Data Loading...

ESEI GPP LENGKAP Flipbook PDF

ESEI GPP LENGKAP


134 Views
50 Downloads
FLIP PDF 4.03MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan wadah penting dalam usaha kerajaan untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum di Malaysia. Melalui pendidikan, usaha yang terancang dapat dijalankan demi membentuk wargagenara yang bersatu padu, dinamik dan progresif. Dasar Pendidikan Kebangsaan semenjak Laporan Razak (1956) lagi telah mengutamakan aspek perpaduan. Nilai-nilai perpaduan telah menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan demi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat berbilang kaum. 2.0 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. 1


3.0 KEBERKESANAN USAHA-USAHA KPM KE ARAH MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 3.1 Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan Usaha KPM menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK), sebenarnya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Hal ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 telah memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan kesannya sekarang dapat dilihat bahawa penggunaan Bahasa Melayu di SJKC dan SJKC berada pada tahap yang lemah. Hal ini membuktikan bahawa usaha pihak KPM untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua masih adalah kurang berkesan dan masih 2


gagal. Ini adalah kerana semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan seterusnya telah mewujudnya jurang perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia. 3.2 Menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sosial yang sihat Konsep Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat membawa maksud penglibatan masyarakat, guru dan pelajar dengan sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah. Hubungan antara sekolah dengan masyarakat perlu erat dan berbentuk dua hala supaya wujudnya kepentingan dan tanggungjawab bersama. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 , pihak KPM telah mengambil langkah dengan mewajibkan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membentuk satu jawatankuasa yang menumpukan penglibatan bersama di antara masyarakat dan pihak sekolah. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat. Sememangnya usaha KPM ini untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui peranan sekolah sebagai pusat kegiatan sosial yang sihat adalah berkesan dan berjaya. Buktinya, sudah banyak pihak PIBG telah yang turut memainkan peranan penting mereka dalam memajukan sekolah masing-masing. Pelbagai sumbangan dan aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak PIBG ke arah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakatnya. (Rujuk Rajah 2) 3


Rajah 2 : Peranan PIBG dalam menjadikan Sekolah Sebagai Pusat Kegiatan Masyarakat 3.3 Mempelbagai, memperkukuh dan memperluas aktiviti kokurikulum untuk memupuk semangat perpaduan Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah 4


dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk dalam kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan- badan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi dalam kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah, latar belakang dan budaya yang berbeza. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa usaha KPM dalam memupuk perpaduan kaum melalui aktiviti kokurikulum adalah Berjaya dan memberikan kesan yang positif. 3.4 Menerapkan unsur patriotisme melalui pelbagai program pendidikan Di samping itu, strategi lain yang dilakukan oleh KPM dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi kaum adalah melalui penerapan menerapkan unsur patriotisme secara berterusan melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti ini termasuklah Perhimpunan Mingguan yang melibatkan aktiviti perbarisan, menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta lagu patriotik. Acara kemuncak kegiatan penerapan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar adalah melalui Sambutan Bulan Kemerdekaan (SBK). Sepanjang tempoh SBK iaitu pada bulan Ogos, pelbagai jenis aktiviti. Antaranya ialah :- 5


1) Kempen Kibar Jalur Gemilang, iaitu dengan menggalakkan sekolah- sekolah untuk menganjurkan pertandingan mencipta Jalur Gemilang secara kreatif menggunakan pelbagai bahan dan media. 2) Sambutan Detik Ambang Merdeka diadakan di semua sekolah berasrama dengan kerjasama PIBG 3) Perhimpunan Khas sempena Hari Merdeka diadakan untuk memperdengarkan Perutusan Kemerdekaan 4) Sambutan Perayaan Hari Kemerdekaan melibatkan penyertaan pelajar dalam Acara Persembahan Padang dan Acara Perarakan 5) Aktiviti berbentuk deklamasi sajak, pidato, syair, nyanyian, pameran statik hasil karya pelajar, karya kreatif dan kerja sukarela juga diadakan untuk menyemarakkan SBK. Jadi, jelaslah bahawa usaha KPM untuk menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme dalam diri pelajar ternyata memberikan kesan positif. Hal ini dapt dilihat melalui Sambutan Hari Kemerdekaan yang gilang gemilang yang diadakan setiap tahun. Melalui sambutan ini juga, masyarakat dapat saling mengenali antara satu sama lain dan seterusnya dapat membina sebuah perhubungan yang baik dan akhirnya memupuk perpaduan kaum. (Rujuk Rajah 3) Rajah 3 : Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan Memupuk Perpaduan Kaum 6


3.5 Memperluas program kokurikulum secara integrasi antara jenis sekolah melalui Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang dijalankan di 3,011 buah sekolah di seluruh negara. Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan tarian pelbagai bangsa dan budaya, permainan tradisional, karnival bahasa dan sukan. Keberkesanan KPM untuk memupuk perpaduan kaum melalui Program RIMUP ternyata membuahkan hasil. Hal ini dapat dilihat berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bagi menilai tahap pelaksanaan RIMUP. (Rujuk Rajah 4) Rajah 4 : Hasil penilaian yang dijalankan oleh JNJK bagi menilai tahap pelaksanaaan RIMUP. 7


4.0 CADANGAN STRATEGI DAN AKTIVITI BAGI MEMUPUK PERPADUAN 4.1 MEWAJIBKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN Sememangnya diakui bahawa Bahasa Melayu telah banyak memberikan kesan positif ke arah membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya tidak berlaku di institusi-institusi pendidikan. Kebanyakannya menggunakan bahasa sampingan lain seperti bahasa ibunda masing-masing atau pun Bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak KPM perlu mengambil langkah dengan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya di semua institusi pendidikan. Para pelajar atau pensyarah dilarang sama sekali berkomunikasi dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu kecuali selepas habis waktu belajar atau pun waktu pejabat. Pihak KPM juga perlu mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya terhadap institusi-institusi pendidikan swasta. Hal ini supaya semua skolah atau institusi pendidikan menggunakan Bahasa Melayu yang sama. Melalui persamaan bahasa ini, perpaduan dan integrasi antara kaum dapat dipupuk dengan lebih erat. Namun, bagi merealisasikan usaha ini, pihak KPM terlebih dahulu perlu menggubal semula undang-undang atau dasar pendidikan yang membenarkan bahasa ibunda lain digunapakai dalam sistem pendidikan. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan usaha ini. 8


4.2 MENAMBAHBAIK DAN MEMPERKASA SEKOLAH WAWASAN Sekolah wawasan adalah suatu sekolah yang ditubuhkan dalam suatu kawasan yang terdiri daripada SK, SJKC dan SJKT. Penubuhan Sekolah Wawasan ini adalah untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar sekolah. Contohya ialah ketiga-tiga buah sekolah tersebut akan berkongsi kantin dan padang yang sama. Melalui perkongsian antara pelbagai kaum ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perpaduan kaum. Sememangnya, usaha ini telah pun dilaksanakan namun agak kurang berkesan dan berjaya. Hal ini terdapat beberapa Sekolah Wawasan yang ditubuhkan yang tidak melibatkan SJKC. Hal ini kerana keengganan pihak sekolah tersebut untuk turut serta merealisasikan Sekolah Wawasan ini. Langkah pertama, pihak KPM perlu mewajibkan sekolah- sekolah yang telibat untuk turut serta dalam menjayakan Sekolah Wawasan ini. Sekiranya pihak sekolah tersebut masih enggan memberikan kerjasama, pihak KPM boleh menyaman atau mendenda sekolah tersebut dengan kompaun yang tinggi seperti denda RM 800 000. Melalui sistem kompaun ini, berkemungkinan besar mustahil bagi sekolah-sekolah tersebut untuk tidak terlibat sama. Kedua, bagi menjayakan Sekolah Wawasan ini pihak kerajaan perlulah terlebih dahulu menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan dengan secukupnya. Selain itu, pihak KPM juga perlu menyediakan para pengajar yang secukupnya di sekolah-sekolah yang terlibat. Pada masa yang sama, pihak KPM juga bolehlah menyediakan guru di sesebuah sekolah itu yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India. Penyediaan guru dari pelbagai kaum ini dapat membantu usaha KPM ke arah memupuk perpaduan kaum. Ketiga, pihak KPM juga bertanggungjawab untuk menyeragamkan sistem pendidikan, sukatan pembelajaran dan sistem peperiksaan di Sekolah Wawasan ini. Hal ini bermaksud penubuhan Sekolah Wawasan mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri berbanding sekolah-sekolah rendah lain. Melalui sistem yang seragam ini, diharapkan matlamat utama untuk mencapai perpaduan kaum dapat dilaksanakan dengan jayanya. 9


4.3 MEMPERKASA DASAR 1 MURID 1 SUKAN Seterusnya, dalam usaha ke arah mencapai perpaduan kaum, cadangan lain yang boleh dilaksanakan adalah melalui bidang kokurikulum iaitu dengan memperkasa Dasar 1 Murid, 1 Sukan. Dasar ini adalah bertujuan mewajibkan para pelajar sekurang-kurangnya memilih satu aktiviti sukan di sekolah. Antara cadangan penambahbaikannya ialah pihak KPM perlu mewajibkan semua pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi melibatkan diri dalam kegiatan sukan yang menjadi pilihan mereka. Pelbagai aktiviti sukan tidak kira sukan moden ataupun sukan tradisional boleh dipilih oleh setiap pelajar. Semua pelajar tanpa mengira kaum digalakkan untuk sama-sama bersukan. Pada masa yang sama, usaha KPM ini boleh dilakukan bersama Kementerian Belia dan Sukan. Caranya ialah setiap hari Khamis petang, semua pelajar diwajibkan diri untuk menghadirkan diri ke sekolah masing-masing untuk mejalankan aktiviti sukan yang telah dipilih. Aktitivi sukan ini sekurang-kurangnya dijalankan selama 30 minit. Pihak institusi pendidikan masing-masing juga perlu memainkan peranan dalam menjayakan dasar ini. Pihak sekolah atau institusi juga berhak mengenakan tindakan kepada mana-mana pelajar yang tidak turut serta dalam aktiviti sukan yang berlangsung pada setiap hari Khamis tersebut. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, secara tidak langsung perpaduan antara kaum juga dapat dibina. 4.4 MENUBUHKAN DASAR KUASAI 3M 3B Cadangan yang seterusnya, ke arah memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah dengan menubuhkan Dasar Kuasai 3M 3B oleh pihak KPM. Dasar Kuasai 3M 3B ini adalah dasar yang mewajibkan semua pelajar iaitu dari sekolah rendah hinggalah pelajar universiti untuk menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam 3 variasi bahasa utama di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Cina dan India. Hal ini supaya semua pelajar sekurang-kurangnya mempunyai asas dalam bahasa kaum lain. 10


Dasar ini adalah sekadar sebagai ilmu pengetahuan untuk diri para pelajar dan tiada ujian peperiksaan untuk dasar ini. Melalui pembelajaran 3 bahasa utama ini, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan para pelajar apabila masing-masing dapat berkomunikasi atau behubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang sama. Bagi menjayakan usaha ini, pertamanya pihak KPM perlulah mengusulkan cadangan ini di dalam Parlimen untuk mendapatkan keizinan. Kedua, sekiranya usul diterima oleh pihak Parlimen, pihak KPM perlu memastikan semua sekolah mempunyai 2 atau 3 orang guru yang tahu dan mahir asas 3 bahasa tersebut. Sekiranya tiada ciri-ciri guru seperti itu, para guru perlulah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran bagi 3 bahasa ini. Ccontohnya, dengan menggunakan pendekatan tayangan video serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ketiga, bagi melancarkan dasar ini dengan jayanya, medium media massa amat memainkan peranan penting dalam memupuk dasar 3M 3B ini. Misalnya, pihak media seperti televisyen dan radio boleh menayangkan iklan berkenaan slot seperti Mari Belajar Bahasa. Pihak yang bertanggungjawab dalam media massa adalah Jabatan Komunikasi dan Penerangan. Berkemungkinan besar melalui pendedahan iklan di kaca TV ini dapat memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa ini. Diharapkan dengan usaha kecil ini dapat membentuk perpaduan yang lebih erat di antara kaum melalui penguasaan bahasa-bahasa asas ini oleh semua pelajar. 4.5 MERAIKAN HARI KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN Di samping itu, cadangan lain bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah melalui aktiviti kokurikulum. Iaitu pihak KPM boleh mewujudkan Hari Kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan. Penetapan tarikh bagi sambutan Hari Kokurikulum peringkat kebangsaan ini dipilih pada bulan April iaitu pada 10 April. Terlebih dahulu, pihak KPM perlu mengusulkan cadangan ini ke Parlimen untuk mendapatkan keizinan dan kebenaran. Cadangan pelaksanaannya ialah sambutan Hari Kokurikulum ini dilaksanakan besar-besaran seperti Sambutan Hari Kemerdekaan. Iaitu bertempat di Dataran Merdeka. Pelbagai agensi dan 11


persatuan turut dijemput untuk terlibat sama dalam menjayakan sambutan Hari Kokurikulum ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah perarakan daripada pelbagai badan beruniform seperti Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba, Puteri Islam dan sebagainya. Selain itu, pengisian lain adalah seperti pertunjukkan persembahan daripada pelbagai persatuan. Contohnya, demonstrasi cara memadam api dari Kadet Bomba, demonstrasi melawan musuh yang tidak dikenali dari Kadet Polis, demonstrasi bantuan kecemasan, pernafasan atau pun Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, aktiviti pameran juga turut diadakan oleh badan beruniform masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mestilah melibatkan daripada pelbagai kaum. Secara amnya, semua pihak perlulah memainkan peranan dan memberikan komitmen yang baik ke arah menjayakan sambutan Hari Kokurikulum peringkat kebangsaan ini. 4.6 MEWUJUDKAN SAMBUTAN BULAN TRADISIONAL MALAYSIA (MAKANAN, PAKAIAN, PERMAINAN, TARIAN) Cadangan yang terakhir untuk memupuk perpaduan dan integrasi antara kaum ini adalah dengan mewujudkan Sambutan Bulan Tradisional Malaysia dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat kebangsaan. Sambutan Bulan ini terdiri daripada aspek makanan, pakaian, permainan, dan juga tarian tradisional. Usaha-usaha ini boleh dilaksanakan melalui hasil kejasama antara KPM, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan. Semoga dengan penglibatan daripada pelbagai pihak ini dapat membuahkan hasil yang positif. Antara cadangan pelaksanaan dasar ini adalah dengan mewujudkan sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Contohnya, kaum Melayu dengan takraw, congkak, gasing, batu seremban manakala kaum Cina dengan bola keranjang, mahjong, xiang qi, weiqi serta kaum Tamil dengan kho-kho, chaturanga dan kabadi. Caranya ialah satu tarikh tetap untuk Sambutan Bulan Tradisional ini dipilih, iaitu pada bulan Jun sebagai pertengahan tahun dan adil. Oleh itu, pihak kerajaan terlebih dahulu perlu mengumumkan kepada masyarakat bahawa bulan Jun adalah bulan rasmi berlangsungnya Sambutan Hari Tradisional Malaysia dan 30 Jun adalah hari kemuncak bagi 12


sambutan ini. Cara pelaksanaan sambutan ini adalah sepanjang bulan Jun tersebut pihak sekolah atau institusi pendidikan diwajibkan untuk menjalankan satu aktiviti bagi setiap empat aspek ini, iaitu dari aspek makanan, pakaian, permainan dan juga tarian tradisional. Konsep kepelbagaian kaum amatlah ditekankan dalam sambutan ini. Hal ini kerana setiap kaum mempunyai makanan, pakaian, permainan dan tarian tradisionalnya yang tersendiri. Melalui aktiviti yang dijalankan ini, para pelajar dapat mengenali dan menghayati keunikan kaum dan budaya di Malaysia. 5.0 PENUTUP Perpaduan kaum adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020. 13