhuruf jawi 1928, dengan Naskhah B cetakan rumi 1968, ialah kerana jalan bahasa Naskhah B telah diubah, sedangkan jalan bahasa Naskhah C adalah sama keseluruhannya dengan manuskrip asal. Namun, terdapat suatu fakta penting yang tertinggal dalam naskhah C, sedangkan dalam naskhah cetakan rumi naskhah B terdapat fakta tersebut. Fakta yang dimaksudkan ialah mengenai sebutir bintang berbentuk bujur telur6, yang telah dikurniakan oleh pihak Siam kepada DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah dalam tahun 1310 Hijrah. Fakta yang dimaksudkan ialah suatu frasa pada halaman 242, paragraf ke-2. (Lihat Tabel di bawah).

Tabel 1: PERBEZAAN ISI NASKHAH B DAN C MENGIKUT HALAMAN NASKHAH CETAKAN RUMI 1968 (B) Halaman 242:

NASKHAH CETAKAN JAWI 1928 (C DAN D) Halaman 357:

‘Ada pun selama Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia duduk di benua Siam itu, delapan kali mengadap Raja Maha Besar’.

‘Ada pun selama Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia duduk di benua Siam itu, delapan kali mengadap Raja Maha Besar’.

‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], Raja Maha Besar mengurniai sebiji bintang emas berupa bujur telor kepada duli baginda Sultan Yang Maha Mulia. Maka pada sembilan belas haribulan Muharram, tahun Hijrah seribu tiga ratus sepuluh (1310), bersamaan tiga belas Ogos, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’.

‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga belas August, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’.

‘Hatta maka pada sepuluh haribulan Safar, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga September, al-Masihi 1892, Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan sekaliannya sampai ke Kedah dengan selamat’.

‘Hatta maka pada sepuluh haribulan Safar, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga September, al-Masihi 1892, Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan sekaliannya sampai ke Kedah dengan selamat’.

Penjelasan: Ayat-ayat yang dihitamkan pada Naskhah B cetakan rumi 1968 tiada di dalam Naskhah C dan D cetakan jawi 1928.

6

Mohd. Zahid bin Mohd. Shah. At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (transliterasi Rumi), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, halaman 242, paragraf ke-2.

212

Kemungkinan besar bahagian tersebut telah tertinggal semasa dalam proses mengatur huruf oleh pembuat plat untuk cetakan Jawi tahun 1928 itu. Kesilapan atur huruf seperti ini telah menghasilkan kesalahan fakta yang jelas. Kesalahan tertinggal perkataan semasa atur huruf itu juga telah menghasilkan gabungan ayat yang salah dalam Naskhah Jawi C dan D, berbunyi sebagai berikut: ‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga belas Ogos, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’. Tarikh 17 Muharram 1310 Hijrah sepatutnya bersamaan dengan 11 Ogos 1892 Masihi, bukan 13 Ogos 1892 Masihi. Persamaan tarikh Hijrah dan Masihi menjadi betul sekiranya fakta yang tertinggal tentang bintang bujur telur yang dikurniakan kepada baginda sultan dimasukkan semula ke dalam Naskhah C dan D sebagai pembetulan. Naskhah C ini sering dikatakan terdiri daripada 440 halaman, tetapi sebenarnya ia hanya terdiri daripada 386 halaman. Sebenarnya telah berlaku kesalahan penomboran pada buku cetakan tersebut. Halaman 141 telah tersalah tulis menjadi halaman 201. Jadi, halaman yang betul hanyalah daripada nombor 1 hingga 140 sahaja. Perkara ini memang telah disedari semenjak awal percetakannya dan telah dinyatakan dengan suatu nota pendek pada sebelah dalam kulit buku hadapan, seperti berikut: ‘Dimaklumkan adalah di dalam hikayat Salasilah Negeri Kedah ini telah tersilap cap mukanya daripada nombor 201 hingga nombor 441, yang sebenarnya 141 hingga akhirnya 381 berturut-turut’. Halaman 141 dan seterusnya ke atas telah tersalah ‘tambah’ sebanyak 61 halaman, yang sebenarnya tidak wujud. Pada halaman terakhir memang tertulis angka 441, sehingga menjadikan kita boleh salah sangka, walhal yang sebenarnya mesti dikurangkan 60, maka sepatutnya ia menjadi halamannya berjumlah 381.

Gambar 6: Kenyataan salah cetak dalam Naskhah C dan D

NASKHAH D: Buku Cetakan Tulisan Jawi Edisi Kedua 1928 Penelitian seterusnya menunjukkan wujud pula satu lagi versi naskhah ASNK. Naskhah dimaksudkan ialah buku cetakan kedua berhuruf jawi, atas nama Jelutong Press juga. Dalam buku ini terdapat tambahan pada beberapa tempat. Naskhah ini kita namakan ‘Naskhah D’. Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar dilakukan cetakan kedua ini kerana plat yang menyatakan tarikh keluaran buku ini masih digunakan plat lama, tanpa perubahan. Pengarang juga tidak mencatatkan di mana-mana tempat lain tentang tarikh cetakan kedua ini. Dengan itu, buku yang telah disemak itu masih menggunakan tarikh 7 haribulan Rabiul-awwal, tahun 1347 Hijrah. Dijangka cetakan yang kedua ini dilakukan dalam tahun yang sama, boleh dikatakan menggunakan kebanyakan plat-plat cetakan yang awal, dengan mengadakan sedikit penambahan fakta dan penambahan beberapa halaman. 213

Buku cetakan semula ini barangkali dihasilkan kerana naskhah-naskhah cetakan pertama telah kehabisan dalam pasaran. Agaknya, kewujudan naskhah cetakan Edisi Kedua ini kurang disedari oleh ramai pengkaji, sehingga telah menimbulkan sedikit kekeliruan. Dalam Naskhah D ini terdapat fakta yang tidak terdapat di dalam Naskhah B dan C. Perkara ini berlaku kerana pengarang sendiri telah menambahkan beberapa fakta yang difikirkan perlu. Maksudnya, fakta tersebut memang tidak ada di dalam Naskhah A yang asal, tetapi telah ditambahkan kemudian, ketika melakukan semakan untuk cetakan baru kali kedua. Contohnya ialah penambahan halaman baru dan fakta mengenai perancangan pembinaan Masjid Zahir dan cerita tentang majlis pembukaan rasminya, sedangkan dalam naskhah cetakan awal fakta ini tidak ada. Sebenarnya, edisi kedua ini dicetak semula dengan menggunakan sebahagian besar plat lama (edisi cetakan awal), di samping beberapa plat yang telah diubah atur-hurufnya dan juga dimasukkan beberapa isi dan halaman baru, di celah-celah halaman lama. Untuk tujuan cetakan kedua itu, hanya beberapa plat telah diubah. Kebanyakan plat yang lain telah digunakan semula untuk cetakan kedua ini. Jumlah halaman dalam Naskhah D ini agak berbeza berbanding dengan Naskhah C. Sebabnya, terdapat halaman tambahan, yang memang ditambah semasa proses cetakan kedua itu. Nombor-nombor halaman yang lama terus digunakan, sama dengan Naskhah C, namun terdapat pula enam halaman tambahan iaitu 366-alif, 366-ba, 392-alif, 392-ba, 400alif dan 400-ba, menjadikan jumlah halamannya ialah 387. Dan jika diambil kira halaman pendahuluan di hadapan, iaitu halaman dan , maka jumlah semuanya ialah 389 halaman sahaja, bukan 441 halaman seperti yang tertulis pada halaman terakhirnya. Selain daripada penambahan isi dan halaman, perlu disebut juga bahawa dalam edisi kedua ini masih terdapat keciciran fakta yang penting iaitu mengenai Raja Siam mengurniakan bintang berbentuk bujur telur kepada DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 17 Muharram tahun 1310 Hijrah. Ini bermakna, semasa membuat semakan edisi kedua ini pihak pengarang dan pencetak hanya merujuk pada edisi cetakan jawi pertama sahaja, tanpa merujuk semula pada Naskhah A yang asal. Cetakan edisi kedua ini dilakukan dengan menggunakan plat (plate) lama. Dijangka dengan sebab itulah hasil cetakannya kelihatan agak ‘kembang’ dan kurang ‘tajam’ hurufhurufnya, berbanding Naskhah C. Hanya beberapa plat sahaja yang diubah. Plat yang tidak diubah menghasilkan muka surat buku yang serupa dengan cetakan awal, iaitu Naskhah C, dengan susunan huruf dan perkataan yang persis sama. Bagi plat yang telah diubah kedudukan huruf-hurufnya, menghasilkan muka buku yang berlainan dibandingkan dengan Naskhah C. Plat-plat tambahan tersebut di atas diadakan dengan sebab adanya tambahan isi. Tambahan isi tersebut menyebabkan aturan huruf-huruf terpaksa diubah. Misalnya, setakat halaman 366, semua kandungan isinya sama. Selepas halaman 366, ditambahkan halaman 366-alif dan 366-ba. Mulai halaman 367, kandungan isinya sama semula. Ini bermakna, hanya beberapa plat yang perlu telah ditambah atau digantikan. Dalam kaedah cetakan pada masa itu, satu halaman dihasilkan daripada satu plat logam, yang mengandungi huruf-huruf yang telah diatur dan dikemaskan sebelumnya. Untuk lebih jelas, bagi menampakkan perbezaan antara kedua-dua Naskhah C dan D, tambahan isi tersebut dipaparkan dalam tabel-tabel di bawah: -

214

Tabel 2: PERBEZAAN ISI NASKHAH C DAN D MENGIKUT HALAMAN

Halaman 366:

NASKHAH C

NASKHAH D Halaman 366: Sama keseluruhan isinya

‘Balik ke Kedah ….. pekerjaan kahwin itu …’

‘Balik ke Kedah ….. pekerjaan kahwin itu …’

tiada

Halaman 366-alif: Mengandungi isi tambahan. ‘Ada pun besar pekerjaan berkahwin puteraputera duli baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia itu daripada permain-permain dan jamu-jamuan dan dihiaskan berbagai-bagai perhiasan daripada tiap-tiap perkara alatan yang cukup adat peraturan, adat raja-raja negeri Kedah; tiadalah ditafsirkan satu-satu perkara dalam tawarikh ini’.

tiada

Halaman 366-ba: ‘Di dalam hal yang demikian, dimuafakat dengan paduka adinda Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia dan menteri-menteri yang layak dimuafakat perkara itu. Maka akhir keputusan muafakat itu tetap hendak dipinjam kepada kerajaan yang maha besar Benua Siam di Bangkok. Demikianlah ditetapkan dalam muafakat itu …’.

Halaman 367:

Halaman 367: Sama keseluruhan isinya.

‘… adanya. Syahdan lagi pada Hijrah …… Maka pada dua puluh enam …’.

‘… adanya. Syahdan lagi pada Hijrah …… Maka pada dua puluh enam …’.

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Perkara yang sama dilakukan untuk halaman selepas 390. Halaman 391 telah ditambah isinya, diteruskan hingga halaman 392 dan ditambah pula halaman 392-alif dan 392-ba. Demikianlah cara dilakukan bagi halaman yang perlu diubah, seperti yang ditunjukkan dalam Tabel di bawah:Tabel 3: PERBEZAAN ISI C DAN D MENGIKUT HALAMAN NASKHAH C

NASKHAH D Halaman 390: Sama isinya

Halaman 390: ‘Perancis sampai masanya ….. ditembak meriam …’

serta

‘Perancis sampai masanya ….. ditembak meriam …’

215

serta

Halaman 391:

Halaman 391: Ada isi tambahan.

‘… dua belas das, pasal Duli Yang Maha Mulia Lagi Maha Besar King George ampun kurnia kepada Duli Yang Maha Mulia bintang yang bergelar K.C.M.G’.

‘… dua belas das, pasal Duli Yang Maha Mulia Lagi Maha Besar King George ampun kurnia kepada Duli Yang Maha Mulia bintang yang bergelar K.C.M.G.’

‘Hatta, maka keesokan hari, Tuan W.G. Maxwell mengadap Duli Yang Maha Mulia, maklum ia hendak bercuti sembilan bulan, hendak diganti dengan Tuan MeadowFrost sementara’.

‘Ada pun hal Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council itu tiadalah alpa mengambil ketahui hal keadaan negeri dan lain. Di dalam hal yang demikian itu, teringat hendak perbuat suatu masjid yang berpatutan dengan masa itu, kara(na) masjid Duli Al-Marhum Sultan Zainal Rasyid Yang Pertama buat itu sudah rosak. Di dalam hal yang demikian itu, dimuafakat dengan Haji Wan Sulaiman, yang berpangkat Syeikhul Islam sekarang ini, dan pegawai2 daripada hal ahwal masjid itu. Apakala putus muafakat, lalu bertitah kepada Tuan G. Guman, State Engineer, suruh perbuat plan, serta Yang Maha Mulia Tengku Mahmud sifatkan seperti maksud yang hendak diperbuat itu. Maka tiada berapa lama plan itu pun siaplah seperti maksud Duli Tengku Mahmud itu.’

‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus dua puluh sembilan [1329], pada lima belas haribulan Syawal, bersamaan 9 Oktober, al-Masihi 1911, Tuan W.G. Maxwell Advisor bermohon belayar daripada Kedah. Meadows-Frost menjadi Advisor sementara’. ‘Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330], pada dua puluh tiga haribulan Rajab, bersamaan 8 Julai, alMasihi 1912, Tuan W.G. Maxwell Advisor balik daripada bercuti, menerima pekerjaan Advisor. Demikianlah adanya’. Syahadan lagi pada dua puluh delapan haribulan Rejab, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh satu [1331], hari Khamis, bersamaan 3 Julai, al-Masihi 1912, waktu jam pukul sebelas empat puluh lima minit, Tuan …’

‘Maka dibawa muafakat yang panjang di jemaah State Council. Akhir keputusan muafakat itu, bertentangan dengan Tuan W.G. Maxwell, tetap hendak diperbuat seperti plan itu.

Halaman 392:

Halaman 392: Ada isi sama, ada tambahan.

Yang Terutama High Commisioner Sir Arthur Young, K.C.M.G., iaitu Tuan Gabernor Singapura dan adikongnya dan sekretarinya sampai di Kedah dengan kapal perang, berhenti di laut, disambut dengan kapal ‘Darul Aman’ mari di Jambatan Besi yang kerajaan hiaskan. Apabila sampai disambut oleh orang besar-besar Kedah mengikut adat, serta ditembak meriam tujuh belas das, dan sepahi tiga dozen memberi hormat, lalu naik motokar, langsung pergi di Kampung Baru, bersama-sama orang besar-besar Kedah, berjumpa dengan Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia.

‘Hatta, maka keesokan hari, Tuan W.G. Maxwell mengadap Duli Yang Maha Mulia, maklum ia hendak bercuti sembilan bulan, hendak diganti dengan Tuan MeadowFrost sementara’.

Bercakap seketika sampai pukul dua belas sepuluh minit, berangkat daripada Kampung Baru mari di Balai Besar sekaliannya. Pada ketika itu ada hadir pegawai-pegawai kepala pekerjaan yang besar-besar menanti di Balai Besar itu. Maka disambut oleh orang-orang besar

‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus dua puluh sembilan [1329], pada lima belas haribulan Syawal, bersamaan 9 Oktober, al-Masihi 1911, Tuan W.G. Maxwell Advisor bermohon belayar daripada Kedah. Tuan Meadows-Frost menjadi Advisor sementara. Demikianlan adanya’. Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh, pada 22 haribulan Rabiul-awwal, bersamaan ........ al-Masih 1912, dimulai bina Masjid Dzahir itu. Demikianlah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330], pada dua puluh tiga haribulan Rajab, bersamaan 8 Julai, alMasihi 1912, Tuan W.G. Maxwell Advisor

216

kepala pekerjaan dengan cukup hormat. Maka duduklah sekaliannya, masingmasing tarafnya. Maka Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia pun berdiri membaca surat, pasal meletakkan Duli Tengku Ibrahim, putera Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia yang sulung menjadi Regent, memegang sekalian kekuasaan …’

balik daripada bercuti, menerima pekerjaan Advisor. Demikianlah adanya.

tiada

Halaman 392-alif: Ada isi tambahan.

Ada pun hal Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council itu, diambil hemah yang tiada berputusan darihal kegeringan Seri Paduka kekanda Baginda Sultan Yang Maha Mulia itu, dengan sebab tiada …’

‘… boleh memutuskan suatu pekerjaan yang besar-besar, kerana kegeringan. Di dalam hal yang demikian itu dibukakan Allah Subhanahu wa Taala suatu ingatan hendak digantikan dengan putera Duli Baginda Yang Maha Mulia yang sulung, akan kekuasaan Sultan itu. Maka Yang Maha Mulia Tengku Mahmud pun muafakatlah dengan putera-putera Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pegawai-pegawai yang berpangkat, yang layak di dalam jemaah itu, daripada hal ehwal yang tersebut. Serta difatwa oleh Syeikh Muhammad Khiath, Syeikhul Islam Negeri Kedah, atas jalan hukum syarak, patutlah seperti maksud Yang Maha Mulia Tengku Mahmud. Apakala putus muafakat, dijelaskan kepada Tuan W.G. Maxwell Advisor akan hal ehwal yang telah dimuafakat itu. Maka hal itu bertentanganlah dengan W.G. Maxwell, lalu diperbuat surat maklum kepada Tuan Yang Terutama Gabernor Singapura akan perkaraperkara yang telah muafakat itu. Demikianlah adanya. Syahadan lagi pada dua puluh delapan haribulan Rejab, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh satu [1331], hari Khamis, bersamaan 3 Julai, al-Masihi 1912, waktu jam pukul sebelas …’ tiada

Halaman 392-ba: Isi tambahan. ‘… empat puluh lima minit, Tuan Yang Terutama High Commisioner Sir Arthur Young, K.C.M.G., iaitu Tuan Gabernor Singapura dan adikongnya dan sekretarinya sampai di Kedah dengan kapal perang, berhenti di laut, disambut dengan kapal ‘Darul Aman’ mari di Jambatan Besi yang kerajaan hiaskan. Apabila sampai disambut oleh orang besar-besar Kedah mengikut adat, serta ditembak meriam tujuh belas das, dan sepahi tiga dozen memberi selamat, lalu naik motokar, langsung pergi di Kampung Baru, bersama-sama orang besar-besar

217

Kedah, berjumpa dengan Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia.

Halaman 393:

Bercakap seketika sampai pukul dua belas sepuluh minit, berangkat daripada Kampung Baru mari di Balai Besar sekaliannya. Pada ketika itu ada hadir pegawai-pegawai kepala pekerjaan yang besar-besar menanti di Balai Besar itu. Maka disambut oleh orang-orang besar kepala pekerjaan dengan cukup hormat. Maka duduklah sekaliannya, masingmasing tarafnya. Maka Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia pun berdiri membaca surat, pasal meletakkan Duli Tengku Ibrahim, putera Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia yang sulung menjadi Regent, memegang sekalian kekuasaan …’ Halaman 393: Sama isinya.

‘Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Demikian bunyinya, …… maka difatwa …’

‘Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Demikian bunyinya, …… maka difatwa …’

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Halaman 397 juga telah diubah sedikit, diikuti dengan perubahan pada halaman 398, 399 dan 400 untuk penambahan isi. Selepas halaman 400, ditambah plat sebagai halaman 400-alif dan 400-ba, seperti yang ditunjukkan dalam Tabel di bawah:-

Tabel 4: PERBEZAAN ISI MENGIKUT HALAMAN

Halaman 396:

NASKHAH C

NASKHAH D Halaman 396: Sama keseluruhan isinya

‘… Jumaat dua puluh sembilan … State Council dan Tuan …’

‘… Jumaat dua puluh sembilan … State Council dan Tuan …’

Halaman 397:

Halaman 397:

Advisor dan Sekretari kerajaan dan Member-member State Council, menjalankan sebarang undang-undang peraturan yang menjadi kebajikan di atas negeri. Demikianlah Duli Yang Maha Mulia Regent memerintah negeri Kedah Darul Aman. Maka segala pegawai pekerjaan dan rakyat-rakyat isi negeri melimpah kesukaan yang Duli Yang Maha Mulia Regent menerima kekuasaan Sultan Yang Maha Mulia itu. Demikianlah halnya.

Advisor dan Sekretari kerajaan dan Member-member State Council, menjalankan sebarang undang-undang peraturan yang menjadi kebajikan di atas negeri. Demikianlah Duli Yang Maha Mulia Regent memerintah negeri Kedah Darul Aman. Maka segala pegawai pekerjaan dan rakyat-rakyat isi negeri melimpah kesukaan yang Duli Yang Maha Mulia Regent menerima kekuasaan Sultan Yang Maha Mulia itu. Demikianlah halnya.

218

Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada tujuh belas haribulan Rajab, bersamaan 11 Jun, alMasihi 1914, Tuan Wolferstan sampai mari di Kedah menerima pekerjaan menjadi Advisor, ganti Tuan W.J. Maxwell. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada dua puluh haribulan Rajab, bersamaan 14 Jun, al-Masih 1914, Tuan W.J. Maxwell bermohon belayar daripada Kedah, jadi Colonial Secretary. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada lima haribulan Jamadilakhir, bersamaan 20 April, al-Masih 1915, Tuan Hall sampai di Kedah menjadi Advisor …’

Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada tujuh belas haribulan Rajab, bersamaan 11 Jun, alMasihi 1914, Tuan Wolferstan sampai mari di Kedah menerima pekerjaan menjadi Advisor, ganti Tuan W.J. Maxwell. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada dua puluh haribulan Rajab, bersamaan 14 Jun, al-Masih 1914, Tuan W.J. Maxwell bermohon belayar daripada Kedah, jadi Colonial Secretary. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada lima haribulan Jamadilakhir, bersamaan 20 April, al-Masih 1915, Tuan Hall sampai di Kedah …’

Halaman 398:

Halaman 398:.

‘… ganti Tuan Wolferstan, kerana Tuan Wolferstan bercuti delapan bulan empat belas hari. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada tujuh haribulan Jamadilakhir, bersamaan 22 April, al-Masihi 1915, Tuan Wolferstan belayar daripada Kedah.’

‘… menjadi Advisor, ganti Tuan Wolferstan, kerana Tuan Wolferstan bercuti delapan bulan empat belas hari. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada tujuh haribulan Jamadilakhir, bersamaan 22 April, al-Masihi 1915, Tuan Wolferstan belayar daripada Kedah.’

‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, bersamaan 24 Julai, alMasihi 1919, Tuan McAthur sampai di Kedah, jadi Advisor ganti Tuan Hall. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan Hall bermohon belayar daripada Kedah.’

Ada pun masjid yang dibina pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330] itu telah siap pada akhir Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga.

‘Syahadan lagi, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], pada dua puluh dua haribulan Ramadhan, bersamaan 9 Jun, al-Masihi 1920, Tuan McArthur bercuti delapan bulan, bermohon belayar daripada Kedah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan. Pada dua puluh lima haribulan Ramadhan, bersamaan 12 Jun, al-Masihi 1920, Tuan Hallifax …’

Hatta, pada 6 haribulan Dzulhijjah, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], hari Jumaat, mulai buka dan sembahyang di Masjid Zahir, Kota Setar. Pada ketika itu segala anak raja-raja dan sekalian Distrit Opiser dan segala pegawai-pegawai dan anak baik-baik dan penghulu-penghulu dan lain-lain, hingga penuh sesak hadhir menanti waktu sembahyang. Maka waktu jam pukul 12, bilal pun bang di atas bendahara. Kemudian daripada itu, waktu jam pukul dua belas suku, Haji Wan Ismail Chief Qadhi pun bang di hadapan …’

Halaman 399:

Halaman 399:

‘… sampai di Kedah, jadi Advisor, ganti Tuan McArthur. Demikianlah adanya.’

‘… mimbar. Selesai daripada bang, Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council pun berangkat naik di atas mimbar, membaca khutbah dengan jelas. Selesai daripada membaca dua khutbah, Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Syah berdiri menjadi Imam dengan cukup fasih bacaannya, hingga selesai sembahyang.

‘Di dalam hal yang demikian teringatingatlah Duli Yang Maha Mulia Regent hendak melawat di sebelah negeri luar, mengambil ketahui hal ahwal peraturan negeri. Akhir keputusan, ingatan yang demikian itu dimuafakat. Putus muafakat,

219

pada tujuh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 24 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent berangkat daripada Kedah dengan kereta api, berhenti di Pulau Pinang. Cadangan Duli Yang Maha Mulia Regent itu hendak berangkat pergi melawat di sebelah Tanah Jawa.’ ‘Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent itu, paduka adinda Tengku Muhammad Jiwa, dan paduka adinda Tengku Muhammad, dan Cik Ahmad ‘Distrit Opiser Sungai Patani’, dan Cik Ismail ‘Harbour Master’. Maka pada sembilan haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 26 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent serta yang mengiring itu berangkat daripada Pulau Pinang, di dalam mel kereta api, sampai di Singapura pada sepuluh …’

Demikianlah, yang dimulai sembahyang Masjid Zahir Kota Setar adanya.’ Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan syawal, bersamaan 24 Julai, alMasihi 1919, Tuan McAthur sampai di Kedah, jadi Advisor ganti Tuan Hall. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan Hall bermohon belayar daripada Kedah. Syahadan lagi, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], pada dua puluh dua haribulan Ramadhan, bersamaan 9 Jun, al-Masihi 1920, Tuan McArthur bercuti delapan bulan. Bermohon belayar daripada Kedah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

Halaman 400:

Halaman 400:

‘… haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 27 Jun, al-Masihi 1920, bersemayam di Raffles Hotel. Maka pada dua belas haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 29 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring naik kapal ‘Melchior Treub’ yang hendak belayar ke tanah Jawa. Maka belayarlah kapal itu menuju ke tanah Jawa. Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent daripada Kedah setakat Singapura itu: Paduka adinda Tengku Ismail bin Tengku Abdul Jalil dan Tengku ‘Abaidah bin Tengku Muhammad Saad Kulim.’

‘… puluh delapan. Pada dua puluh lima haribulan Ramadhan, bersamaan 12 Jun, al-Masihi 1920, Tuan Hallifax sampai di Kedah, jadi Advisor, ganti Tuan McArthur. Demikianlah adanya.’

‘Hatta pelayaran Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring itu pun sampailah di Serubaya. Pada 15 haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 2 Julai, alMasihi 1920, waktu jam pukul sepuluh pagi, disambut oleh Tuan Syed Ali Al-‘Atas, serta dengan taulannya dengan cukup kehormatan, bersemayam di hotel. Maka melawatlah Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring di dalam Serubaya itu. Daripada …’

Dan Duli Tengku Badlisyah berpangkat ‘State Tejera’.

tiada

Halaman 400-alif:

‘Hatta, Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council pun senanglah hati kerana putera-putera Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Sultan sudah ada dengan pangkat pekerjaan masing-masing jawatan. Ada pun Duli Tengku Mansur berpangkat Hakim Besar Melayu Yang Kedua. Dan Duli Tengku Muhammad berpangkat Advisor General.

Dan Duli Tengku Muhammad berpangkat ‘Distrit Opiser’ Kulim.

Jiwa

Dan Duli Tengku Kassim berpangkat ‘Sepertandil’ Monopoli dan Kastam. Dan Duli Tengku Abdullah putera Yang Maha Mulia Tengku Mahmud berpangkat ‘Malay Opiser’. Demikianlah adanya.

220

‘Di dalam hal yang demikian teringatingatlah Duli Yang Maha Mulia Regent hendak melawat di sebelah negeri luar, mengambil ketahui hal ahwal peraturan negeri. Akhir keputusan, ingatan yang demikian itu dimuafakat. Putus muafakat, pada tujuh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 24 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent berangkat daripada Kedah dengan kereta api, berhenti di Pulau Pinang. Cadangan Duli Yang Maha Mulia Regent itu hendak berangkat pergi melawat di sebelah Tanah Jawa.’ Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent itu, paduka adinda Tengku Muhammad Jiwa, dan paduka adinda Tengku Muhammad, dan Cik Ahmad ‘Distrit Opiser Sungai Patani’, dan Cik Ismail ‘Harbour Master’. Maka pada sembilan haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 26 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent serta yang mengiring itu berangkat daripada Pulau Pinang, di dalam mel kereta api, sampai di Singapura pada sepuluh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh …’

tiada

Halaman 400-ba: ‘… delapan [1338], bersamaan 27 Jun, alMasihi 1920, bersemayam di Raffles Hotel. Maka pada dua belas haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 29 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring naik kapal ‘Melchior Treub’ yang hendak belayar ke tanah Jawa. Maka belayarlah kapal itu menuju ke tanah Jawa. Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent daripada Kedah setakat Singapura itu: Paduka adinda Tengku Ismail bin Tengku Abdul Jalil dan Tengku ‘Abaidah bin Tengku Muhammad Saad Kulim.’ Hatta pelayaran Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring itu pun sampailah di Serubaya. Pada 15 haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 2 Julai, alMasihi 1920, waktu jam pukul sepuluh pagi, disambut oleh Tuan Syed Ali Al-‘Atas, serta dengan taulannya dengan cukup kehormatan, bersemayam di hotel. Maka melawatlah Duli Yang Maha Mulia Regent

221

dan yang mengiring di dalam Serubaya itu. Daripada …’ Halaman 401:

Halaman 401: Sama keseluruhan isinya.

‘… Serubaya berangkat pergi melawat di Jokja … pada dua puluh satu haribulan Zulkaedah, Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

‘… Serubaya berangkat pergi melawat di Jokja … pada dua puluh satu haribulan Zulkaedah, Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Mulai halaman 401, tidak ada lagi perubahan dilakukan, hingga halaman akhir. Maknanya, halaman selepas 401 bagi naskhah B dan naskhah C ini adalah sama. Naskhah D ini juga sering dikatakan terdiri daripada 440 halaman, tetapi sebenarnya hanya terdiri daripada 386 halaman. Sebenarnya telah berlaku kesalahan penomboran pada buku cetakan tersebut. Halaman 141 telah tersalah tulis menjadi halaman 201. Jadi, halaman yang betul hanyalah daripada nombor 1 hingga 140 sahaja. Perkara ini memang telah disedari semenjak awal percetakannya dan telah dinyatakan dengan suatu nota pendek pada sebelah dalam kulit buku hadapan. Halaman 141 dan seterusnya ke atas telah tersalah ‘tambah’ sebanyak 61 halaman, yang sebenarnya tidak wujud. Pada halaman terakhir memang tertulis angka 441, sehingga menjadikan kita boleh salah sangka, walhal yang sebenarnya mesti dikurangkan 60, maka sepatutnya ia menjadi halaman 381. Namun, terdapat pula 6 halaman tambahan seperti telah disebut di atas iaitu 366-alif, 366-ba, 392-alif, 392-ba, 400-alif dan 400ba, menjadikan jumlah halamannya ialah 387. Dan jika diambil kira halaman pendahuluan di hadapan, iaitu halaman dan , maka jumlah semuanya ialah 389 halaman sahaja, bukan 441 halaman seperti yang tertulis pada halaman terakhirnya. Angka halaman 324 pada buku ini tidak ditulis, tetapi ini semata-mata hanya kerana kesalahan cetakan. Hampir keseluruhan naskhah ini bertulisan Jawi atau Arab huruf cetak, kecuali angka halamannya dan angka bagi tahun Masihi, yang bertulisan angka Eropah. Keseluruhan teks telah tercetak pada tiap-tiap halaman di dalam garisan kotak berukuran 9.0 cm x 14.8 cm, kecuali nama buku ‘At-Tarikh Salasilah’ dan angka halaman, yang tertulis di luar kotak itu. Dapat dikesan juga ukuran buku cetakan ini ialah 10 cm x 15.5 cm. Naskhah ini telah diperbanyak dengan kaedah cetakan dalam tahun 1928 Masihi, lebih tepat pada 7 haribulan Rabiul Awal, tahun Hijrah 1347, seperti yang dinyatakan pada halaman . Proses percetakan telah dilakukan oleh The Jelutong Press, beralamat di Nombor 555, Jelutong Road, Pulau Pinang. Syarikat percetakan ini adalah milik Syed Sheikh Al-Hadi. Dipercayai manuskrip yang telah dihasilkan oleh Muhammad Hassan hanyalah khas untuk tujuan percetakan, kerana pada masa itu kaedah percetakan yang menggunakan kaedah atur huruf pada suatu plat logam telah semakin maju. Kebanyakan naskhah penulisan dengan cara menyalin dengan tangan (manuskrip) telah semakin ditinggalkan pada masa itu. Kaedah percetakan yang digunakan pada masa itu boleh dikatakan sukar, terutama dalam tulisan jawi, berbanding dengan masa sekarang. Huruf-huruf yang digunakan diperbuat daripada timah secara terbalik (mirror image), kemudian disusun menjadi perkataan di atas suatu plat. Huruf-huruf itu kemudian dikemaskan dan dikunci supaya tidak bergerak-gerak semasa cetakan dijalankan. Kerja menyusun huruf ini memerlukan pekerja yang mahir, kalau 222

tidak banyak kesalahan boleh berlaku. Plat yang telah siap kemudian dipasang pada alat cetakan untuk dikenakan dakwat, lalu dicapkan di atas kertas. Ketika mengatur huruf itulah banyak berlaku kesalahan. Misalnya huruf ‘ra’ disangka ‘dal’ sehingga perkataannya menjadi lain. Misal yang lain, huruf ‘pa’ diletakkan pada perkataan yang sepatutnya menggunakan huruf ‘fa’, atau sebaliknya. Maka kita dapati hasilnya boleh bercampur aduk, seperti perkataan ‘Mufti’ dan ‘Mupti’. Walau pun begitu, ada pula ejaan yang konsisten menggunakan huruf ‘pa’ seperti pada perkataan ‘pikiran’ dan ‘nipiri’, yang sepatutnya menggunakan huruf ‘fa’ supaya dapat disebut ‘fikiran’ dan ‘nifiri’. Dalam kes ini, kemungkinan besar ia bukan kesalahan yang dilakukan oleh pengatur huruf, tetapi memang pengarangnya menulis mengikut sebutan dialek Kedah.

Gambar 7: Attarikh Salasilah Cetakan Kedua 1028, menunjukkan halaman-halaman 392 dan 392-alif. Rajah: Ringkasan Aliran Penghasilan Naskhah-Naskhah ASNK A. NASKHAH ASAL (1927) (Manuskrip)

C. CETAKAN JAWI (1928) (Jelutong Awal)

B. CETAKAN RUMI (1968) (DBP)

D. CETAKAN JAWI (1928) (Jelutong Kedua 223

Penutup Kajian yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana melibatkan teks At-Tarikh Salasilah menunjukkan kitab ini mempunyai banyak kelebihan, sehingga ia dapat dikatakan autentik dan muktabar. Namun, kitab yang kita anggap autentik dan muktabar ini tidak terdapat dalam pasaran. Ia hanya boleh didapati di beberapa perpustakaan, dengan capaian yang amat terhad. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam. Di samping itu, kitab asalnya juga terdiri daripada tulisan jawi, baik manuskrip asal, ataupun naskhah cetakan Jelutung Press. Manuskrip asal tentulah tidak boleh dimiliki oleh semua orang kerana ia hanyalah satu naskhah yang tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, tidak ramai pula di kalangan masyarakat kini, terutamanya golongan remaja, yang boleh membaca penulisan jawi, baik tulisan jawi cetakan, apatah lagi tulisan manuskrip, tentu lebih sukar. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam. Kita perhatikan, Bahasa Melayu yang digunakan oleh pengarang At-Tarikh Salasilah ini boleh dikatakan transisi, antara karya klasik dengan karya moden. Dalam kitab ini terdapat banyak perkataan bahasa Melayu klasik, sehingga menjadikan ia agak sukar difahami, tanpa menelitinya dengan saksama. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam. Selain daripada kandungan perkataan-perkataan Bahasa Melayu klasik, kitab ini juga mengandungi Bahasa Melayu loghat Kedah, yang hanya difahami oleh penutur bahasa Melayu dialek utara (loghat Kedah). Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam. Maka, langkah penting yang perlu diambil oleh kita ialah dengan menyelenggara semula kitab ini. Jalan bahasanya tidak perlu diubah, namun tulisannya perlu dirumikan, supaya dapat dibaca oleh masyarakat awam dari semua golongan. Kempen perlu dilakukan secara teratur supaya rakyat mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memiliki naskhah dan membacanya dengan selesa. Target kita ialah, sebuah buku untuk seisi rumah. Masyarakat perlu diberitahu, bahawa mereka tidak akan mengalami kerugian memiliki buku yang dianggap autoriti dan muktabar ini, berkaitan sejarah negeri Kedah khususnya, serta sejarah bangsa Malaysia amnya. Sekian. Selesai ditulis di Alor Setar pada hari Khamis 4 Syawal 1443, bersamaan 5 Mei 2022.

Gambar 8: Buku At-Tarikh Salasilah terbitan PSMCK tahun 2018, menggunakan Naskhah C sebagai asas kerja-kerja penyelenggaraan

224

SURAT MENYURAT SULTAN ABDUL HAMID (1882-1920-AN) DAN KEDUDUKANNYA DALAM SEJARAH KESULTANAN MELAYU KEDAH Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz Pusat Sains Liberal Fakulti Sains Gunaan dan Kemanussiaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) [email protected] ABSTRAK Penemuan Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid oleh pihak Arkib Negara Malaysia (ANM) telah membuka lembaran baharu dalam sejarah Kedah khususnya pada sekitar akhir kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Surat-menyurat ini mengandungi pelbagai maklumat penting sama ada politik, ekonomi dan sosial tentang Kedah. Kewujudan koleksi ini membolehkan pengkaji melihat kembali sejarah Kedah dari sudut yang berbeza. Perkara yang menarik, koleksi itu menjadi bukti tentang peranan penting istana dan golongan elit Kedah bergabung tenaga, usaha dan idea bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar dan pada masa yang sama untuk menjamin kesetiaan rakyat jelata yang berterusan, walaupun berada di bawah kuasa Siam (1880-an hingga 1909) dan kemudiannya di bawah kuasa British. Koleksi ini mengandungi pelbagai jenis surat-menyurat, laporan, minit dan perjanjian jelas menonjolkan komitmen tinggi pihak istana dan golongan elit Kedah dalam membangunkan negeri dari pelbagai aspek selain menjaga hubungan yang baik dengan kuasa Siam di Bangkok dan British di Pulau Pinang. Selain itu, koleksi ini menunjukkan kebijaksanaan pemerintah tempatan dengan sokongan golongan elit dalam mentadbir sesebuah negeri walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran Siam dan British dalam mempertahankan identiti Kesultanan Melayu Kedah. Kata kunci: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid, sejarah Kedah, Siam & British. Pengenalan Kewujudan 16 buah buku yang terdiri daripada naskhah surat diraja dalam tulisan Jawi semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881–1943) yang lebih dikenali sebagai Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid atau (SMSAH) merupakan satu penemuan penting kepada golongan sarjana dan penyelidikan dalam pelbagai bidang khususnya sejarah, bahasa, politik, sosial dan ekonomi Kedah dan Dunia Melayu. Koleksi ini ditemui dalam bentuk asal oleh Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Wisma Negeri Kedah. Kemudian, koleksi ini dipindahkan ke premis Arkib di Wisma Persekutuan. Koleksi ini juga telah dipelihara dalam bentuk asal dengan dilabelkan dengan nombor. Transliterasi koleksi ini dalam bahasa Melayu Roman telah dilakukan secara berperingkat dengan mengambil tempoh masa yang agak panjang. Koleksi ini ditemui pada asalnya tanpa sebarang nombor. Kemudiannya, penomboran telah dilakukan oleh Arkib Negara berdasarkan aliran tahun berturut-turut. Penubuhan Sahabat Arkib oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis pada tahun 1983 bagi membantu proses transliterasi. Hasil usaha gigih Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama para penyelidik tempatan, akhirnya koleksi SMSAH telah diiktiraf sebaris dengan koleksi warisan dunia yang lain seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan diwartakan dengan status warisan dunia atau “Memory of the World Register” pada 4 September 2001 oleh pihak United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pada masa yang sama, para sarjana terus dibenarkan mengakses koleksi ini untuk sebarang kajian lanjut khususnya dalam bidang sejarah Kedah.

226

Penemuan penting SMSAH ini itu telah menyumbang banyak fakta baru mengenai sejarah Kedah sejak akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20 khususnya untuk tempoh 1882–1920 (liputan tahun semasa kebanyakan surat-menyurat dalam koleksi ini). Walaupun skop SMSAH disenaraikan meliputi tempoh 1882–1943 yang berasaskan pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-25, pada hakikatnya tidak dijumpai sebarang surat-menyurat untuk tempoh 1921–1943. Perkara ini berlaku atas beberapa faktor, di antaranya adalah kesan perpindahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri beberapa kali, kematian pegawai yang menjaga dokumen penting, peperangan, banjir dan serangan serangga perosak menyebabkan kemusnahan berlaku menyebabkan koleksi hilang dari sekitar tahun 1921 hingga 1943. Terdapat kemungkinan ada surat-menyurat ini disimpan sebagai koleksi peribadi individu yang tidak dikenali (Zakiah Hanum, 1981). Pemilihan SMSAH sebagai warisan dunia dipengaruhi oleh kedudukannya sebagai satu-satunya kumpulan surat-menyurat manuskrip Melayu yang begitu bernilai dan agak tersusun jika dibandingkan dengan koleksi manuskrip berupa surat-menyurat kerajaan lain di Gugusan Kepulauan Melayu silam. Pengiktirafan ini juga disebabkan keunikan koleksi SMSAH sebagai satu-satunya bukti rekod bertulis mengenai Kesultanan Melayu semasa zaman penjajahan kuasa asing yang masih dipelihara (Samsiah Muhamad 2006). Koleksi ini mengandungi banyak maklumat penting mengenai sejarah Kesutanan Melayu Kedah sewaktu peralihan kuasa Siam dan kemasukan British dalam pentadbirannya. Kandungannya terdiri daripada diari istana, perjanjian, laporan, surat permohonan, surat kiriman dan pelbagai perkara penting yang lain yang mampu menyoroti sejarah Kedah dari pelbagai bidang khususnya bidang politik dan ekonomi serta kesannya semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Isi Kandungan Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Menurut Annabel T. Gallop (1994), warkah Melayu masih belum diberi tempat oleh para sarjana dalam kajian sejarah, budaya, peradaban Melayu. Walaupun warkah ini telah wujud selama beberapa dekad, namun isi kandungannya kurang dikaji secara terperinci dan tidak diberi perhatian yang serius. Malah, beliau juga berpendapat bahawa tiada kesedaran yang meluas tentang kepentingan manuskrip Melayu sebagai sumber penyelidikan yang penting. Pendapat ini wajar diberi perhatian walaupun wujud pelbagai halangan dalam merujuk suratsurat ini. Badriyah Haji Salleh (1999) pula berpendapat bahawa pengkaji tempatan mungkin tidak mengetahui kewujudan warkah Melayu ini kerana kebanyakannya disimpan di luar negara menyebabkan bahasa atau tulisan Melayu jarang digunakan dalam penyelidikan sejarah. Ramai pengkaji yang berminat untuk menggunakannya sebagai sumber atau bahan kajian, tetapi berhadapan dengan masalah untuk membaca tulisan Jawi lama. Perkara ini membuktikan bahawa masalah transliterasi menjadi penghalang utama kepada pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian tentang warkah Melayu dan menilai kepentingannya. Dalam konteks kesultanan Melayu, warkah atau surat menyurat diraja berperanan sebagai perantara komunikasi diplomatik antara raja-raja dalam waktu yang sama mencerminkan kuasa, kebesaran dan kedaulatan dalam kalangan mereka (Drakard, 1999). Perkara ini turut diakui oleh para pegawai Barat yang bertanggungjawab dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan pemerintah tempatan di Alam Melayu. Dalam konteks inilah SMSAH harus dibincangkan dan dianalisis. Selain SMSAH, koleksi surat Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1843) pernah dikaji oleh beberapa sarjana seperti Ahmat Adam (2009), R. Bonney (1971) dan Kobkua Suwannathat- Pian (1989 & 1999) mengakui kepentingan surat ini sebagai dokumen penting dalam sejarah hubungan luar Kedah dengan kuasa Siam dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid pula jauh lebih banyak berbanding dengan suratsurat Sultan Ahmad Tajuddin. Terdapat 16 buah buku di bawah label SMSAH dalam koleksi 227

transliterasi di Arkib Negara Malaysia cawangan Kedah & Perlis. Salah seorang sarjana tempatan yang memainkan peranan penting dalam usaha menyenaraikan SMSAH sebagai warisan dunia ialah Wan Shamsudin bin Mohd. Yusuf (1999 & 2002). Beliau telah mengumpulkan dan menyenaraikan koleksi ini kepada lima kategori iaitu: Kategori 1 – Surat menyurat dalam bentuk adat dan norma (Buku 2, 3, 5, 8, 10) yang terdiri daripada surat Sultan, Raja Muda, kerabat diraja, golongan bangsawan tempatan dan pemajak hasil berbangsa Cina. Kategori 2 – Surat-surat yang berkaitan dengan pelbagai perjanjian tentang hasil mahsul negeri (Buku 7, 9) yang terdiri daripada senarai pemajak hasil Cina dan jenis hasil pajakan. Kotegori 3 – Penyata belanjawan kewangan negeri (Buku 1, 2) yang terdiri daripada sumber pendapatan dan butiran penyata termasuk bayaran pajakan kepada Pulau Pinang selepas pengambilalihan daripada Kesultanan Kedah oleh SHTI pada tahun 1786, perbelanjaan istana (termasuk penyelenggaraan istana), elaun royalti, pakaian, kenduri dan lain-lain perkara. Kategori 4 – Diari istana (Buku 4) yang menunjukkan lawatan dan lawatan balas Sultan Abdul Hamid dan Raja Chulalongkorn ke Siam dan Kedah, serta lawatan Sultan ke Pulau Pinang termasuk juga lawatan kerabat diraja dan golongan pembesar Kedah ke Bangkok. Kategori 5 – Ketetapan Majlis Mesyuarat Negeri sejak 1905 (Buku 11) yang terdiri daripada minit mesyuarat, undang-undang dan lain-lain). Berikut adalah senarai buku SSMAH dan isi kandungannya: Buku No 1: SMSAH T.H. 1300–1304/A.D. 1882–1886 (Ini Kira-kira Terima Rial Hasil Pajak Kuala Muda dan Merbok) mengandungi maklumat pendapatan hasil pajakan di daerah Kuala Muda dan Merbok yang menjadi sumber utama pendapatan Kedah. Pajakan hasil ini meliputi getah, candu, judi, kayu, padi, tembakau, gambir, garam, tebu serta ayam dan itik. Kebanyakan pemajak ini adalah orang Cina yang mempunyai hubungan rapat dengan istana Kedah. Pendapatan daripada hasil pajakan ini dilaporkan setiap bulan. Buku No 1 juga turut mengandungi butiran perbelanjaan istana bagi setiap bulan. termasuk elaun ahli kerabat diraja terdekat dan sara hidup pekerja istana. Walaupun pendapatan daripada hasil pajakan adalah besar, namun jumlahnya dalam perbendaharaan negeri Kedah adalah kecil kerana kesan perbelanjaan istana yang begitu tinggi. Keadaan tersebut boleh dikesan daripada penyata kewangan (pendapatan dan perbelanjaan) yang terdapat dalam buku tersebut. Malah, perbelanjaan tinggi dua kerabat diraja, Tunku Dziauddin dan Tunku Yusof, keduaduanya dilihat Sultan Abdul Hamid sebagai kes masalah, turut dibincangkan dalam buku itu. Buku No 2: SMSAH T.H. 1304–1312/A.D. 1886–1894. Buku ini mengandungi dua jilid dan mengandungi surat yang dihantar kepada raja Siam dan pegawai kanan Thai termasuk gabenor Phuket yang mengendalikan permohonan pinjaman kewangan dari Kedah ke Bangkok dan penghantaran Bunga Emas dan Perak (Bunga Emas dan Perak). Terdapat juga surat yang ditujukan kepada Residen British di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan gabenor wilayah selatan Thailand. Dalam jilid pertama, terdapat perbincangan mengenai perbelanjaan negara yang semakin meningkat berbanding penurunan pendapatan yang menyebabkan pembayaran gaji kakitangan istana tertunda. Kedah mengatasi masalah itu dengan menyelaraskan gaji pegawainya dengan hasil negeri daripada pelbagai sumber. Usaha memodenkan negeri ini dibuktikan dengan fakta bahawa Kedah menjadi tapak pengumpulan bahan telegraf untuk Siam selain pemasangan tiang telegraf di negeri itu. Buku itu menunjukkan bahawa buruh paksa telah digunakan untuk mendirikan tiang-tiang ini di 228

kawasan yang dikenal pasti. Terdapat juga maklumat mengenai kemasukan buruh Cina di lombong Kulim dan Karangan sehingga berlakunya pergaduan sesama sendiri. Masalah yang ditimbulkan oleh Tunku Dziauddin dan Tunku Yaacob paling mendapat perhatian dalam Buku 2. Sultan Abdul Hamid ada menulis beberapa surat kepada Menteri Luar Siam menyampaikan rasa dukacita dan keprihatinannya berhubung dua orang kerabat kanan diraja Kedah itu. Buku No. 2 ini juga mengandungi surat yang dihantar kepada Raja Siam memohon agar Perlis dan Setul disatukan dengan Kedah. Salah satu isu tertunggak ialah laporan dari Kedah mengenai Khun Parman, seorang lelaki Setul yang dihantar oleh Siam untuk mengukur pulau-pulau kecil di Langkawi. Buku No 3: SMSAH T.H. 1306–1307/A.D. 1888–1889 pula mengandungi 324 warkah Sultan Abdul Hamid dan para pembesar Kedah kepada Konsul Siam di Pulau Pinang, A. D. Neubronner dan Penasihat Residen Pulau Pinang. Kandungan warkah ini menyentuh hal pentadbiran dan rakyat termasuk kes jenayah seperti pembunuhan, kecurian dan pecah rumah serta kes salah laku yang dilakukan oleh mereka dari Kedah di negeri lain. Terdapat juga, laporan mengenai insiden pergaduhan Cina di Kulim, dan surat kepada Frank A. Swettenham, Residen Perak, mengenai cadangan membina landasan kereta api dari Kerian ke Kota Setar. Buku No 4: SMSAH T.H. 1307–1310/A.D. 1889–1892 mengandungi catatan atau laporan mengenai Sultan menghadap raja Siam di Pulau Pinang dan lawatan baginda ke Pulau Pinang dan Singapura. Buku No 5: SMSAH T.H. 1308–1313/A.D. 1890–1895 pula terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama mengandungi surat daripada Sultan Abdul Hamid kepada Neubronner, Konsul Siam di Pulau Pinang, Residen Kaunselor Pulau Pinang dan Residen Perak, Frank A. Swettenham. Kandungan lain meliputi perkara jenayah, seperti penjenayah dari Perak yang melarikan diri ke Kedah dan bersembunyi di negeri itu, menculik atau membawa isteri orang lain secara tidak sah ke Pulau Pinang, dan perkara yang berkaitan dengan pajakan candu di Kulim dan Kuala Muda. Terdapat juga surat peribadi daripada Sultan. Satu surat yang ditulisnya kepada Konsul Siam di Pulau Pinang pada 2 Syawal 1308 (10 Mei 1891) memintanya menjadi penjamin bagi pinjaman daripada raja Siam. Sultan juga menulis surat kepada Residen Kaunselor di Pulau Pinang untuk meminta kebenaran membawa buruh India ke Kedah untuk kerja-kerja perladangan. Sultan Abdul Hamid mempunyai hubungan baik dengan petani hasil Lim Lan Jak. Malah baginda pernah menulis surat kepada Konsul Siam di Pulau Pinang untuk menyampaikan hasrat Lim untuk memohon pinjaman daripada raja Siam. Baginda juga pernah mengarahkan Lim Lan Jak untuk membeli barang-barang seperti senjata api dan barang-barang lain untuk diletakkan di atas kapal diraja bernama "Good Luck". Jilid kedua buku ini pula meliputi surat Sultan Kedah kepada Konsul Siam Pulau Pinang dan Residen Kaunselor di Pulau Pinang berhubung hal ekonomi dan jenayah yang melibatkan kedua-dua negeri itu. Ini termasuk perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang untuk mengelak air banjir dari Sungai Kuala Muda melimpah ke negeri Kedah, perkara berkaitan urusan jualan candu di Karangan dan bancian penduduk Kulim yang diusahakan oleh Pegawai Daerah Kulim, Tunku Mohamad Saad. Terdapat surat-surat dalam jilid kedua menonjolkan hubungan rapat antara Sultan dan Lim Lan Jak. Lim pernah dipanggil menjadi saksi dalam pembatalan surat kebenaran untuk Wan Hajar (ibu Sultan Abdul Hamid) dan Wan Jah; kedua-dua wanita itu adalah isteri Sultan Ahmad Tajuddin. Lim juga diminta menguruskan hal-hal berkaitan pinjaman kewangan antara Sultan dengan pihak Siam yang berjumlah $17,000. Pada masa sama, Lim pernah menerima pinjaman berjumlah $33,000 daripada Sultan Abdul Hamid. Sultan telah memberikan $10,000 kepada Lim dan telah meminta baginda mendapatkan baki daripada Konsul Siam di Pulau Pinang daripada jumlah yang dipinjamkan oleh Sultan daripada raja Siam. Sultan Abdul Hamid juga telah meminta Residen Kaunselor untuk mendapatkan surat kebenaran ke atas harta peninggalan ayahandanya, Sultan Ahmad Tajuddin di Pulau Pinang. Satu perkara yang dimuatkan dalam jilid kedua ialah perjanjian 229

antara Sultan Abdul Hamid dan Sultan Perak mengenai sumber air di Bukit Pancur yang berada di bawah bidang kuasa Kedah. Buku No 6: SMSAH T.H. 1314–1317/A.D. 1896–1899 pula terdiri daripada perbelanjaan istana dan pendapatan bulanan negeri. Perbelanjaan istana termasuk gaji, kos kenduri negeri dan lain-lain. Bayaran untuk doktor, bomoh (pengubat tradisional) dan pengasuh Sultan – juga dikenali sebagai yuran sakit, juga tercatat dalam buku itu. Terdapat kecenderungan Sultan Abdul Hamid memberi wang kepada isteri dan individu yang tidak dapat disahkan identitinya dari segi hubungan mereka yang rapat dengan Sultan. Melalui buku ini, didapati Sultan gemar berjudi terutamanya permainan pok dan cap ceki. Buku No 7: SMSAH T.H. 1315–1317/A.D. 1897–1899 mengandungi surat daripada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Aziz kepada para pemajak di Kedah. Tunku Abdul Aziz pada masa itu adalah pemangku Sultan (kerana Sultan Abdul Hamid sering sakit dalam tempoh ini). Antara hasil pajakan yang terlibat ialah arak, candu, bijih timah, bidak, nipah, tembakaugambir-garam, ubi kayu, kulit haiwan, kerbau dan lembu, ayam dan itik dan babi. Kebanyakan pemajak hasil terdiri daripada orang Cina walaupun sebilangan daripada mereka adalah orang Melayu. Ketegasan Raja Kedah dalam mempertahankan identiti Melayu di Kedah dapat dilihat melalui buku ini apabila Tunku Abdul Aziz mengarahkan semua pemajak hasil menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Buku No 8: SMSAH T.H. 1315–1331/A.D. 1897–1912 mengandungi surat daripada Raja MudaKedah, Tunku Abdul Aziz dan setiausaha Che' Muhammad Ariffin kepada pembesar-pembesar daerah di Kedah berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam semua perkara berkaitan pas hasil yang dihantar oleh Tunku Abdul Aziz kepada semua pembesar daerah. Para pengawai daerah diarah menyiasat sebarang pas hasil yang tidak ditulis dalam bahasa Melayu dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang ingkar. Buku itu juga mengandungi arahan Tunku Abdul Aziz kepada Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kuala Muda, untuk memaggil para penduduk tempatan untuk membina jalan dari Sungai Korok ke Lubok Pusing. Buku itu juga mengandungi kebenaran rasmi yang diberikan kepada ahli nobat (gendang diraja) untuk mengutip hasil gendang dari semua daerah di negeri ini. Buku No 9: Surat Pajakan T.H. 1318/A.D. 1900 mengandungi 47 surat mengenai para pemajak hasil di Kedah yang kebanyakannya adalah orang Cina. Buku No 10: SMSAH T.H. 1323–1325/A.D. 1905–1907 mengandungi surat-surat yang dihantar oleh Che' Muhammad Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri/Setiausaha Sultan, di bawah arahan Sultan Abdul Hamid, kepada ketua-ketua jabatan di Kedah dan kepada Raja Muda Tunku Abdul Aziz. Perkara-perkara yang terkandung dalam buku itu merangkumi maklumat kepada Pegawai Daerah dan Penghulu mengenai aduan rakyat berkaitan hal tanah, ladang hasil, hutang dan jenayah; usaha membina/mengganti tiang telegraf di negeri ini, pemindahan Balai Nobat (Dewan Nobat) ke lokasi baharu yang melibatkan pematuhan ketat prosedur/pantang larang tertentu; arahan daripada Sultan bahawa ahli nobat tidak dibenarkan terlibat dalam kerja sebagai buruh kasar; Perbelanjaan pengajian Tunku Mansor di Kaherah; masalah berkaitan Tunku Mansor semasa belajar di London; pengeluaran wang persepuluhan bagi mereka yang berhutang semasa mengerjakan haji; dan pemecatan Penghulu (mukim) Telok Chengai kerana kelakuannya yang keji. Buku ini juga mengandungi catatan mengenai majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh Sultan, seperti upacara menerima watikah daripada Siam mengenai Bunga Emas dan Perak di Balai Besar, majlis meraikan Konsul British Meadow Frost di Kampong Baru, negeri Kedah, makan malam untuk Penasihat Kewangan Siam G. C. Hart, yang akan bercuti di Eropah, dan pesta taman. Tetamu jemputan ke majlis ini biasanya terdiri daripada golongan bangsawan Melayu, pegawai British dan pemajak hasil Cina. Selain itu, golongan elit Kedah bertindak lebih berhati-hati dalam menangani masalah kewangan di negeri itu. Che' Muhammad Ariffin pernah menghantar surat kepada para pembesar negeri dan daerah untuk menjemput mereka untuk bermesyuarat bagi 230

membincangkan cadangan meminjam wang daripada Siam pada 8 Rabiulawal 1323 (12 Mei 1905). Perkara lain berkaitan dengan bayaran pampasan tahunan Syarikat Hindia Timur Inggeris kepada Kedah mengenai pengambilalihan Pulau Pinang pada tahun 1786 juga terdapat dalam buku tersebut. Buku No 11: SMSAH T.H. 1335/A.D. 1916 (Undang-undang Penjual dan Pembeli Getah dan Bijih – Undang-undang Penjual dan Pembeli Getah dan Timah) terdiri daripada dua jilid yang terdiri daripada kompilasi undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan pada tahun 1916 semasa Tunku Ibrahim menjadi Pemangku Sultan dan Yang Dipertua Majlis Negeri. Terdapat 21 undang-undang yang digubal sama ada sebagai undang-undang baharu atau pindaan kepada undang-undang terdahulu. Undang-undang itu ialah Undang-undang Penjual dan Pembeli Getah dan Timah 1335, Undang-undang Larangan Ganja, Undangundang Penjara 1335, Undang-undang Bank Simpanan Kerajaan 1335, Undang-undang Perbelanjaan Mahkamah 1335, Undang-undang Lelong 1335, Undang-undang Rel Kereta Api 1335 (pindaan kepada undang-undang 1334), Undang-undang Senapang 1335. , Lesen dan Pendaftaran Kerbau-Lembu 1335 (pindaan kepada undang-undang 1329), Undang-undang Menanam Padi 1335, Undang-undang Pajakan Judi 1335 (pindaan kepada undang-undang 1329), Undang-undang Pejabat Pos 1335, (pindaan kepada undang-undang 1333), Canon Al-Akubat 1335,8 Undang-undang Cukai 1335, Undang-undang Hasil 1335, Undang-undang Mahkamah 1335 (pindaan kepada undang-undang 1334), Transformasi menjadi Undangundang Perlindungan Tanah Ladang Getah 1335, Undang-undang Kuarantin dan Kurungan Penyakit 1335, Undang-undang Tempoh Bahaya Negeri 1335, Jaminan Perhimpunan Pegawai Rial Kerajaan Undang-undang 1335,9 dan Undang-undang Perlindungan Pokok Kelapa 1335 (pindaan kepada undang-undang 1333). Buku No 12: SMSAH T.H. 1337/A.D. 1918 mengandungi pelbagai pekeliling yang dihantar oleh Majlis Negeri. Antaranya ialah elaun perang, perintah am untuk mereka yang menghidap penyakit kelamin, kos perjalanan bagi pegawai yang bercuti di Eropah dan kursus dalam perkhidmatan untuk ketua jabatan. Buku No 13: SMSAH T.H. 1338/A.D. 1919 adalah mengenai undang-undang yang telah digubal dan dikuatkuasakan pada tahun 1919 semasa Tunku Ibrahim menjadi Pemangku Sultan dan Yang Dipertua Majlis Negeri. Terdapat 17 undang-undang yang digubal termasuk pindaan kepada undang-undang terdahulu. Undang-undang itu termasuk Undangundang Perlindungan Fasal Elaun Kemasukan Negara Musuh Terdahulu 1338, Undangundang Fasal Ubat-ubatan 1338, Undang-undang Barangan Dicuri 1338, Undang-undang Kereta 1338, Undang-undang Kelakuan Sivil 1338, Undang-undang Fasal Perbelanjaan Kuliah Hindu 1338 (pindaan kepada undang-undang 1328), Undang-undang Tempoh Bahaya (pindaan kepada undang-undang 1335), Undang-undang Kuarantin Kurungan Penyakit 1338 (pindaan kepada undang-undang 1335), Undang-undang Barang Dicuri 1338, Undangundang Polis 1338 (pindaan kepada undang-undang 1334), Undang-undang Lembaga Sanitari 1338 (pindaan kepada undang-undang 1334) , Undang-undang Penyewa 1338, Undang-undang Penyerahan Orang Buang Negeri 1338, Undang-undang Menanam Padi 1338 (pindaan kepada undang-undang 1335), Undang-undang Minuman 1338 (pindaan kepada undang-undang 1337), dan Undang-undang Persekutuan 1338.10 Buku No.14: SMSAH T.H. 1338–1339/A.D. 1919–1920 mengandungi undang-undang dan perkara yang telah diluluskan oleh Majlis Negeri. Tunku Ibrahim sebagai Pemangku Raja dan juga merupakan Yang Dipertua Majlis Negeri. Buku No 15: SMSAH T.H. 1245–1306/A.D. 1827–1887 Surat Pajakan mengandungi surat-surat berkaitan hasil pajakan dari zaman Sultan Ahmad Tajuddin sehingga pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Kebanyakan pemajak hasil adalah orang Cina yang telah memohon untuk mendapatkan pajakan yang boleh menjamin pulangan lumayan seperti candu, arak, judi, garam, beras, tembakau, gambir, kayu, rotan, ayam dan itik. Kebanyakan 231

ladang hasil ini adalah di Kuala Muda dan Merbok. Terdapat sebilangan kecil hasil pajakan dalam kalangan orang Melayu menumpukan kepada gambir, ayam dan itik. Buku No 16: SMSAH T.H. 1318–1320 /A.D. 1900–1902 terdiri daripada tiga jilid. Ini termasuk surat yang dihantar oleh Tunku Abdul Aziz kepada Neubronner, Konsul Siam di Pulau Pinang, mengenai hal-hal berkaitan hasil pajakan di Kuala Muda, surat kepada ketua kampung, ketua pejabat tanah dan surat kepada mahkamah berkaitan aduan rakyat berhubung perselisihan faham isu tanah, harta, hutang, jenayah dan lain-lain. Tunku Abdul Aziz juga menulis surat kepada Ku Din Ku Meh, pegawai Kedah yang dihantar ke Setul untuk menjalankan pentadbiran, mengenai jenayah di kedua-dua negeri itu. Baginda juga pernah menulis surat kepada bondanya, Wan Hajar, untuk memaklumkan bahawa dia tidak boleh membebaskan banduan seperti yang diingininya. Kedudukan Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid dalam Sejarah Kesultanan Melayu Kedah Pada pertengahan tahun 1980-an, SMSAH berada dalam simpanan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis di Alor Setar, namun kewujudannya kurang menarik minat pengkaji kecuali sejarah Kedah. Antara sarjana yang pernah merujuk kepada koleksi ini ialah Sharom Ahmat (1984) dalam kajiannya bertajuk Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Economic and Political Development of Kedah, 1878–1923. Beliau telah membuat rujukan dengan SMSAH untuk menjelaskan beberapa aspek ekonomi dan politik di Kedah. Dalam aspek ekonomi, misalnya, surat-surat tersebut memberikan gambaran Kedah pernah menghadapi krisis kewangan seawal tahun 1888 yang mengakibatkan pengurangan gaji kerabat diraja Kedah dan ada sebilangan pegawai tidak dibayar gaji kerana kekurangan wang. SMSAH mula menarik perhatian penyelidik yang berminat dengan sejarah Kedah mejelang tahun 1990-an. Dari segi gaya penulisan dan isi ringkas SMSAH mula dibincangkan oleh pengkaji tempatan, Dato' Haji Wan Shamsudin bin Haji Wan Yusuf. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam transliterasi awal selepas pemindahan dokumen ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis. Penulisan beliau mengenai SMSAH telah diterbitkan dalam Warta Darulaman (majalah rasmi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah dari 1998 hingga 1999). Sebagai pengiktirafan terhadap SMSAH yang mendapat status warisan dunia, Dato' Wan Shamsudin telah membentangkan kertas kertas tentang kepentingannya dalam "Bicara Karya Agung Negara Warisan Dunia" yang diadakan pada tahun 2002 di Kuala Lumpur. Berdasarkan isi kandungan dalam koleksi ini, SMSAH bukan sahaja sebagai sumber baharu penulisan sejarah Kedah, tetapi juga sebagai titik tolak perbahasan dari sudut pemerintahan tradisional dalam mengekalkan bahasa Melayu. Sebagai identiti dan kedaulatan (Mahani Musa, 2015). Secara umumnya, pensejarahan Kedah adalah bersifat elitis dengan berpandukan kepada karya tradisional seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1927) dan Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah (1911). Kedah digambarkan sebagai sebuah negeri yang aman dan ekonominya yang sedang membangun dari segi ekonominya serta mengalami kestabilan politik pada awal abad ke-20. Dengan kebijaksaan para Sultan dan kesetiaan serta nasihat para pembesar membolehkan Kedah ditadbir dengan baik sesuai dengan peredaran zaman walaupun mengalami tekanan daripada kuasa Siam di Bangkok. Perkara penting ini banyak ditemui dalam koleksi SMSAH. Namun, kuasa yang dikecapi oleh para golongan elit Kedah ini mengalami pertembungan dengan kedatangan penjajahan kuasa Barat pada tahun 1909 kesan Perjanjian Bangkok. Kedah di bawah pentadbiran British, rekod rasmi melalui surat-meyurat diraja mula digantikan dengan laporan tahunan, memo, pekeliling dan sebagainya. Laporan-laporan ini digemari oleh para pentadbir British kerana memiliki ciri yang tersusun dan lengkap. Kesannya, dokumen-dokumen yang 232

dihasilkan oleh pentadbir British ini lebih dirujuk oleh para pengkaji berbanding dengan koleksi surat-menyurat diraja dalam kajian mengenai Kedah. Laporan tahunan pertama diterbitkan oleh pihak British di Kedah pada 1905 (September 1905–Ogos 1906) selepas Kedah menerima pinjaman $2.6 juta daripada Siam. Laporan ini telah disediakan oleh G. C. Hart, Penasihat Kewangan Siam yang dihantar untuk memberi khidmat nasihat dalam hal kewangan. Kesan Perjanjian Bangkok 1909, Penasihat British adalah bertanggungjawab untuk menyediakan laporan rasmi mengenai urusan pentadbiran di Kedah merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, tanah, buruh dan lain-lain. Bagi laporan kewangan untuk 1905–1909 pula telah disediakan oleh Penasihat British pertama, W. G. Maxwell (1909–1914). Hasil laporan ini menunjukkan hasil pendapatan Kedah telah meningkat dengan jumlah $1,240,276 pada tahun 1909. Walaupun pihak pentadbir British menonjolkan kehebatan sistem pentadbiran Barat yang dibawa masuk ke Kedah dikatakan berjaya memajukan Kedah melaui laporan tahunan dan lain-lain, Pejabat Sultan Kedah masih terus mengeluarkan dokumen penting dalam bentuk surat-menyurat. Kegigihan para pentadbir tempatan yang diketuai oeh Sultan Abdul Hamid secara konsisten bertujuan untuk melindungi kedaulatan negeri dan identiti Melayu. Golongan elit Melayu Kedah bukanlah menerima pengaruh British secara mudah malah sentiasa mencari peluang untuk sentiasa berbincang mengenai syarat. Walaupun mereka terpaksa bekerjasama dengan British, namun mereka sentiasa berhati-hati bagi memastikan peristiwa Perang Kedah-Siam 1821-1842 tidak berulang lagi. Kedah telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kedaulatan negeri terpelihara. Walaupun Perjanjian Bangkok 1909 telah dimeterai antara Siam dan British tanpa berunding dengan para pemerintah tempatan, Kedah terus berjuang untuk mempertahankan kedaulatannya walaupun terpaksa berkompromi dengan pegawai British dalam beberapa perkara. Golongan elit Kedah pernah bertindak agresif dengan kurang menyenangi tindakan Penasihat British, W. G. Maxwell mengenai isu penggunaan bahasa Melayu dalam urusan kerajaan. Merujuk kepada kepentingan SMSAH, ia membuktikan bahawa kedudukan Sultan Kedah dalam arus politik tempatan dan luar negara perlu difahami dari konteks sejarah dan geografi. Perkara ini penting kerana kandungan surat-menyurat diraja Kedah turut menyentuh hubungan luar yang penting dengan Siam, Pulau Pinang dan Perak. Melalui SMSAH, gambaran sejarah Kesultanan Melayu Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid dapat digambarkan. SMSAH memainkan peranan penting dalam sejarah Kedah sebelum wujud laporan rasmi daripada pihak Siam dan British pada sekitar 1905-1909 merangkumi aspek sosioekonomi, politik dan sosial Kedah dari abad ke19 hingga dekad kedua abad ke-20. Semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah mula mengalami proses kestabikan politik dan ekonomi berbanding dengan zaman tercetus Perang Kedah-Siam, 1821-1842. Kedah bernasib baik kerana sistem ekonomi banyak menumpulkan kepada sektor pertanian seperti padi, ubi kayu dan lain-lain berbanding dengan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang berhadapan isu politik kesan kepesatan perlombongan bijih timah dan emas pada tempoh masa yang sama. Dalam sistem pemerintahan tradisional Kedah, sultan memiliki kuasa mutlak yang mendapatkan pengakuan setia para pembesarnya. Golongan elit Kedah amat menyedari kedudukan mereka ketika berhadapan dengan tekakan Siam dan British. Dalam waktu yang sama, tindakan berhati-hati sentiasa diambil bagi memastikan tidak timbul situasi yang boleh mengeruhkan hubungan Kedah dengan kedua-dua kuasa berkenaan. Pihak Siam dan British sememangnya tidak boleh dipercayai kerana Kedah pernah ditekan dan ditipu. Sikap kuasa British yang sering memanipulasi isu tertentu untuk mencari peluang campur tangan politik seperti yang berlaku di Perak mempengaruhi Sultan Kedah untuk terus bersikap berhati-hati. Pemerintah Kedah dan elit Melayu tetap memastikan peranan mereka sentiasa relevan dalam perkembangan sosioekonomi dan politik negeri walaupun terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawa oleh pihak British. SMSAH telah membuktikan bahawa Sultan Kedah 233

dan golongan elitnya sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama dalam berhadapan dengan kuasa luar dan waktu yang sama menetapkan matlamat dengan usaha memodenkan negeri. Perkara penting ini tidak dapat ditemui dalam laporan tahunan yang disediakan oleh pihak British yang lebih memfokuskan kepada urusan pentadbiran, kewangan dan ekonomi selepas 1909.

Kesimpulan SMSAH menjadi bukti bahawa sebuah negeri Melayu bernama Kedah telah ditadbir oleh Sultan Abdul Hamid dengan dibantu golongan elit berjaya mempertahankan kedaulatannya melalui kesetiaan rakyatnya walaupun menerima tekanan kuasa Siam dan British. Koleksi ini juga memainkan peranan penting dalam mengkaji hubungan luar Kedah. Berdasarkan koleksi yang ada, SMSAH memberi gambaran tentang keadaan ekonomi, politik dan sosial pada zaman Kedah di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan perkara ini kurang disentuh dalam laporan rasmi British. Malah, SMSAH telah membuka ruang kajian yang lebih luas temasuk skop tema baharu dalam sejarah Kedah sekitar akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, termasuk penilaian semula isu politik dan ekonomi Kedah yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Rujukan Ahmat Adam. 2009. Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780– 1824). Monograph No. 43. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS). Badriyah Haji Salleh, Nurul Azizi Shafie & Hasfiza Abdullah. 2015. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid : Warkah Agung Warisan Dunia. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Badriyah Haji Salleh. 1999. Warkah Al-Ikhlas, 1818–1821. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bonney, R. 1971. Kedah 1771–1821: The Search for Security and Independence. Kuala Lumpur: Oxford University Press. CO 716, The Annual Report of the Kedah Adviser to the Kedah Government For the Year 1327 A.H. (23 January, 1909–12 January 1910). Emerson, R. 1979. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Gallop, A. T. 1994. The Legacy of the Malay Letter/Warisan Warkah Melayu with an essay by E. U. Kratz. London: British Library for the National Archives of Malaysia. Kobkua Suwannanthat-Pian. 1999. A Brief Moment in Time: Kedah-Siam Relations Revisited. Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) 72(2): 65–90. Kobkua Suwannanthat-Pian. 1989. The Kedah Succession Crisis 1879–1882. Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) 62(2): 81–108. Mahani Musa. 2015. The Memory of The World Register: The Sultan Abdul Hamid Correspondence and Kedah History. Kajian Malaysia 33(2): 53–74

234

Mahani Musa. 2005. Sejarah Sosio-Ekonomi Wanita Melayu Kedah: 1881-1940. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Isa Othman. 2001. Zaman Penjajahan British: Pengalaman Kedah & Perlis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Mohammad Isa Othman. 1990. Politik Tradisional Kedah, 1681–1942. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hassan bin To' Kerani Mohd. Arshad. 1968. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Samsiah Muhamad. 2006. Pemeliharaan manuskrip Melayu: Koleksi agung warisan dunia. Dlm. Kumpulan Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu: Melestarikan Manuskrip Melayu Warisan Agung Bangsa, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Sharom Ahmat. 1984. Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Economic and Political Development of Kedah, 1878–1923. Monograph No. 12. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS). Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid. No. 1–16, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah & Perlis. Syed Mohammed bin Syed Hassan Shahabuddin and M. G. Knowles. 1979. The Three Million Dollar Wedding. Malaysia in History (Special Issue) 22: 150–152. Wan Yahya bin Wan Muhammad Taib. 1911. Salasilah atau Tarekh Karja-an Kedah. Alor Setar: n.p. Wan Shamsudin Mohd. Yusuf. 2002. Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah 1882–1943. Kertas Kerja Perbentangan "Bicara Karya Agung Negara Warisan Dunia," anjuran Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia. 28 Ogos. Wan Shamsudin Mohd. Yusuf. 1999. Surat Menyurat Zaman Sultan Abdul Hamid. Warta Darulaman. Zakiah Hanum. 1981. Bahan tentang Sejarah Negeri Kedah di Arkib Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. Anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Wisma Negeri, Alor Setar. 28 November–1 Disember: 1-10.

235

SURAT CIT DALAM LIPATAN SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT Dr. Ahmad Jelani Halimi

ABSTRAK Surat-surat Francis Light merupakan satu kumpulan surat yang melebihi 1200 pucuk surat tersimpan dalam Perpustakaan S.O.A.S. Univerisiti London di bawah folder bernombor MS 40320 (mengandungi 11 volume). Kandungan surat ini mengisahkan pelbagai perkara termasuk sejarah perhubungan, perundingan dan konflik di antara pemerintah-pemerintah tempatan di sekitar Selat Melaka dengan pihak British. Di samping itu banyak juga terdapat surat yang berhubung kait dengan hal-hal perniagaan dan perdagangan di antara Francis Light dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam hal pembelian, pengangkutan dan penjualan komoditi, senjata, abdi dan candu. Terdapat juga surat-surat daripada sultansultan negeri-negeri Melayu seperti dari Kedah, Selangor dan Terengganu; surat-surat daripada Saudagar-saudagar Raja/Rahsia Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ditemui juga dalam kumpulan ini surat-surat daripada pembesar dan bangsawan dari negeri-negeri di Semenanjung dan Sumatera terutama dari Aceh, Asahan, Palembang dan negeri-negeri kecil lain di sekitar Selat Melaka kepada Francis Light. Dalam kumpulan ini juga (Vol. 2) terkandung beberapa dozen surat dan dokumen dari priode yang sama tentang Bangkahulu (Bencoolen/Fort Malboro) dan Presidensi Sumatera Barat yang tidak berkaitan langsung dengan Francis Light. Akan tetapi yang paling menarik di antaranya ialah satu kumpulan suratsurat pendek yang merupakan nota-nota pesanan daripada dan kepada Francis Light yang saya istilahkan sebagai “surat cit” kerana pembuka kata surat-surat itu berbunyi, “ Ini surat cit daripada ….” tanpa pengenalan yang berleret-leret seperti yang terdapat dalam surat-surat Melayu ketika itu. Kata kunci: Francis Light, surat, perdagangan, negeri-negeri Melayu, Selat Melaka, saudagar raja, surat cit.

Setelah penubuhan Pulau Pinang oleh Francis Light sekitar tahun 1786, perdagangan negeri-negeri Melayu dengan Inggeris semakin meningkat, khususnya antara Kedah dengan pihak Inggeris di Pulau Pinang. Walaupun demikian perdagangan itu bukan dalam bentuk perdagangan antarabangsa seperti sebelumnya. Ia lebih merupakan perdagangan domestik yang mengendalikan keperluan-keperluan harian seperti bahan makanan dan binaan. Dalam urusan perdagangan ini, kita dapat melihat surat menyurat digunakan, baik surat menyurat tentang perjanjian perdagangan mahupun surat-surat pesanan barangan. Kelihatannya perdagangan antara Kedah dan negeri-negeri Melayu itu dengan Pulau Pinang dijalankan secara rasmi. Tidak ada perdagangan dengan orang tempatan secara persendirian, kecuali dengan golongan bangsawan. Walaupun sebahagian besar daripada surat itu berkaitan dengan perdagangan, namun terdapat juga surat-surat perhubungan diplomatik, perjanjian dan beberapa catatan tentang hutang piutang dan barangan jualan. Sebahagian besar surat itu ditujukan kepada Francis Light di Pulau Pinang dan jawapan kepada surat-surat itu, walaupun terdapat surat-surat yang lain. Kumpulan surat ini dikenali sebagai The Light Letters (Surat-surat Francis Light). Surat-surat Francis Light Surat-surat Francis Light merupakan satu kumpulan surat yang melebihi 1200 pucuk surat tersimpan dalam perpustakaan School of Oriental and African Studies (S.O.A.S) Universiti London di bawah folder bernombor MS 40320 yang mengandungi 11 volume. Kandungan surat-surat ini mengandungi pelbagai perkara semasa termasuk hal-hal 236

perhubungan, perundingan dan konflik di antara pemerintah-pemerintah tempatan di sekitar Selat Melaka dengan pihak British di Pulau Pinang. Di samping itu terdapat juga banyak surat yang berhubungan dengan perdagangan dan perniagaan di antara Francis Light dengan rajaraja dan pembesar Melayu khususnya tentang pembelian, pengangkutan, penjualan komoditi, senjata, abdi dan apiun (candu). Terdapat juga surat-surat daripada para sultan negeri-negeri Melayu seperti dari Kedah, Selangor, Riau dan Terengganu; surat-surat daripada saudagar raja Kedah, Terengganu dan surat saudagar rahsia Kelantan. Ditemui juga dalam kumpulan surat-surat ini surat yang datang daripada pembesar dan bangsawan dari negeri-negeri di Semenanjung dan Sumatera, terutama dari Aceh, Asahan, Palembang dan negeri-negeri kecil lain di sekitar Selat Melaka seperti Buluh Cina, Batu Bara dan Langkat. Selain itu wujud juga beberapa pucuk surat yang datang dari Sambas di Kalimantan kepada Francis Light. Dalam kumpulan ini juga terdapat beberapa pucuk surat dan dokumen dari pirode yang sama tentang Bangka Hulu (Bangcoolen/Fort Malborro) dan Presidensi Sumatera Barat yang tidak berkaitan langsung dengan Francis Light. Surat-surat ini terdapat dalam Volume 2. Volume 2 ini merupakan volume terpencil kerana hanya ada sepucuk surat sahaja yang berkaitan dengan Francis Light. Yang lain semuanya tentang Bangka Hulu (Bangcoolen). Satu perkara lagi yang aneh ialah di bahagian akhir volume itu diselitkan satu versi kisah raja-raja Aceh. Walaupun tidak panjang hanya sekitar 5 halaman A4 tetapi ia sangat bermakna kerana ia mencatatkan kisah perang saudara yang berlaku setelah pelucutan kuasa Sultanah Kamalat Syah dalam bulan Oktober 1699. Catatan ini bermula dengan kata-kata; “Ini khabar raja-raja dalam negeri Aceh tatkala Maharaja Lela jadi raja dalam Aceh tatkala itu Hijrah seribu seratus tiga puluh nam tahun [1136H] pada sepuluh hari bulan Safar pada hari Isnin tatkala itu Maharaja Lela jadi raja ditaruh gelar Aliuddin Ahmad Syah ada setahun dia raja perang dengan Raja Jamalul’alam kira-kira jadi dua belas tahun mati. …” (Sultan Alaidin (Aliuddin) Maharaja Lila (Lela) memerintah 1727-1735 sedangkan pada tahun 1136H/1723M itu yang memerintah adalah Sultan Jamalul Alam Badrul Munir bin Syariff Hasyim (1703-1726). Tarikh 10 Saffar 1136H itu bersamaan Isnin 8 Nov 1723.) Kisah ini merupakan secebis kisah dari Hikayat Pocut Muhammad tetapi tidak diketahui siapa penulisnya. Penulis asal hikayat itu ialah Lam Rukam penduduk asal Dua Puluh Lima Mukim. Kenapa dan bagaimana cebisan ini boleh masuk ke dalam kumpulan Surat-surat Light tidaklah diketahui. Pocut Muhammad telah meredakan keadaan perang saudara di Aceh dan mengekalkan pemerintahan saudaranya Pocut Ue dan dinasti Bugis di Aceh. Di samping itu surat-surat lain yang ada itu bukan hanya ditujukan kepada Francis Light tetapi juga kepada teman perdagangannya Captain Scott atau orang Melayu memanggilnya Kapitan Eskot. Ada juga dalam koleksi ini daftar-daftar jualan dan belian di samping daftar hutang piutang dan satu catatan tentang penduduk Pulau Pinang yang bukan merupakan surat. Semua surat ini tertulis dalam tulisan jawi kecuali dua pucuk yang tertulis dalam tulisan rumi dengan ejaan Inggeris zaman itu. Kumpulan surat-surat ini dapat menggambarkan kepada kita tentang perubahan cara penulisan surat dalam kalangan orang Melayu. Banyak cara dan format tradisi ditinggalkan di samping ia lebih mementingkan subjek atau matlamat surat itu ditulis. Sebelumnya surat-surat orang Melayu mempunyai kata-kata pendahuluan yang berjela-jela panjangnya yang kadang kala lebih panjang daripada maksud sebenar surat itu dikirimkan; walaupun masih ada suratsurat yang sedemikian dalam kumpulan surat-surat Francis Light ini. Ungkapan-ungkapan “… selagi ada perkitaran cakerawala bulan dan matahari …” masih lagi wujud khususnya dalam surat-surat yang berawal dengan “Surat kasih sayang dan tulus ikhlas …”. Selain daripada 237

surat cara tradisi itu sebahagain besar surat yang dikirimkan kepada Francis Light dari Kedah bermula dengan kata-kata “Surat tulus ikhlas …”, “Surat kasih sayang …” dan “Surat cit …”. Surat-surat ini juga banyak menggambarkan keadaan dan iklim sosio-ekonomi dan politik di sekitar Selat Melaka pada suku akhir abad ke-18. Perbalahan antara Siam dengan Kedah, perang saudara Aceh dan gangguan-gangguan Belanda dalam perdagangan negerinegeri Melayu serta kegiatan perlanunan di Selat Melaka. Di samping itu melalui surat-surat ini kita dapat memahami pemikiran orang Melayu ketika itu dalam menghadapi situasi politik yang berkemelut di sekitar Selat Melaka. Kelihatanya orang Melayu termasuk para pemerintahnya mengiktiraf pendudukan British (Francis Light) di pulau itu. Mereka mengiktirafnya sebagai pemerintah (gurnadur/gabnor) pulau itu. Malah ada yang memanggilnya sebagai “raja”. Terdapat juga sepucuk surat yang merupakan persetujuan Sultan Abdullah Mukarram Syah memajakkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (E.I.C.). Kelihatannya surat-surat personal yang dikirimkan kepada Francis Light tidak terdapat dalam arkib E.I.C. di Delhi. Tidak seperti surat-surat raja-raja Melayu yang dikirimkan kepada Light yang berkaitan dengan beberapa tuntutan dan perhubungan diplomatik, diterjemahkan sebelum dikirimkan kepada Gabenor Jeneral British di Culcatta. Justeru suratsurat perdagangan yang ringkas-ringkas ini tidak terdapat dalam kumpulan Letters From the Malay Rulers dalam arkib E.I.C. di New Delhi. Sistem perdagangan yang dijalankan pada masa itu juga jelas kelihatan dalam suratsurat ini. Daripadanya kita mengetahui tentang wujudnya perdagangan bertangguh, berhutang dan juga amalan riba. Kita juga mengetahui bahawa sultan khususnya Sultan Kedah adalah “banker” utama dalam negeri, memberi pinjaman dan mengenakan bunga. Kelihatan amalan riba merupakan amalan biasa masa itu. Sepucuk surat yang dikirimkan oleh Saudagar Raja Terengganu, Saudagar Nasaruddin menguatkan bahawa pada masa itu amalan riba (pembayaran bunga) merupakan perkara biasa dalam negeri-negeri Melayu. Antara lain surat itu mencatatkan; “… maka akan hal hamba dato’ maklumkan ke hadrat Dato’ daripada pekerjaan Kapitan Glass dengan hamba dato’ itu pintalah Dato’ beri mari menghendaki harta Kapitan Glass yang dibawa ke Palembang tengah tiga laksa dan tinggal hutang selaksa maka perjanjian pada sebulan dua riyal pada seratus demikianlah yang tersebut di dalam daftar Kapitan Glass yang kepada Mister Glass hak hendaklah Saudagar Nasaruddin mari ke Pulau Pinang …” Selain itu terdapat beberapa pucuk surat dalam koleksi ini yang berkaitan dengan hubungan antara bangsa khususnya antara pihak Inggeris dengan pihak Kedah, surat-surat daripada Sultan Abdullah memohon pertolongan daripada Francis Light dan pihak EIC bagi menghadapi Siam. Terdapat juga surat yang meminta kerjasama pihak Francis Light untuk menubuhkan rumah tol di sekitar Selat Melaka bagi mengutip cukai perahu yang lalu lalang di kawasan itu. Sepucuk surat daripada menantu Sultan Abdullah Kedah, Raden Muhammad Pangeran Syariff Palembang kepada Francis Light menjelaskan hal itu; “Surat kasih sayang daripada Tuanku Raden Muhamad Pangeran Syariff Palembang datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah beta dengan Che Kamis dititahkan Yang Dipertuan Besar Riau suruh mari pada sahabat beta bertanya Yang Dipertuan Riau dengan orang Inggeris maka sahabat beta beri jawab sekalisekali tiada kita ubahkan setia dengan Yang Dipertuan Riau mana yang kurang boleh kita tolong maka sahabat beta beri bicara suruh tunggu di Selat segala kapal lalu diambil hasil dua tiga ribu pada sebuah kapal apabila ia tiada mahu beri suruh pukul …” Dalam koleksi ini juga terkandung beberapa surat yang agak menarik kerana ia tidak lagi berformat seperti surat-surat Melayu yang lazimnya pada masa itu. Surat-surat ini 238

merupakan satu kumpulan surat-surat pendek yang lebih merupakan nota-nota pesanan yang saya istilahkan sebagai “surat cit” kerana surat itu bermula dengan frasa, “Surat Cit daripada Gurnador Pulau Pinang …”. Dikatakan “surat cit” kerana ia hanya merupakan nota pendek bagi menyatakan sesuatu yang berasal daripada perkataan Inggeris chit yang bemaksud nota. Format surat ini jauh berbeza daripada format surat-surat rasmi lain yang tertulis pada zaman itu yang mempunyai kata-kata pengenalan yang berjela-jela panjangnnya dan mempunyai cop-cop mohor. Kelihatannya surat-surat ini sebahagian besarnya terdapat dalam perhubungan antara Francis Light dengan pihak Saudagar Raja Kedah. Namun demikian, terdapat juga surat-surat pendek atau nota lain yang tidak bermula dengan perkataan “surat cit” tetapi “Surat tulus ikhlas …”. Surat Cit Surat ini hanya dimulakan dengan perkataan “Surat cit daripada …” atau “Surat tulus ikhlas …”. Selepas itu dinyatakan maksud surat itu dikirimkan. Biasanya surat-surat ini mempunyai nama pengirimnya di akhir surat bersama tarikh surat ditulis. Walaupun pada keseluruhannya surat ini berada dalam keadaaqn baik, ada juga yang koyak dan tidak dapat dibaca. Surat-surat ini tertulis dalam tulisan jawi yang mudah dibaca dan maksudnya mudah difahami. Semua surat ini tertulis pada separuh pertama tahun 1787, iaitu tidak sampai setahun selepas Pelabuhan Pulau Pinang dibuka. Kandungan surat ini lebih merupakan pesanan mendapatkan barangan makanan dan binaan. Sebagi contoh, dalam surat bertarikh 6 Mac 1787, Light memesan beras, padi, lembu, kambing dan ayam itik untuk makanan pekerja yang sedang membangunkan Pulau Pinang. Perkara ini dapat difahami kerana ketika itu pelabuhan di Tanjung Penanga baru sahaja dibuka. Oleh itu bahan makanan merupakan keperluan utama untuk pekerja dan pedagang yang sedang membangunkan pertempatan itu. Pulau Pianang tidak mempunyai apa-apa industri pertanian yang dapat menampung penduduknya yang kian hari kian bertambah dengan pesat. Dalam surat yang sama Light juga memesan papan untuk kegunaan pembinaan. Oleh sebab Pelabuhan Pulau Piang baru sahaja dibuka, Light bertanggungjawab untuk memajukannya. Dalam salah satu surat cit yang dikirimkan kepada Saudagar Raja Kedah, beliau meminta dipersembahkan kepada Sultan Abdullah supaya menggalakkan orang datang berdagang ke Pulau Pinang dengn jaminan mereka akan diberi perlindungan dan mereka tidak akan rugi berdagang di pulau itu. Melalui surat-surat ini kita dapat meninjau tentang sejarah perdagangan dan perhubungan Kedah dengan pihak Pulau Pinang pada peringkat awal itu. Walaupun sistem pos dan kiriman yang tersusun masih tidak wujud, kelihatannya segala urusan pos dan kiriman itu berjalan dengan lancar. Perahu-perahu tempatan dan para nakhoda diamanahkan untuk membawa surat dan barangan itu. Surat-surat ini juga menjelaskan peranan perahu tempatan yang begitu penting untuk membawa barangan yang dipesan serta surat yang dikirimkan. Daripadanya, kita dapat mengetahui nama nakhoda yang menjalankan tugas itu, seperti Hussin Sab, Nakhoda Bapu, Nakhoda Alias, Nakhoda Sibu, Nakhoda Jelani, Nakhoda Hasna, Lebai Karikan dan Nakhoda Ipalu. Jika diteliti nama-nama itu kelihatan sebahagian besarnya bukanlah orang Melayu jati. Kemungkinan besar mereka daripada golongan Culia atau India Muslim. Dengan itu, jelas juga kelihatan bahawa pada peringkat pembukaan Pelabuhan Pulau Pinang, perdagangan antara pulau itu dengan Kedah begitu pesat sekali, walaupun ketika itu diketahui bahawa hubungan Pulau Pinang dengan Kedah agak tegang kerana pendudukan pulau itu tidak mendapat restu Sultan Kedah. Namun hampir setiap minggu ada sahaja pesanan dibuat untuk barangan dagangan Kedah walaupun wujud sikap waspada. Namun demikian, adakalanya barangan yang dipesan itu tidak sampai secukupnya seperti yang 239

tercatat dalam surat yang mengiringnya atau tidak sampai langsung. Dalam surat bertarikh 28 Mac 1787, dicatatkan antara lain; … surat sahabat beta dibawa Nakhoda Bapu itu sampailah pada beta tersebut dalamnya ayam tiga ratus sampai kepada beta seratus Sembilan puluh dan beras seribu gantang … Dalam surat yang lain dinyatakan, “… tersebut dalam surat sahabat beta dualapan koyan pendapat beta sekoyan pun tiada sampai …”. Sebab ketidaksampain itu mungkin kerana mati dalam perjalanan oleh sebab dalam surat lain, Light menyatakan bahawa, “…syahadan akan ayam sahabat beta bawa mari itu banyak mati …” Adakalanya jumlah atau sukatan barangan yang dihantar itu kurang dibandingkan dengan jumlah yang tertulis dalam surat yang mengiringnya, seperti dalam surat berikut yang menyatakan “… tersebut dalam surat sahabat beta enam ratus gantang maka disukat dalam kapal lima ratus sembilan puluh gantang …”. Sebab berlakunya kekurangan ini tidak diketahui kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika transaksi dilakukan. Ribut taufan, lanun atau gangguan lain di laut juga dapat menyebabkan barangan itu berkurangan. Dalam surat yang lain pula dikatakan bahawa 32 karung kapur terpaksa dibuang ke laut kerana dikhuatiri perahu karam dilanda rebut. Di samping membuat pesanan, Light juga menerima dan membekalkan barangan yang dipesan oleh Saudagar Raja Kedah kepadanya seperti yang tercatat dalam surat bertarikh 3 April 1787, “…itulah rotan dua puluh gelung beta serah beri pergi kepada Nakhoda Bapu …” Segala pembayaran untuk barangan dipesan itu dijelaskan setelah barangan itu sampai di Pulau Pinang. Bayaran akan dikirimkan melalui cara yang sama, iaitu melalui nakhoda yang diamanahkan. Sebagai contoh, dalam sepuncuk surat bertarikh 16 Mac 1787, dinyatakan bahawa, “… harga papan beta serah beri yang perkara kepada Hussin Sab dua puluh riyal empat puluh pitis sahabat beta terimlah ambil …” Di samping itu terdapat juga pembayaran secara kredit dan Saudagar Raja Kedah terpaksa membuat atau mengirimkan bil tuntutan. Perkara ini jelas kelihatan dalam surat yang dikirimkan oleh Light kepada Saudagar Raja bertarikh 15 Mei 1787; Surat cit daripada Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja ehwal minta sahabat beta beri mari daftar fasal yang sahabat beta beri mari sekalian itu hendak selesai dalam bulan ini juga atau sahabat beta mari sendiri jikalau lepas bulan ini tiada boleh seleselai maka jangan sahabat beta alpa perbuat surat pada dualapan likur hari bulan Rejab hari Selasa tamat. (F.L. 15 May 1787) Di samping itu surat cit yang dikirim oleh Light, diperoleh juga surat yang seakan-akan sama yang dikirimkan oleh Saudagar Raja Kedah untuk memesan barangan atau memberitahu kesampaian barangan yang dipesan. Akan tetapi, kepala surat atau kata pembukaan surat itu agak berbeza sedikit, mengandungi kata pujian dan sanjungan seperti surat rasmi orang Melayu yang biasa pada masa itu. Hanya surat itu agak ringkas. Biasanya bermula dengan, “Hamba datu’ Saudagar Raja merapat sembah ke bawah kadam datu’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana-mana …”. Selepas itu dijelaskan secara ringkas maksud surat itu dikirim. Ada pelbagai lagi jenis surat dalam koleksi ini yang tujukan kepada individu tertentu. Sebahagain besarnya surat antara individu itu dengan Light.

240

Penutup Surat Light ini sangat penting dalam usaha kita menulis Kembali sejarah tanah air kita, khususnya sejarah perkapalan dan perdagangan sekitar Selat Melaka. Jumlah surat ini terlalu banyak, melebihi 1000 pucuk. Kebanyakan surat itu dalam keadaan baik. Sewajarnyalah surat itu dikaji dari pelbagai aspek walaupun usaha itu memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan kewangan. Oleh kerana salinan surat-surat itu kini berada di perpustakaan Universiti Sains Malaysia maka tidaklah begitu sukar untuk memperolehinya. Diharapkan ada ramai para pengkaji khususnya para siswazah yang melakukan penelitian di peringkat sarjana dan kedoktoran mahu mengkaji suat-surat ini demi kelangsungan penulisan sejarah tanah air yang lebih tepat. Bibliografi Ahmad Jelani Halimi, 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Light Letters MS 40320, Vol. 1-11, S.O.A.S. Library, University of London.

241

PROFESOR DATO’ DR. MOKHTAR SAIDIN (USM) Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Pekan, Kampar dan kemudiannya melanjutkan persekolahan menengah di Anglo Chinese School (ACS), Ipoh. Meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang geologi, kemudian ke Universiti Sains Malaysia untuk peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang arkeologi. Mula bertugas di Universiti Sains Malaysia sebagai Pegawai Penyelidikan Projek Arkeologi Malaysia pada 1987 dan sebagai Pensyarah Arkeologi pada 1997. Pada 2005 dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia sehingga bersara pada 2021. Banyak menjalankan penyelidikan prasejarah di Lenggong, Perak dan di Sabah sehingga berjaya menjadikan Lenggong sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO bersama kumpulan penyelidik pada 2012. Pada 2001, beliau telah menemui tapak Paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong yang kini merupakan tapak dengan bukti terawal di rantau ini di mana telah dihuni oleh manusia awal sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Pada tahun 2007 pula, beliau telah menemui tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah dengan bukti tamadun terawal di Asia Tenggara yang berasaskan industri besi sejak 788 Sebelum Masihi. Bersama kumpulan penyelidik Universiti Sumatera Utara dan Universiti Syiah Kuala, beliau telah menemui bukti kehadiran Islam terawal di Asia Tenggara berdasarkan penemuan nisan bertarikh 1007 Masihi di Lamuri, Aceh pada tahun 2012. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 50 pelajar siswazah dalam bidang prasejarah, tamadun awal, arkeopelancongan dan arkeologi Islam di samping telah menghasilkan lebih 200 penerbitan. Pada 2019 beliau telah dianugerah Pemenang Anugerah Akademik Suyanggae, Korea Selatan. Pada peringkat antarabangsa, kini beliau adalah (i) Naib Presiden “International Union of the Prehistoric and Protohistoric Sciences (UISPP) for Southest Asia”, (ii) Ahli Indo Pacific Prehistoric Association, (iii) Editor : Gandhara, Pakistan dan (iv) Editor Saintifik : Lithic Studies, United Kingdom. Pada peringkat kebangsaan pula beliau adalah (i) Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Geopark Malaysia, (ii) Ahli Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, (iii) Ahli Lembaga Geologi Malaysia, (iv) Ahli Profesional Geologi (P. Geo), (v) Ahli Persatuan Warisan Geologi Malaysia, (vi) Panel Pakar Penasihat Lenggong Geopark, (vii) Panel Pakar Penasihat Arkeologi Pulau Pinang, (viii) Ahli Lembaga Muzium Pulau Pinang dan Muzium Kedah, (ix) Malaysian Cultural Heritage Specialist Guide (CGSG) dan (x) Editor Jurnal “Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu”.

DR. FARID MAT ZAIN (UKM) Dr. Farid Mat Zain mendapat Pendidikan Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di Universti Kebangsaan Malaysia pada 1994, memperolehi Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1995, Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) tahun 1999 dan Doktor Falsafah Sejarah dan Tamadun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2016. Beliau merupakan Pengerusi Pusat dan Pensyarah Kanan Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Falkuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian beliau adalah Sejarah dan Tamadun Islam di Alam Melayu serta kajian ulama dan kebangkitan Islam di rantau Timur Tengah dan Alam Melayu. Antara buku yang dihasilkan bersama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah Sejarah dan Budaya Masyarakat Cam di Kemboja dan Malaysia (2022), Peranan Tokoh Agama dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Malaysia (2021), Gerakan al-Sanusiyyah : Daripada Tarekat Tasawuf kepada Gerakan Jihad (2020), Ulama dan Perkembangan Islam di Sarawak dan Sabah (2018) dan Ulama Patani : Ketokohan dan Keilmuan (2016). Buku-buku yang akan diterbitkan pada tahun 2022 adalah Perjanjian Bangkok, penerbit USM, Ulama Nusantara, penerbit UKM dan Islam di Negeri Sembilan, penerbit UKM. Beliau boleh dihubungi melalui e-mail [email protected] dan Facebook : farid zain

244

PROFESOR DATO’ DR. AHMAD MURAD MERICAN (ISTAC – IIUM) Profesor Dato’ Ahmad Murad Merican ialah profesor sejarah sosial dan intelektual, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC – IIUM). Beliau merupakan felo kanan, Centre for Southeast Asia Research and Hub (SEARCH), De La Salle Universiti, Manila. Beliau pernah menjawat profesor kunjungan di Universiti Sains Malaysia dan Universitas Andalas, Padang, Sumatera, serta profesor Adjung di Akademi Seni, Budaya dan Warisan, di Kuala Lumpur. Beliau adalah penerima pertama Zamalah Residen Presiden Kehormat, Yayasan Kepimpinan Perdana, dan pernah menjadi ahli majlis Institut Pemikiran Mahathir Mohamad di Universiti Utara Malaysia. Beliau juga penerima anugerah Tokoh Karyawan Negeri Pulau Pinang tahun 2016. Profesor Ahmad Murad memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains, Universiti Malaya. Minat akademik dan penyelidikan beliau ialah kajian kewartawanan dan media Melayu dan sejarah intelektual dan sains sosial. Profesor merupakan Naib Presiden Persatuan Komunikasi Asia Pasifik (PACA) dan ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia. Beliau sering ditemubual oleh media kebangsaan dan antarabangsa; antaranya ialahThe New Straits Times, The Star, Sin Chew Daily, Astro Awani, The Vives, Free Malaysia Today, Radio Singapura, Padang Express, BTTV (Bukitinggi, West Sumatera), Iranian National News Agency (IRNA) and the Islamic Republicof Iran Broadcasting (IRIB), Reuters (London) dan the Associated Press (Mexico City). Beliau merupakan penulis asei dan kolumnis untuk New Straits Times, Melaka Hari Ini, Berita Harian, Utusan Malaysia, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan Dewan Sastera. Beliau telah menghasilkan sebanyak 17 buah buku mengenai kajian kewartawanan dan media, kajian budaya, sejarah sosial dan intelaktual. Antara buku beliau ialah Media History : World Views and Communication Futures (2005). Blinded by the Lights : Journallism and Communication Study in Malaysia since 1971 (2008), Batu Uban : Sejarah Awal Pulau Pinang (2015), In Other Words : Ideas on Journalism, Social Science and Society (2017), Views from Pulau Pinang : Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives (penulis Bersama /2008), Revisiting Atas Angin : A Review of the Malay Imagination of Rum, Feringghi and the Penjajah (2019), dan Batu Uban, Tanjong dan Bagan : Pengkisahan Lisan (editor/2020).

245

MOHD HERMAN ROSLAN (PSMCK) Mohd Herman Bin Roslan kini berkhidmat di Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang. Beliau dilahirkan di Negeri Perak tetapi membesar di Negeri Kedah selama 28 tahun sebelum berpindah ke Pahang selama 12 tahun. Beliau juga merupakan siswazah dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia dan sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Sejarah Gunaan dan Persuratan. Mohd Herman merupakan Exco dan ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah. Memandangkan nenek-moyang sebelah bapanya barasal daripada Kedah maka tidak hairanlah beliau mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap penyelidikan sejarah, warisan dan kebudayaan Negeri Kedah. Beliau kini sedang menyiapkan pelbagai penulisan buku dan artikel berkenaan sejarah dan warisan berkenaan sejarah Negeri Kedah khususnya era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1803 – 1845) dan antara buku beliau yang paling mendapat sambutan ialah Gajah Putih Di Bumi Geroda : Perang Kedah Siam (1762 – 1842) yang berkisarkan tentang peperangan di antara Kedah dan Siam pada tahun 1821 hingga 1842.

246

DR. ZAHIDI BIN DATO’ ZAINOL RASHID (PSLM) Dr. Zahidi Bin Dato’ Zainol Rashid dilahirkan pada 20 September 1953 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim, Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajudin dan Sekolah Inggeris Sik. Pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman dan seterusnya menyambung pengajian beliau di Universiti Teknologi MARA (1973 – 1977), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1992 – 1994) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1994 – 2003). Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (1977 – 1980), Pembantu Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (1980 – 1983), Penolong Pegawai Perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (1983 – 2004) dan seterusnya menjawat jawatan Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) dan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.). Dr. Zahidi, kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Sejarah Lisan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia dan mantan Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur.

247

PROFESOR DR. SHUKRI BIN AHMAD (UUM) Profesor Dr Shukri Ahmad kelahiran Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, Kedah pada 21 November 1964. Beliau memulakan persekolahanya di Sekolah Kebangsaan Alor Biak (sekarang Sekolah Kebangsaan Seri Muda) ( 1970-1975) sebelum ke Maktab Mahmud (1976-1982) dan Sekolah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya (1983-1984). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) sehingga lulus Sarjana Muda Usuludin (Kepujian), 1989 dan kemudian ke UIAM hingga lulus Sarjana Sastera dalam Ilmu Wahyu dan Warisan,(1991-1994) dan kemudian memperolehi PhD dari Universiti Sains Malaysia (USM), (1998-2003). Tajuk tesis beliau “Peranan Ulama di Utara Tanah Melayu pada Akhir Abad 20 Masihi”. Memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat,1990 sebelum ke Universiti Utara Malaysia (UUM) sehinggalah dilantik menjadi Profesor Madya ,2003 dan Profesor, 2016. Prof Dr Shukri telah menjawat pelbagai jawatan dan kini Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Falsafah dan Tamadun di Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), bermula 2017. Beliau telah menjalankan kajian mengenai pengaruh pemikiran ulama, adab dan etika kerja Islam dan Tamadun Islam dan menghasil empat buah buku: Adab dan Etika Kerja Dalam Organisasi, 2012; Pengaruh Pemikiran Ulama Malaysia Akhir Abad 20, 2011;. Cerita-cerita Motivasi Untuk Jiwa ,2003, dan Cerita-cerita Motivasi Untuk Jiwa 2, 2006. Beliau menghasilkan 21 penulisan ilmiah, 38 prosiding dan menyumbang 14 bab buku .Beliau aktif menyampaikan kuliah awam dan disediakan ruangan untuk membicara aspek tasawuf setiap dua minggu di RTM, Alor Setar. Prof Dr Shukri telah dianugerahi Tokoh Pendakwah Kedah pada tahun 2012

248

DR. MARDIANA BINTI NORDIN (UM) Dr. Mardiana Nordin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah), Universiti Malaya (1996), Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah), Universiti Malaya (1999) dan Ijazah Doktor Falsafah (Historiografi Melayu) juga dari universiti yang sama (2011). Dilahirkan di Jitra, Kedah. Mula berkhidmat di Universiti Malaya sebagai pengajar sambilan (tutor) pada tahun 1996 seterusnya dilantik sebagai pensyarah pada tahun 2000. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Bidang pengkhususannya adalah Historiografi Melayu dan Sejarah Malaysia. Antara penerbitan beliau; buku Kenang-kenangan Selangor, terbitan Yayasan Karyawan, 2020; penulis bersama buku Menelusuri Sejarah Sosioekonomi Tanah Melayu dari Perspektif Baharu terbitan Universiti Malaya, 2020; editor buku Kesultanan Selangor, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020, penulis bersama buku Pengajian Malaysia dan Malaysian Studies, terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd., (2000, 2003, 2007, 2011, 2014 dan 2018); penulis bersama Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017; bab buku "Kerajaan Johor-Riau: Kemaharajaan Melayu Serumpun 1528-1824" dalam Sumbu Dunia Melayu, terbitan Universiti Malaya, 2018, penulis bersama buku Menteri-menteri Malaysia 1955-2008 (2009), buku Politik Kerajaan Johor, 1718-1862 editor buku-buu Malaysia-Indonesia dan Romantika Hubungan Bangsa Serumpun (2013), Tema Baru Penulisan Sejarah, Kedah (2012), Warisan dan Sejarah (2012) dan banyak lagi terbitan yang lain. Dr. Mardiana juga banyak menjalankan kerjasama penyelidikan termasuk pembentangan kerja kerja dengan beberapa agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, Muzium, Arkib, Persatuan-persatuan Sejarah dan beberapa agensi lain.

249

PROFESOR EMERITUS DATUK DR. ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI, (UM) Dilahirkan di Besut, Terengganu pada 13 November 1951; B.A. Hons, M.A. PhD Universiti Malaya. Mantan Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Universiti Malaya, Felo Persatuan Sejarah Malaysia; Ahli Majlis Institut Kajian Sejarah dan Perundangan DiRaja Terengganu, Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, dan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan. Menerima Anugerah: Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 1995; Ahli Setia Mahkota Terengganu (ASM), 1998, dianugerahkan pada 2000; Darjah Seri Mulia (DSM), 2006, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), 2012, dan pada 2016 mendapat anugerah Profesor Emiratus dari Universiti Malaya. Antara penerbitan: Abdullah Zakaria bin Ghazali, Politik Dan Istana Johor (1835-1885), Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997; Abdullah Zakaria Ghazali dan Mardiana Nordin (editor), KEDAH Warisan dan Sejarah, Bangi: Ikatan Arkeologi Malaysia, 2012; Abdullah Zakaria Ghazali, "Institusi Raja Melayu dalam Lipatan Sejarah Malaysia: Penerusan dan Perubahan", Mohd Samsudin (Penyunting), Majlis Raja-Raja Melayu: Perkembangan dan Cabaran, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2022, hlm. 56-86. Adullah Zakaria Ghazali, "Kepimpinan dan Pergolakan dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka", dalam Azmi Arifin, Abdul Rahman Haji Ismail, Abu Talib Ahmad (editor), Kesultanan Melayu Melaka: Warisan, Tradisi dan Persejarahan, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2021, hlm. 272-288; Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu dengan Belanda pada abad ke-17 dan ke-18", dalam Arba'iyah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor & Salina Zainol (editor), Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Bin Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2012, hlm. 17-43; Abdullah Zakaria Ghazali, "Pemberontakan Bersenjata 1948 Hingga 1960 dan Republik Demokratik Rakyat Malaya: Merungkai Cita dan Hasrat Sebenar Parti Komunis Malaya (PKM)", MALAYSIA dari segi SEJARAH, Bil. 48-2019, hlm. 105-131.

250

PROF. MADYA DR. MOHAMED ALI HANIFAH Mohamed Ali Haniffa dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 28 tahun. Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah, Sejarah Malaysia (Fast Track) dari Jabatan Sejaeah, Universiti Malaya. Sekarang bertugas sebagai Pengarah Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia.

251

PROF MADYA DR. HAJI MOHD KASRI BIN SAIDON (UUM) Anak kelahiran Kedah, mula berkhidmat sebagai guru pada penghujung tahun 1980an setelah lulus Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Mendalami bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Bergerak aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) sebagai Pengarang Kehormat dan pernah memegang jawatan Ketua Biro Kajiselidik untuk tempoh yang agak lama. Sekarang beliau berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia. Dalam pasukan Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS) beliau merupakan Pegawai Latihan Luar. Sekarang beliau merupakan Profesor Madya dalam pengkhususan sejarah di Pusat Pengajian Pendidikan di Universiti Utara Malaysia.

252

PROFESOR DR HAJI ISHAK SAAT (UPSI) Merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 30 tahun, sejak 1988. Latar belakang pendidikan beliau Sijil Perguruan Asas, Pengajian Melayu dan Sejarah, Institut Bahasa, Kuala Lumpur, 1985-1987. Ijazah Sarjana Muda, Bidang Sejarah dan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1994-1999. Ijazah Sarjana Sastera [Sejarah]. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 2002-2003. Ijazah Doktor Falsafah, [Sejarah], Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2004-2007. Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah sekitar negeri Perak dari tahun 1988 hingga 2002. Kemudian bertugas sebagai Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dari tahun 2003-2008, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dari tahun 2008-2010. Kemudian berhijrah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan dari 1 Oktober 2010. Seterusnya dilantik sebagai Pengarah, Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2010-2012). Mulai 1 Oktober 2016 dinaikkan pangkat sebagai Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau juga pernah dilantik sebagai Profesor Kunjungan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dari 31 Disember 2017 hingga 31 Julai 2018. Beliau aktif menghasilkan artikel jurnal melebih 100 buah dan buku-buku ilmiah dalam bidang Sejarah Malaysia, hasil karya ilmiah beliau melebihi 45 buah buku. Beliau boleh dihubungi melalui email: [email protected]@[email protected]

253

PROFESOR DATIN DR. MAHANI MUSA (USM) Merupakan pensyarah di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan PhD dari Universiti Malaya. Beliau merupakan penulis dan penyunting bersama beberapa buah buku dan monograf yang berkaitan dengan minat penyelidikan beliau, iaitu sejarah sosioekonomi dan sosiopolitik Malaysia. Antaranya, Kongsi Gelap Melayu di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940an (terbitan the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2003), Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah, 1881-1940 (terbitan Penerbit UKM, 2005), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun Ke-20 (terbitan Penerbit USM, 2011), Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang, 1730-an-2012 (terbitan Thinkcity, 2014), Biographical Dictionary of Mercantile Personalities of Penang (terbitan Think City & MBRAS, 2013), Warisan Sakral di Malaysia (terbitan Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM), 2019) dan terkini, Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh (terbitan Penerbit USM, 2021). Selain buku dan monograf, beliau turut menerbitkan artikel dalam jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa seperti Sejarah, Jebat, Sari, Indonesia and the Malay World, Journal of Southeast Asian Studies (JSEAS), Asian Profile, Oral History Society, JMBRAS, Kajian Malaysia, dan Kemanusiaan The Asian Journal of Humanities. Beliau pernah menjadi Penasihat Projek Sejarah Lisan yang dianjurkan oleh George Town World Heritage Incorporation (GTWHI) pada 2013 dan 2014. Kini, beliau merupakan Penasihat Kumpulan Warisan Sakral di Nusantara iaitu kumpulan tujahan penyelidikan yang diwujudkan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM pada penghujung 2016 untuk mengkaji pelbagai warisan berbentuk sakral di Nusantara.

254

DR IBRAHIM BAKAR (PSMCK) Penulis ialah seorang pengamal perubatan persendirian di Kedah, dilahirkan di Pulau Langkawi, dalam tahun 1952. Dengan minat yang konsisten dalam budaya dan sejarah Melayu, beliau meneliti secara amatur, berkaitan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara, khususnya kesultanan Kedah, dengan tumpuan kepada sistem matawang masyarakat Melayu zaman tradisional. Penulis pernah menulis dan menerbitkan beberapa buah buku antaranya Sejarah Matawang Negeri Kedah Dan Perlis (2002), Kota Seputih Lindungan Bulan Sebagai Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman (1323-1626), Pengenalan Matawang Alam Melayu Zaman Tradisional dan Ceritera Ringgit: 1500-2014. Beliau menjadi editor At-tarikh Salasilah Negeri Kedah yang diterbitkan dalam tahun 2018 oleh PSMCK, mengarang Rahsia Kota Palas: Pusat Pemerintahan Purba di Kedah dan Perlis, Abad ke-11 hingga ke-17 Masihi yang diterbitkan dalam tahun 2019 dan editor Peringatan Raja-Raja Kedah diterbitkan dalam 2020. Di samping itu penulis juga menulis artikel berkaitan sejarah Melayu tempatan dan numismatik yang pernah terbit dalam Jurnal Purba, Buletin Malaysia Numismatic Society, Buletin Lindungan Bulan dan Jurnal Kedah Dari Segi Sejarah. Kini penulis diberi tanggung-jawab sebagai Pengerusi, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

255

ENCIK MOHD KASTURI NOR ABD AZIZ (UNIMAP) Anak kelahiran Kg. Jambu Rias, Karak, Pahang memulakan kerjayanya sebagai guru dan tutor selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian pengkhususan sejarah dan arkeologi di Universiti Sains Malaysia. Beliau juga memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sastera pengkhususan pensejarahan Malaysia di Universiti Sains Malaysia dalam kajian Kesultanan Kedah Darul Aman. Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia dalam bidang kajian Sejarah Sosioekonomi Pahang Darul Makmur. Pengalaman kerjayanya, beliau pernah bertugas guru akademik di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, SMK Saint Anthony, Teluk Intan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak, Felda Trolak, Perak dan Sekolah Bina Insan (SBI), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan sebagai tutor di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah sambilan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Pusat Sains Liberal, Fakulti Sains Gunaan & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Timbalan Pengerusi Persatuan Penyelidikan dan Pembudayaan Sejarah Negeri Kedah, Perlis & Pulau Pinang (PESKAP) serta Setiausaha I, Angkatan Sasterawan Indera, Perlis (AKSARA). Beliau sering dijemput sebagai panel pembicara dalam program anjuran Arkib Negara Malaysia, Muzium Kota Kayang, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bidang kajian beliau berfokuskan sejarah, pendidikan, warisan dan tamadun Melayu seperti Surat-Menyurat Sultan Kedah (1881-1943), Koleksi Fail Pejabat Sultan Pahang (1917-1974). Institusi Raja Perlis dan Kesultanan Perak. Beberapa hasil tulisan beliau telah dimuatkan dalam buku berjudul "Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah" terbitan MBRAS (2015), "Pengenalan Ilmu Ketamadunan" terbitan Penerbit Pearson (2016), "Kesultanan Melayu: Institusi Raja dan Pembesar" terbitan Penerbit UniMAP (2017) dan "Dunia Melayu: Keintelektualan, Kepimpinan, Konflik dan Perjuangan", Penerbit UniMAP (2018), Dirgahayu Darul Makmur (editor: Jamal Rizal Razali) yang diterbitkan oleh Penerbit UMP (2018), "Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua hingga Pascakemerdekaan" (editor: Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun & Mokhtar Saidin) yang diterbitkan oleh Penerbit USM (2019), "Salasilah Perlis: Asal-Usul Pemerintahan Jamalullail" terbitan DBP dengan kerjasama MAIPs dan "Sorotan Sejarah Perlis: Pengasasan, Pengukuhan Institusi dan Warisan" (Penerbit UniMAP) pada tahun 2020.

256

DR. AHMAD JELANI BIN HALIMI (PSM) Dr. Ahmad Jelani merupakan anak kelahiran Negeri Perak pada 10 September 1948. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Sains Malaysia (1982), Sarjana Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia (1990) dan Doktor Falsafah daripada Universiti Malaya (2000). Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru di Kuala Lumpur (1969 – 1986), Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (1986 – 2005), Pensyarah Kunjungan di Universiti Petronas (2005 – 2015), Pensyarah Kontrak di Universiti Utara Malaysia (2015 – 2016) dan Pensyarah Kehormat di Universiti Sains Malaysia (2016 – 2017). Kepakaran beliau adalah dalam Sejarah Maritim Asia Tenggara, antara penyelidikan yang telah dijalankan adalah Perdagangan dan Perkapalan Melayu dan yang masih dalam penyelidikan ialah Kegiatan Maritim dalam “Surat-surat Francis Light”. Dr. Ahmad Jelani telah menghasilkan 7 buah buku dan diantaranya adalah Tinjaun Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden (1990), Kajian Sejarah Tempatan, KBSM (1991), Sejarah Islam bersama Mahayuddin Haji Yahaya (1993), Sejarah Tamadun Dunia (1996), Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka (2006), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu (2008) dan Undang-Undang Laut Melayu, Undang-Undang Perahu dan Undang-Undang Belayar (2013). Beliau juga bergerak cergas dalam memberi syarahan di dalam media sosial, mempengerusi dan menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Profesional dan Akademik, menjadi pakar perunding kepada BadanBadan Khas dan memberi Khidmat Masyarakat kepada persatuan-persatuan NGO seperti Pengerusi Surau Al-Ikhsaniah, Taman Rapat Damai, Ipoh, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Pusat dan Ahli Lembaga Muzium Negeri Perak. Di atas sumbangan ini, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebaktian Kedah (B.K.P.)

257