Data Loading...
CTU552 IBNU SINA Flipbook PDF
CTU552 IBNU SINA
118 Views
78 Downloads
FLIP PDF 754.38KB
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN OPERASI (BA244)
FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU552) (KBA2442B)
TAJUK: AHLI FALSAFAH ISLAM (IBNU SINA)
DISEDIAKAN OLEH: NAMA
NO PELAJAR
1. NURUL NAJWA BINTI MOHD SHUKRI
2021166855
2. NURAINA NABILA BINTI DHANY
2021114539
3. NAZIRAH BINTI ABDULLAH
2021125407
4. NURUL AINA NABILA BINTI ABDUL RAHIM
2021101463
5. AINUR ASYIKIN BINTI SULAIMAN
2021149403
DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MOHD MUHAIZAM MD ISHAK TARIKH HANTAR: 21st JUNE 2021
TAJUK: AHLI FALSAFAH ISLAM (IBNU SINA) Disediakan oleh: 1. NURUL NAJWA BINTI MOHD SHUKRI 2. NURAINA NABILA BINTI DHANY 3.NAZIRAH BINTI ABDULLAH 4. NURUL AINA NABILA BINTI ABDUL RAHIM 5. AINUR ASYIKIN BINTI SULAIMAN
Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah. Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak plagiat dan berpaksikan daripada manamana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan situasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.
Disahkan oleh:
Mohd Muhaizam Md Ishak Pensyarah Penilai CTU552 Sesi 2 2020/2021
2
ABSTRAK PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG RINGKASAN KAJIAN Telah kita dengar dari bibir ke bibir sibuk menciratakan dan memuji tokoh tokoh barat dan hamper terlupa bahawa kita mempunyai tokoh islam yang sangat hebat dan terkenal seantero dunia. Dunia islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang sangat hebat seperti Ibnu sina atau avincenna adalah seorang ilmuan yang mengubah bidang perubatan moden dunia dan beliau juga merupakan ahli falsafah yang telah menghasilkan pelbagai karya karya. Selain itu, Ibnu sina banyak berguru dengan guru guru beliau yang sangat hebat seperti Al farabi dan Al biruni yaitu tokoh yang terkenal dengan pemikirannya melalui penulisan dan pembahasan.
OBJEKTIF KAJIAN Dalam pelaksanaan tugasan ini, terdapat objektif-objektif yang dapat kami pelajari dan dijadikan topik dalam perbincangan kami. Antara objekif kajian ialah untuk mengkaji dan mengenali perwatakan Ibnu Sina lebih dekat yang telah membawa banyak kebaikan kepada manusia masa dahulu sehingga kini. Bukan itu saja, kajian ini membantu kami memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan yang dikenalkan oleh Ibnu Sina melalui pengajian karyakaryanya. Seterusnya, kajian ini membantu kami mengetahui mengenai sumbangan beliau bukan sahaja untuk umat islam malah dalam bidang perubatan yang diaplikasikan sehingga ke hari ini.
HASIL KAJIAN Berdasarkan kerja kursus ini, hasil kajian telah membuktikan bahawa Ibnu Sina adalah salah seorang tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan di mana beliau digelar sebagai Avicenna. Melalui karyanya iaitu Al-Qanun Fit tib, beliau menjelaskan tentang pengetahuan dalam bidang perubatan iaitu berkenaan dengan keadaan kesihatan tubuh badan serta cara pemulihan kesihatan tersebut. Kecekapan dan kebijaksanaan Ibnu Sina dibuktikan dalam karya tersebut kerana penyusunan dan cara pengkelasan ilmu perubatan pada masa itu dinyatakan melalui kaedah yang logik. Melalui kajian ini, kami dapat mengetahui perwatakan beliau secara mendalam melalui karya-karya yang dihasilkannya di mana beliau memiliki sikap cintakan ilmu dan tidak mudah putus asa untuk memperoleh pengetahuan dan cara untuk
3
menyeleseaikan masalah yang dihadapinya. Kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sumbangan-sumbangan Ibnu Sina yang dijadikan panduan terutamanya dalam bidang perubatan yang masih digunakan sehingga pada masa kini. Justeru itu, hasil kajian ini membawa maklumbalas yang positif dan perkara ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
KESIMPULAN DAN CADANGAN Sebagai hasil dari kerja kursus ini, kami dapat menyimpulkan bahawa Ibnu Sina memiliki perspektif yang luas dan pemikiran cerdas di berbagai bidang, seperti yang dibuktikan oleh karya-karyanya. Beliau juga telah memberikan sumbangan yang besar terhadap tamadun Islam, khususnya dalam bidang perubatan. Beliau bukan seorang yang mudah putus asa, melalui sikapnya itu, beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh pengetahuan dan menyelesaikan cabaran yang dihadapinya. Sikap dan wataknya ini haruslah dijadikan teladan oleh semua pihak supaya dapat memperoleh kejayaan.
4
ISI KANDUNGAN BIL
TAJUK
MUKA SURAT
1.
LATAR BELAKANG
6-7
2.
PENDIDIKAN
7-8
3.
KARYA-KARYA
9-13
4.
KEPAKARAN & KEMAHIRAN
14-17
5.
IDEA & PEMIKIRANNYA
18-20
6.
JASA-JASA
21-24
7.
RUJUKAN
25-26
5
LATAR BELAKANG Ibnu sina merupakan Tokoh Falsafah interlektual dunia beliau bukan hanya di sanjung oleh negara negara arab malah negara negara barat turut serta mengkagumi beliau. Beliau di beri gelaran Al- Ra`is serta di kalangan orang orang barat beliau di kenali sebagai Avincenna dan ada juga yang menggelar beliau Aristotle baharu. Keilmuan beliau juga di tonjol dalam bidang kedoktoran, sains, matematik dan juga falsafah. Nama sebenar beliau adalah Abu Ali Al-Husein Ibnu Sina. Beliau adalah seorang al hakim Al-Masyhur (ahli falsafah yang sangat terkenal) dan Beliau di lahirkan di kampung Afsyanah berdekatan kawasan Bukhara pada tahun 370 hijrah dan 980 masihi. Dan tempat tersebut pada harini di kenali sebagai Uzbekistan. Ketika beliau di lahirkan kawasan berkenaan adalah sebahadgian dinasti Farsi. Bapa beliau adalah seorang gabenor di wilayah khurmaitan dan pernah berkhidmat pada pemerintah dari dinasti Samanid yang bernama Nuh Bin Mansur, Ibu beliau berasal dari Bukhara Negeri empayar Samanid yang harini ia terletak di Afghanistan. Kedua ibu beliau mendidik beliau untuk menyemai beinh cinta akan ilmu semenjak kecil lagi. Bapa kepada ibnu sina telah menghadirkan guru guru yang terbaik untuk mengajar dan mendidik anaknya sehingga menjadi sehebat ini. Ibnu sina merupakan seorang yang sangat Warak beliau sering meluangkan banyak masa untuk beliau memohon dan pinta kepada Allah S.W.T agar dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul di fikirannya. Matlamat beliau merupan untuk mengkaji hubungan antara sains dan agama. Ketika beliau di usia 16 tahun mula mempelajari bidang perubatan dan pada 2 tahun setelah itu beliau menjadi doctor perubatan yang dapat merawat dan menyembuh berbagai penyakit seperti beliau Berjaya mengubati rama orang termasuk Raja Bukhara yang bernama Nooh Ibnu mansoor yang pada ketika itu menghidap penyakit yang amat misteri dan sebagai imbalan Raja tersebut menghadiahkan beliau Perpustakaan Besar Samanid. Selain daripada raja itu beliau juga dapat menyembuhkan Raja Hamadan yang bernama Sham Al- Daulah yang mengalami penyakit dalam perut. Hasil hadiah dan imbalan perpustakaan daripada Raja tersebut beliau menghabiskan waktu waktu beliau dengan membaca segala kitab kitab unik yang terkandung di dalam perpustakaan tersebut dan terdapat kitab kitab yang tidak pernah di ketahui oleh orang orang di situ. Dan hasilnya pada usia beliau 18 tahun beliau berjaya mengahabiskan bacaan seluruh buku yang terdapat di perpustakaan tersebut.
6
Hasil daripada ilmu yang di tuntut bacaan dan perbagai kajian yang beliau jalankan beliau berhasil mengarang kitab pertamanya pada usinya 21 tahun. Dan sepanjang kehidupannya beliau dihabiskan hal hal kecintaannya seperti membaca dan menulis buku buku. Pelbagai khazanah ilmu telah beliau proleh sepanjang hayatnya walaupun singkat. Terdapat 276 karya ibnu sina telah di rekodkan dan ada pelbagai penulisan nya yang tersohor di dunia seperti a-syifa dan Al Najat. Dalam mengenangkan jasa beliau dalam bidang perubatan potret beliau telah di gantung di dinding Fakulti Perubatan University Paris. Hal ini di sebabkan oleh Ibnu Sina telah memberi impak yang sangat besar kepada ilmu perubatan pada zaman moden. Ilmu perubatan beliau banyak mempengaruhi ilmu perubatan moden pada era globalisasi kini iaitu dari segi penggunaan ubat ubatan diagnosis dan pembedahan.
PENDIDIKAN Pendidikan awal Ibnu Sina di kampong halaman beliau. Beliau memiliki minda yang cerdas. Beliau menguasai Bahasa parsi dan arab sejak kecil. Ketika di usia beliau 10 tahun beliau sudah Berjaya menjadi hafiz alquran lengkap 30 juzu`. Beliau sering turut serta bapa beliau dalam menyertai perbincangan intelektual. Beliau telah mempelajari ilmu fiqh daripada seorang ulama besar iaitu Ismail al- zahid yang tinggal di luar kota Bukhara. Setelah beliau mempelajari ilmu alquran dan mantik, dan ilmu falsafah yang bersanadkan Abu Abdullah Al Nateli antara pelajaran pertama beliau dalam ilmu falsafah ia di mulakan dengan mempelajari karya karya Eisagoge iaitu buku teks mantik yang di tulis oleh porphyry. Nateli menerangkan dengan lebih lanjut mengenai bab Genus iaitu pengkelasan lalu Ibnu Sina memberikan contoh bagi menyimpulkan konsep yang terkandung dalam teks pembelajaran tersebut dengan lebih jelas. Beliau juga menghabiskan selibu selbus ilmu mantik bersama Nateli. Dengan bantuan ulasan yang di tulis oleh halenistik yang di terjemahkan dalam Bahasa arab belia dapat memahami secara sendirian buku teks buku teks yang berkaitan mantik yang telah di ajarkan oleh Nateli. Samajuga dengan karya Euclid yang pada awalnya beliau membaca bersama gurunya dan kemudian beliau akan belajar secara sendirian. Setelah Ibnu Sina telah mendalami segala ilmu falsafah dan mantik beliau mendalami tentang ilmu dalam perubatan Yunani. Dengan minat beliau dalam membaca beliau telah menghabiskan kesemua 7
buku yang berkaitan dalam bidang perubatan. Beliau dapat menghabiskan dan menguasai dan memahirkan diri beliau dalam masa yang singkat tanpa merasai sebarang kesukaran. Beliau juga masih meneruskan pengajiannya dalam masa yang sama dam bidang fiqh agama dan perbahasan. Setelah setahun, Ibnu sina meneruskan kembali pengajian beliau dalam bidang mantik dan permasalahan falsafah. Setiap cadangan yang telah di baca beliau telah mempertingkatkan dengan mendokumentasikan ilmu mantik, sains, dan ilmu metafizik. Buku meta fizik yang di karang oleh aristotale beliau telah baca sebanyak 40 kali namun gagal untuk memahaminya. Akan tetapi dengan adanya karya farabi yang turut membahaskan tentang metafizik ia sedikit sebanyak membantu Ibnu sina dalam memahami Meta fizik. Akhir sekali, Pelbagai ilmu lain yang Ibnu sina pelajari dengan beberapa orang guru seperti, Abu Sahl al masihi serta abu mashgur Al hasan untuk ilmu perubatan, Abu Bakar Ahmad Bin Muhammad al buqari al khawarizmi bagi ilmu Bahasa dan Mahmud Al Masih dilmu geometri seta mempelajari ilmu sains daripadaAl Biruni.
8
KARYA-KARYA IBNU SINA DAN KARYANYA YANG AGUNG/TERKENAL Ibnu Sina telah menulis bermacam-macam karya sepanjang kehidupannya. Jumlah karya yang dihasilkannya mencapai 250 karya, dimana terdapat dalam dua bentuk iaitu buku dan juga risalah. Antara karya yang dihasilkan ialah, al-Qanun fil-Tibb, as-Syifa’, an-Najat, alBurhan, al-Magest, al-Isyarat dan banyak lagi. Kemahirannya dalam pelbagai bidang pengetahuan telah menjadikannya sebagai sarjana yang mahir dalam pelbagai aspek. Beliau tidak hanya menguasainya, tetapi dia juga mencapai puncak kepakaran dalam bidang di mana dia bekerja. Bukan hanya itu, Ibnu Sina menjadi terkenal dalam cabang ilmu mantik (logik) sehingga dia mendapat gelaran sebagai "Guru Ketiga" setelah Aristotle dan al-Farabi. Ibnu Sina menghasilkan ratusan karya dalam bidang penulisan, termasuk koleksi risalah yang memaparkan karya sastera yang unik. Secara ringkasnya, as-Syifa’ atau “kitab penyembuh” merupakan buku falsafah yang dihasilkan oleh Ibnu Sina yang terkandung kepada empat bahagian iaitu ilmu berkaitan mantiq, matematik, fizik dan metafizik. Karya ini dicetak buat pertama kali di Tehran. Setelah itu, ringkasan karya as-Syifa dimasukkan dalam karya an-Najat dengan tujuan khusus untuk membahas tentang ilmu fizik dan metafizik, dimana ianya juga dihasilkan di mesin cetak batu di Tehran. Ibnu Sina menyemak semula buku ini untuk memberikan penjelasan yang lebih komprehensif dan sistematik mengenai as-Syifa'. Manakala, ilmu berkaitan bidang logik pula telah dimuatkan dalam buku al-Burhan dan terbitkan di Kaherah. Selain itu, al- Magest merupakan karyanya yang berkaitan dengan bidang astronomi. Antara isi kandungannya adalah hujah kepada pandangan Euclides, dan juga penentangann mengenai bintang yang tidak bergerak dari sudut pandangan Aristotle. Menurutnya, bintang statik tidak terletak di sebuah glob yang sama. Seterusnya, al-Isyarat adalah karya terakhir Ibnu Sina dan ia merupakan karya yang paling indah mengenai hikmah. Di dalam kitabnya ini mengandungi beberapa kata-kata mutiara dari pelbagai tokoh dan turut mempunyai rahsia penting yang tidak terdapat dalam karya lain, serta penerangan mengenai logik serta penceritaan mengenai kerohanian dalam kehidupan. Buku itu dicetak dan diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis di Leiden.
9
AL-QANUN FIL-TIBB ‘Al-Qanun fil-Tibb’ (atau Kitab Perubatan) merupakan karya yang teragung dan terkenal di seluruh dunia yang ditulis oleh Ibnu Sina. Di negara-negara barat, ia juga dikenali sebagai ‘The Canon of Medicine’ atau ‘The Canon’. Ensiklopedia perubatan ini telah dialihbahasakan ke bahasa Latin pada akhir abad ke-12 Masihi. Karya ini telahpun ditulis dalam bahasa Arab sebanyak lima jilid. Kitab ‘al-Qanun fil-Tibb’ ini telah ditulis oleh beliau dengan memasukkan cabang ilmu sains perubatan yang lebih inklusif dan terperinci. Universitiuniversiti yang terletak di Eropah telah menjadikan kitab ini sebagai rujukan utama dalam bidang pengajian perubatan mencapai lebih kurang 500 tahun.
Melalui penghasilan karya ini, ia secara tidak langsung telah membantu para doktor dalam menentukan sifat-sifat penyakit berjangkit seperti tuberkulosis (TB), penularan penyakit melalui air dan tanah, dan interaksi diantara psikologi dan perubatan. Ibnu Sina juga yang pertama menggambarkan meningitis (jangkitan pada lapisan otak) dan memberikan gambaran lengkap mengenai anatomi, ginekologi, dan pediatrik. Dia juga mengembangkan terapi untuk Lachrymal Fistula, yang membawa kepada penyelidikan perubatan yang luas mengenai urat vaskular.
Buku 'al-Qanun fil-Tibb' juga telah dijadikan rujukan dalam pengkajian anatomi yang memberikan penjelasan terperinci tentang sklera, kornea, koroid, iris, retina, lensa, saraf, dan chiasma optik. Ibnu Sina menolak sikap tekaan atau prasangka dalam membuat sesuatu 10
keputusan, terutamanya ketika menganalisis bidang anatomi. Sebaliknya, dia menekankan bahawa para doktor dan pakar bedah perlu menggunakan asas pengetahuan yang baik untuk mengkaji tubuh manusia.
Ibnu Sina menulis buku perubatan ini dalam lima jilid. Setiap jilid telah dikhaskan untuk kategori tertentu sahaja. Jilid pertama buku ini menceritakan tentang penerangan mengenai prinsip asas perubatan, anatomi, rejimen rawatan dan prosedur terapi. Selanjutnya, dalam jilid kedua, ia mengandungi senarai ramuan yang digunakan dalam perubatan dan disusun mengikut abjad. Diikuti oleh jilid ketiga yang menerangkan cara mendiagnosis dan kaedah rawatan penyakit yang khusus untuk bahagian tubuh tertentu. Untuk jilid keempat pula, ia mengandungi cara mendiagnosis dan kaedah rawatan penyakit yang melibatkan beberapa bahagian badan. Akhirnya, pada jilid kelima mengandungi formula untuk pengeluaran ubatubatan.
Seterusnya, akan diterangkan dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai kandungan yang terdapat dalam setiap jilid tersebut. Pada asasnya, ini adalah karya pertama Ibn Sina, ‘General Medicine’, menerangkan mengenai topik perubatan asas. Buku ini dipecahkan kepada empat bahagian. Ibnu Sina menjelaskan teori perubatannya dalam bab pertama, termasuk teori mengenai unsur, mizraj, komedi, dan tenaga. Selain itu, Ibnu Sina menyampaikan pengetahuannya mengenai anatomi tulang, otot, saraf, dan saluran darah. Beliau menjelaskan teorinya mengenai penyakit pada bab kedua dan penyebab berlakunya penyakit, termasuk yang berkaitan dengan pengaruh persekitaran dan cuaca terhadap kesihatan dan gejala penyakit secara umum. Disamping itu, disini juga beliau ada membincangkan tandatanda penyakit melalui nadi dan air kencing. Dalam bab ketiga, Ibnu Sina membincangkan pengurusan kesihatan dan proses menyediakan rawatan kesihatan kepada semua golongan tidak kira peringkat umur, termasuk kepada pelancong. Selain daripada itu, perkara yang berkenaan dengan pengurusan makanan, pengurusan tidur, aktiviti berekreasi, teknik urutan, dan pemulihan anggota badan disebutkan juga dibahagian ini. Didalam bab terakhir pula, yang merupakan bab keempat, Ibnu Sina memfokuskan diri pada aspek merawata penyakit secara umum. Berbagai pilihan terapi ditangani, termasuk bekam, pendarahan, muntah, dan rendaman. Selain itu, Ibnu Sina menggambarkan merawat cirit-birit, oedema, pembekuan darah, dan gejala obstruktif (tersumbat).
11
Sementara itu, dalam jilid keduanya yang bertajuk ‘Natural Pharmaceuticals’, Ibnu Sina memulai dengan mengklasifikasikan ubat-ubatan, dan jenis-jenisnya. Kemudian diikuti dengan penerangan Ibnu Sina berkaitan sifat ribuan jenis tumbuhan herba yang berbeza, serta ciri-ciri perubatan yang boleh menggunakan organ haiwan tertentu. Selain itu, nutrien yang termasuk dalam beberapa mineral, logam, dan batu, serta jenis sebatian lain yang digunakan dalam perubatan juga turut ada disenaraikan. Dalam jilid ketiga yang berjudul ‘Special Pathologies’ pula, ia merangkumi lebih dari separuh buku lengkap 'al-Qanun fil-Tibb, yang membincangkan gangguan-gangguan umum yang selalu melibatkan kepala, hati, jantung, ginjal, paru-paru, dan usus, di antara organ-organ lain. Di bab ini, Ibnu Sina memulakan dengan menjelaskan anatomi dan fungsi organ, diikuti oleh gangguan yang sering mempengaruhinya dan proses terapi bagi menangani masalah tersebut. Selanjutnya, pada jilid keempat iaitu ‘Systemic Diseases’, ia membincangkan prosedur bagi mengubati penyakit pada organ yang tidak spesifik, seperti demam, bisul, bengkak, bisul, luka, patah tulang, dan serangan binatang berbahaya. Selain itu, Ibnu Sina membincangkan perkara-perkara mengenai kulit, rambut, kuku, bau badan, dan penampilan bentuk badan, yang semuanya disebutnya sebagai "Zinah" atau dalam bahasa lainnya ialah perhiasan.
Jilid terakhir iaitu yang kelima ditulis Ibnu Sina ialah, 'Pharmacopia'. Ia membincangkan tentang ubat-ubatan yang kompleks dan proses membuat sejenis ubat untuk merawat sesuatu penyakit. Oleh itu, Ibnu Sina mengklasifikasikan ubat kompleks ini ke dalam pelbagai kategori, termasuk penawar, makjun, pil, tablet, minyak, jus, jem, ayarij, dan salap. Ringkasnya, buku akhir ini membincangkan sains farmasi, dan pada pendapat beliau, pemahaman mengenai mata pelajaran tersebut sangat penting bagi seseorang doktor.
Kitab al-Qanun fil-Tibb ini mempunyai keunikan tersendiri. Segala perkara yang ditulis atau dikarang oleh Ibnu Sina dalam kitab ini adalah sangat jelas dan terperinci daripada kitabkitab sebelumnya. Sebagai contoh, dalam pengelasan penyakit berkaitan buah pinggang dan pundi kencing. Penyakit-penyakit buah pinggang dan pundi kencing dapat dikenal pasti dengan pengelasan yang sistematik yang telah disusun oleh Ibnu Sina. Malah, beliau juga adalah orang pertama yang menyatakan bahawa keadaan hematuria juga boleh berlaku disebabkan punca di
12
luar sistem perkumuhan. Hematuria adalah keadaan di mana terdapatnya darah dalam air kencing manusia.
Buku ini telah dicetak ke dalam 15 bahasa dalam masa kurang dari satu abad. Pada abad ke-17, buku ini telah dijadikan rujukan standard di universiti di Itali dan Perancis. Karya Ibnu Sina ini kemudiannya diterbitkan semula dan digunakan oleh pelajar perubatan hingga abad ke-19. Bukan itu sahaja, ia juga dijadikan sebagai sumber maklumat utama dalam bidang perubatan di seluruh sekolah, termasuk Universiti Frankfurt di Jerman, University of Paris, dan University of Oxford.
Sebagai hasil dari yang penerangan yang disebutkan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa Ibnu Sina memiliki perspektif yang luas dan pemikiran cerdas di berbagai bidang, seperti yang dibuktikan oleh karya-karyanya. Selain dari karya yang disebutkan sebelumnya, ada lebih banyak naskhah-naskah yang penting untuk mengembangkan khazanah pengetahuan Islam. Di samping itu, karya ini melambangkan ketinggian peradaban Islam dalam penguasaan ilmu perubatan serta ilmu-ilmu lain. Sebagai penutupannya, Ibnu Sina memberikan sumbangan yang besar terhadap tamadun Islam, khususnya dalam bidang perubatan. Beliau bukan seorang yang mudah putus asa, melalui sikapnya itu, beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh pengetahuan dan menyelesaikan cabaran yang dihadapinya.
13
KEPAKARAN DAN KEMAHIRAN Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna adalah seorang ahli fikir Islam, mahir dalam jurusan falsafah, sains, ilmu falak, sajak dan lain-lain. Namun di dalam ilmu perubatan, beliau digelar sebagai “Putera dalam kalangan Tokoh Perubatan” kerana beliau dikenali sebagai tokoh yang terkenal di timur dan juga di barat. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur tetapi di barat, beliau dipanggil Avicenna. Penulis-penulis sejarah perubatan telah berpendapat bahawa daya ilmuannya terutamanya di dalam bidang perubatan merupakan kemahirannya yang terbesar di dalam jurusan ilmu falsafah yang telah meningkatkan kekuatan inteleknya dalam bidang perubatan. Kepakarannya ini telah memimpin beliau kepada puncak kejayaan kerana beliau telah berjaya menyatukan semua konsep-konsep ilmiah dan amalan-amalan perubatan yang bermula dari era-era terdahulu. Kesannya, beliau diwujudkan sebagai seorang saintis teragung dan termasyhur pada ketika itu. Selain itu, Ibnu Sina mempelajari bidang perubatan ketika berumur 16 tahun. Setelah 2 tahun berlalu, beliau berjaya menjadi seorang pengamal perubatan bertauliah yang dihormati pada masa itu. Kepakaran beliau dalam bidang perubatan terbukti apabila berjaya merawat penyakit kerana latihan perubatan yang telah beliau pelajari selama 2 tahun sangat berkesan. Sebagai contoh, beliau pernah mengubati Raja Bukhara yang bernama Nooh Ibn Mansoor yang mengalami suatu penyakit misteri. Banyak doktor lain cuba merawat baginda namun mereka gagal tetapi Ibnu Sina telah berjaya merawat penyakit raja tersebut dan baginda sangat berterima kasih lalu ingin memberi ganjaran kekayaan kepada beliau. Namun, apa yang beliau minta hanyalah akses kepada Perpustakaan Besar Samanid kerana beliau seorang yang cinta akan ilmu. Selain Raja Bukhara, beliau turut berjaya merawat penyakit Raja Hamadan yang bernama Shams al-Daulah dengan izin Allah daripada penyakit kolik iaitu kesakitan pada perut. Dalam pada itu, kepakaran dan kemahiran Ibnu Sina juga terbukti ketika beliau berumur 21 tahun apabila beliau dilantik sebagai doktor istana kerana berjaya merawat penyakit Raja Nooh. Pada abad ke-11, beliau ialah tokoh perubatan yang terkenal. Lukisan wajah Ibnu Sina masih lagi tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris kerana beliau mendapat sanjungan di Barat. Disebabkan beliau telah berjaya menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta kemahiran daripada ahli-ahli perubatan dari Parsi dan India dan juga dari pengalamannya sendiri, para penulis Barat telah berpendapat bahawa Ibnu Sina layak dikenalpasti sebagai 'Bapa Doktor Perubatan'. Kaum Latin Skolastik pernah menggelar sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja. Gelaran lain yang pernah 14
diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. Beliau juga dikenali sebagai "Zenith" dalam dunia Islam iaitu taraf tertinggi dalam jurusan kedoktoran. Di samping itu, kepakaran Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Beliau mendapati jantung manusia semasa mengepam darah mempunyai tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya melalui ilmu dalam bidang anatomi yang dipelajarinya. Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh beliau dalam bidang perubatan ialah kewujudan banyak penyakit baru dan faktornya serta impak kuman dalam penyakit, jangkitan virus iaitu penyakit tibi dan penyakit berjangkit seperti alahan (allerg), cacar (smallpox), rubella serta penyakit jiwa. Berdasarkan penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi pula, beliau mewujudkan ubat dan preskripsi yang berkesan dalam penyakit kronik dan ubat bius juga diwujudkan. Beliau juga telah memajukan teknologi perubatan seperti menghasilkann benang khusus yang digunakan untuk menjahit luka pembedahan dan picagari juga dihasilkan. Seterusnya, kemahiran dan kepakaran Ibnu Sina dalam bidang perubatan tidak dapat dibandingkan yang menyebabkan beliau dinobatkan sebagai al-Syeikh al-Rais iaitu Mahaguru Pertama. Beliau memperluaskan ilmu diagnosis berdasarkan denyutan jantung. Dengan menggunakan cara ini, beliau dapat mengetahui tentang ketidakseimbangan hormon. Pada masa kini, doctor-doktor dari China, India, dan juga Pakistan masih menggunakan kaedah Ibnu Sina menyebabkan mereka mempunyai kepakaran mendiagnosis denyutan jantung. Beliau juga ialah doktor pertama yang mengenal pasti penyakit yang boleh berjangkit ialah penyakit paruparu. Penemuan tentang sistem peredaran darah manusia membuatkan Ibnu Sina terkenal. Ahli perubatan Barat mengakui beliau ialah orang pertama yang menjumpai sistem tersebut dan merupakan doktor pertama yang mengubati penyakit yang serius seperti barah usus dan radang selaput otak. Beliau telah banyak mengajukan teori menyatakan kaum wanita lebih mudah diserang barah dibandingkan dengan kaum lelaki. Sementara itu, Ibnu Sina yang merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal telah sedikit sebanyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak melahirkan karya dalam bidang perubatan. Karyanya Al-Qanun Fit tib menjadi sumber utama di setiap pusat pengajian tinggi yang terletak di Barat. Hal ini menunjukkan bidang perubatan yang semakin malap pada zaman itu telah berjaya digilap kembali melalui kepakaran dan kecerdasan beliau.
Sebagai
contoh,
mewujudkan kaedah pemerhatian
Ibnu dan
Sina analisis
merupakan dalam
orang
bidang
yang
perubatan.
pertama Melalui
penyelidikannya pada zaman itu menyebabkan hasil kemajuan sains dan teknologi telah wujud 15
cara-cara perubatan yang baru menggunakan alat-alat yang canggih. Kajian dan penulisan beliau telah membawa pengaruh kepada kaedah perubatan moden seperti organ dalam tubuh manusia dapat dikesan dengan penggunaan x-ray dan ultrasound. Kesannya suatu penyakit atau kecederaan dapat dilihat dan diubat dengan lebih cepat dan berkesan. Melalui kaedah ini, ilmu perubatan telah berkembang dengan jayanya sehingga kini. Beliau juga sering melakukan kajian berkenaan berbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta cara mengubatinya. Tambahan pula, kehebatan serta kepakaran dalam bidang perubatan Ibnu Sina tiada tolok bandingnya. Dalam kebudayaan Eropah, ketokohan beliau sebagai seorang falsafah dan doktor perubatan adalah luas. Beliau menyatakan bahawa sejenis penyakit berjangkit ialah penyakit batuk kering. Beliau juga telah mengetahui bahawa pembawa segala kuman yang berbahaya adalah air dan ianya dianggap sebab penyebaran pelbagai penyakit. Selain itu, Ibnu Sina juga telah mengajarkan bentuk-bentuk pembedahan yang telah mementingkan kepentingan pembersihan luka. Ibnu Sina telah menyatakan tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang akan wujud daripada penyakit tersebut hasil daripada penyelidikannya. Bidang perubatan telah mendahului zaman hasil daripada penyelidikan dan penulisan oleh beliau. Pelbagai formula yang diwujudkan dalam bidang perubatan tidak dapat diperoleh dan diatasi oleh pakar perubatan pada masa kini. Hal ini menyebabkan kepakaran Ibnu Sina dalam bidang perubatan menjadi panduan hingga pada masa ini kerana ianya sangat berguna dan berkesan. Sementara itu, Ibnu Sina juga menyelidik tentang perubatan Yunani. Menurut beliau, perubatan Yunani berdasarkan teori empat elemen yang dinyatakan sebagai humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu hitam (black bile) dan hempedu kuning (yellow bile). Berdasarkan teori tersebut, kesihatan seseorang itu memiliki hubungan dengan gabungan keempat-empat elemen tersebut. Keempat-empat elemen itu mestilah berada pada kadar yang seimbang kerana seseorang itu akan mendapat penyakit apabila keseimbangan ini diganggu. Tambahan pula, setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Satu landasan kukuh telah diletakkan kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia meskipun teori itu didapati tidak tepat. Ibnu Sina juga telah menapis teoriteori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya". Selain daripada itu, beliau juga percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat elemen iaitu api, tanah, air dan angin. Keempat-empat elemen ini menunjukkan sifat panas, lembap, sejuk, dan kering yang juga 16
sentiasa bergantung kepada elemen lain yang wujud dalam alam semulajadi ini. Beliau yakin bahawa untuk melawan penyakit, perlu ada kewujudan kekuatan semulajadi dalam badan manusia. Jadi, manusia mementingkan kekuatan yang kuat dalam badan untuk mengekalkan kesihatan dan cara penyembuhan selain daripada keseimbangan elemen-elemen yang telah dinyatakan itu. Justeru itu, ini telah membuktikan bahawa Ibnu Sina mempunyai kemahiran dan kepakaran yang luar biasa dalam bidang perubatan yang membuktikan beliau layak dengan gelaran sebagai Bapa Kedoktoran.
17
IDEA DAN PEMIKIRAN Terdapat sebuah pemikiran Ibnu Sina terhadap pendidikan iaitu dari tujuan hingga guru. Ia menegaskan beberapa perkara dalam pemikran tentang pendidikan ini. Antara elemen yang ditegaskan ialah tujuan pendidikan, kurikulum, kaedah pembelajaran dan guru dan pendidik.
TUJUAN PENDIDIKAN Menurut Ibnu Sina tujuan pendidikan harus ditekankan dengan sedaya upaya supaya lebih bersedia dari segi persiapan seseorang itu dapat menjalankan perkejaan atau urusan lain di dalam kalangan masyarakat dengan selesa. Tujuan pendidikan Ini juga cenderung kepada potensi yang dimiliki oleh seseorang itu. Jelasnya, tujuan pendidikan yang berasaskan keterampilan yang kursusnya bagi bidang pendidikan berlandaskan bidang kayu, pencetakan skrin dan lain lain akan mencipta tenaga pekerja yang mahir dan profesional serta mampu menjalankan tugas secara telus. Selain itu, tujuan pendidikan yang dijelaskan itu mempunyai hubungkait dan Ibnu Sina mempunyai pandangan hierarki struktur terhadap tujuan pendidikan ini. Oleh yang demikian, terdapat strategi mengenai dasar serta fungsi pendidikan yang diberikan.
KURIKULUM Tiada sebarang menjelaskan yang dibuat oleh Ibnu Sina secara formal malah ia dapat dilihat melalui ajaran yang diajar oleh Ibnu Sina sendiri. Dari segi kurikulum, Ibnu Sina menekankan konsep mempelajari ilmu Al-Quran kepada anak didik bgi mereka yang telah mencapai kematangan mental serta fizikal. Hal ini akan memudahakan lagi proses pembelajaran anak didik itu dan mudah difahami keran telah matang dalam penerimaan ilmu. Ibnu Sina menjelaskan terdapat beberapa jenis sukan yang memerlukan sokongan serta kepakaran yang tertentu.
18
KAEDAH PEMBELAJARAN Terdapat beberapa kaedah digunakan dan ditekankan seperti kaedah talqin, demonstrasi, pembiasaan dan contohnya perbincangan, perantisan dan penugasan kaedah sebatan dan hukuman. Bagi kaedah talqin ia perlu digunakan dalam pembelajaran Al-Quran. Ia akan dimulakan dengan cara memperdengarkan bacaan kepada anak-anak didik. Menurut Ibnu Sina, melalui kaedah talqin ia dapat membantu pendidik untuk membimbing anak didik dengan lebih efisien dengan mengulangi bacaan yang di sebut. Bagi kaedah demonstrasi pula akan digunakan dalam pembelajaran yang lebih praktik. Sebagai contoh ia boleh dipraktikkan dalam cara mengajar menulis. Menurut Ibnu Sina, seorang pendidik akan menunjukkan contoh terlebih dahulu dengan menggunakan huruf hijaiyah lalu ia akan menarik anak didik yang lain untuk mendemonstrasinya. Ia lebih efektif dan anak didik lebih fokus dalam pembelajaran. Pendapat Ibnu Sina mengenai kaedah pembiasaan dan keteladanan ialah ia merupakan kaedah yang efektif terutama dalam pembelajaran yang melibatkan akhlak. Sebagai pendidik, kita perlu menunjukkan dan mengamalkan contoh dan teladan yang baik dan terpuji. Hal ini kerana, segala sikap dan teladan yang ditunjukkan dan dilakukan akan diperhatikan oleh setiap anak didik. Mereka lebih mudah mengikuti dan meniru segala sikap dan tingkah laku yang dilakukan. Tinggah laku yang baik dan terpuji akan melahirkan anak didik yang berakhlak. Seterusnya melalui kaedah perbincagan dapat membimbing para pelajar dalam menghadapi masalah yang berasaskan soalan bermasalah. Melalui tugasan ini is akan mewujudkan sesi perbincangan antara pelajar-pelajar. Ibnu Sina menggunakan kaedah ini bagi mengajar pengetahuan yang rasional dan teori. Bagi pelajar perubatan akan menggunakan kaedah magang iaitu menggabungkan antara teori dan praktik bagi subjek tersebut. Hal ini akan meningkatkan lagi fahaman dan pembelajaran dapat di faham dengan lebih teliti serta jelas. Misalnya, pelajar perubatan perlu mempelajari teori di dalam kelas serta menpraktikkan di dalam makmal. Kaedah penugasan pula bermaksud menyusun sejumlah modul atau tugasan lalu menyampaikan kepada pelajar-pelejar. Ia perlu dilakukan oleh Ibnu Sina bagi memudahkan segala proses pembelajaran.
19
GURU DAN PENDIDIK Konsep yang ditekankan oleh Ibnu Sina ialah pendidik yang cerdas, beragama, mengetahui cara mendidik akhlak, cekap dalam mendidik serta berpenampilan adalah pendidik yang intelektual. Berdasarkan elemen-elemen tersebut jelas dilihat bahawa Ibnu Sina memiliki pemikiran dan konsep revolusioner. Beliau juga menekankan pendidik harus mempunyai kompeteri personal, professional, sosial, emosional dan spiritual. Para pendidik amat memainkan peranan dan pentig dalam sistem pendidikan. Terdapat beberapa pemikiran mengenai konsep pendidik. Disamping itu, pendidik bukan hanya menekankan dan memfokuskan dari segi teoritis sahaja malah perlu juga melatih dari segi keterampilan, budi pekerti dan kebebasan berfikir.
20
JASA-JASA YANG DITINGGALKAN UNTUK UMAT MANUSIA
Perubatan Ibnu Sina adalah tokoh islam yang terkemuka dalam pelbagai aspek terutamanya bidang perubatan. Kehebatan beliau dalam bidang perubatan sehingga diberi gelaran Bapa Perubatan Islam. Dari zamannya seorang remaja, beliau telah berjaya berkarya dan menghasilkan karya sehingga mencecah 450 karya dalam banyak aspek dan lebih berfokuskan kepada sains. Terdapat beberapa karya dalam bidang perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina. Antaranya adalah Al-Qanun fi Al-Tibb, Al-Adwiyah Al Qalbiyyah dan Al-Alfiyyah AlTibbiyyah’. Kehebatannnya berkarya mengenai perubatan tidak diragukan. Karyanya ‘al-Qanun fi al-Tib’ diterbitkan pada tahun 1593 di Rom sebelum ditukarkan bahasa ke bahasa inggeris yang berjudul ‘Precepts of Medicine’. Ini merupakan salah satu karya teragung beliau yang membawa maksud peraturan perubatan yang mempunyai 14 jilid. ‘Precepts of Medicine’ dijadikan rujukan utama di institusi-institusi di Itali dan Perancis. Bukan itu sahaja, karya tersebut dicetak 16 kali untuk Bahasa Latin dan 15 kali untuk Bahasa Yahudi (Hebrew) yang digunakan pelajar perubatan. Karya ini juga merupakan khazanah yang sangat berharga dalam bidang perubatan. Ia diumpamakan sebagai pengumpulan perbendeharaan bidang perubatan. Bidang perubatan masa kini juga banyak mengaplikasikan melalui kajian Ibnu Sina dari aspek diagnosis, ubat-ubatan dan pembedahan.
21
Karyanya Kitab Al-Qanun Fit al-Tibb menerangkan mengenai perubatan secara menyeluruh dan tepat. Kitab ini mempunyai lima buah buku kecil. Setiap buku tersebut akan memceritakan mengenai perkara-perkara yang berbeza. Sebagai contoh, buku pertama yang lebih fokus kepada perubatan secara umum. Buku kedua, mengenai dengan ubat-ubatan, buku ketiga mengenai penyakit-penyakit yang menimpa organ dalamam. Buku keempatnya, lebih mendalam iaitu mengenai penyakit yang menimpa organ secara khusus dan perhiasan serta pembersihan luka. Buku beliau yang terakhir dalam karya ini menceritakan tentang ubat-ubatan kompleks. Selain itu, karya beliau yang ini juga menceritakan mengenai penyakit saraf. Kitab al-Qanun Fit al-Tibb merupakan salah satu karya terbesar Ibnu Sina yang ditinggalkan kepada umat manusia dan diguna pakai isi kandungannya sehingga ke hari ini. Seterusnya, sumbangan beliau yang ditinggalkan kepada umat manusia dalam bidang perubatan adalah melalui karya ‘al-Adwiyah al Qalbiyyah atau dalam Bahasa inggerisnya berjudul ‘The Remedies of the Heart’. Terkandungnya dalam karya ini, ilmu perubatan yang menyatakan dan menerangkan mengenai 760 jenis penyakit dan rawatannya dalam bentuk sajak. Hasil kejayaan dan penemuan Ibnu Sina dalam aspek perubatan amatlah banyak sehingga beliau digelar dengan gelaran “Medicorum Principal” yang membawa maksud Doktor Diraja oleh kaum Latin Skoslastik atau sebagai Raja Ubat. Selain itu, dalam tamadun Islam pula, beliau diberi gelaran “Zenith” yang bermaksud tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Beliau digelar sepeti berikut kerana sering menemukan penyakit baru dan puncanya. Sebagai contoh, jangkitan virus seperti TB, alahan, cacar (smallpox), penyakit Rubella dan banyak lagi. Pada 997 Masihi, beliau dianggap doctor diraja diatas kejayaan beliau menyembuhkan Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara. Kepakaran dan kehebatan Ibnu Sina dalam aspek perubatan sehingga beliau dinobatkan ‘Father of Doctor’. Farmasi Selain daripada aspek perubatan, beliau turut menyumbang dalam aspek farmasi. Sebagai contoh, penghasilan ubat-ubatan dan preskripsi untuk menyembuhkan penyakitpenyakit kritikal dan kronik. Beliau berjaya mencipta ubat bius, membangun dan memperkembangkan teknologi dalam perubatan, mereka cipta picagari, menghasilkan benang berkebolehan menjahit luka selepas pembedahan yang digunakan sehingga masa kini. Ini merupakan jasa-jasa peninggalan Ibnu Sina yang sangat besar kepada umat manusia sehingga mampu boleh dimanfaatkan sehingga kini.
22
Ilmu dan Pemikiran Sikap Ibnu Sina yang cintakan ilmu dari berusia 5 tahun telah mula belajar pelbagai jenis ilmu seperti sains, Al-quran dan tafsir. Sikap beliau yang rajin mencari ilmu dengan membaca buku mengenai metafizik yang dikarang Aristotle dan banyak lagi menjadikan beliau seorang cendiakawan pada usia muda yang mampu mengeluarkan karya-karyanya sendiri dari perbagai bidang. Terdapat 116 karya beliau dalam banyak aspek seperti matematik, falsafah, astronomi dan banyak lagi. Sumbangan Ibnu Sina dalam ilmu dan pemikiran dengan penghasilan buku yang bertajuk al-Najah yang membicarakan mengenai falsafah yang berjaya menjadikan beliau ahli falsafah yang terkenal. Karya pertama beliau seawal usia 21 tahun yang bertajuk “Al-Majmu” merangkumi ilmu pengetahuan yang sangat lengkap. Domonican Insitute for Orental Studies di Mesir berjaya mengumpul kesemua 116 karya beliau. Menjelang tahun 1950, kesemua tulisan beliau diterjemaahkan kepada bahasa arab seterusnya dinamakan Muallafat Ibni Sina yang membawa erti karya-karya Ibnu Sina. Peninggalan karya-karya beliau memberi kebaikan sehingga kini. Terdapat sebuah universiti di Hungary yang menamakan institusi sempena namanya iaitu ‘Avicenna College’. Penemuan ilmu yang dijumpai Ibnu Sina iaitu psikosomatis, ia adalah perkaitan antara psikologi dan kesihatan. Beliau juga terkenal sebagai pengasas perubatan psikosomatik. Penemuan ilmu ini adalah melalui perbahasan yang mendalam oleh ahli-ahli falsafah terdahulu termasuk Ibnu Sina. Selain psikosomatik, potensi jiwa juga merupakan perbahasan yang ditekankan ahli-ahli falsafah terdahulu. Demikian ini kerana, menurut Islam setiap insan perlu mengenalpasti potensi diri agar dapat dimanfaatkan dengan cara yang baik dan betul. Oleh itu, beliau juga menghasilkan karya berkaitan psikologi dan menggunakan kaedahnya sendiri untuk merawat kerabat pemerintah Jurjan. Geografi Kebijaksanaan beliau dalam bidang geografi sehingga mampu mengemukakan cara sungai-sungai, gunung-ganang dan lembah saling berhubung. Beliau Berjaya mengeluarkan teori geografi yang gagal dikeluarkan oleh ahli Yunani and Ronani. Peninggalan teori geografi beliau telah membawa banyak manfaat kepada manusia sehingga masa kini. Ibnu Sina menyatakan bahawa gunung-ganang yang tinggi adalah kulit bumi, jika ia musnah maka akan menyebabkan sungai-sungai yang ada meruntuhkan pinggirannya. Maka terhasilah lembahlembah dari fenomena tersebut.
23
Geologi dan Kimia Karya Ibnu Sina dalam aspek ini iaitu A.M.A Shushtery yang menyatakan pertambangan iaitu mineral adalah sumber geologi. Seterusnya, dari aspek kimia, beliau berjaya menemui teori-teori yang berfaedah hingga masa kini iaitu penerangan mengenai benda-benda logam adalah berlainan. Setiap logam, terdiri daripada jenis-jenis. Melalui penerangan ini, perkembangan ilmu kimia oleh Jabbir Ibnu Hayyan yang merupakan Bapa Kimia Muslim semakin meluas sehingga terhasilkan karya Aqsam al-Ulum al-Aqliyah tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional. Astronomi Bantahan beliau terhadap pendapat Euclides dan keraguannya pendapat Aristoteles yang menyatakan bintang-bintang statik. Namun begitu, menurut Ibnu Sina, bintang-bintang yang statik bermaksud ia tidak berada di atas satu putaran globe. Berdasarkan keraguan beliau, kajian mengenai astronomi menjadi lebih mendalam dan akhirnya terhasilnya fakta mengenai alam semesta yang bintang-bintang bergerak di dalam globe. Penemuan-Penemuan Baru Akhir sekali, Ibnu Sina sangat terkenal hampir dalam setiap bidang kerana sering menjumpai penemuan-penemuan baru melalui sikapnya yang suka mempelajari dan mengkaji sesuatu perkara. Beliau banyak mengkaji dan menulis karya-karya dalam pelbagai aspek ilmu yang telah banyak digunakan oleh umat manusia dahulu dan masa kini.
KESIMPULAN Kesimpulannya, Ibnu Sina merupakan salah seorang tokoh yang memiliki sumbangan besar dalam khazanah keilmuan dalam Islam khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Selain itu, pemikiran Ibnu Sina terhadap pendidikan sangat terperinci iaitu secara struktur dari tujuan pembelajaran, kurikulum, kaedah pembelajaran serta guru dan pendidik merupakan factor-faktor yang terpenting dalam system pendidikan dan pembelajaran. Oleh kerana itu, pemikiran Ibnu Sina masih digunakan dan dijadikan contoh dalam sistem pendidkan dunia sehingga kini. Segala sumbangan yang beliau lakukan amat bererti kepada insan kini dan menjadi rujukan setia insan.
24
RUJUKAN 1. Mohd Manawi Mohd Akib & Sharifah Basirah Syed Muhsin (2019), Perbahasan Potensi
Jiwa
Menurut
Ibnu
Sina
dan
Al-Ghazali,
https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=ODQzMTQ%3 D 2. Unknown, (19 April 2017), Sumbangan Muslim kepada Kemajuan Sains dan Teknologi,
http://4tokohilmuanmuslim.blogspot.com/2017/04/ibnu-sina-tokoh-
perubatan-muslim-yang.html 3. Athirah Rhyu, (11 February 2014), Sejarah dan Sumbangan Ibnu Sina Terhadap Perkembangan
Peradaban
Islam
di
Dunia.
https://www.academia.edu/35047915/SEJARAH_DAN_SUMBANGAN_IBNU_SIN A_TERHADAP_PERKEMBANGAN_PERADABAN_ISLAM_DI_DUNIA?auto=d ownload 4. Ibnu Sina, Filsuf Muslim Jago Sains Hingga Guru Para Dokter. (2021, April 13). CNN Indonesia.
https://www.cnnindonesia.com/teknologi/20210413140056-199-
629292/ibnu-sina-filsuf-muslim-jago-sains-hingga-guru-para-dokter 5. Wa’iz, M. (n.d.). ‘Al-Qanun Fi at-Tibb’, kitab Ibnu Sina rujukan universiti Eropah selama
500
tahun.
SalamWebToday.
Retrieved
June
14,
2021,
from
https://today.salamweb.com/ms/al-qanun-fi-at-tibb-kitab-ibnu-sina-rujukan-universitieropah-selama-500-tahun/ 6. Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina. (n.d.). WIKIPEDIA Ensiklopedia Bebas. Retrieved
June
14,
2021,
from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-
Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina 7. Darwis, M. (2013). Konsep Pendidikan Islam Dalam Perspektif Ibnu Sina. Jurnal Ilmiah
DIDAKTIKA,
XIII(2),
245–246.
https://jurnal.ar-
raniry.ac.id/index.php/didaktika/article/view/476/394 8. Rasyid, I. (2019). Konsep Pendidikan Ibnu Sina tentang Tujuan Pendidikan, Kurikulum, Metode Pembelajaran, dan Guru. Ekspose: Jurnal Penelitian Hukum Dan Pendidikan, 18(1), 779–790. https://doi.org/10.30863/ekspose.v18i1.368
25
9. Roshaimizam Suhaimi (2009). Konsep Asas llmu Perubatan Islam Menurut Ibn Sina. Esteem Academic Journal, Vol. 5, No. 2, 201-213, 2009. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14820/1/AJ_ROSHAIMIZAN%20SUHAIMI%20EST EEM%2009.pdf 10. Juhaimi Majid. Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan. Retrieved April 25, 2018, from
http://juhaimimajid.blogspot.com/2018/04/sumbangan-ibn-sina-dalam-
bidang.html
26