Data Loading...

GKB 1 Flipbook PDF

GKB 1


121 Views
120 Downloads
FLIP PDF 291.12KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

KEBOLEHAN MENGAMBIL NOTA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK-TEKNIK TERTENTU DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK MENGHADAPI TUGASAN DAN PEPERIKSAAN

APAKAH FAEDAH MEMBUAT NOTA ? - Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa. - Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari dan baca. - Boleh membantu prlajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. - Dapat menetahui idea utama tentang pelajaran. - Menggunakan perkataan sendiri supaya dapat difahami dengan mudah.

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT NOTA 2) Guna perkataan sendiri - Nota atau catatan tambahan yang menerangkan sesuatu dalam teks.

1) Baca dahulu sebelum membuat anotasi

3) Interaksi minda dan rekod visual

Anotasi

- Digunakan untuk menambahkan maklumat lanjut mengenai apa-apa yang dibaca dalam pelbagai cara dan disiplin.

1) BACA SEBELUM MEMBUAT ANOTASI - Membaca teks sekali pintas sebelum membuat anotasi - Menggunakan highlighter untuk highlight konsep yang penting & sekau difahami. - Maklumat penting akan lebih jelas & memudahkan untuk membuat anotasi.

- Menggunakan nota berpelekat untuk membuat catatan.

2) GUNA PERKATAAN SENDIRI - Langkah yang penting. - Menggunakan perkataan sendiri atau menstrukturkan semula perkataan dengan mengekalkan maksud asal. - Anotasi yang baik : 1. Mengupas idea penting 2. Menjejak perkembangan idea atau hujah yang terkandung dalam teks 3. Membuat perkaitan antara konsep (Sebab&Akibat) - Membaca semula anotasi & memastikan bahawa anotasi difahami. - Menguji diri dengan menutup teks & hanya merujuk kepada anotasi dan menerangkan dengan perkataan sendiri. - Mengenal pasti maklumat penting dengan cepat. - Digalakkan menyemak semula & menambah baik anotasi.

3) INTERAKSI MINDA DAN REKOD VISUAL - Mengandungi reaksi tentang teks yang dibaca. - Mengandungi komen, persoalan dan penyataan setuju atau tidak setuju. - Susunan anotasi, reaksi peribadi penting merupakan visual pengalaman untuk memudahkan kefahaman. - Membantu mengingat maklumat yang diperlukan.

2) NOTA RINGKASAN (OUTLINE NOTES ) - Cara untuk mengorganisasikan idea dan maklumat sebagai penyediaan ucapan umum, penulisan esei berdasarkan nota kuliah dan teks. - Membolehkan seseorang membuat satu pemetaan tentang pemikiran secara nyata. - Outline notes ditulis dengan mengasingkan kandungan teks menikut turutan. - Untuk mengenal pasti idea utama, butiran maklumat, fakta, penjelasan atau idea sokongan. - Mula dengan menentukan sturkturnya. - Sebaik-baiknya 3 lapis(aras) adalah memadai. - Simbol-symbol seperti nombor, angka Roman dan bullets boleh digunakan.

- Untuk membezakan aras outline. - Dapat memberikan petunjuk pada peringkat awal penulisan. (mempunyai idea yang terlebih) - Memudahkan proses penulisan.

3) NOTA LAJUR (COLUMN NOTES) - Nota yang ditulis dalam bentuk dua lajur, iaitu kiri dan kanan. Kiri

Kanan

Terdiri daripada idea utama dan subtajuk.

- Terdiri daripada penerangan/penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

- Memerlukan bacaan aktif, iaitu otak memproses maklumat untuk memisahkan idea utama daripada penerangan atau penjelasan.

- Boleh memberikan outline yang sangat berguna sebagai ringkasan idea-ideautama dan ayat semasa membuat ulang kaji. - Boleh melipat kertas mereka untuk menjadikan idea-idea utama sebagai soalan untuk mengingati butiran yang berkaitan. - Contoh :

Definisi

Teknologi telah banyak membawa kemudahan kepada murid-murid.

Kesan baik

Pelajar boleh mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.

Kesan buruk

Pelajar akan menggunakan gadjet pada bila-bila masa.

4) NOTA RUMUSAN - Rumusan pada awal dokumen , rumusan di hujung. - Dapat membantu pembaca membuat pilihan sama ada ingin membaca secara lanjut laporan penuh atau tidak. - Pembaca boleh mendapatkan gambaran keseluruhan. - Pelajar perlu membuat rumusan tentang topik atau subtopik.

- Tujuan : untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca tentang kandungan utama. - Ditulis dalam satu perenggan ataupun satu per tiga daripada panjang keseluruhan teks. CIRI-CIRI RUMUSAN YANG BERKESAN 1. Memudahkan pembaca mengenal pasti maklumat yang paling penting. 2. Boleh berdiri sendiri kerana rumusan merupakan inti pati daripada dokumen yang asal.

3. Rumusan kekal dengan makma yang asal. 4. Elak daripada menambah komen.

Alat-alat Berfikir Dalam Membuat Nota 1.Pengurusan Grafik

2. Peta Minda

3. Pemetaan i-Think 4. Teknik Menyoal Aras Tinggi 5. Alat-alat CoRT I dan CoRT IV

1. PENGURUSAN GRAFIK - menterjemahkan perkara yang sedang difikirkan di dalam minda supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit. - Pemetaan atau corak penyusunan maklumat ke dalam bentuk visual. Tujuan : 1. Merancang dan menyusun idea 2. Memahami proses pemikiran 3. Meningkatkan daya ingatan 4. Melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk tersurat - Sebagai panduan pelajar dalam proses mencari atau mengaitkan perhubungan antara fakta atau idea.

- Membantu berfikir bukan linear. - Boleh didapati dalam talian atau juga boleh mencipta sendiri dengan yang sesuai. Faedah-faedah : 1. Merancang & menyusun idea untuk persembahan aktiviti pembelajaran 2. Menterjemahkan pemikiran di dalam minda kepada bentuk yang nyata/konkrit 3. Memahami proses pemikiran sendiri

Jenis-jenis Pengurusan Grafik

Analitis

Kritis

Kreatif

- Membanding dan membeza - Meneliti bahagian dan keseluruhan - Mengkelas dan mengkategori - Membuat urutan - Menerangkan sebab - Mengusul periksa andaian

- Menilai ketepatan pemerhatian - Menilai kebolehpercayaan maklumat - Membuat inferens - Membuat ramalan - Membuat deduksi - Membuat generalisasi

- Menjana idea baharu - Kepelbagaian idea - Pertambahan idea - Memperincikan idea - Mencipta analogi - Mencipta metafora

- Menyelesaikan masalah - Memebuat keputusan - Mengkonsepsi

2. PETA MINDA - Otak lebih mudah menerima rangsangan berbentuk pola. - Dapat membantu seseorang mengurus pemikirannya dalam bentuk bukan linear. - Dapat meningkatkan daya ingatan & memudahkan kefahamannya dan orang lain. Kegunaan : 1. Mencatat nota syarahan, taklimat dan bahan bacaan 2. Perancangan kerangka penulisan seperti laporan dan esei. 3. Menyediakan synopsis dan rumusan 4. Panduan untuk kita mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada bahan asal

Garis Panduan Membina Peta Minda : a) Mula dari tengah halaman kertas dengan tema/idea utama b) Kembangkan garisan dari imej tengah untuk menghasilkan jaringan

c) Gunakan imej, symbol, kod, warna dan corak untuk kelihatan menarik & mudah dikesan. d) Tuliskan kata kunci e) Gunakan kreativiti untuk menjadikan peta minda lebih asli

3. PEMETAAN I-THINK

- Merangsang pelajar berfikir secara mendalam 3 soalan asas : 1. Bagaimanakah anda mengetahui apa yang anda tahu ?

2. Apakah maklumat yang mempengaruhi peta pemikiran anda ? 3. Mengapakah maklumat itu penting ? - Memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian

4. TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI - Soalan terbuka - Menggalakkan kepelbagaian sudut pandangan & respons daripada pelajar. - Soalan terbuka akan membenarkan pelajar untuk bertindak balas mengikut aras keupayaan mereka

- Meningkatkan keyakinan diri pelajar & membina daya pemikiran yang bercapah. Soalan Bercapah - Soalan terbuka - Tiada dalam teks - Memerlukan pemikiran lateral yang membawa kepada keupayaan mengaplikasikan, menghubung kait, meramal dan menilai - Celik akal dan intuisi

5. CORT I - Berfikir dengan cara yang berbeza. - Berfikir di luar kotak. - Memperluaskan pandangan & pemikiran terhadap sesuatu yang sedang difikirkan.

- Menghasilkan idea, peraturan, perancangan atau keputusan yang lebih kreatif, konstruktif dan kritis.

ALAT-ALAT CoRT I A) PMI – Plus, Minus, Interesting (Kebaikan, Keburukan, Menarik) B) CAF – Consider All Factors (Mengambil Kira Semua Faktor) C) C&S – Consequence & Sequel (Kesan Mengikut Jangka Masa) D) OPV – Other People’s View (Pandangan Orang Lain) E) FIP – First Important Priorities (Keutamaan Mengikut Kepentingan) F) AGO – Aim, Goals & Objectives (Tujuan, Matlamat&Objektif)

G) APC – Alternatives, Possibilities & Choices (Alternatif, Kemungkinan&Pilihan)

6. CORT IV A) Menjana idea dan pendekatan baharu

B) Membebaskan diri daripada konsep konvensional yang tetap C) Membuka minda kreatif yang terpendam D) Memacahkan pola kebiasaan yang ditetapkan

E) Membebaskan daripada ketegaran F) Sebagai gear belakang – as a reverse gear

KESIMPULAN - Membantu pelajar mengoptimumkan pembelajaran serta memproses maklumat dengan lebih sistematik dan berkesan - Pelajar tidak harus menerima maklumat secara pasif atau menghafal fakta tanpa memikirkannya jika melatih diri menadi penyoal yang mahir dengan menggunakan alat-alat.

Pelajar akan berfikir dari sudut yang lain dan membuat nota dengan effektif.

RUJUKAN 1. Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad Nizam Abd.Raof (2019) Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

2. Nurhazwanic. (2018) Kemahiran Mengambil & Membuat Nota. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/nurhazwanic/kemahiran-mengambil-nota 3. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskan dan Aliza Adnan (2015) Kemahiran Belajar. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd