Sara dan Sani Flipbook PDF

Buku Bacaan Siri 1 Buku 1
Author:  P

105 downloads 157 Views 6MB Size

Story Transcript

KATA-KATA ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Transformasi. Saya dengan rasa penuh sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan Buku Bacaan Siri 1. Saya amat yakin kejayaan menghasilkan buku bacaan ini adalah gabungan pengalaman, kerjasama serta penghayatan agenda Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan menerusi pemikiran dalam dimensi baharu dalam kalangan Guru Pemulihan Khas . Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada kecemerlangan akademik terutama penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Pelbagai alternatif strategik dibina bagi memastikan semua murid khususnya tahap satu sekolah rendah boleh membaca dengan lancar. Bagi menjayakan cita-cita semua murid tahap satu boleh membaca dengan lancar dalam tempoh masa yang lebih singkat maka semua Guru Pemulihan Khas diminta memastikan semua murid Program Pemulihan Khas memanfaatkan sepenuhnya buku ini. Keprihatinan ibu bapa atau penjaga juga amat diperlukan dalam memastikan cita-cita murni Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ‘Semua Murid Tahap Satu Boleh Membaca dengan Lancar’ dapat dicapai dengan jayanya. Sekian, terima kasih. ‘ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA’

SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGENALAN

Ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas. Diharap dengan penggunaan bahan bacaan ini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca khususnya murid-murid Pemulihan Khas secara terancang mengikut kaedah pengajaran bacaan Bahasa Melayu. Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid.

Perkataan-

perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid . Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut kesesuaian . Siri 1 - Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk. - Memuatkan kemahiran 5 – 15. - Sukukata berwarna. - Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri . Siri 2 -Mengandungi 10 siri buku. -Bermula kemahiran 16- 32. -Suku kata tidak berwarna. Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan mudah tetapi berkesan dalam membantu muridmurid belajar membaca dan memahami apa yang dibaca. Buku ini juga diharap dapat menarik dan menggalakkan murid-murid pemulihan untuk membaca.

Sani dan Sara.

1

Nama saya Sani.

2

Nama saya Sara.

3

Umur kami lima tahun.

4

Kami murid Tadika Cahaya.

5

Ini bapa Sani.

6

Bapa Sani nama Mahadi.

7

Ini pula bapa Sara.

8

Bapa Sara nama Johari.

9

Ibu Sani nama Mahani.

10

Ibu Sara nama Rohana.

11

Perbendaharaan kata : ini

ibu

nama

saya

kami

lima

bapa

pula

umur

tahun

tadika

cahaya

12

Latihan. Lengkapkan:-

1. Ini Sara dan ___________ . 2. Kami murid Tadika ___________ . 3.

___________ Sani nama Mahadi.

4. Ibu Sani nama ____________ . 5. Ibu ____________ nama Rohana.

13

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.