Data Loading...

TESTING Flipbook PDF

TESTING


117 Views
5 Downloads
FLIP PDF 1.65MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

DASAR EKONOMI BARU

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN PUAN SITI AISHAH BINTI OTHMAN

NUR ZULAIKHA BINTI LATIF

16DPR21F1047

NUR ALIS SAFIA BINTI MOHD NOOR

16DPR21F1044

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Asslammulaikum dan Salam Sejahtera. bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya, kami dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Siti Aishah Binti Othman, Pensyarah Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban ( MPU21032 ), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Walaupun kita berdepan dengan situasi pandemik, namun hal ini tidak menjadi penghalang untuk kita berkerjasama, pelbagai maklumat dan juga pelbagai aplikasi telah diterokai bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Kami juga, mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan ternyata membuahkan hasil kejayaan menjadikan tugasan ini yang sempurna. Sekian, Terima Kasih.

1

PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua dalam tahun 1970 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Dasar Ekonomi Baru ini, bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan".

Sejarah Pembentukan Dasar Ekonomi Baru Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun dari tahun 1970 hingga tahun 1990. yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.

PELAKSANAAN Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

2

STRATEGI

BAGAIMANA STRATEGI TERSEBUT DILAKSANAKAN ?

Membasmi Kemiskinan Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya :

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah. Memodenkan kehidupan di luar bandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT Penyusunan semula masyarakat adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham atau ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

3

MATLAMAT Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, beberapa strategi telah dirangka. strategi berikut telah disusun bagi :

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. Pembentukan agensi di Malaysia

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya

Pembangunan wilayah negeri dan kawasan.

4

KESIMPULAN

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta. Dasar Ekonomi Baru telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara. Sebagai suatu konsep penstrukturan sosial, Dasar Ekonomi Baru mempunyai nilai dan sasaran murni.Walaupun terdapat beberapa kelemahan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berjaya membawa pembangunan ekonomi yang lebih seimbang serta memastikan kestabilan Negara dalam jangka panjang

5

RUJUKAN

6