Data Loading...
Bahasa Melayu (Tahun 2-Jilid 2) Flipbook PDF
Bahasa_Melayu_tahun_2_sk_jilid_2
200 Views
91 Downloads
FLIP PDF 39.57MB
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
RUKUN NEGARA.indd 1
28/09/16 7:53 PG
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
JILID
PENULIS Mat Ariffin bin Ismail Nurfarah Lo binti Abdullah
EDITOR Razid bin Sahran Hasnah binti Ahmad Nadzar Muhammad Hisyam bin Haliah
PEREKA BENTUK Mazlan bin Mohamed ILUSTRATOR Mohd Sazali bin Ibrahim Rozlin Azrar bin Abd Azib
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2017
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA No. Siri Buku: 0125 KK 499-221-0102011-49-1583-20101 ISBN 978-983-49-1583-4 Cetakan Pertama 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 18 poin Dicetak oleh: Ultimate Print Sdn. Bhd., Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • • • • • • • • • • • • • •
Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Pakar Rujuk Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perak Muzium Negeri Perak Muzium Negeri Kedah Sekolah Kebangsaan Lanai, Kupang, Baling, Kedah Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (1), Kuala Lumpur Wady@Uniaga Aviary, Marang, Terengganu
• Pihak-pihak yang memberikan maklumat, pendapat dan cadangan dalam usaha untuk menerbitkan buku teks ini.
KANDUNGAN PENDAHULUAN
iv
TEMA 5 JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN 1 Unit 13: Bersikap Mulia
2
Unit 14: Hidup Berbakti
7
Unit 15: Oh, Malaysiaku!
13
TEMA 6
ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU 21
Unit 16: Alamku Sayang
Unit 17: Kebersihan Alam Tanggungjawab Bersama 29 Unit 18: Mesrai Alam
TEMA 7
22
35
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 43
Unit 19: Hargailah Pokok 44 Unit 20: Ternakan yang Berfaedah 49 Unit 21: Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan 55
TEMA 8 INTEGRITI Unit 22:
63
Anak yang Baik
64
Unit 23: Amalan Baik di Sekolah Unit 24: Berbuat Baik Selalu
69
75
iii
PENDAHULUAN Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) kegunaan mulai tahun 2018 berdasarkan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula. Kurikulum ini diistilahkan sebagai KSSR (Semakan). KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid. Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK mengandungi dua komponen, iaitu Buku Teks (BT) dan Buku Aktiviti (BA). BT dan BA mengandungi dua jilid, iaitu BT Jilid 1, BT Jilid 2, BA Jilid 1 dan BA Jilid 2. Kandungan bahan dalam kedua-dua komponen ini dibina berdasarkan lapan tema. Setiap tema mengandungi tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 24 unit. Tema dan unit yang dinyatakan dapat dilihat pada halaman kandungan. Tema tersebut diambil dan diubah suai daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan.
PENERANGAN IKON BUKU TEKS Nota Guru – panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Nota Guru
1.1.1 (i) BT: 2-3
– menyatakan standard pembelajaran dan halaman buku teks bagi halaman yang berkenaan
Ikon Aktiviti
QR Code
Kemahiran Membaca
Kemahiran Mendengar dan Bertutur 4.2.2 (i) BA1: 75
Standard Pembelajaran dan Halaman Buku
Kemahiran Menulis
Aspek Tatabahasa
Aspek Seni Bahasa
Akhir sekali, persembahan komponen buku teks ini turut menggunakan watak-watak tertentu bagi menceriakan dan mendekatkan murid dengan bahan yang dibangunkan. Watak-watak utama muncul dalam setiap tema. Watak-watak ini akan dibantu oleh watak sampingan.
Hasan
Elis
Aidil
Seok Ling
Kok Bun
Komala
Julaihi
Kesimpulannya, Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 SK ini dibina selaras dengan “Pembelajaran Abad Ke-21”.
iv
JATI DIRI, PATRIOTISME 5 DAN KEWARGANEGARAAN
TEMA
Aktiviti
Bercerita berdasarkan gambar. 1
Unit
13
Bersikap Mulia Mendengar dan Bertutur Amalan yang Baik
membawa bendera
menghormati bapa
saling bermaafan
Hasan: Selamat pagi, Elis. Bagaimanakah peserta sukan sekolah kita menunjukkan sikap bangga akan negara? Elis: Selamat pagi. Peserta sukan sekolah kita menunjukkan sikap bangga akan negara dengan ... . Hasan: Bagaimanakah cara kita menghormati bapa? Elis: ... . Hasan: Komala, jika berlaku perselisihan faham sesama kita, apakah yang perlu kita lakukan? Komala: Kita perlulah ... . Aktiviti Memberikan respons terhadap soalan. N ota G u r u
2
• Bimbing murid untuk memberikan respons berdasarkan gambar. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Memupuk semangat perpaduan KBAT: Mengaplikasi (melengkapkan)
1.1.2 (i) BA2: 1
Membaca Aku Bangga Berbahasa Melayu Pada suatu petang, Hasan dan rakan-rakannya membaca pantun. Mereka akan mempersembahkan pantun itu semasa perhimpunan di sekolah. Kok Bun, dengar pantun daripada saya. Pohon sena pohon pulasan, Subur kepayang di perdu ara; Marilah guna bahasa kebangsaan, Buktikan sayang akan negara.
Dengar pantun saya pula. Memukat ikan di Sungai Sekayu, Berkongsi bekal makan di muara; Jangan rosakkan bahasa Melayu, Barulah kekal tetap terpelihara.
Ini pantun saya. Kait mangga bergalah kayu, Manis dirasa sama teruja; Saya bangga berbahasa Melayu, Setiap masa di mana-mana saja.
Hasan: Elis:
Ini pantun saya pula. Ikan puyu ikan gelama, Enak dimakan bersama teman; Bahasa Melayu sudahlah lama, Terus gunakan sepanjang zaman.
Elis, tolong berikan nilai yang kamu peroleh daripada pantun pertama dan kedua. Seok Ling pula untuk pantun ketiga dan keempat. Nilai pantun pertama ialah bukti kita sayang akan negara jika kita menggunakan bahasa kebangsaan kita. Nilai pantun kedua ... .
Seok Ling: ... . Aktiviti Menyatakan nilai daripada pantun. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami pantun. Strategi: KB – Merumuskan EMK: Nilai Murni – Cinta akan negara
Pembelajaran Kontekstual – Mengaplikasi
2.3.1 (iii) BA2: 2–3
3
Menulis Sekolah Kebanggaanku Sekolah ini dibina pada: • 1 Disember 1951 • terletak di atas sebuah bukit di Kampung Lanai, Kupang, Baling, Kedah
Murid-murid rajin dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
4
Tujuan dibina: • membasmi buta huruf • menyediakan tempat murid belajar
Kejayaan: • johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Baling, 2014 • johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Kedah, 2014
Semua murid berikrar: • akan meneruskan kejayaan • akan mengekalkan kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Lanai telah dibina pada 1 Disember 1951. Sekolah ini _____. Kawasan sekolah ini sangat cantik dengan pokok-pokok bunga. Penubuhan sekolah ini adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid. Selain itu, sekolah ini juga dapat _____. Sekolah ini berjaya dalam pelbagai pertandingan seperti _____. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Lanai mempunyai _____. Semua murid berikrar _____.
Aktiviti Menghasilkan penulisan bukan naratif secara separa terkawal. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami isi untuk menulis karangan. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Menghargai Menghubungkaitkan
3.3.1 (i) BA2: 4–5
5
Kata Dasar Sehari di Sekolah
bawa
beri
buka
___.
___.
___.
1. Hasan membawa buku ke bilik guru. 2. Dia memberikan buku itu kepada Cikgu Aiman. 3. Hasan membuka penutup tong sampah untuk membuang sampah. 4. Dia me ___ seorang murid perempuan yang ingin memetik bunga di taman sekolah. 5. Hasan ber ___ dengan Cikgu Asri. 6. Murid-murid ber ___ semasa membeli makanan di kantin. Aktiviti Menggunakan kata dasar mengikut konteks. N ota G u r u
6
• •
Murid mengenal pasti kata dasar yang sesuai. Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan kata dasar 5.2.1 (i) BA2: 6-8 berpandukan gambar. Strategi: KB – KB Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Menghubungkaitkan
Unit
14
Hidup Berbakti Mendengar dan Bertutur Ayahku Guru
Elis, sila lihat tayangan slaid ini. Beliau ialah ayah saya. Gambar itu diambil semasa beliau bertugas di Sarawak. Ayah saya terpaksa menaiki ... . ….
Baiklah, Hasan. Siapakah beliau? Oh, begitu! Hasan, minta kamu bercerita tentang slaid kedua itu. Hebat ayah kamu. Harap kamu dapat bercerita tentang tempat tinggal ayah kamu di sana.
Aktiviti Memberikan respons berdasarkan suruhan. N ota G u r u
• Bimbing murid mendengar dengan teliti untuk memberikan respons. 1.1.2 (ii) AT: Lakukan simulasi. BA2: 9 Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Cinta akan tanah air Memahami (Menterjemah)
7
Membaca Berbakti demi Anak Bangsa Selepas tamat belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Cikgu Muzalfah menunggu surat tawaran kerja. Beliau berasa gembira apabila menerima surat itu selepas membuat permohonan. Cikgu Muzalfah mendapat tawaran mengajar di Sarawak. Beliau akan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak, Mukah. Beliau telah dihantar oleh keluarganya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau akan berjauhan dengan keluarganya. Setelah sampai di sekolah itu, Cikgu Muzalfah disambut dengan mesranya oleh penduduk kampung. Beliau mengajar murid dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, semua murid suka akan Cikgu Muzalfah. Cikgu Muzalfah amat mementingkan kejayaan muridnya. Jadi, beliau mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, banyak murid telah berjaya dalam peperiksaan. Murid-muridnya berterima kasih kepada Cikgu Muzalfah. Pernyataan Beliau akan berjauhan dengan keluarganya. ... .
Nilai cekal ... .
Aktiviti Menyatakan nilai daripada petikan. N ota G u r u
8
• Bimbing murid memahami petikan. Strategi: KB – Mengimlakkan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
BCB: Bacaan intensif
2.3.1 (iv) BA2: 10
Menulis Galeri Keluarga Encik Mahzan dan keluarganya melancong ke Sarawak. Encik Mahzan disambut oleh Encik Fauzi dan anaknya, Julaihi. Encik Fauzi membawa Encik Mahzan ke romahnya. Elis, anak perempuan Encik Mahzan berkenelan dengan Julaihi. Mereka berbual dengan mesrenya. Elis kagom kerana ada sebuah galeri yang dibena oleh Encik Fauzi. Julaihi membawa Elis dan keluarganya memasoki galeri tersebut. Di dalam galeri itu terdapat gambar datok Julaihi. Beliau pernah berjuang menentang penjajah. Beliau sanggop bergadai nyawa menentang penjajah. Elis berasa bangge selepas membaca maklumat tersebut. Dia teringat akan pejuang yang sama di negeri asalnya, iaitu Wan Mat Saman.
Aktiviti Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan. N ota G u r u
• Minta murid mengenal pasti kesalahan ejaan. AT: Cari maklumat pejuang yang mempunyai jati diri di tempat kamu. Strategi: KB – Menganalisis Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Sayang akan negara Memindahkan
3.3.2 (i) BA2: 11
9
Seni Bahasa Setianya Tentera Negaraku Di mana dia tentera darat kita? Tentera darat kita di dalam hutan rimba Itulah dia tentera darat kita Siap berjuang demi maruah bangsa Can Mali Can Can Mali Can Can Mali Can Ketipung payung
ulang 2 kali
Di mana dia tentera udara kita? Tentera udara kita di ruangan angkasa Itulah dia tentera udara kita Tekun berkawal tanpa fikirkan masa Can Mali Can Can Mali Can Can Mali Can Ketipung payung
ulang 2 kali
Di mana dia tentera laut kita? Tentera laut kita di tengah samudera Itulah dia tentera laut kita Gagah pertahankan kedaulatan negara.
*Irama lagu “Can Mali Can”
Aktiviti IMBAS SAYA
Menyanyikan lagu sambil melakukan aksi mengikut seni kata lagu. N ota G u r u
10
•
Bimbing murid menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Strategi: KB – Menilai KP: Muzik – Kinestetik EMK: Nilai Murni – Sayang akan negara
4.2.2 (ii) BA2: 12
Kata Tunggal Jasa Nenekku terhadap Negara Ibu, tolonglah bercerita tentang pengorbanan nenek kepada negara suatu masa dahulu. Elis, dahulu, nenek kamu seorang pejuang. Nenek bertugas sebagai anggota polis sebelum merdeka. Pada masa itu, nenek dan beberapa orang polis lelaki bertugas di pondok yang berbumbung zink. Nenek menjaga pintu untuk masuk ke kampung. _______. _______. _______. orang
doa
zink
masuk
cuaca
wanita kanak-kanak
_______.
_______.
_______.
_______.
_______.
_______.
makan minum
duduk
pingat bangga
Aktiviti Membina ayat dengan menggunakan kata tunggal mengikut konteks. N ota G u r u
hasa I n fo B a
Kata tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu kata dasar yang mempunyai makna tersendiri. Contoh: cat, bola, jalan dan negara.
• Bimbing murid mengenal pasti kata tunggal berdasarkan bahan. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Keberanian Menjelaskan
5.2.1 (ii) BA2: 13–14
11
Kata Berimbuhan Awalan Tok Batin yang Dihormati Saidin bin Bujang ialah tok batin. Beliau menjadi tok batin di sebuah kampung di negeri Selangor. Beliau akan berjalan di sekitar kampung setiap hari. Beliau akan ____ bual-bual dengan penduduk kampung. Tok batin akan ____ cari jalan untuk menyelesaikan masalah di kampung itu. Seterusnya, beliau memastikan penduduk kampung menghantar anak mereka ke sekolah. Jadi, penduduk di kampung itu ____ dapat pendidikan yang sempurna. Jika anak buahnya sakit, tok batin akan pergi ke rumah mereka. Beliau akan ____ tanya tentang khabar mereka. Jadi, hubungan mereka sangat mesra. Saidin suka akan tugasnya sebagai tok batin. Beliau ____ janji akan ____ bantu anak buahnya hingga berjaya. hasa I n fo B a
Aktiviti
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal perkataan. Contoh: me-, mem-, men-, meng-, menge- dan ber-.
Menggunakan kata berimbuhan awalan mengikut konteks. N ota G u r u
12
• Bimbing murid mengenal pasti kata berimbuhan awalan berdasarkan bahan. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Semangat Patriotisme Menghubungkaitkan
5.2.1 (iii) BA2: 15–16
Unit
15
Oh, Malaysiaku! Mendengar dan Bertutur Menjaga Keselamatan Penduduk
Hasan, beritahu ayah kamu bahawa malam esok beliau perlu datang awal ke pondok kawalan keselamatan. Minta ayah kamu bawa lampu picit.
Baiklah, Pak Cik Hairi. Saya akan memberitahu ayah bahawa beliau perlu datang awal ke pondok kawalan keselamatan malam esok. Baiklah. Saya akan memberitahu ayah saya bahawa ... .
Ayah, Pak Cik Hairi berpesan, ayah perlu datang awal ke pondok kawalan keselamatan dan membawa lampu picit.
... .
Aktiviti Memberikan respons terhadap pesanan. N ota G u r u
• Bimbing murid mendengar untuk memberikan respons. AT: Lakukan simulasi. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Amanah
1.1.2 (iii) BA2: 17
13
Membaca Bertuahnya Rakyat Malaysia Kita ke sekolah sama-sama Ceria kita semua tersedia Enam tahun tidaklah lama Alam remaja kita semua Kami dididik setiap hari Semua diajarkan kenali diri Rukun negara kami patuhi Negara aman kami sayangi Rajin belajar dan bertanding Terus jaya di menara gading Hebat cemerlang rakan keliling Sedia bekerja dan dibimbing Terima kasih kerajaan Beri kami kemudahan Kami belajar dengan senang Hidup kami pun akan tenang. *Irama lagu “Bapaku Pulang dari Kota”
Penilaian Sebutan Intonasi dan suara Kelancaran dan irama Aktiviti Mempersembahkan lagu kanak-kanak mengikut irama. N ota G u r u
14
• Minta murid membaca seni kata. Strategi: KB – Menilai EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
KP: Muzik
IMBAS SAYA
2.3.2 (i) BA2: 18
Menulis Aku Warganegara Malaysia Situasi di sekolah “Siapakah yang terpilih mewakili sekolah kita dalam pertandingan badminton peringkat daerah?” tanya Cikgu Ramlan kepada anak muridnya. “Kami, cikgu!” jawab Hasan dan kawan-kawannya. 1.
Syabas, Hasan Idris dan Kok Bun kerana kamu bertiga terpilih untuk mewakili sekolah kita ke peringkat daerah kata Cikgu Ramlan. 2. “Kamu semua perlu mengisi maklumat dalam borang kebenaran penjaga ” kata Cikgu Ramlan lagi Situasi di rumah 1. “Ayah, di manakah boleh saya mendapatkan maklumat tentang diri saya ” tanya Hasan. 2. “Nah, ini sijil kelahiran kamu Sijil ini sebagai bukti bahawa kamu rakyat alaysia. 3. “Bolehkah saya isi borang ini ” tanya Hasan. 4. “Amboi, bijaknya anak ayah ” kata ayahnya sambil melihat borang yang dilengkapkan oleh Hasan. Aktiviti Memurnikan teks dari aspek tanda baca. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti kesalahan tanda baca. Strategi: KB – Mengenal pasti Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Memindahkan
3.3.2 (ii) BA2: 19–20
15
Seni Bahasa Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Sajak 1
Sajak 2
Aku anak warganegara Tertera pada sijil kelahiran Arif nama diberi Lelaki jadi bukti jantina Nama ibu, bapa dan agamaku Malaysia tempat tumpah darahku Tercatat dengan jelasnya Kad pengenalan bukti diriku Kugenggam erat sumpah dan setiaku Aku harapan nusa dan bangsa Aku tentang musuh negara Warganegara bersatu Ini ikrarku sebagai anak watan. Sentiasa padu. Malaysia negara aman Tumbuhan hijau bagaikan taman Penghuninya pelbagai bangsa Warganegaranya taat setia.
Demi satu bendera Demi bangsa Malaysia Kukuhkan toleransi Hidup aman harmoni.
H
O NT
H
O NT
CO
CO
Ciri sajak 1
Ciri sajak 2
• mempunyai tiga rangkap
• tidak mempunyai rangkap
• suku kata akhirnya sama
• suku kata akhirnya bebas
Aktiviti Mendeklamasikan sajak. N ota G u r u
16
• Bimbing murid mengenal pasti sajak bebas dan sajak berangkap. Strategi: KB – Membandingkan dan membezakan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Setia akan negara
4.2.3 (i) & (ii) BA2: 21–22
Perkataan Berimbuhan Akhiran Jiwa Patriotik Elis: Selamat pagi, Hasan. Sila amati gambar tokoh guru ini. Tolong tampalkannya dalam buku skrap. Pastikan gambarnya ditampalkan pada ruang yang berbentuk bulat itu. Hasan: Baiklah, Elis. Saya akan menampalkannya dalam bulatan ini. Kok Bun: Komala, kamu pula catat ___ maklumat tentang tokoh guru itu. Tahukah kamu akan biodata beliau? Komala: Saya tahu. Beliau amat saya hormat ___. Maklumat beliau saya dapat ___ daripada Internet. Nama beliau ialah Azizul Rahman bin Abdul Rahman. Kok Bun: Buku skrap kita sudah siap. Ibu saya telah menyediakan jamu ___ untuk kita. Mari kita nikmat ___ kuih-muih dan minum ___ ini. Tokoh Guru Kebangsaan 2016 ‘Melahirkan banyak murid yang cemerlang’. Pendekatan dan kaedah pengajarannya terbaik.
hasa I n fo B a
Aktiviti
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir perkataan untuk membentuk kata nama dan kata kerja. Contoh: -kan, -i, dan -an.
Menggunakan imbuhan akhiran mengikut konteks. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti imbuhan akhiran berdasarkan teks. Strategi: KB – Mengenal pasti Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama : Mencipta (menghasilkan)
5.2.1 (iv) BA2: 23–24
17
Kata Dasar, Kata Tunggal, Kata Berimbuhan Awalan dan Kata Berimbuhan Akhiran Malam Kemerdekaan
berkumpul
ambil
____ nanti
____ gema
____ diri
____ julang
Hasan ke sekolah dengan keluarganya. Mereka berkumpul di situ untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. “Ambil ____ bendera kecil ini untuk keluarga kamu,” kata Cikgu Rahman kepada Hasan. Mereka ____ nanti sambil ____ di atas kerusi. Tepat pada pukul 12:00 tengah malam, laungan ‘Merdeka!’ ____ gema. Mereka ____ diri tegak dan me ____ kan lagu Negaraku. Mereka ____ julang bendera Malaysia dengan gembiranya. Aktiviti Menggunakan kata dasar, kata tunggal, imbuhan awalan dan imbuhan akhiran mengikut konteks. N ota G u r u
18
• Bimbing murid melengkapkan ayat. Strategi: Mengenal pasti Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kerjasama Menghubungkaitkan
5.2.1 (i), (ii) (iii) & (iv)
Pemulihan Bina dua ayat berdasarkan gambar dan kata tunggal. 1. Berus cat di tangan Kamal. 2. Dia sedang mengecat bendera itu.
berus
bendera
1. Selepas mengecat Kamal agak ___. 2. Dia berehat sambil ___ di bawah pokok. makan
letih
1. ___. 2. ___.
pandai
tali
19
Pengayaan Senaraikan imbuhan yang tersembunyi, kemudian lengkapkan karangan berdasarkan gambar. k
a
n
c
m
g
s
z
b
e
i
j
k
e
n
o
b
e
r
v
Contohi sikap kami.
Cepat, tinggikan rumah kita dengan segera.
jaya
kerja lihat
tinggi
Pada suatu malam, hujan turun dengan lebatnya. Banyak anai-anai berasa cemas apabila ___ air yang mengalir ke rumah mereka. Raja anai-anai berkata, “Cepat, ___.” Selepas itu, semua anai-anai ___ dengan tekunnya. Akhirnya, rumah mereka ___ diselamatkan. Air tidak menenggelamkan rumah mereka. “___,” kata raja anai-anai kepada haiwan lain yang datang untuk melihat rumah mereka. 20
TEMA
6 ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
Alam yang mesra
Alam bersih kehidupan sejahtera
Teknologi hijau meningkatkan kualiti hidup
Aktiviti
Bincangkan. 21
Unit
16
Alamku Sayang
Mendengar dan Bertutur Pokok Pembersih Udara
Elis, tolong ibu tolak kereta sorong ini ke belakang rumah. Pokok-pokok hiasan ini dapat membersihkan udara. Di belakang rumah kita ada projek pembinaan. Banyak debu berterbangan. Minta tolak dengan berhati-hati, Elis.
22
Baiklah. Saya akan menolong ibu. Mengapakah pokok-pokok hiasan ini hendak dibawa ke sana? ... .
Bolehkah ibu beritahu saya nama pokok-pokok ini?
... . Harap Elis susun pokok-pokok ini di tepi pagar.
... .
pokok palma
pokok bunga ros pokok bunga kertas
pokok keladi
Aktiviti Memberikan respons terhadap permintaan. N ota G u r u
• Minta murid mendengar dengan memberikan respons terhadap permintaan. 1.1.2 (iv) AT: Lakukan simulasi BA2: 25 Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Taat Menghubungkaitkan
23
Membaca Sena Terselamat Sena ialah sebatang pokok yang hidup di dalam hutan. Sena berkawan baik dengan haiwan-haiwan di situ. Pada suatu hari, ketika Sena berbual-bual dengan kawan-kawannya, dia ternampak seorang penebang pokok. “Hei kawan-kawan, cepat lari! Ada penebang pokok sedang menghampiri kita,” jerit Sena. “Tidak, kami tidak akan membiarkan kamu dalam bahaya, Sena. Selama ini, kamulah tempat kami berteduh, mendapat makanan dan menghirup udara segar,” kata haiwan-haiwan di dalam hutan itu. Ketika Si Penebang bersiap sedia untuk menebang Sena, dia terdengar ngauman Sang Singa. Dia ketakutan dan berlari untuk menyelamatkan diri. Pokok dan haiwan di dalam hutan saling bekerjasama. Saya tidak akan menebang pokok di dalam hutan lagi!
Aktiviti Mempersembahkan cerita dengan gaya yang menarik. N ota G u r u
24
•
Bimbing murid memahami cerita untuk membuat persembahan dengan 2.3.2 (ii) sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. BA2: 26 Strategi: KB – Membuat gambaran mental KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat
Menulis Gembira di Tasik Biru, Sarawak Pada cuti persekolahan yang lalu, Elis dan keluarganya berkunjung ke Tasik Biru, Sarawak. Mereka melihat ramai tetamu bersenam dan berjoging di sekeliling taman. Taman tasik ini sungguh indah dan bersih kerana dijaga dengan ketatnya. Orang ramai tidak memetik pokok dan memijak rumput. Sampah dicampak ke dalam tong sampah dengan cermatnya. Udara di Tasik Biru bersih dan sihat. Sejuk mata memandang air tasiknya yang keruh dan tidak tercemar. Malah, pokok-pokok di sekeliling tasik ini tumbuh menghijau dan segar. Elis dan ibunya berasa rimas. Walaupun taman ini dikunjungi ramai, tetapi kesegarannya tetap dipelihara. Penggunaan kata yang tidak tepat
Penggunaan kata yang tepat
1.
tetamu
pengunjung
2.
ketat
rapi
___.
___.
Aktiviti Mengedit dan memurnikan teks dari aspek penggunaan kata. N ota G u r u
•
Bimbing murid mengenal pasti dan mengedit penggunaan kata yang kurang tepat dalam teks. Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan imbasan dan luncuran EMK: Nilai Murni – Kesyukuran
3.3.2 (iii) BA2: 27
25
Seni Bahasa Indahnya Alam Padankan pembayang maksud dan maksud pantun yang sesuai dengan pantun di bawah. Menghias kota pepohon palma,
Jadi tumpuan para pelancong.
Flora dan fauna pelengkap alam,
Pastikan bersih setiap detik.
Daun melati jatuh bertabur;
Mari berlatih tarian barongan, Gemersik alunan irama keroncong; Pantai memutih indah pandangan, ____________________________________________________
Benih selasih mari disemai, ____________________________________________________
Pantai nan bersih mengundang damai, Tenangnya hati ketika berlibur. Pohon nona di tepi kolam, Buah di dahan dipetik teruna; ____________________________________________________
Ciptaan Tuhan paling sempurna.
____________________________________________________
Tempat berkasih si burung jelatik; Alam kita tanggung jawab bersama, ____________________________________________________
Aktiviti Mencipta pantun secara separa terkawal dan mempersembahkannya. N ota G u r u
26
•
Bimbing murid memahami pantun dan mempersembahkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Rasional
4.3.1 (i) BA2: 28
Kata Majmuk Sayangi Air Terjun Kita Pada hari minggu yang lalu, Hasan dan keluarganya telah berkelah di kawasan air terjun. Ketika sampai, mereka melihat sepasukan anggota Persatuan Pencinta Alam sedang membersihkan kawasan air terjun. Hasan dan keluarganya turut membantu anggota Persatuan Pencinta Alam itu. air terjun
tong sampah plastik sampah
botol air
papan tanda sarung tangan
jam tangan hasa I n fo B a
Aktiviti
Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu kata baharu. Contoh: alat tulis, sapu tangan, atur cara, kaki bangku.
Bercerita menggunakan kata majmuk mengikut konteks. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti kata majmuk yang terdapat dalam gambar. Strategi: KB – Mencirikan KP: Naturalis EMK: Nilai Murni – Menyayangi dan menghargai alam sekitar
5.2.2 BA2: 29
27
Kata Ganda Parkir di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra, Kedah Pengunjung-pengunjung tidak dibenarkan memandu masuk kenderaan masing-masing ke Hutan Lipur Bukit Wang. Peraturan ini bagi memastikan kawasan mandi-manda di Bukit Wang bebas daripada pencemaran asap. Asap daripada kenderaan yang lalu-lalang di situ telah dikenal pasti sebagai satu daripada punca pencemaran di kawasan Hutan Lipur Bukit Wang. Penduduk tempatan telah bersama-sama membina tempat parkir di luar kawasan Hutan Lipur Bukit Wang. Aktiviti gotong-royong itu mengambil masa berbulan-bulan tetapi hasilnya amat membanggakan. Penat lelah para penduduk sudah berbalas. Kini, kawasan Bukit Wang bebas daripada asap kenderaan. Udara di situ semakin bersih dengan pepohon menghijau. Beburung dan rerama terbang dari dahan ke dahan. Ikan-ikan kecil berenang-renang di dalam sungai yang jernih. Oleh itu, diharap agar semua pengunjung terus mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Kata Ganda Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Berentak
Kata Ganda Berimbuhan
• pengunjung-pengunjung
• pepohon
• mandi-manda
• bersama-sama
• ikan-ikan
• beburung
• lalu-lalang
• berbulan-bulan hasa I n fo B a
Aktiviti
Kata ganda ialah perkataan yang diulang atau digandakan secara penuh, separa, berentak dan berimbuhan. Contoh: baju-baju, lelangit, kuih-muih, gunung-ganang dan melambai-lambai.
Membina ayat dengan menggunakan kata ganda mengikut konteks. N ota G u r u
28
• Bimbing murid mengenal pasti kata ganda yang terdapat dalam teks. Strategi: KB – Menganalisis Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Prihatin Memindahkan
5.2.3 BA2: 30
buhan
Unit
17
Kebersihan Alam Tanggungjawab Bersama Mendengar dan Bertutur Menjaga Alam
Ayah, semasa di sekolah tadi, Cikgu Fazli menasihati kami agar menjaga alam sekitar. Tahu, ayah. Jika alam sekitar bersih, kita dapat hidup sejahtera. ….
Betul kata Cikgu Fazli. Semua orang mesti menjaga alam sekitar. Tahukah Elis mengapa? Apakah sumber alam yang perlu kita jaga, Elis? Bagaimanakah kita menjaga sumber itu?
…. Aktiviti Memberikan respons terhadap soalan bercapah. N ota G u r u
• Bimbing murid mendengar dengan berkesan untuk membuat tafsiran. Strategi: KB – Membuat inferens Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Rasional Menghubungkaitkan
1.1.3 (i) BA2: 31
29
Membaca Jadikan Amalan Pergi ke pekan membeli lada, Lada ditimbang berat sekati; Air digunakan berpada-pada, Jangan dibuang sesuka hati. Pasang pelita di tepi tangga, Nampak menarik cahaya terang; Marilah kita jimatkan tenaga, Bil elektrik dapat dikurang.
Mari mencari buah keranji, Buah berangan juga bidara; Berkongsi kereta amalan terpuji, Dapat hindari pencemaran udara. Pokok pegaga daunnya banyak, Tanam selasih di bawah para; Jimatkan tenaga, air dan minyak, Alam bersih masyarakat sejahtera. Aktiviti Mempersembahkan pantun dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. N ota G u r u
30
• Bimbing murid memahami maksud pantun. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
2.3.2 (iii) BA2: 32
Menulis Amalan Bijak Petang itu, Elis dan ibunya ke pasar raya. Sebelum masuk ke pasar raya, Elis dan ibunya menuju ke pusat kitar semula. Elis mengeluarkan semua barang yang dibawanya. Antara barang tersebut ialah surat khabar, bekas plastik dan botol kaca. Elis mengeluarkan semua barang itu dengan berhati-hati. Elis memasukkan surat khabar ke dalam ___. Selepas itu, dia memasukkan ___ ke dalam tong berwarna jingga. Kemudian, Elis memasukkan ___. • kaunter bayaran • beg mesra alam • ganti beg plastik Info Tong Kitar Semula
Aktiviti
Tong biru untuk kertas seperti buku, surat khabar dan majalah. Tong coklat untuk barangan kaca seperti botol kaca, balang makanan dan botol ubat. Tong jingga untuk tin aluminium dan plastik seperti tin minuman, beg plastik, botol air mineral dan bekas makanan.
Membina dan menulis perenggan. N ota G u r u
• Bimbing murid membina perenggan berdasarkan frasa dan gambar. 3.2.1 (iv) Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – BA2: 33 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Mengembangkan idea
31
Seni Bahasa Sayangku pada Alam Sayangku pada alam Telah kubuktikan Jimatkan air Jimatkan elektrik. Sayangku pada alam Telah kubuktikan Guna dan kitar semula __ Demi menyelamatkan pokok. Sayangku pada alam Telah kubuktikan Menggunakan __ mesra alam Sebagai pengganti plastik. Sayangku pada alam Telah kubuktikan Hiaskan __ di sekitar Suasana nyaman dan segar. Nukilan: Mashudi Bahari
Aktiviti Melengkapkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif. N ota G u r u
32
• Bimbing murid melengkapkan sajak berpandukan gambar. Strategi: KB – Menjanakan idea BCB: Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Kesyukuran
4.3.1 (ii) BA2: 34
Pola Ayat Mural Penutup Botol
an didik Pen Seni
Elis dan rakan-rakannya ke sekolah. Mereka membantu Cikgu Munirah. Mereka hendak menyiapkan mural penutup botol. Mereka sangat teruja. Cikgu Munirah guru Pendidikan Seni. Beliau menggunakan penutup botol untuk menghiasi dinding kantin. __ Frasa Nama (FN) Cikgu Munirah Frasa Nama (FN) Mereka Frasa Nama (FN) Mereka Frasa Nama (FN) Elis dan rakan-rakannya
Frasa Nama (FN) guru Pendidikan Seni. (FN) Frasa Nama Frasa Kerja (FK) membantuFrasa CikguNama Munirah. (FN) Frasa Adjektif (FA) sangat teruja. Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FS) ke sekolah.Frasa Nama (FN)
Aktiviti Membina ayat mengikut pola ayat. N ota G u r u
•
Bimbing murid mengenal pasti pola ayat dan membina ayat mengikut pola yang betul berdasarkan frasa. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kerjasama Mengembangkan idea
5.3.1 (i) BA2: 35
33
Ayat Penyata Bilik Darjah Mesra Alam Sekolah Elis telah mengadakan projek landskap mesra alam di dalam bilik darjah. “Tolong bawa pokok bunga dari rumah,” kata Cikgu Hanum kepada Elis dan rakan-rakannya. “Bawa juga barang-barang kitar semula. Kita akan mewujudkan landskap yang paling cantik,” kata Cikgu Hanum untuk memberikan semangat kepada anak-anak muridnya. • • •
Elis membawa pokok bunga ke sekolah. Pokok bunga itu ditanam di dalam botol. Komala pula membawa pokok bunga di dalam pasu.
• Mereka membawa pokok bunga itu ke sudut belakang bilik darjah. • Mereka menyusun pokok bunga di satu sudut.
• Di sudut yang lain, mereka menyusun tiga buah kotak. • __. hasa I n fo B a • __.
Aktiviti
Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara. Contoh: Dia memakai baju berwarna biru.
Membina ayat penyata berdasarkan bahan. N ota G u r u
34
• Bimbing murid mengenal pasti dan memahami ayat penyata. Strategi: KB – Mencirikan Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Tanggungjawab Menerangkan dan menjelaskan terhadap alam sekitar idea
5.3.1 (ii) BA2: 36
Unit
18
Mesrai Alam Mendengar dan Bertutur Jimatkan Petrol
Elis, minta abang keluarkan barang-barang dari kereta. Apabila barang banyak, kereta menjadi berat. Kereta yang berat memerlukan lebih banyak petrol. Banyak asap akan dilepaskan ke udara dan udara akan menjadi kotor. Oh, ya! Nanti minta abang masukkan barang-barang itu ke dalam bilik stor.
Abang, ayah berpesan ... . Tahu, abang ... . Oh, ya! Ayah juga berpesan ... .
Baiklah, ayah. Saya akan memberitahu abang. Ayah, mengapakah barang-barang itu hendak dikeluarkan?
Baiklah, Elis. Tahukah kamu mengapa ayah tidak suka keretanya menjadi berat? ... .
Aktiviti Memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap pesanan. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami bahan untuk membuat tafsiran. AT: Lakukan simulasi Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Amanah
1.1.3 (ii) BA2: 37
35
Membaca Gunakan Air Secara Berhemat
Yang saya hormati Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Rasa Indah, guru-guru dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Gunakan Air Secara Berhemat”. Hadirin sekalian. Kita perlu menggunakan air secara cermat. Jika tidak, sumber air akan semakin kurang. Kekurangan air akan menyebabkan suhu atau cuaca menjadi panas. Terdapat beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan air. Pertama, kurangkan masa mandi. Banyak air akan terbuang sekiranya kita mandi lama-lama. Kedua, letakkan baldi berhampiran dengan pancuran ketika kita mandi. Air yang ditadah boleh digunakan untuk membersihkan tandas atau menyiram pokok bunga. Ketiga, elakkan membuka pili dan membiarkan air mengalir berterusan ketika membasuh muka atau menggosok gigi. Sebaliknya, gunakanlah air yang ditadah di dalam bekas. Kesimpulannya, gunakanlah air secara berhemat. Penggunaan air yang berhemat akan mengelakkan pembaziran. Sekian, terima kasih.
Aktiviti Mempersembahkan petikan bukan sastera dengan gaya yang menarik. N ota G u r u
36
•
Minta murid membaca teks dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Strategi: KB – Menghubungkaitkan BCB: Bacaan imbasan EMK: Nilai Murni – Rasional
2.3.2 (iv) BA2: 38–39
Menulis Amalan Hijau dalam Kehidupan Keluarga Elis mengamalkan beberapa amalan hijau dalam kehidupan mereka. Ibu Elis menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga di dapur.
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
Abang sepupu Elis menaiki kenderaan awam ke tempat kerja.
mengurangkan pencemaran alam kerana kurang asap kenderaan
Pak cik Elis menggunakan baja kompos di kebunnya.
mengurangkan penggunaan bahan kimia
Jawab soalan yang berikut. 1. Apakah yang diamalkan oleh keluarga Elis? ___. 2. Mengapakah ibu Elis menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga? ___. 3. Setujukah kamu bahawa amalan keluarga Elis dapat mewujudkan alam yang mesra? Mengapa? ___. 4. Jelaskan amalan hijau yang kamu amalkan. ___. Aktiviti Menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan soalan bercapah. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami bahan. Strategi: KB – Mensintesiskan EMK: Nilai Murni – Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pembelajaran Kontekstual – Menghubungkaitkan
3.2.2 (i) & (ii) BA2: 40–42
37
Ayat Tanya dengan Kata Tanya Jimatkan Elektrik Peti sejuk ini kepunyaan siapa? Simpan makanan apabila sejuk.
Peti sejuk ini kepunyaan keluarga Elis. Makanan disimpan di dalam peti sejuk bila? Cabutkan plag dan matikan suis apabila meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama. apa Letakkan makanan di dalam bekas yang bertutup sebelum disimpan. bagaimana
• Gunakan saya dengan cermatnya dan bijaknya. • Penggunaan yang bijak akan menjimatkan elektrik.
hasa I n fo B a
Aktiviti
Pintu saya tidak boleh dibuka dengan kerapnya. Banyak tenaga elektrik akan digunakan untuk mengawal suhu badan saya. mengapa Letakkan saya jauh dari dapur gas dan jarakkan saya dari dinding. di mana
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti mengapa, bagaimana, bila, berapa dan kenapa. Contoh: Mengapakah kamu berdiri? Cara merebus ikan bagaimana? Kamu tiba dari Labuan bila? Harga ayam itu berapa? Awak datang lambat kenapa?
Membina ayat tanya dengan kata tanya mengikut konteks. N ota G u r u
38
• Bimbing murid mengenal pasti ayat tanya dengan kata tanya. Strategi: KB – Mencirikan Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Rasional Menerangkan dan menjelaskan idea
5.3.1 (iii) BA2: 43-44
Pengayaan A. Betulkan kesalahan penggunaan kata yang dicetak berwarna dalam petikan di bawah. Pokok dalam Kehidupan
Pokok di sekeliling kita mempunyai pelbagai kegunaan. Pokok berguna kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. Gas oksigen dilepaskan oleh pokok ke alam. Oksigen penting kepada manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk menghidu. Pokok menjadi habitat atau tempat tinggal pelbagai bentuk haiwan seperti burung, tupai dan monyet. Selain itu, pokok-pokok juga menjadi alat makanan kepada sesetengah haiwan. Ketika cuaca hujan, pokok dapat meredupkan dan menyamankan suasana. Dedaun pokok yang besar bertindak sebagai pelindung sinaran matahari. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk mencucuk pokok di sekitar rumah masing-masing. B. Bina ayat penyata dengan perkataan yang telah dibetulkan. 39
Penilaian A. Dengar dan berikan respons. Elis, tema Minggu Alam Sekitar sekolah kita ialah “Alam Kita Tanggungjawab Kita.” ... . Apakah yang boleh dilakukan untuk menjaga alam kita?
Apakah maksud tema itu, Alina?
... . MINGGU ALAM SEKITAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IDAMAN ALAM KITA TANGGUNGJAWAB KITA
• Jaga kebersihan alam sekitar • Menanam pokok • Kitar semula barang terpakai
B. Baca, fahami dan persembahkan cerita di bawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Lulu ialah raksasa yang mempunyai sebuah taman yang cantik. Di taman itu, terdapat banyak pokok bunga dan pokok buah. Kanak-kanak suka bermain di situ. Lulu tidak suka. Dia membina tembok di keliling taman. Semenjak itu, pokok bunga di taman itu semakin layu. Begitu juga dengan pokok buah-buahan yang tidak berbuah lagi. Lulu berasa insaf. Dia sedar bahawa tamannya memerlukan kehadiran orang ramai untuk kekal cantik. Dia pun merobohkan tembok di keliling taman dan membenarkan kanak-kanak bermain di situ. Akhirnya, taman itu menjadi indah semula. 40
Pengukuhan Baca dan fahami teks, kemudian jawab soalan di bawah. Budaya Sekolah Elis Waktu rehat sudah tamat. Elis dan rakan-rakannya segera ke halaman di luar bilik darjah masing-masing. Mereka hendak mengutip sampah sarap. Aktiviti membersihkan halaman luar bilik darjah selepas waktu rehat sudah menjadi budaya di sekolah Elis. Mereka tidak pernah bersungut ketika berbuat demikian. Mereka berlumba-lumba untuk memastikan kawasan bilik darjah masing-masing adalah paling bersih. Apabila kawasan sekolah bersih, mereka dapat belajar dengan selesanya. Oleh itu, mereka akan berasa tenang dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. 1. Yang segera ke halaman di luar bilik darjah siapa? 2. Mereka berbuat demikian bila? 3. Apakah yang dilakukan oleh mereka? 4. Mengapakah mereka tidak bersungut ketika berbuat demikian? 5. Bagaimanakah kamu dan rakan-rakan menjaga kebersihan kawasan sekolah kamu?
41
Bacaan Luas Baca dan fahami teks. Pembungkusan Hijau Pembungkusan hijau ialah cara membungkus makanan dengan bahan semula jadi. Bahan yang sering digunakan ialah daun-daun tumbuhan, kayu dan buluh. Pembungkusan hijau harus dijadikan amalan. Pembungkusan jenis ini lebih kecil dan ringan berbanding dengan pembungkusan menggunakan plastik atau polistirena. Bahan yang digunakan juga murah dan mudah diperoleh. Oleh itu, kos pembungkusan menjadi lebih jimat. Khasiat makanan yang dibungkus dengan bahan semula jadi juga terpelihara. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan pembungkusan itu tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya. Malah, pembungkusan hijau tidak mencemarkan alam. Bahan semula jadi yang digunakan mudah reput dan dapat diurai menjadi kompos. Oleh itu, marilah kita beralih kepada pembungkusan hijau. Langkah ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kesihatan orang ramai juga terjaga.
(Sumber: diubah suai daripada [email protected])
42
PERTANIAN DAN 7 PENTERNAKAN
TEMA
jabatan pertanian
Internet
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
surat khabar
guru
Aktiviti
Bercerita berdasarkan peta bulatan. 43
Unit
19
Hargailah Pokok Mendengar dan Bertutur Amboi, Cantiknya!
Seok Ling: Selamat petang, Hasan. Hasan: Selamat petang. Seok Ling: Wah, cantiknya kawasan rumah kamu! Siapakah yang menanam pokok-pokok ini? Hasan: Semua ini ditanam oleh keluarga saya sendiri. Seok Ling: Hasan, tolong jelaskan cara kamu mencantikkan kawasan ini. Hasan: Saya dan abang saya menanam ..., manakala ibu dan kakak menanam ... . Seok Ling: Benih pokok di situ untuk apa? Hasan: ... . Seok Ling: Kamu bijak, Hasan. Terima kasih atas maklumat tentang pokok-pokok itu. Hasan: Sama-sama. Aktiviti Menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila. N ota G u r u
44
• Bimbing murid memahami gambar untuk mencari maklumat. Strategi: KB – Meramalkan BCB: Kajian Masa Depan – EMK: Nilai Murni – Menghargai alam Mencipta (menjana)
1.2.1 BA2: 45–46
Membaca Mudahnya Halau Serangga Ayah Hasan, iaitu Encik Mahzan, telah menyemai dan menanam banyak pokok paku gunung di kawasan rumahnya. Pokok-pokok itu untuk dijual. Pokok itu mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat pokok paku pakis. Pokok itu tumbuh subur. Malangnya, daun pokok itu diserang ulat. Encik Mahzan telah mendapat maklumat daripada Internet tentang cara menghapuskan ulat dengan mudahnya. Beliau tidak perlu menggunakan racun. Encik Mahzan menapis air basuhan cili kering di dapur rumahnya. Selepas itu, beliau memasukkan air itu ke dalam botol penyembur. Encik Mahzan menyembur daun-daun muda pada pokok paku gunungnya. Ulat tidak berani makan daun pokok itu lagi. Pokok itu subur dan menghijau kembali. Banyak orang membeli pokok paku gunung Encik Mahzan. Kosa Kata
Maksud
tumbuh
hidup
___.
___.
Aktiviti Mengenal pasti kosa kata. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami kosa kata yang diwarnakan dan mencari maksud. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Akses Kendiri – EMK: Nilai Murni – Kerajinan Memahami (menjelaskan)
2.2.1 (i) BA2: 47
45
Menulis Bucida yang Cantik Aidil suka melihat pokok Bucida. Dia ingin menanam pokok ini di hadapan rumahnya. Dia mencari maklumat tentang pokok Bucida dalam Internet. Terdapat dua jenis pokok Bucida, iaitu yang berdaun hijau dan yang berdaun putih. Saiz daunnya kecil. Dahan pokok Bucida bertingkat-tingkat. Pokok ini mudah ditanam kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu, pokok ini banyak ditanam di pinggir jalan, di taman dan di halaman rumah. Pokok Bucida mempunyai akar yang kuat. Pokok ini dapat menahan tiupan angin yang kencang. Selain itu, orang ramai dapat berteduh di bawah pokok ini selepas penat bermain atau beriadah. Pokok Bucida daun
kawasan ditanam
kelebihan
hijau ____
di pinggir jalan ____ ____
____ ____ ____
Aktiviti Mencatat maklumat. N ota G u r u
46
• Bimbing murid mencari maklumat daripada bahan. Strategi: KB – Mengumpulkan dan menjelaskan BCB: Mencatat nota – EMK: Nilai Murni – Menyayangi alam sekitar Menganalisis (mengkategorikan)
3.2.3 BA2: 48–49
Seni Bahasa Sang Pokok Kembali Ceria Di sebuah ladang, kelihatan Sang Pokok dan rakan-rakannya sedang bersedih. Pohon mereka kurus dan daun mereka kekuningan. “Aduhai, malang sungguh nasib kami tumbuh di sini!” Sang Pokok dan rakan-rakannya bersuara sedih. Tidak lama kemudian, datang Sang Cacing ke perdu Sang Pokok. “Hai, Sang Pokok! Mengapakah kamu dan rakan-rakan bersedih?” “Kami sakit. Tempat tinggal kami kering dan tidak subur,” jawab Sang Tanah. “Oh, begitu! Izinkan aku dan keluargaku tinggal di kawasan perdu kamu,” kata Sang Cacing. Sang Pokok dan rakan-rakannya bersetuju. Sejak hari itu, Sang Cacing dan keluarganya telah menggembur tanah dan memberikan baja kepada Sang Pokok. Selain itu, Sang Cacing juga menggali tanah sehingga dapat menambah udara yang masuk ke dalam tanah. Sang Pokok dan rakan-rakannya kembali subur dan berbuah lebat. Mereka tersenyum riang dan mengucapkan terima kasih kepada Sang Cacing. Sejak hari itu, mereka menjadi sahabat sejati. Aktiviti Mempersembahkan cerita. N ota G u r u
• Bimbing murid membaca dan memahami cerita. AT: Murid memberikan markah dalam bentuk bintang kepada pencerita. 4.3.2 (i) BA2: 50 Strategi: KB – Membuat kesimpulan KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Saling membantu
47
Ayat Perintah Harumnya Daun Kesum Ayah: Hasan, tolong ambil botol plastik yang dipotong itu. Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan mengambil botol plastik itu. Ayah: Sila masukkan tanah ke dalam botol itu. Hasan: Baiklah, ayah. Botol itu akan ditanam pokok apa? Ayah: Harap kamu dapat menanam pokok kesum di dalam botol itu. Hasan: Baiklah, ayah. Selepas itu, apakah yang perlu saya buat? Ayah: Tolong siram ___. Hasan: Saya akan menyiram pokok kesum itu setiap petang. Ayah: Harap kamu ___. Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memetik daun kesum itu. Ayah: ___. Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memberikan daun kesum itu kepada jiran.
hasa I n fo B a
Aktiviti
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan arahan, larangan, ajakan atau menyampaikan permintaan.
Menggunakan ayat perintah untuk melengkapkan dialog. N ota G u r u
48
• Bimbing murid memahami ayat perintah dengan berpandukan gambar. 5.3.1 (iv) Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – BA2: 51–52 EMK: Nilai Murni – Kerajinan Menerangkan
Unit
20
Ternakan yang Berfaedah Mendengar dan Bertutur Ternakan Ayam Hutan
tidur di atas pokok
biji-bijian
cantik
harga mahal (Sumber: www.uniaga.com)
Idris:
Selamat pagi, Hasan. Mengapakah ayam hutan suka akan kawasan yang banyak pokok? Hasan: ... . Idris: Apakah makanan ayam hutan yang diternak? Hasan: ... . Idris: Tolong jelaskan keistimewaan ayam hutan. Hasan: ... . Kamu tahu atau tidak? Saya menolong datuk saya menjual ayam hutan kepada penggemar ayam ini. Idris: Saya tahu. Komala telah memberitahu saya. Mengapakah harga ayam hutan lebih mahal daripada harga ayam biasa? Hasan: ... . Info Aktiviti
Biji-bijian ialah segala buah yang berbutir kecil-kecil seperti padi, gandum, jagung dan lain-lain.
Menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami bahan. 1.2.2 Strategi: KB – Merumuskan BCB: Bacaan intensif BA2: 53 EMK: Nilai Murni – Kegigihan : Menilai (memberikan alasan)
49
Membaca Kolam Ikan dan Hasilnya Aidil dan bapanya berhasrat untuk menternak ikan tilapia di dalam sangkar di sebatang sungai. Mereka mencari kawasan sungai yang agak dalam, airnya bersih dan sentiasa mengalir. Selepas itu, bapanya membeli sangkar yang diperbuat daripada besi. Bapa Aidil meminta beberapa orang pekerjanya memasukkan sangkar itu ke dalam sungai. Aidil dan bapanya melepaskan benih ikan pada waktu pagi. Mereka melepaskan sebanyak 500 ekor benih ikan tilapia ke dalam sangkar. Pada setiap hari, Aidil membantu bapanya memberikan ternakan ikannya makan pelet dan makanan lain yang telah diproses. Selepas beberapa bulan, ikan-ikan itu sudah boleh dipasarkan. Ikan-ikan itu dijual kepada peraih. Isi Tersurat
Isi Tersirat
Perenggan 1 ... mencari kawasan sungai yang agak dalam, airnya bersih dan sentiasa mengalir. Perenggan 2 ... membeli sangkar yang diperbuat daripada besi Perenggan 3 ... . Perenggan 4 ... .
Memastikan bekalan oksigen yang cukup dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar secara semula jadi. ... .
... . ... .
Aktiviti Mengenal pasti isi tersurat dan isi tersirat. N ota G u r u
50
• Bimbing murid memahami teks. Strategi: KB – Merumuskan BCB: Bacaan luncuran dan imbasan EMK: Nilai Murni – Kerajinan : Menganalisis (mengenal pasti)
2.2.1 (ii) & (iii) BA2: 54–55
Menulis Pelet Kambing Hasan pergi ke rumah datuk Komala. Dia melihat banyak kambing tempatan. Kambing itu di dalam kandang. Pada setiap awal pagi, kambing itu dilepaskan. Kambing meragut rumput di kawasan ladang kelapa sawit. Pada pukul 8:30 pagi, datuk Komala mencuci kandang kambingnya. Dia membersihkan kandang itu supaya tiada najis kambing. Pada waktu petang, datuk Komala akan ke ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya. Dia akan menghalau kambingnya pulang ke kandang. Selepas itu, datuk Komala memasukkan pelet ke dalam bekas khas. Kambing-kambing memakan pelet yang diproses daripada daun kelapa sawit. Kambing-kambing itu akan dijual oleh datuk Komala apabila telah matang.
kandang kambing
kambing meragut rumput
pelet
Aktiviti Menulis perkataan, frasa dan ayat yang diimlakkan. N ota G u r u
• Minta murid mengenal pasti perkataan, frasa dan ayat. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – Memindahkan EMK: Nilai Murni – Kegigihan
3.2.4 (i), (ii) & (iii) BA2: 56
51
Seni Bahasa Sang Lembu dan Sang Kerbau Sang Lembu melihat Sang Kerbau sedang menolong tuan mereka membajak sawah. Pada waktu tengah hari, Sang Lembu berbual dengan Sang Kerbau ... Sang Kerbau, aku rasa kamu dipaksa bekerja oleh tuan kita kerana dia tidak sayang akan kamu. Tuan kita sayang akan aku. Sebab itulah dia tidak suruh aku bekerja.
Sang Lembu, janganlah berkata begitu. Aku berbakti kepada tuan kita. Oh, mungkin tuan kita mahu kamu berehat!
Selepas musim menuai, tuan mereka memasang alat pada lembu untuk membawa padi ke kilang. Sang Lembu berjalan di hadapan Sang Kerbau sambil menunduk malu. Sang Lembu, janganlah malu. Kita sama sahaja. Kita perlu membantu tuan kita. Aku mohon maaf. Aku tidak akan mengejek kamu lagi. Aku tidak mahu orang berkata aku bodoh macam lembu walaupun aku lembu. Ha... ha... ha...
Sejak hari itu, Sang Lembu dan Sang Kerbau ... . Aktiviti
Mempersembahkan cerita jenaka. N ota G u r u
52
• Minta murid membaca dan memahami cerita. AT: Membuat penilaian. 4.3.2 (ii) BA2: 57 Strategi: KB – Meramalkan BCB: bacaan lucuran EMK: Nilai Murni – Tidak bersikap sombong : Mencipta (meramalkan)
Ayat Dasar Pak Cik Isa Penternak Ayam Pak Cik Isa pesara. Beliau pesara tentera darat di Sarawak. Beliau ingin mengisi masa lapang di rumah. Beliau membela ayam. Beliau membuat reban. 1. Pak Cik Isa penternak ayam. 2. Beliau memakai sarung tangan. 3. Makanan ayam di dalam mangkuk. 4. Ayam Pak Cik Isa sangat lapar. 1. Ini ____ Mak Cik Aminah. 2. Mak Cik Aminah menyusun ____. 3. Mak Cik Aminah ____. 4. Pembeli ____. hasa I n fo B a
Aktiviti
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain (rujuk halaman 33 – pola ayat).
Menggunakan ayat dasar mengikut konteks. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti ayat dasar berdasarkan bahan. Strategi: KB – Mencirikan Pembelajaran Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kesyukuran Mengembangkan idea : Mencipta (membina)
5.3.2 (i) BA2: 58
53
Ayat Tunggal Ternakan Puyuh Encik Johari menghadiri seminar ternakan puyuh di Sarawak. Beliau mendirikan reban di hujung kampung.
Beliau menjaga puyuhnya setiap hari. Julaihi ialah pembantu ayahnya pada waktu petang. Beliau memasang lampu di dalam reban. Puyuh Encik Johari semakin banyak di dalam reban. Encik Johari mengira puyuh setiap petang. Banyak telur puyuh di dalam reban. Julaihi mengutip telur puyuh setiap pagi. Encik Johari menjual daging puyuh di pasar. Nenek ____. hasa I n fo B a
Aktiviti
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh: Hani pergi ke pejabat pos.
Menggunakan ayat tunggal mengikut konteks. N ota G u r u
54
• Bimbing murid mengenal pasti ayat tunggal berdasarkan bahan. AT: Murid bercerita berpandukan gambar dengan menggunakan ayat tunggal. Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kerjasama Menerangkan
5.3.2 (ii) BA2: 59–60
Unit
21
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan Mendengar dan Bertutur Tokoh Penternakan Sebab menternak • permintaannya tinggi Keistimewaan ayam organik • bebas daripada bahan kimia Pasaran • hotel dan kedai makan
Hasan: Selamat pagi, Elis. Siapakah Dr. Mohamad Zainol? Elis: Selamat pagi, Hasan. Dr. Mohamad Zainol ialah tokoh penternak ayam kampung organik. Hasan: Elis, Mengapakah beliau menternak ayam itu? Elis: Beliau menternak ayam itu kerana permintaannya tinggi dan banyak orang suka akan ayam kampung. Hasan: Apakah keistimewaan ayam kampung organik? Elis: ... . Hasan: Oh, begitu! Elis, ke manakah ayam itu dipasarkan? Elis: ... . Hasan: Adakah ayam kampung organik ini baik untuk kesihatan. Mengapa? Elis: ... . Hasan: Baru saya faham. Terima kasih, Elis. Aktiviti Memberikan respons terhadap soalan bercapah. N ota G u r u
• Murid mendengar dan memberikan respons. • Murid membuat simulasi berdasarkan bahan di atas. Strategi: KB – Merumuskan KP: Verbal-Linguistik EMK: Nilai Murni – Menjaga kesihatan
1.1.3 (i) BA2: 61
55
Membaca Rumput Napier Ayah Kok Bun termenung apabila melihat Idea tanahnya yang terbiar di hujung kampung. Beliau utama ingin mengusahakan tanah tersebut. Idea Kok Bun telah memberikan idea kepada sampingan ayahnya. Idea itu amat bernas sekali. Bapa Kok Bun bersetuju. Mereka menanam rumput Napier. Rumput ini amat sesuai untuk ternakan seperti kambing, lembu dan ayam belanda. Rumput Napier digemari ternakan kerana mengandungi air yang banyak dan teksturnya lembut. Rumput ini mendapat permintaan yang tinggi. Rumput Napier cepat membesar dan berprotein tinggi. Rumput ini boleh dituai selepas 30 hari ditanam. Keluarga Kok Bun menjual rumput ini kepada pelanggan. Mereka berjaya untuk menjual sebanyak 1000 kilogram batang dan 3000 kilogram daun rumput Napier setiap bulan. Pendapatan mereka mencecah sehingga RM2300.00 sebulan. Ayah Kok Bun telah mengajak penduduk kampung lain mengusahakan tanaman rumput Napier. Mereka bekerjasama. Kini, tiada lagi tanah terbiar di kampung tersebut. Aktiviti Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan. N ota G u r u
56
• •
Bimbing murid memahami teks. Murid menyatakan idea utama dan idea sampingan dari perenggan dua hingga perenggan akhir. Strategi: KB – Menganalisis BCB: Bacaan Intensif EMK: Nilai Murni – Bertindak bijak : Mengingat (mengenal pasti)
2.2.1 (iv) & (v) BA2: 62–63
Menulis Bahan Buangan yang Berharga Julaihi dan ayahnya melihat banyak bulu ayam yang dibuang di pasar. Mereka bercadang untuk menjadikan bulu ayam sebagai sumber pendapatan sampingan.
Julaihi dan ayahnya mengumpulkan ___
.
Bulu ayam itu dimasukkan ke dalam ___ Selepas itu, mereka ___
.
bulu ayam itu.
Setelah kering, mereka memilih bulu ayam yang cantik sahaja. Bapa Julaihi melekatkan bulu ayam itu pada batang ___ . Dia juga mengikat bulu ayam itu dengan tali yang bergam. Julaihi membantu ayahnya. Setelah siap, Julaihi menyangkut rotan bulu ayam itu di gerai mereka. Rotan bulu ayam dibeli oleh orang ramai untuk ___
.
Aktiviti Menghasilkan penulisan naratif secara separa terkawal. N ota G u r u
• Bimbing murid melengkapkan cerita berdasarkan gambar. Strategi: KB – Membuat gambaran mental Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Kesyukuran Menghubungkaitkan
3.3.1(i) BA2: 64–65
57
Ayat Majmuk Menternak Kerbau Pekerja itu memakai sarung tangan. Tangan pekerja itu tidak cedera. Pekerja itu memakai sarung tangan supaya tangannya tidak cedera.
supaya
Pekerja itu menukul tiang pagar. Pekerja itu menggunakan penukul. ____. dengan
Bapa Hasan mengumpulkan kerbau. Bapa Hasan menarik kerbau tersebut ke dalam kandang. ____.
lalu
Bapa Hasan berjumpa peraih. Bapa Hasan menjual kerbau. ____. untuk
Bapa Hasan ke bank. Bapa Hasan hendak menyimpan wang. ____. kerana
Aktiviti Membina ayat majmuk berdasarkan gambar. N ota G u r u
58
• Bimbing murid membina ayat majmuk berdasarkan gambar. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kerajinan Menghubungkaitkan
5.3.2 (iii) BA2: 66-67
Kata Kerja Aktif Transitif Tapak Semaian Pak Long Pak Long Hasan mengusahakan tapak semaian. Pada masa lapang, Hasan membantu Pak Longnya. 1
2
memasukkan Hasan memasukkan tanah
menyemai
_____________.
mengasingkan
_____________.
ke dalam beg plastik.
3
4
menyusun
_____________.
5
6
memilih
_____________.
menjual
_____________.
Aktiviti Menggunakan kata kerja aktif transitif untuk membina ayat. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif berdasarkan gambar. Strategi: KB – Menjanakan idea KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Keberanian
5.1.2 (i) BA2: 68
59
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Kolam Ikan Sepat
lalu
dan
_________________
_________________
untuk
1. Kok Bun melepaskan ikan sepat ke dalam kolam. 2. Kok Bun dan ayahnya menabur makanan ikan di tepi kolam pada waktu petang. 3. __________. 4. __________. 5. __________. 6. __________. Aktiviti Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar. N ota G u r u
60
• Bimbing murid mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kerajinan : Mengaplikasi (membina)
5.3.2 (ii) & (iii)
Pemulihan Bina ayat tunggal.
petani
mengorek
lubang
1. Petani mengorek lubang.
petani
menanam
pokok
2. Petani ________________.
3. ______________________. 61
Pengayaan Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar mengikut urutan nombor. 1
membela 5
2
mengutip
3
bertelur
berenang
6
menyudu 4
menjual
Pada suatu hari, Hasan dan ayahnya bersiar-siar di sekitar kawasan kampung. Dia berasa gembira di situ. Dia dapat melihat itik-itik di tempat itu. Pak Abu membela ... . Apakah yang boleh dibuat oleh Pak Abu dengan wang hasil jualan telur itik tersebut? Berikan cadangan.
62
TEMA
8 INTEGRITI
Aktiviti
Bersoal jawab berdasarkan gambar. 63
Unit
22
Anak yang Baik Mendengar dan Bertutur Cerita Dino
Hai, kawan-kawan! Nama saya Dino. Saya anak bongsu dalam keluarga tetapi saya tidak manja. Ibu dan ayah mahu saya menjadi anak yang berjaya. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran. Ibu serta ayah pasti berbangga akan saya. Saya membuat kerja-kerja rumah tanpa disuruh oleh sesiapa. Setiap pagi, saya mengemas katil sendiri kerana tidak mahu menyusahkan ibu. Saya juga membasuh pinggan mangkuk selepas bersarapan, makan tengah hari atau makan malam. Saya sayang akan semua anggota keluarga saya. Saya sayang akan ibu, ayah, abang, kakak dan adik.
Murid-murid, dengar dan ulang cerita Dino tentang dirinya. Cikgu harap kamu semua ikut teladan Dino.
... . Baik, cikgu.
Aktiviti Mendengar, mengecam dan menyebut ayat majmuk. N ota G u r u
64
• Bimbing murid mengenal pasti dan menyebut ayat majmuk yang didengari. Strategi: KB – Mengecam Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Kerajinan Menghubungkaitkan
1.1.1 (iii) BA2: 69
Membaca Gigih demi Kejayaan 15 November 20 • Saya sungguh gembira. Saya memenangi pingat emas untuk acara lumba lari 80 meter. Saya telah membanggakan ibu dan ayah. • Saya gagal mendapat pingat pada tahun lepas. Ibulah yang memujuk saya. Kata ibu, saya perlu berusaha jika hendak berjaya. • Ibulah yang melatih saya pada setiap petang. Terima kasih ibu kerana meluangkan masa untuk saya. • Kini, saya telah membuktikan kebenaran kata-kata ibu. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. • Azam saya adalah untuk menjadi johan peringkat daerah pada tahun hadapan. Saya perlu meningkatkan usaha mulai hari ini.
Aktiviti Menyatakan idea keseluruhan berdasarkan bahan. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami dan menaakul bahan. Strategi: KB – Menaakul BCB: Bacaan Intensif EMK: Nilai Murni – Tanggungjawab terhadap diri sendiri
2.2.1 (vi) BA2: 70–71
65
Menulis Elis yang Jujur Elis ke pasar raya dengan ibunya. Ibu memberi Elis RM10.00 untuk berbelanja. Elis pergi ke bahagian alat tulis. Dia membeli dua buah buku latihan dengan harga RM1.20. Dia juga membeli dua batang pensel. Harga pensel itu ialah RM1.00. Kemudian, Elis menggunakan baki wang untuk membeli sebungkus biskut dan sekotak susu coklat. Dia membayar RM5.70 untuk kedua-dua barangan itu. Semasa menaiki kereta untuk pulang ke rumah, Elis menghulurkan baki wang kepada ibunya. Perkara
Wang Masuk Wang Keluar RM10.00
–
___
–
RM1.20
___
–
RM1.00
Biskut (1 bungkus)
–
RM3.50
___
–
RM2.20
Baki
–
RM2.10
RM10.00
RM10.00
Wang pemberian ibu
Jumlah
Aktiviti Mencatat maklumat. N ota G u r u
66
• Bimbing murid mengenal pasti dan menulis maklumat dalam jadual. Strategi: KB – Mengkategorikan KP: Matematik EMK: Nilai Murni – Kejujuran
3.2.3 BA2: 72–73
Seni Bahasa
Pesan Ibu Ayah
Tanya pada ibu Apa sikap baik Nanti jawab ibu Sikap yang ikhlas. Tanya pada ayah Ikhlas pada siapa Nanti jawab ayah Pada semua. Dengar pesan ibu Patuh kata ayah Amalkan selalu Sikap terpuji. Ibu serta ayah Sayang akan saya Pesan ibu ayah Akan kuingat. *Irama lagu “Tanya Sama Pokok”
Aktiviti Menyanyi dan mempersembahkan lagu. N ota G u r u
• Minta murid menyanyi dan mempersembahkan lagu. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Muzik EMK: Nilai Murni – Ikhlas
IMBAS SAYA
4.3.3 (i) BA2: 74
67
Kata Majmuk Sehari dalam Kehidupan Elis Elis murid yang berdisiplin. Dia mengikut jadual harian yang ditetapkan oleh ibu bapanya. pagi
pagi
Jam loceng menunjukkan pukul 6:00 pagi. Elis bangun daripada tidur dan menyiapkan diri untuk ke sekolah. Dia memakai baju seragam yang bersih dan kemasnya.
Elis mencium tangan ibu bapanya sebelum ke sekolah. Sampai di sekolah, dia terus ke bilik darjah dan bersiap sedia untuk menghadapi pelajaran pada hari tersebut.
petang
malam
• berehat di ruang tamu • membaca buku cerita • ___.
• kerja sekolah • jadual waktu • ___.
Aktiviti Menggunakan kata majmuk untuk membina perenggan mengikut konteks. N ota G u r u
68
• Bimbing murid mengenal pasti kata majmuk yang terdapat dalam bahan. 5.2.2 Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – BA2: 75–76 EMK: Nilai Murni – Berdisiplin Menerangkan dan menjelaskan idea baharu
Unit
23
Amalan Baik di Sekolah Mendengar dan Bertutur Minta Maaf, Cikgu
Selamat pagi, Kok Bun. Kamu hendak ke mana?
Selamat pagi, Elis. Saya hendak berjumpa dengan Cikgu Maria kerana ... . Mengapa?
... . Selamat pagi, cikgu. Saya ingin meminta maaf ... . Saya berjanji ... .
Selamat pagi, Kok Bun. Bagus! Kamu budak baik. Kamu berani mengakui kesalahan sendiri.
Terima kasih, cikgu.
Tidak mengapa, Kok Bun. Cikgu percaya kamu bukannya sengaja. Cikgu maafkan kamu.
Aktiviti Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila. N ota G u r u
• Minta murid meneliti dan memahami bahan. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Interpersonal EMK: Nilai Murni – Keberanian
1.2.1 BA2: 77–78
69
Membaca Marilah Kawan-kawanku Marilah kawan-kawanku semua Patuhilah peraturan sekolah Peraturan sekolah jangan kita abaikan Marilah kita patuhi bersama. Nilai Murni: Mematuhi peraturan sekolah Marilah kawan-kawanku semua Kita patuhi masa belajar Mesti tekun belajar dengar nasihat cikgu Janganlah kita leka dan lalai. Nilai Murni: Tekun belajar Marilah kawan-kawanku semua Berilah tumpuan kepada cikgu mengajar Usah mengganggu kawan-kawanmu di sebelah Jauhilah sikap yang tidak baik. Nilai Murni: ... . Marilah kawan-kawanku semua Jagalah kemudahan di sekolah Kemudahan sekolah untuk kita gunakan Marilah kita jaga bersama. Nilai Murni: ... . *Irama lagu “ Kalau Rasa Gembira”
Aktiviti Menyatakan nilai daripada lagu. N ota G u r u
70
IMBAS SAYA
• Bimbing murid mengenal pasti nilai yang terdapat dalam seni kata lagu. 2.3.1 (i) AT: Nyatakan nilai baik yang diamalkan di sekolah kamu. BA2: 79 Strategi: KB – Mengenal pasti KP: Muzik dan Kinestetik EMK: Nilai Murni – Berdisiplin
Menulis
Menghargai Masa Setiap aktiviti sekolah dijalankan mengikut masa. Oleh itu, murid-murid mahulah menepati masa yang ditetapkan. Murid-murid mesti pergi segera ke sekolah. Mereka perlu membiasakan diri sedia sekurang-kurangnya 15 minit sebelum loceng berbising. Oleh itu, mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi pengajaran. Kerja sekolah yang diberikan oleh guru perlu disiapkan lekas. Kerja itu akan bertingkat sekiranya dilengah-lengahkan. Murid-murid juga perlu memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan mengikut tempoh. Hutang akan dikenakan sekiranya buku pinjaman lewat dipulangkan. Sesungguhnya, semua kerja di sekolah dapat berjalan dengan cekapnya sekiranya murid-murid menepati masa. Oleh itu, tepati dan gunakan jam dengan baiknya.
Aktiviti Mengedit dan memurnikan teks dari aspek penggunaan kata. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti dan mengedit penggunaan kata 3.3.2 (iii) yang kurang tepat dalam teks. BA2: 80 Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan imbasan dan luncuran EMK: Nilai Murni – Menghargai masa
71
Seni Bahasa Amal Sikap Terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji 2 kali Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Sikap yang baik amalkanlah selalu. Hormati cikgu hormati rakan 2 kali Barulah kita dihormati orang Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji. (Ikut rangkap 1) Amalkan sikap bekerjasama Kerja yang sukar akan menjadi mudah 2 kali Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji Hai, hai, kawan, amalkan sikap terpuji.
*Irama lagu “Jong Jong Inai”
Aktiviti Menyanyi sambil bertepuk tangan mengikut rentak lagu. N ota G u r u
72
• Minta murid bernyanyi sambil bertepuk tangan. Strategi: KB – Mengecam KP: Muzik dan Kinestetik EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi
IMBAS SAYA
4.3.3 (ii) BA2: 81
Kata Ganda Menjaga Adab di Perpustakaan Elis dan rakan-rakannya ke perpustakaan untuk mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Keadaan di dalam perpustakaan itu sunyi sepi. Semua murid tekun membaca buku. Mereka tidak berbual-bual walaupun tiada guru di situ. terang burung Perpustakan Gedung Ilmu Pengetahuan
warna tolong senyap
gunung rama-rama
rak murid
bisik
Aktiviti Bercerita berdasarkan gambar dengan menggunakan kata ganda mengikut konteks. N ota G u r u
• Bimbing murid mengenal pasti kata ganda yang terdapat dalam bahan. Strategi: KB – Mengenal pasti KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Mematuhi peraturan
5.2.3 BA2: 82
73
Ayat Penyata Sifat Murid yang Baik Cikgu Suraya bersoal jawab dengan Elis dan rakan-rakannya di dalam kelas. Murid-murid, apakah sifat-sifat baik yang perlu ada pada seseorang murid?
mengutip sampah
mematuhi peraturan Murid yang baik akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
... .
tidak meniru
... .
Dia tidak meniru jawapan kawan semasa peperiksaan berjalan.
Aktiviti Membina ayat penyata. N ota G u r u
74
• Bimbing murid membina ayat penyata berdasarkan gambar dan frasa. 5.3.1 (ii) Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – BA2: 83–84 EMK: Nilai Murni – Mematuhi peraturan Menyampaikan idea baharu dan menjelaskan idea
Unit
24
Berbuat Baik Selalu Mendengar dan Bertutur
Hargailah Kemudahan Elis dan keluarganya bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka mendaftar masuk ke Hotel Gemilang. Elis: Wah, selesanya bilik ini, ibu! Puan Zaidah: Ya, Elis. Bersyukurlah kerana kita dapat bilik yang cantik dan kemas. Jadikan bilik ini seperti bilik kamu di rumah. Jagalah barang-barang di dalam bilik ini. Elis: Saya faham, ibu. Barang-barang di dalam bilik ini untuk kegunaan dan kemudahan para pengunjung. Saya ... . HOTEL GEMILANG Jalan Bunga Kertas 88200 Kota Kinabalu, Sabah. Pelanggan yang dihormati, Setiap hari, banyak air digunakan untuk membasuh tuala yang hanya digunakan sekali. Anda Boleh Membantu Kami dengan: • Gantungkan tuala jika tuala itu hendak digunakan lagi. • Letakkan tuala ke dalam bakul jika tuala itu hendak ditukar. Terima kasih
Maklumat Tersurat Wah, selesanya bilik ini, ibu!
... .
Maklumat Tersirat Elis berasa seronok kerana dapat menginap di bilik yang cantik dan kemas.
... .
Aktiviti Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat. N ota G u r u
•
Minta murid memahami bahan untuk menjelaskan maklumat dengan 1.2.2 menggunakan idea yang kritis dan kreatif. BA2: 85 Strategi: KB – Menaakul KP: Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Berjimat-cermat
75
Membaca Anugerah Murid Contoh Elis bersama dengan keluarga ke rumah pak ciknya di Kuala Lumpur. Dia ternampak keratan buletin sekolah di bilik sepupunya. BULETIN Keramat
Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (1) Kuala Lumpur
Nur Qasrina Balqis binti Mohd. Nor Azlan telah dipilih sebagai Murid Contoh Tahap 1 Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (1), Kuala Lumpur. Nur Qasrina Balqis, murid Tahun 2 Bestari, bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah mempunyai peribadi yang baik. Guru menjadikan Nur Qasrina Balqis sebagai pembimbing kepada rakan-rakan di dalam bilik darjah. Nur Qasrina Balqis sering kali menghabiskan waktu rehat dengan membantu rakan-rakannya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Nur Qasrina Balqis juga ringan tulang membantu guru-guru di sekolah. Dia tidak keberatan membantu guru-guru melakukan kerja-kerja yang mudah. Dia akan membantu mereka membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Sikap Nur Qasrina Balqis yang suka membantu ini wajar dijadikan contoh oleh semua murid di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (1).
Elis berasa kagum akan sepupunya. Dia berazam hendak menjadi murid contoh seperti sepupunya itu. Aktiviti Membaca dan mempersembahkan karya bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. N ota G u r u
76
•
Bimbing murid memahami dan mempersembahkan teks dengan gaya yang menarik. Strategi: KB – Menghubungkaitkan KP: Bacaan luncuran EMK: Nilai Murni – Baik hati
2.3.2 (iv) BA2: 86
Menulis Bas Kita “Selamat tengah hari, pak cik,” Elis dan kawan-kawannya menyapa Pak Salim, pemandu bas. Selamat tengah hari, anak-anak,” Pak Salim menyahut salam mereka dengan senyuman manis. Elis Seok Ling Hasan Aidil Kok Bun Komala dan Julaihi duduk di dalam bas dengan tertibnya. Elis duduk bersama-sama Seok Ling. Hasan pula duduk bersama-sama Julaihi. Elis dan Seok Ling membaca buku cereta. Hasan dan Julaihi pula bercerita tentang tugasan sekolah Mereka tidak membuang masa. Budak-budak itu menjaga bas Pak Salim seperti menjaga kereta ayah mereka. Mereka tidak mencunteng atau merosakkan tempat dudok di dalam bas itu. Pak Salim seronok melihat disiplin Elis dan rakan-rakannya. Tidak lama kemudian, bas pun sampai ke tempat perumahan mereka. Terima kasih pak salim. Kata mereka sambil turun dari bas.
Aktiviti Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan kata yang betul. N ota G u r u
•
Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan 3.3.2 penggunaan kata dalam teks. (i), (ii) & (iii) Strategi: KB – Mengenal pasti BCB: Bacaan luncuran dan imbasan BA2: 87–88 EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
77
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Elis yang Baik Hati
• anak kecil menangis • cuba memujuk • terus menangis
• makan malam • jiran mereka • memangku anak kecil
Anak kecil itu menangis. Puan Siti memujuk anaknya supaya diam tetapi anak itu terus menangis. Dia tidak dapat menikmati makanan yang dipesan.
Elis makan malam bersama dengan keluarganya di Restoran Kantan. Di meja sebelah, jiran mereka Puan Siti sedang duduk sambil memangku anak kecilnya.
• bersalaman • mengucapkan terima kasih
___.
78
• mahu menolong • meminta kebenaran
Elis mahu menolong Puan Siti itu. Dia meminta kebenaran daripada ibu dan ayahnya. • pergi ke meja • berkata sesuatu • mengambil anak kecil itu
Elis pergi ke meja Puan Siti. Dia ___ lalu ___.
• meletakkan • menghiburkan • berhenti menangis
___ serta ___. Aktiviti Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk mengikut konteks. N ota G u r u
• Bimbing murid memahami bahan untuk membina ayat. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Menerangkan dan menjelaskan idea
5.3.2 (ii) & (iii) BA2: 89–92
79
Kata Ganda Si Tompok Amira, jiran Elis, membela seekor anak kucing. Nama anak kucing itu Si Tompok kerana mempunyai tompok-tompok hitam pada badannya. Amira sangat sayang akan Si Tompok. Pada suatu hari, Si Tompok hilang dari sangkarnya. Amira berasa gundah-gulana. Dia mencari Si Tompok di merata-rata tempat. Rupa-rupanya Si Tompok merayau-rayau ke rumah Elis. • mengiau-ngiau
Elis memulangkan Si Tompok kepada Amira. • mengusap-usap
Aktiviti Membina karangan dengan menggunakan kata ganda mengikut konteks. N ota G u r u
80
•
Bimbing murid mengenal pasti kata ganda.
Strategi: KB – Mengenal pasti EMK: Nilai Murni – Prihatin
Pembelajaran Konstruktivisme – Mengembangkan idea
5.2.3
Ayat Penyata Saya Anak yang Terpuji Sekolah Elis mengadakan sambutan Minggu Integriti. Elis dan rakan-rakannya dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Saya Anak yang Terpuji Nama saya Elis binti Kamal. Ayah saya Kamal bin Ruslan. Ibu saya pula Zaidah binti Zahid. Saya sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik kepada kedua-dua orang tua saya. Saya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ibu dan ayah. Saya menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Saya juga suka membantu ibu membuat kerja rumah. Kerja harian seperti membuang sampah dan membasuh pinggan mangkuk akan saya lakukan tanpa disuruh. Saya berharap perbuatan saya dapat menyenangkan hati ibu dan ayah. Saya sayang akan mereka.
Aktiviti Membina karangan dengan menggunakan ayat penyata mengikut konteks. N ota G u r u
•
Bimbing murid membina karangan tentang diri mereka berpandukan 5.3.1 (ii) bahan rangsangan yang diberikan. Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Kontekstual – EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi Menghubungkaitkan
81
Pengukuhan A. Tulis karangan naratif berpandukan gambar dan frasa. Sudah pukul 7:40 pagi.
• pengawas bertugas • kehadiran murid Maaf. Saya terpaksa catat nama kamu walaupun kita berkawan baik.
• datang lambat • menutup pagar Minta maaf. Lain kali, saya tidak akan lewat lagi.
__. __. B. Senaraikan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam karangan kamu. Bil
82
Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
__.
__.
Penilaian A. Baca dan nyatakan idea keseluruhan. Encik Alias memandu kereta dengan berhati-hati. Beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Encik Alias memberhentikan keretanya di simpang jalan kerana lampu isyarat tiba-tiba bertukar menjadi merah. Beliau tidak terus memandu walaupun tiada kenderaan lalu-lalang ketika itu. Sikap Encik Alias harus dipuji. Beliau mematuhi peraturan jalan raya setiap masa. B. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti kata ganda dan kata majmuk, kemudian bina ayat. Musim buah-buahan sudah tiba. Pokok manggis di rumah Pak Ali kelihatan berbuah lebat. Pokok itu tumbuh berdekatan dengan pagar rumah Yahya. Buah-buah manggis yang telah masak sering gugur di halaman rumah Yahya. Selalunya, Yahya akan mengutip buah-buah yang gugur dan memasukkannya ke dalam bakul. Kemudian, Yahya ke rumah Pak Ali. Ketika berada di muka pintu rumah Pak Ali, dia pun mengetuk pintu itu perlahan-lahan sambil memberikan salam. “Pak cik, ini buah-buah manggis pak cik. Buah-buah ini gugur di halaman rumah saya,” kata Yahya kepada Pak Ali. “Terima kasih, Yahya. Ambillah separuh buah-buah manggis ini sebagai tanda terima kasih pak cik. Bolehlah kamu makan bersama dengan adik-beradik kamu,” kata Pak Ali. “Terima kasih, pak cik,” jawab Yahya dengan senang hati. 83
Bacaan Luas Nilai Murni Asas Integriti Nilai murni bermaksud perlakuan baik yang diamalkan terhadap orang lain. Contoh perlakuan baik ialah saling menghormati dan beradab mulia. Nilai sebegini perlu dipupuk bagi membina asas integriti yang kukuh dalam diri seseorang. Setiap orang perlu membiasakan diri untuk mengamalkan nilai murni. Kita harus membiasakan diri untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Contohnya, menolong kawan atau jiran semasa mereka dalam kesusahan. Nilai murni bukan setakat diamalkan sesama manusia, malahan kita juga harus bersikap baik terhadap flora dan fauna serta menjaga kemudahan awam. Misalnya, memberikan perlindungan kepada kucing-kucing yang terbiar dan tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita. Sekiranya semua orang mengamalkan nilai murni, pasti kita akan mempunyai integriti yang tinggi. Kehidupan kita akan menjadi aman dan sejahtera. (Sumber: diubah suai daripada “Dari Akar hingga Buahnya” terbitan Institut Integriti Malaysia, 2006)
84
Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ____________________________________ Tahun
Darjah
Nama Penerima
Nombor Perolehan: ______________________________________ Tarikh Penerimaan: ______________________________________
BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL
Tarikh Terima