Data Loading...
HOUSE RULES SRI WIRA Flipbook PDF
HOUSE RULES SRI WIRA
193 Views
82 Downloads
FLIP PDF 731.73KB
DISEDIAKAN OLEH : BADAN PENGURUSAN BERSAMA/”JOINT MANAGEMENT BODY”(JMB) PANGSAPURI SRI WIRA (SEMAKKAN/REVISION 3)
TARIKH : 31 MEI 2021 __________________________________________________________________________________ -MOTTO“BERILMU-BERAKHLAK-BERSATU”
====================================================================== “SRI WIRA SIHAT, CERIA DAN SELAMAT”
Pejabat Operasi : Pangsapuri Sri Wira(Rivera Rise), Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, SELANGOR, MALAYSIA Email : [email protected]
BADAN PENGURUSAN SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAH-KAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
KANDUNGAN KETERANGAN
BAHAGIAN
MUKA SURAT
A
Pengenalan
3
B
Keselamatan
4
C
Kemasukan Parkir dan Pelekat Kenderaan
6
D
Kebersihan
8
E
Penggunaan Harta Bersama
9
F
Penjagaan Unit Individu
11
G
Kerja-Kerja Penambahan dan Pengubahsuaian
12
H
Pelbagai
14
Lampiran
16
Pejabat Operasi : Pangsapuri Sri Wira(Rivera Rise), Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, SELANGOR, MALAYSIA Email : [email protected]
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
KANDUNGAN KETERANGAN
BAHAGIAN
pg. 1
MUKA SURAT
A
Pengenalan
3
B
Keselamatan
4
C
Kemasukan Parkir dan Pelekat Kenderaan
6
D
Kebersihan
8
E
Penggunaan Harta Bersama
9
F
Penjagaan Unit Individu
11
G
Kerja-Kerja Penambahan dan Pengubahsuaian
12
H
Pelbagai
14
Lampiran
16
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
pg. 2
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
BAHAGIAN (A) PENGENALAN Pembangunan perbandaran yang semakin pesat telah meningkatkan keperluan kepada tempat tinggal dan kemudahan yang berkaitan dengannya.Oleh kerana ruang tapak untuk pembangunan harta tanah telah menjadi semakin terhad, banyak bangunan bertingkat terpaksa didirikan sepertirumah pangsa dan pangsapuri.Pada masa yang sama semakin ramai pembeli yang cenderung untuk memilih tempat tinggal bertingkat yang lebih selesa dan selamat seperti kondominium, pangsapuri dan unit perumahan di bawah pemajuan yang berkonsepkan komuniti berpagar (gated community).Di samping itu pembinaan bangunan untuk tujuan komersial seperti bangunan pejabat dan kompleks membeli belah; pangsapuri perkhidmatan (service apartment), pemajuan bercampur (mixed development) dan bangunan industri juga semakin bertambah. Oleh kerana Kawasan pemajuan bagi jenis perumahan seperti ini melibatkan perkongsian di kalangan pemilik atau penghuninya, terutama bagi harta bersama beberapa peruntukan undang-undang dan peraturan telah diadakan bagi menentukan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama ini dikendalikan dengan teratur. Justeru itu, Akta Penguruan Strata (Akta 757) telah diperkenalkan dan digubal untuk memenuhi matlamat yang digariskan tersebut. Pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [ Akta 663 telah dikemaskini dan disebut Akta Pengurusan Strata 757] bertujuan bagi memperkemaskan kaedah mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong (Vacant Possesion-VP) oleh pemaju sehinggalah ke peringkat selepas Perbadanan Pengurusan/Management Corporation (MC) diwujudkan. Akta 663 ini telah diwartakan di peringkat Persekutuan pada 13 Februari 2007 dan mula berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 April 2007 setelah mendapat persetujuan daripada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui persetujuan mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-57 yang telah diadakan pada 23 Mac 2007.MNKT ke-57 juga telah bersetuju supaya PBN melantik Yang Dipertua (YDP) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk menjalankan peranan dan bidang tugas sebagai Pesuruhjaya Bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 663. Sebelum wujudnya Akta 663 ini,peraturan mengenai pegurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama ini diperuntukkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] DAN Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989,serta Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 di bawah jadual H, menetapkan pihak yang bertanggungjawab ke atas penyenggaraan dan pengurusan bangunan sebelum penubuhan (MC) ialah pemaju,sementara mengikut Akta 318 pula,setelah hakmilik strata didaftarkan,tanggungjawab ini diletakkan di bawah MC. Namun demikian, pada tahun 2013, akta 663 dimansuhkan dan bebarapa peruntukkan dibuat semula dengan pindaan dan digabungkan dalam akta baru yang dikenali sebagai AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757) yang mana selepas ini disebut Akta 757. Sehubungan dengan ini, bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan kediaman /kemajuan (pangsapuri Sri Wira) maka salah satu keperluan Akta 757 ialah mewujudkan kaedah-kaedah dalaman (house rulesSeksyen 14 muka surat 19) untuk memantau dan mengawasi apa-apa jua aktiviti (dalam lingkungan yang dibenarkan) yang dilakukan di Kawasan pangsapuri. Dengan kewujudan kaedah-kaedah dalaman ini maka
pg. 3
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) diharapkan dan memastikan Kawasan pangsapuri sentiasa bersih sejahtera harmoni dan selamat untuk didiami.
BAHAGIAN (B) KESELAMATAN Kawasan keselamatan Keseluruhan Kawasan dikawal oleh anggota pengawal keselamatan sepanjang 24 jam sehari. Sila maklumkan pejabat keselamatan atau pengawal bertugas sekiranya ada tetamu yang akan mengunjungi Pembeli/Penghuni supaya mereka boleh diberi layanan yang sewajarnya. Masa pengawalan seperti berikut 1. 2.
07.00 Pagi – 07.00 Malam (2 orang) 07.00 Malam – 07.00 pagi (2 orang)
Rondaan /Pengawalan 1.
Masa Pengawalan /rondaan adalah setiap 2 jam sekali atau mengikut arahan daripada pegawai atau pihak pengurusan.
2.
Prosedur rondaan seperti berikut: 2.1 Seorang pengawal meronda dibekalkan dengan walkie talkie, lampu picit dan yang lain-lain difikirkan perlu. 2.2 Seorang pengawal berada di post kawalan. 2.3 Pengawal yang meronda hendaklah melaporkan rondaan dengan menggunakan walkie talkie dan pengawal di post kawalan hendaklah mengesahkan penerimaan laporan tersebut. 2.4 Pegawai rondaan hendaklah menulis laporan rondaan di buku/log yang dibekalkan dengan terperinci. 2.5 Jika ada penambahan atau pengurangan prosedur akan dimaklumkan dari masa ke masa.
*Sila pastikan keluar dan masuk pelawat dan pembekal/kontraktor selain dari penghuni direkodkan dalam buku log masuk dan keluar dan menggunakan pas.
Pindah Memindah Pembeli/Penghuni diminta memaklumkan pihak pengurusan selewat-lewatnya atau pada satu minggu lebih awal sekiranya ingin berpindah masuk ke Kawasan atau keluar daripada Kawasan Pangsapuri.Sila maklumkan beberapa maklumat penting seperti nama syarikat/kontraktor yang akan mengangkut barang anggaran masa dan lain-lain menggunakan borang yang disediakan. Pemindahan barangan masuk atau keluar tidak dibenarkan pada waktu malam, kecuali ada kebenaran daripada pihak pengawal yang bertugas dan dimaklumkan pada pihak pengurusan atau JMB.
pg. 4
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) A. Deposit RM200 untuk penghuni keluar B. Pemilik unit perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa barang/sisa pepejal/sebarang kerosakan yang dibuat keatas harta bersama yang ditinggalkan oleh penyewa/penghuni. Pelawat /kontraktor/pembekal Sila nasihatkan kepada tetamu, pelawat atau kontraktor supaya mendaftarkan atau melaporkan diri di pondok keselamatan dan mendapatkan pas keselamatan sebelum memasuki kawasan pangsapuri.Perlu diingatkan bahawa bagi pembeli petak yang menyewakan petaknya, hak mereka menikmati segala kemudahan yang disediakan di bawah harta bersama akan berpindah kepada penyewa.Dengan itu, status mereka apabila memasuki kawasan pangsapuri adalah sebagai pelawat biasa dan tertakluk kepada peraturan mengenai pelawat. Pelawat Pengawal Keselamatan Sebagai makluman kepada para pembeli/penghuni pangsapuri berikut adalah serba ringkas peraturanperaturan yang perlu diikuti oleh para pengawal keselamatan semasa menjalankan tugas mereka. Para pembeli/penghuni adalah digalakkan untuk memerhatikan dan mengawasi mereka dari masa ke masa agar para pengawal keselamatan dapat mematuhi dan menjalankan tugas dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan tersebut adalah seperti berikut :-
1.
Hendaklah sentiasa memakai uniform/pakaian seragam.
2.
Memeriksa dan mencatat pergerakkan kenderaan keluar dan masuk (pelawat kontraktor dan pembekal)
3.
Gate Motor atau kon (jika ada) mestilah ditutup pada masa yang telah ditetapkan
4.
Hendaklah melakukan pengawasan/patrol yang telah ditetapkan
5.
Tidak dibenarkan tidur semasa bertugas
6.
Berdisiplin dan ceria semasa bertugas.
7.
Tidak dibenarkan menonton televisyen
8.
Rehat pada waktu yang dibenarkan atau diperuntukkan sahaja kecuali solat.
9.
Sentiasa segak dan segar.
10. Tidak makan minum dan merokok kecuali waktu rehat 11. Tidak menyalahgunakan peralatan yang dibekalkan, contohnya walkie talkie, lampu picit dan sebagainya. 12. Mengikut arahan yang dikeluarkan dari masa ke masa oleh AJK BPPSW atau agen pengurusan yang dilantik.
pg. 5
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
BAHAGIAN (C) KEMASUKAN PARKIR DAN PELEKAT KENDERAAN Kemasukan kenderaan & Palang Otomatik. 1.
Semua penduduk/penyewa/pemilik/pelawat memasuki kawasan pangsapuri (dengan kenderaan) hendaklah (dimestikan tanpa gagal) dengan menggunakan kad akses untuk membuka palang otomatik. Pada Ketika ini, satu unit rumah dibenarkan membeli 2 kad akses sahaja.
2.
Parkir kereta atau kenderaan hanya dibenarkan 1 unit/rumah 1 parking lot sahaja. Kenderaan kedua dan seterusnya boleh diletakkan dalam kawasan parkir khas dengan kadar sewaan yang ditetapkan oleh pihak Badan Pengurusan. Undian 4 bulan sekali dijalankan bagi memastikan setiap unit berhak mendapatkan parkir kereta kedua dan seterusnya dengan syarat tunggakan “maintainance” tidak melebihi 3 bulan keatas.
3.
Kenderan yang diletakkan dalam kawasan pangsapuri hendaklah mempunyai pelekat kenderaan (dimestikan tanpa gagal demi keselamatan) kecuali kenderaan pelawat dan kenderan yang dibenarkan (tertentu) setelah berdaftar/dimaklumkan dengan pihak pengawal keselamatan yang bertugas.
4.
Penggunaan kad akses akan disekat jika unit-unit yang mempunyai jumlah tunggakan bil-bil (air, yuran penyenggaraan, sinking fund dan lain-lain) sebanyak atau bersamaan nilai 3 bulan tunggakan ke atas atau nilai-nilai yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa JMB dan pengurusan.
Pelekat Kenderaan (car/motor sticker) dan kad akses 1.
Satu pelekat kereta dikeluarkan bagi setiap unit dengn nombor siri yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.Sila lekatkan pelekat ini di bahagian hadapan kereta yang mudah dilihat oleh pengawal keselamatan setiap kali memasuki atau keluar dari kawasan pangsapuri.Pembeli/Penghuni boleh memohon kepada pihak pengurusan untuk mendapat pelekat tambahan.Pengeluaran pelekat tambahan akan dikenakan bayaran.Anda bertanggungjawab untuk melaporkan segera kepada pihak pengurusan sekiranya pelekat ini hilang.
3.
Kad Akses boleh dibeli dengan mengisi borang yang disediakan. Borang boleh didapati di Pejabat Operasi JMB Sri Wira (9.00 pagi - 5.00 petang Minggu 1 dan Minggu ke-3) di Pejabat Pengurusan Sri Wira (waktu pejabat) atau di pondok /post pengawalan (bila-bila masa kecuali borang habis) Sri Wira.
4.
Syarat-syarat dan terma pembelian kad akses ada diterangkan dalam borang tersebut. Jika ada sebarang kemusykilan boleh menghubungi pihak pengurusan dan mana-mana AJK JMB yang berkenaan.
5.
Bagi pelawat/kontraktor dan pembekal pas keselamatan hendaklah diletakkan di depan kenderaan mereka setelah butiran lengkap diambil.
pg. 6
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) Kawasan Parkir Persendirian, Pelawat Dan Kawasan Harta Bersama 1.
Selaras dengan persetujuan penduduk/pemilik/pembeli tapak/unit dalam Mesyuarat Tapak Tahunan JMB Sri Wira yang kali ke-4 pada 14hb.Julai 2012.Setiap pemilik/unit rumah akan diberikan hanya 1unit parkir sahaja (kerana parkir kenderaan yang terhad) telah dipersetujui sebulat suara dan setiap unit rumah hendaklah bertanggungjawab ke atas parkir masing-masing.
2.
Pemilik perlu mendaftar butiran maklumat kenderaan mereka dengan Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC perlu mendapatkan pelekat kenderaan dengan bayaran yang ditetapkan oleh Badan Pengurusan, tidak boleh dipindah milik dan perlu diperbaharui setiap 2 tahun.
3.
Setiap pemilik/penghun hendaklah bertanggungjawab dan menjaga kawasan/unit parkir masingmasing dan sebarang perubahan parkir hendaklah dimaklumkan kepada pihak JMB atau Pengurusan.Pihak Badan Pengurusan berhak menukar unit parkir sekiranya keperluan yang melibatkan faktor keselamatan/keselesaan dan mesra pengguna.
4.
Sebarang penambahan atau pembinaan apa jua struktur oleh pemilik unit (contohnya besi penghalang, bumbung parkir dan lain-lain) kecuali kon adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pemilik unit juga tidak dibenarkan membina parkir sendiri di kawasan harta bersama yang bukan diperuntukkan bagi parkir kereta.
5.
Pembaikan besar tidak boleh dilakukan oleh mana-mana orang ke atas mana-mana kenderaan yang diparkir dalam kawasan pemajuan dan untuk tujuan ini, “pembaikan besar” ertinya kerja pembaikan yang melibatkan bising melampau, asap, tumpahan minyak, penggunaan blok rantai atau lain-lain cara atau peralatan mengangkat berat besar.
6.
Mana-mana orang yang menggunakan parkir kenderaan dalam kawasan pemajuan hendaklah memastikan beliau tidak meninggalkan apa-apa peralatan, alat ganti, bahan yang dibuang, kekotoran dan sampah di kawasan parkir kenderaan.Badan pengurusan bersama boleh mengalih dan melupus barang-barang itu tanpa notis terdahulu dan tidak akan bertanggungan terhadap apaapa kerosakan atau kehilangan berkaitan barang-barang itu, dan kos terakru dalam berbuat demikian hendaklah ditanggung dan dibayar oleh orang berkenaan dengan atas tuntutan.
7.
Semua kenderaan hendaklah dipandu dengan cermat dan selamat dalam kawasan pangsapuri dengan tidak melebihi 15KM/j. Amaran akan diberikan kepada kenderaan yang memandu secara berbahaya atau melawan arus laluan trafik di dalam kawasan Premis
8.
Pemilik/penghuni tidak dibenarkan sama sekali meletakkan kenderaan di parkir unit lain kecuali jika ada keizinan atau mendapat kelulusan oleh tuan punya parkir tersebut. Kepada yang ingkar, kenderaan akan di clamp dan di denda untuk pelepasan. Tidak melebihi RM200 untuk pelepasan.
9.
Mana-mana kenderaan yang menggunakan parkir khas/parkir pelawat atau parkir di bukan dipetak yang diperuntukkan dibawah harta bersama, maka Badan Pengurusan akan mengalihkan kenderaan tersebut ke tempat yang difikirkan sesuai di luar kawasan Pangsapuri Sri Wira dengan tiada jaminan keselamatan dan sebagainya. Pihak JMB atau Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan komponen/barangan kereta (di dalam atau diluar) semasa aktiviti pengalihan dijalankan kos pengalihan ditanggung oleh pemilik.
10. JMB atau pengurusan tidak membenarkan apa jua keadaan kenderaan yang tidak digunakan lagi tidak bergerak atau buruk diletakkan dalam kawasan pangsapuri terutamanya di parkir pelawat dan kawasan harta bersama. Pihak pemilik kenderaan hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi. Jika tidak, piihak JMB atau pengurusan akan mengambil tindakan seperti dalam nota 9 di atas.
pg. 7
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
11. Kenderaan (pelawat/pembekal/kontraktor) hanya dibenarkan parkir di parkir pelawat sahaja. PELAWAT perlu melapor diri di pondok kawalan dengan meninggalkan dokumen lesen dan no telefon sebagai langkah keselamatan. Pelawat akan diberi parking selama 3 hari (maksimum) sebelum pendaftaran semula dibuat di pondok Pengawal.Parking hanya ditempat parking pelawat yang disediakan mengikut blok. 12. Mana-mana pemilik kenderaan kepada kenderaan yang diparkir dalam kawasan pemajuan hendaklah memastikan alat penggera kenderaan disenggara dengan baik supaya tidak selalu berlaku penggeraan palsu menyebabkan kacau ganggu dan kegusaran kepada pemilik lain. Jika penggeraan palsu selalu berlaku menyebabkan kacau ganggu dan kegusaran kepada pemilik lain, Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC boleh menghalang kenderaan itu dari memasuki kawasan pemajuan untuk suatu tempoh dan atas terma yang Pengurusan Bangunan / Harta Bersama JMB / MC anggap sesuai dan wajar. 13. ) Motosikal MESTI diletak HANYA di kawasan yang ditetapkan oleh Pengurus Bangunan /Harta Bersama JMB/MC dan ianya adalah di bawah tanggungjawab pemilik motosikal. Hanya kenderaan samaada kereta atau motosikal yang mempamerkan pelekat tersebut dibenarkan masuk dan meletak motosikal di tempat yang disediakan 14. Pihak JMB berhak untuk menggunakan parkir unit yang sesuai (akan dimaklumkan dalam bentuk notis pemberitahuan kepada unit terlibat) bagi digunakan untuk tempat aktiviti/program komuniti seperti mesyuarat agung tahunan JMB atau persatuan penduduk, sambutan hari perayaan, aktiviti ceramah, gotong royong dan sebagainya.
BAHAGIAN (D) KEBERSIHAN Kebersihan Kawasan Bersama Kerja-kerja menyelenggarakan kebersihan di kawasan bersama akan dikendalikan oleh syarikat/pekerja yang dilantik oleh pihak Badan Pengurusan.Sila beri Kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Apa-apa aduan mengenai ketidaksempurnaan tugas yang dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak Badan Pengurusan menggunakan borang aduan yang disediakan. Pembuangan Sampah Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti memasukkannya dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang.Barang-barang lusuh yang besar seperti perabot atau alat elektrik hendaklah tidak dibuang di tempat pembuangan sampah awam/rumah sampah yang bersesuaian.Pemilik/penghuni bertanggunjawab melupuskannya sendiri melalui cara yang sesuai.Sekiranya didapati barang-barang lusuh tersebut dibiarkan di kawasan bersama,pihak Badan Pengurusan akan melupuskannya dan kosnya akan dituntut daripada penghuni petak berkenaan.Pihak pengurusan menggalakkan pengasingan jenis bahan buangan kering seperti plastik,kaca atau kertas.
pg. 8
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) Kawalan Makhluk Perosak Pihak Badan pengurusan sedia melantik syarikat (jika diperlukan) untuk menyediakan perkhidmatan mengawal bahagian bangunan dan kawasan yang termasuk dalam harta bersama daripada makhluk perosak seperti anai-anai. Perkhidmatan rutin akan dijalankan mengikut masa yang akan ditetapkan kemudian.
BAHAGIAN (E) PENGGUNAAN HARTA BERSAMA Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau aksesori dan baki lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara. Sebahagian harta bersama ialah tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, tangk air, paip, wayar kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan, dan kawasan rekreasi, jalan masuk, pili air (di rumah sampah) tempat letak kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu. Kerjasama adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dan tiada seorang pun daripada kita dinafikan daripada menikmati kemudahan tersebut. Dengan itu pembeli, pemilik atau mana-mana orang yang menjadi peghuni bersama atau tetamu anda dilarang daripada melakukan perkara berikut:
pg. 9
1.
Merosakkan atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama
2.
Membiarkan binatang ternakan di luar unit masing-masing sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain.
3.
Memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama tanpa mendapat kelulusan pihak badan pengurusan.
4.
Menyidai pakaian seperti di balkoni tingkap, pagar atau koridor sehingga merosakkan pandangan kawasan.
5.
Membuat bising sehingga menggangu penghuni lain
6.
Menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan kemarahan penghuni lain atau yang memalukan.
7.
Meletakkan kereta atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak di tempat yang dikhaskan
8.
Meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis di mana-mana bahagian harta bersama tanpa kebenaran pihak badan pengurusan.
9.
Mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti perabot lekapan dan lengkapan.
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
10. Membasuh kenderaan di pili air yang disediakan di rumah sampah selain daripada penggunaan untuk membasuh tangan selepas membuang sampah atau digunakan untuk membersihkan rumah sampah. 11. Sekiranya terdapat kerosakan pump atau tangki air utama atau sekunder menghadapi masalah, maka para penghuni oleh mendapatkan bekalan air daripada pili air di rumah sampah sekadar yang ada tetapi perlulah mendapat kebenaran daripada pihak badan pengurusan terlebih dahulu. 12. Membiarkan tetamu atau pelawat menggunakan kemudahan harta bersama seperti padang permainan, gelanggang atau yang seumpamanya tanpa diiringi oleh Penghuni, Penghuni bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kecacatan yang disebabkan oleh tetamu atau pelawat mereka dan perlu memaklumkan pihak badan pengurusan segera. 13. Membiarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah menggunakan kemudahan harta bersama tanpa diiringi oleh ibu bapa atau orang dewasa. 14. Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar daripada unit sendiri. 15. Membenarkan orang luar menggunakan kemudahan harta bersama tanpa pengetahuan pihak pengurusan. 16. Menggunakan kemudahan sukan atau riadah selain daripada jenis yang disediakan. 17. Pemasangan penghawa dingin perlulah mengikut syarat Badan Pengurusan dimana saluran air buangan tidak mengenai mana-mana harta individu seperti unit kediaman, kenderaan dan sebagainya. 18. Pihak pengurusan berhak menebang/memotong/membuang mana-mana pokok yang tidak sesuai/menghalang laluan/merosakkan struktur bangunan/mencacatkan pemandangan di kawasan pangsapuri. Segala jenis penanaman perlu mendapat kebenaran dari pihak Badan Pengurusan.
pg. 10
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
BAHAGIAN (F) PENJAGAAN UNIT INDIVIDU Sebagai pembeli atau penyewa anda bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara petak atau unit masing-masing. Sekiranya anda menyewakan atau menyerahkan unit anda untuk diduduki oleh orang lain. Anda bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak Badan Pengurusan beberapa maklumat tentang penyewaan ini seperti nama penyewa atau penghuni, bilangan isi rumah dan tempoh penyewaan. Anda juga bertanggungjawab memaklumkan segera kepada pihak Badan Pengurusan apabila berlaku pertukaran penyewa atau penghuni. Untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian komuniti kita, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut dan pastikan juga mereka yang menghuni unit anda diberitahu tentang peraturanperaturan ini seperti berikut:
pg. 11
1.
Menjaga dan menyelenggara unit masing-masing dan menjalankan kerja-kerja pembaikan yang sewajarnya dari semasa ke semasa agar unit sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada kebakaran dan bencana lain yang boleh dikawal.
2.
Menggunakan unit hanya untuk tujuan yang ditetapkan dalam syarat-syarat penggunaan unit dan perjanjian jual beli. Pihak Badan Pengurusan tidak akan teragak-agak sekiranya terbukti, akan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan jika didapati unit digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang
3.
Tidak menggunakan dan membenarkan unit digunakan untuk suatu maksud yang boleh menyebabkan berlakunya kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana penghuni lain atau keluarga penghuni itu.
4.
Tidak menggunakan bahan api atau apa-apa bahan-bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap(fumes) atau bau yang buruk.
5.
Tidak membuang atau membenarkan jatuh apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersama kecuali ke dalam tong-tong sampah yang diselenggarakan sendiri oleh anda atau ke dalam pelongsor sampah (sekiranya ada) yang diperuntukkan dalam bangunan itu.
6.
Tidak membuat apa-apa pemasangan yang boleh merosakkan dan memasang antenna TV di tempat yang tidak sesuai atau menyimpan barang-barang persendirian di kawasan harta bersama seperti di tepi koridor, tangga atau tempat letak kereta atau kawasan lapang yang lain.
7.
Tidak menyebabkan keadaan bising atau apa-apa keadaan yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu jiran atau penghuni lain.
8.
Melaksanakan segera tindakan atau apa-apa kerja yang diarahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dengan unit dan membayar segala taksiran caj dan belanja pasti yang kena dibayar berkenaan dengan unit berkenaan.
9.
Membenarkan pihak Badan Pengurusan atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk memasuki unit individu untuk tujuan yang berikut:
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
9.1 Memeriksa unit berkenaan 9.2 Menyelenggara membaiki atau memperbaharui paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan atau boleh digunakan berkaitan dengan penikmatan mana-mana petak lain atau harta bersama. 9.3 Menyelenggara, membaiki dan memperbaharui harta bersama; atau 9.4 Melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu bagi atau berkaitan dengan perlaksanaan tugas pihak Badan Pengurusan atau penguatkuasaan undang-undang atau peraturan yang melibatkan unit atau bangunan. Pihak Badan Pengurusan akan mengeluarkan notis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tindakan berkenaan dilakukan, kecuali dalam hal kecemasan yang memerlukan tindakan segera.
BAHAGIAN (G) KERJA-KERJA PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN Tertakluk kepada perjanjian Jual dan Beli, pembeli/pemilik boleh membuat tambahan atau pengubahsuaian pada unit masing-masing. Bagi untuk mematuhi beberapa peraturan berikut :-
pg. 12
1.
Kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau berkenaan;
2.
Sebelum kerja-kerja tersebut dimulakan, Salinan pelan yang diluluskan oleh PBT hendaklah diserahkan kepada pihak Badan Pengurusan
3.
Bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan pandawaian elektrik dan bekalan air atau yang tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa kelulusan perlu diperoleh daripada Badan Pengurusan sebelum kerja-kerja dilaksanakan.
4.
Pengawasan rapi hendaklah dilakukan untuk menentukan kerja-kerja yang dijalankan tidak menjejaskan struktur bangunan atau harta bersama serta tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penghuni lain.
5.
Bertanggungjawab ke atas apa-apa kecacatan atau kerosakan pada bangunan atau harta bersama yang disebabkan oleh kerja-kerja yang dijalankan.
6.
Tidak melibatkan pihak Badan Pengurusan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit. Untuk maksud ini anda perlu menandatangani satu surat jaminan sebelum kerja-kerja dimulakan.
7.
Memastikan bahawa sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta Bersama, ia hendaklah diperbaiki dengan sempurna. Sekiranya pihak Badan Pengurusan tidak berpuas hati, pihak Badan Pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) 8.
Memastikan bahawa semua barang terbuang atau sampah dilupuskan segera dengan sempurna (peraturan terperinci sila lihat dalam surat kelulusan) Sekiranya pihak Badan Pengurusan tidak berpuas hati dengan cara pelupusan ini, pihak Badan Pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja pelupusan ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda.
9.
Wang deposit akan dikenakan ke atas semua kerja tambahan atau pengubahsuaian. Jumlahnya berasaskan nilai kerja atau kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak badan pengurusan. Wang ini akan dikembalikan(tanpa faedah) setelah pihak badan pengurusan berpuas hati dengan kesempurnaan kerja-kerja yang dilakukan.Dengan itu,anda hendaklah memaklumkan pihak badan pengurusan apabila kerja-kerja disiapkan supaya pemeriksaan bersama dapat dijalankan.
10. Kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian perlulah mengikut peraturan (AKTA) dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT dan “house rules” yang diwujudkan oleh pihak pengurusan (JMB). 11. Kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian hendaklah dilakukan pada hari dan waktu seperti ditetapkan di bawah:
pg. 13
11.1.
Hari bekerja (Isnin - Jumaat) masa: 8.00am - 5.00pm
11.2.
Hari minggu (Sabtu) masa: 9.00am - 1pm
11.3.
Hari minggu (Ahad atau cuti umum) tidak dibenarkan kerja-kerja pengubahsuaian kecuali jika tidak ada kacau ganggu atau kebisingan, tetapi memerlukan kelulusan daripada pihak pengurusan.
11.4.
Namun demikian, jika ada keperluan yang mendesak, pihak pengurusan akan memberikan kelonggaran dari waktu yang ditetapkan diatas tetapi bergantung kepada keadaan dan syarat-syarat tertentu.
11.5.
Pihak Badan Pengurusan berhak mengubahsuai waktu operasi mengikut akta dan ketetapan pihak berkuasa mengikut keadaan semasa.
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757)
BAHAGIAN (H) PELBAGAI 1.
Mana-mana penghuni/pembeli yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menyebabkan kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, mereka bertanggungjawab memperbaikinya atau membayar kos pembaikan yang ditetapkan badan pengurusan;
2.
Sekiranya pihak pengurusan terpaksa melantik peguam untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pembeli/penghuni, pihak badan pengurusan berhak mendapatkan kembali kos guaman daripada pembeli atau penghuni berkenaan;
3.
Penjagaan taman permainan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. Alatan permainan yang disediakan adalah untuk kanak-kanak yang diantara 3-12 tahun. Sila pastikan anak-anak sentiasa dikawal dan diperhatikan semasa mereka menggunakan kemudahan tersebut.
4.
Sekiranya terdapat kerosakan pada alat-alat permainan tersebut pengguna hendaklah melaporkan kepada pihak badan pengurusan dengan serta-merta. Segala keselamatan semasa menggunakan sebarang permainan yang disediakan adalah tanggungjawab sendiri. Kanak-kanak mestilah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga;
5.
Pihak badan pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kemalangan yang berlaku atau kehilangan harta benda semasa menggunakan kemudahan yang disediakan di atas apa jua sekalipun.
6.
Selaras dengan keputusan mesyuarat agong tahunan JMB Sri Wira kali ke-4. Keputusan berikut telah dipersetujui bersama supaya tindakan dapat dilaksanakan kepada para penghuni/pemilik yang mempunyai bil/cas yang tertunggak:-
6.1. Menampal notis jumlah tunggakan di setiap tangga/blok. 6.2. Memotong pengaliran bekalan air ke unit berkenaan. 6.3. Melaporkan kepada pihak pesuruhjaya (COB) atau badan berkuasa untuk membuat tindakan seterusnya. 6.4. Menyekat penggunaan kad Akses (di mana jumlah tunggakan 3 Bulan ke atas setelah dimaklumkan melalui notis pemberitahuan). 6.5. Dan lain-lain tindakan yang difikirkan wajar dan berpatutan. 7.
Selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada di PBT, sebarang bentuk atau aktiviti perniagaan di dalam kawasan pangsapuri adalah tidak dibenarkan sama sekali.
8.
Sebarang aduan yang diserahkan kepada pihak JMB atau pengurusan hendaklah dalam bentuk bertulis atau jika melalui perhubungan telefon, pihak pengadu mestilah memberikan butiran lengkap seperti nama, no tel, no unit dan yang difikirkan perlu.Sila lihat proses aduan dan tindakan yang dilaksanakan (dalam lampiran)
pg. 14
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) 9.
Pihak JMB/pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kehilangan atau kecurian harta/komponen/kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan harta bersama di kawasan pangsapuri Sri Wira.Pemilik kenderaan adalah bertanggungjawab ke atas kenderaan masing-masing dan risiko adalah ditanggung sendiri.Pihak pengurusan cuba memberi peringatan melalui papan tanda atau risalah dari masa ke masa bagi mengingatkan keselamatan kenderaan masing-masing tetapi tiada jaminan keselamatan yang diberikan.
10. Sebagai makluman, apa-apa keputusan (usul atau cadangan) yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) JMB Sri Wira hendaklah dibaca bersama dengan “house rules” ini, dan ia merupakan sebahagian peraturan yang perlu diikuti oleh semua penduduk (pemilik/penyewa/penghuni) warga Sri Wira berkenaan. 11. Para penduduk/penghuni juga dilarang menggunakan harta bersama untuk perkara-perkara seperti berikut:11.1.
Penambahan parkir sendiri
11.2.
Menggunakan bilik-bilik kosong atau bilik meter di setiap aras untuk dijadikan setor atau menyimpan barang-barang sendiri
11.3.
Menggunakan ruang di antara bilik meter dan bilik kosong diletakkan pasu-pasu bunga serta pelbagai barangan seperti perabot, kerusi dan sebagainya yang mencacatkan pemandangan dan kotor.
12. Jika ada sebarang pertikaian yang timbul semasa menggunakan harta Bersama (seperti di nota 11 di atas) maka pihak JMB/pengurusan berhak untuk memutuskan mana-mana yang terbaik dengan mengambil kira kepentingan bersama dan bukannya kepentingan individu. 13. Pihak JMB/pengurusan berhak menambah atau mengurangkan (mana-mana yang sesuai) kaedahkaedah dalam ini dari masa ke masa demi kebaikan bersama.
pg. 15
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)
BADAN PENGURUSAN PANGSAPURI SRI WIRA (BPPSW) UKAY PERDANA KAEDAHKAEDAH DALAMAN (HOUSE OF RULES) AKTA PENGURUSAN STRATA 2013(AKTA 757) CONTOH PELEKAT
PELEKAT MOTOSIKAL 200pcs
PELEKAT KERETA 600pcs
pg. 16
House Rules-Printed 31 Mei 2021 (Semakan 3)