Data Loading...

Dongeng Warisan ETD Flipbook PDF

Dongeng Warisan ETD


156 Views
46 Downloads
FLIP PDF 3.07MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Sekolah Menengah Shuqun Jabatan Bahasa Ibunda

Dongeng Warisan Kandungan:

1.

Akibat Lupa Janji

…………………………………………

2.

Kisah Tiga Sahabat

…………………………………………

3.

Kucing Menjadi Hakim ………………………………………

4.

Penjual Kayu Api yang Mulia

5.

Sang Kancil dengan Buaya

6.

Sang Kancil Menolong Kerbau

7.

Si Tanggang

8.

Singapura Dilanggar Todak

9.

Ketam Batu

…………………………………… ……………………………… ……………………………

……………………………………………………… …………………………………

…………………………………………………………

10. Kisah Monyet dan Buaya

………………………………………

11. Mengapa Ayam Mengais

…………………………………………

12. Sang Kancil dengan Anai-anai

………………………………

13. Sang Kancil Menipu Harimau

…………………………………

14. Semut dan Cengkerik

……………………………………………

15. Siapa Lebih Handal ………………………………………………….

AKIBAT LUPA JANJI Di pinggir sebuah kolam, tinggal dua ekor itik liar. Itik-itik ini bersahabat baik dengan seekor kura-kura. Mereka suka tinggal di situ kerana airnya sangat jernih dan ada banyak anak-anak ikan. Itik liar dan kura-kura berenang dan bermain dengan gembira. Sudah beberapa hari hujan tidak turun. Sang Kura-kura dan Sang Itik sangat susah hati. Air kolam semakin sedikit. Binatang-binatang yang tinggal di hutan itu semakin berkurangan. Mereka telah berpindah ke hutan yang lain. Sang Itik dan Sang Kura-kura bertambah susah hati, air kolam sudah kering. Mereka takut mati kelaparan. Sang Itik 2

:

Kita mesti pindah dari sini.

Sang Kura-kura :

Ya, kalau tidak kita akan mati.

Sang Itik 1

:

Ke mana kita hendak pergi?

Sang Itik 2

:

Kita pindah sahaja ke hutan di hujung sana. Saya mendapat tahu di sana ada sebuah kolam.

Sang Itik 1

:

Ya!Ya! Saya setuju. Mari kita pindah segera sebelum matahari terbenam.

Sang Kura-kura :

Bagaimana dengan saya?

Sang Itik 2

:

Nampaknya kamu kena tinggal Sang Kura-kura.

Sang Itik berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sahabat baik mereka. Sang Itik 1

:

Kami akan terbang. Kamu tidak boleh terbang. Bagaimana?

Sang Kura-kura :

Bawalah saya pergi bersama. Jika saya terus tinggal di sini, saya akan mati kelaparan dan kehausan.

Sang Itik 2

Baiklah Sang Kura-kura, jangan menangis lagi. Kami akan bawa kamu bersama tetapi kamu mestilah berjanji.

:

Sang Kura-kura :

Baiklah, saya sedia berjanji dengan kamu tetapi apakah janjinya?

Sang Itik 2

Kamu mesti berjanji tidak akan membuka mulut dan bercakap. Jika tidak, kamu akan jatuh. Kalau kamu buka mata, kamu akan takut sebab kamu akan dibawa terbang tinggi.

:

Sang Kura-kura :

Baiklah saya berjanji.

Setelah berjanji, itik-itik liar itu pun pergi mencari sebatang kayu panjang. Kayu yang lurus digunakan untuk membawa Sang Kura-kura.

Mereka akan terbang melintas hutan itu untuk sampai di hutan baharu dan mereka juga akan melintas sebuah kampung. Sang Kura-kura disuruh menggigit di tengah-tengah kayu itu kuat-kuat. Seekor itik menggigit di hujung kayu dan seekor lagi di pangkal kayu. Itik-itik itu terbang serentak. Sang Kura-kura terbang sama. Mereka terbang melintas hutan. Tidak berapa lama terbang, mereka melintas kampung pula. Ramai orang kampung keluar bersorak-sorak. Mereka menjerit-jerit. Orang kampung :

Kura-kura terbang! Kura-kura terbang!

Kura-kura pejamkan matanya kuat-kuat. Mulutnya semakin kuat menggigit kayu. Dia masih ingat janjinya kepada itik. Namun, Sang Kurakura menjadi tidak sabar apabila sorakan itu semakin kuat. Dia ingin melihat orang ramai bersorak itu. Dengan tiba-tiba dia membuka matanya. Dia memandang ke bawah. Sayup-sayup di bawah Sang Kurakura melihat ramai orang sedang bersorak. Sang Kura-kura :

Wah! Ramainya orang sedang bersorak.

Sang Kura-kura menjadi bangga. Dia lupa yang dia tidak mempunyai sayap untuk terbang sendiri. Apa yang difikirkan oleh Sang Kura-kura hanyalah dia sedang berada di udara. Dia ingin berkata sesuatu. Dia pun segera membuka mulut untuk berkata. Apabila terbuka sahaja mulutnya, Sang Kura-kura pun jatuh terhempas ke bumi. Sang

Itik sangat sedih tetapi mereka meneruskan perjalanannya. Itulah akibat orang yang lupa pada janji.

KISAH TIGA SAHABAT

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor kura-kura yang bersahabat baik dengan seekor kera dan seekor burung. Mereka sering bermain dan makan bersama-sama kerana mereka tinggal berdekatan antara satu sama lain. Kera agak nakal. Kera selalu mempermainkan kura-kura. Kura-kura pula penyabar dan sering berfikir panjang apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Burung pula sangat menyayangi kedua-dua orang rakannya itu. Kura-kura :

Kita mesti berhati-hati apabila melakukan sesuatu pekerjaan jika mahu hasil yang baik.

Burung

Betul kata awak kura-kura. Kita mesti berhati-hati supaya kita tidak menyesal nanti.

:

Pada suatu hari, semasa kura-kura, kera dan burung berjalan-jalan di tepi sungai, mereka ternampak sepohon pokok pisang muda. Kura-kura :

Ah! Lihat di sana. Ada sebatang pokok pisang. Mari kita tebang dan bahagi sama rata pokok pisang ini.

Burung

Tidak apalah. Saya boleh berkongsi dengan kura-kura.

:

Kera

:

Kalau begitu kata awak burung, saya hendak bahagian yang ada daun.

Kura-kura :

Mengapa awak hendak bahagian itu?

Kera

:

Saya hendak bahagian itu kerana pisang akan berbuah dari bahagian hujung yang berdaun itu.

Burung

:

(kebingungan) Betulkah? Tidak mengapalah. Biar saya berkongsi sahaja dengan kura-kura.

Kura-kura :

Ya, biar kita ambil bahagian pangkal yang tidak berdaun ini.

Mereka pun membawa pulang pokok pisang yang telah dibahagi dua itu. Sesampai di rumah, kura-kura dan burung menanam pangkal pokok pisang tadi. Setiap hari, mereka bergilir-gilir menyiramnya dengan air. Kera

:

Baik saya ikat bahagian hujung pokok pisang ini di atas sebatang dahan supaya pokok pisang ini cepat tumbuh.Tidak payahlah saya bersusah payah menyiramnya dengan air. Daun pisang ini hanya perlukan cahaya matahari untuk tumbuh segar.

Setiap hari kera perhatikan daun pisang yang diikat di sebatang dahan pokok. Dia semakin kehairanan kerana daun pisang semakin hari menjadi semakin layu. Kera

:

Eh! Mengapa pokok pisang ini tidak berbuah? Sudah lama saya menunggunya. Malahan daunnya semakin layu.

Pokok pisang kura-kura pula semakin membesar. Pokok pisang mereka sudah berbuah. Kura-kura dan burung sangat gembira melihat hasil tanaman mereka itu. Burung

:

Kura-kura :

Wah, lihat kura-kura. Pokok pisang kita sudah berbuah. Marilah kita berkongsi dengan kera. Baiklah. Saya pun hendak lihat apa yang telah terjadi dengan pokok pisang kera. Pasti layu kerana pokok pisang tidak tumbuh dari daunnya.

Keesokan harinya, pergilah mereka berdua ke rumah kera dengan membawa buah pisang yang masak ranum dari pohon mereka. Mereka juga ingin melihat sendiri apa yang telah terjadi pada pokok pisang kera itu.

Kera

:

Kenapa pokok pisang saya mati? Nampaknya saya terpaksa membuangnya kerana telah layu dan kering.

Kura-kura :

Hai! Kera, Mengapa pokok pisang awak layu dan kering? sudah berbuahkah pokok pisang awak? (pura-pura bertanya)

Kera

Oh, pokok pisang saya telah lama berbuah dan sudah habis saya makan!

:

Kura-kura :

Kalau begitu baguslah.

Kura-kura tahu kera tidak berkata benar. Tidak mungkin hujung pokok pisang yang telah dikerat boleh berbuah. Kura-kura :

Kalau begitu tidak payahlah saya berikan awak buah pisang yang saya bawa ini. Saya fikir hendak berikan awak rasa.

Kera

Mengapa?

:

Kura-kura :

Bukankah awak kata yang awak baharu sahaja selesai makan buah pisang?

Kera menyesal kerana bercakap bohong. Sekarang, kera tidak dapat merasa buah pisang yang dibawa oleh kura-kura. Kera hanya memerhatikan kura-kura dan burung memakan pisang yang enak itu. Dipetik dan disesuaikan daripada cerita Bacaan Semai Budi oleh Nurul Rina, terbitan Percetakan Sentosa Sdn Bhd

KUCING MENJADI HAKIM Kononnya dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan. Masingmasing mengaku yang ikan itu milik mereka. Mereka terus bertengkar. Akhirnya mereka bersetuju mencari hakim yang boleh menentukan siapakah sebenarnya pemilik ikan itu. Kera Besar :

Saya fikir sebaiknya kita berjumpa dengan kucing.

Kera Kecil :

Kenapa pula kucing?

Kera Besar :

Bukankah kucing arif tentang ikan? Lagipun, ikan ialah makanan kegemaran kucing. Tentu dia boleh membantu kita.

Kera Kecil :

Betul kata awak. Mari kita cari kucing.

Apabila mereka berjumpa kucing, dua ekor kera itu pun menceritakan kepada kucing masalah mereka. Kera Kecil :

Wahai kucing yang bijaksana, bolehkah awak membantu kami untuk menyelesaikan suatu masalah?

Kucing :

Tentu boleh. Apakah masalah awak berdua?

Kera Besar :

Tadi, kami telah terjumpa seekor ikan. Saya yang nampak ikan itu dahulu tetapi sahabat saya yang mengambilnya. Saya yakin yang ikan itu adalah hak milik saya. Sahabat saya pula mengaku ikan itu haknya. Siapakah sebenarnya yang berhak ke atas ikan itu, kucing?

Kucing :

Oh, kalau begitu, tunggu sebentar.

Dua ekor kera itu pun menunggu kucing. Mereka tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh kucing untuk membantu mereka. Tidak lama kemudian, kucing pun muncul dengan membawa dacing. Selepas itu, kucing meminta ikan itu daripada kera. Kucing mengerat ikan itu kepada dua bahagian lalu menimbangnya. Apabila ia mendapati yang bahagian kepala lebih berat, kucing akan memakan bahagian itu sedikit. Kemudian, setelah ditimbang semula dan bahagian ekor pula yang lebih berat, kucing akan memakan bahagian ekor sedikit. Kucing terus menimbang dan memakan sedikit demi sedikit sehingga habis ikan itu dimakannya. Kera-kera itu terpingapinga. Kera Kecil :

Apakah yang awak telah lakukan kucing?

Kucing :

Dalam hidup, kalau kita selalu tamak, kita akan rugi.

Kera Besar :

Aduhai sahabatku, nampaknya ada pihak lain yang untung daripada sikap kita yang tamak.

Kera-kera itu pun pulang dengan perasaaan hampa. Mereka sedar yang sikap tamak merugikan mereka.

PENJUAL KAYU API YANG MULIA

Jafur seorang pemuda yatim piatu. Kerjanya menjual kayu api. Seharian Jafur akan masuk ke hutan untuk mengumpul banyak kayu dan kemudian menjualnya pada waktu petang. Pada suatu hari, seorang saudagar kaya dari hujung kampung hendak membeli kayu api Jafur. Saudagar :

Bawakan kayu-kayu api ini ke rumah saya senja nanti.

Jafur

Baiklah. Terima kasih tuan.

:

Jafur pun bersiap sedia untuk menghantar kayu api ke rumah saudagar kaya itu. Semasa dia berjalan di tepi jalan, Jafur ternampak sebuah uncang. Jafur mengambil uncang itu lalu membeleknya. Jafur

:

Wah, banyaknya wang! Tentu milik saudagar kaya tadi. Kalau saya ambil wang ini, tentu saya akan kaya dan tidak perlu lagi bersusah payah menjual kayu api.

Jafur terdiam seketika. Dipegangnya uncang berisi duit itu kuatkuat. Suara

:

Ambil sahaja duit itu Jafur. Kamu akan menjadi kaya dan hidup senang.

Jafur

:

Tetapi... wang ini bukan milik saya.

Suara

:

Ambil sedikit sahaja. Kemudian, buangkan uncang itu ke dalam semak. Tiada siapa yang akan tahu.

Jafur

:

Tidak boleh. Saya mesti pulangkan uncang ini kepada tuannya. Kalau saya ambil wang ini dan menjadi kaya, saya tidak akan bahagia kerana saya telah mengambil hak orang.

Petang itu, Jafur pergi menghantar kayu api ke rumah saudagar kaya itu. Saudagar :

Oh, terima kasih. Kamu telah menunaikan janji kamu. Saya memang memerlukan kayu api ini. Anak saya sedang sakit. Saya pula telah kehilangan uncang berisi wang.

Jafur

Betulkah tuan telah kehilangan wang?

:

Saudagar :

Adakah kamu menjumpainya?

Jafur

:

Ya, saya jumpa uncang ini ketika saya hendak datang ke sini. Saya pasti uncang ini milik tuan.

Saudagar :

Terima kasih. Kamu berhati mulia. Siapa nama kamu anak muda?

Jafur

Nama saya Jafur.

:

Saudagar :

Mahukah kamu bekerja dengan saya?

Jafur

:

Saya hanya penjual kayu api. Apa yang boleh saya buat?

Saudagar :

Usah bimbang. Kamu bekerjalah dengan saya. Saya akan bimbing kamu.

Jafur bersetuju. Dia berasa gembira dengan tawaran itu. Sumber : Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia, Diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said.

SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Sang Kancil merasa sangat lapar. Sejak pagi tadi, Sang Kancil belum mendapat sebarang makanan. Ia pun membuat keputusan untuk meminum air di tebing sungai. Sambil berjalan, matanya terus mencari-cari. Tiba-tiba, Sang Kancil ternampak sepohon jambu air yang berbuah lebat di seberang sungai. Sang Kancil

: Wah, merahnya buah jambu air itu! Tentu sedap rasanya tetapi... bagaimanakah aku dapat ke sana?

Sang Kancil pun turun ke tebing sambil berfikir tentang buah jambu air itu. Sedang Sang Kancil meneguk air, tiba-tiba air sungai berkocak dan ia terasa kakinya disambar sesuatu. Sang Kancil terkejut tetapi ia tidak menunjukkannya kerana ingin memperdayakan buaya itu. Sang Kancil Sang Buaya : Sang Kancil

: Hai, Sang Buaya, tuan hamba telah menyambar ranting kayu bukan kaki hamba. Ah, ranting kayu? : Alahai Sang Buaya, nasib baik hamba bertemu tuan hamba. Sebenarnya, hamba telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman agar mengira jumlah kaum tuan hamba yang tinggal di sungai ini. Pergilah beritahu kepada semua jenis

buaya. Nanti, Raja Sulaiman akan memberikan kurnia. Sang Buaya :

Betulkah begitu Sang Kancil?

Pada mulanya Sang Buaya berasa ragu-ragu tetapi Sang Kancil berjaya meyakinkannya. Tidak lama kemudian, timbul pelbagai jenis buaya yang ada di dalam sungai itu. Sang Kancil meminta buaya-buaya itu berbaris dari tebing sebelah sini hingga tebing sebelah sana. Tanpa membuang masa, Sang Kancil pun melompat ke atas kepala setiap buaya dan mula mengira sambil menyanyi gembira. Sang Kancil

: Satu dua tiga lekuk, Jantan betina aku ketuk, Empat lima enam dan tujuh, Lapan sembilan dan sepuluh, Sebelas dua belas dan tiga belas, Ekor kalian jangan melibas, Empat belas lima belas enam belas, Perintah Raja Sulaiman ditunaikan lekas.

Sang Kancil terus mengira sehingga ia sampai ke seberang sungai. Kemudian, Sang Kancil segera melompat ke tebing dan menuju ke pohon jambu air itu.

Sang Kancil

: Terima kasih wahai Sang Buaya sekalian. Kalian telah menunaikan perintah Raja Sulaiman. Sekarang, bersurailah.

Sang Kancil berasa gembira. Hajatnya telah tercapai.

Sang Kancil Menolong Kerbau

Sang kerbau sedang asyik meragut rumput yang lembut dan segar di tepi sebatang sungai apabila terdengar teriakan meminta bantuan. Sang Buaya:

Tolong! Tolong!

Sang kerbau pun berhenti meragut rumput lalu berjalan ke arah suara itu. Apabila Sang Kerbau semakin dekat dengan tempat itu, ia ternampak sebatang pokok yang tumbang. Sang Buaya:

Tolonglah aku Sang Kerbau!

Sang Kerbau:

Di mana engkau?

Sang Buaya:

Aku di bawah pokok tumbang ini!

Sang Kerbau:

Engkau rupanya Sang Buaya. Apa yang engkau buat di situ?

Sang Buaya:

Engkau tidak nampakkah? Aku dihempap batang pokok ini. Tolonglah aku!

Sang Kerbau:

(nada simpati) Bagaimana aku dapat menolong engkau?

Sang Buaya:

Engkau tolonglah angkat batang pokok ini.

Sang Kerbau:

Baiklah!

Sang Kerbau pun menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu dan menyuruh Sang Buaya agar cepat keluar. Tanpa disangka oleh Sang Kerbau, Sang Buaya keluar lalu menangkap kakinya. Sang Kerbau pun mula meronta-ronta tetapi Sang Buaya tetap tidak mahu melepaskannya. Sang Kerbau:

Mengapa engkau menangkap kakiku?

Sang Buaya:

Aku lapar.

Sang Kerbau:

Tolong! Tolong!

Sang Kerbau pun menjerit dengan kuat. Pada ketika itu, Sang Kancil pun muncul. Sang Kancil:

Apa yang telah terjadi Sang Kerbau?

Sang Kerbau:

Lihatlah Sang Kancil. Aku telah tolong melepaskan Sang Buaya ini tetapi sekarang, aku pula yang hendak dimakannya.

Sang Kancil:

Betulkah begitu? Aku tidak percaya engkau boleh angkat batang pokok ini. Cuba engkau angkat sekali lagi.

Sang Kerbau:

Lepaskan dahulu kakiku.

Sang Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau. Setelah itu, Sang Kerbau menyusupkan tanduknya di bawah batang pokok itu lalu mengangkatnya. Sang Kancil:

Sang Buaya, di mana engkau berada ketika itu?

Sang Buaya:

Aku berada di bawah batang pokok ini.

Sang Kancil:

Kalau begitu, cepatlah pergi ke bawah batang pokok ini.

Apabila Sang Buaya sudah berada di bawah batang pokok itu, Sang Kancil pun menyuruh kerbau melepaskan batang pokok itu. Sang Buaya:

Aduh! Sakitnya.

Sang Kancil:

Pergilah dari sini Sang Kerbau dan biarkan Sang Buaya ini yang tidak tahu mengenang jasa.

Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu,

Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baharu. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. “Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.

“Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira. Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. “Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. “Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu. “Betulkah mereka ini ibu bapa kanda?” tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. “Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. “Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma. “Pergi!” tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa sesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. “Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi

batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Singapura Dilanggar Todak

Pada suatu ketika dahulu Singapura telah diserang ikan todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak. Raja Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negerinya. Baginda berasa sedih melihat ramai rakyatnya dibunuh ikan todak. Bagi mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai. Malangnya, lebih ramai rakyat yang mati apabila terus diserang ikan todak. Seorang budak yang bijak bernama Hang Nadim telah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini. Hang Nadim mempunyai satu akal untuk melawan serangan ikan todak ini. Tanpa berlengah, Hang Nadim pergi mengadap Raja Singapura. “Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh rakyat menggunakan betis mereka untuk mengelak serangan ikan todak, lebih ramai rakyat yang akan mati,” sembah Hang Nadim mengadap Raja.

“Adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik ? “ tanya Raja Singapura. “Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang pisang untuk melawan serangan ikan todak,” tambah Hang Nadim. “Batang pisang? Bagaimana? ”, tanya Raja dengan penuh hairan. “Kita boleh menggunakan batang pisang sebagai kubu sepanjang pantai. Apabila ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan todak ini sudah terlekat, rakyat sekalian boleh menetaknya hingga mati, “ tambah Hang Nadim. Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Raja Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah, baginda memerintahkan rakyatnya agar menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu. Nescaya, buah fikiran Hang Nadim itu berjaya. Ikan todak berjaya ditewaskan dan negeri Singapura akhirnya terselamat. Raja Singapura berasa sungguh gembira dan menghadiahkan Hang Nadim dengan sebuah hadiah yang sungguh istimewa. Baginda bersyukur

kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang budak yang sungguh bijak. Malangnya, para pembesar negeri sangat iri hati dan dengki dengan kebijaksanaan Hang Nadim. Mereka khuatir Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat Raja. “Budak ini masih kecil tetapi sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Patik yakin Raja akan mengambilnya sebagai penasihat baginda,” kata Perdana Menteri kepada para pembesar negeri yang lain. “Hang Nadim mesti dibunuh! Patik akan memujuk Raja untuk membunuhnya,” tambah Perdana Menteri dengan marahnya. Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang cerdik itu kerana takut apabila besar dia akan menjadi lebih cerdik. Mereka terus menyakinkan Raja jika Hang Nadim menjadi lebih pintar daripada Raja, nescaya mahkota Raja Singapura akan cuba dirampasnya.

Setelah mendengar hasutan para pembesar negerinya, Raja Singapura pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Nadim. Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dibuang ke laut. Ramai rakyat Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim yang telah menyelamatkan Singapura daripada serangan todak.

KETAM BATU

Pada suatu pagi, seekor ketam hitam merayau-rayau mencari makanan. Tiba-tiba ia ternampak seekor anak ikan yang terdampar di tepi pantai. Ikan itu kelihatan lemah. Sang Ketam mengheretnya perlahan-lahan ke dalam air. Niat hatinya hendak memakan ikan itu. Di dalam air, anak ikan itu mula bergerak. Sang Ketam memerhatikan gelagat anak ikan yang tercungap-cungap itu. Ia berasa kasihan lalu membiarkan anak ikan itu berenang-renang. Tiba-tiba, anak ikan itu berenang ke arahnya. Anak Ikan :

Terima kasih. Awak telah menyelamatkan saya. Apakah yang dapat saya berikan untuk membalas jasa awak?

Sang Ketam:

Apa yang dapat awak lakukan? Badan awak kecil.

Anak Ikan :

Jadi, awak melepaskan saya kerana badan saya kecil.

Sang Ketam:

Oh bukan begitu, saya kasihan melihat awak.

Anak Ikan :

Kalau begitu, awak sungguh baik hati.

Anak ikan itu pun mengeluarkan tiga batu hikmat dari dalam mulutnya. Batu emas, batu perak dan batu biasa itu diletakkan di atas pasir. Anak Ikan :

Ini batu-batu hikmat. Kalau awak memakan batu emas, badan awak akan bertukar menjadi emas. Kalau awak memakan batu perak pula, badan awak akan bertukar menjadi perak. Kalau awak memakan batu biasa ini, badan awak akan bertukar menjadi seperti warna batu. Pilihlah yang mana satu sebagai hadiah daripada saya.

Sang Ketam:

Kalau saya memilih batu emas, saya akan menjadi ketam emas yang luar biasa. Semua ketam akan menghormati saya. Mungkin juga saya akan dijadikan raja tetapi raja mempunyai tanggung jawab yang berat. Saya tidak sanggup.

Sang Ketam mengalihkan pandangannya. Ia melihat batu perak sambil berfikir lagi. Pada fikirannya, warna perak lebih baik kerana ia sangat terang dan lebih cantik. Banyak ketam betina yang akan tertarik dengannya. Namun, ketam-ketam jantan akan dengki kepadanya dan ia akan mempunyai banyak musuh. Sang Ketam tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Sang Ketam:

Biarlah saya memilih batu biasa. Mungkin ia mempunyai kelebihan daripada kedua-dua batu itu.

Sang Ketam:

Baiklah anak ikan, saya memilih batu biasa ini.

Sang Ikan :

Baguslah, awak bukan sahaja baik hati tetapi tidak tamak dan bijak pula.

Sang Ketam pun menelan batu itu. Perlahan-lahan, warna kulitnya berubah menjadi seperti warna batu dan pasir. Banyak ikan dan udang keliru. Sang Ketam pun dengan mudah menangkap mangsanya. Selain itu, musuh-musuhnya yang lain juga terpedaya dengan warna kulitnya. Sang Ketam pun dapat melepaskan dirinya dengan mudah. Sang Ketam bersyukur kerana telah dapat berfikir dengan baik sebelum membuat keputusan. Kalau ia telah memilih batu emas atau perak, ia tentu tidak akan selamat seperti sekarang.

Kisah Monyet Dan Buaya

Pada zaman dahulu, tinggal seekor monyet di atas sebatang pokok mangga di tepi sungai. Buah yang dihasilkan pokok mangga ini kecil. Di seberang sungai pula terdapat sebatang pokok mangga yang berbuah banyak dan besar. Monyet ingin sangat memakan buah mangga itu tetapi dia tidak tahu berenang. Monyet

:

Wah, banyak sungguh buah mangga di seberang sana tetapi...bagaimana caranya untuk sampai ke situ?

Ketika monyet mundar-mandir sambil berfikir, dia ternampak seketul batu besar. Monyet mendapat satu akal. Monyet

:

Ah, saya akan golekkan batu itu ke dalam sungai. Kemudian, saya boleh lompat ke atasnya untuk memanjat pokok itu. Dapatlah saya makan sepuas hati saya.

Monyet tidak sedar yang perbuatannya sedang diperhatikan oleh seekor buaya. Buaya ini tinggal dekat dengan tebing sungai.

Buaya

:

Monyet ini tinggal sendirian. Tentu mudah untuk menangkapnya. Biar saya naik ke atas batu ini. Monyet akan menyangka yang saya batu. Apabila dia memanjat ke atas badan saya, saya akan menangkapnya.

Keesokan harinya, monyet hendak ke seberang sungai lagi. Monyet melihat batu itu. Batu itu kelihatan lebih besar daripada biasa. Monyet

:

Hmm, batu ini berlainan sedikit. Mungkin terdapat bahaya. Biar saya selidik.

Monyet

:

Apa khabar batu?...Kenapa awak tidak bercakap hari ini? Awak marah dengan saya?

Buaya

:

Monyet tentu bercakap dengan batu ini setiap hari. Saya mesti menyamar sebagai batu dan bercakap dengannya.

Buaya

:

Khabar baik Monyet.

Monyet

:

Oh, rupa-rupanya kamu buaya. Kamu hendak menangkap saya?

Buaya

:

Ya, monyet. Lebih baik kamu menyerah sahaja, Buah di pokok mangga ini sudah habis. Kamu akan mati kelaparan.

Monyet

:

Buaya pasti tidak akan lepaskan saya. Saya mesti mencari cara untuk menyelamatkan diri saya.

Monyet

:

Baiklah buaya. Saya menyerah diri tetapi kamu tidak perlu datang ke sini. Buka mulut kamu. Saya akan melompat ke dalamnya.

Buaya

:

Terima kasih monyet. Kamu sungguh baik hati.

Monyet masih ingat akan pesanan ayahnya. Menurut kata ayahnya, buaya akan menutup mata apabila mulutnya ternganga. Sekarang, monyet tahu cara untuk menipu buaya itu. Apabila buaya membuka mulutnya, monyet pun segera melompat ke atasnya lalu melompat ke atas pokok. Buaya masih membuka mulutnya. Buaya hanya sedar yang dirinya ditipu setelah terdengar monyet ketawa. Buaya berasa sangat marah apabila membuka matanya dan ternampak monyet di atas pokok mangga. Buaya menunggu agak lama tetapi berenang meninggalkan tempat itu apabila dia mula merasa lapar. Monyet pun kembali ke seberang sungai.

Mengapa Ayam Mengais

Pada zaman dahulu, ayam akan mencari makan dengan mematukmatuk makanan di atas tanah. Ayam tidak dapat pergi jauh untuk mencari makanan kerana ia tidak boleh terbang. Suatu hari, seekor burung helang menegur ayam.

“Tidakkah kamu jemu mencari makanan di sini sahaja? Marilah ikut aku ke tempat lain. Di sana ada makanan yang sedap,” kata helang. “Aku tak boleh terbang, macam nak ikut kamu?,” jawab ayam. “Macam mana kamu boleh terbang, helang?” tanya ayam pula.

Burung helang pun memberitahu bahawa dahulu ia tidak pandai terbang. Selepas kepaknya dijahit dengan jarum emas, bahrulah helang dapat terbang bebas.

19

“Hmmm… boleh aku pinjam jarum emas kamu? Aku nak menjahit kepakku supaya dapat terbang,” kata ayam.

Helang diam sahaja. Ia hanya ada sebilah jarum emas. Ia bimbang ayam akan menghilangkan jarum emas itu. “Aku akan menjaganya baik-baik,” janji ayam.

Helang pun bersetuju meminjamkan jarum emasnya kepada ayam. Petang esoknya helang akan datang mengambil semula jarum emasnya. Helang pun terbang meninggalkan ayam.

Ayam berasa sungguh gembira. Ia cuba menjahit kepaknya. Tiba-tiba jarum emas terjatuh ke atas tanah. Ayam pun mencari-cari jarum itu. Ia mengais-ngais daun-daun kering yang ada di situ. Namun, ia tidak menemui jarum emas. Ia pun mengais-ngais tanah.

Ayam terus mengais-ngais sehingga malam. Keadaan menjadi gelap. Ayam tidak dapat mencari jarum emas. Semalaman ayam tidak dapat tidur lena memikirkan jarum emas yang hilang itu. 20

Esoknya, sebaik sahaja matahari terbit, ayam terus mengais-ngais mencari jarum emas itu. Sehingga petang, ayam tidak juga menemui jarum emas itu. Ayam semakin cemas kerana helang akan tiba tidak lama lagi untuk mengambil jarum emas itu.

“Kembalikan jarum emas aku,” kata helang. “Maafkan aku, helang. Jarum emas itu hilang,” jawab ayam dengan penuh ketakutan.

Helang menjadi marah lalu berkata,” Kamu mesti cari jarum emas itu sampai dapat. Kalau tidak, aku akan makan kamu dan semua keturunan kamu!”

Sehingga hari ini, ayam dan keturunannya asyik mengais tanah. Mereka hendak mencari jarum emas yang hilang itu. Mereka juga akan segera bersembunyi apabila ternampak helang. Sifat lalai ayam telah menyusahkan ayam dan keturunannya.

21

SANG KANCIL DENGAN ANAI-ANAI

Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Tiba-tiba, Sang Kancil ternampak seekor badak. Badak itu besar dan kuat. Sang Kancil cuba menegurnya tetapi Badak tidak mempedulikan Sang Kancil dan terus pergi dari situ. Tidak jauh dari situ, Sang Kancil ternampak sebuah busut. Sebahagian daripada busut itu telah pecah. Ribuan anai-anai berkerumun di sekelilingnya. Mereka kelihatan sedih. Sang Kancil

:

Wahai anai-anai, kenapa kamu bersedih?

Raja Anai-anai

:

Tengoklah Sang Kancil, busut kami telah musnah dipijak oleh badak. Ini bukan kali pertama. Badak telah beberapa kali merosakkan busut kami.

Sang Kancil

:

(marah) Buruk sungguh sikap badak. Dia suka mengganggu dan merosakkan sarang binatangbinatang kecil.

Raja Anai-anai kecil

:

Apa yang boleh kami lakukan Sang Kancil? Kami sedangkan badak itu besar dan kuat.

Sang Kancil

:

Usahlah bimbang. Nanti, saya akan fikirkan.

Sang Kancil pun berlalu pergi dari situ. Dia kasihan melihat anaianai dan binatang-binatang kecil yang lain. Sarang mereka sering diganggu dan dirosakkan oleh badak padahal mereka tidak pernah mengganggu badak. Perbuatan badak tidak boleh dibiarkan tetapi tidak ada seekor binatang pun di hutan itu yang boleh mengalahkan badak. Sedang Sang Kancil berfikir, tiba-tiba dia ternampak sebuah lubang. Sang Kancil

:

Hmm, Lubang ini besar dan dalam. Binatang yang terperangkap di dalamnya tentu tidak dapat keluar...Hah, sekarang saya tahu bagaimana hendak mengalahkan badak.

Sang Kancil pun segera pergi ke tempat anai-anai. Ketika Sang Kancil sampai, anai-anai sedang sibuk memperbaik busut mereka yang rosak. Sang Kancil pun memberitahu raja anai-anai tentang rancangannya. Sang Kancil

:

Bagaimana?

Raja Anai-anai

:

Baik rancangan itu. Anai-anai yang lain tentu setuju.

Raja anai-anai pun mengumpulkan anak buahnya dan menerangkan tentang rancangan Sang Kancil. Semua anai-anai bersetuju. Mereka memilih sebuah denai yang menjadi laluan badak. Tanpa membuang masa, setiap anai-anai menggigit sedikit tanah lalu membuangnya jauh dari tempat itu. Walaupun saiz badan mereka kecil tetapi jumlah mereka banyak sekali, berjuta-juta ekor. Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa berhenti sehingga lubang itu siap. Tidak lama kemudian, muncul badak yang sombong itu. Dia tidak sedar ada lubang perangkap di situ. Badak

:

Ahhh...

Badak

:

Aduh sakitnya...grrr......Bagaimana saya hendak keluar dari lubang ini?

Badak cuba naik tetapi dia tidak berjaya. Semalaman, badak terperangkap di dalam lubang itu. Esoknya, Sang Kancil datang menjenguk ke dalam lubang itu.

Badak

:

Tolonglah saya, Sang Kancil. Saya berjanji tidak akan mengganggu dan merosakkan sarang binatang-binatang lain di hutan ini.

Sang Kancil

:

Baiklah badak. Saya akan meminta anai-anai membuat laluan untuk awak keluar.

Semenjak kejadian itu, badak telah insaf. Dia tidak lagi mengganggu binatang lain di dalam hutan itu. (Dipetik dan disesuaikan dari buku 'Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang', tulisan Rusman Shariff, DBP 2006)

Sang Kancil Menipu Harimau

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sebatang pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan. Harimau pun menghampiri Sang Kancil. Harimau: Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada. Kancil :

Oh, harimau! Apa lagi yang kamu hendak?

Harimau: Aku hendak makan kamu. Kancil:

Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini.

Harimau: Apa benda itu? Kancil:

Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan.

Harimau: Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya. Kancil:

Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan berasa gembira.

Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau.

Sang Kancil memberi alasan yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu. Harimau: Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini. Kancil:

Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak jujur.

Harimau: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya. Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya. Kancil:

Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini.

Sang Kancil memberi sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari situ. Kancil:

Harimau, palu!

Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu keluar dan menyengat harimau. Harimau: Aummm! Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. Dia berlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

Semut dan Cengkerik

Ada seekor cengkerik yang pandai bernyanyi. Ia akan bernyanyi dari matahari terbenam hinggalah terbit matahari esoknya. Apabila matahari terbit, cengkerik akan tidur sepanjang hari. Apabila lapar, barulah dia keluar mencari makan. Selepas itu, ia akan menyambung tidurnya. Pada suatu hari, cengkerik terbangun daripada tidur. Ia terlihat sekumpulan semut sedang sibuk mengheret makanan ke tempat tinggal mereka. “Tidakkah kamu tahu macam mana nak berehat?” tanya cengkerik. “Berehat? “ tanya seekor semut pula. “Aku lihat kamu semua bekerja siang dan malam tanpa rehat. Lihat aku, setelah penat bernyanyi pada malam hari, aku akan berehat pada waktu siang,” kata cengkerik. “Habis macam mana kamu makan?” tanya semut lagi. “ Aku makan sajalah apa yang ada. Buat apa bertungkus-lumus memerah tenaga? Bukankah lebih enak bersenang-senang?” jawab cengkerik. “ Kami bekerja keras untuk masa depan kami. Manalah tahu, mungkin kita akan dilanda kesusahan,” kata semut.

“Ah, karut! Pendapat kamu itu memang bodoh. Tak mungkin kita akan ditimpa kesusahan!” jawab cengkerik dengan bongkaknya. Tidak lama kemudian, musim kemarau melanda hutan. Pucukpucuk daun yang menjadi makanan cengkerik menjadi layu. Cengkerik berasa amat dahaga dan lapar. Badannya semakin lemah. Ia tidak berdaya melompat untuk mencari makanan. Ia juga tidak berdaya untuk bernyanyi lagi. Akhirnya ia terlantar lesu dekat tempat kediaman semut. Cengkerik merayu semut membantunya. “Bagaimana kami hendak membantumu, cengkerik. Makanan yang kami simpan semuanya busuk-busuk belaka. Kamu hanya makan makanan yang baharu dan segar,” kata semut. “Kalau begitu, tak mengapalah. Bawalah aku masuk ke rumahmu. Aku perlu berlindung daripada cuaca yang sangat panas ini,” rayu cengkerik lagi. “ Macam mana kami hendak bawa kamu? Lubang masuk ke rumah kami sangat kecil. Kalau hendak bawa kamu masuk, kami terpaksa tanggalkan kaki dan tangan kamu yang panjang itu,” kata semut. “ Buat apalah yang kamu suka,” kata cengkerik. Semut pun memanggil rakan-rakannya. Mereka menanggalkan kaki dan tangan cengkerik satu-persatu. Mereka pun menarik cengkerik ke dalam rumah mereka. Tidak lama kemudian, cengkerik itu pun mati. Itulah akibat tidak mahu membuat persediaan untuk waktu kesusahan.

Siapa lebih handal?

Pada zaman dahulu, ada seorang pengembara bernama Mamat Ya. Dia suka mengembara agar dapat menambah pengetahuan dan pengalamannya. Pada suatu hari, Mamat Ya sampai ke sebuah kampung. Di kampung itu tinggal dua orang pemuda nakal yang bernama Dun dan Dan. Mereka berkawan baik dan suka mengusik orang lain. Dun

:

Heh, Dan! Lihat itu. Nampaknya orang luar. Bagaimana kalau kita kenakan dia?

Dan

:

Saya setuju. Kita ajak dia lawan bercerita. Kalau dia kalah, kita minta semua wangnya.

Dun dan Dan pun mempelawa Mamat Ya ke warung makan. Setelah Mamat Ya mengalas perut, Dun dan Dan pun memberitahu Mamat Ya akan rancangan mereka. Dan

:

Pak cik, mahukah pak cik berlawan cerita? Kalau kami dapat mengatakan cerita pak cik bohong, pak cik dikira menang. Jika pak cik pula mengatakan cerita kami bohong, kami yang menang.

Dun

:

Kalau pak cik kalah, pak cik mesti serahkan semua wang pak cik kepada kami. Kami pula sanggup melakukan apa sahaja jika kami kalah.

Mamat Ya :

Baiklah, saya setuju.

Dan

:

Kalau begitu, saya akan bercerita dahulu... Semasa ibu saya mengandung, saya teringin makan buah durian. Saya pun keluar dari perut ibu saya dan pergi mendapatkan durian. Saya suapkan tiga ulas ke mulut ibu dan saya makan tiga ulas. Pak cik percaya cerita saya?

Mamat Ya :

(berfikir sebentar) Ya, pak cik percaya. Kamu memang anak yang baik dan pandai berdikari.

Dun

Baiklah, cuba dengar cerita saya pula... Semasa saya berumur dua hari, saya keluar rumah dan pergi ke bendang. Seekor kerbau sedang mengerang kesakitan. Saya menolong kerbau itu. Kerbau itu sangat gembira. Boleh pak cik percaya cerita saya?

:

Mamat Ya :

Oh, tentu sekali. Kamu memang anak yang berani dan berjasa pula.

Dun dan Dan tercengang dengan jawapan Mamat Ya. Kini, tibalah giliran Mamat Ya pula. Mamat Ya :

Sekarang, giliran pak cik bercerita...Tidak lama dahulu, ada dua orang pemuda yang menjadi hamba di rumah pak cik. Malangnya, mereka telah melarikan diri. Pak cik berazam akan mencari mereka.

Mamat Ya berhenti sebentar sambil melihat wajah Dun dan Dan. Mereka asyik mendengar ceritanya. Kemudian, Mamat Ya menyambung lagi. Mamat Ya :

Jauh betul pak cik berjalan hinggalah pak cik sampai di sini. Rupa-rupanya, mereka telah lari ke kampung ini.

Dan

:

Oh, hamba pak cik ada di kampung ini?

Dun

:

Beritahulah kami siapa mereka. Kami boleh panggilkan.

Mamat Ya :

Tidak perlu. Hamba pak cik itu ialah kamu berdua.

Dan

:

Pak cik pembohong! Kami tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa.

Dun tidak sempat menutup mulut kawannya. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Dia malu dengan orang-orang kampung yang berada di warung makan itu. Mamat Ya : pulang

Kamu berdua sudah kalah. Sekarang, mari ikut pak cik dan menjadi hamba semula.

Dun

:

Kasihanilah kami pak cik. Kami hanya mengusik sahaja.

Mamat Ya :

Mana boleh? Kamu telah berjanji. Kamu berdua tidak boleh mungkir janji.

Dan

Maafkanlah kami pak cik. Kami berjanji tidak akan nakal lagi.

:

Mamat Ya :

Baiklah. Ingat, kamu mesti mengubah sikap.

Dun dan Dan berasa sangat malu sekali. Mereka berazam untuk berkelakuan baik. (Dipetik dan disesuaikan dari Cerita Warisan Rakyat Kedah, diceritakan semula oleh Nur Aziz, terbitan Eastview Publications Sdn Bhd, 1996.)