Data Loading...
100 KARANGAN UPSR PEMBELAJARAN DIGITAL JPNK (ASAL) Flipbook PDF
100 KARANGAN UPSR PEMBELAJARAN DIGITAL JPNK (ASAL)
323 Views
215 Downloads
FLIP PDF 913.14KB
PEMBELAJARAN DIGITAL SEKTOR PEMBELAJARAN JPN KELANTAN
BAHASA MELAYU PENULISAN 100 BUAH KARANGAN TERPILIH UPSR
TAHUN
: TAHUN 4, 5, DAN 6
GURU
:
NOR HAYATI BINTI HUSSIN SISC+ BAHASA PPD KOTA BHARU KELANTAN
Halaman 1
SURAT RASMI
Halaman 2
Soalan: Persatuan pengakap sekolah anda bercadang untuk mengadakan program perkhemahan di padang sekolah selama dua hari. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta untuk menulis surat kepada guru besar anda untuk memohon kebenaran menggunakan padang sekolah. Sediakan surat anda itu selengkapnya.
A Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata hormat penerima, tajuk memohon kebenaran menggunakan padang sekolah. B Idea – idea penting
1. Memperkenalkan diri - tujuan menulis surat, iaitu memohon kebenaran menggunakan padang sekolah – tujuan perkhemahan diadakan untuk memberikan latihan ketahanan mental dan fizikal bagi anggota persatuan. 2. Butir-butir mengenai program perkhemahan – tarikh, tempat dan bilangan peserta yang menyertai perkhemahan. 3. Bersedia untuk mematuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah – mematuhi peraturan tersebut - mengharapkan maklum balas secepat mungkin untuk membuat persediaan awal. 4. Berharap agar permohonan akan mendapat kebenaran – didahulukan dengan ucapan terima kasih.
C Penutup: Tandatangan – nama penuh – jawatan. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 3
Soalan: Ibu bapa anda pulang ke kampung untuk menziarahi nenek anda yang sakit tenat. Mereka tidak dapat pulang awal ke rumah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu, anda tidak dapat hadir di sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adik anda. Tulis sepucuk surat kepada guru anda untuk menyatakan sebabsebab anda tidak dapat hadir di sekolah pada hari itu.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata hormat penerima, tajuk tidak dapat hadir di sekolah.
B
Idea – idea penting
1.
Memperkenalkan diri – tujuan menulis surat, iaitu tidak dapat hadir di sekolah selama beberapa hari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
2.
Ibu bapa pulang ke kampung - mereka menziarahi nenek yang sakit tenat dan terlantar di hospital – tidak dapat pulang awal kerana kesihatan nenek semakin membimbangkan.
3.
Sebagai anak sulung mesti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan adikadik – tiada sesiapa di rumah yang dapat menjaga mereka – mengambil alih tugas ibu bapa menjaga mereka.
4.
Berharap agar cikgu dapat memahami keadaan ini – akan hadir di sekolah sebaik-baik sahaja ibu bapa pulang – akan meminjam nota-nota pelajaran yang tertinggal daripada kawan sekelas.
C.
Penutup: Terima kasih - tandatangan.
norhayatihussinsisc+bahasaPPDKBkel
Halaman 4
Soalan: Andaikan bahawa anda telah memesan beberapa buah buku rujukan UPSR dari sebuah syarikat penerbitan. Buku-buku tersebut tidak anda terima setelah beberapa minggu. Tulis sepucuk surat kepada syarikat tersebut untuk menanyakan hal itu.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata panggilan hormat penerima tajuk pesanan buku tidak diterima.
B
Idea-idea penting
1.
. Memperkenalkan diri – tujuan menulis surat – ingin menanyakan buku-buku rujukan UPSR yang telah dipesan.
2.
Menyatakan tarikh pesanan telah dibuat – senaraikan tajuk buku yang telah dipesan.
3.
Memaklumkan bahawa bayaran telah pun dibuat - menyatakan jumlah wang yang dikirimkan – nombor kiriman wang pos disertakan.
4.
Berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera – buku-buku itu dikirim secepat mungkin – ingin menggunakan buku-buku itu sebagai rujukan dan persediaan untuk menghadapi UPSR.
C
Penutup: Kerjasama pihak tuan amat dihargai - Terima kasih, tandatangan, nama pengirim.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 5
Soalan: Persatuan Sejarah sekolah kamu hendak mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pengurus kilang tersebut untuk meminta kebenaran bagi lawatan itu. Tulis surat itu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata panggilan hormat penerima tajuk lawatan sambil belajar ke kilang komputer Bestari.
B
Idea-idea penting
1.
Memperkenalkan diri sebagai setiausaha persatuan - tujuan menulis surat memohon kebenaran membuat lawatan sambil belajar ke kilang.
2.
Menyatakan butiran lawatan – tarikh, masa, bilangan peserta dan guru penasihat yang akan menyertai lawatan.
3.
Tujuan lawatan adalah untuk membolehkan peserta meninjau dan mengetahui cara-cara pembuatan komputer secara mendalam - peserta lawatan berpeluang untuk mengenali perkakasan komputer - melihat kerja-kerja pemasangan komputer dengan lebih dekat.
4.
Berharap agar permohonan dipertimbangkan – mendapat keizinan daripada pihak tuan dalam hal ini.
C
Penutup: Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Pengakuan pengirim, tandatangan, nama penuh, jawatan, dan nama persatuan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 6
Soalan: Kamu tidak dapat hadir di sekolah beberapa hari kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk menerangkan perkara berkenaan.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata panggilan hormat penerima, tajuk tidak dapat hadir di sekolah.
B
Idea-idea penting
1.
Merujuk kepada perkara di atas – memperkenalkan diri, nama dan kelas – tujuan menulis surat memohon cuti beberapa hari.
2.
Memohon cuti kerana mengikut keluarga ke Kuala Lumpur – abang sulung akan menerima ijazah – bersama-sama keluarga meraikan kejayaan abang.
3.
Majlis itu berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur – kami akan hadir semasa konvokesyen itu - ahli keluarga pertama menerima ijazah.
4.
Selain ke tempat abang menerima ijazah, kami juga akan melawati saudaramara di Kuala Lumpur - melawat ke tempat-tempat menarik seperti Dataran Merdeka, Menara Berkembar Petronas, KLCC, KLIA, dan Pintasan Saloma untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan keindahan dan keunikan negara Malaysia.
C
Penutup: Berjanji akan membuat kerja sekolah yang tertinggal – segala kerjasama amat dihargai – sekian, terima kasih - tandatangan, nama.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 7
Soalan: Anda telah memesan beberapa buah buku rujukan dari sebuah syarikat penerbitan. Malangnya, dua daripada lima buah buku tersebut telah rosak. Tulis sepucuk surat kepada syarikat terbabit untuk menyatakan masalah tersebut.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata panggilan hormat penerima, tajuk pemberitahuan buku yang dipesan rosak.
B
Idea – idea penting
1.
Merujuk kepada perkara di atas – memperkenalkan nama - tujuan menulis surat.
2.
Memperoleh buku yang dipesan pada 2 Januari 2020 – dua daripadanya telah rosak, iaitu beberapa helaian muka suratnya telah terkoyak – ada sebahagiannya tidak tercetak sekadar kertas kosong.
3.
Berasa kesal apabila menerima buku-buku yang rosak – meminta digantikan dengan buku-buku baharu dengan segera – memulangkan buku-buku yang rosak untuk tindakan lanjut pihak syarikat tuan.
4.
Berharap semoga perkara seumpamanya tidak berulang - dapat menerima buku-buku yang diganti secepat mungkin – persediaan untuk menghadapi UPSR.
C
Penutup: Kerjasama amat dihargai – sekian, terima kasih, tandatangan, nama.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 8
SURAT TIDAK RASMI
Halaman 9
A
B 1.
2.
3.
4.
C
Pendahuluan: Alamat pengirim - tarikh surat --Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri. Idea – idea penting Tujuan menulis surat adalah untuk mengajak sahabat menyertai pertandingan basikal bukit yang akan diadakan pada 5 November 2017- pertandingan basikal bukit ini akan diadakan di Bukit Bandaran pada pukul 8.00 pagi yang kebetulan berdekatan dengan rumah saya – Yuran pendaftaran hanya RM10.00 sahaja. Dibahagikan kepada dua kategori – Kategori A untuk sekolah menengah dan kategori B untuk sekolah rendah – hadiah tempat pertama akan menerima wang tunai RM500 berserta medal - tempat kedua RM300 berserta medal dan tempat ketiga RM100 berserta medal. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan – harap saudara tiada halangan untuk menyertai pertandingan basikal bukit ini - jikalau saudara berminat boleh hubungi Encik Umar Faizal melalui talian 012-12345678. Harapan agar program ini berjalan lancar – Saudara juga boleh mengajak rakan-rakan saudara untuk turut sama menyertai pertandingan basikal bukit ini – supaya lebih meriah. Penutup: Mengundurkan diri – salam mesra kepada keluarganya - tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 10
Soalan: Sahabat pena kamu di luar negara ingin mengetahui sebuah tempat menarik di Malaysia. Balas surat rakan anda itu dengan menceritakan keistimewaan tempat tersebut.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim - tarikh surat Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Mohon maaf kerana lambat membalas suratnya – agak sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun – memberitahunya bahawa Malaysia kaya dengan tempat menarik yang sesuai untuk menjadi destinasi pelancongan.
2.
Antara tempat menarik itu termasuklah Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah – sebuah pulau peranginan yang mempunyai keindahan alam semula jadi – dikelilingi pantai yang bersih dan air laut yang kebiru-biruan.
3.
Pulau Langkawi terkenal dengan gelaran Pulau Lagenda, iaitu lagenda Mahsuri yang diketahui umum - melawat makam Mahsuri dan mengetahui lagendanya dengan lebih mendalam – Tempat menarik yang lain ialah Tasik Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Terbakar. Pengunjung juga dapat menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang – dari puncaknya dapat menikmati keindahan alam semula jadi seluruh Pulau Langkawi.
4.
Syurga beli-belah kerana banyak kedai bebas cukai seperti pekan Kuah – barangan dijual dengan harga yang sangat murah – sempat membeli beberapa barangan seperti rantai kunci dan makanan tradisional.
C
Penutup: Mengundurkan diri – salam mesra kepada keluarganya - tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 11
Soalan: Kamu ingin memberitahu nenek bahawa kamu akan pulang ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang. Nomborkan perenggan di bawah mengikut urutan yang betul kemudian tulis surat tersebut semula. Cucundamu, Syakirin Nenda yang dikasihi, Telah setahun cucunda dan keluarga tidak pulang ke kampung untuk mengunjungi nenda. Selama itu, cucunda amat rindu apabila terkenang akan nenda di kampung. Cuti persekolahan akan menjelang beberapa minggu lagi. Dengan itu, cucunda dan keluarga berhasrat untuk mengunjungi nenda di kampung . Nenda, Jika tidak ada apa-apa aral, kami akan pulang ke kampung pada 14 Julai 2020. Kami akan bertolak pada pukul 8.00 pagi dan perjalanan kami dijangka akan mengambil masa selama empat jam. Menemui nenda yang berada di Kedah. Apa khabar nenda di kampung? Kami berharap semoga nenda dalam keadaan sihat wal afiat. Cucunda dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Rasanya, setakat ini dahulu coretan cucunda kali ini. Sebelum berpisah, cucunda ingin memohon maaf jika ada sebarang kesalahan. Akhir sekali, sama- samalah kita berdoa agar impian cucunda untuk menziarahi nenda menjadi kenyataan. Sekian. Cucunda yakin bahawa kepulangan kali ini lebih menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana cucunda akan membawa beberapa orang kawan untuk menikmati keindahan kampung. Untuk makluman nenda, kawan-kawan cucunda sangat teruja untuk melihat keindahan sawah padi yang menguning dan menangkap ikan haruan dan puyu di bendang. Syakirin bin Muhamad Nor Lot 7676, Kampung Binjai, 16150 Kota Bharu, Kelantan. 25 Mac 2020 Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 12
Soalan: Andaikan bahawa sepupu anda dianugerahi Murid Cemerlang 2019 atas kejayaannya dalam UPSR. Tulis sepucuk surat kepada sepupu anda untuk mengucapkan tahniah kepadanya dan bertanyakan petua-petua untuk berjaya.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim - tarikh surat Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Mendapat berita tentang kejayaannya melalui akhbar turut gembira atas kejayaan cemerlangnya.
2.
Mengucapkan tahniah atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah – kejayaannya menjadi kebanggaan keluarganya – akan menjadi ikutan dan teladan kepada murid lain, khususnya adik-adiknya.
3.
Ingin mengetahui rahsia kejayaannya - dapat berkongsi teknik belajar yang berkesan – menceritakan persediaan yang telah dilakukannya sepanjang tahun.
4.
Perancangannya pada masa depan – berdoa semoga sepupu akan berjaya ke sekolah berasrama penuh - berharap agar kejayaannya menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.
C
Penutup: Mengundurkan diri – salam mesra kepada keluarganya - tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 13
– berasa bangga dan
Soalan: Sahabat pena anda ingin mengetahui aktiviti yang anda lakukan semasa cuti sekolah. Balas surat sahabat pena anda itu.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim - tarikh surat Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Suratnya telah diterima – mengucapkan terima kasih - menceritakan aktiviti semasa cuti sekolah dengan menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap selama dua hari satu malam.
2.
Tugas dibahagikan sama rata – bekerjasama membersihkan tapak khemah untuk mendirikan khemah - pada sebelah malam diadakan acara malam kebudayaan.
3.
Hari kedua diadakan aktiviti menyeberangi sungai dengan seutas tali merangkak di bawah pagar berduri – bertujuan untuk menguji ketahanan diri peserta.
4.
Dapat memupuk jati diri – melatih peserta perkhemahan menjadi pemimpin – mendisiplinkan diri, bertolak ansur, bekerjasama serta menghargai masa.
C
Penutup: Berharap semoga dapat berutus surat lagi - sampaikan salam kepada keluarganya – tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 14
Soalan: Anda diundang oleh sahabat anda ke majlis perkahwinan abangnya. Malangnya, anda ada rancangan lain bersama-sama keluarga pada hari tersebut. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menyatakan perkara tersebut.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Berterima kasih atas undangannya – memohon maaf kerana tidak dapat hadir di majlis perkahwinan abangnya- ada urusan keluarga yang perlu diutamakan.
2.
Anda dan keluarga merancang untuk mengunjungi saudara anda di tempat lain hal ini telah pun dirancang terlebih dahulu - tidak dapat ditunda kerana melibatkan ahli keluarga yang lain.
3.
Anda berada di sana selama seminggu – mengambil kesempatan melawat ke sekitar tempat tersebut – tempat bersejarah - kesempatan yang ditunggutunggu.
4.
Berharap agar tidak berkecil hati – semoga majlis perkahwinan itu berlangsung dengan meriahnya - agak terkilan kerana tidak dapat ikut sama memeriahkannya – teringin juga untuk menikmati nasi minyak Raja Sehari.
C
Penutup: Berjumpa lagi pada masa lain - salam untuk keluarganya – tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 15
Soalan: Anda menerima surat daripada sahabat anda yang ingin mengetahui pesta buku yang diadakan di tempat anda. Balas surat rakan anda itu.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanya khabar dirinya - menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Suratnya telah diterima – terima kasih atas kiriman suratnya - agak sibuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba.
2.
Pesta buku dirasmikan oleh Menteri Pendidikan – dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari – berlangsung selama seminggu.
3.
Banyak syarikat penerbitan buku tempatan mengambil bahagian – menjual buku, novel dan majalah – mendapat sambutan hangat daripada murid, pelajar universiti dan golongan dewasa yang mementingkan ilmu – potongan harga turut diberikan kepada pembeli.
4.
Aktiviti lain turut diadakan – persembahan nyanyian lagu puisi Melayu, pertandingan mewarna dan melukis, mendeklamasikan sajak, Bicara Tokoh, dan sebagainya - ramai kanak- kanak mengambil bahagian dalam setiap acara – hadiah misteri untuk pembeli buku terbanyak juga disediakan.
C
Penutup: Berharap semoga dapat berjumpa lagi – sampaikan salam kepada keluarganya – tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 16
Soalan: Anda menerima sepucuk surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanyakan khabar – menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Suratnya telah diterima – mengucapkan terima kasih atas kirimannya - mohon maaf atas kelewatan membalas suratnya.
2.
Menceritakan persiapan menjelang peperiksaan – menyediakan jadual belajar sendiri di rumah - mengikuti kelas bimbingan pada sebelah petang dan kumpulan rakan sebaya pada hujung minggu – melayari portal Pembelajaran Digital untuk menambah ilmu – memperoleh maklumat terbaharu.
3.
Memberikan sepenuh perhatian dan fokus semasa guru menyampaikan ilmu di dalam kelas – menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru - menghadiri seminar dan kem motivasi kecemerlangan.
4.
Mengadakan kumpulan perbincangan mengenai tajuk-tajuk penting – bertukartukar nota dan soalan dengan rakan – tawakal dan menunaikan solat hajat mohon diberi keberkatan oleh Yang Maha Kuasa.
C
Penutup: Berharap agar anda dan rakan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti – salam manis buat keluarganya.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 17
Soalan: Andaikan bahawa anda ingin bercuti di kampung. Dua orang rakan anda ingin bercuti bersama-sama anda. Tulis sepucuk surat kepada datuk anda untuk memberitahunya tentang kedatangan anda dan rakan- rakan.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanyakan khabar nenda – berdoa semoga nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera.
B
Idea – idea penting
1.
Tujuan menulis surat ingin memberitahu nenda tentang kedatangannya - bercuti di kampung pada cuti semester yang akan datang - membawa bersama-sama dua orang rakan karib.
2.
Kami akan ke sana dengan menaiki bas – kami bertolak pada waktu malam dijangka tiba pada waktu Subuh kerana perjalanan agak jauh.
3.
Memberitahu nenda bahawa dua orang rakan anda itu merupakan anak jati Kuala Lumpur – tidak pernah merasai suasana kampung yang aman damai.
4.
Anda ingin mengajak rakan bersiar-siar mengelilingi kampung dengan mengayuh basikal – menunggu dan mengutip durian di dusun nenda mengalami kehidupan yang serba sederhana di kampung – orang kampung mencanting batik dan bermain permainan tradisional.
C
Penutup: Menyampaikan salam ayahanda dan bonda - tandatangan pengirim surat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 18
Soalan: Cuti sekolah hampir tiba. Kamu merancang untuk mengadakan suatu aktiviti semasa cuti sekolah nanti. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk mempelawanya menyertai aktiviti tersebut. (UPSR 2002)
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanyakan khabar nenda - semoga nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera.
B
Idea – idea penting
1.
Tujuan menulis surat adalah untuk mengajaknya pulang ke kampung saya semasa cuti sekolah - ayah akan menghantar kita ke kampung dan menjemput semula apabila cuti berakhir – datuk dan nenek pasti gembira kerana saya ialah cucu kesayangan tunggal mereka dan tidak keberatan menerima saudara sebagai tetamu.
2.
Sekarang ialah musim buah-buahan - kita boleh pergi ke dusun buah-buahan datuk saya - terdapat pelbagai jenis buah yang ditanam - kita boleh makan sepuas-puasnya.
3.
Boleh pergi berkelah di kawasan air terjun tidak jauh dari rumah datuk – tempat itu sungguh cantik, airnya sangat jernih dan udaranya sungguh nyaman - boleh mandi-manda dengan seronoknya.
4.
Boleh mengikut datuk pergi menangkap ikan di sungai berhampiran seperti ikan baung, tapah dan toman - aktiviti ini sungguh menyeronokkan - mendapat pengalaman yang berguna semasa bersampan di sungai.
C
Penutup: Berharap agar saudara tidak menolak pelawaan saya – harap balas surat dengan segera supaya saya mengetahui keputusan saudara.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 19
Soalan: Sekolah anda telah mengadakan Hari Kokurikulum. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang telah berpindah sekolah untuk menceritakan suasana sebelum dan semasa Hari Kokurikulum itu.
A
Pendahuluan: Alamat pengirim – tarikh Pembuka kata – bertanya khabar - menyatakan khabar diri.
B
Idea – idea penting
1.
Sekolah anda telah mengadakan Hari Kokurikulum pada hari Sabtu - Pelbagai persediaan awal dilakukan – melancarkan perjalanan Hari Kokurikulum peringkat sekolah.
2.
Bergotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah melibatkan guru-guru dan murid-murid – antara aktiviti yang dilakukan termasuklah memesin rumput di padang, menghias khemah, menyiapkan trek balapan, menghias pentas dan sebagainya.
3.
Ucapan alu-aluan oleh guru besar – dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas – beliau menyeru murid-murid agar melibatkan dalam pelbagai kegiatan kokurikulum - bercita-cita untuk mewakili negeri dan negara Badan Sihat, Otak Cerdas.
4.
Banyak aktiviti yang diadakan pada Hari Kokurikulum seperti pameran, tato, pertunjukan silat, pancaragam, taekwando, gimrama, tarik tali antara pihak guru dengan penduduk kampung dan lain-lain lagi.
C
Penutup: Berharap agar dapat berutus surat lagi – salam rindu untuknya - tandatangan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 20
UCAPAN
Halaman 21
Soalan: Sekolah kamu menganjurkan kejohanan sukan tahunan baru-baru ini. Sebagai guru besar kamu diminta menyampaikan ucapan pembukaan kejohanan tersebut. Lengkapkan teks ucapan tersebut berdasarkan rangka karangan yang diberikan.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada hadirin – mengucapkan selamat datang kepada hadirin untuk menyaksikan kejohanan sukan.
B
Idea – idea penting
1.
Mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang bertungkus lumus – bermula dengan latihan hingga persediaan akhir – memerlukan pengorbanan masa dan tenaga – tidak mengabaikan akademik.
2.
Program besar dalam kalendar tahunan sekolah – mencungkil bakat murid dalam bidang sukan - murid yang layak dan berpotensi – diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi.
3.
Untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa – saling berkomunikasi dan bekerjasama dalam semua aktiviti sukan – melahirkan generasi muda yang berdaya saing secara sihat.
4.
Melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental – berpeluh dapat mengeluarkan toksin dari badan – dapat merehatkan minda dan melepaskan tekanan setelah penat belajar.
C
Penutup: Berharap agar ibu bapa memberikan sokongan penuh – bergiat cergas dalam aktiviti sukan – membantu murid cemerlang dalam pelajaran. Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 22
Soalan: Kamu sebagai ketua murid diminta untuk menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah kamu.Tuliskan teks ucapan kamu.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan – mewakili murid-murid mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru – tema Hari Guru pada tahun ini ialah “… …………………………………………”
B
Idea – idea penting
1.
Dewasa ini peranan guru kian mencabar – terpaksa berdepan dengan masalah disiplin murid yang meruncing – menyelesaikan kes-kes disiplin murid walaupun agak sukar.
2.
Berperanan untuk membimbing dan mendidik murid-murid daripada pelbagai aspek – membentuk keperibadian murid-murid - bertindak sebagai ibu dan bapa kepada murid agar murid sentiasa berakhlak dan berilmu pengetahuan.
3.
Semua pihak patut bekerjasama dengan guru untuk membentuk dan melahirkan modal insan yang berwawasan – PIBG, ibu bapa dan media massa sewajarnya memainkan peranan yang sama ke arah melahirkan generasi yang gemilang.
4.
Masyarakat sewajarnya memberikan penghormatan yang setimpal atas budi dan khidmat yang telah disumbangkan oleh guru – sebagai murid sepatutnya kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mencurahkan ilmu tanpa rasa jemu dan lelah – jasa dan pengorbanan guru tidak ternilai dan terhitung oleh semua murid.
C
Penutup: Ucapan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia, khususnya guruguru di sekolah ini – Sekian, terima kasih.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 23
Soalan: Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid-murid tahun enam. Kamu sebagai ketua kelas diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis tersebut. Tulis ucapan kamu selengkapnya.
A
Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan -- menyatakan tujuan majlis diadakan, iaitu bersempena dengan perpisahan murid tahun enam.
B
Idea – idea penting
1.
Terima kasih diberi peluang berucap – akan meninggalkan sekolah rendah setelah enam tahun menimba ilmu daripada guru-guru bermula dari tahun satu -- akan melangkah ke sekolah menengah pada awal tahun hadapan.
2.
Sekolah ibarat syurga ilmu – mula mengenal huruf dan mengenal nombor semasa berada di tahun satu -- berkat usaha gigih guru-guru semakin bijak dan usai menduduki UPSR dengan memperoleh keputusan yang sangat cemerlang.
3.
Banyak jasa guru yang dicurahkan dan begitu gigih mendidik kami – jasa dan pengorbanan guru-guru kekal terpahat dalam hati – ilmu yang diperoleh akan diamalkan sehingga hujung nyawa.
4.
Memohon maaf seandainya ada kekhilafan yang tidak disengajakan - berjanji akan belajar bersungguh-sungguh – tekad dan azam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah.
C
Penutup: Mengucapkan salam perpisahan buat semua guru yang dikasihi – berdoa semoga Allah SWT jua yang dapat membalas jasa semua guru - sekian, terima kasih.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 24
Soalan: Guru kelas anda akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, anda diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis perpisahan beliau. Sediakan teks ucapan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
B
Idea – idea penting
1.
Tujuan majlis diadakan untuk meraikan pertukaran guru – berpindah ke sekolah lain atas rezeki kenaikan pangkat – telah berkhidmat di sekolah ini selama 12 tahun.
2.
Perasaan sedih tidak dapat digambarkan – kehilangan guru yang banyak menabur jasa kepada sekolah terutamanya murid-murid tahun enam – seorang guru yang bertanggungjawab, bertimbang rasa, berjiwa penyayang dan dedikasi.
3.
Pertukaran beliau merupakan kerugian yang besar kepada sekolah – Tidak lupa akan didikan, bimbingan dan nasihat beliau – amanat beliau sebagai azimat untuk terus kami berjaya dalam kehidupan.
4.
Kata penegas ucapan: Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh - tidak akan mengecewakan harapan guru – memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan.
C
Penutup: Akhir kata berdoa agar guru sentiasa sihat sejahtera – ucapan selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baharu – sekian sahaja ucapan saya dan terima kasih. Pantun Perpisahan: Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menumpang mandi; Kalau ada umur nan panjang, Bolehlah kita bertemu lagi.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 25
SYARAHAN
Halaman 26
Soalan: Pusat sumber sekolah kamu akan mengadakan kempen “Mari Membaca”. Sebagai Ketua PSS, kamu ditugaskan untuk menyampaikan syarahan kepada murid-murid pada hari pelancaran kempen tersebut. Tajuk syarahan kamu “Melahirkan Budaya Suka Membaca”. Tuliskan teks syarahan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan:
B
Idea – idea penting
1.
Amalan suka membaca amat penting diamalkan dan dipupuk sejak kecil memperoleh banyak faedah hasil membaca – mengetahui banyak perkara, menambah ilmu pengetahuan dan menjadi insan yang berilmu.
2.
Jadikan membaca sebagai hobi yang berguna – mengisi masa dengan perkara berfaedah dan masa tidak terbuang begitu sahaja — selain hobi, membaca boleh meningkatkan penguasaan bahasa.
3.
Membaca amalan baik dan perlu semai minat membaca – menyertai aktiviti membaca secara berkumpulan, ajak rakan membaca di taman rekreasi – pihak sekolah menganjurkan pertandingan NILAM dan memberikan hadiah galakan kepada yang paling banyak membaca.
4.
Hilangkan kebosanan dengan membaca pelbagai bahan bacaan — jangan hanya baca buku teks tetapi baca juga ensiklopedia dan buku cerita – pilih buku yang menarik di PSS atau beli di kedai buku untuk menambah koleksi.
C
Penutup: Jelaslah kepada kita bahawa membaca amat penting - ingatlah “Membaca Menjanakan Minda”- jadikan amalan membaca sebagai budaya hidup — sekian, terima kasih.
Kata alu-aluan kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru –guru dan rakan-rakan – berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “ …………………………………………..….”
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 27
Soalan: Kamu telah diminta untuk menyampaikan suatu syarahan yang bertajuk “Menghormati Orang Tua Amalan Yang Mulia’’. Tuliskan teks syarahan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan – Tajuk syarahan pada hari ini ialah “……………………………………….…”
B
Idea – idea penting
1.
Orang-orang tua dipanggil juga warga emas kerana ketinggian martabatnya — menghormati orang tua wajar diamalkan – sangat dituntut oleh agama.
2.
Golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat – pengorbanan mereka melahirkan generasi muda, iaitu menjadi ibu dan bapa -- menjaga, mengasuh, dan mendidik anak-anak sehingga dewasa dan menjadi manusia yang berguna.
3.
Orang tua banyak pengalaman – dapat dimanfaatkan oleh generasi muda untuk melalui kehidupan seharian – dapat menjadi pembimbing dan penasihat kepada anak-anak muda untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
4.
Golongan muda harus menyedari mereka juga akan tua jika dilanjutkan usia – wajar menunjukkan contoh yang terbaik dengan menghormati orang tua – amalan menghormati orang tua wajar dijadikan sebagai budaya hidup.
C
Penutup: Orang-orang tua tidak wajar dipinggirkan – menghormati orang tua merupakan sikap yang mulia – Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 28
Soalan: Andaikan kamu pegawai dari Jabatan Alam Sekitar. Kamu telah diundang ke sebuah sekolah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah Kitar Semula dan Penggunaan Semula Bahan Buangan”. Tulis syarahan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid – Tajuk syarahan pada hari ini ialah “………………………………………..……”
B
Idea – idea penting
1.
Memberitahu warga sekolah bahawa kitar semula sangat penting – antara faedah kitar semula termasuklah dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar – pelbagai langkah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam hal ini.
2.
Kitar semula dapat mengurangkan jumlah pembuangan sampah sarap mengurangkan kos penyenggaraan pembuangan sampah sarap dan bahan terbuang – membantu meningkatkan ekonomi negara.
3.
Aktiviti kitar semula dapat membantu sumber pendapatan individu yang kurang berkemampuan -- orang ramai dapat menjual barang-barang terbuang – mendapat bayaran setimpal dengan penat lelah dan menampung kos sara hidup.
4.
Menggalakkan manusia bertanggungjawab untuk menjaga keindahan negara – menyemaikan sikap menyayangi negara sendiri – jadikan amalan dan budaya hidup yang terpuji – Negara Bersih, Rakyat Sejahtera.
C
Penutup: Orang ramai perlu mempunyai kesedaran terhadap aktiviti kitar semula – membantu kerajaan mengatasi masalah pencemaran.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 29
Soalan: Kamu telah terpilih untuk mewakili kelas kamu dalam pertandingan syarahan bersempena dengan Minggu Menabung yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah “Faedah Menabung”. Tulis teks syarahan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Kata alu-aluan kepada Pengacara Majlis, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid – Tajuk syarahan pada hari ini ialah “………………………………………..……”
B
Idea – idea penting
1.
Menabung ialah amalan yang baik – menabung bermula daripada sikap berjimat cermat sejak kecil – suatu amalan yang digalakkan dalam Islam.
2.
Menabung banyak faedahnya – menabung dapat menjamin masa hadapan wang tabungan dapat digunakan pada masa susah, saat kecemasan atau waktu getir.
3.
Dapat menampung pengajian dengan duit tabungan - hasil tabungan dapat meringankan bebanan ibu bapa – dapat meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi hasil usaha sendiri.
4.
Menabung juga dapat menjayakan perancangan perbelanjaan dan berbelanja secara berhemat – menyenaraikan barangan yang dibeli untuk mengelakkan pembaziran – duit lebihan perbelanjaan dapat dijadikan sumber tabungan.
C
Penutup:
Amalan menabung begitu mulia bak kata pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” – harus menabung sejak kecil dan dijadikan amalan – sekian, terima kasih.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 30
LAPORAN
Halaman 31
Soalan: Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang perkhemahan itu. Tulis laporan kamu selengkapnya. A
Pendahuluan: Tajuk laporan – tarikh – nama unit beruniform – sekolah – aktiviti — bilangan hari — tempat.
B
Idea – idea penting
1.
Seramai 30 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring menyertai perkhemahan – bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di tapak perkhemahan pada pukul 10.00 pagi -- diberi taklimat oleh guru pengiring tentang aspek keselamatan, disiplin, arahan dan sebagainya.
2.
Aktiviti hari pertama dibahagikan mengikut kumpulan – mendirikan khemah, mencari kayu api, dan memasak – malam - diadakan persembahan kebudayaan seperti menari, menyanyi, sketsa, bermain kotak beracun dan banyak lagi.
3.
Hari kedua selepas solat Subuh kami senamrobik – bersarapan seterusnya berkawad — sebelah petang mengikuti aktiviti pertolongan cemas, memasak dan mendengar ceramah mengenai ilmu pengakap.
4.
Hari terakhir berkemas untuk pulang – dapat banyak pengalaman seperti belajar berdikari, bekerjasama, bertolak ansur, mematuhi ketua dan berdisiplin — mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas serta lebih berkeyakinan diri untuk melaksanakan aktiviti yang lebih mencabar.
C
Penutup:
Sampai di sekolah agak lewat - walaupun kepenatan tetapi gembira - berharap agar dapat berkhemah lagi - tandatangan pelapor, jawatan, dan tarikh. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 32
Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin. Tulis sebuah laporan tentang sambutan hari tersebut selengkapnya.
A
Pendahuluan: Nyatakan tajuk laporan - tarikh diadakan – pihak yang terlibat seperti PIBG, Kelab dan Persatuan, dan kelas.
B
Idea – idea penting
1.
Hari Kantin diadakan pada setiap tahun - bertujuan untuk mengumpulkan dana sekolah – dana yang terkumpul akan disalurkan kepada pembangunan akademik dan pembelajaran murid, khususnya murid yang kurang berkemampuan.
2.
Terdapat pelbagai gerai - makanan dan minuman pelbagai jenis dan rasa – barang-barang terpakai dan hasil kraf tangan murid dan PIBG juga dijual.
3.
Guru-guru dan murid-murid bertungkus lumus untuk menyediakan bahan jualan gerai masing-masing — kesemua yang terlibat menghias gerai agar cantik untuk menarik perhatian pengunjung.
4.
Banyak pengunjung yang datang - ibu bapa turut memberikan sokongan mendapat banyak keuntungan dan dimasukkan ke dalam tabung PIBG sekolah.
C
Penutup:
Memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak, terutamanya murid dalam ilmu keusahawanan – pihak sekolah dan PIBG amat berpuas hati atas pungutan dana yang diperoleh – tandatangan pelapor, jawatan dan tarikh. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 33
Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Kem Motivasi di suatu tempat yang menarik. Tuliskan laporan tentang kem tersebut.
A
Pendahuluan: Hari Sabtu - Kem Motivasi 2019, murid tahun enam (nama sekolah) – nama tempat kem diadakan.
B
Idea – idea penting
1.
Diadakan selama tiga hari dua malam — tujuan kem motivasi adalah untuk meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid tahun enam untuk menghadapi UPSR – membentuk keazaman yang tinggi untuk berjaya.
2.
Kumpulan sasaran ialah murid tahun enam – persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum UPSR – tanamkan minat dan membina kekuatan diri untuk gigih berusaha demi kecemerlangan akademik.
3.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kursus dan bengkel — teknik menjawab soalan dan teknik pembelajaran berkesan – penceramah undangan terdiri daripada guru-guru cemerlang yang mempunyai kepakaran dalam subjek masing-masing.
4.
Aktiviti luar bilik darjah – aktiviti lasak untuk membina ketahanan fizikal dan mental – memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan.
C
Penutup:
Sampai di sekolah agak lewat - walaupun kepenatan tetapi gembira - berharap agar dapat menghadiri kem motivasi lagi - tandatangan pelapor, jawatan dan tarikh. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 34
Soalan: Kamu telah mengikuti lawatan ke tempat bersejarah. Tuliskan laporan mengenainya.
A
Pendahuluan: - Tajuk laporan - nama penganjur, tarikh dan tempat lawatan.
B
Idea – idea penting
1.
Tujuan lawatan untuk mengenali tempat-tempat bersejarah - dapat menambah pengetahuan dan meluaskan pengalaman — untuk menambah rasa cinta akan tanah air.
2.
Butir-butir peserta lawatan * jumlah peserta * jenis kenderaan yang digunakan
3.
Butir-butir program lawatan * melawati Kota A Famosa * melawati makam Hang Jebat * melawati Taman Mini Asean
* waktu bertolak dan waktu tiba * guru-guru pengiring
* melawati perigi Hang Tuah * berkelah di Tanjong Bidara
4.
Pengalaman yang amat menyeronokkan — dapat melihat dengan mata sendiri kesan peninggalan penjajah yang sebelum ini diperoleh melalui buku – teruja melihat keindahan alam dan keunikan kesan tinggalan sejarah – membeli rantai kunci dan makanan tradisional seperti dodol sebagai buah tangan.
C
Penutup:
Pengalaman yang menyeronokkan — harapan semoga dapat mengikuti lawatan ke tempat-tempat lain pula — nama pelapor, tandatangan dan tarikh.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 35
Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin baru- baru ini. Kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang persediaan aktiviti tersebut. Tuliskan laporan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Tarikh, hari dan tempat diadakan Hari Kantin.
B
Idea – idea penting
1.
Tujuan diadakan untuk mengumpulkan dana -- sebagai tabungan untuk menyediakan peralatan UPSR kepada murid, mengadakan bengkel teknik menjawab soalan UPSR dan kem motivasi kepada calon-calon UPSR.
2.
Mengadakan persiapan menjelang Hari Kantin – membeli makanan dan barangan untuk dijadikan bahan jualan - bertungkus lumus memasak makanan yang akan dijual secara bekerjasama sesama ahli persatuan dan kelab masingmasing.
3.
Menghias gerai-gerai dengan kreativiti masing-masing – bertujuan untuk menarik perhatian pembeli berkunjung ke gerai mereka - cabutan nombor bertuah akan turut diadakan di setiap gerai – hadiah hamper.
4.
Penjual juga akan mengadakan promosi separuh harga – semua barangan akan dijual dengan harga yang berpatutan – mereka dijangka akan mendapat keuntungan berlipat ganda.
C
Penutup:
Pihak sekolah mengadakan publisiti dan promosi Hari Kantin melalui brosur dan penggunaan teknologi digital – harapan mereka aktiviti Hari Kantin sekolah mereka akan mendapat sambutan dan pulangan dana yang lumayan - nama pelapor, tandatangan dan tarikh. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 36
Soalan: Pada hari Sabtu yang lepas, kamu telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Program gotong-royong itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kamu. Kamu telah ditugaskan oleh guru kelas kamu menulis laporan gotong-royong tersebut. Tuliskan laporan kamu itu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Tarikh, hari dan tempat diadakan program gotong-royong.
B
Idea – idea penting
1.
Murid-murid SK Melati 2 menyertai gotong-royong membersihkan kawasan sekolah – gotong-royong ini anjuran PIBG – semua murid tahap dua digalakkan untuk menyertainya – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2.
Berkumpul di dataran perhimpunan sekolah pada jam 8.00 pagi – mendengar taklimat daripada guru besar untuk mendapat agihan tugas dan kawasan -mengambil peralatan seperti parang, pongkes dan sabit dari stor sekolah.
3.
Gotong-royong bermula – bekerjasama membersihkan longkang, menyabit rumput, menyapu sampah dan membuang ranting dan daun kering – sampah sarap dibawa ke tempat pelupusan sampah untuk dibakar dan dilupuskan.
4.
Kawasan sekolah menjadi bersih dan ceria – guru besar memuji sikap positif murid-murid dan mengucapkan terima kasih kepada PIBG – menasihati semua murid agar sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan diri.
C
Penutup:
Pengalaman yang menyeronokkan—harapan semoga dapat bersama-sama PIBG lagi untuk membersihkan kawasan sekolah - nama pelapor, tandatangan dan tarikh. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 37
PERBUALAN / DIALOG
Halaman 38
Soalan: Andaikan bahawa kamu telah bertemu dengan jiran kamu di sebuah pasar raya ketika membeli-belah. Lengkapkan perbualan antara kamu dengan jiran kamu itu selengkapnya. Lengkapkan dialog dengan cadangan jawapan yang diberikan
~ Kami mengambil madu kerana madu baik untuk kesihatan ~ kerana hendak membeli barang-barang keperluan harian. Kamu pula beli apa? ~ dari awal lagi saya sudah bertanya kepada jurujual di sini ~ bersama-sama adik bongsu saya. Dia sekarang berada di bahagian alat permainan. Kamu pula datang dengan siapa? ~ Barang yang hendak saya beli tidak banyak. Di manakah saya boleh mendapatkan madu di pasar raya ini? Qadri
Eh, Haziq, tidak sangka saya bertemu dengan kamu di sini! Mengapakah kamu ke sini?
Haziq Saya ke sini ……………………………………………………………………. Qadri
Sebenarnya, saya ke sini kerana hendak membeli sebotol madu yang dipesan oleh kakak saya. Kamu ke sini seorang diri?
Haziq Tidaklah. Saya ke sini ……………………………………………………….. Qadri
Saya datang dengan ayah saya. Namun begitu, ayah saya hanya menunggu di dalam kereta kerana ………………………………………………….
Haziq Oh, kamu sepatutnya ke bahagian makanan di sana! Cubalah bertanya kepada jurujual jika kamu masih tidak dapat mencarinya. Itu cadangan yang baik. Sepatutnya,………………………………………. …………………………………………………………………………………… Haziq Pada minggu lepas, saya ada membeli madu kerana ibu saya selalu menggunakannya untuk membuat kuih, biskut, dan kek. Qadri
Keluarga saya minum madu setiap hari. Ibu menggalakkan …………… ……………………………………………………………………………………. Haziq Betul kata kamu Haziq. Saya minta diri dahulu. Nanti adik saya bimbang pula kerana menunggu saya terlalu lama. Jumpa lagi di sekolah esok. Qadri Baiklah. Selamat jalan. Qadri
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 39
Soalan: Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang tempat-tempat menarik di Malaysia. Tulis perbualan kamu itu.
A
Pendahuluan: Kata sapaan - memberikan salam dan bertanya khabar sahabat.
B
Idea – idea penting
1.
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati - pantai, pulau, juga mempunyai banyak tempat bersejarah - memuji keindahan Malaysia.
2.
Memberitahu rakan tempat-tempat menarik dan bersejarah di Malaysia – mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah semasa cuti persekolahan lawatan diadakan secara berkumpulan bersama-sama rombongan sekolah atau keluarga.
3.
Mencadangkan rakan pergi ke Melaka dan Pulau Langkawi – memberitahu rakan bahawa Malaysia juga mempunyai beberapa mercu tanda melambangkan kemajuan dan kebanggaan negara – antara mercu tanda termasuklah KLIA, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Litar Sepang, Dataran Lang di Langkawi dan sebagainya – Tahun Melawat Malaysia 2020.
4.
Tidak perlu melawat ke luar negara kerana Malaysia mempunyai banyak tempat peranginan atau tempat menarik di Malaysia – antaranya termasuklah Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Redang - tanamkan rasa cinta akan tanah air sendiri.
C
Penutup:
Mengucapkan terima kasih kepada rakan kerana berkongsi ilmu - keindahan Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya. Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 40
Soalan: Kamu telah mempelawa rakan kamu pergi ke pameran sejarah. Malangnya, kawan kamu menolak pelawaan itu dengan alasan bahawa pameran tersebut tidak memberikan sebarang faedah. Kamu memujuknya supaya pergi ke pameran itu. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Kata sapaan - memberikan salam dan bertanya khabar sahabat - mempelawa rakan anda pergi ke pameran sejarah – nyatakan masa dan tempat pameran tetapi kawan menolaknya.
B
Idea – idea penting
1.
Banyak terdapat bahan sejarah negara yang dipamerkan – gambar slaid, keratan akhbar, buku, dan lain-lain yang berkaitan dengan para tokoh sejarawan negara dipamerkan – rasa rugi jika tidak dapat mengunjunginya kerana pameran ini mencatat pelbagai sejarah penubuhan sesuatu tempat di Malaysia.
2.
Banyak faedah jika mengunjunginya – dapat menambah ilmu pengetahuan – mendapat banyak maklumat mengenai sejarah Malaysia.
3.
Membantu generasi muda mengenali tokoh-tokoh negara semasa zaman penjajahan – mengetahui peristiwa bersejarah dengan lebih dekat dan terperinci -- menyemaikan rasa cinta akan tanah air sendiri.
4.
Ada cabutan nombor bertuah – hadiah berbentuk majalah dan buku percuma akan diberikan kepada murid-murid yang dapat menjawab soalan kuiz spontan banyak manfaat seperti dapat mendalami sejarah negara sendiri.
C
Penutup: Banyak rakan yang telah mengunjunginya – meminta rakan anda untuk memikirkannya – ungkapan “Sejarah ialah bahtera yang membawa kenangankenangan kehidupan ke masa akan datang”.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 41
PERIBAHASA
Halaman 42
Soalan: Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Seperti kacang lupakan kulit”.
A
Pendahuluan: Suasana pagi di rumah orang tua Sri Kenangan – sekumpulan penghuni sedang menjalani senaman dengan gaya santai dan bersahaja.
B
Idea – idea penting
1.
Pak Amat baru seminggu tinggal di situ – berbual-bual dengan penghuni lain tentang nasib mereka yang kurang baik - tidak diendahkan oleh anak-anak setelah mereka tua dan uzur.
2.
Pak Amat teringat akan isteri anak sulungnya yang tidak mahu tinggal bersamasamanya selepas kematian isterinya – menantunya tidak menghiraukan makan dan minumnya – sering bermasam muka dan tidak bertegur sapa dengannya.
3.
Pak Amat meninggalkan rumah anak sulungnya – pergi ke rumah anak bongsunya - di rumah anak bongsunya dia diperlakukan seperti pembantu rumah kerana terpaksa menjaga cucu-cucunya - fizikalnya lemah dan uzur menyebabkan dia sering disindir oleh menantunya.
4.
Perbuatan isteri anaknya tidak diketahui oleh anaknya - Pak Amat mengunci mulutnya dengan merahsiakan hal itu – beliau tidak mahu anak dan menantunya bertengkar setiap hari disebabkan kehadirannya di rumah itu.
C
Penutup: Membuat keputusan menetap di rumah orang-orang tua — sikap anak-anaknya seperti kacang lupakan kulit - tidak mengenang jasanya membesar dan mendidik mereka dengan penuh kasih sayang.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 43
Soalan: Berdasarkan peribahasa “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Tulis sebuah cerita yang dapat menjelaskan maksud peribahasa tersebut.
A
Pendahuluan: Leman menghadapi masalah dalam pelajaran dan perbelanjaan sekolah – dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang miskin.
B
Idea – idea penting
1.
Duduk termenung melihat kumpulan anai-anai membuat sarang – busut kecil menjadi besar – anai-anai boleh membina busut besar fikirnya.
2.
Dia bertekad untuk membuat kerja sambilan dan mengumpulkan wang sebagai tabungannya -- menabung sedikit demi sedikit sebagai perancangan masa depannya – dia terpaksa berjimat cermat untuk mencapai wawasannya.
3.
Tanpa mengenal penat dan jemu, dia mengulang kaji pelajaran setiap hari – Pada hujung minggu, dia membentuk kumpulan rakan sebaya untuk kelas perbincangan – dapat mengembangkan dan menjanakan idea dengan lebih baik.
4.
Leman berjaya meningkatkan pencapaian pelajarannya - berjaya mengatasi masalah pembelajarannya dengan mudah - peningkatan yang agak ketara.
C
Penutup: Leman amalkan “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - dapat bayar yuran persekolahan hasil wang yang disimpannya setiap hari – berjaya dalam peperiksaan hasil ulang kaji pelajaran.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 44
FAKTA
Halaman 45
Soalan: Pada masa ini, semakin timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menyediakan bekal makanan kepada anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Hal ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini. Tulis karangan tentang faedah-faedah membawa bekal ke sekolah.
A
Pendahuluan: Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan oleh ibu bapa di rumah – dibawa ke sekolah sebagai bekal ATAU boleh gunakan frasa soalan sebagai pendahuluan.
B
Idea – idea penting
1.
Anak-anak dapat membawa bekal makanan yang bersih dan berkhasiat – dapat mengelakkan keracunan makanan – badan sihat dan bertenaga untuk belajar.
2.
Boleh menjimatkan masa semasa di kantin sekolah – tidak perlu beratur untuk membeli makanan – dapat gunakan masa terluang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
3.
Melatih murid berjimat cermat – wang saku boleh disimpan di dalam tabungan atau bank – amalan yang baik dan perlu dipupuk dalam kalangan murid setiap masa.
4.
Dapat bertukar-tukar makanan dengan kawan – menyemaikan sikap tidak kedekut – boleh mengeratkan persahabatan.
C
Penutup: Membawa bekal banyak faedah – harus dijadikan sebagai satu amalan yang boleh dicontohi oleh murid-murid lain.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 46
Soalan: Perpaduan kaum masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum penting untuk mewujudkan suasana hidup yang harmoni. Tulis sebuah karangan tentang caracara untuk memupuk perpaduan kaum.
A
Pendahuluan: Perpaduan kaum masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum penting untuk mewujudkan suasana hidup yang harmoni. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
B
Idea – idea penting
1.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda – penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa pertuturan – mempercepat perpaduan.
2.
Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan – bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan saling membantu – contohnya aktiviti gotong-royong membersihkan sekolah, taman permainan, dan balai raya.
3.
Pendidikan sejak di bangku sekolah – pupuk nilai murni dari segi pergaulan, pertuturan dan cara berkomunikasi - bentuk sikap saling menghormati agama, adat dan budaya kaum lain.
4.
Peranan media massa sangat penting – televisyen dan akhbar, khususnya dapat menyalurkan maklumat dan dapat disebarluaskannya kepada seluruh rakyat – papar pelbagai nilai yang menerapkan kebaikan untuk semua kaum – elakkan isu-isu atau sentimen berbaur perkauman.
C
Penutup: Perpaduan untuk kesejahteraan hidup semua kaum di Malaysia – lakukan apaapa sahaja demi menzahirkan rasa kasih akan negara kita Malaysia.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 47
Soalan: Akhir-akhir ini, masalah ponteng sekolah yang semakin meruncing hangat diperkatakan dalam media massa. Tulis karangan lengkap bertajuk “Cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah”.
A
Pendahuluan: Masalah ponteng sekolah semakin merisaukan semua pihak ATAU boleh gunakan frasa soalan sebagai pendahuluan.
B
Idea – idea penting
1.
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah – antaranya termasuklah peranan ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak – selalu bertanya khabar kepada pihak sekolah.
2.
Peranan media massa seperti akhbar dan televisyen untuk memaparkan gejala dan kesan ponteng kepada pelajar – keberkesanan media massa banyak mempengaruhi minda ibu bapa dan murid – membantu banyak pihak untuk menangani masalah ponteng.
3.
Peranan PIBG perlu diperkasakan dengan menitikberatkan masalah ponteng dalam kalangan murid – bekerjasama dengan ibu bapa dan pihak sekolah – kerjasama yang erat untuk menangani masalah ini daripada berleluasa.
4.
Peranan pihak sekolah sangat penting – menyediakan sesi kaunseling kepada murid yang bermasalah – mengadakan pelbagai aktiviti dan suntikan motivasi untuk menarik minat murid ke sekolah – program Ziarah Cakna amat baik.
C
Penutup: Kerjasama yang erat dan padu daripada pelbagai pihak dalam hal ini – saling memberikan idea dan perkongsian pintar demi melahirkan murid-murid yang zero ponteng.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 48
Soalan: Kita harus menitikberatkan pemakanan agar kita dapat hidup sihat. Tulis karangan tentang kepentingan pengamalan pemakanan seimbang.
A
Pendahuluan: Semua orang ingin hidup sihat agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa – kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk keperluan tubuh badan bagi pembesaran dan penjagaan kesihatan.
B
Idea – idea penting
1.
Antara kepentingan pemakanan yang seimbang termasuklah pengambilan zat yang mencukupi – zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat, kalsium, serat, vitamin dan mineral – tubuh yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan kita melakukan tugas dengan lancar dan sempurna.
2.
Pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan terdapat dalam pemakanan seimbang – keseimbangan vitamin mengandungi antioksidan dapat membantu badan mengeluarkan kumuhan – perkumuhan yang keluar dari badan menjadikan kita sihat.
3.
Pengambilan makanan seimbang dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit - penyakit kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan harus mengamalkan pemakanan seimbang agar hidup kita sihat sepanjang hayat.
4.
Pemakanan seimbang mampu mengawal berat badan kita – perlu mengambil pemakanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat – pengawalan pemakanan menjadikan tubuh badan kita tidak terlalu gemuk dan memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti.
C
Penutup: Kesimpulannya, amalan pemakanan seimbang amat penting kepada setiap orang – kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin dan kekal sihat sepanjang hayat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 49
Soalan Murid-murid harus bergiat cergas dalam bidang sukan. Nyatakan kepentingan sukan kepada murid-murid.
A
Pendahuluan: Definisi sukan ialah aktiviti riadah yang dilakukan pada masa lapang – banyak kepentingan yang diperoleh jika kita melakukannya.
B
Idea – idea penting
1.
Murid-murid harus bergiat cergas dalam aktiviti sukan - setiap murid mesti membabitkan diri dalam satu jenis sukan -- boleh memilih sukan yang diminati dan libatkan diri secara serius – Satu Murid, Satu Sukan.
2.
Sukan memantapkan fizikal seseorang – mengeluarkan peluh dan mengeluarkan sisa toksik melalui perpeluhan – menyihatkan badan dan mencerdaskan pemikiran.
3.
Sukan dapat memupuk toleransi dalam kalangan murid - melahirkan murid yang mempunyai semangat perpaduan sesama murid yang berlainan kaum – memupuk semangat kesukanan yang tinggi.
4.
Sukan dapat menghindarkan seseorang daripada terjebak dalam gejala negatif – masa senggang diisi dengan aktiviti bermanfaat seperti melibatkan diri secara serius dalam sukan – mewakili sekolah, negeri dan negara - rasa bangga kerana dapat mengharumkan nama sendiri dan sekolah.
C
Penutup: Menyarankan murid-murid bergiat cergas dalam sukan. Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 50
Soalan: Kita sering mendengar berita mengenai kemalangan di jalan raya. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.
A
Pendahuluan: Jalan raya merupakan suatu sistem perhubungan atau prasarana yang menghubungkan sesuatu tempat – terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya.
B
Idea – idea penting
1.
Sebagai pengguna jalan raya sebelum melintas jalan kita perlu menoleh ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula – melintas setelah pasti tiada kenderaan – melintas dengan cermat dan berhemah.
2.
Menggunakan jejantas di laluan yang amat sibuk – melintas di Lintasan Zebra – melintas setelah pasti lampu isyarat hijau menyala – sentiasa memakai pakaian yang berwarna cerah agar boleh meningkatkan kebolehlihatan.
3.
Menunggang basikal dengan baik, iaitu memakai topi keledar untuk mengurangkan tahap kecederaan pada bahagian kepala - tidak berlumba di jalan raya – menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik – menggunakan isyarat tangan untuk membelok atau berhenti.
4.
Penumpang kenderaan sentiasa memakai tali pinggang keledar – ketika turun dari bas pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan – jangan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
C
Penutup: Pengguna jalan raya perlu sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya – patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya – Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 51
Soalan: Permainan wau merupakan permainan tradisional yang masih kekal hingga hari ini. Tulis karangan tentang permainan wau di Malaysia berpandukan rangka karangan yang diberikan.
A
Pendahuluan: Permainan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun – popular di negeri pantai timur - digemari oleh segenap lapisan masyarakat.
B
Idea – idea penting
1.
Pelbagai jenis wau dan saiznya juga berbeza-beza mengikut reka bentuknya – wau yang paling popular ialah wau bulan dan wau kucing – corak yang unik dan berwarna-warni – saiznya juga besar menyebabkan kelihatan gah apabila diterbangkan ke udara.
2.
Diperbuat daripada kerangka buluh ataupun nibung – dikeringkan dan dicantumkan - kertas yang berwarna-warni digunakan untuk menutup kerangka wau.
3.
Reka bentuk wau dicipta mengikut perkembangan kesenian semasa - corak wau direka mengikut kreativiti pereka wau - hiasan berubah mengikut perubahan zaman.
4.
Wau yang cantik dan unik dimainkan selepas musim menuai padi untuk mengisi masa lapang – permainan ini lebih ke arah suatu pertandingan sekadar melepaskan penat bersawah – permainan wau menjadi suatu permainan tradisi golongan dewasa yang sepatutnya diwarisi oleh generasi muda kini.
C
Penutup: Permainan wau ini wajarlah terus diketengahkan – mengekalkan tradisi permainan wau - permainan wau ini masih giat dimainkan dan harus menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan Malaysia – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 52
Soalan: Kelas tambahan banyak memberikan manfaat kepada murid-murid. Tuliskan manfaat yang kamu peroleh sekiranya kamu mengikuti kelas tambahan.
A
Pendahuluan: Kelas tambahan banyak membantu murid dalam pelajaran - ada tajuk yang tertinggal dalam kelas harian - dapat diajarkan dalam kelas tambahan.
B
Idea – idea penting
1.
Murid- murid mendapat lebih banyak pengetahuan berguna apabila mengikuti kelas tambahan -- subjek yang kurang difahami semasa dalam kelas harian dapat diulang dalam kelas tambahan – dapat meningkatkan kefahaman murid.
2.
Sesetengah kelas tambahan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil – dapat menumpukan perhatian pada pelajaran -- dapat menguasai dan lebih memahami subjek yang diajarkan.
3.
Murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan dan guru - mendapat lebih banyak maklumat dan pengetahuan - dapat menjanakan idea dengan lebih baik.
4.
Murid-murid akan memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang - dapat menumpukan perhatian untuk menghadapi UPSR - memenuhi impian dan harapan ibu bapa dan sekolah, iaitu “6A”.
C
Penutup: Kelas tambahan banyak memberikan manfaat kepada murid-murid -- perlu diadakan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 53
Soalan: Tulis sebuah karangan tentang kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan.
A
Pendahuluan: Kesihatan sangat penting kepada semua orang - perlu menjaga kesihatan agar hidup sentiasa ceria.
B
Idea – idea penting
1.
Murid dapat belajar dengan selesa - badan yang sihat – murid dapat menumpukan perhatian pada pelajaran – merupakan suatu tiket untuk berjaya dalam pelajaran.
2.
Membolehkan keluarga hidup dalam kesejahteraan - keluarga yang sihat dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama -- mewujudkan keluarga yang harmoni.
3.
Badan yang sihat membolehkan kita tidak ketinggalan dalam apa-apa sahaja aktiviti sama ada di sekolah ataupun di rumah - fizikal yang sihat menyumbang kepada otak yang cerdas seterusnya melahirkan masyarakat yang aktif.
4.
Pengamalan kesihatan setiap hari - kita akan berpeluang untuk menempa nama dalam pelbagai bidang – menceburkan diri dalam aktiviti yang diminati - bijak mengurus masa agar badan sentiasa sihat dan cergas.
C
Penutup: Setiap orang perlu mengambil berat tentang kesihatan -- mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil pemakanan yang seimbang.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 54
Soalan: Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang caracara untuk menjaga kesihatan diri.
A
Pendahuluan: Nyatakan kepentingan menjaga kesihatan diri - terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri.
B
Idea – idea penting
1.
Menjaga kesihatan diri amat penting - menggosok gigi, mandi, memakai pakaian yang bersih dan mencuci tangan sebelum dan selepas makan – untuk elakkan pembiakan kuman dan bakteria.
2.
Menjaga kebersihan persekitaran - bilik tidur dikemas, cadar selalu ditukar dan tandas selalu dicuci - persekitaran yang bersih menjanakan pemikiran yang sihat.
3.
Cara pemakanan yang baik seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang pengambilan makanan yang berzat -- pastikan makanan yang diambil adalah bersih dan berkhasiat.
4.
Kurangkan mengambil makanan segera - makanan segera tidak mempunyai zat – mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan pembesaran dan perkembangan otak.
C
Penutup: Amat penting menjaga kesihatan diri - kesihatan yang baik pastinya akan menjamin kecemerlangan akademik.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 55
Soalan: Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik. Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu itu.
A
Pendahuluan: Definisi jiran, iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita atau dalam Islam bermaksud orang yang tinggal dalam lingkungan 40 buah rumah di sekitar kita - saya juga mempunyai jiran yang baik.
B
Idea – idea penting
1.
Jiran amat penting dalam kehidupan bermasyarakat - apabila kita menghadapi kesusahan, jiranlah orang yang paling dekat -- mudah untuk meminta pertolongan sekiranya berbuat baik dengan jiran tetangga.
2.
Jiran membantu kami menjaga rumah sekiranya kami balik kampung - meminta jiran mengawasi rumah daripada kecurian atau pecah rumah – memberikan kunci rumah kepada jiran yang boleh dipercayai.
3.
Jiran datang membantu apabila kami mengadakan jamuan atau majlis kesyukuran - bersama-sama mendirikan khemah untuk persiapan perkahwinan – melapah daging lembu untuk dijadikan gulai untuk hidangan para tetamu.
4.
Bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengawal keselamatan kampung – meningkatkan pengetahuan dalam kepentingan hidup berjiran - perpaduan dan kerjasama penting dalam kehidupan berjiran.
C
Penutup: Ramah mesra dengan jiran tetangga – tidak rugi berbaik-baik dengan jiran – Jiran Sepakat, Membawa Berkat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 56
Soalan: Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menuntut ilmu.
A
Pendahuluan: Definisi ilmu menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan atau kepandaian dalam perkara dunia dan akhirat – perlu berusaha untuk mencari kepandaian dan pengetahuan.
B
Idea – idea penting
1.
Orang yang bijak ialah orang yang sarat dengan ilmu - ketinggian ilmu membolehkan kita berasa yakin untuk mengharungi arus kehidupan – tidak mudah ditipu oleh seseorang - bijak menangani pelbagai masalah sekiranya berdepan dengan kesukaran hidup.
2.
Dengan ilmu kita dapat mencari pekerjaan yang lebih baik -- suatu jaminan kerjaya pada masa depan – berupaya untuk menjawat jawatan besar dalam masyarakat.
3.
Dipandang tinggi, mulia dan berdarjat – segala pendapat atau pandangan dihargai – mempunyai kedudukan yang disegani dan dihormati.
4.
Ilmu diperlukan di mana-mana - keperluan ilmu amat meluas dalam dunia hari ini – kekuatan ilmu digunakan secara meluas semasa bekerja, semasa mengendalikan projek dan semasa berkomunikasi dengan individu.
C
Penutup: Ilmu amat penting – berharap agar orang ramai tidak mengabaikan ilmu sekiranya inginkan kehidupan yang ceria dan bahagia – Ilmu Penyuluh Hidup.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 57
BERITA
Halaman 58
Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis sebuah berita tentang sambutan tersebut.
A
Pendahuluan: (Format Berita) – tempat dan tarikh berita itu ditulis - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Jeli. Tema Hari Guru tahun ini ialah “…………………………………………”.
B
Idea – idea penting
1.
Sambutan Hari Guru diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun – sambutan pada tahun ini amat meriah – pelbagai acara sukan dan pentas diadakan.
2.
Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pendidikan oleh guru besar, bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan oleh penolong kanan pentadbiran dan ucapan wakil murid oleh ketua murid - mengadakan acara sukaneka antara guru dengan murid – kebanyakan pertandingan dimenangi oleh guru-guru.
3.
Mengadakan persembahan pentas – pelbagai persembahan kebudayaan diadakan – ramai murid dan guru mengambil bahagian untuk menunjukkan bakat dan kehebatan masing-masing.
4.
Menghulurkan hadiah kepada guru- guru sambil mengucapkan Selamat Hari Guru - sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mendidik serta mencurahkan ilmu tanpa jemu – pendapat seorang guru sekolah itu, sambutan Hari Guru pada tahun ini sangat meriah.
C
Penutup: Murid-murid berharap semoga tahun depan Hari Guru akan disambut dengan lebih meriah lagi - tanpa guru siapalah kita.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 59
Soalan: Sekolah kamu telah menganjurkan pertandingan pidato. Tulis berita tentang pertandingan itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
A
Pendahuluan: (Format Berita) tempat dan tarikh berita itu ditulis - menyatakan tempat pertandingan diadakan – dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu.
B
Idea – idea penting
1.
Mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada murid tahap dua disertai oleh 15 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 – murid-murid mendapat bimbingan daripada guru Bahasa Melayu kelas mereka.
2.
Bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid - melatih murid petah dan mahir berpidato – mengeluarkan hujah-hujah yang bernas dan menjanakan percambahan minda murid-murid.
3.
Pidato bertemakan semangat patriotik dan sahsiah diri – dapat membentuk jati diri dalam diri murid – memupuk semangat cinta akan negara sendiri.
4.
Semua peserta berkebolehan untuk menyampaikan hujah-hujah – persaingan yang sangat sengit - hakim undangan amat arif – memberikan markah yang baik kepada para peserta yang layak.
C
Penutup: Penyampaian hadiah dan sijil oleh guru besar – melahirkan perasaan gembira memuji para peserta yang mengambil bahagian.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 60
CATATAN
Halaman 61
Soalan: Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang pemprosesan batik. Tulis catatan kamu selengkapnya.
A
Pendahuluan: Pukul 7.30 pagi berkumpul di tapak perhimpunan - mendengar taklimat berkaitan dengan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang lawatan – disertai oleh 36 orang murid dan enam orang guru pengiring.
B
Idea – idea penting
1.
8.00 pagi bertolak ke kilang batik Wan Mat – melihat keindahan pemandangan lautan dan ombak yang menghempas pantai – berasa kagum akan ciptaan Allah SWT.
2.
9.00 pagi - tiba di kilang Batik Wan Mat – disambut oleh Encik Wan Mat bin Wan Azmi – pengarah Kilang Batik Wan Mat – paluan kompang daripada kumpulan kakitangan dan pekerja kilang itu – kami dibawa ke bilik mesyuarat – tayangan video.
3.
9.30 pagi - dibawa melawat kawasan kilang – melihat cara-cara kain batik dihasilkan – diajarkan cara-cara untuk membuat kain batik – membuat beberapa catatan.
4.
1.00 tengah hari - dibawa ke bilik mesyuarat – menikmati hidangan tengah hari – diberi sehelai baju batik sebagai cenderamata – mengambil gambar bersamasama Encik Wan Mat sebagai kenang-kenangan.
C
Penutup: 3.00 petang - kami sampai di sekolah dengan selamatnya – pengalaman lawatan ini sungguh bermakna – menambah pengalaman – pulang ke rumah.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 62
Soalan: Pada cuti yang lalu, kamu berpeluang untuk berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat yang menarik. Tulis catatan kamu tentang perkelahan tersebut.
A
Pendahuluan: Tajuk – tarikh, masa dan tempat (Format Catatan) - pergi berkelah di tepi pantai bersama-sama keluarga - menghabiskan masa seharian di pantai perkelahan itu.
B
Idea – idea penting
1.
Awal pagi bersiap sedia dengan bekalan dan peralatan perkelahan – memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi - perjalanan dengan kereta baharu ayah, Proton Saga - mengambil masa lebih kurang dua jam.
2.
Sampai di pantai itu pada pukul 10.00 pagi – mencari tempat teduh dan redup – meletakkan barang di atas tikar yang kami bawa – kawasan pantai bersih – ramai pengunjung – ada penjual aiskrim, gerai pisang goreng, dan gerai air kelapa.
3.
Terus menukar pakaian untuk mandi – berlari ke arah pesisiran pantai – mandi dan berenang di gigi air sahaja kerana takut lemas untuk ke tengah laut kerana tidak tahu berenang.
4.
Ayah dan ibu berehat sambil memerhati kami dari jauh – perut lapar, kami naik dan makan makanan yang dibawa dari rumah – sedap dan menyelerakan masakan ibu.
C
Penutup: Membersihkan tempat sebelum pulang – penat tetapi gembira apabila ayah memberitahu kami sekeluarga akan datang ke sini pada waktu yang lain.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 63
Soalan: Sekolah kamu atau sekolah rakan kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan. Tulis catatan semasa temasya sukan itu dijalankan.
A
Pendahuluan: Tajuk, tarikh, masa dan tempat (Format Catatan) - murid-murid gembira untuk mengadakan sambutan temasya sukan tahunan sekolah - persediaan awal dilakukan, iaitu murid menjalani latihan agar kejohanan berjalan lancar dan meriah.
B
Idea – idea penting
1.
7.45 pagi - guru dan murid sampai awal di sekolah – membuat persiapan akhir – tetamu kehormat dan ibu bapa sampai.
2.
Murid-murid berada di khemah masing-masing – tidak sabar menunggu untuk bertanding - acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku – perbarisan murid - nampak segak dan bersemangat.
3.
Tetamu kehormat memberikan ucapan dan merasmikan Hari Sukan Tahunan – acara sukan bermula dengan larian 100m, 200m, 4 x 100m, lompat tinggi dan lain-lain – acara ibu bapa dan guru turut diadakan – kayuh basikal lambat, mengupas buah kelapa, mencucuk manik - ibu bapa mendapat hamper besar.
4.
Acara selingan – persembahan tarian tradisional sementara menunggu majlis penyampaian hadiah dan sijil.
C
Penutup: Majlis penyampaian hadiah - mengumumkan juara rumah, olahragawan dan olahragawati temasya sukan tahunan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 64
CERITA
Halaman 65
Soalan: Aku sedang asyik membaca buku. Tiba – tiba aku terdengar adikku menjerit dengan kuatnya. Aku pun terus …………………….. Mulakan karangan kamu dengan ayat “Aku pun terus ………………………….”
A
Pendahuluan: mendapatkan adikku yang berada di ruang tamu rumahku - berasa terkejut melihat keadaan adikku ketika itu.
B
Idea – idea penting
1.
Aku mendapati adik menangis teresak-esak – tangan adik berlumuran darah – aku panik seketika melihat keadaan adikku.
2.
Aku memapah adik dengan hati-hati -- memujuk dan menenangkan adikku bertanya tentang kejadian yang telah berlaku kepada adikku.
3.
Adik menceritakan bahawa adik tergelincir lalu terjatuh di dapur- mengambil peti ubat dari tempat ubat kecemasan di dalam kabinet dapur – merawat adikku dengan hati-hati berdasarkan ilmu dan pengalaman sebagai seorang ahli PBSM di sekolahku.
4.
Menelefon ibu dan ayahku yang ke rumah nenek – memberitahu kejadian yang berlaku kepada adikku – ayah memberitahu bahawa mereka dalam perjalanan pulang seterusnya akan membawa adikku ke hospital untuk menerima rawatan.
C
Penutup: Berasa bersyukur keadaan adik tidak membimbangkan - agak menyesal kerana cuai menjaga adik.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 66
Soalan: Aku mengayuh basikal dengan lajunya kerana hari hendak hujan. Apabila sampai di satu selekoh ……………. Mulakan karangan kamu dengan frasa “Apabila sampai di satu selekoh ……………………………………….”
A
Pendahuluan: Apabila sampai di satu selekoh, aku tidak dapat mengawal basikalku – terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan itu.
B
Idea – idea penting
1.
Aku mengerang kesakitan - cuba menggerakkan kaki tetapi terasa sakit – hujan renyai-renyai mulai turun.
2.
Hujan semakin lebat – aku menjerit meminta tolong – aku hampir menangis kerana tiada sesiapa yang datang membantuku.
3.
Terdengar suara orang bercakap-cakap - aku melambai-lambaikan tangan agar dapat dilihat oleh mereka - seorang daripada mereka terlihat aku.
4.
Beberapa orang pemuda datang membantuku – mengangkatku ke pondok berhampiran di tepi selekoh di seberang jalan itu – aku ditenangkan oleh mereka seterusnya diberi rawatan kecemasan oleh seorang daripada mereka yang mahir dalam hal itu.
C
Penutup: Salah seorang pemuda itu menahan sebuah kereta – aku dibawa ke hospital – mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 67
Soalan: Lengkapkan cerita di bawah. Aku dan beberapa orang rakan bermain bola di padang sekolah. Selesai bermain, kami ke perhentian bas. Tiba-tiba …
A
Pendahuluan: Tiba-tiba aku terdengar suara wanita menjerit meminta tolong - aku menoleh ke arah suara itu.
B
Idea – idea penting
1.
- tidak jauh dari tempat kami berada seorang wanita tersungkur – menangis sambil meminta tolong – kami terus menghampiri dan mendapati beg tangannya telah diragut – menunjuk ke arah peragut yang sedang melarikan diri.
2.
Aku menyuruh rakan menolong wanita itu – aku dan Alfian rakanku mengejar peragut itu – kami berlari dengan pantasnya kerana kami ingin menangkap peragut itu.
3.
Kami mengejar di kawasan sibuk – menjerit untuk meminta bantuan orang ramai – seorang pemandu kereta menghalang peragut itu – peragut itu terjatuh.
4.
- sepantas kilat menangkap peragut itu – pemandu kereta turut membantu – mendapatkan beg wanita itu semula dan menyerahkan beg wanita itu.
C
Penutup: Membawa peragut itu ke balai polis dan membuat laporan – ucapan terima kasih dan memuji kami kerana menghalang kejadian ragut.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 68
Soalan: Akhiri cerita kamu dengan petikan yang diberikan. Mulai saat ini, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Aku sedar masih belum terlambat untuk mencapai cita-citaku.
A
Pendahuluan: Anak lelaki tunggal dalam keluarga – disayangi oleh semua – segala kemahuan dipenuhi.
B
Idea – idea penting
1.
- terlalu mementingkan diri dengan berpura-pura ke sekolah -- keluarga gembira melihatku ke sekolah – aku sebenarnya malas belajar dan sering ponteng sekolah.
2.
- selesai waktu persekolahan pulang ke rumah – guru menasihatiku berkali-kali namun tetap berdegil – peperiksaan hampir tiba tetapi aku masih lupa akan diri.
3.
- gagal dalam peperiksaan percubaan walaupun aku murid pintar -- guru besar berjumpa dengan ibu dan bapaku – terbongkar sudah rahsiaku menyebabkan aku dimarahi teruk oleh mereka.
4.
- peperiksaan sebenar hampir tiba – mula mengulang kaji pelajaran dan bersengkang mata – memohon maaf daripada ibu bapa atas kesilapan yang telah dilakukan.
C
Penutup: Mulai saat ini, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Aku sedar masih belum terlambat untuk mencapai cita-citaku.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 69
Soalan: Mulakan karangan kamu dengan ayat “Murid-murid mula memenuhi dewan sekolah. Aku semakin berdebar-debar. Kini, tiba ………….”
A
Pendahuluan: Murid-murid mula memenuhi dewan sekolah. Aku semakin berdebar-debar. Kini, tiba giliranku untuk menyampaikan pidato dalam pertandingan pidato Piala Diraja.
B
Idea – idea penting
1.
Aku memandang guru-guruku – mereka memberikan semangat kepadaku agar menguatkan azamku – aku berdebar-debar dan berhati-hati naik ke pentas.
2.
- memulakan pidato walaupun gementar tetapi dapat mengawal perasaan – Tajuk pidato ialah … - semakin lama semakin yakin – terpandang wajah guruku yang tersenyum melihatku.
3.
- mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin – perasaanku lega setelah usai berpidato – melihat peserta-peserta lain berpidato.
4.
- keputusan pertandingan pidato akan diumumkan – aku menanti dengan penuh debar – akhirnya, aku diumumkan sebagai pemenang peringkat daerah – menerima ucapan tahniah daripada peserta lain dan guru-guruku.
C
Penutup: Naik ke pentas untuk menerima hadiah dan sijil - mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah banyak membantuku – memperoleh pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 70
Soalan: Rakan kamu mengalami kecederaaan semasa menjalani latihan sukan di sekolah. Tulis tindakan-tindakan yang kamu lakukan untuk membantu rakan kamu itu.
A
Pendahuluan: Aku dan lima orang rakan sibuk menjalani latihan lompat jauh – kami menjalani latihan sukan sebagai persediaan untuk menghadapi temasya sukan tahunan.
B
Idea – idea penting
1.
- melakukan lompatan bergilir-gilir untuk mencari pelompat yang terbaik – tiba giliran Najmi membuat lompatan – tiba-tiba dia terjatuh – kami semua terkejut.
2.
- mengangkat Najmi ke tempat teduh – memujuknya agar bertenang memberikan rawatan kecemasan kepada Najmi, iaitu membalut kakinya yang mungkin terseliuh.
3.
- aku bersama-sama seorang rakan pergi ke bilik guru – memaklumkan kejadian yang berlaku kepada guru – selepas itu aku ke pejabat sekolah dan menelefon ibu bapa Najmi untuk memaklumkan hal itu.
4.
- aku mengiringi guruku untk membawa Najmi ke hospital yang berdekatan – memapah Najmi ke kereta guru – Najmi diberi rawatan sebagai pesakit luar di wad kecemasan.
C
Penutup: Najmi gembira kerana kecederaannya tidak terlalu teruk – mengucapkan terima kasih kepada rakan dan guru yang membantu – akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 71
Soalan: Kamu telah diberi amaran oleh guru kelas kerana gagal dalam peperiksaan. Kamu berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Nyatakan tindakan-tindakan yang akan kamu lakukan untuk mencapai impian kamu itu.
A
Pendahuluan: Aku sering gagal dalam peperiksaan – telah diberi amaran oleh guru.
B
Idea – idea penting
1.
- berjanji akan belajar bersungguh-sungguh – pulang ke rumah membuat latihan dan jadual belajar sendiri – tidak lagi bermain, melepak dan melayari Internet hingga lewat malam.
2.
- aku tidak akan ponteng sekolah lagi – memberikan tumpuan semasa guru mengajarku ilmu – aku juga menyiapkan kesemua kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guruku.
3.
- aku akan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan rakan-rakanku – kumpulan perbincangan ini akan membincangkan tajuk-tajuk penting dalam setiap subjek – aku dapat menguasai kelemahanku dalam setiap subjek secara lebih sistematik.
4.
- mengikuti kelas tuisyen di luar – menyertai kem dan seminar kecemerlangan seperti “SKOR A” – mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih jelas.
C
Penutup: Tiba hari peperiksaan – melangkah ke dewan peperiksaan dengan perasaan berdebar-debar tetapi penuh keyakinan.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 72
Soalan: Kamu terdengar bunyi bising di dalam tandas semasa waktu rehat. Tulis tindakantindakan yang akan kamu lakukan.
A
Pendahuluan: Perutku sakit memulas-mulas - bergegas ke tandas untuk melepaskan hajat.
B
Idea – idea penting
1.
Sebaik-baik melangkah ke tandas terdengar bunyi bising – rasa takut lalu membiarkan sahaja - beberapa langkah meninggalkan tandas rasa kasihan mula timbul dalam diriku.
2.
- kedengaran suara mengerang dan tangisan – menghampiri perlahan-lahan – kedengaran suara budak lelaki bergaduh.
3.
- berlari dengan pantasnya ke bilik guru – menceritakan kejadian yang berlaku kepada guru disiplin yang kebetulan ada di situ – kembali ke tandas bersamasama guru disiplin dan beberapa orang guru lain.
4.
- membantu guru mengopek pintu tandas – terkejut melihat ada murid yang lebam dan berdarah kerana ditumbuk – dapat menangkap murid yang memukul mangsa buli dan dibawa ke bilik guru besar.
C
Penutup: Gembira dapat menolong murid mangsa buli – mengucapkan terima kasih dan memuji sikap prihatinku.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 73
Soalan: Aku dan ayah duduk di serambi sambil berbual-bual. Semasa kami rancak berbualbual, sebuah kereta peronda polis berhenti di halaman rumah kami. Aku dan ayah saling berpandangan. Kelihatan dua orang anggota polis ……. Mulakan cerita kamu dengan: Kelihatan dua orang anggota polis …….
A
Pendahuluan: Kelihatan dua orang anggota polis turun dari kereta peronda polis itu.
B
Idea – idea penting
1.
- menuju ke hadapan rumah kami – memberhentikan langkah – salah seorang anggota polis memberikan salam kepada kami.
2.
Aku dan ayah menjawab salam – ayah menyuruhku masuk ke dalam rumah terus masuk tetapi menyorok di belakang pintu.
3.
Pihak polis menanyakan soalan tentang sindiket dadah - orang kampung selalu memberitahu ayahku tentang kegiatan sindiket dadah di kampung itu – telah menjadi kebiasaan kepada orang kampung menyaksikan kegiatan mereka tetapi mereka takut untuk bertindak.
4.
Sebagai ketua kampung, ayahku memberikan maklumat dengan sepenuhnya – pihak polis mengucapkan terima kasih lalu beredar dari rumahku – ayah memanggilku keluar.
C
Penutup: Ayah memberitahuku dan meminta aku untuk merahsiakan perkara ini – ayahku bimbang kalau-kalau keselamatan keluargaku akan terancam.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 74
Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan kempen gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai kempen tersebut.
A
Pendahuluan Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah – disertai oleh guru, murid, dan ibu bapa.
B
Idea – idea penting
1.
- bermula jam 8.30 pagi berkumpul di padang sekolah – pelbagai peralatan disediakan oleh pihak sekolah – guru besar melakukan pengagihan alatan dan tugasan.
2.
- bersama-sama rakan sekelas membersihkan kelas – menceriakan kelas dengan hiasan poster, lukisan, dan gubahan bunga – melekatkan carta dan maklumat pada papan kenyataan dan sudut PAK-21.
3.
- membersihkan kawasan sekolah – menebas rumput, membersihkan longkang, membersihkan kolam ikan, melukis mural dan mengecat dinding bangunan – menulis kata-kata hikmat dan maklumat berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik di laluan ilmu.
4.
- menikmati jamuan ringan – pihak sekolah menyediakan makanan dan minuman – ada juga kaum ibu yang membawa kuih–muih.
C
Penutup: Sekolah kelihatan bersih dan ceria – guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat – majlis bersurai – Muafakat Membawa Berkat.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 75
Soalan: Apabila tamat kelas tambahan di sekolah pada waktu petang, aku menunggu kedatangan ayahku untuk pulang . Ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba, …………… Mulakan cerita kamu dengan “Tiba-tiba, …………………….”
A
Pendahuluan: Aku berasa air hujan di paras kakiku - mula rasa cemas kerana tiada tandatanda hujan akan berhenti.
B
Idea – idea penting
1.
- masih menunggu kedatangan ayahku – lama menunggu tetapi kelibat ayahku tidak kelihatan – aku semakin gelisah kerana paras air makin naik.
2.
- makin lama hujan makin lebat – paras air semakin naik hingga paras lututku – bergegas naik ke kelasku di tingkat dua – mula berasa risau akan ayahku.
3.
- kedengaran suara riuh-rendah datang ke arah sekolahku – aku melihat ke bawah dan terlihat orang kampung menuju ke arah sekolahku – hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan kampungku dilanda banjir.
4.
- aku mencari ayah dan keluargaku – terlihat keluargaku sedang sedih dan risau – berlari ke arah mereka dan memeluk keluargaku - bersyukur ahli keluargaku selamat.
C
Penutup: Air surut – kami membersihkan rumah masing-masing yang telah dilanda banjir – reda akan ujian dan dugaan Ilahi.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 76
Soalan: Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform yang diadakan di tempat kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai perkhemahan tersebut.
A
Pendahuluan: Tiba di tapak perkhemahan pada pukul 8.30 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas – mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah mengangkat barang-barang ke tempat lapang.
B
Idea – idea penting
1.
- diminta berkumpul oleh Puan Zurina selaku ketua rombongan – diberi tugasan yang berlainan seperti mendirikan khemah, mencari kayu api, menyapu sampah sarap dan lain-lain – aku ditugaskan untuk mendirikan khemah.
2.
- melakukan tugasan dengan begitu bersemangat - memperlihatkan sikap bekerjasama, tolong-menolong dengan semangat yang berkobar-kobar – 11.00 pagi kumpulanku selesai mendirikan khemah dan tugasan yang diberikan.
3.
- malamnya diadakan aktiviti kebudayaan – kami diwajibkan buat persembahan – aku melakonkan drama sebabak yang bertajuk “Anak petani ke menara gading”.
4.
- keesokan harinya diadakan pertandingan kawad kaki, pertandingan khemah tercantik dan pertandingan memasak – khemah kami memenangi kategori khemah terbersih dan tercantik - aku diumumkan sebagai pemimpin yang terbaik.
C
Penutup: Penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan oleh Penolong Kanan Kokurikulum – bertolak pulang pada pukul 1.00 tengah hari.
Norhayatihussinsiscbahasa ppdkbkel
Halaman 77
TAJUK KARANGAN PENTING UPSR [HANYA CADANGAN IDEA, PENDAHULUAN DAN PENUTUP TIDAK DISEDIAKAN] 1. KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN BIL IDEA PENTING 1
Suasana yang kondusif - ruang yang selesa – suasana yang tenang – tidak terlalu formal.
2
Dapat berkongsi ilmu bersama-sama rakan yang lain - pelbagai idea dapat dikongsi – suasana pembelajaran lebih menarik.
3
Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan - berkongsi idea yang bernas - berani mengeluarkan pendapat.
4
Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah - elak masa melepak bersama-sama rakan kerana merugikan masa.
2. KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG BIL IDEA PENTING 1 Dapat memupuk semangat kerjasama dalam komuniti - bertolak ansur dalam kumpulan - saling membantu dalam meningkatkan kebersihan persekitaran. 2 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim - eratkan hubungan kejiranan apabila melakukan gotong-royong – kekalkan perpaduan dan kesejahteraan penduduk. 3 Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara - kawasan persekitaran bersih menyebabkan kehidupan menjadi ceria - penduduk sejahtera akan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi keluarga dan negara. 4 Amalan gotong-royong akan mewujudkan persekitaran yang sihat - terhindar daripada wabak penyakit seperti demam denggi – perlu dielakkan kerana boleh membawa maut. 5 Mengisi masa lapang dengan amalan gotong-royong – mengadakan jadual bergotong-royong secara berkala – dapat mengekalkan kebersihan persekitaran secara konsisten – dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli. 6 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan - mengamalkan budaya mengutamakan kebersihan - kebersihan diri dan persekitaran dapat menjanakan pemikiran pelajar agar lebih cerdas.
Halaman 78
3. CARA-CARA UNTUK MENJADI MURID CEMERLANG BIL IDEA PENTING 1 Rajin berusaha setiap masa – tidak mudah putus asa walaupun keputusan peperiksaan agak rendah - gandakan usaha dalam subjek yang lemah. 2 Menghormati orang yang lebih berusia – cara menghormati mereka antaranya bercakap dengan lemah lembut, membantu ibu bapa membuat kerja rumah agar mendapat keberkatan dalam kehidupan, khususnya pelajaran. 3 Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum - dapat menggilap bakat dalam diri masing- masing dengan melibatkan diri dalam unit-unit beruniform atau kelab dan persatuan – dapat mencipta nama dan menaikkan nama sekolah ke peringkat daerah dan negeri. 4 Memberikan tumpuan ketika guru mengajar - fokus kepada subjek yang kurang difahami – menyiapkan latihan dan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru. 5 Berdisiplin dan berhemah tinggi dalam kehidupan seharian – menepati jadual yang disediakan oleh guru dan ibu bapa - manfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baik mungkin. 6 Bercita-cita tinggi untuk menjadi insan yang cemerlang suatu masa nanti – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya - berusaha dengan gigih untuk memastikan cita-cita tercapai.
4. CARA-CARA UNTUK MENJAGA KEMUDAHAN AWAM BIL IDEA PENTING 1 Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik-baik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan - gunakan alatan dan keperluan jika perlu sahaja. 2 Kerajaan perlu mengetatkan undang-undang dan tatacara penggunaan kemudahan awam – mengenakan hukuman yang lebih berat dan sesuai kepada pesalah. 3 Peka dengan keadaan kemudahan awam – melaporkan kerosakan kepada pihak yang berkenaan - elakkan sikap vandalisme dalam kalangan penduduk. 4 Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media cetak – menerapkan nilai-nilai murni dalam PdP di sekolah. 5. CARA-CARA UNTUK MENGISI MASA LAPANG BIL IDEA PENTING 1 Membaca bahan bacaan yang berilmiah seperti surat khabar, buku dan majalah – dapat meningkatkan pengetahuan dalam diri murid – menambah penggunaan kosa kata dan memantapkan gaya penulisan esei atau karangan murid. 2 Bersukan dan beriadah pada waktu petang atau pada hujung minggu dan mengeluarkan peluh serta dapat menyihatkan badan – fizikal yang sihat dapat melahirkan otak yang sentiasa cerdas. Halaman 79
3
4
5
Melakukan hobi yang berfaedah – antara hobi yang berfaedah termasuklah mengumpulkan setem dari pelbagai negara - kita dapat mengenali sedikit sebanyak sejarah negara tersebut. Melayari internet – mencari maklumat yang bermanfaat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan di sekolah – mempercepat proses mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan. Membantu ibu bapa di rumah – mengemas rumah bagi anak perempuan, manakala anak lelaki membasuh kereta – bergotong-royong membersihkan rumah pada hujung minggu dapat meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih.
6. CARA-CARA UNTUK MENGHORMATI ORANG TUA / IBU BAPA BIL IDEA PENTING 1 Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan – contoh: membantu guru dengan membawa barang guru ke kereta dan memimpin orang tua melintas jalan – sikap yang perlu disemaikan dan dibudayakan dalam diri generasi muda. 2 Belajar bersungguh-sungguh setiap hari – memenuhi harapan ibu bapa dengan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan – membanggakan ibu bapa dengan kejayaan kita. 3 Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua apabila mereka tua – menjaga mereka dengan penuh kasih sayang – menitikberatkan makan minum mereka setiap masa. 4 Sentiasa berakhlak mulia – bersopan santun dalam tutur bicara – patuh / taat kepada arahan dan pesanan mereka setiap masa. 5 Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap – tidak menengking atau melawan cakap orang tua – beradab dan sentiasa menghormati mereka. 6 Selepas solat sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua – agar mereka diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki – dapat menunaikan ibadah dengan sempurnanya. 7. CARA-CARA UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR BIL IDEA PENTING 1 Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – memasukkannya ke dalam tong sampah khas yang telah disediakan – menanam tin-tin kosong dan tayartayar lama – elak tempat pembiakan nyamuk. 2 Mengurangkan penebangan pokok – mengetatkan undang-undang berkaitan dengan pembalakan mengelakkan hakisan tanah - alam sekitar terpelihara. 3 Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar – terapkan nilai mencintai alam sekitar di sekolah - perbanyak iklan atau dokumentasi berkaitan dengan kepentingan penjagaan alam sekitar melalui televisyen atau risalah. 4 Memperkasakan subjek berkaitan dengan alam sekitar di sekolah – memberikan kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar – dedahkan berkaitan dengan kempen kepentingan penjagaan alam sekitar dan impaknya kepada generasi akan datang.
Halaman 80
8. CARA-CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN BIL IDEA PENTING 1 Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat – boleh mencontohi piramid makanan yang disediakan daripada buku teks atau internet – menjadi diet yang sihat kepada kita. 2 Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu – bersenam boleh mengeluarkan peluh – peluh dapat menyahkan sisa toksik dari badan – dapat menyihatkan badan dan segar. 3 Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari – air dapat melancarkan proses perkumuhan seperti organ buah pinggang dalam tubuh kita. 4 Mendapatkan rehat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanakkanak – memulihkan tenaga yang hilang – tidur yang cukup menjadikan tubuh kita menjadi sihat dan bertenaga. 5 Menjalankan pemeriksaan kesihatan secara konsisten dan berkala – sekurangkurangnya dua kali setahun – tujuan untuk mengetahui status kesihatan diri kita sama ada sihat atau sebaliknya. 6 Elakkan diri daripada merokok – asap rokok sangat berbahaya kepada diri sendiri dan orang di persekitaran kita - merokok boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti barah paru-paru dan lelah. 9. KEPENTINGAN KOKURIKULUM BIL IDEA PENTING 1 Meningkatkan tahap disiplin dalam diri murid – melatih murid mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dengan menyertai pasukan badan beruniform seperti Tunas Kadet Remaja Sekolah - penyertaan dalam aktiviti seperti kawad kaki melatih pelajar patuh pada arahan ketua. 2 Aktiviti dalam persatuan kokurikulum seperti perkhemahan dan rentas halangan dapat menyihatkan badan – dapat mengeluarkan peluh dan membekalkan oksigen ke otak dengan baik. 3 Penglibatan murid dalam kokurikulum dapat menggalakkan perpaduan antara kaum – mengeratkan hubungan sesama murid – meningkatkan tahap kolaboratif dan kerjasama yang utuh dalam pasukan. 4 Menambah pengetahuan dan pengalaman – mengetahui cara-cara untuk memasang khemah dengan betulnya – mempelajari pelbagai jenis ikatan tali yang diajarkan oleh guru penasihat. 5 Mengisi masa lapang dengan cara bermanfaat – terhindar daripada gejala negatif seperti lepak, merokok, ponteng sekolah dan vandalisme.
Halaman 81
10. KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI BIL IDEA PENTING 1 Memudahkan urusan manusia dalam mengejar teknologi moden – menjanakan idea mereka cipta peralatan atau mesin baharu – program inovasi – penggunaan robot - memudahkan proses sesuatu kerja. 2 Menjimatkan kos dalam pembuatan sesuatu barangan – juga menjimatkan masa dalam membuat sesuatu perkara – dapat meningkatkan kawalan mutu barangan tempatan. 3 Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta oleh rakyat Malaysia – menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menggunakan barangan tempatan. 4 Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia – setanding dengan negara maju di dunia.
11. FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR BIL IDEA PENTING 1 Menambah pengetahuan dan pengalaman baharu – suasana lawatan yang menyeronokkan – melihat reka cipta bangunan yang cantik. 2 Mengeratkan hubungan sesama rakan, guru dan keluarga – dapat menyemaikan perpaduan kaum dalam masyarakat – menyemarakkan semangat cinta akan negara dengan melihat hasil tinggalan sejarah dalam Malaysia. 3 Menambah ilmu pengetahuan, iaitu dapat melihat sesuatu tempat di depan mata – meluaskan pengetahuan sedia ada – menambah minat dalam industri pelancongan. 4 Mengisi masa terluang dengan melawat ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia - dapat mengumpulkan pelbagai maklumat tentang sesuatu tempat. 5 Memudahkan proses pembelajaran yang berkaitan dengan tempat yang dilawati – suasana lebih selesa dan menarik – murid dapat mengeluarkan idea dan pendapat yang berkaitan dengan tajuk lawatan.
12. CARA–CARA UNTUK BERJIMAT CERMAT BIL IDEA PENTING 1 Membuat senarai semak perbelanjaan sebagai panduan ketika berbelanja – membeli barangan yang perlu sahaja – elakkan membeli barangan yang tidak penting. 2 Menabung sebahagian daripada pendapatan - dapat digunakan ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh. 3 Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak – tidak membazir dan boros sewaktu berbelanja. 4 Bersikap sederhana dalam berbelanja – membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan kualiti berbanding jenama barangan. Halaman 82
13. SAMBUTAN HARI GURU BIL IDEA PENTING 1 Berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 8.30 pagi –- taklimat oleh penyelaras Hari Guru. 2 Ucapan ketua murid - bacaan perutusan Menteri Pendidikan dan ucapan perasmian oleh guru besar – persembahan gimik Hari Guru. 3 Pelbagai acara diadakan seperti sukaneka – acara guru dan acara murid turut diadakan seperti acara padang dan pelbagai persembahan dewan seperti tarian dan sketsa – suasana meriah dan menghiburkan. 4 Selepas rehat murid dan guru bergerak ke dewan – sesi persembahan oleh guru seperti persembahan bersajak, bersyair, berbalas pantun - ramai guru menyertai pertandingan pakaian beragam - penyampaian pelbagai hadiah kepada guru-guru oleh murid. 5 Sambutan Hari Guru diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan anugerah – hadiah untuk sukaneka – anugerah Guru Popular - murid menyampaikan hadiah kepada guru – hargai jasa dan pengorbanan guru.
14. HARI SUKAN TAHUNAN BIL IDEA PENTING 1 Sebelum hari sukan – persiapan peserta – hias rumah sukan – latihan rumah sukan mengikut acara yang dipertandingkan. 2 Semasa hari sukan berlangsung – awal pagi berkumpul di khemah pasukan masing-masing – perbarisan pelbagai kontinjen, iaitu PBSM, TKRS, Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain – ketua murid melafazkan ikrar Hari Sukan – ucapan perasmian oleh guru besar. 3 Semasa hari sukan – pelbagai acara telah dijalankan – suasana begitu meriah dengan penyertaan yang bersemangat daripada seluruh peserta rumah sukan. 4 Upacara penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Machang – anugerah olahragawan terbaik dimenangi oleh adik Umarul - rumah sukan yang menang ialah rumah Tok Janggut kerana telah berjaya mengumpulkan mata terbanyak. 5 Petang - acara sukan berakhir – menolong guru mengemaskan tempat dan khemah – membuang sisa makanan dan sampah sarap – perasaan sangat gembira walaupun keletihan – harapan agar temasya sukan pada tahun depan lebih meriah lagi.
Halaman 83
15. BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA BIL IDEA PENTING 1 Amalan berjimat cermat harus dipupuk sejak kecil lagi - bermaksud menggunakan apa-apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. 2 Banyak faedahnya apabila kita berjimat cermat - kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting - wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. 3 Sikap berjimat cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja - ini tentu merugikan kita. 4 Mengelakkan seseorang daripada terjebak dalam masalah hutang - orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang - masalah hutang boleh menyusahkan diri mereka sendiri. 5 Kita juga dapat memanfaatkan masa dengan sebaik-baik mungkin - sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas mengelakkan kita berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan - tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan. 6 Amalan berjimat cermat juga menjadikan seseorang itu berdisiplin tinggi mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan - sentiasa menutup suis elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi. 7 Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
16. CARA-CARA UNTUK MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA BIL IDEA PENTING 1 Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga - tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini - memberi kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita – wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka. 2 Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia - akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang bertanggungjawab, berdisplin dan sebagainya - sentiasa menjaga nama baik ibu bapa - sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Halaman 84
3
4
5
6
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh - Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran - kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah. Kita juga haruslah membantu mereka - membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti menjaga adik, mengemas rumah dan sebagainya - kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka - bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa - amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama-sama kita. Kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira - sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.
17. FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM BIL IDEA PENTING 1 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah - aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan - digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya. 2 Antara faedah kegiatan kokurikulum termasuklah dapat memenuhkan masa lapang - murid yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dalam gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokurikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya - masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. 3 Kegiatan kokurikulum juga dapat melatih murid menjadi pemimpin - ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa - apabila murid memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua - murid akan belajar menjadi pemimpin. 4 Menyertai kegiatan kokurikulum juga dapat membentuk disiplin diri - aktiviti ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan - kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncanakan dapat dijalankan dengan lancar - kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dalam kegiatan kokurikulum. 5 Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan perpaduan - setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain - dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat - akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Halaman 85
6
7
Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya - untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan - badan kita akan mengeluarkan peluh - akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan murid menyertainya - ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.
18. KEBAIKAN MEMBACA BIL IDEA PENTING 1 Membaca mempunyai banyak kebaikannya - ibu bapa haruslah memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka sejak kecil lagi - bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui Internet. 2 Kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambah ilmu pengetahuan - membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial, sukan, kesihatan dan lain-lain lagi - akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui. 3 Membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata - orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang diketahui atau dikuasai - orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan - boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan harian. 4 Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar - banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi - kita harus lebih cermat tatkala memilih bahan bacaan berunsurkan hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca. 5 Pengamalan budaya membaca amatlah penting terutama kepada murid dapat mengisi masa lapang - aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat - kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.
Halaman 86
19. CARA-CARA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN BIL IDEA PENTING 1 Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita - memberikan kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga - jiran yang baik akan menggembirakan kita manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan, dengki khianat dan sebagainya - sentiasa memupuk semangat kejiranan. 2 Antara cara untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah saling menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran - aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi - akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain. 3 Semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong - kita dapat berkenalan, bertanya khabar, berbual-bual dan sebagainya - kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat sekali gus mengeratkan hubungan sesama jiran. 4 Kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap masalah jiran - jiran kita mengalami kesusahan seperti enjin kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia untuk menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran. 5 Kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga - pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengadakan aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat - pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni – Jiran Sepakat, Membawa Berkat. 20. SENAMAN ASAS KESIHATAN BIL IDEA PENTING 1 Senaman ialah asas kesihatan kita - senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik - kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi. 2 Senaman mempunyai banyak faedahnya - badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan -menjadikan badan kita sihat dan menyukarkan kita terkena penyakit seperti demam, batuk, selesema dan lain-lain lagi. 3 Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik, iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus - penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita - kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat. 4 Aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang - dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya. 5 Kita mestilah mengambil berat tentang senaman - dapat menjamin kesihatan kita - kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.
Halaman 87
21. CARA-CARA UNTUK MEMPEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN BIL IDEA PENTING 1 Setiap murid mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran - ramai murid gagal untuk menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut. 2 Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran termasuklah membuat jadual aktiviti harian - jadual ini akan memudahkan murid menguruskan aktiviti harian dengan lebih teratur. 3 Semua murid perlulah rajin mengulang kaji pelajaran setiap hari - bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari - mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. 4 Murid juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya program seperti ini akan memantapkan kefahaman dan kemahiran murid dalam pelajaran – dapat menguasai mata pelajaran yang lemah. 5 Murid juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di dalam kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran – jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera menanyai guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera – boleh juga bertanya kepada kawan yang lebih pandai. 6 Setiap murid inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran - murid haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai - berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.
22. CARA-CARA UNTUK MENGHARGAI SAHABAT / KAWAN KARIB BIL IDEA PENTING 1 Sahabat diertikan sebagai orang yang paling rapat – semua orang mempunyai sahabat karib dalam kehidupan seharian – tanpa sahabat, seseorang mungkin digelar kera sumbang. 2 Sahabat karib belajar di sekolah yang sama , sekelas dan juga sekampung – mula berkawan sejak di prasekolah – sering ke sekolah berjalan kaki menyelusuri kampung – sentiasa bersama-sama sama ada pada waktu persekolahan ataupun di luar waktu persekolahan. 3 Membantu saya dalam mata pelajaran terutama subjek Sains – dia amat meminati subjek Sains dan bercita-cita untuk menjadi usahawan – membantunya dalam subjek yang kurang dikuasainya, iaitu Bahasa Melayu – mengulang kaji mata pelajaran bersama-sama. 4 Selalu menjadi pendorong saya tatkala saya gagal dalam subjek Sains – sering membakar semangat saya untuk bangkit daripada kegagalan – katanya, gagal sekali, bukan gagal selama-lamanya.
Halaman 88
5
6
Hubungan yang sangat akrab hingga kadangkala kami bergilir-gilir bermalam mengulang kaji pelajaran dengan keizinan ibu bapa kami – kami sudah biasa dengan keluarga masing-masing – ingat akan tarikh bersejarah, hobi, permainan dan makanan kegemaran kami. Sangat beruntung dikurniai sahabat sejati – berjanji akan sentiasa bersahabat selagi hayat dikandung badan.
23. FAEDAH MENABUNG BIL IDEA PENTING 1 Bermaksud menyimpan wang di bank ataupun membuat simpanan sendiri banyak memberikan kesan positif kepada seseorang, keluarga, masyarakat dan negara. 2 Amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi masa depan yang terjamin – ibu bapa perlu mendidik dengan menyemaikan sikap suka menabung sejak kecil – bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” – amat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa mendatang – sesuai dengan pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. 3 Memberikan pelbagai manfaat, khususnya kepada murid yang bercita-cita tinggi untuk ke Institusi Pengajian Tinggi – meringankan bebanan ibu bapa dengan kos pengajian yang tinggi, terutama kepada ibu bapa yang ramai anak. 4 Sangat dituntut oleh agama - ini dapat digunakan sewaktu kecemasan – dengan adanya wang simpanan dapat menyelesaikan masalah kewangan yang meruncing – banyak kelebihan jika seseorang itu menyimpan wang. 5 Sikap suka berhutang dengan kawan dapat dielakkan kerana tabiat itu akan menyusahkan kita di kemudian hari - melalui simpanan, wang akan bertambah melalui simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank – dapat mempelajari dunia perbankan. 6 Budayakan sikap menabung supaya hidup ceria dan bahagia – simpanan yang sedikit, lama- lama akan menjadi bukit. Koleksi karangan ini saya hasilkan daripada rujukan soalan-soalan UPSR, daripada buku-buku latihan dan berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjadi guru semoga dapat dijadikan amal jariah buat saya nanti. Saya halalkan penggunaannya oleh sesiapa sahaja. Mohon maaf jika ada kekhilafan dan perkaitan dengan seseorang yang tidak disengajakan. Ikhlas demi anak bangsaku, NOR HAYATI BINTI HUSSIN SISC+ BAHASA PPD KOTA BHARU APRIL 2020
Halaman 89
Halaman 90