Data Loading...
Ayat tunggal dan Ayat majmuk- Flipbook PDF
Ayat tunggal dan Ayat majmuk-
126 Views
59 Downloads
FLIP PDF 145.53KB
Ayat Tunggal
Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
Subjek ialah bahagian
Predikat ialah
ayat yang
bahagian yang
diterangkan.
menerangkan subjek.
Subjek
Predikat
Amira
sedang menonton televisyen.
Ibu
sedang menyiram bunga.
Disediakan oleh : Cikgu Iqmal
Ayat Majmuk
Mempunyai
dua ayat tunggal
atau lebih yang digabungkan dengan kata hubung (atau/dan/lalu/sebagainya)
Ayat tunggal Mei Ling membaca buku.
Ayat majmuk Mei Ling membaca buku sambil mendengar radio
Mei Ling mendengar radio
Disediakan oleh : Cikgu Iqmal
A. Bulatkan subjek dan gariskan predikat bagi ayat – ayat tunggal di bawah.
1. Tasik Kenyir terletak di negeri Terengganu. 2. Johan suka makan nasi tomato. 3. Mei Mei sedang membaca buku. 4. Cikgu Iqmal mengajar kami subjek Bahasa Melayu. 5. Puan Janet menyiram pokok bunga. 6. Meja ini diperbuat daripada kayu. 7. Maria membeli sebuah buku cerita. 8. kereta Proton Waja ialah kereta buatan tempatan. 9. Rumah itu sangat cantik. 10. Harimau itu sangat garang.
Disediakan oleh : Cikgu Iqmal
B. Warnakan ayat yang berikut sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk dalam petak yang disediakan.
1. Pokok mangga itu berbuah lebat. Ayat tunggal
Ayat majmuk
2. Buku teks dan kotak pensel ini kepunyaan Farid. Ayat tunggal
Ayat majmuk
3. Mei Fong gemar bermain badminton.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
4. Adik tergelincir lalu terjatuh.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
5.Kucing itu sangat comel. Ayat tunggal
Ayat majmuk
Disediakan oleh : Cikgu Iqmal
C. Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk.
lalu
tetapi
atau
kerana
sambil
1. Ahmad masuk ke dalam bilik. Ahmad memasang lampu. _______________________________________________________________________________
2. Maria pergi ke Kuala Lumpur dengan kereta api Maria pergi ke Kuala Lumpur dengan bas ? _______________________________________________________________________________________
3. Zamri rajin. Adik Zamri malas.
4. Gunalan tidak pergi ke sekolah. Gunalan demam. ______________________________________________________________________________________
5. Wei Hong berehat di taman. Wei Hong makan makanan ringan di taman. ___________________________________________________________________________________
Disediakan oleh : Cikgu Iqmal