TOKOH PEMIMPIN JOHOR - DATO MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG Flipbook PDF

HASIL KERJA WAKIL SMKPN
Author:  e

28 downloads 320 Views 2MB Size

Recommend Stories


CHUKRI, Muhammad ( )
CHUKRI, Muhammad (1935-2003) Nace en la Qabila Beni Chikr, situada en el Rif, 1935-2003. Vive una infancia de mendicidad y hambre. Pasa la adolescenci

ENTREVISTA MUHAMMAD YUNNUS
ENTREVISTA MUHAMMAD YUNNUS En Chile estuvo Muhammad Yunnus, fundador, en Bangladesh, del primer banco orientado a los pobres, el Grameen Bank, el cua

Story Transcript

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas Jalan Sawah 81500, Pekan Nanas, Pontian Johor

Nama: Muhamad Abdulah Hafiz bin Abdullah Kelas: 4 UM Alamat E-mail: [email protected]

PENDAHULUAN Dato ‘ Mohammad Salleh bin Perang adalah salah satu tokoh yang dikaitkan dengan sejarah Johor moden. Kedudukan beliau sebagai seorang yang terpenting dalam Kerajaan Johor

digambarkan dengan gelaran yang dianugerahkan iaitu Dato’ Bentara Luar. Beliau pernah berkhidmat untuk tiga orang pemerintah Johor pada abad ke-19 dan abad ke-20 iaitu Dato’ Temenggung Daeng Ibrahim (1841-1862), Temenggung/Maharaja/Sultan Abu Bakar (18621895) dan Sultan Ibrahim (1895-1959). Semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar beliau dianugerahkan bintang kebesaran iaitu Seri Paduka Mahkota Johor yang bawa gelaran Dato’ Bentara Luar. Anugerah ini merupakan pengiktirafan beliau kerana sumbangan beliau dalam

aspek pembangunan Johor.

BIODATA TOKOH

Nama sebenar: Mohammad Salleh bin Perang Lahir: 1841 Meninggal dunia: 21 Julai 1915 Tempat kelahiran: Teluk Belanga, Singapura Gelaran: Dato’ Bentara Luar Nama bapa: Panglima Perang bin Mohd. Salleh Nama ibu: Yang Jaleha binti Nasir Kedudukan dalam adik-beradik: Anak bongsu daripada 7 adik beradik

PENDIDIKAN TOKOH Walaupun dihimpit kemiskinan dan kesulitan hidup, keluarga beliau telah menekankan pendidikan agama dan duniawi yang akan menjadi asas kepada beliau untuk memupuk kemahiran dan bakat dalam penulisan dan pekerjaan. Pada tahun 1850, beliau telah dihantar untuk mempelajari al-Quran dan ilmu asas agama dengan seorang alim tanpa dikenakan bayaran tetapi digantikan dengan kerja-kerja mengangkat air dan membelah kayu semasa beliau

berumur 10 tahun. Proses pembelajaran ini memakan masa lebih kurang dua tahun. Kemudian ketika beliau berumur 12 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Rev. Keasberry di Bukit Zeon. Di situ, beliau belajar membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ilmu kira-kira/

KERJAYA TOKOH Pihak sekolah Rev Keasberry melantik beliau sebagai seorang guru Bahasa Melayu disebabkan kepandaian beliau. Namun begitu, beliau terpaksa berhenti daripada jawatan berikut akibat pertikaian antara pemerintah. Namun begitu, dengan kemahiran asas yang kukuh serta pengalaman dalam pengajaran bahasa Melayu yang baik telah membolehkan beliau diterima berkhidmat sebagai kerani di pejabat Menteri Encik Long tahun 1856. Kebolehan beliau

menarik perhatian Enche’ Wan Abu Bakar yang telah mengambil beliau berkhidmat di pejabat Bakal Raja di Teluk Belanga dan kemudian di pusat pentadbiran Temenggung di Iskandar Puteri. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Polis pada 1886. Beliau bertanggungjawab terhadap keselamatan negeri. Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ukur tahun 1883 dan Ketua Jabatan Tanah pada 1887. Kerjaya beliaau berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.

SUMBANGAN TOKOH Antara sumbangan Dato’ Mohamad Salleh bin Perang ialah beliau bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selain tu, beliau menunjukkan kreativiti kerja mengukur yang menggunakan alat besi (Gunters Chain) kepada alat yang sama fungsinya dengan menggunakan rotan. Selain itu, beliau telah membuat peta negeri Johor yang lengkap dan ketepatannya diakui oleh pakar-pakar dari Eropah. Tindakan yang dilakukannya ialah melukis peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan dan dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri Johor. Seterusnya, beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani dan Bandar Penggeram dan menjadi Pesuruhjaya Kerajaan di kedua-dua wilayah itu sebelum bertugas semula di Johor Bahru. Dato’ Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor. Beliau juga bertanggungjawab membuka Bandar Batu Pahat. Oleh kerana kepandaiam beliau dalam kerja mengukur, beliau diminta untuk menyelesaikan sempadan negeri. Selain itu, beliau telah dititahkan ke Muar pada 1879 untuk menyelesaikan isu yang dikenali sebagai Perang Jementah. Kepintarannya taktik perang menggunakan perisai bambu menyebabkan tentera Tengku Nung tewas. Pada1883, beliau telah menjadi jurubahasa Maharaja Abu Bakar ke China dan sekali gus menambah koleksi buku dan novel klasik China. Rombongan baginda ke Jepun, Muhammad Salleh telah berkesempatan berdakwah dan ramai orang Jepun memeluk Islam. Maharaja Jepun telah dianugerahkan pingat kebesaran Maharaja Jepun dan pedang samurai. Tambahan pula kemahiran berbahasa Cina beliau membolehkan beliau ada hubungan rapat dengan sistem Kangchu Cina. Beliau juga menjadi jurubahasa kepada baginda sultan ketika mengiringi sultan melawat negara China dan Jepun. Selain itu, beliau dapat menguasai kemahiran berbahasa dan menulis dalam dialek Hokkein. Beliau juga sangat berminat dengan kesusasteraan dan kebudayaan Cina sehingga dapat bermain alat muzik tradisinal Cina seperti kecapi Cina dan biola. Beliau juga dikatakan penyebab kepada kesenian Ghazal dapat berkembang di Johor. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan tarian naga ke negeri Johor.

ANTARA SUMBANGAN DATO’ MOHD. SALLEH BIN PERANG

PETA PEMBANGUNAN JOHOR

ALAT PENGUKUR GUNTER CHAINS

ALAT MENGUKUR MENGGUNAKAN ROTAN

DATO MOHAMMAD SALLEH MENJADI JURUBAHASA ROMBONGAN DI CHINA DAN MENYERTAI ROMBONGAN MAHARAJA ABU BAKAR KE JEPUN

DATO MOHAMMAD SALLEH PERANG AMAT MEMINATI KEBUDAYAAN CINA

KECAPI CINA

TULISAN CINA

BIOLA

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI Antara nilai yang boleh dicontohi daripada beliau adalah kita perlulah rajin belajar kerana dengan ilmu kita dapat mengubah nasib keluarga kita dan meningkatkan taraf hidup. Selain itu, melakukan sesuatu tugasan dengan tekun dan bersungguh-sungguh apabila diberi suatu tugasan untuk disiapkan. Seterusnya, mempunyai sikap setia akan negara dan raja dan tidak melakukan

perbuatan khianat. Tambahan pula, ketokohan beliau dapat dikesan melalui ilmu penulisan yang juga berpunca daripada asas pembelajaran yang kukuh. Selain itu, sifat kreatif dan kepandaian beliau dalam ilmu ukur juga menjadi contoh kepada generasi pada hari ini agar terus bermotivasi dalam lapangan kerjaya masing-masing Selain itu, beliau yang pandai dalam selok belok dan strategi peperangan menjadi sumber semangat para perwira dan pejuang tanah air kita. Beliau juga menjadi contoh nilai perpaduan kaum dalam masyarakat iaitu perkara yang dapat dilihar dala aspek kegemaran beliau dalam kebudayaan kaun lain iaitu kaum Cina. Hal ini menunjukkan beliau merupaka seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Seterusnya, beliau menunjukkan sikapnya yang berkaliber iaitu ketika mengikut rombongan ke China dan Jepun sehingga memperoleh pingat kebesaran.

PENUTUP Secara keseluruhannya, Dato’ Bentara Luar merupakan seorang yang gigih dalam pendidikan agama dan duniawi walaupun dihimpit kemiskinan dan kesulitan hidup. Bermula dengan pendidikan asas, beliau diterima menjadi guru dan seterusnya sebagai kerani dalam pentadbiran Temenggung Ibrahim. Namun begitu, beliau terus meluaskan pengetahuan dan mencari pengetahuan baharu dengan belajar bahasa dan tulisan Cina. Kemahiran yang dimiliki semakin bertambah dan diperbagaikan kerana beliau tekun menimba ilmu. Ini menjadikan beliau muncul sebagai seorang yang terbilang pada zamannya.

SUMBER RUJUKAN https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhamad_Salleh_bin_Perang&oldid=4976666 Warisan Dato’ Bentara Luar Johor (http://warisandbl2.wordpress.com/) Permata Johor(http://harikeluargabentara.iqramaya.com/index.php/galeri/permata-johor) Salasilah (http://bentara.iqramaya.com/Sasilahdbl.html) Laman web Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarah malaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=116&ttl_id=2)

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.