Data Loading...

E-FOLIO (KHURAFAT) Flipbook PDF

E-FOLIO (KHURAFAT)


115 Views
110 Downloads
FLIP PDF 1.19MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

1|Page

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM SESI JUN 2020 TAJUK : KHURAFAT DI DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI MASYARAKAT PENSYARAH : PUAN NURUL AZIDAH

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. PENDAFTARAN

NURUL NAJIAH BT AZHAM

O6DTP18F1043

SHAH NUR ALYA FAQIHAH BT MOHD

06DTP18F1031

ROFFI MUHAMAD HAFIZUL IMAN BIN

06DTP18F1037

KAMIL MUHAMMAD AIZAT BIN ISHAK

2|Page

06DTP18F1083

ISI KANDUNGAN

Bil

Perkara

Muka surat

1

Penghargaan

4

2

Pengenalan

5

3

Definisi Khurafat

6-7

4

Jenis – jenis khurafat

8-9

5

Kesan khurafat dalam kalangan masyarakat

10

6

Pendapat tentang amalan khurafat dalam

11-12

filem dan drama Malaysia 7

Cara mengatasi amalan khurafat dalam

13

kalangan masyarakat 8

Kesimpulan

14

9

Contoh filem

15-16

10

Rujukan

17

3|Page

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ini. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “KHURAFAT DI DALAM FILEM YANG MEMPENGARUHI MASYARAKAT”.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menjayakan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah kami, Puan Nurul Azidah atas tunjuk ajar beliau sepanjang perjalanan menghasilkan e folio ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam menjanakan idea idea dan usaha dalam menyempurnakan tugasan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada ahli kumpulan yang lain yang member bantuan, sokongan, idea idea yang bernas dan usaha secara langsung dan tidak langsung. Segala bantuan dan usaha yang dihulurkan amat dihargai walaupun sekecil zarah kerana tanpa bantuan dan usaha anda tugasan ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

4|Page

PENGENALAN Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dan fenomena filem-filem yang mengandungi unsur-unsur kurafat, tahyul, sihir dan perkara misteri. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Dengan itu, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah cara mengatasi berleluasanya amalan syirik dan khurafat dalam filem. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.

Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul,keramat,perkara ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib.Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa.Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

5|Page

Menurut Kitab Al-Mu’jam al-wasit, khurafat adalah cerita – cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Manakala mengikut Kamus al-Marbawi bahawa khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Menurut Kamus Dewan pula, khurafat ialah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku

Berdasarkan takrif tersebut dapat dibuat kesimpulan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng yang karut atau tahyul yang menyimpang dari ajaran islam.

Hukum mempercayai adanya khurafat adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.

Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus : 106) “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orangorang yang berlaku zalim.”

Maksud hadith Nabi saw pula: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”

6|Page

(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)

Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah:

‫من أحدث ف ى أمرن ا هذا ما ل يس م نه ف هو رد‬ Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SubhanahuwaTa'ala.

‫ضرك ف ان ف ع لت ف ان ك إذا من ال ظ لم ينمن دون هللا ما ال ي ن ف عك وال يوال ت دع‬ Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

7|Page

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.

4. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.

6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.

7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci. Rasulullah

SAW

bersabda

yang

bermaksud:

"Sesiapa

yang

mengada-adakan

sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apayang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

8|Page

Setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah. Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah S.A.W melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud:

"Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)

9|Page

i.

Minda terkongkong

Apabila seseorang itu telah terjebat dan mengikuti khurafat dan syirik ia akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.

ii.

Lupa tanggungjawab terhadap keluarga

Mengikuti kumpulan khurafat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.

iii.

Perpaduan tergugat

Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran amalan khurafat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh. Justeru itu, umat slam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama. Seperti pelampau syiah, Islam liberal dan lain-lain. Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.

10 | P a g e

Kemajuan dalam industri media telah menghasilkan pelbagai bentuk penyampaian maklumat atau mesej. Di Malaysia, filem mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakatnya terutama golongan remaja. Walaupun, fungsinya sebagai alat hiburan dan seni, filem amat sarat dengan mesej yang positif mahupun negatif.

Oleh itu, perlu dipastikan penerbit filem mematuhi dasar-dasar dan aspirasi kerajaan supaya ia memberi manfaat kepada rakyatnya. Bukan semata-mata mendapatkan keuntungan yang tinggi dari jualan filem tersebut. Justeru kajian ini akan mengkaji pengaruh filem terhadap akidah umat Islam dengan menganalisis unsur-unsur atau mesej yang terdapat di dalam tiga filem seram terpilih dengan pemerhatian tanpa turut serta. Selain itu, analisis data turut digunakan. Hasil kajian ini mendapati terdapat pengaruh yang sangat signifikan dalam filem-filem itu yang memaparkan unsur-unsur syirik yang boleh mengoyah akidah umat Islam.

Filem merupakan jendela dan cermin kehidupan. Filem membentuk dunianya yang tersendiri di antara realiti dan ilusi, antara kebenaran dan imaginasi. Filem juga merupakan media seni hiburan yang menggabungkan keupayaan teknologi dan kemahiran seni persembahan. Hiburan yang disalurkan melalui media komunikasi ini dengan mudah dapat mempengaruhi masyarakat. Inovasi teknologi filem sebagai media komunikasi kemudiannya menjadi media penting menyalurkan unsur-unsur hiburan yang bersifat komersial.

11 | P a g e

Di Malaysia, industri filem merupakan industri yang dianggap kecil untuk memenuhi keperluan populasi rakyat Malaysia. Pihak kerajaan terpaksa bergelut untuk mempromosikan industri ini ke pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan kemasukan filem yang pelbagai dari Hollywood. Malah pihak kerajaan juga amat menitikberatkan industri filem mematuhi pelaksanaan syariat untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Apatah lagi penghasilan filem Melayu sama ada secara lansung atau tidak sebenarnya menjadi tujuan agama.

12 | P a g e

1) Peranan Kerajaan

Pihak kerajaan juga boleh membuat tindakan seperti mengadakan kempen – kempen kesedaran mengenai keburukan amalan syirik dan khurafat ini terhadap diri, masyarakat, agama serta negara. Kerajaan juga perlulah memperbanyakkan lagi buku – buku agama mengenai amalan syirik dan khurafat yang dapat memberi kesan buruk pada mereka yang melakukannya.

2)Peranan Masyarakat

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Sesetengah masyarakat di Malaysia masih mengamalkan dan mempercayainya. Masyarakat perlulah tahu bahawa ada di antara adat – adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Masyarakat perlulah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat – adat yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik

3)Peranan Diri Sendiri

Seseorang muslim perlulah pandai mengawalnya malahan bukannya teknologi yang mengawal diri sendiri.

Kita perlulah pandai menggunakan teknologi dengan betul dan tidak

menggunakannya untuk perkara yang boleh ke arah menyekutukan Allah SWT 13 | P a g e

Dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi , perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

Oleh itu, Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam mengarang skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dan percaya dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T dan ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. Akhir kalam ,Semoga kita semua akan dilindungi Allah dari malapetaka dan kenistaan api neraka dan memperolehi amalan yang baik disisi Allah untuk dibawa ke akhirat kelak.

Maka dengan itu, kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan dan perlu penekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. Selain itu, kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.

14 | P a g e

15 | P a g e

16 | P a g e

Rujukan http://unsurkhurafatdalamfilem.blogspot.com/2015/12/definisikhurafat.html http://www.islam.gov.my/images/garispanduan/garis_panduan_khurafat_dan_azimat.pdf http://efoliotentangamalansyirikdankhurafat.blogspot.com/2018/01/je nis-khurafat-dan-contoh.html

17 | P a g e

18 | P a g e