Data Loading...
ASSIGMENT AKHIR Flipbook PDF
ASSIGMENT AKHIR
1,492 Views
270 Downloads
FLIP PDF 605.58KB
MPU-23012 PENGAJIAN ISLAM
4.1.3-SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
Kesan dan cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak masyarakat. NAMA PENSYARAH : MOHD KHAIRUL NAIM BIN SAMERI
KUMPULAN 4
NAMA KUMPULAN
NO MATRIK
„AMIRAH AFIQAH BINTI YASMIN
25DSK19F1026
WARDINA ASYIQIN BINTI HAMIDON
25DSK19F1006
NURUL ASHIQIN BINTI AHMAD YUZI
25DSK19F1017
ANNESA BINTI MAT TAROM
25DSK19F1027
NOOR SHAHEERA MD SALIM
25DSK19F1033
ISI KANDUNGAN
1) Penghargaan
2
2) Objektif kajian
3
3) Pendahuluan
4
4) Cabaran Dan Kesan Dunia Siber Dalam Pembentukan Masyarakat
5
5) Cabaran Kesahihan Maklumat
6
6) Cabaran Pelayaran Web Negatif
7
7) Cabaran Penyebaran Fitnah Dan Gosip
8
8) Cabaran permasalahan Remaja
8
9) Cabaran Aktiviti Perjudian
9
10) Cabaran Perubahan Gaya Hidup Dan Pencemaran Bahasa
10
11) Contoh Gambar Dunia Siber
11
12) Kesan Dunia Siber Pada Zaman Moden
12
13) Kesan Dunia Siber Pada Zaman Moden
13
14) PENUTUP
14
RUJUKAN LAMPIRAN
1
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya maka kami telah dapat menyiapkan tugasan pengajian islam dengan jayanya. Insyaallah, tugasan ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan yang baharu semasa membuat kajian dan di masa hadapan.Kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz kharul naim iaitu pensyarah pengajian islam kami kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat e-folio ini dengan mengikut kriteria yang ditetapkan serta turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran .
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli kumpulan kami sendiri iaitu „amira , wina , anis, shikin dan neng yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan.Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kami merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1)
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti cabaran dan kesan
dunia siber dalam pembentukan akhlak masyarakat pada masa kini. Ini akan dapat membentuk kami membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul jelas dan tepat. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang perkara ini. 2)
Kajian ini dapat menambah pengetahuan kami tentang cabaran dan kesan dunia siber
terhadap pembentukan akhlak pada masa kini di dalam kalangan masyarakat. Ini juga memberi kami pendedahan untuk mencari ilmu baharu serta dapat mengubah diri sendiri ke jalan yang betul dan juga dapat menjauhkan diri dari perkara-perkara yang negatif
3
PENDAHULUAN
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.
Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua aspek.
4
CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.
5
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya : a) Kesahihan maklumat. Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud : “Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”. Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat. b) Pelayaran Web Negatif. Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anakanak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji „.
6
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan. Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.
7
c) Penyebaran Fitnah dan Gosip Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”
d) Permasalahan Remaja Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.
8
e) Aktiviti Perjudian Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”
9
f) Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa
Perpatah Melayu ada menyebut: “Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga” “Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”
Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm, Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.
Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari sumber-sumber/ceritacerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya dan terlibat atau melibatkan dengan penipuanpenipuan berbentuk kewangan secara terlindung.
10
Rajah 1.1 Menunjukkan Contoh Keruntuhan Generasi Muda.
Rajah 1.2 Menunjukkan Contoh Dunia Siber.
11
Kesan dunia siber pada zaman moden
Pada zaman pemodenan ini dunia siber adalah penting bagi setiap masyarakat dan amat terknal dari golongan kecil hingga dewasa. Tetapi haruslah kita ingat bahawa jika terlalu khusyuk akan dunia siber in akan memberikan kesan yang tidak baik bagi setiap masyarakat. Antara kesan-kesannya adalah :
1. Terjebak dengan aktivit yang tidak bermoral.
Dik kerana terlalu fokus akan dunia siber ianya mengakibatkan remaja sekarang lalai akan dunia sebenar. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviri yang tidak bermoral seperti contoh, permainan video game, melayari web-wweb yang tidak sepatutnya dan sebagainya. Perbuatan seperti ini haruslah diambil pantau oleh ibu bapa zaman sekarang agar anak-anak mereka tidak lalai dengan dunia siber.
2. Terpengaruh dengan budaya barat.
Dengan pelbagai benda yang ada di dalam dunia siber ini mengakibatkan remaja zaman sekarang terpengaruh akan dengan budaya barat. Sebagai contoh, dari segi pemakaian, cara pergaulan, cara percakapan dan sebagainya. Perkara ini amatlah tidak sesuai dan tidak patut dipengaruhi. Dari segi contoh pemakaian, remaja sekarang lebih suka berpakaian terdedah dan menjolok mata dik kerana terikut-rikut akan budaya barat. Selain itu, dari segi pergaulan, mereka tidak menjaga ikthilat akan kerana merasakan perkara tersebut adalah benda yang tidak remeh ini boleh mengakibatkan seks bebas berlaku dan banyak lagi. Tidak dengan itu juga, dari cara percakapan, remaja zaman sekarang lebih senang menggunakan perkataanperkataan yang kasar dan tidak lagi menjaga cara percakapan mereka dengan orang yang lebih tua.
12
3. Komunikasi antara masyarakat berkurangan.
Semakin moden negara semakin banyak perkara yang menarik berleluasa di dalam dunia siber. Perkara ini mengakibatkan masyarakat kita lebih tertarik akan untuk melayari dunia siber berbanding bergaul dengan masyarakat luar. Kesan ini mengakibatkan kekurangan komunikasi antara sesama masyarakat. Seperti contoh dalam sesebuah kekeluarga, jika diantara mereka terlalu fokus akan dunia siber ianya mengakibatkan sesebuah keluarga itu runtuh dik kerana kekurangan komunikasi di antara mereka. Selain itu juga dari sifat kejiranan, ini boleh mengakibatkan hilangnya semangat kejiranan di antara sesama masyarakat. Perkara seperti ini harus dijauhi kerana ianya akan memberikan impak yang tidak baik pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kita haruslah mengurangkan diri daripada dunia siber.
4. Keruntuhan akhlak
Terdapat kesan yang lain juga iaitu apabila remaja zaman sekarang terlalu taksub akan dunia siber ini mengakibatkan keruntuhan akhlak dalam diri mereka. Perkara ini haruslah dititikberatkan oleh ibu bapa sebelum perkara menjadi lebih serius. Contoh keruntuhan akhlak berlaku apabila sering melayari web-web lucah, menonton filem-filem yang berunsurkan keganasan dan banyak lagi. Sebagai masyarakat yang bijak kita haruslah bijak mengendalikan perkara ini untuk masa depan yang lebih baik.
13
PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda.
Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
14
LAMPIRAN
15