Data Loading...

TIUNG MELARIKAN KALUNG Flipbook PDF

Ebook 15 - TIUNG MELARIKAN KALUNG


103 Views
87 Downloads
FLIP PDF 8.14MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Di atas sebatang pokok di pinggir sebuah hutan, tinggal sepasang burung tiung. Mereka mempunyai dua ekor anak yang masih kecil. Pada suatu hari, mereka mendapati anak mereka tiada lagi di dalam sarang. "Mungkin anak kita terjatuh ke tanah," kata tiung jantan.

Mereka cuba mencari di bawah pokok. Ruparupanya di bawah pokok itu terdapat seekor ular sawa. Tahulah mereka bahawa anak mereka telah

dimakan oleh ular sawa. Tiung jantan tidak sempat melarikan diri. Tiung jantan ditangkap oleh ular sawa. Matilah tiung jantan ditelan oleh ular sawa.

Tiung betina berasa sedih. Namun, tiung betina tidak berputus asa. Tiung betina segera terbang ke istana raja. Ketika itu, puteri raja sedang bersiram (mandi) di dalam kolam. Tiung betina melihat di tepi kolam itu terdapat seutas kalung. Kalung itu kepunyaan puteri raja.

Tiung betina segera mengambil kalung itu. "Tolong! Kalung beta dicuri oleh burung," puteri raja itu menjerit. Beberapa orang pengawal segera mengejar tiung betina. Tiung betina melarikan kalung itu ke tepi hutan.

Tiung betina melemparkan kalung itu di hadapan ular sawa. Apabila pengawal tiba, mereka segera membunuh ular sawa itu. Kemudian mereka mengambil kalung itu semula.

Demikianlah balasan yang diterima oleh ular sawa yang jahat itu. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk.