Data Loading...

Skema Percubaan KMK S3 2019 Flipbook PDF

Skema Percubaan KMK S3 2019


108 Views
64 Downloads
FLIP PDF 177.28KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

SULIT*

1

Jawab satu soalan sahaja. 1

Bahagian A: Penulisan Kreatif [25 markah]

Hasilkan lima rangkap pantun berkait yang bertemakan adat istiadat.

Skema pemarkahan Aspek/perkara

Markah

A: Ciri-ciri/teknik

9 (syarat wajib)

Keterangan Memenuhi tiga aspek pantun berkait:

Pecahan Markah a. 1 isi = 3 markah 3isi = 9 markah

F1 Baris kedua dan keempat digunakan menjadi baris pertama dan ketiga pada b. Terdiri rangkap seterusnya (wajib) 2 isi wajib dan 1 isi pilihan F2 Pembayang /maksud (wajib) c. setiap isi yang F3 Rima akhir sama a/b/a/b (pilihan) memenuhi ketiga-tiga ciri pada setiap F4 4 baris dalam satu rangkap (pilihan) rangkap. F5 4 hingga 5 patah perkataan dalam i. Semua rangkap (pilihan) (5R) = 3 markah F6 8 hingga 12 sukukata (pilihan)

ii. sebahagian rangkap (3-4 R) = 2 markah ii. Sedikit rangkap (1-2 R) = 1 markah

B: Tema

2

Konsep adat istiadat

Menepati tema: 5 R = 2 markah 1-4 R = 1 markah

C: Pemikiran

5

Terdiri daripada:(pemikiran berbeza)

Kemukakan 5 isi

F1 Adat perkahwinan

1 isi = 1 markah

F2 Adat bertunang.

2 isi = 5 markah 1

F3 Adat bersanding F4 Adat merisik F5 Adat berkunjung F6 Adat menyambut tetamu. F7 Adat menuntut ilmu. F8 Kunjung mengunjung F9 Menghormati tetamu STPM - 922/3 2019

SULIT* Aspek/perkara

2 Markah

D: Gaya Bahasa

4

Keterangan

Pecahan Markah

Gaya bahasa yang berlainan dan bukan Kemukakan 5 isi: diulang: 1 isi =1 markah F1 Personifikasi 4 isi= 4 markah F2 Metafora F3 Simile F4 Aliterasi F5 Asonansi F6 Anafora F7 Epifora F9 Perlambangan F10 Responsi F11 Citra F12 Paradoks F13 Hiperbola 14 Perlambangan

E: Kreativiti

6

Terdiri daripada:

Ada tajuk = 1markah

Tajuk berkaitan tema

Penuh = 2 markah Sebahagian = 1 markah

Kesinambungan idea/pemilihan kata Pemikiran kreatif/logik

3 persoalan = 3 markah 2 persoalan = 2 markah 1 persoalan = 1 markah

JUMLAH

STPM - 922/3 2019

25

SULIT*

3

2

Hasilkan sebuah sajak bertemakan perpaduan yang panjangnya sekurang-kurangnya 30 baris [25] Skema permarkahan: Perkara/ Aspek A: Keativiti

B: Persoalan/ Pemikira/ Maksud/ Mesej

Markah

3

8

Keterangan

Pecahan Markah

A1: Tajuk [1]

Ada = 1 markah Tiada = 0 markah

A2: Kesinambungan idea [2]

Jelas = 2 markah Kurang jelas = 1 markah Lemah = 0 markah

B1:

Hormat menghormati

B2:

Kunjung mengunjung

Kemukakan 4 isi 1 isi = 2 markah 4 isi = 8 markah

B3:

Toleransi

B4:

Bertolak ansur

B5:

Bekerjasama

B6:

Kasih sayang

B7:

Tolong menolong

B8:

Prihatin

B9 :

Percaya mempercayai

Catatan

Sesuai dengan tema

Persoalan yang berbeza dalam sajak yang dihasilkan

Jelas = 2 markah Kurang jelas = 1 markah

B10: Menghargai B11: Berkongsi C: Teknik Penulisan

6

Mengandungi tiga teknik: C1: Diksi (pemilihan kata yang sesuai ) C2: Baris C3: Rangkap

STPM - 922/3 2019

Kemukakan 3 isi 1 isi = 2 markah 3 isi = 6 markah 5 kata ke atas = 2 markah 1 - 4 kata = 1 markah 30 - 40 baris = 2 markah 1 - 29 baris = 1 markah

Rangkap berdasarkan persoalan yang diketengahkan

SULIT* Perkara/ Aspek D: Gaya Bahasa

4 Markah

8

Keterangan

D1: Personifikasi D2: Metafora

Pecahan Markah

Kemukakan 4 isi 1 isi = 2 markah 4 isi = 8 markah

D3: Anafora D4: Epifora D5: Responsi D6: Hiperbola D7: Aliterasi D8: Asonansi D9: Simile D10: Paradoks D11: Inversi D12: Citra D13: Perlambangan D14: Ironi D15: Alusi

JUMLAH

25

STPM - 922/3 2019

Jenis = 1 markah Kesesuaian = 1 markah

Catatan

Gaya bahasa yang berlainan dan bukan diulang

SULIT*

5 Bahagian B: Pengurusan [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja. 3 “Kelemahan dalam kepimpinan menjadi punca kepada kegagalan pengurusan sesebuah organisasi.” Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan kepimpinan Sultan Mahmud Syah yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Melaka seperti yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] Skema pemarkahan A:

Pengenalan [3]

F1

Konsep pengurusan umum

F2

Konsep Kepimpinan- Seni atau proses seseorang dalam mempengaruhi kegiatan manusia atau orang bawahan mengikut cara tertentu ke arah pencapaian matlamat atau objektif organisasi.

F3

Latar belakang Sultan Mahmud Syah –Namanya Raja Mamad/Raja Muhammad iaitu anakanda kepada Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah. Berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Syah, Tun Teja dan Tun Fatimah.

F4

Mengemukakan isi-isi yang dibincangkan.

Kemukakan 5 isi 1 isi = 1 markah 3 isi = 3 markah B:

Isi [20]

F1 H

Mementingkan hawa nafsu/gemar berpoya-poya Sikap berpoya-poya menjadikan seseorang pemimpin itu tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Akhlak yang buruk ini menjadikan maruahnya dipandang rendah serta tidak akan dihormati oleh orang bawahan.Kemungkinan juga akan hilang rasa taat setia rakyat kepada pemimpin. Hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid, melanggan Tun Dewi, peminangan Puteri Gunung Ledang, keinginan memperisteri Tun Fatimah.

C F2 H

C F3 H

C

Menganiayai/menzalimi rakyat Sikap seumpama ini akan memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Peminangan Puteri Gunung Ledang Bertindak kejam, terburu-buru kerana mempercayai fitnah Sikap dengki dan fitnah akan menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Malah akan memecahbelahkan hubungan dalam masyarakat dan memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup dan keamanan negara. Kemungkinan juga telah kehilangan pembesar/ orang yang berwibawa/berjasa . Menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja, Tun Ali dan anggota keluarga bendahara.

STPM - 922/3 2019

SULIT* F4 H

C F5 H C F6 H

C F7 H C

6

Pilih kasih/diskriminasi Pemimpin/ketua merupakan orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Jika ada sikap pilih kasih/memberi layanan yang tidak adil sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati. Malah kewibawaan pemimpin itu juga akan tercalar. Kemungkinan juga mereka yang disayangi/ dilebihkan oleh seseorang pemimpin mengambil kesempatan atas kebaikan itu, tidak menghormati dan bertindak sesuka hati yang membawa kepada kepincangan dalam sesebuah pentadbiran. Menurut kemahuan pembesar-pembesar yang dikasihi seperti Seri Wak Raja,Tun Umar, Hang Isa Pantas, Hang Hussain Cengang. Cemburu dan iri hati Sikap cemburu dan iri hati akan merosakkan akhlak seseorang. Malah akan mengundang kepada melakukan tindakan secara tidak rasional. Sifat ini juga akan menyebabkan maruah seseorang tercalar serta hilang rasa hormat lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin. Pembunuhan Raja Zainal kerana cemburu dengan ketampanan saudaranya Berdendam Sikap suka berdendam akan menyebabkan seseorang itu cuba mencari jalan untuk menewaskan musuhnya. Malah mereka akan sentiasa mencari kesalahan/kesilapan orang yang didendami . Kemungkinan juga akan bertindak di luar kawalan untuk memuaskan hatinya dengan menjatuhkan hukuman atau sebagainya. Pemimpin yang mempunyai sikap seumpama ini akan membawa kerugian kepada negara. Dendam kepada Seri Bija Diraja atas penolakan pelantikan baginda dan dendam ke atas Tun Mutahir sehingga membawa kepada hukuman bunuh menjadi faktor kepada kejatuhan Melaka. Pemboros dan suka membazir Sikap pemboros seorang pemimpin akan menyebabkan peruntukan perbendaharaan negara tidak disalurkan pada jalan yang betul. Kebajikan dan kemudahan rakyat serta negara juga akan terabai menjadikan kemajuan sesebuah negara akan terbantut. Memberi pelbagai hadiah kepada mereka yang disayangi

Kemukakan 5 isi 1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh) 5 isi x 4 markah = 20 markah C:

Penutup[2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/ pendirian/ penilaian / harapan /refleksi Pembahagian markah Pendahuluan = 3 markah Isi-isi = 20 markah Penutup = 2 markah =========== Jumlah 25 markah ===========

STPM - 922/3 2019

SULIT*

7

4 Akhbar tempatan telah menyiarkan berita tentang kejayaan penganjuran pertandingan drama peringkat daerah oleh pelajar Tingkatan Enam dari salah sebuah sekolah di daerah Kemaman, Terengganu. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kepentingan proses pengorganisasian yang menjadikan kejayaan pengurusan pertandingan tersebut. [25] A.

Pengenalan [3]

F1 F2

Pengurusan ialah suatu proses untuk mencapai matlamat atau objektif sesebuah organisasi Pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat atau objektif dansasaran organisasi dapat dicapai Latar belakang pertandingan drama Mengemukakan isi-isi yang dibincangkan.

F3 F4

Kemukakan 3 isi 1 isi = 1 markah 3 isi = 4 markah B.

Isi [20]

F1

Sebagai panduan untuk mengagihkan aktiviti kepada staf yang berkebolehan Pihak pengurusan mementingkan proses pengorganisasian dalam membentuk senarai ahli jawatankuasa pertandingan. Ahli jawatankuasa yang dilantik telah dikenalpasti oleh pihak pengurusan demi memastikan kejayaan pertandingan tersebut. Bakat dan kebolehan serta kepakaran dalam setiap bidang diambilkira supaya tidak berlaku pembaziran sumber. Selain itu tenaga kerja yang berkebolehan ini boleh memastikan pelaksanaan aktiviti pertandingan berjalan dengan lancar dan efisien. Contohnya pelajar yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan siaraya di sekoah telah dilantik sebagai ajk siaraya

F2

Mengenalpasti tanggungjawab dan ruang lingkup tugasan Pihak pengurusan pertandingan yang membentuk ahli jawatankuasa dalam pengorganisasian adalah bertujuan untuk mengelakkan pertindihan tugas yang hendak diagihkan. Pengorganisasian penting supaya pengurus dapat menentukan bidang tugas yang sesuai untuk setiap jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertindihan kerja dan bagi memastikan setiap ahli di setiap unit jawatakuasa mengetahui dengan jelas kerja yang perlu mereka lakukan. Dengan cara ini, objektif dan matlamat organisasi akan dapat dicapai secara teratur, cekap, dan berkesan. Contohnya pengurus telah menubuhan senarai jawatankuasa untuk menguruskan pertandingan drama peringkat daerah seperti jawatankuasa siaraya, buku program, pendaftaran dan sebagainya

F3

Menjelaskan spesifikasi tugas Selepas unit-unit jawatankuasa tertentu dibentuk, langkah yang seterusnya ialah menentukan bilangan ahli yang diperlukan di setiap unit, pihak yang akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab ahli, serta rantaian arahan. Pihak pengurusan atasan akan membuat pengagihan tugas-tugas kepada ketua jawatakuasa dan memaklum kepada mereka tentang objektif yang perlu dicapai. Ketua jawatakuasa pula akan mengagihkan tugas kepada individu-individu yang sesuai supaya tugas dilaksanakan dengan baik. Tugas-tugas yang diberikan haruslah berpadanan dengan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pekerja. Seseorang ahli juga akan diberikan autoriti, iaitu hak atau kebenaran untukmengambil sesuatu keputusan dan tindakan. Perlaksanaan tugas menjadi lebih sistematik dan mengelakkan konflik Contohnya pengurus telah menyenaraikan bidang tugas yang perlu dilakukan oleh setiap jawatakuasa yang dilantik. Jawatankuasa pendaftaran misalnya perlu menyediakan borang untuk pendaftaran setiap pasukan drama yang terlibat

STPM - 922/3 2019

SULIT*

8

F4

Membentuk saluran komunikasi yang formal dan jelas Pengurus sesebuah telah membentuk saluran komunikasi yang formal dan jelas. Ini memudahkan ahli jawatankuasa untuk mengetahui rantaian arahan, iaitu kepada siapa mereka perlu membuat laporan. Selain itu ia juga memudahkan ajk untuk merujuk jika timbul masalah mengikut hiraki struktur organisasi. Contohnya pengurus telah menyediakan carta organisasi yang mengandungi keseluruhan jawatankuasa yang dibentuk

F5

Kerja dapat dilakukan secara sistematik dan cepat Hasil daripada proses pengorganisasian ini menyebabkan kerja-kerja dapat dilakukan secara teratur serta dapat dilakukan dengan pantas mengikut jangka waktu yang ditetapkan. Ini adalah kerana setiap unit jawatankuasa tahu akan batasan kerja yang perlu mereka selesaikan dan sebarang masalah yang timbul boleh terus dirujuk kepada pihak pengurusan berdasarkan carta organisasi yang telah dibentuk. Contohnya jawatankuasa siaraya telah menyenaraikan kesemua peralatan yang diperlukan untuk pertandingan dan memastikan setiap peralatan tersebut diselengara dengan baik dan dapat berfungsi pada hari pertandingan

F6

Pengkhususan kerja dapat dilakukan Pengurus pertandingan telah berjaya melakukan pengkhususan kerja. Pengkhususan bererti memberi penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang. Tidak akan berlaku di mana sebuat jawatankuasa melakukan dua kerja dalam satu masa. Pengkhususan adalah berasaskan pembahagian kerja, iaitu suatu proses di mana AJK pertandingan ditugaskan untuk menjalankan satu peringkat kerja tertentu mengikut kebolehan dankepakaran mereka. Kesannya tugasan yang diberikan dapat dilakukan dengan teliti dan lebih efisien. Contohnya jawatankuasa perhubungan awam telah menjalankan kerjakerja yang berkaitan dengan promosi pertandingan drama tersebut seperti membuat hebahan di radio tempatan supaya lebih ramai penyertaan.

Kemukakan 5 isi 1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh) 5 isi x 4 markah = 20 markah C:

Penutup[2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/ pendirian/ penilaian / harapan /refleksi Pembahagian markah Pendahuluan = 3 markah Isi-isi = 20 markah Penutup = 2 markah =========== Jumlah 25 markah ===========

STPM - 922/3 2019

SULIT*

9 Bahagian C: Multimedia Dalam Sastera [25 markah]

5 Salah satu elemen penting dalam penghasilan multimedia ialah penggunaan media dio visual yang berkesan. Berdasarkan pernyataan tersebut : (a) Jelaskan ciri-ciri media audio visual yang baik dalam persembahan multimedia. [9] (b) Huraikan kepentingan media audio visual dalam persembahan multimedia . [16] Skema Pemarkahan (a)

Ciri-ciri media audio visual yang baik dalam persembahan multimedia.

F1

Tidak menimbulkan kekeliruan atau percanggahan maklumat. Audio yang hendak diaplikasikan hendaklah sesuai dengan paparan yang dipaparkan. Contohnya, muzik yang suspen boleh digunakan bagi menimbulkan suasana tegang. Tanpa muzik tersebut sudah tentu paparan akan menjadi hambar dan kurang menarik perhatian pada khalayak.

F2

Tidak menyentuh isu atau budaya masyrakat . Terdapat muzik atau bunyi bunyian tertentu yang boleh meninggalkan kesan budaya pada masyarakat tetentu dan ini boleh menyentuh sensitviti dan akan memberi impak dari segi persembahan. Contohnya, penggunaan azan pada paparan yang kurang tepat boleh menyentuh sensitiviti orang Islam.

F3

Mudah diselenggarakan. Muzik atau bunyi bunyian yang hendak digunakan dalam persembahan sewajarnya mudah untuk dikendalikan seperti mudah untuk disunting, dimuat turun serta boleh diaplikasikan pada persembahan tanpa kerumitan. Jika tidak ini akan menyebabkan audio yang digunakan akan mengalami masalah dari segi kualitinya dan ini akan mengganggu persembahan maltimedia.

F4

Tempoh masa yang dipaparkan dan kemampuan aplikasi. Tidak terlalu lama dan cepat juga memainkan peranan dalam penggunaan audio dalam persembahan multimedia. Jangka waktu atau durasi muzik yang digunakan perlu diselaraskan dengan paparan dalam persembahan multimedia. Jika sebaliknya terlalu pantas akan mengakibatkan persembahan sukar untuk dihayati.

F5

Sesuai dan memberikan kesan penghayatan. Audio visual yang digunakan dalam persembahan boleh mengiringi persembahan multimedia sama ada pada teks ataupun grafik, jika audio tidak sesuai sudah tentu ia persemahan kurang menarik dan mungkin menjadi agak pelik.Contohnya instrumental yang mengasyikkan boleh diguna sebagai bunyi latar bagi persembahan multimedia sepeti menggambarkan pemandangan yang indah sebagaiman yang digambarkan dalam Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri.

F6

Mesra pengguna

F7

Kesan bunyi yang ringkas dapat menarik minat audien.

F8

Berfungsi dan mempunyai tujusn

F9

Audio visual bersifat dinamis.

Kemukakan 3 isi 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh ) 3 isi x 3 markah = 9 markah STPM - 922/3 2019

SULIT*

10

(b)

Kepentingan audio visual.

F1

Dapat meneguhkan mesej yang ingin disampaikan. Dengan menggunakan audio, maklumat tambahan dapat disampaikan dengan mudah dan pantas. Ini seterusnya dapat mengukuhkan atau meneguhkan lagi mesej yang cuba disampaikan melalui media-media lain.

F2

Dapat menarik perhatian dan menghidupkan suasana. Sesebuah persembahan yang hanya menggunakan teks dan grafik akan membosankan tanpa penggunaan sebarang kesan bunyi.

F3

Menyokong maklumat tambahan.. Setiap pelajar mempuyai strategi pembelajaran masing-masing. Penggunaan audio dapat menyediakan maklumat tambahan yang diperlukan bagi menyokong strategi pembelajaran yang ada.

F4

Dapat membangkitkan kesan emosi. Jalinan audio yang sesuai dapat memberi kesan pada emosi dan pemikiran audien. Ini seterusnya membolehkan mereka menghayati proses penyampaian maklumat dengan lebih mudah.

F5

Dapat meningkatkan kefahaman audien terhadap sesuatu isi kompleks.

F6

Memudahkan penerangan berkenaan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan teks atau grafik semata-mata.

F7

Dapat meningkatkan minat dengan mengekalkan penumpuan audien.

F8

Audio bertindak sebagai panduan kepada pengguna.

F9

Audio dapat menambahkan kesan realisme atau realistik apabila menyampaikn maklumat.

Kemukakan 4 isi 1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh ) 4 isi x 4 markah = 16 markah

STPM - 922/3 2019

kandungan yang

SULIT*

11

6

Jelaskan panduan untuk menghasilkan papan cerita bagi sesebuah persembahan multimedia. [25]

A

Pengenalan [3]

F1

Pengenalan umum papan cerita- papan cerita sebagai pelan atau perancangan bertulis yang disediakan sebelum sesuatu hasil multimedia dilakukan.

F2

Kegunaan/fungsi/tujuan papan cerita

F3

Format papan cerita-mempunyai format yang standard bagi tujuan memudahkan penyelarasan. Papan cerita sesuai digunakan sebagai panduan

F4

Mengemukakan isi-isi yang dibincangkan.

Kemukakan 3 isi 1 isi= 1 markah 3 isi= 3 markah B

Isi [20]

F1

Membuat perancangan Menentukan tujuan/objektif yang hendak diketengahkan selaras dengan persembahan multimedia. Bentuk persembahan juga perlu ditentukan sama ada menggunakan perisian yang mesra pengguna atau sebaliknya. Bahan sastera yang hendak diketengahkan perlu melalui saringan agar ia sesuai dan tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan khalayak.

F2

Mengadakan perbincangan berdasarkan perkara yang dirancang Pembina persembahan multimedia perlulah mengadakan perbincangan berdasarkan bentuk persembahan yang telah dirancang. Elemen multimedia yang hendak digunakan perlu dikenalpasti kekuatan, kelemahan serta keupayaan untuk dilakukan penambahbaikan bagi memastikan pemindahan bahan sastera tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

F3

Melaksanakan apa yang dirancang Pembina persembahan multimedia perlu melaksanakan perkara yang telah dirancang dan dibincangkan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti mamastikan penerapan elemen multimedia dalam persembahan yang dibina. Arahan media perlu jelas supaya pakar media tahu jenis media yang perlu disediakan berdasarkan skrin papan cerita yang tertentu. Perkataan atau ayat yang dipilh sesuai dengan kelompok sasaran. Lakaran seberapa tepat yang boleh bagi mewakili idea yang hendak dipaparkan pada skrin sebagai panduan kepada pereka grafik. Saiz font yang konsisten, saiz tertingkap untuk video suara perlu disediakan dalam pelbagai bentuk.

F4

Penilaian semula Kajian atau penilaian semula perlu dilakukan bagi membandingkan antara perancangan dengan hasil papan cerita. Ia juga bertujuan untuk membuat penambahbaikkan selain memastikan kesesuaian papan cerita tersebut yang akan diaplikasikan dalam sesebuah persembahan multimedia

Kemukakan 5 isi 1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh ) 5 isi x 4 markah = 20 markah

STPM - 922/3 2019

SULIT*

C:

12

Penutup[2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/ pendirian/ penilaian / harapan /refleksi Pembahagian markah Pendahuluan = 3 markah Isi-isi = 20 markah Penutup = 2 markah =========== Jumlah 25 markah ===========

STPM - 922/3 2019