Data Loading...
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor - Pahang 1613 - 1863 Flipbook PDF
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Pahang
166 Views
65 Downloads
FLIP PDF 22.97MB
J
Perpustakaan Awam Pahang
11111111111111111111
P000032402
ff
Bendahar a Johor-Pa hang
1613-1863
Bendahara Johor-Pahang
1613-1863 SUZANA HAJI OTHMAN
Dewan Bahasa dan Pustak:a Kuala Lumpur 2014
Cetakan Pertama 2014 © Suzana Haji Othman 2014 Hak cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,m anik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Sejarah pergolakan dan pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) Tun Seri Lanang-Aceh Tun Habib Abdul Majid-Johor Tun Mutahir Tun Ali-Pahang / penyusun: Suzana Haji Othman Mengandungi indeks Bibliografi: ms. 439 ISBN 978-983-46-1153-8 1. Johor--History 1613-1863. 2. Johor--Politics and government 1613-1863 3. Pahang-- History 1613-1863.1. Suzana Hj. Othman. II. Judul. 959.5
Dicetak oleh Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kompleks Sri Utusan Lot 6, Jalan P/10, Seksyen 10 Kawasan Perusahaan Bangi 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan
KAND UN GAN
Prakata
IX
Bahagian I: Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang di Aceh 1 1. Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka 3 14 2. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang 3. Tiga Serangkai: Johor Lama, Pahang dan Perak 20 Pewaris Kesultanan Melayu Melaka 4. Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang 29 Kesultanan Aceh 5. Konflik Aceh-Johor pada Abad ke-16-17 42 6. Rencana Sultan Iskandar Muda 53 Menghadapi Ancaman Eropah 7. Perang Batu Sa war Tahun 1613 59 66 8. Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga 9. Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh 79 10. Hubungan Tun Seri Lanang dengan 99 Syeikh Nuruddin ar-Raniri Bahagian II: Tun Habib Abdul Majid Menyambung Jawatan Bendahara Johor Lama V
109
Kandungan
11 . Dilema Keluarga Bendahara Johor Pasca Tun Seri Lanang 12. Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor 13. Susunan Bendahara-Bendahara Johor Lama Sehingga Tahun 1675 14. Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid 15. Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
111 121 131 137 170
Bahagian III: Perpecahan Johor Lama dan Perang Bendahara Pahang
183
16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24.
185 202 225 241 256 272 287 321 346
Kesultanan Johor Mengambil Pahang Agenda Penjajahan British British Bermain Catur Percub an Memulihkan Adat Raja Melayu Berakhirnya Kesultanan Johor Lama Tahun Dukacita bagi Bendahara Tun Mutahir Perang Pahang Peringkat Pertama Perang Pahang Peringkat Kedua Berakhimya Kerajaan Bendahara Pahang
Lampiran A: Raja-raj a dalam Kesultanan Aceh Darussalam Raja-raja dalam Kesultanan Johor Lama
375
Lampiran B: Salasilah Raja Melaka, Johor dan Pahang (daripada Zuriat Raja Melaka)
378
Lampiran C: Sarakata Sultanah Safiatuddin mengesahkan semula keuleebalangan Tun Seri Lanang tahun 1645
381
vi
Kandungan
Lampiran D : Tun Habib Abdul Majid terbukti seorang ahlul-bait (zuriat) Nabi SAW
380
Lampiran E : Salinan Salasilah Muar (Jawi)
389
Lampiran F : Transkripsi Salasilah Muar
390
Lampiran G : Bendahara Johor Lama sebagai Raja Pahang
398
415 Lampiran H : Surat Tun Ali kepada Sultan Mahmud Muzaffar Tahun 1855 Lampiran I: 419 Surat sumpah Tun Ali kepada Tun Ahmad Tahun 1856 Lampiran J : 421 Keturunan Bendahara-bendahara Melaka-Johor-Pahang Salasilah besar Keturunan Tun Seri Lanang Biodata Pengarang
437
Bibliografi
439
lndeks
443
vii
PRAKATA
Bismillahirrahmanirrahim. Sebagaimana halnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulukala, Kesultanan Johor Lama yang meliputi tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak di sebelah selatan Singapura termasuk Riau dan Lingga tidak dapat Jari daripada kepentingan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh lnstitusi Bendahara. Hakikatnya, Institusi Raja-raja Melayu dan Institusi Bendahara warisan Melaka umpama "sebadan", iaitu saling memerlukan dan lengkap memperlengkapi. Jika fungsi Raja-raja Melayu adalah sebagai payung atau tonggak bagi bangsanya, maka Institusi Bendahara pula menjadi tiang sokongan utama ataupun tunjang yang memegang kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu tersebut. Buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang (mangkat pada tahun 1659 Masihi di Aceh) selain banyak menukilkan perjalanan keluarga diraja Melaka-Johor-Pahang, tidak ketinggalan meriwayatkan juga perjalanan sejarah keluarga bendaharanya yang berasal daripada keluarga yang sama. IX
Prakata
Maka nama-nama seperti Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Tepok, Tun Teja, Tun Fatimah dan Tun Isap Misai dalam keluarga bendahara menjadi ama-nama yang tidak asing dalam lipatan sejarah bangsa Melayu. Tokoh-tokoh ini setara dengan nama-nama keluarga dirajanya seperti Raja Iskandar Syah (Parameswara), Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Bendahara bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai tangan kanan raja, malahan puteri bendahara juga sering menjadi permaisuri raja mengikut adat Raja-raja Melayu, melahirkan waris pemerintah, selanjutnya sebilangan bendahara menjadi nenda pula (kerana puteri bendahara berkahwin dengan raja dan melahirkan raja) kepada sultan yang berdarah "gahara", maka selayaknya beliau menjadi penasihat yang teraula pula kepada baginda. Ini belum lagi termasuk ahli keluarga bendahara yang berkhidmat di istana, menjadi tiang-tiang sokongan dalam melancarkan urusan pemerintahan negeri. Begitultl? besarnya kepentingan peranan keluarga bendahara yang dinukilkan sejarahnya secara terperinci dengan mata pena Bendahara Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang sendiri dalam bukunya bertajuk Sulalatus Salatin yang masyhur berusia hampir 400 tahun itu. Walaupun peranan keluarga bendahara tetap berjalan terns seiring perjalanan sejarah keluarga dirajanya, malahan zaman kemudiannya terjalin pula dengan berbagai-bagai siasah politik yang melibatkan banyak pihak seperti Aceh, Bugis (di Johor), malahan masalah besar yang ditimbulkan dari dalam, iaitu oleh keluarga bendahara sendiri dengan pihak British menjadi dalangnya (di Pahang), malangnya peristiwa-peristiwa penting ini kurang diberikan perhatian oleh ahli-ahli akademik dan sejarawan kontemporari. Pendedahan sejarah pergolakan keluarga bendahara yang ingin didedahkan dengan mengambil peristiwa Perang Batu X
Prak:ata
Sawar tahun 1613 sebagai kisah mula, iaitu yang melibatkan Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang. Kemudian dilanjutkan kepada pergolakan dalam negeri Johor yang melibatkan siasah Laksamana Tun Abdul Jamil sehingga menaikkan nama Tun Habib Abdul Majid (mangkat pada tahun 1697) sebagai bendahara yang menyambung warisan keluarga (yang sebelum itu hampir tamat), dan Peristiwa Perang Bendahara Pahang tahun 1857-1863 pada zaman pemerintahan Raja Bendahara Tun Mutahir Tun Ali adalah sebenarnya peristiwa-peristiwa pahit manis keluarga bendahara yang banyak terkandung iktibar dan teladan untuk bangsa Melayu di tanah air tercinta ini. Semoga buku ini dapat mengajak para pembaca untuk berfikir, merenung dan bermuhasabah tentang di mana silapnya sebilangan pemerintahan tradisional bangsa Melayu. Semoga kisah-kisah sejarah yang melibatkan keluarga bendahara Johor-Pahang ini dapat kita jadikan iktibar dan teladan dalarn mengharungi cabaran-cabaran bangsa dan agama kita untuk hari ini dan yang akan datang. Selarnat membaca. Ke arah mengembalikan Maruah, Semangat, dan Kedaulatan Bangsa Melayu !
Xl
Bahagian I
BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG DI ACEH
1
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Institusi Bendahara merupak:an sebuah institusi Melayu tradisional yang amat kurang dimengerti, apatah lagi dihargai oleh orang Melayu pada hari ini. Walaupun institusi yang pemah mewarnai landskap pemerintahan bangsa Melayu emenjak zaman Kesultanan Melayu Melak:a pada awal abad ke-15 sehingga terhapusnya institusi tersebut selepas berlakunya tragedi Perang Bendahara Pahang (Perang Saudara Pahang) pada tahun 1857-1863 itu terlalu diketahui umum, namun falsafah dan inti sari di sebaliknya sering di alahertikan. Suatu kesilapan ketara dalam ikhtiar mencari kefahaman tentang Institusi Bendahara ialah apabila cuba menyamak:an jawatan tersebut dengan jawatan Perdana Menteri seperti yang terdapat dalam corak: pemerintahan negara kita masa kini, iaitu dengan melihat kepada jawatan tersebut dalam konteks yang paling sempit sebagai ketua bagi segala para pembesar Melayu tradisional. Walhal realiti sebenar adalah lebih jauh daripada itu. Jika dilihat dari sudut pandangan Islam, jawatan Bendahara Melaka sebenarnya ialah Menteri Tafwiz sebagai 3
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
satu bahagian yang penting dalam corak pemerintahan Islam. Menteri Tafwiz (Menteri yang Ber uasa) diberikan kuasa penuh oleh Khalifah atau Raja untuk menjalankan semua urusan pentadbiran negeri mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan Menteri itu sendiri serta melaksanakannya mengikut ijtihadnya. 1 Dari sudut pandangan Sejarah Melayu pula, Bendahara Melayu Melaka berasal dari Palembang. Demang Le bar Daun yang menjadi raja kerajaan Melayu di Bukit Siguntang telah merajakanSangNilaUtamakeranamelihatkankelebihantuah dan berkatnya, kerana Sang Nila Utamajuga berasal daripada keturunan raja-raja. Sedangkan dirinya kini diletakkan pada suatu kedudukan yang kemudiannya dipanggil Bendahara yang membawa erti "tempat perbendaharaan bagi segala rahsia raja". Suatu waad atau magna carta telah dibuat. Demang Lebar Daun telah meletakkan syarat kepada Sang Nila Utama dan keturunannya dalam peranan sebagai Raja-raja Melayu untuk memelihara kebajikan umat Melayu. Sebagai balasannya, Demang Lebar Daun telah bersetuju supaya "hamba Melayu tidak akan derhaka kepada rajanya". Kedua-dua pihakjuga telah bersetuju bahawajika keturunan daripada mana-mana pihak melanggar waad yang dibuat, maka pihak yang lain tidak lagi terikat dengan perjanjian sumpah setia tersebut. Bagi mengukuhkan jalinan ikatan antara kedua-dua pihak ini dalam hubungan sebagai Raja-Bendahara, Sang Nila Utama telah dikahwinkan dengan puteri Demang Lebar Daun yang bemama Radin Chandra Puri. Daripada perkahwinan ini telah melahirkan keturunan raja-raja Melayu Melaka dan meletakkan batu asas kepada adat Abu Al-Hasan Aliy bin Muhammad bin Habib Al-Basriy Al-Baghdadi AI-Mawardi, 1993. Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah (Hukum - hukum pemerintahan dan kekuasaan agama).
4
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Melayu dalam hal perkahwinan seorang raja Melayu dengan puteri bendahara yang diharapkan bakal melahirkan waris pemerintah yang gahara. Demang Lebar Daun jugalah yang memberikan gelaran Yang di-Pertuan kepada Raja, "berpatik", "bertuanku" dengan baginda serta meletakkan beberapa adat raja Melayu yang lain. Menurut Sejarah Melayu: "Maka adinda baginda Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara, digelar Tun Perpatih Permuka Berjajar, ialah yang pertamajadi Bendahara". Seri Wak Raja ialah gelaran Bendahara Melaka yang pertama selepas kedatangan Islam.2 Semenjak itu, jawatan Bendahara dipegang oleh kerabat raja yang lebih tua, lazimnya bapa saudara raja itu sendiri. Maka daripada Bendahara ini serta orang besar yang bergelar "Tun" pada masa itu, bermulalah keluarga atau kerabat yang dikatakan "anak tuan-tuan" atau golongan "pertuanan" .3 Tugas utama Bendahara ialah "memerintah, memberi kebajikan atas bumi yang dilingkari raja itu" 4 , iaitu mentadbir kerajaan yang beraja secara fizikal. Di sinilah letaknya keunikan Institusi Bendahara atas fungsinya yang bersifat "separuh raja separuh pembesar", iaitu dalam martabat Bendahara setaraf Raja tetapi dalam masa yang sama tetap berperanan sebagai hamba Melayu yang taat kepada baginda. Dalam hal ini, sebagai penjaga peribadi dan penasihat sultan yang tertanggung sepenuhnya atas pundak Bendahara, segala perkara yang rnerangkumi urusan peribadi baginda sehinggalah kepada perkara yang bersangkutan dengan hal 2
3 4
Tun Seri Lanang, 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu, edisi A. Samad Ahmad. Kuala Lumpur: DBP, him 72). Lihat juga Muhammad Yusuff Hashim dan Aruna Gopinath, 1992. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur, Pahang Darul Makmur, 1800-1930, (Lampiran salasilah). Rujuk Syed Zultlida, 1996. Laporan Majlis Polemik Sejarah Malaysia sesi VJ/I: Kesultanan Me/aka; Pentadbiran dan Politik. Arkib Negara, him 104-107. Tarjan Hadidjaja, Adat Raja-Raja Melayu, him 73.
5
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
ehwal pentadbiran negeri adalah menjadi tanggungjawab Bendahara yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa kesedaran. Bendahara dituntut untuk menjadi orang yang paling setia kepada Raja, yang paling prihatin akan hal ehwal baginda, yang paling menjaga kepentingan baginda dan sentiasa berada di sisi baginda dalam keadaan susah dan senang. Dalam hal ini tidaklah keterlaluan untuk menyatakan bahawa Bendahara dituntut menjadi orang yang pertama memberik:an kebaktian dan khidmat sepenuhnya kepada Duli Yang Dipertuan. Dalam pemerintahan mana-mana Raja Melayu yang masih kecil, Bendahara bertindak sebagai Pemangku Raja, iaitu Bendahara duduk di atas singgahsana dan Raja pula diletakkan di haribaan Bendahara. Jika raja berangkat ke luar negeri, Bendahara dipertanggungjawabkan memangku kerajaan dengan dua orang pembesar menjadi pembantu khas. Bendahara juga mengambil peranan sebagai ketua angkatan tentera mengatasi Hulubalang Besar dan Laksamana dalam mengetuai angkatan perang. Contohnya, Bendahara Tun Perak yang menghalau Siam dari perairan Melaka, malahan mengalahkannya dalam perang di Singapura. Bendahara Tun Mutahir juga mengetuai angkatan Melaka dan Pahang melawan serangan Ligor, manakala Bendahara Paduka Raja Tun Jenal mengetuai hulubalang Johor menumpaskan kubu Portugis di Melaka pada tahun 1641. Bendahara juga bertindak sebagai Ketua Hakim dan dalam beberapa hal, mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa perlu merujuk kepada Sultan. Bendahara juga dipertanggungjawabkan untuk mentadbirkan undangundang terhadap golongan pembesar dan kerabat bangsawan sehingga mempunyai balai raya sendiri untuk perbicaraan, menyambut tetamu, para pedagang dan sebagainya.
6
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Kedudukan Bendahara Melaka sangat penting hingga dalam majlis santapan diraja, Bendahara makan bersamasama dengan putera-putera diraja, bahkan raja-raja dari mana-mana negeri yang kecil makan bersama dengan Bendahara dan tidak dengan Sultan. Adat Melayu juga merujuk Bendahara sebagai pengganti raj a, jikalau kemangkatan Sultan tiada berwaris .5 Kedudukan Bendahara yang setaraRajadalamKesultanan Melayu Melaka dan Johor dapat diperhatikan dalam beberapa petikan Sejarah Melayu seperti yang berikut: "Bermula jikalau (Bendahara) Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai,jikalau anak-anak raja datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang, segala orang besar-besar dan segala orang kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya." "Adapun yang kena sireh no bat pertama Bendahara dan anak raja-raja, dan (kemudian) penghulu Bendahari, dan Temenggong, dan Menteri keempat, dan kadi, dan pakeh, dan Laksamana, Seri Bija Diraja, dan sida-sida yang tua-tua. Dan barang siapa yang dikehendaki raja, dan cateri, itupun jikalau ada Bendahara menghadap nobat; jikalau tiada Bendahara, tiadalah bersirih puan itu, jika ada anak raja-raja sekalipun." "Maka Raja Kedah pun makanlah sisa Bendahara itu samasama dengan Tun Hassan Temenggung." "Maka Bendahara Seri Maharaja pun makan seorangnya. Segala orang yang banyak itu ada menanti Bendahara makan, kerana adat Bendabara Melaka, tiada makan sama-sama dengan orang. Setelah sudah Bendahara makan, maka orang lain pun 5
Adat ini pernah dipraktikkan apabila Sultan Mahmud Syah II daripada Kesultanan Johor Lama (pewaris Melaka) yang mangkat dalam peristiwa Marhum Mangkat di Julang pada tahun 1699 tiada meninggalkan waris. Maka naiklah Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil menjadi Sultan Johor yang berikutnya bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718).
7
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) makan. Demikian istiadat dahulu kala." "Kerana adat Bendahara Melaka, apabila membicarakan orang, Temenggong dan Laksamana tiada berpisah dengan Bendahara. Jikalau orang biada 1akunya pada Bendahara, Laksamanalah membunuhnya, dan jikalau orang yang patut ditangkap dan dipasung, maka Temenggonglah yang menangkap dan memasungnya. Demikianlah adat istiadat zaman dahulu kala."
Kesimpulannya, kepentingan jawatan Bendahara yang diberikan mandat sebagai Penghulu bagi institusi pembesar Melayu tradisi dapat dihayati melalui wasiat Sultan Melaka yang bemama Sultan Mahmud Shah I (1488-1511) yang menitahkan: "Adapun barang tahu Bendahara dan segala Orang Kaya-Kaya, bahawa dunia ini akan lepaslah dari genggaman kita, melainkan semata-mata akhirat yang kita hadapi. Adapun anakku Sultan Muda ini, dahulu Allah SWT, kemudian Rasul Allah, setelah itu kepada Bendahara dan Orang-Orang Kaya sekelian pertaruh kita, daripada memelihara dan mengajar, menegur dia, kerana dia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya. Lagi ia piatu. Telah yakinlah kita akan pelihara Bendahara dan Orang KayaKaya sekelian akan dia" 6 •
Institusi Bendahara merupakan mekanisme dalaman yang memberikan keseimbangan, membekalkan check and balance dalam hal pemerintahan Raja-raja Melayu mutlak. Perhatikan: Pertama: Walaupun mengamalkan sistem raja-raja mutlak, kedudukan Bendahara daripada kalangan keluarga sendiri yang lebih tua dapat menolong memastikan Raja tidak terseleweng daripada batasan adat Raja-raja Melayu dan hukum syariat. 6
Tun Seri Lanang, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), edisi A. Samad Ahmad, op .cit, hlm 287.
8
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Dalam adat resam masyarakat Melayu tradisional dengan pegangan syariat Islam dan peradaban Melayu yang lebih kuat berbanding masyarakat Melayu moden hari ini, takzim dan pemuliaan yang tinggi diberikan kepada orangorang tua, apatah lagi jika berdarah daging sendiri. Apa jua masalah keluarga akan dibawa kepada perhatian orang tuatua yang akan menegur dan menasihati, tanpa berasa takjub, hairan, kekok atau rendah diri pada kedudukannya. Apatah lagi Dato' Bendahara yang diamanahkan dalam aturan pemerintahan tradisional sebagai penasihat baginda. Fungsi Bendahara mencerminkan peranannya sebagai Menteri Tafwiz yang memastikan pemerintahan Kepala Negara Islam terbendung dalam batasan yang diharuskan oleh syariat. Kedua: Kedudukan Bendahara yang tetap berada di bawah payungan Raja, iaitu Raja tetap menjadi tuannya, yang mana sesetengah perkara penting adalah langsung di luar kuasa Bendahara, juga merupakan satu kaedah check and balance yang berkesan bagi memastikan Bendahara tidak memperalatkan Raja untuk kepentingannya sendiri. Had kuasa Bendahara adalah seperti yang terkandung dalam konsep Islam berkaitan dengan hubungan Kepala Negara-Menteri Tafwiz, iaitu Kepala Negara tetap merupakan pernerintah umat Islam yang paling tinggi yang memastikan Menteri Tafwiz tetap menjalankan tugas atas namanya dan di bawah mandatnya. Ketiga: Kedudukan Bendahara yang sedarah Raja, iaitu berdarah gahara serta kerabat baginda, menjadikan tanggungjawab Bendahara sebagai penjaga Adat Raja-raja Melayu dan Ketua Hakimmenjadi lebih berkesan .Ini keranakebesaran,kemuliaan 9
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dan kemewahan sudah secara semula jadi menjadi pakaian keluarga Bendahara secara turun-temurun sebagaimana Raja, maka lazimnya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam melaksanakan amanah yang dipikulnya. Keempat: Sejarah keluarga Bendahara yang sewarisan Raja dapat menjamin Bendahara mempunyaipride o fprofession dalam melaksanakan tugasnya serta berasa penuh tanggungjawab untuk memelihara nama baik keluarga dan keturunan yang mewakili Institusi Raja-raja Melayu serta Institusi Bendahara. Keturunan Bendahara daripada darah bangsawan juga bertepatan dengan kaedah agama yang mementingkan ciri nasab yang baik yang disyorkan dalam hal pelantikan pembesar. Kesimpulannya, dalam hubungan Raja-Bendahara sebagai Kepala Negara-Menteri Tafwiz ini wujud mekanisme check and balance dalaman yang unik dan berkesan, atas sifat kedua-duanya dalam lingkungan sedarah, seketurunan, sewarisan dan mempunyai kebesarannya masing-masing. Hal ini akan dapat mencetuskan sifat saling memelihara maruah dan kemuliaan institusi keluarga (lnstitusi Raja-raja Melayu dan Institusi Bendahara) yang dikongsi bersama itu. Sedangkan tidak wujud masalah persaingan antara keduaduanya atas sifat Raja sebagai penaung Bendahara, mahupun dalam sifat Bendahara yang tetap berperanan sebagai hamba Melayu yang taat. Ringkasnya, dalam konteks Institusi Raja-raja Melayu, Bendahara menjaga Raja, Raja menjaga Bendahara dan kedua-duanya tertakluk pada Adat Raja-raja Melayu serta syariat Islam sebagai penguasa-penguasa tertinggi yang mendapat mandat Allah SWT dalam urusan mentadbir kehidupan umat Islam berbangsa Melayu. 10
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Keunikan serta keberkesanan hubungan Raja-Bendahara warisan Kesultanan Melayu Melaka yang mencetuskan kaedah check and balance ini telah terbukti berulang kali berlaku dalam sejarah.
Salasilah Bendahara Melaka, Johor dan Pahang Keturunan Bendahara-bendahara Melayu disebut sebagai berasal daripada titisan Demang Lebar Daun, seorang raja Palembang yang bersemayam di sebuah tempat yang bemama Bukit Siguntang. Demang Lebar Daun pula berketurunan Raja Suran, cucu-cicit Iskandar Zulkamain,7 seorang penakluk dunia yang agung pada zaman dahulukala. Bendahara Melaka yang pertama bernama Tun Perpatih Tulus, muncul pada zaman pemerintahan Raja Iskandar Syah ( 1390-1414). Dari segi pertalian darah, Bendahara Tun Perpatih Tulus ialah bapa saudara dan mentua kepada Raja Iskandar Syah. Raden Bagus menjadi Bendahara Melaka yang kedua diikuti dengan Raden Anum (Sri Amar Diraja), kemudiannya Tun Perpatih Sedang dan seketika, Tun Ali 8 • Bendahara Melaka yang keenam dan paling terbilang, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Perak muncul pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456). Tun Perak juga sempat berkhidmat dengan tiga raja Melaka yang seterusnya, iaitu Sultan Mansur Syah (1456-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ini bermakna Tun Perak memegang tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih 7
8
Iskandar Zulkarnain dikatakan berasal daripada keturunan Nabi Sulaiman a.s. Baginda mempunyai empayar yang amat luas di bumi timur dan barat. Menurut sejarahnya, keturunan Iskandar Zulkarnain telah turun dari daerah Yunani (Romawi kuno), menjelajah ke negeri-negeri di Asia Barat, China dan seterusnya sampai ke daerah Palembang dalam sebuah tempat yang dikenaU sebagai Bukit Siguntang yang terdapat Sungai Melayu. Muhammad YusuffHasyim dan Aruna Gopinath, Pahang Darul Makmur, 1800/930, Salasilah Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur; Lampiran 1.
11
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
kurang setengah abad, iaitu hampir setengah usia Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan seorang putera Pahili daripada Kesultanan Gujerat yang bernamaAmir Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Zulkarnain Baharshid ibni Nizamul MulkAkbar Syah atau timangannya Mani Purindan di istana Melaka pada awal abad ke-15 telah membuka lembaran baharu dalam sejarah pemerintahan Bendahara-bendahara Melaka. 9 Baginda bolehlah disebut sebagai patriach atau bapa kepada semua keturunan Bendahara selepas berakhirnya pentadbiran bendahara daripada jurai Tun Perak. Melalui puteranya Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Ali lahirlah Bendahara-bendahara Melaka daripada jurai Mani Purindan bermula dengan Tun Mutahir, iaitu salah seorang Bendahara Melaka yang termasyhur. Seorang putera Aceh yang berasal daripada titisan Rasulullah SAW dari Hadhramaut, Yaman, iaitu Sayid Zainal Abidin telah membuka lembaran baharu dalam sejarah keluarga Bendahara Johor Lama sebagai pewaris langsung kepada keluarga bendahara Melaka. Sayid Zainal Abidin telah berkahwin dengan puteri Bendahara Tun Jenal (Tun Jenal adalah putera Tun Seri Lanang) dan melahirkan Maharaja Seri Diraja. Maharaja Seri Diraja pula adalah ayahanda kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid atau Bendahara Padang Saujana (mangkat pada tahun 1697), iaitu seorang bendahara Johor Lama yang terbilang. 10 9
Rujuk (Tun) Suzana Tun Hj. Othman, 2008. Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd., him. 176-195. Mani Purindan mempunyai salasilah bangsawan daripada Kesultanan Delhi yang dipegang oleh keturunan berdarah Arab Parsi. Beliau melahirkan keturunan bangsawan daripada kesultanan Pasai dan Deli di Sumatera Utara. Rujuk Sulalatus Salatin (him. 81) dan Hikayat Deli. 10 Rujuk R.O. Winstedt, "Temenggungs of Muar", JMBRAS, Vol. X, pt. l , him. 30-31. R.O Winstedt, "A History of Johore" (1365-1895), JMBRAS, Vol. X, pt. 3, Appendix III, hlm. 134. (Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman, 2006. Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor, Putera Aceh dan Zuriyyah Rasulullah SAW. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
12
Bendahara Johor Lama Pewaris Bendahara Melaka
Tun Habib Abdul Majid inilah patriach atau bapa kepada raja-raja bagi beberapa kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu daripada titisan bendahara, antaranya Kesultanan Johor Lama dan Moden, Kesultanan Pahang Moden dan Kesultanan Terengganu. 11 Pada hari ini, keturunan Tun Habib Abdul Majid masih terus bertakhta dalam Kesultanan Johor Moden, Pahang Moden dan Terengganu. Kesultanan Selangor dan Raja-raja Riau juga merupakan anak cucu Tun Habib Abdul Majid, tetapi melalui nasab sebelah perempuan, iaitu cucu Tun Habib yang bemama Tengku Mandak. 12 Kesultanan Siak pula mempunyai beberapa raja daripada titisan Tun Habib Abdul Majid melalui cucunya Tengku Kamariah. 13 Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid adalah induk kepada keluarga bendahara Johor-Pahang (Lama) selepas putusnya zuriat pemerintah daripada titisan waris raja-raja Melaka serta sultan-sultan Pahang Moden, Terengganu dan Johor Moden.
11 Kesultanan Terengganu dianugerahkan kepada putera Tun Habib Abdul Majid yang bemama Tun Zainal Abidin oleh Kesultanan Pattani, menjadi Sultan Zainal Abidin I (1725-1733). 12 Tengku Mandak ialah puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid. 13 Tengku Kamariah juga merupakan puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.
13
:'
2
Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang
Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja menempa sejarah gemilang dengan kelahiran raja-raja yang hebat dan berdaulat besar seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah I, tetapi juga telah melahirkan tokoh-tokoh Bendahara yang matang dan berwibawa sebagai pemelihara daulat raja-raja Melaka, iaitu dalam peranannya "memerintah, memberi kebajikan atas bumi yang dilingkari raja itu". Contohnya, Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang dicatatkan ketokohannya dalam Sejarah Melayu seperti yang berikut: "Syahadan, Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) itulah dikatakan orang bijaksana, kerana pada zarnan itu tiga buah negeri yang sarna besarnya: pertarna, Majapahit: kedua, Pasai: ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja." 1 Sejarah Melayu (versi A. Samad Ahmad), him. 93.
14
Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang
Selepas Melaka tumpas di tangan Portugis, pusat pemerintahan kerajaan Melaka berpindah ke Johor sehingga mewujudkan Kesultanan Melayu Johor Lama yang meliputi Tanah Besar Johor, Pahang, Singapura serta pulau-pulau yang terletak di bahagian selatannya termasuk Riau dan Lingga. Sebagaimana nenek moyang mereka pada zaman Melayu Melaka, bendahara-bendahara Johor sebagai pewaris langsung kepada bendahara-bendahara Melaka terus memikul tanggungjawab tradisi sebagai pendukung daulat Institusi Raja-Raja Melayu. Peranan yang amat berat ini tetap dipikul dengan penuh tanggungjawab, berhemah dan berkesan. Dalam hal ini, adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan-kesultanan bersaudaranya telah melahirkan ramai keturunan bendahara yang bukan sahaja telah mewarnai dan menceriakan landskap sejarah pemerintahan orang Melayu zaman tradisi, tetapi juga terkenal dengan ketokohan dan keunggulan mereka. Daripada kalangan keluarga Bendahara lahir tokohtokoh yang berwibawa seperti Tun Perak dan Tun Mutahir, pahlawan-pahlawan Melayu perkasa seperti Bendahara Paduka Tuan dan Tun Jenal, tokoh yang menjadi pelopor budaya Melayu seperti Tun Hassan Temenggong, pengasas silat gayung, iaitu Tun Biajid, pujangga Melayu terunggul seperti Tun Isap Misai dan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang, tokoh yang berjasa menyelamatkan maruah Institusi Beraja seperti Raden Anum, Tun Habib Abdul Majid dan Tun Habib Abdul Jalil (kemudian menjadi Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV) dan ramai lagi tokoh lain seperti Tun Khoja Ahmad, Tun Abdul Majid, Tun Ali dan sebagainya. Malahan daripada titisan bendahara juga lahirnya serikandi Melayu terbilang seperti Tun Kudu, Tun Fatimah, Tun Che' Ayu (Serikandi Riau), Tun (Wan) Puteh (Serikandi Mandailing), dan Tun Teja. 15
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Salah seorang tokoh bendahara yang paling menonjol ialah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad, atau lebih terkenal dengan jolokan Tun Seri Lanang. Lahir pada tahun 1565 di Seluyut dan menjadi bendahara kepada dua sultan bagi kerajaan Johor Lama yang bemama Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1570/71-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Syah ill (1597-1615). Tun Seri Lanang juga ditakdirkan bakal menjadi penasihat kepada tiga sultan Kerajaan Islam· Aceh Darussalam, Sultan Iskandar Muda (1607-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641), dan Sultanah TajulAlam Safiatuddin Shah (1641-1675). DiAceh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka T1,m Seberang. 2 Tidak ramai yang mengetahui bahawa tokoh bangsawan Melayu ini bukan sahaja berasal daripada titisan bendahara Melaka yang termasyhur seperti Tun Perak dan Tun Mutahir, malahan Tun Seri Lanang juga boleh dijejak salasilahnya kepada Makhdum Sayid Abdul Aziz, mubaligh Arab Syed yang mengislamkan Sultan Muhammad Syah Melaka (14241444) dan menjadi penasihat peribadi kepada baginda. Perhatikan: Makhdum Sayid Abdul Aziz mempunyai seorang anak yang bemama Sayid Maulana Yusuff, pemah dilantik sebagai Kadi Melaka. 3 Raja Melaka yang terakhir, iaitu Sultan Mahmud Syah I pernah belajar agama daripadanya. 4 Anak Sayid Maulana Yusuff yang bemama Sayid Menawar juga pernah menjadi Kadi Melaka, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477) sehingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah 1.5 Sayid Menawar mempunyai seorang puteri yang ber2 3 4 5
M. AdJi Abdullah, 2004. "Permata Melayu di Negeri Aceh". Kertas kerja Majlis Pengkisahan Sejarah Ketokohan Tun Seri Lanang pada 15hb Jun di Johor Bahru. Sejarah Melayu, (versi A. Samad Ahmad), hJm. 147. Ibid., him. 189. Ibid., him. 185
16
Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang
kahwin dengan seorang pembesar Melaka. Keturunannya telah mengikat jalinan perkahwinan dengan keluarga Bendahara Johor Lama yang kemudiannya melahirkan Tun Seri Lanang6 (lihat Silsilah Bendahara Melaka-JohorPahang). "Walaupun Tun Seri Lanang telah menjadi bendahara dari zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah lagi, bagaimanapun tanggungjawabnya meningkat dan menjadi emakin berat semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ill. Ini berikutan Sultan Alauddin seorang raja yang suka berpeleseran dan kurang berminat terhadap urusan pentadbiran negeri sehinggakan dalam banyak hal, Tun Seri Lanang sendiri yang terpaksa mengaturnya bersama-sama dengan adinda Sultan Alauddin yang bernama Raja Abdullah atau Raja Bongsu itu. 7"
Tidak banyak catatan yang diperoleh mengenai Tun Seri Lanang semasa menjadi bendahara Johor. Zaman pentadbirannya menyaksikan banyak pertempuran antara pihak Portugis dengan orang Joh or, sedangkan pihak Belanda juga sentiasa mencari peluang untuk memukul kekuatan Portugis di mana mungkin. Dengan cara ini Belanda dapat 6 Sejarah Melayu, edisi pelajar (penyelenggara A. Samad Ahmad), him. 198,202,208,210. 7 Menurut catatan Sejarah Melayu, selepas kemangkatan Sultan Ali Jalla, Tun Seri Lanang hendak melantik Raja Abdullah sebagai sultan dengan restu dan kerelaan kakandanya, Raja Mansor. Bagaimanapun, Raja Abdullah enggan, oleh itu Tun Seri Lanang terpaksa menabalkan juga Raja Mansor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. Mungkin Tun Seri Lanang dari awal tidak ada keyakinan pada kewibawaan Raja Mansor untuk menjadi pemerintah, tetapi terpaksa juga menabalkan baginda apabila adindanya Raja Abdullah menolak permintaan Tun Seri Lanang untuk menjadi raja. Kebimbangan Tun Seri Lanang terbukti kemudiannya apabila Raja Mansor atau Sultan Alauddin bukan sahaja banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai raja, malahan telah bersekongkol pula dengan pihak Portugis sehingga akhirnya menyebabkan baginda dibunuh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Aceh.
17
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendabara Johor-Pahang (1613-1863)
menjalin persahabatan yang erat dengan Johor. 8 Dalam satu catatan Belanda ada menyebut tentang perjanjian persahabatan antara seorang wakil Belanda yang bemama Laksamana Matelief dengan Sultan Alauddin dan Tun Seri Lanang pada 23 September 1606. Dalam perjanjian tersebut tercatat keengganan Tun Seri Lanang untuk membantu Belanda mengepung negeri Melaka, iaitu urusan tersebut lebih suka diserahkan ·kepada orang Belanda sendiri untuk menguruskannya. 9 Bagaimanapun sebelum berlaku peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613, Tun Seri Lanang sempat menabur jasa yang besar di Johor apabila dititahkan oleh Raja Abdullah untuk menyusun kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Seperti yang ditulisnya sendiri dalam mukadimah kitab tersebut seperti yang berikut: "Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbi! 'alamin, wa salawat wa '1-sallama,' ali Rasul Allah, sallallahu' alahi wassalama wa sahabat ajma'in masailah sudah memuji Allah dan mengucap salawat akan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallama, seribu dua puluh esa tahun, pada tahun du al-awal pada dua belas haribulan Rabi'ul awal pada hari Ahad pada wak.tu dhuha, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alauddjn Riayat Shah, zillullahj fil 'alam sedang bernegeri di Pasir Raja. Dewasa itu, bahawa Seri Nara Wangsa yang bernama Tun Bambang anak. Seri Agar Raja Petani iaitu datang menjunjungkan titah Yang Dipertuan di Hilir, fa innahu sharrafa'l makana wa'z zamana (bahawasa iasanya kemuliaan tempat dan zaman) waziru majalisi ahli'l imanj (dan ia perhiasan segala kedudukan orang yang beriman) wa nur mad raja al ta'at wa'l ihsan (dan ia menerangkan segala tangga taat dan kebajikan ) zayyada fadlahu wa 'l imtinan (dan ditambahj Allah Taal a kiranya dengan kelebihan dan kemurahan), wa abbada 'adlahu fi sa'iri'l buldan 8 9
Polisi yang sama digunakan di Aceh, juga menghasilkan keuntungan yang lumayan apabila Aceh mengiktiraf dan menjalin persahabatan dengan Belanda. Buyong Adil, op.cit, him. 62.
18
Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang
(dan dikekalkan kiranya ia dengan adil pada segala negeri)". "Demikian bunyin ya titah yang maha mulia itu: Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan segala RajaRaja Melayu dengan istiadatnya supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinya segala perkataan. Shahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya". "Setelah fakir alladi murakkabun 'ala jahlin f ' al taksir (yakni fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya dan singkat pengetahuan ilmunya) alladi murakab 'alajahiliyah (yakni yang kenderaan atas bebalnya) mendengar titah yang maha mulia itu, maka terjunjunglah atas batu kepala fakir dan beratlah atas segala anggota fakir. Maka bergoncanglah diri fakir pada mengusahakannya, Shahadan memohon taufik ke hadrat Tuhan sani'al' alam dan kepada Nabi sayyida'l anam. Maka fakir karanglah hikayat ini kama sarni' tu minjaddi wa'abi, dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tua-tua dahulukala, supaya akan menyukakan duli hadirat baginda. Maka fakir namainya hikayat ini Sulalatu's- Salatina yakni Petuturan Segala Raja-Raja". "Maka barangsiapa membaca dia jangan lagi dibicarakannya dengan sempurna bicaranya, kerana sabda Nabi sallallahu ,'alaihi wa sallama: 'Tafakkaru fi ala'i Llahi wala tafakkaru fi dzati 'Llahi', yakni bicarakan olehmu segala kebesaran Allah dan jangan fikirkan pada dzat illah" .10
Bermakna Tun Seri Lanang menerima titah Raja Abdullah atau yang disebut juga Yang Dipertuan di Hi1ir untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin pada 12 Rabiulawwal 1021 Hijrah bersamaan 13 Mei 1612 Masihi, iaitu pada masa Sultan Alauddin sedang bersemayam di Pasir Raja atau Pekan Tua. I I
10 Sejarah Melayu, him. 1-3. 11 Sebelum itu pusat pentadbiran Johor adalah di Batu Sawar yang lokasinya tidak berapa jauh dari Pasir Raja. Walaupun Pasir Raja menjadi tempat persemayaman yang baharu bagi Sultan Alauddin, namun baginda masih tetap menggunakan istana Batu Sawar untuk berbagai-bagai urusan negeri seperti menerima kunjungan para pelawat termasuk raja-raja dan orangorang besar dari negeri-negeri lain.
19
3
Tiga Serangkai: Johor Lama, Pahang dan Perak Pewaris Kesultanan Melayu Melaka
Raja-raja Melayu Melaka dikatakan bersusur galur daripada titisan Sang Nila Utama dari wilayah Palembang, Sumatera, di sebuah tempat yang bemama Bukit Siguntang. Menurut Sejarah Melayu, 1 riwayatnya bermula apabila Demang Lebar Daun yang menjadi Raja Palembang telah menemui tiga orang putera bangsawan yang berasal daripada titisan Iskandar Zulkamain. Mereka bemama Nila Pahlawan (Sang Si Perba), Krishna Pendita dan Sang Nila Utama (Seri Teri Buana). Demang Lebar Daun yang kebetulan berasal daripada keturunan yang sama amat takjub dengan kewujudan beberapa tanda kekeramatan pada ketiga-tiga putera bangsawan itu, lalu menjadikan mereka anak-anak angkatnya. Tidak lama kemudian, Nila Pahlawan telah dilantik menjadi raja di alam Minangkabau yang kemudian bergelar Pagar Ruyung, Krishna Pandita pula diangkat menjadi raja di Tanjung Pura. Demang Lebar Daun kemudian telah menabalkan putera angkatnya yang ketiga, iaitu Seri Teri Buana atau Sang Nila Utama merajai negeri Palembang menggantikan kedudukannya, sedangkan dirinya diletakkan pada suatu kedudukan yang dipanggil Bendahara, bermaksud "tempat Sejarah Melayu, (versi A. Samad Ahmad), him. 19-25.
20
Tiga Serangkai: Johor Lama, Pahang dan Perek Pewaris Kesultanan Melayu
perbendaharaan segala rahsia raja". Selepas memerintah selama beberapa tahun, Sang Nila Utama telah berhijrah serta beraja pula di negeri Bentan (Riau), kemudian berpindah ke Temasik (Singapura) dan memerintah selama 48 tahun di situ sehingga mangkat pada tahun 1348 .2 Generasi kelima. daripada Sang Nila Utama yang bernama Parameswara3 kemudian telah pergi ke Melaka dan membuka negeri di situ bersama pengikutnya pada tahun 1394. 4 Baginda berusaha memajukan Melaka yang pada asalnya hanya sebuah perkampungan nelayan yang tidak begitu dikenali serta wujudnya perlanunan,5 namun kemudian menjadi besar dan hebat setanding kerajaan Srivijaya dan Majapahit yang pernah wujud sebelumnya. Pada masa itu, kerajaan Majapahit dan Siam masingmasing mendakwa Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah taklukan mereka, bagaimanapun Melaka hanya membayar ufti kepada Siam yang dianggapnya paling mengancam. Oleh itu, kedatangan Laksamana Zheng He (Cheng Ho), seorang penganut Islam yang diutus oleh Maharaja Yongle daripada dinasti Ming dari China pada tahun 1403 telah diambil kesempatan oleh Parameswara untuk memohon pengiktirafan serta perlindungannya. Kemudian, Parameswara menyusul dengan menghantar utusannya menghadap Maharaja Cina sehingga berjaya mendapat pengiktirafan dalam bentuk anugerah cap mohor, kain sutera dan payung diraja. 6 2
3 4 5
6
Raja-raja Melayu Temasik ialah Sang Nila Utama (1300-1348), Paduka Seri Pikrama Wira (1348-1363), Seri Rana Wira Kenna (1363-1376), Paduka Seri Maharaja (1376-1389) dan Parameswara (1389-1392). Rujuk Pengiran Dr. Hj. Mohammad Pengiran Hj. Abd Rahman, 2001. Islam di Brunei Darussalam. Dewan Bahasa Pustaka Brunei, him. 79. Dikenali juga sebagai Permaisura atau Palirnisula. Ibid.
Dr. Ismail Hamid, 1986. Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. him. 91. Ibid., hlm. 92
21
• Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Pada tahun 1406, iaitu ketika berusia 72 tahun, Parameswara telah berkahwin dengan puteri daripada Kesultanan Samudera-Pasai (Aceh sekarang) yang bernama Puteri Ratna PrumaF lalu memeluk agama Islam yang namanya ditukar menjadi Iskandar Syah. 8 Kedatangan Laksamana Cheng Ho sekali lagi ke Melaka sebagai utusan Maharaja Cina pada tahun 1409 adalah sebagai memberikan amaran kepada mana-mana kuasa yang cuba menakluk Melaka bahawa kesultanan tersebut adalah di bawah perlindungan China. Jurubahasa Cheng Ho yang bemama Ma Huan, juga seorang penganut Islam, telah mencatatkan bahawa berbanding dahulu, Melaka kini telah berkembang pesat sebagai sebuah bandar besar dengan menggunakan sistem pemerintahan beraja Islam. 9 Seterusnya, kunjungan utusan Maharaja Cina itu dibalas pada tahun 1411 apabila Sultan Iskandar Syah berserta rombongan kaum keluarga dan para pembesarnya telah menghadap Maharaja Cina, untuk memaklurnkan bahawa baginda telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Sultan Iskandar Syah. Kunjungan tersebut disambut penuh kebesaran dan kemuliaan oleh Maharaja Ming. 10 Maka Sultan Iskandar Syah menjadi Raja Melayu Melaka yang pertama, dan pertama memeluk Islam, daripada titisannya lahir raja-raja Melaka yang berikutnya, kebanyakannya melaksanakan pemerintahan dengan berpandangan luas dan jauh, bersifat cendekiawan, bertilikan tajam dan berupaya mengembangkan tamadun dan budaya Melayu Islam yang awal sehingga Kesultanan Melayu Melaka mencapai mercu. 7
8
Muzium Aceh, Bandar Aceh. Puteri Ratna Prumal ialah puteri Sultan Zainal Abidin Bahiyan Syah Samudera Pasai (1350-1394). Prof. Dr. Slamet Muljana, 1976. A Story o f Majapahit. Singapura:University Press, him. 319. Dr. Ismail Hamid, op.cit, him. 92.
9 10 Ibid.
22
Tiga Serangkai: Johor Lama, Pahang dan Perek Pewaris Kesultanan Melayu
Semenjak masa tersebut, Melaka telah berkembang menjadi sebuah kesultanan Islam yang maju dan makmur. Kebetulan lokasi pelabuhannya yang strategik di Selat Melaka, dengan pelabuhan entrepot telah mampu menarik ramai pedagang dari Nusantara; India, China, Arab dan Eropah untuk datang menyinggah. Menurut catatan Tom Pires, pada masa awal pembukaan kesultanan tersebut, ia menjadi tumpuan para pendakwah Islam khususnya dari Samudera-Pasai sebagai pusat penyebaran dan pendidikan Islam terunggul di Alam Melayu, selain pendakwah yang datang dari negeri-negeri Arab, Parsi dan India. Istana Melaka telah berkembang menjadi pusat pengajian Islam, perbincangan dan muzakarah agama sehinggakan raja-raja Melaka sendiri menjadi penuntutnya. Antara nama alim ulama Melaka yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah Sayid Abdul Aziz yang mengislamkan dan mengajar Raja Kecil Besar yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Syah, Maulana Abu Bakar yang mengajar Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuff dan Kadi Menawar yang mengajar Sultan Mahmud Syah, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaludin yang mengajar para pembesar Melaka selain rakyat jelata di masjid-masjid yang didirikan. 1 1 Kegiatan keagamaan seperti bersolat jemaah bukan sahaja dilakukan oleh rakyat biasa, malahan disediakan 11
Pada akhir era Kesultanan Melayu Melaka, muncul seorang ulama sufi yang besar bemama Syeikh Ismail, piut kepada Sultanul Awliya' Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Beliau, gurunya Maulana Ishaq, keluarga dan para pengikutnya tel ah menjadikan Pulau Besar di Melaka sebagai pusat kegiatan dakwah sehingga mereka turut sama berjuang menentang Portugis pada tahun 1509 dan 1511. Lihat Ana Faqir (2008) Menyingkap Misteri Pulau Besar, yang menyalin sejarah Syeikh Ismail dari sebuah manuskrip lama bertajuk Haza Maulidu Tuhfatul Abrar Fi Manaqib Ahlu Pulau Besar yang ditulis oleh Syeik:h Muhyiddin ibn Abi Bakar al-Safi, Madras, India, (1957), yang ditemuinya pada tahun 1993 di kawasan makam Syeikh tersebut di Pulau Besar.
23
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
peraturan protokol tentang keberangkatan sultan ke masjid untuk bersolat jemaah dan Jumaat, selain adat istiadat diraja bersempena hari-hari kebesaran Islam seperti bersolat tarawih, solat Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan sebagainya. Sultan Muzaffar Syah pula memperkenalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang bercirikan pengaruh Islam yang kuat. Selain kaedah penaklukan, perkahwinan puteri-puteri Melaka dengan anak-anak raja dari Pahang, Perak (Bernas), Siak, Kampar dan Inderagiri turut menyumbang kepada perkembangan Islam di tempat-tempatini. Berikutan dengannya, Sultan Alauddin Riayat Syah menjemput raja-raja berserta kaum keluarga mereka dari kerajaan-kerajaan tersebut untuk datang belajar agama di istana Melaka. Bendahara Tun Perak juga turut sama menyumbang dalam membuka saluran penyebaran dakwah di Selangor (pemah menjadi penghulu di Klang) dan Negeri Sembilan. Kesultanan Melayu Melaka juga telah menghantar para mubaligh ke seluruh jajahanjajahan Melaka seperti ke Johor, Jambi, Bengkalis, Bintang dan Pulau Karimon, selain menerima kunjungan dai-dai dari pelbagai tempat yang ingin menimba ilmu agama dari alim ulama Melaka. 12 Ringkasnya, sepanjang abad ke-15, Melaka terkenal di Alam Melayu sebagai pusat dakwah dan pengajian Islam, terutamanya selepas kemerosotan Kesultanan SamuderaPasai yang sebelum itu memegang obor-obor penyebaran Islam di ran tau ini.
Kesultanan Pahang, Perak dan Johor Lama dari Melaka Daripada titisan Raja-raja Melaka lahir pula Kesultanan Perak dan Johor Lama. Sultan Melaka terakhir yang bemama 12
Dua orang Wali Songo dari Tanah Jawa, iaitu Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan Syeikh Subatis pernah mengaji di Pulau Upih, Melaka.
24
Tiga Serangkai: Joher Lama, Pahang dan Perek Pewaris Kesultanan Melayu
Sultan Mahmud Syah I bukan sahaja menerbitkan jurai Kesultanan Johor Lama setelah Melaka dikalahkan Portugis pada tahun 1511, tetapi juga melahirkan Sultan Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Syah I (1528-1540). Semenjak kejayaan Melaka membebaskan wilayah Pahang daripada jajahan Siam sekitar pertengahan abad ke15, negeri terse but menjadi sebahagian taklukannya. 13 Pahang muncul sebagai kesultanan bersaudara Melaka. Sejarah Melayu menukilkan peristiwa pembunuhan anak Bendahara Tun Perak yang bernama Tun Besar oleh Raja Muhammad Syah, putera kepada Sultan Mansor Syah Melaka. Berikutan peristiwa tersebut, Sultan Mansor Syah telah mengambil keputusan "membuang negeri" anakanda baginda ke Pahang yang menjadi jajahan Melaka itu. Sebelum itu, Sultan Mansor Syah telah menitahkan wakil baginda di Pahang yang bergelar Seri Bija Diraja 14 untuk membawa Raja Muhammad ke Pahang dan ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Satu angkatan para pembesar Melaka telah dititahkan untuk menyertai Raja Muhammad termasuk Tun Hamzah, menantu Bendahara Seri Amar Diraja yang bakal dijadikan Bendahara Pahang, selain bakal Penghulu Bendahari dan Temenggung Pahang. Seorang anak Seri 13
Bendahara Tun Perak bertanggungjawab membebaskan Pahang daripada taklukan Siam dengan titah Sultan Manser Syah. Beliau terkenal dengan kebijaksanaannya mengamalkan dasar ' ... daripada banyak sereru, baik banyak bersahabar' sehingga Melaka dapat menjalin persahabatan dengan Majapahit, Siam dan China. Persahabatan ini telah menjadikan Melaka mampu berkembang pesat tanpa ancaman musuh. Tun Perak sempat berkhidmat dengan empat Raja Melaka, hampir setengah usia Kesultanan Melayu Melaka. 14 Setelah Pahang dapat dibebaskan daripada Siam dan dijadikan sebahagian empayar Melaka, Sultan Manser Syah telah melantik Seri Bija Diraja sebagai wakil baginda memerintah negeri itu. Setahun sekali Seri Bija Diraja akan berangkat ke Melaka untuk upacara menjunjung duli. Puteri Siam yang bernama Puteri Wanang Seri dijadikan permaisuri Sultan Manser Syah dengan gelaran Puteri Lela Wangsa. Perkahwinan ini telah melahirkan Raja Muhammad dan saudaranya Raja Ahmad.
25
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Bija Diraja dilantik menjadi Hulubalang Besar bergelar Seri Akar Raja, sementara seratus lelaki dan perempuan daripada kalangan anak-anak bangsawan Melaka juga turut serta dalam angkatan diraja itu. Setelah sampai di Pahang, maka pada tahun 1470, Raja Muhammad Syah ibni Sultan Mansor Syah telah ditabalkan sebagai pemerintah Kesultanan Pahang yang pertama 15 bergelar Sultan Muhammad Shah I. Jajahan baginda mencakupi wilayah Sedili Besar hingga ke Terengganu. Hubungan Melaka-Pahang diperkukuhkan apabila Sultan Pahang yang ketiga,iaitu SultanAbdulJamil (sekitar 1511-1512) berkahwin dengan sepupunya Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Melaka yang bemama Sultan Alauddin Riayat Syah I. 16 Dinasti Pahang daripada titisan Sultan Muhammad Syah I dari Melaka itu melahirkan 12 orang pemerintah untulc tempoh lebih 140 tahun, berakhir pada tahun 1614 Masihi dengan kemangkatan Sultan Abdul Ghaffur dan Raja Muda Pahang yang bemama Raja Abdullah. Serangan Portugis yang menamatkan pemerintahan rajaraja Melayu Melaka pada tahun 1511 pula telah mewujudkan Kesultanan Johor Lama secara langsung. Sebagai pewaris Melaka, sultan-sultan Johor tetap mewarisi kesemua jajahan Melaka kecuali Kota Melaka. Raja Melaka yang terakhir, iaitu Sultan Mahmud Syah I meneruskan pemerintahan sebagai raja Johor yang pertama sehinggalah pada tahun 1528 apabila baginda mangkat. Baginda juga terkenal sebagai Marhum Kampar. Keturunan Sultan Mahmud I kemudiannya melanjutkan pemerintahan sebagai raja-raja 15
16
Bermakna seorang putera Melaka yang juga bertitisan darah puteri Siam menjadi Sultan Pahang, maka redalah kemarahan Maharaja Siam atas keberhasilan Melaka menakluki bekas jajahannya dan terjalinlah persahabatan yang baik. Sejarah Me/ayu menyebut raja Pahang yang berkahwin dengan Raja Fatimah sebagai Sultan Abdul Jamil. Bagaimanapun menurut riwayat Busran-a/-Salatin, raja tersebut ialah Sultan Mansor, Sultan Pahang yang kelima dan sepupu kepada Sultan Abdul Jamil.
26
Tiga Serangkai: Johor Lama, Pahang dan Perek Pewaris Kesultanan Melayu
Johor sehingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II pada tahun 1699. Raja-raja Johor pewaris langsung kepada Kesultanan Melaka, tetap meneruskan persemendaan dengan kesultanan bersaudaranya di Pahang. Sultan -Mahmud Syah (15151530), Sultan Zainal Abidin Syah (1540-1555) dan Sultan Mansor Syah III (1555-1560) semuanya merupakan raja-raja Pahang yang berkahwin dengan puteri-puteri Johor. Malahan seorang raja Pahang yang bemama Sultan Muzaffar Syah (1530-1540) telah pergi ke Johor untuk upacara pertabalan baginda yang dinobatkan oleh Sultan Johor, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II (1528-1564) .17 Kesultanan Perak pula dibina apabila Sultan Mahmud Syah I (Marhum Kampar), Raja Melaka yang terakhir dan Raja Johor yang pertama telah diminta oleh para pembesar Perak agar seorang putera baginda dirajakan di wilayah tersebut. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud, lalu dititahkan putera baginda yang bemama Raja Muzaffar supaya berangkat ke Perak dengan dikumiakan segala alat kebesaran warisan Kesultanan Melaka. Maka bertaballah Raja Muzaffar di Perak dengan menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah (1528-1540), menjadi Sultan Perak pertama daripada titisan Sultan Melaka terakhir yang bonda baginda ialah seorang puteri Kelantan yang bemama Unang Kinang. 18 Sultan Muzaffar Syah kemudiannya berkahwin dengan Tun Trang, puteri Tun Fatimah binti Bendahara Tun Mutahir Melaka. 19 Perkahwinan ini telah menghasilkan seorang putera, iaitu 17 18 19
W. Linehan, " A History of Pahang," 1973. MBRAS reprint, him. 2 l . Tun Seri Lanang, op. cit, hlm. 191. Tun Trang lahir daripada hasil perkahwinan Tun Fatimah dengan sepupunya Tun Ali (kemudiannya mati dibunuh dalam peristiwa tragis hukwnan Sultan Mahmud Syah I pada Tun Mutahir tiga beranak akibat fitnah saudagar Tamil). Tun Fatimah kemudian berkahwin pula dengan Sultan Mahmud dan melahirkan Raja Ali, kemudian menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah II ( 1528-1564).
27
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Sultan Ahmad Mansor Syah, Sultan Perak yang kedua dan ayahanda kepada Sultan Alauddin Mansor Syah yang ditakdirkan menjadi Sultan Aceh Darussalam. Kesimpulannya, Kesulta9.an Pahang, Perak dan Johor merupakan pewaris Kesultanan Melayu Melaka secara langsung. Menariknya, mulai pertengahan sehingga akhir abad ke-16, ketiga-tiga kesultanan bersaudara ini telah terjerumus dan menjadi terbelit dalam gejolak politik AcehPortugis yang sengit, yang ironisnya secara tidak langsung telah memberikan kesan menyambung pola sejarah negeri Aceh sebagai kesultanan bersaudara kepada tiga serangkai, cucu-cicit raja-raja Melaka yang tersebut itu.
28
4
Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
Daerah utara Pulau Sumatera merupakan daerah yang dikenali dengan nama Aceh Darussalam. Orang asing yang pemah datang ke Aceh menyebutnya dengan nama yang berbeza. Orang PortugIS menyebutnya sebagai Achen atau Achem, orang Arab menyebutnya Asyi, orang Belanda menyebutnya Atchin atau Aceh, orang lnggeris menyebutnya Achin, orang Perancis mengatakan Acchen atau Aceh, sedangkan orang Aceh sendiri menyebutnya Aceh. Sebelum terdirinya kerajaan Aceh, daerah tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian, yang terpenting, iaitu Perlak, Samudera-Pasai, Pidi, Teumiang, lndrapurba dan lndrajaya. 1 Aceh merupakan bahagian yang paling utara dan paling barat dari kepulauan Indonesia. Di sebelah baratnya terbentang Lautan Hindi, sementara di sebelah utara dan timumya terletak Selat Melaka. Kedudukan geografinya yang strategik ini telah menjadikan Aceh sebagai pintu gerbang sebelah barat kepulauan Indonesia dan berfungsi sebagai lalu lintas antarabangsa. l
M. Junus Djamil, 1968. Silsilah Tawarikh Raja-Raja Kerajaan Aceh. Manuskrip, Adjudean Djenderal Kodam. I lskandar Muda, Aceh, him. 1.
29
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor- ahang (1613-1863)
Sejak zaman kuno, Selat Melaka merupakan terusan penting dalam gerak migrasi antarabangsa di Asia, selain menjadi jalan niaga dunia serta lintasan masyarakat berperadaban tua. Natijahnya, Aceh mendapat kelebihan daripada asimilasi dengan bangsa-bangsa bertamadun hebat seperti Arab, Cina, Eropah dan Hindi yang melalui dan menyinggahi pelabuhan-pelabuhannya untuk berdagang. Pada zaman kegemilangan empayar Srivijaya yang bermula pada akhir abad ketujuh Masihi di bahagian Sumatera, daerah-daerah di sepanjang perairan Selat Melaka telah dikuasainya sehingga pengawasan terhadap lalu lintas antarabangsa berada dalam kawalan penuhnya. Pada masa itu Aceh juga berada di bawah kekuasaan Srivijaya dan bandarbandarnya berperanan sebagai bandar-bandar penghubung, perbekalan dan pangkalan angkatan laut, malahan semua pelayaran keluar negeri untuk daerah-daerah di sebelah barat Srivijaya bermula dari Aceh. Sehingga permulaan abad ke-12, Srivijaya masih menguasai sepenuhnya perairan Selat Melaka, bagaimanapun seranganserangan Raja Cola dari Hindia berserta persengketaan dengan kerajaan-kerajaan di Jawa telah melemahkannya. Pada abad ke-13 kekuatan Srivijaya mulai merosot. Satu per satu daerah taklukannya direbut oleh kerajaan-kerajaan lain mahupun memerdekakan diri, antaranya termasuk Perlak, Samudera-Pasai dan Lamuri di bahagian pantai utara Aceh. Akhirnya, pada awal abad ke-14, kekuasaan Srivijaya berhasil ditamatkan oleh kuasa-kuasa lain. Kedudukan Srivijaya yang menguasai Selat Melaka kemudiannya telah digantikan oleh kerajaan Melayu J ambi (praIslam) yang juga berkuasa di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, kemudiannya pusat kerajaan ini dipindahkan ke pedalaman, iaitu Minangkabau, sehingga pengawasan terhadap Selat Melaka berkurangan. 2 2
D.H. Burger dan Prajudi, 1962. Sedjarah Ekonomi Sosiologis lndonesie,. P. Ednjapramita, Djakarta. him. 14.
30
Penak:lukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
Kesempatan ini diambil oleh kerajaan Islam SamuderaPasai (kemudian diserap ke Aceh Darussalam) yang menggantikan kedudukan Melayu Jambi, sehingga pada suatu tahap berpotensi menjadi penguasa tunggal di Selat Melaka. Bagaimanapun, pada waktu yang sama, kerajaan Majapahit 3 muncul dan mulai berkembang dengan pesat sehingga dalam waktu yang singkat, iaitu kira-kira tahun 1365 ia telah pun berada di puncak kegemilangannya. Kekuatan kerajaan Majapahit telah mengakibatkan perkembangan kerajaan Samudera-Pasai yang pada pertengahan abad ke-14 dapat dilihat menuju ke arah penguasaan Selat Melaka tiba-tiba menjadi terencat, sebaliknya dengan beberapa kerajaan kecil yang lain di Aceh, kini bertukar menjadi taklukan Majapahit. Bagaimanapun, tidak seperti empayar Srivijaya yang dapat mengekalkan kekuasaannya hampir enam abad, empayar Majapahit hanya dapat bertahan untuk tempoh dua abad, sehingga kerajaan-kerajaan di bawah penguasaannya dapat memerdekakan diri satu per satu. Pada masa yang sama muncul kerajaan Melaka. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, pada mulanya Melaka hanya merupakan sebuah perkampungan kecil, bagaimanapun mulai tumbuh dengan cepat sebagai bandar pelabuhan antarabangsa. Dengan perlindungan China, Melaka dapat melepaskan diri daripada ancaman Siam sehingga menjadi kesultanan besar yang menggantikan kekuasaan Srivijaya di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera Tengah. Dengan pengislaman Sultan Melaka, ia menjadi pusat pancaran Islam ke seluruh Alam Melayu sepanjang abad ke-15. 3
Majapahit ialah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan pada sekitar tahun 1293 hingga 1500 dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai Pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi, Celebes, Madura, Bali dan banyak: wilayah lain di Nusantara. Rujuk Drs. R. Soekmono, 1988. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Edisi kedua. Yogyakarta: Penerbit Kanisius, him. 72. Lihatjuga sumber Internet, Wikipedia.
31
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Kedatangan Portugis ke Alam Melayu dan Kesannya Portugis dan Sepanyol merupakan dua penjajah Kristian terawal di Alam Nusantara yang berasal dari rumpun yang sama dengan kedudukari negeri yang berjiran. Kedua-dua negara ini juga mempunyai sejarah yang sama dalam konteks pertalian dengan dunia Islam. Dari abad kelapan hingga ke15, mereka menempuh peperangan yang berlanjutan dengan orang Islam yang menaungi hampir seluruh Semenanjung Iberia, tempat terletaknya kedua-dua negara ini. Suasana permusuhan diperhangatkan dengan peristiwa Perang Salib 4 yang bermula dari kawasan selatan Syria dan merebak hingga ke Sepanyol, antara tentera Islam dan Kristian selama beberapa abad lamanya. Dalam Perang Salib, kaum Kristian di Syria dan Palestin telah dihambat keluar oleh tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubbi (Saladdin). Ini menyebabkan pihak Kristian berdendam dengan umat Islam dan menanam cita-cita untuk melumpuhkan kekuatan empayar Islam 5 yang luas itu. Walaupun Kristian mengalami kekalahan di Syria dan Palestin, namun mereka berjaya menakluk kernbali Sepanyol. 6 Bagaimanapun, ini tidak dapat rneredakan perseteruan mereka dengan Islam. Kota Constantinople yang kernudiannya telah jatuh dalarn genggarnan Dinasti Turki Uthrnaniyyah 4
5
6
Perang Salib berlangsung dari abad ke-11 hingga ke-13. Pada mulanya atas faktor keagamaan (iaitu mahu membebaskan Juruselam daripada naungan um at Islam), namun kemudiannya lebih bertujuan ekonorni. Disebut "Perang Salib" kerana kaum Kristian yang berperang menggunakan tanda salib sebagai simbol perjuangan mereka. Pada mulanya tentera Kristian dapat menawan Jerusalem. Namun kemudiannya tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin AI-Ayubi dapat merampas semula. Loceng gereja yang digantung di Masjidil Al-Aqsa diganti dengan azan dan salib emas yang tersergam diturunkan. Pemerintahan Muhammad XI (1487-1492M) berpusat di Granada.
32
PenakJukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
pada tahun 1453 telah menyemarakkan lagi api permusuhan Islam-Kristian yang telah sedia membara itu. Keutuhan ekonomi Islam juga menjadi satu lagi alasan yang menaikkan kesumat pihak .Kristian pada masa itu. Lalu lintas perdagangan antara Lautan Hindi dengan Asia Timur yang berada dalam genggaman umat Islam telah mencetuskan suatu rangsangan kepada pihak Kristian bagi mencari ikhtiar menggugat sumber kekuatan ekonomi mereka kerana sedar bahawa kekuatan militer empayar Islam sukar ditembusi. Selain itu, pihak Kristian juga mahu menyekat saluran penting penyebaran dakwah umat Islam di merata pelosok muka bumi, melalui saluran perdagangan jalan laut, membuka ruang kesempatan seluas-luasnya bagi syiar Islam disebarkan di pusat-pusat perdagangan sedunia. Restu daripada Vatican untuk mengembangkan agama Kristian Katolik dan menghancurkan orang Islam di mana sahaja mereka berada yang diperoleh dalam Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Sepanyol dan Portugis, yang merupakan dua kuasa politik Kristian yang terbesar pada waktu itu, untuk menguasai dan mengkristiankan dunia. Mereka menganggap Perjanjian Tordesillas sebagai suatu tugas dan amanah suci yang harus dilaksanakan dengan baik. Hasrat ini dizahirkan apabila dalam siri penerokaan kapalkapal layar Portugis dan Sepanyol, jelas terdapat bendera dan simbol salib di bahagian layar kapal mereka. Pelayaran mereka juga disertai oleh paderi Kristian Katolik yang mengembangkan agama Kristian di kawasan-kawasan yang disinggahi. Kelengkapan dan peralatan ketenteraan juga dibekalkan bagi maksud memerangi orang Islam jika perlu. Pada tahun 1542,para paderi Kristian yang dipanggil "Jesuit" memulakan suatu upacara keagamaan dengan memercikkan "air suci" serta memacakkan tiang salib di kawasan-kawasan yang diterokai sebagai tanda simbolik bahawa kawasan itu 33
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (161 1863)
-
menjadi jajahan kerajaan Kristian Portugis dan Sepanyol secara rasmi. Pada mulanya tujuan utama ekspedisi orang Portugis dan Sepanyol bersifat agama, iaitu mengejar dan memerangi orang Islam di mana mereka diketemukan. Namun mulai pertengahan abad ke-15, tujuan ekonomi dan perhitungan komersial dimasukkan dalam matlamat dan maksud penjelajahan bangsa-bangsa Eropah ini. Hal ini kerana dalam beberapa ekspedisi yang dibuat terutamanya di Afrika Barat, mereka telah menjumpai komoditi-komoditi baharu yang sangat laku di pasaran Eropah seperti emas pasir, binatangbinatang "eksotik" seperti kera, singa, burung nuri dan sebagainya. 7 Maka matlamat "GOD" semata-mata kini ditambah menjadi "GOD, GOLD and GLORY". Berdasarkan suasana ini, maka kaum Kristian di Sepanyol dan Portugal telah berhasrat melancarkan siri ekspedisi besar-besaran ke arah timur. Bagaimanapun, oleh sebab satu-satunya jalan perdagangan laut ke timur adalah di bawah kuasa empayar Islam yang sangat kuat pada masa itu, maka mereka bertekad mencari jalan laut altematif lainnya bagi maksud tersebut. Salah seorang ketua ekspedisi yang terkemuka dalam sejarah bemama Christopher Columbus tidak menjumpai timur tetapi menjumpai Amerika Utara dan Selatan, lalu membukajalan penjajahan Sepanyol di benuaAmerika yang menyebabkan kerajaan-kerajaan tempatan seperti Aztec dan Inca tumbang. Pihak Sepanyol lalu mengkristiankan benua Amerika dan rakyat asli benua ini dijatuhkan taraf sebagai rakyat kelas kedua oleh penjajah Sepanyol. Orang Eropah pertama yang sampai ke Cape ialah seorang pengembara Portugis yang bemama Bartolomew Diaz, muncul pada tahun 1488. Beliau menamakan tempat 7
D.H. Burger dan Prajudi, op. cit, him. 40.
34
Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
tersebut Cape o f Storms atau Tanjung Taufan. Kemudian namanya ditukar kepada Cape o f Good Hope atau Tanjung Pengharapan oleh Paus Rome bersempena harapan orang Eropah waktu itu agar tanjung ini menjadi suatu jalan laut alternatif ke dunia timur (India dan Alam Melayu) yang membolehkan pelayaran dibuat tanpa melalui pusat-pusat pelabuhan yang di .bawah penguasaan Islam di Jazirah Arab. Natijah daripada peristiwa perjumpaan Tanjung Pengharapan ini telah membawa Vasco da Gama ke Calicut di pantai barat India pada tahun 1498. Peristiwa ini sangat penting dalam mata rantaian sejarah dunia kerana berhasil mencetuskan revolusi lalu lintas perdagangan dan struktur perniagaan di Asia, sehingga memberikan natijah yang besar dalam bidang osial, ekonomi, politik dan agama di rantau ini serta hubungan antara Barat dengan Timur selanjutnya. Hasil pelayaran Vasco da Gama yang sampai di Calicut pada tahun 1498 serta hasil pelayaran Diego Lopez de Sequeira selanjutnya yang menemui tempat-tempat di Aceh serta Melaka di persisiran pantai Selat Melaka pada tahun 1509 telah menunjukkan kepada pelayar-pelayar Eropah ini jalan perdagangan Nusantara yang sebenarnya sudah berlangsung sejak zaman kuno: rupa-rnpanya negeri China telah lama melalui Selat Melaka dan menyusur pantai selatan Asia atau pantai utara Aceh terns ke Sri Lanka di Hindia, terns ke Laut Me rah dan ke Teluk Paris. Pulang, pergi, pulang, pergi, begitulah seterusnya untuk berabad-abad lamanya. Perkara yang paling menggembirakan hati pelayarpelayar Eropah ini ialah maklumat bahawa Selat Melaka merupakan laluan pedagang Islam yang merupakan musuh tradisional mereka. Lalu mereka berpendapat bahawa untuk dapat menguasai perdagangan serta memerangi orang Islam dan pedagang Islam, kunci lalu lintas perdagangan Selat
35
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Melaka ini perlu dikuasai sepenuhnya dengan bantuan gerakan ketenteraan. Sejak pergantian pimpinan perwakilan Portugis daripada tangan de Almeida ke tangan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1509, siasat Portugis meningkat agresif, tenteranya diarahkan membuat provokasi demi provokasi, mengambil pendekatan offensive, not defensive, iaitu disuruh menyerang, bukan sekadar menahan serangan. Goa di Hindi yang diduduki Portugis pada tahun 1510 dijadikan markas besar, dan dari sini tentera Portugis dapat membuat serangan demi serangan secara teratur terhadap lawannya. Natijahnya, pada tahun 1511, kuasa Eropah berhasil menduduki Melaka, dan pada tahun 1514 pula Kota Ormuz di pantai Teluk Parsi. KotaAden di selatan Yemen dan Pulau Sokotra juga diserang, bagaimanapun hanya Pulau Sokotra berhasil diduduki, sedangkan serangan terhadap Aden gag al, sehingga kemuncak impian bangsa Kristian Portugis untuk menakluki kota Makkah di Tanah Hijaz yang menjadi pusat agama Islam sedunia, dapat digagalkan pula. Bagi membiayai tentera Portugis, tidak cukup dengan perdagangan sahaja, sehingga berlaku juga perompakan dan pembunuhan terhadap kapal-kapal dan pedagang Islam, antaranya yang sedang dalam perjalanan menunaikan ibadat haji ke Makkah. Atas permintaan kerajaan Islam Gujerat serta Yemen Selatan telah menyebabkan kerajaan Mesir menyampaikan protes kepadaPaus di Vatican dan mengancam akan membuat tindak-balas terhadap orang Kristian yang mengunjungi Palestin, yang ketika itu berada dalam kekuasaan orang Islam. Akibatnya Paus menghantarkan peringatan kepada Raja Manuel dari Portugal, 8 malangnya ikhtiar tersebut bagaikan "mencurah air ke daun keladi". Kesultanan Melaka menjadi sasaran pertama penaklukan 8
B. Schrieke, 1957. lndonesian Sosiological Studies. Part Two. W. Van Hoeve Ltd., The Haque anti Bandung, him. 234.
36
Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
Eropah di rantau ini berdasarkan statusnya sebagai emporium perdagangan dan empayar Islam yang terbesar, tennaju dan terpenting di selatan tenggara Asia. Portugis merintis jalan peperangan, walaupun ditentang hebat oleh hulubalang Melayu dengan semangat jihad yang kental, namun Kota Melaka tetap kecundang di tangan Portugis yang menyebabkan tumbangnya Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Akibat penaklukan Melaka, Portugis berhasil memegang kunci perdagangan khususnya di Selat Melaka dan umumnya di Asia Tenggara. Meskipun diuar-uarkan bahawa pendudukan Melaka kononnya dibuat atas tujuan komersial, namun hakikatnya tujuan yang bersifat agama tidak pemah dilupakan ( God, Gold, Glory). Penaklukan Portugis di Melaka telah menonjolkan kezaliman pemimpin utamanya Alfonso de Alburqurque khususnya kepada orang Islam. Beliaulah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan masjid besar Melaka yang didirikan oleh Sultan Mansur Syah dan di atas bekas tapaknya didirikan kubu La Famosa sebagai benteng pertahanan Portugis dengan menggunakan nisan dari perkuburan orang Islam yang telah dijarah. Walaupun berjaya menguburkan Kesultanan Melayu Melaka dan membina pusat dagangannya di situ, penakluk Portugis masih belum berpuas hati. Alfonso de Alburqurque terns bertindak kejam walaupun kepada para pedagang antarabangsa dengan mengenakan cukai yang terlalu tinggi, khususnya kepada saudagar-saudagar Islam dari seluruh dunia sehingga tumpuan mereka beralih kepada pelabuhanpelabuhan lain. Ramai penduduk Melaka juga turut mencari perlindungan di tempat-tempat lain. Maka yang mendapatkeuntungan ialah kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera Utara seperti Pasai, Pedir, Aceh dan Daya yang letaknya di jalur Selat Melaka kerana mempunyai 37
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613 -;-- 1863)
pelabuhan-pelabuhannya yang tersendiri. Bagaimanapun, usaha pedagang-pedagang Islam untuk membangunkan Pedir dan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam menggantikan Melaka segera digagalkan oleh Portugis dengan menduduki kedua-dua tempat itu berturut-turut pada tahun 1520 dan 1521. 9 Berikutan itu, para pedagang Islam memberikan fokus khusus ke Banda Aceh Darussalam, sebuah kota pelabuhan yang terletak di hujung utara Pulau Sumatera. Selanjutnya, dari kota ini jugalah semangat jihad kaum Muslimin untuk melawan Portugis dikobarkan dan dari sini pula serangan balas terhadap Portugis dilancarkan dengan teratur dan bersistem. Malahan dari kota ini juga dibangunkan lalu lintas baharu untuk pedagang-pedagang Islam melalui pantai barat Sumatera ke Selat Sunda, yang kemudian bersatu dengan jaringan antarabangsa menuju China. Sejak itulah bermula dan berkembangnya Kesultanan Aceh Darussalam. Dari sudut ini, kita akan dapat memahami hikrnah di sebalik kemunculan Portugis dan penaklukan Melaka bagi perkembangan dan pertumbuhan Kesultanan Aceh Darussalam itu. Kemunculan Kesultanan Aceh Darussalam Seperti yang disebutkan sebelum ini, orang Portugis ingin 9
Setelah dikalahkan oleh pihak Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud lari ke Pahang dan Bentan (Riau). Di Bentan, baginda sempat mendirikan pusat pemerintahannya di Kopak, sehingga memungkinkan ramai saudagar datang berniaga di situ. Bagaimanapun, Portugis yang sentiasa memburu Sultan Mahmud telah menyerang Bentan pada tahun 1526 sehingga menyebabkan Sultan lari ke Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Anakanda baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah kemudian telah pergi ke Johar dan mendirikan pusat pemerintahan di situ, namun sentiasa bergejolak dengan pergelutan politik yang melibatkan Portugis, Aceh dan kemudiannya Belanda. Lihat Prof Dr Harnka, 1997. Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional, hlm. 796-801.
38
Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
menghancurkan perdagangan saudagar-saudagar Islam di Selat Melaka sehingga menimbulkan kegoncangan dalam jaringan perdagangannya. Kerakusan Portugis untuk menguasai perdagangan di rantau ini telah membawanya kepada pelabuhan-pelabuhan lain yang baharu berkembang di kawasan persisiran Selat Melaka. Di mana-mana pelabuhan yang disinggahinya, Portugis menggunakan kekuatan tenteranya untuk memaksa raja-raja di situ menandatangani perjanjian monopoli dagangan dengannya, juga mendirikan pusat pemiagaan yang dikawal dengan angkatan bersenjata. Ini menyebabkan para pedagang Islam yang lazim berdagang di Melaka mencari altematif lain sehingga ramai pula yang muncul di Aceh yang waktu itu hanyalah sebuah kerajaan kecil yang tunduk kepada kerajaan tetangganya, Pedir. Pada masa itu muncul panglima perang kerajaan Islam Aceh yang bemama Ali Mughayat Syah, putera Sultan Alaidin Syamsu Syah. Panglima Ali amat gundah hati melihat keberhasilan Portugis mencengkam satu demi satu kerajaan-kerajaan Islam di Sumatera selepas berjaya menakluki Kota Melaka. Pada fikirannya, mustahil dapat menangkis kekuatan Portugis jikalau negeri-negeri Islam dalam keadaan kecil dan terpencar-pencar yang menyebabkan "Kafir Barbi" itu mampu memasang strategi "pecah dan perintah" untuk menguasai daulah-daulah Islami ini. Maka tercetus hasrat yang kuat kepadanya untuk menyatukan kekuatan Islam di bawah satu payung pemerintahan yang berpotensi menggempur tentera Portugis dengan lebih berkesan. Lalu beliau mendesak ayahandanya, Sultan Alaidin Syamsu Syah untuk menyerahkan kepimpinan negara kepadanya. Kebetulan Sultan Alaidin sudah dalam senja usianya yang tidak memungkinkan baginda bertindak pantas 39
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dan pintas dalam mengatur strategi menangani ancaman Portugis. Maka, pada tahun 1514, bertaballah Sultan Ali Mughayat Syah 10 yang berpegang pada priµsip "siapa kuat hidup, siapa lemah tenggelam". Pada tahun 1521, baginda telah mengisytiharkan penubuhan Kesultanan Islam Aceh Darussalam dengan matlamat utamanya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil seperti Pedir, Daya, Pasai, Tamiang, Perlak, Samudera-Pasai dan Aru yang diharap mampu menghambat kuasa Portugis keluar dari daerah-daerah taklukannya. Mulai saat itu, di bawah kepimpinan Sultan Ali Mughayat Syah yang bijak dan berwibawa, hulubalang baginda berhasil meluluh-lantakan armada Portugis 11 satu per satu dalam wilayah-wilayah kecil di Sumatera Utara sehingga penguasaannya berjaya ditamatkan. Kerajaan Sultan Ali Mughayat Syah yang berpusat di Banda Aceh telah menetapkan empat prinsip pemerintahan, iaitu mengatur hukum dan ketatanegaraan yang teratur, memperkuatkan politik luar negeri, ketenteraan yang ampuh serta ekonomi yang handal. Dasar-dasar ini telah berhasil menjadikannya sebagai pusat Islam, peradaban, ketenteraan dan dagangan yang terunggul di Nusantara. Sejak itu, Kesultanan Aceh Darussalam yang berpusat di Banda Aceh (Kota Raja) mula dikenali sebagai sebuah Daulah Islarniyyah yang cemerlang, gemilang dan terbilang, 10 Menurut salasilah sultan-sultan Aceh yang disimpan di Pusat Sejarah Brunei Darussalam, sultan-sultan Aceh daripada jurai Ali Mughayat Syah adalah titisan daripada pemerintah Turk.i (dinasti Saljuk). Dinasti Saljuk berasal daripada keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s. 11 Perlu disebutjasa adinda Sultan Ali Mughayat Syah,iaitu Laksamana Ibrahim yang mengetuai tentera jihad melawan Portugis di Pasai sehingga berjaya dimusnahkan. Bagaimanapun, Laksamana Ibrahim sendiri menemui syahid pada hari kemenangan Pasai melawan Portugis. Makamnya ada di Banda Aceh, terpahat tarikh 21 Muharam 930 Hijrah bersamaan 30 November 1535.
40
Penaklukan Portugis dan Terbitnya Bintang Kesultanan Aceh
sehingga masuk dalam deretan "Lima Besar Islam" yang menjalin kerjasama erat dalam bidang politik, ketenteraan dan kebudayaan. 12 Bermakna obor-obor Islam daripada Kesultanan Melayu Melaka beralih kepada Kesultanan Aceh yang pada masa itu telah berjaya menggabungkan kerajaan-kerajaan Islam yang kecil di Sumatera Utara secara langsung di bawah naungannya. Bagaimanapun, SultanAli Mughayat Syah tidak ditakdirkan hidup lebih lama untuk terus membangunkan dan memesatkan kerajaan baginda yang baru masyhur itu. Baginda mangkat pada tahun 1530 dengan meninggalkan jasa yang besar dengan terusirnya Portugis dari bumi Aceh, menyatupadukan daerah inti Aceh serta memperluas ke beberapa wilayah lain sehingga usaha penyempumaannya terbuka luas bagi zuriatnya yang menyusul di belakang.
12 Lima Besar Kerajaan Islam tersebut ialah Khilafah Uthmaniyyah di Turki, Kesultanan Maghribi, Kerajaan Islam Isfahan di Timur Tengah, Kerajaan Islam Agra di India dan Kesultanan Aceh Darussalam. Rujuk M. Adli Abdullah, "Permata Melayu di negeri Aceh", Kertas kerja, Majlis Pengkisahan Sejarah Ketokohan Tun Seri Lanang pada 15 Jun 2004 di Johor Bahru.
41
5
Konflik Aceh-Johor pada Abad ke-16-17
Walaupun kuasa Portugis dapat diusir dari Sumatera Utara, namun cengkamannya di bumi Melaka masih kuat. Dari Kota Melaka, kelobaan Portugis telah menyebabkannya sentiasa mengintai-ngintai ke tempat lain seperti Temate, Tidore, Sunda Kelapa (Jakarta), Timur, Aru dan sebagainya dalam ikhtiarmengembangkan sayap sertakepentingannya. Strategi Portugis mengadu domba, mengancam atau berperang terus dengan kerajaan-kerajaan Islam kecil yang tumbuh melata di Nusantara, serta mendakyahkan ajaran Kristian telah menjadikannya seperti "duri dalam daging". Apatah lagi, kapal-kapal perang Portugis di Melaka sentiasa mengganggu perdagangan di Selat Melaka sampai ke Maluku. Dengan berlatar belakangkan situasi ini, Sultan Alauddin Riayat Syah Aceh (1537-1568) yang menggantikan Sultan Ali Mughayat Syah' telah melanjutkan prinsip ayahandanya, khusus dalam memperkuatkan angkatan perang Aceh dan Sebenarnya sebelum SultanAlauddin,Aceh telah diperintah oleh kakandanya Sultan Salahuddin. Tetapi oleh sebab kelemahan kepimpinan Sultan Salahuddin sehinggaAceh berada dalam bahaya kemerosotan,Alauddin yang diberi kuasa memerintah Samudera-Pasai telah menggulingkan kakandanya dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Aceh.
42
Konflik Aceh-Johor P da Abad ke-16-17
meningkatkan hubungan luar negara. Baginda bertindak bijak dengan menghantar utusan kepada Sultan Salim II, Khalifah Uthmaniyyah di Turki. Sebagai Khalifah ummah, Sultan Salim telah memberikan restunya kepada Sultan Alauddin dengan menobatkan baginda, malahan dibantu dengan menghantar 40 panglima handal berbangsa Turki bagi mendidik tentera Aceh dalam teknik-teknik peperangan. 2 Pada tahun 1545 Masihi, sekali lagi Sultan Alauddin mengirim utusan ke Turki untuk membaharui hubungan diplomatik dengan Khalifah dan mendapat bantuan senjata dan kira-kira 300 pakar teknik, tentera, ekonomi dan hukum tatanegara. Bagi menyekat perkembangan kuasa Portugis di Sumatera, Sultan Alauddin juga telah melantik kerabatkerabat keluarga diraja Aceh sebagai pemerintah di daerahdaerah tertentu serta menj alin hu bungan erat dengan wilayahwilayah yang telah sedia beraja. Di bawah pemerintahan baginda, armada Aceh telah membuat dua kali serangan besar terhadap pelabuhan Melaka, iaitu pada tahun 1547 dan 1568. Bagaimanapun, dalam kedua-dua serangan tersebut angkatan Portugis gagal ditumpaskan. Dalam hal ini, kuasa Portugis semakin menggugat di Tanah Melayu walaupun bukan dalam konteks penjajahan secara fizikal, kecuali di Kota Melaka. Perseteruan Portugis denganSultanMahmudSyahMelakayangberjayadikalahkan serta diusirnya itu terns bersambung semasa pemerintahan putera Sultan Mahmud, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II 2
Salah seorang Jenera( Turlci yang ditugaskan ke Aceh bernama Amir Muhammad Muruqqin. Beliau berketurunan daripada Sayidina Abbas, pak cik Rasulullah SAW. Puteranya, Al-Amir Al-Ghazi Sith Abuddin kemudian berkahwin dengan puteri Ratna Jauhari, adinda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Uanda Sultan Abdullah Maayah Syah Johor). Keturunannya kemudian menjacli ulama dan hulubalang Aceh. Lihat Salasilah Raja-Raja Islam di Aceh dan hubungannya dengan Raja-Raja Islam Nusantara. Ko mite Nasional Pemuda Indonesia, SPP Ranto Perlak. DPP II Aceh Timur.
43
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendabara Johor-Pahang (1613-1863)
(1528-1564) 3 yang berpusat di Johor Lama. Hulubalang baginda sering kali menyerang tentera Portugis sehingga pihak mereka berusaha menjejaki kedudukan Sultan Alauddin, langsung membuat serangan-serangan balas. Ini menyebabkan Sultan Alauddin terpaksa berpindah tempat persemayaman beberapa kali. Akhimya, pada tahun 1536 setelah berperang sekali lagi dengan kerugian nyawa dan harta yang besar, Sultan Alauddin terpaksa mengambil keputusan untuk berdamai dengan pihak Portugis. Dari sudut yang lain pula, pada tahun 1539-40, Sultan Alauddin (Johor) telah mencetuskan kemarahan Sultan Alauddin (Aceh) apabila baginda masuk campur mempertahankan negeri Aru di pantai Sumatera Timur daripada taklukan mereka. Sebelum itu, Sultan Aceh telah menyerang Aru kerana tindakannya melindungi angkatan Portugis yang baharu dihancurkan di Pasai. Aru yang diperintah oleh seorang ratu telah mengalami kekalahan, namun enggan tunduk di bawah kuasa Aceh, lalu cuba mendapatkan pertolongan Sultan Johor. Sultan Alauddin (Johor) kemudiannya berkahwin dengan Ratu Aru. Baginda telah menyerang Aceh pada tahun 1540. Dalam serangan tersebut, Johor telah dibantu oleh angkatan perang daripada kesultanan bersaudaranya Pahang di bawah perintah Sultan Zainal Abidin. Kebetulan permaisuri Sultan Zainal Abidin yang bemama Raja Dewi merupakan saudara kandung Sultan Alauddin. Perak yang juga merupakan kesultanan bersaudara Johor juga menghantar angkatan perangnya untuk membantu Sultan Johor. Serangan sengit daripada tiga serangkai kesultanan bersaudara ini telah menyebabkan beribu-ribu askar Aceh terkorban dan beratusratus buah perahu perangnya musnah. Dari sejak itu, hubungan Johor-Aceh mulai menjadi tidak keruan. Berikutan dengannya, pada tahun 1564, 3
Haji Buyong Adil, Sejarah Johar, him. 22-23.
44
Konflik Aceh-Johor Pada Abad ke-16-17
Sultan Alauddin Aceh telah menerajui satu angkatan perang yang besar menghadapi Semenanjung Tanah Melayu dan menyerang dari tigajurusan, iaitu Johor, Melaka dan Pattani. Dalam peperangan tersebut, ramai yang terkorban daripada kedua-dua belah pihak. Akhirnya, Aceh dapat menakluki Johor walaupun benteng Portugis di Melaka masih tetap tidak dapat dihancurkan. Sultan Alauddin (Johor) telah ditawan dan dibawa ke Aceh berserta dengan anak isteri baginda. 4 Sultan Alauddin kemudiannya mangkat di Aceh, dan sesetengah riwayat mengatakan bagindalah yang bergelar Marhum Syahid Mangkat di Aceh. Bagi memelihara kerajaan Johor, Sultan Alauddin (Aceh) telah mengangkat putera kepada Almarhum Sultan Alauddin (Johor) sebagai pengganti, bergelar Sultan Muzaffar Syah (1564-1570). Aceh menuntut perjanjian supaya Johor tidak lagi berdamai dengan Portugis, serta teguh memelihara hubungan baik dengan Aceh. Waiau bagaimanapun, Sultan Muzaffar Syah tetap berdegil dan tidak mahu tunduk kepada Aceh, bahkan menganggap Aceh sebagai musuh yang telah merosakkan negeri baginda. Sultan Alauddin Riayat Syah (Aceh) yang terkenal denganjulukanAl-Qahhar mangkat pada tahun 1568 selepas memerintah selama 31 tahun. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Rusin Syah (1568-1575) yang meneruskan dasar ayahanda dan nendanya menyekat serta menentang pengaruh Portugis di Semenanjung Tan ah Melayu. Hubungan diplomatik dengan Khalifah Uthmaniyyah di Turkijuga tetap diteruskan, sementara utusan baharu dihantar ke Kesultanan Moghul dan Tabaristan sehingga perdagangan Aceh dengan negara-negara Islam bertambah pesat. Pada tahun 1573, Sultan Rusin telah menyerang negeri Perak kerana beranggapan pertahanan wilayah itu lemah untuk membentengi ancaman Portugis. Sultan Ahmad 4
Ibid., him. 25.
45
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Mansor Syah yang memerintah Perak pada masa itu (15491577) serta keluarganya telah ditawan dan dibawa ke Aceh. Tidak lama selepas itu, Sultan Perak dihantar kembali ke negerinya, tetapi pada kali ini baginda memerintah di bawah naungan Aceh. Ini bermakna Perak ·dijadikan sebahagian daripada jajahan Aceh. Bagaimanapun, putera baginda yang bemama Raja Alauddin Mansor Syah tetap tinggal di Aceh dan dijadikan kerabat dirajanya apabila berkahwin dengan puteri Sultan Rusin yang bernama Raja Puteri Ghana. 5 Keakraban hubungan Raja Alauddin dari istana Perak dengan Sultan Rusin Aceh telah dapat membantu melonggarkan ketegangan antara Kesultanan Aceh dengan kesultanan tiga serangkai pewaris Melaka itu. Ini terbukti apabila pada tahun 157 4-75, sultan Johor yang bemama Sultan Ali J alla Abdul J alil Syah II ( 1570/71-1597) telah membantu perjuangan Aceh menentang kekuasaan Portugis di Melaka. Kebetulan pula bonda Sultan Ali Jalla yang bemama Puteri Puspa Dewi merupakan puteri Pahang. Oleh itu secara tidak langsung Aceh mendapat menfaat daripada tiga kesultanan bersaudara itu untuk membantu perjuangannya menentang kuasa Portugis di Melaka. Pada tahun 1575, Sultan Rusin telah mangkat dalam pertempuran dengan Portugis di Melaka tanpa meninggalkan zuriat yang telah dewasa. Putera baginda yang masih kecil pula mangkat dalam usia tujuh bulan semasa baharu diangkat menjadi raja. Dengan sebab ini, maka perebutan kuasa telah berlaku, terutama daripada kalangan keturunan Sultan Ali Mughayat Syah, 6 pemerintah Kesultanan Aceh Darussalam yang pertama dahulu. Perebutan kuasa yang sengit telah 5
6
R.O. Winstedt dan R.J Wilkinson, A History o f Perak, him. 1. Menurut catatan salasilah Teuku Shahbuddin Razi (hak cipta Usman G. Adamy), op.cit, baginda juga telah mengahwini puteri Laksamana Alaiddin Riayat Syah Saidi Al-Mukammil yang bernama Puteri Ratna Wangsa (Laksamana ini bakal menjadi Sultan Aceh dalam senja usianya). Prof. Dr. Hamka, 1994, Sejarah Umat Islam, him. 790.
46
Konflik Aceh-Johor Pada Abad ke-16-17
menyebabkan dua raja Aceh yang dapat menaiki takhta kemudiannya terbunuh dan negerinya menjadi tidak aman. Kebetulan waktu itu menonjol ketokohan Raja Alauddin Mansor Syah, putera Perak yang mulanya menjadi tawanan tetapi kini menjadi kerabat Aceh yang dikasihi atas bakat kepimpinan semula jadinya yang tersohor. Dengan sebab kematangan, sifat baginda yang kuat beragama serta kewibawaannya mendamaikan semua pihak yang bertelagah, akhimya kerabat Aceh telah menilai secara positif keupayaan baginda membendung konflik dalam kalangan keluarga diraja, lalu bersepakat bahawa Raja Alauddin yang paling layak menerajui pemerintahan Aceh. Maka sebulat suara melantiknya sebagai Sultan Aceh, bergelar SultanAlauddin Mansor Syah (1577-1585), menjadi seorang pemerintah yang bertakwa, bahkan baginda pernah memerintahkan semua pembesar Aceh untuk memakai serban bagi menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat jelata. Pada tahun 1579, bagi meneguhkan hubungan AcehJohor, Sultan Alauddin Mansor Syah telah mengahwinkan puteri baginda dengan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil II. Perkahwinan tersebut telah melahirkan seorang putera yang bernama Raja Hashim, duduk bersama-sama dengan keluarga nendanya di Aceh. Oleh itu, buat sementara waktu, Sultan Alauddin Mansor Syah, anak raja kelahiran Perak yang kini menjadi Sultan Aceh telah menjadi tali pengikat kuat kepada hubungan Aceh dengan kesultanan tiga serangkai di Tanah Melayu. Ia mengulangi pola sejarah leluhur baginda pada zaman empayar Melaka yang pernah mempunyai hubungan persaudaraan yang erat dengan Aceh (Pasai). Konflik Aceh-Johor Lama Tercetus Kembali Sebagaimana yang telah disebutkan, semasa pemerintahan raja Johor yang bemama Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah 47
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
II (1570/71-1597), baginda telah berkahwin dengan puteri Sultan Alauddin Mansar Syah Aceh yang berasal dari Perak itu. Perkahwinan tersebut menjadi pengikat kukuh pertalian persaudaraan serta persahabatan antara kerajaan Johar Lama dengan Aceh. Pada masa itu, kapal-kapal Aceh bukan sahaja bebas belayar di sekitar Johar dan selatan Singapura, malahan perahu-perahu perang Aceh dan Johar saling bergabung dalam membuat serangan terhadap kapal-kapal Partugis dan mana-mana kapal lain yang hendak membuat hubungan dagangan di pelabuhan Melaka yang telah dikuasai sepenuhnya aleh pihak Partugis itu .7 Antara dasar kerajaan yang dipegang aleh SultanAlauddin Mansar Syah Aceh ialah meneruskan usaha memperluas jajahan takluk baginda serta mengembangkan ajaran Islam. Oleh sebab Sultan Johar adalah menantu baginda, Sultan Alauddin telah menganggap Johar sebagai negeri langsung bawah naungan baginda, bagaimanapun Sultan Ali Jalla enggan menyerah kepada daminasi mentuanya di Aceh. Konflik tersebut telah menyebabkan keretakan semula hubungan Aceh-Johar yang menggagalkan sebarang ikhtiar untuk meluluh-lantakan kuasa Partugis secara muktamad. Tidaklah menghairankan kemudian apabila dua kerajaan Islam Aceh-Johar yang besar di Nusantara itu telah berpecah belah, pukulan-pukulan hebat yang dibuat aleh pihak masing-masing secara bersendirian masih tetap tidak mampu mengusir Portugis dari bumi Melaka walaupun kekuatannya berjaya disusutkan. Pada tahun 1585, Sultan Alauddin Mansar Syah Aceh mangkat kerana terbunuh sekembalinya daripada ziarah ke Perak kerana menguruskan pertabalan adindanya sebagai Sultan Perak di sana. Sekitar masa yang sama, Raja Hashim, putera Sultan Ali Jalla Johor hasil perkahwinan baginda dengan puteri Sultan Aceh itu juga mangkat dibunuh aleh 7
Hj. Buyong Adil, Sejarah Johar, op.cit, him. 35.
48
Konflik Aceh-Johor Pada Abad ke-16-17
orang Aceh akibat perebutan takhta pernerintahan. 8 Tragedi ini semakin rneningkatkan kemarahan Sultan Ali Jalla dengan Aceh. Ketegangan terse but berlarutan terutarnanya sejak zaman pemerintahan Sultan Johor yang berikutnya, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615). Ini merupakan berita paling gernbira bagi Portugis yang sebelumnya menjadi pihak yang rnengalarni banyak kerugian basil keakraban hubungan persaudaraan kesultanan JohorAceh buat beberapa ketika. Perseteruan Johor-Aceh bertarnbah genting bermula awal abad ke-17. Selain berebutkan wilayah Aru (Deli) di timur Sumatera9, sikap kerabat istana dan para pembesar Aceh yang curiga terhadap gejala pengaruh raja-raja dari Tanah Melayu di Aceh sedangkan yang diinginkan ialah pengaruh Aceh masuk ke Tanah Melayu, dorninasi dan tekanan Aceh yang merimaskan pihak istana dan pembesar Johor serta pandangan Aceh terhadap kelemahan tiga serangkai di Tanah Melayu yang gagal menangani ancaman Portugis secara berkesan telah menyulitkan lagi hubungan Johor dan Aceh.
Perkenalan dengan Belanda dan British Hampir seratus tahun lamanya orang Portugis dapat merahsiakan jalan pelayaran ke negara-negara timur melalui Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan. Tidak ada bangsa Eropah lainnya selain orang Portugis dan Sepanyol yang 8 Ibid., him. 53. Rujukjuga H. Mohamad Said, 1981. Aceh Sepanjang Abad, him. 208. 9 Pada tahun 1539, Aceh menakluki Aru, kemudian Ratu Aru meminta pertolongan Sultan Johor untuk mengusir Aceh sehingga berhasil menumpaskannnya pada tahun 1540. Pada tahun 1564,Aceh dapat merebutnya kembali daripada Johor. Seterusnya pada tahun 1591 Sultan Johor pula mendapat kesempatan merebut kembali Aru daripada Aceh. Akhirnya, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kembali mentancapkan kuasa Aceh di bumi Aru pada tahun 1612.
49
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
mengetahui jalan pelayaran tersebut sehingga akhir abad ke-16. Bagaimanapun, pada tahun 1595, rahsia tersebut dibocorkan oleh seorang Belanda, Jan Huygen van Linschoten melalui penulisan bukunya bertajuk Itinerario dan Reys Geschrift van de Navigatien der Potugaloyser in Orienten yang diperoleh maklumatnya ketika menjadi setiausaha Belanda di Goa. Dalam buku tersebut diterangkan secara terperinci tentang jalur pelayaran di Lautan Hindi serta perdagangan orang Portugis di negara-negara timur. Melalui maklumat yang didedahkan dalam buku-buku nukilan Jan Huygen itulah pedagang-pedagang Belanda berhasil mengetahui jalan pelayaran ke negeri-negeri timur melalui Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan. Pada mulanya Belanda hanya bertindak sebagai orang tengah antara kuasa Portugal dengan negara-negara Eropah yang lain; Portugis membawa rempah-ratus dari timur dan Belanda menjualnya di Eropah. Bagaimanapun, pada tahun 1580, Portugal diduduki Sepanyol, kebetulan pada waktu yang sama Belanda pula berjuang menuntut kemerdekaannya daripada Sepanyol. Keadaan ini menyebabkan raja SepanyolPortugal bertindak menyukarkan hubungan dagangan dengan Belanda sehingga terpaksalah dicari pilihan yang lain, iaitu bemiaga secara langsung dengan negeri-negeri timur, khususnya di Nusantara. Kemunculan kapal-kapal dagangan dari Belanda di Nusantara menjelang akhir abad ke-16 tidak menolong meredakan suasana yang tidak tentu arah di perairan Selat Melaka. Berbanding dengan pihak Portugis, angkatan Belanda telah mendapat layanan baik daripada pemerintah Aceh yang kemudiannya menghantar utusan balas ke negeri Belanda pada tahun 1602, dipirnpin oleh Syeikh Abdul Hamid, dan beliau rneninggal dunia di sana. Sehingga termeterailah hubungan diplornatik dan dagangan secara rasmi antara kedua-dua negeri itu. Dalam masa yang sama, 50
Konflik Aceh-Johor Pada Abad ke-16-17
Belandajuga telah menjengah ke negeri Jahor dan diraikan di sana. Seperti juga Aceh, kerajaan Johar kemudian telah menghantar satu delegasi ke negeri Belanda. Ironisnya, seperti juga Partugis, pihak Belanda berpendapat perkelahian Aceh-Johar amat menguntungkan agenda mereka. Selama Aceh dan Johar saling bertikaian, pengaruh Belanda dapat dipupuk menjadi bertambah besar. Maka Belanda mengambil pendirian untuk bersikap "talam dua muka" dengan pihak Aceh dan Johar. Bersekutu dan bersahabat baik dengan kedua-dua belah pihak, tetapi sebaliknya hanya mencari keuntungan atas pertikaian Aceh dan Johar. Pada tahun 1602, muncul pula rombangan kapal dagang British di pelabuhan Banda Aceh, datang dengan surat dan bingkisan daripada Ratu Inggeris. Dilayan dengan baik aleh SultanAceh sehingga termeteraijuga perjanjian persahabatan dan dagangan. Pada tahun 1604 angkatan British menziarahi pula Sultan Johar di pusat persemayaman baginda di Batu Sawar. Kedatangan kapal-kapal dagang British dan Belanda yang dilayani dengan begitu baik aleh kerajaan Aceh dan Johar telah mencetuskan rasa cemburu, kemarahan dan kesumat yang meluap-luap di pihak Portugis yang ingin memanapali segala urusan dagangan di Nusantara. Apatah lagi pada waktu itu wujud permusuhan palitik antara kerajaan Belanda dan Partugis di Eropah. Maka akhirnya perseteruan tersebut langsung dilanjutkan di perairan Selat Melaka dengan pertempuran-pertempuran sengit antara kapal-kapal perang Partugis dan Belanda yang kerap mengganggu lalu lintas kapal-kapal perdagangan dari negeri-negeri lain. Bagi pihak British pula, buat sementara ia mengambil sikap lebih berhati-hati tidak mahu terjerumus dalam pertikaian palitik mana-mana pihak kerana masih belum bersedia, prinsipnya "jika tidak dapat ditelan, British tidak mahu cuba 51
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
memakannya". Kemunculan tiga bangsa kuasa Eropah di perairan Nusantara ini telah mencetuskan keadaan "siapa kuat mengambang, siapa le mah tenggelam".
52
6
Rencana Sultan Iskandar Muda Menghadapi Ancaman Eropah
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) merupakan sultan Aceh yang paling hebat dan agung dalam sejarahnya. Kesultanan Aceh Darussalam dikatakan mencapai kemuncak kejayaan, kehebatan dan kegemilangan pada masa pemerintahan baginda, dengan jajahan yang meluas serta kemasyhuran di mata dunia dalam bidang pemerintahan, perdagangan, ketenteraan dan kebudayaan. Daripada pihak leluhur bondanya yang bemama Puteri Raja lndera Wangsa, Iskandar Muda bersusur galur daripada keturunan Raja Dami-Kamal, dan ayahandanya, Mansor Syah (cucu Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahhar) adalah berketurunan daripada keluarga Raja Mahkota Alam. DarulKamal dan Mahkota Alam dahulunya merupakan dua tempat pemukiman bersebelahan yang terpisah oleh sungai yang gabungannya menjadi wilayah asal Kesultanan Aceh Darussalam. Iskandar Muda mewakili kedua-dua cabang itu, menjadikannya berhak sepenuhnya menaiki takhta pemerintahan. Sejarahnya bermula apabila Sultan Aceh Darussalam 1 Lombard, Denys. Kerajaan Aceh: Zaman Sultan Jskandar Muda (16071636). Kepustak:aan Populer Gramedia, Jakarta.
53
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Mukammil (1589-1604) mangkat dengan meninggalkan enam orang anak, iaitu empat orang putera dan dua orang puteri. Antara puteranya yang lelaki bernama Husin dan Sultan Muda. Seorang puteri baginda yang bemama Puteri Raja Indra Wangsa inilah yang kelak dikahwinkan dengan Mansor Syah anak daripada Sultan Sri Alam (putera Sultan Alahhar) sehingga melahirkan Darrnawangsa Perkasa Alam yang masyhur dengan nama Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam itu. 2 Pada awalnya Sultan Muda telah dilantik menjadi wakil ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Mukarnmil di Pedir. Narnun, kerana tidak pandai mentadbir negeri,jawatan tersebut telah ditarik balik daripadanya lalu diserahkan kepada saudaranya Husin yang sebelum itu menjadi wakil AlMukammil di Pasai. Sultan Muda kemudian telah dibawa ke istana untuk dijadikan pembantu ayahandanya yang kebetulan telah lanjut usianya. Malangnya, semenjak dibawa tinggal di istana, Sultan Muda mula rnenaruh cita-cita untuk mengarnbil tempat ayahandanya pula. Pada bulan April pada 1604 an, beliau berhasil merebut kekuasaan daripada Sultan AlMukarnmil lalu mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah dengan gelaran Sultan Ali Riayat Syah ( 1604-1607). Tindakan agresif ini bukan sahaja ditentang oleh saudaranya Husin berserta kaum keluarganya yang lain, tetapi juga telah mencetuskan gerakan penentangan daripada kaum muda yang dipimpin oleh anak saudaranya sendiri, Iskandar Muda. Bagi mengatasi pemberontakan keluarganya, Sultan Ali Riayat Syah menyerang saudaranya Husin di Pedir dan menangkap Iskandar Muda, langsung menyumbatnya ke dalarn penjara. 2
Baginda dilahirkan pada hari lsnin tanggal 12 Rabiulawal 999 Hijrah, kalau diselaraskan dengan tahun Masihi jatuh pada hari Selasa, 2 Januari 1581. Rusdi Sufi, 1981. "Iskandar Muda", dim. Dari Sini la Bersemi. Pemuda Istimewa Aceh, him. 67.
54
Rencana Sultan Iskandar Muda Menghadapi Ancaman Eropah
Semasa pemerintahan Sultan Ali Riayat Syah adalah masa yang penuh kekacauan yang dalam buku Bustanussalatin karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri disebut masa qithas (kisas). Tempoh tersebut ditandai dengan munculnya bencanabencana besar yang menimpa Aceh seperti musim kemarau yang luar biasa sehingga menimbulkan bahaya kelaparan serta berjangkitnya penyakit yang menimbulkan banyak korban dalam kalangan penduduknya. Ini belum termasuk peningkatan jenayah seperti perompakan, pembunuhan serta ketidakaturan masyarakat yang sangat menggusarkan. 3 Kekacauan-kekacauan yang terjadi dalam Kesultanan Aceh dianggap suatu kesempatan baik bagi daerah-daerah takluknya yang bertindak memisahkan diri. Pihak Portugis pula mengambil peluang untuk menyerangnya. Maka pada bulan Jun 1606, armada Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Castro dalam perjalanannya dari Goa ke Melaka telah cuba menyerang Aceh. Dalam serangan itu Portugis berhasil mere but sebuah benteng Aceh yang terletak di kawasan pantai. Iskandar Muda yang pada waktu itu berada dalam penjara telah meminta ayahanda saudaranya Sultan Ali Riayat Syah untuk membebaskan dirinya supaya dapat memimpin tentera Aceh menghadapi Portugis. Sejurus dibebaskan, lskandar Muda segera mengerahkan pengikutnya untuk mengepung gudang-gudang Portugis yang dibangunkan tidak jauh dari Bandar Aceh Darussalam. Senjata-senjata orang Portugis dapat dirampas, Iskandar Muda mengepalai angkatan perang Aceh dengan menggunakan pasukan tentera bergajah yang menggemparkan sehingga berjaya mengusir Portugis keluar dari pantai Aceh. Kehandalan dan kegagahan Iskandar Muda meng3
R.A. Hoesein Djajadiningrat, Critisch overzicht van de in Maleische werken vervatte gegevens over de geschiedenis van het Soeltanaat Aceh. BK.I 65 (1911), him. 213.
55
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
hancurkan Portugis dalam usia remaja telah menjadikan baginda dikenali kemudiannya sebagai Perkasa Alam. Setahun kemudian, iaitu pada 4 April 1607, Sultan Aceh mangkat, dan Iskandar Muda telah bersedia mengambil takhta kerajaan dengan mendapat sokongan orang besarbesar termasuk Kadi Malikul Adil yang amat berpengaruh, iaitu Syeikh Samsyuddin As-Sumatrani. Baginda bergelar Sultan Iskandar Muda Mahkota (Meukota) Alam (16071636). Sultan Iskandar Muda gusar melihat perkembangan yang berlaku dengan kehadiran tiga kuasa Eropah. Kedatangan Portugis, Belanda dan British dengan agenda dan kepentingan masing-masing berpotensi menggugat kestabilan serta perpaduan daulah-daulah Islamiyyah di Nusantara. Bangsa-bangsa Eropah ini datang dengan mengharungi lautan luas dari tempat yangjauh, lengkap dengan armada dan modal yang besar, serba cukup dengan alat-alat peperangan. Sudah tentu mereka mengharapkan laba yang besar sesuai dengan "saham" yang dilaburkan. Cabaran-cabaran ini perlu ditangani dengan kesungguhan, keberanian dan kekuatan,jikalau tidak berkemungkinan satu per satu daulah-daulah Islamiyyah di rantau ini bakal ditelan oleh kuasa-kuasa Eropah tersebut. Oleh itu, bagi Sultan Iskandar Muda hanya ada satu altematif: menguasai negeri-negeri tetangga yang lernah itu, atau membiarkan mereka ditelan satu per satu oleh kuasa-kuasa Eropah, dan pada akhimya nanti giliran Aceh pula akan ditelan. Atas pertimbangan dan kesedaran inilah Sultan Iskandar Muda mula membuat perancangan teliti berdasarkan metode berikut: Pertama, menguasai seluruh negeri dan pelabuhan di sebelah menyebelah Selat Melaka dan menetapkan ter-
56
Rencana Sultan lskandar Muda Menghadapi Ancarnan Eropah
jaminnya wibawa atas negeri-negeri itu sehingga tidak mungkin berpecah belah oleh negara asing. Kedua, memukul Johor supaya tidak ditunggangi oleh pihak Portugis dan Belanda. Ketiga, memukul Portugis dan merampas Melaka. Keempat, 'menaikkan harga pasaran hasil bumi untuk eksport dengan jalan memusatkan pelabuhan Samudera ke satu pelabuhan di Aceh, atau sedikit-dikitnya mengadakan pengawasan yang rapi sedemikian rupa sehingga kepentingan kerajaan tidak dirugikan. 4 Sultan Iskandar Muda semakin jenuh melihat perkembangan mutakhir yang berlaku di Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615) telah mulai bersikap lunak dengan pihak Portugis, sedangkan adindanya Raja Abdullah atau Raja Bongsu pula diketahui sebagai pro-Belanda. 5 Kedua-duanya tetap mengkhuatiri Aceh. Menjelang awal abad ke-17, angkatan Belanda meminta pertolongan Johor untuk memukul kekuatan Portugis yang sedang menyusut di Melaka. Permintaannya telah dipersetujui oleh RajaAbdullah, dan dimeterai dengan satu perjanjian kerjasama antara pihak Johor-Belanda pada tahun 1606 untuk menyerang Portugis secara berhabis-habisan. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Alauddin pula telah bersahabat baik dengan pihak Portugis. Ini berikutan seorang puteri baginda telah berkahwin dengan sepupunya putera Raja Siak. Kebetulan Raja Siak mempunyai hubungan akrab dengan pihak Portugis dan telah mempengaruhi Sultan Alauddin untuk berdamai dengan mereka. Dengan ikhtiar Raja Siak, pada tahun 1610, Sultan Alauddin telah membuat Muhammad Hassan, 1980. Perkembangan Swapraja di Aceh Sampai Perang Dunia II, dalarn Ismail Suny, Bunga Rampai Tentang Aceh. Jakarta: Bhratara, him. 158-159. 5 Dicatatkan oleh penulis Belanda, iaitu Valentijn bahawa Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan seorang raja yang mengacuhkan pemerintahan dan suka berseronok-seronok sahaja. Oleh itu, pentadbiran negeri terserah kepada adinda baginda Raja Abdullah dan Bendahara Tun Muhammad, Tun Seri Lanang yang akan disentuh kemudiannya dalam buku ini. 4
57
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
perjanjian damai dengan Portugis. Namun, adindanya Raja Abdullah masih tetap memusuhi pihak Portugis dan meneruskan dasar melindungi kepentingan Belanda di negeri Johor. Perjanjian kerjasama Johor-Belanda (1606-dengan Raja Abdullah) dan perjanjian damai Johor-Portugis (1610dengan Sultan Alauddin) ini segera terdengar ke Aceh. Maka bertambahlah kebimbangan Sultan Iskandar Muda, bukan sahaja kerana merasakan persekutuan Johor-Belanda akan memberikan nafas baharu kepada kekuasaan negeri Johor yang boleh menggugat kedudukan serta kepentingan Aceh, malahan perjanjian damai yang dibuat oleh Sultan Alauddin dengan Portugis juga dilihat sebagai suatu cengkaman penjajah kafir Harbi terhadap Raja Johor yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Apatah lagi Portugis merupakan musuh Aceh paling ketat. Sultan Iskandar Muda merasakan perlu diadakan jihad fi sabilillah bagi menghambat terns kekuasaan Portugis dari pusatnya di Melaka yang dianggap sebagai negara Darul Harb itu.
58
7
Perang Batu Sawar Tahun 1613
Pada awal pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam terjadi banyak ketegangan berikutan Aceh baharu sahaja terlepas daripada suasana kekecohan pemerintahan Sultan Ali Riayat Syah sebelumnya serta ancaman yang sangat membahayakan daripada pihak Portugis. Ini belum termasuk ancaman daripada kaum kerabat yang merasakan lebih layak menuntut takhta berbanding Iskandar Muda yang dikira masih teramat mentah untuk menjadi sultan. Bagaimanapun, Sultan Iskandar Muda pantas bertindak mengakhiri segala ketegangan itu dengan mengadakan konsolidasi alat pemerintahan sivil dan ketenteraan. Ketertiban dalam negeri dipulihkan dengan menghapuskan persaingan antara kaum bangsawan dan orang besar-besar. Tidak sedikit bangsawan lama yang digantikan terns dengan bangsawan baharu (termasuklah pemilihan Tun Seri Lanang kelak sebagai hulubalang bagi wilayah Sarnalanga). Sesudah Iskandar Muda berhasil melaksanakan konsolidasi pemerintahan pusat, rnaka langkah selanjutnya ialah menyusun dan mengatur kembali daerah-daerah yang pemah dimiliki oleh Kesultanan Aceh. Daerahdaerah yang rnemisahkan diri baik yang bertindak sebagai 59
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
negara merdeka ataupun menggabungkan diri dalam orbit kekuasaan Kesultanan Johor Lama yang bukan calangcalang kedaulatannya sebagai pengganti Kesultanan Melaka dahulunya, perlu dimasukkan kembali dalam orbit kekuasaan Aceh. Iskandar Muda memerlukan tempoh masa lima tahun demi merealisasikan wawasan dan gagasannya yang besar itu. Selepas melakukan persiapan secara besar-besaran selama beberapa tahun, maka Sultan Iskandar Muda mula mengorak langkah peperangan dan konsolidasi. Daerah-daerah pantai barat Sumatera seperti Natal, Paseman, Tiku, Pariaman, Salida dan Inderapura digantikan pembesar-pembesar lama dengan pembesar-pembesar baharu yang lebih berwibawa dan cekap melaksanakan tugas khususnya dalam mengatur pemungutan pajak, sistem cukai dan pendapatan kerajaan yang lainnya. Bermula pada tahun 1612, daerah-daerah pantai tirnur Sumatera yang selalu terganggu oleh Portugis dan Johor berhasil dikuasainya kembali. Di sepanjang pantai diambilnya satu per satu wilayah Aru, Batu Bara, Siak, Nias, Deli, Rekan, Kampar dan Inderagiri. Selanjutnya pantai timur Sumatera ditutup terns bagi pedagang-pedagang Portugis. Penguasaan daerah-daerah tersebut juga dimaksudkan sebagai balasan terhadap sikap Johor Lama yang mengadakan perjanjian persahabatan dengan Portugis yang ditandatangani oleh Sultan Johor dengan wakil Portugis, Jeao Lopes d'Arnoreira pada 16 Oktober 1610. Selanjutnya, pada bulan Mei 1613, angkatan perang Aceh yang dipimpin oleh Orang Kaya Laksamana, Orang Kaya Sri Maharaja dan Orang Kaya Raja Lelawangsa 1 tiba di Selat Teberau di kuala Sungai Johor. Selepas 29 hari membuat pengepungan dan menuntut penyerahan, Sultan 1
Pendapat lain menyatakan bahawa pasukan Aceh dipimpin secara langsung oleh Sultan lskandar Muda Mahkota Alam sendiri.
60
Perang Batu Sawar Tahun 1613
Johor yang berkeras tidak mahu tunduk menyerah kalah, akhirnya tentera Aceh membuat serangan besar-besaran sehingga berjaya menduduki Batu Sawar yang merupakan tempat persemayaman Sultan Alauddin, dan tempat tinggal Raja Abdullah di Kota Seberang (iaitu seberang sungai). Dalam peperangan tersebut, pihak Belanda dan Portugis tidak datang membantu Johor, sedangkan sebelum itu keduaduanya telah mengikat perjanjian akan menolong Johor jika diserang oleh Aceh. Selesai berperang, Sultan Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang, panglima serta para Pembesar Johor telah ditawan dan dibawa balik ke negeri Aceh. 2 Kebetulan ipar Sultan Alauddin, Raja Siak sedang menziarah di situ, langsung terkepung dan ditawan juga. Dua puluh orang Belanda wakil-wakil dagang yang tinggal di loji Batu Sawar juga dibawa sekali ke kapal Aceh. Bagaimanapun, mereka dibebaskan kemudian setelah mendapat rayuan daripada pihak Belanda yang berpusat di Jakarta atas alasan mereka bersikap berkecuali dalam peperangan itu. Di Aceh, Sultan Johor telah dipelihara dengan baik, sementara Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan adinda Sultan Iskandar Muda yang bernama Ratna Jauhari bagi mempereratkan semula hubungan antara kedua-dua keluarga diraja tersebut. Pada akhir tahun itu juga, Raja Abdullah dibenarkan pulang ke negeri Johor, dihantar oleh angkatan tentera Aceh seramai dua ribu orang dan sejumlah wang yang banyak bagi memperbaik semula pusat pemerintahan Sultan Johor di Batu Sawar yang tel ah rosak dalam peperangan yang baru berlalu. Pada pertengahan tahun 1614, Sultan Alauddin pula dibenarkan pulang ke Johor setelah baginda berjanji akan membantu 2
Haji Buyong Adil, 1980. Sejarah Johor, him. 66-67.
61
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Aceh menyerang Portugis 3 di Melaka. Malangnya sekali lagi Sultan Johor gagal memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Aceh. Sebaliknya, pada bulan Ogos 1615, Sultan Alauddin telah membuat perjanjian baharu pula dengan pihak Portugis, sedangkan sejurus sebelumnya, baginda baharu pulang dari Aceh berunding dengan Sultan Iskandar Muda akan hal hendak menyerang Portugis di Melaka. Portugis yang gembira dengan termeterainya perjanjian baharu dengan Johor lantas bertindak pantas melaksanakan kehendak Sultan Alauddin untuk mendudukkan putera baginda, Raja Bujang ke takhta bersaudaranya kerajaan Pahang yang sebelum itu baru kemangkatan Sultan dan Raja Muda pada tahun 1614, iaitu Sultan Abdul Ghaffur dan Raja Abdullah. 4 Pengkhianatan Johor dalam perjanjian denganAceh telah mencetuskan kemarahan Sultan Iskandar Muda yang meluapluap. Berikutan dengan peristiwa itu, maka pada akhir tahun 1615,Aceh sekali lagi menyerang Johor secara besar-besaran dengan armada 300 buah kapal berserta 40 000 tentera Aceh 5 sehingga berjaya mengalahkan Batu Sawar. Sultan Alauddin sekali lagi ditawan dan kali ini dihukum bunuh di negeri Aceh. Kemudiannya, Raja Abdullah diangkat oleh Sultan Aceh menjadi Raja Johor bergelar Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623). Bagaimanapun, pemerintahan Johor sebenarnya adalah di tangan sebuah badan pengawas terdiri daripada orang Aceh yang diketuai oleh Orang Kaya Raja Lelawangsa. Pada tahun 1618 pula, Sultan Iskandar Muda yang tidak suka Portugis memandai-mandai meletakkan putera Johor, Raja Bujang menjadi sultan Pahang, telah menghantar sebanyak 17 000 tentera untuk menyerang negeri Pahang. 3 4 5
Ibid, him. 67. Ibid, him. 68-70. H.M. Zainuddin, 1957. Singa Atjeh, Biographi Seri Sultan lskandar Muda. Medan: Pustak:a Iskandar Mud a, hlm. 171 .
62
Perang Batu Sawar Tahun 1613
Raja Bujang sempat melarikan diri ke Lingga dan berselindung di situ. Sementara di Pahang, Sultan Ahmad serta putera baginda yang bernama Raja Mughal telah ditawan dan dibawa ke Aceh. Selain itu, lebih kurang 10 000 rakyat Pahang juga clibawa pindah ke negeri Aceh untuk meramaikan penduduk di sana serta menambahkan kekuatan tentera Iskandar Muda. 6 Seorang puteri Pahang, Puteri Kamaliah juga telah dibawa ke Aceh dan dijadikan isteri kedua Sultan Iskandar Muda. 7 Sementara itu, Sultan Abdullah Maayah Syah telah berasa bosan berbaik dengan Aceh kerana tidak suka Aceh menaungi kerajaan Johar dan Pahang sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Lalu diceraikan isterinya, adinda Sultan Iskandar Muda itu dan mengahwini seorang puteri Jambi serta memindahkan pusat pemerintahan di Lingga bersama-sama dengan anak saudaranya Raja Bujang yang telah terlebih dahulu lari dari Pahang akibat serangan Aceh. Perbuatan Sultan Abdullah Maayah Syah menceraikan adinda Sultan lskandar Muda telah meledakan kembali kemarahan baginda, lalu pada tahun 1623, Iskandar Muda bertindak balas dengan menghantar pasukan perang untuk melumpuhkan pusat pemerintahan Johar di Lingga. Sultan Abdullah, keluarga baginda dan Raja Bujang terpaksa mengundurkan diri ke Pulau Tambelan dengan diiringi Laksamana dan lain-lain orang besar baginda. Pada bulan Mac tahun itu juga, baginda mangkat di Pulau Tambelan. Sejak itu, bermulalah satu "episod misteri" dalam sejarah Iskandar Muda telah membuat siri penaklukan ke Deli ( 1610), Joh or ( 1613), Pahang (1618), Kedah (1619), Perak (1620), Nias (1624) dan cuba tetapi gagal mengambil Melaka (1629). Dikatakan jumlah tawanan yang diambil dari semua negeri taklukannya sebanyak 22 000 orang. 7 Isteri pertama Sultan Iskandar Muda bernama Puteri Sani, cicit Sultan Saidi I Mukammil Aceh, bonda Tajul Alam Safiatuddin. Puteri KamaJiah iaJah saudara Sultan Ahmad, sedangkan Raja Mughal iaJah putera Sultan Ahmad (bermakna Puteri Kamaliah bonda saudaranya). 6
63
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Kesultanan Johor Lama, 8 iaitu yang berlatar belakangkan surutnya pengaruh serta kedudukan pembesar negeri yang paling penting, kuat dan istimewa di sisi sultan sejak zaman Melaka lagi. Jawatan yang dimaksudkan itu ialah Bendahara Johor, hilang kepentingannya untuk suatu tempoh yang menjangkaui lebih 60 tahun lamanya. Tempat Bendahara di sisi Sultan Johor digantikan oleh Laksamana dalam masa pemerintahan Raja Bujang atau Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677) dan Sultan Ibrahim Syah (1677-1685). 8
Berdasarkan kepada kepentingan peranan yang dimainkan oleh keluarga bendahara dalam persada pemerintahan tradisi raja-raja Melayu, mak:a segala susur galur, titir butir dan apa jua fak:ta yang bersangkutan dengan sejarah keluarga bendahara secara turun-temurun ak:an direkodkan serta disimpan sebagai khazanah dan sumber rujukan terpenting dalam usaha bangsa Melayu menghayati sejarah nenek moyang dan intipati bangsa itu sendiri. Begitu juga halnya dengan sejarah keluarga bendahara Johar Lama yang merupak:an cucu-cicit keluarga bendahara Melak:a. Dari mula, sebelum dan selepas Melak:a jatuh ke tangan Portugis, bendahara-bendahara Melaka (dan kemudiannya Johar) dengan raja-rajanya adalah seperti cincin yang bersalut kemas di jari, akrab dan tidak: dapat dipisahkan, bersama-sama mengharungi lcisah suka duka pemerintahan negeri. Waiau bagaimanapun, bermula dari awal abad ke-17, lebih spesifik lagi, sejak: peristiwa Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dan Sultan Alauddin Riayat Syah III diserang, ditawan dan kemudiannya dibawa pula ke Aceh dalam Perang Batu Sawar tahun 1613, bermulalah suatu era yang penuh misteri dalam sejarah pentadbiran keluarga bendahara Johar. Selama lebih 60 tahun berikutnya, seolah-olah jawatan bendahara Johar tidak lagi memainkan peranan sebagai watak: terpenting selepas sultan dalam struktur pemerintahan negeri. Misteri "kehilangan keluarga bendahara" daripada persada pentadbiran negeri hanyalah berakhir pada tahun 1685, apabila dengan tiba-tiba Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid muncul mengembalikan daulat dan kepimpinan keluarga bendahara. Ini menyebabkan fakta sejarah dalam era sebelum Tun Habib menjadi longgar, sukar diikat dan disimpul kemas terutama dalam menyusun salasilah bendahara dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun dengan penemuan beberapa fak:ta sejarah yang baharu mengenai keluarga bendahara Johar khususnya dalam kaitannya dengan perkembangan politik sejarah Aceh pada masa itu, mak:a misteri kelonggaran fak:ta-fak:ta sejarah mahupun susunan salasilah bendahara-bendahara Johar pada abad ke- I 7 lcini dapat diikat kuat. Rujuk bab seterusnya dalarn buku ini.
64
Perang Batu Sawar Tahun 1613
Kehilangan pengaruh serta kepentingan kedudukan Bendahara Johor untuk suatu tempoh yang panjang adalah berkait rapat dengan peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613 di Johor, apabila Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad, atau timangannya Tun Seri Lanang menjadi salah seorang pembesar kerajaan Johor Lama yang ditawan dan dibawa ke Aceh. Sebaliknya pula, penawanan Tun Seri Lanang di Aceh telah mencetuskan satu episod yang bakal merubah nasibnya sehingga kelak diangkat menjadi pembesar kepada Sultan Iskandar Muda Meukota Alam dengan gelaran Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang, di samping mendapat kumia Sultan dalam bentuk wilayah kekuasaan yang menjadikan Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang atau pemerintah pertama di Samalanga Enam Mukim, iaitu sebuah daerah jajahan Aceh yang terletak di pantai timur. Di Samalanga, Tun Seri Lanang bukan sahaja kelak menabur jasa sebagai tokoh filantropi yang besar dan melahirkan ramai alim ulama melalui pembinaan masjidmasjid, wakaf-wakaf serta pusat-pusat pengajian Islam, tetapi juga menumbuhkan zuriat-zuriat yang bakal menjadi tokoh-tokoh hebat dalam sejarah negara Indonesia sehingga masa kini. ltu belum pun termasuk zuriat bangsawan Johor ini di tanah tumpah darahnya yang kelak tumbuh menjadi raja, bendahara dan temenggong kepada empat kerajaan yang besar di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor sehingga hari ini.
65
8
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
Perang Batu Sawar yang berlaku pada tahun 1613 merupakan satu peristiwa pahit dalam Kesultanan Johor Lama. Bagaimanapun, di sebaliknya tersembunyi suatu hikmah yang besar kepada Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang yang menjadi salah seorang pembesar Melayu yang telah ditawan dan dibawa bersama keluarga diraja Johor Lama ke istana Aceh. Pada tahun yang sama, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah melantik Tun Seri Lanang menjadi Uleebalang Samalanga, iaitu sebuah wilayah yang terletak di pantai timur Aceh. Menurut sarakata (mohor) Sultan Iskandar Muda yang disalin semula dengan titah anakanda baginda Sultanah Safiatuddinsyah pada tahun 1055 Hijrah bersamaan tahun 1645 Masihi, batas wilayah yang diberikan kepada Tun Seri Lanang di sebelah barat ialah Krueng (sungai) Ulim, sekarang masuk dalam Kabupaten Pedir, sebelah timumya bertemu Krueng Jeumpa, yang sekarang ini masuk dalam Kabupaten Bireun. Dalam struktur pemerintahan Aceh pada masa Sultan Iskandar Muda, bentuk wilayah yang terkecil daripada 66
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
susunan pemerintahan diAceh ialah Gampong atau kampung. Sebuah Gampong terdiri daripada kelompok rumah yang letaknya berdekatan satu sama lain. Gampong diketuai oleh Keucik (seperti Penghulu) dengan dibantu oleh seorang dua Waki (daripada istilah Arab 'Wakil'), ulama yang disebut Teungku Meunasah serta Ureung Tuha yang merupakan golongan orang tua-tua dan yang berpengalaman dalam kampung tersebut. Mukim pula ialah gabungan beberapa buah kampung yang berdekatan yang penduduknya melakukan sembahyang Jumaat bersama-samadi sebuah masjid yangtelah ditetapkan. Kepala Mukim disebut Imam Mukim yang asalnya hanya berperanan sebagai pemimpin sembahyang pada setiap hari Jumaat di masjid tersebut. 1 Bagaimanapun, pada masa-masa kemudian, fungsi Imam Mukim telah berubah menjadi kepala pemerintahan kepada Mukimnya sehingga berubah pula namanya menjadi Kepala Mukim. Maka peranan sebagai imam so lat J umaat diserahkan kepada orang lain yang disebut Imam Masjid. Bentuk wilayah kekuasaan yang lebih besar daripada Mukim disebut Nanggroe atau Negeri, iaitu gabungan daripada beberapa buah Mukim yang dikepalai oleh seorang ketua yang disebut Uleebalang. Uleebalang menerima kekuasaan daripada Sultan Aceh dan di wilayah kekuasaannya memerintah secara turun-temurun. Namun, sewaktu mereka akan memangku jabatan sebagai ketua di negeri masing-masing, mereka harus disahkan oleh Sultan dengan mendapat cap tanda kerajaan Aceh yang disebut Pada mu Ian ya Sultan Iskandar Muda telah menetapkan bahawa setiap mukim harus berpenduduk seramai 1000 orang laki-laki yang dapat memegang senjata supaya mudah menghimpun tenaga tempur apabila perlu menghadapi situasi peperangan. Bagaimanapun aturan ini tidak lagi digunakan pada masa-masa kemudian kerana tidak praktikal.
67
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dengan nama Cap Sikureung atau cap sembilan. 2 Uleebalang merupakan antara tiga golongan berkedudukan paling tinggi dalam Kesultanan Aceh Darussalam sejak zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Tiga golongan yang dimaksudkan itu ialah MENTER!, ULAMA dan ULEEBALANG. Ketiga-tiga golongan ini berperanan dalam mendukung Sultan, menjunjung dan melancarkan hukum serta perintah baginda. Antara kewajiban Uleebalang adalah seperti yang berikut: a. Menjaga dan mentadbir negeri. b. Menjalankan segala perintah Sultan seperti dalam penangkapan orang yang melanggar ketetapan hukum dan adat negara dan/atau negeri. c. Membekal serta mengkoordinasi perbekalan dan tenaga kerah serta tempur untuk Sultan dalam saatsaat peperangan atau masa keperluan yang lain. d. Tugas-tugas lain. 3 2
3
Cap Sikureueng ialah cap rasmi Kesultanan Aceh yang dipakai sebagai tanda pengesahan dokumen-dokumen kerajaan yang pen ting seperti surat keputusan kerajaan, surat kuasa, surat perjanjian antara-negara dan sebagainya. Cap Sikureueng (STEMPEL sembilan) berbentuk bundar, di tengah-tengahnya tertera narna sultan yang sedang berkuasa, dan sekelilingnya tertera nama Japan orang sultan yang memerintah sebelumnya. H.M. Zainuddin, 1957. Singa Atjeh, Biographi Seri Sultan lskandar Muda. Pustaka Iskandar Muda, Medan, him. 99. Tanggungjawab ularna pula ialah menjadi penasihat Sultan dalarn hal yang bersangkutan dengan agarna, memberikan penerangan kepada rakyat umum tentang keteguhan iman kepada Allah SWT serta kebajikan-kebajikan yang bersangkut-paut dengan agama, menjadi kadi Sultan dalam ha] memutuskan perkara hukum dalarn negeri, menerima wilayah daripada Sultan (atau melalui wakil baginda, iaitu Panglirna Sagi atau Uleebalang) untuk rnenikahkan orang yang tidak berwali, memasah atau fasiq perempuan yang boleh dipasah atau difasiq dan lain-lain yang bersangkutan dengan hukum agarna. Sementara tanggungjawab menteri pula ialah menjadi penasihat dan pembimbing Sultan, mempertimbangkan urusan tatanegara, menjalankan sesuatu muslihat (diplomasi) dan siasat serta mengamat-mengamati segala pekerjaan, menyusun dan menjaga dengan baik segala peraturan negeri yang diatur atau diperintahkan oleh Sultan dengan kebijaksanaannya agar memperoleh kemajuan dan keselamatan pemerintahan dalam negeri dan lain-lainnya yang berhubung dengan pekerjaan tatanegara.
68
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
Walaupun Uleebalang mendukung Sultan Aceh dalam kerajaan pusat serta menerima arahan-arahan daripada baginda, narnun secara realitinya rnereka rnasih merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa autonomi dalam wilayahnya serta bebas mentadbir mengikut pertimbangan, strategi serta kebijaksanaan masing-masing. Contohnya dalarn hal pengadilan atau pelaksanaan hukuman, diwujudkan Mahkamah Uleebalang, rn1tu pengadilan menengah atau pengadilan negeri yang bertugas mengadili perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh Mahkamah Mukim (Mahkamah Rendah), atau pihakpihak yang bersengketa tidak menerimanya keputusan Mahkamah Mukim. Dalam Mahkarnah Uleebalang, Uleebalang sendiri bertindak sebagai Hakim, dibantu oleh wakil Qadli Uleebalang, Qadli Mukim serta beberapa orang Imam. Dalam hal ini, pada masa Sultan Iskandar Muda dibuat suatu ketentuan tentang hukuman-hukuman tertentu yang hanya baginda seorang berhak rnelakukannya. Hal ini dimaksudkan untuk mengurangi risiko penyalahgunaan kuasa oleh para Uleebalang dalarn menjatuhkan hukuman kepada rakyatnya. Ringkasnya, dalam Kesultanan Aceh Darussalam, dikatakan bahawa penguasa sebenarnya ialah golongan uleebalang. Ini kerana realitinya, batas wilayah dalam kuasa mutlak Sultan sebenarnya hanya lokasi di mana terletaknya istana baginda serta kota yang mengelilingi istana tersebut sebagai pusat pemerintahan kerajaan baginda, iaitu Kotaraja (Aceh Besar). Walaupun pada zaman pemerintahan sultan-sultan Aceh yang paling berkuasa, namun urusan pemerintahan dalarn wilayah-wilayah para uleebalang amat jarang dicampuri. Malahan, sultan-sultan Aceh perlu rnenghormati serta memuliakan para uleebalang bagi rnemastikan bukan sahaja mereka bekerjasama dalam pelaksanaan urusan pentadbiran
69
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
seluruh wilayah kuat kuasa Aceh serta tidak mengkhianati baginda, malah meletakkan sokongan padu pada saat-saat kritikal apabila wujud persaingan dalam hal merebut takhta pemerintahan dalam kalangan keluarga bangsawan.
Tun Seri Lanang: Ampon Syik Samalanga Menabur Bakti Tun Seri Lanang menjadi Uleebalang pertama Samalanga pada tahun 1613 sehingga 1659. Pada hari ini Samalanga merupakan sebuah wilayah kecil yang terdiri daripada sembilan kecamatan, tiga daripadanya berada di wilayah kabupaten Pedir iaitu Ulim, Bandar Dua dan Jangka Buya. Sedangkan enam kecamatan lagi berada dalam wilayah kabupaten Bireun, iaitu Samalanga, Simpang Mamplam, Pandrah, Jeunib, Peudada dan Juli. Terdapat 84 buah kampung (gampung) yang bergabung dalam lima mukim di Samalanga dengan bilangan penduduknya lebih kurang 42 506 orang, 97% menjadi petani, 1 peratus adalah pegawai negeri dan 2 peratus pedagang. 4 Pada tahun 1958, Lembaga Kebudayaan Aceh (LKA) telah menyusun salasilah raja-raja negeri Samalanga dan menegaskan bahawaraja pertamanegeri tersebut ialah "Datok Bendahara Tun Muhammad Sari Lanang (16 I 3 - l 659M) keturunan Maniparindam (Mani Purindan) bangsawan Malaya turunan dari Bukit Siguntang Maharniru Batusawar Darussalam, Kerajaan Johor Lama". Dalam sarakataRatu Safiatuddin Syah (1641-1675) yang digazetkan pada tahun 1645, baginda telah mengesahkan kembali Datuk Bendahara yang disebut dengan nama Tun Sebrang sebagai Raja Samalanga sebagaimana yang 4
Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, 2002. Islam Historis: Dinamika Studi Islam di Indonesia. Yogyakarta: Galang Press, him. 67.
70
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
pengisytiharan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1613. 5 Malahan disebut dalam buku H.M. Zainuddin bahawa Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pernah menitahkan kepada seorang ulama dan pengarang Aceh yang terkenal dan tersohor, iaitu Syeikh Nuruddin ar-Raniri untuk membangunkan kesusasteraan di Aceh serta memperbanyakkan lembaga pendidikan dan kepada ulama besar ini diperbantukan tiga orang ahli bahasa dan sejarah, iaitu Tun Seri Lanang, Raja Sulong dan Tun Burhat yang ditawan baginda semasa peperangan dengan Pahang pada tahun 1617. 6 Selain itu, untuk menyemarakkan semangat pemuda ke arah kesatria (peperangan), baginda juga menitahkan agar disalin kitab-kitab peperangan seperti Hikayat Muhammad Hanafiah,HikayatHasan-Husin,HikayatRajaBadar(perang Badar) dan Hikayat Amir Hamzah, diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Jawi (Melayu) mahupun Aceh. Untuk misi ini, baginda telah menitahkan Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Tun Seri Lanang, putera Tun Seri Lanang yang bernama Tun Aceh dan Tun Burhat. Hikayat-hikayat terse but kemudian dibacakan di tiap-tiap kampung sehingga berhasil membakar semangat para pemuda serta meningkatkan daya juang untuk menentang usaha penjajahan kuasa Eropah terhadap daulah-daulah Islamiyyah di Nusantara. 7 Sejarah pemerintahan Tun Seri Lanang semasa menjadi Uleebalang atau Raja Kecil di wilayah Samalanga menjadi 5 Sarakata Sultanah Safiatuddin Tajul Alam Aceh telah dianalisis dan direkodkan oleh Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh. Analisis ini membuktikan bahawa Tun Seri Lanang telah dikurniakan kenegerian Samalanga sebagai Uleebalang. 6 H.M. Zainuddin, Singa Atjeh, Biographi Seri Sultan lskandar Muda, op. cit, him. 169. 7 HM. Zainuddin, Tarich Atjeh dan Nusantara, Medan: Pustaka Iskandar Muda, him. 299.
71
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
bukti kefahamannya yang mendalam tentang peranan Umara atau Ulil Amri sebagai ketua pemerintahan Islam, iaitu berkaitan dengan tanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam (dunia dan akhirat) yang di bawah penaungannya. Tun Seri Lanang memerintah secara proaktif, bertindak menjadikan Samalanga pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh, dan tradisi ini terns berkekalan lama selepas kemangkatannya. Beberapa buah masjid seperti Kuta Blang, Masjid Raya, Masjid Matang Wakeuh dan Tanjungan merupakan antara peninggalan Tun Seri Lanang di Aceh. 8 Kegiatan pendidikan di tempat-tempat ibadat berlangsung di setiap perkampungan dalam wilayah Samalanga, ada yang belajar agama dan ada juga yang belajar sastera. Pembangunan sekolah-sekolah agama atau dayah juga amat pesat seperti dayah Kuta Blang yang dipimpin oleh Teungku Syeikh Abdul Jalil, dayah Mayang Cot Meurak oleh Teungku Syeikh Labba, dayah Masjid Raya oleh Teungku Syeikh Idris (Teungku Syik di Ribee), day ah Lueng Ku bee oleh Teungku SyeikhAbdurrahim, dayah Tanjungan dan lain-lain lagi yang merupakan sekolah-sekolah agama tradisional, mengajar kitab-kitab asy-Syafi'iyah atau lebih dikenali dengan nama kitab-kitab kuning. 9 Pembinaan sekolah-sekolah agama atau dayah-dayah ini telah pun bermula sejak Tun Seri Lanang menjadi penguasa 8
9
M. Adli Abdullah, kertas kerja bertajuk "Hubungan Aceh - Semenanjung Malaysia Dalam Perspektif Sejarah Tun Sri Lanang," diseminarkan pada Seminar Sejarah Tun Seri Lanang di Kuantan, Pahang, pada 17 September 2005. Ibid. Li hat juga Martin van Bruinessen, I 999; Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia. Bandung: Mizan; Azyumardi Azra. Pendidikan Islam: Tradisi dan Modernisasi Menuju Milenium Baru. Jakarta: Logos; Ismuha, 1996. "Ulama Aceh Dalam Perspektif Sejarah," Taufik Abdullah (ed.), Agama dan Perubahan Sosial. Jakarta: Raja Grafindo Persada, him. 19-22; M. Hasbi Amiruddin, 2003. Ulama Dayah: Pengawal Agama Masyarakat Aceh. Lhokseumawe: Nadiya Foundation.
72
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
di Samalanga, malahan perkara yang paling menakjubkan ialah sebahagian daripada dayah-dayah tersebut masih aktif sehingga hari ini, walaupun telah hampir 400 tahun selepas kemangkatanTunSeriLanang.Masjid,pusat-pusatagamadan dayah-dayah yang mampu mempertahankan kewujudannya itu sudah tentu tidak terlepas daripada peranan Tun Seri Lanang yang telah membuat kebajikan untuk mewakafkan sebahagian besar hartanya untuk menghidupkan tempattempat agama ini. Sehingga hari ini Samalanga tetap dikenali sebagai "kota santri" (kota pelajar) di Aceh, sehingga bolehlah dikatakan bahawahampir seluruh alim-ulama dari seluruh pelosokAceh merupakan alumni dayah-dayah di Samalanga. 10 Malahan adajuga penuntut-penuntut agama di Samalanga yang datang dari Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand." Tun Seri Lanang juga tidak lupa untuk mengurus kebajikan duniawi rakyatnya dengan memesatkan aktiviti pertanian. Beliau telah memerintahkan supaya dibina perahu-perahu yang besar dan kukuh untuk menyeberangi lautan dan sungai-sungai besar bagi melicinkan pengurusan ekonorni dan pertahanan wilayahnya. Kewibawaan Tun Seri Lanang dalam mengatur negeri di samping memenuhi tuntutan menjaga kepentingan Islam telah meramaikan penduduk wilayah Samalanga yang sebelum itu menurun drastik akibat peperangan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Tradisi penyebaran syiar Islam di Samalanga yang terus dikekalkan oleh keturunan Tun Seri Lanang sebagai uleebalang-uleebalang berikutnya telah berhasil meneguhkan jati diri rakyatnya. Sehingga wilayah tersebut menjadi kubu 10 Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, 2002. Islam Historis: Dinamika Studi Islam di Indonesia. Yogyakarta: Galang Press, him. 67. 11 Penulis berkesempatan menemui beberapa pelajar agama dari Malaysia semasa tinjuan ke Samalanga pada tahun 2010.
73
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
kuat umat Islam di Aceh, dikenali sebagai daerah pejuang dalam masa-masa belakangan apabila terjadinya perang jihad dengan Belanda pada tahun 1873-1942. Malahan Sultan Muhammad Daud Syah yang merupakan pemerintah Kesultanan Aceh Darussalam yang terakhir pemah menjadikan wilayah Samalanga tempat persembunyiannya bersama para mujahidin yang lain dalam perang gerila menentang Belanda, 12 sehingga dapat ditangkap oleh Van Heutzh pada tahun 1903 dan meninggal dunia dalam pembuangan di Jatinegara Jakarata tahun 1939. Pimpinan perang dilanjutkan oleh kaum ulama seperti Teungku Syeikh Amad, Teungku Syeikh Abdurrahim, Teungku Syik di Awee Geutah, dan alim ulama yang lain. Benteng Batee Iliek di Samalanga yang merupakan pusat pertahanan perang Aceh telah berusaha diduduki Belanda sebanyak tiga kali namun gagal. Hanya pada tahun 1901 barulah Batee Iliek berhasil ditakluki Belanda. Sumber sejarah Johor Lama menyebut bahawa Tun Seri Lanang dilahirkan pada tahun 1565, sedangkan menurut sumber Samalanga (Aceh), mangkatnya pada tahun 1659, bermakna umumya sampai akhir hayat ialah 94 tahun. Makam Tun Seri Lanang hingga sekarang masih terpelihara dengan baik di daerah Kuta Blang Samalanga. Cut Nyak Naimah yang berumur hampir 80 tahun adalah satu-satunya keturunannya yang masih tinggal di Samalanga dan menjaga makam tersebut. Menurutnya, semasa masih wujudnya penguasaan Uleebalang di Samalanga (sebelum berlaku Revolusi Sosial tahun 1945), makam tersebut dikenali dengan nama Makam Jaku, iaitu singkatan daripada jajaku (sebutan zuriat Tun Seri Lanang untuk orang tua, 12 Tentang perang Aceh, lihat Ibrahim Alfian, 1987. Perang di Jalan Allah. Jakarta: Sinar Harapan; Amirul Hadi, 1998. "The Aceh War, 1873-1912: Some Notes", dim. Yudian Wahyudi et.al., The Dynamics o f Islamic Civilization, Yogyakarta: Titian Ilahi Press, hlm. 251-264.
74
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
leluhur atau keturunan) dan diadakan majlis tahlil untuknya pada setiap tahun. 13 Menurut warisnya lagi, Tun Seri Lanang mempunyai hubungan yang akrab dengan ulama dan pujangga Aceh tersohor, iaitu Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang kemudian sempat menguasai bahasa Melayu serta bersama-sama dengan Tun Seri Lanang mengembang-giatkan agama Islam di wilayah Samalanga yang baru dibangunkan itu. Apabila berlakunya peristiwa hitam dalam sejarah Aceh pada zaman pemerintahan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah, iaitu tercetusnya pertikaian antara aliran Wahdatul Wujud dengan aliran Wahdatus Syuhud sehingga banyaknya kitab-kitab agama dibakar, hal ini menjadi antara sebab kepulangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ke kampung halamannya di Rander Gujerat, India, iaitu pada tahun 1644 setelah berada di Aceh sejak tahun 1637. Sekitarmasaitulah Tun Seri Lanang mengambilkeputusan untuk kembali ke Johor, iaitu lebih tepatnya pada tahun 1055 Hijrah bersamaan 1645 Masihi lalu menghadap Sultanah Safiatuddin untuk mengemukakan hasratnya. Bagaimanapun permohonan Tun Seri Lanang telah ditolak oleh Safiatuddin, malah baginda mengukuhkannya kembali kedudukan beliau sebagai Uleebalang Samalanga dan penasihat baginda dengan menyalin kembali sarakata (mohor) yang pemah dikeluarkan oleh Sultan Iskandar Muda pada tahun 1025 Hijrah bersamaan tahun 1613 Masihi. Jika dilihat bentuk nisan pada makam Tun Seri Lanang, hampir sama dengan bentuk nisan makam piutnya Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (mangkat pada tahun 1697) yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Di sekitar makam tersebut juga terdapat makam-makam kaum kerabat serta waris-waris Tun Seri Lanang yang menjadi pemerintah Samalanga yang berikutnya. 13 M. Adli Abdullah, op.cit, him. 15.
75
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Bersebelahan tapak makam Tun Seri Lanang dan kaum kerabatnya wujud istana lama yang disebut oleh masyarakat setempat yang disebut oleh sebagai Rumoh Krueng. Bentuk rumah ini hampir sama dengan rumah Melayu dan berlainan dengan bentuk rumah Adat Aceh. Hal ini telah memperkuatkan tanggapan bahawa Tun Seri Lanang pemah tinggal di rumah tersebut. Malahan bersempena ternpat tinggal pertama Tun Seri Lanang di Samalanga ini, kampung tersebut telah mengambil namanya, iaitu Gampong Tok Dad (Datok Bendahara) di kawasan Kuta Blang. 14 Keberadaan Tun Seri Lanang juga diperkuatkan dengan cerita rakyat Samalanga secara turun-temurun yang menyebut bahawa Raja Samalanga berasal dari Melaka (Johor Lama). 15 Cerita ini pun kemudian dapat dibuktikan melalui maklumat lain seperti adanya Kampung Bendahara (Tok Dad). Masyarakat di sekitar kampung ini menyebutkan bahawa keturunan Raja Samalanga adalah kuburan yang disebut di atas. Tidak jauh dari kuburan tersebut terdapat masjid dan dayah Kuta Blang yang telah menghasilkan alim ulama. Yang menarik, bentuk masjid tidak sama dengan masjid-masjid yang terdapat di Aceh. Dengan kata lain, wilayah Samalanga sangat kental dengan nuansa Melayu berbanding nuansa Aceh. 16 Disebut dalam buku karangannya bertajuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tun Seri Lanang mempunyai dua orang isteri, seorang bemama Tun Arninah, melahirkan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Selepas Tun 14 Lihat Helmi Hass, Menyelusuri Jejak Tun Sri Lanang. Serambi Indonesia, 23 Mei 2004. 15 Johor Lama pernah juga dikenali sebagai Melaka kerana merupakan sebahagian daripada jajahan Kesultanan Melayu Melaka, maJah setelah Melaka tewas di tangan Portugis pada tahun 1511, Raja MeJaka terakhir, iaitu Sultan Mahmud Syah I serta zuriat baginda telah menjadikan Johor sebagai pusat pemerintahan mewarisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 16 M. Adli Abdullah, op.cit.
76
Tun Seri Lanang Menjadi Uleebalang (Raja) Samalanga
Seri Lanang berhijrah ke Aceh, ketiga-tiga anak lelakinya menjadi bendahara dalam Kesultanan Johor Lama secara silih berganti, iaitu Tun Anum (Seri Maharaja), Tun Jenal (Bendahara Sekuda atau Paduka Raja) dan Tun Mad Ali (Paduka Maharaja). 17 Melalui isteri kedua Tun Seri Lanang daripada orang kebanyakan, beliau dikumiakan seorang anak lelaki yang bemama Tun Rembau, kemudian menjadi orang besar di Aceh, iaitu Panglima Bandar Darussalam bergelar Seri Paduka Tuan di Aceh. Daripada jurai Tun Rembau inilah menurunkan keturunan Tun Seri Lanang di Aceh. Di Samalanga, Tun Rembau dikenali dengan gelaran Teuku Tjik Di Blang Panglima Perkasa atau bergelar juga Panglima Perang Aceh menurunkan keluarga Ampon Syik Samalanga yang masih memakai gelar Bendahara sehingga hari ini. Tentang Tun Rembau dinyatakan dalam Sulalatus Salatin seperti berikut : " ... beranakan empat orang dengan anak Bendahara Perak; Tun Aceh seorang namanya bergelar Bendahara Darussalam, 18 Tun Perak seorang namanya, bergelar Raja Indera Bungsu, beristerikan anak Maharaj a Tun Jiba, beranak tiga orang, seorang laki-laki, bergelarTun Nara wangsa; seorang perempuan duduk dengan Seri Paduka Tuan Megat Mansor, menjadi Panglima Bandar. Banyak lagi anak Seri Paduka Tuan Tun Rembau, tiada kami sebutkan lagi, kalau jemu orang yang mendengar dia. Anak cucu yang didapat oleh Datok (Tun Rembau) itu lima puluh banyaknya." 19 17 Tun Seri Lanang, Sulalatus Salatin (penyelenggara A. Samad Ahmad). Kuala Lumpur: DBP, hlm. 208. 18 Tun Aceh inilah yang disebut sebagai salah seorang pembantu kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menterjemah hikayat-hikayat perang atas titah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 19 Tun Seri Lanang, op.cit, hlm. 209-210. Menurut Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin, anak cucu Tun Rembau lima puluh banyaknya, bermakna ditakdirkan ramai keturunan Tun Seri Lanang daripada jurai Tun Rembau dilahirkan serta berkembang biak di Aceh.
77
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Keturunan Tun Seri Lanang daripada keluarga dan kaum kerabat Uleebalang Kenegerian Samalanga telah bersatu darah dengan bangsawan-bangsawan Aceh yang lainnya sehingga melahirkan beberapa tokoh Indonesia yang terkenal seperti Pocut Meuligo - 'Serikandi Aceh ', bahkan dalam perang Aceh dengan Belanda (1873-1942) Amponsyik (Uleebalang) Samalanga Teuku Muda Bugis bersama rakyatnya pada tahun 1881 berhasil mengalahkan pasukan Belanda dan Jeneral Van de Hiijden tertembak di matanya sehingga beliau kemudian terkenal dengan gelaran Jenera! Buta Siblah (Jenera! bermata satu). Malahan dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan Republik Indonesia (1945-1949), keturunan Tun Seri Lanang di Aceh juga memainkan peranan penting seperti Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Mayjend Teuku Hamzah Bendahara, Teuku H. Zainal Abidin Bendahara dan Teuku H Rusen Bendahara. Untuk mengenang jasanya, nama-nama tokoh ini diabadikan pada nama-nama jalan di Aceh sekarang ini. Beberapa nama di atas daripada keturunan Tun Seri Lanang dapat memperlihatkan inisiatif keturunannya untuk tetap menggunakan predikat Bendahara di akhir nama-nama mereka.
78
9
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
Sejak tahun 1623 Kesultanan Aceh telah menjadi sebuah kerajaan yang besar. Perdagangan antarabangsa di Asia Barat kini berpusat di Aceh. Armada Aceh menguasai Selat Melaka dan memonopoli perdagangan lada yang begitu dihargai dan dikehendaki di dunia Eropah. Gagasan dan wawasan Sultan Iskandar Muda berhasil direalisasikan. Kini impian Sultan Iskandar Muda hanya tinggal satu, ia1tu meluluh lantakan dan menghambat terns kuasa Portugis dari Melaka. Untuk itu baginda perlukan persiapan yang benar-benar rapi dengan biayai yang bukan sedikit. Beberapa tahun diperlukan untuk tujuan ini. Buat sementara waktu, semua negeri yang baru dimasukkan ke dalam orbit Kesultanan Aceh Darussalam perlu diawasi secukupnya dan ditadbir dengan bijaksana bagi memaksimumkan keuntungan kepada Aceh, sementara urusan dalaman kerajaan Aceh yang baru selesai fasa peperangan di sana sini sehingga mengganggu kelancaran pentadbirannya perlu dipulih, disusun dan digerakkan kembali. Tun Seri Lanang yang telah diberikan jawatan Uleebalang
79
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Kenegerian Samalanga pada tahun 1613, tidak lama selepas berakhirnya peristiwa Perang Batu Sa war di Johor Lama, harus sering berulang alik ke keraton Darud Dunia milik Sultan Iskandar Muda yang letaknya di Kotaraja itu. Malahan pada masa-masa kemudian, tanggungjawabnya bertambah banyak kerana ditugaskan menjadi pembantu kepada seorang ulama dan pujangga tersohor, iaitu Syeikh Nuruddin ar-Raniri dalam menggerakkan kegiatan kesusasteraan Aceh (rujuk bab kemudian). Malahan, keluarga Tun Seri Lanang yang berada di Aceh menjadi orang dalaman istana. Puteranya yang bernama Tun Rembau dikenali sebagai Panglima Perang Aceh yang kelak menurunkan keluarga Ampon Syik (uleebalang) Samalanga, cucunya Tun Aceh pula menjadi Bendahara (setiausaha atau penulis istana). Maka Tun Seri Lanang dan keluarganya sudah tentu menjadi saksi kepada segala titik bengik yang berlaku dalam istana Sultan Aceh semasa pemerintahan tiga orang rajanya, iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani, dan Sultanah Safiatuddin Syah. Tun Seri Lanang menjadi saksi mata dan kepaJa kepada tiga pemerintah Aceh yang mempunyai karisma rnasing-masing yang tersendiri, iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (sehingga 1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641), putera Pahang yang kemudian menjadi anak angkat dan menantu Iskandar Muda, serta zaman keunikan dan eksperimentasi Sultanah Safiatuddin Syah (tahun 1641 sehingga mangkatnya Tun Seri Lanang pada tahun 1659), puteri kesayangan Sultan Iskandar Muda dan balu Sultan Iskandar Thani. Sekiranya para pengembara dan pedagang Barat yang hanya sesekali dapat berkunjung ke istana menyaksikan 80
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
apa yang berlaku di sebalik empat lapisan tembok yang kukuh itu, 1 kemudian menguar-uarkan kepada seluruh dunia tentang apa yang mereka saksikan sehingga dapat dihayati dan dihargai pula oleh generasi demi generasi pengkaji dan peminat sejarah yang belakangan, sudah tentu Tun Seri Lanang boleh buat lebih daripada itu. Namun dalam keraton Darud Dunia, tokoh bangsawan Melayu yang bemama Tun Seri Lanang ini lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan menjadi pemerhati semata-mata kepada segala hal yang berlaku dalam istana, kecuali dalam bidang tugas yang telah ditetapkan untuknya sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga, pembantu Syeikh Nuruddin ar-Raniri dalam Jabatan Kesusasteraan dan lain-lain lagi yang bersangkutan. Hakikatnya, Tun Seri Lanang sering keluar masuk istana, berbincang dengan orang besar negeri, menghadiri musyawarah penting, mengambil bahagian dalam majlis-majlis diraja, dan secara peribadi bersenda gurau, berbual, berbincang serta menjadi tempat rujukan kepada Raja Moghul, kerabatnya putera Pahang yang kemudian bergelar Sultan lskandar Thani, sering kali pula berbincang Salah seorang pedagang Barnt yang bertuah dapat masuk ke dalam keraton Darud Dunia ialah Augustin de Beaulieu yang datang pada tahun 1621 dengan tiga buah kapal, de Montmorence, de Esperance dan Hermitage. Beliau membawa hadiah-hadiah dan surat yang didakwanya daripada raja Perancis untuk Sultan Iskandar Muda. Beliau mencatatkan pemerhatian tentang keadaan keraton Darud Dunia. Thomas Best pula datang pada tahun 1613 dengan kapal Dragon dan Hosiander dengan membawa hadiah dan surat daripada Raja James I (lnggeris) juga diberikan layanan istimewa dan berkesempatan menjengah ke dalam istana Sultan Iskandar Muda. Lihat C.A Gibson Hilla, "On the alleged death of Sultan Alauddin of Johor at Acheh in 1613" dim. JMBRAS, vol XXIX, part I (Mei 1956), him. 127. Lihatjuga laporan perjalanan Augustin de Beaulieu ke Aceh dalam J. Jacobs, 1894. Het Familie en Kampongleven op Groot Atjeh. Leiden: E. J. Brill.
81
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dengan Puteri Kamaliah atau Puteri Pahang,2 berbicara tentang Kesultanan Aceh Darussalam yang kini menjadi ternpat keluarga bangsawan ini berpayung, tentang khabar negeri Johor dan Pahang serta sanak saudara yang telah ditinggalkan selepas perang, tentang rencana-rencana dan strategi-strategi untuk rnelancarkan pentadbiran negeri Aceh rnahupun wilayah Sarnalanga dan sebagainya. Sebagai pernbaca, kita tidak dapat rnenyelami dunia Tun Seri Lanang dalam istana Kesultanan Aceh Darussalam rnelalui ungkapan-ungkapannya sendiri sebagairnana yang dibuatnya tentang sejarah hal ehwal dalarnan istana Melaka dalarn kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Yang terbaik ialah cuba rnenyelarni dunianya rnelalui sedikit sebanyak penghayatan kepada rekod-rekod sejarah daripada berbagai-bagai surnber tentang tiga raja Aceh yang memayungi Tun Seri Lanang dan kaum kerabatnya selama kehidupan mereka di sana. Secubit tentang Sultan lskandar Muda Mahkota Alam H. Mohammad Said dalam bukunya bertajukAceh Sepanjang AbacP menulis mengenai pemerintahan Iskandar Muda. Antara lainnya mencatatkan: "Dalam masa Iskandar Muda, seluruh pantai barat Sumatera hingga Bengkulen telah berada dalam kuasa Aceh. Di tempat2
3
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Raja Moghul@Sultan Iskandar Thani serta Puteri Kamaliah sangat rapat kerana bukan sahaja wujud hubungan kekeluargaan yang erat antara keluarga bendahara Johor-Pahang dengan keluarga dirajanya, malahan Sultan Abdullah Maayah Syah (Sultan Johor yang rapat dengan Tun Seri Lanang yang menjadi bendaharanya serta mendapat titah daripada baginda untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin pada tahun 1612), ialah menantu Sultan Ahmad Pahang, ayahanda Raja Moghul@Sultan Iskandar Thani itu, dan Puteri Kamaliah ialah saudara perempuan Sultan Ahmad sendiri. Oleh itu, sudah tentu Tun Seri Lanang sentiasa berhubung rapat dengan mereka dari sejak zamannya di Johor lagi. Muhammad Said, 1991. Aceh Sepanjang Abad. Medan: P.T Waspada.
82
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
tempat terse but, terutama di pelabuhanannya seperti Pariaman, Tiku, Salida, lnderapura dan lain-lain, ditempatkan seorang Panglima. Juga di sebelah pantai timur, kekuasaan Aceh sudah meluas ke seluruh Sumatera Timur hingga Jambi. Dengan jatuhnya Pahang, Kedah, Petani, Perak boleh dikatakan masa itu Semenanjung Melayu dengan Sumatera Timur termasuk Siak, lnderagiri, Riau, Lingga dan ke seiatannya berdasar surat Iskandar Muda kepada raja lnggeris, Palembang dan Jambi sudah masuk wilayah Kerajaan Aceh".
"Jelaslah bahawa masa Iskandar Muda merupakan masa kebanggaan dan kemegahan Aceh, tidak hanya dalam pengaruh dan kekuasaan tapi dalam bidang penertiban susunan pemerintahan, terutama dalam hal mengadakan penertiban perdagangan, penertiban kedudukan rakyat sesama rakyat (sivil), kedudukan rakyat terhadap pemerintahan, kedudukan sesama anggota pemerintah dan sebagainya. Pun dalam soal ilmu pengetahuan atau kecerdasan terutama bidang agama, dibanding masa lampau, masa Sultan Iskandar Muda itu dapat dikatakan sebagai suatu masa kesedaran". "lskandar Muda mempunyai jasa yang besar sekali untuk mendirikan masjid atau rumah ibadah, pesantren dan sebagainya. Masjid terbesar dan indah telah dibangun oleh Iskandar Muda di Bandar Aceh Darussalam sendiri, iaitu Baitur Rahman. Sayang masjid ini kemudian terbakar". "Iskandar Muda telah mengadakan perundang-perundangan yang terkenal dengan sebutan Adat Mahkota Alam yang disadur dan dijadikan batu dasar kemudian ketika puterinya Tajul Alam Safiatuddin dan raja-raja seterusnya memerintah. Beberapa peraturan disempumakan. Penerbitan hukum yang dibangun Iskandar Muda memperluas kemasyhurannya sampai ke luar negeri, ke India, Arab, Turki, Mesir, Belanda, Inggeris, Portugis, Sepanyol dan Tiongkok. Banyak negeri tetangga mengambil peraturan-peraturan hukum di Aceh untuk menjadi teladan, terutama karena
83
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
peraturan itu berunsur keperibadian yang dijiwai sepenuhnya oleh hukum-hukum agama, jadinya Adat Makota Alam adalah adat bersendi syarak". "Dal am bi dang ilmu pengetahuan agama, khusus Islam, masa lskandar Muda semakin terkenai. Nama-nama ulama mahupun pujangga seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai, Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan Syeikh Abdurrauf Singkel (Teungku di Kuala) adalah nama-nama yang tidak asing hingga kini. Kegiatan untuk mengetahui lebih dalam, tinggi dan sempurna ilmu agama, menempatkan Aceh menjadi lebih banyak pula memusatkan perhatian dalam bidang pendidikan". Seorang pengarang Inggeris yang bemama Anderson telah menceritakan tentang kemajuan dan kebesaran Aceh pada zaman Iskandar Muda, bahawa perdagangan Aceh waktu itu sangat maju, begitu juga industrinya; Aceh menghasilkan sutera yang terbaik di dunia, berkeupayaan membuat kapal-kapal sendiri, baik kapal perang mahupun kapal dagang, bahkan merencanakan sendiri pembinaannya oleh ahli-ahlinya. Duta Besar Perancis, Beaulieu yang mendapat mandat penuh daripada rajanya untuk menghantar surat dan berunding dengan Sultan Iskandar Muda, membuat catatan antara lainnya sebagai berikut: "Bahawa ban yak sekali pendudukAceh yang tahu membaca dan berhitung. Mereka pun penggemar sastera, pembersih dilihat daripada pakaian dan rumah tangganya. Pertukangan adalah bakat orang Aceh, pertukangan besi, menghancurkan tembaga dan membikin kapal, kepakaran mereka amat mengagumkan. Di laut, berdiri kapal-kapal perang Aceh yang jauh lebih besar dari kapal-kapal perang yang pemah dibina oleh orang-orang di Eropah pada zaman itu".
Menurutnya lagi: "Telah kusaksikan sendiri, bahawa kapal pertengahan saja ada 120 kaki panjangnya. Orang 84
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pernerintah Aceh
Aceh amatlah pakar membuat kapal perang, cantik tapi berat, terlalu lebar dan tinggi pula. Di dalamnya terdapat bilik-bilik. Dayung-dayungnya panjang dan ringan. Setiap dayung dikayuh oleh dua orang. Kapal-kapal perang itu dipelihara baik-baik sehabis perang. Setiap kapal disediakan beberapa meriam besar. Setiap kapal boleh membawa 700 sampai 800 tentera, dan mereka mampu pula bertugas berdayung berganti-ganti kalau angin tidak kuat. Gajahgajah cukup banyak. Binatang ini amat penting sekali dan diperlukan dalam peperangan. Kapal-kapal yang akan dinaikkan ke pantai untuk digalang dan disimpan, gajahlah yang menariknya. Ditaksir tidak kurang daripada 900 ekor banyaknya gajah kepunyaan Sultan sendiri. Semuanya tahu menjalankan tugas dalam peperangan, sudah terlatih untuk lari, membelok, berhenti, duduk berlindung dan sebagainya". "Mudah sahaja dijumpai tukang-tukang besi yang ahli, apa lagi tukang-tukang membina kapal banyak sekali. Pun banyak sekali dijumpai tukang-tukang yang pandai menuang tembaga. Sebagai pegawai Sultan saja di dalam istanadidapati tidak kurang daripada 300 orang tukang emas, dan banyak sekali tukang-tukang kayu.Ada sejumlah 1500 hamba sahaya yang cukup dipercayai dan yang segera dapat menjalankan perintah dengan tanpa berfikir-fikir dan bimbang. Mereka itu kebanyakan asal dari orang asing (Habsyi)". "Istana dikelilingi oleh lapangan kira-kira satu setengah mil berbentuk bentuk bulat telur. Melewati istana mengalir sungai yang airnya jemih sekali. Kiri kanannya banyak tangga untuk turun mandi berkecimpung ke dalamnya. Sebelum sampai ke ruang istana sebenarnya, harus dilalui dahulu empat buah pintu gerbang. Terakhir sengaja dipertebal temboknya daripada batu-batu yang tebalnya 50 langkah. Di empat penjuru didapati empat buah menara tinggi. Sesudah dinding terakhir, didapati lapangan luas. Di situlah nampak 85
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
sejumlah 4000 perajurit dan 300 gajah yang bertugas di dalam". 4 Di bawah ini ialah wasiat Sultan lskandar Muda Mahkota Alam kepada zuriat baginda: " ... dan Jagi raja-raja hendaklah mengamalkan Japan perkara. Pertama hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekelian wazir-wazir dan meteri hulubalang dan sekelian pegawai dan dengan sekelian rakyat. Kedua, janganlah raja-raja menghinakan alim ulama dan yang ahli aka! bijaksana. Ketika, egala yang datang pada pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang. Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan alim ulama dan sekelian sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Ki tab Allah dan Sunnah Rasul, iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama AIQuran, kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qiyas, maka ... keluar daripada itupun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam. Ketujuh,janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja. Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Maka tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib supaya jangan zalim menjatuhkan hukum". "Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan alim ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan 4
M. Said, Aceh Sepanjang Abad, op.cit, him. 181-182.
86
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal" 5
Secubit tentang Puteri Pahang; Kecintaan Iskandar Muda Disebut sebelum ini bahawa pada tahun 1618 pula, Sultan Iskandar Muda telah melancarkan perang besar-besaran terhadap negeri Pahang kerana marahkan kerjasama Portugis dengan Sultan Johor yang berpakat meletakkan putera Johor, Raja Bujang menjadi Sultan Pahang. Selepas berjaya mengalahkan angkatan Melayu JohorPahang, Sultan Iskandar Muda telah menawan keluarga diraja Pahang sebagaimana yang telah dilakukan baginda kepada keluarga diraja Johor selepas berakhirnya peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613 (yang membawa penghijrahan Tun Seri Lanang ke wilayah Samalanga, Aceh). Ironisnya, dua kerabat Pahang yang turut ditawan dalam kejadian tersebut kemudian ditakdirkan menjadi buah hati dan kecintaan Sultan Iskandar Muda, iaitu Puteri Kamaliah yang dijadikan permaisurinya, dan si putera kecil Raja Mughal, waktu itu baru berusia 7 tahun, yang ditakdirkan menjadi putera angkat merangkap menantu kesayangan baginda. Raja Mughal paling akhir menjadi pemerintah Kesultanan Aceh menggantikan Sultan Iskandar Muda selepas kemangkatan baginda pada tahun 1636. Selain itu, lebih kurang 10 000 rakyat Pahang juga dibawa pindah ke negeri Aceh untuk meramaikan penduduk 5
Petikan daripada Qanun Asyi Darussalam (Peraturan Pemerintahan Aceh) pada zaman Sultan lskandar Muda Mahkota Alam.
87
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
di sana serta menambahkan kekuatan tentera Iskandar Muda. 6 Orang Pahang diberikan satu perkampungan dekat dengan kampung Meraksa yang diberi nama Kampung Pahang. Dikatakan tentang orang dari kampung ini, bahawa kaum lelakinya pandai mengukir batu nisan yang batu-batunya diambil dari Pulau Aceh, sementara kaum wanitanya pula pandai membuat sulaman untuk bantal, tilam dan langsir yang ditenun daripada sutera atau benang emas untuk perhiasan bilik perkahwinan. 7 Sultan Iskandar Muda terlalu kasih akan Puteri Kamaliah, yang oleh rakyat Aceh terkenal dengan gelar Putroe Phang (Puteri Pahang) disebut-sebut bukan sahaja tentang kejelitaannya yang cukup menawan, malahan kebijaksanaannya yang terserlah sehingga beberapacadangannya untuk kemajuan Aceh, khususnya yang melibatkan golongan wanita telah diterima dan dijadikan aturan kerajaan. Menurut H.M. Zainuddin dalam bukunya bertajuk Singa Atjeh, antara lain beliau menyebut: "Di samping Seri Baginda membuat istana dan memajukan kesusasteraan rakyat, maka Puteri Kamaliah isteri Baginda yang dari Pahang pun berusaha keras membangunkan kebudayaan dan resam kanun untuk kemajuan wanita, terutama dalam hal urusan rukun perkahwinan dan perjamuan dalam kendurikendara atau peralatan, menciptakan berjenis-jenis makanan yang lazat cita rasanya dan dalam istana pun diatur pelayanpelayan dari dayang-dayang yang bijak dan cekap seperti di istana raja-raja. Untuk ini permaisuri (Maharani) sering menerima tetamu wanita Eropah dari saudagar-saudagar dan nakhoda-nakhoda kapal dan tetamu itu pun memberi tuntutan dan resipi-resipi yang perlu untuk rumah tangga". 6
7
Iskandar Muda telah membuat siri penaklukan ke Deli (1610), Johor (1613), Pahang (1618), Kedah (1619), Perak (1620), Nias (1624) dan cuba, tetapi gaga] mengambil Melaka (1629). Dlkatakan jumlah tawanan yang diambil dari semua negeri taklukannya sebanyak 22 000 orang. H. M. Zainuddin, Singa Atjeh, Biographi Seri Sultan Iskandar Muda, him. 169-170.
88
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
"Kedatangan Maharani baru ini, Puteri Kamaliah dari Pahang membawa kemajuan yang besar bagi kaum wanita, pada permulaan bagi orang-orang kaya, isteri pembesarpembesar negeri dan dayang-dayang kerana sebelum itu dalam peralatan orang menyediakan sajian apa yang dapat sahaja, belum ada kuih-muih, tumis-menumis dan sambal-menyambal. Sehingga untuk pengantin atau tetamu dihormati dulang mesti diisi sembilan ceper, kalau tidak terasa hina bagi sepengkalan dan diadakan secara tolong menolong dalam peralatan dalam mengadakan pula perhiasan bilik pengantin dengan tirai yang indah-indah dan bantal bersusun dan tikar bersuci". "Resam kanun dan adat-adat dalam perkahwinan itu pun diteladani oleh isi negeri dengan yakin dan sungguh-sungguh, sebab itulah sampai sekarang orang masih sebut-sebut majlis bak Putroe Pahang, ertinya menghiasi dan kebersihan rumah tangga serta biaya perkahwinan, termasuk rupa-rupa penghantar dan persalinan kedua belah pihak asalnya dari Puteri Pahang. Demikianlah lancarnya peredaran resam kanun baru di dalam alam wanita, sehingga beredar ke tiap-tiap rumah tangga di seluruh Aceh" .8
Sekali berlaku peristiwa pembahagian harta pusaka, ahli waris wanita mendapat sawah dan waris lelaki mendapat rumah. Ahli waris wanita diputuskan untuk meninggalkan rumah pusaka tersebut kerana telah diserahkan kepada waris lelaki. Beliau enggan kerana tidak ada tempat lain untuk berlindung. Lalu beliau pergi kepada Puteri Kamaliah dan merninta kemurahan hatinya agar ia diizinkan tinggal dalam pekarangan istana supaya terlepas daripada mara-bahaya mahupun gangguan atau fitnah masyarakat. Peristiwa ini sangat mengambil perhatian Puteri Kamaliah, langsung mempersembahkan terns ke hadapan suarninya Sultan Iskandar Muda dengan membela nasib wanita tersebut dengan alasan kaum lelaki boleh sahaja tinggal di meunasah (madrasah atau surau), sedangkan kaum wanita sudah tentu tidak boleh. Malahan Puteri Pahang berhujah bukankah hal 8
Ibid., him. 169.
89
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
tersebut boleh mendatangkan aib kepada umat Islam jika ia terdedah kepada perzinaan disebabkan tidak terlindung? Selanjutnya Puteri Kamaliah meminta baginda supaya ditetapkan satu kanun atau aturan dalam b b harta pusaka, biarlah wajib dan mutlak rumah jatuh kepada waris wanita. Pembelaan Puteri Kamaliah dipersetujui baginda. Semenjak itu, kaum wanita mendapat rumah dalam pembahagian harta pusaka sekiranya orang tuanya mampu. Lanjutan daripada peristiwa ini, terbitlah asal muasal bidalan Aceh yang berbunyi: Adat bak Puteo Meureuhom, Hukum bak Syiah Kuala, Qanun bak Putroe Phang, Reusem bak Bentara. Yang bermaksud: Adat dari Marhum Mahkota Alam, Hukum dari Syiah Kuala,9 Qanun dari Puteri Pahang, Resam dar Bentara (Uleebalang) Perlu disebut bahawa akrabnya hubungan kekeluargaan antara Tun Seri Lanang dengan Puteri Kamaliah, apabila beliau sendiri berada dalam liang lahat menyambut keranda Puteri Kamaliah semasa kemangkatannya. Pengkisahannya adalah seperti yang berikut: "Ketika jenazah diturunkan dari istana, Sultan lskandar Muda turun di depan, didampingi dua bentara keraton yang berpakaian serba hitam berselempang merah. Yang di sebelah kanan memegang pedang terhunus bersandar di bahu kanannya 9
Yang dimaksudkan di sinj merujuk kepada seorang ulama Aceh yang tersohor, iaitu Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkeli. Beliau menjadi penasihat agama tertinggi semasa pemerintahan tiga raja perempuan Aceh, iaitu Sultanah Safiatuddin, Sultanah Naqiatuddin dan Sultanah Zakiatuddin.
90
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
dan di sebelah kirinya memegang payung hitam terbuka yang disebut Payoong panyang-go. Di Mideuen (halaman istana) telah siap segenap barisan dan setelah berhenti sejenak tampil ke muka bentara Keujruen Tandi! keraton Darud Dunia (Tandi! Mujahid Chik Seri Dewa Purba) untuk mengucap berita duka dan memohon doa selamat kepada Allah SWT serta selawat kepada Nabi Muhammad SAW". "Keranda jenazah yang berhias serba indah dengan hiasan keemasan dan perrnata diletakkan di atas tandu keemasan yang berbentuk segi tiga. Masing-masing ujung segi tiga dipikul oleh tiga pembesar dan tiga dewan negara, yaitu dewan Mong-mong Angkatan Laut, Angkatan Darat. Di depan sekali berdiri Ketua Dewan Mufti Empat (Khuja Madinah) yang lebih terkenal dengan Khuja Pakeh yang berpakaian serba putih (sorban dan jubah) dengan tongkat di tangan kanannya. Di belakangnya diikuti dua pembesar negara Perdana Menteri Seri Ratna Bijaya Sang Raja Meukuta Dilamcaya yang bernama Orang Kaya Seri Maharaja Laila dan Qodli Malikul Adil, keduanya memegang jambangan air mawar yang dibuat dari emas berhias permata. Di belakang mereka, dua orang Bentara yang membawa jambangan teurapan-geutanggi yang mengeluarkan asap dari pembakaran ramuan-ramuan setanggi yang harum semerbak baunya". "Di sebelah kanan keranda (peti jenazah) berdiri Laksamana Meurah Ganti yang berpakaian serba hitam, berselimpang merah serta pedang terhunus bersandar di bahunya. Di sebelah kiri berdiri Bentara Tandi! (Datuk Bendahara Muhammad Tun Seri Lanang) yang mengembangkan payung kuning keemasan yang berumbai mutiara ke atas keranda dan beliau juga berpakaian hitam dan teungkulook leumbayung di kepalanya, serta berselimpang merah. Di bahagian belakang jenazah (di antara dua cabang tan du) berdiri Seri Sultan Iskandar Muda yang diikuti di belakangnya sebelah kanan oleh Putera Mahkota (Putoeu Cut) dan di belakang sebelah kiri adalah menantu beliau, Pangeran Husain Mughayat Syah bin Sultan Ahmad Perak (Raja Mughal). Di belakangnya barulah barisan menteri-menteri dan raja-raja serta iringan yang berjurnlah ratusan mengikuti di belakang mereka". "Setelah selesai ucapan berita duka barisan bergerak menuju Masjid Raya Baiturrahman dan setelah selesai upacara
91
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) shalatjenazah,jenazah kembali ke Kraton Darud Dunia dan terus menuju ke pemakaman raja-raja/Sultan. Kerandajenazah dibawa masuk ke dalam makam lalu dilaksanakan upacara pemakaman. Yang turun ke dalam liang lahat adalah Laksamana Meurah Ganti clan Datuk Bendahara Muhammad Tun Seri Lanang (Bentara Tandil Samalanga). K e dalam keranda dituangkanlah emas urai (pasir tanah) sekitar tubuh jenazah Putroe Pahang, keranda (peti mati) ditutup lalu di timbun dengan tanah sebagaimana biasa dan acara pemakaman selesai". 10
Secubit tentang Sultan Iskandar Thani (1636-1641) Raja Mughal@Sultan Iskandar Thani diputerakan pada tahun 1611, bermakna semasa baginda dita wan oleh tentera Aceh pada tahun 1618, umurnya baru menjangkau tujuh tahun. Dengan ilmu firasat yang dipercayai wujud pada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, baginda dikatakan telah dapat melihat tanda-tanda kemuliaan pada wajah putera daripada Sultan Pahang itu. 11 Dengan sebab itu Iskandar Muda langsung mengambilnya sebagai anak angkat dengan diberi gelar Raja Bongsu. Di Aceh, Raja Bongsu telah diasuh oleh seorang kerabat istana yang bernama nenda Tun Kemala Setia. 12 Bersamasama beberapa orang putera dan puteri istana, Raja Bongsu juga belajar Ilmu Fiqah daripada Syeikh Nuruddin ar-Raniri, IO Internet http://www.modusaceh.com/html/read/tarikh_nanggroe/l 406/puteri_ pahang, dipetik daripada buku M. Junus Jamil. 11 Menurut sesetengah riwayat Aceh, tujuan Sultan Iskandar Muda mengahwinkan Raja Mughal dengan puteri baginda Tajul Alam ialah dengan hasrat supaya zuriat yang lahir kelak mempunyai titisan darah Iskandar Zulkarnain, iaitu seorang tokoh penakluk dunia yang agung pada suatu masa dahulu dan nenek moyang kepada Raja-Raja Melayu Melaka, Bendahara dan Temenggung dari zaman Demang Lehar Daun di Bukit Siguntang dalam wilayah Palembang. Raja Mughal merupakan zuriat Iskandar Zulkarnain melalui titisan nenek moyangnya daripada keturunan raja-raja Pahang yang berasal daripada Kesultanan Melaka. 12 Rusdi Sufi, op.cit, him. 82. Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Bustanas Salatin, him. 343.
92
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
Ilmu Tasawuf daripada Syeikh Syamsuddin Sumatrani, Ilmu Sastera daripada Hamzah Fansuri serta berbagai lagi ilmu daripada alim-ulama yang lainnya. 13 Sewaktu beru;nur sembilan tahun, Raja Bongsu@Raja Mughal telah dinikahkan dengan puteri kesayangan Sultan Iskandar Muda yang bemama Seri Alam Permaisuri dari perkahwinan pertama baginda dengan Puteri Sani. 14 Kepada menantunya ini, Iskandar Muda memberikan gelar Sultan Husein Syah. Selanjutnya dalam suatu majlis yang dihadiri oleh orang-orang besar kerajaan termasuk Kadi Malikul Adil Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani, Sultan Iskandar Muda telah menunjukkan kepada Sultan Husein Syah sebagai calon penggantinya untuk memangku jawatan Sultan Aceh dengan diberikan gelar Sultan Mughal. Ketika Sultan Iskandar Muda mangkat dan Sultan Mughal telah rasrni menduduki takhta kerajaan Aceh, maka ia bergelar Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah (1636-1641)/ 5 ditabal dalam usia 24 tahun. Sultan Iskandar Thani hanya lima tahun memerintah Aceh, namun pemerintahan baginda dikenang sebagai tempoh yang cukup tenang, selamat dan sejahtera bagi rakyat Aceh, umurnnya kerana jarang-jarang berlaku peperangan pada zamannya, kecuali sedikit sahaja bagi memastikan wilayah-wilayah di bawah taklukan Aceh tetap tunduk. Selain itu, Aceh juga sempat membantu Johor dan Belanda menguburkan terns pusat kekuasaan Portugis di Kota Melaka pada tahun 1641. 13 A Hasjmy, 1977. 59 tahun Aceh merdeka di bawah pemerintahan ratu. Jakarta: Bulan Bintang, hlm. 66. 14 Puteri Sani merupakan anak kepada seorang ulama yang tersohor bernama Daeng Mansur ibnu Syeikh Abdullah al-Malikul Mubin berketurunan Arab dari Madinah, gelarannya Teungku di Reubee, merupakan guru agama kepada Sultan lskandar Muda di zaman remajanya. Lihat H.M. Zainuddin, Singa Atjeh (Biografi Seri Sultan lskandar Muda), op. cit, him. 54, 68. 15 Rusdi, him. 82-83.
93
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Sementara itu, adik kandung Sultan Iskandar Thani yang bemama Raja Sulong telah diangkat menjadi Sultan Perak dengan gelar Sultan Muzaffar Syah II. Mengenangkan baginda putera kepada Sultan Pahang, maka selanjutnya rakyat kedua-dua negeri (Perak dan Pahang) telah memberikan ikrar kesetiaan mendukung Kesultanan Aceh Darussalam. Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang merupakan ulama kesayangan Sultan Iskandar Thani telah mencatatkan banyak perkara mengenai pemerintahan baginda dalarn kitabnya bertajuk Bustanas Salatin. Menurutnya, di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Thani, berkembanglah kerajaan Aceh. Sultan ini lembut dan adil, amat warak, suka memajukan agama Islam, menitahkan alim-ulama untuk datang ke Aceh, menitahkan para pembesarnya untuk berjanggut, berserban dan berjubah mengikut sunah Nabi SAW. Baginda juga rnenitahkan semua rakyat jelata supaya mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Sultan Iskandar Thani mempunyai hubungan yang 1stlmewa dengan Tun Seri Lanang memandangkan ayahandanya Almarhum Sultan Ahmad Pahang dahulunya telah lama menjalin hubungan baik dengan Tun Seri Lanang. Kebetulan menantu Sultan Ahmad tidak lain adalah Sultan Abdullah Maayah Syah Johor (1615-1623), yang bersamasama Tun Seri Lanang pemah mentadbir Johor bagi pihak kakanda baginda Sultan Alauddin Riayat Syah III yang banyak kelemahannya itu .16 16 Selepas kemangkatan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1570/71-1597), anakanda baginda Raja Mansor sepatutnya naik takhta sebagai waris tertua. Bagaimanapun, sebagai Bendahara Johor yang bertanggungjawab menabal Raja, Tun Seri Lanang hendak melantik adindanya Raja Abdullah sebagai sultan dengan restu dan kerelaan Raja Mansor. Namun, Raja Abdullah enggan, oleh itu Tun Seri Lanang terpaksa menabalkan juga Raja Mansor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615). Mungkin Tun Seri Lanang dari awal tidak ada keyakinan pada kewibawaan Raja Mansor untuk menjadi pemerintah, tetapi terpaksa juga menabalkan
94
Tun Seri Lanang Berajakan Tiga Pemerintah Aceh
Maka Tun Seri Lanang sudah sedia rapat dengan keluarga Sultan Iskandar Thani termasuk bonda saudaranya Puteri Kamaliah, semenjak: baginda masih kecil lagi. Hubungan istimewa inilah yang menyebabkan kaum keluarga Tun Seri Lanang mendapat pelbagai kedudukan penting dalam Kesultanan Aceh Darussalam, khususnya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Apatah lagi wak:tu itu ulama tersohor Syeikh Nuruddin ar-Raniri menjadi penasihat agama kepada Sultan Iskandar Thani dan juga kesayangan baginda, kesannya istana Aceh sentiasa menjadi tempat tumpuan Tun Seri Lanang kerana orang penting di situ semuanya amat rapat dengannya. Secubit tentang Sultanah Safiatuddin Syah (1641-1675) Setelah kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641, para pembesar Aceh telah mengangkat balu baginda, iaitu Puteri Safiatuddin atau Seri Alam dengan gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah. Bagaimanapun, pada awalnya kenaikan baginda telah ditentang oleh sebahagian baginda apabila adindanya Raja Abdullah menolak permintaan Tun Seri Lanang untuk menaikkan sebagai raja. Kebimbangan Tun Seri Lanang terbukti kemudiannya apabila Raja Mansor atau Sultan Alauddin banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai kepala pemerintahan Islam sehingga urusan pentadbiran negeri terserah kepada Raja Abdullah dan Tun Seri Lanang sendiri. Sejarah Melayu mencatatkan: " .. .Tiada baginda (Sultan Alauddin) selenggarakan kerajaan, baginda sentiasa bermain-main berebana dengan buaian, setelah hadir dengan kipas dihadap segala biduanda, santap minuman dengan segala hulubalang yang muda-muda. Setelah dilihat oleh Bendahara, maka perintah kerajaan itu diserahkan kepada Raja Abdullah; selaku Raja Abdullahlah kerajaan, dipangku oleh Bendahara ... " Sultan inilah yang kemudian telah bersekongkol dengan pihak Portugis sehingga mengkhianati perjanjian yang dibuat dengan Aceh untuk bekerjasama menumpaskan kekuasaan Portugis di Melaka. Perkara ini telah menyebabkan kemurkaan Sultan lskandar Muda Mahkota Alam yang bertindak menghukum bunuh baginda pada tahun 1615.
95
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
ulama yang berpendirian pada hukum bahawa wanita tidak boleh menjadi raja kerana tiada sah menjadi wali dalam pernikahan. Pihak yang menyokongnya pula mengambil contoh Sultanah Syajaratul-Dur yang pernah memerintah kerajaan Mamluk di Mesir, Sultanah Raziah di Delhi dan Sultanah Nuhrisyah dalamKesultanan Samudera-Pasai yang diketahui sangat beragama itu. Akhirnya, berkat hikmah dan kebijaksanaan Mufti Aceh, iaitu Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri, yang memutuskan bahawa fungsi wali raja (wali hakim) itu boleh diserahkan kepada kakanda baginda Teuku Imam Ham dari Lamsi Sagi 22 Mukim, barulah pihak yang bertelagahan itu dapat didamaikan. 17 Semenjak berumur tujuh tahun, Sultanah Safiatuddin Syah telah belajar agama daripada alim ulama Aceh yang terkenal seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Hamzah Fansuri, Seri Faqih Zainal Abidin bin Daim Mansur, Syeikh Kamaluddin,SyeikhAlaiddinAhmad,SyeikhMuhyiddinAli, Syeikh Taqiuddin Hassan, Syeikh Saifuddin Abdul Qahhar dan lain-lain lagi yang semuanya merupakan mahaguru pada Jami Baiturrahman. Bermakna dalam usia remaja, Safiatuddin telah pun menguasai dengan baik bahasa-bahasa asing seperti Arab, Farsi dan Urdu, di samping alim dalam Ilmu Fiqah dengan segala cabangannya termasuk fihud-dauli (hukum tatanegara), sejarah, mantik, falsafah, tasawuf, sastera dan lain-lain lagi. 18 Walaupun Sultanah Safiatuddin Syah tidak dapat mempertahankan dominasi politik, ekonomi dan ketenteraan ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar Muda Mahkota 17 H.M. Zainuddin, 1966. SrikandiAtjeh. Medan, him. 23. 18 A. Hasjmy, 59 tahun Aceh merdeka di bawah pemerintahan ratu, op.cit, hlm.95.
96
Tun Seri Lanang Berajak:an Tiga Pemerintah Aceh
Alam dahulunya, namun zaman baginda tetap dikenang sebagai zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan kebudayaan yang jauh mengatasi zaman Sultan Iskandar Muda. Penulisan dan penerbitan buku-buku berlangsung semasa pemerintahannya. Baginda telah menghantar beberapa orang tokoh agama ke pusat-pusat ilmu seperti Makkah, Madinah dan Baghdad demi memperdalami ilmu pengetahuan masingmasing. Penulisan kitab-kitab agama amat digalakkan. Baginda sendiri telah menitahkan Syeikh Nuruddin arRaniri mengarang kitab berjudul Hidayatul Imam khusus bagi kepentingan rakyat umum, manakala Syeikh Abdurrauf dititahkan menulis kitab berjudul Mir' at al-Thullab f l Tasyil Mawa'iz al-Badf'rijat al-Ahkam al-Syar'iyyah li Malik alWahhab, sebagai pedoman bagi para kadi dalam menjalankan tugasnya. Hal tersebut menunjukkan bahawa Sultanah Safiatuddin berusaha menjalankan pemerintahannya sesuai dengan hukum Islam. Mengenai Sultanah Tajul Alam Safiatuddin ini, ada pernyataan menarik daripada Syeikh Nuruddin dalam kitabnya berjudul Bustanus Salatin, "Bahawa adaJah pada baginda itu beberapa sifat kepujian dan perangai yang kebajikan, Jagi takut akan Allah dan senantiasa sembahyang lima waktu, dan membaca kitabullah dan menyuruhkan orang berbuat baik dan melarang orang berbuat kejahatan seperti diturunkan Allah kepada Nabi kita Muhammad SAW. Ia terlaJu sangat adil perihaJ memeriksa dan menghukum segala hamba Allah".
Dalam tabloid Berita Mingguan Modus Aceh edisi 50 Tahun VI/ Khamis, 2 April 2009 disebut tentang baginda: "Sultanah Tajul Alam Safiatuddin telah berhasil membangun karakter dan mental rakyat Aceh selama kurang lebih 34 tahun dengan menanarnkan semangat cinta tanah air, patriotisme, dan
97
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) pantang menyerah bersumber pada ajaran agama. Sentuhan rohani ini benar-benar terpateri di dada rak:yat Aceh sehingga nama Tajul Alam tetap dikenang di hati rak:yat Aceh. Pada peribadi Tajul Alam Safiatuddin tidak: hanya sebagai seorang sultanah, tetapi ia juga sebagai sosok negarawan, diplomat, sekaligus pernimpin masyarak:at dan agama".
Mohammad Said mencatatkan dalam bukunya berjudul Aceh Sepanjang Abad, (diterbitkan sendiri, 1961), hlm. 191: "Masa pemerintahan wanita ini 34 tahun lamanya, suatu masa yang cukup Jama, terutama bagi seorang wanita. Di zaman dan dalam keadaan sebagai dihadapi oleh Tajul Alam itu, penuh dengan tipu daya (intrigues) asing, penuh dengan bahaya pengkhianatan dari tokoh2 yang ingin merebut kuasa, mak:a masa 34 tahun itu adalah masa yang terlalu jauh yang tidak: ak:an dilampaui dengan selamat tanpa kebijak:sanaan dan keluarbiasaan yang dirniliki dalam keperibadian tokoh wanita Tajul-Alam Safiatuddin" .19
19 Mohammad Said, op .cit, him. 191.
98
10
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri
Syeikh Nuruddin ar-Raniri merupakan seorang tokoh ulama, ahli sufi sekali gus pengarang serta pujangga yang masyhur dan tersohor. Nama lengkapnya ialah Nuruddin bin Muhammad bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid al-Quraisyi' asySyafi'i al-Asy'ari al-Aidrusi Al-Raniri. 1 Bapanya dikatakan berasal daripada keturunan Arab Hadhrami, Yaman yang berhijrah ke Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ada yang berpendapat bahawa nenek moyang Syeikh Nuruddin sebelah bapanya berketurunan al-Hamid daripada Bani Zuhra, salah satu daripada sepuluh suku Bani Quraisy. Namun ada juga yang berpendapat bahawa nenek moyangnya terdiri daripada keluarga al-Humayd, yang dikatakan berasal daripada keluarga Asad, juga salah satu daripada sepuluh keluarga Bani Quraisy. Sementara ibunya pula dikatakan berketurunan Melayu. Syeikh Nuruddin dilahirkan di Ranir (Rander), iaitu sebuah daerah yang terletak berdekatan wilayah Surat di 1 Pendapat Jain menyebut namanya sebagai Nuruddin Muhammad bin Ali Hamid ar-Raniri, Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid ar-Raniry al-Quraisyi Asy-Syafi'I dan Nuruddin bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Humaid al-Raniri.
99
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Gujerat, India, yang pada ketika itu terkenal sebagai tempat pelabuhan di pantai India Selatan. Tarikh lahirnya tidak dicatat oleh mana-mana sejarawan, tetapi Syeikh Nuruddin dijangkakan lahir menjelang akhir abad ke-16. Pada zaman itu, kota-kota pelabuhan yang besar seperti Ranir di pantai Lautan Hindi dan kota pelabuhan Melaka di Kepulauan Melayu menjadi tumpuan orang Arab Hadhrami bagi tujuan dagangan, di samping menjalankan kegiatan dakwah. Selain Arab Hadhrami, Ranir juga menjadi pusat perhentian kepada pedagang-pedagang dari Parsi, yang memberikan pendedahan tradisi Parsi kepada Syeikh Nuruddin semasa beliau membesar di sana. Sememangnya karya-karya Syeikh Nuruddin menunjukkan kaitan yang rapat dengan tradisi penulisan Farsi. Syeikh Nuruddin mendapat pendidikan awal di kampung halamannya Ranir. Beliau menuntut ilmu-ilmu agama khususnya dalam mazhab Imam Syafie. Ilmu Tasawuf, Fiqah dan Suluk adalah antara ilmu-ilmu agama yang diajarkan kepadanya oleh bapa saudaranya sendiri, iaitu Syeikh Muhammad Jailani bin Hasan yang merupakan seorang ulama hebat pada zaman itu. Syeikh Muhammad Jailani sering berulang-alik ke Aceh bagi tujuan dakwah. Dikatakan daripada beliaulah Syeikh Nuruddin belajar bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di Asia Tenggara pada zaman itu. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Tarim, Yemen yang pada ketika itu menjadi kelaziman irnigran Hadhrami di mana-mana sahaja untuk menghantar anak-anak ke negeri asal mereka yang mempunyai tradisi keilmuan yang cukup pesat semenjak zaman-berzaman dengan bilangan alim ulama yang ramai dan berpengetahuan luas. Di sinilah Syeikh Nuruddin diperkenalkan dengan tarekat Rifa'iyyah, 'Aydrussiah dan Qadiriyyah oleh gurunya, Habib Umar Abu Hafs Ba Syayban. Menurut Syeikh Nuruddin, gurunya telah 100
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri
melantiknya sebagai khalifah dalam tarekat Rifa'iyyah dan memberikannya tanggungjawab untuk menyebarkannya di Kepulauan Melayu. Sekitar tahun 1621, Syeikh Raniri telah berangkat ke Makkah dan Madinah menunaikan ibadah haji dan menghabiskan beberapa tahun di sana untuk mendalami ilmu pengetahuan. Ada pendapat mengatakan di sinilah bermulanya kegiatan penulisan Syeikh Nuruddin yang menyerlahkan ketokohannya bukan sahaja sebagai seorang ulama besar, tetapi juga seorang ahli fikir dan pujangga yang hebat dalam bidang penulisan. Selepas beberapa tahun berada di Makkah, Syeikh Nuruddin pulang ke tanah aimya untuk mengajar. Keberadaannya selepas masa tersebut tidak banyak diketahui, yang muktamad ialah Syeikh Nuruddin datang ke Aceh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1637. Bagaimanapun, ada catatan tentang pemergiannya ke Pahang sebelum itu, belajar bahasa Melayu dan menukilkan beberapa karyanya di situ. Menurut sejarawan Aceh, H.M. Zainuddin dalam bukunya bertajuk Singa Atjeh, semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda MahkotaAlam, baginda telah memerintahkan "Syeikh Nuruddin untuk membangunkan kesusasteraan dengan memperbanyakkan kitab-kitab pembacaan dan diperuntukkan baginya tiga pujangga Melayu, Tun Seri Lanang, Raja Sulong dan Tun Burhat" .2 Dalam bukunya bertajuk Tarich A(jeh dan Nusantara pula, H.M. Zainuddin mengatakan bahawa Syeikh Nuruddin telah diperintahkan oleh Sultan Iskandar Muda untuk mengarang Hikayat Radja Badar (Perang Badar) dan diperuntukkan baginya dua orang pembantu, iaitu Tun Seri 2
H.M. Zainuddin, Singa Atjeh, Biographi Seri Sultan Iskandar Muda, op. cit, him. 169.
101
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Lanang dan cucunya, Tun Aceh (anak Tun Rembau). 3 Sumber A. Hasjmy dalam bukunya bertajuk 59 Tahun Aceh Merdeka di bawah Pemerintahan Ratu pula menyebut bahawa salah seorang ulama yang mengajar Sultanah Safiatuddin dan suaminya Sultan Iskandar Thani pada zaman kecil mereka (iaitu masa hidupnya Sultan Iskandar Muda) adalah Syeikh Nuruddin ar-Raniri sendiri. 4 Daripada pernyataan-pernyataan tersebut terbukti sememangnya Syeikh Nuruddin pernah menjejakkan kakinya ke Aceh sebelum tahun 1637, malahan sempat berkhidmat kepada Sultan Iskandar Muda sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1636. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, muncul seorang tokoh tasawuf ternama, iaitu Shamsuddin al-Sumatrani yang menguasai suasana hidup keagamaan di Aceh kerana berperanan sebagai penasihat agama kepada Sultan. Beliau ialah murid kepada pengembang ajaran tasawuf Wujudiyah, Hamzah Fansuri. Ajaran ini mendapat banyak tentangan daripada ulama pada zaman itu kerana dianggap sesat. Walau bagaimanapun, Sultan Iskandar Muda membela dan melindungi Hamzah Fansuri dan ajarannya. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau bertajuk Asrar al-Ari.fin dan Sharab al-Asyikin. Ajaran yang dipelopori oleh al-Bayazid dari Bistam dan al-Junaid dari Baghdad ini mengajarkan bahawa Tuhan itu seolah-olah sama dengan makhluk-Nya (ittihad), dan segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah. Sebagai seorang ahli tasawuf yang ortodoks, Syeikh Nuruddin tidak menyenangi dan menentang keras ajaran Wujudiyyah. Namun pendiriannya bukan sahaja tidak di3 4
H.M. Zainuddin, Tarich Atjeh dan Nusantara, op.cit, Medan, him. 299. A. Hasjmy, 59 Tahun Aceh Merdeka di bawah Pemerintahan Ratu, op.cit, him. 95.
102
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri
sokong oleh Sultan Iskandar Muda,5 malahan baginda tetap menjadi pengikut setia kepada Syeikh Shamsuddin Sumatrani dan Hamzah Fansuri yang menguar-uarkan fahaman Wujudiyyah itu. Disebabkan hal inilah Syeikh Nuruddin dikatakan berjauh hati dan mengundur dirinya ke Pahang buat beberapa lama. Berkemungkinan Pahang menjadi negeri pilihannya kerana sebagai guru agama kepada Raja Mughal (Sultan Iskandar Thani nantinya) dan bersahabat akrab dengan Tun Seri Lanang yang sama-sama bekerjasama membangunkan bidang kesusasteraan di istanaAceh, Syeikh Nuruddin sudah tentu kerap mendengar kisah-kisah kampung halaman anak murid kesayangannya dan sahabatnya di Pahang dan Johor. Keadaan ini mungkin menumbuhkan rasa rninat dan sifat ingin tahu yang mendalam kepadanya untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut. Syeikh Nuruddin dipercayai tinggal di Pahang selama beberapa tahun, belajar dan mengajar di situ selain menukilkan beberapa karyanya. Pada tahun 1636, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, menantu baginda Sultan Iskandar Thani naik kerajaan. Baginda mengangkat Syeikh Nuruddin ar-Raniri menjawat tigajawatan agama yang paling penting, iaitu QadliMalikulAdil,MuftiMuadham,dan SyeikhJarniah Baitur Rahman, iaitu sama dengan kedudukan yang pemah dipegang oleh Shamsuddin al-Sumatrani pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulunya. Kepercayaan Sultan Iskandar Thani terhadap Syeikh Nuruddin dengan menganugerahkan jawatan-jawatan yang cukup penting dalam Kesultanan Aceh Darussalam jelas merujuk bahawa sememangnya telah sedia ada hubungan yang rapat antara kedua-duanya sebelum itu. Dengan jawatan penting yang disandang oleh Syeikh Nuruddin, beliau menggunakan peluang ini untuk membasrni 5
A. Hasjmy, Kebudayaan Aceh dalam Sejarah, op. cit, hlm. 200.
103
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dan menghapuskan kefahaman Wujudiyah yang telah berkembang di Aceh. Beliau juga banyak mengarang kitabkitab tentang kefahaman tasawuf yang menyanggah ajaran Wujudiyah atas permintaan Sultan Iskandar Thani. Atas inisiatif Syeikh Nuruddin ini, diadakanlah pertemuan dengan para ulama di Aceh bagi membahas ajaran Wujudiyah. Hasil daripada pertemuan itu dikeluarkan fatwa yang mengkafirkan mereka yang mengikut fahaman tersebut. Bagi membanteras fahaman Wujudiyah, Syeikh Nuruddin telah menganjurkan perdebatan yang dihadiri oleh Sultan Iskandar Thani. Dalam sesi-sesi perdebatan ini beliau mengetengahkan teori-teori ajaran Wujudiyah yang dikatakannya sesat lalu menasihatkan para pengikut ajaran tersebut supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Malangnya seruan itu tidak mendapat sambutan. Lantas, beliau mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang mengikut fahaman Wujudiyah sebagai kafir dan boleh dijatuhi hukuman bunuh. Selanjutnya diarahkan pula agar semua karya Hamzah Fansuri dan muridnya Syamsuddin alSumatrani dikumpul dan dibakar di hadapan Masjid Raya Bait al-Rahman di Aceh. Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641, baginda digantikan oleh balunya, Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah. Pada masa itu muncul seorang ulama dari Minangkabau yang bemama Saiful-Rijal, yang baru kembali dari Makkah. Munculnya ulama ini di istana Aceh telah menggusarkan hati Syeikh Nuruddin kerana beliau cuba menghidupkan kembali fahaman Wujudiyah. Ada juga pendapat yang mengatakan penentangan keras dan ekstrem daripada Syeikh Nuruddin terhadap ajaran Wujudiyah telah menyebabkan pengikut-pengikut ajaran tersebut berdendam dan memusuhinya. Selepas mangkatnya Sultan Iskandar Thani, maka hilanglah pelindungnya. Sesetengah riwayat mencatatkan bahawa disebabkan hal 104
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri
ini, Syeikh Nuruddin telah diculik kemudian dibunuh dan dilemparkan ke dalam sungai oleh murid-murid Hamzah Fansuri sebagai membalas dendam terhadap perbuatan beliau membakar kitab-kitabnya. 6 Bagaimanapun, kisah ini tidak benar sama sekali. Hakikatnya, Syeikh Nuruddin tidak dibunuh, tetapi kembali secara mendadak ke Ranir di India pada tahun 1644, kerana terlalu kecewa dengan munculnya kembali fahaman Wujudiyah pada zaman Sultanah Tajul Alam Safiatuddin dengan tiada tentangan oleh baginda sendiri. Hal ini dapat dilihat daripada karya Sheikh Nuruddin bertajuk Fath alMubin: "Kemudian dari itu maka datanglah Saiful-Rijal, maka berbahaslah ia dengan kami seperti bahas mereka itu yang dahulu jua. Maka jawab karni betapa kau benarkan akan kaum yang berkata: Wa Allah bi Allah ta Allah, ins an itulah Allah dan Allah itulah insan ... maka sahutya: inilah i 'tikadku dan i 'tikad segala ahli Makkah dan Madinah ... maka berlanjutanlah perkataannya, maka kembalilah kebanyakan orang kepada i 'tikad yang sesat itu jua".
Keberangkatan Syeikh Nuruddin secara mendadak dicatat oleh muridnya dalam karyanya yang terakhir di Aceh, iaitu Jawahir al-Ulumfi kasy al-Ma'lum: "Maka kitab ini selesai dikarang pada hari Senin, waktu Zuhur, 20 Zulhijjah (?) ... kitab ini telah dikarang pengarangnya dari awal sampai akhir bab kelima. Setelah selesai bahagian ini datanglah takdir yang tak dapat ditolak. Ia belayar ke tanah airnya pada tahun 1054H (bersamaan 1644M) dan menyuruh salah seorang muridnya untuk menyelesaikannya" .7
6 H.M. Zainuddin, Serikandi Atjeh, op.cit, him. 21. 7 Ahmad Daudi, Allah Dan Manusia Dalam Konsepsi Syeikh Nuruddin arRaniry, Jakarta, C.V. Rajawali, 1983, him. 45.
105
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Setelah pulang dari Aceh dan berada di kampungnya selama empat belas tahun, Syeikh Nuruddin meninggal dunia pada tanggal 22 Zulhijah 1068 H bersamaan 26 September 1658 Masihi. 8
8
Ibid., hlm. 47, Syed Naquib al-Attas, A Commentary on the Hujjat al-Siddiq o f Nur al-Din al-Raniri, Kuala Lumpur, Mirustry of Culture, 1986, him. 12.
106
Hubungan Tun Seri Lanang dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri
Foto 10.1 Gambar persekitaran kawasan istana Tun Seri Lanang di Samalanga, Aceh. Bersebelahan istana ini terletak kawasan perkuburan Tun Seri Lanang dan kaum keluarganya yang kini dikunjungi oleh ramai pengkaji dan peminat sejarah, khususnya dari Malaysia.
Foto 10.2 Gambar di dalam istana Tun Seri Lanang, jelas menunjukkan dindingnya yang asal.
107
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Foto 103 (a) Makam Tun Seri Lanang
Foto 103 (b) Penulis dan suaminya telah mengadakan sesi lawatan khusus ke makam Tun Seri Lanang di Samalanga, Aceh pada bulan Jun 2010. Kawasan tersebut kini dipelihara dengan baik dan dikunjungi oleh pelbagai pihak khususnya dari Malaysia termasuk para akademik dan ahli persatuan sejarah Malaysia.
108
BahagianII TUN HABIB ABDUL MAJID MENYAMBUNGJAWATAN BENDAHARAJOHORLAMA
11
Dilema Keluarga Bendahara J ohor Pasca Tun Seri Lanang
Tidak berapa lama dahulu ramai yang tidak mengetahui bahawa sejarah Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang, tokoh pujangga Melayu yang agung ini tidak berakhir selepas peristiwa Perang Batu Sawar dalam Kesultanan Johor Lama pada tahun 1613. 1 Sebaliknya, Tun Seri Lanang telah memulakan suatu era baru dalam kehidupannya, iaitu menjadi pembesar dalam Kesultanan Aceh Darussalam, lebih tepatnya sebagai Uleebalang atau Raja Samalanga serta menjadi penasihat kepada seorang pemerintah Aceh yang he bat dan terulung, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Bermakna jikalau sejarawan Johor boleh memberikan maklumat tentang tahun kelahiran Tun Seri Lanang-tahun 1565, maka orang Aceh pula boleh memberikan maklumat tentang tahun kemangkatannyapada tahun 1659, malahan kedudukan jawatannya dalam Sejarawan dan ahli akademik Malaysia selama ini berpolemik tentang keberadaan Tun Seri Lanang selepas berlakunya peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613, tarikh kemangkatan dan makamnya juga menjadi tanda tanya. Sekitar tahun 2004 sejarah hidupnya di Samalanga,Aceh baharu terbongkar melalui pendedahan yang dibuat oleh seorang ahli pengkaji sejarah dari Samalanga iaitu M. Adli Abdullah serta penemuan zuriatnya sendiri yang ramai di Indonesia.
111
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Kesultanan Aceh Darussalam selepas berlakunya peristiwa Perang Batu Sawar di Johor Lama pada tahun 1613. Namun di sebalik riwayat hidup Tun Seri Lanang berserta kaum kerabatnya yang ditakdirkan mendapat kedudukan serta berpengaruh kuat di Aceh tersembunyi suatu "sejarah dukacita" di tanah tumpah darah Tun Seri Lanang sendiri, iaitu dalam Kesultanan Johor Lama. Pemergian Tun Seri Lanang sebagai orang tawanan di Aceh, kemudiannya kelak berubah nasibnya menjadi Raja Samalanga berserta penasihat kepada tiga raja-raja Aceh selain bersemenda (iaitu mempunyai hubungan perkahwinan) dengan kerabat Aceh tel ah mengecewakan Sultan Joh or pada waktu itu, iaitu Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Hakikatnya, mulai pertengahan abad ke-16 sehingga awal abad ke-17, kerajaan Johor dan Aceh sering kali berkonflik sehingga menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada kedua-dua keluarga dirajanya, khususnya di Johor. Sultan AlauddinRiayatSyahII(1528-1564)contohnya,ditawandan dihukum bunuh di Aceh. Nasib yang sama menimpa Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615) yang ditawan buat pertama kalinya pada tahun 1613 bersama dengan Bendahara Tun Seri Lanang dan dibebaskan, tetapi kemudian ditawan sekali lagi, dan terns dihukum bunuh kerana mengkhianati perjanjian dengan Aceh yang antara lain, menuntut Johor jangan bersekongkol dengan penjajah Portugis. Pengganti baginda, Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623) pula terpaksa mengharungi hidup sebagai pelarian buruan Aceh dan akhirnya mangkat di Pulau Tambelan. Raja Bujang, putera Sultan Alauddin Riayat Syah III yang pada mulanya menaiki takhta pemerintahan Pahang dengan bantuan Portugis juga mengalarni nasib malang di tangan Aceh. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang tidak suka sebarang pengaruh Portugis dalam negeri-negeri Tanah Melayu telah melakukan serangan besar-besaran di 112
Di1ema Keluarga Bendahara Johor Pasca Tun Seri Lanang
Pahang pada tahun 1618 sehingga Raja Bujang terpaksa turun takhta dan melarikan diri ke Lingga, kemudiannya berpindah ke Pulau Tambelan. Selepas kemangkatan Sultan Abdullah Maayah Syah di Pulau Tambelan, Raja Bujang dilantik menjadi Sultan Johor yang berikutnya, bergelar Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Tujuan Aceh menyerang negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu demi membebaskannya daripada pengaruh Portugis serta meluaskan kuasa mereka sendiri telah mengakibatkan serangan demi serangan serta ancaman yang tidak putus-putus dalam tempoh lebih setengah abad sehingga mencetuskan perasaan gusar dan kemarahan rakyat dan pemerintah-pemerintah mereka pada kuasa Aceh kerana telah menghuru-harakan negeri-negeri Tanah Melayu seperti Johor dan kerajaan bersaudaranya Perak dan Pahang. Hanya apabila Aceh berada dalam pemerintahan empat raja-raja perempuan (1641-1699) barulah ia melepaskan genggamannya terhadap kerajaan-kerajaan ini. Berdasarkan latar belakang sejarah persengketaan JohorAceh yang sengit, maka mudah disimpulkan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah pertalian Sultan Johor dengan keluarga Bendaharanya, hubungan antara kedua-dua pihak mulai retak dan dingin disebabkan berlakunya perbezaan prinsip berkaitan dengan cara Aceh menangani ancaman Portugis di Alam Melayu. Dari sudut pandangan keluarga diraja Johor, Aceh itulah musuh. Pada zaman pemerintahan Raja Aceh yang bernama Sultan Alauddin Mansur Syah (1577-1585), baginda bermenantukan Sultan Johor yang bernama Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah (1571-1597). Hubungan kekeluargaan ini telah menyebabkan Sultan Aceh menganggap Johor sebagai negeri naungannya, dan ini menimbulkan perasaan murka Sultan Ali Jalla terhadap mentuanya. Namun hajat Sultan Aceh untuk menawan Johor melalui peperangan gagal 113
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
apabila baginda mangkat terlebih dahulu. Dua Sultan Johor yang berikutnya juga mengalami pengalaman buruk dengan Aceh, oleh itu merasakan daulat sebagai raja telah tercabul. Raja Bujang yang kemudiannya menjadi Raja Johor (Sultan Abul Jalil Syah III) khususnya membenci Aceh kerana ayahanda baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah III telah dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kerana mengkhianati perjanjian untuk tidak bersekutu dengan Portugis. Ayahanda saudara baginda bernama Raja Hasyim pula dibunuh di Aceh akibat pergolakan politik istana. Seorang lagi ayahanda saudaranya Sultan Abdullah Maayah Syah juga mengalami nasib yang sama apabila mangkat sebagai pelarian buruan Aceh. Raja Bujang juga menjadi pelarian. Sebaliknya, selepas Tun Seri Lanang menjadi Raja Samalanga di Aceh, keluarga Bendahara Johor telah mengadakan hubungan baik dengan kerabat Aceh serta alim ulamanya. Berkemungkinan atas alasan agama, keluarga Bendahara Johor lebih menyebelahi pihak Aceh yang tidak suka Johor berbaik dengan Portugis, kerana diketahui Tun Seri Lanang belajar agama secara mendalam di Aceh selepas peristiwa penawanannya berserta Raja Johor itu. Dalam Kesultanan Aceh, putera Tun Seri Lanang yang bernama Tun Rembau menjadi Panglima Bandar Darussalam, cucu Tun Seri Lanang yang bernama Tun Aceh menjadi BendaharaAceh, sedangkan seorang lagi cucunya Tun Habab pula berkahwin dengan anak Seri Perdana Menteri Aceh. Kemuncaknya ialah perkahwinan cucu perempuan Tun Seri Lanang (puteri Tun Jenal) dengan Sayyid Zainal Abidin, cucu Sultan Aceh sendiri. Perkahwinan ini secara langsung telah merapatkan hubungan darah dan kekeluargaan antara keluarga Bendahara Johor dengan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 2 2
Rujuk pada bab kemudian dalam buku ini.
114
Dilema Keluarga Bendahara Johor Pasca Tun Seri Lanang
Semenjak itu secara berperingkat-peringkat cengkaman bangsawan-bangsawan Melayu Johor-Pahang menjadi begitu kuat sehingga telah menimbulkan keresahan kaum kerabat serta para pembesar Aceh sendiri pada waktu-waktu kemudiannya. Pada zaman penjajahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulunya adalah bermaksud untuk mentancapkan kekuasaan, pengaruh serta kepentingan Aceh secara meluas di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya pula telah berlaku apabila bangsawan-bangsawan Johor-Pahang dapat duduk atas singgahsana Aceh (antaranya Iskandar Thani) serta menjadi para pembesarnya. Contohnya, terdapat suatu cubaan keluarga Bendahara Johor untuk mengukuhkan lagi kuasa di bumi Aceh selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada 15 Februari 1641. Oleh sebab baginda tiada berwaris, balu baginda Tajul Alam, iaitu puteri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam naik takhta, bergelar Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah (1641-1657). Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani, khabarkhabar angin bertiup kencang bahawa Bendahara Johor telah ditawarkan kemahkotaan Aceh dan sedang mengambil jalan darat dari Pattani melalui Perak untuk menerima tawaran tersebut. 3 Bagaimanapun dalam masa yang sama, Kesultanan Johor juga cuba mengatur siasatnya. Pada akhir bulan Mac 1641, iaitu kira-kira sebulan lebih selepas kemangkatan Iskandar Thani, beberapa orang pembesar Johor telah 3
Leonard Y. Andaya, 1987. The Kingdom o f Johore (1641-1728), pembangunan ekonomi dan politik (terjemahan), hlm. 60. Kemunglcinan Bendahara Johor yang dimaksudkan itu ialah putera Tun Seri Lanang yang menggantikannya sebagai Bendahara Johor yang berikutnya, bernama Bendahara Seri Maharaja Tun Anum. Menurut Dagh Register, Bendahara Johor telah mangkat dan dikeburnikan di Makarn Tauhid pada tahun 1642. Munglcin Bendahara Tun Anum yang telah mangkat dalam peristiwa itu dan digantikan dengan adindanya Tun Zainal, atau Tun Jena! bergelar Bendahara Paduka Raja Tun Jena! atau Bendahara Sekudai.
115
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
datang ke negeri Aceh dengan sebuah kapal Belanda untuk mengunjungi Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi menjalin hubungan persahabatan. Bagaimanapun, kedatangan rnereka tidak disambut dengan baik oleh para pembesar Aceh. Mereka enggan membenarkan pembesar Johor menghadap Sultanah Aceh dengan alasan taraf mereka tidak cukup tinggi untulc menghadap baginda. Di sebaliknya, para pembesar Aceh berasa amat gusar dan bimbang tentang kernungkinan berlakunya rundingan yang berpotensi membawa kepada perkahwinan Sultanah Aceh dengan Sultan Johor. 4 Menurut H. M. Zainuddin dalam bukunya bertajuk Serikandi Atjeh, sekitar tahun 1644, Sultanah Safiatuddin telah bertunang secara senyap dengan Sultan Johor. Bagaimanapun, kedatangan rombongan baginda ke Aceh untuk menghantar tanda kahwin telah diketahui oleh para pembesamya yang segera masuk campur. Rancangan perkahwinan Sultanah Safiatuddin dengan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor telah mendapat tentangan habis-habisan di Aceh, mengenangkan hubungan Aceh dan Johor yang sememangnya banyak kali berkonflik dan mengalami kepahitan. 5 Di sebaliknya, kerajaan Johor amat mengharapkan terlaksananya perkahwinan tersebut kerana sudah tentu rnenguntungkan dari sudut politik dan perdagangan, dibantu pula dengan bersungguh-sungguh oleh pihak Belanda yang semenjak bersama-sama Johor menghambat Portugis dari Melaka pada tahun 1641, kini menjalin persahabatan baik. Kebetulan Sultanah Safiatuddin agak rapat dengan seorang wanita Belanda, iaitu Nyonya Hermans, isteri bekas Residen 4 5
Ibid., him. 60. H.M. Zainuddin, Srikandi Atjeh, op.cit, him. 21-22. Pada masa itu Tun Seri Lanang telah pun menjadi Uleebalang Samalanga serta mempunyai pengaruh yang tersendiri di istana Aceh. Namun tidak diketahui sarna ada beliau mempunyai apa-apa peranan dalam ha] pertunangan Sultan Abdul Jalil Johor dengan Sultanah Safiatuddin Aceh.
116
Dilema Keluarga Bendahara Johor Pasca Tun Seri Lanang
Belanda di Aceh yang bertanggungjawab memujuk baginda menerima pinangan Sultan Johor. 6 Dalam hal ini, Sultanah telah sudi menerima pinangan tersebut namun tentangan luar biasa sekali diterima daripada segenap lapisan masyarakat terutama para pembesarnya. Utusan hantar tanda dari Johor telah mendapat malu besar dan ejekan luar biasa daripada masyarakatAceh yang melihat kepada rancangan perkahwinan Sultan Johor dengan balu Sultan Iskandar Thani itu sebagai helah politik Johor dan sekutunya Belanda untuk menguasai Aceh. Oleh sebab itu perkahwinan terpaksa dibatalkan, selanjutnya Sultanah Safiatuddin terpaksa reda melepaskan jajahan Johor daripada segala hak kewajibannya terhadap Aceh sebagai "pampasan" keputusan baginda memutuskan pertunangan dengan Sultan Johor sesuai dengan hasrat kabinetnya. Hakikatnya, kemangkatan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641 telah menyediakan suatu peluang keemasan kepada para pembesar peribumi Aceh untuk segera bertindak menutup erat mana-mana ruang kesempatan kepada bangsawan-bangsawan Melayu menyambung strategi menyelinap masuk sebagai penguasa-penguasa Aceh melalui rancangan perkahwinan dengan Sultanah Tajul Alam 6
Jan Hermans merupakan seorang saudagar Belanda yang datang ke Aceh pada tahun 1644 dengan isteri dan anaknya, kemudian dilantik sebagai Residen Aceh. Sementara di Aceh, beliau selalu mengunjungi Sultanah Safiatuddin dengan membawa isteri dan anaknya. Sehingga Sultanah menjadi sahabat baik isterinya, yang kadangkala dijemput ke istana dan diberilcan memakai sarung dan selendang sebagai menghormati budaya Islam. Nyonya Hermans mengambil kesempatan ini untuk memujuk Sultanah Safiatuddin menerima pinangan Sultan Johor yang mewakilkannya secara rahsia. Sultanah Safiatuddin menerima pinangan tersebut tanpa merujuk kepada kabinetnya. Bagaimanapun, apabila rombongan Sultan Johor datang ke Aceh untuk menghantar tanda kahwin (ranub kong haba), rancangan perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan kerana mendapat tentangan besar-besaran daripada rakyat dan para pembesar Aceh secara sebulat suara. Rujuk H.M. Zainuddin, Srikandi Atjeh, op.cit, him. 21-22.
117
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Safiatuddin yang telah menjadi balu itu. Cubaan bangsawan-bangsawanJohor-Pahang,khususnya kaum kerabat Bendahara untuk mengisi "kekosongan" kemahkotaan Aceh ini dengan pertolongan "orang dalam" 7 telah menyebabkan para pembesar Aceh yang asal telah bertindak pantas dan pintas, dengan memberikan syarat kepada pihak Belanda sebagai orang tengah, bahawa untuk mencapai persepakatan Aceh-Johor dalarn perjanjian damai; "setiap pihak hendaklah menduduki kerajaannya masingmasing, tidak ada lagi duta-duta Johor datang ke Aceh dan semua tindakan permusuhan dihentikan" .8 Berikutan dengan syarat ini, maka para pembesar Johar telah memohon kepada Sultan Abdul Jalil supaya jangan menghantar lagi utusan persahabatan ke Aceh, kerana bimbangkan terjadinya perkahwinan di antara baginda dengan Sultanah Safiatuddin Syah 9 yang boleh mencuit sensitiviti pembesar tempatan Aceh dan mencetuskan peperangan lagi. Sedangkan pengaruh kaum kerabat Bendahara Johor-Pahang turun mendadak semenjak itu.IO Kesimpulannya, perjalanan sejarah Kesultanan Johar dan Aceh semenjak abad ke-17 memperlihatkan bahawa Sultan Johor pada waktu itu, iaitu Sultan Abdul Jalil Syah III bukan sahaja berasa jauh hati kepada keluarga Bendahara kerana berbaik dengan kerabat Aceh yang menjadi musuh ketat baginda, tetapi juga menganggap keluarga Bendahara sebagai lawannya atas cengkaman mereka dalam Kesultanan Aceh sendiri dalam masa baginda menjadi pemerintah Johor dan Pahang. 7
Bangsawan Melayu yang telah sedia menjawat pelbagai kedudukan penting di Aceh. 8 Leonard Y. Andaya, 1975 The Kingdom o f Johor 1641-1728. Kuala Lumpur: Oxford University Press, him. 60-61. 9 Buyong Adil, op. cit, him 78 10 Sekitar masa inilah Tun Seri Lanang telah memohon kepada Sultanah Safiatuddin untuk kembali ke Johor, namun ditolak, malahan disahkan kembali jabatan Uleebalang yang dipegangnya di Samalanga.
118
Dilema Keluarga Bendahara Johor Pasca Tun Seri Lanang
Walaupun dalam hal ini Kesultanan Johor sendiri mempunyai pertalian kekerabatan dengan Aceh, dua rajanya mengahwini puteri Aceh (Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah dengan puteri Sultan Alauddin Mansor Syah dan Raja Abdullah Maayah Syah mengahwini adinda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam), namun hubungan kekeluargaan tidak terjalin dengan baik. Sultan Ali Jalla berpatah aral dengan bapa mentua baginda, sedangkan Sultan Abdullah Maayah Syah pula menceraikan adinda Iskandar Muda. Tindakan Sultan Abdullah inilah yang mencetuskan kemarahan Aceh lalu menyerang Johor pada tahun 1623 sehingga baginda mangkat sebagai pelarian. Kemelut Sultan Abdul Jalil dengan keluarga Bendahara Johor telah meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Latar belakang politik serta hubungan Sultan-Bendahara Johor yang tidak harmonis untuk tempoh yang panjang telah menyebabkan keluarga Bendahara terpaksa bersikap low profile atau merahsiakan hubungan kekeluargaan yang erat dengan Aceh sehinggakan senarai bendahara Johor dan tempoh pentadbiran agak kabur dalam masa tersebut. Walaupun pelantikan bendahara-bendahara Johor tetap dibuat mengikut adat tradisi, tetapi mengikut rekod-rekod Belanda (catatan VOC), mereka tidak ban yak "turun padang" membuat urusan-urusan rasrni. u Sebaliknya, Sultan Abdul Jalil telah mencari pengganti Bendahara sebagai penasihat dan pendamping baginda, iaitu Laksamana Tun Abdul Jamil. Dalam tempoh terjadinya keretakan hubungan Sultan-Bendahara selama hayatnya Sultan Abdul Jalil sebagai pemerintah Johor-Pahang, iaitu dari tahun 1623-1677, hampir semua urusan rasrni bagi pihak Sultan, khususnya dalam urusan dagangan dengan pihak Belanda telah dimonopoli oleh Laksamana Tun Abdul Jamil. 11 Leonard Y. Andaya, The Kingdom o f Johor 1641-1728, op.cit, him. 134135.
119
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Itulah sebabnya mengapa dalam catatan rasmi Belanda selepas peristiwa Perang Batu Sawar (1613-1683) (muncul nama Tun Habib Abdul Majid dalam catatan VOC) rekod keluarga Bendahara terlalu sedikit, sebaliknya Belanda sering kali membuat hubungan dagangan dan diplomatik dengan Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai orang terpenting yang mewakili Sultan Abdul Jalil.
120
12
Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor
Hubungan retak menanti belah antara Sultan-Bendahara Johor telah membuka peluang keemasan kepada Laksamana Tun Abdul Jamil untuk muncul sebagai pendamping Sultan yang teraulamenggantikan tempatBendahara, walaupun pada hakikatnya jawatan tersebut tetap tidak dapat dimilikinya secara mutlak dan muktamad kerana mengikut adat raja-raja Melayu, ia milik pusaka turun-temurun keluarga Bendahara Johor dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bintang Laksamana Tun Abdul Jamil mula menyinar dalam peranannya sebagai orang yang bertanggungjawab memajukan ekonomi Johor berikutan hubungan baik dengan pihak Belanda selepas bersama-sama berjaya menumpaskan kekuatan Portugis di Melaka pada tahun 1641, kebetulan pada waktu itu Johor juga baru terlepas dari belenggu ancamanAceh yang telah memporak-perandakannya hampir sekurun lamanya. Maka di bawah kawalan dan strategi bijak Laksamana mengatur semua urusan dagangan di perairan Johor, ekonomi Johor berhasil berkembang maju dan pesat. Perubahan ketara ini amat mengembangkan hati Sultan Abdul Jalil Syah. 121
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Peranan penting yang dimainkan oleh Laksamana Tun Abdul Jamil dalam satu episod permusuhan Johor dengan Jambi juga telah memperkukuhkan lagi kedudukannya di sisi pemerintah. Ia bermula pada tahun 1659 berikutan perkahwinan Raja Bajau dengan puteri Jambi. Sultan Abdul Jalil tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana bimbang akan menggugat kedudukannya sebagai pemerintah jikalau Raja Jambi menghasut Raja Bajau untuk menuntut kembali haknya sebagai Raja Johor berdasarkan syarat perjanjian pertabalan Sultan Abdul Jalil pada tahun 1623 (iaitu pemerintahan Johor akan diserahkan kembali kepada RajaBajau apabila umumya matang). 1 Berikutan campur tangan Sultan Abdul Jalil, hubungan Johor-Jambimenjadiporak-perandasehinggamengakibatkan serang-menyerang antara kedua pihak. Kemuncak kepada peristiwa ini berlaku pada tahun 1673 apabila berlaku serangan mengejut dari Jambi terhadap Johor Lama sehingga memusnahkan pusat pemerintahannya, langsung memaksa Sultan Abdul Jalil berundur ke Pahang. Sultan Abdul Jalil kemudian telah memberikan kuasa pen uh kepada Laksamana Tun Abdul Jamil untuk memulihkan kerajaan baginda di Johor dalam mas a ketiadaan baginda itu. Dengan restu penuh daripada Sultan Johor itu, maka daripada pusat kekuatan Laksamana di Riau, Tun Abdul Jamil bertindak merencanakan strategi untuk membalas dendam terhadap serangan Jambi serta memulihkan semula imej kerajaan Johor Lama di mata dunia Melayu selain mengembalikan kedudukannya sebagai pusat dagangan yang 1
Raja Bajau ialah putera Sultan Abdullah Maayah Syah. Semasa baginda mangkat di Tambelan pada tahun 1623, Raja Bajau baru berusia tiga tahun. Kemungkinan masa itu belum ada pengganti Bendahara Tun Seri Lanang yang telah dibawa ke Aceh dan tidak pulang ke Johor. Oleh sebab tidak ada Bendahara untuk menjacti Pemangku Raja sebagaimana adat raja-raja Melayu Melaka, maka dalam keadaan terdesak dilantiklah Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai Pemangku Raja dengan bersyarat.
122
Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor
penting di rantau ini. Dengan dibantu oleh sekutu-sekutu Johor yang lain, Laksamana Tun Abdul Jamil bertindak cekap dengan membuat serangan demi serangan kepada kapal-kapal dagangan serta kekuatan Jambi. Laksamana Tun Abdul Jamil berhasil mencapai kedua-dua matlamat tersebut dalam tempoh yang singkat, iaitu dengan mengalahkan Jambi secara muktamad pada tahun 1679 dan memesatkan semula dagangan di perairan Johor. Kejayaan Laksamana Tun Abdul Jamil yang besar ini bukan sahaja telah meneguhkan kedudukannya sebagai orang kuat dan kepercayaan Sultan Abdul Jalil, ironisnya ia juga telah menyebabkan beliau mula merasakan dirinya "kebal", berkuasa mutlak dan mula meminggirkan permuafakatan dengan para pembesar Johor yang lainnya. 2 Kedudukan Laksamana sebagai pembesar kesayangan Sultan Johor telah menjadi perhatian menarik bagi pihak Belandaapabilapadatahun 1642,duaorangwakilmerekayang diutus dari Melaka telah menziarahi pusat pentadbiran Johor di Makam Tauhid, lalu mendapati bahawa Laksamana "amat disayangi oleh pemerintah, begitu dipercayai sehinggakan menjadi penasihat baginda yang paling rapat dalam semua perkara" .3 Laksamana, sebagai orang harapan dan kepercayaan Sultan Johor, telah berupaya mengembangkan kuasa politiknya dengan penuh keyakinan sehingga merasakan tidak perlu lagi bermuafakat dengan pembesar-pembesar Johor. Oleh sebab sudah terlalu lama Laksamana dibiarkan 2
3
Laksamana Tun Abdul Jamil menganggap bahawa Sultan Johor 'terhutang budi' kepadanya atas jasa memulihkan kerajaan Johor selepas dipukul teruk oleh Jambi. Semenjak itu, Laksamana mulai hilang hormat dan takzim kepada pemerintah, khususnya, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, iaitu pemerintah Johor yang berikutnya. Keadaan ini berbeza dengan resam tradisi pembesar Melayu dari zaman Melaka seperti jasa Tun Perak, Hang Tuah, Tun Mutahir dan sebagainya yang tetap memuliakan raja walaupun telah menyumbangkan jasa yang amat besar. Andaya, op.cit, 1987, him. 81.
123
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
berbuat sesuka hatinya, akhirnya, bak kata pepatah Melayu, "cacing sudah naik ke mata". Sultan Ibrahim Mengeratkan Kembali Hubungan dengan Keluarga Bendahara Semenjak Aceh diperintah oleh raja-raja perempuan bermula pada tahun 1641 hingga tahun 1699, genggaman Aceh terhadap negeri Johar mulai longgar sehingga akhimya Johar dapat mencantas terns dominasi Aceh. Secara berperingkat-peringkat, permusuhan Aceh-Johor mulai hilang daripada lubuk ingatan orang Melayu. Pada masa itu, kebetulan Johar sedang rancak membangun kerana mempunyai hubungan dagangan yang baik dengan Belanda, apatah lagi kuasa agresor Portugis telah berjaya ditumpaskan di Melaka oleh hulubalang Johar pada tahun 1641 sehingga menyebabkan keadaan menjadi tenang dan produktif. Sebagai pihak yang berada dalam dilema kerana hubungan darah dan kekeluargaan keluarga Bendahara dengan kerabat Aceh tidak memungkinkan mereka "bermain di dalam gelanggang" politik Johar kerana konflik kepentingan, perkembangan baik ini melegakan mereka. Apatah lagi tiada siapa yang dapat menafikan hak keturunan Bendahara dari zaman Demang Lebar Daun yang merajakan serta merintis hubungan kekeluargaan dengan Sang Nila Utama, nenek moyang kepada raja-raja Melayu Melaka itu. Naik turun keadaan politik Johar sama sekali tidak dapat meragut kemuliaan dan kebesaran tradisi Bendahara mengikut adatnya sebagai penghulu bagi semua pembesar Johar dan kerabat sultan yang paling aula. Pada tahun 1677, Sultan Abdul Jalil Syah mangkat. Sepatutnya yang naik takhta menggantikan baginda ialah . sepupunya Raja Bajau, bagaimanapun baginda telah 124
Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor
mangkat terlebih dahulu pada tahun 1676 dalam usia 56 tahun, meninggalkan seorang putera bernama Raja Ibrahim. Maka naiklah Raja Ibrahim sebagai Sultan Johor-Pahang yang berikutnya, bergelar Sultan Ibrahim Shah (1677-1685). Selepas menjadi pemerintah, Sultan Ibrahim berkahwin dengan saudara perempuan Tun Habib Abdul Majid yang hanya dikenal dengan gelaran "Marhum Bakal". Menurut Salasilah Muar, jajahan Muar telah dihadiahkan kepada Dato' Pasir Raja (Sayid Jaafar) dan Tun Habib sebagai mas kahwin baginda. 4 Perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Marhum Bakal telah mendatangkan takdir yang baik kepada keluarga Bendahara Johor kerana telah mempereratkan semula hubungan SultanBendahara setelah sekian lama berada dalam kemelut dingin semasa hayatnya pemerintahan Sultan Abdul Jalil sebelurnnya. Bagaimanapun, perkara ini mencemaskan Laksarnana Tun Abdul Jamil kerana khuatir kedudukannya sebagai orang kanan Sultan Johor mulai tergugat. Berikutnya Laksamana telah menjemput Sultan Ibrahim pindah bersemayam di Riau. Di sana, Sultan Ibrahim telah mengurniakan Laksamana dengan gelaran Paduka Raja atas jasa mengalahkan Jambi dan memulihkan kedudukan Johor sebagai sebuah entiti ekonomi yang penting di Selat Melaka. Laksamana Tun Abdul Jamil kemudian telah menjadi lebih berani dengan melantik sendiri anak-anak lelakinya memegang jawatanjawatan terpenting. Seorang anak lelakinya dilantik menggantikannya sebagai Laksamana selepas beliau beroleh gelaran Paduka Raja, seorang lagi menjawat jawatan Temenggung, iaitu jawatan yang dipegangnya selepas Laksamana membunuh 4
Rujuk Lampiran: "Salinan Salasilah Muar (Jawi) dan Terjemahannya" .
125
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Temenggung Joh or di Riau pada tahun 1678 ,5 anak lelaki yang ketiga bergelar Sri Perdana Menteri, anak yang keempat bergelar Sri Bija Diraja, yang kelima bergelar Sri Nara Diraja dan yang keenam Sri Amar Diraja. 6 Penyerobotan kuasa oleh keluarga Laksamana secara rakus telah memperlihatkan seolah-olah mereka memerintah Johor seperti sebuah syarikat keluarga. Laksamana tidak lagi menghiraukan amalan tradisional yang sama-sama berkongsi tanggungjawab mentadbir negeri dengan para pembesar Melayu yang lain. Malahan, tidak ada seorang pun yang berani hampir atau membuat perundingan dengan Sultan di luar pengetahuan Laksamana. Pembesar-pembesar Johor tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala perangai yang mencolok mata itu telah didiamkan sahaja oleh Sultan Ibrahim sehingga menjadikan Laksamana begitu berani sekali. Bagaimanapun, tingkah laku Laksamana yang telah hilang perasaan takzimnya kepada Sultan akhimya telah menyedarkan baginda. _Sultan Ibrahim mulai rimas dengan kawalan Laksamana secara total, sikapnya yang tamak kuasa, malahan bimbang dengan perangainya yang boleh menjadi ancaman pula kepada keselamatan diri baginda. Baginda juga memerhatikan bahawa penyerobotan kuasa oleh Laksamana anak-beranak telah mengganggu hubungan tradisi seorang raja Johor dengan para pembesamya. Kebetulan Sultan Ibrahim telah mula berbaik dengan keluarga Bendahara J ohor sebagai ipamya. Keluarga Bendahara 5
6
Laksamana telah membunuh Temenggung kerana beliau dan para pengik:utnya telah pergi ke Siam beberapa tahun sebelumnya atas perintah Sultan tanpa memaklumkan kepada Laksamana terlebih dahulu. Oleh itu, Temenggung dihukum bunuh oleh Laksamana di hadapan Sultan Ibrahim sendiri. Bagaimanapun, Sultan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dengan Laksamana serta tidak mahu pengikut Temenggung juga menjadi mangsa pembunuhan Laksamana. Rujuk Andaya, op.cit, him. 178-179. Ibid., him. 188-189, 200.
126
Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor
telah melihat keadaan ini sebagai suatu kesempatan yang baik untuk mengembalikan kedudukan tradisi Bendahara di sisi Sultan. Setelah sekian lama mengambil sikap berdiam diri dan tidak terlibat dalam sebarang hubungan diplamatik mahupun dagangan dengan pihak Belanda, sekanyang-kanyang pada Mac 1683, Belanda yang selama ini amat selesa bekerjasama dengan Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai wakil Sultan Johar7 telah dikejutkan dengan kedatangan sepucuk surat resmi yang bercap daripada Bendahara Johar, iaitu Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid. Dalam suratnya, Bendahara telah memahan kebenaran untuk menghantar searang Penggawa Laut ke Rembau mengusir semua pegawai yang memberontak dan rnenggantikan mereka dengan pegawai baharu. Sungguhpun surat daripada Bendahara itu kelihatan tidak mendatangkan bahaya kepada pihak Belanda tetapi ia rnemberikan isyarat bahawa keluarga Bendahara kini telah bersedia untuk mengambil balik hak tradisi rnereka sebagai pendamping dan penasihat Sultan yang kini telah dibalat aleh Laksamana anak-beranak. Pada hujung tahun yang sama, Belanda sekali lagi dikejutkan dengan kehendak Sultan Ibrahim untuk kembali bersemayam di Tanah Besar Johar. Keputusan Sultan Ibrahim untuk merapatkan kembali hubungan dengan keluarga Bendahara dan hendak bersernayam semula di Tanah Besar Johar amat rnenggembirakan hati para pembesar Melayu Johar, yang merasakan tindakan ini 7
Pihak Belanda menyedari bahawa walaupun sekali-sekala terdapat masalah dengan Laksamana Tun Abdul Jamil, namun antara kesemua pembe ar Johor, beliaulah yang paling berkecenderungan untuk menyebelahi dan bekerjasama dengan mereka kerana memperoleh keuntungan peribadi yang banyak dari sudut ekonomi. Oleh itu, pihak Belanda lebih suka dan selesa dengan hierarki pentadbiran Johor selepas "menghilangnya" Bendahara dari sisi Sultan untuk suatu tempoh yang lama.
127
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bend hara Johor-Pahang (1613-1863)
dapat merenggangkan cengkaman Laksamana Tun Abdul Jamil terhadap baginda. Apatah lagi bagi keluarga Bendahara kerana Tanah Besar Johor merupakan kubu kuat mereka. Sebaliknya, berita ini bertambah menggusarkan Laksamana kerana hakikatnya, pengaruh turun temurun keluarga Bendahara Johor amat kuat di Tanah Besar dan ini boleh menyebabkan kedudukan kuasa politiknya anak beranak terancam. Maka dicubanya menghalang kehendak Sultan Ibrahim itu dengan alasan Johor dalam ancaman peperangan. Sekonyong-konyong pada awal tahun 1685, Sultan Ibrahim mangkat di Riau, sesetengah riwayat mengatakan baginda diracun oleh salah seorang isteri baginda yang merupakan puteri Laksamana bagi menjaga kepentingan keluarganya. 8 Dengan kemangkatan Sultan Ibrahim, buat sementara waktu terbantutlah usaha para pembesar Joh or untuk menghapuskan monopoli kekuasaan politik Laksamana Tun Abdul Jamil itu. Dengan kemangkatan Sultan Ibrahim juga, maka kekuasaan politik Johor berada sepenuhnya dalam genggaman Laksamana kerana putera Sultan Ibrahim, iaitu Sultan Mahmud Syah Il ( 1685-1699) masih berusia kurang sepuluh tahun dan belum boleh menerajui takhta Johor. Oleh sebab puteri Laksamana merupakan bonda tirinya,9 maka beliau telah mengambil kesempatan menjadi Pemangku Raja. 10 Dalam masa tiga tahun setelah mangkatnya Sultan Ibrahim, Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengabaikan amalan permuafakatan dengan para pembesar tradisi Johor secara muktamad. Setelah kemangkatan Sultan Ibrahim, sebagai orang Hj Buyong Adil, Sejarah Johar, him. 90-91. Puteri Laksamana Paduka Raja ialah isteri Sultan Ibrahim yang pertama. Marhum Baka{ merupakan isteri baginda yang ketiga dan bonda kepada Sultan Mahmud Syah. Mungkin Marhum Baka{ telah pun mangkat semasa Sultan Mahmud naik: takhta dalam usia sekitar lima tahun, sebab itu ia bergelar Marhum Baka{. Maka Sultan Mahmud dipelihara oleh bonda tirinya, puteri Laksamana Tun Abdul Jamil itu. 10 Andaya, op. cit, him. 186.
8 9
128
Laksamana Tun Abdul Jamil Menghimpit Sultan Johor
yang memangku putera baginda Sultan Mahmud yang masih kecil, 11 Laksamana Tun Abdul Jamil yang telah bergelar Paduka Raja pada masa itu telah membuat perjanjian perdagangan dengan pihak Belanda pada tahun 1685. Dalam perjanjian tersebut, selain Paduka Raja dan anak-anaknya yang menjadi Laksamana serta Temenggung Johor menurunkan tandatangan mereka, Tun Habib Abdul Majid juga menurunkan tandatangannya yang memperlihatkan usaha Tun Habib memperkukuhkan kembali peranan serta kedudukan rasminya sebagai Bendahara Johor. Keterlibatan Laksamana Tun Abdul Jamil dalam mencemarkan aturan tradisi pemerintahan negeri tanpa sebarang perasaan hormat kepada Raja Johor sehingga sanggup membunuh Temenggung dahulunya dan kini disyaki pula memperalatkan puterinya untuk meracuni Sultan Ibrahim telah menyebabkan para pembesar meletakkan kembali harapan kepada keluarga Bendahara untuk memulihkan kemelut Johor. Bagi pihak mereka, masanya sudah tiba bagi Bendahara untuk kembali membetulkan kekalutan serta mernikul tanggungjawab tradisinya. Dalam tempoh tiga tahun Laksamana Paduka Raja menjadi Pemangku Sultan, keadaan politik Johor menjadi semakin gawat. Kemuncaknya berlaku pada tahun 1688 apabila tercetus konfrontasi terbuka apabila Laksamana merancang untuk mengangkat senjata menentang Bendahara Tun Habib. Anak-anak Laksamana termasuk bonda tiri Sultan Mahmud dan baginda sendiri telah datang ke rumah Bendahara, di situ terjadi perkelahian antara pengikut Laksamana dengan 11 Di sinijuga telah berlaku perlanggaran adat raja-raja Melayu. Bendahara sepatutnya menjadi Pemangku Sultan tetapi Laksamana sewenang-wenangnya tel ah mengambil kedudukan itu untuk dirinya sendiri dengan mengeksploitasi kedudukan puterinya sebagai bonda tiri kepada Sultan Mahmud. Tindakan puteri Laksamana memangku Sultan Mahmud di ribanya sedangkan Bendahara yang sepatutnya meribai Sultan Mahmud dalam urusan rasmi kerajaan telah menjadi perkara yang menyakitkan mata dan hati para pembesar dan rakyat Johor. Rujuk Andaya, op.cit, him. 141.
129
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Joh?r-Pahang (1613-1863)
pengikut Bendahara sehingga menyebabkan beberapa orang di kedua-dua pihak terkorban. Susulan itu, pengikut Tun Habib berjaya meregut Sultan Mahmud yang masih kecil itu daripada kawalan keluarga Laksamana. 12 Laksamana Paduka Raja yang mendengar khabar tersebut lantas bergegas meninggalkan Riau. Bagaimanapun dengan pertolongan para pembesar Muar yang merupakan kaum kerabat Tun Habib yang terdekat, hulubalang Johor yang dihantar oleh Tun Habib telah berjaya menjejak angkatan Laksamana sehingga tercetus konfrontasi antara kedua-dua pihak. Akhirnya, pengikut Bendahara Tun Habib berjaya membunuh Laksamana dan membawa Sultan Mahmud kembali bersemayam di Tanah Besar Johor. 13 Semenjak itu, urusan pentadbiran Kesultanan Johor yang dipimpin semula oleh penguasa tradisinya daripada keluarga Bendahara telah dijalankan sebagaimana adat resam Melayu turun-temurun, dan permuafakatan raja dan para pembesar dapat dikembalikan. Perkara pertama yang dilaksanakan oleh Tun Habib ialah meletakkan Sultan Mahmud di Tanah Besar Johor, iaitu di daerah Kota Tinggi sebagai pusat pemerintahan Johor yang baharu. Tun Habib Abdul Majid juga mengambil tanggungjawab besar mengagih-agihkan semula tugas pentadbiran negeri kepada orang-orang besar Johor mengikut formula tradisi. Zaman pentadbiran Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid dikenang sebagai zaman penuh adat, muafakat dan berkat bagi Kesultanan Johor.
12 Tun Habib Abdul Majid merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Mahmud Syah II. 13 Pembunuhan Laksamana berlaku pada bulan Jun 1688 di Terengganu. Rujuk Andaya, op.cit, him. 152-159 bagi maklumat penuh kejadian yang berlaku pada masa itu.
130
13
Susunan Bendahara-bendahara J ohor Lama Sehingga 1675
Selepas peristiwa Perang Batu Sawar tahun 1613 hingga tahun 1683 apabila pertama kalinya muncul semula rekod perutusan Bendahara Johor, dalam hal ini sepucuk surat rasmi daripada Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid kepada pihak Belanda, rantaian nama bendahara Johor agak kabur, tidak seperti sebelumnya yang boleh dijejaki sehingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, keadaan tersebut ada kaitan dengan hubungan keluarga Bendahara Johor pada masa itu dengan sultannya yang kurang harmonis, berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai prinsip dan cara Aceh menangani ancaman Portugis yang telah bertapak kukuh di bumi Melaka. Khususnya tindakan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menyerang dan meluluh-lantakan negeri Johor dan Pahang (selain banyak negeri lain di Alam Melayu) atas alasan bersubahat atau tunduk pada Portugis yang disebut sebagai "Ka:fir Harbi" itu. Malahan hubungan kekeluargaan yang erat antara Bendahara Johor dengan Kesultanan Aceh merenggangkan lagi hubungannya dengan Sultan Johor, apatah lagi apabila 131
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
keluarga Bendahara berupaya mentancapkan pengaruh yang kuat di bumi Aceh, dilihat sebagai saingan atau lawan kepada Sultan Abdul J alil Syah III sehingga akhirnya bertindak meminggirkan terns keluarga Bendahara dan menggantikannya dengan Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai pendamping baginda. Perutusan-perutusan daripada Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai wakil Sultan Johor serta delegasi-delegasi yang dihantar oleh pihak Belanda kepada beliau yang tercatat dalam rekod-rekod rasmi Belanda menjadi bukti nyata tentang kedudukan de facto menggantikan tempat Bendahara. 1 Maka "hilanglah" pula rekod keluarga Bendahara selama hampir 70 tahun lamanya, yang ada hanyalah serba sedikit "nota kaki" di sana sini, menunjukkan terabainya kepentingan Bendahara di bumi Johor. Sehinggalah sukar sejarawan belakangan untuk menyusun secara tepat akan senarai bendahara Johor waktu itu. Bagaimanapun dalam konteks ini, tidak dapat dinafikan bahawa jawatan Bendahara Melaka dan pewarisnya Johor Lama adalah warisan keluarga Tun Seri Lanang dari atas sampai ke bawah. Oleh itu, walaupun beliau tidak kembali lagi ke Johor selepas berlakunya tragedi Perang Batu Sawar pada tahun 1613, dan walaupun Laksamana Tun Abdul Jamil telah mencopot kedudukan tersebut secara de facto sehingga muncul Tun Habib Abdul Majid dalam rekod Belanda pada tahun 1683 melalui sepucuk surat rasmi yang dikirimnya, namun secara adat tradisinya kelangsungan jawatan tersebut masih dikekalkan walaupun realitinya hanyalah sebagai pemanas tempat duduk semata-mata. I
Contohnya, lihat KA1292, OB 1685, surat daripadaPaduka Raja (Lak:samana Tun Abdul Jamil) ke Melak:a, 17 Februari 1684; KA 1292, OB 1685, surat daripada Paduka Raja (Lak:samana Tun Abdul Jamil) ke Melak:a, 2 Julai 1684: KIA 1318, OB 1687, surat daripada Paduka Raja (Lak:samana Tun Abdul Jamil) ke Gabenor Jenera! Camphuys di Betawi, 4 Januari 1687. Lihat juga Andaya, op.cit, him. 103-164.
132
Susunan Bendahara-bendahara Johor Lama Sehingga 1675
Tun Seri Lanang mencatatkan dalam Sulalatus Salatin seperti yang berikut: " .... itulah yang disebut orang Datuk Bendahara yang ke Aceh (Tun Seri Lanang). Maka Datuk yang ke Aceh beranak dengan Tun Aminah tiga orang lelaki dan perempuan seorang, Tun Gembuk namanya. Yang lelaki seorang Tun Anum namanya, bergelar Seri Maharaja, menjadi Bendahara; dan Tun Jena! seorang namanya, bergelar Bendahara Paduka Raja, yang disebut orang Datuk Sekudai; seorang Tun Mad Ali namanya, bergelar Paduka Maharaja, dia pun menjadi Bendahara juga. Seorang Jagi anak gundik (anak dari wanita kebanyakan) Datuk yang ke Aceh, Tun Rembau namanya, menjadi Paduka Tuan di Aceh, menjadi panglima Bandar Darussalam". 2
Menurut adat Melayu lama, kesemua pangkat pembesar negeri seperti Sultan, Bendahara dan Temenggung adalah hak warisan turun-temurun. Oleh itu, Sejarah Johar menyebut bahawa Tun An um, putera Tun Seri Lanang yang tertua telah diberikan kedudukan Bendahara Johor berikutnya setelah peninggalan ayahandanya ke Aceh. Kemungkinan besar Tun Anum inilah Bendahara Johor yang dikatakan meninggal dunia berserta beberapa orang pembesar Johor lain akibat terkena wabak taun pada tahun 1642 dan dimakamkan di Makam Tauhid (Makam Sayid), 3 Kota Tinggi, iaitu di kampung yang sama dengan kompleks makam Tun Habib Abdul Majid dan kompleks makam Sultan Mahmud Syah II atau Marhum Mangkat di Julangan. Selepas Tun Anum, adindanya Tun Jenal pula menjadi Bendahara bergelar Paduka Raja atau Bendahara Sekudai. Beliau amat berjasa dalam menerajui satu angkatan hulubalang Johor menumpaskan cengkaman Portugis di Melaka pada tahun 1641. Peristiwa tersebut tercatat dalam 2 3
Tun Seri Lanang, op. cit, him. 208 Hj Buyong Adil, Sejarah Johar, 1980, him. 80.
133
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Hikayat Hang Tuah. 4 Beliau jugalah orang yang sama yang disebut dalam Bustanas Salatin sebagai "Paduka Raja" yang mengiringi rombongan pembesar dari Aceh ke Pahang pada tahun 1638 untuk melaksanakan upacara "tegak batu" pada makam kaum kerabat Sultan Iskandar Thani di sana. Kemangkatan Bendahara Paduka Raja Tun Jenal tidak dapat dipastikan tarikhnya, namun sumber Belanda ada menyebut tentang kedatangan beliau ke Rembau dalam perjalanan ke Pahang pada tahun 1644. 5 Selepas dari tarikh tersebut, tidak ada lagi rekod Belanda yang menyebut tentang halnya. Selepas Tun Jenal, adindanya Tun Mat Ali pula menjadi Bendahara Johor, bergelar Paduka Maharaja. Selanjutnya anak Tun Mat Ali yang bemama Tun Rantau menggantikannya sebagai Bendahara Seri Maharaja. "Adapun Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali beranak tiga orang juga, yang perempuan bemama Encik Raja, timang-timangannya Raja Emas Bongsu, duduk dengan Raja Kecil Besar, Sultan Inderagiri; dan Raja Sulaiman; seorang bemamaTun Rantau, bergelar Bendahara Seri Maharaja ... ". 6 4
5
6
Menurut catatan yang disebut dalam Hikayat Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja (Bendahara Sekudai) telah memerintahkan dipasang sigai pada kubu Famosa, lalu bersama-sama dengan hulubalang Johor memanjat sigai itu dan menyerbu ke dalam benteng, dengan bercawat sahaja. Ramai pahlawan Melayu yang gugur kerana dibedil dengan penggada yang berduri seperti durian, dengan pahat dan beliung, namun hulubalang Johor naik juga dan naik terns, bertimbun mayat jatuh bergelimpangan, namun yang lain terus naik sehingga sampai ke atas kubu. Bendahara sendiri dapat memimpin anak buahnya masuk ke dalam kubu, dan beramuk-amukan menyerang Portugis sehingga habislah mati (tentera Portugis) dan jatuhlah benteng Portugis yang berdiri megah untuk lebih 130 tahun lamanya.Lihat Kassim Ahmad, 1964. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 592593. Salasilah Sungai Ujong di Negeri Sembilan menyebut tentang perkahwinan Dato' Sekudai dengan suku Batin Sibu Jaya, melahirkan keturunan para pembesar Sungai Ujong. Menurut sejarahnya, perkahwinan tersebut berlaku sekitar masa Tun Jenal ke Rembau sebelum berangkat ke Pahang pada tahun 1644. Ibid, hlm. 209.
.134
Susunan Bendahara-bendahara Johor Lama Sehingga 1675
Bendahara inilah yang kemudiannya "ditawan" oleh Pangeran Ratu Jambi dalam peperangan Johor-Jambi dan akhirnya mangkat di sana pada tahun 1675. 7 Peristiwa "penawanan" Tun Rantau oleh Ratu Jambi itu berubah menjadi sukarela tanpa sebarang bantahan. Tun Rantau yang dikira sebagai tawanan berharga tidak cuba melarikan diri seperti kebanyakan tawanan lainnya sehingga akhirnya dijemput tinggal di Jambi dan diberikan hadiah pula. 8 Tun Rantau mempunyai seorang adinda lelaki yang bemama Tun Habab. Tun Habab adalah bakal Bendahara, sebab itu ia bergelar Tun Pikrama. Bagaimanapun, kemungkinan Tun Habab tidak ditakdirkan menyandang jawatan Bendahara atau mengambil keputusan untuk melepaskannya secara sukarela. Mungkinkah perkara ini ada kaitan dengan keputusan kakandanya Tun Rantau yang lebih rela menjadi "tawanan" Jambi, sedangkan Ratu Jambi sedang bermusuhan dengan Sultan Abdul Jalil waktu itu? Ini berikutan tindakan Tun Rantau yang diberikan peluang oleh Ratu J ambi selepas menewaskan Johor untuk mengambil semua hartanya berserta para pengiring ke dalam kapalnya lantas berpindah terns ke J ambi .9 Tercatat dalam sejarah Johor seorang Penghulu Muar bergelar Orang Kaya Tun Pikrama yang telah membantu Tun Habib Abdul Majid menewaskan Laksamana Tun Abdul 7 8 9
Andaya, op.cit, him. 132. Dr. Muhammad Yusuff Hashim dan Dr. Aruna Gopinath, Pahang Darul Makmur, 1800-1930 M. Andaya, op.cit, hlm. 132. Andaya, op.cit, hlm. 99. Mungkin Tun Rantau tidak mahu memerangi Jambi atas nama Sultan Abdul Jalil III kerana sedar bahawa yang menjadi punca kemarahan Ratu Jambi adalah baginda sendiri kerana menuntut sepupunya Raja Bajau memutuskan pertunangan dengan puteri Jambi atas kepentingan peribadinya. Bagaimanapun yang terpaksa bersemuka dengan Sultan Abdul Jalil tentang 'penghijrahan' Tun Rantau ke Jambi sudah tentu kaum kerabat Bendahara, termasuklah Tun Habab sendiri. Mungkin inilah punca Tun Habab tidak menjadi Bendahara.
135
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Jamil pada tahun 1688. 10 Muar diketahui menjadi jajahan Dato' Pasir Raja, kakanda Tun Habib Abdul Majid sebagai mas kahwin apabila Sultan Ibrahim mengahwini adindanya "Marhum Bak.al". Penulis beranggapan Tun Habab ibni Tun Mat Ali yang tercatat dalam Sejarah Melayu adalah orang yang sama dengan Orang Kaya Tun Pikrama, Penghulu Muar. Andaian ini berdasarkan gelarannya juga ialah Tun Pikrama, iaitu gelaran bakal Bendahara. Oleh sebab Muar merupakan jajahan keluarga Bendahara selepas dianugerahkan Sultan Johor, mungkin Tun Habab diberikan jawatan sebagai Penghulu Muar selepas bersetuju melepaskan jawatan Bendahara sebagai menerirna permuafakatan orang tua-tua keluarga. Bagaimanapun, pengkajian lebih mendalam perlu dibuat bagi mengesahkan kebenaran andaian ini. Kesimpulannya, berdasarkan maklumat-maklumat sejarah dari pelbagai sudut, susunan bendahara dalam Kesultanan Johor Lama dari awal (selepas keluarga diraja, para pembesar dan ramai rakyat Melaka berpindah ke Johor kerana kalah melawan Portugis pada tahun 1511) sehingga tahun 1675 adalah seperti yang berikut: 1
Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad 11 Bendahara Seri Maharaja Tun Biajid (Dato' Bendahara Johor) m Bendahara Tun Nara Wangsa Tun Mahmud 1v Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai (Dato' Bendahara yang tua) v Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (m 1659) (Tun Seri Lanang/Dato' yang ke Aceh) vi Bendahara Seri Maharaja Tun Anum vii Bendahara Paduka Raja Tun Jenal (Dato' Sekudai) viii Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali ix Bendahara Seri Maharaja Tun Rantau (m 1675) 10 Andaya, op.cit, him. 206.
136
14
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699) dalam tragedi Marhum Mangkat di Julangan pada tahun 1699 telah menaikkan keturunan Bendahara kepada martabat Raja bagi Kesultanan Johor Lama. Ini berikutan Sultan Mahmud mangkat tanpa memperoleh zuriat dan adat Melayu Lama menegaskan bahawa keturunan Bendahara boleh naik takhta kalau raja mangkat tanpa berwaris. Maka Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil dilantik sebagai pemerintah Johor Lama, bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718). Daripada nasab Sultan Abdul Jalil inilah lahir raja-raja Johor yang berikutnya sehingga hari ini, selain menerbitkan juga dinasti Raja Bendahara di Pahang yang membawa kepada pembentukan Kesultanan Pahang Moden. Kesultanan Selangor dan dinasti Yam Tuan Muda Riau juga berasal daripada titisan Sultan Abdul Jalil, tetapi melalui nasab sebelah perempuan, iaitu puteri baginda yang bernama Tengku Mandak. Sultan Abdul Jalil juga mempunyai seorang saudara kandung yang bernama Tun Zainal, kemudiannya kelak menjadi Sultan Terengganu pertama 137
Sejarah Pergolakan dan Per elutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
bergelar Sultan Zainal Abidin I (1725-33). Kesimpulannya, Kesultanan Johor Lama (pasca tahun 1699) dan Moden (pasca tahun 1885), dinasti Raja Bendahara Pahang (1882) dan Kesultanan Pahang Moden (pasca tahun 1882), Kesultanan Terengganu, Kesultanan Selangor serta dinasti Yam Tuan Muda Riau masingmasing berkongsi satu jurai keturunan. Persoalannya, siapakah patriach, induk ataupun bapa kepada raja-raja daripada kesultanan-kesultanan atau dinasti-dinasti ini, yang kebanyakannya masih terns menaungi takhta sehingga dewasa ini? Jawapannya ialah Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid (mangkat pada tahun 1697), yang makamnya masih tersergam kukuh di daerah Kota Tinggi, Johor tidak jauh dari tapak makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang. Malahan, Tun Habib yang menjadi Bendahara bagi Sultan Mahmud Syah selain memangku baginda di ribaannya semasa menjalankan urusan pemerintahan negeri kerana waktu itu Sultan Mahmud masih muda lagi, belum mencecah 10 tahun. Sumber-sumber tradisional telah memberikan empat versi yang berlainan tentang salasilah Tun Habib Abdul Majid, rujuk versi-versi berikut:
VERSI PERTAMA Merupakan sumber Terengganu, susunan Dato' Seri Nara Wangsa. Dicatat sebagai sumber Terengganu kerana didapati di Terengganu. Lihat rajah 14.1:
138
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid Sultan Sulaiman Muazam Syah (mangkat di Senggora)
*
Sultan Abdul Rahman Muazam Syah (mangkat di Tambelan)
i
Sultan Mahmud Muazam Syah (mangkat di Kota Tinggi)
Sultan Abdul Majid bergelar Bendahara Seri Maharaja Dato' Padang Saujana
Sultan Ahmad Muazam Syah (dijadikan Raja Johor, Marhum Bukit Batu)
l
Sultan Mahmud Mangkat di Julang berdarah putih (Marhum Bukit)
Abdul Jamal Bendahara Paduka Raja
Mutahir Temenggung
Sultan Abd Jalil Muazam Syah (Sultan Abd Jalil Riayat Syah IV)
Rajah 14.1 Salasilah Tun Habib Abdul Majid versi Pertama.
Sumber: Muzium Terengganu dan Arlcib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Terengganu.
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam bukunya lstana dan Politik Johar (1835-1885) 1996, halaman 2: "Salasilah ini mengemukakan Bendahara Padang Saujana sebagai Sultan Abdul Majid bergelar Bendahara Seri Maharaja
139
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) Padang Saujana. Pada hal Abdul Majid tidak pernah menjadi Sultan dan lebih dikenali dengan gelaran Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Dato' Padang Saujana. Penggunaan gelaran 'Sultan' pada nama itu dipercayai memberi gambaran adanya percubaan untuk merapatkan lagi hubungan Abdul Majid dengan keturunan Sultan Johor. Ini salah satu cara untuk menguatkan kedudukan seorang tokoh dengan mengubah suai salasilah".
Kesimpulannya Berdasarkan perbandingan maklumat daripada berbagaibagai sumber, versi ini adalah tidak benar.
VERSIKEDUA
Tercatat pada papan peringatan di hadapan makam Tun Habib Abdul Majid di Kota Tinggi dengan tulisan Jawi keterangan berikut; "Bahawa inilah makam Tun Abdul Majid bin Raja Abdullah, Dato Bendahara Padang Saujana mangkat pada tahun 1697M. Adalah pada ayahanda Raja Abdullah inilah yang menjadi pemangku kepada Sultan Alauddin Riayat Syah yang ketiga. Dan pada nendanya Sultan Muzaffar Shah yang ketiga itu. Sultan Alauddin Riayat Syahlah yang membuka Kota Tinggi pada tahun 1548M. Shahadan Dato Bendahara inilah menjadi raj a pula bergelar Sultan Abdul Jalil Shah yang keempat apakala didapati Al-Marhum Mangkat Dijulang iaitu Sultan Mahmud Syah yang kedua itu tiada berzuriat lagi. Lalu dalam tahun 1699M, dan daripada zuriat Al-Marhum Tun Habib Abdul Majid inilah berasal sultan-sultan Melayu yang berkerajaan di Melaka. Daripadanyalah membawa kepada yang ... (tidak jelas) Sultan Ibrahim bin Al-Marhum Abu Bakar Khalil Mansur Shah yang memerintah kerajaan Johor yang adanya. Mudah-mudahan barang dirahmatkan AJlah AJMarhum, berlebih atas Al-Marhum Dato' Bendahara Tun Abdul Majid ini serta kerabat-kerabat dan zuriatnya dan berkekalan kemerdekaan kerajaan Johor ini aman dan makmur selamanya. Dibuka peringatan tawarikh ini diadakan 1946".
140
Analisis Salasil h Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Rujuk rajah 14.2: Sultan Alauddin Riayat Syah II Sultan Johor II (1528-64)
i
i
Sultan Muzaffar Rajakahwin Raja Umar kahwin Syah Johor ill . Fatimah Sultan Ali J alla (1564-70) Abd. Jalil Syah II (1571-97)
l
Raja Abdullah Sultan Abdullah Maayah Syah Sultan Johor IV (sekitar 1615-23)
l
1
Sultan Abd. Jalil Syah I Sultan Johor VI (1570/71)
puteri Seri Nara Nara Diraja Pahang
l
Sultan Alauddin Riayat Syah Ill Sultan Johor VII (1597-1615)
TUN ABDUL MAJID (Dato' Bendahara Padang Saujana) Sultan Abdul Jalil Syah IV Rajah 14.2 Salasilah Tun Habib Abdul Majid versi Kedua.
Sumber: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor.
Versi inijuga adalah TIDAK BENAR sama sekali kerana semua sejarawan Johor telah bersepakat bahawa Tun Abdul Majid bukan putera Raja Abdullah yang kemudian bergelar Sultan Abdullah Maayah Syah itu. Bagaimanapun papan peringatan mencatatkan nama penuh Tun Habib sebagai Tun Abdul Majid, membuktikan bahawa Tun Habib dan Tun Habab bukan orang yang sama. Seperti yang disebut sebelum ini gelaran Tun pada nama "Tun Habib Abdul Majid" itu adalah gelaran warisan keturunan keluarga bendahara, Habib ialah predikat yang mengenalkannya sebagai seorang Sayid dan bukan sebahagian daripada namanya, namanya 141
Sejarah Pergolakan dan Pergelut
Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
yang sebenar adalah Abdul Majid. Jika namanya Tun Habab Abdul Majid, mengapa pula ditinggalkan nama Habab itu? VERSI KETIGA Tun Muhammad (Tun Seri Lanang), Bendahara Paduka Raja (Dato' yang ke Aceh)
!
TunAnum Bendahara Seri Maharaja
I
l
Tun Jenal Bendahara Paduka Raja (Dato' Sekudai)
l
Tun Mat Ali Bendahara Paduka Maharaja
Tun Habab (Tun Pikrama) atau Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana
Tun Rantau Bendahara Seri Maharaja
!
Tun Mat Ali (Tun Sulong) Bendahara Paduka Raja Sultan Abd Jalil Riayat Syah IV Rajah 14. 3 Salasilah Tun Habib Abdul Majid versi Ketiga.
Sumber: Muhammad Yusuff Hasyim dan Aruna Gopinath dalam buku Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur, 1800-1930 (PerkembanganSejarahPahang DarulMakmur; SalasilahKesultanan Negeri Pahang Darul Makmur, Lampiran /, hlm.370).
142
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Versi ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana tidak dapat diselaraskan dengan sumber-sumber sejarah yang lain seperti yang telah dikemukak:an sebelum ini.
Keterangan dan analisis: Sumber daripada buku-buku, manuskrip-manuskrip mahupun rekod-rekod lama meletakkan nama Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana (mangkat 1697 M) sebagai Tun Habib Abdul Majid.' Bagaimanapun, terdapat perubahan yang ketara apabila penulisan-penulisan kontemporari mula menukar namanya kepada Tun Habab Abdul Majid ataupun Tun Habab semata-mata. Lucunya, sebilangan kecil penulis atau penyelidik sejarah kontemporari tidak dapat mengambil keputusan sama ada mahu menggunak:an prediket "Habib" atau "Habab", lalu menggunak:an kedua-duanya sekali supaya "selamat", langsung menjadi Tun Habib (Habab) Abdul Majid. Jelas di sini terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama-nama atau predikat-predikat tersebut. Dewasa ini, penggunaan nama Tun Habab Abdul Majid sebagai mengenalkan Bendahara Padang Saujana rata-rata telah menenggelamkan terns nama "tradisinya" Tun Habib Abdul Majid. Andaian ini dibuat mungkin kerana predikat "Habib" pada nama Tun Habib Abdul Majid itu seharusnya mengenalkannya sebagai seorang yang berketurunan daripada Rasulullah SAW (sepertijuga predikat Sayid), sedangkan ratarata para ak:ademik atau pengkaji sejarah kontemporari tidak I
Lihat R.O. Winstedt, 1682. A History o f Malaya, (revised edition), him. 139-144; R.O. Winstedt, 1979. A History o f Johore 1365-1895, Annabel Teh Gallop, 1994. The Legacy o f the Malay Letter- Warisan Warkah Melayu, British Library for the National Archives of Malaysia, him. 9, catatan lisan daripada keturunan Sayid Jaafar (abang kepada Tun Habib Abdul Majid) iaitu Che Ambak Temenggung Wan Abd. Rahman (rekod sejarah Muar), Dato' Hj. Abu Zaharin bin Hj Maulud, Salasilah Dato' Muda Linggi, (manuskrip keluarga dari keturunan Tun Habib Abdul Majid) dsbnya.
143
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
dapat menerima hakikat tersebut kerana tidak menemukan bukti-bukti yang kukuh. 2 Penggunaan nama Tun Habab secara meluas dewasa ini menggantikan nama "tradisinya" Tun Habib Abdul Majid mungkin berpunca daripada penerbitan buku penulisan Prof. Dato' Dr. Muhammad Yusuff Hashim dan Dr. Aruna Gopinath berjudul Pahang Darul Makmur, 1800-19303 yang telah menjejak dan menyusun salasilah keturunan bendahara dari zaman Melaka langsung ke Johor dan akhimya ke Pahang (kemudiannya mewujudkan Kesultanan Pahang Moden). Dalam rajah salasilah yang dilampirkan, Bendahara Padang Saujana dikenal sebagai Tun Habib Abdul Majid ibni Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali. Dalam konteks ini, dalam manuskrip karangan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang bertajuk Sulalatus Salatin atau jolokannya Sejarah Melayu, tercatat nama seorang bangsawan Johor, iaitu Tun Habab (Tun Pikrama) ibni Bendahara Paduka Maharaj a Tun Mat Ali. Jelasnya, lampiran salasilah rangkaian bendaharabendahara Melaka/Johor/Pahang dalam buku bertajuk Pahang Darul Makmur, 1800-1930 M mengandaikan bahawa Tun Habab (Tun Pikrama) ibni Tun Mat Ali, Bangsawan Johor yang tercatat dalam Sejarah Melayu itulah orang yang sama dengan Bendahara Padang Saujana. Diandaikan demikian berkemungkinan atas beberapa sebab, antaranya: 2
3
Hak:ikatnya sumber-sumber primer yang merujuk Bendahara Padang Saujana sebagai seorang Sayid atau keturunan Rasulullah SAW terbukti ada, hanya memerlukan pengkajian lanjut serta penyelarasan sejarah. Malangnya hampir tiada inisiatif dibuat untuk membongkar perkara ini. Lihat bahagian seterusnya pada buku ini untuk analisis sumber-sumber tersebut. Prof. Dato' Dr. Muhammad Yusuff Hashim dan Dr. Aruna Gopinath, 1992. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur, 1800-1930, Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd., (Perkembangan Sejarah Pahang Darul Makmur; Salasilah Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur, La.mpiran I, mukasurat 370).
144
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Pertama: Predikat Habib dan Habab itu hampir serupa, dan dalam tulisan Jawi ejaannya sama (Sejarah Melayu adalah dalam tulisan Jawi). Kedua: Tidak ada tercatat nama Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid dalam Sejarah Melayu, walaupun jelas ia seorang Bendahara Johor pada akhir abad ke-17. Jawatan Bendahara adalah bersifat warisan turun temurun, maka sudah tentu Tun Habib Abdul Majid mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bendaharabendahara Johor waktu itu. Jikalau namanya tidak tercatat dalam Sejarah Melayu, maka sudah tentu boleh diandaik:an beliau mempunyai nama lain, kebetulan bangsawan yang bemama Tun Habab itu anak Bendahara Johor (Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali) dan kakandanya Tun Rantau adalah juga seorang Bendahara, bergelar Seri Maharaj a. Ketiga: Dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa Tun Habab itu bergelar Tun Pikrama, iaitu gelaran bagi seorang bakal Bendahara. Keempat: Tun Habab wujudnya sama era dengan Bendahara Padang Saujana. Oleh itu, kemungkinan Tun Habab adaJah sama orangnya dengan Bendahara Padang Saujana. Secara umum, hujah-hujah di atas dapat dijadikan alasan bahawa Bendahara Padang Saujana itulah Tun Habab ibni Tun Mat Ali, ataupun Tun Habab Tun Mat Ali 145
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
ialah orang yang sama dengan Tun Habib Abdul Majid. Bagaimanapun, penelitian serta penghalusan lanjut tentang sejarah Bendahara Padang Saujana, terutamanya apabila dibanding dan diselaraskan dengan sumber-sumber lain mampu membuktikan berlakunya KESILAPAN pada andaian tersebut. Buat permulaan kita harus bertanya apakah benar Tun Habib Abdul Majid itu sama orangnya dengan Tun Habab putera Tun Mat Ali? Rujuk kenyataan berikut: Fakta: Jika dibandingkan fakta-fakta mengenai bangsawan "Tun Habab" yang disebut dalam Sejarah Melayu, iaitu putera kepada Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali ini dengan perincian fakta-fakta sejarah Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid dalam sumber-sumber riwayat lain, maka jelas tidak dapat dibuktikan kaitan antara keduaduanya. Makna kata Tun Habib Abdul Majid dan Tun Habab adalah dua orang yang berbeza. Pertimbangkan beberapa perkara ini: Pertama: Sejarah Melayu mencatatkan "Seorang anak Bendahara Paduka Raja Tun Mat Ali, Tun Habab namanya, bergelar Tun Pikrama beristerikan Tun Rubiah, anak Seri Perdana Menteri Tun Mansor, beranakkan Tun Mat Ali, timangtimangnya Tun Sulong." Inilah satu-satunya catatan mengenai personaliti yang bemama Tun Habab (Tun Pikrama) itu. Tidak ada sebarang catatan lain dalam Sejarah Melayu yang mengenalkan nama pen uh atau nama lainnya sebagai Tun Habib Abdul Majid. 146
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Kedua: Dalam Sejarah Melayu, disebut Tun Habab telah beristerikan Tun Rubiah, anak Seri Perdana Menteri Tun Mansor yang kemudiannya melahirkan Tun Mat Ali, timang-timangnya Tun Sulong. Menurut W. Linehan dalam A History o f Pahang, putera sulong Tun Habib Abdul Majid bernama Tun Abdul J alil yang kemudiannya menjadi Sultan Johor yang pertama daripada keturunan Bendahara. 4 Dalam buku Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930, nama putera-putera Tun Habib Abdul Majid ialah Tun Abdul Jalil, Tun Mahmud, Tun Mas Anum, Tun Abdullah, Tun Mutahir, Tun Abdul Jamal, Tun Mas Jiwa dan Tun Zainal Abidin. 5 Jika diselaraskan fakta Sejarah Melayu dengan maklumat mengenai putera-putera Tun Habib Abdul Majid, tidak ada seorang pun antara puteranya yang bernama Tun Mat Ali. Putera-putera Tun Habib Abdul Majid berjumlah tujuh orang sedangkan putera Tun Habab hanya seorang.
Ketiga: Dalam Sejarah Melayu, nama gelaran ayahanda Tun Habab (iaitu Tun Mat Ali) disebut sebagai Bendahara Paduka Maharaja. Menurut catatan W. Linehan dalam A History o f Pahang, 6 pada tahun 1685, Tun Habib Abdul Majid telah menandatangani surat perjanjian dengan pihak Belanda. Dalam perjanjian itu, Tun Habib telah mengenalkan dirinya sebagai "Dato' Bendahara Maharaj a putera Dato' Seri Maharaj a". Salasilah Muar pula telah mengenalkan nama gelaran ayahanda Tun Habib sebagai "Maharaja Seri Diraja" .7 4 Bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718). 5 Tun Zainal Abidin kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang pertama bergelar Sultan Zainal Abidin I (1725-1733). 6 W. Linehan, A History o f Pahang, him. 43. 7 Transkrip daripada Salasilah Muar, him. 44.
147
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Gelaran "Paduka Maharaja" tidak sama dengan gelaran "Seri Maharaj a". Apatah lagi mengikut adat Melayu Melaka, sesuatu gelaran Orang Besar tidak boleh diberikan kepada dua orang pembesar dalam masa yang sama. 8 Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang) mempunyai empat orang putera, iaitu Tun Anum, gelarannya Bendahara Seri Maharaja, Tun Jenal bergelar Bendahara Paduka Raja, Tun Rembau bergelar Paduka Tuan di Aceh dan Tun Mat Ali (ayahanda Tun Habab) bergelar Bendahara "Paduka" Maharaja. 9 Selaraskan fakta ini dengan nama ayahanda Tun Habib Abdul Majid yang bergelar Dato' "Seri" Maharaja atau Maharaja "Seri" Diraja. Jika benarlah Tun Habib Abdul Majid ialah Tun Habab, mengapa pula fakta mengenai nama gelar "ayahandanya" Tun Mat Ali tidak dapat diselaraskan (Paduka Maharaja berbanding dengan Seri Maharaja)? Dan kalau dikatakan mungkin berlaku kesilapan di sini (penulis Sejarah Melayu mungkin membuat kesilapan), berkemungkinan nama gelaran sebenar ayahanda Tun Habib itu sebenarnya Seri Maharaja (dan bukan Paduka Maharaja), ini juga tidak betul kerana kakanda Tun Mat Ali yang be mama Tun Anum telah pun mengambil nama gelaran tersebut dan dua Orang Besar tidak boleh mempunyai nama gelar yang sama dalam waktu yang sama (apatah lagijika kedua-duanya merupakan saudara kandung) !! ltulah sebabnya Sejarah Melayu TIDAK membuat kesilapan apabila mencatatkan bahawa Tun Mat Ali mengambil gelar Paduka Maharaja dan BUKAN Seri Maharaja. 8
9
Adat Melayu lama merujuk kepada orang besar-besar dengan narna gelarnya, bukan nama penuhnya. Contohnya, Tun Habib Abdul Majid akan dipanggil sebagai Dato' Seri Maharaja, kalau ia mempunyai adinda, mungkin akan dipanggil Dato' Paduka Raja dan sebagainya. Oleh itu, bagaimana mahu merujuk kepada dua orang pembesar yang mempunyai nama gelar yang sama dalam satu masa? Sejarah Melayu, hlm.195.
148
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Kesimpulannya, ayahanda Tun Habib Abdul Majid sememangnya bergelar Seri Maharaja (atau Maharaja Seri Diraja), sedangkan ayahanda Tun Habab (Tun Pikrama) pula bergelar Paduka Maharaja. Oleh itu, Tun Habib dan Tun Habab bukanlah orang yang sama dan serupa. Keempat: Dalam Sejarah Melayu, disebut Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali mempunyai dua orang putera, iaitu Tun Rantau, bergelar Bendahara Seri Maharaja dan Tun Habab, bergelar Tun Pikrama. 10 Selaraskan fakta ini dengan nama gelar Tun Habib Abdul Majid daripada sumber-sumber sejarah yang lain, iaitu Bendahara Seri Maharaja. Katakanlah Tun Habab dalam Sejarah Melayu itu sebenarnya Tun Habib Abdul Majid, maka Tun Habab semestinya bergelar Seri Maharaja. Jika Tun Habab adalah Seri Maharaj a, mengapa pula Tun Rantau kandanya juga bergelar Seri Maharaja, bagaimana mungkin dua saudara kandung ini mempunyai gelar yang sama? Bukankah telah disebut dalam Sejarah Melayu bahawa nama gelar Tun Habab ialah Tun Pikrama, dan bukan Seri Maharaja. Sejarah Melayu juga tidak pernah mencatatkan Tun Habab sebagai Bendahara sedangkan semua nama bendahara yang lain sebelumnya dicatatkan secara jelas. Dalam hal ini, walau pun mengiku t adat Mela yu, seseorang yang bergelar Tun Pikrama itu merupakan bakal Bendahara, 11 tetapi kemungkinan Tun Habab kemudiannya tidak menjadi Bendahara atas sesuatu sebab. 12 Itulah makanya gelar Tun Habab bergantung pada Tun Pikrama sahaja sedangkan lazimnya gelar seorang Bendahara berkisar kepada beberapa predikat yang khusus seperti Seri Maharaja, Paduka Raja, 10 Ibid., him. 196. 11 Sejarah Melayu (versi A. Samad Ahmad, edisi pelajar), op.cit, hlm.75. 12 Sebabnya akan dihuraikan kemudian. Sila rujuk seterusnya.
149
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Paduka Tuan, Paduka Maharaja dan Seriwak Raja ataupun Siwa Raja. Kesimpulannya, bangsawan Johor yang bernama Tun Habab ibni Tun Mat Ali yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu BVKAN orang yang serupa dengan Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid. Dalam konteks ini, nama Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid tidak tercatat dalam Sejarah Melayu adalah atas alasan yang mudah, iaitu penyusunan manuskrip tersebut dimulakan oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612 dan ri wayat-riwayat yang terkandung di dalamnya ditamatkan pengisahannya sejurus sebelum berlakunya Peristiwa Perang Batu Sawar tahun 1613. Tun Seri Lanang mangkat di Aceh pada tahun 1659, sedangkan Tun Habib Abdul Majid muncul sebagai Bendahara Johar hanya mulai sekitar tahun 1680-an. Mana-mana penambahan cerita yang dibuat oleh generasi seterusnya tidak melibatkan era selepas tahun 1613, oleh itu sejarah Bendahara Padang Saujana tidak ada dalam Sejarah Melayu. Penambahan nama-nama dalam salasilah keluarga Bendahara Johor pula yang berkemungkinan dibuat selepas mangkatnya Tun Seri Lanang ditamatkan pada generasi ketiga, atau cicit Tun Seri Lanang, itu pun sekadar dua, tiga nama yang disebut. Sedangkan Bendahara Padang Saujana muncul hanya selepas masa itu, maka tidak hairanlah jikalau namanyajuga tidak ada dalam Sejarah Melayu. Dalam buku karangan Leonard Y. Andaya berjudul Kerajaan Johar, 1641-1728 Masihi,pembangunan ekonomi dan politik, (terjemahan), 1987, hlm. 206, dicatatkan tentang seorang bangsawan bergelar Orang Kaya Tun Pikrarna (Penghulu Muar), hidup sezaman dengan masa Tun Habib Abdul Majid. Tun Pikrama Muar dan orang-orangnya menolong Tun Habib dalam konfrontasi dengan Paduka Raja 150
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Tun Abdul Jamil tahun 1688. Apa yang menarik mengenai Tun Pikrama ini ialah fakta yang menyebutnya sebagai Penghulu Muar. Jajahan Muar merupakan tempat tinggal ramai daripada kerabat Tun Habib, kerana menurut Salasilah Muar, saudara tuanya yang bemama Sayid Jaafar (Dato' Pasir Raja) telah dikumiakan Muar sebagai mas kahwin apabila Sultan Ibrahim Syah (1677-1685) mengahwini adindanya 'Marhum Bak.al'. Daripada keturunannya kemudian melahirkan temenggung-temenggung Muar. Mungkinkah personaliti yang bergelar Tun Pikrama dalam sumber Andaya ini orang yang sama dengan Tun Pikrama (Tun Habab bin Tun Mat Ali) yang disebut dalam Sejarah Melayu? Selanjutnya, jikalau kita bongkar beberapa maklumat daripada berbagai-bagai sumber tradisional seperti dari Muar, Negeri Sembilan, Riau, Pahang, Kota Tinggi dan sebagainya yang terkait dengan keluarga bendahara Johor Lama semenjak masa menghilangnya Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang ke Aceh bermula tahun 1613, di dapati banyak maklumat yang perlu diselaraskan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan salasilah Tun Habib Abdul Majid yang sebenar, selain mampu menyanggah pendapat sebahagian sejarawan kontemporari bahawa beliau ialah orang yang sama dengan Tun Habab (Tun Pikrama).
VERSI KEEMPAT: Sebuah manuskrip Melayu yang diambil daripada keturunan raja-raja temenggung Muar. Salasilah ini disalin semula oleh R.O. Windstedt dalam bukunya A History o f Johore (13651895), 1979, Appendix III, hlm. 134. Manuskrip ini juga terdapat dalam sumber Windstedt bertajuk "Temenggungs of Muar," JMBRAS, Vol X,pt 1, 1932. Penulis merujuk kepada salasilah ini sebagai Salasilah Muar. Keturunan raja-raja temenggung Muar masih ramai di Segamat dan Muar, serta menyimpan pusaka dan alat kebesaran nenek moyang. 151
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) Say id Idrus dari Hadhramaut dan Kampung Pasir, Aceh berkahwin Puteri Sultan Aceh
i
Sayyid Zainal Abidin berkahwin Puteri "Marhum Kota Tinggi" Maharaja Seri Diraja berkahwin Puteri Orang Kaya Darma di Muar
1
Dato' Pasir Raja Bendahara Padang Saujana (memerintah Muar) (Tun Habib Abdul Majid)
!
Raja-Raja Temenggung Muar
Marhum Bakal berkahwin
"Marhum Kota Tinggi"
Putera yang Mangkat di Julangan'
Rajah 14. 4 Salasilah Muar.
Sumber: Salasilah Raja-Raja Temenggung Muar.
Salasilah raja-raja temenggung Muar atau ringkasnya Salasilah Muar merupakan sebuah manuskrip yang amat pen ting dan berharga kerana di dalarnnya terkandung beberapa maklumat penting, yang jika diselaraskan dengan sumbersumber lain, mampu memberikan jawapan yang lebih tepat tentang salasilah sebenar Tun Habib Abdul Majid itu. Malangnya, Salasilah Muar kurang diberikan perhatian oleh para pengkaji sejarah kerana terkandung banyak misteri yang belum terungkai. Contohnya, tidak ramai orang yang tahu tentang kewujudan dinasti raja-raja temenggung Muar 152
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
dari awal abad ke-18 sehingga diambil oleh Maharaja Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Johor Moden) pada tahun 1877. Buku lstana dan Politik Johar (1835-1885) karangan Abdullah Zakaria Ghazali boleh dirujuk dalam hal ini. Begitu juga "kehilangan" keluarga Bendahara Johor semenjak berlakunya tragedi Perang Batu Sawar tahun 1613 yang melibatkan sengketa sengit dengan Kesultanan Aceh (serta berlakunya hubungan tidak harmonis BendaharaSultan Johor) telah menyebabkan susunan salasilah bendahara Johor untuk tempoh lebih setengah abad menjadi kabur. Berdasarkan perkara ini, maka Salasilah Muar kurang mendapat tempat sebagai sumber primer dalam penyelidikan baharu ahli-ahli sejarawan dan akademik. Dikecualikan penyelidik sejarah dan pegawai British yang terkemuka, iaitu R.O. Winstedt yang mempunyai minat yang mendalam terhadap salasilah ini, malah membuat rumusan yang cukup menarik daripada analisis serta kaji banding dengan sumber-sumber sejarah yang lain. Salasilah Muar menarik perhatian penulis setelah harnpir setahun membuat penyelidikan mengenai sejarah kemunculan keturunan, atau ahlul-bait Rasulullah SAW di rantau ini sehingga menerbitkan buku Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan raja-raja Melayu pada tahun 2001. Pengkajian topik yang sama terns dilanjutkan selepas itu. Penulis dapat merumuskan tentang wujudnya suatu tema dan pola yang berulang-ulang mengenai kemasukan keturunan Rasulullah SAW dalam istana raja-raja Nusantara daripada Kesultanan Campa, selatan Siam, Mindanao, Brunei, Sumatera, Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu sendiri. Penyelidikan sejarah Johor, Aceh, Muar, Rembau dan Sungai Ujong juga telah dapat mengungkap persoalanpersoalan yang selama ini wujud tentang kekaburan sejarah serta susunan salasilah bendahara Johor selepas pentadbiran Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang (pasca tahun 1613) 153
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
sehingga kemunculan Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid, putera Aceh dan zuriyyah Rasulullah SAW pada tahun 1683. Jika dikaji dengan lebih terperinci dan mendalam, kita akan mendapati bahawa walaupun fakta yang mengatakan salasilah Tun Habib daripada keluarga Bendahara Johor Lama itu tepat, namun susur galur terperinci salasilahnya seperti yang tercatat dalam buku Pahang Darul Makmur, 18001930 memerlukan pengkajian semula berdasarkan beberapa penemuan sumber-sumber terbaharu yang berkaitan dengan salasilah Tun Habib Abdul Majid. Bahagian seterusnya bakal mengupas persoalan salasilah Tun Habib Abdul Majid yang terbukti bukan sahaja berketurunan daripada bendahara-bendahara Melaka dan Johor Lama, tetapi juga berketurunan Rasulullah SAW, atau yang dikenal sebagai "ahlul-bait" baginda. Selain itu, Tun Habib juga boleh dikaitkan dengan Kesultanan Aceh Darussalam melalui moyangnya seorang Sayid yang datang dari Hadhramaut di selatan Yaman dan kemudian berkahwin dengan puteri Sultan Aceh. Hakikatnya, analisis terperinci yang menyangkut hubungan darah dan kekeluargaan antara keluarga Bendahara Johor dengan Kesultanan Aceh pada masa itu dapat menjawab beberapa persoalan, antaranya mengapa selama ini keturunan ke atas yang tepat daripada Tun Habib Abdul Majid agak kabur serta mengapa keluarga bendahara "menghilang" daripada persada sejarah negeri Johor selama hampir 70 tahun selepas berlakunya peristiwa Perang Batu Sawar sebelum ditemukan kembali pada tahun 1683 apabila Tun Habib muncul mengembalikan kuasa keluarga Bendahara di Johor. Ringkasnya, penggabungan serta penyelarasan maklumat daripada berbagai-bagai sumber sejarah khususnya dari Johor, Muar, Rembau, Sungai Ujong dan Aceh bukan sahaja diharap 154
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
dapat menjawab persoalan nasab, atau keturunan ke atas daripada Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana,patriach bagi beberapa kesultanan di tanah air kita hari ini, malahan berupaya menjelaskan kekaburan suatu episod dalam pentas sejarah politik Johor pada abad ke-17, iaitu "kehilangan" keluarga Bendahara.
Kaitan Tun Habib Abdul Majid dengan Keluarga Bendahara Johor Lama: Suatu Analisis Jawatan Bendahara bersifat warisan turun-temurun, maka sudah tentu Bendahara Padang Saujana mempunyai darah titisan bendahara-bendahara Melaka dan Johor. Maka jikalau Bendahara Padang Saujana bukan sama orangnya dengan Tun Habab ibni Bendahara Paduka Maharaja Tun Mat Ali yang tercatat dalam Sejarah Melayu, bagaimana rnengaitkannya dalam konteks hubungan kekeluargaan dengan keluarga Bendahara Johor sebagai pewaris bendahara-bendahara Melakaitu? Penulis akan menghuraikan hal ini dengan lebih lanjut: Fakta I: Peristiwa Perang Batu Sawar tahun 1613 Seperti yang telah dicatatkan sebelum ini, bahawa semasa pernerintahan Sultan Johor yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah III (1597-1615), Johor diserang oleh Kesultanan Aceh Darussalam. Peristiwa yang dinamakan Perang Batu Sawar pada tahun 1613 itu telah mernihak kepada Aceh. Selepas berakhirnya peperangan tersebut, Sultan Johor, adinda baginda Raja Abdullah (kelak menjadi Sultan Abdullah Maayah Syah), Bendahara Johor Paduka Raja Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang berserta para pembesar lainnya bersekali dengan 23 ribu rakyat dari jajahan-jajahan kesultanan tersebut telah dibawa ke Aceh. 155
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Di Aceh, Sultan Johor telah diberikan layanan baik sementara Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan adinda Sultan Iskandar Muda yang bemama Ratna Jauhari bagi mempereratkan semula hubungan antara kedua-dua keluarga diraja tersebut. Pada akhir tahun itu juga, Raja Abdullah dibenarkan pulang ke negeri Johor, dihantar oleh satu angkatan Aceh yang mengandungi lebih kurang dua ribu askar dan sejurnlah wang yang banyak bagi memperbaiki semula pusat pemerintahan Sultan Johor di Batu Sawar yang telah rosak dalam peperangan yang baru berlalu. Pada pertengahan tahun 1614, Sultan Alauddin pula dibenarkan pulang ke Johor setelah baginda berjanji akan membantu Aceh menyerang Portugis di Melaka. Bagaimanapun, sebahagian besar rakyat Johor yang dibawa balik ke Aceh tetap tinggal di situ, ditempatkan di sebuah wilayah bemama Samalanga termasuklah Tun Seri Lanang. Pad a tahun 1613 Tun Seri Lanang tel ah dilantik oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) sebagai raja atau Uleebalang Samalanga. Pelantikannya dengan kuasa autonorni oleh Sultan Iskandar Muda adalah kerana baginda menginginkan Samalanga dikembangkan sebagai pusat agama dan pendidikan Islam di pesisir timur Aceh di bawah kuasa dan tunjuk ajar Tun Seri Lanang. Tun Seri Lanang menjadi Uleebalang pertama Samalanga pada tahun 1022 Hijrah bersamaan tahun 1613 Masihi, mangkat di situ lebih 40 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1659. Semasa pemerintahannya, Tun Seri Lanang berhasil menjadikan Samalanga sebuah pusat perkembangan Islam di kawasan timur Aceh, dan tradisi ini terns berlanjutan hingga kini. Beberapa masjid dan sekolah pondok di sana dibangunkan pada zaman Tun Seri Lanang seperti Kuta Blang, Masjid Raya, Masjid Matang wakeuh, tanjungan dan lain-lain. Masjid-masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat amal ibadat tetapi juga sebagai tempat mengkaji ilmu-ilmu keislaman. 156
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Di samping menjadi Uleebalang Samalanga, Tun Seri Lanang juga diangkat sebagai penasihat kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah dengan gelaran Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang. Di Johor pula, Tun Seri Lanang mendapat gelaran "Dato' yang ke Aceh". Kesimpulannya, penghijrahan Tun Seri Lanang dan kaum keluarganya ke bumi Aceh sebagai tawanan akhirnya berubah menjadi hubungan darah dan kekeluargaan serta dilantik pula sebagai penguasa dan orang besar kerajaan. "Dalam hal ini, peranan yang dimainkan oleh dua kerabat istana Pahang yang masuk menjadi kerabat dan pemerintah Aceh, iaitu Puteri Kamaliah dan Sultan Iskandar Thani tidak boleh diperkecilkan sama sekali". Sejarah Aceh telah pun membuktikan bahawa Puteri Kamaliah, puteri Pahang menjadi isteri kesayangan Iskandar Muda dan amat berpengaruh, Iskandar Thani putera Pahang menjadi Sultan Aceh selepas kemangkatan Iskandar Muda, Tun Seri Lanang Bendahara Johor menjadi Uleebalang Samalanga, puteranya Tun Rembau menjadi Panglima Bandar Darussalam, bergelar Seri Paduka Tuan di Aceh, cucu Tun Seri Lanang yang bemama Tun Aceh menjadi Bendahara Aceh, sedangkan seorang lagi cucu yang lain yang bemama Tun Habab (Tun Pikrama) berkahwin pula dengan Tun Rembiah anak Seri Perdana Menteri Tun Mansur Aceh. 13 Hubungan akrab antara Tun Seri Lanang dengan alim ulama besar di Aceh, khususnya Syeikh Nuruddin ar-Raniri juga memainkan peranan yang besar kepada pemesatan pengaruh Bendahara Johor di bumi Aceh, secara tidak 13 Tun Seri Lanang, Sejarah Melayu (versi Shellabear), op.cit, hlm 156-157. Tun Habab inilah yang diandaikan sebagai orang yang serupa dengan Tun Habib Abdul Majid.
157
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Joho:-Pahang (1613-1863)
langsung telah meletakk:an keluarga Bendahara Johor pada kedudukan yang cukup kuat, berpengaruh dan menjadi kecemburuan dalam Kesultanan Aceh Darussalam. Fakta II: Analisis batu nisan pada makam Tun Habib Abdul Majid Sebuah tesis dari Jabatan Antropologi, University of Durham bertajuk "Batu Aceh: A Study of 15 th- 191h Century Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia" yang ditulis oleh Othman Md. Yatim memberikan maklumat terperinci nisan-nisan lama di Semenanjung Malaysia dengan memberikan pengkhususan kepada nisan-nisan jenis model Aceh yang memiliki ciri-ciri ukiran yang unik. Dalam tesis tersebut ada maklumat nisan yang didapati di makam Tun Habib Abdul Majid yang letaknya di Makam Bendahara, iaitu lebih kurang 0.5 km dari makam Sultan Mahmud Syah II (Marhum Mangkat Di Julang) dan 3.5 km dari pekan Kota Tinggi. Nisan ini merupakan jenis "Othman Model H", iaitu salah satu daripada beberapa jenis nisan Aceh. Walau bagaimanapun, berbanding dengan nisan Aceh biasa yang diletakkan sama ada pada makam raja-raja atau bangsawanbangsawan tempatan, nisan jenis Model H sahaja yang digunakan secara unik pada makam bangsawan-bangsawan bemasab Aceh. Antara ciri unik nisan model "Othman H" ini disebut oleh Linehan dalam bukunya A History o f Pahang, ialah ciri bentuk nisan yang hampir sama dengan bentuk "Chinese Lantern" atau tanglung Cina. Contoh nisan jenis ini hanya boleh didapati di Kota Raja, Aceh yang merupakan Makam DirajaAceh. 14 Di Semenanjung Malaysia, makam yang diketahui mempunyai nisan jenis "Othman Model H" hanya terdapat di tiga tempat; iaitu Makam Tun Habib dan beberapa orang 14 W. Linehan, A History o f Pahang, him. 38.
158
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
kerabatnya di Makam Bendahara, satu lagi di makam seorang Laksamana Aceh yang dikebumikan di Makam Tok Tongsa, Parit, Perak dan akhimya di beberapa makam kerabat Sultan Iskandar Thani, putera Pahang yang kemudiannya menjadi Sultan Aceh pada tahun 1636-1641 di Makam Condong atau Makam Tujuh Beradik, Pekan Lama di Pahang. Bustanas Salatin menceritakan bagaimana Sultan Iskandar Thani pada tahun 1638-39 telah menghantar nisannisan diraja jenis "Othman Model H" ini ke Pahang bagi memperingati kaum kerabat baginda yang mangkat di sana. Berdasarkan maklumat ini bolehlah disimpulkan bahawa nisan jenis "Othman Model H" hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai darah bangsawan Aceh. Dalam perihal Makam Condong, walaupun kaum kerabat Sultan Iskandar Thani bukan orang Aceh, tetapi dapat menggunakan nisan jenis ini atas pertalian kekeluargaan dengan Iskandar Thani yang merupakan seorang Sultan Aceh. Persoalannya, mengapa pula makam Tun Habib Abdul Majid menggunakan nisan jenis model "Othman H" yang hanya terdapat di beberapa buah tempat di tanah air, dan hampir kesemua empunya makam yang mempunyai nisan jenis "Othman H" ini diketahui mempunyai pertalian kekeluargaan dengan istana atau bangsawan Aceh? Adakah ia satu kebetulan bahawa Sultan Iskandar Thani Aceh yang menghantar batu-batu nisan dalam istiadat "tegak batu" yang dilakukan secara besar-besaran dengan penuh adat istiadat raja selama 40 hari 40 malam bagi kaum keluarga baginda di Pahang pada tahun 1639-40 itu masanya sezaman dengan era Tun Habib Abdul Majid dan kaum keluarganya di Johor? Berkemungkinankah Tun Habib Abdul Majid mernpunyai pertalian keluarga dengan kesultanan Aceh yang menyebabkan makam Tun Habib serta kaum kerabatnya menggunakan batu nisan yang hampir serupa dengan nisan kerabat Sultan Iskandar Thani di Pahang itu? 159
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Dalam buku A History o f Pahang, Linehan menceritakan bagaimana beliau mendapat maklumat mengenai dua orang putera Tun Habib Abdul Majid melalui sebuah manuskrip lama yang bertajuk An Eighteenth Century Tomb at Pekan w m a 15 yang menghuraikan makam "Tun Mutahir bangsa Aceh yang membunuh saudaranya Tun Abdullah dalam satu perkelahian yang beliau sendiri terbunuh. Mereka dimakarnkan bersebelahan". Pada nisan Tun Mutahir terpahat tarikh kemangkatannya, iaitu 23 Syaaban 1128 (12 September 1716) tetapi namanya tidak disebut. Nisan Tun Abdullah telah hilang dimakan waktu tetapi dikatakan namanya dan tarikh yang serupa terpahat pada nisannya. 16 Linehan seterusnya menjelaskan bahawa "putera-putera Tun Habib Abdul Majid memang sentiasa dikaitkan dengan bangsa mereka, iaitu Aceh" kerana-orang Pahang zaman itu mengingat akan peristiwa pahit getir meredah kesengsaraan akibat diserang oleh negara Aceh selama beberapa tahun lamanya. Fakta III: Sumber Hikayat Melayu edisi Betawi Hikayat Melayu edisi Betawi mencatatkan seperti berikut; " ... dan Bendahara yang Batulah matinya mangkat kerja Raja J ohor kerana Bendahara keturunan Demang Le bar Daun dan keturunan anak cucu To' Sekudai bertuah, sampailah kepada anak cucu dialah yang durhaka kepada Raja Johor" .17 Sejarah Johor Lama mengenalkan putera Tun Seri Lanang yang bemama Tun Jenal dengan gelaran Bendahara Paduka Raja, BENDAHARA SEKUDAI atau DATO' SEKUDAI. Kenyataan ... dialah yang durhaka kepada Raja Johor merujuk kepada peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Syah II dalam peristiwa "Marhum Mangkat di Julang" pada 15 JMBRAS, Vol IV, No III, him. 333. 16 W. Linehan, op. cit, him. 47. 17 R.O. Winstedt, A History of Johore, op.cit, hlm. 132 (nota kaki).
160
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
tahun 1699. Dalam tragedi tersebut, Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil (putera Bendahara Padang Saujana) berserta kepimpinan pembesar tertinggi Joh or telah bersepakat untuk merestui tindakan Megat Seri Rama membunuh Sultan Mahmud Syah kerana telah melakukan jenayah besar membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung selain perangai baginda yang tidak siuman. Dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah tanpa zuriat, maka Bendahara Tun Habib Abdul Jalil diangkat menjadi Raja Johor berikutnya, bergelar Sultan Abdul JaW Riayat Syah IV. Ini bermakna bahawa kenyataan Hikayat Melayu edisi Betawi ini memberikan hubungan kekeluargaan antara Bendahara Paduka Raja Tun Jenal (Dato' Sekudai) bin Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang) dengan Sultan Abdul Jalil Syah IV ibni Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid. Hubungan kekeluargaan ini boleh digambarkan pada rajah berikut: Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang) (Dato' yang ke Aceh-mangkat tahun 1659)
i
Bendahara Paduka Raja/Bendahara Sekudai/Dato' Sekudai Tun Jenal
I
• ?
Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid (mangkat tahun 1697) Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil Sultan Abdul Jalil Riayat Syah (V (1699-1718) Rajah 14. 5 Hubungan kekeluargaan antara Bendahara Paduka Raja Tun Jenal (Dato' Sekudai) dengan Sultan Abdul Jalil Syah IV ibni Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid.
161
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Fakta IV: Sumber daripada Hikayat Rembau, Naning dan Sungai Ujong Hikayat Rembau, Naning dan Sungai Ujong tercatat nama Dato' Sekudai yang dikatakan nenek moyang kepada pembesar Rembau dan Sungai Ujong. Disebut Dato' Sekudai ini mempunyai anak yang berkahwin dengan "seorang Sayid, kemudiannya melahirkan Bendahara Pahang (waktu itu Bendahara Johor memegang jajahan Pahang)" .18 Sumber riwayat-riwayat lain daripada sejarah Rembau, Naning dan Sungai Ujong juga membawa tema serupa yang sudah tentu merujuk kepada asas yang berdasarkan realiti sejarah, contohnya hubungan kekeluargaan dengan Bendahara Sekudai yang mempunyai puteri yang berkahwin dengan Sayid atau yang berkahwin dengan "Tun Shahid (Sayyid?) Pahang" 19 (penulis: predikat "Tun" di sini merujuk kepada keturunan Bendahara) selain mengaitkanjuga dengan jurai Temenggung Muar. Bermakna sumber Rembau, Naning dan Sungai Ujong mengukuhkan lagi teori hubungan kekeluargaan antara Tun Jena] (Dato' Sekudai) putera Tun Seri Lanang dengan Tun Habib Abdul Majid mengikut beberapa petanda yang di18 Dalam Hikayat Rembau, Naning dan Sungai Ujong, terdapat kekeliruan tentang siapakah yang dimaksudkan dengan Dato' Sekudai itu. Ada dua pendapat, iaitu yang mengatakan bahawa beliau ialah seorang Tok Batin Jakun yang menjadi ketua tempatan, sedangkan riwayat lain mengatakan Dato' Sekudai itu ialah Bendahara Paduka Raja Tun Jena!. Beberapa petanda yang terbit dari riwayat-riwayat ini seperti hubungan Dato' Sekudai dengan Sayid (melalui perkahwinan puterinya yang kemudian melahirkan "Bendahara Pahang") serta hubungan dengan keluarga Temenggung Muar (kerabat Tun Habib) menjadi bukti nyata bahawa Dato' Sekudai di sini merujuk kepada Bendahara Tun Jena!. Kebetulan daerah Rembau pada masa itu merupakan pegangan Bendahara seperti yang diakui sendiri oleh Sultan Johor pada tahun 1644 (zarnan pentadbiran Tun Jena!) kepada pihak Belanda. Lihat R.O. Windstedt, A History o f Johore, op.cit, him. 135. 19 W. Linehan,A History o f Pahang, op.cit, him. 179.
162
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
kemukakan seperti "Sayid", "Tun" dan "Temenggung Muar" yang semua ciri ini berkait rapat dengan salasilah keluarga Bendahara Padang Saujana. Fakta V : Sumber lisan daripada zuriat Raja Temenggung Muar Salasilah lisan yang didapati daripada keturunan raja-raja temenggung Muar sebagai pemegang hak milik Salasilah Muar, 20 ada disebut seperti yang berikut: "Nenek moyang Cik Wan Ambak ialah seorang bangsa Arab bernama Sayyid ldrus, berasal dari Hadhramaut ke negeri Aceh, tinggal di Kampung Pasir dijadikan menantu oleh Sultan Aceh, dikahwinkan dengan gengsinya (kufunya). Sayyid ldrus dapat anak dinamakan Sayyid Zainal Abidin. Sayyid Zainal Abidin pergi berpindah ke Johor Lama. Masa itu Johor takluk ke Aceh. Berkahwin di Kota Tinggi dengan gengsinya. Dapat anak dinamakan Maharaja Seri Diraja (ringkasnya Semada Raja). Kata setengah ini ialah nama gelarannya. Nama sebenarnya ialah Tun Dagang".
Menurut Linehan dalam bukunya History o f Pahang, 2 1 satu perjanjian Johor-Belanda tahun 1685 yang ditandatangani oleh Tun Habib Abdul Majid mengenalkan dirinya sebagai "Dato' Bendahara Maharaja bin Dato' Seri Maharaj a". Jika digabungkan daripada sumber lisan keturunan Raja Temenggung Muar ini dengan Salasilah Muar serta A History o f Pahang; ilustrasinya adalah seperti di bawah m1: 20 Dato' Hj. Abdul Syukur Ismail, 1984. Sejarah Ringkas Muar, hlm. 166. Keterangan lisan didapati daripada Cik Wan Ambak, zuriat Raja Temenggung Muar yang juga menyimpan barang-barang pusaka keluarga termasuk pakaian kebesaran Raja Temenggung Kami! atau Sonet yang ditenun di Riau dan dipotong di Aceh. 21 W. Linehan, A History o f Pahang, op.cit, hlm. 43.
163
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863) Sayid ldrus dari Hadhramaut dan Kampung Pasir, Aceh berkahwin Puteri Sultan Aceh
1 1
Sayyid Zainal Abidin berkahwin Puteri 'Marhum Kota Tinggi'
Maharaja Seri Diraja/Dato' Seri Maharaja/ Tun Dagang berkahwin Puteri Orang Kaya Darma di Muar
*
Dato' Pasir Raja Sayid Jaafar
1
i
Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid
Dinasti raja-raja temenggung Muar
1
Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV
Rajah 14. 6 Beberapa identiti atau gelaran bagi ayahanda Tun Abdul Majid berdasarkan sumber sejarah tradisional dan sumber lisan daripada waris.
Fakta VI: Sumber daripada Batavian: "Annals", Dulaurier's Codex A) Perhatikan rajah berikut yang diambil daripada R.O. Windsted_t, menyalinnya daripada sebuah manuskrip Betawi (Batavian: "Annals", Dulaurier's Codex A). 22 22 Tun Seri Lanang, Sejarah Melayu (edisi A. Samad Ahmad), op. 195.
164
cit,
him.
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Tun Ahmad, Paduk:a Raja (Temenggung Johor)
t
Tun Muhammad (Tun Seri Lanang), Bendahara Paduka Raja (Daro' y a r kc Acch)
TunAnum Bendahara Seri Maharaja
Tun Jena} Bendahara Paduk:a Raja,
dai
i -l
Tun Kiai, Tun+ Tun Ahmad Tun Kelang Tun Tun Hamzah Tun Perak Tun Dagang, Puteh Temenggung Raja Indra Mutahir PadukaTuan, Seri Amar Seri Maharaja Paduka Raja, Bongsu, Nara Wangsa, Bangsa,
Rajah 14.7 Leluhur Tun Habib Abdul Majid daripada keluarga bendahara Johor.
Salasilah ini menjelaskan bahawa Tun Jenal, atau Dato' Sekudai mempunyai seorang anak bergelarTun Dagang, Seri Maharaja. Winstedt berhujah bahawa kemungkinannya Tun Dagang ini sebenarnya Sayid Zainal Abidin, iaitu menantu Tun Jenal yang berkahwin dengan "puteri Kota Tinggi", yang hakikatnya tidak lain melainkan puteri Tun Jenal sendiri. 23 Penulis beranggapan andaian Winstedt kurang tepat. Walaupun beliau mengkaji salasilah Bendahara Padang Saujana menggunakan banyak sumber yang memberikan hujah-hujah yang kuat untuk membuat suatu rumusan berkaitan susur galur tepat hubungan Bendahara Padang Saujana dengan Tun Jenal (bersekali dengan keluarga Bendahara Johor), malangnya ia belum lengkap untuk membuktikan 23 R.O. Windstedt; A History o f Johore, op. cit, him. 135.
165
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
bahawa the missing link antara kedua-dua bangsawan Johor ini adalah Tun Dagang Seri Maharaja yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai putera Tun Jenal. Dengan kata lain, Winstedt tidak mempunyai hujah yang cukup kuat untuk mengandaikan bahawa Tun Dagang Seri Maharaja yang tercatat dalam Sejarah Melayu sebagai putera Tun Jenal adalah sebenarnya Sayid Zamal Abidin, menantunya dan nenda kepada Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid.24 Bagaimanapun sumber lisan yang diperoleh daripada keturunan raja-raja temenggung Muar seperti yang telah disebutkan sebelum ini (Fakta V) dapat melengkapkanjigsaw puzzle tersebut, iaitu bagaimana mengaitkan susur galur Bendahara Padang Saujana secara tepat dengan Tun Jenal. Perhatikan; "Nenek moyang Cik Wan Ambak ialah seorang bangsa Arab bemama Sayyid Idrus, berasal dari Hadhrarnaut ke negeri Aceh, tinggal di Kampung Pasir dijadikan menantu oleh Sultan Aceh, dikahwinkan dengan gengsinya (kufunya). Sayyid ldrus dapat anak dinamakan Sayyid Zainal Abidin. Sayyid Zainal Abidin pergi berpindah ke Johor Lama. Masa itu Johor takluk keAceh. Berkahwin di Kota Tinggi dengan gengsinya. Dapat anak dinamakan Maharaja Seri Diraja (ringkasnya Semada Raja). Kata setengah ini ialah nama gelarannya. Nama sebenamya ialah Tun Dagang' .25
Jika diselaraskan semua sumber di atas, maka dapat diambil suatu rumusan yang jelas di sini, bahawa Tun Dagang Seri Maharaja yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai salah seorang putera Tun Jenal 26 adalah sebenarnya Maharaja 24 Sayid Zainal Abidin tidak mempunyai darah keluarga Bendahara, oleh itu ia tidak boleh bergelar Tun. Gelaran Seri Maharaja pula sering dirujuk kepada jawatan Bendahara. Mengikut adat Melayu, jawatan tersebut ialah jawatan warisan. Walaupun sejarah membuktikan bahawa Bendahara pernah mengambil nasab daripada sebelah perempuan, tetapi mesti ada darah Bendahara. Sedangkan Sayid Zainal Abidin tidak mempunyai kelayakan tersebut, oleh itu mustahil dia yang bergelar Seri Maharaja. 25 Dato' Hj. Abdul Syukur Ismail, 1984. Sejarah Ringkas Muar, him. 166. 26 Ibid, him. 135.
166
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
Seri Diraja atau Dato' Seri Maharaja, cucunya yang kelak melahirkan Tun Habib Abdul Majid itu. Bukannya putera Tun Jenal seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Dan bukan pula menantu Tun Jenal, iaitu Sayid Zainal Abidin seperti yang dirumuskan oleh Winstedt dalam A History o f Johore, atau lebih tepat, salasilahnya adalah seperti yang berikut: Kaitan Tun Habib Abdul Majid dengan Keluarga Bendahara Johor Lama: Suatu Rumusan
Tun Ahmad, Paduka Raja (Temenggung Johor) Tun Muhrunmad (Tun Seri LJang), BendahMa Paduka Raja (Dato' yang ke Aceh)
+
+
TunAnum
Tun Jena)
Bendahara Seri Maharaja
Bendahara Paduka Raja, Dato' Sekudai
Tun Kiai, Tun+ Tun Ahmad Tun Kelang Tun Tun Hamzah Tun Perak Puteri, Puteh Temenggung Raja Indra Mutahir Paduka Tuan, Seri Amar berkahwin Sayid Paduka Raja, Bongsu, Nara Wangsa, Bangsa Zainal Abidin
i
Tun Dagang Seri MJaraja Tun Habib Abd Majid Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana
Sayid Jaafar
Rajah 14. 8 Leluhur Tun Habib Abdul Majid daripada keluarga bendahara Johor dan keluarga Syed Hadhrarnawt, Yaman.
167
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Kaitan Tun Habib Abdul Majid dengan Tun Habab (Tun Pikrama) Tun Muhammad (Tun Seri Lanang), Bendahara Paduka Raja (Dato' yang ke Aceh)
TunAnum Bendahara Seri Maharaja
l
i
Tun Jenal Tun Mat Ali Bendahara Paduka Raja Bendahara (Dato' Sekudai) Paduka Maharaja
1 1
Sayid Zainal Abidin + Puteri
(dari istana Aceh)
I
n
TunRantau Bendahara Seri Maharaja
Tun Habab (Tun Pikrama)
Maharaja Seri Diraja/Seri Maharaja/Tun Dagang
1
Tun Mad Ali (Tun Sulong)
TUN HABIB ABDUL MAJID Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana (Dinasti Bendahara dan Kesultanan Pahang, Johor dan Terengganu)
Rajah 14.9 Kaitan Tun Habib Abdul Majid dengan Tun Habab (Tun Pikrarna).
Rujuk semula cap perjanjian Johor-Belanda tahun 1685 yang ditandatangani oleh Tun Habib Abdul Majid, 168
Analisis Salasilah Bendahara Tun Habib Abdul Majid
mengenalkan dirinya sebagai "Dato' Bendahara Maharaja ibni Dato' Seri Maharaj a". Sedangkan sumber lisan daripada keturunan Temenggung Muar menyebut bahawa nama lain kepada ayahanda Tun Habib ialah "Tun Dagang". Persoalannya, jika benar Tun Dagang Seri Maharaja adalah hakikatnya cucu Tun Jenal dan bukan puteranya sendiri, mengapa Sejarah Melayu tidak mencatat secara tepat?
169
15
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
Bersandarkan pada penyelarasan banyak sumber sejarah dan penyusunan tarikh, penulis telah mendapat kesimpulan bahawa cucu Tun Seri Lanang yang berkahwin dengan Sayid Zainal Abidin dari Aceh. Bermakna Marhum Kata Tinggi yang tercatat dalam Salasilah Muar sebagai mentua Sayid Zainal Abidin itu hakikatnya ialah Tun Jenal (Dato' Sekudai). Putera yang lahir hasil perkahwinan puteri Tun Jenal dengan Sayid Zainal Abidin ini digelar Tun Dagang atau Maharaja Seri Diraja atau Dato' Seri Maharaja. Walaupun Tun Dagang mewarisi jawatan Bendahara melalui nasab bondanya puteri Tun Jenal itu, namun darah ahlul-bait (keturunan Nabi SAW) yang mengalir dalam dirinya memberikan keistimewaan padanya memperoleh hak kepada jawatan Bendahara sebagaimana pola yang sering berlaku dalam kebanyakan kisah ahlul-bait yang menjadi pemerintah atau pembesar negeri umat Islam di Alam Nusantara, contohnya Kesultanan Aceh, Brunei, Perlis, Kelantan, dan Sulu. Berkemungkinan Tun Dagang atau Dato' Seri Maharaja dilantik menjadi Bendahara Johor/Pahang yang pertama daripada darah ahlul-bait kerana telah menjadi lumrah adat 170
Tun Dagang Seri J'1aharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
Melayu tradisi untuk memilih keturunan Sayid dalam kalangan mereka sebagai pembesar, berlebih lagijika ia sememangnya telah menjadi anak cucu pembesar. Dalam konteks ini, bukan sahaja Tun Dagang terbukti keturunan Rasulullah SAW melalui titisan ayahandanya Sayid Zainal Abidin, ia juga ada darah Bendahara melalui nasab bondanya. Hubungan darah ini penting untuk melayakkannya mengambil predikat Tun serta mendapat jawatan Bendahara. 1 Kemudiannya baharulah Tun Habib Abdul Majid menggantikan ayahandanya sebagai Bendahara Johor. Mengapa Sejarah Melayu tidak menyusun secara tepat akan salasilah putera-puteri Tun Jenal yang dapat menjawab persoalan mengenai hubungan Tun Habib Abdul Majid dengan keluarga Bendahara Johor, istanaAceh dan keturunan Rasulullah S A W itu? Apakah hal ini merupakan siasah keluarga Bendahara yang ingin menaikkan putera Aceh berdarah Sayid yang kini menjadi darah daging mereka,2 tetapi akur akan sensitiviti di Johor dan Pahang yang mempunyai sebab untuk memusuhi orang Aceh pada waktu itu.
Hakikat ini dapat membatalkan andaian Winstedt bahawa Tun Dagang Seri Maharaj a yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai putera Tun Jena! adalah sebenarnya menantunya Sayid Zainal Abidin. Sayid Zainal Abidin tidak ada darah Bendahara, oleh itu ia tidak boleh bergelar Tun kerana melanggar adat Bendahara. Sedangkan Tun Dagang Seri Maharaja mempunyai darah Bendahara yang membolehkannya menggunakan gelaran Tun, yang dapat merumuskannya sebagai cucu Tun Jena! sendiri. 2 Hubungan keluarga Bendahara Johor dengan kerabat Aceh telah mempengaruhi mereka tentang kepentingan serta keutamaan nasab ahlulbait Rasulullah SAW. Kerana Kesultanan Aceh amat menyanjung titisan Rasulullah SAW, meletakkan mereka pada kedudukan tinggi dan mulia malahan bercampur-baur dengan mereka dalam hubungan perkahwinan untuk mengambil berkat darah Rasulullah SAW. Sejarah mencatatkan ah]ul bait telah berkerajaan di Perlak (kemudiannya ditelan oleh Kesultanan Aceb) semasa zaman tabit-tabiin lagi dan sentiasa berhubungan dengan kerabat istana. Sehingga abad ke-18, Kesultanan Aceh sendiri mendapat dinasti ahlul-bait dari jurai Al-Jamalullail.
171
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Pertimbangkan ,fakta-fakta berikut: Fakta I : Seperti yang disebutkan sebelum ini, dalam buku A History o f Pahang, W. Linehan menceritakan bagaimana beliau mendapat maklumat mengenai dua orang putera Tun Habib Abdul Majid melalui sebuah manuskrip lama yang bertajuk An Eighteenth Century Tomb at Pekan Lama3 yang menghuraikan makam "Tun Mutahir bangsa Aceh" yang membunuh saudaranya Tun Abdullah dalam suatu perkelahian di mana beliau sendiri terbunuh. Mereka dimaqamkan bersebelahan. 4 Linehan seterusnya menjelaskan bahawa "putera-putera Tun Habib Abdul Majid memang sentiasa dikaitkan dengan bangsa mereka, iaitu Aceh" kerana orang Pahang zaman itu mengingat akan peristiwa pahit getir meredah kesengsaraan akibat diserang oleh negara Aceh selama beberapa tahun lamanya. Apakah keluarga Bendahara Johor berasa bimbang jikalau menjadi pengetahuan umum bahawa kepimpinan tertinggi negeri itu, iaitu pada kedudukan hanya di bawah Sultan Johor tidak lain melainkan puteraAceh kerabat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang pernah "menjarah" Tanah Melayu sehingga memporak perandakannya? Fakta II: Jikalau Seri Maharaja atau "Tun Dagang" seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu sebagai salah seorang daripada putera Tun Jenal sememangnya benar, mengapa tidak dicatat sebagai putera pertamanya, malahan diletakkan kedua 3 4
JMBRAS, Vol IV, No III, him. 333. W. Linehan, op. cit, hlm. 47.
172
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
terakhir dalam susunan senarai putera-putera Tun Jenal? Rujuk Sejarah Melayu seperti berikut: "Akan Dato' Sekudai beranak banyak; Tun Ahmad seorang namanya, bergelar Paduka Raja, menjadi Temenggung; seorang bemama Tun Kelang, bergelar Raja Indera Bongsu; seorang bemama Tun Mutahir, bergelar Tun Nara Wangsa; seorang bemama Tun Hamzah, bergelar Seri Paduka Tuan; seorang bemama Tun Perak, bergelar Seri Amar Bangsa; seorang bemama Tun Dagang, bergelar Seri Maharaja; seorang bemama Tun Isap ... "
Dalam adat Bendahara, lazimnya waris tertua mengambil gelar Seri Maharaja. Oleh itu, mengikut teori, sudah tentu Tun Dagang menjadi waris tertua Tun Jenal kerana beliau bergelar, Seri Maharaja. Kebiasaannya penyusun salasilah menulis salasilah mengikut susunan daripada waris tertua sehingga yang paling muda, dan itulah yang lazimnya diikuti oleh Sejarah Melayu. Hairannya, susunan putera Tun Jenal tidak: mengikut aturan tersebut. Mengapakah pula Tun Jenal tidak: memilih putera tertuanya Tun Ahmad sebagai Seri Maharaja? Fak:ta III: Gelar Seri Maharaja tidak boleh diguna pakai secara sewenang-wenang kerana ia merujuk kepada gelaran Bendahara. Dari zaman Melaka sehingga Johor dan Pahang, gelaran Seri Maharaja merujuk semata-mata kepada seorang Bendahara. Gelaran-gelaran Bendahara yang lain seperti Paduka Raja, Paduka Maharaj a, dan Siwa Raja boleh dipak:ai juga untuk jawatan yang lebih rendah seperti Temenggung atau kepada putera-putera Bendahara yang lain, tetapi Seri Maharaja adalah gelaran Bendahara secara eksklusif. Tetapi mengapa Tun D gang mengambil gelaran Seri Maharaja tanpa dicatatkannya sebagai Bendahara? 173
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Penyelarasan fakta daripada banyak sumber lain mampu mendedahkan hal sebenar yang tersembunyi di sebalik "kekaburan salasilah" keluargaBendahara pada awal sehingga akhir abad ke-17, yang antaranya dapat dibuktikan bahawa yang dicatat dalam Sejarah Melayu bahawa Tun Dagang, Seri Maharaja sebagai putera Tun Jenal, hakikatnya adalah cucunya sendiri yang kelak bakal melahirkan Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid itu. Salasilah Muar membuktikan hubungan rapat antara Tun Dagang dengan nendanya Marhum Kata Tinggi, atau Tun Jenal seperti catatan berikut: "... maka apakala besarlah Maharaj a Seri Diraja itu (Tun Dagang) lalu dikahwinkan oleh ayahandanya (Sayyid Zainal Abidin) di dall!-m negeri Johor Lama hingga beberapa tahun lamanya tiadalah ia mengadakan putera. Maka pada suatu malam bermimpilah Maharaja Seri Diraja itu datang seorang tua menyatakan katanya jika engkau hendak beristeri pergilah engkau ke Negeri Muar dan ambillah tunangnya orang yang hendak berkahwin di sana buat isteri supaya engkau mendapat anak. Dan apakala habis perkataan orang tua itu maka terkejutlah ia lalu bangun daripada peraduannya langsung pergi mengadap nendanya Al Marhum Kota Tinggi (Tun Jena!). Maka apakala sampai ke istana nendanya itu ditegurlah oleh nendanya katanya 'Ya cucuku apakah halnya maka mengadap nenda pagi-pagi ini?' Maka oleh Maharaja Seri Diraja segeralah menyahut pertanyaan nendanya lalu menyembahkan segala ha! yang telah dimimpikannya itu. Setelah didengar oleh nendanya akan hal mimpinya itu lalu ia bertitah katanya 'baiklah segeralah ya cucuku pergi ke negeri Muar mudah-mudahan dikabulkan Allah akan bagaimana mimpimu itu' ... "
Berikutnya, obor-obor Bendahara diserahkan kepada Tun Dagang, putera Sayyid Zainal Abidin dari istana Aceh, cucu Tun Jenal Bendahara Sekudai. Tun Dagang bergelar Bendahara Seri Maharaja atau Seri Maharaja Diraja. Kemungkinan Tun Dagang tidak lamamenjadi Bendahara, 174
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
dijangkak:an mangkat di Tanjung Batu sekitar tahun 1673, iaitu semasa Johor dikalahkan oleh Jambi. Rujuk Sejarah Melayu: "Inilah yang dapat oleh pacal yang dhaif dibaca dalam hikayat ayahanda itu rahimullah, Dato' yang hilang di Tanjung Batu, kepada masa Johor alah diserang Jambi ... (1673)" 5 Hikayat Melayu edisi Betawi pula tercatat riwayat berikut; " ... dan Bendahara yang Batulah matinya mangkat kerja Raja Johor kerana Bendahara keturunan Demang Lebar Daun dan keturunan anak cucu To' Sekudai bertuah, sampailah kepada anak: cucu dialah yang durhaka kepada Raja Johor". 6 Salasilah Muar pula mencatatkan bahawa: " ... Setelah besarlah ketiga-tiga putera itu mak:a Marhum Bakal diambil oleh Al-Marhum Kota Tinggi (Sultan Ibrahim) dijadikan isteri titahnya kepada Dato' Pasir Raja dan Bendahara Padang Saujana:' ambillah olehmu akan negeri Muar akan jadi mas kahwin bagi saudaramu ... " Oleh itu, berkemungkinan "Dato' yang hilang di Tanjung Batu" dan "Bendahara yang Batulah matinya ... " dalam catatan di atas merujuk kepada Tun Dagang Seri Maharaja, kerana ia sememangnya cucu Tun Jenal (To' Sekudai) dan daripadanya lahir Tun Habib Abdul Majid. Tun Habib berputerak:an Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil yang berpak:at dengan pembesar Johor memberikan "lampu hijau" kepada rencana Megat Seri Rama membunuh Sultan Mahmud Shah kerana membunuh isterinya dan berperangai 5 Sejarah Melayu (versi A. Samad Ahmad, edisi pelajar), op.cit, him. 311. Sejarah Johar mencatatkan kemangkatan seorang lagi pembesar Johor di Tanjung Batu, iaitu Temenggung yang dibunuh oleh Laksamana Tun Abdul Jamil pada tahun 1678. Rujuk Andaya, op. cit, him. 178-179. 6 " ... dialah yang durhaka kepada raja Johor" merujuk kepada peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Syah Il. Kenyataan ini merujuk kepada Sultan Abdul Jalil Syah IV yang sebelumnya ialah Dato' Sekudai yang dimaksudkan di sini ialah Tun Jena! yang juga bergelar Bendahara Sekudai.
175
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
tidak siuman. ltulah yang dimaksudkan dengan catatan ' ... dialah yang durhaka kepada Raja Johar'. ' ... kepada masaJohor alah diserang Jambi' merujuk tahun 1673 yang mana Bendahara Seri Maharaja Tun Rantau telah ditawan Ratu Jambi dan tidak mahu pulang ke Johor sehingga mangkat di sana dalam tahun 1675. Kemungkinan Tun Dagang menjadi Bendahara selepas 'penawanan' Tun Rantau dan mangkat antara tahun 1673-1677M sebelum Johor dapat mengembalikan maruahnya dengan mengalahkan Jambi pula.
Salasilah Muar jelas menunjukkan bahawa semasa perkahwinan puteri Tun Dagang yang bernama Marhum Bakal dengan Sultan Ibrahim (selepas tahun 1677), 7 Tun Dagang telah pun meninggal dunia, kerana yang menjadi wali Marhum Bakal adalah kakandanya Dato' Pasir Raja dan bukan ayahandanya Tun Dagang sendiri. Punca kemangkatan Tun Dagang ( .. : mangkat kerja Raja Johar) di Tanjung Batu pada tahun 1673 masih memerlukan pengkajian yang lebih mendalam. Tarikh kemangkatan Tun Dagang adalah satu era dengan pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-77), yang diketahui amat renggang hubungannya dengan keluarga Bendahara Johor selama memerintah lebih setengah abad. Ia tidak mungkin berlaku dalam masa pemerintahan Sultan Ibrahim Syah (1677-85) 8 berikutnya yang merupakan menantu Tun Dagang sendiri dan terbukti telah mula merapatkan kembali hubungan dengan keluarga Bendahara Johor sebagai ipar baginda. 7
8
Marhum Baka! berkahwin dengan Sultan Ibrahim selepas baginda menjadi Raja Johor kerana hanya seorang Sultan yang boleh menganugerahkan tanah kurnia. Sultan Ibrahim telah menganugerahkan jajahan Muar sebagai mas kahwin baginda sehingga menerbitkan dinasti raja-raja temenggung Muar daripada titisan Dato' Pasir Raja kakanda Marhum Bak.al. Sultan Ibrahim Syah ialah putera Raja Bajau ibni Sultan Abdullah Maayah Syah (sekitar tahun 1615-23), Hubungan baginda dengan Sultan Abdul Jalil Syah adalah anak saudara dua pupu.
176
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
Selepas itu baharulah Tun Habib Abdul Majid dilantik menjadi Bendahara seperti yang lumrah diketahui, mengambil gelaran Bendahara Seri Maharaj a juga, selain dikenal sebagai Bendahara Padang Saujana. Diagakkan Tun Habib mula menyandang jawatan Bendahara selepas mangkatnya Sultan Abdul Jalil Syah III pada tahun 1677. Sebagai Raja Johor berikutnya, berkemungkinan Sultan Ibrahim yang melantik Tun Habib, iaitu selepas perkahwinan baginda dengan Marhum Bakal adinda Tun Habib itu. Ini berikutan bukan Dato' Pasir Raja (sebagai waris Tun Dagang yang tertua) yang menjadi Bendahara kerana telah pun dianugerahkan jajahan Muar oleh Sultan Ibrahim sebagai mas kahwin baginda.
Rumusan Latar belakang hubungan sejarah negeri Johor dengan Aceh pada abad ke-17 telah memainkan peranan penting dalam meletakkan keluarga Bendahara keadaan serba salah atau "Zuah mati emak, telan mati bapak". Kemudaratan hubungan Bendahara dengan Sultan Abdul Jalil III selama lebih setengah abad; pertama atas pandangan yang berbeza tentang cara Aceh menangani ancaman Portugis di Alam Melayu, dan kedua, takdir yang menyebelahi kaum kerabat Bendahara apabila menjadi bangsawan berpengaruh selepas ditawan dan dibawa balik ke Aceh telah menyebabkan keluarga Bendahara terpaksa mengambil sikap berdiam di Johor yang diambil kesempatan penuh oleh Laksamana Tun Abdul Jamil menjadi pendamping serta penasihat Sultan Abdul Jalil yang terala. Keluarga Bendahara bemasib baik apabila pemerintah Johor yang berikutnya, iaitu Sultan Ibrahim berkahwin dengan keluarganya yang menjadi punca rapatnya kembali hubungan Sultan-Bendahara sebagaimana resam tradisinya. Kebetulan semenjak pemerintahan ratu-ratu Aceh bermula pada tahun 1641, provokasi Aceh atas negeri-negeri Tanah 177
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Melayu termasuk Johor dan Pahang terus reda, sementara Portugis yang berpusat di Melaka telah berjaya ditumpaskan oleh hulubalang Johor, dengan ini mendamaikan semula situasi negeri itu. Ketika itu muncullah Tun Dagang, Dato' Seri Maharaja, cucu Tun Jenal hasil perkahwinan puterinya dengan Sayid Zainal Abidin dari istana Aceh. Tun Dagang yang amat rapat dengan nendanya itu mungkin juga memperlihatkan kewibawaannya sebagai tokoh pemimpin, apatah lagi berkat darah Rasulullah SAW dalam dirinya telah dilihat sebagai "khazanah" keluarga Bendahara Johor yang amat berharga. Walaupun masa itu hadir Tun Habab Tun Mat Ali yang telah bergelar Tun Pikrama, menunjukkannya sebagai bakal Bendahara, namun atas sesuatu sebab jawatan tersebut tidak disandangnya, diserahkannya secara sukarela9 atau akur pada tuntutan orang tua-tua keluarga yang mahukan Tun Dagang titisan Rasulullah SAW itu memegang tampuk Bendahara. Maka panji-panji keluarga Bendahara Johor jatuhlah ke haribaan Tun Dagang cucu Tun Jenal, bergelar Seri Maharaja. Walaupun pada masa itu agak luput dalam benak orang Johor tentang sejarah provokasi pemerintah Aceh terutamanya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam serta serangan-serangannya yang memporak-perandakan bumi itu buat beberapa tahun lamanya, namun keluarga Bendahara 9
Menarik untuk dicatatkan di sini bahawa kakanda Tun Habab yang bergelar Bendahara Seri Maharaja Tun Rantau telah ditawan bersama-sarna beberapa pembesar lainnya oleh Ratu Jarnbi dalam peperangan Johor-Jambi tahun 1673. Bagaimanapun, kebanyakan para pembesar yang ditawan itu berjaya melepaskan diri. Anehnya Tun Rantau menjadi "tawanan sukarela" sehingga dihadiahkan keris oleh Ratu Jarnbi. Tun Rantau kemudian terns tinggal di Jarnbi sehingga meninggal dunia pada tahun 1675. Rujuk Andaya, op.cir, halarnan 132. Berkemungkinankah faktor ini yang menyebabkan adindanya Tun Habab mengambil keputusan untuk tidak mahu menjadi Bendahara lantas diserahkan jawatan tersebut kepada jemaah keluarga yang kemudiannya memutuskan untuk melantik Tun Dagang sebagai Bendahara?
178
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
sudah tentu tidak mahu mengambil risiko penentangan para pembesar Johor yang lain mahupun rakyat jelata jikalaulah diketahui umum bahawa Tun Dagang, seorang putera Aceh, kerabat Mahkota Alam menjadi pilihan keluarga Bendahara untuk menggantikan Tun Rantau yang telah ditawan Ratu Jambi dalam Perang Johor-Jambi tahun 1673, kemudian secara sukarela pula berpindah ke sana dan tidak mahu pulang lagi ke Johor. Maka diambil jalan mudah, disenyapkan kaitan Tun Dagang dengan istanaAceh, dikaitkan terns darahnyakepada nendanya Tun Jenal Dato' Sekudai. Maka tersoroklah rahsia salasilah Tun Dagang Seri Maharaj a yang tepat dalam lipatan sejarah negeri Johor. Tun Dagang tidak lama menjadi Bendahara, kemudian naiklah pula puteranya yang bemama Abdul Majid menggantikan kedudukannya dengan gelaran penuhnya sebagai;
Bendahara Seri MaharajaTun Habib Abdul Majid Abdul Majid atau Dato' Padang Saujana bergelar "Tun" bersempena titisan Bendahara Melaka dan Johor, bergelar "Seri Maharaj a" bersempena jawatannya sebagai Bendahara Johor, bergelar "Habib" bersempena keturunan Rasulullah SAW daripada jurai Sayid Zainal Abidin putera Aceh ibni Sayid ldrus yang turun dari Hadhramaut, Yaman. Ruang memperkukuhkan semula kedudukan tradisi Bendahara dalam hierarki pemerintahan Johor terbuka lebih besar apabila tindak-tanduk Laksamana Tun Abdul Jamil yang mencolok mata kerana telah sekalian lama memonopoli urusan negeri sehingga meminggirkan para pembesar Johor, mengagihkan jawatan-jawatan pembesar kepada anak-anaknya, hatta membelakangkan Sultan Ibrahim telah menyebabkan para pembesar Johor bersatu semula di belakang Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana lantas 179
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
menyingkirkan Laksamana sekeluarga serta mengembalikan adat Melayu Johar warisan Melaka itu. Selepas Bendahara Padang Saujana muncul menerajui inisiatif mengembalikan kekuasaan dan kegemilangan keluarga Bendahara di Johar, semenjak itu susunan bendahara-bendahara Johar sudah tidak kabur lagi sehingga berpindah kepada pusat baharunya di Pahang. Walaupun Tun Habib Abdul Majid banyak memberanakkan keturunan raja-raja yang memerintah, namun buku-buku sejarah kurang memperkatakan tentang riwayat hidupnya. Buku Kerajaan Johar, 1641-1728 Masihi; Pembangunan Ekonomi danPolitik, karangan Leonard Y.Andayamerupakan satu-satunya buku yang mencatatkan zaman pentadbiran Tun Habib Abdul Majid sebagai cekap dan berwibawa. Seperti yang disebutkan, buku A History O f Pahang menyatakan beliaulah orangnya yang menurunkan tandatangan kepada perjanjian damai dengan pihak Belanda pada tahun 1685 dengan meletakkan namanya sebagai "Dato' Bendahara Maharaja, anak Dato' Seri Mah&raja." Tun Habib Abdul Majidjuga menaikkan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699) yang merupakan anakanda saudaranya ke persada Kesultanan Johar Lama setelah mengusir Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang menjadi penguasa de facto negeri Johor sehingga memudaratkan kesultanan tersebut. Pemerintahan Sultan Mahmud yang penuh misteri, kekejaman dan keganasan akhimya berakhir dengan peristiwa Marhum Mangkat di Julang. Bendahara Paduka Raja Tun Habib Abdul Jalil, putera Tun Habib Abdul Majid kemudiannya diangkat menjadi Sultan Johar yang berikutnya dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah IV (16991718), kerana Sultan Mahmud mangkat tanpa berwaris. Sultan Abdul J alil IV tidak lama memerintah Johor kerana terpaksa bersaing dengan seorang yang mendakwa dirinya waris Sultan Mahmud Syah II, iaitu Raja Kechil. Akhirnya 180
Tun Dagang Seri Maharaja dan Siasah Keluarga Bendahara
Sultan Abdul Jalil dibunuh oleh pengikut Raja Kechil dan mangkat di Kuala Pahang. Baginda juga disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang." Namun begitu keturunan Sultan Abdul Jalil IV kemudiannya dapat merebut kembali takhta pemerintahan daripada Raja Kecil. Sultan-sultan Johor pada hari ini adalah daripada zuriat Sultan Abdul Jalil IV itu. Tun Habib Abdul Majid juga mempunyai seorang lagi putera, Tun Zainal yang kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang pertama bergelar Sultan Zainal Abidin I , memerintah dari tahun 1725-1733. Salah seorang putera Sultan Abdul Jalil IV, Tun Abbas meneruskan tradisi nenek moyangnya dengan menjadi Bendahara Pahang pada tahun 1722-1736. Daripada keturunan Tun Abbas lahimya dinasti raja-raja bendahara Pahang (pasca tahun 1770-an) sehingga membawa kepada pemerintahan Tun Ahmad ibni Bendahara Siwa Raja Tun Ali, kemudiannya menjadi Sultan Pahang yang pertama daripada k turunan Bendahara. Baginda memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah, memerintah pada tahun 1882-1914. Kesimpulannya, Tun Habib Abdul Majid dapatlah dikatakan sebagai patriach, atau bapa bagi keturunan bendaharabendahara, temenggung-temenggung dan kesultanan kesultanan Pahang, Terengganu dan Johor daripada darah ahlul-bait Rasulullah SAW selain mewarisi juga darah istana Aceh serta bemasab keluarga Bendahara Melaka/Johor secara turun-temurun.
181
BAHAGIAN III PERPECAHAN JOHOR LAMA DANPERANGBENDAHARA PAHANG
16
Kesultanan Johor Mengambil Pahang
Seperti yang disebutkan sebelum ini, pada tahun 1614, Pahang kehilangan Sultan Abdul Ghaffur berserta anakanda bagindaRajaAbdullah (Marhum Muda Pahang). Kekosongan dalam takhta kerajaan Pahang telah diambil kesempatan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah III Johor (yang ditawan oleh Aceh bersama Tun Seri Lanang dalam peristiwa Perang Batu Sawar dan dibebaskan kemudian) untuk mendudukkan anakanda baginda Raja Bujang (kemudian nanti menjadi Sultan Johor pula bergelar Abdul Jalil Syah Ill) dengan bantuan pihak Portugis. 1 Sultan Abdul Ghaffur mempunyai seorang saudara lebih muda yang bernama Raja Ahmad. Selepas kemangkatan ayahanda mereka, iaitu Sultan Abdul Kadir sekitar tahun 1590, Raja Ahmad telah nail< takhta sebagai pemerintah Pahang ke-11, bergelar Sultan Ahmad. Bagaimanapun, oleh sebab umurnya pada waktu itu masih kecil, kakandanya Raja Abdul Ghaffur telah memerintah bagi pihak baginda. Bagaimanapun pada tahun 1592, Raja Abdul Ghaffur telah menggulingkan Sultan Ahmad dan menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Ghaffur Muhyiddin Syah, Sultan Pahang ke-12. Bagaimanapun, kemangkatan Sultan Abdul Ghaffur dan Raja Mudanya pada tahun 1614 telah membuka hasrat Sultan Ahmad untuk menuntut kernbali takhta Pahang. Sekonyong-konyong muncul Sultan Alauddin Riayat Syah III dari Johor yang melantik putera baginda Raja Bujang sebagai pernerintah Pahang dengan bantuan Portugis.
185
Sejarah Pergalakan dan Pergelutan Bendahara Johar-Pahang (1613-1863)
Keputusan Sultan Alauddin III untuk mengambil Pahang berikutan kemangkatan Sultan Abdul Ghaffur berserta Raja Muda Pahang adalah berdasarkan faktor hubungan kekeluargaan yang wujud dengan Sultan Abdul Ghaffur yang merupakan kerabat baginda. Sultan Alauddin III juga adalah cicit kepada Sultan Mansor Syah I, iaitu Sultan Pahang IV yang mangkat tahun 1579 (lihat salasilah Pahang daripada zuriat Melaka). 2 Keputusan Sultan Alauddin III untuk berbaik semula dengan pihak Portugis telah menimbulkan kemarahan Sultan Iskandar Muda. Dengan sebab itu, maka pada akhir tahun 1615, Aceh sekali lagi menyerang Johor dan berjaya menguasai Batu Sawar. Sultan Alauddin III sekali lagi ditawan tetapi kali ini dihukum bunuh di negeri Aceh. Kemudiannya, adinda Sultan Alauddin III yang bemama Raja Abdullah (ipar Sultan Iskandar Muda) telah diangkat menjadi Raja Johor yang baharu bergelar Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623). Pada tahun 1618 pula, Sultan Iskandar Muda telah menyerang negeri Pahang kerana marahkan kuasa Portugis dan almarhum Sultan Alauddin Johor yang mendudukkan anakandanya Raja Bujang ke takhta negeri Pahang. Raja Bujang sempat melarikan diri ke Lingga dan tetap tinggal di situ. Dalam peristiwa inilah Sultan Pahang yang ke-XI, iaitu Sultan Ahmad 3 yang merupakan saudara kepada Sultan Abdul Ghaffur, berserta putera baginda Raja Mughal (bakal menjadi Sultan Iskandar Thani Aceh) dan Puteri Kamaliah 2
3
Bagaimanapun putera Sultan Ahmad (Pahang) yang bemarna Raja Mughal (kemudian menjadi Sultan Aceh bergelar Sultan Iskandar Thani) kelak menuntut kembali Pahang sehingga berlaku ketegangan antara baginda dengan Johar. Sultan Ahmad (Pahang) telah berkahwin dengan Puteri Siak yang bemama Puteri Bangsu Chandera Dewi, melahirkan Raja Mughal. Baginda juga telah berkahwin dengan Puteri Sultan Hassan dari Brunei dan melahirkan anak perempuan yang kemudian berkahwin pula dengan Sultan Abdullah Maayah Syah Johar, melahirkan Raja Bajau (yang di-Pertuan Muda Pahang-Johar).
186
Kesultanan Johor mengambil Pahang
(bakal menjadi isteri Sultan Iskandar Muda Aceh) telah ditawan dan dibawa ke Aceh. 4 Sementara itu, Sultan Abdullah Maayah Syah yang dilantik oleh Sultan Iskandar Muda menjadi Raja Johor telah menceraikan isterinya, adinda Sultan Iskandar Muda itu dan mengahwini seorang puteri Jambi serta memindahkan pusat pemerintahan di Lingga bersama-sama dengan anak saudaranya Raja Bujang yang telah terlebih dahulu lari dari Pahang akibat serangan Aceh. Perbuatan baginda telah mencetuskan kemarahan Sultan Iskandar Muda, lalu dihantarnya angkatan perang untuk melumpuhkan pusat pemerintahan Johor di Lingga. Sultan Abdullah, keluarga baginda dan Raja Bujang lari meninggalkan Lingga dan mengundurkan diri ke Pulau Tambelan dengan diiringi oleh Laksamana Tun Abdul Jamil dan pembesar-pembesar baginda. Pada bulan Mac tahun itu, Sultan Abdullah telah mangkat di Pulau Tambelan. Dengan kemangkatan Sultan Abdullah Maayah Syah di Tambelan, Raja Bujang telah menjadi sultan Johor yang berikutnya dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Sungguhpun Raja Bujang telah menjadi Sultan Johor, namun baginda tidak berani bersemayam di tanah besar Johor kerana pada masa itu, askar-askar Aceh telah menguasai Johor dan ramai rakyatnya lari ke negeri Jambi. Nasib kerajaan Johor dan Pahang berubah dengan kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1636,dan digantikan olehRajaMughal, puteraPahang, bergelar Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Semenjak itu, Sultan Iskandar Thani mengirakan negeri Pahang di bawah jajahan takluk Aceh kerana ayahandanya Sultan Ahmad merupakan pemerintah Pahang ke-11 sebelum ayahanda saudaranya Abdul Ghaffur merampas takhta (kerana ayahandanya masih kecil), kemudian belum sempat 4
Ibid., him. 73.
187
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
ayahanda baginda mengambil balik takhta Pahang, negeri itu diserang Aceh pula dan keluarga baginda menjadi tawanan. Tuntutan Sultan lskandar Thani terhadap negeri Pahang telah menyebabkan kemarahan Sultan Abdul Jalil Syah Ill Johor (Raja Bujang) yang berpendapat Pahang adalah di bawah jajahan takluknya kerana Almarhum Sultan Alauddin III Johor dahulunya telah melantik baginda menjadi pemerintah di situ (tahun 1615). Pada tahun 1638 dengan bantuan orang Belanda, Sultan Abdul Jalil telah menghantar angkatan perang baginda menyerang negeri Pahang dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Johor-Pahang. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Johor dengan Aceh. Bagaimanapun, pada tahun 1641, Sultan Iskandar Thani pula mangkat di Aceh. Dari sini bermulalah zaman pemerintahan raja-raja perempuan, balu baginda sendiri, iaitu Sultanah TajulAlam Safiatuddin Syah (1641-1657) dan berakhir pada tahun 1699 setelah empat pemerintah raja-raja perempuan. 5 Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani, Sultan Abdul Jalil III telah membuat penegasan kepada Sultanah Tajul Alam bahawa Aceh tidak boleh menuntut Pahang lagi. Alasan baginda; menjadi adat negeri Pahang bahawa isteriisteri pemerintah tidak boleh mewarisi takhta suami mereka, maka Sultanah Aceh tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap negeri Pahang setelah kemangkatan Iskandar Thani. Pahang kini menjadi jajahan takluk Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka. Maka buat pertama kalinya setelah sekian lama, Johor merdeka daripada diganggu-gugat oleh Aceh. Kebetulan pula pada tahun yang sama, Johor berjaya membantu pihak Belanda menamatkan pemerintahan Portugis yang telah 5
Daniel Crecelius dan E.A. Beardow, 1979. " A reputed Acehnese Sarakata of the Jamalullail Dynasty," dim. JMBRAS, Vol 52, pt 2, hlm. 52.
188
Kesultanan Johor mengambil Pahang
mentancapkan kuasanya selama 130 tahun di Melaka. Dengan ini, Sultan Abdul Jalil Syah III dapat terns meletakkan Pahang di bawah penguasaan Johor tanpa ancaman daripada mana-mana pihak. Semenjak Pahang diletakkan secara langsung di bawah Kesultanan Johor, kedudukan Bendahara Pahang telah dilupuskan kerana Bendahara Johor sudah sedia ada. Keadaan ini kekal di bawah pemerintahan raja-raja Johor berikutnya, iaitu Sultan Ibrahim Syah (1677-1685) dan anakanda baginda Sultan Mahmud Syah II (1685-1699M). Pada masa itu jajahan takluk Johor yang lainnya ialah Riau, Lingga, Singapura dan pulau-pulau lain yang terletak di sebelah selatan Singapura. Bendahara Johor Dikurniai Tanah Pahang Pada tahun 1770, Bendahara Johor yang bemama Tun Hassan telah mangkat dan digantikan dengan adindanya Tun Abdul Majid, bergelar Bendahara Paduka Raja. Sultan Johor pada masa itu yang bemama Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) telah mengumiakan negeri Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid. Pengumiaan tersebut berkemungkinan mempunyai alasan politik yang berlatarbelakangkan wujudnya pergolakan bangsawan MelayuBugis pada zaman itu. Campur tangan Bugis dalam urusan pemerintahan empayar Johor telah mencetuskan kemarahan di pihak pembesar Melayu, khususnya keluarga Bendahara. Ianya bermula semenjak awal abad ke-18 apabila Opu Bugis lima beradik 6 telah membantu Raja Sulaiman, putera Sultan 6
Lima saudara Bugis ini merupak:an putera-putera Opu Tenderi Burung anak Lamdu Salat, raja negeri Luwok di Tanah Bugis. Nama mereka ialah Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.
189
Sejarah Pergolak:an dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718) 7 mengalahkan tentera Raja Kechil yang merampas Johor dan membunuh sultannya. Kemudian di tangan pembesar Bugis ini jugalah naiknya Raja Sulaiman di persada pemerintahan negeri Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-60). Pada asalnya, pembesar Bugis yang menolong Raja Sulaiman mengalahkan Raja Kechil merupakan golongan pelaut yang gemar mengembara mencari tapak kuasa di sekeliling Semenanjung Tanah Melayu. Mereka terkenal handal dalam peperangan dan akan melibatkan diri dengan mana-mana kesultanan Melayu yang memerlukan bantuan mereka dengan ganjaran yang setimpal. Dengan kejayaan mengalahkan Raja Kechil, bermakna waris Almarhum Sultan Abdul Jalil telah terhutang budi dengan pihak Bugis. Memandangkan negeri Johor pada masa itu mempunyai prestij yang tinggi di dunia Islam sebagai pewaris Melaka, maka bagai pucuk dicita ulam mendatang, pembesar Bugis tidak akan melepaskan peluang yang baik ini untuk menaikkan martabat mereka dalam hierarki pemerintahan empayar Johor Lama. Semenjak mendapat anugerah sebagai Yam Tuan Muda Riau disebabkan jasa mengalahkan Raja Kechil, campur tangan pembesar Bugis dalam hierarki pemerintahan Johor Lama telah mencetuskan berbagai-bagai kemelut. Pembesar Bugis tidak menghormati kuasa Bendahara kerana merasakan merekalah yang menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan 7
Sultan Abdul Jalil IV merupak:an sultan Johar yang pertama dari keturunan bendahara, baginda putera kepada Tun Habib Abdul Majid. Baginda naik takhta apabila Sultan Mahmud Syah II (1685-1699) mangkat dalam peristiwa Markum Mangkat di Julang. Oleh sebab Sultan Mahmud tiada berwaris, mak:a adat Melayu Lama menegaskan Bendahara layak: menggantikan tempat sultan.
190
Kesultanan Johar mengambil Pahang
Johar8 serta mengadakan perjanjian Persetiaan Marhum Sungai Baru dengan baginda. 9 Semenjak itu, pembesar Bugis sentiasa memastikan bahawa raja-raja Johar yang berikutnya akan tetap mengikuti telunjuk mereka. Siasah hebat para pembesar Bugis ini berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama. Perkahwinan putera Sultan Sulaiman yang bemama Raja Abdul Jalil (kemudiannya menjadi Sultan Abdul Jalil V, memerintah empayar Johar dari tahun 1760-1761) dengan puteri Bugis yang bemama Tengku Puteh binti Opu Daeng Chelak 10 telah melahirkan Sultan Mahmud Syah III. Natijahnya wujud pula hubungan darah dan kekeluargaan yang mampu meneguhkan lagi kekuasaan serta mentancapkan kedudukan mereka dalam palitik Johor. Tindak-tanduk Bugis yang menyebabkan pembesar Johar, khususnya di pihak Bendahara menjadi terpencil telah mengakibatkan mereka bertindak agresif untuk menghancurkan kekuatan pembesar Bugis yang berpusat di Riau itu. Oleh itu, semenjak pertabalan Sultan Sulaiman pada awal abad ke-18 sehingga hujung abad yang sama, berbagai-bagai gejolak telah berlaku antara pihak pembesar Melayu dengan Bugis di Johar. Hanya 8
Mengikut adat raja-raja Melayu, Raja Sulaiman tidak baleh menjadi Sultan Johar kerana baginda bukan anak gahara. Baginda mempunyai dua saudara tua yang berdarah gahara, iaitu Tun Abbas dan Tun Rusin. Bagaimanapun, pembesar Johar tidak mampu menalak tekanan Bugis untuk mentakhtakan Raja Sulaiman memandangkan Raja Kechi! dapat ditewaskan atas inisiatif Raja Sulaiman dan pembesar Bugis. Oleh itu, adat raja-raja Melayu terpaksa diketepikan kerana pembesar Melayu berasa amat terhutang budi dengan bangsawan Bugis dan membiarkan mereka menabalkan Raja Sulaiman. 9 Perjanjian Persetiaan Marhum Sungai Baru dimeterai pada 4 Oktaber 1722, kesannya iaJah penglibatan dan campur tangan Bugis secara langsung dalam urusan pemerintahan Kesultanan Johar Lama sehingga bertindan-tindih dengan kuasa dan tugas tradisi Bendahara Johar. 10 Opu Daeng Chelak merupakan Yam Tuan Muda Riau yang kedua (17281745). DikenaJi juga sebagai Marhum Mangkat di Kata .
. 191
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
berhenti seketika antara tahun 1782-1801 apabila berlaku pula persengketaan yang serius diantara pihak Bugis dan Belanda yang berpusat di Melaka dan Betawi sehingga orang Bugis telah dikalahkan dan dihalau keluar dari Riau untuk beberapa waktu .1 1 Dalam masa inilah Sultan Mahmud telah menghadiahkan tanah Pahang kepada pihak Bendahara Tun Abdul Majid yang waktu itu amat kecewa dengan tindak-tanduk pembesar Bugis. Tindakan ini diharap dapat meredakan api kemarahan yang sedang membuak-buak dalam diri para pembesar Melayu Johor-Pahang. Pengurniaan tanah Pahang oleh Sultan Mahmud kepada keluarga bendahara Johor secara hakikatnya telah menjadikan kedudukan Bendahara bertukar menjadi "Raja" bagi wilayah Pahang, namun dalam masa yang sama tetap bernaung di bawah Sultan Johor Lama dan tetap berperanan sebagai Bendaharakepada baginda. Oleh itu, semenjak zaman pemerintahan Bendahara Tun Abdul Majid, bendahara-bendahara Johor Lama semuanya lebih dikenali sebagai bendahara-bendahara Pahang atau Raja Bendahara Pahang. Bagi rakyat Pahang pula, Bendahara itulah Raja Pahang bagi mereka. Dengan kata lain, semenjak zaman pemerintahan Bendahara Tun Abdul Majid, peranan tradisi bendahara-bendahara Johor Lama mengalami perubahan, iaitu bukan sahaja kekal sebagai 11 Walaupun persengketaan Bugis-Belanda tidak melibatkan Sultan Mahmud III dan para pembesar Melayu secara langsung, namun oleh sebab Riau adalah di bawah ketuanan Johor Lama, maka baginda juga telah terseret dalam kancah pergolakan tersebut sehingga terpaksa menyerahkan Riau apabila pihak Belanda mengalahkan Bugis dalam peperangan yang berlaku untuk tempoh dua tahun lamanya. Bagaimanapun, pada tahun 1795, angkatan perang Kompeni Inggeris telah datang merampas Melaka daripada Belanda dan memulangkan kembali Riau kepada Sultan Mahmud serta membenarkan semula orang Bugis kembali ke sana. Sejurus kemudian, berrnula kembali persengketaan pembesar Bugis-Melayu.
192
Kesultanan Johor mengambil Pahang
Bendahara bagi Sultan Johor, tetapi kini juga menjadi raja (bukan sultan 12) bagi rakyat negeri Pahang. 13 Raja Bendahara Pahang Membawa Diri Campur tangan pembesar Bugis dalam urusan istana Johor sampai ke kemuncaknya dalam zaman Yam Tuan Muda Riau yang keenam (1806-1831) yang bernama Raja Jaafar. Beliau bertanggungjawab secara langsung dalam menaikkan putera Almarhum Sultan Mahmud Syah III yang bernama Tengku Abdul Rahman bukan sahaja dengan membelakangi permuafakatan dengan para pembesar Melayu, malahan tel ah membelakangkan kakanda baginda yang bernama Tengku Rusin yang telah pun diwasiatkan oleh Almarhum Sultan Mahmud sebagai penggantinya. 14 Apatah lagi mengikut adat raja-raja Melayu Tengku Husinlah yang sepatutnya naik takhta kerana baginda merupakan putera yang lebih tua. Manipulasi politik Yam Tuan Muda Raja Jaafar telah membuka suatu ruang kesempatan yang luas bagi pihak British dan Belanda untuk campur tangan dalam urusan pemerintahan empayar Johor. Ini berikutan tindakan Raja Jaafar menggunakan kuasa British di Melaka untuk mengancam Bendahara Johor pada waktu itu yang bernama Bendahara Siwa Raja Tun Ali (1806-1857) daripada menghalang 12 Raja kelazimannya adalah kerabat sultan yang diberik:an suatu jajahan yang besar sebagai kumia. Mereka mempunyai kuasa autonomi dalam wilayah kumiaan tersebut, tetapi masih tetap bertuankan kepada baginda. Salah satu hak sultan pada jajahan raja ialah atas sebahagian daripada cukai yang dik:utip pada jajahan tersebut. Contoh pernerintahan raja-raja dahulukala ialah Raja Perlis, Raja Kelantan dan raja-raja ternenggung Muar. 13 Rujuk Lampiran: Bendahara Johar sebagai Raja Pahang dalam buku ini. 14 Mengikut riwayat Tuhfat-al-Nafis, iaitu sebuah karya pro-Bugis, Sultan Mahmud sendiri yang berkehendakkan Tengku Abdul Rahman sebagai gantinya. Bagairnanapun, riwayat lain mengatakan itu hanya helah pembesar Bugis kerana Tengku Abdul Rahman lebih mudah dikawal oleh Yam Tuan Muda berbanding dengan Tengku Husin.
193
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
cubaannya menaikkan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor yang berikutnya. Tun Ali yang marah dengan perbuatan Raja Jaafar telah menyiapkan angkatan perang di Bulang, tetapi atas aduan dan bantahannya ke Melaka, telah diugut oleh pihak British supaya jangan "mencampuri" urusan di Lingga. Maka terpaksalah Bendahara Tun Ali memanggil balik hulubalangnya memandangkan ia terpaksa akur akan kekuatan British sebagai sebuah empayar dunia yang besar pada masa itu. Bagaimanapun, pelantikan Tengku Abdul Rahman tidak dapat dinobatkan, kerana alat kebesaran berada dalam tangan Raja Hamidah, iaitu balu Almarhum Sultan Mahmud yang merupakan bonda tiri kepada Tengku Husin dan Tengku Abdul Rahman. Raja Hamidah tidak merestui tindakan saudaranya Raja Jaafar melantik Tengku Abdul Rahman menggantikan Almarhum Sultan Mahmud Syah itu dengan membelakangkan permuafakatan dengan para pembesar Melayu dan melanggar aturan Kesultanan Johor. Semenjak peristiwa tersebut, pihak pembesar Melayu dan Bugis berada dalam keadaan stand off mengenai isu pelantikan pengganti Almarhum Sultan Mahmud. Bagaimanapun, bagai pucuk dicita ulam mendatang, peluang untuk Raja Jaafar mencapai hasratnya merajakan Tengku Abdul Rahman terbuka apabila pihak Belanda menawarkan diri untuk meleraikan kekusutan Kesultanan Johor Lama. Antara lain, pihak Belanda telah menawarkan untuk mengiktiraf pelantikan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dengan syarat dimeterai satu perjanjian dengan mereka. Susulan daripada perbincangan yang dibuat, maka pada 26 November 1818, satu perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara pihak Raja Jaafar dengan Laksamana Wolterbeek dan para pegawainya bagi pihak pemerintah Belanda di Melaka. 194
Kesultanan Johor mengambil Pahang
Perjanjian yang mengandungi dua puluh tiga fasal ini 15 antara lainnya telah menyebut bahawa pihak: Belanda ak:an membantu pihak: "Paduka Seri Sultan Abdul Rahman Syah" sebagai Sultan Johor dan segala jajahan tak:luknya daripada sebarang ancaman musuh. Kerajaan Johor pula telah berjanji untuk memberikan status istimewa dan utama kepada pihak: Belanda khususnya dalam urusan perdagangan laut. Malangnya perjanjian persahabatan yang dibuat antara Raja Jaafar sebagai "wakil mutlak:" bagi Sultan Johor dengan pegawai Belanda telah meminggirkan terus peranan Bendahara Tun Ali daripada sebarang perbincangan yang dibuat, sedangkan ia sama sekali tidak: mengikuti tatacara yang sepatutnya dalam hal pentadbiran kerajaan negeri Johor kerana Bendahara adalah orang yang pertama dan utama menjadi wakil Sultan dalam sebarang urusan yang dibuat dengan mana-mana pihak. Dalam bahagian pendahuluan perjanjian tersebut tertera: 16 "Adapun ini sudah diletak:kan Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda yang memerintah negeri Riau, yang menjadi wakil mutlak daripada Paduka Seri Sultan Abdul Rahman Syah, serta dengan lain-lain menteri dan pangeran yang memegang pekerjaan di bawah perintah Sultan yang tersebut itu, iaitu Temenggong Joh or ... (pen: Bendahara langsung tiada disebut dalam perjanjian ini dan tidak menurunkan tandatangannya)". 17 15 Untuk rujukan lanjut mengenai perjanjian ini, lihat A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, hlm. 116-121. 16 Ibid., him. 135. 17 Menurut Buyong Adil dalam Sejarah Johar, him. 186, para pembesar Bugis telah memujuk Temenggung Abdul Rahman untuk hadir bersama dalam kapal perang Belanda yang bemama Tarum untuk upacara menandatangani perjanjian tersebut, dan kemudian telah memujuknya pula untuk menurunkan tandatangannya. Pada mulanya Temenggung Abdul Rahman enggan untuk berbuat demikian, tetapi setelah diisyaratkan bahawa ia tidak berpihak kepada pihak yang membuat perjanjian tersebut, baharulah beliau bersetuju untuk menurunkan tandatangannya. Perasaan serba salah yang ditunjukkan oleh Temenggung Abdul Rahman mempunyai kaitan dengan "ketidakhadiran" Bendahara Tun Ali dalam rundingan yang membawa kepada majlis tersebut.
195
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
Disebut dalam Fasal yang Kedua Puluh Tiga pula, bahawa; "Fasal maka adalah kepada 29 hb Muharram, tahun 1234, telah datanglah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dengan Tuan Temenggong Johor ke dalam kapal Wilanda yang bernama Tamm, maka sudahlah bersumpah pada perjanjian ini atas Quran al-' Azim, maka adalah tercetak cap meterinya Paduka Seri Sultan Abdul Rahman Shah, raj a atas takhta kerajaan Johor dan Pahang dan Riau dan Lingga, serta segala daerah takluknya yang dikirim oleh Seri Paduka itu akan menyungguhkan segala perjanjian yang tersebut di atas serta dengan capnya". 18
Malahan Raja Jaafar kemudiannya telah pergi lebih jauh dengan membuat satu lagi perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda pada tahun 1830 yang terus memencilkan lagi permuafakatan dengan Bendahara Tun Ali. Kedua-dua perjanjian persahabatan (1818 dan 1830) yang dibuat antara Belanda dengan Raja Jaafar yang melibatkan kuasa Sultan Abdul Rahman jelas membuktikan dominasi dan kawalan Raja Jaafar terhadap baginda. Dalam hal ini, Sultan Abdul Rahman sentiasa diawasi orang-orang besar Raja Jaafar yang ditinggalkannya menjalankan pemerintahan di Lingga seperti Engku Sayid Muhammad Zain Al-Qudsi, Suliwatang Ibrahim, Syahbandar Muhammad, Encik Abdul Manan serta beberapa orang Bugis yang dijadikan ketua kampung. Pasukan askar dengan peralatan perang dan bedilan di Lingga juga diletakkan di bawah orang harapan Raja Jaafar bernama Encik Kalok yang akan melaporkan segala hal yang berlaku di Lingga kepadanya di Riau. Jikalau ada perkara besar berlaku di Lingga, Raja Jaafar sendiri akan datang 18 Ibid., him. 143. Oleh sebab Tengku Abdul Rahman seorang yang lemah dan mudah dikawal oleh Raja J a a f ar, maka tidak hairanlah jika inisiatif mendapatkan pertolongan Belanda untuk mengiktiraf pelantikan baginda sebagai Sultan Johor Lama terus dipaksakan dan diterima sahaja tanpa banyak soal jawab.
196
Kesultanan Johor mengambil Pahang
menguruskannya sedangkan Sultan Abdul Rahman hanya menerima arahan daripadanya. 19 Keadaan bertambah kalut apabila kuasa British pula mengambil peluang masukcampurdengan menaikkan Tengku Rusin sebagai pemerintah di Singapura, sedangkan pulau itu selama ini adalah jajahan Johor Lama. Perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan "Sultan Husin" dan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819 telah mencetuskan konflik antara pihak Belanda dengan British kerana masing-masing pihak ingin mempertahankan raja lantikan masing-masing. Keadaan kalut ini bagaimanapun dapat diselesaikan antara pihak Belanda dengan British apabila kerajaan-kerajaan mereka memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Dalam perjanjian ini, kedua-dua kuasa itu telah membahagikan Kesultanan Johor Lama kepada dua bahagian di bawah pengaruh masingmasing. Perjanjian ini dibuat di London tanpa perbincangan, permuafakatan mahupun persetujuan mana-mana raja Melayu dan wakil mereka sebagai tuan sebenar kepada wilayahwilayah yang menjadi agihan dua kuasa Barat ini. Berbalik kepada peristiwa pertabalan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor oleh Yam Tuan Muda Raja Jaafar sehingga membawa kepada campur tangan Belanda (perjanjian tahun 1818) dan British (perjanjian tahun 1819) yang mengakibatkan perpecahan Kesultanan Johor Lama, maka ia telah memaksa Bendahara Tun Ali untuk membuat pilihan. Walaupun pada mulanya Tun Ali telah menentang dengan kerasnya pelantikan Sultan Abdul Rahman di Lingga kerana terang-terang telah melanggar aturan pelantikan seorang raja Melayu, apatah lagi pertabalan baginda yang pada awalnya dibuat oleh pihak Yam Tuan Muda Raja Jaafar dengan tidak disertakan alat kebesaran diraja. Bagaimanapun, dengan perkembangan yang berlaku di Singapura pada tahun 19 Buyong Adil, Sejarah Johor, op. cit., hlm. 180.
197
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
1819, Tun Ali dan para pembesar Melayu telah memutuskan bahawa mereka kini tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa mengiktiraf Sultan Abdul Rahman sebagai pemerintah kerajaan Johor Lama yang sebenar. Di Singapura, Tengku Husin telah bulat-bulat menyerahkan dirinya menjadi 'pemerintah boneka' kepada kerajaan British mengikut tatacara yang jauh lebih terseleweng dalam adat pelantikan seorang Raja Melayu 20 dibandingkan dengan insiden pelantikan Sultan Abdul Rahman telah merubah percaturan politik Johor. Apatah lagi Sultan Abdul Rahman kemudiannya telah ditabalkan semula pada tahun 1823, kali ini penobatan baginda disertakan sekali dengan alat kebesaran diraja yang diambil secara paksa oleh pihak Belanda daripada tangan Raja Hamidah (balu Sultan Mahmud) dan diserahkan kepada Raja Jaafar. Oleh itu, satu keputusan yang tegas perlu dibuat bagi mencerminkan realiti politik semasa, maka Tun Ali dan para pembesar Melayu yang lain telah bersepakat untuk mengiktiraf sahaja Sultan Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dengan segala jajahan takluknya. Bagaimanapun, dalam majlis pertabalan Sultan Abdul Rahman yang diadakan di Riau sebagai pusat kekuasaan Raja Jaafar sebagai Yam Tuan Muda, Tun Ali tidak menghadirkan dirinya dan hanya merninta Raja Jaafar bertindak sebagai wakilnya. Ini menunjukkan pendirian Tun Ali yang tidak 20 Berbanding dengan pertabalan Sultan Husin, pertabalan Sultan Abdul Rahman adalah lebih mengikut adat istiadat raja-raja Melayu yang sakaral. Apatah lagi pertabalan baginda akhirnya mendapat restu kebanyakan pembesar Melayu-Bugis berbanding dengan Sultan Husin yang terang-terang diangkat oleh pihak British serta melalui upacara pertabalan yang cacamarba tanpa mengikut adat istiadatnya di Singapura. Apatah lagi pertabalan Sultan Abdul Rahman disertakan alat kebesaran diraja Johor sebagai satu upacara sakaral yang mengesahkan kesahihan baginda sebagai raja mengikut hukum adat. Oleh itu, Bendahara Tun Ali terpaksa mengambil keputusan menerima pertabalan Sultan Abdul Rahman dan hanya mengakui baginda sebagai Sultan Johor Lama yang sah.
198
Kesultanan Johor mengambil Pahang
suka dan "jauh hati" kepada tindak-tanduk Raja Jaafar yang meletakk:an kawalan penuh terhadap Sultan Abdul Rahman dan bertanggungjawab mencantas kuasa tradisinya sebagai Bendahara. Pergolakan-pergolakan yang tidak tentu arah selepas berlakunya peristiwa perpecahan Kesultanan Johor Lama benar-benar mengecewakan Tun Ali. 2 1 Apatah lagi peranan tradisinya sebagai Bendahara telah lama dipinggirkan terus serta tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan kerana banyak orang lain yang mahu menjadi King Maker, melawan adat istiadat Melayu. Pendirian Tun Ali mengenai kemelut yang melanda Kesultanan Johor Lama yang telah berpecah belah itu dapat dilihat melalui cap mohomya yang tercatat seperti berikut Al- Wakil As-Sultan Mahmud Shah, Dato' Bendahara Siwa Raja ibni Bendahara Paduka Raja (gambar kiri). Walaupun Sultan Mahmud Syah III telah lama mangkat, iaitu pada tahun 1812 dan digantikan oleh dua putera baginda Sultan Abdul Rahman dan "Sultan" Rusin yang melibatkan manipulasi Bugis serta campur tangan dua kuasa Barat, namun penggunaan cap mohor yang tetap mengenalkan Tun Ali sebagai wakil Almarhum Sultan Mahmud sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 1857 menunjukkan pendirian Tun Ali yang tidak merestui dominasi Yam Tuan Muda Raja Jaafar serta campur tangan politik British-Belanda dalam hal urusan istana Johor Lama. Penggunaan cap mohor baharu bermakna Tun Ali terpaksa mengiktiraf keadaan politik 21 Bagi membaca siasah hebat yang melanda Johor, rujuk buku Abdullah Zakaria Ghazali, 1996. lstana dan Politik Johar.
199
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
semasa dalam Kesultanan Johor Lama yang ketika itu tidak dapat dicari penyelesaiannya, dan ini bercanggah dengan pendiriannya sebagai seorang Bendahara Johor. Akhirnya, Tun Ali terpaksa mengambil jalan yang paling selamat, iaitu dengan berpegang pada status quo yang mengenalkan dirinya sebagai wakil Almarhum Sultan Mahmud Syah itu, sekurang-kurangnya dari segi prinsip. Bagaimanapun untuk tidak memburukkan lagi suasana serta mencari jalan keluar yang lebih realistik dengan keadaan politik semasa ini, Bendahara Tun Ali telah terpaksa mernilih untuk membuat suatu pendirian yang tegas, iaitu dengan mengisytiharkan untuk tidak mengiktiraf pelantikan "Sultan" Hu sin di Singapura dan menegaskan bahawa Pahang tetap bertuankan kepada kerajaan di Lingga yang telah kehilangan Singapura itu. Walaupun mengikut perjanjian Inggeris-Belanda, Kesultanan Johor Lama telah dibahagi dua, namun para pembesar Melayu tidak mahu mengiktiraf perjanjian tersebut 22 dan menganggap bahawa jajahanjajahan kesultanan tersebut masih tetap bersatu sebagaimana dahulu. Bagaimanapun, pendirian ini tidak dikongsi bersarna oleh pihak Yam Tuan Muda di Riau yang tunduk kepada kemahuan Belanda. Ini menyebabkan hubungan pembesar Melayu dan Bugis berada dalam keadaan yang amat tidak selesa sedangkan Sultan Johor di Lingga sering berada dalam dilema. Selain itu, Bendahara Tun Ali juga telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerajaannya sendiri di negeri Pahang agar tidak terseret ke kancah siasah JohorLingga serta mempertahankannya daripada ancaman British yang mempunyai cita-cita besar terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu itu. 22 Ataupun tidak mengetahui langsung mengenai perjanjian tersebut seperti yang ditunjukkan oleh Tun Ali dalam suratnya kepada Sultan Mahmud Muzaffar pada tahun 1855. Perkara ini akan dihuraikan kemudian dalam buku ini.
200
Kesultanan Johor mengambil Pahang
Kesimpulan Kesultanan Pahang Lama yang pada asalnya tertegak dengan daulatnya yang tersendiri, iaitu anugerah dari Melaka mulai pertengahan abad ke-15 akhirnya berubah menjadi sebahagian daripada jajahan Kesultananan Johor Lama semenjak masa pemerintahan Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677) yangjuga berasal daripada titisan raja-raja Melaka itu. Bagaimanapun dinasti Johor Lama daripada darah raja Melaka tamat dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah II dalam tragedi Marhum Mangkat di Julang pada tahun 1699. Maka naiklah dinasti Johor Lama daripada darah bendahara pula, bermula dengan pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid ( 1699-1718). Pergelutan politik dalaman yang berlaku kemudian, khususnya yang melibatkan pembesar Melayu-Bugis, sekali lagi menyaksikan wilayah Pahang bertukar tangan, kali ini takluk di bawah kuasa bendaharabendahara Johor Lama, bermula semenjak zaman Bendahara Tun Abdul Majid sekitar tahun 1770-an. Bendahara Johor Lama kini menjadi pemerintah Pahang (bersifat Raja Kecil), bergelar Raja Bendahara Pahang atau Raja Pahang. Walaupun demikian, Raja Bendahara Pahang tetap bertuankan kepada Sultan Johor Lama yang ketika itu berpusat di Lingga. Campur tangan kuasa British dan Belanda dalam politik Kesultanan Johor Lama bermula pada awal abad ke-19 telah membuka suatu era baharu yang bakal memutuskan terus wilayah Pahang daripada pertuanan Kesultanan Johor Lama yang berantakan dan berpecah belah. Putusnya pertalian ini telah disusuli dengan peristiwa Perang Bendahara Pahang pada tahun 1857-1863, yang akhirnya telah menerbitkan dinasti Kesultanan Pahang Moden daripada jurai bendahara bermula pada tahun 1883 seperti yang akan dikupas dalam bab-bab berikutnya dalam buku ini. 201
17
Agenda Penjajahan British
Ringkasan Kemunculan Kuasa British di Tanah Melayu Pertapakan awal British di Semenanjung Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pad a 11 Ogos 1786 .1 Dalam tahun 1826, jajahan British meliputi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang disatukan di bawah unit pentadbiran Presiden Negeri-Negeri Selat. Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang pertama dan ketua pentadbiran Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai Gabenor. Pada awalnya Negeri-Negeri Selat ditadbirkan oleh Syarikat Hindi a Timur, kemudian digantikan oleh Pejabat India apabila Syarikat Hindia Timur dimansuhkan pada tahun 1858. Pada tahun 1867, pentadbiran Negeri-Negeri Selat berpindah pula ke ke Pejabat Tanah Jajahan di London bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran. Pada masa itu Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota Inggeris (Crown Colony) yang ditadbir secara langsung. Dikecualikan Negeri-Negeri Selat, pemerintahan kesultanan-kesultanan Tanah Melayu pada masa itu berpusat dan berpaksi pada autoriti raja mutlak yang telah wujud secara R. Bonney, 1965. "Francis Light and Penang," dim JMBRAS XXXVlll
202
Agenda Penjajahan British
berkesinambungan semenjak beberapakurun lebih awal. Negerinegeri Melayu ini adalah berdaulat dalam erti kata sebenar. Pada mula era pertapakan kuasa British di rantau ini di akhir abad ke18, Tanah Melayu terlindung daripada campur tangannya kerana tidak tertakluk kepada Parlimen Imperial British sebagaimana Negeri-Negeri Selat yang bertaraf tanah jajahan. Walaupun sejarah merujuk kepada Perjanjian Pangkor 1874 sebagai pemula kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu secara rasmi dengan pelantikan Residen Inggeris yang pertama, 2 bagaimanapun hakikatnya telah pun wujud campur tangan British seawal tahun 1819 di Singapura apabila Tengku Husin ditabalkan sebagai Sultan dengan syarat mengesahkan kuasa British di Singapura (akan dihuraikan kemudian). Perang Naning tahun 1831-32, campur tangan British di Sungai Ujong pada tahun 18571860, pengeboman British terhadap Terengganu pada tahun 1862, perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak pada tahun 1825 adalah antara beberapa contoh yang menjadi bukti dasar campur tangan British dalam hal ehwal politik negerinegeri Melayu sebelum Perjanjian Pangkor ditandatangani. Antara faktor campur tangan British di peringkat awal adalah untuk menyaingi pengaruh Belanda dan Siam selain melindungi kepentingan saudagar-saudagar mereka yang datang berdagang dengan pesatnya di ran tau ini. Bagaimanapun selepas Perjanjian Pangkor, pihak British mula menjadi lebih berani dalam ikhtiamya meluaskan serta melaksanakan dasar campur tangan di negeri-negeri Tanah Melayu. Kebetulan pada masa itu senario politik di Britain baru berubah dengan 2 Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pulau Pangkor, Perak pada 20 Januari 1874. Terkandung 14 Fasal dalam perjanjian tersebut, salah satunya ialah penerimaan Sultan terhadap seorang Residen British. Sultan hendaklah meminta dan mengikuti nasihat Residen dalam setiap perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu. Pada bulan November tahun yang sama, J. W.W. Birch menjadi Residen British yang pertama.
203
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang (1613-1863)
kemenangan Parti Konservatif mengalahkan Parti Liberal dalam pilihan ray a tahun 1873. Parti Konservatif yang diterajui oleh Disraeli 3 telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan dalam negeri-negeri Melayu atas sebab ekonomi dan politik. 4 Dasar campur tangan dan peluasan jajahan British pasca Perjanjian Pangkor telah mewujudkan tiga kategori pentadbiran, iaitu pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang bersifat tanah jajahan Britain; Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang dibentuk pada tahun 1895 terdiri daripada Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pentadbirannya memperlihatkan elemen kedaulatan Raja Melayu tetapi hakikatnya ditadbir menerusi model tanah jajahan Ratu Inggeris yang mengutamakan golongan kapitalis di bawah sistem Residen British. Ketiga ialah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada negeri Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah dan Perlis, dibentuk antara tahun 1910--1930. Negeri-negeri ini diperintah secara tidak langsung di bawah sistem Penasihat British, iaitu dipimpin oleh pentadbirpentadbir British.5 Sejarah campur tangan British dalam Kesultanan Johor Lama mengambil kesempatan di atas tindak-tanduk Yam Tuan Muda Raja Jaafar yang mencolok mata sehingga mencetuskan sebesar-besar konflik dalaman di istana Johor yang berpusat di Lingga itu. Campur tangan British ini akhirnya membawa kepada peristiwa bertukarnya tanah Singapura daripada sebuah jajahan Johor Lama menjadi hak milik British pada tahun 1824. Kuasa British Mengorak Langkah Peristiwa pelantikan Sultan Abdul Rahman oleh percaturan 3 4 5
Disraeli menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1868 dan 1874-1880. Ismail Mohd@ Abu Hassan, 2004. lntroduction to Malaysian Legal History, hlm. 56. Gagasan Bangsa Melayu yang Bersatu 1945-57,UKM, 2000, hlm.18.
204
Ag