Data Loading...

SEJARAH TINGKATAN 2 - PENGENALAN DAN KONSEP ALAM MELAYU Flipbook PDF

SEJARAH TINGKATAN 2 - PENGENALAN DAN KONSEP ALAM MELAYU


132 Views
48 Downloads
FLIP PDF 1.15MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU Sejarah Tingkatan 2 KSSM Oleh Pn Hjh Nor Hayati binti Ibrahim SMA (JAIM) Al Asyraf

1.1 KONSEP ALAM MELAYU

KONSEP ALAM MELAYU • Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.

• Alam Melayu juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu. • Istilah ini berbeza-beza mengikut peredaran zaman. • Pada masa dahulu, gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan ini dikenali sebagai Pentas Sunda

KONSEP ALAM MELAYU • Kawasan di Pentas Sunda ini mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.

• Manusia yang tinggal di kawasan ini berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat. • Oleh itu, konsep Alam Melayu ini boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa dan budaya.

GEOGRAFI

• Terdapat pelbagai pendapat tokoh-tokoh tempatan dan luar negara berkaitan aspek geografi Alam Melayu. • Pendapat mereka menjadi rujukan dalam perbincangan tentang konsep Alam Melayu

GEOGRAFI

• Tokoh-tokoh ini telah mengemukakan pandangan yang hampir sama dari aspek geografi Alam Melayu, iaitu kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan selatan Indochina. • Pada hari ini, Alam Melayu merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara.

GEOGRAFI ALAM MELAYU • Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi.j

• Abdul Hadi Haji Hassan, ahli akademik • Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein, ahli bahasa dan budayawan • Alfred Russel Wallace, sarjana Barat. • Profesor Dr. Ding Choo Ming, pengkaji manuskrip Melayu.

P RO F E S O R E M E R I T U S DATO ’ D R . N I K H A S S A N SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN, AHLI ARKEOLOGI.

• Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.

ABDUL HADI HAJI HASSAN, AHLI AKADEMIK. • Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.

P R O F E S O R E M E R I T U S TA N S R I D ATO ’ P E N D E TA ( D R . ) ISMAIL HUSSEIN, AHLI B A H A S A D A N B U D AYAWA N .

• Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.

ALFRED RUSSEL WALLACE, SARJANA BARAT. • Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea

PROFESOR DR. DING CHOO MING, PENGKAJI MANUSKRIP MELAYU. • Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.

BAHASA

• Konsep Alam Melayu juga boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan dengan bahasa Melayu. • Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu.

• Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu. • Apabila membuat perbandingan bahasabahasa serumpun ini, terdapat pertalian kekeluargaan bahasabahasa ini dengan bahasa Melayu.

PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. ASMAH HAJI OMAR, TOKOH B AHASA.

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA, TOKOH BAHASA.

• Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. • Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu • Tambahan pula sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu.

BUDAYA

• Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.

DATO’ A. AZIZ DERAMAN, BUDAYAWAN.

• Sejak awal lagi, budaya di Alam Melayu ini telah berkembang maju dengan munculnya beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian. • Antaranya termasuklah pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri • Kedua-dua kepandaian ini merupakan ciptaan asli di Alam Melayu • Selain itu, nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat Alam Melayu terutamanya gotongroyong.

• Dalam aspek seni persembahan pula, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa.

TAMAT