Data Loading...
E-MAJALAH KHURAFAT Flipbook PDF
E-MAJALAH KHURAFAT
121 Views
54 Downloads
FLIP PDF 5.22MB
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM DIS2020
SYIRIK
BERDOSA SYIRIK MELEMAHKAN IMAN MEROSAKKAN AKIDAH BERCANGGAH DENGAN ISLAM SYIRIK MELEMAHKAN IMAN BERDOSA BERCANGGAH DENGAN ISLAM
HUKUM KHURAFAT APA ITU TAHYUL? APA ITU KARUT?
KESAN AMALAN KHURAFAT CARA MENGATASI KHURAFAT HUKUM KHURAFAT KHURAFAT DALAM PENERBITAN
APA ITU KHURAFAT? HUKUM KARUT?
HUKUM KHURAFAT
KHURAFAT APA ITU KARUT?APA ITU KHURAFAT? APA ITU TAHYUL? BENTUK PERBUATAN KHURAFAT
ISI KANDUNGAN
1
Penghargaan
MS1
2
Ahli kumpulan
MS2
3
Pengenalan
MS3-4
4
Khurafat, Tahyul & Karut
MS5-7
5
Hukum khurafat
MS8-9
6
Bentuk perbuatan khurafat
MS10-12
7
Khurafat dalam penerbitan
MS 13-14
8
Kompilasi filem berunsurkan khurafat dan pengajaran
MS 15-18
9
Kesan amalan khurafat
MS 19-20
10
Cara mengatasi khurafat
MS 21-22
11
Kesimpulan
MS 23
12
Sumber rujukan
MS 24
PENGHARGAAN Assalamualikum Bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kuniaNya kami dapat menyelesaikan senaskah majalah yang bertajuk unsur-unsur khurafat dalam filem. Majalah yang dihasilkan ini juga adalah sebahagian penting daripada kerja khusus Komunikasi & Penyiaran Islam. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Hj Hidayat Bin Shafie kerana memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami sepanjang tempoh untuk menyelesaikan majalah ini dan jasa serta kebaikan ustaz akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih juga kepada ibubapa dan ahli keluarga yang memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang tempoh majalah ini disiapkan .
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas mencari maklumat, memberi idea bagi menyempurnakan lagi penghasilan majalah ini. Jadi harapan kami, atas penghasilan majalah ini ialah semoga apa yang baik atas kami kongsikan ini menjadi teladan dan ikutan untuk kita sama-sama memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Wassalamualikum, sekian terima kasih daripada kami. :
MS 1
AHLI KUMPULAN
NABILLA BINTI MAT AZMAN 14DAT18F2027
NURUL AZREEN BINTI ZAIMI 14DAT18F2039
FATIN NURFATIHAH BINTI RAHMAT 14DAT18F1901
SITI FATIMAH BINTI JEFRI 14DAT18F2041
SHARIFAH NURNASUHA BINTI SYED ALI 14DAT18F2025
MS 2
“Firman Allah SWT : Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah An-Nisa 4:48)”
PENGENALAN Amalan khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab jahiliyyah lagi. Sehingga kini amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam. Namun, pada masa kini acap kali kita mendengar tentang isu-isu berunsurkan khurafat, tahyul, bidaah dan syirik semakin banyak ditayangkan dalam industri perfileman Malaysia melalui media cetak mahupun media eletronik. Amalan khurafat dan syirik adalah karutmarut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga mengakibatkan kehidupan mereka diganggu oleh amalan khurafat dan syirik. Umat Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah SWT sahaja yang berhak disembah dan meminta pertolongan. Disamping itu, amalan khurafat juga boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang umat islam. Disini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang unsur-unsur amalan khurafat dan syirik dalam filem yang mempengaruhi minda penonton dan para masyarakat.
MS 4
APA ITU KHURAFAT
Khurafat, tahyul dan kepercayaan karut menurut kitab Al-Mu’jam al Wasit, khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Mengikut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita yang benar dan dusta.
Pendapat lain ada turut juga mengatakan bahawa khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenaranya. Jadi disimpulkan khurafat ini adalah perkara mempersonakan berbentuk rekaan dan dongeng, karut dan menyimpang dari ajaran islam. MS 5
APA ITU TAHYUL
Tahyul pula bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam. Tahyul meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk dengan perkara-perkara yang dusta.
MS 6
APA ITU KEPERCAYAAN KARUT
Kepercayaan karut pula bermaksud keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran islam.
MS 7
“Sabda Rasullulah SAW yang diriwaytkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud: jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya ,’ apakah tujuh perkara itu?, ‘Baginda menjawab.’Menyekutukan Allah,sihir,membunuh yang telah diharamkan Allah kecuali dengan hak,makan riba,makan harta anak yatim,lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”
HUKUM KHURAFAT
Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM,hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahyul ialah syirik. Dalam islam percaya kepada benda khurafat dan tahyul, misalnya benda keramat seperti pokok,kubur,telaga dan sebagainya serta yakin terhadap selain kuasa Allah SWT maka ianya syirik dan ianya berdosa .
MS 9
Sabda Rasulullah SAW : "Tiada penularan penyakit, tiada thiyarah, tiada nasib malang pada burung hantu dan tiada musibah pada bulan Safar" (Hadi Riwayat Al-Bukhari)
BENTUK PERBUATAN KHURAFAT
Mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang.
Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial.
MS 11
BENTUK PERBUATAN KHURAFAT
Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya.
Mengunjungi kubur yang dianggap keramat.
MS 12
Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini secara tidak langsung semua masyarakat terdedah dengan hiburan yang mana menerusi media cetak mahupun media elektronik. Disini menjadi perbincangan ialah apabila feneomena kebangkitan filem yang banyak merosakkan akidah umat islam. Dalam konteks ini kita memberi tumpuan kepada unsur khurafat yang diserap dalam element perfileman untuk tontonan ramai orang. Oleh itu,ramai dari kalangan masyarakat gemar menonton filem bergenre seram, ini terbukti dengan salah satu filem seram iaitu “Munafik” mendapat kutipan sebanyak RM37.8 juta secara kasarnya pada tahun 2018, ini menujukkan banyak sokongan dari tontonan masyarkat terhadap filem bergenere seram ini.
KHURAFAT DALAM PENERBITAN Hal ini mendorong dan akan memberikan kesan kepada mereka untuk berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui filem seterususnya menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut mendatangkan keburukan kepada mereka. Menurut Tengku Intan, ini kerana hal terebut boleh terjadi adalah disebabkan oleh mentaliti masyarakat melayu yang masih dibelenggu oleh unsur-unsur khurafat. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam(JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan audio atau visual supaya ianya tidak bercanggah dengan akidah islam.
MS 13
KHURAFAT DALAM PENERBITAN Pada tahun 2009 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan beberapa garis panduan, ciri-ciri khurafat dan tahyul ianya seperti berikut,
Cerita yang tak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada AlQuran atau hadis. Cerita yang berunsurkan mitos , lagenda , dongeng , khayalan atau kepercayaan karut. Cerita bersumberkan adat yang bercanggah dengan Islam. Cerita yang berbentuk pemujaan kepada 'makhluk halus' bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah islam. Cerita yang mempunyai unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam.
MS 14
KOMPILASI FILEM BERUSURKAN KHURAFAT 1 Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Pada satu hari wajah mila menjadi hodoh da ia berjumpa dukun dan memberitahu satu cara untuk mencantikkan
wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti, Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya iaitu Shima. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom dan Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
MS 15
KOMPILASI FILEM BERUSURKAN KHURAFAT 2 Ustaz Adam ialah seorang ustaz dan pengamal perubatan Islam yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua penduduk kampung di kawasan yang didiaminya. Kebahagiaan yang dikecapi Adam tidak bertahan lama apabila dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Selepas kejadian tersebut, Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu .
Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir. Adam mengubati Maria dan ia terkait sekali dalam keadaan ini yang menyebabkan nyawanya hampir tiada. Adam iberdoa kepada Allah untuk pertolongan dan menjauhkan diri daripada hasutan syaitan/iblis. Adam nekad berdoa untuk pulihkan keimanan dan kembali ke jalan kebenaran.
MS 16
KOMPILASI FILEM BERUSURKAN KHURAFAT 3 Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka (iaitu yang mana badannya boleh bertukar bentuk menjadi harimau apabila diperlukan), sedang mencari seorang pewaris wanita untuk mewarisi kuasanya. Tina dan Ari merupakan saudara-mara Tok Wan yang juga sahabat karib sesama sendiri. Harimau saka Tok Wan itu melindungi keluarganya dan kampung mereka daripada bahaya.
Tina yang mencintai Ari itu sedang mengembangkan impian rahsianya untuk mengahwini Ari sungguhpun para orang kampung menyindir Ari kerana sifat keperempuanannya. Oleh sebab amat tersentuh oleh hinaan orang kampung, Ari terus berselindung di sebalik hubungan rapatnya bersama Tina. Sungguhpun dibantah ibu bapanya, Tina kelihatan bakal menjadi penjaga harimau saka seterusnya, namun Ari tampil ke hadapan untuk menawarkan dirinya sebagai penjaga semangat mistik tersebut. MS 17
1
PENGAJARAN DARI FILEM BERUSURKAN KHURAFAT Mereka yang memakai susuk itu biasanya yakin bahawa ‘susuknya’ akan dapat memberi sebesar-besar pertolongan kepadanya dan mereka yang memakai susuk ini mengamalkan amalan-amalan khurafat dan terikat dengan pantang larang yang khurafat. Perbuatan yang demikian sudah membawa kepada syirik.- Wujudnya amalan khurafat apabila berlaku kepercayaan tahyul lain iaitu hantu boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan membalas dendam diatas kematiannya.
Manusia adalah milik mutlak Allah SWT. Hanya Allah SWT berhak menyembuhkan segala penyakit. Redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
3
2
Meyakini bahawan Allah adalah sebaik-baik perlindung dan tidak mempercayai makhluk ghaib lebih daripada mempercayai Allah.
MS 18
Panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bukalah sesuatu yang boleh diambil ringan terutama dalam konteks khurafat iaitu syirik dalam menyekutukan Allah yang mana boleh membawa kepada dosa besar. Oleh itu , jika panduan itu tidak diikuti ianya boleh memberikan kesan yang lebih buruk
KESAN AMALAN KHURAFAT
• Boleh merosakkan akidah umat Islam. • Menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton. • Melemahkan iman seseorang. • Memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
• Hilang kepercayaan kepada qada dan qadar. MS 20
CARA MENGATASI AMALAN KHUFARAT
MASYARAKAT Memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Iaitu dengan mendirikan kelas-kelas pengajian atau formal tidak fomal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat.
PIHAK BERKUASA Pemerintah wajar memainkan peranan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksankan oleh pihak berkuasa adalah dengan menghapuskan tempat menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
MS 21
CARA MENGATASI AMALAN KHUFARAT PENDAKWA & PENCERAMAH Orang-orang yang berilmu perlu memberi penjelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat islam tentang keburukan amlan khurafta dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat boleh memahami dengan lebih mendalam bahawa amalan khurafat ini boleh membatalkan iman seseorang.
KEMENTERIAN KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA Hendaklah mengawasi penerbitan filemfilem yang berunsur khurafat. Unsur khurafat ini boleh memberi pengaruh negative kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industry perfileman dan juga kepada penonton.
MS 22
KESIMPULAN Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci, sesungguhnya ia selemahlemah iman.
SUMBER RUJUKAN • • • • • • • • •
Komunikasi dan Penyiaran Islam. Oxford Fajar Siri Politeknik. https://dakwahformuslim.wixsite.com/dakwahfo rmuslim/unsur-unsur-khurafat-dalam-filem. https://www.hmetro.com.my/addin/2019/10/507 445/perkara-khurafat-dorong-kekufuran https://www.hmetro.com.my/rap/2018/12/40579 9/filem-tempatan-pecah-panggung-2018 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Munafik_(filem) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Waris_Jari_Han tu https://ms.wikipedia.org/wiki/Jangan_Pandang_ Belakang https://unsplash.com/s/photos/fire-spark http://www.pngall.com/
MS 24