Data Loading...

Pembangunan-Ekonomi Flipbook PDF

Pembangunan-Ekonomi


128 Views
88 Downloads
FLIP PDF 406.81KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Pembangunan Ekonomi Satu Sedutan Sejarah Perancangan pembangunan di Malaysia bermula pada tahun 1950 dengan penerbitan Draf Pelan Pembangunan Malaya. Setakat ini, sejumlah 27 dokumen perancangan pembangunan telah disediakan, tiga daripadanya merupakan rangka rancangan jangka panjang dan 26 ialah rancangan pembangunan lima tahun. Ini termasuk Draf Pelan Pembangunan Malaya yang merangkumi tempoh enam tahun* dan kajian separuh penggal bagi rancangan pembangunan lima tahun berkenaan.

Bil Tajuk Pelan

Jangkamas

Tarikh

.

a

Dibentangka n

1.

Draf

Pelan 1950-1955*

Kandungan Bab

Muka Surat

Jun 1950

4

174

1953

N/A

N/A

Pembangunan Malaya 2.

Laporan

Kemajuan 1950-1952

Pelan Pembangunan

3.

Pelan Pembangunan 1956-1960

Okt 1956

N/A

N/A

1 Sep 1961

4

68

Dis 1963

5

76

Malaysia 1966-1970

25 Nov 1965

14

190

Rancangan 1966-1970

25 Jan 1969

9

135

25 Jun 1971

17

267

20 Nov 1973

12

213

5 Jul 1976

24

430

3 Sep 1979

18

253

Umum (Pelan Malaya Pertama) 4.

Pelan

Lima-Tahun 1961-1965

Kedua (Pelan Malaya Kedua) 5.

Penyemakan Interim 1961-1965 Pelan Lima-Tahun

6.

Rancangan Pertama

7.

KSP

Malaysia Pertama 8.

Rancangan

Malaysia 1971-1975

Kedua 9.

KSP

Rancangan 1971-1975

Malaysia Kedua 10. Rancangan

Malaysia 1976-1980

Ketiga 11.

KSP

Rancangan 1976-1980

Malaysia Ketiga

12.

Rangka Jangka

Rancangan 1971-1990

-

-

40

Malaysia 1981-1985

16 Mac 1981

24

414

Rancangan 1981-1985

29 Mac 1984

17

424

Malaysia 1986-1990

21 Mac 1986

23

568

Rancangan 1986-1990

23 Jun 1989

13

295

17 Jun 1991

6

180

Malaysia 1991-1995

07 Okt 1991

17

467

Rancangan 1991-1995

16 Dis 1993

9

272

Malaysia 1996-2000

5 Jun 1996

23

744

Rancangan 1996-2000

22 Apr 999

12

392

Panjang

Pertama (RRJP1) 13.

Rancangan Keempat

14.

KSP

Malaysia Keempat 15.

Rancangan Kelima

16.

KSP

Malaysia Kelima 17.

Rangka

Rancangan 1991-2000

Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 18. Rancangan Keenam 19.

KSP

Malaysia Keenam 20. Rancangan Ketujuh 21.

KSP

Malaysia Ketujuh

22. Rangka

Rancangan 2001-2010

03 Apr 2001

7

200

Malaysia 2001-2005

23 Apr 2001

22

658

Rancangan 2001-2005

30 Okt 2003

13

485

Malaysia 2006-2010

31 Mac 2006

27

587

Rancangan 2006-2010

26 Jun 2008

5

128

Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 23. Rancangan Kelapan 24. KSP

Malaysia Kelapan 25. Rancangan Kesembilan 26. KSP

Malaysia Kesembilan 27.

Rancangan

(Teras)

Malaysia 2011-2015

10 Jun 2010

7

449

Malaysia 2016-2020

25 Mei 2015

10

389

Rancangan 2016-2020

18 Okt 2018

15

411

Kesepuluh 28. Rancangan Kesebelas 29. KSP

Malaysia Kesebelas

Nota: KSP - Kajian Separuh Penggal

Proses dan Jentera Perancangan dan Pemantauan Pembangunan Negara Perancangan di Malaysia adalah proses interaktif antara MEA (yang dahulunya dikenali sebagai UPE, JPM) dan pihak berkepentingan, termasuklah kementerian dan agensi, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping itu, input daripada pihak agensi antarabangsa turut diambil kira. Penetapan sasaran makro dan sektoral akan dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG) yang mana MEA merupakan urusetia. Proses perancangan pembangunan sosioekonomi dilaksanakan melalui top down

bottom up)

bertujuan untuk memastikan dasar dan strategi negara direalisasikan melalui pengoptimuman sumber serta pembangunan seimbang dalam pelbagai aspek dapat dilaksanakan dan diintegrasikan sepenuhnya dengan teras pembangunan negara. Parlimen merupakan peringkat tertinggi dalam perancangan pembangunan negara. Sebelum sesuatu rancangan dibentangkan di Parlimen, draf rancangan terlebih dahulu dibincang di peringkat Jawatankuasa Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Perdana Menteri. Manakala Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) pula, merupakan badan tertinggi di peringkat pegawai Kerajaan dalam pembentukan dan penyelarasan dasar yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Draf rancangan dan dasar yang dicadangkan di peringkat JPPN akan

dibentangkan kepada Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sebelum dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Dari

segi

mekanisme

pelaksanaan

dan

pemantauan

pula,

Unit

Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) telah dipertanggungjawab untuk memantau pencapaian pelaksanaan dasar dan program serta projek Kerajaan pada peringkat kementerian dan agensi. Arahan No.1, 2018: Jentera Penyelarasan Pelaksanaan merupakan punca kuasa bagi memastikan mekanisme penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program dan projek pembangunan Kerajaan pada peringkat Persekutuan, negeri dan daerah berjalan lancar. Laporan penilaian perlaksanaan pada setiap peringkat akan dibentangkan secara berkala bagi setiap suku tahunan kepada Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara yang dipengerusikan oleh KSN sebelum dibawa kepada Majlis Tindakan Negara yang merupakan peringkat tertinggi dalam tadbir urus pemantauan pembangunan negara. Proses dan jentera perancangan dan pemantauan dasar pembangunan sosioekonomi negara dapat diperjelaskan seperti dalam paparan di bawah:

Falsafah Pembangunan Pendekatan dan falsafah perancangan pembangunan negara mengambil kira:  Sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka;  Sebuah negara berbilang etnik;  Sebuah sistem ekonomi campuran; dan  Sebuah negara persekutuan yang mengandungi 13 negeri, dan tiga wilayah persekutuan.

Horizon Perancangan Perancangan pembangunan di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang meliputi jangka panjang, sederhana dan pendek seperti berikut :

Perancangan Jangka Panjang 

Model Baru Ekonomi, 2011 - 2020



Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 - 2010



Wawasan 2020, 1991 - 2020



Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991 - 2000



Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971 - 1990

Perancangan jangka panjang menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di bawah agenda pembangunan negara dalam jangkamasa panjang.

Perancangan Jangka Sederhana  Rancangan pembangunan lima tahun, seperti Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020  Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun Perancangan jangka sederhana meliputi lima tahun berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh RRJP. Ia merupakan dokumen utama untuk

pelaksanaan program pembangunan Kerajaan. Rancangan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan juga siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Di samping itu, ia juga menggariskan peranan sektor swasta. Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan lima tahun dilaksanakan di pertengahan tempoh lima tahun. KSP bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral untuk dua tahun pertama Rancangan serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai semakan sasaran baru sekiranya perlu. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kaedah 2 tahun rolling plan diperkenalkan bagi membolehkan keutamaan program dan projek disemak berdasarkan keupayaan kewangan semasa Kerajaan agar lebih efektif.

Perancangan Jangka Pendek  Bajet Tahunan Perancangan jangka pendek merupakan Bajet Tahunan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan tahunan adalah selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang. Penyediaan bajet tahunan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan melalui dialog bajet. Peruntukan pembangunan tahunan disedia berdasarkan senarai program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah 2 tahun rolling plan.

Secara keseluruhannya, horizon perancangan pembangunan negara dapat dilihat seperti dalam paparan di bawah.