Data Loading...

FRASA KERJA BUKU DIGITAL-converted Flipbook PDF

FRASA KERJA BUKU DIGITAL-converted


131 Views
119 Downloads
FLIP PDF 259.18KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

FRASA KERJA FRASA KERJA TAK TRANSITIF FRASA KERJA TRANSITIF

FRASA KERJA 1.0

Definisi 1.0.1

Tatabahasa Dewan Edisi Kedua (2013).

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. 1.0.2

Formula Frasa Kerja

Formula frasa kerja dapat dilihat melalui binaan frasa kerja iaitu frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif. Frasa kerja tak transitif terdiri daripada tiga iaitu frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, berpelangkap dan berpenarang. Formula frasa kerja dapat dilihat melalui contoh berikut; KKTT + (PELENGKAP)

Frasa kerja tak transitif

a.) Setiap pemimpin perlu berlaku adil

S

P/KKTT

KKT + OBJEK b.) Membaca buku

KKT

Pel.

Frasa kerja transitif

Obj.

1

FRASA KERJA 2.0 Contoh Artikel Akhbar Atas Talian Yang Mengandungi Frasa Kerja. Contoh frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif yang terdapat pada akhbar digital iaitu akhbar berita harian atas talian.

Kes Sungai Kim Kim: Suspek warga Singapura dicari Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof [email protected] JOHOR BAHRU: Polis bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura bagi mengesan seorang lelaki warga republik itu, dipercayai pemilik kilang yang terbabit dengan pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, lelaki berusia 30-an itu sudah diletakkan dalam senarai dikehendaki dan pihaknya kini sedang menunggu bantuan pihak berkuasa Singapura bagi menangkap suspek berkenaan. Katanya, hari ini juga tiga individu iaitu dua pemilik syarikat berusia 35 dan 41 tahun, termasuk seorang warga negara Singapura, manakala seorang pemandu lori berusia 34 tahun sudah dituduh di mahkamah. “Seramai 11 orang sudah ditahan bersabit dengan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, hasil siasatan lanjut dan mendapat arahan pertuduhan terhadap tiga suspek daripada semua ditahan iaitu dua pemilik kilang dan seorang pekerja. “Seorang lagi lelaki Singapura yang diletakkan dalam senarai dikehendaki juga adalah pemilik kilang dan kita sedang menunggu bantuan daripada Singapura untuk menangkap lelaki berkenaan. “Tujuh lagi yang ditahan selepas disiasat, mereka tidak terbabit dengan kes ini dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini. Mohd Khalil turut mengingatkan pengguna internet supaya tidak ‘mengguris hati’ pegawai dan anggotanya konon tangkapan dilakukan itu hanya sandiwara. “Ramai netizen mengatakan pihak polis ‘wayang’, kita tidak wayang, kita buat kerja 2

FRASA KERJA seikhlas hati dan sebaik mungkin, polis tidak berlakon hendak tangkap orang sesuka hati. “Kita tangkap mesti ada fakta dan mesti ada jaminan pertuduhan sebelum tuduhan dibuat di mahkamah, polis tidak main ‘wayang’, kita buat kerja betul-betul. “Jadi, saya minta janganlah mengguris hati pegawai dan anggota saya yang bekerja betungkus-lumus membetulkan keadaan demi kesejahteraan Johor,” tambahnya lagi. Ahad minggu lalu, sembilan suspek ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian itu sebelum lapan daripadanya ditahan reman selama enam hari bermula Isnin. Seorang daripada sembilan suspek itu pula dilepaskan dengan jaminan polis selepas pihak polis mendapati mereka tiada kaitan dengan insiden berkenaan. Pada Selasa pula, dua lagi suspek ditahan selepas disyaki menjadi orang yang bertanggungjawab membenarkan suspek terdahulu mengangkut sisa bahan kimia untuk proses pembuangan di sungai terbabit.

Jadual 2.0 Dipetik daripada Berita Harian atas talian bertarikh 24 Mac 2019 melalui https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544829/kes-sungai-kim-kim-suspek-wargasingapura-dicari

3

FRASA KERJA 2.1 Binaan Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap. Polis bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura bagi mengesan seorang lelaki warga republik itu……

lelaki berusia 30-an itu sudah diletakkan dalam senarai dikehendaki Ramai netizen mengatakan pihak polis ‘wayang’

Bil

Subjek

Predikat Frasa Kerja Tak Transitif

Keterangan

Berpelengkap 1

dengan pihak berkuasa Polis

berkerjasama

Singapura bagi mengesan seorang lelaki warga republik itu

KN 2

3

Lelaki berusia 30-an itu KN

FKP Sudah diletakkan

KT dalam senarai dikehendaki

KB+FKP

KT

Ramai netizen

mengatakan

pihak polis “wayang

KN

FKP

KT

2.2 Binaan Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap. Seramai 11 orang sudah ditahan bersabit dengan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim

sembilan suspek ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian itu sebelum lapan daripadanya ditahan reman selama enam hari bermula Isnin.

anggota saya yang bekerja betungkus-lumus membetulkan keadaan demi kesejahteraan Johor

4

FRASA KERJA Bil

Subjek

Predikat Frasa Kerja Tak Transitif

Keterangan

Tanpa Pelengkap 1

Seramai 11

bersabit dengan kes

orang

Sudah ditahan

pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

KN

KB + FKTP

KT

2

selepas disyaki terbabit dalam kejadian itu Sembilan suspek

sebelum lapan

ditahan

daripadanya ditahan reman selama enam hari bermula Isnin.

KN 3

Anggota saya yang KN

FKTP

KT membetulkan keadaan

bekerja bertungkus-lumus

demi kesejahteraan Johor.

FKTP

KT

2.3 Binaan Frasa Kerja Tak Transitif Berpenerang Mohd Khalil turut mengingatkan pengguna internet supaya tidak ‘mengguris hati’ pegawai

Bil

Subjek

Predikat Frasa Kerja Tak Transitif

Penerang

Berpenerang 1

Mohd Khalil turut KN

pengguna internet supaya mengingatkan

tidak “mengguris hati” pegawai.

FK

PN

5

FRASA KERJA 2.4 Binaan Frasa Kerja Transitif.

KUALA LUMPUR: Beri saya tempoh tiga tahun lagi untuk setanding dengan pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. Itulah impian pelari pecut berusia 15 tahun negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memenangi emas acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Ilagan, Filipina sabtu lalu dengan catatan masa 10.69 saat sekaligus membaiki rekod tujuh tahun kejohanan. "Saya meletakkan sasaran itu sebelum mencapai usia 18 tahun. Saya mahu cuba menyamai ataupun melepasi rekod kebangsaan yang dilakukan Khairul (10.18s).Saya akan berlatih bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan jurulatih saya, Muhammad Amir Izwan Tan. “Apa yang paling penting ketika ini adalah mengelak daripada kecederaan," katanya yang akan bertolak ke Perth, Australia malam ini bagi menyertai Kejohanan Olahraga Little Australia Bawah 15 Tahun. Azeem yang juga pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat berkata beliau tidak mahu terlalu terburu-buru dalam mengejar sesuatu yang akhirnya mungkin boleh memakan dirinya sendiri. "Buat masa ini, saya rasa tak perlu untuk saya berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil lagi. Seperti jurulatih (Amir) berkata saya perlu bersedia secara perlahanlahan seiring dengan umur saya," katanya. Dilahirkan dalam keluarga bersukan dengan ayahnya, Mohd Fahmi Tajul yang juga seorang pelari mewakili Perak, Azeem berkata, dia akan meletakkan satu sasaran masa untuk setiap tahun dengan kali ini dengan kepantasan di bawah 10.90 saat. "Ketika di Filipina tempoh hari, saya adalah pelari termuda. Kebanyakan pelari lain berumur 17 tahun. Ketika itu saya bersemangat untuk menaikkan nama sekolah dan negara pada penyertaan pertama di kejohanan itu," katanya. Anak keempat daripada lima adik beradik itu berkata beliau meletakkan sasaran untuk membuktikan kemampuannya pada penampilan kedua pada temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di Indonesia, Julai ini selepas pulang hampa dalam acara 200 meter di Kuala Lumpur. Biarpun memenangi emas acara 4x100m pada temasya itu digandingkan dengan pelari yang lebih senior, Azeem berkata beliau kecewa apabila mengalami hamstring pada 50 meter terakhir hingga menyebabkan hanya mampu menamatkan larian di tempat keempat. "Sebenarnya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di Kuala Lumpur itu adalah kejohanan besar pertama saya bertanding dengan peserta dari luar. Lagipun saya 6

FRASA KERJA adalah pelari termuda pada ketika itu dan memang banyak kesilapan yang saya lakukan," katanya. Sumber dipetik daripada Berita Harian atas talian bertarikh 24 Mac 2019 melalui http://www.bhplus.com.my/sukan/olahraga/2019/03/538022/azeem-berazamsetanding-khairul-hafiz i)

Frasa Kerja Transitif dengan Frasa Nama sebagai objek Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memenangi emas acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga.

Subjek

Predikat Objek Frasa Kerja Transitif dengan Frasa Nama sebagai objek

Muhammad Azeem Mohd

yang memenangi

KN

KH + FKKT

tepat emas O

Keterangan

sipi acara pada 100 Kejohanan meter Olahraga Ket

Formula : (KN + FKKT + O + O + Ket.) Mohd Fahmi Tajul yang juga seorang pelari mewakili Perak

Predikat Subjek

Mohd Fahmi Tajul yang juga seorang pelari KN + KH + KN

Frasa Kerja Transitif dengan Frasa Nama sebagai objek

Objek

mewakili

Perak

FKKT

O

Formula :(KN + KH +KN + KKT + O)

7

FRASA KERJA Sasaran untuk membuktikan kemampuannya pada penampilan kedua.

Predikat Subjek Frasa Kerja Transitif

Objek

Keterangan

membuktikan

kemampuannya

FKKT

O

pada penampilan kedua Ket.

dengan Frasa Nama sebagai objek Sasaran untuk

KN + KH

Formula :( KN + KH +KKT + O + Ket.)

3.0 Aktiviti Aktiviti 1 Guru menyediakan petikan daripada akhbar lalu meminta murid

menyenaraikan

frasa kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. Tindakan seorang lelaki warga Vietnam berusia 43 tahun menebang balak tanpa lesen mengundang padah apabila diberkas penguatkuasa Pejabat Hutan

Daerah

Bentong di Hutan Simpan Lentang, di sini.

Aktiviti 2 Guru memaparkan formula di hadapan kemudian pelajar diminta membina ayat berdasarkan formula tersebut Contoh formula : KKT + Obj. Aktiviti 3 Guru meminta murid untuk melakonkan atau melakukan pergerakan berpandukan frasa kerja lalu meminta murid yang lain untuk meneka dan membuat ayat berdasarkan lakonan atau pergerakan yang ditunjukkan.

Memancing ikan

Memotong sayur

Mendayung sampan

8

FRASA KERJA

4.0

Latihan

Bahagian A: Objektif Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Longkang di tepi jalan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap. A. terdesak B. terhimpit C. tersumbat D. terbantut

2. Datuk sedang ____ rumput yang panjang di belakang rumah. A. menggunting B. menyabit C. mengasah D. menoreh

4. Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar. A. memalu B. memukul C. mengetuk D. menghentam

5. Kanak-kanak ________ bola di padang. A. menyentuh B. menjinjing C. bermain D. menggalas

6.Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya. A. menimbang B. mengira C. menghitung D. mencatat

9

FRASA KERJA 7. “ Saya yakin dapat _____ bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini”, kata Wen Bin. A. menyertai B. menguasai C. meminati D. mengenali

8. Pak Kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.

A. mencabut B. mencakar C. menggali D. mengais

9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I. Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini. II. Kereta abang telah uzur dan perlu diganti. III. “kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali. IV. Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur. A. I dan III sahaja.

C. I, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja.

D. II, III dan IV sahaja

. 10. Yang manakah ayat yang frasa kerjanya mengandungi dua objek? A. Ahmad menendang bola. B. Lelaki itu menjala ikan. C. Saya membaca buku. D. Ibu memasakkan nenek bubur.

10

FRASA KERJA Bahagaian B: Subjektif

Pada suatu musim, kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah. Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap, kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

1. Senaraikan frasa-frasa kerja yang terdapat dalam petikan di atas. i)………………………………….. ii)…………………………………. iii)…………………………………

2. Bina dua ayat yang menggunakan frasa kerja tak transitif berpelangkap dan frasa kerja transitif dengan objek. a) ………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………. b)………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………........

3. Bina dua ayat yang mempunyai frasa kerja transitif dengan dua objek. a)……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… b)……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… 11