Data Loading...

E-FOLIO PI - PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT Flipbook PDF

E-FOLIO PI - PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT


132 Views
7 Downloads
FLIP PDF 2.23MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

E-FOLIO PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT MEMBERI KESAN KEPADA ALAM SEKITAR PENSYARAH : PUAN SHARIFAH NUR BINTI ABU

PENGENALAN AHLI KUMPULAN NURUL ADANI BINTI ABD GHANI 14DAT21F1021

NORFARA ELLIEYANA BINTI NORAZHAM 14DAT21F1041

NUR RADHIATUL AISYAH BINTI ABD LATIF 14DAT21F1057

Kata Aluan Assalamualaikum w.b.t dengan keizinanNya kami dapat menyiapkan tugasan e-folio kami ini yang bertajuk pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar. E-folio ini amat penting bagi kami kerana ia merupakan sebahagian markah untuk kami lulus dengan cemerlang dalam pengajian islam. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Puan Sharifah Nur binti Abu kerana telah memberi kami tunjuk ajar dan sabar dalam mengajar kami selama ini. Seterusnya,terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama sama telah berjaya menyiapkan tugasan walaupun sibuk menguruskan hal lain. Akhir kata, kami juga ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi rujukan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

KANDUNGAN

01

PENGENALAN PEMBANGUNAN BANDAR

02

PENGENALAN ALAM SEKITAR

03

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TERHADAP ALAM SEKITAR

04

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

05

CARA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

06

KESIMPULAN

07

SUMBER RUJUKAN

Pengenalan Pembangunan Bandar ● Pembangunan bandar sememangnya semakin menjadi-jadi selaras dengan arus pemodenan pada zaman ini. ● Hal ini demikian kerana setiap negara masing-masing ingin berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan penduduk, malah menjadi tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini. ● Apabila sesebuah bandar itu sudah mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan menjadi mercu dan idola kepada negara lain untuk membangun dan menjalankan hubungan diplomatik serta melabur yang dapat memberi kebaikan kepada penduduk bandar dan pembangunan bandar. ● Pembangunan bandar dapat didefinisikan sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial, rohani, kemapanan, dan sifat fizikal sesebuah bandar.

PENGENALAN ALAM SEKITAR

● ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. ● SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling. ● Alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekelling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Pencemaran air

Pencemaran bunyi

Punca-Punca Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies.

Sikap individu yang tidak bertanggungjawab

Kelonggaran dasar atau polisi kerajaan dalam kepentingan alam sekitar

Penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam

1. Sikap individu yang tidak bertanggungjawab

● Aktiviti ekonomi seperti pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian. ● Hal ini menyebabkan penebangan hutan dan penarahan bukit perlu dilakukan. ● Tiada tindakan pemuliharaan seperti penanaman semula pokok. ● Kesannya berlaku bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok pokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan tersebut.

2. Kelonggaran dasar atau polisi kerajaan dalam kepentingan alam sekitar ● Kerajaan telah menguatkuasakan akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. ● Kandungan akta itu bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut. ● Namun pencemaran masih berlaku kerana perlakuan kerja yang sambil lewa. ● Pembangunan secara lestari yang tidak dilaksanakan menyebabkan berlaku pencemaran yang memakan diri. ● Contohnya, pencemaran udara yang melanda di Pasir Gudang, Johor.

3. Penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam

● Contohnya diesel dan bahan bakar yang lain. ● Kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas dan motosikal perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkan tenaga. ● Hal ini mengakibatkan gas-gas karbon dioksida dilepaskan. ● Gas yang dilepaskan secara berlebihan menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan.

Cara mengatasi kesan alam sekitar 1. Menghijaukan kawasan persekitaran Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran pembangunan . Penanaman pokok dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesis pokok.

2.Jabatan alam sekitar mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu. Melalui sistem tersebut, air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke sungai.

Jabatan alam sekitar akan mengenakan hukuman penjara atau denda kepada pihak yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Jabatan alam sekitar mengambil langkah bersepadu untuk membenteras aktiviti yang mencemarkan air seperti kempen dan penyebaran maklumat mengenai pencemaran air..

3. Pengawalan sistem pembuangan sampah di kawasan pembangunan. Incinerator boleh digunakan untuk pembakaran sampah bagi mengurangkan pencemaran bau . Pembuangan sampah dengan kaedah penimbusan juga bukan sahaja dapat mengurangkah masalah pencemaran bau malah dapat mengurangkan kos daripada menggunakan incinerator. Hal ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk setempat dan dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berpunca daripada lalat atau serangga yang kotor.

KESIMPULAN Kesimpulannya,pencemaran yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

Menghargai bumi dan mengubatinya , Janganlah mencederakannya lagi , Jangan membuat bumi nangis lagi .

SUMBER RUJUKAN ● https://www.slideshare.net/AzizahHad/b andar-dan-pembandaran-43939311 ● http://bmpengurusanuum2010.blogspot. com/2010/08/definisi-alam-sekitar.htmll ● http://najmiabubakar.blogspot.com/2012 /10/kepentingan-pembangunan-bandar. html?m=1 ● https://www.permohonan.my/pencemar an-alam-sekitar/ ● https://www.ipendidikan.my/punca-penc emaran-alam-sekitar.html

SEKIAN, TERIMA KASIH