Data Loading...
Cucu Pak Nayan (novel 072) Flipbook PDF
Cucu Pak Nayan (novel 072)
116 Views
88 Downloads
FLIP PDF 333.01KB
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd i
10/27/2011 4:54:03 PM
Cucu Pak Nayan Diterbitkan oleh: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD. 565061-T No. 35 & 35M, Jalan 6/4, Pandan Indah Commercial Park, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 603-4280 1109 Fax: 603-4295 4409 Email: [email protected]
1
©
M Saleh Mahyat 2010 PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD. (565061-T) 2010 Cetakan Pertama 2010 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini, diterbitkan semula, disimpan dalam apa jua cara yang boleh dipergunakan lagi untuk pengeluaran semula (retrieval system) ataupun dipindakan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, gambar, rakaman atau apa jua cara sekalipun, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah Urusan PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
M Saleh Mahyat Cucu Pak Nayan / M Saleh Mahyat ISBN 978-967-5106-96-5 1. Malay Fiction. I. Judul. 899.2333
Editor: Khar Dayang Nor Azizah Azmi Reka bentuk kulit dan tipograϐi: Nana Dicetak oleh: Tihani cetak Sdn. Bhd. Lot 532, Jalan Perusahaan 3 Bandar Baru Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh Selangor
Solat Subuh
AGI yang masih dingin, Rejab sudah bangun dari tidur. Dia sudah mandi dan solat Subuh. Kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ibunya di dapur sudah menyediakan sarapan dan juga bekalan dalam bekas. Dia amat senang sekali dengan apa yang dilakukan oleh ibunya.
P
Rejab tahu, ibu dan bapanya akan pergi kerja di bandar. Biasanya petang baru pulang. Jadi, dia kena berhati-hati tinggal seorang diri di rumah. Sejak berusia lima tahun dia sudah dididik seumpama itu sehingga ke hari ini, usianya sudah pun masuk 12 tahun. Begitulah lamanya dia tinggal seorang sewaktu ibu bapanya mencari rezeki. Apa yang menyenangkan Rejab kerana rumahnya bersebelahan dengan jiran tetangga. Tidak seperti di kampung, rumah sebuah-sebuah dan jauh-jauh jaraknya. Jika di rumah datuknya, Pak Nayan memang dia 1
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd ii-Sec1:1
10/27/2011 4:55:06 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat takut. Terutamanya turun rumah pada waktu malam. Berlainan halnya di bandar kerana ada lampu jalan.
berkaya dengan enaknya.
“Duit belanja ada lagi kan?” Hajar bertanya sambil menuang kopi ke cangkir Rejab dan suaminya.
“Tak ada, bila nenek dah bekalkan nasi berlauk ikan goreng dah cukup,” terang Umar sambil tersenyum. Dia terus makan dan minum dengan penuh selera.
“Ada, tapi tinggal dua ringgit,” jawab Rejab sambil menunjuk kepada ibunya. “Hari ini hari Jumaat, balik cepat, di rumah ada semuanya,” ujar Hajar pula. Rejab tidak berani berkata apa lagi. Sebab di dalam peti ais ada aiskrim yang baru dibeli malam kelmarin. Air minuman dalam kotak dan botol penuh di dalam peti ais. Ibu bapanya memang menyediakan untuk dirinya supaya tidak berbelanja di luar. Tetapi naluri kanak-kanak tidak boleh disamakan dengan orang dewasa. Keinginan membeli itu dan ini lebih tinggi. “Lima hari sepuluh ringgit boleh habis, bawa bekal lagi,” rungut Hajar. “Ibu, namanya pun budak-budak, bukan macam kita orang dewasa boleh ikat perut,” celah Umar sambil menarik kerusi meja makan. “Kita dulu tak macam ni, kalau dah bawa bekal, tak belanja lagi,” kata Hajar sambil memamah roti berkaya. “Kita orang kampung, ibu bapa kita pun miskin,” jelas Umar. Dia pun makan roti 2
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:2-Sec1:3
“Ayah tak pernah belanja?” Rejab ingin tahu.
lagi.
“Tak ada minum air sirap?” soal Rejab
“Kalau duit tak ada, apa yang nak dibelikan? Dapat minum air paip pun sudah,” jawab Umar sambil menggeleng kepala. “Tapi ayah boleh pandai macam ni,” ujar Rejab penuh kehairanan. “Tok tu, dia tegas orangnya, tengoklah adik-beradik ayah, tak ada sorang yang tinggal di kampung, semuanya bekerja di bandar,” jelas Umar dengan serius. Dia mengelap mulut dengan kertas tisu. “Mengapa ayah tak pernah kampung?” Rejab ingin tahu lagi.
balik
“Kamu tengoklah, hari Sabtu dan Ahad pun ayah kena kerja,” Umar menyatakan dengan jelas. Rejab mengetap bibir. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Ibu dan bapanya pun sudah bersiap hendak pergi ke tempat kerja masing-masing. Baginya, terlalu sedikit masa yang terluang untuk 3
10/27/2011 4:55:08 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat melayan dirinya. Mahu tidak mahu dia tetap menerima keadaan hidup yang terhad. Apa yang diingat, pada sebelah petang ada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke rumahnya. Mereka yang akan menghiburkan hatinya. Sebab itu dia kena ada wang lebih untuk membeli kudap-kudap bersama mereka. Kemudian Umar menyeluk saku dan dihulur dua ringgit. Kepalang gembiranya hati Rejab dibuatnya. Bolehlah dia membeli kacang putih atau aiskrim roti. Dia memang tahu penjual kacang putih dan aiskrim lalulalang di hadapan rumahnya. Hati siapa yang tidak tercabar jika ada bunyi-bunyian yang menyumbat telinga. “Ibu pergi dulu,” kata Hajar sambil mencium Rejab. “Baiklah bu,” ujar Rejab sambil mencium tangan ibunya. “Naik basikal mengingatkan.
elok-elok,”
Umar
“Okey ayah,” ucap Rejab sambil mencium tangan bapanya. Umar dan Hajar memandu kereta masing-masing. Tinggallah Rejab yang menunggu kawan-kawannya di luar rumah. Kunci rumah sudah disimpan di tempat rahsia. Hanya dia dan ibu bapanya yang tahu di mana anak kunci rumah disembunyikan. 4
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:4-Sec1:5
Dia tidak mahu membawa ke sekolah kerana dikhuatiri hilang. Namun begitu penduanya ada dalam beg duit ibu bapanya. Hari semakin cerah di sebelah timur. Dia kelihatan resah dan gelisah kerana Hanif dan Yusri masih belum keluar rumah. Sementara itu boleh duduk membaca buku. Dengan berbuat begitu jika di sekolah boleh tahu apa yang akan dipelajari nanti. Kedengaran bunyi loceng basikal Hanif. Rejab pun segera keluar dengan menyorong basikalnya. Apabila sudah keluar dari pagar, pintu pagar ditutup dengan diselak sahaja. Pada kebiasaannya tidak ada siapa yang berani masuk untuk menceroboh. “Tunggu!” jerit Yusri dengan suara yang agak kuat. “Mengapa lambat?” Rejab ingin tahu. Dia sudah duduk di atas basikalnya. “Aku cari duit semalam, entah tercicir di mana,” terang Yusri. “Dalam buku tak?” ujar Hanif. “Tak ada, puas aku cari satu per satu pun tak ada,” jelas Yusri sambil mengayuh basikal. “Habis, kau tak belanjalah hari ini?” Rejab bertanya pula. Dia sudah mula mengayuh basikalnya dengan perlahan. “Begitulah
nampaknya,”
suara
Yusri
5
10/27/2011 4:55:08 PM
M Saleh Mahyat lemah sahaja bunyinya. “Tak apa, aku ada bawa bekal, kita boleh makan sama-sama,” jelas Rejab dengan ikhlas. “Bekal aku memang ada, cuma nak belanja saja tak ada,” ujar Yusri sambil mengayuh basikalnya. “Aku boleh belanja, kau nak beli apa?” Rejab bermurah hati. “Kalau tak cukup, aku pun boleh tambah,” jelas Hanif. “Kau orang berdua memang kawan aku dunia akhirat,” ucap Yusri dengan suara yang bernada tinggi. Beberapa orang kawan sekolah memotong mereka. Tetapi mereka tidak mahu berlumba begitu rupa. Mereka ingat kata nasihat ibu bapa supaya berhati-hati dalam perjalanan ke sekolah. Lagipun jarak dari rumah ke sekolah bukan sampai satu kilometer. “Hari Sabtu dan Ahad ni kau nak ke mana Rejab?” Hanif bertanya. “Mana lagi, duduk rumahlah, mak ayah aku kerja,” jawab Rejab dengan nada suara yang lemah. “Kau nak ke mana Hanif?” Yusri ingin tahu. “Mak dan ayah aku dah rancang nak ke Port Dickson,” Hanif memberitahu. 6
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:6-Sec1:7
Cucu Pak Nayan Rejab mendiamkan diri buat beberapa waktu. Hatinya terlalu sedih kerana Hanif akan dibawa oleh ibu bapanya pergi berkelah. “Aku nak ke rumah datuk nenek aku di kampung,” Yusri menyatakannya pula. Hati Rejab semakin sayu dan pilu. Akan tinggal keseoranganlah dia di rumah pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Entah mengapa demikian nasib dirinya, fikirnya. “Kalau kau nak ikut boleh, rumah datuk nenek aku tu besar,” pelawa Yusri dengan penuh harapan. Rejab tidak segera menyatakan keinginannya. Dia harus berbincang dengan ibu bapanya terlebih dahulu. Sebab ibu bapanya tidak suka dirinya mengikut orang lain ke mana-mana. “Di rumah nenek ada kolam ikan, kita boleh tengok banyak ikan,” kata Yusri sambil mengangguk. “Ikan perhiasan atau ikan ternak?” Rejab ingin tahu. “Ternak, untuk dijual,” terang Yusri pula. “Tapi aku tak makan ikan darat,” celah Hanif. “Ikan darat sedap, lebih-lebih lagi ikan keli,” ujar Rejab. 7
10/27/2011 4:55:09 PM
M Saleh Mahyat Hanif memandang Rejab sambil menggeleng kepala. Dia sungguh hairan terhadap Rejab yang menyatakan seumpama itu tadi. Sebab apa yang di sebut perkara yang tidak digemari. Entah mengapa dia tidak suka makan ikan darat pun dia tidak tahu. Mungkin ibu bapanya tidak membiasakan dan yang sering dibeli hanya ayam dan daging sahaja. Ataupun kerana ibunya geli menyiang ikan darat. Yusri yang mendengar kata-kata Hanif bagaikan mati akal dibuatnya. Dia memang tidak menduga ikan darat yang sedap pun tidak digemarinya. Malah, hendak terus bercerita pun seperti tidak ada semangat. “Mak aku memang tak pernah siang ikan darat,” jelas Hanif pula. “Hmm, patutlah, masa di rumah nenek kau macam mana?” Rejab ingin tahu. “Rumah nenek pun di bandar, bukan tinggal di kampung,” cerita Hanif sambil mengangguk. “Oh, orang bandarlah kalau macam tu, bukan macam kita berdua ni Rejab,” ujar Yusri pula. “Kalau kau nak tengok kampung kami, jom kita pergi beramai-ramai,” ajak Rejab. “Bila masanya? Hari Sabtu dan Ahad ni dah nak ke Port Dickson,” terang Hanif. “Minggu depan lagi satu ataupun cukup 8
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:8-Sec1:9
Cucu Pak Nayan bulan nanti,” jelas Yusri pula. “Di kampung tak banyak nyamuk ke?” Hanif ingin tahu lagi. Dia memandang Yusri dan Rejab. “Biasalah, tapi tak macam di hutan, kawasan rumah nenek aku tu lapang,” Yusri menyatakan dengan serius. “Mak dan ayah aku tu mana nak bagi aku ikut kawan pergi ke mana-mana,” akhirnya Hanif menerangkan perkara yang sebenar. Mereka pun terus berbasikal dan apabila sudah hampir ke sekolah, mereka turun dari basikal masing-masing. Memang begitu peraturan yang diberi oleh pihak sekolah supaya tidak berlaku perlanggaran dan sebagainya. Kemudian mereka menongkat basikal di tempat yang disediakan. “Jangan lupa, nanti rehat kita makan sama.” Rejab mengingatkan Yusri sambil masuk ke Kelas Angkasa. “Okey!” Yusri masuk ke dalam Kelas Bunga bersama Hanif. Sungguhpun mereka tidak duduk dalam kelas yang sama, tapi persahabatan mereka tetap erat kerana rumah berjiran. Lagipun, Rejab tidak mahu membeza-bezakan tentang kedudukan di sekolah. Waktu rehat mereka sama-sama makan bekalan yang dibawa. Selepas makan Yusri tidak segera berlari untuk membeli 9
10/27/2011 4:55:09 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
air minuman. Dia hanya menunggu Rejab membelikan air minuman. Ini yang membuat dia tidak boleh melupakan diri kawannya yang baik hati. Dia berjanji, sekiranya dia ada wang lebih akan membelanja Rejab pula.
sambil memandang ke arah rumah Hanif yang kosong.
“Hah, petang ni jangan lupa, aku tak ada kawan di rumah,” jelas Rejab.
“Tak mengapalah, kumpul duit dulu, bila dah banyak duit senang,” jelas Yusri untuk menyedapkan hati Rejab.
“Yusri bolehlah, tapi aku mungkin nak bertolak petang ni ke Port Dickson,” Hanif memberitahu. Rejab mengangguk. Dia tahu, ibu dan bapa Hanif akan menginap di sana dua malam. Dia tidak boleh berbuat apa-apa dalam perkara tersebut. Petang itu, Rejab dan Yusri sedang duduk di luar sambil membaca buku, nampak ibu bapa Hanif pulang dari kerja dan terus memasukkan beg pakaian ke dalam kereta. Mereka hanya memerhati Hanif yang sibuk keluar masuk rumah sambil melambai.
“Itu kau, tapi aku tak juga balik-balik ke rumah nenek aku. Mak dan ayah aku asyik sibuk dengan kerja,” rungut Rejab.
Rejab mengangguk-anggukkan kepala. Ketika itu juga datang penjual kacang putih. Dia segera berkejar ke tepi pagar untuk membelinya. Setelah dapat sebungkus, dia kembali duduk di bangku kayu di tepi rumah. “Kau senang dapat duit, tapi aku tak macam kau,” bisik Yusri pula. “Mak aku tu, sehari dua ringgit saja, tapi ayahku tak kisah, bila aku nak lagi diberinya,” jelas Rejab.
“Tinggal kita berdua, tak apalah Yusri,” kata Rejab dengan nada suara agak hampa. “Ini masa dia, kalau tiba masa kita, dia akan jadi macam kita hari ini,” ujar Yusri pula. “Orang bandar, tak tahu nak ke mana, pergi ke pantai,” suara Rejab antara dengar dengan tidak. “Macam kita, orang kampung, bila ada masa cuti balik ke rumah nenek,” balas Yusri 10
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:10-Sec1:11
11
10/27/2011 4:55:09 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan “Mawar nak balik kampung ke?” Rejab ingin tahu. Buku di tangan tetap dijeling.
2 Pak Ngah Usman Datang
ALAM Sabtu itu, adik bapa Rejab, Pak Ngah Usman datang dengan isteri dan anaknya. Ketika itu ibu dan bapanya baru sahaja pulang dari bekerja. Kedatangan mereka membuat aku tertanya-tanya, adakah mereka akan pulang ke kampung untuk menziarah datuk dan nenek?
M
“Abang dan kakak kau memang tak ada cuti, macam ini setiap hari,” bapa menyatakan kepada Pak Ngah Usman sambil melabuhkan punggungnya di sofa merah. “Ayah tu dah merungut pasal kita tak balik,” terang Pak Ngah Usman sambil membetulkan duduknya. Ibu dan Mak Ngah Farah ke dapur. Rejab dan Mawar duduk di sudut bacaan. Bagaimanapun, mereka tetap dengar isi butiran perbualan antara abang dan adik di ruang tamu. 12
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:12-Sec1:13
“Cadang macam tu, tapi ayah nak tanya Pak Long dulu,” jelas Mawar sambil mengangguk. Rejab serba-salah dibuatnya. Dia memang sudah lama tidak pulang ke rumah nenek. Teringin makan kuih yang nenek buat. Pun begitu ingin makan ikan darat yang datuk jala di parit besar. Di kampung banyak keistimewaannya. Tidak seperti di bandar yang penuh dengan rumah batu, fikirnya. “Esok pun kena kerja juga bang?” soal Pak Ngah Usman sambil menarik nafas. “Kerja, bulan ini penuh,” jawab Umar sambil mengangguk. Ibu dan Mak Ngah Farah membawa dulang dan diletak di atas meja kaca. Di dalam dulang itu ada enam cawan berisi teh. Dulang satu lagi ada dua piring kuih putu piring dan apam balik. “Jemputlah minum,” ibu mempelawa dengan mesra. “Hah, Mawar dan Rejab mari minum sekali,” pelawa Mak Ngah Farah pula. Mawar dan Rejab pun bingkas bangun dan duduk di sisi ibu masing-masing. Pak Ngah Usman mengunjuk piring apam balik. Mereka mengambil sepotong seorang. Mereka merasakan begitu seronok dapat 13
10/27/2011 4:55:09 PM
M Saleh Mahyat makan dan minum beramai-ramai. Jika tidak hanya tiga beranak sahaja. “Rejab nak ikut Pak Ngah ke rumah nenek?” soal Pak Ngah Usman. Dia memandang Rejab sambil memamah putu piring. Rejab hanya menuding ke arah ibu bapanya sahaja. Dia tidak berani hendak memberi keputusan sendiri. Fikirnya lagi, ada baiknya juga dia ikut Pak Ngah Usman ke rumah nenek. Sebabnya, kawan-kawannya, Hanif dan Yusri tidak ada di rumah. Masakan dia hendak tinggal seorang diri di rumah, macam orang dalam tahanan. Bapa dan ibu bertemu pandang. Perkara itu disedari oleh Pak Ngah Usman dan Mak Ngah Farah. Sebelum tuan rumah membuka mulut, Usman segera berkata, “jom kita makan kat luar.” Bapa dan ibu tidak bertangguh lagi. Mereka memang biasa makan di luar kerana tidak sempat memasak. Rejab dan Mawar sudah keluar rumah dahulu. Mereka berbual di luar sambil berjalan-jalan di halaman. Begitulah girangnya hati mereka dapat bertemu dengan sepupu. Sebulan sekali mesti bertemu kerana adikadik bapa Rejab rajin bertandang. Di antara kedua-duanya itu perbezaan umur lebih kurang dua tahun. Rejab tetap 14
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:14-Sec1:15
Cucu Pak Nayan dipanggil abang oleh Mawar dan sepupusepupunya yang lain. Sungguhpun begitu, dia tidak berlagak sombong kerana masingmasing tiada adik. “Sejak Raya Aidilfitri, sampai sekarang abang tak jumpa nenek,” suara Rejab perlahan. “Samalah macam Mawar,” jelas Mawar sambil mengangguk-angguk. “Ayah dan mak tu, tak habis-habis dengan kerja,” rungut Rejab. “Apa bezanya dengan mak dan ayah Mawar,” terang Mawar. “Kawan abang sebelah kiri ni pergi berkelah di Port Dickson dan kawan di sebelah kanan ni pergi rumah neneknya di kampung,” cerita Rejab dengan serius. “Patutlah gelap saja rumahnya, Mawar ingatkan orangnya tak pindah lagi,” Mawar menyatakan dengan jelas. Ibu bapa mereka pun sudah keluar dan masuk ke dalam kereta masing-masing. Tetapi Mawar masuk ke dalam kereta bapa Rejab. Mungkin mereka akan menyambung bual bicara yang belum selesai. Begitulah apabila sesekali bertemu tidak mahu dipisahkan, seolah-olah mereka itu bersaudara kembar. Medan selera tidak jauh dari kawasan perumahan. Di situ memang banyak kedai makan yang beraneka rasa. Semuanya boleh 15
10/27/2011 4:55:09 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat dipilih sendiri. Tetapi ayah dan ibu Rejab sudah mengenal pasti kedai yang berhampiran dengan tempat letak kereta masakannya sedap dan menyelerakan.
makanan yang berat-berat,” jelas Mawar.
“Ini kedai yang selalu kita makan,” bisik Rejab.
Pelayan itu pun segera beredar untuk membuat permintaan pelanggan. Sementara itu mereka terus berbicara itu dan ini. Bagaimanapun, perkara yang menjadi tajuk utama masih belum dapat diselesaikan lagi. Bapa dan ibu belum ada kata putus.
Mawar kehairanan. Dia pun tidak berkata apa pada waktu itu. Pak Ngah Usman tidak banyak cerita pasal makan. Dia menganggap semuanya sama sahaja. Asalkan perut lapar apa pun boleh dimakan. Dia memang tidak mahu terlalu banyak mulut kerana apa yang ada di hadapannya itu rezeki hari itu. Dua meja empat segi dicantumkan menjadi satu. Begitulah hal keadaannya apabila sudah makan dua keluarga. Pelayan yang manis pun mengambil pesanan seorang demi seorang. Terlebih dahulu air minum yang ditanya. “Rejab dan Mawar nak minum apa?” Pak Ngah Usman bertanya. “ABC,” jawab mereka serentak. “Makan?” Mak Ngah Farah ingin tahu. “Bihun goreng,” Rejab sambil memandang Mawar.
menyatakan
“Hai, dua-dua sama, dah berpakat dari awal agaknya ni tadi,” usik Mak Ngah Farah. “Biasalah bu, malam mana boleh makan 16
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:16-Sec1:17
“Kami orang tua nasi kosong empat, ikan siakap, sayur campur,” kata Pak Ngah Usman kepada pelayan.
“Abang bukan tak ingat ayah dan mak, tapi tengoklah, kerja semakin banyak,” jelas Umar dengan serius. “Mak dan ayah memang tak faham pada kerja abang, tapi cubalah telefon biar mereka dapat memahaminya,” syor Pak Ngah Usman sambil mengangguk. Rejab dan Mawar bertemu pandang. Mereka tidak mahu masuk campur lagi. Di meja-meja lain silih berganti pelanggan yang duduk. Mungkin mereka sudah lama duduk di situ tadi. Meja pun sudah dikemas oleh pelayan yang ramai. Kesemuanya terdiri daripada gadis Melayu. Di kedai sebelah dan sebelah lagi nampak kosong, tiada pelanggan. Mungkin tiada daya tarikan di sana. Kasihan sungguh berniaga benda yang sama di suatu tempat, tetapi macam mana boleh bertahan? ABC yang dipesan sudah tiba di atas meja. 17
10/27/2011 4:55:10 PM
M Saleh Mahyat Rejab dan Mawar mula menyudu aiskrim di puncak gunung ais yang bersusu dan bergula merah. Memang sungguh menyelerakan siapa yang memandangnya. Mak Ngah Farah, ibu Mawar menyudu kerana teringin benar. “Kami nak balik pagi esok bang, boleh kami bawa Rejab?” Pak Ngah Usman mengemukakan pertanyaan.
Cucu Pak Nayan Air minuman mereka berlainan di antara empat orang. Ada air buah mangga, tembikai, belimbing dan durian belanda. Begitu pilihan mereka dan tidak sama seperti Rejab dan Mawar. Mungkin ABC hanya sesuai untuk kanak-kanak, fikir Rejab. “Kasihan Mawar, tak ada teman di rumah nenek nanti,” cetus Mak Ngah Farah.
Umar masih berat untuk melepaskan Rejab. Selama ini memang tidak pernah diberi ke mana-mana. Apatah lagi ibu bapanya tiada bersama.
Rejab dan Mawar bertemu pandang. Mereka terhenti menyudu ABC. Mereka amat hairan kerana ibu dan bapa Rejab tidak mahu membuka mulut.
“Balik ke rumah neneknya, bukan nak ke mana, nak temankan Mawar,” celah Mak Ngah Hajar pula.
Nun jauh di sudut hati Rejab berkatakata, apakah salah datuk dan nenek sehingga membuat ibu bapanya tidak mahu melepaskan dirinya bersama orang lain? Atau mereka terlalu marah kepada ibu bapanya kerana jarang pulang ke kampung? Jika marahkan nyamuk, mengapa kelambu dibakar?
Ibu memandang bapa. Dia semacam serba salah kerana Mak Ngah Farah terlalu berharap. Pak Ngah Usman menganggap abangnya itu terlalu ikut sikap ayah mereka. Berkeras hati tidak menentu. Apakah anak harus mengikut bapanya? Fikirnya. Air minum yang dipesan pun tiba. Mereka menghirup sedikit demi sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga yang teramat sangat malam itu kerana sepanjang siang hari cuaca panas.
Rejab dan Mawar yang duduk bersebelahan merasa resah dan gelisah. Mereka bagaikan duduk di atas bara api pada waktu itu. Sedangkan mereka minum ABC yang sejuk dan lemak manis. “Abang bukan tak bagi Rejab ikut, tapi nanti apa kata ayah dan mak?” soal bapa.
“Siang panas, memang elok minum air buah,” bisik Pak Ngah Usman.
“Abang, biarlah kami terangkan perkara yang sebenarnya,” jawab Pak Ngah Usman.
“Di rumah abang tadi tak ada air buah,” ujar bapa pula. Ibu menjeling tajam.
“Mahu ke mak dan ayah dengar?” bapa mengandaikannya pula.
18
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:18-Sec1:19
19
10/27/2011 4:55:10 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
Pak Ngah Usman memandang Mak Ngah Farah. Mereka pun tidak tahu membaca isi hati orang tua di kampung. Sebabnya, mereka pun pernah kena kata macam-macam kerana lama tidak pulang ke kampung. Inikan pula hendak membawa Rejab seorang, sedangkan ibu bapanya ada dan masih sihat walafiat!
“Memang. Lainlah halnya mak ayah kita tak tegas macam itu,” suara ibu perlahan.
“Sakit mata ayah bila tengok Rejab nanti, sebab abang tak balik sama,” jelas bapa sambil mengangguk.
Nasi putih sudah tiba di atas meja mereka dan diikuti seekor ikan siakap serta sayur campur. Begitu juga dengan bihun goreng untuk Rejab dan Mawar. Mereka pun tidak bertangguh-tangguh lagi untuk menikmati masakan yang enak lagi menyelerakan.
Pak Ngah Usman terdiam seketika. Dia rasa begitu sukar untuk menyangkal katakata abangnya. Sebab apa yang dikatakan itu memang ada kebenarannya. Bukan direkareka untuk menghalang hasratnya yang murni. “Abang memang nak balik, tapi tengoklah bulan depan ke,” suara bapa lembut. “Bulan depan abang kena mesyuarat di Langkawi,” cetus ibu pula. Bapa tersandar dibuatnya. Semua mata tertumpu pada bapa. Mereka tidak boleh berkata apa ketika itu. “Kakak balik dengan Rejab,” syor Mak Ngah Farah pula. “Takut pada ayah, nanti kita yang kena marah, ada suami balik sorang,” jelas ibu. “Kita ni kena berjaga-jaga nak menghadap orang tua,” terang Mak Ngah Farah.
20
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:20-Sec1:21
Rejab dan Mawar yang mendengar isi bicara ibu bapa mereka termenung. Mereka sungguh tidak faham mengapa datuk dan nenek menjadi masalah. Apakah yang tidak kena pada diri mereka?
“Kalau di kampung kita dapat makan ikan keli,” kata Pak Ngah Usman sambil mencubit ikan siakap. “Kita pun boleh turun menjala sendiri,” cetus Rejab. Dia menyudu bihun goreng yang berbau harum kasturi. “Oh, itu yang kamu nak ikut Pakcik Usman ni?” soal bapa sambil menyudu sayur campur. “Taklah, tapi kalau ayah tak izinkan, tak apalah, tapi esok tinggal sorang di rumah, Hanif pergi ke Port Dickson dan Yusri balik kampung,” jawab Rejab dengan suara perlahan. “Kasihan pulak, dah sebulan terkurung dalam rumah sorang diri, tak nampak dunia luar,” terang bapa sambil menyuap nasi 21
10/27/2011 4:55:10 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat bersayur campur. “Oh, selalu tu kawan-kawan sebelah rumah buat teman, samalah macam Mawar,” sambut Pak Ngah Usman. Mereka terus menikmati hidangan yang enak dan lazat. Buat sementara waktu mereka tidak berbicara lagi. Mungkin takut tercekik ataupun tersedak. Sesekali menghirup air minuman untuk melancarkan makanan masuk ke dalam perut. Rejab dan Mawar tersenyum-senyum seperti tahu ibu bapa mereka mendapat kata putus. Pastinya mereka akan bertemu dengan datuk dan nenek pagi esok.
3 Kedua-dua Orang Cucu
EJAB dan Mawar di rumah datuk nenek. Kehadirannya disambut baik oleh sepasang warga emas. Mereka begitu gembira melihat kedua-dua orang cucu yang lincah. Ketika itu datuk dan nenek sedang berada di tepi parit besar. Di tangan Datuk Nayan ada tali jala. Pelbagai jenis ikan yang ada di dalam jala. Ikan puyu, sepat siam, keli dan haruan. Nenek yang membawa baldi bertutup mengisi ikan tersebut.
R
“Bolehlah kita makan nasi berlauk ikan panggang tengah hari nanti,” kata Rejab dengan penuh kegembiraan. “Boleh, nanti atuk buatkan,” terang Datuk Nayan sambil memungut ikan di dalam jala. Pak Ngah Usman dan Mak Ngah Farah tercengang dibuatnya. Mereka memang tidak menduga sepasang suami isteri yang akan 22
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:22-Sec1:23
23
10/27/2011 4:55:10 PM
M Saleh Mahyat dikunjungi anak, menantu dan cucu begitu bersedia dengan ikan kegemaran mereka. Hati mereka agak tenang kerana Datuk Nayan tidak bertanya ketiadaan bapa. Mungkin sudah faham duduk perkara yang sebenarnya. Jika begitu akan bertambah tenteramlah jiwa mereka selama berada di kampung. Harap-harap memang begitulah hendaknya. “Jom!! Jom!! Naik ke rumah,” pelawa nenek sambil menjinjing baldi berisi ikan. Rejab dan Mawar mengekori nenek dengan berhati-hati. Apabila sudah tiba di rumah, masing-masing mengambil beg pakaian untuk bersalin. Selepas duduk dan minum, mereka turun semula untuk melihat Datuk Nayan menyiang ikan. Rejab dan Mawar bukan main girang lagi kerana dapat melihat apa yang diingini selama ini. Perkara itu yang akan diceritakan kepada jiran sebelah-menyebelah. Barulah ada daya tarikan di kampung. Seekor demi seekor ikan disiang. Di dalam besin hampir penuh dengan pelbagai ikan. Tetapi ikan yang di dalam timba tidak habis disiang untuk esok pula. Kemudian Datuk Nayan buat persiapan untuk memanggang ikan pula. Bagi mereka, itu suatu pelajaran yang harus diingat di hari muka. Ikan-ikan yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam dikapit dengan 24
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:24-Sec1:25
Cucu Pak Nayan pelepah kelapa. Kemudian diletak di atas bara tempurung kelapa. Mana-mana ikan yang sudah siap dipanggang dibawa naik. Tugas selanjutnya terpulang kepada nenek dan Mak Ngah Farah pula. “Macam mana dengan kerja Atuk?” soal Datuk Nayan kepada Rejab dan Mawar. “Cantiklah, boleh kita ceritakan kepada kawan-kawan di bandar,” jawab mereka serentak. “Hai, macam itu pun nak diceritakan pada kawan-kawan?” Datuk Nayan ingin kepastian. “Sudah tentu, sebab Atuk dah tua, tapi masih cergas menjala, menyiang dan memanggang ikan,” jelas Rejab sambil tersegih. “Kalau Atuk tak buat, siapa nak buat?” soal Datuk Nayan. Dia membalik-balikkan ikan yang dipanggang. “Hmm, betul juga, anak-anak Atuk semuanya tinggal di bandar,” Mawar menuturkannya pula. “Pandai pun cucu Atuk, macam itulah jadi cucuk Atuk,” puji Datuk Nayan. “Kita masih kecil, kalau sudah besar nanti tentu lebih pandai lagi,” Rejab menyatakan. “Hah, kalau macam itu kena belajar rajinrajin,” saran Datuk Nayan dengan serius. 25
10/27/2011 4:55:10 PM
M Saleh Mahyat Mawar memerhati ikan yang kena panggang. Rejab pun demikian juga. Sedangkan Datuk Nayan tetap membalikbalikkan supaya tidak sebelah sahaja yang kena bara. Mana-mana yang sudah dipastikan cukup masak diangkat dan dibubuh dalam besen. Cara Datuk Nayan membuat kerja itu seolah-olah mengajar Rejab dan Mawar supaya lebih faham memanggang ikan. Sebab itu tidak ditinggalkan walau sesaat. Di hadap dan di kenal pasti tempurung sentiasa di tambah satu demi satu. Dengan berbuat demikian bara tidak mati begitu sahaja sebelum ikan habis dipanggang. Bekas pemanggang diperbuat daripada tong dram yang dibelah dua. Di dalamnya dibubuh sedikit pasir dan di atasnya dibubuh empat batang besi sebesar jari. Di atasnya pula diletak ikan-ikan yang diapit dengan pelepah kelapa yang dibelah dua jari. Pak Ngah Usman dan Mak Ngah Farah di atas rumah melayan nenek yang sedang memasak. Mereka tidak peduli pada Rejab dan Mawar di bawah bersama Datuk Nayan. Begitulah jika sudah dapat bertemu tidak mahu berpisah. “Hah, sekarang dah siap semuanya,” ujar Datuk Nayan sambil membawa besen berisi ikan panggang. “Nenek, Atuk dah siap panggang ikan,” 26
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:26-Sec1:27
Cucu Pak Nayan jerit Rejab dari bawah. “Hah, abang tolong kopek dua biji kelapa untuk dibuat masak lemak,” Nenek Minah bersuara sambil menyambut besen dengan penuh senyuman. “Hmm, daun cekor tak nak?” soal Datuk Nayan sambil membalas senyuman isterinya. “Boleh juga, serai empat batang,” jawab Nenek Minah. Datuk Nayan pun beredar dari tangga dapur. Dia diekori oleh kedua-dua orang cucunya. Mereka benar-benar ingin tahu bagaimana hendak mengopek kelapa, mengambil daur cekor dan serai. Pada mereka, ini sesuatu yang di luar pengetahuan. Sebabnya, selama ini ibu bapa mereka tidak pernah melakukannya. “Ada juga faedahnya kita datang ke rumah Atuk ni, boleh dapat banyak pengalaman,” kata Rejab. “Hah, itupun nasib baik abang ikut, kalau tidak tak dapat apa,” ujar Mawar. Datuk Nayan memotong serai lalu dipotong dan dibersih hingga sejengkal sahaja kemudian diberi kepada Mawar. Selepas itu dikorek tiga pokok cekor lalu diberi kepada Rejab. Akhirnya dia mengopek kelapa dengan cup yang tajam. Mudah sahaja dia melakukannya dan apabila sudah selesai hujung cup itu dibubuh sabut untuk mengelak 27
10/27/2011 4:55:11 PM
M Saleh Mahyat daripada bahaya. “Itu baru datang, petang nanti entah apa lagi yang Atuk nak buat,” jelas Rejab sambil menepuk nyamuk yang mengigit lengannya. “Seronoklah di kampung, tak macam di bandar, tak ada ini semua,” Mawar menyatakannya dengan serius. Datuk Nayan hanya memasang telinga. Dia tidak mahu mencelah. Biarlah kedua-dua orang cucunya berbicara sesama sendiri. Kanak-kanak memang mudah meluahkan apa yang terlintas di fikiran ketika itu, fikirnya. “Naik! Mari naik,” pelawa Datuk Nayan melalui tangga dapur. Rejab dan Mawar hanya mengekori datuknya sahaja. Mereka berasa belum puas melihat Datuk Nayan membuat kerja. Tiba di atas rumah, Pak Ngah Usman dan Mak Ngah Farah sedang menghadap sarapan. “Apa yang kamu dapat di rumah nenek ni?” Nenek Minah bertanya kepada Rejab dan Mawar. “Banyak Nek, kita boleh tahu cara mengopek kelapa, mengambil serai dan cekor dan memanggang ikan,” jawab Rejab sambil mengangkat gelas yang berisi air oren. “Wah! Wah!! Itu baru datang, belum petang nanti,” ujar Nenek Minah. “Atuk nak buat apa petang nanti?” 28
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:28-Sec1:29
Cucu Pak Nayan Mawar ingin tahu. Dia pun mengangkat gelas untuk diminum. Datuk Nayan tidak segera menyatakan sesuatu. Dia memang banyak kerja untuk dilakukan. Antaranya menebang pokok pisang untuk diambil buahnya. Sebab pada sebelah pagi tidak dapat masuk ke kebun kerana hendak menjala ikan. Selepas itu akan membawa tandan-tandan pisang ke kedai Ah Chong. Fikirnya, sudah tentu kedua-dua orang cucunya akan lebih seronok mengikutinya. Ini memang suatu pengalaman yang sukar diperolehi di mana-mana. Tambahan pula, mereka yang jarang pulang ke kampung. Sebabnya, ia hanya ada di kampungnya dan tidak ada di kampung-kampung lain. Pendek kata, kampungnya boleh dikatakan masih tetap mengekalkan tradisi lama seperti menggagau ikan di parit besar, atau menjaring ikan dan menimba parit di musim kemarau. Kesemuanya dilakukan secara bergotong-royong. Ikan-ikan yang diperolehi di bahagi sama rata. Siapa yang masuk ke kampungnya pasti ingin berkunjung lagi. Mereka ingin tahu bagaimana cara Datuk Nayan mengekalkan perkara tersebut? Pertama-tama parit atau tali air mesti dicuci pada setiap waktu supaya jangan sumbat atau cetek. Apabila ianya sentiasa berair, ikan-ikan pun akan 29
10/27/2011 4:55:11 PM
M Saleh Mahyat terus membiak. “Mak, ikan tu dicicah dengan air asam kan sedap,” Pak Ngah Usman melontarkan kata-kata di hadapan Rejab dan Mawar serta Mak Ngah Farah. “Itu selera kamu, tapi ayah kamu lebih suka dengan sambal santan pekat,” ujar Nenek Minah sambil menuang air kopi ke cawan Datuk Nayan. Pak Ngah Usman termenung sejenak. Dia ingat-ingat lupa pula. Sambal santan pekat itu boleh juga dimakan dengan pucuk ubi rebus atau pucuk meranti. Baru dia ingat ketika masih berkumpul di rumah itu dengan adik-beradiknya yang tiga orang lagi. “Pucuk ubi pun ada, pucuk meranti pun ada, nanti mak buat untuk kamu semua,” kata Nenek Minah sambil menelan air liur. “Masa kamu sekolah dulu, itulah makanan kamu, tapi elok pun sampai besar,” terang Datuk Nayan pula. Rejab dan Mawar bertemu pandang. Mereka terasa seronok mendengar cerita datuk dan nenek. Mak Ngah Farah agak termenung dibuatnya. Hanya di rumah ibu dan bapa mertua baru dapat tahu kesemuanya. Kuih apam merah yang digaul dengan kelapa parut menjadi hidangan mereka. Memang Nenek Minah yang membuatnya malam tadi. Itulah kuih asli yang sentiasa 30
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:30-Sec1:31
Cucu Pak Nayan dibuat untuk jamuan atau sarapan pagi dan minum petang. Nenek Minah memang pakar dalam membuat kuih-muih. Apabila ada kenduri-kendara, dia yang menghadiahkan kuih tersebut. Sebab itu orang kampung kenal kuih apam merah atau putih. Anak, menantu dan cucu-cucu mereka yang sesekali pulang terkejut. Sebab mereka bersungguh-sungguh mencari ikan untuk dipanggang. Begitu juga dengan kuih apam yang dibuat. Kesemuanya ini tidak terbalas usaha mereka amat gigih kerana sematamata untuk menjamu tetamu. Petang itu, Datuk Nayan turun ke kebun pisang. Rejab dan Mawar turut serta. Mereka hendak mengetahui bidang pekerjaan yang datuk lakukan. Setandan demi setandan buah pisang dipikul dan dilonggok. Dengan basikal buruk sebagai alat pengangkut buah pisang ke kedai Ah Chong, mereka yang mengekori datuk girang sahaja kelihatannya. Tiba di kedai runcit itu, mereka dibelikan aiskrim. Kepalang gembiranya dapat aiskrim. “Inilah cucu-cucu aku,” Datuk Nayan memperkenalkan kepada Ah Chong. “Baguslah, datuk tinggal di kampung anak cucu tinggal di bandar,” kata Ah Chong sambil menggosok kepala Rejab. Datuk Nayan masuk ke dalam kedai untuk mengira wang hasil jualan pisang. Rejab dan 31
10/27/2011 4:55:11 PM
M Saleh Mahyat Mawar tetap di luar kerana asyik makan aiskrim. Di halaman kedai itu amat luas. Di sebelah kiri ada rumah penyalai kelapa. Di sebelah kanan ada reban ayam dan itik serta angsa. Angsa itu akan berbunyi apabila ada orang datang. Di sebelah kanan reban itu ada parit dan berair penuh dengan beberapa batang sampan untuk mengangkut kelapa dari kebun. Suasana itu sungguh nyaman dan menyeronokkan. Apabila Datuk Nayan keluar dari kedai, kelihatan dia membawa beberapa bungkus barangan dan diletakkan di belakang basikal. Entah apa yang tidak cukup di rumah pun tidak tahu. Mungkin dia hendak menambah kegembiraan hati kedua-dua orang cucunya. Memang sudah di kata orang, sayangkan cucu apapun dibelikan.
Cucu Pak Nayan “Kita dapat makan aiskrim, Atuk belanja,” Mawar menceritakan dengan jujur. “Kalau macam itu boleh tinggal di sini, kawankan Atuk masuk kebun dan pergi kedai,” cetus Pak Ngah Usman. “Boleh, tapi Abang Rejab nak kena tinggal sekali,” terang Mawar sambil mengambil sebungkus makanan ringan. Pak Ngah Usman menggeleng kepala. Baru setengah hari, Mawar sudah pandai membuat keputusan sendiri. Memang sungguh di luar dugaan. Kiranya anak yang pintar itu kena banyak mengetahui sesuatu yang baru, fikirnya.
Pak Ngah Usman dan Mak Ngah Farah begitu hairan dibuatnya. Tetapi mereka tidak boleh berkata apa kerana itu kehendak seorang datuk. Lagipun, sesekali bertemu sudah tentu ingin mengembirakan hati cucu. “Sekali-sekali datang apa salahnya,” ujar Datuk Nayan sambil membawa barangan naik ke rumah. “Atuk jual pisang,” Rejab memberitahu. “Oh, kamu pergi kedai Ah Chong,” ujar Nenek Minah sambil membuka bungkusan dalam beg plastik. 32
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:32-Sec1:33
33
10/27/2011 4:55:11 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat
itu semua untukku?” jawab Rejab sambil menerima beg plastik yang berisi buah rambutan.
4
“Samalah macam datukku tu, aku pun naik bingung dibuatnya,” jelas Yusri sambil menggeleng kepala.
Teringat Kepada Datuk
PABILA sudah pulang ke bandar, Rejab sentiasa teringat kepada datuk dan neneknya yang tinggal di kampung. Dia teringat segala yang datuknya lakukan hanya semata-mata untuk mengembirakan hatinya.
A
“Apa yang datuk kau buat?” Rejab ingin tahu. Dia mengambil sebiji buah rambutan untuk dimakan. “Mula-mula sampai, datuk kaitkan buah rambutan ni, lepas tu sauk ikan dalam kolam dan bakar ikan,” cerita Yusri dengan serius. “Hah, lebih kurang macam datuk aku tu,” ujar Rejab pula. “Tapi mengapa kau tak bawa balik buahbuahan?” Yusri menoleh ke kiri dan kanan.
Baginya, datuk amat pandai untuk menghiburkan hatinya supaya tidak ingat kisah hidup di bandar. Mengapa datuknya lakukan untuk dirinya? Apakah ini yang dikata datuk lebih sayang kepada cucu?
“Oh, tak ada musin buah, kalau ada pun buah pisang,” terang Rejab sambil ketawa.
“Oh, kau pun balik rupanya,” tegur Yusri.
“Perempuan, tapi tahan lasak, ke mana datuk pergi dia ikut macam aku,” jawab Rejab sambil makan buah rambutan dengan enaknya.
kampung
juga
“Itulah, bapa saudaraku datang malam tu, mengajak aku,” jelas Rejab. “Seronok di kampung kan?” soal Yusri sambil memberi buah rambutan. “Memang. Sampai hari ini aku tak boleh nak lupa, mengapa datukku sanggup membuat 34
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:34-Sec1:35
“Err, kau kata balik kampung dengan bapa saudara, anak dia lelaki ke perempuan?” Yusri bertanya dengan penuh harapan.
“Samalah macam sepupu aku yang memang orang kampung,” ujar Yusri pula. Rejab dan Yusri duduk di bangku di luar rumah. Mereka tetap mengintai-intai Hanif 35
10/27/2011 4:55:11 PM
M Saleh Mahyat yang belum keluar dari rumah. Hati mereka resah dan gelisah kerana seorang kawan rapat masih tidak muncul-muncul lagi. “Hanif demam ke?” soal Rejab. “Tak tahulah, tapi pagi tadi dia ke sekolah,” jawab Yusri sambil membetulkan duduknya. “Agaknya tertidur,” Rejab mengandaikannya. “Cuba kau telefon!” syor Yusri sambil mengangguk. Rejab pun tidak membuang masa. Ketika itu Yusri tetap duduk di luar sambil memerhatikan penjual aiskrim di luar pagar. Kemudian dia melambai dan membeli aiskrim dua batang. “Sekejap lagi dia datang,” kata Rejab sambil menggeleng kepala. “Nah! Aiskrim,” Yusri memberi sebatang aiskrim kepada Rejab. “Terima kasih,” ucap Rejab dengan senang hati. Dia tahu, sebelum ini dia banyak belanja kawannya tanpa meminta balasan. “Hanif tidur ke?” Yusri ingin tahu. “Tertidur katanya, letih,” jelas Rejab sambil mengulum aiskrim batang perisa oren. “Tentu dia lama berendam di tepi pantai, kalau tidak masakan boleh letih macam tu,” 36
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:36-Sec1:37
Cucu Pak Nayan omel Yusri sambil mengulum aiskrim. “Kau pernah ke berkelah di pantai macam tu?” soal Rejab pula. “Tak pernah, sebab aku takut ombak,” jawab Yusri sambil mengangguk. Rejab pun turut mengangguk sama. Kiranya samalah dirinya dengan kawannya itu. Tetapi bagi orang biasa dengan laut atau pantai tidak berasa gerun atau takut ditarik ombak. Dia lebih senang dengan pemandangan di kampung daripada di pantai atau laut. Tetapi jika di ajak juga oleh ibu bapanya mungkin dia akan pergi tetapi tidak turun ke gigi air laut di pantai. Baginya, nyawa bukan boleh dijual beli. Datuk dan neneknya pun tidak pernah berkelah boleh lama hidup. Sebab di kampung mereka sentiasa memberi rezeki, terutamanya di kebun pisang yang tidak putus buahnya. Lagipun, dengan berbuat demikian wang ringgit mereka tidak susut. “Err, apa yang kau menungkan ni Rejab?” Yusri bertanya sambil menggoncang bahu Rejab. “Oh, aku teringat datukku,” jawab Rejab sambil mengangguk. “Datuk kau buat apa lagi?” Yusri ingin tahu lagi.
37
10/27/2011 4:55:11 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
“Dia mengajar anak-anak muda di kampung membaca berzanji dan bermain kompang,” terang Rejab dengan serius.
“Terima kasihlah, tadi Yusri bawa buah rambutan,” cerita Rejab sambil menerima beg plastik.
“Hai, seronok tu, kau tak cuba main kompang?” soal Yusri sambil tersengih.
“Aku tak pernah letih macam tu, balik dari berkelah dah tak terdaya dibuatnya,” terang Hanif sambil duduk di sisi Rejab.
“Cuba, tapi tak mahu jadi,” jawab Rejab sambil menggeleng kepala. “Baru sekali, kalau tiap-tiap malam sudah tentu mahu menjadi, tak nak balik ke sini lagi,” jelas Yusri. “Agaknya itu yang ayah aku tak bagi pergi ke rumah datukku,” cetus Rejab. “Apa ayah kau tak pandai main kompang?” Yusri ingin mendengar cerita Rejab lagi. “Tahu, tapi katanya bermain kompang tak sampai ke mana,” jelas Rejab sambil mencebik.
“Mungkin kau terlalu berendam dalam air laut tu,” Rejab membuat andaian sendiri. “Tak tahulah, tapi itulah yang aku rasa hingga balik ke rumah,” jelas Hanif dengan serius. “Mak ayah kau tahu tak perkara ini?” soal Yusri pula. “Aku tak cerita lagi, takut nanti tak nak pergi lagi,” jawab Hanif. “Ramai ke orang di pantai Port Dickson?” Rejab bertanya sambil makan langsat.
“Hai, bukankah itu seni dan budaya orang Melayu, di majlis-majlis perasmian dan perkahwinan diperlukan,” terang Yusri sambil menepuk-nepuk bahu Rejab.
“Oh, jangan cakap, memang tempat orang ramai mandi-manda,” terang Hanif sambil mengangguk.
Rejab menghela nafas panjang. Kemudian di lepaskan perlahan-lahan. Belum sempat bersuara, Hanif muncul dengan membawa buah tangan.
“Oh, sudah tentu di hotel tepi laut tu,” Hanif menerangkan sambil tersenyum.
“Apa yang kau bawa ni, Hanif?” soal Yusri. “Adalah, buah langsat manis ni,” jawab Hanif sambil menghulur kepada Rejab. 38
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:38-Sec1:39
“Tidur kat mana?” Yusri ingin tahu pula.
“Kalau macam tu banyak keluar duit,” Rejab mengandaikannya pula. “Tentulah, tapi kalau dah kerja tiap hari tak keluar ke mana-mana apa gunanya,” sindir Hanif sambil mencebik.
39
10/27/2011 4:55:12 PM
M Saleh Mahyat Rejab terasa sakit hati kerana katakata Hanif seperti menyindir ibu dan bapanya. Tetapi ibu dan bapanya berasal dari kampung, sudah terdidik untuk berjimatcermat kerana berasal dari orang miskin. Yusri yang turut mendengar pun panas telinga. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa kerana perkara itu akan membuat hati Hanif marah. Apabila ada kawan yang marah, sudah pasti akan bermasam-masam muka dan tidak bertegur sapa. Dia tidak mahu perkara itu berlaku kerana akan mengeruhkan keadaan sahaja. Biarlah Hanif bercakap begitu rupa, mungkin dia mendengar apa yang dibicarakan ibu dan bapanya. “Kau ke mana hari Sabtu dan Ahad lepas, Rejab?” Hanif bertanya. “Balik kampung jumpa datuk dan nenek,” jawab Rejab sambil tersenyum. “Oh, tiga buah rumah ni kosong semuanya,” ujar Hanif sambil menggelenggelengkan kepala. “Tak, mak dan ayahku ada di rumah, aku ikut Pak Ngah Usman,” jelas Rejab. “Seronok ke di kampung?” Hanif ingin tahu lagi. “Kampung, kalau orang yang berasal dari kampung memang kata seronok, tapi kalau orang bandar tak tahu macam mana,” Rejab bagaikan memulangkan batu kerasnya pula. 40
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:40-Sec1:41
Cucu Pak Nayan “Lain bulan kalau kau balik kampung, boleh ajak aku tak?” Hanif melahirkan keinginannya. “Hah, itu kena tanya mak dan ayahku dulu,” jelas Rejab. Dia masih terus makan buah langsat bersama Yusri. Sementara Hanif makan buah rambutan pula. “Aku dah bosanlah tengok bandar, pemandangannya tak berubah, bangunanbangunan batu, tak macam kampung yang banyak pokok-pokok hijau, sejuk mata memandang,” Hanif menuturkannya. Rejab dan Yusri bertemu pandang. Mereka agak hairan juga apabila Hanif menyatakan begitu rupa. Namun begitu, mereka tidak mahu bertanya mengapa dan kenapa Hanif berhasrat untuk masuk kampung datuk nenek mereka. “Tengok ni, kampung Yusri ada rambutan, kalau aku dapat ke sana bolehlah kait sama,” ujar Hanif sambil makan rambutan dengan penuh selera. “Bukan itu saja, tapi pokok durian pun ada, kalau nak makan buah tak payah beli,” jelas Yusri. “Nanti aku nak cakap pada mak dan ayahku,” putus Hanif pula. “Kau nak ikut mak dan ayahku atau mak dan ayah Yusri?” soal Rejab sambil makan buah langsat. 41
10/27/2011 4:55:12 PM
M Saleh Mahyat “Tentulah mak dan ayah Yusri dulu, di kebun datuknya ada pokok durian,” jawab Hanif sambil tersengih. “Kau pun boleh ikut sekali, boleh kita makan durian sampai puas,” pelawa Yusri pula. Rejab tidak dapat memberi jawapan lagi. Dia memang sudah tahu ibu dan bapanya terlalu sukar untuk melepaskan dirinya dengan orang lain, kecuali mengikut adikadik bapanya seperti minggu lepas. Dia pun tidak tahu bagaimana keadaan di kampung datuk nenek Yusri. Lagipun, Yusri tidak menceritakan dengan terperinci. Tetapi biasanya jika ada pokok durian, sudah pasti tanah berpasir. Bukan tanah liat seperti yang terdapat di kampung datuk neneknya. Perbezaan tanah sudah dapat mengetahui tidak sesuai untuk ditanam pokok pisang. Memang patutlah pokok buah-buahan yang banyak ditanam di sana, fikirnya. “Rejab memang susah nak diajak ke mana-mana,” ujar Yusri sambil menggeleng kepala. “Bukan macam tu, tapi mak dan ayahku tu lain sikit orangnya,” jelas Rejab sambil mengetap bibir. “Takut kau main dalam parit besar,” Hanif mengandaikannya. “Err, dalam kampung datuk nenekku 42
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:42-Sec1:43
Cucu Pak Nayan bukan ada parit besar, kalau ada pun kolam ikan tu saja,” cerita Yusri dengan serius. “Bukan begitu, tapi mak dan ayahku tu kerja,” Rejab menyatakannya dengan tenang. Hanif dan Yusri mengangguk-anggukkan kepala. Mereka tidak berjaya untuk memujuk Rejab. Hari semakin panas. Kemudian Rejab mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Ketika itu Rejab sibuk mengambil air minuman dan dibawa ke ruang tamu. Ada dua botol oren untuk menjamu mereka. “Sebotol saja cukuplah, nanti habis mak dan ayah kau tak minum,” kata Hanif sambil menolak botol oren ke sisi. Rejab mengambil botol oren lalu dibawa ke dapur untuk disimpan di dalam peti ais semula. Sejurus kemudian dia ke ruang tamu semula dengan membawa sebalang biskut koko. “Kau ni biar betul Rejab, kalau ia pun cukuplah sepiring saja,” tegur Yusri pula. Tetapi dia mengambil sekeping untuk merasa keenakannya. “Tak mengapa, habis boleh beli lagi,” ujar Rejab sambil mengambil sekeping untuk dimakan. “Makan sikit, masakan nak dihabiskan, buruk sangatlah kita ni,” terang Hanif sambil 43
10/27/2011 4:55:12 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat mengambil sekeping juga. Selepas makan biskut dan minum air oren, mereka membaca buku yang banyak di rak-rak. Begitulah pada kebiasaannya apabila berada di dalam rumah Rejab. Tetapi Rejab jarang bertandang ke rumah Hanif atau Yusri. Entah mengapa pun tidak tahu. Mungkin mereka tidak mendapat izin daripada ibu dan bapa untuk membawa masuk Rejab ke dalam rumah. “Ini buku baru nampaknya,” Hanif membelek-belek kulit novel kanak-kanak yang masih keras. “Memang baru beli, tak baca lagi pun,” jelas Rejab. Yusri pun membaca buku yang terbaru. Mungkin itu satu set dengan buku yang di tangan Hanif. “Semua ni satu set, ada lapan judul,” terang Rejab sambil mengangkat enam naskhah.
5 Rejab Yang Kesunyian
INGGU itu, kebetulan ayah Rejab pergi mesyuarat di Langkawi. Ibu membawa Rejab pulang ke rumah datuk dan nenek sebelah ibu. Kampung halamannya lebih kurang seperti di tempat datuk dan nenek sebelah bapanya. Rejab agak serasi dengan keadaan tersebut.
M
Tetapi dia merasa kesunyian kerana tiada sepupu sebelah ibunya. Hendak berbual pun tiada kawan. Dengan datuk dan nenek tidak begitu serasi kerana mereka pun tidak semesra datuk dan nenek sebelah bapanya. Oleh kerana jarang-jarang pulang ke kampung, begitulah keadaan yang timbul. Rejab benar-benar tidak ceria di kampung datuk dan nenek sebelah ibunya. Ibu pun dapat mengetahuinya tetapi tidak dinyatakan di hadapan kedua-dua ibu bapanya. Mujur dia membawa satu set novel
44
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:44-Sec1:45
45
10/27/2011 4:55:12 PM
M Saleh Mahyat kanak-kanak yang baharu dibeli minggu lepas. Dapat juga dia duduk diam sambil membaca dengan tekun. Tiada siapa mengganggu sepanjang pembacaannya. Di sisinya ada dibekal sebotol air oren dan biskut. Tidak ke mana-mana dia bergerak. Begitulah keadaan jika tiada adikberadik atau sepupu-sepupunya. Jika tidak sudah tentu hendak membaca pun tidak senang dibuatnya. Rejab dapat merasakan, memang ada perbezaan di antara adik-beradik ibunya dengan adik-beradik bapanya. Sebab adikberadik bapanya apabila hendak pulang ke rumah datuk dan nenek di kampung memberitahu atau mengajak anak-anak saudaranya. Tetapi ibu tidak mahu berbuat begitu kerana ingin mencari ketenangan sendiri. Hasilnya Rejab yang kesunyian sepanjang berada di kampung. Memang Rejab berasa jemu dan bosan dalam keadaan tersebut. Mujur juga dia sudah membuat persediaan lebih awal. Tidaklah duduk kosong kerana bahan-bahan bacaan itu dapat menghiburkan hatinya. Watak-watak yang dicipta oleh pengarang seperti hidup dengan pelbagai ragam. “Kalau aku ikut ke kampung datuk dan nenek Yusri sudah tentu seronok,” bergema umgkapan itu dalam hati Rejab. Seperti apa yang diceritakan oleh 46
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:46-Sec1:47
Cucu Pak Nayan Yusri, datuknya ada memelihara ikan dalam kolam. Tentu dia boleh melihat bagaimana ikan-ikan itu diberi makanan. Malah, apabila hendak makan ikan itu boleh disauk dengan tangguk. Cerita Yusri sungguh mengasyikkan, fikirnya. Rejab amat kepingin menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Tidak puas hanya mendengar cerita Yusri. Bukan bererti dia tidak percaya pada cerita. Baginya, cerita itu terlalu ringkas dan kurang terperinci sehingga pusing kepalanya untuk membuat andaian sendiri. Entah mengapa dia berfikir sedemikain rupa terhadap kawan-kawannya. Sedangkan di sekolah sudah ada belajar cara-cara mengarang cerita supaya dapat difahami orang yang mendengarnya. Tetapi nampaknya masih begitu juga halnya dan tidak ada peningkatan dalam perkara tersebut. Pada hal, setiap kali bertandang ke rumahnya, dia menyediakan pelbagai judul novel kanak-kanak. Mungkin mereka tidak mengambil contoh cara bercerita yang ditulis oleh pengarang. Sepatutnya mereka guna pakai apa yang telah dibaca. Baharulah ada kemajuan demi kemajuan dari sehari ke sehari. Rejab masih teringat sewaktu di rumah datuk dan nenek sebelah bapanya. Datuknya ada sahaja kerja yang dilakukan, seolah-olah 47
10/27/2011 4:55:12 PM
M Saleh Mahyat ingin menggerakkan akal fikirannya. Memang dia dapat suatu pengalaman baharu selama berada di sisi datuknya. Dengan pengalaman itu dia boleh bercerita kepada kawankawannya yang ingin tahu tentang kampung. Selepas itu, Hanif ingin mengikut Yusri pulang ke kampung datuknya untuk makan durian dan sebagainya. Tetapi, jika Hanif ikut pulang ke kampung datuk dan nenek sebelah ibunya, sudah tentu dia berasa resah dan gelisah. Mujur dia sudah mengikut Yusri makan durian. Perkara itu akan diceritakan kepada Rejab nanti bagaimana seronoknya di rumah datuk nenek Yusri.
Cucu Pak Nayan “Jom tengok ayah abang di belakang rumah,” ajak Syawal yang menggelarkan dirinya ‘abang‛. Dia segera turun dari rumah sambil mengangkat tangan kepada datuk dan nenek serta ibunya dan ibu Rejab. Rejab segera mengekori Syawal. Kiranya di belakang rumah ada dua buah kolam ikan keli dan talapia. Kepalang banyaknya ikan yang dipelihara. Ayah Syawal dan dua orang pembantu sedang memberi makanan ikan. “Hah, macam ini barulah seronok, tak macam di rumah datuk tadi,” cetus Rejab. “Di rumah datuk mengapa?” Syawal ingin tahu.
Selepas makan tengah hari, ibu mengajak datuk dan nenek ke rumah kakak yang tua tinggal di kampung sebelah. Rejab mula menunjukkan wajah yang agak ceria kerana dapat bertemu dengan sepupunya. Barulah dia boleh berbicara kerana dapat kawan sebaya.
“Tak ada kawan, duduk sorang-sorang,” jelas Rejab dengan jujur.
“Bila Rejab datang?” tanya Syawal sambil bersalaman.
“Hmm, dah lama tak jumpa dia orang,” ujar Rejab.
“Oh, pagi tadi, dengan mak saja, ayah pergi ke Langkawi,” jawab Rejab sambil tersenyum.
“Sekarang dia orang dah pindah ke bandar, dah lama tak balik pun,” kata Syawal sambil mencebik.
“Malam ni tidur di sini,” pelawa Syawal dengan penuh harapan.
“Minggu lepas aku balik dengan Pak Ngah ke rumah datuk, datuk menjala ikan dan panggang ikan, seronok,” cerita Rejab dengan senang hati.
“Tengoklah nanti,” ujar Rejab dengan senang hati. 48
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:48-Sec1:49
“Abang pun tak suka pergi rumah datuk, tapi kalau ada anak-anak Mak Ngah, Pak Lang dan Mak Su bolehlah,” terang Syawal sambil menuding ikan keli yang menangkap makanan dengan gelojoh.
49
10/27/2011 4:55:13 PM
M Saleh Mahyat “Hah, ini nanti kalau kau nak tidur di sini, boleh ayah abang panggang ikan keli,” terang Syawal. Rejab mengangguk-angguk. “Oh, kamu suka makan ikan keli panggang rupanya,” kata Pak Long Hashim sambil berjabat tangan. “Pak Long, banyak ikan nampaknya,” suara Rejab sambil membalas dan mencium tangan bapa Syawal. “Ayah mana, tak nampak?” Pak Long Hashim bertanya. “Mesyuarat di Langkawi,” jelas Rejab. Kemudian Pak Long Hashim mengambil tangguk. Dengan segera ditangguk dapat beberapa puluh ekor ikan keli yang sudah cukup besar. Pembantunya mengisi ke dalam baldi. “Datuk dan nenek pun datang sekali ke rumah kita ya Syawal?” Pak Long Hashim inginkan kepastian. “Ya, ayah, tentu nak makan malam di rumah kita,” andaian Syawal pula. “Tak apalah, boleh ayah siang ikan keli, buat panggang sedap,” kata Pak Long Hashim. Rejab sungguh senang hati mendengar kata-kata Pak Long Hashim. Sikap ayah Syawal lebih kurang sama dengan datuknya 50
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:50-Sec1:51
Cucu Pak Nayan minggu lepas. Orang seperti ini memang amat disenanginya. Dia pun boleh menunggu sehingga ikan keli masak dipanggang. “Syawal, pergi ambil daun cekor dan serai empat batang,” perintah Pak Long Hashim. “Baiklah ayah,” ujar Syawal dan segera berlalu pergi. “Samalah macam atuk aku, ini tentu nak buat sambal santan pekat,” jelas Rejab sambil mengekori Syawal. “Oh, kau dah tahu alat-alat nak buat rencah sambal tu rupanya,” kata Syawal sambil mencungkil pokok cekor. “Biar aku pegang, abang boleh potong serai,” ujar Rejab sambil menadah tangan kanannya. “Pokot serai ni miang sikit daunnya,” kata Syawal. Dia terus memotong pangkal pokok serai, kemudian memotong daunnya dan menyiat kelopak-kelopak sehingga bersih. “Kelapa tak ambil mengingatkan Syawal.
sekali?”
Rejab
“Oh, kelapa sudah ada di dapur, ayahku kopek banyak semalam,” jelas Syawal sambil tersengih. “Baguslah macam tu, tak payah nak kopek setiap kali nak masak,” ujar Rejab pula. Dia pun mengekori Syawal untuk memberi serai 51
10/27/2011 4:55:13 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat dan cekor kepada ibunya.
tinggi, hanya paras dada sahaja.
“Ayah kamu mana?” tanya ibu sambil menyambut serai dan cekor.
Syawal menyambut dari tangan ibunya dan dimasukkan ke dalam bakul. Rejab berasa begitu senang hati dapat melihat ibu Syawal memetik pucuk ubi. Sebelum ini dia memang tidak pernah melihat bagaimana untuk memperolehi pucuk ubi.
“Ada, tengah siang ikan, nak dipanggang katanya,” jawab Syawal sambil tersengih. “Tak apalah, nanti mak petik pucuk ubi nak celur,” terang ibunya. Rejab hanya mendengar sahaja. Dia tidak mahu mencelah. Lagipun, dia tahu pucuk ubi itu akan dicicah dengan sambal santan pekat bersama ikan keli panggang seperti yang datuknya buat sewaktu berkunjung minggu lepas. Memang amat menyelerakan sekali masakan seumpama itu. “Mari temankan mak masuk kebun, mak nak petik pucuk ubi,” ajak ibunya sambil mengambil bakul. “Marilah mak! Jom! Rejab,” kata Syawal pula. “Jauh ke kebun ubi tu?” Rejab ingin tahu. “Tu, sebelah barat sana, nampak pun dari sini,” ujar Syawal sambil membawa bakul. Ibu Syawal mendahului mereka. Syawal di belakang ibunya dan Rejab di belakang sekali. Mereka masuk ke dalam kebun ubi yang luar. Apabila sudah tiba, ibu Syawal memetik pucuk ubi dengan pantas. Pokok ubi itu memang ditanam tetapi belum berapa 52
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:52-Sec1:53
“Pucuk paku tak petik sekali ke mak?” Syawal mengingatkan ibunya. “Petik, biar bercampur-campur sikit, barulah sedap kita makan,” sahut ibunya sambil memetik pucuk ubi lagi. Selepas itu baharu masuk kebun yang banyak pucuk paku. Begitu ligat tangannya memetik dan Syawal menyambutnya untuk dimasukkan ke dalam bakul. Rejab tercengang-cengang dibuatnya. Dia memang tidak pernah nampak orang memetik pucuk paku. Rupanya ianya mudah dipetik dan sedap dibuat sayur lemak atau ramuan dalam pecal. Begitulah kemahiran orang kampung yang tidak perlu membeli di pasar. “Kacang panjang tak petik sekali mak?” Syawal bertanya lagi. “Petik, nanti lepas ni,” jawab ibunya sambil memetik pucuk paku. “Banyak Rejab.
campuran
sayur
ni,”
bisik
“Makan sayur ni baik untuk kesihatan 53
10/27/2011 4:55:13 PM
M Saleh Mahyat tubuh badan kita,” jelas Syawal pula. Dia terasa berat menjinjing bakul sayur. “Biar aku tolong bawa bakul tu,” Rejab menawarkan dirinya pula. “Tak apa, bukannya jauh sangat,” Syawal tidak membenarkannya. Dia tahu Rejab sebagai tetamunya yang harus dihormati. Kemudian ibu Syawal memetik kacang panjang yang banyak di tapak tanamannya bersebelahan dengan batas ubi kayu yang dipetik pucuknya tadi. Syawal pun turut memetik dan bakul diletak di atas tanah. Apabila sudah cukup untuk sekali makan, mereka pun pulang. “Ada kebun sayur sendiri memang senang, tak payah beli di pasar,” ujar Rejab. “Tinggal di kampung memang nak kena rajin bercucuk tanam,” terang Syawal sambil menarik nafas. “Syawal, ambil besen atau dulang untuk bekas ikan panggang ni,” perintah Pak Ngah Hashim. “Baiklah ayah,” Syawal segera berlari anak dan mendaki tangga dapur. Sebentar kemudian dia turun dengan membawa dulang untuk mengisi ikan keli panggang. Bau harum yang semerbak membuka selera Rejab dan dua beranak. Namun begitu tiada siapa yang mahu menyatakan sebelum berada di atas hidangan. Sama-samalah 54
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:54-Sec1:55
Cucu Pak Nayan menunggu rasa untuk dicicah dengan sambal santan pekat berserta pucuk ubi, pucuk paku dan kacang panjang. “Kamu pernah tengok orang panggang ikan keli macam ini, Rejab?” Pak Ngah Hashim bertanya sambil membalik-balikkan ikan di atas bara. “Pernah, semasa datang ke rumah datuk minggu lepas,” jawab Rejab sambil mengangguk. “Dicicah dengan apa ikan ni?” soal Syawal pula. “Tentulah dengan sambal santan pekat cili api dan pucuk-pucuk,” jawab Rejab dengan lancar. “Pernah makan tak apa, pedas tapi sedap kan?” tegas Pak Ngah Hashim sambil membetulkan bara. Syawal mengangguk-anggukkan kepala kerana Rejab mudah melayan bapanya. Dia pun merasa senang hati kerana sepupunya bijak berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa. Memang begitulah anak orang bandar yang bercampur gaul dengan bangsa Cina dan India. Dia amat mengagumi Rejab yang sesekali bertemu. Dan dia tidak tahu bagaimana keadaan Rejab di bandar. Mungkin kawankawannya lebih terbuka dan terdiri daripada orang bandar belaka. Itu hanya andaiannya 55
10/27/2011 4:55:13 PM
M Saleh Mahyat sahaja tetapi berkemungkinan kerana ibu dan bapanya pun bekerja di bandar. Dia pun tidak pernah bertandang ke rumah Rejab di bandar. “Ayah kamu pergi Langkawi, kenapa kamu tak ikut sekali?” Pak Ngah Hashim mengusik Rejab. “Mak kata nanti ada cuti boleh pergi semua, naik kapal terbang dari KLIA,” Rejab menyatakannya sambil menjeling Syawal. “Wah! Tengok ayah! Naik kapal terbang, kita bila nak merasa pun tak tahu,” cetus Syawal pula. “Mak dan ayahnya ada kerja, tentulah boleh, tapi mak dan ayah kamu ni hanya orang kampung, mana ada duit banyak,” jelas Pak Ngah Hashim sambil membalik-balikkan ikan keli panggang. “Mahal ke tambang kapal terbang tu ayah?” Syawal ingin tahu lagi. “Mana ayah tahu, kalau nak tahu pergi tanya Mak Long,” terang Pak Ngah Hashim. “Masa makan nanti boleh saya tanya, ada seronoknya sikit,” kata Syawal pula. “Hah, ini sudah boleh dibawa naik, nanti ambil besen saja, tinggal sikit lagi ni,” perintah Pak Ngah Hashim lagi. “Mari Rejab, tolong aku berat ni,” ajak Syawal sambil mengangkat dulang dengan 56
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:56-Sec1:57
Cucu Pak Nayan kedua-dua belah tangannya. “Marilah, aku tolong,” kata Rejab sambil mengangkat dulang berdua dengan Syawal. Pak Ngah Hashim begitu senang hati melihat keakraban dua sepupu yang sesekali bertemu. Perkara itu seharusnya disemai dan dibajai saban bulan agar tidak kering dan layu dek panas matahari di siang hari. Semoga nanti bakal wujud suatu keluarga bahagia yang memang diharapkan oleh orang tua. Sepupu-sepupu memang wajar dirapatkan tali persaudaraan supaya tidak mudah lupa sehingga tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi yang jelas, pihak Rejab sahaja yang kerap bertandang ke rumah sepupu-sepupunya setakat ini. “Petang ini ada apa bang?” Rejab ingin tahu. “Kata ayah, nak naikkan ikan dalam kolam tu, tunggu lori datang saja lagi,” jelas Syawal. “Hah, ini yang seronok nak tengok, aku tak pernah tengok ni,” terang Rejab sambil membawa besen turun ke tanah. “Bila ikan-ikan tu dah habis dinaikkan, kolam tu nak buat apa?” Rejab ingin tahu pula. “Dikeringkan dan dibersihkan, lepas tu baru boleh dimasukkan benih yang baru,” ujar Syawal yang berpengalaman tentang 57
10/27/2011 4:55:13 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat kolam ikan. Rejab terangguk-angguk mendengar penerangan Syawal. Baginya, itu suatu pengalam baru yang harus dikumpul untuk dijadikan bahan cerita waktu bersama-sama kawan-kawannya di bandar nanti.
6 Banyak Pengalaman
ENGALAMAN di rumah Syawal masih tergambar di fikiran Rejab. Dia memang tidak boleh lupa perkara yang sungguh menarik hatinya. Sebabnya, di sana tidak ada dan sukar diperolehi dengah mudah. Itulah yang akan di abadikan dalam buku catatannya.
P
Rejab memang ingin mengumpul seberapa banyak pengalaman. Dengan adanya itu semua akan memudahkan dirinya untuk memilih yang mana satu lebih baik. Sebab yang baik itu amat berguna untuk semua orang yang ingin tahu. “Apa yang kau tulis tu Rejab?” tanya Yusri yang baru datang ke rumah Rejab. “Hmm, aku tulis diari ni, minggu lepas aku pergi ke rumah sepupu sebelah mak,” jawab Rejab sambil menunjuk tulisan dalam diarinya kepada Yusri.
58
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:58-Sec1:59
59
10/27/2011 4:55:13 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
Yusri pun membaca dengan penuh teliti sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian dia memandang Rejab dengan penuh kehairanan. Rejab pun serba salah dibuatnya. Belum sempat dia bersuara, Yusri sudah berkata, “kalau begitu samalah macam di rumah datukku, musim menuai ikan peliharaan.”
Mendengar kata-kata Rejab, Yusri serba salah dibuatnya. Sedangkan dia sudah memberitahu ibu bapanya tetang Hanif hendak ikut ke rumah datuknya di kampung. Tetapi pada masa yang di tetapkan Hanif tidak muncul-muncul. Hati mana yang tidak marah kerana sudah berjanji dengan baik sebelumnya.
“Hanif jadi ikut ke rumah datuk kau?” Rejab ingin tahu.
“Aku tahu perasaan kau tu, Yusri, tapi apa gunanya nak dikesalkan kerana kerana kita sudah tahu rentak hidupnya,” Rejab menyatakan dengan serius.
“Tak ada, aku tunggu-tunggu dia tak keluar rumah, kami pun terus balik kampung,” jelas Yusri. Rejab menggeleng kepala. Dia begitu hairan dengan sikap Hanif. Mulalah dia membuat andaian sendiri tentang diri Hanif. Mungkin datuk dan neneknya tinggal di bandar, ibu bapanya tidak membenarkan dirinya berkawan dengan orang kampung. “Apa yang kau fikirkan lagi ni, Rejab?” soal Yusri agak bersusah hati. “Aku hairanlah tengok Hanif, pada mulanya bukan main lagi bersungguhsungguh, tapi bila tiba masanya mendiamkan diri,” jawab Rejab dengan perasaan geram. “Apa kata kita tak usah pedulikan dia lagi?” Yusri melahirkan perasaan buruk pula. “Yusri, jangan buat begitu tak baik, nanti nama baik kita tercemar,” ujar Rejab dengan tenang. 60
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:60-Sec1:61
Benar juga kata Rejab, fikir Yusri. Orang yang berasal dari bandar memang tidak boleh di samakan dengan orang yang berasal dari kampung. Entah mengapa pun tidak tahu. Mungkin kerana persekitaran yang membezakan diri mereka. Biarpun anak-anak yang sesekali yang masih kecil itu di bawa pulang ke rumah datuk dan neneknya di kampung, tetapi tahu untuk menyesuaikan diri dan nampak sopan santunnya. “Kita ni memang beruntung, cucu orang kampung tapi tinggal di bandar,” cetus Rejab sambil ketawa. “Kau ni buat aku geli hati, sakit perut aku dibuatnya,” Yusri ketawa. Rejab masih ketawa lagi sambil menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Dia pun tidak menduga boleh melompat kata-kata yang menggelikan perut Yusri. Sebenarnya 61
10/27/2011 4:55:14 PM
M Saleh Mahyat dia tidak sengaja untuk mentertawakan Yusri. Malah, sedikit pun tidak berniat ingin menyindir. Baginya, Yusri salah seorang kawan yang paling akrab dengannya. Apatah lagi datuk dan neneknya ada di kampung seperti datuk dan neneknya juga. Dengan adanya kampung, dia boleh mendapat pengetahuan tentang kampung dan penghuninya. “Kalau kita dapat balik seminggu sekali ke kampung, bolehlah kita dapat banyak pengalaman,” ujar Rejab.
Cucu Pak Nayan rumah Hanif. Tidak nampak bayangnya pun. Entah mengapa dia tidak mahu keluar pun tidak tahu. Mungkin dirinya berasa bersalah kerana tidak menepati janjinya. “Kacang ni,” Yusri mengunjuk bekas kacang putih kepada Rejab. Dia tetap memamah sebiji demi sebiji dengan enaknya. “Makan kacang ni boleh mengasyikkan,” kata Rejab sambil mengambil segenggam kacang putih.
“Betul, kalau tinggal di bandar macam ni, apa yang ada,” rungut Yusri pula.
“Kalau di kampung datuk aku kan, boleh petik petai belalang sebagai kudap-kudapan,” terang Yusri sambil memamah kacang putih.
“Di kampung kita boleh tengok orang menternak ikan dalam kolam,” Rejab berkata sambil tersenyum.
“Petai tu macam mana rupanya?” Rejab ingin tahu pula. Dia memang jarang mendengar nama tersebut.
“Bukan itu saja, tapi banyak lagi yang menjadi sumber pendapatan orang kampung,” jelas Yusri.
“Nanti aku balik sekejap, aku ada bawa balik untuk kau pun,” katanya sambil berlari anak ke rumahnya di sebelah rumah Rejab.
Seorang India penjual kacang putih datang. Yusri segera membeli sebungkus kacang putih sebagai kudap-kudap.
“Pergilah, aku tunggu di sini,” balas Rejab sambil makan kacang putih dengan senang hati.
“Aiskrim belum datang lagi ni,” bisik Rejab sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Tidak berapa lama minit kemudian, Yusri muncul semula dengan membawa petai belalang beberapa papan. Rejab pun memerhati dengan begitu asyik sekali.
“Sekejap lagi datanglah tu,” ujar Yusri. Mereka duduk di bangku kayu di luar rumah. Dalam pada itu mereka memerhati 62
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:62-Sec1:63
“Begini cara mengupasnya untuk dimakan,” terang Yusri sambil menarik kulit petai belalang dengan perlahan. 63
10/27/2011 4:55:14 PM
M Saleh Mahyat “Oh, petai ini tentu boleh dibuat masak tumis,” Rejab menyatakannya sambil menelan air liur. “Sudah tentu, tapi kena banyak, kalau sikit boleh dimakan begitu saja,” ujar Yusri dengan senang hati. “Orang kampung juga yang pandai makan itu dan ini, kita di bandar ni tak jumpa di pasar,” Rejab mengandaikannya. “Itulah, aku kata banyak keistimewaan orang kampung, tak macam orang bandar,” jelas Yusri dengan serius. “Hanif juga yang tak nak sedar, entah kenapa pun tak tahu,” rungut Rejab. “Aku fikir begini, dia nak ikut, tapi mak dan ayahnya tak izinkan,” cetus Yusri. “Ya, betul juga, macam aku dulu, nak ikut Pak Ngah tapi mak dan ayahku tak nak lepaskan aku,” jelas Rejab yang berpengalaman tentang perkara yang sama. Yusri terdiam sejenak. Dia tidak mengalami perkara tersebut memang dia tidak tahu. Betapa marah dan geramnya terhadap ibu bapa yang tidak mahu memahami naluri seorang anak. Penjual aiskrim pun lalu di hadapan rumah dan Rejab melambai. Dibelinya dua batang aiskrim, dan satu diberi kepada Yusri. Terasa kesegarannya dan hilang dahaga di sebelah petang. 64
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:64-Sec1:65
Cucu Pak Nayan Di jalan raya di hadapan rumah Rejab ada beberapa orang budak lelaki dan perempuan berbasikal. Mereka begitu seronok bermain seumpama itu. Berulang-alik dari pangkal ke hujung. “Kita tak pernah dilepas bebas macam tu,” bisik Rejab sambil menjilat aiskrim. “Itu kita, tapi mak dan ayah dia orang tak kisah,” jelas Yusri pula. “Bahaya tu, kalau ada motosikal laju atau kereta, kena langgar,” kata Rejab. “Kita yang nampak di sini, sepatutnya kita halang budak-budak tu,” ujar Yusri sambil menjilat aiskrim. “Betul, tapi kalau mak dan ayahnya dah lepas, masakan nak dengar cakap kita,” tegas Rejab sambil menggeleng kepala. Yusri pun sukar untuk mengatasi perkara tersebut dan membiarkan apa yang budak-budak itu lakukan. Dia tidak boleh berbuat apa kerana budak-budak itu di bawah pengawasan kedua ibu bapanya atau mengasuh. “Marilah masuk ke dalam rumah,” pelawa Rejab. Yusri tidak membantah. Setelah selesai makan aiskrim, Rejab mengajak Yusri masuk ke dalam rumah. Di dalam boleh membaca novel kanak-kanak yang banyak terdapat di rak-rak buku.
65
10/27/2011 4:55:14 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat “Ambillah mana-mana buku kau nak baca,” ujar Rejab. Dia menulis diarinya lagi. Apabila sudah dapat buku, Yusri tidak berbicara lagi. Dia begitu asyik dengan buku di tangannya. Rejab pun tidak kisah kerana dia pun sedang mengemaskan diarinya. Dia tidak mahu ada yang tertinggal dari catatannya. “Minggu depan, minggu akhir bulan, mak dan ayahku nak ke mana agaknya?” tanya pada dirinya sendiri sambil menganggukangguk. “Mengapa dengan kau ni Rejab?” Yusri bertanya setelah menyedarinya. “Mak dan ayahku minggu depan nak ke mana agaknya?” soal Rejab serius. “Itu pun kau tak tahu?” Yusri bertanya sambil menggeleng kepala. “Aku tak dengar mereka bercakap,” ujar Rejab sambil mencebik. “Balik kampung la tu agaknya,” Yusri mengandaikannya. “Kalau begitu aku nak ajak datuk aku cari petai belalang,” cetus Rejab sambil tersenyum. Yusri turut tersenyum.
66
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:66-Sec1:67
7 Rejab Pulang ke Kampung
EMANG benar, segala-galanya ada di kampung. Ibu dan bapa Rejab pulang ke kampung. Kebetulan pula di kampung isteri Pak Lang Ali ada kenduri perkahwinan adik Mak Lang Sarah yang bekerja di Sarawak.
M
Pak Lang Ali dan Mak Lang Sarah ada anak bernama Saaban. Usianya baru tujuh tahun. Sungguhpun begitu amat senang untuk dibawa berbicara dengan Rejab. Budaknya cerdik kerana di bawah asuhan berbayar sejak kecil. Bahasa Inggeris cair di mulutnya. Sebab ibu dan bapanya memang orang terpelajar. Kereta pun ada dua buah seperti ibu dan bapa Rejab juga. Tetapi bapa Saaban bekerja di bank dan ibunya bekerja di sebuah syarikat swasta. Biarpun begitu mereka tetap sibuk sehingga tidak ada masa untuk bertandang ke rumah Rejab. Namun 67
10/27/2011 4:55:14 PM
M Saleh Mahyat begitu tetap bertemu apabila ada kenduri dan sebagainya. “Saaban tak balik rumah Datuk Nayan?” tanya Rejab sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya. “Balik, tapi tak tahu bila,” jawab Saaban sambil memerhati jemputan yang hadir. “Hah, itu pun Datuk Nayan,” kata Rejab sambil menuding ke arah jalan masuk rumah. “Atuk datang dengan siapa?” Saaban ingin tahu. “Dengan Pak Su Abu Bakar agaknya,” ujar Rejab. “Pak Su… tak nampak pun,” rungut Saaban. “Agaknya dia datang kemudian, ataupun letak kereta jauh,” Rejab mengandaikannya pula. “Jalan sempit, kereta susah nak berselisih,” kata Saaban sambil menggaru kepala. “Itu pun satu, tapi di kampung tak macam di bandar,” ujar Rejab lagi. Pak Nayan yang menyedari dua orang cucunya segera bersalaman dengan mesra. Mereka pun mencium tangan datuk yang berbaju Melayu dan berseluar panjang. Kemudian bertemu dengan besannya yang 68
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:68-Sec1:69
Cucu Pak Nayan mengelolakan majlis perkahwinan anaknya. “Hah, Rejab dan Saaban dah sampai dulu rupanya,” tegur Mak Minah, nenek mereka. “Dah, dah makan pun, Pak Su mana Nek?” Rejab ingin tahu. “Ada di belakang, letak kereta di rumah orang, tepi jalan tak boleh selisih,” terang Mak Minah sambil menggosok kepala keduadua orang cucunya. Mak Su Sidah dan Melor juga berjabat tangan dengan Rejab dan Saaban. Melor baru enam tahun. Namun begitu mulutnya macam bertih goreng apabila bercakap. Tiga sepupu itu sudah berada di situ, dan hanya tinggal seorang lagi sepupu yang belum muncul. “Pak Ngah Usman mana, tak nampak lagi?” Rejab bertanya sambil memerhati para tetamu yang keluar masuk di bawah khemah. “Ada hal agaknya,” bisik Saaban. “Entah-entah bersama Pak Su belakang,” Rejab membuat andaian pula.
di
Orang ramai semakin lebat berkunjung dan bertali arus. Sebanyak lima buah khemah penuh sesak. Mungkin banyak penduduk kampung yang di jemput. Apa yang Rejab dengar, seekor lembu disembelih dan ayam pula tiga pukul. Memang patutlah ramai yang datang, fikirnya.
69
10/27/2011 4:55:14 PM
M Saleh Mahyat Apabila Rejab ternampak Pak Su Abu Bakar, ada bersama Pak Ngah Usman tiga beranak, sekali lagi dia bertemu dengan Mawar. Kemesraan tetap terjalin dengan begitu indah. Malah, mereka masih ingat sewaktu bersama-sama di rumah datuk dan nenek tempoh hari. “Nanti kita semua nak singgah rumah nenek,” kata Mawar. “Baguslah, tapi tak boleh tengok Atuk panggang ikan keli lagi,” cetus Rejab sambil tersengih. “Tak apa, tapi boleh petik petai belalang,” ujar Rejab. “Err, bukankah busuk baunya, Mawar tak suka makan,” kata Mawar sambil berlari ke arah ibunya yang melambai untuk masuk ke bawah khemah. Rejab dan Saaban turut masuk ke bawah khemah untuk berbual dengan Mawar. Dia fikir orang yang paling sibuk ialah Pak Lang Ali kerana di rumah ibu bapa mertuanya mengadakan majlis kenduri nikah kahwin. Sebagai wakil tuan rumah terpaksa melayan para jemputan yang hadir. Di situ baru nampak tidak sempat melayan adik-beradik. Kemunculan adik-beradik, ipar-ipar pun sudah menyenangkan hati. Rejab dan Saaban yang dari tadi memerhati orang datang sudah tidak mampu untuk melakukannya lagi. Biarlah 70
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:70-Sec1:71
Cucu Pak Nayan siapa yang datang asalkan bapa saudara dan sepupu-sepupu sudah ada di hadapan mata terubat rasa rindunya selama ini. Jika tidak sukar untuk bertemu mesra seumpama itu. Tambahan berpakaian serba baru dan menarik. Apabila mendengar paluan kompang mengarah pengantin, Rejab teringat pasukan kompang datuknya. Dia begitu yakin kerana bunyinya tidak berbeza. Ada kompang dan beduk. Indah sungguh bunyinya, seolah-olah terbayang wajah datuknya. Kemudian dia menghampiri datuknya yang sedang menjamu selera. Dia terus berbisik, “itu pasukan kompang Atuk ke?” “Ya, pergilah tengok,” arah Pak Nayan yang terganggu seleranya. Rejab dan Saaban berlari anak untuk mendapatkan arakan pengantin lelaki dari surau. Alangkah gembiranya mereka kerana yang mengiringi pengantin itu pasukan kompang datuk mereka. Mereka sudah mendapat pengesahan lebih awal supaya tidak tersalah orang. Kampung datuk mereka tidak jauh dari kampung itu. Bagaimanapun, orang yang ingin mengadakan permainan kompang kena pilih ketuanya siapa, dan kebetulan sesama besan. Di situlah cara untuk mengeratkan hubungan tali persaudaraan. Secara tidak langsung di kemudian hari ada orang yang teringin 71
10/27/2011 4:55:15 PM
M Saleh Mahyat membuat tempahan pula. Apabila pengantin lelaki sudah tiba di hadapan tangga, pengantin perempuan pun diiring untuk menyambut suaminya. Ketika itu lagu ‘Salurabbuna‛ berkerutup seperti bertih digoreng bunyinya. Amat rancak sekali hingga terhenti orang yang sedang menyuap nasi ke mulut masing-masing. Rejab dan Saaban pun turut asyik dengan lagu yang didendangkan oleh para pemain kompang. Apatah lagi dengan paluan beduk yang kerap membuat suasana meriah sekali. Kiranya kompang sudah boleh menimbulkan semangat ke dalam jiwa semua orang. Apa yang lebih menarik, pada permukaan kompang dan beduk ada bertulis ‘Pasukan Kompang Pak Nayan‛. Cucu-cucu mana yang tidak mengagumi datuknya? Pakaian pemain kompang pula seragam, bersongkok hitam, berbaju batik dan berseluar hitam. Fikir Rejab bukan sedikit modal yang dilabur. Tetapi semuanya diadakan sendiri atas persetujuan ramai. “Macam pasukan pancaragam di sekolah kita,” bisik Rejab. “Itu di bandar, tapi ini di kampung,” terang Saaban sambil tersengih. Mereka pergi mencari Pak Nayan. Kiranya dia sedang melayan beberapa orang peminat yang datang dari luar kampung 72
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:72-Sec1:73
Cucu Pak Nayan tersebut. Dari apa yang mereka perkatakan, dapat didengar. “Ke mana kami bersedia bermain,” terang Pak Nayan. “Kami nak buat majlis perasmian sebuah gedung perniagaan,” kata salah seorang daripada mereka. “Boleh, tapi beri alamat dan nombor telefon,” ujar Pak Nayan lagi. “Kalau begitu kami jemput dengan van nanti, pergi dan balik kami tanggung,” jelasnya pula. Rejab dan Saaban menganggukanggukkan kepala. Kemudian mereka segera berlari untuk mendapatkan ibu dan bapa masing-masing. Setelah itu bertemu kembali. “Apa kata ayah kau?” Rejab ingin tahu. “Ayah kata, setakat bermain kompang nak buat apa?” Saaban mencebik. “Sama macam ayah abang, dia tak suka kegiatan Atuk,” ujar Rejab dengan suara yang penuh sesalan. “Mengapa ayah kita macam tu?” soal Saaban. “Entahlah, ayah sendiri disenanginya,” jawab Rejab.
pun
tak
“Kita jangan buat macam itu, tak baik,” ujar Saaban. 73
10/27/2011 4:55:15 PM
M Saleh Mahyat Rejab mengangguk. Wajahnya agak muram sedikit. Dia tidak lagi selincah pada awalnya kerana bapanya sudah mematahkan semangatnya. Apa yang dia harap pulang ke kampung dapat kegembiraan, tetapi sebaliknya pula. Hanya Saaban sahaja yang tahu apa puncanya. Petang itu, ibu bapa Rejab singgah ke rumah datuk dan nenek. Pak Ngah Usman dan Pak Su Abu Bakar. Hanya Pak Su Abu Bakar tidak turut serta kerana di rumah bapa mertuanya belum selesai buat kenduri nikah kahwin. Dengan adanya tiga orang anak datuk dan nenek, riuh rendah juga rumah itu dibuatnya. Lebih-lebih lagi Rejab dan dua orang sepupunya, Mawar dan Melor. Datuk dan nenek tidak mahu melarang mereka turun naik ke tanah. Biarlah sesekali bertandang, seronok ada rumah bertangga. Tidak seperti rumah mereka rumah batu, buka pintu kereta terus masuk rumah tanpa tangga. “Kau dapat berapa biji telur tadi?” tanya Rejab sambil tersengih. “Dua, tapi sebiji lagi dalam beg tangan ibu,” jawab Mawar. “Melor dapat berapa biji?” Rejab ingin tahu juga. “Dua juga, tapi semua ada dalam beg ibu,” jelas Melor dengan jujur. 74
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:74-Sec1:75
Cucu Pak Nayan “Melor nak makan telur tu ke tidak?” soal Rejab lagi. Dia memandang Melor sambil tersenyum. “Tak nak, ibu tak bagi makan nanti kentut busuk,” jawab Melor sambil mengangguk. Rejab termenung sejenak. Dia fikir mungkin juga, tapi sekadar sebiji dua tidak agaknya. Lainlah jika makan telur rebus lebih daripada lima biji itu mungkin, fikirnya. “Kasihan Saaban tak dapat ikut kita ke sini,” cetus Mawar. “Di rumah Atuknya ada kenduri, mana boleh pergi mana-mana,” tingkah Rejab sambil mencebik. Mereka duduk di anak tangga hadapan. Anak-anak tangga itu di perbuat daripada papan tebal. Apabila duduk kedua-dua belah kaki boleh terjuntai. Cerita bapa mereka, sewaktu datuknya jadi tukang gunting rambut, orang yang hendak bergunting duduk seperti mereka waktu ini. Bapa-bapa mereka pun sering digunting rambut di anak tangga itu juga. Memang bersejarah tangga hadapan yang dibuat sejak berzaman-zaman lamanya. Rejab membilang anak-anak tangga tersebut. Dari atas ke bawah lebih kurang dua belas kesemuanya. Bilangan itu disamakan dengan bulan dalam setahun. Kata datuknya, biar anak-anak dan cucunya hidup rukun dan damai. 75
10/27/2011 4:55:15 PM
M Saleh Mahyat Datuk turun dengan membawa jala dan baldi. Rejab tahu ke mana tujuan datuknya hendak pergi. Cepat-cepat dia mendapatkan ibunya kerana ingin mengikut datuknya menjala ikan di parit besar.
Cucu Pak Nayan yang gigih. Dia mahu anak-anak dan cucunya menikmati ikan keli panggang lagi.
“Abang, abang nak ke mana tu?” soal Mawar penuh kehairanan. “Ikut Atuk menjala ikan,” jawab Rejab. “Mawar nak ikut,” teriak Mawar. “Melor pun nak ikut juga,” rengek Melor pula. Rejab yang lebih tua dalam kumpulan itu, dia lebih bertanggung jawab untuk membawa dua orang sepupunya. Pak Nayan sudah mula menebarkan jala di parit besar. Perlahan-lahan ditarik jala itu dan terasa getaran ikan-ikan yang ada di dalam jala. Memang ternyata ada ikan keli, sepat, puyu dan haruan. Dia buat sendiri tanpa pembantu. Di dalam baldi dibubuh sedikit rumput supaya ikan-ikan tidak melompat. “Hoorey, banyaknya ikan,” sorak tiga orang cucu Pak Nayan yang tidak terlalu hampir. “Duduk diam-diam di situ, nanti ikan melompat,” kata Pak Nayan sambil mengutip ikan dalam jalanya. Mereka akur dengan kata-kata datuk 76
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:76-Sec1:77
77
10/27/2011 4:55:15 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat ingin kepastian.
8 Aktiviti Luar
AH! Wah!! Tiap minggu ada aktiviti luar, seronoknya macam tu,” kata Hanif sambil menepuk bahu Rejab.
“W
“Hmm, apa bezanya dengan kau tu…” balas Rejab sambil tersengih. “Tapi kami tak masuk kampung, kita ke pantai-pantai dan menginap di hotel-hotel saja,” jelas Hanif sambil berjalan ke bangku kayu di tepi rumah Rejab. “Itu yang dikatakan perbezaan di antara kita, kalau orang bandar tu tetap orang bandar, tak sama dengan orang kampung,” jelas Rejab dengan serius.
“Aku geram pada mak dan ayahku, sebab tak boleh ikut Yusri ke rumah neneknya,” jelas Hanif dengan serius. “Tak baik kau buat macam tu, kalau mak dan ayah kau tahu, sudah tentu kena marah,” pujuk Rejab dengan suara perlahan. “Kau fikirlah, Yusri sudah tunggu lama, aku nampak dia resah dan gelisah kerana aku tak keluar rumah,” Hanif berterus terang. “Oh, kau intai dari tingkap,” usik Rejab sambil ketawa. “Kau mentertawakan aku?” sergah Hanif pula. “Mahu tak geli hati aku dibuatnya, kau buat Yusri macam tu,” jelas Rejab sambil menutup mulutnya. “Petang ni mana Yusri?” Hanif memandang Rejab dengan penuh kehairanan. “Tak tahulah, tapi biasanya dah keluar rumah, mungkin dia tertidur agaknya,” Rejab mengandaikannya pula. “Cuba kau telefon, mana tahu dia boleh terjaga,” perintah Hanif.
“Mak dan ayahku lebih suka macam itu, aku mana boleh nak buat apa,” Hanif menerangkan dengan jujur.
“Bilik dia mana ada telefon, kalau bunyi telefon pun tak dengar,” terang Rejab sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Aku tahu, tapi yang kau tak keluar rumah beberapa hari tu pasal apa?” Rejab
Hanif termenung sejenak. Memang benar juga kata Rejab. Di rumahnya pun
78
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:78-Sec1:79
79
10/27/2011 4:55:15 PM
M Saleh Mahyat begitu juga keadaannya. Lainlah dia tidur di sofa di ruang tamu, boleh dengar bunyi telefon. “Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin, langsung singgah ke rumah datuk dan nenekku,” cerita Rejab. “Apa yang menarik dalam majlis tu?” Hanif ingin tahu pula. “Pertama dapat jumpa sepupu-sepupuku, bapa saudaraku yang tiga orang tu…” terang Rejab sambil tersenyum. “Macam mana boleh jumpa di situ?” soal Hanif lagi. “Apa taknya, yang buat kenduri tu besan datuk aku, tentu bapa-bapa saudaraku kena jemput,” jawab Rejab dengan senang hati. “Lagi, apa yang tak boleh dilupa?” Hanif bertanya dengan penuh harapan. “Pasukan kompang tu datuk aku punya, ada nama pada kompang dan beduk,” terang Rejab sambil mengangguk. “Wah! Hebat tu… anak cucu mana yang tak bangga?” ujar Hanif pula. “Tapi ayahku tak menghargainya, katanya, bermain kompang tak sampai ke mana,” Rejab menyatakan dengan rasa penuh kesal. Hanif terdiam setelah mendengarnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk 80
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:80-Sec1:81
Cucu Pak Nayan hati Rejab yang berasa hampa dan kecewa kerana sikap bapanya. “Mengapa semua orang ada masalah dengan bapa sendiri?” soal Hanif pada dirinya. Rejab memandang ke arah pintu pagar. Yusri muncul sambil membawa sebungkus kacang goreng. Kemudian diberi kepada Rejab dengan senang hati. Tetapi dia agak kehairanan kerana Hanif berada di sisi Rejab. Belum sempat dia menyatakan sesuatu, Hanif segera berkata, “Maafkan aku, aku tak jadi ikut kau balik kampung nenek kau.” “Ah! Sudahlah, perkara sudah berlalu,” suara Yusri agak marah. “Yusri, aku dah dengar semuanya, tapi mak dan ayahnya tak izinkan dia ikut kau, bukan dia tak nak pergi,” jelas Rejab. “Betul kata Rejab tu, Yusri, mak dan ayah kita kalau kata tak boleh tu tak bolehlah,” sokong Hanif. Yusri mengetapkan bibirnya. Wajahnya mencuka. Dia tidak senang dengan sokongan Hanif. Disebabkan Hanif, dia yang kena marah ibu dan bapanya kerana pandaipandai mengajak orang lain ke rumah datuk dan neneknya di kampung. Orang kampung memang miskin, tidak kaya seperti orang bandar. Lagipun, semua orang sudah tahu sikap ibu dan bapa Hanif walaupun menjadi 81
10/27/2011 4:55:15 PM
M Saleh Mahyat jiran mereka. Rejab pun serba salah dibuatnya. Apatah lagi perkara itu berlaku di sekitar rumahnya. Lain halnya jika berlaku di luar kawasan rumah. Tidak membabitkan rumah sesiapa. Inilah yang tidak disenanginya kerana Yusri dan Hanif bermasam muka. “Aku nak pergi kedailah,” gertak Rejab sambil menolak basikalnya. Yusri segera mendapatkan Rejab. Dia seolah-olah tidak membenarkan Rejab keluar dari dalam kawasan rumah. Hanif jadi serba salah dibuatnya. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa pada di waktu itu. Apa yang dia fikir, jika Rejab keluar entah bila akan pulang. Dan dia akan pulang ke rumahnya seperti budak bodoh, berkurung seorang diri. Selama ini memang rumah Rejab tempat mereka bertandang. Rejab pun tidak banyak masalah untuk menerima Hanif dan Yusri. Tetapi mengapa dengan tiba-tiba tergerak untuk keluar mencari ketenangan sendiri? Apa Rejab sudah tidak mahu menerima mereka? “Rejab, jangan buat macam ini, aku tak ada kawan lain,” rayu Hanif. “Aku pun macam itu juga, bukan kau tak tengok aku selama ini,” suara Yusri merayu dengan penuh harapan. 82
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:82-Sec1:83
Cucu Pak Nayan Rejab hanya mengetapkan bibirnya. Dia tidak berkata apa-apa buat seketika. “Aku berjanji tak akan bercakap kasar lagi,” janji Hanif sambil mengangkat tangan kanannya. “Aku pun berjanji juga,” ujar Yusri. Rejab memandang mereka yang memegang hendal basikal di sebelah kiri dan kanan. Kemudian Rejab melepaskan basikalnya dan kembali duduk di bangku kayu. Mereka pun mengekorinya tetapi tidak berkata walaupun sepatah. “Kalau kau orang berdua tak tahu nak jaga hatiku, aku tak nak berkawan dengan kau orang berdua lagi,” tegas Rejab. Hanif dan Yusri terdiam. Mereka terasa amat bersalah kerana agak keterlaluan tadi. Dan apa yang dinyatakan oleh Rejab memang ada kebenarannya. “Kau orang bukan tak tahu, di sekolah selalu diingatkan, adab berkawan macam mana dan sebagainya,” cetus Rejab. Hanif dan Yusri bertukar pandang. Kemudian mereka mengangguk-anggukkan kepala. Belum sempat membuka mulut, Rejab sudah berkata, “kita kena ingat selalu, dengan harapan kawan-kawan kita menyenangi diri kita.” “Oh, begitu…kalau tidak kawan-kawan akan menjadi lawan?” Yusri ingin tahu pula. 83
10/27/2011 4:55:16 PM
M Saleh Mahyat “Sudah tentu, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” jelas Rejab dengan menggunakan peribahasa. “Cantik betul bunyi peribahasa itu, macam mana kau boleh ingat?” Hanif bertanya pula. “Di rumahku ni kan banyak buku, tapi kena rajin baca buku baru ingat semuanya,” jawab Rejab dengan senang hati. “Boleh tak aku pinjam, nak fotostat buku tu?” suara Hanif lembut. “Rumah kau ada fotostat ke?” soal Rejab pula. “Ada, pencetak komputer tu ada tempat fotostat sekali, malah cetak gambar pun boleh,” jawab Hanif sambil tersenyum. “Hebatlah macam tu, tiga dalam satu, tentu mahal harganya,” ujar Rejab. “Mungkin, nanti esok aku tunjuk hasil fotostat tu pada kau,” Hanif menyatakannya dengan penuh harapan. “Boleh ke kau buat sendiri?” celah Yusri. “Boleh, senang saja, macam fotostat di kedai,” jelas Hanif. “Canggihlah, tapi mak dan ayah kita tak nak beli yang macam tu kenapa?” soal Rejab. “Mungkin nak beli benda yang lebih canggih, tak guna wayar,” jawab Hanif sambil mengangguk. 84
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:84-Sec1:85
Cucu Pak Nayan “Ada ke yang paling terbaru?” Yusri ingin tahu. “Ada, sediakan duit menjelaskan dengan serius.
saja,”
Hanif
“Kalau aku dah besar dan bekerja nanti, aku nak beli benda-benda yang canggih,” hasrat hati Rejab pula. “Ada cita-cita macam itu tak apa, nanti pasti dapat apa yang dikehendaki,” sokong Hanif sambil menunjuk ibu jari. Pada petang keesokan harinya, apa yang dikatakan oleh Hanif ditepati. Memang sungguh mengagumkan. Kulit buku yang berwarna-warni pun jelas kelihatan cantik. Bererti memang semuanya cantik dan setanding dengan kedudukan orang yang banyak wang ringgit. “Kita juga yang tak ada print warna,” Rejab mengakui. “Mak dan ayah kita hanya nak cetak surat biasa, tapi itu pun sesekali saja, bukan setiap hari nak buat,” jelas Yusri pula. “Kalau begitu kau selalu tulis dengan komputer tukar-tukar warna pada tulisan?” Rejab ingin tahu. “Hmm, kalau nak cantik memang macam itulah, sebab ada empat puluh warna yang boleh keluar,” jelas Hanif sambil menunjuk empat jarinya.
85
10/27/2011 4:55:16 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
“Wow! Sudah tentu tak jemu mata membaca tulisan yang berwarna-warni,” kata Rejab dengan penuh girang.
“Tapi selama ini kita tak pernah cari warna, macam mana nak tahu ada warna?” Yusri agak kehairanan.
“Nanti esok aku nak tunjuk pada kau, bila kau nak pilih, boleh aku buatkan tulisan yang berbunga-bunga,” janji Hanif dengan senang hati.
“Di bawah tu kan ada huruf ‘A‛ klik pada tanda tiga segi akan keluar perkataan ‘Font Color (Print), di situlah ada empat puluh warna yang boleh kau pilih,” jelas Hanif.
“Apa mak dan ayah kau tak marah ke guna komputer tu?”Yusri ingin tahu.
“Kalau tak tahu, mari masuk, buka komputer,” ajak Rejab.
“Tak, dia orang lagi suka aku pandai guna komputer,” kata Hanif sambil mengangguk.
“Ini dan lain ceritanya, masuk dalam rumah pula,” rungut Hanif.
“Samalah macam mak dan ayahku, tapi aku agak malas sikit menghadap komputer terlalu lama,” jelas Rejab pula. Dia melemparkan pandangannya ke luar pagar. Ada budak-budak bermain basikal ke hulu dan ke hilir.
“Aku nak Yusri mudah mencarinya nanti, tak adalah balik nanti terkial-kial sorang diri,” jelas Rejab dengan bermurah hati. Dia pun membuka komputer yang diletak di tepi dinding sebelah ruang tamu.
“Kalau kau nak guna warna, beli ‘catridge‛ warna, dapatlah warna-warna yang kita nak pilih tu,” cerita Hanif pula. “Oh, kalau begitu aku nak suruh mak aku beli, biar elok buat ‘borders‛ pada kulit buku,” kata Rejab sambil menganggukanggukkan kepala. “Aku pun nak suruh mak aku belikan ‘catridge‛ warna,” cetus Yusri pula. “Nampaknya kita bertiga sudah bersatu hati, eloklah macam tu,” puji Hanif sambil tersenyum.
86
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:86-Sec1:87
“Kita ni dah macam masuk kelas komputer, bukan main lagi rentak kita,” bisik Yusri. “Nama pun orang bandar, mana nak sama dengan budak kampung?” cetus Hanif melulu. “Jangan ingat, orang kampung tak ada komputer, sekarang ni komputer ada di setiap rumah,” jelas Rejab pula. “Mana dia tempat cari warna?” soal Yusri. “Ini hah, kau klik di sini, akan keluar semua warna,” jawab Rejab. “Oh, kalau kita nak warnakan tulisan, klik 87
10/27/2011 4:55:16 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat mana-mana warna yang dipilih,” ujar Yusri. “Bolehlah pilih mana yang kau mahu,” celah Hanif pula.
9
“Tapi kalau kau dah siap tulis semua pun boleh diwarnakan, dengan syarat mana-mana tulisan dihitamkan dulu, macam aku tunjuk ni,” terang Rejab sambil tersenyum. Yusri kepala.
hanya
mengangguk-anggukkan
Memberi Pengetahuan
EMANG kawan itu kadangkala ada yang memberi pengetahuan. Kawan seumpama itu harus dijaga hati budinya dan jangan dikasari dengan bahasa yang kesat. Sebab apa yang dicurahkan kepada seseorang banyak faedahnya.
M
Petang itu, seperti biasa juga, Yusri dan Hanif bertandang ke rumah Rejab. Mereka memang lebih senang berkumpul di rumah Rejab. Di luar atau dalam tidak kira. Tetapi untuk lebih selesa duduk di dalam kerana ada bahan bacaan yang hendak dibaca. Dengan membaca mereka dapat banyak pengetahuan. Ibu bapa Rejab memang pandai memilih buku-buku yang seumpama itu. Jarang sekali Rejab sendiri yang memilih buku-buku tersebut. Bukan bererti Rejab tidak pernah ke kedai buku bersama ibu bapa. 88
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:88-Sec1:89
89
10/27/2011 4:55:16 PM
M Saleh Mahyat “Rejab, aku nak tanya satu perkara,” suara Yusri perlahan. “Apa dia?” sergah Rejab sambil menolak bahunya. “Aku dah tulis banyak-banyak, tapi tak sama di sebelah kanan,” terang Yusri. “Alamak! Itu pun kau tak tahu, itu perkara senang, nanti aku tunjuk, tapi kena buka komputer,” jelas Rejab dengan serius. “Ini yang aku tak nak, nanti mak dan ayah kau marah,” kata Yusri pula. “Macam mana nak pandai kalau semuanya takut?” Rejab menyatakan dengan serius. “Kita masa budak-budak nilah kalau nak belajar,” sokong Hanif. “Hah, dengar tak kata Hanif?” soal Rejab dengan senang hati. Yusri hanya mengangguk. Dia tidak berkata apa apabila ada penyokong Rejab. Apa yang dikatakan itu memang ada kebenarannya. Tetapi soalnya, hendak bertandang ke rumah Rejab bukannya untuk mengganggu. “Marilah masuk, nanti kau banyak dapat pelajaran tentang komputer,” ajak Rejab dengan serius. Mereka pun masuk ke dalam rumah Rejab. Kemudian Rejab membuka komputer. Dia memang hendak menunjuk kepada Yusri 90
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:90-Sec1:91
Cucu Pak Nayan apa yang tidak difahami selama ini. Bukan bererti Rejab lebih berpengalaman, tetapi sekadar untuk kawan-kawan bolehlah dia memberi penerangan sedikit. Apabila komputer sudah dibuka maka terpaparlah dalam skrin. Barulah dibuka fail Rejab untuk ditunjuk kepada Yusri. Dengan itu mudah sahaja Rejab memberi keterangan satu persatu. “Ini kau tengok di sini, ada garisan yang tak sama atau ‘align left‛, yang ini ‘center‛, yang ini ‘align right‛ dan yang ini kau tak guna ‘justify‛,” terang Rejab. “Oh, patutlah aku nak buat sama rata sebelah kanan tak mahu jadi, rupanya ada rahsianya,” ujar Yusri sambil tersengih. “Apa lagi yang tak faham, tanyalah, nanti bila dah tutup baru nak tanya lagi,” usik Hanif sambil menatap buku di tangannya. “Nantilah, aku tak ingat yang lain,” Yusri menyatakan dengan suara perlahan. “Kalau tak, aku nak aku tutup komputer ni,” Rejab ingin kepastian dari Yusri. “Tutuplah, aku nak tanya itu saja,” jelas Yusri. Dia pun sudah memegang senaskhah buku. “Mewarna tulisan dah boleh?” Hanif ingin tahu. “Dah, senang saja rupanya, selama ini 91
10/27/2011 4:55:16 PM
M Saleh Mahyat aku tak tahu,” Yusri mengakuinya. “Ada lagi yang lebih menarik,” ujar Hanif pula. “Apa pula tu?” soal Yusri. “Guna ‘Insert WordArt‛ ada tiga puluh bentuk tulisan yang berombak,” jawab Hanif sambil merenung Yusri dan Rejab. “Esoklah, kita pergi rumahku,” pelawa Yusri. “Rumah kau? Mana kita pernah masuk rumah kau?” soal Rejab. “Masuk apa salahnya? Bukan ada sesiapa di dalam rumah ku.” jawab Yusri. “Ah, sudahlah, apa-apa pun selesaikan hari ini,” syor Rejab. “Dengarlah apa kata tuan rumah ni, jangan nak bertangguh,” kata Hanif dengan menepuk bahu Yusri. Rejab yang belum sempat menutup komputer, membukanya semula dan ditunjuk kepada Yusri. Dia klik pada ‘A‛ huruf besar yang agak senget lalu keluar reka bentuk tulisan yang pelbagai. Yusri pun tercengang di buatnya. Kemudian Rejab klik salah satu reka bentuk. Keluarlah perkataan ‘your text here‛ dan diklik di situ lalu tulis nama ‘Yusri‛. Keluarlah nama ‘Yusri‛ dengan cantik. Yusri pun tidak terkata apa lagi di buatnya. Hatinya 92
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:92-Sec1:93
Cucu Pak Nayan puas kerana di rumah Rejab boleh dapat banyak pengetahuan tentang komputer dan sebagainya. “Kalau ada apa-apa masalah jangan disimpan dalam hati, luahkan supaya kawankawan tahu dan boleh tolong,” saran Rejab. “Aku nak ajar sepupuku di kampung,” hasrat hati Yusri diluahkan di hadapan Rejab dan Hanif. “Baguslah kalau macam tu,” puji Rejab. “Sekurang-kurangnya ilmu ini berkembang,” tambah Hanif pula.
akan
“Tapi, kalau kau orang berdua ikut ke kampung datuk nenekku lagi baik,” jelas Yusri. Rejab dan Hanif tidak dapat memberi jawapan dengan segera. Mereka kena minta kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu. Nanti terjadi seperti yang berlaku ke atas diri Hanif pula. Yusri tahu keadaan tersebut. Dia pun begitu sukar untuk menyatakan sesuatu. Memang orang lain tidak pernah ikut ke kampung datuk dan neneknya. Biarpun sudah berkali-kali diajak tapi tidak berjaya juga. Entah apa sebabnya pun tidak tahu. Oleh kerana Yusri dan Hanif sudah lama berada di dalam rumah Rejab, dia pun pergi ke dapur untuk mengambil air minuman di dalam peti ais. Di bawanya sebotol air oren 93
10/27/2011 4:55:17 PM
M Saleh Mahyat dan tiga biji gelas. Kemudian dia masuk ke dapur lagi untuk mengambil bekas biskut sebagai kudap-kudapan sambil membaca buku. “Sudahlah tu, nanti habis semuanya,” tingkah Yusri sambil membuka penutup botol air oren dan di tuang ke dalam tiga gelas. “Jemputlah minum dan makan biskut ni,” pelawa Rejab. “Hmm, setiap kali kita masuk rumah ni, Rejab hidangkan dengan air minuman dan biskut,” kata Hanif sambil mencapai gelas untuk meminum air oren. “Dah ada… masakan kita nak beli di luar, habiskan duit saja,” terang Rejab sambil mencapai gelas lalu meminum air oren yang sejuk. “Petang esok biar aku bawa biskut dari rumah,” ujar Yusri. “Hah, aku bawa air minuman, sebotol cukuplah,” kata Hanif pula. “Suka hati kaulah, aku tak kisah,” putus Rejab dengan senang hati.
Cucu Pak Nayan “Okeylah! Kita tak nak bebankan Rejab sorang saja,” Hanif menyatakan dengan serius. “Kalau aku keluarkan juga, jangan kau orang tak makan sama nanti,” cetus Rejab pula. “Oh, lagi banyak, lagi banyak buat pilihan,” kata Yusri sambil memamah biskut koko dengan enaknya. “Jangan macam tu, makan biar satu-satu jenis biskut, sebab selama ini kita makan biskut di rumah ini saja,” tegah Hanif pula. “Terpulanglah, tapi kau orang jangan segan-segan di rumah ini,” jelas Rejab. Kata putus sudah dicapai. Petang itu berakhir dengan makan biskut koko dan minum air oren di rumah Rejab. Mereka harap pada hari-hari lain akan ditukar ganti dengan jenis bikut dan air minum dari rumah Yusri dan Hanif pula. Entah bagaimana rasa biskut dan air minuman kena tunggu hari yang ditetapkan.
“Belum dapat ilham,” jawab Hanif sambil memamah biskut koko.
Memang benar apa yang dikata oleh Hanif dan Yusri ditepati. Hanif membawa air aiskrim soda dan Yusri membawa biskut krim. Rejab yang menerimanya hanya tersenyum penuh kegembiraan dengan menyediakan tiga biji gelas sahaja.
“Mulai petang esok, kita bergilir-gilir bawa air minum dan biskut,” tekad Yusri.
“Aku kata nak bawa memang aku bawa,” kata Hanif serius.
“Selama ini mengapa kita tak terfikir?” soal Yusri.
94
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:94-Sec1:95
95
10/27/2011 4:55:17 PM
M Saleh Mahyat “Tak marah ke kalau mak dan ayah kau tahu?” soal Rejab. “Apa pula, selama ini mak dan ayah kau pun tak marah,” jawab Hanif sambil membuka penutup botol dan menuang air minuman ke dalam tiga biji gelas. “Daripada biskut ni terbiar begitu saja, lebih baik kita makan bersama,” tegas Yusri dengan senang hati. Dia mengambil sekeping biskut berkrim untuk dimakan. “Petang esok biskut dari aku,” jelas Hanif pula. Dia pun mengambil sekeping biskut berkrim untuk dimakan. Melihat perkara itu, Rejab pun tidak mahu ketinggalan untuk merasa biskut yang dibawa oleh Yusri. Setelah merasainya baru dia berkata. “Memang sedap biskut ni…” “Biskut, semuanya sama, cuma rasanya saja yang lain-lain,” ujar Yusri. “Selain dari biskut apa yang ada di rumah kau?” Hanif ingin tahu. “Kek pun ada, esok lusa aku bawa,” hasrat Yusri pula. “Ambil tiga potong saja, jangan lebihlebih,” Rejab mengingatkan. “Tahulah aku, kalau nak bawa seketul bukan habis makan,” tegas Yusri sambil minum air soda. 96
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:96-Sec1:97
Cucu Pak Nayan “Hah, jangan lupa, selesai makanmakan dan minum, pegang buku,” Rejab menyarankannnya pula. “Aku tahulah, memang itu tujuan aku datang ke sini,” Hanif mengakui. “Nampaknya kita tak boleh nak buat pertemuan di sini saja, biar bertukar-tukar tempat lagi bagus,” syor Yusri. Rejab terdiam sejenak. Dia mengetapkan bibirnya sahaja. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Baginya, ini suatu perubahan yang amat ketara. “Kita buat pusingan, hari ini di rumah Rejab, esok di rumah aku dan lusa di rumah Yusri, dan begitu seterusnya,” jelas Hanif sambil memamah biskut berkrim. “Ini semua nak mengelak membawa air minuman dan biskut dari rumah masingmasing,” cetus Rejab. “Bukan begitu, tapi kita tengok pemandangan rumah sorang-sorang,” kata Yusri. “Oh, selama in kau asyik tengok dalam rumahku, tak ada perubahan,” usik Rejab sambil tersengih. “Okeylah macam tu… namanya,” sokong Hanif.
barulah
adil
Mereka pun tidak membantah. Fikiran yang seumpama itu memang amat baik. 97
10/27/2011 4:55:17 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat Lagipun mereka di rumah seorang diri. Lain halnya jika ada orang gaji atau sesiapa yang mengawasi diri mereka. Rasa segan silu pun ada sedikit. Petang itu, pertama kali Rejab keluar rumah atas persetujuan ibu bapanya. Sebelum itu dia memang berbincang dengan mereka dengan mengunci pintu rumah dan pagar. Malah berjanji akan pulang sebelum masuk waktu Maghrib. “Masuklah!” pelawa Hanif dengan ramah. “Yusri dah sampai?” Rejab ingin tahu. “Belum, entah kenapa tak cakap pun,” kata Hanif sambil mengiringi Rejab ke ruang tamu yang bersofa biru. “Hebat rumah kau ni,” puji Rejab. Dia memandang ke setiap sudut. Banyak perhiasan yang mahal-mahal. “Biasalah, tapi yelah, kau tak pernah masuk, aku pun tak pelawa kau datang, entah mengapa,” kata Hanif sambil memandang Rejab. “Waktu itu fikiran kau tak terbuka untuk menerima aku dan Yusri,” tegas Rejab dengan selamba. “Aku pun tak tahu, mengapa fikiranku terlalu terkongkong,” jelas Hanif sambil mengangguk-anggukkan kepala. “Tapi selepas ini tidak lagi agaknya, dan 98
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:98-Sec1:99
kita bertiga boleh ke rumah nenekku atau nenek Yusri,” cetus Rejab sambil tersenyum. “Ya, aku memang tak ada kampung, sebab nenekku orang bandar,” Hanif mengakuinya. Kemudian dia ke dapur dan sebentar kemudian keluar dengan membawa botol air minuman dan tiga biji gelas. Bekas biskut memang sudah ada di atas meja kaca di ruang tamu. “Mana Yusri ni?” rungut Rejab. Sepasang matanya memandang air minuman yang berwarna hijau. “Minum dululah, tak apa,” pelawa Hanif dengan manis mulut. Dia menuang air hijau ke dalam tiga gelas di atas meja kaca. Rejab pun tidak bertangguh kerana cuaca hari itu amat panas. Tetapi di dalam rumah Hanif dipasang penghawa dingin. Jadi, tidak begitu terasa panas di luar rumah. Sementara di rumah Rejab hanya dalam bilik ibu bapanya sahaja yang ada penghawa dingin. Hanif membuka bekas biskut, dan dia mengambil sekeping untuk dimakan. Rejab pun ikut langkah tuan rumah yang bermurah hati. Rasa biskut berkacang pun tidak kurang enaknya. “Kalau tak ada orang, penghawa dingin ni tak dipasang?” Rejab ingin tahu. “Tentulah
tidak,
nanti
membazir
99
10/27/2011 4:55:17 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat elektrik,” jelas Hanif sambil memamah biskut kacang. “Hah, itupun dia Yusri dah datang,” teriak Rejab.
10
“Apa yang dibawanya tu, tentu kek yang di katakan kelmarin,” andaian Hanif sambil membuka pintu kaca.
Hanif Melahirkan Hasratnya
“Y
USRI, aku nak ikut kau balik kampung nenek kau, boleh?” Hanif melahirkan hasratnya.
“Aku pun macam itu juga, sebab cerita kau tu memang menarik,” sokong Rejab dengan ikhlas hati. “Mak dan ayah kau boleh lepaskan kau orang berdua ke?” Yusri bertanya dengan penuh harapan. “Aku percaya, sebab sekarang dah boleh kau orang masuk dalam rumahku, ini menandakan ada perubahan,” jelas Hanif sambil mengangguk. “Kalau begitu bersedialah, petang Jumaat kita bertolak, dapat dua malam di rumah nenekku,” kata Yusri penuh kegembiraan. Petang Jumaat itu, Rejab sudah bersiap 100
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:100-Sec1:101
101
10/27/2011 4:55:17 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat sedia dengan beg sandang yang dipenuhi pakaian untuk dua hari dua malam di rumah nenek Yusri. Kepalang gembiranya hati kerana ini pertama kali diizinkan keluar bersama orang lain. Begitu juga dengan Hanif yang tidak pernah melangkahkan kakinya ke kampung. Entah macam mana gelinya kaki kerana memijak tanah. Tetapi dia tidak akan membuka kasut untuk berjalan-jalan di kampung. Yusri yang sudah mengetahui perkara itu, melambai kedua-dua orang kawannya. Rejab dan Hanif pun datang dengan beg sandang di belakang mereka. Beg-beg itu diisi dalam but kereta. Kemudian mereka duduk di belakang bersama Yusri. Ibu dan bapa Yusri di hadapan. Begitulah kedudukan mereka di dalam kereta yang sederhana besarnya kerana jenis pacuan empat roda. Hati Hanif agak berdebar sedikit. Mana tahu ibu dan bapa Yusri bertanya sesuatu kepadanya. Dia memang tidak biasa berbicara dengan orang tua. Sedikit sebanyak pasti ada yang tidak kena. Demikian jua dengan Rejab yang jarang bertemu dengan mereka. Bagaimanapun, mereka akan hadapi dengan penuh perhatian. Rejab tidak tahu membayangkan bagaimana keadaan kampung datuk dan nenek 102
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:102-Sec1:103
Yusri. Sebab lain tempat lain keadaannya. Kampung memang kampung, tapi tetap berbeza dari banyak sudut, fikirnya. Ada kampung yang banyak tanaman pokok kelapa dan pokok pisang sahaja. Ada juga kampung yang banyak pokok buahbuahan sahaja. Ada juga kampung yang di tepi sawah padi. Kesemuanya di sebut kampung juga. Atau pun kampung di bawah pokok getah dan sebagainya. “Kampung nenek aku tu banyak pokok buah-buahan,” bisik Yusri. “Oh, di dusunlah tempatnya tu,” ujar Rejab pula. “Begitulah, kalau tak salah,” Yusri mengakuinya. “Tak semak ke tempatnya?” Hanif ingin tahu. Dia memandang Yusri yang duduk di tengah-tengah. “Tak, sebab rumputnya sentiasa diracun,” jelas Yusri sambil mengangguk. “Oh, bolehlah kita duduk di bawah pokok sambil makan buah-buahan,” cetus Rejab pula. “Sudah tentu, sebab itu datuk aku jaga dengan baik,” Yusri mengakuinya pula. “Banyak lagi buah-buahan kat pokok?” Hanif ingin tahu lagi. “Kalau
nak
makan,
puaslah,”
Yusri
103
10/27/2011 4:55:17 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
mengandaikannya.
kena bayar TOL, pasti memilih jalan dalam.
“Oh, ini tentu lepas dijual,” Rejab menduganya pula.
Hanif dan Rejab yang tidak pernah melalui jalan dalam agak merasa hairan. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri mengapa tidak ada TOL? Yusri pun tidak menerangkan ikut jalan mana arah ke rumah datuk dan neneknya. Berbeza dengan jalan ke rumah datuk dan neneknya yang terpaksa melalui TOL.
“Pokok-pokok yang buahnya dijual tak sama dengan pokok-pokok yang nak dibuat makan anak cucunya,” ujar Yusri dengan suara perlahan. “Wah! Datuk kau tu memang prihatin orangnya, lebih kurang macam datuk aku juga,” jelas Rejab. “Apa datuk memang macam itu ke?” Hanif ingin tahu. “Biasanya memang macam tu, ingatkan anak cucu,” Rejab mengakui. “Tapi anak cucu jarang nak ingatkan datuk di kampung,” cetus Hanif pula. “Ada tu ada, tapi tak semua anak cucu suka buat begitu,” Yusri menyatakan dengan serius. Bapa Yusri terus memandu dengan cermat. Ketika itu perjalanan sudah lebih satu jam. Sebentar lagi akan tiba ke kampung yang dituju. Dia memang tahu benar jangka masa setiap kali pulang ke kampung. Perjalanan itu melalui jalan dalam, tidak melalui lebuh raya. Sebab rumah datuk dan nenek Yusri jauh ke dalam. Lagipun, jalan pun baru dibaiki dan dilebarkan. Malah, bagi orang yang ingin jimat atau untuk mengelak 104
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:104-Sec1:105
Demikian juga jika mahu ke rumah datuk dan nenek sebelah ibu, kerana mahu cepat perjalanan kena ikut lebuh raya dan bayar TOL. Lagipun banyak perbezaan masa daripada melalui jalan dalam. Bagi Rejab dan Hanif itulah pengalaman pertama melalui jalan dalam. Di sepanjang perjalanan nampak kebun kelapa, ladang kelapa sawit dan juga sawah padi. Kehijauan pemandangan membuat mereka celik mata. Barulah ada daya tarikan dan dapat menyaksikan alam ciptaan Allah. “Jauh lagi ke rumah datuk kau Yusri?” Hanif ingin tahu. “Dah dekat dah, duduklah diam-diam,” tegas Yusri sambil tersenyum. “Hari semakin gelap, tak gelap ke di rumah datuk kau tu nanti?” Hanif merasa agak begitu bimbang. “Taklah, di sana pun ada bekalan elektrik, paip air dan telefon,” jelas Yusri 105
10/27/2011 4:55:18 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
untuk meyakinkan Hanif.
kampung,” sahut Yusri sambil ketawa.
Rejab yang sudah tahu keadaan di kampung datuknya tidak mahu berkata apaapa. Dia tidak mahu fikiran Hanif bercelaru. Biarlah Hanif mendengar keterangan daripada Yusri seorang.
“Aku ni macam rusa masuk kampunglah nanti?” soal Hanif.
“Aku memang takut gelap, sebab itu aku tanya begitu tadi,” terang Hanif dengan ikhlas.
“Rusa masuk kampung pun masuk kampunglah, apa nak buat, memang dah nasib diriku,” suara Hanif lemah.
“Sekarang mana ada rumah kampung yang gelap, semuanya dah ada bekalan elektrik,” kata Yusri dengan serius. “Rumah saudara kau tak ada yang tinggal di kampung ke Hanif?” Rejab ingin kepastian. “Tak ada, semuanya tinggal di bandar,” terang Hanif sambil mengangguk. “Itulah Rejab, aku dah kata, Hanif ni anak jati orang kota,” ujar Yusri. Rejab mengangguk-anggukkan kepala. Belum sempat dia bersuara, Yusri sudah berkata. “Bukan macam kita datuk nenek masih di kampung,” jelas Yusri sambil menepuk-nepuk lengan Rejab. “Tapi kalau tak tahu hal keadaan orang kampung, susah juga dibuatnya,” tingkah Rejab pula. “Macam kitalah, kalau tak tahu hal keadaan orang bandar, macam rusa masuk 106
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:106-Sec1:107
“Tak tahu lagi, tapi sama-samalah kita tengok,” jawab Yusri sambil menepuk bahu Hanif dengan penuh mesra.
“Apa susah, kita bertiga kan dah menjadi sahabat baik, kalau kau tak tahu aku boleh tolong, dan kalau aku tak tahu Yusri akan tolong aku,” jelas Rejab. “Rejab dan Yusri, di kawasan rumah kita bolehlah cakap, tapi ini di kampung, susah nak cakap,” Hanif menyatakannya dengan rasa resah dan gelisah. Ibu bapa Yusri di hadapan hanya memasang telinga. Mereka agak geli hati mendengar bicara tiga sekawan di belakang. Namun begitu, mereka tidak mahu mencelah kerana Yusri boleh mengatasi segala-galanya. “Di bandar atau di kampung sebenarnya tak ada bezanya, tapi kalau kita pandai menyesuaikan diri,” jelas Yusri pula. “Nak menyesuaikan mana?” soal Hanif. “Senang saja, ikut kampung,” jawab Yusri.
diri
tu
rentak
macam orang
107
10/27/2011 4:55:18 PM
M Saleh Mahyat
Cucu Pak Nayan
“Tahulah, tapi macam mana? Aku tak tahu ni, tolong tunjuk,” Hanif amat berharap sangat.
tu,” jawab Hanif sambil berpeluk tubuh.
“Nanti aku tunjuk, sekarang tak boleh,” Yusri memberi tempoh.
“Di luar rumah datuk kau ada lampu jalan tak?” Hanif ingin tahu.
“Pandailah kau Yusri,” puji Rejab sambil menepuk bahu Yusri. “Apa susah, ini memang kerja orang kampung,” jelas Yusri. “Aku orang kampung juga, tapi tak macam kau,” ujar Rejab pula. “Kata orang, lain kampung lain belalang,” Yusri tersenyum. Hari sudah gelap. Di kiri dan kanan hanya nampak cahaya lampu di rumah orang. Perjalanan mereka masih belum tiba ke tempat yang dituju. Hati Hanif sudah mulai bimbang. Dia memang tidak pernah masuk ke dalam kampung yang gelap begitu rupa. Kenderaan pun hanya sesekali sahaja berselisih. Terasa jauh benar bezanya dengan bandar yang terang benderang dengan lampu-lampu neon sepanjang jalan. Tetapi apa hendak dikata kerana Hanif sudah memutuskan untuk melihat kampung datuk dan nenek Yusri. “Mengapa kau diam saja ni, Hanif?” Yusri bertanya dengan penuh harapan. “Aku takut, ada bayang-bayang hitam 108
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:108-Sec1:109
“Ah, tak ada apalah, semuanya tu pokok besar,” kata Yusri dengan serius.
“Ada, tak usah takut gelaplah,” Yusri memberi semangat kepada Hanif. “Esok siang boleh masuk ke dalam kebun, boleh tengok macam mana bersihnya,” ujar Rejab pula. “Siang aku tak kisah, tapi malam macam ni, aku takut,” jelas Hanif lagi. Yusri dan Rejab bertukar pandangan. “Betullah, sepanjang jalan ke rumah datuk kau ada lampu jalan,” kata Hanif penuh kegembiraan. “Aku dah kata, kampung bukan sebarang kampung,” balas Yusri dengan wajah ceria. “Kita dah sampai ke Yusri? soal Rejab. “Sudah, inilah rumah datuk aku,” jawab Yusri. Bapa Yusri memberhentikan kereta di halaman yang luas. Mereka pun segera turun dari kereta pacuan empat roda. Nenek dan datuk membuka pintu untuk menyambut kehadiran mereka. Mereka pun mendaki tangga rumah kampung. Begitulah rupa rumah datuk dan nenek Yusri. Hanif dan Rejab naik dan 109
10/27/2011 4:55:18 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat berjabat tangan dengan datuk dan nenek yang menerima tetamu yang tidak diundang. “Saya Hanif, jiran memperkenalkan dirinya.
Yusri,”
Hanif
“Saya Rejab jiran Yusri juga,” Rejab pula memperkenalkan dirinya. “Oh, ini yang selalu Yusri ceritakan pada datuk,” balas datuk Yusri. “Datuk apa khabar?” Yusri pula berjabat tangan sambil mencium tangan datuk dan neneknya. “Baik cu, marilah kita ke dapur, nenek dah sediakan makan malam,” ajak datuk pula. “Ada rezeki nampaknya, marilah Rejab dan Hanif,” pelawa Yusri. Dia mendahului masuk ke dapur yang ada meja ala Jepun dengan duduk bersila. “Jarang jumpa meja macam ini,” ujar Hanif. “Rumah datuk dan nenek aku pun macam ini juga di kampung,” jelas Rejab. Ibu dan bapa Yusri mengambil tempat berhampiran dengan datuk dan nenek. Itu pun masih lapang lagi. Memang panjang meja makan itu dan boleh duduk seramai yang mungkin. Sebab datuk dan nenek tahu anak cucu mereka ramai dan makan beramairamai. Di atas meja itu ada dua tiga jenis masakan lauk-pauk dan sayuran kampung. 110
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:110-Sec1:111
“Ini ikan keli masak lemak cili api,” bisik Yusri sambil menyenduk ke pinggannya. “Sedap ke?” Hanif bertanya. “Pada aku, inilah ikan orang kampung yang paling sedap, tapi kalau nak rasa boleh ambil sikit dulu,” kata Yusri sambil mendekatkan mangkuk. “Orang kata, kalau masuk kandang lembu menguak, kalau masuk kandang kambing mengembek, inilah dia kalau nak faham,” cetus Rejab. “Oh, dengan merasa masakan orang kampung, baru tahu rasanya sedap atau pun tidak,” balas Hanif sambil menyuap nasi berlauk ikan keli. “Sedap ke kepada Hanif.
tidak?”
Yusri
“Sedaplah, macam ikan jawab Hanif dengan serius.
bertanya
sembilang,”
“Kalau macam itu esok kita tengok kolam ikan yang atuk aku usahakan,” terang Yusri sambil menyuap nasi. “Ikan haruan yang ini,” ujar datuk Yusri pula. “Ikan haruan?” soal Hanif. Dia agak hairan mendengarnya. Ikan haruan itu hanya digoreng sahaja. “Ikan ini boleh dibuat ubat,” jawab nenek Yusri pula. 111
10/27/2011 4:55:18 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat “Apa Hanif ni tak pernah makan makanan orang kampung?” datuk Yusri ingin tahu. “Tidak datuk, inilah kali pertama ikut Yusri datang ke sini, sebab datuk dan nenek saya orang bandar,” terang Hanif dengan serius.
11
“Hah, siang esok kita masuk kebun, nak makan apa pun boleh,” pelawa datuk Yusri dengan girang.
Seminggu di Kampung
UA hari di rumah datuk dan nenek Yusri amat memberi makna kepada Hanif. Pada hari pertama diperkenalkan dengan hasil tanaman yang boleh dinikmati seperti buah-buahan. Tetapi buah yang paling diminati ialah buah ciku. Sebab ianya diperam dan enak dimakan dengan kulitnya sekali.
D
Hanif bagaikan sudah lupa di mana dia berada ketika itu. Begitulah kelebihan datuk dan nenek Yusri menyediakan kemudahan. Rejab dan Yusri pun hairan melihat Hanif yang selama ini jijik untuk memijakkan kaki ke tanah. “Kalau macam ini, seminggu pun aku tahan duduk di sini,” kata Hanif dengan serius. “Itulah, lain kali kalau kita orang ajak jangan nak membantah,” tegas Rejab. “Aku tak tahu, apa yang aku ingat 112
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:112-Sec1:113
113
10/27/2011 4:55:18 PM
M Saleh Mahyat kampung tu kotor dan becak tempatnya,” jelas Hanif. “Kalau macam ini, kau pun seronok masuk kampung, begitu?” Yusri ingin kepastian. “Sudah tentu, ajaklah aku selalu pun tak mengapa, dan aku akan ceritakan pada mak ayahku, kampung ini cantik,” Hanif mengakui dengan penuh kegembiraan. “Kalau macam itu, ajak sekali mak dan ayah kau datang ke sini,” cetus Rejab pula. “Mak dan ayahku? Mana ada masa terluang kalau dah sibuk dengan kerja di sana sini, macam mak dan ayah kau juga,” terang Hanif. “Nasiblah kau orang berdua, tapi mujurlah mak dan ayahku tak sesibuk itu lagi, masih ada masa nak balik kampung ni,” Yusri mengakui dengan senang hati. “Kau memang anak yang paling bertuah, dapat mengeratkan hubungan dengan datuk dan nenek, tak macam kita berdua ni,” ujar Hanif. “Kau bila nak bawa aku ke kampung datuk nenek kau Rejab?” Yusri inginkan kepastian. “Aku tak berani nak beri keputusan, sebab aku bergantung pada mak aku atau bapa-bapa saudara aku,” jelas Rejab. “Apa ayah kau tak nak balik kampung?” soal Hanif pula. 114
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:114-Sec1:115
Cucu Pak Nayan “Sejak Hari Raya, sampai sekarang tak ada cuti, macam mana nak balik kampung?” jawab Rejab. “Kalau macam itu susahlah kita nak tengok kampung datuk dan nenek kau,” ujar Yusri. “Nanti aku cakap pada mak aku, tentu mak aku boleh bawa kita ke rumah datuk dan nenek sebelah mak,” terang Rejab. “Okey ke tidak datuk dan nenek tu?” Hanif ingin tahu pula. “Okey! Di rumah Pak Ngah Hashim lagi okey. Dia lebih kurang macam datuk aku, rajin tangkap ikan dan panggang ikan,” cerita Rejab dengan serius. “Hah, itu seronok tu, kita pun dapat pengalaman baru,” kata Hanif. “Sekarang baru kau tahu, tapi mengapa dari dulu tak nak ikut kita?” soal Yusri pula. “Dulu aku terlalu ikut perasaan, aku ingatkan kampung tu buruk,” jawab Hanif dengan serius. Datuk Yusri menangguk ikan dalam kolam peliharaan. Ikan-ikan itu dimasukkan ke dalam baldi. Sementara nenek pula memetik pucuk ubi dan pucuk paku sebagai sayuran. Mereka bertiga ke sana ke mari untuk mengetahui pergerakan datuk dan nenek. Apabila datuk menyiang ikan keli untuk 115
10/27/2011 4:55:19 PM
M Saleh Mahyat dipanggang, mereka hanya memerhati dengan penuh minat. Rejab yang sudah acapkali melihat cara datuknya membuat kerja itu tidak begitu hairan. Malah, dia tahu apa yang perlu diambil untuk menambah selera masakannya. Antaranya ialah cekor dan serai. Di samping itu kelapa pun diperlukan untuk membuat sambal santan pekat bercicah pucuk ubi dan pucuk paku celur. Tengah hari itu, mereka makan nasi dengan berlauk ikan keli panggang bersambal santan pekat. Itulah makanan yang paling istimewa orang tua kampung seperti datuk dan nenek Yusri. Mereka terpaksa akur dengan jenis masakan yang membuka selera. Petang harinya pula, nenek buat pengat ubi kayu. Kepalang enaknya tidak terkira. Itulah yang mampu dihidang untuk anak, menantu dan cucu. Tidak ada biskut atau kek seperti di bandar. Mereka bertiga tetap berada di bawah pokok buah-buahan. Di sana mereka boleh memetik buah apa yang diingini. Nenek dan datuk tidak marah memakan buahbuahan yang ada di kebun. Dengan berbuat demikian, mereka boleh berbicara tentang alam sekitar.
Cucu Pak Nayan “Mak dan ayahku bagaimana?” soal Rejab pula. “Di sini ada pondok telefon, kau boleh telefon,” jawab Yusri. “Tapi nak kena ada keizinan datuk dan nenek kau dulu,” jelas Rejab. “Nanti kita tanya, tentu dia orang tak ada masalah kita tinggal lama di sini,” Yusri mengandaikannya. “Tapi kita nak kena rajin membantu datuk dan nenek,” syor Hanif pula. “Sudah tentu, barulah datuk dan nenek tak rasa sunyi,” tegas Yusri sambil mengangguk. Ketika makan malam, mereka duduk semeja lagi. Waktu ini saat yang paling sesuai untuk mengajukan soalan yang telah dibincangkan petang tadi. Tetapi belum sempat mereka membuka mulut, datuk sudah berkata. “Yusri, cuti sekolah ni tinggallah lama sikit di rumah datuk ni.” “Mak dan ayah macam mana?” soal Yusri. “Terpulang kepada Yusri,” kata ibu dan bapanya serentak.
“Boleh tak kita tinggal lama kat sini?” Hanif bertanya.
Yusri memandang Rejab dan Hanif. Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
“Tanyalah datuk dan nenekku dulu,” jawab Yusri sambil mengangguk.
“Rumah nenek ni tak ada siapa, kalau kamu bertiga ada riuh rendah sikit,” kata
116
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:116-Sec1:117
117
10/27/2011 4:55:19 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat nenek sambil tersengih.
menuturkannya.
“Terima kasihlah nek, sebenarnya dah kami bincang petang tadi,” jelas Yusri.
“Itu namanya hatinya dah berubah,” ujar Yusri.
“Tapi kamu telefon mak ayah dulu, jangan nanti mereka tercari-cari,” nasihat datuk pula.
“Tapi mengapa bila aku ajak balik ke rumah datuk dan nenekku, ada saja alasannya?” soal Rejab pula.
“Nanti kami telefon mak dan ayah,” ujar Rejab.
“Agaknya dia marah pada datuk kau tak?” jawab Hanif.
“Dia orang berdua ni memang rapat dengan Yusri,” terang ibu Yusri.
“Mengapa ya? Anak marah pada ayah sendiri?” Rejab amat hairan.
“Itulah, atuk dah tengok, kamu memang sesuai tinggal dengan datuk di kampung ni,” tegas datuk Yusri pula.
“Mungkin atuk kau tu pernah marah pada ayah kau,” Yusri mengandaikannya pula.
Malam itu juga Hanif dan Rejab menelefon ibu bapa masing-masing. Yusri yang mendengar pun merasa amat senang hati. Kepalang gembiranya hati mereka apabila ibu bapa tidak banyak soal. Mereka akan tetap berkawan baik dan sama-sama menjaga nama ibu bapa sepanjang berada di rumah datuk dan nenek Yusri. Dengan harapan datuk dan nenek menunjuk ajar sesuatu kepada mereka. Bagi mereka, setiap pengetahuan akan diguna pakai pada masa akan datang. Malam itu, mereka tidak boleh melelapkan mata kerana banyak berbual. “Aku tak sangka, mak dan ayahku izinkan aku tinggal lama di rumah ini,” Rejab 118
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:118-Sec1:119
“Apa yang aku ingat, ayahku tak suka nama atuk ‘Nayan‛, lepas tu disuruh tukar nama,” terang Rejab. “Sebab apa sampai macam tu?” Hanif ingin tahu. “Sebab nama itu macam nama penyamun, tapi atuk tetap berkeras kerana nama itu sudah serasi dengan dirinya,” jelas Rejab. “Nama pun boleh jadi masalah ke?” Yusri bertanya. Rejab dan Hanif terdiam. Mereka tidak tahu hendak menyatakan dengan lebih lanjut. Mungkin mereka terdengar datuk atau bapa Yusri menutup daun pintu bilik. Itu sebagai isyarat, hari sudah jauh malam lebih baik tidur. Selepas solat Subuh, mereka berjoging 119
10/27/2011 4:55:19 PM
M Saleh Mahyat di dalam kampung. Cuaca di kampung amat dingin. Malangnya orang kampung tiada yang berbuat demikian. Mungkin tidak biasa melakukannya kerana tidak pernah. Namun begitu mereka tetap meneruskan sehingga ke hujung kampung dan berpatah semula dengan tenang. Mereka nampak pemandangan indah dan hijau di dalam kampung. Pemandangan yang seumpama itu yang mereka ingin nikmati. Tenang dan nyaman sekali rasanya. Tidak ada di bandar, fikir mereka. “Kalau siang boleh kita tengok di setiap rumah,” bisik Hanif. “Boleh, nanti kita datang lagi selepas sarapan,” ujar Yusri dengan senang hati. “Ada apa di rumah-rumah orang kampung ni?” Rejab ingin tahu. “Kalau atuk aku suruh tinggal lama tu, adalah benda nak ditunjuk pada kau orang berdua,” jelas Yusri. “Antaranya apa dia?” desak Rejab. “Ada yang menternak burung puyuh, ada yang berkebun sayur dan macam-macam lagi,” terang Yusri sambil menarik nafas panjang. “Hoo, hebat tu…kia tak boleh lepas peluang tu…” Hanif mengakui. Mereka merehatkan badan di halaman 120
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:120-Sec1:121
Cucu Pak Nayan rumah yang luas. Mereka duduk di atas bangku kayu yang dibuat khas di tepi gelanggang badminton. “Gelanggang ni buat apa?” Hanif ingin tahu. “Di sini ada budak-budak bermain,” kata Yusri.
datang
“Apa di rumah dia orang tak ada gelanggang sendiri?” Rejab bertanya pula. “Di sini sunyi, dalam pada itu boleh menghiburkan hati datuk dan nenek,” jawab Yusri. “Datuk dan nenek kau sama macam datuk dan nenek aku, tak nak ke rumah anak-anaknya di bandar,” ujar Rejab sambil mengangguk-angguk. “Macam mana nak tinggalkan rumah, di belakang tu ada kolam ikan,” kata Yusri sambil memandang Rejab dan Hanif. “Datuk dan nenek aku juga yang tak buat apa-apa, tinggal di bandar,” jelas Hanif. “Itu orang dah biasa, lain halnya dengan orang yang tinggal di kampung,” terang Rejab sambil menepuk belakang Hanif. “Betullah, di kampung banyak benda yang boleh dibuat,” Hanif mengakui. “Sebab itu kita kena tahu, baru ada rasa cinta pada kampung,” ujar Yusri sambil tersenyum. 121
10/27/2011 4:55:19 PM
M Saleh Mahyat “Nanti, kalau aku dah besar dan ada kerja, aku nak beli tanah kat kampung, boleh tanam pokok buah-buahan,” Rejab melahirkan hasratnya. “Aku pun macam itu, tapi siapa nak jual tanah?” soal Hanif pula. “Carilah, tentu datuk dan nenekku tahu,” jawab Yusri. “Kita beli tanah datuk Yusri, bukan tak boleh,” cetus Rejab. “Atuk aku nak suruh pindah ke mana?” soal Yusri sambil terbeliak matanya. “Err, sepuluh atau tiga puluh tahun lagi, tentu dia orang dah tak ada,” jawab Rejab. Yusri terdiam. Dia sungguh tidak menduga sejauh itu pandangan Rejab. “Tiga puluh tahun nanti kita dah jadi apa pun tak tahu,” Hanif menyatakannya. “Macam ayah kita, dah ada kerja dan kereta,” sahut Rejab dengan serius. “Boleh ke masuk kampung macam ini lagi?” soal Yusri sambil menganggukanggukkan kepala. Mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Yusri agak kesal kerana perkara itu baru sahaja di perkatakan tetapi sudah dilupakan pula. Rejab memandang Hanif yang memerhati ibu ayam yang beranak sepuluh. Mereka 122
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:122-Sec1:123
Cucu Pak Nayan begitu asyik dan terpegun kerana seekor ibu ayam boleh mengawal sepuluh ekor anaknya dengan baik. “Kalau ikut resmi ibu ayam, tentu selamat hidup kita,” bisik Rejab. “Apa-apapun mari kita naik bersarapan dulu, nanti kita buat kerja lain,” ajak Yusri. Mereka mengekori Yusri. Dia sudah mendengar namanya dipanggil oleh neneknya. Memang jelas di atas meja sudah tersaji hidangan istimewa. Ada bihun goreng, cucur bawang, pisang goreng dan ubi kayu goreng. Itulah sarapan orang kampung. “Mana kamu pergi pagi-pagi tadi?” datuk Yusri bertanya. “Joging dari rumah ni sampai ke hujung kampung,” jawab Yusri sambil tersenyum. “Apa yang kamu nampak dalam kampung ni?” soal nenek pula. “Tak ada sorang pun yang buat macam kita bertiga,” jawab Yusri sambil mencapai seketul cucur bawang. “Pagi, sejuk, malas nak bangun,” selar bapa Yusri. “Err, tak baik mengata orang, dia orang dah bangun tapi tak turun rumah,” jelas ibu Yusri pula. Rejab dan Hanif memandang Yusri. Mereka tidak mahu bercakap lebih. 123
10/27/2011 4:55:19 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat Kemudian mereka terus makan dan minum dengan seenaknya. Begitulah halnya di meja makan di rumah datuk dan nenek Yusri. Riuh rendah tambah menceriakan suasana. Air kopi O satu jag pun selesai dihadap. Begitu juga dengan cucur bawang, pisang goreng dan ubi kayu goreng. Hanya bihun goreng sahaja yang berbaki sedikit di dalam mangkuk.
12 Cucu Pak Nayan
EPERTI hari-hari yang lain, mereka turun berjoging selepas solat subuh. Tetapi apa yang menghairankan mereka kerana orang tua lelaki dan perempuan bertali arus. Perkara ini membuat hati mereka tidak senang.
S
“Ada apa agaknya dalam kampung ni?” soal Rejab. “Tentu ada sesuatu, kalau tidak masakan jadi begini,” jawab Hanif. “Nanti aku tanya dia orang tu,” Yusri memberanikan diri. Mereka pun memerhati Yusri yang sedia untuk menghampiri beberapa orang tua lelaki. Kemudian dia berpatah balik setelah mendapat jawapan. Tetapi wajahnya menjadi sugul dan tidak berkata apa-apa kerana terlalu berduka. Rejab dan Hanif mengajak Yusri pulang 124
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:124-Sec1:125
125
10/27/2011 4:55:20 PM
M Saleh Mahyat ke rumah datuk dan neneknya dengan segera. Biarpun begitu mereka masih dalam keadaan tanda tanya. Apakah yang membuat Yusri berubah? Apabila sudah tiba di rumah datuknya, barulah Yusri bersuara. “Datuk, Tok Aki meninggal dunia.” Sebaik sahaja mendengar kata-kata Yusri, datuk dan nenek bersiap-siap untuk segera ke rumah Tok Aki. Tok Aki itu sahabat baik datuk sejak kecil. Mereka pun mengekori datuk dan nenek ke rumah Tok Aki. Sementara datuk dan nenek naik ke rumah, mereka duduk di bawah pokok. Ketika itu muncul datuk dan nenek Rejab. Kepalang kagetnya dia kerana kedua-dua orang tua itu tiba di kampung datuk Yusri. Dia pun menerkam datuk dan neneknya. “Saya cuti di rumah datuk Yusri,” kata Rejab. “Hah, kalau begitu mari ke rumah datuk pulak,” pelawa Pak Nayan. “Tak jauh ke dari kampung ini?” Rejab bertanya. “Sebelah kampung ni saja,” jawab Pak Nayan. “Baiklah, nanti kita pergi,” kata Rejab dengan penuh gembira. 126
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:126-Sec1:127
Cucu Pak Nayan Datuk dan nenek segera naik ke rumah Tok Aki. Rejab dan dua orang kawannya tetap berbincang untuk ke rumah datuknya pula. Perkara ini memang tidak diduga akan bertemu. Tetapi apa hendak di kata kerana setiap kejadian itu ditentukan Allah. “Entah-entah datuk kau dengan datuk Yusri berkawan baik,” Hanif mengandaikannya pula. “Agaknya begitulah, kalau tidak mana nak datang,” jelas Rejab. “Macam kita nilah, masa kecil berkawan baik, tapi bila dah tua sorang di sana dan sorang di sini,” Yusri membayangkannya. “Apa-apapun kita tunggu keterangan datuk kau dulu,” ujar Hanif. “Ada baiknya juga kita datang ke kampung ni, boleh menemukan tiga sahabat,” cetus Rejab. “Tapi sayangnya sahabat yang seorang lagi dah kembali ke rahmatullah,” ucap Yusri. “Dah sampai ajal, nak buat macam mana?” soal Hanif. “Semuanya itu nak mengingatkan kita yang masih muda ni,” jawab Rejab. “Nanti datuk kau dan datuk aku pasti cerita perkara yang sebenar,” putus Yusri pula. “Itu yang aku nak dengar, macam mana 127
10/27/2011 4:55:20 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat hebatnya hubungan persahabatan orang zaman dulu,” Hanif menaruh minat dibuatnya.
al-Quran di sisi jenazah.
“Agaknya, budak-budak zaman dahulu macam mana cara berkawan?” Rejab ingin tahu.
“Sakit tua,” mengangguk.
“Apa pula, sudah tentu bersama-sama tinggal di pondok untuk menuntut ilmu agama, sebab dulu mak ayah dia orang lebih minat pada pendidikan agama,” jelas Yusri sambil mengangguk kepala.
“Orang tua, kalau sakit sikit tu boleh tahan,” jawab Yusri.
“Mana kau tahu ini semua?” soal Hanif agak hairan. “Atuk aku tu selalu cerita, tapi tak sebut nama datuk kau,” jawab Yusri. “Terlupalah agaknya tu, maklum orang tua dah kurang ingatan,” selar Rejab pula. Mereka tetap memerhatikan orang ramai yang turun naik rumah Tok Aki. Kesemuanya ingin menziarahi jenazah. Tukang membuat keranda sudah memulakan kerjanya. Nampaknya ada sahaja yang dilakukan untuk menyegerakan pengebumian jenazah Tok Aki. Begitu juga dengan tukang gali kubur sudah membawa tali sukat pada keranda. Namun begitu mereka tidak nampak banyak anak cucu Tok Aki. Mungkin mereka sedang menghadap jenazah di atas rumah. Lagipun, itulah kali terakhir untuk menatap wajah Tok Aki. Pastinya mereka membacakan 128
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:128-Sec1:129
“Tok Aki sakit apa?” Rejab ingin tahu. terang
Yusri
sambil
“Kenapa tak bawa ke hospital?” soal Hanif pula.
Hanif memandang Rejab yang memerhati tukang kayu membuat keranda. Ada yang memotong papan dan ada yang memaku papan dengan pantas. Sebentar kemudian sudah terbentuk sebuah keranda. Kemudian dibasuh dan dijemur pula. “Mengapa dibasuh hah?” Hanif ingin tahu lagi. “Nak bersihlah,” ujar Yusri. Rejab hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dia tidak mahu berbicara lagi buat sementara waktu. Sebab apa yang difikirkan, bagaimana jika datuknya meninggal dunia? Akan bertambah jaranglah pulang ke kampung. Mungkin akan jadi seperti Hanif yang akan terus tinggal di bandar. “Rejab, apa yang kau fikirkan tu?” soal Hanif sambil menepuk bahu Rejab. “Aku membayangkan datukku yang meninggal dunia, tentu aku dah tak balik ke kampung lagi macam kau…” jawab Rejab 129
10/27/2011 4:55:20 PM
M Saleh Mahyat dengan suara perlahan. “Ah, tak usah bersedihlah, aku tak boleh dengar orang bersedih,” cetus Yusri pula. “Mari kita ke rumah datuk kau,” ajak Hanif. “Rejab nak tahu keputusan datuknya,” kata Yusri tanpa bergerak. “Tak apa, nanti tentu datuk aku datang ke rumah datuk Yusri,” Rejab mengandaikannya. “Kalau begitu marilah, kita boleh kemaskan pakaian dalam beg,” Hanif pun mengorak langkah. “Rejab, Rejab, elok-elok di rumah datuk aku, nak ke rumah datuk kau pula,” rungut Yusri. “Aku mana tahu, ingatkan jauh sangat kampung ni dengan kampung datukku,” jelas Rejab. “Entah-entah ayah kau kenal dengan anak Tok Aki, alamat kita kena balik ke bandar,” Hanif mengandaikannya pula. “Kita katalah, kita nak ke rumah datuk aku,” tegas Rejab. “Kalau ayah kau yang datang macam mana?” soal Yusri. “Aku kata nak ke rumah datukku,” jawab Rejab dengan serius. Setiba di rumah datuk Yusri, mereka 130
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:130-Sec1:131
Cucu Pak Nayan menghadap meja makan. Di bawah tudung saji ada pelbagai jenis kuih. Mereka pun tidak bertangguh lagi kerana sudah terlewat untuk bersarapan. “Datuk dan nenek kau dah bersarapan ke belum ni?” Rejab ingin tahu. “Tentu sudah, sebab di sini tak ada cawan datuk dan nenek,” terang Yusri. “Kalau makan pun patut-patutlah, jangan di habiskan semua,” nasihat Rejab. Hanif dan Yusri pun faham dengan kata-kata Rejab. Selepas makan dan minum, mereka mengemaskan beg pakaian. “Kita letak di luar bilik beg ni,” syor Rejab. “Oh, biar datuk kau tahu kita nak ke rumahnya,” Yusri menyokong. “Bagus juga tu, lepas ni kita turun ke kebun buah,” ajak Hanif pula. “Marilah, boleh kita makan buah sebelum ke rumah datuk Rejab,” balas Yusri dengan senang hati. Di kebun memang banyak jenis buahbuahan. Mana yang mereka suka boleh petik. Dua hari lepas memang begitu keadaannya. Ertinya mereka baru tiga hari berada di rumah datuk Yusri. Dan empat hari lagi tentu akan pulang ke bandar. Begitulah yang di pohon kepada ibu bapa masing-masing. 131
10/27/2011 4:55:20 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat “Tiga hari pun dah banyak yang kita dapat, inikan pula tujuh hari,” bisik Hanif. “Tapi di rumah datukku lagi banyak perkara yang boleh kita dapat nanti,” terang Rejab dengan serius. “Wow! Kalau macam itu lebih hebat dari sini,” kata Yusri pula. “Kita boleh masuk kebun pisang, lepas itu sorong basikal yang sarat dengan buah pisang ke kedai,” jelas Rejab sambil mengangguk. “Apa yang kita dapat?” soal Hanif. “Di kedai tu ada aiskrim, kita boleh makan apa yang kita suka,” jawab Rejab. “Lagi hebat tu, nampak gaya kita lebih tahan lama di sana daripada di sini,” putus Yusri. “Oh, kau sendiri pun tak tahan di sini rupanya, tapi mengapa diam saja?” Rejab bertanya dari hati ke hati. “Tengoklah, baru tiga hari dah ada orang meninggal dunia, aku takut dengan orang meninggal dunia,” jawab Yusri sambil mengangguk. “Oh, takut, nasib baik datuk aku datang, boleh kita cepat tinggalkan kampung ni,” kata Rejab sambil menepuk bahu Yusri. “Di sini tak ada kedai yang dekat rumah, orang kampung nak beli barang kat mana?” 132
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:132-Sec1:133
soal Hanif pula. “Pekan, Simpang Tiga tu pun ada, Simpang Empat pun ada,” jawab Yusri sambil menuding ke arah sebelah timur dan barat. “Kedai dekat-dekat, kedai runcit tak ada?” Hanif ingin kepastian. “Setahu aku tak ada, tapi tak tahulah kalau sekarang dah ada,” terang Yusri. “Kau nak beli apa, sibuk tanya kedai ni Hanif?” Rejab bertanya sambil makan buah rambutan. “Tak adalah, sebelum kita balik, boleh kita beri cenderahati pada datuk dan nenek kau,” hajat Hanif pula. “Betul juga, itu suatu idea yang bagus,” puji Rejab. “Nanti, lepas di rumah datuk Rejab, tentu nak datang lagi ke rumah datuk aku?” soal Yusri. “Mengapa pula?” Hanif bertanya balik. “Yalah, sebab ayah dan makku janji macam tu dulu,” terang Yusri. “Hah, kalau macam itu nanti kita beli cenderahati di kedai di kampung datuk Rejab,” putus Hanif. “Sebab di kampung ni kita tak keluar belanja, jadi duit yang kita ada boleh buat beli benda tu nanti,” Rejab memberitahu sambil mengangguk. 133
10/27/2011 4:55:20 PM
Cucu Pak Nayan
M Saleh Mahyat Lewat tengah hari, datuk dan nenek Rejab singgah di rumah datuk Yusri. Kepalang kagetnya mereka kerana baru sekarang diterangkan perkara yang sebenar. “Ini anak Umar, Rejab namanya,” kata Pak Nayan. “Itulah, kalau tak kau yang cerita, aku tak tahu anak cucu siapa ni, rupanya kau ni ‘Cucu Pak Nayan‛,” terang datuk Yusri sambil tersenyum. “Hubungan datuk berdua ni macam mana?” Yusri ingin tahu. “Macam kau bertiga nilah, termasuk Tok Aki yang meninggal tu,” jelas Pak Nayan. Hanif yang mendengar amat terharu. Dia tidak tahu hendak berkata-kata di hadapan dua pasang orang tua itu. Tengah hari itu, datuk dan nenek Rejab makan nasi di rumah datuk Yusri. Nenek masak ikan keli masak lemak cili padi. Ikan keli itu digoreng terlebih dahulu supaya tidak nampak kembang. Pucuk ubi kayu dan pucuk paku celur dibuat cicah dengan kuah lemak. Memang amat menyelerakan sekali. Banyak cerita yang mereka dengar dari mulut dua sahabat. Kesemuanya itu boleh dijadikan panduan dan ingatan di hari muka. Lagipun, jarang bertemu dengan orang tua yang bersahabat baik. Mereka akan cuba untuk mengekalkan persahabatan yang ada 134
CUCU PAK NAYAN(M Saleh Mahyat).indd Sec1:134-Sec1:135
sehingga ke hari tua. “Kamu bertiga boleh buat macam datuk, berkawan sampai ke tua,” syor Pak Nayan. “Caranya macam mana Tok?” Rejab bertanya. “Mudah saja, jangan bermusuh-musuhan di antara satu dengan yang lain,” jawab Pak Nayan. “Kami bertiga dulu, sama-sama mengaji di pondok, tinggal serumah, masak, makan dan tidur sama,” terang Pak Anjang, datuk Yusri. “Anjang ni dulu macam kau ni, berasal dari kampung ni,” cerita Pak Nayan. “Oh, cantik nama tu,” puji Rejab. Kedua-duanya terkedu mendengar cerita suami mereka di hadapan cucu masingmasing. Hanif yang tidak ada kena-mengena pun terasa agak jauh hati. Tetapi dia berharap dengan adanya tali persahabatan akan kekal hingga ke akhir hayat seperti Tok Aki, Tok Anjang dan Tok Nayan. Kemudian Pak Nayan bercerita pula tentang anak-anaknya. “Umar kahwin dengan Hajar dapat anak Rejab ni, Usman kahwin dengan Farah dapat anak Mawar, Ali berkahwin dengan Sarah dapat anak Saaban dan Abu Bakar kahwin dengan Saadiah dapat anak Melor.”
135
10/27/2011 4:55:20 PM