Data Loading...
Tugasan 1 - Kertas Kerja Pengelolaan Flipbook PDF
Tugasan 1 - Kertas Kerja Pengelolaan
121 Views
113 Downloads
FLIP PDF 956.85KB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KERTAS KERJA PENGELOLAAN DAN PENGURUSAN KARNIVAL SUKAN MINI PERTANDINGAN FUTSAL TARIKH : 21 MAC 2020 MASA : 8.00 PAGI – 11.30 PAGI TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL, IPGKBM ANJURAN: PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2018
1.0
TAJUK Kertas Kerja Pengelolaan dan Pengurusan Sukan Mini Pertandingan Futsal IPGKBM 2020.
2.0
PENDAHULUAN Sukan futsal adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Sukan futsal ini dimainkan dalam skala kawasan yang kecil iaitu di dalam gelanggang yang tertutup berbanding bola sepak yang dimainkan yang di kawasan padang yang luas. Bahkan, sukan futsal tidak asing lagi dalam aktiviti riadah waktu petang bagi pelajar-pelajar IPGKBM kerana sukan ini dimainkan oleh semua pelajar tidak kira peringkat umur iaitu sama ada pelajar PPISMP mahupun PISMP. Oleh itu, pertandingan futsal ini dirancang bagi menyahut moto Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) iaitu “Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu”, selain tuntutan untuk menyediakan insan guru yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial) dan memenuhi kemahiran futsal tanpa mengira jantina pelajar-pelajar guru IPGKBM.
3.0
MATLAMAT
3.1
Merealisasikan konsep dan aspirasi yang telah dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan iaitu “Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu” selain “Sukan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, usia, taraf kesihatan, jantina dan sebagainya.
3.2
Sukan permainan yang dipertandingkan adalah antara sukan teras di mana ia dimainkan oleh semua peringkat usia dan dapat menyatukan para peminat sukan tidak kira dalam apa jua lapangan sukan yang diceburi.
4.0
OBJEKTIF
4.1
Melahirkan modan insan yang cemerlang melalui aktiviti persaingan yang sihat.
4.2
Mendidik semangat kesukanan yang tinggi dalam diri setiap pelajar hasil daripada tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.
4.3
Memberi peluang secara menyeluruh kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.
4.4
Bertujuan agar pelajar mendapat pengetahuan, mengembangkan ilmu dan menguasai kemahiran dalam sukan futsal.
4.5
Mempamerkan pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah, bekerjasama sebagai satu pasukan serta mengamalkan etika dalam pengurusan.
5.0
KUMPULAN SASARAN Pertandingan ini disertai oleh kumpulan pelajar yang mana ia terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan daripada pelajar PPISMP Ambilan Jun 2019 kelas F2, F3, F9 dan F11 (Rujuk senarai nama peserta pada lampiran 1).
6.0
7.0
TARIKH, MASA DAN TEMPAT 6.1
Tarikh
:
21 Mac 2020 (Sabtu)
6.2
Masa
:
8.00 pagi – 11.30 pagi
6.3
Tempat
:
Gelanggang futsal IPGKBM
SUMBER KEWANGAN 7.1
Kutipan RM10 seorang daripada pelajar-pelajar kelas D5 bagi menampung kos perbelanjaan pertandingan.
7.2 8.0
BIL.
Sumbangan daripada pensyarah-pensyarah IPGKBM.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1.
Sarapan pagi
RM2.00 x 38 orang
RM76.00
2.
Makanan Tengahari
RM5.00 x 38 orang
RM190.00
3.
Hamper
Johan ; RM35.00 x 1 pasukan
RM35.00
Naib Johan ; RM30.00 x 1 pasukan
RM30.00
Tempat ke-3 ; RM20.00 x 1 pasukan
RM20.00
Tempat ke-4 ; RM15.00 x 1 pasukan
RM15.00
RM2.00 x 20 orang
RM40
4.
Sijil
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN
RM406.00
9.0
JAWATANKUASA PENGELOLA Rujuk Lampiran 2
10.0
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 3
11.0
TENTATIF PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 4
12.0
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 5
13.0
PELAN LANTAI DAN UKURAN GELANGGANG Rujuk Lampiran 6
14.0
BORANG PENYERTAAN Rujuk Lampiran 7
15.0
FORMAT DAN SISTEM PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 8
16.0
JADUAL PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 9
17.0
PENUTUP Pihak penganjur berharapkan agar pihak pengurusan dan pentadbiran IPGKBM meluluskan kertas cadangan pengurusan dan pengelolaan pertandingan futsal ini agar segala yang dirancang dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada warga guru. Semoga dengan komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang tidak berbelah bagi amat diharapkan agar ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak penganjur juga menyokong dan bantuan daripada semua pihak supaya program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.
Sekian, terima kasih “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
………………………………………
……………………………………..
Muhammad Alif Izzuddin Bin Rosli
Cik Tan Yan Im
Setiausaha,
Pensyarah Penasihat,
Karnival Sukan Mini,
Karnival Sukan
IPG Kampus Bahasa Melayu.
IPG Kampus Bahasa Melayu.
Diluluskan oleh,
…………………………………….. Puan Hajah Asilah Binti Othman Pengarah, IPG Kampus Bahasa Melayu.
LAMPIRAN 1 SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN FUTSAL
BIL.
NAMA
KELAS
1.
MUHAMMAD ADEB IRSYAD BIN ZAIDI
PPISMP F2
2.
AMIRUL DANIAL BIN ANUAR
PPISMP F2
3.
NUR AIN NABILA BINTI AZNAN
PPISMP F2
4.
AMIRA ATIQAH BINTI MOHD IZUAN
PPISMP F2
5.
NUR AMALIN FARISHA BINTI KAMARUZAMAN
PPISMP F2
6.
AIMAN HAKIM BIN ZAID
PPISMP F3
7.
MUHAMMAD AIDIL BIN ISMAIL
PPISMP F3
8.
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM NIN ROSLAN
PPISMP F3
9.
NOR AZWANI BINTI IBRAHIM
PPISMP F3
10.
NUR ANIS SYAHIRA BINTI AZMAN
PPSIMP F3
11.
MUHAMMAD HAFIZIE BIN NOR ASMADI
PPISMP F9
12.
AMIR FIRDAUS BIN MOHD FOZI
PPISMP F9
13.
MUHAMMAD NOR HAKIM BIN MOHD RASHID
PPISMP F9
14.
NUR ALIAH ZULAIKHA BINTI ABDUL RASHID
PPISMP F9
15.
NUR HUSNINA BINTI FADZOL AKMAR
PPISMP F9
16.
FARAH IZZATI BINTI HARABI
PPISMP F11
17.
NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD TAJULASIKEN
PPISMP F11
18.
ZAHARATUL FARHANA BINTI SAZALI
PPISMP F11
19.
AMIR FARIS BIN ZUHAIRY
PPISMP F11
20.
MUHAMMAD IZZAT FIKRI BIN ABDUL RAHIM
PPISMP F11
LAMPIRAN 2 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi
:
Rasin Bin Roslan
Naib Pengerusi
:
Nurul Natasya Binti Mohamed Yasin
Setiausaha
:
Muhammad Alif Izzuddin Bin Rosli
Bendahari
:
Nor Syafiqah Binti Dahaman
AJK Peralatan
:
Muhammad Amir Aiman Bin Abdul Razak Muhammad Afiq Hakimi Bin Muhamad Azhar Muhamad Jufri Bin Borhan
AJK Teknikal
:
Muhamad Faiz Zikri Bin Mohd Asri Muhammad Bin Zolkipeli
AJK Pertandingan & Pendaftaran
:
Nur Azlin Binti Norizan Nurul Ain Binti Khairi Hanis Syazwani Binti Mohd Rodzi
AJK Keselamatan & Kebersihan
:
Muhammad Hazizi Bin Hamzah Azra Nasywa Binti Azmy
AJK Hadiah & Makanan
:
Mohd Aimi Faiz Bin Mohd Fazli Mohamad Fida Izzat Bin Ahmad Nordin Aidil Azri Bin Roslan
LAMPIRAN 3
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA Pengerusi
BIDANG TUGAS
Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk
Bertanggungjawab atas. kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.
Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan pertandingan berjalan dengan lancar.
Memastikan semua AJK telah melapor untuk bertugas.
Membuat keputusan dan menentukan perjalanan program.
Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.
Setiausaha
Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan.
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam pelaksanaan program.
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mensyuarat.
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan.
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program.
Menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.
Bendahari
Mencadang yuran ahli dan memungutnya.
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap jawatankuasa.
Merekodkan semua wang keluar dan masuk.
Mengumpulkan semua resit-resit pembelian.
Menyediakan akaun yang lengkap.
Mengeluarkan wang pendahuluan.
Membuat bayaran terhadap tanggungan dan perbelanjaan.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap mengenai perbelanjaan yang digunakan.
AJK Peralatan
Memohon, menerima dan mengumpul segala peralatan dari semua AJK.
Membuat pinjaman peralatan dari stor sukan.
Menyediakan senarai semak peralatan.
Memastikan barang pinjaman selamat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
Mengagihkan pengawasan kepada kumpulan tertentu jika perlu.
Menyediakan borang semakan penerimaan dan penghantaran supaya kerja pengurusan dapat dikemaskinikan.
Menghantar semula pinjaman barang pada masa yang ditetapkan.
Mengenalpasti alatan yang rosak, perlu diganti atau dibaiki.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas pertandingan.
AJK Pertandingan dan Pendaftaran
Kepegawaian
Pengadil
Format pertandingan
Undang-undang
Penyelia peserta
Mencari dan menetapkan peserta
Urusetia pertandingan
Pemarkahan dan sebarang urusan lain
Pendaftaran
Menyediakan segala keperluan pendaftaran.
Melakukan pendaftaran peserta dan AJK pengelola.
Mengedarkan buku program
Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha
AJK Teknikal
Membuat persiapan tempat untuk aktiviti.
Memastikan peralatan yang diperlukan mencukupi
Menguruskan peralatan tambahan yang diperlukan..
Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melincinkan perlaksanaan pertandingan.
Mengemaskini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan.
Bertanggungjawab terhadap alatan yang digunakan semasa pertandingan dijalankan.
Membekalkan barang-barang yang diperlukan oleh ahli jawatankuasa lain untuk penggunaan pertandingan.
Menyusun atur semula peralatan yang digunakan.
Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi mengikut kuantiti asal
Membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas aktiviti.
AJK Keselamatan dan Kebersihan
Keselamatan
Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaan yang baik.
Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan kecemasan.
Memberi taklimat kecemasan
Kebersihan
Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan bersih dan selamat sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Memastikan kebersihan dalam kawasan aktiviti sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.
Menyediakan keperluan kebersihan seperti plastik sampah.
AJK Hadiah dan Makanan
Hadiah
Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
Menyediakan set cenderamata untuk perasmi.
Menyampaikan sijil, hadiah dan cenderamata.
Menyiapkan sijil para peserta dan AJK.
Mengiringi Bendahari menentukan dan membeli hadiah dan cenderahati
Makanan
Menyediakan makanan kepada peserta dan AJK.
Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan.
Mendapatkan bilangan peserta dan AJK yang terlibat untuk anggaran makanan.
Mendapatkan pembekal makanan.
LAMPIRAN 4 TENTATIF PERTANDINGAN MASA
AKTIVITI
7.30 – 8.00 pagi
Pendaftaran peserta
8.00 – 8.30 pagi
Taklimat Pertandingan
8.30 – 11.00 pagi
Perlawanan Futsal
11.00 – 11.30 pagi
Ucapan dan penyampaian hadiah
11.30 pagi
Bersurai
LAMPIRAN 5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1.0
UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)
2.0
PEGAWAI DAN PENGADIL PERTANDINGAN Keseluruhan pertandingan ini akan dihakimi dan diadili oleh pelajar-pelajar PISMP D5 sebagai pegawai dan pengadil pertandingan.
3.0
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain sahaja.
3.2
Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili 1 pasukan sahaja.
3.3
Sekirannya pihak penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan tersebut.
3.4 4.0
Keputusan pihak penganjur pertandingan adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 4.1
Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
4.2
Semua pasukan dikehendaki bersedia dan berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
4.3
Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah. Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
4.4
Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
4.5
Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan.
4.6
Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja di benarkan bermain.
4.7
Tiada permintaan time out atau offside dibenarkan.
4.8
Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlansung.
4.9
Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.
4.10
Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.
4.11
Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja,tidak lewat daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
4.12
Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
4.13
Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya rayuan atau bantahan ditolak.
LAMPIRAN 1 (UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA)
1.0 MEMULAKAN PERMAINAN Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri. 2.0 BOLA MASUK / BOLA KELUAR Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan “touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan tersebut. 3.0 JARINGAN Jaringan akan dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.
4.0 FAUL DAN KELAKUAN KURANG SOPAN 4.1 Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut: a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur (sliding tackle) yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
4.2 Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan penalti akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu: a. Permainan yang bahaya b. Menghalang dengan sengaja c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalty d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya.
f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya. g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat. h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan.
4.3 Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti : a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil. d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.
4.4 Pemain akan dibuang gelanggang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja.
4.5 Tendangan Bebas a. Jenis : Tendangan bebas terus. b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.
4.6 Tendangan Penalti a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti. c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain.
4.7 Tendangan Ke Dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
4.8 Membebaskan Kawasan Gol a. Dilakukan menggantikan tendangan gol b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan.
4.9 Tendangan Sudut a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut. d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat. e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.
4.10 Tendangan Penalti a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan.
LAMPIRAN 6 PELAN LANTAI DAN UKURAN GELANGGANG
Panjang :
Lebar :
Minimum 25 m
Minimum 15 m
Maksimum 42m
Maksimum 25 m
LAMPIRAN 7 BORANG PENYERTAAN
Tarikh
: 21 Mac 2020
Tempat
: Gelanggang Futsal IPGKBM
Masa
: 8.00 – 11.30 pagi MAKLUMAT PASUKAN
Nama Pasukan Nama Ketua Pasukan No. Kad Pengenalan No. Telefon Email
SENARAI NAMA ( 5 PEMAIN & POSISI) NAMA PENUH
NO. KAD PENGENALAN
PENGAKUAN DAN PENAFIAN Kami bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tanpa sebarang bantahan dari masa ke semasa dan mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Sekiranya pihak penganjur mendapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, maka kami sedia disingkirkan dari pertandingan ini tidak kira sama ada sebelum atau semasa pertandingan ini dijalankan. Kami juga akan menjaga disiplin dan tatatertib pertandingan. Kami juga sedia maklum bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kecurian dan sebagainya semasa menyertai pertandingan ini.
……………………………………………………….. Tandatangan Ketua Pasukan
Tarikh : …………………………..
(Nama :
)
(No. KP :
)
LAMPIRAN 8
FORMAT DAN SISTEM PERTANDINGAN
(i)
Pertandingan akan dijalankan secara liga di dalam satu kumpulan sahaja.
(ii)
Pertandingan ini melibatkan 4 pasukan.
(iii)
Penentuan juara, naib juara, tempat ke-3 dan tempat ke-4 kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di dalam kumpulan.
(iv)
Untuk pemberian mata, 3 mata akan diberikan sekirannya menang, 1 mata akan diberikan sekirannya seri manakala tiada mata (0) akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
(v)
Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai pungutan mata yang sama, keputusan pemenang akan dikira mengikut format berikut iaitu : (a) Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang. (b) Sekiranya perkara itu masih tidak dapat diputuskan, penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan (3 orang sahaja).
(vi)
Masa bagi setiap perlawanan adalah selama 5-1-5 iaitu 5 minit pada separuh masa pertama, 1 minit waktu rehat dan 5 minit pada separuh masa kedua.
LAMPIRAN 9 JADUAL PERTANDINGAN
Bilangan
Pasukan
Perlawanan 1
F2 vs F3
Perlawanan 2
F9 vs F11
Perlawanan 3
F2 vs F9
Perlawanan 4
F3 vs F11
Perlawanan 5
F2 vs F11
Perlawanan 6
F3 vs F9
PASUKAN
F2
F3
Keputusan
F9
F11
F2 F3 F9 F11
CARTA PUNGUTAN MATA KESELURUHAN Pasukan F2 F3 F9 F11
F2
F3
F9
F11
Jaringan
Bolos
Mata
Kedudukan