Data Loading...

Islam dalam soalan esei dan struktur(2005-2017)-No Color Flipbook PDF

Islam dalam soalan esei dan struktur(2005-2017)-No Color


112 Views
23 Downloads
FLIP PDF 638.85KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

SPM 沖刺班-2018 Berikut adalah soalan ramalan 2018 dan soalan tahun-tahun lepas berkaitan dengan Islam dalam soalan esei dan soalan struktur Kertas 2 SPM. Hampir ada 1 soalan struktur dan 1 soalan esei berkaitan dengan Islam dalam tempoh 2005-2017 .Malah pada tahun 2015 dan 2016 dan 2017ada 2 soalan esei. Dengan membuat analisis ini,kesimpulan yang boleh dibuat ialah dengan membaca lima bab Tingkatan Empat yang berkaitan Islam (iaitu Bab 4-8) dan satu bab Tingkatan 5 (Bab 9-Bab yang pasti keluar satu soalan esei),pelajar sekurang-kurang boleh menjawab 2 soalan daripada 3 soalan esei yang dikehendaki dijawab daripada 7 soalan esei pilihan selain 1 soalan struktur.Bagi tahun 2015,2016 dan 2017 pula,bererti para pelajar hanya membaca ENAM bab sahaja yang disebutkan di atas tadi,cukup untuk menjawab SOALAN ESEI Kertas 2 Peperiksaan SPM dengan keyakinan penuh mendapat pangkat A. 1) Peristiwa Hijrah I. Konsep Islam II. Sebab berlaku peristiwa Hijrah III. Kepentingan Hijrah kepada penduduk Madinah IV. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah (Soalan struktur-2005) 2) I. Bagaimanakah tamadun Islam berkembang ke seluruh dunia. II. Kesan perkembangan tamadun Islam dalam bidang kesenian (Soalan esei-2005) 3) Penyebaran Islam di Makkah I. Dua pihak yang menerima Islam secara rahsia II. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia III. Bagaimanakah penyebaran dakwah Islam secara terbuka dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. IV. Mengapakah orang Quraisy Makkah menentang dakwah Islamiah oleh Nabi Muhammad s.a.w. (Soalan struktur-2006) 4) I. II.

Konsep tamadun Islam Bagaimanakah kedatangan Islam memantapkan bahasa Melayu dari segi pertuturan dan penulisan III. Lapan pengaruh kesenian Islam dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara IV. Bagaimanakah nilai-nilai Islam mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat Melayu Tradisional (Soalan esei-2006)

1

5) Khalifah I. Dua kaedah pemilihan khalifah dalam Islam II. Tanggungjawab seorang khalifah dari aspek politik,sosial dan ekonomi III. Berikan dua kejayaan khalifah Abu Bakar al-Siddiq (Soalan struktur-2007) 6) I. Empat cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara II. Tiga perubahan kehidupan masyarakat Asia Tenggara dari segi politik dan ekonomi selepas menerima Islam III. Tiga bukti menyokong pernyataan--Ajaran Islam menanam sikap mementingkan ilmu dalam jiwa semua golongan masyarakat—dengan merujuk kepada perkembangan pendidikan di Asia Tenggara (Soalan esei-2007) 7) Perjanjian Hudaibiyah I. Dua pihak yang menandatangani perjanjian Hudaibiyah II. Dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian Hudaibiyah III. Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam IV. Iktibar diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuh perpaduan dan keamanan negara kita di Malaysia (Soalan struktur-2008) 8) Masyarakat Jahiliah 300 M. hingga 610 M. I. Mengapakah masyarakat pada zaman tersebut dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah II. Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah III. Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah menghalang pembentukan masyarakat bermoral (Soalan esei-2008) 9) Kerajaan Turki Uthmaniyah pada sekitar awal abad ke-14 hingga awal abad ke-20 I. Jelaskan sejarah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah II. Terangkan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke benua Eropah III. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah untuk kegemilangan negara dan bangsa Malaysia (Esei-2009) 10) Sistem perundangan kerajaan Melayu di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat. I. Nyatakan dua undang-undang tidak bertulis. II. Senaraikan dua undang-undang bertulis III. Beri dua bukti pengaruh Islam dalam sistem perundangan kerajaan Melayu. IV. Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang kerajaan Melayu. V. Pada pandangan anda,apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia ? 2

( Soalan struktur-2009) 11). Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara I. Nyatakan dua bukti kedatangan Islam dari Semenanjung Arab,China dan India II. Bagaimanakah golongan pemerintah membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara III. Pada pendapat anda,mengapakah agama Islam mudah diterima oleh masyarakat Asia Tenggara (Soalan struktur-2010) 12). Nabi Muhammad SAW I. Ceritakan riwayat hidup Nabi sebelum baginda dilantik menjadi rasul. II. Terangkan keperibadian Nabi sebagai seorang pemimpin yang wajar dicontohi oleh semua pihak. III. Bagaimanakah pengamalan sifat keperibadian Nabi boleh membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang ? (Soalan Esei-2010) 13.) Kerajaan Bani Umaiyah I. Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah. II. Jelaskan sumbangan kerajaan tersebut kepada tamadun dunia. III. Berdasarkan pengkajian kamu terhadap kegemilangan kerajaan Bani Umaiyah,terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang. (Soalan Esei-2011) 14). Pendidikan formal Islam. I. Apakah yang anda faham tentang pendidikan formal. II. Nyatakan dua ilmu Islam yang diajar dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional. III. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,mengapakah pendidikan formal masyarakat Melayu berkembang selepas kedatangan Islam ? IV. Pada pandangan anda,mengapakah pendidikan formal penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman ? (Soalan struktur-2011) 15. Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun dunia lain. I. Terangkan cara pertembungan tamadun tersebut. II. Jelaskan kesan pertembungan tamadun tersebut. (Soalan Esei-2012) 16. Reaksi penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. daripada masyarakat Arab. I. Bagamanakah nabi menyebarkan Islam II. Mengapakan sebahagian masyarakat Arab menentang penyebaran Islam III. Bagaimanakah masyarakat Islam menentang 3

IV.

Mengapakah Islam akhirnya diterima (Soalan struktur-2012)

17. Masyarakat Jahiliah 300 M. hingga 610 M. I. Maksud jahiliah II. Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan III. Kesan sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan amalan jahiliah (Soalan Struktur 2013/soalan esei 2008) 18. Pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi I. Mengapakah Nabi Muhammad SAW membuka semula kota tersebut II. Mengapakah kota Makkah berjaya dibuka dengan mudah III. Kesan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam. (Soalan Esei-2013) 19. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,Negara Islam Madinah diperintah oleh Khulafa al-Rasyidin. I. Jelaskan maksud khalifah II. Nyatakan dua syarat menjadi khalifah III. Senaraikan dua tugas khalifah IV. Jelas ciri kepemimpinan Khalifah Islam pada zaman pemerintahan Khulafah al-Rasyidin yang wajar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin dunia masa kini. V. Jelaskan kebaikan pengamalan ciri kepemimpinan Khulafa al-Rasyidin sekiranya diamalkan oleh pemimpin-pemimpin dunia masa kini. (Soalan struktur-2014) 20. Islam tersebar di Asia Tenggara dalam suasana yang aman tanpa melibatkan pertumpahan darah. I. Huraikan cara Islam disebarkan di Asia Tenggara II. Islam telah mengubah sistem politik di Asia Tenggara.Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. III. Walaupun Sejarah telah membuktikan bahawa Islam tersebar secara aman,tetapi masih terdapat tohmahan yang mengatakan Islam tersebar melalui kekerasan.Mengapakah tohmahan tersebut wujud ? IV. Islam merupakan agama Persekutuan di Malaysia.Agama lain boleh diamalkan. Bagaimanakah pernyataan tersebut dapat mengekalkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia sejak merdeka sehingga kini ? (Soalan Esei-2014)

4

21. Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW dan perkembangan Islam. I. Jelaskan konsep hijrah. II. Mengapakah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah ? III. Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara Islam Madinah. Jelaskan pernyataan tersebut. IV. Berikut adalah lirik lagu nasyid sempena majlis sambutan Maal Hijrah di Malaysia. Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan Ulaskan maksud lirik lagu tersebut. (Soalan Esei-2015) 22. Jadual berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. I. Berdasarkan jadual tersebut dan pengetahuan anda, jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. II. Teori manakah yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara? Beri hujah anda. III. Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam ? (Soalan Esei-2015) 23. Jelaskan konsep khalifah. Nyatakan empat tugas khalifah. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq digelar sebagai Penyelamat Umat Islam. Mengapakah beliau diberi gelaran tersebut? (Soalan struktur-2016) 24. Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. (a) Apakah Piagam Madinah ? (b) Terangkan kandungan Piagam Madinah (c) Piagam Madinah memudahkan Nabi Muhammad SAW meneruskan dakwah Islamiah. Beri penjelasan anda. (Soalan Esei-2016)

5

25. Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah empayar Islam yang telah bertahan selama hampir 600 tahun dan memiliki wilayah yang sangat luas. a) Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah b) Terangkan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah kepada tamadun dunia. c) Maklumat berikut adalah faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah. • Kekuatan tentera • Kewibawaan pemimpin Sejauh manakah faktor tersebut menentukan kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah ? (Soalan Esei-2016)

26.Maklumat berikut berkaitan dengan amalan masyarakat Arab Jahiliah.

  

Merompak membunuh bayi perempuan penindasan orang kaya terhadap orang miskin

(a) Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah melakukan amalan tersebut ? (b) Bagaimanakah Rasulullah berusaha untuk menghapuskan amalan tersebut ? (c) Amalan tersebut boleh menjejaskan keharmonian hidup masyarakat. Huraikan pernyataan tersebut. (Soalan Esei-2017) 27. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan kerajaan Islam kepada dunia. Bermula daripada kerajaan Khulafa ar-Rasyidin hingga kepada kerajaan Turki Uthmaniyah telah terbukti bahawa kerajaan-kerajaan Islam menyumbang kepada kegemilangan tamadun dunia dalam pelbagai bidang.

(a) Jelaskan sumbangan kerajaan Islam dalam bidang ilmu pengetahuan. (b) Mengapakah kerajaan Islam berjaya menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan ? (c) Kecemerlangan ilmu pengetahuan merupakan asas kemajuan sesuatu bangsa. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. (Soalan Esei-2017)

Kelihatan ada 2 soalan esei Islam bagi tahun 2015, tahun 2016 dan 2017 tetapi tiada soalan struktur bagi tahun 2017 !!!! 6

Ramalan soalan ‘Hot’ Islam tahun ini 2016 yang belum keluar dalam tempoh 2005~2017 a) b) c) d) e) f) g)

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.-Wahyu pertama dan Wahyu kedua (Bab 4) Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua (Bab-5) Piagam Madinah (Bab-5) Kena Perang dalam Islam (Bab-5:m.s.130) Sumbangan Khulafa al-Rasyidin khasnya khalifah Umar bin al-Khattab (Bab-6) Kerajaan Bani Abbasiyah (Bab-6) Pengaruh Islam dalam aspek pendidikan(2007 pernah keluar) dan cara hidup golongan pemerintah dan rakyat jelata Asia Tenggara (Bab-7) h) Pengaruh Islam terhadap politik (Pentadbiran) dan ekonomi : (1) Perdagangan,(2) Penggunaan mata wang,(3) Percukaian dan pengaruh terhadap sosiobudaya : pendidikan tidak formal,gaya hidup- Adat istiadat dan nilai hidup di Malaysia (Bab-8) Ramalan soalan ‘Hot’ Islam tahun ini 2017 yang belum keluar dalam tempoh 2005~2017 : i) --Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasululah. (Bab 4) j) --Keperibadian Nabi Nabi Muhammad s.a.w. (Bab 4) k) --Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua (Bab-5) l) --Perang dalam Islam (Bab-5:m.s.130) m) --Sumbangan Khulafa al-Rasyidin khasnya khalifah Umar bin al-Khattab (Bab-6) n) --Kerajaan Bani Abbasiyah (Bab-6) : Pembentukan dan Sumbangan Kena-pengetahuan o) --Pengaruh Islam dalam aspek pendidikan(2007 pernah keluar) (Bab-7) p) --Pengaruh Islam terhadap politik Malaysia (Bab-8): Pentadbiran --Pengaruh Islam terhadap ekonomi Malaysia: (1) Perdagangan (2) Penggunaan mata wang (3) Percukaian --Pengaruh terhadap sosiobudaya Malaysia : (1) Gaya hidup- Adat-istiadat dan Nilai Hidup Ramalan soalan ‘Hot’ Islam tahun ini 2018 yang belum keluar dalam tempoh 2005~2017 : q) --Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasululah. (Bab 4) r) --Keperibadian Nabi Nabi Muhammad s.a.w. (Bab 4) s) --Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua (Bab-5) t) --Perang dalam Islam (Bab-5:m.s.130) u) --Sumbangan Khulafa al-Rasyidin khasnya khalifah Umar bin al-Khattab (Bab-6) v) --Kerajaan Bani Abbasiyah (Bab-6) : Pembentukan dan Sumbangan w) --Pengaruh Islam dalam cara hidup masyarakat Asia Tenggara (Bab-7) x) --Pengaruh Islam terhadap politik Malaysia (Bab-8): Pentadbiran --Pengaruh Islam terhadap ekonomi Malaysia: (1) Perdagangan (2) Penggunaan mata wang (3) Percukaian 7 --Pengaruh terhadap sosiobudaya Malaysia : (1) Gaya hidup- Adat-istiadat dan Nilai Hidup