Data Loading...

ULASAN_BUKU Flipbook PDF

ULASAN_BUKU


116 Views
65 Downloads
FLIP PDF 428.41KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

ULASAN BUKU

DISEDIAKAN OLEH : FARIZUL MM

SINOPSIS BUKU Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Walau bagaimanapun pakej ciri anak cemerlang tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar. Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawal dan menyelia. Untuk itu, petunjuk Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut

BIODATA PENULIS Nama: Ust Hj Zahazan Mohamed Dilahirkan di Melaka pada tahun 1974 Kini menjadi pensyarah di UIAM Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari LUTH Sering dijemput memenuhi program ceramah agama. Sering muncul dalam program radio dan tv Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di akhbar dan majalah

ISI KANDUNGAN •Bab 1: kepentingan dan cara mentarbiah anak •Bab 2: Siapakah yang bertanggungjawab dalam mendidik generasi •Bab 3 : Aspek-aspek pentarbiahan •Bab 4 : Membentuk minat dan kemahiran anak-anak •Bab 5 : Pergaulan anak-anak •Bab 6 : Wasiat dan doa pilihan buat anakku

Antara isi kandungan buku ini ialah Cara merangsang bayi dalam kandungan panduan membentuk peribadi anak teknik mengajarkan disiplin kepada anak kesilapan dalam mendidik anak kasih sayang & komunikasi penentu kecemerlangan anak meningkatkan IQ anak melalui pendidikan

Ibubapa tidak seharusnya membezakan kasih sayang terhadap anak lelaki dan perempuan dan bersikap adil kepada anak-anaknya. Teknik-teknik mendidik anak yang dijelaskan ialah : • Mempraktikkan akhlak yang mulia kepada anakanak. • Memberi pengajaran dan nasihat, • Bercerita kisah-kisah dalam Al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya.

Aspek-aspek pentarbiahan yang dipentingkan oleh Islam meliputi rohani, jasmani, mental, iman, roh, akhlak dan kemasyarakatan: • Pendidikan jasmani – penyusuan ibu kepada anak, menjaga kebersihan. • Pendidikan rohani – pendidikan dari alam rahim lagi. • Pendidikan mental – tidak terlalu memanjakan anak. • Pendidikan iman, roh dan akhlak – mengazankan anak semasa dilahirkan. • Pendidikan kemasyarakatan – melatih anak bersosial dan memilih sahabat yang baik.

Dalam pergaulan dengan anak-anak ibubapa hendaklah menjauhi penderaan jasad dan perasaan. Penderaan jasad meliputi pengabaian keperluan pemakanan, keperluan asas, penderaan fizikal. Penderaan perasaan termasuk kurang memberi galakan atau mencela dalam perkara kecil atau besar. Dalam pentarbiahan anak-anak ibubapa hendaklah menjadi model yang baik untuk dituruti oleh anakanak.

Segala perlakuan dan tindak tanduk ibubapa akan memberi kesan terhadap didikan anak-anak Dalam bab terakhir pengarang mengajak pembaca menghayati beberapa wasiat dan doa pilihan buat anak-anak seperti wasiat Lukman a.s, wasiat alMunzir bin al-Munzir untuk anaknya al-Nu’man, wasiat Abu Jaafar alMansur kepada anaknya dan lain-lain.

KELEBIHAN BUKU Dari sudut luaran Kulit buku yang amat menarik. Buku ini dijilid dalam dua jenis iaitu kulit buku biasa dan berkulit keras (hard cover) Foto dan ilustrasi yang menarik dan berwarna warni menarik minat pembaca Menggunakan kertas berkualiti dan licin Tidak terlalu tebal dan terlalu nipis..amat sesuai untuk bacaan santai dan mudah dibawa ke mana-mana

Dari segi isi kandungan dan cara penulisan Mengandungi pelbagai tip mendidik anak-anak menurut Islam. Berbentuk fakta yang jelas dengan maksud istilah(takrif) dan lengkap dengan dalil al-Quran dan hadis. pelbagai kisah –kisah dan permasalahan anak- anak dihuraikan supaya dapat dijadikan sebagai panduan dalam mendidik anak- anak generasi baru Buku ini boleh dijadikan satu modul sebagai panduan dalam mendidik anak-anak

Turut memuatkan doa-doa pilihan yang boleh diamalkan Mempunyai sumber rujukan atau bibliografi yang lengkap yang boleh memudahkan pembaca merujuk pada sumber asal penulisan dan boleh mendapatkan maklumat daripada buku-buku lain juga Mengandungi glosari yang lengkap sebagai rujukan pembaca Lengkap dengan indeks bagi memudahkan pembaca merujuk kepada muka surat yang dikehendaki

KEKURANGAN BUKU jumlah gambar yang terlalu banyak di dalam buku ini dan ia menjadi faktor kepada harga buku (yang agak mahal) di samping kualiti kertasnya. Persembahannya yang agak kaku seperti buku teks sekolah atau kitab-kitab Fiqh. Buku ini tidak mempunyai kesimpulan tetapi bahagian terakhir dianggap sebagai penyudah penulisan

KESIMPULAN Secara keseluruhannya buku ini ditulis dalam bahasa yang padat dan penulis juga banyak mengaplikasikan teknik lain selain berbentuk penceritaan seperti penggunaan elemen grafik, gambar dan bahasa yang mudah difahami. Buku tulisan Ustz Zahazan Mohamed ini boleh dikatakan memberi sumbangan besar sebagai rujukan ilmiah dalam bidang ini.