Data Loading...
SOALAN & SKEMA JAWAPAN Flipbook PDF
SOALAN & SKEMA JAWAPAN
99 Views
82 Downloads
FLIP PDF 336.54KB
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] Aspek
Soalan/Tugasan 1. Jelaskan maksud Imperialism Barat. -
Imperialism merupakan dasar sesebuah negara untuk meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialism telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. Walaupun begitu, Imperialism moden bermula sejak abad ke-15 dan ke-16 apabila kuasa-kuasa barat seperti sepanyol dan Portugal menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Kegiatan ini didorang oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan ini. (5 Markah)
2. Nyatakan kuasa Imperialism Barat di Asia Tenggara / Nama kuasa Barat yang terlibat dengan kegiatan Imperialism. -
Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialism di Asia Tenggara. Misalnya, Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila Berjaya menawan Melaka pada
Pengenalan
tahun 1511. Selain itu, Sepanyol pula menawan Filipina. Selanjutnya, Belanda telah menawan Indonesia. Manakala, Britain telah menawan Burma, Tanah Melayu (selepas Portugal dan Belanda). Akhir sekali, Perancis telah menawan IndoChina pada 1887. (5 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] Fakta: 1. Faktor-faktor Imperialism Barat di Asia Tenggara. -
Antara faktor imperialism barat di asia tenggara adalah kerana kedudukan asia tenggara yang begitu strategi. Hal ini dikatakan demikian kerana asia tenggara terletak di antara china dan india. Selain keadaan tanah yang subur, asia tenggara juga kaya dengan bahan mentah. Hal ini secara tidak langsung telah menarik minat imperialism barat untuk mengusai asia tenggara. Misalnya, Tanah Melayu dan Indonesia diperlukan oleh Barat kerana kedua-dua negara ini begitu kaya dengan bijih timah. Di Thailand pula, negara tersebut diperlukan oleh barat adalah kerana kekayaannya dengan bijih timah dan kayu jati. Di Burma pula, mereka begitu kaya dengan kayu jati manakala di Filipina pula kaya dengan tebu dan kelapa. Seterusnya, kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke17 telah membolehkan Barat mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Hal ini telah menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten dan juga memerlukan kawasan pasaran baru. Perluasan
Isi dan Huraian
imperialism barat di asia tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan terusan suez telah memendekkan jarak perjalanan dari barat ke timur dan menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan. Penciptaan telegraf juga telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara barat dan timur. Selanjutnya, persaingan antara kuasa barat juga telah menyebabkan negaranegara di asia tenggara menjadi mangsa imperialism barat. Hal ini kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh dan juga melambangkan kekuatan serta kekayaan kuasa barat tersebut. Akhir sekali, slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa british dan belanda dalam menjalankan imperialism. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kearah kehidupan yang lebih sejahtera. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 2. Perubahan politik di negara Asia Tenggara. a. Indochina. -
Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada golongan pembesar tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap birokrasi diketuai oleh Golongan Mandarin. Golongan Mandarin di Vietnam pula dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Golongan ini juga dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusteraan China. Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Perancis juga telah membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Walaupun begitu, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
b. Tanah Melayu. -
Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Hal ini telah menjadi ikutan kebanyakkan negeri Melayu. Namun, setelah penaklukan Portugis terhadap Melaka, ianya telah meruntuhkan institusi raja di Melaka. Semasa pemerintahan Belanda, Institusi raja yang diamalkan di Tanah Melayu dihapuskan oleh Belanda. Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan dan dijadikan Negeri-negeri Selat (NNS). Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Konsular. Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu pula dikekalkan. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pula ialah Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan. British telah memperkenalkan sistem residen. Manakala, di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British telah memperkenalkan sistem penasihat. Selain itu, Residen dan Penasihat diletakkan dibawah Gabenor NNS. Tugas utama bagi residen dan penasihat British adalah untuk menasihati sultan dalam semua perkara kecuali Hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Daripada perubahan politik ini, British perkenalkan pelbagai perubahan. Contohnya Sistem kehakiman Barat, Sistem Pengutipan Cukai, Pembahagian negeri kepada
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] beberapa daerah, Penubuhan Balai Polis. c. Filipina. -
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dipanggil Barangay. Barangay ini telah diperintah oleh golongan datu. Di selatan kepulauan Filipina pula wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Selepas kedatangan Sepanyol pula, Sepanyol telah memperkenalkan sisitem pentadbiran berpusat. Gabenor Jeneral dikenali sebagai pemerintah tertinggi dan diikuti oleh Ketua Datuk Bandar iaitu pentabir wilayah. Seterusnya, Gabenor Kecil pula sebagai pentadbir bandar. Bagi pentadbiran peringkat tempatan, ia dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang telah diketuai oleh Encomiendero. Selanjutnya, penyatuan barangay ini telah memberi kesan negatif kepada Filipina iaitu kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu. Antara tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay. Namun begitu, sistem ini dibenci oleh penduduk Filipina kerana mereka telah dikenakan cukai yang tinggi serta kerahan tenaga kepada mereka.
d. Indonesia. -
Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan. Misalnya kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati di Jawa. Setelah Belanda menguasai Indonesia, Belanda telah membahagikan pentadbiran kepada dua. Misalnya pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral. Selain itu, pentadbiran tempatan pula dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan Belanda. Selanjutnya, Belandan telah menubuhkan beberapa jabatan kerajaan. Antara jabatan kerajaan ialah Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Belandan juga telah menubuhkan dewan tempatan. Fungsi dewan tempatan adalah sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan. Akhir sekali, Belanda telah menubuhkan Volksraad. Penubuhan ini merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kea rah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] e. Burma. -
Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Raja merupakan penaung kepada sami Buddha. Selepas British menguasai Burma, British telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional terhapus. Seterusnya, pesuruhjaya British menjadi pemerintah tertinggi Burma. Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 pula diperkenalkan. Hal ini telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. Myo-ok (pegawai bandaran) dan Sistem Undang-Undang Barat diperkenalkan dan telah mengambil alih pentadbiran daerah. Ini telah menyebabkan pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penaung sami Budha diambil alih oleh Undang-Undang Barat. Majlis Perundangan telah diperkenalkan dan beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran.
f.
Thailand.
-
Birokrasi Barat di Thailand diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Selain itu, Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan serta melatih pegawai-pegawai tempatan. Contohnya, penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain. Selanjutnya, penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis. Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Manakala, golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan pendidikan. Sistem raJa berperlembagaan telah diperkenalkan bagi menggantikan sIstem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini menggurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 3. Kesan Imperialism Barat ke atas Asia Tenggara. Kesan politik -
Dari segi politiknya, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik. Hal ini dikatakan demikian kerana para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan juga pentadbir dari Barat. Sistem politik termasuk perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai sistem Barat. Oleh itu, kuasa Barat telah menguasai Tanah Melayu, Burma, Indonesia dan lain-lain. Misalnya di Filipina sebelum penjajahan Sepanyol, Fillipina terdiri daripada barangay (daerah-daerah kecil) yang diperintah oleh golongan datu. Namun begitu, selepas kedatangan Sepanyol, Sepanyol telah memperkenalkan sistem encomienda yang mengggabungkan barangay-barangay tersebut. Sistem ini telah diperintah oleh encomiendaro yang bertujuan untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay.
Kesan ekonomi -
Dari segi ekonomi pula, kegiatan ekonomi peribumi pula telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan. Misalnya, di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri pihak British. Bagi kegiatan penanaman getah, getah telah diperkenalkan oleh Henry N. Ridley. Beliau telah mengadakan pameran mengagihkan benih getah secara percuma. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti tulang ikan kering (tidak merosakkan pokok). Antara bukti imperialisme Barat dari segi ekonomi di Tanah Melayu yang ada sehingga hari ini, Harrisons and Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby. British mengutamakan sektor pertanian yang berteraskan eksport. Sektor ini yang menyumbang kepada pendapatan kerajaan British. Misalnya, penanaman ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, kopi dan tembakau.
Kesan sosial -
Dari segi sosialnya, kuasa Barat juga telah bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain. Hal ini kerana buruh tersebut untuk dijadikan tenaga kerja bagi
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] keperluan ekonomi komersial mereka. Dasar ini juga telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidaklah mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka. Tugas untuk merangsang dan menjalinkan hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum telah dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. Ini merupakan salah satu lagi peningglan dan kesan daripada era penjajahan. Di Tanah Melayu, British telah membawa masuk imigran dari China dan India shingga menyebabkan belakunya pembentukan masyarakat berbilang kaum. Buruh India tinggal di kawasan estet manakala buruh Cina tinggal di kawasan Bandar. Kesan pendidikan -
Dengan pertapakan Barat terhadap Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan. Penjajah hanya memberikan pendidikan peringkat rendah kepada golongan elit dan penduduk bandar. Penjajah juga menekankan penggunaan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Contohnya, di Indonesia, anak golongan priyayi iaitu golongan yang berkedudukan diberi keistimewaan tersendiri berbanding anak orang biasa. Di Burma pula, pengenalan pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan untuk memberi saingan kepada sekolah Buddha. Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pedidikan inilah yang kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi yang berkuasa selepas merdeka. Inilah satu-satunya perkara yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini.
Kesimpulan -
Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah yang seharusnya disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan generasi yang akan datang. Kesedaran tersebut tentunya akan mendorong seseorang itu untuk memahami situasi negara selepas penjajahan secara lebh menyeluruh. Kita dengan sendirinya akan dapat menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalam pelbagai bidang yang terpaksa dilakukan oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. Dengan itu juga agenda kerajaan untuk membaiki keadaan rakyat akan dapat difahami dan dihayati
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] dengan lebih baik lagi. Sekiranya ini dilakukan, tentulah mudah bagi generasi kini dan generasi yang akan datang untuk turut memberikan sumbangan positif demi kebaikan dan kemajuan bangsa dan negara. Sumbangan sedemikian seharusnya dilakukan secara bertungkus-lumus dan berterusan dalam apa jua lapangan kehidupan rakyat. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 4. Huraikan kepentingan Asia Tenggara terhadap ekonomi Imperialism Barat. -
Antara kepentingan Asia Tenggara terhadap ekonomi imperialism Barat adalah kerana kedudukan asia tenggara yang begitu strategi. Hal ini dikatakan demikian kerana asia tenggara terletak di antara China dan India. Selain keadaan tanah yang subur, asia tenggara juga kaya dengan bahan mentah. Hal ini secara tidak langsung telah menarik minat imperialism barat untuk mengusai ekonomi asia tenggara. Misalnya, Tanah Melayu dan Indonesia diperlukan oleh Barat kerana kedua-dua negara ini begitu kaya dengan bijih timah. Di Thailand pula, negara tersebut diperlukan oleh barat adalah kerana kekayaannya dengan bijih timah dan kayu jati. Di Buma pula, mereka begitu kaya dengan kayu jati manakala di Filipina pula kaya dengan tebu dan kelapa. Seterusnya, kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17 telah membolehkan Barat mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Hal ini telah menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten dan juga memerlukan kawasan pasaran baru. Perluasan imperialism barat di asia tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan terusan suez telah memendekkan jarak perjalanan dari barat ke timur dan menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan. Penciptaan telegraf juga telah membawa perubahan terhadap perhubungan antara barat dan timur. Selanjutnya, persaingan antara kuasa barat juga telah menyebabkan negara-negara di asia tenggara menjadi mangsa imperialism barat. Hal ini kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh dan juga melambangkan kekuatan serta kekayaan kuasa barat tersebut. Akhir sekali, slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa british dan belanda dalam menjalankan imperialism. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa mereka bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kearah kehidupan yang lebih sejahtera. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 5. Huraikan ciri-ciri sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara. -
Antara ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Misalnya, selepas kedatangan Sepanyol, Sepanyol telah menyatukan barangay. Selain itu, pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbiran di tanah jajahan. Sebagai contohnya, di Filipina selepas kedatangan Sepanyol, Gabenor Jeneral dilantik sebagai pemerintah tertinggi. Di Indonesia pula, selepas kedatangan Belanda, pentadbiran pusat diketuai oleh Gabebor Jeneral dan pentadbiran tempatan yang diterajui oleh pembesar-pembesar tempatan serta diawasi oleh pegawai Belanda. Seterusnya, pelaksanaan pentadbiran melalui biro jabatan. Buktinya, di Burma pentadbiran mereka diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran). Beberapa buah jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan, jabatan pelajaran telah ditubuhkan. Di samping itu, pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro. Hal ini dikatakan demikian kerana ketua datuk bandar (pentadbir wilayah) dan gabenor kecil (pentadbir Bandar) telah dilantik oleh Barat. Akhir sekali, pengenalan undangundang barat. Uswahnya, pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 6. Apakah kesan pengenalan sistem Birokrasi Barat terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara? Berikan penjelasan anda. -
Antara kesan pengenalan sistem Birokrasi Barat terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Misalnya, sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dipanggil Barangay. Barangay ini telah diperintah oleh golongan datu. Namun selepas kedatangan Sepanyol, Sepanyol telah menyatukan barangay. Hal ini juga telah menyebabkan kemerosotan dalam sistem pemerintahan tradisional. Kesan seterusnya adalah pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbiran di tanah jajahan. Sebagai contohnya, di Filipina sebelum kedatangan Sepanyol, mereka diperintah oleh golongan Datu.
Namun selepas
kedatangan Sepanyol, Gabenor Jeneral dilantik sebagai pemerintah tertinggi. Di Indonesia pula, sebelum kedatangan Belanda, mereka diketuai oleh raja dan dibantu oleh pembesar. Namun begitu selepas kedatangan Belanda, pentadbiran pusat diketuai oleh Gabebor Jeneral dan pentadbiran tempatan yang diterajui oleh pembesar-pembesar tempatan serta diawasi oleh pegawai Belanda. Selain itu, kesannya adalah pelaksanaan pentadbiran melalui biro jabatan. Buktinya, di Burma pentadbiran mereka diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran). Di samping itu, pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro. Hal ini dikatakan demikian kerana ketua datuk bandar (pentadbir wilayah) dan gabenor kecil (pentadbir Bandar) telah dilantik oleh Barat. Akhir sekali, pengenalan undang-undang barat. Uswahnya, pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 7. Pengenalan sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa Barat. Berikan penjelasan anda. -
Pengenalan sistem birokrasi barat di Asia Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa Barat kerana ia bertujuan untuk meluaskan tanah jajahan. Hal ini kerana berlakunya persaingan kuasa-kuasa barat. Sebagai contoh, Kesultanan Melayu Melaka pada awalnya dikuasai oleh Portugis kemudian diikuti oleh Belanda dan akhir sekali ia dijajah oleh British. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain itu, sistem ini dilaksanakan bertujuan mencari kekayaan dengan adanya revolusi perindustrian. Hal ini membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Tambahan pula, perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Misalnya penggunaan kapal berkuasa wap secara tidak langsung boleh memuatkan lebih banyak barang. Manakala, pembukaan Terusan Suez yang berfungsi untuk memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur serta menyebabkan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Seterusnya, pengenalan sistem birokrasi juga bertujuan menguasai pasaran di Asia Tenggara. Mereka memerlukan kawasan yang lebih pesat di Timur. Hal ini kerana tanah jajahan mereka berpontensi untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan mereka. Di samping itu, mubaligh Kristian juga berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama kristian kepada penduduk di tanah melayu jajahan. Tambahan pula, sebelum kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Imperialis Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik adalah perlu untuk menguasai ekonomi negaranegara jajahan. Hal ini juga merupakan matlamat utama dasar imperialism mereka. Sebagai contoh, Sepanyol telah memperkenalkan sistem Encomienda di Filipina. Oleh itu, kuasa-kuasa barat telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja bagi menutup tipu muslihat mereka. Pertama sekali, sistem ini diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Antara ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di negaranegara Asia Tenggara ialah penubuhan Kerajaan Pusat. Kerajaan pusat ialah hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Sebagai contoh, British telah
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dan penubuhan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNTB) iaitu Kedah, kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor. Selepas itu, berlaku perlantikan Gabenor Jeneral di tanah jajahan. Gabenor Jeneral ini dilantik sebagai pentadbir di tanah jajahan. Sebagai contoh, di Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran pusat dengan Gabenor Jeneral sebgai pemerintah tertinggi. Seterusnya, sistem birokrasi Barat telah melaksanakan pentadbiran melalui biro iaitu jabatan bagi setiap negeri. Sebagai contoh, Burma, British telah melaksanakan Majlis Perundangan. Beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, Jabatan kesihatan dan jabatan pelajran telah ditubuhkan. Di samping itu, sistem birokrasi Barat telah melantik pegawai Barat sebagai ketua biro. Sebagai bukti, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Akhir sekali, sistem birokrasi Barat juga telah mengenalkan undangundang Barat. Sebagai contoh, di Burma, pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undangundang Barat. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] KBAT: 1. Penjajahan Alaf baru telah berlaku ke atas masyarakat dan negara Malaysia kini. a. Negara -
Antara kesan penjajahan alaf baru kepada negara adalah mewujudkan ketidakstabilan politik. Selain itu, meluaskan pengaruh melalui proksi atau melantik pemimpin boneka di negara yang ingin dikuasai. Seterusnya, menguasai sesebuah negara dengan ketenteraan di bawah payung PBB. Selanjutnya, mengawal ekonomi sesebuah negara dengan alasan sekatan ekonomi antarabangsa. Selepas itu, menguasai sesebuah negara melalui pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang tinggi. Disamping itu, menguasai hasil ekonomi sesebuah negara yang berdaulat. Negara kecil juga akan gerun serta akur dengan tindakan negara-negara besar. Akhir sekali, menggunakan media sosial untuk mewujudkan pekerjaan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara.
b. Masyarakat -
Antara kesan penjajahan alaf baru kepada masyarakat pula adalah rakyat mudah terpengaruh
dengan
memperjuangkan
pertubuhan-pertubuhan
pelbagai
hak
rakyat
kerajaan
negara ini.
yang
dikatakan
Kebanyakkan mereka
menyuarakan pendapat orang asing yang mempunyai niat buruk terhadap rakyat negara kita. Contohnya, mereka tidak perlu menyertai badan-badan bukan kerajaan untuk mengancam kerajaan dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara. Liberalisasi dalam komunikasi terutama kelonggaran mengawasi isi kandungan dalam media elektronik menyumbang kepada penjajahan budaya dalam bentuk baru. Isi kandungan program televisyen berbayar misalnya seolah-olah dunia sudah tidak ada sempadan apabila nilai-nilai liberal menjadi kayu sukatan hiburan yang menjurus kepada hedonisme. Selain memasuki pasaran negara ini untuk menjual jenama berkenaan, Amerika mengambil kesempatan menjual ideologi dan budaya stesen-stesen di negara kita. Laman-laman sosial telah di budayakan sedemikian rupa dan penjajahan budaya telah berjaya apabila penyebaran maklumat palsu, maki-makian serta penentangan terhadap pemerintah berlaku secara membuta tuli. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 2. Hubungkait pengenalan sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran negara Malaysia kini. -
Antara hubungkait pengenalan sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran negara Malaysia kini ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Pada masa kini, Malaysia sudah menubuhkan beberapa buah kerajaan pusat yang berfungsi sebagai melicinkan pentadbiran negara. Selain itu, pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir pada masa lalu digantikan pada masa kini dengan raja sebagai pemimpin negara. Raja merupakan pemimpin ataupun ketua negara yang berhak menentukan segala urusan negara. Seterusnya, pelaksanaan pentadbir melalui biro yang diamalkan oleh penjajah digantikan di Malaysia melalui PRU yang diadakan. Pilihan Raya Umum yang diadakan adalah bertujuan untuk memilih sesiapa pemimpin negara yang lebih layak. Disamping itu, pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro pada zaman penjajah digantikan oleh perdana menteri sebagai ketua kerajaan. Perdana menteri berhak memecat cabinet kerajaan yang tidak akur akan undang-undang kerajaan. Akhir sekali, pengenalan undang-undang Barat digantikan dengan undang-undang berpelembagaan negara. Perlembagaan negara merupakan undang-undang yang termaktub dan wajib dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 3. Persiapan yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan masa hadapan. -
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
Hal ini dapat dilakukan oleh kerajaan dengan meneruskan sistem
demokrasi berparlimen. Kerajaan juga perlulah mengutamakan hak rakyat bersuara untuk memilih pemimpin yang berkaliber berdasarkan pilihan raya yang diadakan. Misalnya, mewajibkan belia 21 tahun dan ke atas mendaftarkan diri sebagai pengundi. Selain itu, melaksanakan pentadbiran dengan sistematik. Oleh itu, kerajaan hendaklah mengemaskini perlembagaan negara dengan lebih teratur. Contohnya, mengekalkan sistem kerajaan persekutuan. Selanjutnya, kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang negara. Hal ini dapat dilakukan oleh kerajaan dengan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan negara. Sebagai contoh, membanteras gejala rasuah. Disamping itu, meningkatkan pendidikan negara. Kita perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas termasuklah isu-isu perkembangan negara. Hal ini bertujuan agar kita tidak mudah dimanipulasikan dan diperdaya oleh pendatang asing. Sebagai uswahnya, kerajaan menekankan atau menitikberatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Akhir sekali, kita perlulah mewujudkan perpaduan antara kaum. Hal dapat dilakukan melalui program yang melibatkan semua kaum. Contohnya, pelancaran program 1Murid 1Sukan dan 1Malaysia yang melibatkan semua bangsa dan kaum. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 4. Jelaskan keberkesanan sistem Birokrasi Barat terus diamalkan setelah negara mencapai kemerdekaan. -
Antara keberkesanan sistem Birokrasi Barat terus diamalkan setelah negara mencapai kemerdekaan adalah dengan perlantikan Gabenor General. Negara melantik seorang ketua atau pemerintah tertinggi. Contohnya, negara Malaysia telah melantik perdana menteri sebagai ketua kerajaan untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal negara serta isu-isu yang melibatkan kerajaan. Perdana menteri juga membantu Yang Dipertuan Agong untuk melicinkan dan melancarkan proses pemerintahan negara Malaysia. Dengan itu, pemerintahan negara Malaysia lebih sistematik dan teratur. Selain itu, penubuhan kerajaan pusat. Negara Malaysia telah menubuhkan pusat pentadbiran. Malaysia juga telah menjadikan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara Malaysia. Terdapat pelbagai jabatan kementerian yang terdiri dari pelbagai bidang. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Negara, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan dan Jabatan pendaftaran Negara. Dengan itu, segala urusan dapat dilaksanakan dengan baik kerana semua kuasa pentadbiran negara disatukan dalam satu kawasan yang strategik. Seterusnya, pelaksanaan pentadbiran melalui jabatan. Malaysia juga telah menubuhkan beberapa buah jabatan kementerian untuk mengagihkan tugas-tugas mengikut bidang-bidang tertentu. Sebagai uswahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berfungsi untuk menguruskan dan menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan pendidikan negara Malaysia. Dari tinta kaca yang berbeza, Kementerian Kesihatan Malaysia pula ditubuhkan untuk menguruskan segala bentuk urusan yang berkeneaan dengan kesihatan anak watan bangsa. Contohnya, kerajaan membuat kempen kesihatan supaya anak watan bangsa mendapat kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dalam diri setiap individu. Selanjutnya, pelantikan pegawai sebagai ketua biro. Zaman era globalisasi kini, Malaysia telah mewujudkan jawatan menteri dan pegawai-pegawai besar. Jawatan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk megetuai jabatan-jabatan kecil. Contohnya, perwujudan kerajaan negeri yang bertujuan untuk mentadbir negeri-negeri di Malaysia. Disamping itu, kerajaan negeri telah melantik menteri besar sebagai ketua biro. Menteri besar berfungsi untuk mengawasi segala urusan-urusan yang berlaku
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] dalam negeri. Kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk menentukan hari cuti bagi negeri tersebut dan mewujudkan undang-undang negeri. Akhir sekali, pengenalan undang-undang. Malaysia telah mewujudkan perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini telah diwujudkan sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk membataskan setiap tingkah laku anak watan bangsa. Setiap rakyat Malaysia tidak mengira apa jua salah laku sekalipun akan tetap dikenakan tindakan jika melanggar perlembagaan Malaysia. Sebagai uswah Yang Dipertuan Agong dilantik dari 9 buah negeri dan memerintah negara bedasarkan perlembagaan Malaysia yang telah ditetapkan. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 5. Huraikan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan sitem birokrasi yang berkesan dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. -
Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan sistem birokrasi yang berkesan ialah kekurangan ilmu pengetahuan oleh pemimpin dalam semua urusan dunia. Oleh itu, negara akan dipimpin oleh pemimpin yang tidak berilmu. Sekaligus akan merosotkan prestasi negara. Selain itu, sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dalam memainkan peranannya bagi menyatukan perpaduan kaum. Sikap seperti ini secara tidak langsung akan menyebabkan perpecahan kaum. Kesannya, perbalahan dan pertumpahan darah akan berlaku. Seterusnya, undangundang negara yang begitu longgar. Oleh itu, amalan rasuah dalam negara akan berleluasa. Kesannya, imej negara akan tercemar. Disamping itu, amalan korupsi dalam pentadbiran diamalkan. Sikap pilih kasih dalam pentadbiran akan menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Maka, keadaan negara juga akan berlaku kucarkacir. Akhir sekali, sikap pemimpin yang tidak bersedia untuk memimpin sesebuah Negara atau organisasi. Antara langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah mewajibkan rakyat meningkatkan ilmu pengetahuan. Misalnya, menggalakkan rakyat mahir dalam bidang ICT. Selanjutnya, mengukuhkan perpaduan kaum. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Seterusnya, menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan perlulah membanteras amalan rasuah. Akhir sekali, mengurangkan karenah birokrasi. Oleh itu, kerajaan perlulah melakukan inovasi dalam pentadbiran. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 6. Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku dinegara kita. a. Penjajahan pemikiran. -
Antara penjajahan bentuk baru melalui penjajahan pemikiran ialah cara berfikir rakyat Malaysia terhadap pembangunan sahsiah dan modal insan dalam diri masyarakat. Hal ini demikian kerana, pemikiran yang dijajah adalah disebabkan oleh kemajuan negara-negara Barat dan ini juga menyebabkan masyarakat tempatan lebih membanggakan pemikiran negara luar berbanding negara sendiri. Sebagai contoh, rakyat Malaysia kini lebih mengagungkan kelebihan dan cara pemerintahan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya. Oleh itu, penjajahan pemikiran yang berlaku ini mampu membawa kepada kemerosotan negara.
b. Penjajahan budaya. -
Selain itu, penjajahan melalui budaya ini berlaku akibat masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya luar yang ditularkan melalui laman-laman sesawang. Hal ini demikian kerana, masyarakat kita menganggap budaya Barat lebih moden dan lebih bergaya berbanding budaya sendiri. Sebagai uswahnya, tarian Raver yang kian ditularkan di media sosial dalam kalangan anak-anak muda di negara kita mendapat sambutan yang hangat. Kesannya, ianya akan merosakkan budaya tarian tradisi masyarakat tempatan yang sebenar seperti tarian zapin yang diamalkan sejak zaman Tuk Nadur berkajang kain pelikat lagi.
c. Penjajahan ekonomi. -
Akhir sekali, penjajahan ekonomi juga telah berlaku kerana sikap masyarakat tempatan yang tidak menyokong atau menggunakan produk tempatan dan lebih gemar menggunakan produk luar negara. Hal ini telah menyebabkan sumber ekonomi di Malaysia dikuasai oleh kuasa luar. Sebagai tamsilannya, rakyat Malaysia lebih gemar membeli minuman Starbucks yang berasal dari negara Barat berbanding membeli Marrybrown yang merupakan produk tempatan Malaysia. Oleh itu, penjajahan ekonomi ini akan menyebabkan ekonomi negara tidak terus berkembang dan tidak maju disebabkan oleh sikap masyarakat sendiri. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 7. Ramalkan keadaan negara sekiranya penjajahan bentuk baru tidak dibendung daripada awal. -
Keadaan negara sekiranya penjajahan bentuk baru tidak dibendung daripada awal adalah, akan berlakunya ketidakstabilan politik. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya amalan kroni dalam pentadbiran diamalkan, maka akan berlakunya ketidakadilan dalam melantik pemimpin yang tiada ciri-ciri seorang pemimpin. Hal ini juga akan menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Selanjutnya, ketidakstabilan ekonomi juga akan berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat lebih mempercayai dan gemar membeli barang hasil keluaran negara luar. Hal ini secara tidak langsung juga akan menjejaskan ekonomi negara kerana rakyat kurang menyokong barang buatan Malaysia. Seterusnya, budaya tempatan dipinggirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana kemasukkan budaya luar telah mempengaruhi minda rakyat tempatan. Misalnya, budaya tarian K-Pop yang makin menular dalam kalangan rakyat tempatan telah meminggirkan budaya tarian zapin. Akhir sekali, kebebasan sosial dalam kalangan rakyat. Rakyat tidak akan dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Misalnya, pesta Makan Jerman yang berlansung di Shah Alam, telah memberi ruang kepada rakyat Malaysia tidak kira kaum mahupun agama untuk menyertainya. Kesannya, akhlak rakyat akan rosak dan iman mereka akan terbatal. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 8. Sejauh manakah anda memainkan peranan menghalang penularan penjajahan bentuk baru di negara kita? -
Sebagai warga patriotik, saya boleh berperanan menghalang penjajahan bentuk baru di negara kita dengan mengukuhkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan segala anasir luar. Selain itu, saya perlu menuntut ilmu dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada negara. Seterusnya, saya akan berupaya menghalang segala penjajahan bentuk baru di negara ini dengan berhati-hati terutamanya apabila menggunakan laman sosial. Hal ini kerana agar saya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang bertujuan untuk menjatuhkan negara. Selanjutnya, saya juga akan menanamkan nilai-nilai murni dalam diri. Hal ini kerana agar saya dapat membentuk peribadi yang luhur. Selepas itu, saya juga boleh menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ini kerana dapat meningkatkan jati diri dan menanam perasaan cinta akan negara. Bagi menghalang penjajahan bentuk baru dari aspek ekonomi, saya akan menggunakan dan menyokong barangan buatan Malaysia dan tidak akan membeli serta menyokong barangan buatan Barat. Bagi menghalang penjajahan bentuk baru dari aspek kebudayaan pula, saya akan mengamalkan budaya tempatan yang baik dan menjauhi budaya negatif dan Barat. Hal ini kerana ianya akan merosakkan minda dan akhlak kita. Akhir sekali, filemfilem yang kurang bermoral terutamanya dari Barat juga perlu dielakkan bagi menghalang penjajahan dari aspek sosial. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 9. Penguasan ekonomi oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat telah membolehkan negara-negara membangun menguasai harga komodisi dunia. Sebagai seorang pemimpin negara membangun, apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengekang penguasaan ekonomi oleh negara-negara tersebut. -
Langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk mengekang penguasaan ekonomi oleh negara-negara tersebut ialah menggalakkan R&D. Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang jitu merupakan salah satu faktor yang dapat memajukan ekonomi sesebuah wilayah tidak kira sama ada kajian sistematik mahupun
intensif
bagi
mendapatkan
hasil
kajian
untuk
menggalakkan
penambahbaikan pertumbuhan dan pembangunan sesebuah wilayah selaras dengan wawasan wilayah maju menjelang 2020. Selain itu, mengusai K-Ekonomi. Dengan menguasai kegiatan ekonomi yang berasaskan ICT, secara tidak langsung dapat memajukan ekonomi negara dan menjadikan negara sebagai sebuah negara yang begitu moden dalam sektor ekonomi dunia.
Selanjutnya, meningkatkan
usaha pemasaran. Dengan adanya bantuan MATRADE, pemasaran dapat diluaskan ke serata dunia. Sekaligus, dapat meningkatkan hasil keluaran dan permintaan semakin tinggi. Seterusnya, menghasilkan produk yang berdaya saing. Misalnya, jenama Proton mahupun Perodua perlu memasarkan keluaran keretanya ke persada dunia. Hal ini bertujuan agar dapat meningkatkan keluaran produk negara. Akhir sekali, mementingkan ilmu pengetahuan. Individu yang berilmu sahaja dapat menguruskan sesebuah pasaran negaranya degan baik dan teratur. Oleh itu, masalah ekonomi Negara dapat dikawal dan dibendung. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 10. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji. -
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah dapat membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri. Hal ini demikian kerana berdasarkan bab yang telah dikaji, negara-negara di Asia Tenggara telah melahirkan pejuang pejuang yang mempertahankan hak negara mereka dan secara tak langsung mereka juga telah memberi inspirasi kepada negara-negara Asia Tenggara yang lain. Tamsilnya, di Filipina pejuang nasionalismenya terkenal dari segi karya kesusasteraannya iaitu Noli Me Tangere (Jangan sentuh daku) karya Jose Rizal yang berjaya menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di serantau Asia Tenggara. Selain itu, pengorbanan yang diperlukan dalam menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat. Pengorbanan yang dimaksudkan adalah pejuang dan gerakan nasionalisme yang berani mempertahankan hak mereka. Sebagai contoh, di Sarawak James Brook yang digelar sebagai ‘Raja Putih Sarawak’ ingin menguasai beberapa buah daerah tempatan. Akan tetapi tindakan beliau ditentang oleh pemimpin iban iaitu Linggir, Rentap dan Syarif Masahor. Mereka sanggup bergadai nyawa demi mendapatkan hak kebebasan mereka. Seterusnya ialah mempertahankan hak kebebasan negara dari pelbagai aspek. Contohnya dari segi kesusasteraan, novel Tengiri Ikan Koil oleh Jose Rizal. Akhir sekali adalah memodenkan negara dari segi pentadbiran. Contohnya di Thailand, Raja Chulalnglokorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Thailand juga mengamalkan sikap buka pintu. Hal ini telah menyebabkan Thailand dapat mengelakkan pertumpahan darah antara pihak barat. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 1. Pengetahuan yang diperoleh. -
Pengetahuan yang diperoleh ialah kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi negara mereka. Hal ni dapat dibuktikan apabila Barat memperkenalkan sistem birokrasi Barat yang telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asia Tenggara. Selain itu, pentadbiran kerajaan yang diamalkan oleh penjajah ialah diskriminasi dan penindasan. Sebagai contoh, sistem tanaman paksa yang dilakukan oleh pihak Belanda kepada rakyat Indonesia. Dasar pentadbiran barat yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang menuntut pembaikkan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah. Sebagai contoh, isu kasut di Burma iaitu sikap orang Inggeris yang mendatangkan kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma. Disamping itu, penindasan dan pencerobohan penjajah telah menimbulkan kebencian pemimpin dan rakyat. Oleh itu, penduduk tempatan telah berjuang untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan daripada cengkaman penjajah.
Kesimpulan
Sehubungan dengan itu, muncul pemimpin tempatan seperti Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut, Rentap, Liggir dan Mat Salleh. (5 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 2. Nilai murni dan usur patriotism yang diperoleh kearah kemajuan negara dan bangsa Malaysia. -
Nilai murni yang diperoleh ialah nilai perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana penjajahan yang dilakukan oleh Barat telah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan diri rakyat untuk menuntut kemerdekaan negara mereka. Misalnya, di Tanah Melayu penubuhan Barisan Nasional telah ditubuhkan bagi semua penduduk tempatan demi menuntut kemerdekaan negara. Selain itu, nilai kepimpinan. Hal ini kerana negara yang dijajah oleh Barat telah menyebabkan pembesar tempatan hilang kuasa lantas para pembesar bangkit untuk memimpin rakyat dan negara demi merampas semula kuasa dan hak mereka. Misalnya, di Sarawak Sharif Masahor iaitu Gabenor Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei telah menentang James Brooke. Hal ini kerana Sharif Masahor kehilangan kuasa memungut cukai rakyat tempatan. Akhir sekali, nilai kebijaksanaan. Nilai ini telah dipamerkan oleh para nasionalis ketika memerangi dan mempertahankan tanah air mereka. Misalnya di Sarawak, Rentap bijak membina kubu bagi menyekat serangan James Brooke. (5 Markah)
-
Unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia ialah semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi. Semangat ini adalah dilihat sebagai satu faktor yang penting dalam suatu perjuangan. Selain itu, semangat ini juga sentiasa disemat oleh pejuang-pejuang nasionalis agar mereka sentiasa menyayangi tanah air. Seterusnya, semangat ini boleh dicontohi oleh generasi kini agar sentiasa menghargai perjuangan pejuang tanah air terdahulu. Sebagai contoh, generasi muda zaman kini dapat mencontohi semangat juang yang kental dengan menyertai PLKN agar dapat memajukan bangsa dan negara Malaysia. (5 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 3. Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia. -
Harapan saya untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia ialah rakyat Malaysia haruslah mengamalkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana dapat mengelakkan perselisihan fahaman antara kaum. Sekaligus, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman harmoni dan dicontohi oleh negara luar. Selain itu, saya berharap agar rakyat Malaysia menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, rakyat menguasai ilmu sains dan teknologi. Hal ini kerana rakyat dapat membantu mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia melalui pertandingan yang disertai seperti pertandingan Sains dan Teknologi peringkat antarabangsa. Akhir sekali, saya berharap agar rakyat Malaysia dapat mengamalkan nilai-nilai murni yang mulia. Hal ini kerana akan mencerminkan keunggulan rakyat kepada masyarakat negara luar. Misalnya, berbudi bahsa kepada pelancong luar negara yang datang berlancong ke negara kita. (5 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 4. Faktor kemunculan nasiolisme di Asia Tenggara. Antara faktor kemunculan nasiolisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan barat. Hal ini telah menyebabkan rakyat berasa tidak puas hati dengan dasar yang diperkenalkan. Penjajah barat telah memperkenalkan sistem birokrasi barat. Dasar berikut tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Selain itu, faktor pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasiolisme di Asia Tenggara. Agama telah bejaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama yang dibawa oleh Barat. Sebagai contoh kemasukan agama Kristian. Fungsi agama juga adalah berperanan sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Seterusnya, penghasilan karya kesusasteraan. Karya kesusasteraan berperasan menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Hal ini sekaligus membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Antara karya yang dihasilkan ialah karya Jose Rizal. Karya ini telah mencetuskan gerakan nasionalisma di Filipina dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tengara. Beliau juga telah berjuang melalui akhbar La Solidaridad serta novel Noli Me Tangere. Disamping itu, system pendidikan juga merupakan factor kepada gerakan nasiolisme di Asia Tenggara. Penjajah telah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang mengunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Penjajah hanya memberikan pendididkan kepada golongan elit dan penduduk Bandar. Sebagai tamsilnya, golongan priyayi yang ada di Indonesia diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Akhir sekali, kemunculan golongan intelektual juga merupakan pencetus gerakan nasiolisme. Golongan interlektual berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat. Mereka telah didedahkan dengan falsafah Barat dan Islam. Golongan ini juga yang akan memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Oleh itu, mereka boleh mewakili rakyat dalam menegakkan keadilan negara.
(10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 5. Faktor semangat nasiolisme dalam kalangan rakyat semakin luntur -
Antara faktor semangat nasiolisme dalam kalangan rakyat semakin luntur adalah kerana sikap mementingan diri sendiri. Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Selain itu, tiada perasaan cinta akan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi kini kurang disemai dengan perasaan cinta akan negara dan sikap nasiolisme dalam diri. Mereka lebih gemar melakukan perkara-perkara yang negatif seperti bejudi. Selanjutnya, terpengaruh dengan budaya Barat. Walaupun negara sudah merdeka, namun kita masih lagi dijajah oleh budaya mereka. Misalnya, rakyat kini terikut-ikut dengan gaya penampilan Barat yang tidak berlandaskan syarak. Disamping itu, terpengaruh dengan media cetak dan internet. Generasi yang tidak berilmu pengetahuan sejarah mudah terpedaya dengan anasir-anasir jahat yang mahu menjatuhkan negara. Akhir sekali, kurang menghayati pejuangan tokoh-tokoh terdahulu. Hal ini kerana generasi kini tidak merasai keperitan yang dilalui oleh pejuang terdahulu untuk membebaskan tanah air. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH] 6. Nilai-nilai murni yang diterapkan berdasarkan tajuk yang dikaji. -
Antara nilai-nilai murni yang diterapkan berdasarkan tajuk yang dikaji ialah nilai keberanian. Hal ini dikatakan demikian kerana kita mestilah berani dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Kesannya, negara dapat dipertahankan daripada dijajah oleh musuh. Misalnya, di Sarawak Rentap berani menyekat serangan James Brooke daripada terus menjajah Sarawak. Selain itu, nilai kedua ialah nilai kebijaksanaan dalam memimpin. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin perlulah bijak dalam memimpin sesebuah negara dan rakyatnya. Kesannya, negara tidak akan berlaku masalah perpecahan kaum dan tidak mudah untuk dijajah oleh musuh. Misalnya, Sharif Masahor bijak membina kubu bagi menghalang serangan daripada tentera James Brooke. Selanjutnya ialah nilai kerjasama antara rakyat, pembesar dan pemimpin. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan dan menjamin keharmonian negara. Misalnya, di Kelantan Tok Janggut telah mendapat kerjasama daripada pembesar tempatan lain dan rakyat bagi menghalang British mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk tempatan.
Disamping itu, nilai seterusnya ialah nilai kegigihan
dalam mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh. Hal ini kerana kita perlulah gigih mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Hal ini juga bertujuan agar negara tidak akan mengulangi sejarah lampau. Misalnya, di Filipinan Jose Rizal gigih menuntut kemerdekaan Filipina dengan menghasilkan beberapa buah karya. Akhir sekali ialah nilai cinta akan tanah air. Hal ini kerana jika kita mencintai tanah air kita, kita tidak akan membiarkan negara daripada terus dijajah oleh negara luar. (10 Markah)
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017
KERTAS 1249/3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [SEJARAH]
Contoh Soalan Rundingan Dan Skema Jawapan Pilihan Sejarah kertas 3 (SPM 2017)
Isi
Huraian
Contoh
MUHAMMAD FAIZAL BIN RUHAIJAT | SSeMJ | CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SEJ. KERTAS 3
2017