Data Loading...
Pembangunan-Ekonomi Flipbook PDF
Pembangunan-Ekonomi
127 Views
88 Downloads
FLIP PDF 406.81KB
Pembangunan Ekonomi Satu Sedutan Sejarah Perancangan pembangunan di Malaysia bermula pada tahun 1950 dengan penerbitan Draf Pelan Pembangunan Malaya. Setakat ini, sejumlah 27 dokumen perancangan pembangunan telah disediakan, tiga daripadanya merupakan rangka rancangan jangka panjang dan 26 ialah rancangan pembangunan lima tahun. Ini termasuk Draf Pelan Pembangunan Malaya yang merangkumi tempoh enam tahun* dan kajian separuh penggal bagi rancangan pembangunan lima tahun berkenaan.
Bil Tajuk Pelan
Jangkamas
Tarikh
.
a
Dibentangka n
1.
Draf
Pelan 1950-1955*
Kandungan Bab
Muka Surat
Jun 1950
4
174
1953
N/A
N/A
Pembangunan Malaya 2.
Laporan
Kemajuan 1950-1952
Pelan Pembangunan
3.
Pelan Pembangunan 1956-1960
Okt 1956
N/A
N/A
1 Sep 1961
4
68
Dis 1963
5
76
Malaysia 1966-1970
25 Nov 1965
14
190
Rancangan 1966-1970
25 Jan 1969
9
135
25 Jun 1971
17
267
20 Nov 1973
12
213
5 Jul 1976
24
430
3 Sep 1979
18
253
Umum (Pelan Malaya Pertama) 4.
Pelan
Lima-Tahun 1961-1965
Kedua (Pelan Malaya Kedua) 5.
Penyemakan Interim 1961-1965 Pelan Lima-Tahun
6.
Rancangan Pertama
7.
KSP
Malaysia Pertama 8.
Rancangan
Malaysia 1971-1975
Kedua 9.
KSP
Rancangan 1971-1975
Malaysia Kedua 10. Rancangan
Malaysia 1976-1980
Ketiga 11.
KSP
Rancangan 1976-1980
Malaysia Ketiga
12.
Rangka Jangka
Rancangan 1971-1990
-
-
40
Malaysia 1981-1985
16 Mac 1981
24
414
Rancangan 1981-1985
29 Mac 1984
17
424
Malaysia 1986-1990
21 Mac 1986
23
568
Rancangan 1986-1990
23 Jun 1989
13
295
17 Jun 1991
6
180
Malaysia 1991-1995
07 Okt 1991
17
467
Rancangan 1991-1995
16 Dis 1993
9
272
Malaysia 1996-2000
5 Jun 1996
23
744
Rancangan 1996-2000
22 Apr 999
12
392
Panjang
Pertama (RRJP1) 13.
Rancangan Keempat
14.
KSP
Malaysia Keempat 15.
Rancangan Kelima
16.
KSP
Malaysia Kelima 17.
Rangka
Rancangan 1991-2000
Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 18. Rancangan Keenam 19.
KSP
Malaysia Keenam 20. Rancangan Ketujuh 21.
KSP
Malaysia Ketujuh
22. Rangka
Rancangan 2001-2010
03 Apr 2001
7
200
Malaysia 2001-2005
23 Apr 2001
22
658
Rancangan 2001-2005
30 Okt 2003
13
485
Malaysia 2006-2010
31 Mac 2006
27
587
Rancangan 2006-2010
26 Jun 2008
5
128
Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 23. Rancangan Kelapan 24. KSP
Malaysia Kelapan 25. Rancangan Kesembilan 26. KSP
Malaysia Kesembilan 27.
Rancangan
(Teras)
Malaysia 2011-2015
10 Jun 2010
7
449
Malaysia 2016-2020
25 Mei 2015
10
389
Rancangan 2016-2020
18 Okt 2018
15
411
Kesepuluh 28. Rancangan Kesebelas 29. KSP
Malaysia Kesebelas
Nota: KSP - Kajian Separuh Penggal
Proses dan Jentera Perancangan dan Pemantauan Pembangunan Negara Perancangan di Malaysia adalah proses interaktif antara MEA (yang dahulunya dikenali sebagai UPE, JPM) dan pihak berkepentingan, termasuklah kementerian dan agensi, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, input daripada pihak agensi antarabangsa turut diambil kira. Penetapan sasaran makro dan sektoral akan dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) yang mana MEA merupakan urusetia. Proses perancangan pembangunan sosioekonomi dilaksanakan melalui top down
bottom up)
bertujuan untuk memastikan dasar dan strategi negara direalisasikan melalui pengoptimuman sumber serta pembangunan seimbang dalam pelbagai aspek dapat dilaksanakan dan diintegrasikan sepenuhnya dengan teras pembangunan negara. Parlimen merupakan peringkat tertinggi dalam perancangan pembangunan negara. Sebelum sesuatu rancangan dibentangkan di Parlimen, draf rancangan terlebih dahulu dibincang di peringkat Jawatankuasa Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Perdana Menteri. Manakala Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) pula, merupakan badan tertinggi di peringkat pegawai Kerajaan dalam pembentukan dan penyelarasan dasar yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Draf rancangan dan dasar yang dicadangkan di peringkat JPPN akan
dibentangkan kepada Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Dari
segi
mekanisme
pelaksanaan
dan
pemantauan
pula,
Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) telah dipertanggungjawab untuk memantau pencapaian pelaksanaan dasar dan program serta projek Kerajaan pada peringkat kementerian dan agensi. Arahan No.1, 2018: Jentera Penyelarasan Pelaksanaan merupakan punca kuasa bagi memastikan mekanisme penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program dan projek pembangunan Kerajaan pada peringkat Persekutuan, negeri dan daerah berjalan lancar. Laporan penilaian perlaksanaan pada setiap peringkat akan dibentangkan secara berkala bagi setiap suku tahunan kepada Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara yang dipengerusikan oleh KSN sebelum dibawa kepada Majlis Tindakan Negara yang merupakan peringkat tertinggi dalam tadbir urus pemantauan pembangunan negara. Proses dan jentera perancangan dan pemantauan dasar pembangunan sosioekonomi negara dapat diperjelaskan seperti dalam paparan di bawah:
Falsafah Pembangunan Pendekatan dan falsafah perancangan pembangunan negara mengambil kira: Sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka; Sebuah negara berbilang etnik; Sebuah sistem ekonomi campuran; dan Sebuah negara persekutuan yang mengandungi 13 negeri, dan tiga wilayah persekutuan.
Horizon Perancangan Perancangan pembangunan di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang meliputi jangka panjang, sederhana dan pendek seperti berikut :
Perancangan Jangka Panjang
Model Baru Ekonomi, 2011 - 2020
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 - 2010
Wawasan 2020, 1991 - 2020
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991 - 2000
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971 - 1990
Perancangan jangka panjang menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di bawah agenda pembangunan negara dalam jangkamasa panjang.
Perancangan Jangka Sederhana Rancangan pembangunan lima tahun, seperti Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020 Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun Perancangan jangka sederhana meliputi lima tahun berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh RRJP. Ia merupakan dokumen utama untuk
pelaksanaan program pembangunan Kerajaan. Rancangan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan juga siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Di samping itu, ia juga menggariskan peranan sektor swasta. Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan lima tahun dilaksanakan di pertengahan tempoh lima tahun. KSP bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral untuk dua tahun pertama Rancangan serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai semakan sasaran baru sekiranya perlu. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kaedah 2 tahun rolling plan diperkenalkan bagi membolehkan keutamaan program dan projek disemak berdasarkan keupayaan kewangan semasa Kerajaan agar lebih efektif.
Perancangan Jangka Pendek Bajet Tahunan Perancangan jangka pendek merupakan Bajet Tahunan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan tahunan adalah selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang. Penyediaan bajet tahunan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan melalui dialog bajet. Peruntukan pembangunan tahunan disedia berdasarkan senarai program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah 2 tahun rolling plan.
Secara keseluruhannya, horizon perancangan pembangunan negara dapat dilihat seperti dalam paparan di bawah.