Data Loading...
GKB TASK 1 anis thuraya Flipbook PDF
GKB TASK 1 anis thuraya
148 Views
186 Downloads
FLIP PDF 1.32MB
KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN Disediakan oleh: Anis Thuraya Binti Hasan PPISMP JUN 2019 TESL 1
Bahan atau maklumat yang dicatat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
Nota merupakan bahan rujukan ringkas yang dihasilkan berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam kandungan teks
Definisi Nota
Tujuan Membuat Nota Supaya dapat membantu pelajar untuk faham dan imbas kembali pelajaran semasa mengulangkaji pelajaran. Nota merupakan maklumat yang telah diproses oleh otak, oleh itu nota dapat membantu menguatkan daya ingatan seseorang. Untuk pengukuhan pelajar kerana dapat membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Memudahkan pelajar kerana hanya perlu mengingat isi penting
Perkara penting ketika mengambil nota Mengenal pasti idea utama dalam kandungan teks
Mengenal pasti cara yang sesuai untuk membuat nota
Menulis sumber maklumat yang diperolehi
Kelebihan membuat nota Menjimatkan masa pelajar untuk mengulangkaji pelajaran
Memudahkan proses untuk mengingat isi-isi penting sebelum peperiksaan
Nota merupakan hasil kefahaman seseorang pelajar tentang sesuatu subjek
CARA CARA MEMBUAT NOTA
CARA-CARA Membuat Nota ANOTASI
NOTA RINGKASAN
NOTA LAJUR
NOTA RUMUSAN
ANOTASI MEMBACA SEKALI PINTAS SEBELUM MEMBUAT ANOTASI • Menggunakan pen penyerlah atau highlighter untuk menanda maklumat penting, tanda-tanda khusus pada teks, dan konsep-konsep yang penting • Menggunakan pen penyerlah dengan pelbagai warna akan menyebabkan kekeliruan. Justeru, satu warna sudah memadai untuk mengekalkan fokus terhadap bahan bacaan
MENGGUNAKAN PERKATAAN SENDIRI • Menstruktur semula frasa dan perkataan yang terdapat di dalam teks • Mengekalkan maksud dan idea asal penulis walaupun frasa dan perkataan telah distruktur semula
INTERAKSI ANTARA MINDA DAN REKOD VISUAL • Anotasi merupakan interaksi antara pembaca dan petikan teks • Jika pelajar membaca teks secara aktif, secara tidak langsung pelajar itu akan melibatkan dirinya dengan interaksi secara mental dengan idea yang terkandung di dalam teks tersebut
• Bagi meningkatkan kefahaman, pelajar boleh meletakkan simbol pada teks yang dibaca sebagai cara untuk berinteraksi dngan teks atau sebagai rekod visual pengalaman. Natijahnya, kefahaman akan meningkat dan anotasi yang baik akan memudahkan urusan peperiksaan.
CARA MEMBUAT NOTA ANOTASI YANG BAIK • Menggaris isi dan maklumat penting • Menggunakan pen penyerlah atau highlighter • Menggunakan pelekat atau sticky notes
Contoh-contoh nota anotasi
NOTA RINGKASAN Cara membuat nota ringkasan ialah dengan menggunakan tajuk besar sebagai topik dan tajuk kecil sebagai subtopik. Nota ringkasan mengasingkan teks dan maklumat mengikut turutan seperti idea utama, butiran maklumat, fakta dan penjelasan serta idea sokongan. Contoh nota ringkasan
NOTA LAJUR • Nota lajur ditulis mempunyai dua lajur. Lajur sebelah kiri merupakan idea utama. Manakala, lajur sebelah kanan merupakan penerangan atau penjelasan. • Ketika menyediakan nota lajur, otak akan memproses maklumat untuk memisahkan penerangan daripada idea utama.
• Berikut merupakan contoh nota lajur:
Nota Rumusan • Digunakan supaya mudah untuk membaca nota dan lebih ringkas. • Dapat memberikan gambaran berkenaan isi utama dalam teks asal. • Membantu pelajar menjimatkan masa untuk memperolehi maklumat. • Ciri-ciri rumusan yang baik: • Mudah untuk mengenal pasti maklumat penting seperti tujuan dan ayat topik, kesimpulan dan cadangan. • Rumusan merupakan inti pati daripada sumber teks yang asal. Justeru, jika rumusan tersebut mampu berdiri sendiri, maka rumusan tersebut ialah rumusan yang baik. • Rumusan mengekalkan makna yang asal dan mengekalkan mesej asli mengikut kronologi.
Contoh nota rumusan
ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
ALAT-ALAT BERFIKIR MEMBUAT NOTA Pengurusan Grafik
Peta Minda
Teknik Menyoal Aras Tinggi
i-Think
Alat-alat CoRT 1 & IV
Pengurusan Grafik Menterjemah idea dalam minda supaya dapat dilihat secara eksplisit Penukaran maklumat ke dalam bentuk visual seperti pemetaan Tujuan pengurusan grafik: • Untuk merancang idea • Untuk memahami proses pemikiran • Untuk meningkatkan daya ingatan
Pengurusan grafik untuk kemahiran berfikir secara analitis: • Membanding dan membeza • Melakukan urutan • Mengkategori dan mengkelas
Pengurusan grafik untuk kemahiran berfikir secara kritis: • Untuk menilai ketepatan pemerhatian • Membuat inferens • Meembuat ramalan
Pengurusan grafik untuk kemahiran berfikir secara kreatif: • Mencari idea baharu • Menambah idea • Mereka cipta
PETA MINDA Kegunaan peta minda: Panduan membuat peta minda:
• Mencatat nota dan syarahan • Membuat sinopsis buku yang telah dibaca • Panduan untuk mengingat sesuatu • Mulakan dari halaman tengah dan tetapkan satu tema visual yang unik agar dapat merangsang otak. • Kembangkan isi dan maklumat dari imej di tengah halaman untuk menghasilkan lebih banyak jaringan dan maklumat lain. • Gunakan bahan seperti imej, simbol, dan warna yang terang supaya peta minda kelihatan menarik. • Gunakan kata kunci.
i- Think • i-think bermaksud innovative thinking (pemikiran inovatif) • Peta pemikiran digunakan untuk merangsang pelajar berfikir secara mendalam. Peta pemikiran merujuk kepada bingkai rujukan yang mempunyai tiga soalan asas:
• Bagaimanakah anda mengetahui apa yang anda ketahui? • Apakah maklumat yang mempengaruhi peta pemikiran anda? • Mengapakah maklumat tersebut penting?
Teknik menyoal aras tinggi Tujuan • Untuk mengembangkan proses berfikir • Untuk menganalisis maklumat • Untuk menggalakkan cetusan idea
Taksonomi Bloom (1955) digunakan oleh pendidik untuk meningkatkan tahap keupayaan kognitif pelajar. • Taksonomi bloom terbahagi kepada aras rendah dan aras tinggi
• Kaedah sokratik • Menurut Paul (1993) kaedah Sokratik digunakan sebagai pemikir metakognitif untuk menjana lebih banyak soalan sebelum menggunakan maklumat yang diterima. • Soalan bertumpu dan bercapah • Soalan bertumpu bermaksud soalan tertutup ataupun mempunyai had terhadap respons yang diperolehi. • Soalan bercapah bermaksud soalan terbuka dan merupakan soalan aras tinggi. • Contoh soalan bertumpu: “Apakah jawapan bagi 2+2?” • Contoh soalan bercapah: “Apakah impak pencemaran alam sekitar terhadap masyarakat dunia?” • Lingkaran soalan • Memberikan tumpuan kepada tiga skop: • Perkara (P) = idea, konsep, isu teks • Individu (I) = kenyataan peribadi individu tersebut • Luar individu (LI) = masyarakat, kawasan, daerah
Tiga skop
Contoh soalan
Perkara
“Mengapakah budaya tolongmenolong amalan mulia?”
Individu
“Adakah anda mengamalkan budaya tolong-menolong? Mengapa?”
Luar individu
Nyatakan kesan negatif dan positif amalan tolong-menolong
ALAT-ALAT CORT 1 & CORT IV
CORT 1 • Bertujuan meluaskan pandangan dan pemikiran dalam menghasilkan idea, perancangan atau keputusan supaya lebih kreatif. • Tujuh jenis alat CoRT 1: 1. PMI = Plus, Minus, Interesting (kebaikan keburukan, menarik) 2. CAF = Consider All Factors (mengambil kira semua faktor) 3. C & S = Cosequence & Sequel (kesan mengikut jangka masa) 4. OPV = Other People’s View (pandangan orang lain) 5. FIP = First Important Priorities (keutamaan mengikut kepentingan) 6. AGO = Aim, Goals, & Objective (tujuan, matlamat & objektif) 7. APC = Alternatives, Possibilities, & Choices (alternative, kemungkinan, & pilihan)
CORT IV • De Bono (1973, 1996) telah mencipta teknik pemikiran kreatif untuk mencetus idea baharu. • CoRT IV ialah pemikiran kreatif yang berfungsi untuk mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak.
• Komponen CoRT IV: 1. Ya , Tidak , Po (provokasi operasi) 2. Batu Loncatan (Stepping Stone ) 3. Input Rawak ( Random Input ) 4. Cabaran Konsep 5. Idea Dominan 6. Takrifkan Masalah 7. Singkirkan Kecacatan 8. Kombinasi 9. Keperluan 10. Penilaian
Rujukan de Bono, E (1973). Po: Beyond yes and no (Revised Edition). London: Penguin Books. Hunter College. (n.d.) The Writing process: Annotating a text. Diperoleh dari http://www.hunter.cuny.edu/rwc/handouts/the-writing-process-1/invention/Annotatinga-Text/ Krulder, J. (n.d.). Annotation for smarties: 5 tips for teaching students active reading and critical thinking. Diakses dalam laman web, http://www.aplithelp.com/annotation-forsmarties-5-tips-for-teaching-students-active-reading-and-critical-thinking/ Wong, K.W, Norlia Mat Esa, Tan, A.L, Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.