Data Loading...
Isteri Tuan Dzarif Ebook Flipbook PDF
Oleh Qays Rico
192 Views
115 Downloads
FLIP PDF 1.06MB
Autograf
When you love what you have, You have everything you need. - Unknown
Isteri Tuan Dhazrif
CETAKAN PERTAMA: OCTOBER 2019 Penerbit Hana Efriena (HE Dynamic Enterprise) (SSM: TR0153098-X) 350, Batu 50, Jalan Paka 23000 Dungun,Terengganu [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak Hana Efriena (HE). Rekaan Kulit: Sofiy Susun Letak Isi: Fadziella Ibrahim Dicetak oleh : VINLIN PRESS SDN BHD No 2, Jalan Meranti Permai 1 Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Puchong, 46100 Selangor.
Dedikasi ISTERI TUAN DHAZRIF merupakan sambungan kepada novel berjudul TAHANAN TUAN DHAZRIF yang pernah diterbitkan sebelum ini. Terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong karya kelima saya, ISTERI TUAN DHAZRIF hingga akhirnya berjaya ke versi cetak. Buat Hana, terima kasih sebab masih sudi terbitkan karya saya. Terima kasih juga sebab terlalu banyak membetulkan mana-mana yang ‘menyakitkan mata’ sepanjang penulisan saya. Buat keluarga, terima kasih atas dorongan kalian. Buat pembaca, saya hargai usaha anda untuk memiliki karya kelima saya walaupun nama saya masih terlalu baru di dalam dunia penulisan ini. Semoga Allah S.W.T merahmati anda semua.
Ikhlas,
Qays Rico
PESANAN DARIPADA SEORANG PENULIS: Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak berkait dengan yang hidup mahu pun yang mati. Ambil yang baik untuk dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan. Selamat membaca naskhah ISTERI TUAN DHAZRIF, sambungan kepada novel bertajuk TAHANAN TUAN DHAZRIF. Terima kasih atas sokongan anda semua
Isteri Tuan Dhazrif
QAYS RICO
Prolog
I
ZYA lepas nafas panjang bila tengok penampilan Dhazrif. Dari atas hingga ke bawah, segak bergaya dan nampak kemas. Sikit pun tak nampak ‘kurang’ pada mata Izya. Dah masuk usia 40-an pun masih segak ke? Haish! Susah rupa-rupanya bila bersuamikan lelaki serba-serbi sempurna. Bukan penampilan saja, tapi peribadi Dhazrif juga boleh diberikan anugerah suami dan bapa mithali. Pendek kata Dhazrif ni jenis lelaki yang bertanggungjawab dekat anak dan isteri. Susah hati? Harus Izya rasa susah hati. Suami dia tu jadi buruan ramai wanita di luar sana terutamanya Datin Annura. Wanita bekerjaya hebat yang kematian suaminya, 1
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
hampir dua tahun lepas. Umur dah nak masuk 40-an, tapi kekal bergaya dan awet muda. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Mundar-mandir, idea gila mula datang dalam kepala. “Hari ni Inas tak payah hantar rumah pengasuh, boleh tak?” Tak semena terpacul soalan tak dijangka. Dhazrif yang sibuk merapikan diri segera menoleh. “Why, baby?” Ringkas soalan Dhazrif. “Saya risau tak sempat nak jemput Inas. Kan dah semester akhir, mesti banyak perkara nak bincang dengan Prof.” Jawapan logik Izya. Walhal saja tak nak hantar Inas ke rumah pengasuh sebab nak suruh Inas ikut Dhazrif ke tempat kerja. Sekurang-kurangnya bila nampak Dhazrif berkepit dengan anak perempuan mereka, tak adalah yang berani nak mengganggu sangat. Lagipun awal-awal lagi Izya dah pesan dekat Inas kalau ada sesiapa dekati Dhazrif, Inas kena pastikan perempuan perosak tu tak berani dekat dengan daddy Inas. Ajaran karut? Terpulanglah nak cakap apa. Yang Izya tahu zaman sekarang memang 2
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
ramai jenis kaki sondol suami orang. Mencegah sebelum terlambat. Dah terlambat, gigi jarilah jawabnya nanti. “Bukan you ada agenda lain ke?” Kening Dhazrif terjungkit. Seakan bisa menebak. Wajah Izya berubah kelat. “Agenda apa?” Pura-pura tak mengerti. “Agenda tak nak mengurat I?” Berteka-teki.
perempuan
lain
“Ada ke?” Izya dah mula bercekak pinggang. Gaya Dhazrif cakap tu macam ramai sangat yang mengurat suami dia selama ni. Haru biru perasaan Izya. Tengok Izya, meletus tawa di bibir Dhazrif. Kepala menggeleng. Agak-agak memang macam ni ke rentak rumahtangga kalau beristerikan wanita muda seperti Izya? Beza usia mereka berbelas tahun, jadi Dhazrif boleh nampak yang Izya masih mentah walaupun dah bergelar seorang ibu. “I ni dah tua, sayang. Tak ada sesiapa yang nak menguratlah. You tu lainlah, muda bergetah lagi. Entah-entah Prof you pun ada hati dekat you kan?” Dhazrif kenakan Izya semula. 3
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya mendengus. “Tua ada rupa dan berharta, perempuan mana yang tak nak?” “Jangan nak fikir bukan-bukan, boleh?” “Saya kena berjaga-jaga sebab zaman sekarang ramai yang suka sondol suami orang.” “I tahulah nak tepis macam mana kalau kata mereka sibuk nak menyondol I.” “Ingat saya percaya?” Izya cebirkan bibir. “Kepercayaan ni asas sebuah rumahtangga. Jadi you wajib percayakan I.” “Sorry, but not for this time.” Izya angkat jari telunjuk lalu goyangkan kiri dan kanan. Tak sempat Dhazrif nak sambung tazkirah, laungan Izya dah buat Dhazrif mula melepaskan nafas lemah. “Inas, hari ni Inas tak pergi rumah Mak Tam. Inas ikut daddy ke pejabat.” Kuat suara Izya melaung. Si kecil tu pula lagi bersorak sakanlah dapat ikut Dhazrif ke tempat kerja. Malas nak berbalah pagi-pagi buta, Dhazrif terpaksa mengibarkan bendera putih. Bercakap dengan Izya, jarang-jarang Dhazrif 4
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
boleh menang. Sebelum kahwin bolehlah Dhazrif jadi seorang diktator, selepas kahwin sayang isteri punya pasal buat Dhazrif lebih banyak mengalah. Bukan dayus, tapi lebih kepada bertimbang rasa. Selagi apa yang Izya buat tu tak memudaratkan dia sebagai seorang suami, selagi tu Dhazrif boleh cuba untuk beralah. “Daripada you hantar Inas, baik you aje yang jadi bodyguard I.” Sempat menyindir sebelum mencapai briefcase miliknya. “Kalau saya ni tak ada komitmen lain, dah lama saya buat.” “Teruk sungguh tahap cemburu you ni, sayang.” “Harus, sebab saya ni isteri Tuan Dhazrif. Tak ada sesiapa boleh caras suami saya.” Tegas Izya buat Dhazrif rasa nak tergelak lagi. Melihat riak wajah si isteri yang serius, Dhazrif tahan keinginannya dan sambung gelak dalam hati saja. Risau juga kalau-kalau Izya bertukar jadi singa. Nampak kelibat Inas, terus jemari kecil itu disambar. Dipimpin untuk turun ke tingkat bawah. 5
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Awal pagi dah sebut nama Datin Annura, bergelodak juga isi perut si Dhazrif. Dia dan Datin Annura tu mana ada apa-apa. Sekalipun Datin Annura mahukan dia, bertepuk sebelah tangan mana nak berbunyi kan? Izya saja yang paranoid. Aduhai..
6
Bab 1
I
ZYA dah mula jadi bayang-bayang Dhazrif sejak si kecil Inas sampaikan laporan lengkap tentang papanya. Dhazrif ke kiri, Izya ikut. Dhazrif ke kanan, pun Izya tetap nak melekat. Sudahnya Dhazrif berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Berpeluk tubuh, merenung Izya dengan pandangan penuh tanda tanya. “What’s wrong with you?” Lurus soalan Dhazrif. Memang sejak dulu lagi Dhazrif jenis macam tu. Tak ada nak lencong-lencong bagai. Terus ke pokok pangkal utama. “Mana ada apa-apa.” Saja tayang wajah tak bersalah. Mendekati, Dhazrif tundukkan wajah rapat ke muka Izya. 7
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Dari tadi jadi bayang-bayang I. Muka ni pula, masam mencuka tak ada senyuman sikit pun waktu sambut I balik. Takkan masih tak ada apa-apa kut?” Pancing Dhazrif cuba nak mengorek rahsia. Sempat Dhazrif kerling Inas yang terjingkit-jingkit nak selamatkan diri. “Inas.. where to go, darling?” tegur Dhazrif buat sepasang kaki Inas automatik terpasak pada anak tangga pertama. Menoleh, Inas tayang senyuman kelat. “Nak naik mandi, daddy. Badan Inas busuk. Euww.” Bijak anak gadis dia seorang ni nak cari alasan untuk mengelat. Tak ubah seperti liciknya akal seorang Izya Ammara. Tak percaya? Tengok saja betapa lajunya Inas mendaki anak tangga ke tingkat atas. Tak dan nak soal panjang, kelibat tubuh Inas dah elok hilang dari pandangan. Alahai, dasar anak bertuah. “Apa wartawan kecil tu dah sampaikan pada you?” Tenang mengajukan soalan. “Datin Annura ada menggedik dengan you ke hari ni?” Laju Izya bersoal-jawab. Sekaligus buat kepala Dhazrif terangguk-angguk tanda mengerti. Jadi inilah puncanya? 8
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak membalas soalan Izya, Dhazrif selamba menapak pada sofa. Rebahkan tubuh, berbaring bersilang kaki sambil kedua-dua belah tangan dijadikan lapik pada kepala. Pakej pejam kedua-dua belah mata lagi. Tengok m si suami buat endah tak endah, bertambah panjanglah muncung Izya. Membontoti, Izya berdiri tegak di hadapan Dhazrif. “Awak tak jawab lagi soalan saya, Zrif. Betul ke?” Izya mendesak. “Am I still hot, baby?” soal Dhazrif sambil celikkan sebelah mata merenung Izya. Riak Dhazrif nampak nakal sungguh. Dan Izya, hanya mampu tercengang dengan soalan tak diduga oleh si suami. “Yang rajin sangat nak corner soalan saya ni, kenapa?” “Sebab I nak tahu betul ke I ni masih ‘hot’ pada mata you.” Senang jawapan Dhazrif. Menyebabkan Izya dah mula rasa geram. Tak semena Izya selak hujung slack hitam yang dipakai Dhazrif. Sekelip mata.. “Aww! Sakitlah, sayang. Janganlah tarik bulu kaki I!” jerit Dhazrif seraya mengusap-usap 9
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bahagian betisnya. Serius, memang perit. Rasa macam nak terlucut segala bulu roma yang lain. Sasaran utama tiap kali Izya tak puas hati terhadapnya. Entah kenapa dalam banyak-banyak tempat yang Izya boleh jatuhkan hukuman, dekat situ jugalah yang jadi target kesukaan Izya. “Itu baru saya tarik bulu kaki awak, kalau saya tarik bulu lain awak nak kata apa?” “Kalau tarik bulu lain, you dengan I tak ada kat sini. Dah selamat I angkut naik ke bilik kita. Nak?” Masih lagi nak menyakat. “Dhazrif!” amuk Izya naik radang. Sudahnya Dhazrif angkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah. Tepuk sofa di sebelah, paksa Izya labuhkan duduk. Lega sebab Izya jinak juga walaupun dia dah petik suis kemarahan si isteri. Lama berdiam diri, cuba memberikan ruang untuk Izya bertenang. Selang dua minit, barulah Dhazrif mulakan sesi memujuk. “Inas tu kan budak-budak lagi, sayang. Kenapa nak letakkan sepenuh kepercayaan pada dia?” Cuba nak meredakan rasa cemburu 10
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
seorang isteri. Malangnya, ada saja yang Izya nak berlawan mulut dengannya. “Budak-budak tak pandai nak menipu, Zrif. Mereka lagi jujur berbanding orang dewasa.” Izya tak mahu kalah. Langsung buat Dhazrif garu kepala tak tahu nak membahas. Nak tak nak, terpaksalah Dhazrif berterus-terang. “Dia ada datang pejabat I petang tadi.” “Motif?“ “Kami bincang pasal kerja, sayang. Nothing more than that. Lepas siap bincang, dia terus balik. Sungguh, I mana pernah tipu you selama kita kahwin ni kan?” Beria-ia Dhazrif menjelaskan. Harap-harap Izya nak percaya. Sejujurnya Dhazrif malas nak buka cerita, risau jadi panjang berjela. Sekalipun Datin Annura nak pikat dia, ingat Dhazrif nak terjerat ke? Dia dah ada Izya Ammaralah. Bukan jenis dia nak berlaku curang di belakang. “Tapi..” “I penat, baru balik kerja. Ingat nak manja-manja dengan you. Let’s not talk about her, baby. Can you?” tagih Dhazrif bersama wajah yang sengaja diriakkan penat. 11
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Kebiasaannya kalau dia buat macam ni, mesti hati Izya akan cepat cair meleleh. Buktinya, Izya dah mula angkat tubuh nak masuk ke ruangan dapur. Mula-mula Dhazrif anggap Izya masih nak merajuk, lega saat jawapan si isteri benar-benar memihak kepada andaiannya. tu?”
“Nak sambung merajuk kat mana pula
“Saya nak hidangkan awak makanlah,” jawab Izya tanpa memandang wajah Dhazrif. Gaya Izya tu macam cemburu si isteri masih belum terawat sepenuhnya. Tapi kalau Izya tetap mampu nak tunaikan tanggungjawab lain sebagai seorang isteri, bermakna emosi Izya tak adalah tercalar teruk sangat tika ini. Lesap kelibat Izya, barulah Dhazrif mampu nak bernafas lega. Lega sebab tak ada perbalahan mulut lagi untuk kali ini. Nampak gaya Dhazrif kena ‘kawtim’ baik punya dengan si Inas lepas ni. Bukan sebab Dhazrif ada niat nak duakan Izya, tapi sebab Dhazrif tak nak isu-isu remeh itu bakal merosakkan hubungan baik dia dan Izya sepanjang perkahwinan mereka. Haish, minta selisih!
12
Bab 2
P
ERBINCANGAN dengan Prof. Hazmi sudah selesai sejam yang lepas. Alang-alang Lissa pun ada temu janji dengan Dr. Sufyan juga pagi ini, dapatlah dia melepak dengan kawan baik dia sejak dia mula menyambung pelajaran semula. Kelibat Dhazrif masih belum nampak, buat Izya mula memandang jam pada pergelangan tangan berulang kali. Mulalah otak dia nak menderhaka pada tuan sendiri. Dhazrif tak benarkan Izya memandu ke universiti hari ini. Rajin nak hantarkan Izya sebab Dhazrif kata alang-alang jadual dia tak padat. Dah suami nak tolong hantarkan, takkan dia nak menolak? Tolak tuah namanya.
13
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
ke?”
“Suami kau dah lambat nak jemput kau “Dia dah lambat setengah jam.”
“Kalau macam tu, aku tolong hantarkan kau baliklah.” Izya geleng. Tetap juga nak tunggu sampai Dhazrif muncul. Jungkit bahu, Lissa dah mula betulkan pinggang. Bangkit berdiri, pasang niat nak balik ke rumah. “Kau nak balik dah ke, Lis?” “Yalah. Dah dekat sejam aku duduk depan kau bukannya kau nak ajak aku bersembang. Dari tadi muka kau ketat semacam aje. Kau ada masalah ke, Izya?” Lissa menyoal prihatin. Entah pandangan Lissa yang tersilap atau memang betul dia tengok Izya macam banyak khayal pula hari ini. Tak sama seperti selalu. Dengar pertanyaan Lissa, Izya mula melepaskan nafas panjang. Garu belakang kepala, tak tahu macam mana caranya mahu bercerita. “Suami kau okey ke, Lis?” Kening Lissa berkerut. Tiba-tiba tanya 14
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pasal suami dia dah kenapa? “Kenapa pula dengan Zarel?” “Maksud aku, Zarel masih sayangkan kau sama macam dulu ke?” aju Izya buat wajah Lissa berubah lain macam. Terus Lissa labuhkan duduknya kembali. “Lain macam soalan kau ni. Suami kau buat hal eh?” Menafikan, kepala menggeleng. “Habis tu?” “Aku yang tak senang duduk. Susahlah, Lis. Susah kalau bersuamikan lelaki serbaserbi sempurna macam Dhazrif tu. Mesti jadi tumpuan ramai perempuan.” Mengendur suara Izya seraya bermain dengan jemari sendiri. Lissa tepuk dahi. “Apa yang kau nak risau sangat? Kau pun bukannya calang-calang perempuan. Anak kepada lelaki berpangkat Datuk lagi tu. Kalau Dhazrif buat hal sekalipun, kau masih boleh ‘hidup’ senang dengan si Inas tu.” Lissa ingatkan Izya kalau-kalau Izya lupa. “Memanglah aku masih boleh hidup 15
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
senang. Masalahnya aku dah tak boleh kalau Dhazrif tak ada dalam hidup aku.” “Dhazrif ada skandal dengan perempuan mana pula sekarang?” “Bukan suami aku yang sibuk nak berskandal, tapi Datin Annura tu yang gatal nakkan suami aku. Mentang-mentanglah suami dia dah meninggal dua tahun lepas.” Bengkak hati Izya bila kenangkan senyuman gedik Datin Annura waktu bertembung dengan dia dan Dhazrif sebelum ini. “Cantik sangat ke perempuan tu?” “Not bad.” Dua patah perkataan. Mendengarkan jawapan Izya, Lissa mula terdiam untuk beberapa saat. Perhatikan Izya, Lissa serba-salah nak menegur. Tapi kalau dah keyakinan Izya sendiri merudum jatuh, tak salah rasanya kalau Lissa mengingatkan. Tapi..” bibir.
“Aku bukanlah nak takutkan kau, Izya. “Tapi, apa?” cantas Izya laju. Lissa gigit “Tapi orang lelaki ni kalau dah masuk usia 16
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
40-an, gatal dia lain macam sikit. Mungkinlah sekarang Dhazrif tak melayan, lambat-laun apa jaminan kau yang dia akan kekal setia?” “Kau jangan takutkan aku, Lis.” “Aku bukan saja nak takutkan kau, tapi aku nak kau berjaga-jaga. Aku sendiri pun tak percayakan suami aku seratus-peratus. Hati manusia ni, sekelip mata boleh berubah.” Jawapan Lissa, makin membuatkan jiwa Izya gundah-gulana. “Kau rasa apa aku boleh buat untuk pastikan Dhazrif kekal setia dengan aku?” “Mak aku pesan dua perkara kalau nak ikat suami. Pertama, masakan. Kedua, kau kena rajin berhias untuk dia.” “Aku nampak selekeh ke sekarang ni?” “Berhias bukan untuk orang lain, tapi untuk suami kau sendiri. Dekat rumah, kau rajin pakai seksi-seksi depan dia tak?” soal Lissa buat wajah Izya tak semena berubah merah padam. Hakikatnya memang Izya dah kurangkan sikit aktiviti berdandan ‘maut’ di hadapan Dhazrif semenjak mereka sepakat nak tangguhkan dulu soal anak. Karang kalau Izya seksi-seksi, 17
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
berterabur iman Dhazrif setiap masa. Silap haribulan Inas dapat adik. Izya bukan nak tolak rezeki DIA, tapi Izya tak nak anak-anak bakal terabai sebab sekarang masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya. Tak reti jawapan bagaimana harus disusun buat Lissa, Izya ambil jalan mudah untuk tutup rapat bibir sendiri. Bagi Izya soal dalam bilik dia dan Dhazrif, biarlah kekal menjadi rahsia mereka berdua. Orang luar tak patut tahu.
18
Bab 3
P
ANDANG cermin, siap berpusing-pusing. Semata-mata sebab nak telek tubuh sendiri. Terngiang-ngiang bicara Lissa buat Izya tak senang duduk. Kata Lissa, kaum perempuan ni selalu tak sedar selepas beranak, penampilan mereka pasti berubah. Bentuk badan pun dah tak sama macam dulu. Itu yang jadi punca suami cari lain. Gigit hujung bibir, harus diakui bentuk tubuh Izya mana nak sama seperti zaman anak dara lagi. Kalau waktu anak dara, semua terbentuk elok. Sekarang? Boleh buat Izya tak senang duduk
19
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
jugalah. Mulalah Izya rangka-rangka dalam kepala nak buat ‘Diet Eat Clean’. Diet saja tak cukup. Kalau tubuh mantap, tapi penampilan ke laut tak ada guna. Sejak ada Inas, Izya macam malas nak melawa untuk Dhazrif. Selesa dengan gaya santai di rumah. Kalau awal-awal berkahwin, tak sudah-sudah Izya keluarkan jurus menggoda Dhazrif. Mentang-mentang dah keluar seketul Inas, terus Izya berada di zon selesa. Kononnya dah ada anak, Dhazrif takkan buat perangai nak simpan perempuan lain. Tapi betul ke macam tu? Ah, zaman sekarang ramai lelaki tak boleh pakai. Isteri yang cantik pun kena tinggal, inikan pula isteri yang tak tahu nak berdandan lagi. Tak boleh jadi. Datin Annura pun tahu bergaya, takkan Izya masih nak duduk saja tanpa buat apa-apa? Berjalan ke arah almari, Izya selongkar habis pakaian tidur yang selalu dia pakai bertahun-tahun yang lalu. Diacu ke badan sendiri, lega. Masih muat. Bolehlah dia pakai di depan Dhazrif nanti. Persoalannya, sanggupkah dia? 20
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dah lama tak menggedik tak tentu hala, bila Izya berbalik ke perangai lama tak ke pelik Dhazrif dibuatnya nanti? Soal malu pula macam mana? Stop it, Izya. Tentang malu, buang ke tepi. Campak jauh-jauh. Kalau kau nak pastikan Dhazrif kekal jadi milik kau sampai bila-bila, inilah masanya. Jangan dah terlambat baru nak gigit jari. Datin Annura tu pun nampak lawa walaupun dah berusia. Kau yang umur belum nak masuk 30 tahun dah serupa gaya ibu beranak-pinak ni apa cerita? Berperang dengan suara hati yang datang entah dari mana-mana, Izya nekad. Almari ditutup kembali, namun gaun malam masih berada di pegangan Izya. Niat mahu dipakai semula. Bukan esok. Bukan lusa. Bukan tulat. Tapi, malam ini. Malam ini Izya perlu mulakan misi menggoda Dhazrif macam dulukala. Supaya Dhazrif terus tersungkur, tak 21
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mampu nak berjauhan daripada dia lagi. Datin Annura? Dalam mimpi sajalah kalau dia ingat boleh caras Dhazrif macam tu saja. Langkah mayat Izya dululah! Cebir bibir tanda meluat, Izya terus melangkah masuk ke kamar mandi.
DHAZRIF kerutkan kening tengok penampilan Izya malam ini. Sejak tadi nak tegur, tapi berat pula mulut dia nak bersuara. Sudahnya Dhazrif acah-acah baca majalah sambil tenung si isteri dengan ekor mata. Izya sedang sibuk tempek serum dekat muka dan sapu losyen pada tangan. Jarangjarang Izya macam ni sejak sibuk dengan Inas dan urusan sambung belajarnya. Buang tabiat ke Izya malam ni? Tengok Izya bangun, deras majalah dibawa menutupi muka. Kononnya tak curi pandang Izya sejak tadi. Walhal.. “Bila nak tidur?” Okey, ini memang pelik. Tak pernah22
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pernah tanya Dhazrif bila Dhazrif nak tidur. Selalu kalau Izya nak tidur, Izya dah elok berdengkur dulu. Letakkan majalah ke bawah, Dhazrif bawa telapak tangan meraba dahi Izya. “Baby, you demam ke?” “Ish, mana ada.” Izya jawab sambil tayang wajah kelat. “Kalau tak demam, you buang tabiat eh?” aju Dhazrif menanti jawapan. Tersentap juga Izya kena soal macam tu. Bila nak menyalahkan Dhazrif, Izya rasa tak patut. Kalau dia di tempat Dhazrif pun dia akan tanya soalan sama. “Kenapa tanya macam tu?” Kendurkan wajah, tayang wajah tenang. “Sebab you nampak pelik. Pakaian you tu, dah lama you tak pakai depan I kan?” Lurus jemari Dhazrif menunjukkan gaun malam yang dikenakan Izya. Sesekali nampak macam Izya sengaja lorotkan tali halus tu jatuh ke bawah. “Nak tambah pahala pun tak boleh ke?” Bijak helah Izya. “Why so sudden?” “Awak rasa Inas tu dah patut dapat adik 23
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
ke belum?” Sejurus Izya ajukan soalan maut, Dhazrif dah boleh agak memang ada yang tak kena dengan Izya. Berpura-pura menguap, Dhazrif rebahkan tubuh ke atas tilam. Terkebil-kebil Izya memandang. “Nanti kalau you dah nak tidur, jangan lupa matikan lampu.” Arahan Dhazrif, tegak tubuh Izya yang bersidai di sebelah lelaki itu. Dhazrif tak tergoda ke? Takkan Dhazrif tak nampak usaha Izya nak tarik perhatian encik suami? “Sorry, baby. Pasal tadi kita bincang lain kali tau?” Bangkit, kucup pipi Izya lepas tu terus sambung berbaring semula. Pakej berbungkus sampai ke leher. Tak dan dua minit, dah elok berdengkur halus. Izya sentap sampai ke ulu hati. Nak bergaduh malam-malam buta, tak sampai hati tengok wajah kepenatan Dhazrif. Nampak sangat Dhazrif dah tak terliur pandang dia. Malas nak serabutkan kepala.. bum! Izya turut rebahkan tubuh di sebelah Dhazrif bersama wajah cemberut tahap ketiga. 24
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak dapat bergaduh malam ni, malam esok kan ada? Tunggu, Dhazrif. Tunggu. Tarik nafas, hela. Tarik nafas lagi, hela. Dah rasa tenang sikit, Izya terus pejamkan mata.
25
Bab 4 MEMANG Dhazrif dah boleh agak pagipagi lagi mesti Izya akan buat perangai dengan dia. Bukan Dhazrif tak nak layankan kehendak Izya semalam, tapi Dhazrif tahu andai Izya menyerah pada dia bukan sebab Izya ikhlas. Tubuh saja depan dia, tapi otak entah ke mana hala. Adalah tu yang buat Izya terganggu. Kalau tidak, takkan tiba-tiba boleh berubah sampai macam tu kan? Inas dah elok bersiap nak ke rumah pengasuh. Mengantuk lagi si kecil tu sampai tertidur dekat atas sofa. Bagi kesempatan untuk Izya lancarkan perang mogok dengan dia. Kalau Inas sibuk berkepit, mustahillah Izya nak tunjuk perangai kebudak-budakan dia tu. Mesti Izya malu punya. 26
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Sarapan saya dah siapkan atas meja.” “You tak nak makan ke?” “Kenyang.” Nak berlalu, terus pinggangnya disauk Dhazrif. Ditarik supaya berdepan dengan encik suami, menjadikan kedudukan mereka amat rapat. Terus Izya bawa kedua-dua belah lengan menghadang dada bidang Dhazrif daripada berterusan menghimpit. “Kenyang makan hati ke?” “Dah tahu, lagi mahu tanya?” Izya jeling. Dhazrif simpan senyum. Karang kalau terus bantai ketawa, makin panjang rajuk si isteri. “Merajuk sebab semalam tak dapat ya?” Nakal riak muka Dhazrif buat laju jemari Izya mencubit perut lelaki itu. “Tak malu ke kalau Inas dengar?” Jegilkan mata, sikit pun tak hiraukan Dhazrif yang dah berkerut muka tahan perit. “Inas tengah tidur, bukannya dia boleh dengar. You macam tak kenal anak dara you tu macam mana. Kalau dah tidur, mana dia kisah dengan dunia sekeliling,” bidas Dhazrif walhal dia tahu Izya cubit dia bukan sebab Izya takut 27
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Inas dengar, tapi sebab Izya malu. Bukti? Wajah Izya merah padam tanggung rasa segan. Perasan akan hal itu, makin kuat idea nak menyakat si Izya. Kembali tarik tubuh Izya rapat, ulas bibir dibawa mendekati cuping telinga Izya. “Malam nanti I bagi apa yang tak tertunai tu. Maaflah sebab dua-tiga hari ni I cepat letih sikit. You boleh sabar sikit kan? Kalau tak sabar sangat nanti dah habis kuliah telefon I, I lari balik sekejap.” Usai noktahkan ayat, jemari Izya laju nak bergerak ke perut Dhazrif. Tak bagi peluang, Dhazrif sambar sebelum lepaskan tawa pada bibir. “Awak saja nak kenakan saya kan?” Suara celah gigi. Kecil-besar dia tengok Dhazrif sekarang. Habiskan tawa, renung Izya dalamdalam. Izya makin marah, makin comel. Terserlah sifat keanak-anakan isterinya itu. “Okey-okey, no more jokes. Let’s be serious, baby.” Berdeham, kononnya nak masuk ke zon serius. Walaupun Izya masih tak surut riak mencukanya.
28
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Siapa yang buat you tiba-tiba jadi macam tu?” “Apa awak cakap ni? Saya tak faham.” “Semalam tu, bukan diri you yang sebenar sejak Inas lahir. I tahulah isteri I macam mana. Setiap perubahan you, I boleh tahu. Jadi siapa yang buat you berubah jadi macam tu semalam?” Soalan Dhazrif, nampak sangat apa yang diperkatakan Lissa itu benar. Perempuan waktu awal-awal kahwin dan selepas dah bertahun-tahun kahwin memang ada kontranya. Membisu, Izya mula rasa tertangkap. Nak berterus-terang, memang takkan sesekali dia lakukan. Takkan dia nak petik nama Lissa, apa pula tanggapan Dhazrif kelak? Jadi berdiam diri itu lebih baik. “You still worried, right?” Tersentak dengan soalan Dhazrif, pandangan bersabung. Dhazrif macam boleh baca apa yang ada dalam fikiran dia. Dhazrif hulurkan senyum seraya jemari naik mengelus pipi Izya. Lepaskan nafas dalam, Izya dah tak nak bermain tarik tali lagi. “Isteri mana yang tak risau kalau 29
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bersuamikan lelaki sempurna macam awak, Dhazrif?” “Isteri yang bernama Izya Ammara. Dia tak perlu risau bersuamikan lelaki macam Tuan Dhazrif sebab..” Sengaja menggantung ayat. Capai tangan Izya, dibawa ke dada bidangnya. Tepat didiamkan di situ. “Sebab dalam hati Tuan Dhazrif hanya ada dia, sampai hujung nyawa.” Sambung Dhazrif sejurus buat Izya tak mampu nak berkata apaapa lagi. Bicara Dhazrif sentuh sudut hati Izya yang paling dalam. Buat Izya yakin, lelaki itu memang diciptakan untuk dia. Hanya untuk dia. Tapi kenapa dalam waktu yang sama perasaan ragu-ragu itu tetap mahu menyelit juga? Ah, payah. Payah menjadi seorang wanita, kerana suka sangat berfikir sesuatu yang langsung tidak penting. Phew!
30
Bab 5
B
OSAN. Dah mati kutu Izya dekat rumah. Inas pandang Izya, Izya pandang Inas. Tak sempat Izya nak soal, Inas dulu yang dah buka mulut pakej tayang wajah cemberut depan dia. Menempel, sengaja nak membodek Izya untuk bawa dia keluar. “Mummy, Inas bosanlah duduk dekat rumah.” Ayat pertama Inas sambil bermain dengan jemari sendiri. Izya usap rambut ikal Inas penuh kasi. Terbit keluhan di bibir Izya. “Mummy pun bosan juga.” Izya membalas dalam nada yang sama. Hambar. “Kalau macam tu, jom kita keluar. Nak?” Sepasang mata Inas bersinar galak.
31
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya garu belakang leher. Bukan tak nak, tapi nak memandu sendiri waktu-waktu orang sedang bercuti ni yang buat dia malas. Takkan tak faham, sesaknya lain macam. Semua pakat nak beriadah dengan keluarga. “Kita tunggu daddy balik, malam nanti kita ajak daddy keluar.” Cuba bagi cadangan, tidak dipersetujui Inas. “Esok kan Inas kena bangun pagi. Kita keluar sekaranglah, mummy. Please..” Inas dah mula memujuk-rayu. Buat Izya rasa lemah dan tak mampu nak menolak lagi. Dia cuti, Dhazrif pula terpaksa turun padang selesaikan urusan kerja. Lagi haru tadi Dhazrif telefon, dia balik lambat sikit sebab urusan kerja dia masih belum selesai. Timbangtara, rasanya soal malas tu kena buang ke tepi. Pandang wajah mengharap Inas, tak sampai hati nak hampakan kanak-kanak itu. Sudahnya Izya tepuk punggung Inas dan suruh Inas bersiap. Amboi, seronok sungguh sampai siap melompat-lompat lagi Inas daki tangga ke tingkat atas. “Inas, jangan lompat-lompat. Nanti jatuh.” Izya melaung. Seriau dia kalau Inas jatuh 32
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tergolek ke bawah. Karang tak sempat keluar jalan-jalan, dah jadi satu hal nak bawa Inas ke hospital. Minta selisih! “Inas bersiap kejap tau, mummy. Mummy pun cepatlah bersiap, Inas dah tak sabar nak keluar ni.” Suara Inas, dalam nada yang sama juga. Memandangkan Izya di bawah, dia pula di tingkat atas. Menggeleng, Izya segera angkat punggung. Lambat, berkicau pula mulut si Inas tu nanti. Tak naklah rosakkan emosi Inas yang tengah seronok tahap giga tu. Sambil atur langkah, Izya masih mencuba. Manalah tahu kalau-kalau kerja Dhazrif yang berlambak tu dah selesai, boleh juga Dhazrif jadi pemandu. Bukan tak kesiankan Dhazrif, tapi memang dia rasa tak lengkap kalau Dhazrif tak ikut sekali. Inas ajak keluar ni, kerja awak tak selesai lagi? – Izya Tak dan dua minit, mesej berbalas. Maaf, memang tak dapat nak temankan you dan Inas. I sibuk teruk ni. Next time, baby? - Dhazrif 33
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Baca mesej yang dibalas Dhazrif, Izya lepaskan nafas panjang. Kecewa, tapi nak dikata apa lagi? Dhazrif bukannya keluar berfoya-foya. Tapi sebaliknya Dhazrif keluar membanting tulang untuk pastikan dia dan Inas berterusan hidup selesa.
GELAK-TAWA Inas buat kepenatan meredah kesesakan jalan raya hilang begitu saja. Ikut saja kemahuan Inas memandangkan Dhazrif memang dah serahkan Debit Card untuk dia berbelanja. Untung kahwin dengan orang kaya, tak perlu semak kepala nak cekau duit dekat mana. Bukan Izya tak ada duit, dah Dhazrif yang sibuk paksa dia gunakan duit lelaki itu Izya nak tolak macam mana? Lagipun siapa lagi nak habiskan duit si suami kalau bukan isteri sendiri kan? “Mummy, Inas nak masuk situ. Jom, mummy!” Inas mula mengheret jemari Izya untuk masuk ke butik Smiggle. Terkedekkedek Izya mengekori disebabkan keterujaan melampau si Inas.
34
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Masuk ke butik terkenal di kalangan kanak-kanak itu, memang beratus-ratus ringgit bakal hangus. Nasib baik bukan pakai duit dia. Kalau tak, tak ada makna dia nak ikut sangat karenah si Inas ni. Sesekali, tak apa. Kalau tiap kali masuk pusat beli-belah, Inas dah target nak masuk situ tak ke niaya? Elok kaki Izya dan Inas nak melangkah masuk ke butik, tubuh Izya mengeras. Berderau seluruh tubuh terpandangkan tiga susuk tubuh. Dua susuk tubuh memang Izya kenali, satu susuk tubuh lagi Izya dah tak peduli. Yang Izya tahu salah seorang daripada mereka itu adalah Dhazrif. Oh, jadi ini ke maksud Dhazrif yang kerja dia tu belum selesai? Terkumat-kamit bibir Izya cuba tahan sabar. Terus tegak serupa patung memerhatikan Dhazrif dengan pandangan mencerun. Bila Izya tak berganjak, Inas mulalah merengek-rengek tak menyabar. “Mummy, jomlah masuk. Jomlah..” Inas tarik-tarik tangan Izya untuk menapak ke dalam butik. Tak hiraukan Inas, Izya selongkar tas tangan miliknya. Capai telefon, nombor Dhazrif didail. 35
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dari jauh Izya masih memerhati. Sekali dail, Dhazrif tak sempat jawab. Masuk kali yang kedua barulah Dhazrif kelam-kabut tekan butang hijau. “Jadi sibuk berkepit dengan Datin Annura pun dikira sebagai kerja yang tak selesai ke?” Tak dan-dan, Dhazrif dah kena sembur. Terpinga-pinga, meliar mata Dhazrif memerhatikan sekeliling. “Pandang belakang, Zrif. I’m here.” Keras suara Izya. Dhazrif terus pusingkan tubuh. Elok mata bertatapan, wajah Dhazrif pucat. Pucat bukan sebab dia dah terkantoi dengan si isteri. Pucat sebab dia tahu Izya akan salah faham lagi. Bila Dhazrif pandang dia, terus Izya matikan panggilan telefon. Datin Annura dan Tuan Haziq turut menoleh. Sempat renungan Datin Annura dan Izya bersabung. Yang buat Izya bengang, Datin Annura boleh silang tangan tayang wajah bajet diva tu depan dia? “I jumpa isteri I kejap.” Segera Dhazrif dapatkan Izya. Tayang wajah tenang, tak mahu 36
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nampak menggelabah. Dia tak buat salah, buat apa dia nak takut kan? “Tak sangka awak tipu saya hidup-hidup, Zrif.” Wajah Izya sekali pandang nampak macam marah. Dua kali pandang, serupa nak menangis pun ada. “Daddy?” tegur Inas bingung. Tak sangka boleh terserempak dengan Dhazrif barangkali. Usap kepala Inas, perhatian terus diberikan sepenuhnya pada si isteri yang masam mencuka. “I tak harapkan you akan ulang dialog macam dalam novel atau drama tu, sayang. I bukan datang berdua dengan Annura, you boleh nampak kan?” soal Dhazrif perlahan. Jemari Izya dicapai. Dapat dia rasa Izya cuba nak leraikan pautan, terpaksa mengalah memandangkan mereka di khalayak ramai. “Awak lebih pentingkan datin tua tu berbanding saya, itu yang saya nampak dengan jelas.” Sedikit membentak. Dhazrif pegang hujung dahi. Kalau dia nak jelaskan pun, dia tak rasa Izya akan terus percaya. Silap haribulan berjam-jam sesi soaljawab bermula di tengah-tengah alam. Jadi ada baiknya Dhazrif pujuk Izya balik dan tunggu dia 37
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dekat rumah. Nanti sampai di rumah, Dhazrif akan jelaskan segala-galanya. “Zrif, lambat lagi ke?” Suara gedik Datin Annura. Pusing, Dhazrif berikan isyarat supaya tunggu sekejap. Makinlah bernanah hati Izya dibuatnya. “Orang tua gedik ni, memang nak kena dengan saya tau?” Menderam intonasi Izya. Elok Izya nak meluru pada Datin Annura, Dhazrif pegang kejap lengan si isteri. “Baby, don’t.” Dhazrif meminta, Izya mendengus. Kalah sebab dia pun ada hati perut fikirkan nama baik Dhazrif sebagai suami. “You chose her over me.” “No, bukan macam tu.” “Habis tu, apa penjelasan awak?” Melotot sepasang mata Izya. Dhazrif buang nafas. Sebelum situasi bertambah tegang, lebih baik dia leraikan sekarang. “I memang kejar masa sekarang ni. Jadi apa saja soalan yang you tak puas hati, I tak 38
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dapat nak jawab lagi. Nanti I jumpa you dekat rumah, okey?” Noktah ayat, hadiahkan kucupan pada dahi Izya. “Daddy jumpa Inas dekat rumah, okey?” Beralih pada Inas yang menjadi pemerhati. Inas senyum dan angguk. “Okey.” Inas membalas seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hanya sekadar memerhati pemergian Dhazrif saat ini. Sedangkan Izya dan rentung seluruh hati tengok ketiga-tiga susuk tubuh itu mula mengangkat kaki. Kipas wajah sendiri, suhu kepanasan sudah mencanak naik. Sebelum meletup, segeralah Izya angkat kaki juga. Risau ada yang berguling-guling di sini pula. “Inas, kita balik.” “Tapi..” “Balik, Inas. Balik.” Tegas, buat Inas langsung menikus nak memberontak lagi. Dhazrif kata tunggu dia dekat rumah. Baiklah, nanti dekat rumah Izya akan buat perhitungan habis-habisan. 39
Bab 6
L
ONGGARKAN tali leher, Izya dah sedia menanti di atas sofa. Tak cukup silang kaki, tangan sekali disilangkan si isteri. Nampak serius benar tu. Namun serius tahap mana pun Izya, Dhazrif tak rasa kecut. Sebab dia yakin dia memang tak buat silap. Orang yang kecut perut, orang yang nyata bersalah saja. Ambil tempat di hadapan si isteri, Dhazrif tayang riak bersahaja. Selalu nampak dia, Izya akan tak menyempat datang salam dan cium tangan dia. Marah punya pasal, pahala pun Izya dah tak nampak. Alahai, anak Datuk Izzat seorang ni. “Jadi apa soalan pertama yang you nak tahu?” Intonasi Dhazrif, tidak kedengaran gusar. 40
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Awak cakap awak ada kerja, tapi macam mana awak boleh terpacak dekat pusat beli-belah dengan dia?” Soalan pertama meluncur lancar. Sedut nafas dalam, hela. Dhazrif perlu susun jawapan paling elok supaya Izya tak naik radang lagi. Silap jawab, bertekak sampai ke tengah malam mereka nanti. “I bukan berdua dengan dia, Haziq pun ada sekali.” “Saya tak buta lagi, tak payah nak cerita.” Sempat membidas. “Kalau tak buta, kenapa masih nak cemburu?” “Sebab perempuan tu adalah Datin Annura.” “Habis tu kalau perempuan lain, kira bolehlah ya?” “Dhazrif!” Ternaik sedikit suara Izya. “What?” “Saya serius ni.” Izya menekan. “I pun serius, sayangg.” Leret Dhazrif seraya angkat punggung. Tak duduk depan, 41
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
terus ambil tempat di sebelah Izya. Tunduk kucup bahu Izya, Izya menggeliat. Dhazrif nilah, waktu-waktu gentinglah sibuk nak bermanja dengan dia ni. Tengok Izya tayang muka tak selesa, terus perbuatan Dhazrif terhenti. “Nak cium isteri sendiri pun dah tak boleh ke?” “Bukan waktu-waktu macam ni.” “Semalam nakkan I sangat, hari ni bila I nak dekat pun dah tak sudi.” “Kita belum habis cakap pasal perempuan tu lagi. Awak saja nak mengelat kan?” Gaya Izya, macam simpan syak-wasangka. Dhazrif tepuk dahi. “Okey, baiklah. Sebelum you ajukan pertanyaan, I nak tanya kenapa you cemburu sangat dengan Annura?” “Sebab dia janda. Janda miang pula tu, macam tak ada lelaki lain dia nak goda.” “Tak baik cakap macam tu. Lagipun I tak rasa dia sukakan I. You aje yang fikir bukanbukan.” Dhazrif tegur sebab dia tahu tak elok 42
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya cakap macam tu. Tak semua janda tu jahat. Jadi dia kena perbetulkan tanggapan Izya. “Saya tahulah cara dia pandang awak tu. Awak tak payah nak bela dia eh?” Melentik jemari telunjuk Izya. Dhazrif tangkap dan kucup hangat. Sebetulnya tak suka Izya tuding-tuding muka dia macam tu. “I tak nak bergaduh dengan you, sayang. Cuma nak jelaskan I, Haziq dan Annura memang ada urusan kerja.” “Urusan kerja apa dekat pusat belibelah?” “Dengarlah dulu.” Dhazrif cantas lalu jentik perlahan ulas bibir Izya. Terus Izya membatu bersama wajah yang ketara nampak kelat. Tarik nafas dalam, Dhazrif serba-salah nak bercerita. Aib keluarga orang tu. Tapi kalau tak dicerita, makin salah faham Izya dengan dia. Tak ada pilihan, terpaksa juga ikutkan kehendak Izya yang mahukan penjelasan. “Anak perempuan Haziq lari daripada rumah. Katanya bertekak dengan isteri Haziq. Lepas tu pemandu Haziq ada ikut budak tu, 43
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nampak budak tu masuk pusat beli-belah dengan seorang lelaki. Tu yang kami terus ke situ, sebab pemandu dia pun tak boleh nak buat apa. Budak zaman sekarang, ada masalah dengan keluarga mesti nak tunjuk protes kan?” jelas Dhazrif sikit pun tak mereka cerita. Sekaligus buat curiga Izya mula berkurang sedikit. Namun mengamati semula ayat di hujung bicara Dhazrif, terus Izya tegakkan tubuh. “Awak sindir saya ke ni?” “Laa.. bila pula I sindir you?” Dhazrif buat-buat tanya, walhal memang dia saja nak kias tentang perangai Izya dulu. Tapi difikirkan semula kalau Izya tak buat perangai, mungkin saja dia dan Izya tak berjodoh seperti sekarang. Benarlah, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Mendengus, Izya dah bersedia nak angkat kaki. Penjelasan dah dapat, sajalah nak buat-buat merajuk lagi sebab terang-terang dia dah tuduh Dhazrif secara membuta tuli. Baru setapak dia melangkah, pinggang rampingnya elok ditarik oleh Dhazrif. Hinggakan Izya jatuh terduduk di ribaan si suami. 44
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Dah tahu salah menuduh, tak reti-reti nak minta maaf ke?” gumam Dhazrif seraya memeluk kejap tubuh Izya. “Tak jadi nak minta maaf sebab awak ungkit kisah silam saya.” “Kalau macam tu, malam ni tak dapat lagilah jawabnya.” “Apa yang tak dapat?” Izya toleh cari muka Dhazrif lalu pamer riak blur. Dhazrif angkat-angkat kening. Renung lama wajah nakal Dhazrif, barulah Izya faham. Semedan darah merah terasa menyerbut ke wajah. Pap! Paha Dhazrif ditampar geram. “Gatal.” Ringkas komen Izya lalu leraikan pelukan Dhazrif. “Laju-laju nak ke mana tu? Makan malam I jangan lupa hidang. Nak kena kenyangkan perut dulu, baru ada tenaga nak ‘kerja’ lebih masa malam ni.” Masih tak puas nak menyakat Izya. “Ish, diamlah. Diamm..” Izya pekup kedua-dua belah telinga dengan tangan. Mentang-mentang Inas ada dekat bilik 45
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dia, makin galak Dhazrif kenakan Izya. Atur langkah, selamatkan diri daripada berterusan jadi bahan usikan encik suami yang dah beria-ia hamburkan tawa dekat belakang. Urgh!
46
Bab 7
H
ARI ni perbincangan dengan Prof. Hazmi dibatalkan. Inas pula dah elok dihantar ke rumah pengasuh. Mana nak tahu Prof. Hazmi ada hal tak dijangka pagi-pagi buta tadi, kalau tak adalah juga Inas buat peneman dia di rumah. Bosan tak usah cerita. Bergolek-golek atas katil saja Izya sejak tadi. “Nak buat apa ni eh?” Berbicara sendirian seraya jemari mengetuk-ngetuk hujung dagu. Terlintas sesuatu, daripada berbaring terus Izya bangkit duduk bersila. Waktu-waktu terluang macam ni, selalunya memang habiskan masa dengan media sosial sajalah. Walaupun Izya tahu media sosial ni banyak yang tak elok berbanding yang elok 47
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
sekarang. Masakan tidak, buka saja media sosial mesti banyak isu-isu hangat yang dibawangkan netizen. Tersilap haribulan Izya sendiri tumpang sekaki ikut membawang. Tak ke dapat dosa kering? Akal menegah, tapi jemari tetap juga bertindak. Sandar tubuh pada katil, Izya mula berubah jadi ‘stalker’. Nak tengok Instagram sendiri, tak ada apa yang menarik. Kalau tengok Instagram si suami, yang tak menarik boleh jadi menarik. Posts: 47 Followers: 76.5K Following: 118 Pergh, boleh tahan pengikut Dhazrif di laman sosial. Lelaki kacak dan segak bergaya, mustahil tak ramai perempuan yang tak pecah ovari. Tengok pengikut-pengikut Dhazrif, semuanya perempuan. Nampak sangat kan perempuan zaman sekarang banyaknya jenis berkenan dekat suami orang? Eh, kejap! Datin Annura pun ada? Terus duduk yang tadinya santai berubah gelisah. Menggigil jemari menekan bahagian 48
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
‘Following’. Skrol ke bawah, berbunga hati Izya sebab Dhazrif ikuti Instagram miliknya. Yang buat Izya tak puas hati, Dhazrif pun ‘Follow Back’ si datin gedik tu ke? Ah, rosak. Punah emosi Izya nak bersenang-lenang. Tak fikir panjang, terus Izya periksa setiap gambar yang dimuat naik oleh si suami. Menggelegak darah naik ke puncak kepala bila dia tengok hampir di setiap gambar Dhazrif, Datin Annura tak pernah culas tinggalkan komen. Buat kesabaran Izya habis bila baca komen terbaru daripada Datin Annura lewat petang semalam. Kacaknya suami orang ni. Nasib baik suami orang, kalau bukan.. – Datin Annura Datin Annura saja gantung ayat. Tapi Izya bukannya bodoh untuk tidak faham. Di hujung komen, siap dengan emoji tersipu-sipu malu lagi. Sah, memang Datin Annura ada hati nak masuk jarum. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Dhazrif memang suruh Izya berfikir secara positif. Masalahnya dah habis positif, tetap juga dia rasa Datin Annura cuba nak pikat encik suami. Buka Instagram milik sendiri, Izya 49
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
terus cari akaun Instagram kepunyaan si datin tua. Tak fikir panjang, mesej di sebalik tabir dihantar. Saya nak jumpa datin. – Izya Tunggu punya tunggu, masih tidak dibaca. Selang beberapa minit, bunyi pesanannya berbalas buat Izya kelam-kabut nak membaca. Isteri Zrif, kan? Nak jumpa I untuk apa? – Datin Annura Zrif? Amboi, manjanya bahasa panggilan. Dasar kaki sondol! Tak payah tanya kalau dah tahu. Saya nak jumpa datin, sila bagi saya alamat datin! – Izya Siap dengan tanda seru lagi. Memang dia betul-betul nak bersemuka dengan Datin Annura. Dah puas dia bersabar, sebelum Datin Annura makin berani ada baiknya kalau sekarang Izya bertindak. Dhazrif bolehlah relaks dan minta Izya jangan gelabah. Sedangkan Izya, dah mula rasa gatal tangan nak ganyang orang. Okeylah, tak payah susah-susah datang tempat I sebab esok I nak ke pejabat suami you. Come and see me. – Datin Annura 50
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Seolah-olah mencabar. Kipas muka, serius suhu kepanasan Izya naik mendadak. Bila amarah tak mampu dilampiaskan pada Datin Annura, jemari mulalah sibuk nak cari gaduh dengan Dhazrif yang sedang sibuk bekerja. Habis ‘screenshot’ setiap komen dahagakan perhatian yang Datin Annura tinggalkan, terus dihantar menerusi applikasi WhatsApp ke nombor Dhazrif. Dua minit berlalu, panggilan telefon nyaring berlagu. Dhazrif telefon dia. Tak senang duduklah tu. “Awak tak cakap pun datin tua tu follow awak dekat Instagram.” Awal-awal Dhazrif dah kena serbu. “Ya Allah, baby. Perkara remeh macam tu pun nak bagitahu ke?” Dhazrif tepuk dahi di hujung sana. Dia telefon bukan sebab takut pada Izya, dia telefon sebab dia nak pujuk hati Izya yang sedang membara. Kalau tak dibiarkan, merajuk. Kalau dibiarkan, makin merajuk. Jadi Dhazrif pilih yang pilihan pertama. “Perlu bagitahu, sebab dia tu musuh I 51
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nombor satu.” “Habis tu kalau dia follow I takkan you nak salahkan I?” “Masalahnya awak pun follow back akaun dia!” Kedengaran Dhazrif beristighfar panjang di hujung sana. Sampai sekecil-kecil hal pun boleh jadi isu pabila melibatkan cemburu seorang perempuan. “I tertekanlah tu, tak perasan.” “Takkan tak perasan?” sindir Izya. “Habis tu you nak I buat apa lagi, sayang?” Lemah suara Dhazrif. Tak jadi nak fokus pada kerja yang berlambak atas meja. “Tak payah buat apa-apa, sebab kali ni saya yang akan ‘buat’ sesuatu pada dia.” “You nak buat apa?” Cemas suara Dhazrif bertanya. Risau juga kalau Izya naik minyak, dicurahnya asid ke muka Datin Annura. Tak pasal-pasal meringkuk dalam penjara. Dhazrif tak nak macam tu. Kasihan pada dia.
52
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Kasihan pada Inas. Kasihan pada Izya sendiri. Lagipun untuk apa dilakukan semua tu untuk perkara yang sia-sia? Dia dan Datin Annura, memang tak pernah ada hubungan istimewa. Tunggu jawapan Izya, malangnya si isteri dah elok putuskan panggilan. Terlukis garis kekecewaan di wajah Dhazrif. Hela nafas lemah, garu kepala yang tak gatal. Nak menyesal kahwin dengan gadis muda pun dah tak boleh. Izya jodoh dia. Sekali Dhazrif dah serahkan hati, jiwa dan raga pada Izya, takkan sesekali Dhazrif menuntut semula. Lalu untuk apa Izya ragukan lagi? Seluruh hati ini, hanya milik Izya. Milik Izya Ammara seorang sahaja. Senang kalau Dhazrif mampu yakinkan Izya. Masalah timbul bila Izya tak letakkan kepercayaan itu terhadap Dhazif. Campak telefon ke atas meja, tak putus-putus Dhazrif berdoa. Harap-harap tak ada kejadian simbah asid. Harap-harap juga tak ada adegan tarik-tarik rambut segala. Kalau tidak, huru-hara nanti. Emosi Izya, terlalu sukar untuk dijangka. 53
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Hidup bertahun-tahun dengan Izya, Dhazrif sudah arif akan sikap memberontak dan keras kepala si isteri. Selagi ada perkara yang dia tak puas hati, selagi tulah Izya takkan berdiam diri. Sigh!
54
Bab 8
S
IKIT lagi biji mata Dhazrif nak terjojol bila dia nampak Izya dan Inas elok menonong masuk ke pejabat dia. Dia tak sangka yang ketuk pintu tu si Izya. Kalau dia tahu, dia suruh Datin Annura menyorok dulu. Gaya Izya redah masuk pejabat memang jelas nak cari pasal. “Baby, you buat apa dekat sini?” Dhazrif soal dalam nada terperanjat. Jeling Dhazrif sekali, terus mara merapati Datin Annura yang santai bersilang kaki. Dah tua, masih lagi nak pakai pakaian terdedah sana-sini. Mentang-mentang jenis awet muda. Sekali pandang, nampak Izya pula yang lebih tua. Datin Annura makan apa sampai cantik macam ni sekali? Huh! 55
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“I want to talk with you.” “With me?” Jemari menuding ke diri sendiri. Mendengus, naik geram. Bukan nak tunjuk sikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Tapi Datin Annura ni macam meminta sangat. Lagi Izya tercegat depan dia, lagi gedik gaya dia bersilang kaki. Sampai terselak skirt yang dipakai menampakkan kaki panjang gebusgebas milik si datin. Berbulu sungguh biji mata Izya. Dhazrif pula, tak tahu berbulu biji mata atau ulat bulu dah naik daun. “Ada orang lain ke kat sini, datin?” Senyum dipaksa-paksa. Datin Annura ketawa. Yang jelas dengan niat mahu menyakiti hati Izya. Bangkit berdiri, mengibas kedua-dua belah tangan. Bergerak ke hadapan, tegak merenung Izya. “You nak cakap apa dengan I? Dari semalam lagi beria-ia nak jumpa I kan?” Soalan lurus, sikit pun tiada corner ke mana-mana. “Datin dekati suami saya sebab datin nak cuba goda dia ke?” Kalau Datin Annura boleh 56
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tanya soalan straight depan muka, Izya pun bolehlah. Dhazrif di belakang terkedu. Pijar wajah sebab macam dia ni jadi rebutan sangat. Nak berbangga? Sikit pun tak terlintas. Yang lebih dia risaukan adalah Izya. Naluri lelakinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak elok bakal berlaku sebentar lagi. “If yes?” Jungkit kening, jelas bagi jawapan buat darah Izya naik ke kepala. Beraninya datin tua ni! Kepal jemari, cuba tahan sabar. Kalau Datin Annura masih memprovok, tak mustahil Izya bakal kerjakan Datin Annura. Tarik jemari Inas, disua ke hadapan sedikit. Bersilih-ganti Datin Annura pandang Inas dan Izya. “Inas ni jelas berbintikan suami saya. Dhazrif dah ada isteri, dah ada anak. Jadi rasanya datin boleh simpan niat datin untuk rampas suami saya. Saya tak suka bermadu.” “Tapi I suka. Inas lagi untung, boleh dapat dua orang ibu sekaligus. You, mummy. I, mama. Menarik kan?” Datin Annura berbicara berani. Sampai terkedu Dhazrif dekat belakang. 57
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datin Annura bergurau atau.. “Zrif, I’m serious with my words. I sukakan you. Betullah apa yang isteri you fikirkan selama ni.” Cari wajah Dhazrif, langsung berterusterang. Dhazrif rasa nak demam. Tak boleh jujur lagi ke? Ini pejabat dia kut. Bukan bakal jadi gelanggang gusti. “Pardon?” Izya soal sebab takut kalaukalau dia tersilap dengar. Sepanjang Izya hidup, kali pertama berdepan dengan kaki sondol yang transparent sebegini. Sikit pun tak ada dalih-dalih. “You dengar apa yang I cakap, Izya. Come on..” Datin Annura ketawa lagi serupa isu itu tidak sensitif langsung. Tak sensitif buat Datin Annura. Tapi terlampau sensitif pada Izya. Toleh ke wajah Dhazrif, jelas nampak pucat. Sinsing lengan baju kurung moden yang dipakai, tunggu masa nak ‘beraksi’. Bila Dhazrif geleng, Izya masih bagi peluang untuk Datin Annura. Tekad dia, peluang hanya datang sekali. Kalau Datin Annura tetap tak nak insaf, 58
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
jangan salahkan dia kalau angin taufan datang melintang. “Baiklah, sebelum saya salah faham. Saya tanya datin lagi sekali.” Sedut nafas panjang, hela perlahan-lahan. Pandang muka Dhazrif, Pandang muka Inas yang terpinga-pinga, Pandang muka Datin Annura yang menjengkelkan. “Datin betul ke sukakan suami saya?” “Yes, I sukakan Zrif.” Tanpa ragu-ragu. Jelas meniti pada deria telinga Izya. Buat Izya dah tak boleh nak bersabar lagi. Tolak Inas pada Dhazrif, Izya terus buka langkah. Sekelip mata.. Watcha! Aksi tangan ‘terbang’ ke rambut pun bermula. Sepuas hati Izya tarik dan lanyak Datin Annura sampai terkapai-kapai orang tua itu dikerjakan dia. Oh, ada hati nak rampas suami dia? Sini kau, aku kerjakan! Inas yang memerhati terlopong. Tergaru59
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
garu kepala memandang Izya yang dah bertukar rupa, berselang-seli dengan wajah panic Dhazrif. “Baby, stop it.” Cuba meleraikan. Risau mati anak orang, tak pasal-pasal Izya ke tali gantung. Jadi duda pula Dhazrif tak lama lagi. Izya pula langsung tak ada tanda-tanda nak berhenti. Makin rakus tangan Izya bergerak sesuka hati. Ikut dan saja capai apa yang termampu. Capai hidung, ditariknya. Capai mulut, ditenyehnya. “Zrif, help me!” laung Datin Annura tak bersedia dengan amukan Izya. Kalau tadi keberanian Datin Annura di paras paling atas, sekejapan jatuh ke bawah tapak kaki. Nah, baru Datin Annura ada akal. Ingat seorang isteri tu nak berdiam diri saja ke bila ada perempuan miang cuba nak goda suami mereka? Isteri orang lain, mungkin. But, so not me! Desis Izya sekali lagi ambil lajak nak terkam Datin Annura. Tergolek-golek pakej 60
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
berguling-guling serupa aksi dalam filem Hindustan dahf Izya dan Datin Annura saat ini. “Go, mummy. Go..” Tanpa sedar, si Inas di belakang dah elok jadi tukang sorak siap terlompat-lompat. Alahai, Inas. Inas ingat Inas tengah tengok perlawanan gusti macam dalam televisyen tu ke? Rasa nak terduduk Dhazrif dengan situasi dalam pejabat yang mula berubah huruhara. Kalau tetap tak berjaya nak leraikan dua makhluk tersebut, tak mustahil Dhazrif dapatkan bantuan pengawal keselamatan dekat luar. Punah!
61
Bab 9
M
ELANGKAH, Dhazrif hulurkan tudung Izya. Habis terburai waktu bergusti dengan Datin Annura. Tak tahu nak gelak ke nak marah. Tengok rambut Izya yang dah berserabai, memang rasa geli hati. Bila kenangkan yang Datin Annura bakal ambil tindakan, buat Dhazrif jadi tak senang duduk pula. Kalau Datin Annura saman, macam mana? Tapi kalau dia di tempat Izya pun dia akan lakukan perkara yang sama. Cuma yang tak elok, harus ditegur sebab Izya tu isteri dia. Sekalipun Datin Annura gilakan Dhazrif, Dhazrif sikit pun tak sukakan Datin Annura. Sejujurnya pertama kali dalam hidup, Dhazrif dapat lihat adegan tarik rambut sesama 62
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
perempuan yang cukup comel pada mata dia. “What on earth are you doing, Izya Ammara?” Dhazrif labuhkan duduk dan mula menyoal. Inas, awal-awal lagi si tukang sorak tu Dhazrif dah serahkan pada Nora, setiausahanya untuk dijaga. Perbualan orang dewasa, tak sesuai untuk didengar. Dongak, lurut rambut yang kusut, bibir laju saja menjawab. Sikit pun tak rasa bersalah walaupun ada pekerja Dhazrif yang dah melihat adegan tak bertamadun dia. Izya puas. Puas sebab dapat kerjakan kaki sondol serupa Datin Annura tu. Spesies macam ni, makin dibiarkan makin melampau-lampau perangai mereka nanti. “l’m protecting my tegakkan pendirian dia.
husband.”
Izya
Tepuk dahi Dhazrif bila Izya langsung tak ada tanda-tanda rasa bersalah. Memang boleh agak Izya pasti ada jawapan nak berbahas dengan dia. Bangkit berdiri, melutut di hadapan Izya. Nampak biru pipi si isteri. Ni mesti kerja Datin Annura. “Sakit?” Lembut bertanya. Terbit simpati sebab semenjak kahwin mana pernah 63
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dia sakitkan fizikal Izya. Tiba-tiba orang lain ‘belasah’ si isteri, haruslah dia rasa terkilan juga. Izya cebirkan bibir. “Puas hati. Kalau awak tak halang, memang patah gigi dia kena lempang dengan saya.” “I tak sangka I kahwin dengan ahli gusti selama ni. Mujur you tak ‘gusti’ I sekali kan?” Sempat menyakat sebelum bahu dia menerima habuan jemari halus Izya. “Orang tengah marah, lagi nak bergurau.” “I tak nak you stress, sayang.” “Memang stress. Si tua bangka tu pun dah mengaku dia sukakan awak. Agak-agak lepas ni saya boleh duduk diam lagi ke?” “Tapi I tak sukakan dia.” Laju jawapan Dhazrif. Izya julingkan mata ke atas. Tak percayalah konon omongan encik suami. Lelaki.. cakap lain, buat lain. Selalu macam tulah. Tak boleh bulat-bulat berikan kepercayaan. Sekali dikhianati, sakitnya bukan kepalang. “Bila dia tak sudah-sudah nak menggoda, 64
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tersungkur juga awak nanti. Perangai lelaki, saya kenal sangat.” “Trust issues, baby. Selagi you tak percayakan suami you ni, selagi tulah hati you tak tenang,” ujar Dhazrif seraya menyentuh dada Izya dengan hujung jemari. Mengeluh, Izya bukannya sengaja nak saratkan kepala dengan perkara tak berfaedah begini. Tapi tanyalah pada isteri di luar sana. Mampu ke mereka hidup tenang pabila suami jadi pujaan hati wanita lain? “Kalau ada lelaki lain dekati saya, awak pun akan buat tak kisah ke?” Dek nak menangkan diri sendiri, Izya ajukan soalan yang mampu buat Dhazrif terjerat. Hilang ayat, Dhazrif terkelu seribu bahasa. Terukir senyum sinis pada bibir Izya. “Awak pun akan buat perkara yang sama kan?” asak Izya lagi. Tarik nafas panjang, Dhazrif lepaskan perlahan-lahan. “I cuma tak nak tengok orang lain sakitkan you sedangkan I boleh elakkan semua tu. Kalau I yang halang lelaki tu, mungkin 65
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pergelutan tu libatkan I dan ‘lelaki’ tu saja. Nak tumbuk, terajang, biar I yang tanggung. Tapi bukan you, sayang. Ni..” Telunjuk Dhazrif menyentuh bahagian pipi Izya yang lebam. “Macam mana I nak jawab dengan papa you nanti?” Sambung Dhazrif gemersik. “Saya dah besar, papa pun tahu perangai saya macam mana.” “Tapi Jat dah serahkan tanggungjawab untuk jaga you pada I. Depan mata I, you kena lanyak dengan Annura, takkan I nak duduk diam saja tanpa rasa apa-apa?” Lagi soalan yang terlontar. “Tapi saya lanyak dia lebih lagi.” Seolaholah bangga sebab dalam pergelutan tadi, memang Izyalah juaranya. Siap melompat sakan lagi Inas bila lihat kekalahan Datin Annura. Tak faham apa-apa, tapi sibuk nak jadi tukang sorak Izya. Tak pasal-pasal Izya dah tengok kejadian yang tak sepatutnya. “Menjawab-menjawab.” Dhazrif jentik hujung bibir Izya. Bercakap dengan Izya, pasti takkan menang. Dari dulu lagi Izya memang begitu. 66
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Capai tudung, Izya sarung ala-kadar ke kepala. Baju kurung moden dibetulkan sedikit. Sangkut tas tangan, Izya berura-ura nak berlalu keluar. Buat Dhazrif tercengang perhatikan gelagat si isteri. “Nak ke mana pula tu?” “Baliklah. Pelesit tu pun dah tak ada, saya nak balik rehat.” Serius wajah Izya tak nampak kesal langsung dengan kejadian yang menimpa. Diperbuat daripada apa hati si isteri seorang ni eh? Bangkit berdiri, Dhazrif dekati Izya. sama.”
“Tunggu I habis kerja, kita balik sama-
“Tak naklah, saya letih belasah perempuan tua tu tadi. Nak balik rehat dekat rumah.” ke?”
“Tahu pun penat, lepas ni nak buat lagi Izya angguk.
“Kalau dia provok saya lagi, teruk daripada ni saya kerjakan dia. Dasar tak sedar diri, suami orang juga yang dia nak!” Emosi Izya 67
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tercuit lagi. Jemari pun dah kembali terkepal kuat. “You tak takut dia saman you ke?” Saja nak menduga, walhal dia macam boleh agak jawapan Izya nanti. Mesti tak nak mengaku kalah punya. “Papa ada banyak duit, I suruh aje papa bayarkan. Duit simpanan I pun berlambak. You, you pun banyak duit kan?” Bukan sengaja nak bersikap angkuh, tapi memang itu hakikatnya. Kalau si sondol tu banyak duit, Izya pun tak ada kurangnya. Izya kan anak Datuk Izzat. Salah seorang ahli perniagaan tersohor. Tak harapkan duit Datuk Izzat pun, Dhazrif lebih daripada mampu nak bayar saman. Kalau dia tak habiskan duit Dhazrif, nak suruh siapa lagi kan? “Bukan soal duit, sayangku. Tapi soal nama baik. Nanti masuk suratkhabar, terpampang muka kita bertiga dekat depan. Tak malu?” “Dia yang salah, mesti netizen akan bawangkan dia.” Izya masih tak nak mengalah. Buat Dhazrif segera mengangkat bendera putih. Makin panjang dia berdebat, silap 68
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
haribulan Dhazrif pula yang kena tidur luar. Tak sanggup, oi. “Okey, you menang. You betul semuanya, sayang.” Dhazrif tak nak cakap apa-apa lagi. Balik-balik, dia juga yang kena hentam semula. Untuk apa? “Ya, itu yang sepatutnya awak cakap sejak awal tadi. Lepas ni kalau dia ganggu awak, jangan lupa bagitahu saya.” “Supaya you boleh belasah dia lagi?” “Absolutely, yes.” Senyum, jelas dibuatbuat. Sejurus Izya atur langkah keluar dari pejabat Dhazrif. Membiarkan Dhazrif menggeleng sendirian dengan perangai degil si isteri. Kalau dah putih kata Izya, mana boleh Dhazrif nak tukar hitam. Nasib Dhazriflah, dapat isteri jenis brutal macam tu. Cuma Dhazrif harap Izya boleh bersikap professional. Dhazrif dan Annura ada urusan kerja yang melibatkan syarikat masingmasing. Jadi sebolehnya urusan peribadi, Izya perlu tolak ke tepi dahulu. Annura-Annura, dah tak ada lelaki lain ke you nak suka? 69
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Sempat lagi hati Dhazrif berbisik. Tak ada masalah, muncul masalah pabila melibatkan soal hati. Selepas ini memang dia tak boleh sebut nama Datin Annura depan Izya sangat. Risau putting beliung bakal melanda, Dhazrif juga yang dapat susah. Tak kuasa nak mengharunginya. Phew!
70
Bab 10
I
ZYA buat hal lagi. Tak jadi Dhazrif nak betulkan tali leher bila Izya muncul depan dia dengan penuh roti tersumbat dekat mulut sambil hulurkan beg milik Inas. Terpinga-pinga, tangan tetap menyambut. “Kenapa ni?” Dhazrif soal bingung. Tak jawab, sebaliknya Izya bongkokkan tubuh pada Inas. “Hari ni Inas ikut daddy ke pejabat. Hantar report pada mummy kalau ada perempuan lain cuba rapat dengan daddy tau?” Gosok kepala Inas, sesudah berikan arahan. Saja tak sebut nama Datin Annura sebab bagi Izya bukan Datin Annura saja pesaing yang
71
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
boleh gugatkan kedudukan dia sebagai seorang isteri. Perempuan lain pun sama. Si Inas, boleh pula angguk tanda setuju. Lama pandangan tertancap pada Izya, rasanya kali ni dia perlu buka mulut lagi selepas dah banyak dia beralah dengan Izya. Urusan orang dewasa, tak seharusnya libatkan kanak-kanak sekecil Inas. Waktu kanak-kanak, bukan untuk disogokkan dengan hal yang menyesakkan kepala. Kesian Inas tak dapat nak membesar seperti kawan-kawan sebaya. “Inas, turun bawa dulu. Tunggu daddy dekat bawah, boleh?” pujuk Inas, supaya berikan ruang buat dia dan Izya. Inas dan Izya, berbeza karakternya. Kadang-kadang Dhazrif dapat rasa uruskan Inas lebih mudah berbanding Izya. “Okey, daddy.” Setuju, terus melenggang keluar dan turun ke tingkat bawah. Memang jenis mendengar kata. Sebab tu bila dia atau Izya keluarkan arahan, Inas hanya menurut saja. Inas kena paksa jadi detektif pun, Inas patuh. Walhal Dhazrif yakin Inas sikit pun tak 72
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mengerti apa-apa. “Can we talk, baby?” Lembut sungguh suara Dhazrif. Memang perempuan lain dengar pun boleh tangkap leleh. Lembut versi macho. Bukan lembut ala-ala sotong kurita tu. “Lama ke?” “Sekejap saja.” “Sekejap, tak apa. Sebab takut lambat nak jumpa Prof.” Saja beralasan walhal dia tahu pokok-pangkal topik yang cuba dibuka Dhazrif. Tarik jemari Izya, Dhazrif bawa dan dudukkan di atas sofa yang terdapat di bilik mereka. Sedangkan Dhazrif, elok berdiri sambil berpeluk tubuh. Tak tayang wajah bengis, sebab Dhazrif malas nak marah-marah di lewat usia dia sekarang ni. Risau cepat dapat serangan jantung atau penyakit darah tinggi pula. “Inas kan sepatutnya kena hantar ke rumah pengasuh.” “Hantar sana pun tak buat apa-apa, dah masuk tadika nanti tak adalah saya nak suruh dia ponteng macam ni lagi.”
73
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Tapi dekat rumah pengasuh, Inas boleh duduk dengan selesa. Dekat pejabat I tu, bukannya selesa sangat Inas nak buat aktiviti dia.” Bernas jawapan Dhazrif. “Ni kira alasan tak nak bawa Inas sekali ke?” Mula dah angin kus-kus Izya nak bermula. Dhazrif geleng menafikan tuduhan Izya. Yang benar, dia ada alasan lebih kukuh untuk tidak bersetuju dengan cara Izya. “Dah tu?” Jungkit sebelah kening. “Jangan libatkan Inas dalam urusan orang dewasa. She knows nothing, baby.” Dalam satu nafas, lengkap ayat berserta noktah. Terdiam Izya saat Dhazrif keluarkan hujah yang lebih tepat. Ya, Izya tahu dia tak boleh ajar Inas perkara yang bukan-bukan. Ya, Izya tahu dia tak boleh ganggu waktuwaktu Inas nak membesar seperti kanak-kanak lain. Tapi Izya terpaksa. Terpaksa sebab dia memang tak sanggup nak kehilangan Dhazrif. Sepanjang hayat, Izya hanya mahukan Dhazrif sebagai suami dia. Yang akan pimpin dia, Inas 74
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dan bakal anak-anak mereka masuk ke syurga. Ambil peluang saat Izya membisu, Dhazrif merapati tubuh si isteri. Sebelah tangan memaut pinggang Izya supaya rapat padanya. Izya menurut. “Faham kan kenapa I tak setuju dengan tindakan you kali ni?” Izya masih diam. “I tak nak Inas terpengaruh dengan perkara yang bukan-bukan. Inas tak faham apaapa pun, sayang. Dan satu lagi, kejadian you belasah Annura pun you tak patut buat depan Inas. You nak ke nanti Inas belasah orang lain pula sebab dah terlanjur nampak mummy dia buat semua tu?” Soalan Dhazrif, ketara menerbitkan perasaan bersalah di hati Izya. Bersabung pandangan, Dhazrif bisa kesan riak kesal di situ. “Saya hilang sabar tempoh hari.” “I tahu. Tapi kalau depan anak, janganlah buat macam tu. I selagi boleh elak, nak bergaduh dengan you depan Inas pun I tak mahu.” “Awak nak salahkan sayalah ni? Kenapa awak tak tegur datin tua tu supaya jangan ganggu 75
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
awak?” Turun naik emosi Izya. Sekejap, okey. Sekejap, melenting. “Nanti ada masa yang sesuai I akan jelaskan pada Annura.” “Bukan nak tunggu masa yang sesuai, Zrif. Tapi sekarang. Saya tak nak nanti bila tak berjaya dapatkan awak, dia gunakan cara licik pula. Zaman sekarang, bukannya boleh percaya sangat.” Izya menekan. Sampai habis ayat Dhazrif nak membalas semula. Dhazrif fikir A, Izya dah jauh fikir ke Z. Agak-agak Dhazrif nak kata apa lagi? “Tak payah cakap pasal ni lagi. You, pergi jumpa Prof. Inas, kita hantar dia ke rumah pengasuh macam biasa.” “Tapi..” “I suami you kan, sayang? Jadi isteri, kena patuh cakap suami.” Laju memintas, sengaja mahu membuatkan Izya jadi serba salah. Diamnya Izya, Dhazrif dah boleh hela nafas lega. Meskipun wajah Izya sedikit cemberut, dia yakin Izya akan akur. Buktinya 76
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
beg sandang milik Inas dah elok ditagih oleh Izya kembali. “I hantarkan Inas dan you hari ni. Dah habis discussion, telefon I.” Putus Dhazrif. Demi nak redakan rajuk seorang isteri. Tengok riak tegang di wajah Izya yang berubah kendur, yakin hati Izya sedikit-sebanyak sudah terpujuk. Izya melangkah ke pintu kamar, terhenti aturan tapak pabila Dhazrif memanggil. “Baby..” Toleh, tanpa sepatah kata. Dhazrif pamer senyum manis. “I sayangkan you.” Tiga patah perkataan. Jelas meluncur tanpa teragak-agak. Niat Dhazrif bukan sekadar manis di bibir, tapi ianya lahir dari hati yang tulus mencintai. Mencintai amanah yang dah Allah S.W.T berikan pada dia. Hendaknya, cinta itu bisa dirasai oleh Izya. Tanpa sebarang keraguan lagi.
77
Bab 11
L
ETAK ke tepi novel bertajuk ‘Zuriat Cinta 2’ karya Hana (HE), entah kenapa Izya terasa seperti mahu mencuba cara yang sama juga. Diikutkan dalam novel tersebut, si heroin pun alami masalah yang sama dengan dia. Masalah tak senang duduk bila bersuamikan lelaki serba-serbi sempurna. Ikut perancangan awal, memang Dhazrif kata nak ‘rehat’ dulu untuk dapatkan anak kedua. Alasan Dhazrif sebab nak Izya tumpukan perhatian pada pelajaran. Izya kan dalam proses nak habiskan Master. Izya pun setuju tanpa banyak soal sebab memang keputusan Dhazrif tu adalah yang paling tepat. Namun berubah prinsip Izya bila dia baca novel tersebut, heroin pun mula guna 78
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
strategi yang sama untuk ‘penjarakan’ si suami seumur hidup dengannya. Ada anak, mesti lelaki yang bergelar suami ni fikir dua-tiga kali kalau nak buat perangai. Selain anak, Izya dah tak boleh abaikan penampilan diri sendiri di depan Dhazrif. Sepanjang nak habiskan pelajaran, memang Izya tak sempat nak berdandan macam dulu. Risau juga kalau Dhazrif ‘cuci mata’ tengok perempuan lain di luar sana. Yalah, dah yang halal tak tahu nak menggoda. Haruslah Dhazrif naik muak juga. Lissa ulang nasihat serupa. Heroin pun buat perkara yang sama. Agak-agak Izya pun harus cuba juga ke? Mundar-mandir, Izya mula berfikiran logik. Kebiasaan kaum perempuan, bila tak dapat sibuk nak melaram tarik perhatian. Bila seseorang lelaki tu dah berjaya dijadikan hak milik, mulalah ambil mudah. Kononnya tak jadi satu kepentingan lagi untuk ‘umpan’ si dia memandangkan perkahwinan dah mengikat mereka berdua. Tak tahu ke sebuah perkahwinan tu pun 79
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
boleh ‘dileraikan’ bila pasangan dah mula jemu nak memandang kita? Nanti dah ada perempuan yang berjaya ‘sailang’ barulah meroyan tak ingat dunia. Walhal diri sendiri yang salah. Waktu haram, sibuk nak pakai penuh gaya. Tarik mata-mata nakal untuk turut ikut memandang penuh nafsu. Bila dah halal, diabaikan pula sang suami ikut suka. Tak tahu ke pahala jadi pulangan bila seorang isteri berhias di depan suami? Berdiri, Izya mula merenung jauh ke depan. Tak tahu apa yang ada dalam kepala. Yang Izya tahu, dia memang tak boleh duduk tenang macam dulu lagi. Sebelum ni Datin Annura tak wujud dalam hidup Dhazrif. Bila si gedik tu muncul bagitahu terus-terang nak jadi isteri nombor dua, mula hati Izya jadi huru-hara. Mana boleh, Dhazrif tu dia punya. Dia seorang saja. Lantas untuk terus kekalkan Dhazrif jadi milik dia, Izya perlu mencuba untuk sekali lagi. Kali pertama, Dhazrif kata dia buang tabiat. Kali kedua, Dhazrif harus biasakan diri dengan Izya si penggoda. Sangkut tas tangan ke bahu, Izya tak jadi nak terus balik ke rumah. Hajat lepas 80
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
habis perbincangan dengan Prof. Hazmi nak terus pecut pulang ke rumah, saat agenda mula dirancang dalam kepala nampak gayanya laluan harus ditukar. Hala tuju Izya hanya satu. Pusat membelibelah. Nak kata Izya ni klise orangnya, katalah. Rasa-rasanya idea gila si heroin dalam novel tu memang boleh dipakai. Tuan Dhazrif, bersiap-sedialah dengan perisai. Perisai nak menepis godaan si pujaan hati kanda. Penuh keyakinan, tapak diatur. Menuju pada kereta yang diparkir tidak jauh daripada dia.
DHAZRIF berkerut kening pandang plastik jernih yang elok terdampar atas katil. Berlonggoklonggok. Macam esok dah tak ada hari lain Izya nak perhabiskan duit. Tangan dah menjangkau nak belek isi di dalam, terpusing tubuh saat Izya keluar dari tandas menuju ke arah almari. Melenggang dengan hanya mengenakan tuala dari paras dada hingga ke paha. 81
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Gulp! Dhazrif telan liur. Mula tergugat pandang kulit putih mulus milik Izya. Izya jarang nak keluar dari tandas pakai tuala saja, hari ini Izya mimpi apa pula? “Pandang-pandang saya dari tadi, kenapa?” aju Izya buat Dhazrif tersentak. Terus pandangan tepat menyinggah ke wajah Izya. Gosok belakang leher, Dhazrif senyum sumbing. Segan sebab nampak sangat dia dah mula bernafsu tengok Izya sebentar tadi. Izya pula simpan perasaan bangga. Masih mampu buat Dhazrif tak berkelip mata, itu satu pencapaian yang amat mengagumkan dia sebenarnya. Berjalan merapati Izya, Dhazrif tarik tangan Izya sebelum hujung tuala diselitkan di tengah-tengah dada si isteri. Tahu Izya sengaja tak kemaskan tuala sebab Izya sengaja nak buat tuala tu melorot jatuh ke bawah. Bila dah melorot, memang sahihlah tak pakai apa-apa dekat dalam. Ini namanya mendera sunggguh. Kalau ya sekalipun nak menduga, jangan waktu-waktu sebegini. Karang sejadah ke mana, Izya pula yang ‘terbang’ rapat ke dada. “Dah nak masuk Maghrib, jangan buat 82
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
I terpaksa tarik you ke katil pula. Behave,” ujar Dhazrif seperti memberikan amaran. Izya tayang muka beku. Elok si suami pusing tubuh nak masuk ke tandas, terus dilelar lengan Dhazrif dari belakang. “Kalau lepas Maghrib?” Kening terjungkit, tayang wajah tak ubah seperti si kucing parsi yang ketagih mahu dibelai. “Solat ada lima waktu. Selepas Maghrib, nak kena solat Isyak. Takkan dah lupa kut?” Dhazrif membidas bernas. “Kalau macam tu, lepas Isyak.” “Baby, you..” Tak sempat Dhazrif nak habiskan ayat, Izya elok melangkah ke arah laci meja solek. Capai sesuatu, terus isinya dibuang ke dalam tong sampah. Tengok tingkah laku si isteri, Dhazrif masih mampu tayang wajah tenang. Berpeluk tubuh, menanti Izya teruskan bicara walhal semuanya Dhazrif sudah boleh baca. “Rasa-rasanya saya dah tak perlukan pil perancang tu, Zrif.” “Why?”
83
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Sebab saya nak anak. Inas nak adik,” jawab Izya tak gugup. “Pengajian you macam mana?” “Lagi satu semester dah nak habis. Kalau lekat, sempatlah saya habiskan Master saya dulu.” Jawapan Izya, sekaligus mengundang nafas lemah terhela di bibir Dhazrif. Mendekati Izya, kepala Izya diusap hangat. Tak tahu jawapan apa harus Dhazrif bagi. Memandangkan Dhazrif memang dah lama teringin nak dukung bayi macam dulu kala, tak salah rasanya Dhazrif memberi apa yang Izya hajati. Cuma yang buat Dhazrif tak berkenan, ikhlas ke Izya atau Izya lakukan semua itu kerana terpaksa? Pandang wajah Izya agak lama, rasanya Dhazrif lebih tahu apa yang ada dalam hati si isteri. “Sebelum kita mulakan, I nak you betulkan niat you dulu. Buat sebab memang you yang mahukan begitu, bukan semata-mata disebabkan orang lain. Dan lagi sekali I cakap, Annura takkan berjaya ambil tempat you di hati I. Sampai bila-bila hanya akan ada you, Izya Ammara.” Dalam satu nafas, lalu Dhazrif undurkan langkah. 84
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Elok melewati katil yang menjadi tempat mereka berdua beradu, kaki terpasak di situ. Mencapai salah satu, terus dikeluarkan isi lalu ditayang di hadapan Izya. “Pakai yang ni malam nanti.” Berbentuk sebaris arahan seraya gaun malam yang menjadi pilihan kembali diletakkan ke atas katil. Sekejapan tubuh tegap Dhazrif menghilang ke kamar mandi. Tengok gaun yang dipilih Dhazrif, pipi Izya mula merona merah. Hujung bibir digigit sedikit. Dhazrif ni macam tahu-tahu saja gaun ini yang paling ‘seksa’ berbanding kaum-kerabatnya yang lain. Pandai sungguh dia pilih. Alahai..
85
Bab 12
G
ELENG kepala bila pandang si isteri yang masih lena. Alih sepasang mata, gaun berwarna hitam bercorak harimau sudah elok terbang ke lantai. Beli mahal-mahal, alih-alih kena buka juga. Bukan ke lagi elok kalau terus tak pakai apa-apa? Rasa nak tergelak, tapi Dhazrif tahankan saja. Semata-mata sebab risau dia dirampas perempuan lain, sanggup tu Izya tebalkan muka sendiri. Kenangkan kejadian semalam, mulalah Dhazrif rasa nak berbaring semula. Saat sayupsayup azan kedengaran dari surau berdekatan, Dhazrif terus bangun dan lilit tuala ke tubuh sendiri. Sempat dikejutkan Izya yang tidur lena. “Baby, wake up,” ujar Dhazrif sembari 86
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
menepuk-nepuk lembut pipi gebu kepunyaan Izya. Beberapa kali, Izya sekadar menggeliat. Terpaksa mengalah bila jemari Dhazrif mula bermain-main pada pipi. Geli. “Ya.. saya dah bangunlah ni,” tutur Izya dalam kantuk yang masih bersisa. Izya bangkit bersandar pada katil. Tengok Izya kembali pejamkan mata, Dhazrif mula menggeleng kepala. “Ajak sangat I overtime semalam, sekarang siapa yang penat?” aju Dhazrif jelas mahu mengenakan Izya. Angkat pandangan, Izya bagi jelingan maut. Tak membalas, sebab malas nak berperang mulut pagi-pagi buta macam ni. “Nak mandi sekali tak?” Izya geleng. Jungkit bahu, Dhazrif dah tak panjangkan cerita lagi. Sebelum masing-masing terlepas subuh, baiklah dia pergi bersihkan diri sekarang. Tahu sangat Izya tolak nak mandi sekali sebab Izya nak ambil peluang sambung tidur lagi. Tengok gaya Izya, macam si isteri yang bertungkus-lumus semalam. Walhal.. 87
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Untuk kesekian kalinya, Dhazrif tak mampu nak tepis rasa geli hati. Meletus tawa di bibir tanpa sedar. Dhazrif ingat bila umur Izya dah meningkat, Izya bolehlah berubah matang sikit. Rupa-rupanya Izya tetap Izya yang dulu juga. Izya Ammara yang pernah buat Dhazrif jatuh cinta. Pelik, bukan? Orang lain kalau boleh nak mencari pasangan yang sempurna untuk dijadikan suri di hati. Berbeza dengan Dhazrif, perangai Izya yang tak sama dengan perempuan lainlah yang buat hati Dhazrif rasa tertawan. Daripada tahanan Tuan Dhazrif, akhirnya Izya diangkat menjadi isteri Tuan Dhazrif. Pabila urusan jodoh itu ditentukan oleh DIA, tiada daya lain yang mampu untuk melawan ketentuanNYA. Dan Dhazrif bahagia dengan pilihan dia. Amat bahagia.
DHAZRFIF tolak permintaan Izya waktu Izya 88
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
ajak Dhazrif bergambar. Bila Izya tarik muncung sedepa, terpaksa Dhazrif mengalah. Elok kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat, Dhazrif terus tadah muka di depan kamera. Sebelum ni Izya mana pernah kisah benda-benda remeh macam ni. Sejak isu Datin Annura timbul, perangai Izya dah mula jadi bermacam-macam karenah. Kadang-kadang naik letih juga Dhazrif nak melayan. Sayang isteri punya pasal, terpaksalah dia bersabar sikit. “Dah-dahlah tu, sayang.” Dhazrif mula menegur bila Izya serupa tak puas hati dengan gambar yang diambil. Sempat curi pandang Inas dekat belakang, rasa-rasanya Inas pun dah pening kepala dengan gelagat mummy dia. “Gambar ni tak nampak sweetlah,” komen Izya setelah hampir sepuluh gambar diambil oleh si isteri sejak tadi. lagi?”
“Habis tu you nak gambar macam mana “Awak cium pipi saya, boleh?”
“Inas dekat belakang, sayang..” Seakan menggumam. Toleh belakang, pandang wajah 89
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Inas. Tak fikir panjang, terus berikan arahan pada Inas. “Inas tutup mata kejap, boleh tak?” “Kenapa, mummy?” “Tutup ajelah. Kalau Inas dengar cakap mummy, nanti mummy bagi hadiah dekat Inas.” “Okey.” Laju saja Inas setuju buat Dhazrif rasa nak tepuk dahi dia laju-laju. Anak dan mummy, saling tak ubah perangai mereka berdua. Elok Inas pejam mata, Dhazrif dah tak ada alasan lain lagi nak menolak. Terus bibir dibawa mendarat pada pipi Izya. Sesaat.. klik! Aksi mesra mencium pipi Izya berjaya dirakam.
Dhazrif
“Dah okey ke gambar tu? Lampu isyarat dah nak hijau ni,” aju Dhazrif. Pandang senyum lebar Izya, rasanya Dhazrif dah cukup faham. “Perfect, Zrif. Sini telefon you sekejap.” “Eh, nak buat apa?” Berlapis dahi Dhazrif. “Nak upload gambar tadilah, bukannya nak buat apa-apa pun.” “Laa.. kenapa tak upload dekat Instagram 90
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
you? You tahu kan I bukannya suka sangat..” “Nak bagi ke tak nak ni? Kalau tak nak bagi, dahlah.” Peluk tubuh, Izya tarik muka untuk kesekian kali. Buat Dhazrif tak sempat nak habiskan ayat. Mengalah, telefon bimbit diserahkan kepada Izya. Lima minit berlalu, barulah Izya serahkan telefon bimbit kepada Dhazrif semula. Itu pun selepas banyak kali ubah caption yang nak dimuatnaik. OTW hantarkan isteri. Bersemut tak skrin telefon korang semua? – Tuan Dhazrif “Sejak bila pandai sabotaj media sosial I?” Jelas memerli Izya. “Sejak saya tahu saya kena tunjuk dekat datin gedik tu yang awak dah cukup bahagia dengan saya. Mesti bila dia tengok gambar tu, dia sakit hati. Baru padan dengan muka dia!” Wajah Izya, tergaris cemburu yang tak bertepi. “Jadi betullah apa yang I agak, you tibatiba nak dapatkan Inas adik pun sebab Annura kan?” Tak iakan, tak juga nafikan.
91
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak iakan, sebab risau nampak sangat niat dia sememangnya tak berada di jalan yang lurus. Tak nafikan, kerana Izya lebih tahu apa yang ada di dalam hati dia. Pendek kata, tekaan Dhazrif tu sikit pun tak tersasar. “Mummy, Inas dah boleh buka mata ke belum?” Suara comel Inas kedengaran dari belakang. Izya dan Dhazrif automatik berpandangan sesama sendiri. Macam mana mereka boleh terlupa yang Inas ada sekali? Yakin, sekejap lagi pasti Inas akan lontarkan pertanyaan yang susah untuk mereka jawab. “Err.. dah-dah. Inas dah boleh buka mata, sayang.” Gagap suara Izya. Celik mata, terus Inas jengulkan wajah di antara Izya dan Dhazrif. “Betul ke Inas nak dapat adik? Bila?” Bertalu-talu, serentak buat Izya dan Dhazrif mula menelan liur yang terasa kesat. Kan mereka dah kata kanak-kanak bijak macam Inas, mustahillah kalau Inas nak pekakkan telinga saja sedangkan hakikatnya dia 92
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dah terlanjur mendengar. “Mummy, bila Inas nak dapat adik? Cepatlah jawab.” Inas dah mula goncang lengan Izya berulang kali. Makin lama makin kuat. Tak berjaya dapatkan jawapan daripada Izya, Inas tukar gegar bahu Dhazrif pula. Nak tutup mulut Inas, Dhazrif dah tak fikir panjang lagi. Daripada dia hilang fokus pada pemanduan, baiklah dia berikan jawapan yang memuaskan hati anak dara dia yang seorang itu. “Tahun depan. Tahun depan Inas dapat adik.” Lancar, hinggakan Izya dekat sebelah langsung tersedak liur sendiri. Bertambah teruk saat Inas mula bersorak suka dekat belakang. Encik suami sengaja nak kenakan dia lagi ke apa ni? Aduhai!
93
Bab 13
I
ZYA baru saja cadang nak telefon Dhazrif untuk jemput dia. Perbincangan dia dengan Prof. Hazmi tamat satu jam lebih awal hari ini. Izya nak memandu sendiri, Dhazrif sibuk nak hantarkan. Sebenarnya serba-salah nak susahkan Dhazrif. Tak pasal-pasal Dhazrif perlu tinggalkan kerja dan jemput dia di sini. Jemari dah bersedia nak mendail nombor telefon encik suami, terbantut tatkala satu notifikasi tertera di dada skrin. Elok saja komen Datin Annura habis dibaca, semedan gigi Izya terketap kuat. Niat dia memang nak sakitkan hati Datin Annura, alih-alih dia yang sakit hati pula ni kenapa? Berdetak-detuk gigi Izya berlaga atas 94
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dan bawah. Pandangan mengecil. Kalau Datin Annura ada depan mata, memang dah lama kena debik dengan dia. Eh, besar-besar pun @IzyaAmmara nak kena hantar macam budak sekolah ke? Zaman sekarang isteri kena pandai berdikari, baru suami tak cari lain. – Datin Annura Siap tag Izya lagi tu! Tak ke melampau namanya? Datin Annura ingat Izya tak faham ke maksud di sebalik komen itu? Nak puji diri sendirilah tu. Kononnya kalau Dhazrif kahwini Datin Annura, Dhazrif tak perlulah nak bersusahpayah macam ni. Tapi bukan Izya yang paksa Dhazrif hantar dan jemput dia segala, kalau suami sendiri yang dah tawarkan diri Izya nak kata apa lagi? Hentak kaki, serius perasaan Izya rasa berbuku. Tak tunggu lama, Izya buat keputusan gila. Walaupun dia tahu Dhazrif tak suka dia bersikap kebudak-budakan di mana-mana media sosial, perasaan bengang dia memang tak boleh nak dikawal lagi. Suka hati sayalah. Suami saya, bukan suami datin kan? – Izya 95
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Sembur Izya di ruangan komen. Haa.. tahu pula senyap. Takutlah tu kalau nak membidas semula. Silap haribulan, Datin Annura bakal kena serang dengan netizen sampai kemurungan. Netizen sekarang memang cukup pantang kalau melibatkan isu sondol-menyondol ni. Sah-sah Izya yang akan dimenangkan, sebab tulah Datin Annura terus menikus. Ingatkan berani sangat tadi. Hela nafas kasar, Izya cuba nak bertenang. Meleset bila dia ingat Datin Annura nak terus kibarkan bendera putih. Tak berani komen secara terbuka, Datin Annura hantar mesej di akaun Instagram milik Izya. Sekarang memanglah belum jadi suami I, akan datang you yakin ke Zrif tu hak milik you seorang? – Datin Annura What the.. Nyaris bibir Izya nak memaki hamun. Menggigil seluruh jemari. Pejam mata, Izya cuba nak neutralkan kemarahan dia yang dah mencanak naik ke puncak kepala. Hajat nak balas balik, terbantut saat telefon bimbitnya bergetar tanda ada panggilan masuk. Dhazrif ni macam tahu-tahu saja yang 96
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dia dan Datin Annura tengah bertekak. Tekan butang hijau, soalan maut daripada Dhazrif buat Izya terkelu untuk seketika. “You ingat Instagram I tu tempat you dengan Datin Annura bergaduh ke, sayang?” Memang Dhazrif sebut sayang, tapi Izya tahu si suami mesti terkilan dengan sikap dia kali ini. “Dia yang mula dulu. Takkan awak tak nampak?” Izya menangkan diri sendiri. “I tahu dia yang mulakan, tapi you sebagai isteri I patut jaga maruah I. Dia nak meroyan, tu dia punya pasal. Berapa kali I nak cakap I tak sukakan dia?” Tekan Dhazrif supaya Izya lebih faham. Malangnya hanya dengusan kasar yang menyapa deria telinga. Tanda Izya takkan semudah itu mahu mengalah. Selalu saja rasa apa yang dia buat itu betul. Ah, payah. “Cara awak cakap ni macam nak menangkan dia pula. Sepatutnya awak kena marah dia, bukan saya.” “I tegur you sebab tak nak you dua kali lima jadi macam dia. You isteri I, dia tu siapa? Tanggapan negatif orang luar pada Annura, tu 97
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bukan masalah I. I cuma tak nak orang cakap bukan-bukan pasal isteri I You bertekak dekat ruangan komen, nampak you dengan dia sama saja.” Panjang bebelan Dhazrif. Sikit pun tak sentuh sudut hati Izya. Yang Izya tahu, dia tak salah. Datin Annura tu yang sengaja nak mencabar dia. “Dia cabar I, takkan I nak berdiam diri macam tunggul kayu?” “Kalau you tak upload gambar tu, tentu you tak perlu sakit hati. Kan I dah pesan media sosial ni ada keburukannya juga. Sekarang you percaya tak?” “Habis tu nak salahkan saya lagilah sebab masukkan gambar kita dekat Instagram awak? Kalau tak sudi sangat, awak padam ajelah gambar tu.” Masih membentak. Buat Dhazrif mula memejamkan mata. Berharap kesabaran itu masih milik dia. “Izya Ammara.. stop being childish!” Suara encik suami keras, buat Izya langsung tersentap hati. Dhazrif jarang nak naikkan suara dengan dia. Disebabkan Datin Annura, Dhazrif lepaskan 98
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kemarahan Dhazrif pada Izya. Serius, dunia ini memang tak adil. Tubir mata bergenang, hati mula berubah tisu. “You dah habis berbincang dengan Prof. Hazmi ke belum?” Tukar topik, malas nak panjangkan cerita. Sebab Dhazrif tahu bila Izya diam, tu tandanya Izya merajuk dengan dia. “Awak tak payahlah jemput saya, Zrif. Saya boleh balik sendiri.” “Dah habis ke belum?” “Dah.” “Tunggu I, nanti I sampai.” “Kan dah cakap, tak payah jemput.” “Cakap I, sikit pun you tak nak dengar. Nak jadi isteri derhaka sangat ke, Izya Ammara?” sembur Dhazrif geram. Terlalu bagi mukalah ni sampai Izya naik lemak. Tak boleh nak ditegur langsung. Bicara pedas Dhazrif, sekaligus buat Izya terkatup rapat bibir sendiri. Kalau dah Dhazrif ungkit tentang dosa dan pahala, daya apa lagi Izya ada untuk membantah cakap lelaki itu? Nak tak nak, terpaksa Izya akur saja. 99
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Semua ni salah Datin Annura. Kalau bukan disebabkan Datin Annura, dia dan Dhazrif tak adalah perlu bertekak sampai begini. Urgh, sebal!
100
Bab 14
R
AMAS jemari sendiri, pertama kali Dhazrif bersikap dingin dengan dia. Marah sangatkah Dhazrif sampai langsung tak tegur dia? Garu belakang leher, Izya mula rasa serba-salah. Mungkin tindakan dia agak keterlaluan kali ini. Kalau tak, Dhazrif takkan hilang sabar sampai macam tu. Cuba nak ajak berbual, malangnya tak tahu ayat apa yang harus dibuat modal. Sudahnya Izya cari jalan supaya Dhazrif tegur dia dulu. Alang-alang nampak Dhazrif tengah tekun tengok siaran televisyen. Inas pula dah lama masuk tidur. Ini sajalah peluang yang Izya ada. Berdeham, Dhazrif masih butakan mata. 101
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Serupa tidak nampak akan kewujudan Izya. Kali kedua Izya berdeham lebih kuat, pun keadaan tetap sama. Sudahnya Izya buat-buat mengemas ruang tamu. Ke hulu-hilir dia berjalan di depan televisyen yang terpasang. Sengaja nak alih perhatian si suami pada dia. “You nak I tengok siaran TV tu ke you?” Tak bernada suara Dhazrif. Izya automatik pegun di hadapan kaca televisyen. “Awak nak tengok yang mana satu?” Dalam keadaan dialog tak sempat nak disusun, itu saja yang sempat meluncur pada bibir Izya. “I nak tengok siaran TV.” “Tengok saya, tak nak ke?” “Izya Ammara, tolong tepi sikit.” Suara Dhazrif kekal dingin. Wajah pun tanpa secalit senyuman. Takut juga Izya mahu melihat. Selama ni Dhazrif selalu mengalah dengan dia, kali ni lain pula reaksi encik suami. Padanlah dengan muka Izya. Siapa suruh keras kepala sangat kan? “Zrif, saya..” Tak sempat Izya nak habiskan ayat, tubuh tegap Dhazrif elok berpusing nak daki tangga ke 102
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tingkat atas. Izya laju bertindak dengan melelar lengan encik suami. Toleh, tunduk pandang jemari Izya yang memegang lengan dia. “I nak masuk bilik. Nak tidur.” “Saya minta maaf.” Lain pula yang meniti pada ulas bibir Izya. “Minta maaf untuk apa? Bukan you selalu rasa you betul ke?” Lagi ayat Dhazrif yang buat Izya makan hati. Tak suka betul Izya kena layan macam ni. Serius Izya dah rasa nak menangis. Mujurlah dia masih mampu bertahan. “Kita bincang, boleh?” “Nak bincang apa lagi kalau kesudahannya you juga yang nak menang.” “Zrif, please..” rayu Izya menarik lengan Dhazrif untuk kembali duduk. Malas nak semakkan kepala otak, Dhazrif ikut. Duduk dilabuhkan tanpa memandang wajah Izya. “Awak marahkan saya?” Dhazrif diam. “Zrif, talk to me.” Izya mengengsot dekat dengan encik suami. Jemari Dhazrif diusap 103
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
supaya kemarahan di hati Dhazrif bisa menyurut pergi. Malangnya deras Dhazrif larikan jemari sendiri. lagi.”
“I dah tak ada apa nak cakap dengan you “Why?” Perlahan suara Izya.
“Sebab apa yang I cakap, you bukannya nak dengar.” Tepat mengenai batang hidung Izya. “Saya bukan sengaja nak melawan cakap awak. Tapi kalau hal melibatkan Datin Annura atau perempuan lain memang saya tak boleh nak berdiam diri. Saya cemburu, Zrif. Saya takut kalau..” “Cut it out. I tak nak cakap pasal ni lagi.” Tegas bait kata yang terluah pada bibir, sejurus menyebabkan bicara Izya tergantung tanpa noktah. Tunduk bermain dengan jemari sendiri, sikit saja lagi air mata nak berguguran jatuh ke pipi. Kenapa kali ni Dhazrif seperti tak berikan peluang langsung untuk Izya pertahankan diri? “Datin Annura hantar mesej pada saya. Takut nak komen secara terbuka, sebab tulah dia hantar mesej pada saya. Dia cakap sekarang 104
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
awak mungkin milik saya seorang, akan datang tak mustahil awak akan jadi milik dia juga. Jadi awak nampak kan, bukan saya yang cari pasal dengan dia dulu.” Membuka cerita, yang Dhazrif belum tahu. “Tak kisah siapa yang mulukan dulu. Yang I tahu you tak sepatutnya kisah dengan apa yang dia cakap. Berapa kali nak I ulang yang I tak ada hati langsung pada Annura?” “Sekarang awak cakap macam tu, tapi hati awak tu boleh berubah bila-bila masa saja.” “Jadi you tak percaya pada I kan?” Terpeta garis kekecawaan. “Bukan macam tu, Zrif. Saya cuma..” “Dahlah, I tak nak cakap pasal ni lagi. Buang masa I saja. Sekarang I nak naik ke bilik dan tidur. Kalau you masih nak bersikap macam ni, teruskan. I pun dah malas nak nasihatkan you lagi.” Noktahkan ayat, Dhazrif bangkit berdiri. Tak menoleh ke belakang walaupun sekali, terus tapak diatur ke tingkat atas. Membiarkan Izya terhenyak sendirian. Pandang belakang tubuh Dhazrif yang semakin jauh, bahu Izya mulai longlai. 105
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Benar-benar salahkan apa yang dia buat? Hinggakan sedikit pun Dhazrif tidak mahu memahami.
106
Bab 15
K
ELUAR dari tandas, kelibat Izya yang pertama Dhazrif lihat. Termasuk hari ni dah dua hari dia layan Izya dengan dingin. Ikutkan hati, dah tak sampai hati. Tapi tulah, sesekali Izya ni harus diajar dengan cara tegas juga. Macam dulu-dulu. Kalau tidak, kerja Izya asyik nak melawan ajelah. Cuma yang buat Dhazrif dah tak mampu nak berterusan beku bila Izya seakan sengaja nak gunakan kelemahan dia malam ini. Tak perlu Izya berterus-terang, lenggok dan gaya Izya berpakaian pun dah cukup buat Dhazrif faham. “Tepi sikit, tu tempat I.” Dhazrif minta Izya berganjak sedikit sebab Izya labuhkan duduk di atas katil yang selalu jadi tempat pembaringan Dhazrif. 107
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Akur, Izya angkat punggung. Masih menanti kalau-kalau Dhazrif sedar akan penampilan dia yang berbeza. Ikut nasihat Lissa, Izya tolak ke tepi perasaan jauh hati. Kalau Dhazrif merajuk, dia pun sama naik nak merajuk.. tak ke laut ke perkahwinan mereka nanti? Kata Lissa, orang lelaki ni kadangkadang naik rimas kalau kaum perempuan asyik nak merajuk. Tambahan lagi, perempuan yang jenis payah nak dengar kata dan selalu melawan mereka. Buatnya mereka bosan, tak pasal-pasal kena tinggal nanti. Jadi dalam situasi ini Izya perlu mengalah sedikit. Sedikit saja, tak banyak mana pun. Cara ajak duduk berbincang masih tak jalan. Cara licik macam ni sajalah yang Izya ada untuk tundukkan Dhazrif semula. Berdiri serupa tugu di sisi katil, mengundang kerutan di dahi Dhazrif. “Sejak bila ubah cita-cita nak jadi jaga?” sindir Dhazrif sedas. Izya tak simpan dalam hati. Sebaliknya baju yang dipakai sengaja dibuat-buat terselak menampakkan paha yang putih gebu. Perasan 108
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
hala tuju pandangan Dhazrif, tak boleh nak terus bersorak suka kononnya usaha dia dah berjaya. Selagi Dhazrif tak tarik dia ke katil, maknanya rajuk lelaki itu masih bersisa. Seminit.. Dua minit.. Lima minit.. Izya dah lenguh nak terus berdiri menanti serupa tunggul kayu. Tengok mata Dhazrif yang terpejam rapat, tak semena nafas lemah terhela pada bibir. Pusing tubuh, Izya ingat nak duduk di sofa pujuk hati sendiri yang terasa. Baru setapak langkah diatur, suara garau encik suami memaksa dia berpaling kembali. “Baju tu tak boleh nipis lagi ke, sayang? Hari-hari you duga I macam ni, jangan salahkan I kalau Inas dapat adik nanti.” Cara Dhazrif berbicara, seolah-olah di antara mereka tak pernah bermasam muka. Tak mahu kenangkan peristiwa lama, Izya beranikan diri mendekati katil. “Kalau nak lagi nipis, senang malam ni saya tak payah pakai apa-apa langsung. Sanggup ke nak tengok?” aju Izya berani mati. 109
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Angkat tubuh, Dhazrif bawa bersandar pada katil. Perhatikan Izya dari atas hingga ke bawah, tanpa sedar ada senyum nipis yang menghiasi bibir. “Siapa ajar you guna cara macam ni untuk pujuk I?” “Lissa.” Jujur pengakuan Izya, sikit pun tak dalih-dalih. Menggeleng, Dhazrif hulurkan tangan pada Izya. Teragak-agak Izya diamkan telapak tangannya di situ. Dapat, Dhazrif tarik Izya mendekat. Rebah di atas dada bidang miliknya. “Pandai cari kelemahan I kan?” Puncak hidung Izya dikucup sekilas. “Awak dah tak marah lagi?” Tunak bebola mata Izya merenung Dhazrif. Dhazrif geleng. lama?”
“I pernah ke boleh marahkan you lama-
“Tapi kali ni dah banyak hari awak abaikan saya.” “Sorry, baby..” Lembut bicara Dhazrif. Mendung di wajah Izya mula kelihatan. “Saya kecil hati,” tutur Izya meluahkan. 110
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Kecil hati, tapi masih juga nak menggoda kenapa?” Nada suara Dhazrif ketara mahu menyakat Izya semata-mata. “Sebab saya rindukan awak, Zrif.” Jawapan Izya, serentak buat jiwa lelaki Dhazrif rasa terusik. Mulalah perasaan bersalah menyelinap ke tangkai hati. Pegang kedua-dua belah pipi Izya, Dhazrif hadiahkan kucupan di kiri dan kanan. “Sekarang, masih rindu ke?” Izya angguk. Dhazrif kucup lagi seluruh wajah Izya sampai tak bernafas si isteri dibuatnya. “Sekarang, rindu lagi tak?” Izya tetap juga angguk. Tengok betapa polosnya riak wajah Izya, hampir saja Dhazrif mahu lepaskan tawa. Terbalikkan tubuh, sekelip mata Dhazrif pula yang mengambil posisi di atas. “Kalau macam tu, nak kena bagi lebih lagilah ni.” Menggumam, lalu bibir terus dilabuhkan pada bibir Izya. Lama. Tautan terlerai setelah beberapa detik berlalu. Angkat muka, renung Izya dalam111
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dalam. Izya masih senyap tak terkata. Namun ketara, rona wajah Izya berubah merah padam. “I minta maaf kalau I dah lama abaikan you. Annura mungkin sibuk bergelak tawa, kita berdua pula yang merana tanggung rindu masing-masing. Lepas ni boleh tak jangan jadikan orang lain sebagai punca untuk kita bergaduh lagi?” soal Dhazrif, berharap permintaan dia tu meresap jauh ke sudut hati Izya. Lama Izya terdiam sebelum kembali membuka mulut. “Saya cuba,” balas Izya dengan dua perkataan yang cukup menenangkan jiwa Dhazrif. Tak tahu sejauh mana Izya akan berpegang pada kata-kata sendiri. Perangai Izya, semuanya sudah berada di dalam poket Dhazrif. Izya yang Dhazrif kenali boleh berubah karakter pada bila-bila masa saja. Namun untuk malam ini, Dhazrif rasa topik itu biarlah berkubur setakat ini. Merenung Izya sebegitu dekat, paluan jantung Dhazrif semakin tidak sekata. Tolak ke tepi isu yang tak penting. Sebab yang ada depan mata, lebih memikat jiwa dan raga. “You nak bagi Inas adik tak?” 112
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Nak..” “Kalau macam tu, kita usahakan dari sekarang ya?” Nakal soalan Dhazrif, buat darah merah terus menyerbu naik ke kedua-dua belah pipi Izya. Malu, tapi mahu gitu.
113
Bab 16
B
ARU semalam janji kononkononnya nak cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Tak nak disebabkan orang lain, emosi Izya turun naik. Bila dah turun naik, Dhazriflah yang akan jadi mangsa. Alih-alih hari ni Izya hilang kawalan lagi. Ah, payah rupa-rupanya nak berpegang pada janji. Mulut cakap lain, hati pula tak seiring dengan mulut. Disebabkan hati dan mulut tak selarilah Izya buat perangai lagi. Bukan sengaja, okey? Tapi perangai Datin Annura yang buat dia jadi macam ni. Dah tua pun masih nak pakai seksiseksi macam tu apahal? Memang sah niat Datin Annura hanya satu. Nak goda Dhazrif. Dari tadi 114
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datin Annura terliuk-lentok cuba nak dapatkan perhatian Dhazrif. Dhazrif pula kononnya professional sangatlah, sebab tu tinggalkan dia dan Inas kat sini dan layan tetamu penting syarikat yang hadir. Ee, geramnya! Tarik nafas, cuba untuk pujuk hati sendiri. Izya, ini majlis makan malam syarikat. Kau kena faham. Zrif mesti nak kena dahulukan tetamu-tetamu yang datang. Dekat rumah nanti, perhatian dia sepenuhnya pada kau. Suara hati, jelas mahu Izya berfikiran waras. Kalau diikutkan tak waras, dah lama dia tarik Dhazrif dan ajak balik ke rumah. Rosak mood betullah bila tahu Datin Annura pun ada sekali. “Mummy, kenapa mak cik tu senyumsenyum dekat daddy?” Inas tayang kerut di dahi. Izya jatuh rahang. Nah.. anak dara dia seorang pun boleh nampak apa yang dia nampak sejak tadi. Mak cik? Nyaris nak tergelak. Memang sesuai sangatlah tu dengan usia Datin Annura. “Lepas tu kan, mummy..” Inas tak terus 115
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
habiskan ayat, sebaliknya bagi isyarat supaya Izya rendahkan tubuh supaya dia dapat berbisik. Akur, Izya rapatkan hujung telinga yang dilapisi tudung pada bibir comel Inas. “Pakaian dia seksi, tak macam mummy. Mummy pakai tak seksi, kat rumah aje seksi kan?” Polos, sambil kelip-kelip mata pandang Izya. Rasa macam nak tercekik Izya dengar ayat terakhir Inas. Garu hujung dahi yang tak gatal, Izya ukir senyum kelat. Si Inas ni, kenapalah terlampau cerdik sangat? Nak alih perhatian Inas, terus Izya bawa Inas ke meja makan. Capai beberapa lauk, diletakkan ke pinggan Inas. Disebabkan meja makan sedikit jauh dengan Dhazrif, Izya minta Inas tunggu dia di situ sementara dia jadi pengintip encik suami. Tak senang hati memikirkan Datin Annura sibuk menempel dengan Dhazrif. Elok kaki berdiri di tempat tadi, kelibat Dhazrif dan Datin Annura tak kelihatan. Bila kelibat Dhazrif tiada, jantung Izya pun rasa macam turut hilang. Terus Izya atur tapak menjejaki bayang dua makhluk Allah S.W.T itu. 116
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Hailah, pantang terlepas mata sikit terus ghaib. Memang saja cari peluang sejak tadilah ni. Gerutu hati Izya, mulai bengang. Bukan pada Dhazrif, tapi pada Datin Annura. Pandangan dihalakan ke serata tempat, terhenti saat kelibat encik suami dan Datin Annura kembali muncul depan mata. Lihat aksi keduadua mereka, bebola mata Izya mengecil. Sakan berjalan di tepi kolam. Sesekali terdengar tawa gedik milik Datin Annura. Walaupun wajah Dhazrif tidak tergaris secalit senyuman, hati Izya tetap dipagut cemburu. Cemburu yang buat Izya dah tak boleh nak bertahan lagi. Bila Datin Annura buat-buat nak tergelincir ke dalam kolam, memang kepala Izya automatik rasa berdengung. “Sorry, Zrif. I nak tergelincir tadi,” ujar Datin Annura penuh kepuraan. Saja reka alasan walhal memang hajat nak pegang-pegang suami orang. Dasar tak tahu malu. Apa Datin Annura cakap tadi? Nak tergelincir? Baiklah, sekarang juga Izya akan buat pembohongan Datin Annura jadi kenyataan. Tak sabar punya pasal, kaki semakin diatur ligat. Saat mendekat, tak fikir panjang lalu.. 117
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Gedebush! Terpercik air kolam bila sekujur tubuh milik Datin Annura elok terjun ke dalam. Tengok Datin Annura terkapai-kapai buat Izya ukir senyum sinis. Puas hati dia! “Hei, you tolak I ke?” jerit Datin Annura tak puas hati. Pandangan tetamu lain dah elok melekat ke wajah dia. “Ops! Saya nak tergelincir tadi, datin. Tak sengaja tertolak datin ke dalam. Maaf ya, datin? Kesiannya, nak saya tolong bawa naik ke atas tak?” Suara Izya jelas lembut yang dibuat-buat. Memang perli habis sebab tulah Izya sengaja ulang ayat sama Datin Annura muntahkan pada Dhazrif tadi. I?”
“You ingat I tak tahu you sengaja tolak
“Eh, datin ni.. tak baiklah tuduh-tuduh.” Izya masih berlakon suci. “Baby, you buat apa ni?” bisik Dhazrif sebab dia tahu Izya memang sengaja buat Datin Annura macam tu. Pandang Dhazrif, Izya jeling sekilas. “Saya buat apa? Saya cuma ‘tunaikan’ 118
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
apa yang dia nak sangat. Awak ingat saya tak nampak dia paut lengan awak, acah-acah nak tergelincir jatuh dalam kolam? Hah, sekarang mendapatlah!” Wajah Izya bengis sekali. Dhazrif pegang dahi. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sibuk berbahas dengan Izya, sampai dia lupa Datin Annura masih berendam dalam kolam. Ah, pedulilah. Takkanlah Datin Annura tak boleh nak naik sendiri? Kalau tak pandai berenang sekalipun, kolam bukannya dalam sangat. kan?”
“You dah janji tak nak buat perangai lagi
“Saya mungkir janji sebab orang tua ni memang dah melampau sangat. Nasib baik saya cuma tolak, kalau saya benam dia sampai mati lemas awak nak cakap apa?” “Baby..” “Zrif, tolonglah bawakan I ke atas. I sejuk ni. You kena bertanggungjawab dengan apa yang isteri you dah buat pada I.” Suara gedik Datin Annura menyampuk. Izya ketap bibir. Sempat lagi tu? Jenis tak tahu serik sungguh! Buang pandang ke arah 119
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
wajah Dhazrif semula, Izya lepaskan dengusan kasar. Hati memang mendidih tahap nak meletup dah ni. “Kalau awak turun selamatkan dia, dengan awak-awak sekali saya benam dekat dalam. Jangan ingat saya tak buat ya?” Jegil mata, bagi amaran. Sesudah habiskan ayat, terus Izya atur langkah meninggalkan Dhazrif. Pandang kelibat Izya menjauh, Dhazrif hela nafas panjang. Sikap Izya, buat Dhazrif tersepi. Agak-agak macam mana lagi dia mahu fahamkan Izya yang hati dia hanya milik Izya? Kenapa Izya perlu nak rasa ‘tak selamat’ sampai macam ni? “Zrif, tolong I..” Lagi suara Datin Annura merengek di dalam air. Ni pun satu lagi masalah. Punya berlambak lelaki yang masih bujang, kenapa suami orang juga yang Datin Annura nak rembat? Geleng kepala, Dhazrif sekadar mampu memandang Datin Annura dengan pandangan kosong saja. Dhazrif tak tolong Datin Annura bukan semata-mata kerana fikirkan amaran Izya, tapi mengenangkan dia dan Datin Annura 120
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mana boleh nak bersentuhan sesuka hati. Nak bawa Datin Annura naik ke atas, dia perlu basahkan diri sendiri juga. Bila dah basah dan terpaksa rapatkan tubuh pada Datin Annura, faham-faham sajalah. Mesti menjadi-jadi Datin Annura ambil kesempatan nanti. Dhazrif tak nak keruhkan keadaan. “I tak dapat nak tolong you. You tahu berenang kan? You naiklah sendiri, jangan buat I serba-salah macam ni.” Bicara Dhazrif lalu undurkan tapak untuk berlalu pergi. Perihal Datin Annura, tolak ke tepi. Yang perlu Dhazrif khuatiri, si isteri yang dah mula merajuk hati. Tengok pemergian Dhazrif, bibir Datin Annura langsung ternganga. Tak sangka Dhazrif tergamak biarkan dia terapung serupa orang bodoh dekat dalam kolam. Cis, nampak gaya Dhazrif lebih takutkan ugutan seorang isteri. Tak gentle langsung! Kutuk Datin Annura, seraya terkial-kial cuba nak panjat naik ke atas.
121
Bab 17
M
ULA-MULA Dhazrif memang nak pujuk Izya, tapi kenangkan apa yang Izya dah buat semata-mata kerana menurut emosi buat Dhazrif naik geram. Boleh jadi Izya tinggalkan Inas macam tu saja dekat majlis. Lepas tu Izya tanpa perasaan bersalah balik ke rumah menggunakan perkhidmatan Grab. Nak luruh jantung Dhazrif bila Inas datang pegang tangan dia lepas tu bagitahu Izya dah balik. Waktu tu, hanya Allah S.W.T saja yang tahu betapa marahnya Dhazrif pada Izya. “Berapa kali I perlu cakap masalah kita jangan sampai memudaratkan Inas?” Ayat pertama, selepas Dhazrif dah bawa Inas masuk ke bilik dia. Baru saja tutup pintu bilik, terus 122
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif sembur Izya. Soal serius macam ni, tak boleh nak tangguh-tangguh lagi. Bimbang Izya ulangi lagi di masa depan. Mujurlah Izya tinggalkan Inas di majlis makan malam yang rata-ratanya dihadiri oleh orang yang Dhazrif kenali. Kalau kata Izya tinggalkan Inas di pusat membeli-belah atau tempat yang tak selamat, tak mustahil Inas kena culik dan dibawa lari. Allahuakhbar, minta dijauhkan perkara yang tak baik. Inas tak bersalah, jadi Inas tak layak jadi mangsa keadaan. “I cakap dengan you ni, Izya Ammara. Talk to me!” Geram dengan reaksi Izya, terus lengan Izya dipaut supaya berdepan dengan dia. Izya terus pura-pura menguap. “Kalau nak cakap, cakap esok sajalah. Saya tak ada mood.” “Jangan nak fikirkan mood you saja, sampai you abaikan keselamatan anak sendiri.” “Yang awak dari tadi tak puas hati dengan saya ni, kenapa?” “I tak suka you buat macam tu pada Inas.”
123
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Okey, lepas ni saya tak buat lagi.” “I tak percaya.” “Tak percaya, sudahlah.” Izya jawab mudah lepas tu berura-ura nak merangkak naik ke atas katil. Terpusing tubuh dia bila Dhazrif paut lengan dia buat kali kedua. “You’re just too much.” Suara celah gigi. Buat Izya pun dah mula naik hantu. “Awak cakap saya melampau, awak dengan datin gedik tu tak melampau ke? Ingat romantik ke jalan-jalan tepi kolam lepas tu acahacah nak terjatuh? Sampai nak bersentuhan segala, tu baru dipanggil melampau!” Mata Izya bersinar garang. “Annura yang sentuh I atau I yang sentuh Annura? Mata you belum buta, Izya.” “Awak boleh tepis, Zrif.” Masih nak menangkan diri sendiri. Terdengar Dhazrif beristighfar panjang. Cuba bersabar. tenang.
Cuba untuk hadapi situasi ini dengan “Kenapa you masih tak berubah lagi, 124
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya?” “Awak nak cakap saya teruklah ni? Kalau tahu saya teruk, kenapa setuju nak kahwin dengan saya dulu?” hambur Izya makin sentap. Sampai tak sedar dia dah mula meninggikan suara. Sakit hati punya pasal, sampai seluruh tubuh jadi menggigil. Tak dapat lepaskan kemarahan punya pasal, laju air mata Izya turun membasahi pipi. Lihat keadaan Izya, Dhazrif langsung terdiam. Tak sangka kesan cemburu seorang Izya Ammara teruk sampai macam ni sekali. Mara, kedua-dua belah tangan di bawa memegang pipi kiri dan kanan Izya. Hujung dahi ditemukan. Dhazrif pejam mata. Sejujurnya dia letih. Acap kali mereka bertengkar tentang perkara sama. Gaduh, berbaik. Gaduh lagi, lepas tu berbaik. Menipulah kalau Dhazrif kata dia tidak bosan lalui perkara yang sama hampir setiap hari. Pasangan lain sibuk menyulam bahagia, mereka pula tak sudah-sudah bergaduh dan 125
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
meninggi suara. “Calm down, baby..” pujuk Dhazrif lembut. Izya pejamkan mata. Saat gigilan Izya terasa jelas, Dhazrif bawa ulas bibir menyentuh dahi Izya. Berharap sentuhan itu mampu menyejukkan hati si isteri. Malangnya bila Izya tolak tubuh dia dan capai sebiji bantal di atas katil. pintu.
Pusing tubuh, Izya menghala ke muka
“You nak ke mana lagi, sayang?” Lemah suara Dhazrif. Terbit simpati tengok bening mata Izya yang basah. “Saya tidur ruang tamu malam ni.” Dhazrif tahu Izya pilih untuk tidur di ruang tamu sebab risau kalau-kalau Inas akan persoalkan bila Inas nampak Izya dekat sebelah pagi esok. “Sejak bila katil kita tu dah jadi sempit untuk you?” Penuh makna. “Saya tak nak bergaduh dengan awak, jadi biar saya tidur dekat luar,” tutur Izya tegas lalu kembali mengatur langkah. Tak sempat kaki nak menapak keluar, terasa jemarinya dipaut 126
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
oleh Dhazrif dari belakang. Tergamam, bantal yang berada di tangannya turut diambil Dhazrif. Lama pandangan mereka bertatapan. Sebelah tangan Dhazrif naik menyapu sisa air mata di wajah Izya. “Stop crying..” Permintaan seorang suami, jelas tidak mahu melihat air mata seorang isteri. Hampa, semakin laju pula mutiara jernih turun ke pipi Izya. Hati Izya berubah cengeng. Jiwa Izya bertukar rapuh seperti tisu. Saat Dhazrif menarik Izya menuju ke katil, Izya menurut tanpa sedar. “Biar I yang tidur dekat luar, you tidurlah dekat dalam bilik.” Sebaris ayat, sebelum Dhazrif bawa diri meninggalkan ruangan kamar mereka. Seperti selalu, Dhazrif yang akan terlebih dulu mengibarkan bendera putih. Memandangkan dia terlalu menyayangi Izya, Dhazrif memilih untuk tidak berkeras dengan si isteri. Malangnya, Izya tetap juga ragu-ragu dengan kasih sayang Dhazrif.
127
Bab 18
D
HAZRIF masih cuba nak pulihkan hubungan dia dan Izya. Kecewa, Izya seakan sengaja mahu menjauhkan diri. Nak tarik perhatian Izya, awal-awal lagi Dhazrif dah atur agenda. Memanglah segala keperluan Dhazrif, Izya akan siapkan. Cuma Izya lakukan semua itu dari jauh. Siapkan makan, Izya tak ikut makan sekali. Alasan, kenyang. Alasan lebih bernas, diet. Siapkan pakaian dia, Izya tak tolong butangkan kemeja dan kenakan tali leher untuk Dhazrif seperti selalu. Pendek
kata,
128
memang
nampak
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
sungguhlah Izya lancarkan perang dingin dengan Dhazrif. Salah Datin Annura, tak pasalpasal Dhazrif yang perlu hadap. Kesian dengan nasib Dhazrif, kan? “Daddy, kenapa daddy nampak lain hari ni?” tegur Inas buat Dhazrif yang baru saja menyuap roti ke mulut langsung berhenti mengunyah. “Apa yang lain?” Inas muncungkan bibir. Tepat menghala ke dada Dhazrif. Tunduk, Dhazrif kebam bibir. Inas ni macam jadi tahu-tahu pula kali ni. Alang-alang Inas dah buka jalan, terus Dhazrif rebut peluang. “Daddy tak pakai tali leher, tak handsome macam selalulah..” komen Inas disambut dengan riak sayu yang dilakonkan Dhazrif. “Nak buat macam mana, mummy sibuk. Tak sempat nak pakaikan untuk daddy.” Bercakap dengan Inas, tapi mata melirik ke wajah Izya. Izya masih buat-buat pekak. Terpaksa alihkan tumpuan bila Inas mula petik nama dia terang-terangan. “Mummy sibuk buat apa? Inas tak 129
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nampak mummy macam sibuk pun. Mummy pakaikanlah tali leher untuk daddy, tak lama pun kan? ” Petah suara Inas. Sikit lagi Izya rasa nak tercekik roti. Si kecil seorang ni, kenapalah bijak sangat? Terkedu, Izya tak tahu nak membalas apa. Bila Inas masih merenung dia seakan menanti respons, Izya lepaskan nafas panjang. Bangkit, berjalan ke arah sinki. Basuh tangan, kembali berdiri di depan Dhazrif. “Mana?” “Mana apa, sayang?” Kononnya tak faham. Izya julingkan biji mata ke atas. Beranilah buat macam tu sebab dia sedang belakangkan Inas sekarang ni. “Tali leher awak, awak campak mana?” Suara yang kedengaran malas mahu melayan. Dhazrif simpan senyum. Berjaya juga taktik dia kali ini. Ribuan terima kasih kepada Inas. “Nah..” Tak dan-dan Dhazrif seluk poket seluar dan hulur pada Izya. Bertukar tangan, Izya terus tolong Dhazrif kenakan tali leher. Siap, Izya paksa senyum lalu kembali 130
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mencari wajah Inas. “Dah handsome belum daddy Inas ni?” Sedikit menderam, namun tidak disedari Inas bila Izya lorek senyum plastik pada bibir. Lagipun sejak awal Inas tak syak pun Izya dan Dhazrif sedang perang dingin. Angkat ibu jari, Inas tunjukkan pada Izya. Senyum melebar. kan?”
“Handsome. Sebab tu mummy sayang
Erk! Bagaikan hilang lidah Izya dengan soalan cepumas Inas. Buat-buat tak dengar, Izya dah mula nak kembali pada kerusi yang diduduki. Tersekat saat Dhazrif genggam jemari dia dari bawah meja. Cari wajah Inas, Inas dah sibuk mengunyah sarapan dia. “Kenapa tak jawab Inas tanya? Dah tak sayangkan I ke?” aju Dhazrif perlahan. Izya berusaha nak lepaskan tautan. “Babyy..” Leret panggilan keramat itu meluncur pada bibir Izya. Harapnya bolehlah sejukkan hati Izya sedikit, kecewa kerana Izya tetap juga dengan sikap keras kepalanya. “Awak sepatutnya tanya soalan tu pada 131
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datin Annura, bukan saya,” hambur Izya dalam nada yang sama, namun cukup jelas untuk didengari Dhazrif. Tarik tangan, Izya menonong balik ke tempat dia semula. Perasan Dhazrif sedang tenung dia, sengaja Izya tak angkat pandangan. Tengok gelagat Izya, Dhazrif sekadar menghela nafas berat. Rajuk perempuan, susah betul mahu dipujuk. Apatah lagi perempuan itu adalah Izya Ammara. Keluarkan telefon bimbit, menaip-naip sesuatu di situ. Memandangkan Izya jauh dan tak sudi nak pandang dia, itu sajalah cara paling romantis yang sempat Dhazrif terfikir dalam kepala. Tak apalah kalau you dah tak sayangkan I. Cuma I nak you tahu, I tak pernah berhenti sayangkan you. – Dhazrif Bunyi pesanan masuk buat Izya segera mencapai telefon bimbit. Habis dibaca, perut Izya terasa sebu. Terkesan dengan mesej yang dihantar Dhazrif, tapi Izya memilih untuk jual mahal. Letak telefon bimbit semula, Izya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
132
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Sedangkan Dhazrif, hanya mampu memendam rasa dengan tingkah laku si isteri.
133
Bab 19
T
URUN ke bawah, terdetik rasa pelik di hati Dhazrif. Semalaman Izya tak masuk ke bilik mereka. Dhazrif ingat Izya ada tugasan yang nak disiapkan, meleset bila dia bangun pagi pun Izya masih tak ada dekat sebelah. Nak kata dia ada sakitkan hati Izya lagi, rasanya memang tak ada. Habis tu apa motif Izya tiba-tiba asingkan tempat tidur mereka? Lepas tu, sarapan pun Izya tak sediakan pagi ini. Termenung, cuba nak mengenalpasti punca. Di saat kepala otak Dhazrif tak mampu berfungsi, Dhazrif malas nak serabutkan kepala lagi. Daripada bazirkan masa berteka-teki, baiklah dia selidik sendiri. Niat nak cari Izya di tingkat atas, terbantut bila dia nampak si kecil 134
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Inas kelam-kabut turun mendapatkan dia. Eh, Inas pun tak bersiap lagi? “Daddy. Daddy..” Suara Inas kuat melaung dari atas tangga. Nampak cemas, buat Dhazrif pun turut berubah cemas. “Ya, sayang. Kenapa ni?” Dhazrif segera dapatkan Inas sebab risau tengok gaya Inas menapak turun dari tangga. Kang tergolek ke bawah, niaya saja. Dek tapak yang diatur deras, Inas nampak semput sedikit. “Mummy.. mummy..” Tersekat-sekat sebab Inas masih cuba nak kumpul nafas. “Cakap pelan-pelan, sayang. Daddy dengar ni..” pujuk Dhazrif seraya mengusap belakang badan Inas. Setelah mampu bernafas dengan elok, Inas dongak pandang wajah Dhazrif. “Mummy tidur depan tandas, daddy.” “Hah?” Terjerit Dhazrif sebab terkejut. Dah kenapa katil empuk elok disediakan, depan tandas pula yang Izya nak tidur? Mogok apa lagi? “Ya, mummy tidur depan tandas. Inas tak tipu.” Bersungguh-sungguh nak yakinkan 135
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif. pula?”
“Kenapa mummy tidur depan tandas
“Mummy pening, banyak kali ulang-alik tandas. Letih sangat tu, sampai mummy tidur depan tandas. Inas nak angkat mummy bangun pun mummy tak nak. Lagipun mummy kata Inas tak larat nak angkat mummy.” Jujur cerita Inas buat tubuh Dhazrif seakan terkena renjatan elektrik. Tak bertangguh, tubuh Inas terus disauk ke dalam dukungan. “Mummy tak sihat ke, Inas?” Inas angguk sambil paut leher Dhazrif. Laju Dhazrif atur langkah ke bilik Inas. Kuak pintu, paluan jantung Dhazrif makin berubah deras. Memang betul apa yang Inas cakap. Izya terbaring betul-betul di depan tandas. “Baby, what’s wrong? Allahuakhbar..” Turunkan Inas, Dhazrif meluru. Dipangku kepala Izya seraya menepuk-nepuk pipi Izya. Seriau dia bila tengok Izya tak celik-celikkan mata juga. Sudahnya Dhazrif tepuk berulang kali lagi. Barulah Izya berikan respons. Jemari 136
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif ditepis lembut. “Saya hidup lagilah, tak payah nak drama sangat.” Dalam susah payah, Izya membuka mulut. Dhazrif hela nafas lega. Walaupun ayat Izya jelas menyindir dia, sekurang-kurangnya Dhazrif dah tak perlu risau dan fikir yang bukan-bukan. “Izya cakap you pening dan muntahmuntah. Salah makan ke?” Prihatin Dhazrif bertanya. Tidak dijawab Izya, sebaliknya Izya gagahkan diri untuk bangun. “I tanya ni, sayang..” asak Dhazrif bila Izya tak menyahut. “Saya okey ajelah, awak pergilah kerja.” Cuba menghalau Dhazrif. Kebam bibir, Dhazrif cuba menahan sabar. Muka dah pucat serupa mayat, masih nak kata okey? Ego sungguh. “I bawakan you ke klinik.” “Tak nak.” “Baby, jangan degil. You tak sihat ni, pucat sangat.”
137
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Kalau saya rasa tak larat, saya pergi sendiri nanti.” “Kenapa tak nak dengar cakap I langsung?” hambur Dhazrif hampir terlupa Inas turut ada bersama mereka. Sekali lagi Izya abaikan soalan Dhazrif. Terhuyung-hayang berjalan ke arah katil. Hampir terjatuh, namun sempat disambut Dhazrif. “You memang tak okey, sayang. Inas, siap cepat. Kita bawa mummy ke klinik,” gumam Dhazrif sembari memberikan arahan. Tubuh Izya dipaut kejap. Meskipun Izya cuba menolak, Dhazrif sikit pun tak ambil kisah. “Lepaslah, saya nak muntah lagi ni.” “Nak muntah, muntah aje. Tak payah cari alasan tak nak I..” Bluek! Dan muntah Izya langsung tersembur memenuhi kemeja putih yang dikenakan Dhazrif. Terkedu Dhazrif bukan sebab tak jangka dengan tindakan Izya. Tapi sebab dia tengok gaya Izya ni macam sesuatu sangat. “Saya dah cakap saya nak muntah, awak 138
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tak percaya..” Lemah bicara Izya sebelum wajah disembam rapat pada dada bidang encik suami. Kudrat Izya bagaikan hampir seratus-peratus menghilang. Anehnya, semerbak haruman yang dipakai Dhazrif bagaikan magik. Terhidu haruman wangi daripada tubuh Dhazrif, rasa loya Izya beransur pergi. Malahan, Izya dapat rasakan diri dia sedikit segar berbanding tadi. Pelik, memang pelik. Apa kena dengan Izya ni? Dah nak mati ke? Jika benar, bagilah Izya bertaubat dahulu. Banyak dosa Izya dengan Dhazrif, risau tak sempat nak minta ampun pula.
139
Bab 20
D
HAZRIF tak tahu nak rasa gembira atau terkilan dengan berita yang dia dengar setengah jam lalu. Yang Dhazrif tahu, dia kesian nak bebankan Izya memandangkan Izya dah berada di hujung semester. Memanglah mereka dah bersetuju nak dapatkan adik untuk Inas, tak sangka pula secepat ini. tolak?
Rezeki, Zrif. Rezeki. Takkan kau nak
Ada suara kedengaran, mengingatkan Dhazrif akan ketentuan DIA. Patutlah teruk sangat emosi Izya sejak kebelakangan ni, ternyata si isteri dah lima minggu berbadan dua. Di dalam rahim Izya,
140
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
wujud buat kali kedua sebuah amanah yang dihantar oleh DIA. Amanah untuk dia dan Izya jaga dengan sebaik mungkin. Sedut nafas dalam, Dhazrif dah mampu neutralkan rentak hati dia. Setiap yang berlaku tentu ada hikmah yang tersembunyi. Jadi jangan sesekali merasa kesal. “Daddy..” Suara Inas buat lamunan Dhazrif terganggu. “Ya, sayang?” sahut Dhazrif. “Bila kita boleh naik tengok mummy?” aju Inas bersama wajah cemberut. Tunduk pandang Inas, senyum melatari bibir. Dah hampir dua jam Dhazrif dan Inas melangut di ruang tamu, mahu tak masam mencuka wajah puteri kesayangan dia seorang ni. Dhazrif bukan apa, saja nak berikan waktu untuk Izya berehat tanpa sebarang gangguan. “Inas tahu tak yang Inas nak dapat adik? Tak lama lagi, Inas akan jadi kakak,” aju Dhazrif. Sepasang mata Inas terus bersinar galak. “Inas nak jadi kakak? Dalam perut mummy ada baby ke?” Teruja gaya bertanya.
141
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif angguk. “Sebab tulah daddy tak bagi Inas kacau mummy. Mummy letih, sebab mummy bawa adik Inas dalam perut mummy.” Penjelasan Dhazrif untuk memudahkan Inas faham. Tak dan-dan Inas melompat sakan. Tergelak Dhazrif melihat keletah Inas. Gamit Inas, Dhazrif duduk mencangkung di hadapan puteri kesayangan. Rambut Inas diselit di celahan telinga. Walaupun Izya dah disahkan hamil buat kali kedua, sayang dia pada Inas tetap sama. Tak berubah. Kerana Inas yang memberikan dia peluang menjadi seorang ayah. “Daddy nak cakap sikit boleh tak, sayang?” Giliran Inas mengangguk. Senyuman manis masih tak hilang di wajah comel Inas. “Inas kan nak dapat adik, boleh ke Inas janji lepas ni Inas takkan buat mummy penat? Inas kena selalu tolong mummy, jagakan mummy waktu daddy tak ada. Boleh?” Lembut suara Dhazrif, menagih jawapan daripada Inas. Tak fikir panjang, Inas jatuhkan kepala 142
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
berkali-kali. “Boleh, lepas ni Inas jaga mummy. Inas tolong mummy kemas rumah, semua Inas akan tolong supaya mummy tak penat. Daddy tak payah risau tau?” Jujur riak wajah Inas. Puas hati, Dhazrif usap kepala Inas sebelum kembali berdiri. Hujung jemari Inas digenggam kemas. “Kita naik tengok mummy. Janji jangan bising-bising, mummy tak larat lagi tu.” Putus Dhazrif sempat menyelit nasihat di hujung ayat. positif.
“Okey.” Disambut Inas dengan jawapan
Kadang-kadang Dhazrif rasa melayani Inas lebih mudah berbanding Izya. Inas memang ada waktu dia akan meragam juga, tapi kena cara Inas jenis mudah nak hadam nasihat orang lain. Walaupun perangai Inas banyak diwarisi daripada Izya, tapi setakat ini Dhazrif masih mampu hadap. Mujurlah kan? Kalau kata kedua-dua orang susah nak dikawal, boleh gugur rambut Dhazrif mahu memikirkan masalah dia. Haru!
143
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
INAS dah elok terlena di pangkuan Dhazrif. Sejak tadi Inas sibuk berceloteh, alih-alih dah terlentok di ribaan Izya. Tak nak penatkan Izya, Dhazrif dukung dan betulkan kedudukan kepala Inas di atas bantal. Lagipun ada sesuatu yang dia mahu bincangkan dengan Izya. “Dah lima minggu.” Ayat mukadimah. Izya tayang wajah tenang. Tahu sebab dia pun dengar apa yang doktor cakap dan jelaskan tadi. “Saya dengar.” “Tahu kan awal-awal kandungan ni you kena jaga elok-elok?” “Saya dah pernah mengandung sebelum ni, saya tahu.” Balasan Izya kedengaran dingin. “Beza, sebab sekarang you ada komitmen lain. Jadi..” Gantung ayat, kerana Dhazrif tahu apa yang dia bakal tuturkan mesti takkan dipersetujui oleh Izya. “I nak you tangguhkan dulu semester akhir ni dan duduk rumah saja, nanti I akan dapatkan you pembantu rumah.” “No.” Cepat saja Izya memprotes. “Baby..” 144
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Saya nak habiskan semester ni. Lagipun dah lebih separuh jalan saya usahakan, takkan nak tangguhkan pula? Rugi.” Ketara tak berpuas hati. Dhazrif lepas nafas panjang. “I tak nak you letih. Niat I, nak yang terbaik untuk you dan anak kita. Salah ke kalau you dengar cakap I kali ni?” “Saya mengandung, bukannya sakit kronik. Saya mampulah nak habiskan. Kenapa sampai nak suruh saya tangguhkan semester?” “Memang you cakap you mampu, nak tahu sebab apa?” Dhazrif jadi geram. Payah sungguh Izya nak akur akan nasihat dia sekarang. “Sebab you ni keras kepala. I minta you tangguhkan, bukan berhenti terus. I risaulah you bawa perut tu dalam keadaan you alahan sekarang. Bukannya I boleh 24 jam selalu ada dengan you.” Sambung Dhazrif menekan setiap patah perkataan yang meniti pada bibir. “Memang tak boleh 24 jam dengan saya sebab ada masa nak kena berkepit dengan datin tua tu juga kan?” “Tak habis-habis lagi ke pasal Annura? Sekarang kita cakap pasal you, I dan anak 145
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dalam perut tu. Tak ada kena-mengena dengan Annura.” Suara Dhazrif keras. Izya cebirkan bibir. “Keputusan saya tetap sama, saya nak teruskan. Saya tahu jaga diri, tak payahlah nak buat keadaan nampak teruk sangat,” ujar Izya tak mahu beralah. Dengar kata putus Izya, Dhazrif raup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Rasarasanya memang dia tak berjaya nak ubah pendirian Izya. Izya dan penyakit keras kepala, sejak dulu lagi sudah sebati. Sebelum kahwin. “Suka hati youlah. Tapi kalau jadi apa-apa pada diri you atau anak I, you kena bertanggungjawab,” balas Dhazrif malas nak panjangkan debat. Dhazrif dah cuba bagi jalan paling elok untuk Izya, kalau dah Izya tak mahu dia nak kata apa lagi? Bukan dia nak halang Izya habiskan pengajian, dia cuma minta Izya tangguhkan sebentar. Bila kandungan dan besar sikit, terpulang pada Izya kalau nak teruskan balik. Susah dapat isteri jenis degil, kesudahan dia saja yang betul. Huh!
146
Bab 21
N
YARIS nak tersadung Dhazrif mengatur langkah. Detakan jantung masih deras. Malah, kian kencang berbanding tadi. Dapat saja panggilan daripada Prof. Hazmi, terus Dhazrif pecut ke tempat Izya. Bimbang punya pasal, terselit rasa sakit hati mengenangkan kedegilan Izya. Dhazrif baru saja pesan beberapa hari yang lalu, tak salah mulut hari ni Izya hampir mahu pitam waktu perbincangan berjalan. Dhazrif bukan suka-suka nak suruh Izya tangguhkan semester, pasti semuanya bersebab. Dan sebab paling utama adalah untuk kebaikan diri Izya dan bayi di dalam kandungan. Student
Lounge 147
dijejaki
dengan
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
perasaan yang masih ribut. Selalunya memang perbincangan Izya dan Prof. Hazmi akan berlangsung di situ. Sebaik saja pintu kaca ditolak Dhazrif, mata melilau mengesan kedudukan isteri. Nampak saja muka Lissa, terus kaki dilencongkan ke situ. Turut berdiri Prof. Hazmi yang belum berganjak pergi. “Baby, you okey tak ni?” Meluru, terus ajukan soalan. Sikit pun tak peduli dengan telinga yang mendengar panggilan manja terhadap Izya. Biarlah, yang dia panggil tu bukannya orang lain. Isteri dia yang sah. “Saya okey ajelah, tak payahlah risau.” “No, you’re not. Awak nyaris nak pengsan tadi. Mujur Lissa sempat sambut, Izya.” Prof. Hazmi menyampuk. Waktu Izya hampir pengsan, perbincangan mereka dah pun selesai. Alangalang Lissa berada di tempat sama. Waktu beriringan nak keluar dari Student Lounge, boleh pula Izya tiba-tiba gelap mata. Kalau Lissa tak sambut, memang tersembam ke lantai muka Izya. “Izya letih sangat kut. Pagi tadi dia 148
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
banyak kali ulang-alik masuk tandas.” “Why?” Sepatah Dhazrif soal. Walhal dia seakan sudah tahu punca Izya jadi begitu. “Muntah teruk sangat. Kalau saya dekat tempat Izya, pun boleh jadi lembik,” balas Lissa sikit pun tak sedar bahasa isyarat yang Izya cuba bagi. Ke main Izya kenyitkan mata suruh Lissa rahsiakan, habis Lissa buka cerita pada Dhazrif. Saja nak bagi Dhazrif marah dialah ni. “Izya, awak mengandung ke?” Prof. Hazmi mahu tahu. Sengih kelat, Izya angguk sekali menjawab pertanyaan Prof. Hazmi. Dengar khabar gembira Izya, terus senyuman manis melatari bibir Prof. Hazmi. Izya, sudah dia anggap seperti anak sendiri. Jadi wajarlah kalau dia tumpang gembira dengan berita kehamilan wanita itu. “Tahniah, Izya. Patutlah awak nampak lain sangat sejak kebelakangan ni. Selalu hilang fokus waktu saya bagi penerangan,” tutur Prof. Hazmi dalam gelak buat Izya langsung menggaru hujung dahi. 149
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Rasa bersalah juga pada Prof. Hazmi. Maklumkan orang tua tu sibuk pung-pang depan dia dia penerangan, dia boleh pula hanyut entah ke mana-mana. Kadang-kadang sampai terlelap. Haish! “Terima kasih Prof, Lissa sebab sudi temankan isteri saya sampai saya datang. Kalau tidak, tak tahu apa jadi.” Dhazrif bersuara mencelah di antara mereka. Sempat berbual beberapa minit sebelum Lissa dan Prof. Hazmi mula meminta diri. Sebaik saja kelibat Lissa dan Prof. Hazmi hilang, terus pandangan Dhazrif tunak di wajah Izya. Nak buka mulut, keluarkan tazkirah. Izya lebih licik, awal-awal lagi dia dah bangun nak selamatkan diri. “Baby, stand still!” arah Dhazrif masih dalam nada suara terkawal. Tahu-tahu sajalah di Student Lounge, mana boleh bising-bising serupa dekat pasar. Mengganggu ketenteraman pelajar lain pula nanti. “Kalau awak nak bebelkan saya, sila sambung dekat rumah. Saya letih sungguh ni.” “Letih sebab you paksa diri sendiri.”
150
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Zrif, please..” Leret Izya malas nak bergaduh. Dhazrif geleng laju tanda dia takkan berhenti selagi Izya tetap mahu berkeras. “Perkara penting macam ni, tak perlu tunggu dekat mana untuk I ‘sekolahkan’ you. Dah nampak kan kesan dia pada you? Told you, baby. I did it for a right reason. Kenapa masih tak faham-faham juga?” Suara Dhazrif bernada terkilan. Izya sedut nafas panjang. “Buat masa sekarang ni saya masih boleh bertahan. Nanti bila saya rasa dah tak boleh nak teruskan, saya bagitahu awak. Okey, Zrif?” Cuba memujuk. “Bila? Nak tunggu jadi apa-apa baru nak menyesal?” “Tak baik doakan yang tak elok untuk isteri.” Izya tarik muncung. Bukan merajuk sangat, tapi taktik nak buat Dhazrif tak panjangkan lagi topik mereka. “I bukan doakan yang tak elok untuk you, Izya. Tapi I nakkan yang terbaik untuk you. Tapi kalau you tak nak dengar, takkan I nak paksa kan? Siapalah I ni..” Kalau Izya ingat Izya boleh guna cara kotor, Dhazrif pun bolehlah.
151
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tayang wajah beku, jemari Izya dipaut. Meskipun kesal dengan pendirian Izya, dia perlu menjaga kebajikan Izya. Buatnya Izya tersungkur lagi, dia juga yang susah. Susah hati sebab fikirkan keadaan Izya. “Awak marah saya ke, Zrif?” Dhazrif geleng. Sejujurnya tiada sekelumit perasaan marah di hati Dhazrif. Rentak perasaan Dhazrif lebih kepada terkilan semata-mata. “Merajuk?” “You rasa?” Toleh dan ukir senyum sinis. Izya gigit hujung bibir. “Saya rasa macam nak kunyah-kunyah awak sekarang. Comel sangat tau bila merajuk macam ni?” ujar Izya bersama sengih nakal. Malangnya, tetap juga tak mampu buat rona tegang di wajah Dhazrif menghilang. Hantar Izya sampai ke pintu kereta, dilayan Izya serupa seorang puteri. Siap tolong kenakan tali pinggang lagi. Tingkah saja yang jelas tunjuk prihatin, sedangkan wajah Dhazrif beku dan dingin terhidang depan mata. Sebelum sempat Dhazrif mahu berlalu ke 152
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bahagian pemandu, lengan Dhazrif dilelar deras oleh Izya. Menoleh, pandangan berlaga. “Senyum sikit, boleh?” “Kita sambung bincang dekat rumah.” Lain permintaan Izya, lain pula yang dibalas Dhazrif. Serentak buat niat untuk terus memujuk lelaki itu terbantut. Dhazrif dan rajuk, kalau sudah bergabung terbukti ambil masa juga untuk makan pujuk. Sigh!
153
Bab 22
R
AJUK Dhazrif lesap bila Izya mula berjanji. Macam-macam yang Izya janjikan pada Dhazrif semalam. Bila dah disogok dengan ‘bulan’ dan ‘bintang’, surut jugalah rasa kecil hati dengan penolakan Izya. Automatik Dhazrif termakan pujuk. Sekurang-kurangnya Izya kata dia akan pertimbangkan. Sekurang-kurangnya lagi Izya jawab kalau terjadi kejadian sama seperti semalam, dia takkan teragak-agak untuk ikut cakap Dhazrif. Dhazrif pegang janji Izya. Kelak kalau Izya tak tunaikan, siaplah si isteri kena leter dengan dia. Segala kitab ‘bebelan’ dia akan buka
154
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
depan Izya. Jangan cakap dia tak ingatkan, okey? Hati dah sejuk. Emosi pun tak berkecamuk. Alang-alang Dhazrif ambil cuti nak jaga Izya, terus Izya ajak Dhazrif keluar ambil angin dekat luar. “Nak pergi mana lagi, sayang?” Dhazrif soal dalam nada memerli. Kalau tengok keadaan Dhazrif sekarang, memang dah serupa pokok bergerak. Penuh plastik dekat tangan. Izya membeli-belah serupa tak ingat dunia. Nampak saja butik pakaian bayi yang cantik-cantik, semua nak disinggah Izya. Sampai Dhazrif naik pening. Izya nak pakaikan baju-baju ni semua pada anak mereka waktu bila? Pesan orang-orang tua, pakaian bayi jangan beli banyak sangat. Bayi cepat besar, nanti banyak yang tak sempat pakai. “Saya nampak butik baju baby dekat hujung sana tu. Cantik-cantik. Kita singgah kali terakhir, lepas tu kita balik.” “Nak beli apa lagi? Kan dah banyak ni.” Dhazrif angkat kedua-dua belah tangan tunjuk depan Izya. Tengok reaksi muka Izya, macam dah tak makan saman langsung. Tak meleset 155
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
andaian dia bila Izya heret dia masuk ke dalam butik tersebut tanpa kompromi. Menonong ke bahagian pakaian bayi lelaki, Izya nampak teruja membelek koleksikoleksi yang ada. Scan pun belum, yakin saja kandungan dia tu bayi lelaki. Nyaris nak hantuk dahi bila Izya berikan jawapan paling ‘bernas’ pada Dhazrif waktu Dhazrif bertanya. “Kita tak tahu lagi jantina anak tu apa, Izya. Karang silap beli, siapa nak pakai? “Saya yakinlah anak kita kali ni lelaki.” “Why?” “Sebab kita dah ada Inas, mesti kali ni Allah S.W.T nak bagi Izyad pula.” seribu.
“Siapa Izyad?” Kening Dhazrif berkerut
Tiba-tiba muncul nama lelaki lain, tak ke dia rasa pelik? Mujurlah bukan jenis cemburu buta. Kalau tidak, habislah Izya. “Anak kita nantilah, siapa lagi?” Sengih, sambil usap dalam gerakan membulat pada perutnya yang masih tidak kelihatan. Malas nak cakap banyak, Dhazrif iakan sajalah teori si Izya 156
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tu. Biarpun karut, dipersetujui saja. Asalkan Izya gembira. Puas angkut beberapa helai baju lagi, Izya buat perangai baru pula. Masuk ke kereta, berkeping-keping Izya swafoto dengan koleksi pakaian-pakaian bayi yang baru saja dibeli dia. Rata-ratanya memang berjenama. Izya nak berswafoto, itu terpulang pada Izya. Yang buat Dhazrif tak berkenan bila Izya minta telefon bimbit dia dan muat naik gambargambar tersebut ke Instagram milik Dhazrif. Dulu dah pernah nasihat, nampak gaya memang tak makan saman. “Tak payahlah heboh sangat, sayang. Seelok-eloknya dirahsiakan dulu. Tak semua orang suka tengok kita bahagia. Mesti ada yang doa bukan-bukan.” Teguran, cuma dalam versi lain kali ini. “Lepas ni saya bukan setakat nak muat turun dalam IG awak, tapi saya nak buatkan IG untuk Izyad juga. Nak simpan semua kenangan dekat situ, senang.” Tak tahu sejak bila Izya rangka, nampak macam dah lama ada dalam kepala. 157
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak hiraukan, Dhazrif fokus pada pemanduan. Sekalipun dia halang, Izya bukan jenis mudah nak dengar cakap. “Jangan lupa muat turun gambar proses buat anak tu sekali tau?” perli Dhazrif makan dalam. Sekaligus buat Izya tersedak liur yang tak sempat ditelan. Terbatuk-batuk, wajah mencuka pandang Dhazrif dari sisi. “Semua benda saya nak buat, awak pertikaikan. Awak sebenarnya suka ke tidak bila tahu saya mengandung?” “Suka.” “Habis tu kenapa selalu nak cakap apa yang saya buat ni salah?” “Dah salah, takkan I nak cakap betul?” Jungkit kening, menyoal kembali. Bukan nak sakitkan hati Izya. Tapi dia perlu tegur mana yang tak patut Izya buat. “Kalau macam tu, tak apalah. Saya padam semua gambar tu kejap lagi. Dah orang tak suka kita kacau akaun IG dia, kita nak kata apa lagi kan?” Putus Izya sentap. Balik-balik macam ni sajalah situasi mereka sampai Abang Jamil mampus. 158
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif merajuk, Izya pujuk. Izya merajuk, Dhazrif pujuk. Dhazrif hilang rajuk, Izya pula yang merajuk. Ah, pening. Boleh tak kalau penulis pun nak hantuk kepala dekat komputer riba sekarang ni juga? “Muncung maju ke depan sangat tu nak pergi mana? Nak I jentik?” tanya Dhazrif ketara mahu menyindir Izya. Jeling Dhazrif sekilas, tangan menekannekan skrin telefon bimbit Dhazrif. Gaya Izya tu macam nak retak skrin dikerjakan dia. Duatiga keping gambar yang sempat dimuat naik, dipadam serta-merta bila dah Pencetus Ummah (PU) Dhazrif mula berikan hujah. boleh?
Semua benda tak boleh, dah tu apa yang Sebal, serius Izya rasa sebal.
Tak tahulah kenapa Izya selalu rasa serba tak kena sejak kebelakangan ini. Sama ada pembawakan budak atau Izya sejak azali lagi sudah begini. Perangai asal orang panggil. 159
Bab 23
S
AKIT hati dengan Dhazrif tak habis lagi, bersambung pula dengan Datin Annura. Yang orang tua ni dengki sangat dengan hidup dia kenapa? Makin melampaui batas nampak. Izya dah berhenti usik Datin Annura, Datin Annura masih juga mahu cari balah dengan dia. Tak mahu Dhazrif salahkan dia sebab melayan, Izya abaikan mesej daripada Datin Annura. Tercabar pabila Datin Annura provok dia dengan soalan yang buat Izya mula terkumatkamitkan bebelkan Datin Annura. Dasar orang tua merenyam. Dasar orang tua tak sedar diri. Punya banyak pilihan lain di luar sana, 160
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif juga yang jadi pujaan. Mungkin beginilah rasanya bila suami jadi tumpuan perempuan psiko macam Datin Annura. Seram pun boleh tahan juga. Buatnya Datin Annura betul-betul terdesak, disimbahnya asid ke wajah Izya. Haru kan? Zaman sekarang, manusia makin kejam. I baru perasanlah dalam IG Zrif, dia jarang letak gambar you kan? Cuba you tengok, gambar I dengan dia elok aje ada dekat IG tu. – Datin Annura Phew! Ketap bibir, kepulan asap seakan keluar dari telinga. Izya bengang. Memanglah gambar Datin Annura ada sebab rata-ratanya bukan berdua. Tapi beramai-ramai atas urusan perniagaan. Kerja gila kalau Dhazrif nak ambil gambar berdua-duaan dan letak secara terbuka di Instagram. Perasan sungguh Datin Annura ni. Tak cermin diri sendiri ke? Abaikan, Izya cuba mengumpul sabar yang hilang. Nak buktikan pada Dhazrif yang dia bukannya jenis tak matang serupa dulu lagi. Seminit.. Dua minit.. Ruangan mesej sunyi-sepi. Izya agak 161
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datin Annura dah putus asa nak duga hati dia. Hela nafas lega, rupa-rupanya sekejap saja. Bila Datin Annura masih mencuba nak buat kemarahan Izya meletus, Izya rasa dia dah tak boleh terus berdiam diri. You know what, Izya? I rasa Zrif macam tak sayang youlah. Lelaki ni kalau dia tak ‘tunjuk’ sangat gambar dia dengan isteri, tu tandanya dia ada niat nak pasang lain. – Datin Annura Bernanah biji mata Izya baca mesej yang ditaip Datin Annura. Menggigil jemari dia nak membalas provokasi Datin Annura sampaikan beberapa kali dia taip-padam mesej yang mahu dihantar. Yang datin terdesak sangat nak sakitkan hati saya ni kenapa? – Izya Geram, Izya dah tak susun ayat sopan untuk dihantar. Datin Annura sendiri muncul dengan cara menyakitkan hati, takkan Izya masih nak berbuat baik? Kirim salam sajalah! Orang bagi tahi, Izya nak balas dengan tahi jugalah. Makin dibalas dengan bunga, naik lemak pula. Dipijak-pijak Izya nanti. I cakap berdasarkan pengalaman I ajelah. 162
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
I bagitahu you bukan apa, Izya. I kesian dekat you. Yalah you ingat Zrif tu cinta mati dekat you, walhal.. ish, you faham-faham sajalah. Perempuan macam you ni, bukannya tahu melayan suami sangat. Zrif nak yang berpengalaman. – Datin Annura Panjang mesej yang ditaip. Banyak sungguh masa terluang. Julingkan mata ke atas, Izya dah naik letih nak melayan perangai Datin Annura. Kalaulah Dhazrif benarkan saja dia muat naik gambar mereka, tentu Datin Annura takkan sindir dia sampai ke tahap ni. Bila Datin Annura mesej macam ni, maknanya Datin Annura sempat tengok gambar tu sebelum ianya dipadam. Kenangkan, marah Izya tak semena berpindah pada Dhazrif. Salah Dhazrif punca Datin Annura berfikir macam ni. Lagi buka peluang untuk Datin Annura berusaha nak pikat hati Dhazrif. Campak telefon bimbit ke atas meja, Izya angkat punggung. Serius emosi dia tercalar untuk kali yang entah ke berapa. Tak nak seksa jiwa dan raga, Izya malas nak baca mesej Datin Annura. Saat bertubitubi Datin Annura mengganggu, buat Izya terus menjerit kuat lepaskan rasa stress. 163
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Kenapa diam? Betul kan apa I cakap tu? – Datin Annura Kasar telefon bimbitnya dicapai semula. Tekan-tekan skrin telefon, Izya balas mesej datin psiko dengan ayat paling pedas yang sempat melintas dalam kepala. Wahai datin tua yang terdesak, sila jangan simpan angan kalau dengan cara macam ni akan buat saya lepaskan Dhazrif pada datin. Jangan jadi perempuan murah. Kalau suami saya gilakan datin, dah lama dia lamar datin jadi isteri kedua dia. Persoalan saya sekarang, ada ke?? – Izya Dua tanda soal. Menandakan Izya sudah berada di tahap bengang yang hampir saja hilang kawalan. Tunggu punya tunggu, mesej dihantar dibaca cuma tidak dibalas. Lorek senyum sinis, bagaikan kemenangan itu milik dia. Dah mula sedar dirilah tu kan? Kalau Izya tak sembur macam ni, tak habis-habis nak perasan kononnya Dhazrif tu mungkin jodoh dia. Nampak sangat Dhazrif tak pernah sebut tentang kahwin. Okey, Izya dah boleh rasa lega. Malangnya tatkala hati masih juga goyah, Izya memilih untuk terus sangsi dan curiga. Hati manusia, 164
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
berbolak-balik. Sekarang mungkin saja tak suka. Akan datang? Hanya DIA dan Dhazrif yang mengetahui. Hembus nafas berat, Izya rasa kepalanya berpusing-pusing. Banyak sangat ke dia berfikir sampaikan sofa yang ada satu pun dia dah mula nampak dua. Haish, tak boleh jadi ni. Stress sampai memakan diri. Silap haribulan Datin Annura elok-elok saja, dia pula yang bakal jadi tetamu di hospital bahagia. Minta selisihlah, oi! Rasa tak mampu bertahan, terus nombor Dhazrif didail. Elok panggilan bersambung, suara dia dulu yang kedengaran menyapa Dhazrif. “Balik sekarang.” Dua perkataan, jelas meminta Dhazrif pulang ke rumah. Dalam masa yang sama, tangan naik memicit kepala. “Why, baby?” “Sofa dekat ruang tamu kedua ni ada satu aje kan?” Berkerut kening Dhazrif di hujung sana. Soalan jenis apa ni? “Ya, ada satu. Kenapa tanya macam tu?” 165
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Lurus Dhazrif masih tak mengesyaki apa-apa. “Sebab saya pelik bila saya nampak sofa tu ada dua. Lepas tu tiga, empat dan lima.” Jawapan Izya masih lagi berkias. Sedangkan Dhazrif langsung terbangun daripada duduk sebaik saja Izya noktahkan ayat. “What??” Nyata terkejut. Dah cukup faham hala tuju yang cuba Izya sampaikan. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Izya. Pasti. “Wait for me, baby. Jangan ke manamana, duduk aje dekat mana you ada sekarang.” Serius suara Dhazrif lalu tergopoh-gapah capai kunci kereta. Panggilan pun masih belum dimatikan oleh Dhazrif. Senang kalau jadi apa-apa, dia boleh dengar. Macam-macam hal isteri Tuan Dhazrif seorang ni, suka sungguh buat jantung Dhazrif bekerja lebih masa. Dah tak sayang suami sendiri ke? Yalah, asyik terkejut saja. Jangan sampai Dhazrif ‘gol’ awal sudahlah.
166
Bab 24
R
IAK wajah Dhazrif jelas nampak tak puas hati. Meskipun sepasang mata Izya tertutup, dia tahu Izya masih jaga. Bukan saja nak bebelkan Izya, pabila melibatkan soal kesihatan Izya, takkan Dhazrif nak duduk diam? Dulu tak apalah sebab dalam perut Izya kosong tanpa sesiapa. Bila Izya dah disahkan hamil, rasa risau makin bertambah-tambah. Tak nak sesuatu terjadi pada Izya sebab hanya DIA saja yang tahu betapa Dhazrif sayangkan isteri dia. “Dengar tak doktor cakap apa tadi?” “Hmm..” gumam Izya malas, faham Dhazrif dah mula nak keluarkan tazkirah untuk
167
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dia. Tolonglah, jangan. Izya tengah tak ada mood. Risau tertinggi suara, terasa hati pula Dhazrif nanti. Bagaikan ternampak-nampak aksara yang ditaip Datin Annura pagi tadi. Buat kepala Izya kembali berpusingh-pusing seperti gasing. “Tekanan darah you rendah, you stress fikirkan apa ni?” Celik mata, pandang Dhazrif lepas tu kembali rapatkan kelopak mata. Soalan Dhazrif tu mengundang sangat. Izya cuba untuk tidak jawab. Nak dijelaskan, mahu berbuih air liur dia bercerita. Banyak yang dia tak puas hati dengan Datin Annura. Banyak perkara tentang Datin Annura yang sebabkan dia jadi tak senang duduk dan sentiasa berfikir. Malas nak buka mulut selagi masih mampu bersabar. Kalau dia cerita, mesti Dhazrif akan salahkan dia sebab terlampau ambil peduli mengenai Datin Annura. Dhazrif bolehlah cakap macam tu sebab bukan Dhazrif yang melaluinya. 168
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Banyak kali I suruh you tangguh pengajian you, you degil. Sekarang nampak ke tak nampak lagi yang you perlukan rehat secukupnya? Terkejar sana-sini buat you tertekan. I fikir untuk kebaikan you, kenapa you pun tak boleh fikirkan perkara yang sama?” Nah, Dhazrif mula lagi. Isu dia selalu tak sihat bukan disebabkan urusan pengajian yang masih belum habis, tapi disebabkan Datin Annura. Kalau Datin Annura tak wujud, tak adalah Izya jadi gelisah tahap giga semata-mata risau suami dicaras perempuan lain. Dia yang tak ‘nampak’ atau Dhazrif yang sengaja nak buat-buat buta? “Tutup topik pasal tu boleh tak? Saya tak sihat, tak ada kena-mengena dengan soal belajar.” Tegas Izya. Dhazrif mengeluh dalam. I kan?”
“You mesti ada aje nak menjawab dengan “Dah memang betul apa saya cakap.”
“Izya Ammara, jangan nak bangkang I selalu. Boleh tak?” Suasana bertambah tegang. Tak ada niat nak tambah serabutkan kepala Izya. Terjadi di luar kawalan Dhazrif. 169
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dah acap kali Dhazrif ulang benda sama, sikit pun tak melekat di hati Izya. Peredaran umur, masih tak mampu nak bina kematangan seorang Izya Ammara ke? “Saya bangkang sebab saya tahu fakta saya tu betul. Saya tegaskan pada awak ya, Zrif?” Tegakkan tubuh, pandang wajah si suami tepat. Tika ini dada Izya turun naik kawal perasaan yang berkecamuk. Dhazrif diam. Tengok dada Izya berombak ganas, mula terbit perasaan bersalah. Yang dia pun nak emosi sangat dah kenapa? “Untuk pengetahuan awak, saya jadi macam ni bukan soal belajar.” “Habis tu, pasal apa?” “Pasal awak. Pasal datin gedik tu. Saya jadi macam ni sebab korang berdua!” Tinggi sedikit nada suara Izya. Dah tak mampu nak bertahan lagi. Dengar jawapan Izya, Dhazrif tersenyap. Lama Dhazrif tergamam sebelum kedua-dua telapak tangan dibawa meraup wajah. “You boleh tak jangan nak semakkan kepala you dengan Annura? I dengan dia, tak ada 170
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
apa-apa. Sampai bila kita nak macam ni, sayang?” Rendahkan suara, cuba untuk menyejukkan hati yang sedang panas. Senyum sinis Izya mendengarkan bicara Dhazrif. Memang Izya cuba untuk tidak fikirkan tentang itu, pabila Datin Annura masih mahu mengganggu dia, salah dia lagikah? “Saya bukan saja-saja nak fikirkan pasal datin tua tu, Zrif. Tapi dia yang tak henti-henti nak ganggu saya.” “I tak faham.” Tak cakap banyak, capai telefon bimbit. Merapati, dihulur telefon bimbit kepada Dhazrif. Dhazrif capai dalam benak tertanya-tanya. Saat mata terpandang dada skrin, lidah Dhazrif bagaikan terpasung pada lelangit. “Awak boleh nampak tahap psiko dia tu macam mana, Zrif?” soal Izya. Dhazrif terdiam. Tak tahu ayat apa paling sesuai untuk dia muntahkan. Melepaskan nafas panjang, Izya undurkan satu tapak kaki ke belakang. Izya tak boleh terus berada di sini.
171
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya tak betah terus terkurung di dalam rumah ini. Makin lama Izya rasakan seperti berada di dalam penjara. Dengan Dhazrif, jarang-jarang saja mereka tak bertikam lidah. “Hantarkan saya balik ke rumah papa.” “Baby..” Bingkas bangun cuba melelar pergelangan tangan Izya. Deras saja Izya tarik menjauh. Dhazrif mati kutu. “Saya nak balik rumah papa, Zrif. Saya nak balik rumah papa.” Ulang Izya bersama lelehan mutiara jernih yang menitis pada pipi. Sejurus buat Dhazrif dah tak mampu nak menghampakan permintaan Izya lagi. Saat melihat langkah kaki Izya gontai naik ke tingkat atas, Dhazrif hanya membiarkan. Kerana Dhazrif tahu andai dia mengejar sekalipun, keadaan tak mungkin berubah elok dalam sekelip mata. Untuk pertama kali selepas perkahwinan mereka, Izya nampak terkesan teruk. Mana pernah Izya minta dihantar pulang ke banglo Datuk Izzat sekiranya mereka berselisih faham. Dhazrif bukan sengaja tak nak tegur dan marah Datin Annura. Memikirkan hubungan 172
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mereka yang wujud semata-mata atas urusan perniagaan, Dhazrif memilih untuk bersikap professional. Tapi kalau dah sampai ke tahap mengganggu ketenteraman hati seorang isteri, wajar lagikah Dhazrif berdiam diri? Entahlah, Dhazrif tak tahu. Memang Dhazrif tak tahu.
173
Bab 25 SELEPAS jemput Inas di rumah pengasuh, terus pemanduan dihala menuju ke rumah Datuk Izzat. Inas dihantar ke rumah pengasuh memandangkan Izya ada kuliah pukul 11.00 pagi ini. Malangnya tindakan Datin Annura jadi punca Izya tak mampu nak menapak ke universiti. Izya mampu rancang, tapi DIA yang menentukan. Alih-alih tercampak pula di rumah Datuk Izzat. Siapa jangka? Izya dan Inas dah menonong naik ke tingkat atas. Sebaik saja sampai, erat tubuh Datuk Izzat dipeluk tanpa sepatah kata. Dapatkan sedikit kekuatan, Izya terus lencongkan tubuh ke arah tangga. Tengok tingkah-laku si anak, mahu Datuk Izzat tak tertanya-tanya. Tanda tanya pun dah jadi kuasa dua.
174
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya nampak pelik. Izya anak dia, bukan jenis diam dan berat mulut macam tu. “Apa kena tu?” Datuk Izzat tak boleh nak tapis rasa ingin tahu. Sebelah tangan Dhazrif naik memegang hujung dahi. Nampak gelisah sekali. “Yang kau pula, kenapa? Macam tertelan biji nangka aku tengok.” Komen Datuk Izzat sebab dia perasan wajah Dhazrif seperti sedang ada masalah besar. “Aku tak tahulah nak jelaskan macam mana dengan kau, Jat.” “Kenapa? Izya buat perangai lagi ke?” “Bukan salah Izya sepenuhnya, tapi Annura.” Meluncur sebaris nama lain di bibir Dhazrif, giliran Datuk Izzat yang terpana. Datuk Izzat kenal dengan Datin Annura sebab Datin Annura pernah cuba nak mengurat dia. Tapi tak dilayan. Jangan cakap yang.. “Dia cuba nak tackle kau pula ke?” Dhazrif angguk dalam keadaan lesu. 175
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datuk Izzat ketawa. Tak tunggu lama, pap! Bahu Datuk Izzat ditumbuk geram. Orang lagi berduka, dia boleh bantai gelak serupa tak ingat dunia? “Adoi!” jerit Datuk Izzat seraya mengusap bahu dia yang sedikit sengal. “Beria-ia kau gelakkan aku kan?” Cemberut wajah Dhazrif. “Relakslah, Zrif. Benda kelakar, takkan aku tak ketawa?” Datuk Izzat geleng lucu. Dhazrif ketap bibir. Lucu Datuk Izzat cakap? “Lucu sangatlah kalau benda ni jadi punca aku dengan Izya bergaduh. Jadi punca sampai Izya dapat tekanan darah rendah sebab terlalu stress.” dulu.”
“Kalau kau nak tahu, Sari pun macam tu
“What?” Dhazrif tayang muka blur. Tarik bahu Dhazrif, sesuatu dibisikkan ke telinga sahabat a.k.a menantu. Sebaik saja Datuk Izzat buka cerita, bibir Dhazrif langsung terbuka. “Seriuslah, Jat?” Macam tak percaya. Datuk Izzat angguk berkali-kali. 176
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Dah tak dapat aku, dia cuba kau pula. Maknanya kau ni pilihan kedua sajalah ya?” Nakal bicara Datuk Izzat. Dhazrif balas dengan jelingan tajam. “Tak jadi pilihan pun tak apa. Buat sakit kepala aku. Yang kat atas tu, lagi pening aku nak fikir. Pujuk macam-macam masih tak jalanjalan juga.” “Tulah, siapa suruh handsome sangat macam aku? Kan tak pasal-pasal jadi rebutan.” Sempat lagi masuk bakul dan angkat sendiri. Dhazrif tayang wajah ingin muntah. Disambut Datuk Izzat dengan ketawa yang kembali kedengaran. “Tak apa, nanti aku suruh Sari slow talk dengan Izya. Sari kan ada pengalaman sama dengan orang yang sama. Manalah tahu kalaukalau Izya faham?” Sengih Datuk Izzat. Sekurang-kurangnya bicara Datuk Izzat mampu buat hati Dhazrif merasa sedikit tenang. Harap-harap Sari berjaya pujuklah. Kalau tidak, mereput dia seorang diri dekat rumah. Satu bagasi besar Izya angkut baju Izya dan Inas ke sini. Tak cukup terang lagi ke yang Izya nak bawa diri? 177
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
DHAZRIF dah elok berdiri di muka pintu. Masih simpan harapan supaya Izya ubah fikiran. Dia tak boleh kalau sehari tak pandang muka Izya. Rasa tak lengkap hidup dia sebagai suami. Dengan Izya, dia bergurau-senda. Dengan Izya, dia berkasih-sayang. Dengan Izya juga, dia berperang mulut. Hakikat yang jelas seteruk mana dia berselisihan faham dengan si isteri, hati tak sanggup untuk berpisah dengan Izya. Walaupun banglo Datuk Izzat tu bukannya jauh sangat, Dhazrif tetap rasa hidup dia mula berubah ‘kosong’. Apatah lagi Izya turut angkut Inas untuk tinggal bersama dia juga. “Baby, jom ikut I balik?” “Tak nak.” “You tak kesiankan I ke? Mana pernah you tinggalkan I, kalau I rindu macam mana?” Berusaha untuk memujuk. “Datin Annura tu ada.” 178
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Babyy..” Meleret suara Dhazrif. Malangnya Izya dah elok menonong masuk ke dalam. Meninggalkan Dhazrif yang mula menunduk pandang hujung kaki. “Kau tak payahlah risau sangat, nantinanti dia okeylah tu. Dia duduk dengan aku sekejap, aku cuci otak dia tu sampai bersih. Kau pula, kalau dah sampai tahap perlu tegur si Annura tu tegurlah. Risau dibiarkan, makin berani dia nanti.” Kali ni nada suara Datuk Izzat serius, bukan macam awal-awal tadi. Hadam nasihat Datuk Izzat, memang itu yang ada dalam kepala Dhazrif. Sampai masa paling tepat, dia perlu bertegas dengan Datin Annura. Tak nak disebabkan orang luar, rumahtangga dia dan Izya juga porak-peranda. “Papa tak payahlah nak berpesan bagai sebab dia takkan tegurlah perangai datin gedik tu semata-mata sebab isteri dia ni. Tu kan klien penting syarikat dia?” Sayup-sayup suara Izya, jelas menyindir Dhazrif. Dhazrif terhenyak. Datuk Izzat garu kepala. Ingatkan dah naik ke tingkat atas, rupa179
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
rupanya sibuk menyorok di balik pintu dan pasang telinga. Nak tengok Dhazrif sampai Dhazrif pergilah tu. Nampak sangat berat hati nak lepaskan Dhazrif balik. Tapi kenapa ego juga yang mahu dijuangkan? Sungguhlah Datuk Izzat rasa macam nak gegar kepala si anak dara. Dari dulu sikap keras kepala tak juga hilang-hilang. Aiseh!
180
Bab 26
D
AH hampir lunyai tisu dicarikkan si Izya. Mulut membebel entah apa-apa. Kaki sesekali menguis hujung permaidani. Renung wajah Izya, ketara nampak bengangkan seseorang. Masalahnya Izya bengangkan siapa? Ambil tempat berdepan dengan Izya, mulut laju bertanya. Manalah tahu kalau-kalau tebakannya tak tersasar. Biar dia sendiri yang ambil tindakan. “Annura ganggu Izya lagi ke?” Izya geleng sungguh-sungguh. “Habis tu kenapa anak papa nampak marahkan seseorang ni? Janganlah macam ni, Izya. Izya stress, anak dalam perut tu jadi 181
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mangsa juga.” Lembut memujuk, manalah tahu kalau-kalau pujukan dia berbekas di hati Izya. Dah hampir seminggu Izya kat sini. Bukannya Dhazrif tak datang pujuk. Hari-hari Dhazrif melangut depan pintu bilik Izya dan ajak Izya balik. Haram, sikit pun Izya tak sudi nak berkompromi. Sejak semalam Dhazrif dah tak muncul depan mata, Izya pula yang berubah jadi cacing kepanasan. Agak-agak Dhazrif dah putus asa ke? “Kalau daddy dia kisahkan kami, daddy dia takkan buat kami macam ni.” Eh, lain macam ayat Izya tu. Izya marahkan Dhazrif ke? “Izya maksudkan Zrif ke? Zrif buat apa pula kali ni, Izya?” aju Datuk Izzat. Sejurus buat bebola mata Izya mulai bergenang. “Dah dua hari dia tak datang pujuk Izya, memang dia tak sayangkan Izya.” Luahan hati Izya sebelum mula menangis perlahan. Hampir saja Datuk Izzat nak tepuk dahi. Pulak? Dua hari yang Dhazrif tak datang Izya sibuk kira. Berhari-hari yang Dhazrif datang dan sibuk merayu-rayu Izya ikut dia, tak 182
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pula Izya kira? “Kawan baik papa tu memang dah tak sayangkan Izya dan anak-anak. Entahentah sekarang sibuk bertempek dengan Datin Annura.” “Uish, tak baik tuduh-tuduh macam tu. Kalau jatuh fitnah macam mana?” “Papa pun tak percayakan Izya ke?” Tercebik-cebik bibir Izya. Kadang-kadang Datuk Izzat macam terlupa yang Izya tu dah terlalu dewasa. “Bukan tak percaya, kena selidik dululah sebelum cakap apa-apa.” Datuk Izzat betulkan tanggapan Izya. “Papa pun sama sebelahkan dia.” Kesat hidung yang berair, Izya dah mula nak angkat punggung. Terhenti pabila hujung lengannya ditarik. “Takkan dengan papa pun Izya nak merajuk?” “Papa tulah..” Muncung Izya sedepa. Datuk Izzat sedut nafas dalam. Tepuk sofa di sebelah, suruh Izya duduk. “Izya nak balik kan? Izya rindukan 183
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif sebab tu Izya macam ni.” Senyap. Tak kata apa-apa. “Izya nak balik rumah Izya ke, sayang?” aju Datuk Izzat buat kali kedua, mahukan jawapan. Dalam keadaan rona wajah yang memerah, Izya angguk. Datuk Izzat simpan senyum. Rindu suami rupa-rupanya. “Inas rindu papa dia. Izya kesiankan Inas.” Saja tak nak mengaku rentak hati sendiri. Teringin sungguh Datuk Izzat nak julingkan mata ke atas dan tangan ke bahu. Fikir dua-tiga kali, tak boleh dia buat macam tu. Kalau dia buat juga, mahu bergegar banglo ini dengan tangisan seorang Izya Ammara. Apa-apa sajalah alasan Izya. Yang Datuk Izzat mengerti, Izya nak balik. “Papa telefon Zrif kejap.” “Papa cakap Inas yang nak balik ya?” “Ya-ya, papa cakap Izya yang nak balik.” “Papa..” Izya gosok hidung dia yang dah mula berair. Datuk Izzat tak mampu nak tahan 184
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
rasa lucu, terus terhambur tawa pada bibir. “Yalah, papa bagitahu Inas yang nak balik. Inas rindu suami dia. Eh, suami pula. Inas rindu papa dia. Yang rindu suami dia tu, Izya. Okey, kejap tau? Papa telefon Zrif.” Buat-buat tersasul, lepas tu cepat angkat kaki nak selamatkan diri. Berdiri tidak jauh daripada Izya, nombor telefon Dhazrif didail. Tak tunggu lama, bersambung. “Zrif, aku ni..” “Aku kenallah suara kau, nombor telefon kau.” Malas-malas Dhazrif membalas. Tika ini Dhazrif sedang berbaring atas katil sebab hari ni Dhazrif memang balik awal ke rumah. Rasa tak sihat badan. Tak tahu sebab rindukan Izya atau sebaliknya. “Kau sibuk tak sekarang?” “Tak. Kenapa?” “Bini kau nak balik, boleh datang jemput dia tak? Kalau aku hantarkan, haram dia tak mahu.” Datuk Izzat tak pegang kata-kata sendiri. Konon nak sebut nama Inas, boleh pula Datuk Izzat jujur. Sikit pun tak tolong menipu untuk 185
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya. Dhazrif diam. Bukan dia tak nak datang jemput Izya, tapi keadaan tubuh dia memang betul-betul lesu. Risau tak mampu nak memandu ke sana. “Boleh ke kau bagi telefon kau tu dekat Izya kejap?” “Kau nak cakap sendiri dengan dia eh?” “Yes,” jawab Dhazrif. Tak nak buang masa, Datuk Izzat lencong kaki mendapatkan Izya. Hulur telefon, Izya tayang wajah tak mengerti. “Zrif nak cakap.” “Tapi..” “Talk to him, Izya.” Suara Datuk Izzat, tegas. Buat Izya dah taka da daya nak berdalih lagi. Lambat-lambat telefon dicapai lalu dilekapkan pada telinga. “Baby?” aju Dhazrif buat hati Izya rasa kembang setaman. Rindu nak dengar Dhazrif panggil dia macam tu. “Hmm..” gumam Izya menyahut. “Jat cakap you nak balik ya?” 186
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Bukan saya, Inas. Inas yang nak balik.” Terdiam, sebab harapan Dhazrif punah. Ingatkan rindukan dia dan teruja nak pulang ke rumah mereka. Lama Dhazrif berdiam, cuba untuk menyusun ayat supaya tidak mengguris hati Izya. “Kalau I minta Jat hantarkan you boleh?” “Kalau nak suruh papa hantar, tak payahlah. Saya tinggal aje kat sini.” “Baby, I bukan tak nak datang ambil you. Tapi hari ni I penat sikit.” “Jadi nak datang ke tak nak ni?” Izya dah mula panas hati. “Esok, boleh?” “Kalau macam tu, tak payah jemput langsung.” Sekelip mata, panggilan dimatikan. Bersama hati separuh rentung, Izya pulangkan telefon bimbit pada Datuk Izzat. Tindakan drastik Izya sebabkan Datuk Izzat terpingapinga. Eh, sekejap aje berbual? “Izya nak ke mana tu? Nak naik kemas barang eh?” laung Datuk Izzat, tak dijawab Izya. 187
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Kala ini, tangisan Izya menderu-deru turun membasahi pipi. Dhazrif tak sayang dia. Dhazrif tak rindu dia. Sebab tulah Dhazrif tak nak jemput dia. Garu kepala yang tak gatal, Datuk Izzat baru pasang niat nak telefon Dhazrif. Terhenti niatnya pabila pesanan ringkas masuk ke peti simpanan. Aku bukan tak nak jemput Izya, tapi aku demam. Tak larat nak memandu. Aku suruh kau hantarkan dia ke sini, dia tak nak. Tapi kau tak payahlah bagitahu dia, aku tak nak dia risau. Esok aku datang jemput isteri dan anak aku ya, Jat? Minta maaf kalau susahkan kau. – Dhazrif Baca mesej yang diterima, bahu Datuk Izzat mengendur. Gaya Izya, memang jelas Izya dah berfikir bukan-bukan tentang Dhazrif. Sedangkan.. Kalau Izya tahu yang Dhazrif tengah demam, sanggup ke Izya nak layan Dhazrif macam tadi? Izya-Izya, cepat sangat bersangka buruk. 188
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak baguslah begitu. Okey, Zrif. Get well soon. – Datuk Izzat Menekan-nekan aksara, mesej Dhazrif dibalas ringkas. Malas nak masuk campur sangat, hal rumahtangga mereka tentu Dhazrif lebih pandai mahu kemudikan ke mana. Yang pasti, ke jalan yang lebih baik. Datuk Izzat kenal Dhazrif tu macam mana. Kalau Dhazrif tu jenis lagha, tak ada makna Datuk Izzat setuju nak kahwinkan mereka berdua.
189
Bab 27
D
UGAAN datang bertimpatimpa. Hubungan dia dan Dhazrif masih belum pulih. Datin Annura pula dari dulu sampai sekarang tak serik-serik. Izya dah sekat Instagram milik Datin Annura. Peliknya, macam mana Datin Annura boleh dapat nombor telefon dia? “Macam mana datin boleh dapat nombor telefon saya?” aju Izya dalam kemarahan yang tak bertepi. Datin Annura ketawa. Ketawa yang nyata mahu menghangatkan lagi sekeping hati milik Izya. “Kalau suami you pun I boleh dapatkan, takkan setakat nombor telefon you tak boleh?”
190
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Galak sungguh intonasi Datin Annura. Kalau ada depan mata, memang dilempang laju-laju sampai ke planet Pluto. lahan.
Tarik nafas dalam, Izya hembus perlahan“Apa lagi yang datin nak daripada saya?”
“Good question, Izya. I sebenarnya telefon you ni ada hajat.” Gantung ayat, mahu buat Izya panasaran. Tegak tubuh Izya. Cara Datin Annura bercakap, seolah-olah bakal ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku. “Apa hajat datin? Saya tak banyak masalah nak layan karenah datin. Bagitahu aje terus, jangan cuba nak buang masa saya.” Tak beradab sebab Datin Annura pun tak tunjuk adab dengan dia. “Hajat I..” Masih lagi mahu mengacaubilaukan jiwa Izya. “Hajat I nak ajak you bermadu.” “What? Datin dah gila ke??” tempik Izya bengang. Mujur Inas ada dekat bawah dengan Aunty Sari, kalau tak mesti menangis Inas sebab 191
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
terkejut. “Hey, calm down. I ni cuma nak bagi payung emas. Takkan you masih tak mahu ubah fikiran?” “Payung perak ke, payung emas ke.. saya tak berminat!” hambur Izya geram. Jenis tak tahu malu betul. Telefon dia sebab nak bagitahu yang diri sendiri terdesak mahu bersuamikan hak orang lain? Ke mana hati nurani Datin Annura menghilang? Kenapa sanggup rosakkan kebahagiaan wanita lain? Dalam erti kata lain, sanggup jadi punca rumahtangga orang lain roboh dan ranap. Datin Annura cuba letakkan Datin Annura di tempat Izya, agak-agak Datin Annura mampu bertenang ke bila ada perempuan lain yang minta untuk dijadukan madi? Gila! Memang kerja gila. Jenis berani mati Datin Annura ni. “I bayar you, Izya.” Laju Datin Annura mencelah. Buat Izya tergam lidah pada lelangit. Bayar? Apa lagi yang cuba dibuktikan oleh Datin Annura? 192
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Saya tak faham.” Betulkan suara, Datin Annura tak fikir banyak kali. Terus saja suarakan apa yang melintas di kepala. “Kalau you sudi jadikan I madu you, I sanggup bayar you. Bagitahu saja berapa yang you nak, I akan tunaikan.” “Datin cuba beli Zrif daripada saya ke?” Rasa macam tak percaya. Mahu ditampartampar pipi sendiri untuk membuktikan dia tidak bermimpi. “Tak, I bukan nak beli Zrif. I sanggup bayar you supaya you taklah rugi sangat sebab setuju Zrif jadikan I isteri kedua dia.” Lancar, tanpa secubit perasaan bersalah. Dongak pandang siling, Izya tepuk-tepuk dada sendiri. Pujuk hati. Pujuk jiwa. Supaya tekanan darah dia masih lagi mampu mengalir normal. “Boleh datin ulang balik tak apa datin cakap tadi?” 193
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Yang mana? Pasal saya sanggup bayar awak seberapa banyak sekalipun kalau awak setuju untuk bermadu dengan saya?” “Oh.. jadi betullah saya tak salah dengar.” Izya?”
“No, you’re not. Jadi apa jawapan awak, “Tawaran yang menarik, datin.”
Datin Annura ukir senyum lebar di hujung sana. Dah boleh agak Izya mesti kabur mata bila disogokkan dengan duit. “Agak-agak berapa banyak harta yang datin ada sekarang?” “Huh?” Datin Annura terkedu. “Banyak sangat ke tu, datin?” “Kalau banyak, kenapa? I kan pewaris harta arwah suami I. Takkan you tak tahu?” “Habis tu datin tahu ke siapa saya?” aju Izya berteka-teki. Makin ketara garis rentang di dahi Izya. “Apa maksud you tanya I macam tu?” Datin Annura nampak tak senang duduk. Izya senyum sinis walaupun Datin Annura takkan 194
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nampak. “Izya Ammara binti Datuk Izzat. Dengar nama saya tu, datin rasa saya kemaruk sangat ke dengan harta datin? Kalau saya nakkan harta, harta papa saya pun dah terlebih cukup untuk saya. Saya anak tunggal Datuk Izzat. Jadi sekarang datin dah tahu siapa saya yang sebenarnya kan?” Panjang berjela, sejurus buat bibir Datin Annura terkebam. Izya ni anak Datuk Izzat? Datuk Izzat tu bukan ke.. Damn! Macam mana Datin Annura boleh tak tahu? Tebal pipi Datin Annura sebab dia tahu kekayaan Datuk Izzat melebihi apa yang dia ada. “Kenapa diam, datin? Datin-datin, jangan datin ingat datin dah kaya datin boleh beli maruah saya sebagai seorang isteri. Tersalah orang datin ni. Untuk pengetahuan datin, datin takkan mampu berikan apa yang saya nak. Tapi saya mampu berikan apa yang datin nak. Datin tunggu ya? Kejap lagi saya minta pemandu papa saya hantarkan saya ke rumah datin. Papa saya pun kenal datin. Jadi saya dah tahu perangai datin ni jenis macam mana. Datin tunggu, kejap 195
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
lagi saya sampai,” tutur Izya seraya mematikan panggilan telefon. Atur tapak, Izya keluar daripada bilik menjejaki Abang Zali. “Papa, Abang Zali ada?” “Kenapa, Izya?” “Izya nak minta Abang Zali hantarkan Izya ke rumah Datin Annura.” “Izya nak buat apa kat sana?” Datuk Izzat berdebar-debar. “Izya nak ajar dia supaya berperangai macam orang. Sebab sebelum ni perangai dia tak serupa orang sangat. Papa bagitahu Abang Zali, lagi sepuluh minit Izya turun semula. Papa dan Aunty Sari tolong tengok-tengokkan Inas kejap tau?” Habis noktahkan ayat, Izya kembali naik ke atas. Tekad Izya, kali ini biar jadi perhitungan akhir di antara dia dan Datin Annura. Izya sudah letih. Izya sudah penat. Penat nak makan hati dan penat nak berbalah dengan Dhazrif lagi. Hanya kerana insan tak berhati perut seperti Datin Annura. 196
Bab 28
I
KUTKAN hati, mati. Ikutkan rasa, binasa. Ikutkan nafsu, lesu. Begitu yang terjadi pada diri Izya. Izya tak jangka keadaan akan berakhir dengan cara paling tragis. Dia ingat keadaan akan berubah baik bila dia buat keputusan untuk berdepan dengan Datin Annura. Meleset gara-gara terlalu ikutkan perasaan, nyawa yang tak berdosa sudahnya menjadi mangsa. Allah S.W.T titipkan nyawa baru di dalam rahim, Allah S.W.T juga yang kembali mengambilnya daripada Izya. Salah Izya. Walaupun jelas Datin Annura punca dia keguguran, tapi dia yang bukakan peluang untuk Datin Annura perdajalkan hidup dia. Andai saja dia tidak terlalu mengikut 197
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
perasaan marah, tentu semua ini takkan berlaku. Izya gugur. Anak yang dikandung sudah pun tiada. Meraba perut yang dah tak berpenghuni, jiwa Izya merintih. Air mata merembes. Izya rasa kehilangan yang cukup besar. “Tak perlu nak menangis kalau memang ini yang you nak, Izya.” Suara Dhazrif, jelas kedengaran dingin. Izya tahu Dhazrif marah. Memang wajar Dhazrif amukkan Izya. Anak itu benih Dhazrif. Kalau Izya terkesan, Dhazrif pasti turut merasakan hal yang sama. “Puas hati you sekarang?” “Saya.. saya tak tahu keadaan akan jadi macam ni, Zrif.” “Macam mana you boleh cakap tak tahu sedangkan you yang sibuk nak mencari bala? Kalau you tak pergi ke rumah Annura, Annura takkan boleh buat semua ni pada you!” Disebabkan dah terlalu lama mengalah, Dhazrif hilang seluruh sabar yang disimpan selama ini. “Zrif, saya minta maaf..” Cuba menggapai 198
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
jemari encik suami, hampa pabila Dhazrif laju saja mengelak daripada disentuh Izya. “You minta maaf sekalipun, boleh ke bawakan semula nyawa yang dah ‘pergi’?” Sedas Dhazrif bagi. Izya terpempan. Dalam keadaan begini, dia lebih perlukan sokongan Dhazrif yang sejujurnya. Bukan dihentam bertubi-tubi atas kesalahan yang tak sengaja dia lakukan. “I ingat bila umur you dah meningkat, you akan semakin matang. Salah andaian I sebab you sejak dulu hingga sekarang..” Jeda. Dada Dhazrif mengetat. Rasa terlalu sukar untuk menerima kesilapan Izya. Rasa amat-amat ralat dengan pemergian nyawa yang dikandung Izya. “Salah andaian I sebab sejak dulu hingga sekarang perangai you sama aje. Suka buat orang lain susah hati.” Sambung Dhazrif tak jaga tutur katanya lagi. Kecewa yang ditanggung buat Dhazrif terus meletakkan kesalahan pada Izya. Izya hamburkan tangisan. Tersedusedan. Di kala itu jugalah muncul Aunty Sari, 199
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datuk Izzat dan Inas masuk ke dalam wad yang menempatkan dirinya. Riak masing-masing sugul. Turut berduka dengan khabar sedih yang diterima. “Aku nak balik dulu, Zrif. Nak uruskan hal pengebumian Mohamad.” Datuk Izzat berikan nama ‘Mohamad’ untuk bayi yang tak sempat nak tengok dunia itu. Sebut pasal Mohamad, rasa sedih bertapak di hati tengok keadaan Mohamad tadi. Hampir saja terbentuk elok. Tak sempat membesar dengan sempurna di dalam rahim Izya, pabila Allah S.W.T telah pun menjemput Mohamad semula. “Tak apa, Jat. Bagi aku uruskan hal pengebumian Mohamad.” Dhazrif suarakan hajatnya. “Habis tu, Izya macam mana?” “Sari, you boleh tolong I?” Pandangan melekat ke wajah Sari. Sari angguk. “Tolong apa tu, Zrif?” “Tolong tengokkan Izya sebab I nak uruskan pengebumian anak I. Boleh tak, Sari?” soal Dhazrif disambut dengan sebuah anggukan. 200
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Datuk Izzat tak menegah. Tahu Dhazrif sendiri sedang berperang dengan perasaan. Bahana orang ketiga, Izya dan Dhazrif pula terpaksa menjadi mangsa. “Daddy..” “Ya, Inas?” Dhazrif usap kepala Inas. “Adik Inas dah tak ada ke?” Jujur soalan Inas buat air mata Izya semakin lebat. Sedut nafas, Dhazrif lepaskan perlahan-lahan. “Adik Inas sibuk bermain-main dekat syurga. Nanti kalau Inas selalu buat baik, Inas pun boleh masuk ke sana jumpa adik.” “Betul ke, daddy?” “Betul, sayang. Inas nak ikut daddy balik tak? Kita nak kebumikan adik petang ni.” “Nak, Inas nak ikut.” Laju saja Inas berikan keputusan. “Saya pun nak ikut, Zrif.” Toleh, Dhazrif tayang wajah tak beriak. “You duduk wad diam-diam. Sari akan jagakan you.” “Tapi..” 201
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Dalam keadaan macam ni pun you masih nak keras kepala ke, Izya Ammara?” hambur Dhazrif tegang, sekaligus membuatkan ulas bibir Izya terkatup rapat. Bila Izya dah tak berbahas lagi, Dhazrif terus dapatkan Datuk Izzat. “Jat, aku serahkan Izya untuk kau jaga buat sementara. Ada sebab aku tak nak dia ikut serta. Dia mungkin tak faham, tapi kau faham niat aku kan?” Datuk Izzat angguk. Tanda memahami. Tepuk bahu Dhazrif berulang kali, memberikan semangat untuk Dhazrif terus bertahan demi rumahtangga mereka. Saat Dhazrif menghilang bersama Inas yang kemas berada dalam dukungan, harapan Izya musnah. Dia masih berharap Dhazrif akan ubah fikiran. Ternyata Dhazrif takkan berkompromi lagi dengan dia. “Papa..” seru Izya bergetar. Mengerti akan galau di jiwa Izya, Datuk Izzat mendekat lalu tubuh Izya dipeluk dan belakang tubuh Izya diusap penuh kasih. “Papa ada, Izya. Papa ada..” ujar Datuk 202
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izzat, turut merasa sebak. Masih sudi meminjamkan semangat yang dia ada untuk Izya. Di kala Dhazrif menjauh pergi, mujurlah Datuk Izzat dan Aunty Sari sudi berada di sisi. Sekurang-kurangnya Izya tahu, dia belum lagi keseorangan.
203
Bab 29
M
ASUK hari ni, dah empat hari Izya berpantang. Perit sungguh bila terpaksa berpantang tanpa bayi di sisi. Apatah lagi kelengkapan bayi memang pernah dibeli. Cuma tidak sepenuhnya. Kalau tidak, pasti Izya akan lebih kesal. Silap haribulan boleh meroyan. Termenung jauh ke hadapan, hati sarat dengan rindu. Rindukan Dhazrif yang jauh di mata, tapi sentiasa ada dalam hati. Betul kata Dhazrif, kalau Izya tak ikutkan bisikan jahat tentu anak mereka masih ada. Salah dia. Nak menyesal, memang dah tak ada guna. Dah terlambat sampai nasi pun bertukar jadi bubur.
204
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Yang pergi, tetap pergi. Yang masih di sini, perlu meneruskan hidup seperti biasa. “Izya, makan dulu. Dari pagi tak jamah apa-apa.” Teguran Sari buat Izya deras berpaling. Menatap wajah Sari, bibir teringin sekali menyoal soalan. Tanpa bisa dikawal, meluncur jua pada ulas bibir Izya. “Zrif ada telefon tak?” Perlahan, serak. Sari terkebam bibir. Nak cakap jujur, takut Izya kecil hati. Nak menipu, berdosa pula rasanya. Sudahnya Sari diam. Diamnya Sari buat Izya faham. Dhazrif dah bencikan dia. Dhazrif dah meluat dengan dia. “Zrif dah bencikan Izya kan?” “Tak baik cakap macam tu. Mungkin Zrif sibuk.” “Tapi Izya baru aje hilang anak kami, kenapa Zrif langsung tak tanya khabar? Sibuk sekalipun dia tahu Izya lebih perlukan dia sekarang. Nampak sangat dia marahkan Izya, Sari. Inas, Izya pun rindukan Inas.” Bertubi-tubi 205
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
luahan meniti pada bibir, sejurus tangisan turut terhambur perlahan. Kesat, Izya cuba tahan dan berlagak kuat. Rapuh jiwanya saat tangisan dia masih tidak mahu berhenti. “Izya tak ada selera, Izya nak tidur.” Izya dah berura-ura nak rebahkan tubuh. Mengiring, cuba membelakangkan Sari. Kerana dia tidak mahu tangisan ini terzahir pada mata sesiapa. Izya bukan nak menagih simpati. Cukuplah dengan cara menangis Izya mampu ubati luka di hati. “Aunty Sari telefonkan Zrif ya?” “Jangan, Izya tak nak susahkan dia lagi.” “Tapi..” “Kalau dia masih kisahkan Izya, dia akan cari Izya.” Jawapan sebagai penutup bicara, turut membuatkan Sari langsung hilang kosa kata. Undurkan tapak, Sari melangkah keluar. Bukan kerana dia akur, tapi kerana dia mahu menjejaki Datuk Izzat dan minta Datuk Izzat telefonkan sahabat baik dia tu. Seteruk mana kesalahan Izya dan sehebat mana kekecewaan 206
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif, Izya perlu diletakkan sebagai yang utama. “Abang, Izya tak nak makan.” “Dah cuba pujuk?” Sari angguk. “Zrif tu pun satu, ikutkan sangat kecewa dia sampaikan tak jenguk Izya langsung. Kalau meroyan, jangan sampai menyesal tak sudah.” “Ish, janganlah cakap macam tu.” Datuk Izzat cuak. Sari julingkan mata ke atas. “Kalau tak nak Izya meroyan, telefon Zrif cepat dan suruh dia datang. Izya rindukan Zrif dan Inas tu, tak sampai hatilah tengok dia asyik menangis.” Tegas Sari. Bila dah mem besar bagi arahan, Datuk Izzat tak boleh nak katakana tidak. Akur, telefon bimbit dikelurkan daripada poket seluar.
MASING-MASING tak bertegur-sapa. Bagaikan orang asing, baru saja mengenali di antara satu sama lain. Hanya pandangan mata yang berbicara. Canggung, Dhazrif angkat tubuh 207
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nak berlalu keluar. Buat pertama kali dia tak mampu nak berkata apa-apa sebaik saja berdepan dengan Izya. Buat pertama kali, dia layan Izya serupa orang yang baru saja muncul dalam hidupnya. “Zrif..” I.” saya.”
“I ingat you dah tak nak bercakap dengan “Saya takut awak tak suka dengar suara
“Nak tuduh I apa pula kali ni?” Toleh, Dhazrif hamburkan pertanyaan. Berani sebab Inas tak ada bersama mereka. Sibuk bermain dengan Datuk Izzat dan Sari di ruang tamu bawah. “Kenapa dah lama tak jenguk saya?” Ubah soalan, tak nak keadaan bertambah memburuk. “I sibuk, ada nak uruskan beberapa hal penting.” “Awak masih marahkan saya?”
208
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“I ni layak ke nak marahkan you? Bukan ke apa yang you buat selalunya betul?” Jelas menyindir isteri. Izya pendam rasa. Diam, tunduk bermain dengan jemari sendiri. Kedengaran Dhazrif menyedut nafas dalam. “Saya tahu berjuta kali saya minta maaf sekalipun tak mampu bawa semula anak kita. Tapi saya betul-betul menyesal, Zrif..” Bergenang tubir mata. “Izya Ammara, I bukan sengaja nak layan you macam ni. You tahu I sayangkan you macam mana kan? Tapi bila you belakangkan I dalam tindakan you sampai ragut nyawa tak berdosa, itu yang buat I rasa terkilan..” Lemah intonasi Dhazrif. “Saya tahu, Zrif. Saya janji, lepas ni saya takkan buat perangai macam ni lagi.” Cuba menggapai jemari si suami. Dhazrif biarkan, namun pandangan Dhazrif kosong merenung wajah Izya. “Kebanyakan orang lelaki ni dia memang tak sukakan benda remeh, Izya. Nampak tak ambil peduli bukan bermakna dia tak kisah. Tapi sebenarnya dia sedang cari jalan macam mana 209
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nak selesaikan masalah tu.” Bicara Dhazrif, tepat mengena batang hidung Izya. Tak ada ayat paling sesuai mampu Izya susun buat Dhazrif. Kekecewaan di wajah Dhazrif jelas terpancar. “I dah nak kena balik ke pejabat. I bawakan Inas supaya Inas dapat temankan you di sini. You rindukan Inas, Inas pun banyak kali sebut dia rindukan you,” tutur Dhazrif. Niat Dhazrif bawa Inas tinggal bersama bukan nak jauhkan Izya daripada Inas, tapi sebab Dhazrif nak bagi Izya ruang dan masa untuk berehat. Izya baru saja keguguran, dia tak nak Inas susahkan Izya. Sementara Izya nak pulihkan semangat dia, Inas diambil dan jaga oleh dia. “Awak, awak tak rindukan saya?” Sebak, mengharapkan Dhazrif sudi mengiyakan pertanyaan. Hampa pabila Dhazrif memilih untuk terus buat dia tertanya-tanya. “Rindu tu mungkin ada, tapi tersorok dekat sudut hati I yang paling dalam.” Noktah, terus mengangkat kaki untuk pergi. Tersekat pabila Izya menyeru namanya dari belakang.
210
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Zrif..” Dhazrif pegun berdiri. “Saya rindu.” Dua baris perkataan, kesannya buat Dhazrif mula memejamkan mata. Hakikat sebenar, Dhazrif juga turut rindu. Cuma rindu itu harus disimpan jauh-jauh dulu ketika ini, selagi keadaan yang keruh belum berjaya Dhazrif jernihkan kembali.
211
Bab 30
D
HAZRIF datang tanya khabar tentang Izya. Cuma sengaja Dhazrif tak naik jenguk Izya dekat atas. Tak sampai hati nak tengok wajah kusam Izya. Tiap kali dia renung wajah Izya, tiap kali itu juga dia turut rasa kecewa pada diri sendiri. Andai saja dia cepat bertindak, tentu semua ini tak sempat terjadi. Masing-masing punya kesalahan yang harus diperbetulkan. “Kau tak nak naik tengok Izya ke?” aju Datuk Izzat buat Dhazrif terhenyak untuk beberapa saat. “Bukan tak nak tengok, tapi aku tahu dia susah nak lepaskan aku balik nanti. Kau tahu
212
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kan aku sedang uruskan beberapa perkara pasal Annura sekarang? Jadi aku tak nak bila aku ada dengan dia, dengar saja nama Annura akan buat emosi dia terganggu lagi. Sementara keadaan belum pulih, biarlah dia di sini dengan kau dan Sari.” Panjang penerangan Dhazrif. Datuk Izzat faham, sebab tu Datuk Izzat tak melenting bila Dhazrif seolah-olah abaikan Izya. Dia tahu sahabat baik dia itu takkan sesekali aniaya anak perempuannya. Dhazrif dah janji nak jaga elok-elok, tak mungkin Dhazrif akan sia-siakan Izya. “Kau nekad ke nak buat laporan polis tentang perbuatan Annura?” sekali.
Dhazrif jeda sebelum jatuhkan kepalanya “Tak jejaskan bisnes kau?”
“Aku lebih kisahkan nyawa yang Annura dah ragut. Kalau dia tak bergelut dengan Izya, anak aku mesti masih hidup.” Raup wajah, terpeta garis sendu. Datuk Izzat usap bahu Dhazrif untuk tenangkan jiwa lelaki itu. “Aku sayangkan Izya, Jat. Kalau boleh seinci pun kulit dia, aku tak suka orang lain 213
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
sakiti. Apatah lagi sampai ke tahap jadi punca Izya keguguran. Sebelum ni aku dah pernah tegur Annura, tak jalan. Rasanya ini aje cara nak bagitahu Annura yang aku serius dengan katakata aku sebelum ni.” Lagi ayat yang meniti pada bibir. “Aku sokong apa saja tindakan paling baik yang kau perlu buat.” “Izya sihat? Dia masih menangis lagi?” Tukar topik, bertanya khabar si isteri. Datuk Izzat ketawa. “Anak dara aku tu manja, Zrif. Rindukan suami pun dia boleh menangis serupa esok dah tak ada peluang nak menangis lagi,” jawab Datuk Izzat. Menjentik perasaan bersalah di hati Dhazrif. “Kau jangan biarkan dia menangis seorang diri. Aku risau..” “Risau Izya meroyan?” Dhazrif angguk. “InsyaAllah, aku dan Sari akan selalu bagi semangat pada dia. Lagipun sejak Inas ada, dia dah nampak makin okey. Mungkin Inas tu 214
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
juga salah satu kekuatan dia.” Lega mendengar penjelasan Datuk Izzat. Sebut pasal Inas, bertunas rindu pada anak sulungnya itu. Sejak tadi kelibat Inas, Dhazrif tak nampak. Ke mana agak-agaknya ya? “Inas kat mana?” “Ada kat atas temankan mummy dia. Sari pun ada sekali kat atas. Nak aku panggilkan dia ke?” aju Datuk Izzat. Dhazrif geleng sebagai jawapan. “Aku tak nak Izya tahu aku ada kat sini. Kejap..” ujar Dhazrif lalu keluarkan telefon bimbit miliknya. Tengok gaya Dhazrif tu macam nak telefon seseorang, tapi Dhazrif nak telefon siapa? “Kau nak telefon siapa tu?” “Izya.” “Laa.. duduk tingkat bawah aje pun. Nak jumpa dan lepaskan rindu, pergilah naik.” Datuk Izzat hampir saja nak tepuk dahi. Rasa lucu pun betul juga. “Ish, aku bukan tak naklah. Tapi nanti aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Kau 215
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tahu kan aku tak nak dia dengar nama Annura lagi sementara dia dalam proses nak pulihkan semangat dia semula?” Logik kata-kata Dhazrif, Datuk Izzat dah malas nak masuk campur lagi. “Suka hati kaulah, Zrif. Aku cuma kesian tengok kawan aku ni terpaksa pendam rindu seorang diri.” “Tak lama lagi dah boleh nak lepaskan rindu sepuas hati, Jat.” Penuh makna bicara Dhazrif lalu nombor telefon Izya mula didail. Datuk Izzat segera bangun dan bagi ruang privasi buat Dhazrif. Seminit, panggilan bersambung. “Daddy?” Suara Inas menjerit teruja. “Ya, daddy ni. Inas rindu daddy ke?” “Rindulah. Bila daddy nak datang sini?” Dari berbaring manja di ribaan Izya, terus Inas bangkit duduk tegak. Dhazrif garu belakang leher. Datang apa lagi kalau memang dia dah tercongok di sini? Tak mahu kantoi, Dhazrif langsung tak mengaku perkara yang betul. “Nanti daddy dah habis kerja, daddy 216
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
datang.” “Daddy sibuk ya?” “Sikit, sayang.” “Okey, Inas faham.” Petah Inas nampak sungguh jenis akal pintar dan cerdik. “Inas, mummy ada?” “Ada. Daddy nak cakap dengan mummy?” Inas pandang Izya. Izya telan liur. Simpan harapan Dhazrif telefon memang sebab nak dengar suara dia. “Tak apa, daddy nak mummy rehat. Inas jaga mummy tau? Bagitahu mummy..” Jeda. Tak tahu patut atau tidak dia teruskan bicara. Inas masih menanti. “Bagitahu apa, daddy?” asak Inas bila Dhazrif membisu di hujung sana. “Bagitahu mummy yang daddy rindu.” “Mummy-mummy, daddy kata daddy rindukan mummy.” Deras saja Inas sampaikan pesan. Dhazrif tajamkan telinga kut-kut dia mampu dengar suara Izya. Kecewa bila si isteri 217
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
sekadar berdiam diri saja. Ikutkan rindu yang menggebu-gebu sekarang juga Dhazrif naik ke atas dan peluk Izya sekuat hati. Masalahnya, Dhazrif tak mampu. Tak mampu selagi Dhazrif belum minta Annura selesaikan ‘hutang’ Annura pada mereka sekeluarga.
218
Bab 31
M
ENANTI di luar balai polis, pasti Datin Annura malu muka hendak berdepan dengan Dhazrif. Kali ini Dhazrif tak boleh nak beralah lagi. Banyak kali dia bagi peluang, Datin Annura abaikan. Dah sampai tahap meragut nyawa, Dhazrif anggap ini sesuatu yang serius. Dari tempat Dhazrif berdiri, Dhazrif dapat lihat kelibat Datin Annura melangkah keluar diekori oleh seorang lelaki di sisi. Wajah Datin Annura nampak keruh. Tidak yakin seperti kebiasaannya. Mengawal riak wajah, supaya kekal nampak tenang. Elok kaki Datin Annura terpacak di depan dia, Dhazrif sekadar mempamerkan riak kosong. “I tak sangka you sanggup buat laporan 219
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
polis terhadap I, Zrif.” Luahan pertama yang Dhazrif dengar. Jelas terlihat kesal. Dhazrif sedut nafas dalam dan hembus perlahan. Memang Dhazrif dah buat laporan polis, namun Datin Annura dibebaskan dengan ikat jamin. Sekurang-kurangnya dengan laporan yang dibuat dapat melindungi Izya sekiranya Datin Annura cuba bertindak agresif lagi. Walaupun Dhazrif tahu laporan itu sudah agak terlambat mengenangkan bayi mereka yang dah pergi menghadap Ilahi, untuk kali kedua Dhazrif tak mahu terlambat bertindak lagi. “You tahu apa kesalahan you kan?” “I hanya pertahankan diri I. Isteri you buat gila serang I dekat rumah.” Datin Annura cuba nak tegakkan benang yang basah. Terlukis senyum sinis di bibir Dhazrif. “You fikir sendirilah kenapa Izya sanggup bertindak sampai macam tu? Jat dah ceritakan pada I tentang you, Annura. Dan Jat juga dah bagitahu apa punca Izya nekad untuk serang you dekat rumah. You ajak dia bermadu. Are you nuts? You ingat I sukakan you ke? Sampai mati I takkan duakan Izya.” Tegas Dhazrif buat Datin Annura seakan tak tertelan liur sendiri. 220
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Kebas kedua-dua belah pipi. “Dekat mana kecederaan you, Annura? Tell me.” Lagi soalan yang buat Datin Annura terhenyak. Tahu kenapa Dhazrif soal dia begitu. “Tak ada kan? You tahu kenapa? Sebab you sebenarnya dah berniat nak cederakan Izya. Bila you tahu Izya dalam perjalanan ke rumah you, you dah bersiap-sedia dulu. Disebabkan tulah you tak teragak-agak untuk tolak isteri I dan pukul dia sebelum sempat dia serang you. You tahu Izya mengandung kan?” aju Dhazrif buat Datin Annura jatuh rahang. Dia salah dengar ke? Takkan waktuwaktu macam ni Dhazrif nak ajak bergurau? Kalau betul Dhazrif nak bergurau, serius tak lawak. Boleh tahan juga dia kerjakan Izya sebelum terus angkat kaki keluar dari situ. Balas balik perbuatan Izya yang pernah pukul dia di pejabat Dhazrif dulu. Apa yang terjadi pada Izya selepas itu, memang Datin Annura tak ambil tahu. Terus meninggalkan Izya walaupun Izya dah mula menjerit minta tolong tika itu. “What?” Datin Annura pucat lesi. Nampak sungguh terkejut dengan berita yang tak dia ketahui selama ini. 221
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya mengandung? Jangan cakap yang.. Dhazrif angguk berkali-kali. “Isteri I mengandung dan sekarang anak kami tu dah tak ada.” Dalam satu nafas, sejurus turut membuatkan nafas Datin Annura berubah kencang. Lembik kedua-dua belah lutut dia. Tak menduga tindakan dia sampai meragut nyawa. Tak menyangka perbuatan dia terhadap Izya jadi punca sebuah kehilangan. Speechless. Memang Datin Annura rasa lidah dia seakan ghaib. Lesap entah ke manamana. “You bergurau kan, Zrif?” Cuak. “You nak I bawa you ke pusara anak I?” Soalan berbalas soalan. Bezanya soalan Dhazrif sudah cukup mampu menjadi asbab Datin Annura terkurung dalam beban perasaan bersalah yang bukan sedikit. Jadi itu ke punca Dhazrif nekad untuk buat laporan polis? Jika dia di tempat Dhazrif, dia sendiri akan lakukan perkara yang sama. Datin Annura pembunuh. Datin Annura 222
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dah bunuh satu nyawa yang langsung tidak pernah melakukan dosa pada dia. “I mungkin boleh maafkan you, tapi I tak pasti kalau isteri I juga mampu maafkan you. Berhentilah, Nura. Berhenti untuk kejar diri I. Sebagaimana Jat tak pernah pandang you dan duakan Sari, begitu juga I. I hanya akan sayangkan Izya. Hanya Izya Ammara isteri Dhazrif sampai hujung nyawa. I harap you faham.” Tanpa meninggikan suara. Seteruk mana rasa marah menguasai diri, keadaan dah tak mampu berubah lagi. Baru saja Dhazrif pusing tubuh nak masuk ke kereta, suara Datin Annura paksa sepasang kaki Dhazrif kembali terhenti. “You takkan tarik balik laporan tu, Zrif? Sekurang-kurangnya you ingatlah I sebagai sahabat you. Kita pernah bekerjasama.” Datin Annura mencuba. Memang dia rasa bersalah terhadap Izya, tapi dia belum kuat lagi untuk hidup di sebalik tirai besi. Walaupun apa yang dia lakukan itu jelas bukan sampai ke niat mahu membunuh. Hakikat yang nyata, bayi Izya sudah pun kembali pada sang pencipta. 223
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Toleh, Dhazrif pandang wajah Datin Annura lama. Demi Izya, Dhazrif rela tanggung kerugian. Kerana wang ringgit takkan pernah mampu membeli sebuah kebahagiaan. Dhazrif hanya mahu terus bahagia dengan keluarga kecil dia. Duit boleh dicari, isteri? Hanya Izya seorang sahaja yang mampu curi hati dia. “Kalau Izya mampu maafkan you, waktu tu paling tepat I akan tarik laporan polis yang I dah buat. Cuma satu yang I nak you tahu, Nura. Selepas ni, tolong jangan munculkan diri you di depan I lagi. Jangan ganggu I dan keluarga I kalau you tak nak tengok sisi Tuan Dhazrif yang tak pernah you lihat selama ini,” tutur Dhazrif, masih berpegang teguh padan pendiriannnya. Sejurus kereta mewah Dhazrif berlalu meninggalkan Datin Annura terhukum dengan dosa sendiri.
224
Bab 32
T
EMPOH berpantang jika dihitung belum lagi tamat. Tapi Izya dah tak betah nak terus duduk di rumah dan meratap. Sekurang-kurangnya bila dia sibukkan diri dengan pengajian yang hampir saja hendak dihabiskan, tak adalah dia perlu hanyut dengan kesedihan. Dhazrif pun dah tiga hari tak munculkan diri. Izya malas nak semakkan kepala fikirkan tentang Dhazrif. Kalau Dhazrif rasa dia punca utama mereka terpaksa kehilangan zuriat kedua mereka, Izya pasrah saja. lagi?
Dah orang membenci, Izya nak kata apa Izya sangkakan bahagia ini berkekalan,
225
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
rupanya terputus di tengah jalan. Patutlah sekarang ada akta yang melibatkan kesalahan mengganggu rumahtangga orang lain. Ternyata kesan yang ditinggalkan amat mendalam. Sebut tentang Datin Annura, Izya tak boleh lambakkan kesalahan pada Datin Annura. Dia yang sibuk nak serang Datin Annura. Kalau dia cuba bersabar sedikit, tentu semua ini takkan terjadi. Datin Annura pula dah agak lama tak ganggu dia. Pelik, rasa juga tertanya-tanya. Namun malas Izya mahu fikirkan perkara itu lagi. Kadang-kadang tahap kemalasan Izya hinggakan kalau Datin Annura nak terus rebut Dhazrif pun terpulanglah. Bila Izya tunjuk sayang, balik-balik dia juga yang nampak teruk. Ada baiknya kalau Izya tak terlalu sayangkan seseorang. Kelak kesakitan ini pasti tidak buat dia merana jiwa dan raga. “Bersiap cantik-cantik ni nak ke mana, Izya?” Suara Datuk Izzat menegur Izya di anak tangga pertama. Toleh, Izya lempar senyuman nipis. 226
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Izya nak jumpa Prof. Hazmi. Dah lama tak bincang pasal kajian yang Izya sedang buat ni, risau tepu otak Izya nanti. Papa dan Aunty Sari tolong jagakan Inas sekejap, boleh kan?” Tak syak apa-apa, lurus saja membalas. Datuk Izzat berubah rona. Pandang Sari, bersilih-ganti. Izya ni biar betul? “Izya kan masih berpantang, mana boleh bergerak ke mana-mana sangat. Apatah lagi keluar dari banglo ni.” Sari menyampuk. “Pantang tanpa anak ni sakit dia lain macam sikit, Aunty Sari. Izya tak nak hanyut dengan kesedihan. Izya kena bangkit, Inas perlukan Izya. Lagipun Izya rasa Izya dah makin sihat.” Deras menjawab. Harap-harap niat dia tidak dihalang. Sari cuit Datuk Izzat dekat bawah. Minta si suami bertegas tak benarkan Izya keluar. Malangnya dia tengok Datuk Izzat seakan mati kutu pula. Tergaru-garu belakang kepala. “Izya pergi dulu ya, pa?” “Sekejap.” “Kenapa?” Izya toleh dan soal bingung.
227
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Mendekat, Datuk Izzat tercegat berdiri di depan Izya. “Papa tak boleh benarkan Izya keluar. Zrif minta papa jagakan Izya. Izya amanah papa, papa dah janji dengan Zrif. Nanti tunggulah pantang lama sikit, baru Izya sambung balik fokus dengan kajian Izya tu. Buat masa sekarang, Izya duduk rumah dulu ya?” Lembut memujuk. “Zrif minta papa jagakan Izya?” Datuk Izzat angguk. Tak semena senyum hambar terukir pada bibir. “Kenapa dia nak suruh papa jagakan Izya? Bukan ke tanggungjawab dia untuk jaga Izya? Tak payahlah papa ikutkan sangat permintaan dia. Kalau dia kisahkan Izya, dia sendiri yang akan jaga Izya.” Panjang ayat berjauh hati. “Izya janganlah macam ni, dengar cakap kami. Kami buat untuk kebaikan Izya.” “Izya dah janji dengan Prof. Hazmi.” “Aunty Sari telefon minta dia tangguh perbincangan ni?” Izya geleng beria-ia. “Izya memang nak pergi. Kalau papa 228
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
risau, papa suruh Abang Zali hantarkan.” Tegas Izya seperti selalu, tetap dengan keputusan dia. Datuk Izzat dan Aunty Sari serentak buang nafas. “Izya bukan sengaja tak nak dengar cakap papa dan Aunty Sari, tapi Izya harap papa dan Aunty faham yang Izya tak boleh berterusan duduk rumah. Izya risau lambat-laun Izya akan jadi tertekan.” Capai jemari Datuk Izzat, Izya ramas perlahan. Meminta sedikit pengertian. Kali ini dia bukan mahu menunjukkan sikap keras kepala. Luaran Izya terlihat sempurna, sedangkan Izya menanggung sakit ‘di dalam’ tanpa pengetahuan sesiapa. Saat Izya mula menghantar renungan sayu ke wajah Datuk Izzat, Datuk Izzat terpaksa beralah juga. Dianggukkan kepala tanda memberi kebenaran. Dengan syarat, Zali yang akan hantarkan Izya ke universiti. “Terima kasih, pa.” “Jaga diri elok-elok.” Sempat berpesan sebelum lengannya kuat dicubit oleh Sari. “Adoi! Kenapa cubit pula ni?” Jelas pamer 229
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
wajah tak puas hati. “Kenapa bagi kebenaran macam tu aje dekat Izya? Tak risau?” Sari tak setuju dengan tindakan Datuk Izzat. “Sebab risaulah baru niat nak telefon Zrif ni. Laju sungguh pengepit ketam berjalan. Tak sempat nak jelaskan apa-apa.” Datuk Izzat muncungkan bibir. Perit lengan dia dapat habuan daripada Sari. Dengar bicara Datuk Izzat, Sari dah mula tersengih kelat. Terlajak jari mengetam, sakit sajalah Datuk Izzat dapat. Kesian-kesian.
TERHENTI langkah kaki Izya bila keluar dari Student Lounge, terpacak encik suami berpeluk tubuh memandang dia. Cara pandangan jelas tak berkenan dengan sikap Izya. Aturan tapak yang tadinya lancar berubah perlahan. Izya rasa kekok. Izya rasa dirinya serba tidak kena. Namun dalam masa yang sama Izya tertanya-tanya, macam mana Dhazrif boleh ada 230
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
di depan dia? Siapa yang bagitahu pada Dhazrif? “What do you think you’re doing, Izya Ammara?” Sebaris soalan meniti pada bibir Dhazrif. Izya telan liur. Cara Dhazrif tanya, jelas Dhazrif tak suka dengan apa yang dia buat. Wajah Dhazrif tegang tanpa secalit senyuman. “Saya.. saya..” “I suruh you tinggal dengan Jat buat sementara sebab I ingat you mampu dengar cakap Jat. Tak nak dengar cakap I, tak apalah. Takkan cakap papa sendiri pun you payah nak ikut?” hambur Dhazrif pedas. Izya rasa terpukul. Retak sekeping hati Izya yang sedang sarat tanggung rindu. Dia tak berharap Dhazrif muncul semata-mata untuk marahkan dia. Dia berharap kemunculan Dhazrif adalah untuk leraikan rindu dendam di hati dia terhadap encik suami. “Kalau muncul depan saya semata-mata nak marahkan saya, awak baliklah. Sekejap lagi Abang Zali datang jemput saya.” Bersedia nak putar tubuh, tersekat pabila jemarinya disambar oleh si suami. 231
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Pandangan beradu tepat. “I’m worried about you. Why can’t you see that?” aju Dhazrif, sekaligus buat Izya tergamam. Bertambah terkaku pabila tubuh dia kemas ditarik ke dalam pelukan Dhazrif. Gulp! Liur yang ditelan terasa payau. Dada berdebar-debar. Jantung dipalu kencang. Perasaan ini seolah-olah sama dengan kali pertama dia jatuh cinta pada Dhazrif. Mengasyikkan dan menenangkan, Seluruh jiwa yang sebelum ini pernah berantakan.
232
Bab 33
B
AGASI diletakkan sebelum jemari Izya diraih. Nak dapatkan privasi, awal-awal lagi Dhazrif dah suruh Inas mandi. Selepas beberapa hari dia dan Izya berjauhan, sudah sampai masanya untuk lepaskan rindu dendam. Siapa tak sayang isteri kan? Kalau bukan sebab sayang, tak adalah Dhazrif buat kerja gila sabitkan Datin Annura dengan kesalahan. Izya saja yang tak tahu. Masing-masing membisu. Tiada ayat untuk disusun sebagai bicara. Semalam Izya masih lagi berada di rumah Datuk Izzat, alih-alih petang ni dah terpacak ke rumah sendiri. Terselit perasaan lega di hati Izya. Kalau Dhazrif dah sudi nak jemput dia pulang ke rumah mereka, bermakna Dhazrif dah tak 233
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
marah lagilah tu. “Kenapa dari tadi diam aje?” tegur Dhazrif menarik perhatian Izya. “Saya dah tak tahu macam mana nak berbual dengan awak.” “Kalau macam tu tak payahlah cakap apa-apa sebab..” Gantung ayat, bibir Izya dipagut lembut. Lama sampai sepasang mata Izya membulat dek tak menduga. Beberapa detik barulah dilepaskan. “Sebab I nak ‘curi’ bibir you sekejap.” Sambung Dhazrif, itu pun lepas dah ‘curi’ dan puas lepaskan rindu. Tersipu-sipu malu, Izya tunduk renung hujung jemari. Dah kenapa dia gedik sangat ni? Acah-acah macam baru malam pertama pula. Dush! Simpan senyum, memerhatikan tingkah laku Izya. Jemari menyentuh hujung dagu sebelum wajah Izya dipaut ke atas. Menjadikan pandangan mereka setentang. “Rindukan I tak?” Gemersik. Izya angguk sebagai jawapan.
234
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“I pun rindukan you, baby. Macam hilang sebelah hati bila terpaksa berjauhan dengan you.” Pengakuan paling jujur, bukan nak beli jiwa Izya. Dhazrif nak Izya tahu sepanjang mereka berjauhan, Dhazrif pun jadi tak keruan. “Kalau rindu, kenapa baru sekarang datang jemput?” Soalan cepumas, Dhazrif terkebam bibir sendiri. Amati wajah Izya, ketara nampak sendu. Perlu ke Dhazrif berterus-terang? Sedut nafas dalam, Dhazrif lepaskan perlahan-lahan. Jemari Izya masih belum dilepaskan. Bimbang andai terlepas, Izya hilang dari pandangan mata. “I bukan sengaja nak suruh you tinggal dengan Jat. Waktu tu I nak emosi you betul-betul stabil sementara I sedang uruskan sesuatu. I tak nak you serabut, sayang. You baru aje kehilangan anak kita, I tak nak tambah keruhkan keadaan. Apatah lagi I sendiri pun sedang pujuk diri I untuk terima kenyataan. I tak nak tutur kata I akan buat you terasa. Bila I yakin keadaan dah makin pulih, barulah I akan bawa you ke rumah ni semula,” maklum Dhazrif akan niat sebenarnya. 235
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
seribu.
“Maksud awak?” Kening Izya berkerut
“I dah buat laporan polis pasal kes hari tu.” Lagi ayat penyata yang mengejutkan Izya. Dhazrif buat laporan polis? Pasal siapa? Tak mungkinlah Dhazrif buat laporan polis tentang Datin Annura. Datin Annura tu kan salah seorang klien penting syarikat Dhazrif. “I buat laporan pasal Annura serang you.” Seakan faham tanda tanya di benak Izya, terus saja Dhazrif menambah lagi. “Hah?” Tak mampu kawal rasa terperanjat, terluah sepatah perkataan di bibir Izya. Bingung, rasa macam tersilap dengar. Bila dia pandang Dhazrif dan kerdipkan mata beberapa kali, hati mulai yakin yang Dhazrif memang serius. Sikit pun tak ada niat nak mainkan Izya. “Tapi saya yang serang dia dulu, Zrif.” Suara Izya berubah gontai. Dhazrif elus pipi Izya hangat. “Jat dah ceritakan pada I. Kalau bukan sebab Annura minta you untuk jadi madu dia, 236
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
you takkan serang dia tanpa sebab. Dia dah banyak kali ganggu you, I hanya tahu apa yang I sempat nampak dan dengar. Sedangkan yang lain banyak you mula sorokkan daripada I sebab you risau kalau-kalau I akan cakap yang you ni paranoid kan?” aju Dhazrif menanti balasan. Saat Izya menggangguk, Dhazrif terjerut dengan perasaan bersalah. “I minta maaf. Kalau bukan sebab I lambat ambil tindakan, tentu kita takkan hilang anak kita.” “Saya anggap semua ni qada’ dan qadar untuk terus mematangkan saya.” “Dengan kehilangan?”
menghadapi
sebuah
Izya angguk. “Kalau itu yang dah tertulis oleh DIA. Cuma..” “Cuma apa?” Kening Dhazrif terjungkit. Berdebar-debar menanti Izya sudahkan bicara yang tergantung. “Datin Annura tu kan klien syarikat awak, awak tak takut ke syarikat awak terjejas 237
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bila awak buat laporan polis pasal dia?” Resah riak wajah Izya. “I boleh hilang apa saja yang I ada. Tapi I tak boleh kehilangan you,” balas Dhazrif, sekaligus membuatkan Izya seakan terbang jauh ke langit biru. Tunduk malu, jiwa dilanda gelora yang mendamaikan. Syukur akhirnya kemelut ini berjaya dileraikan. Jika tidak, tak tertanggung beban rindu di dalam dada. “Zrif..” “Hmm..” “Awak masih salahkan saya?” Takuttakut bertanya. “Untuk apa?” “Punca kehilangan anak kita.” “I dah mula belajar terima takdir, sayang. InsyaAllah lepas ni DIA akan gantikan semula. Tak payah kenang lagi perkara yang menyedihkan. I nak kita bahagia macam duludulu kala.” Tulus tutur kata Dhazrif, meresap ke sudut hati Izya yang paling dalam. Saat Dhazrif berikan Izya peluang kedua, 238
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya pasang tekad tanpa Dhazrif sedari. Bermula detik ini, Izya akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang lebih matang. Buang jauh-jauh perangai kebudak-budakan. Kalau membinasakan dan buang masa, untuk apa? Baiklah Izya jadi manusia yang lebih baik berbanding sebelum. Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk kebahagian rumahtangga mereka juga. Kenangkan Datin Annura, terselit rasa simpati dalam hati. Namun keputusan itu bukan Izya yang buat, tapi Dhazrif. Lantas apa saja yang Dhazrif rasa perlu, Izya hanya mahu akur sahaja selepas ini.
239
Bab 34
T
AK pasti tepat atau tidak keputusan dia temukan Izya dengan Datin Annura. Bila Datin Annura merayu-rayu mahu ditemukan dengan Izya dah Izya bersetuju, Dhazrif dah malas nak menghalang. Tunaikan hajat si isteri, berharap pertemuan ini berakhir dengan baik. “Betul ke tak nak I temankan?” Dhazrif minta kepastian, sekiranya Izya akan ubah fikiran. Sebetulnya risau nak tinggalkan Izya berdua dengan Datin Annura. Niat Datin Annura bukannya Dhazrif boleh baca. Serik Dhazrif nak percaya. Memang Datin Annura kata pertemuan ini atas niat baik semata-mata. Hati manusia, siapa boleh baca? Rambut sama hitam, hati jelas lain-lain. 240
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Tempat umum, Zrif. Awak tunggu saya dekat meja lain ya?” Pegang tangan Dhazrif, Izya elus perlahan. Berbunga-bunga hati dia dek keprihatinan sang suami. Tuntas pandangan meratah raut Izya, sudahnya Dhazrif mengalah. Biarlah mereka berdua bersemuka. Leraikan masalah yang ada. Dhazrif, boleh saja menjadi pemerhati dari jauh. Bak kata Izya, tempat umum. Apa sangatlah yang Datin Annura boleh lakukan andai kata wanita itu mula menaruh dendam? Hilang kelibat Dhazrif, mereka kini duduk setentang. Tiada ayat sebagai mukadimah. Masing-masing menyepi. Akhirnya Izya yang beranikan diri membuka mulut. “Kenapa datin nak jumpa saya?” Tenang, tidak terlihat emosinya tercarik seperti selalu. Datin Annura kebam bibir. Tak reti nak mulakan ayat. Hanya batinnya menjerit-jerit mahu Izya maafkan segala perbuatannya selama ini. “You dah sihat?” “Saya ada di depan datin, bermakna saya masih sihat.” 241
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“I tak maksudkan tu, Izya..” Lemah bicara yang terluah. Izya kerut kening. “Habis tu?” Datin Annura angkat jari telunjuk dan halakan ke dada Izya. “I maksudkan hati you. Luka tu dah hilang ke, Izya?” Lurus, tak berkias-kias lagi. Tersenyum, mengertilah Izya akan maksud tersirat. Jatuhkan kepala, diiringi dengan sebuah senyuman nipis. “Alhamdulillah, dah makin pulih. Datin dah tahu ke tentang anak saya yang dah ‘pergi’?” aju Izya kerana sepanjang kehamilan, memang Dhazrif tak izinkan dia bagitahu berita gembira itu kepada orang luar selain keluarga atau teman rapat. “I minta maaf, I tak tahu you mengandung. Sumpah kalau I tahu, I takkan tinggalkan you waktu you jerit minta tolong pada I. Dan I takkan sesekali sakitkan you, Izya.” Bersungguh-sungguh Datin Annura meluah kata. “Bukan salah datin sepenuhnya, salah saya pun ada.” 242
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Tapi I punca anak you gugur.” “Saya dah tak nak ingat pasal tu lagi. Anak saya, dah tenang bermain-main di syurga. Biarlah dia kat sana. Dunia pun, bukannya indah sangat. Di sana, pasti jauh lebih baik.” Semakin matang gaya Izya berkata-kata. Datin Annura terkedu. Seperti jelmaan wanita lain yang sedang berdepan dengan dia. “Kalau saya tanya, boleh ke datin jawab dengan jujur?” “You nak tanya apa?” “Kenapa datin nak sangat jumpa saya?” “I nak minta maaf. Lepas Zrif bagitahu anak you gugur disebabkan I, I tak boleh lelapkan mata walaupun I mengantuk. I dihurung perasaan bersalah. Sebab tulah I rayu supaya Zrif izinkan you jumpa I.” Sikit pun tak menipu. Terangguk-angguk kepala Izya. Jika benar apa yang diperkatakan, bermakna tebakan Izya meleset. Izya sangka Datin Annura pujuk nak jumpa dia sebab nak minta dia nasihatkan Dhazrif untuk tarik semula laporan polis. “Datin nak jumpa saya bukan sebab datin 243
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nak saya pujuk suami saya batalkan laporan polis?” Berkali-kali menggeleng. “I tak kisah kalau Zrif nak teruskan laporan polis tu sebab memang kesalahan I kali ni bukan sedikit. Sekalipun I dihukum, biarlah waktu tu I dah dapatkan kemaaafan you. Tentang laporan tu, I akan hadap dan ikut undang-undang di Malaysia. Sejak awal, memang I yang ganggu rumahtangga you dan Zrif. Jadi layaklah kalau I dapat hukuman kali ini.” Gontai suara Datin Annura. Berserah apa saja nasib dia selepas ini. Membisu, Izya seakan ketandusan ayat untuk membalas. Berikan peluang untuk Datin Annura berbicara lagi. “Izya, sebelum undang-undang tentukan hukuman untuk kesalahan I. I nak you tahu sesuatu.” Tersekat seketika, kerana saat ini jiwa Datin Annura sebak. Capai jemari Izya, Datin Annura genggam lembut. “I takkan ganggu Zrif lagi.” Seakan membuat janji, sejurus menerbitkan kelegaan di hati Izya. Akhirnya, Izya mampu hidup dengan 244
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tenang. Tanpa gangguan pihak ketiga yang mahu merobohkan masjid yang dia dan Dhazrif bina. “Terima kasih berundur, datin.”
sebab
sudi
untuk
Tubir mata Datin Annura bergenang. “I harap you dapat maafkan segala kesilapan I.” “Saya maafkan datin. Saya maafkan datin sebab saya tak nak ada urusan di dunia sesama manusia yang belum selesai andai kata saya dijemput DIA,” balas Izya buat hati Datin Annura tersentuh. Saat Izya mula mengangkat tubuh untuk berlalu, Datin Annura tidak menghalang. Segalagalanya telah pun selesai. Hanya dia yang perlu menanti sebaik saja kertas siasatan bermula nanti. Berani buat, berani tanggunglah kan? “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” “Terima kasih sebab sudi jumpa I, Izya.” Izya jatuhkan kepala sekali lalu memusingkan tubuh. Sebelum sempat dia melangkah, Izya kembali berkalih mencari raut 245
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
wajah Datin Annura semula. “Datin..” “Ya?” “Saya akan minta Zrif tarik laporan polis yang dah dibuat.” “I jumpa you bukan untuk pujuk you batalkan laporan terhadap I. Kenapa you perlu buat macam tu untuk I?” Datin Annura tak nak Izya salah faham. Izya pamer senyum sebelum kembali membuka mulut. “Kerana setiap manusia berhak dapat peluang kedua. Sekalipun datin terhukum, anak saya takkan kembali. Cukuplah datin sedar dan kembali ke pangkal jalan, saya berikan peluang untuk datin hidup macam biasa,” tutur Izya tanpa ragu. Membuatkan Datin Annura rasa seperti mahu menangis saat ini juga. Datin Annura pernah berikan Izya tahi, tapi kenapa Izya membalasnya dengan bunga pada pengakhiran kisah mereka? Pejam
mata,
Datin 246
Annura
mula
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
menghitung dosa sendiri. Allahuakhbar, banyaknya khilaf Datin Annura dah terbuat. Dengan Izya, mungkin sudah tidak disimpan dendam di hati. Dengan Allah S.W.T, Datin Annura perlu terus bersujud dan meminta ampun. Supaya hidup Datin Annura lebih tenang, tanpa dibayangi dosa-dosa lama.
247
Bab 35
T
ERASA ada tangan yang menjalar ke perut, sepasang mata terbuka luas. Kalih ke sisi, bertembung bibir dengan bibir. Lebar senyuman Dhazrif menyapa pandangan mata. Dah lama tak lalui suasana begini. Oh, damainya hati. Kalau boleh, nak terus duduk begini sampai bila-bila. “Pagi-pagi dah nak menggoda ke, sayang?” “TER, bukan sengaja nak ciumlah.” Izya tepuk lengan Dhazrif yang membelit tubuhnya. Malangnya sikit pun Dhazrif tak mahu alihkan. “Zrif, saya nak bangun ni. Kejap lagi nak siapkan Inas ke rumah pengasuh.” “Tak payahlah hantar Inas ke rumah 248
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pengasuh.” “Habis tu siapa nak jaga Inas? Saya kena jumpa Prof. Hazmi hari ni.” “You pun tak payah jumpa Prof. Hazmi.” “Eh, mana boleh macam tu? I dah janjilah dengan Prof. Hazmi.” Izya tayang wajah resah. Hilang resah saat skrin telefon bimbit miliknya elok terhidang depan mata. Izya, hari ni saya tak dapat jumpa awak. Ada urusan keluarga yang tak dapat elak. – Prof. Hazmi. Baca mesej yang diterima, barulah Izya mengerti. Awal-awal pagi lagi Prof. Hazmi dah hantar mesej. Si suami pula laju aje nak membaca. “Baca mesej saya ya?” Izya kecilkan biji mata, kononnya tak suka Dhazrif buka mesej yang diterima tanpa izin. Walhal, Izya sikit pun tak kisah. “Haruslah I baca. Manalah tahu kalaukalau Prof. Hazmi ada hati dengan you. Pagipagi buta hantar mesej, takkan I tak curiga?” Dhazrif cebirkan bibir.
249
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya ketawa lalu dua jari mengepit bibir Dhazrif sampai terjerit si suami dengan tindakan dia. “Sejak bila tahu cemburu ni?” “Takkan tak cemburu? Isteri hanya ada seorang, kalau yang ini dikebas orang meraunglah I nanti.” Sungguh-sungguh Dhazrif melontar kata. Tanpa sedar, Izya mula menyimpan senyum bahagia. Ayat tu tak boleh manis lagi ke? Alahai.. terbuai-buai hati Izya. “Saya dengan Inas memang boleh bermalas-malasan dekat rumah. Tapi awak tu nak kena ke pejabat. Dah lupa?” “I kan bos, hari ni I nak ambil cuti.” Mudah jawapan Dhazrif, mentang-mentang tu syarikat dia. “Kenapa pula?” “Nak habiskan masa dengan you dan Inaslah.” “Hari cuti kan boleh?” Izya tak nak susahkan Dhazrif. Syarikat tu hasil titik peluh Dhazrif, jangan disebabkan dia bakal berkubur 250
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pula nanti. Dahlah Dhazrif baru saja hilang klien penting syarikat dia, Datin Annura. “Tak suka habiskan masa dengan I nampak? Dah jemulah tu.” Mengada-ngada pula sikap Dhazrif sejak kebelakangan ini. Izya buang perangai lama dia, Dhazrif pula yang tukang kutip balik ke? “Kalau boleh, setiap saat saya nak ada dengan awak. Tapi saya tahu ada masa saya perlu lepaskan awak. Awak kan ketua keluarga, kena cari nafkah untuk saya dan anak-anak.” “Wah, dah makin matang isteri I sekarang ni. Terujanya!” Bebola mata Dhazrif bersinarsinar, kononnya kagum sangatlah tu. Jeling, Izya cubit lengan Dhazrif. Macam tak tahu Dhazrif sengaja nak perli dia? Berdekah si suami ketawa, Izya pula sekadar menggeleng. Sejak dah mula buang perangai buruk dia, dia dah malas nak ambil pusing hal-hal remeh ni. Teringatkan sesuatu, Izya mula menggigit-gigit hujung bibir. Sebolehnya tak nak sebut nama orang lain waktu-waktu macam ni. Tapi bimbang ditangguhkan, susah pula laporan nak ditarik semula. 251
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Zrif, saya nak cakap sikit boleh?” Dhazrif tak terus jawab, sebaliknya sembamkan wajah pada leher Izya. “Zrif, dengarlah ni..” Izya bersuara sambil menggeliat kegelian. Jambang Dhazrif tu mencucuk-cucuk bahagian leher, mahu dia tak rasa geli? “Cakaplah, I dengar.” “Betul awak dengar ni?” “Ya, I dengar.” “Okey, kalau macam tu saya nak cakap..” Tersekat-sekat. Dhazrif menanti. “Saya nak cakap..” Masih lagi tersekatsekat. Sejurus Dhazrif angkat muka. Renung Izya dengan pandangan pelik. “Nak cakap apa ni, sayang?” “Kalau you tarik balik laporan polis terhadap Datin Annura, boleh ke?” Habiskan dalam satu nafas lepas tu pejam mata rapatrapat. Takut nak tunggu reaksi Dhazrif. Bila 252
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif memilih untuk dia, Izya beranikan diri untuk mencelikkan mata. “Err.. awak marah ke?” “Kenapa nak I tarik balik laporan tu?” “Sebab saya rasa dia layak dapat peluang kedua. Lagipun dia dah tua, kesianlah kalau kena masuk lokap. Dia dah janji takkan ganggu awak lagi. Jadi rasanya tak salah kalau kita berikan dia peluang untuk berubah.” “Are you sure, baby?” “Ya, Zrif. Saya yakin dengan keputusan saya. Awak tariklah balik laporan polis tu.” Tekan Izya mahu Dhazrif percaya. “Kalau kata dia ganggu I lagi, macam mana? Takkan masa tu baru nak menyesal sebab suruh I tarik balik laporan polis.” Cuba menduga. Dihadapi tenang oleh si isteri menandakan Izya sudah semakin bijak menangani masalah yang datang menimpa. “Andai kata dia masih nak ganggu awak lagi, waktu tu saya tak suruh awak buat laporan polis dah. Tapi saya sendiri yang akan hantar dia ke planet Pluto.” Serius wajah Izya, namun menjentik rasa geli hati seorang Dhazrif. 253
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Tak mampu tahan, bergegar-gegar tubuh Dhazrif menghamburkan tawa. Isteri Tuan Dhazrif, sejak bila dah pandai loyar buruk ni?
254
Bab 36
B
ERKERUT dahi Dhazrif tengok lauk yang terhidang atas meja. Izya jarang nak masak lauk-pauk banyak sampai macam ni. Serupa nak panggil tetamu luar saja. Hampir penuh meja. Mentangmentang bakat memasak dah semakin digilap, hari-hari ada saja menu baru Izya sediakan untuk dia dan Inas. “Masak banyak-banyak macam ni, ada orang lain nak datang ke?” Hampiri Izya, pinggang Izya dipeluk daripada belakang. Bibir berlabuh pada bahu. Disebabkan Izya dah tahu akan kewujudan si suami, Izya sikit pun tak terkejut. “Papa dengan Aunty Sari nak datang
255
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kejap lagi.” “Patutlah masak banyak sangat. Ingatkan kita bertiga aje nak makan. Mana larat nak habiskan,” ujar Dhazrif meluahkan. Sudahkan basuhan terakhir, Izya pusingkan tubuh berdepan dengan encik suami. Wajah Dhazrif ditatap tanpa jemu. Wajah yang saban malam menemani tidurnya. Wajah sempurna, yang buat hati dia mencair setiap masa. “Inas kat mana?” “Dekat atas, tadi I baru lepas jenguk dia.” “Agak-agak lama tak dia kat atas?” “Lama kut. Sebab nampak dia tengah belek buku cerita. Inas dah boleh membaca sikit-sikit kan?” Izya angguk. Perkembangan bagus, memang Inas jenis cepat belajar sesuatu. Rezeki Izya dan Dhazrif sebab dikurniakan anak sepintar Inas. “Kenapa tanya macam tu? Pelik sangat soalan you tu, sayang.” “Kalau lama, saya nak..” Tarik Dhazrif 256
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dekat, tangan melingkar pada leher. Kedua-dua belah pipi Dhazrif dikucup penuh kasih. Terlepas gelak pada bibir. “Oh, nak menggatal rupanya..” Leret Dhazrif, tak buat Izya terasa langsung. Memang hormon gatal dia tengah mencanak naik pun. Gatal dengan suami sendiri, bukan berdosa pun kan? “Tak menggatal dengan awak, nak menggatal dengan siapa lagi?” usik Izya buat Dhazrif terus matikan tawa. “Ada orang lain selain I ke?” “Mana ada.” Cepat-cepat Izya menafikan. “Nasib baik jawab tak ada. Kalau ada tadi, memang I kurung you dalam bilik tak bagi keluar. Susah tau nak jaga isteri macam you ni. Cantik jelita, manja lagi.” Pujian Dhazrif melambung-lambung pada Izya. Serupa ada makna. “Puji saya banyak-banyak ni, ada niat tersembunyi ke?” Angkat-angkat kening, menyoal Dhazrif. “Mestilah ada.” 257
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“What is it, Zrif?” “I nak anak lagi.” “Bila?” “Sekarang, kita usahkan dari sekarang. Kasihan dengan Inas tak ada kawan. Lagipun I dah makin tualah sayang. Sementara masih bertenaga nilah kalau you nak minta anak dengan I pun.” Selamba, tanpa rasa malu. pipi.
Sedangkan Izya, pijar kedua-dua belah “You rasa I masih bertenaga tak, sayang?”
“Ya Allah, Zrif. Soalan merepek apa tu?” Izya tepuk dahi. Dhazrif tak puas hati selagi Izya tak jawab. “Jawablah cepat..” gesa Dhazrif buat Izya rasa nak sorok muka dalam baju encik suami. Malu-malu Izya jawab jua pertanyaan karut Dhazrif. “Ya, masih bertenaga. Gagah dan perkasa.” Suara dalam anak tekak saja, seganlah nak jawab kuat-kuat. Tanpa sedar, sudah ada sesusuk tubuh lain memerhatikan mereka sejak beberapa minit lalu. 258
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Siapa mummy?”
yang
gagah
dan
perkasa,
Dum! Serupa dibaling tong gas. Masingmasing segera leraikan pelukan. Pusing, terpacak Inas menayang wajah bingung depan mereka. “Err..” Dhazrif cuba cari helah. “Err..” Giliran Izya pula. Pengakhirannya, Izya tolak Dhazrif ke depan paksa si suami saja jawab pertanyaan Inas. Dah Dhazrif yang keluarkan topik sensitif macam tu, Dhazrif sajalah kena cari jalan nak auta anak dara mereka. “Oh.. yang tu mummy dengan daddy tengah cakap pasal sayur yang mummy masak tu. Cuba Inas tengok atas meja. Banyak jenis sayur mummy buat untuk kita hari ni. Daddy cakaplah dekat mummy bagus kalau mummy selalu masakkan sayur sebab nanti kita bertiga boleh jadi gagah dan perkasa.” Aci hentam sajalah, labu. Asalkan si kecil Inas percaya. Saat melihat Inas mula melenggang kangkung panjat kerusi untuk intai lauk di atas meja, Dhazrif dan Izya mula melepaskan nafas lega. Yakin kanak-kanak macam Inas, mesti dah 259
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
percaya bulat-bulat dengan apa yang Dhazrif cakap. Fuh, selamat. Lepas ni kalau nak berasmaradana, tak boleh di tempat terbuka lagi.
260
Bab 37
I
ZYA siram pusara Mohamad buat kali yang terakhir. Lama berdiri, hati terasa sayu mahu meninggalkan Mohamad. Kalaulah Izya tak terlalu mengikut hawa nafsu, tentu Mohamad takkan terkubur di sini. Menarik nafas dalam, Izya tak boleh berterusan meratapi. Meratap pemergian Mohamad, sama saja seperti Izya tak redha dengan takdir DIA. “You janji tak nak menangis depan Mohamad, sayang?” Muncul Dhazrif di sisi, memaut jemari Izya. Seakan mengerti, Izya perlukan tongkat untuk terus berpaut. Kabur mata Izya, menahan tangisan agar tidak terhambur. Saat renungan Inas sayu memandang dia, Izya usap kepala si kecil penuh 261
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kasih. Rasa bersalah, bukan saja pada Dhazrif. Tapi pada Inas juga. Izya dah berjanji nak berikan Inas seorang adik, sudahnya janji itu dicapati. Selepas hampir berbulan-bulan Mohamed sendirian di sini, baru hari ini Dhazrif izinkan dia melawat tempat Mohamad disemadikan. Itu pun selepas puas dia berjanji. Janji untuk tidak koyak mental. Janji untuk tidak letakkan kesalahan pada diri sendiri. Janji untuk tidak sesekali meluah kesal. Janji supaya tiada tangisan sepanjang mereka ‘menemani’ Mohamad. “Saya tak menangislah.” “Mata I belum buta. Dahlah, kita kena lepaskan Mohamad pergi. Dia dah bahagia kat sana, kenapa kita perlu nak bersedih lagi?” Pujukan Dhazrif, buat sebak di hati dah tak tertanggung lagi. Sembam wajah pada bahu Dhazrif, Izya menangis sepuas hati. “Maaf sebab saya tak mampu nak tepati janji, Zrif. Saya.. rindukan Mohamad.” Tersedusedan tangisan Izya. Dhazrif turut merasa walang. Belakang tubuh Izya diusap hangat. 262
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Seakan mengerti, Inas sekadar diam memerhati. “Let it all out. Kalau ini mampu jadi tangisan terakhir you untuk Mohamad.” Akhirnya, Dhazrif memberi peluang. Peluang supaya Izya mampu membasuh luka lama. Berharap tangisan ini adalah penawar untuk Izya. Lama berkeadaan begitu, barulah Izya kembali memanggung wajah. Jemari Dhazrif laju bertindak mengusir sisa air mata di wajah si isteri. “Dah lega?” Izya jatuhkan kepala. “Lepas ni saya boleh datang jenguk Mohamad lagi kan?” “Dengan syarat,” balas Dhazrif. Izya tak bertanya, sekadar menunggu Dhazrif letakkan syarat kepada dia. “Janji tadi tu kali terakhir you menangis untuk Mohamad.” Diam, tiada daya mahu menyahut janji. Persoalannya, mampukah dia? Lama menongkah pandang awan yang berarak, seperti sedang melihat Mohamad tersenyum pada dia. 263
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Mummy, Mohamad bahagia di sini. Mummy teruskan kehidupan mummy, Mohamad tak salahkan mummy. Mohamad sayang mummy dan Mohamad tunggu mummy, daddy dan Inas dekat syurga. Seakan terdengar-dengar suara ghaib entah milik sesiapa. Namun Izya yakin itu petunjuk supaya Izya mampu melangkah ke depan, tanpa berpaling mengenang kenangan lama yang melukakan. Kembali merenung Dhazrif, Izya yakin inilah jawapan paling tepat yang encik suami mahukan daripadanya. “Saya akan cuba untuk kuat, Zrif. Selagi mana awak ada dengan saya, saya akan kuat. Mohamad pun tentu tak nak tengok saya sedihsedih macam ni kan?” “Tahu pun. Dan I akan selalu ada dengan you. Sampai nyawa terpisah daripada jasad, Izya. Sampai bila-bila hanya you isteri Tuan Dhazrif. Ke mana lagi I nak pergi kalau bukan terus ada di sisi you?” Ungkapan manis, membelai jiwa yang tadinya diterjah sendu. Mengemaskan tautan jari, Dhazrif ajak Izya untuk meninggalkan kawasan tanah perkuburan. 264
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tu.”
“Kita balik, Inas pun dah nampak letih
Izya angguk tanda akur. Sebelum memusingkan tubuh, sempat merenung pusara Mohamad untuk kesekian kali. “Nanti mummy datang lagi, Mohamad.” Sebaris ayat, lalu mereka bertiga beriringan meninggalkan pusara Mohamad. Dalam dunia ini ada satu jenis perpisahan yang paling menyakitkan. Yang rindu itu takkan mampu dileraikan sampai bila-bila. Dan perpisahan itu adalah di antara yang hidup dengan yang mati. Lalu manfaatkanlah waktu sebaiknya, selama mana Allah S.W.T titipkan roh supaya jasad mampu terus bernafas di muka bumi. Kelak saat ajal memanggil, segala-galanya sudah pun terlambat. Sikit pun tiada berguna lagi. Life is far too short to be sad, To be mad, to hold regret, To look back, to be depressed and to be unkind. Be nice and do good, everyday is new.
265
Bab 38
T
UMPUAN Izya pada makanan yang terhidang terganggu bila perasan mereka sekeluarga diperhatikan. Oh, salah. Rasanya bukan mereka, tapi Dhazrif seorang saja. Teruskan supaya, Izya cuba untuk berlagak biasa. Makin jelas pula gadis-gadis di hujung sana bergelak tawa sambil sesekali mencuri pandang ke arah Dhazrif. Sampai ke tahap Dhazrif nak basuh tangan pun semua pakat nak basuh tangan di sinki juga. Cemburu? Haruslah terbersit rentak perasaan begitu. Ikutkan hati, seorang demi seorang Izya debik sampai biru muka. Sejak Izya mula nekad nak berubah jadi matang, Izya rasa selagi mereka semua tak keterlaluan baiklah diabaikan saja. Sekalipun 266
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
mereka sibuk nak menggoda, bukannya Dhazrif nak pandang. Jadi perempuan, haruslah bersikap mahal. Kalau jual murah dan tergedik-gedik, lelaki mana yang mahu? “Mummy, dari tadi kakak-kakak tu semua tengok daddy.” Macam selalu, Inas ingat dia masih pegang jawatan sebagai pengintip dan penyampai berita. Angkat muka, tunak pandangan ke wajah Inas. Tak sempat Izya nak bersuara, Dhazrif yang elok berdiri di belakang Inas mula menegur sikap si anak dara. “Inas, budak-budak tak boleh campur urusan orang dewasa. Jangan jadi batu api, Allah S.W.T tak suka.” Lembut menegur, supaya nasihat dia meresap ke hati Inas. Nak tegur anak, bukan dengan cara keras. Tapi dengan cara lembut, supaya mereka berubah atas kerelaan mereka sendiri. Bukan kerana terpaksa. “Tapi..” Inas pandang Izya, seakan mengharapkan pembelaan. Bila Izya turut bersetuju, wajah Inas sugul. “Betul cakap daddy, lepas ni Inas tak 267
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
perlu ikut apa yang pernah mummy suruh dulu ya?” “Kalau ada perempuan lain ambil daddy daripada kita, macam mana?” Inas menyoal sedih. Izya lorek senyum dan usap kepala Inas. “Takkan ada sesiapa yang boleh ambil daddy. Sebab..” Melirik pada Dhazrif. “Sebab dalam hati daddy hanya ada kita.” Kembali menyambung bicara. Dhazrif yang mendengar, sekadar mengiyakan saja. Lega sebab Izya dah tak membentakbentak. Dulu kalau nampak saja perempuan lain cuba nak mengurat dia, mesti tempias turut terkena pada Dhazrif. Berbezanya Izya Ammara sekarang, Izya dah makin tahu macam mana nak kawal perasaan dia sendiri. “Inas minta maaf,” tutur Inas mudah akur akan nasihat kedua-dua orang tua. “Daddy maafkan.” “Mummy pun maafkan Inas.” “Makanan tak habis lagi tu, cepat makan. Kejap lagi kita jalan-jalan dulu sebelum balik.” Suara Dhazrif, kembali kedengaran. 268
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Kita nak ke mana, daddy?” soalan.
“Inas nak ke mana?” Soalan berbalas
“Inas nak ke POPULAR. Nak beli buku cerita baru, boleh?” “Apa saja untuk anak dara daddy ni.” Senyum Dhazrif seraya mencium ubun-ubun Inas. Sementelah Inas, mula bersorak suka sebelum kembali mencapai sudu. Makanan yang bersisa dihabiskan dengan rasa gembira tak ingat dunia. Saat tumpuan Inas pada pinggan yang berada di depan, Dhazrif capai jemari Izya di bawah meja. Berpandangan, Izya pandang Dhazrif lama. “Mereka tengok awak sejak tadi.” Sebaris ayat meniti pada bibir. “I tahu. Sebab tulah I nak cakap I bangga dengan perubahan you.” “Maksud awak?” Kerut kening, tanda kurang mengerti. “Isteri I dah tak cemburu buta sekarang. Dari tadi I tahu you perhatikan mereka, tapi you 269
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
sibuk pujuk hati sendiri supaya sabar kan?” Izya jatuhkan kepala. “Saya pujuk hati sebab saya risau pinggan mangkuk ni bakal melayang ke kepala mereka.” Beria-ia Izya bersuara siap dengan memek muka. Sejurus buat tawa Dhazrif meletus perlahan. kan?”
“Nasib baik tak ada adegan macam tu
“Tak ada sebab saya tahu suami saya setia pada yang satu.” “Setia pada siapa?” “Setia pada isteri Tuan Dhazrif, Izya Ammara yang cantik jelita. Kan?” puji Izya pada diri sendiri, buat Dhazrif terus julingkan mata ke atas. Bukan meluat, saya nak menyakat Izya. Dengar Izya ketawa, bibir dia seakan mahu ikut ketawa sekali. Dhazrif dah cukup rasa sempurna memiliki Izya. Lantas curang itu adalah sebuah pilihan. Andai setia jadi pegangan, hati takkan sesekali beralih arah. Andai curang jadi pilihan, diserah hati 270
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
pada semua orang itu kebiasaan. If you truly love someone, Being faithful is easy.
271
Bab 39
P
ERCUTIAN tak dijangka. Tibatiba saja Dhazrif hulurkan tiket dan ajak dia bercuti. Ingatkan nak ajak Inas sama. Meleset bila hari hendak bertolak, Datuk Izzat terpacak depan rumah sebab nak jemput Inas. Izya sangkakan Inas akan memberontak dan meronta-ronta nak ikut mereka. Sekali lagi andaian Izya salah bila mana Inas elok saja galas beg dan ikut Datuk Izzat masuk ke kereta. Siap cakap.. “Happy holiday, mummy and daddy.” Pakej lambai tangan lagi. Wow! Rasa macam tak percaya. Ayat apa yang dah Dhazrif guna sampaikan Inas dengan senang hati tak mahu ikut mereka?
272
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Renung lautan luas yang terbentang, angin sepoi-sepoi menampar wajah. Nyaman, tenang dan damai. Memandangkan bilik yang ditempat tidak berdepan dengan bilik lain, Izya bebas untuk membiarkan rambutnya bebas ditiup angin. “Jangan lama-lama sangat dekat luar, nanti selsema. Sejuk tu, sayang.” Muncul Dhazrif memakai seluar pendek tanpa baju. Tengok Dhazrif macam tu, mulalah pandangan Izya berubah nakal. Habis diteliti dada bidang encik suami. Walaupun usia Dhazrif dah masuk 40-an, tubuh badan lelaki itu masih mantap. Silap haribulan orang lain ingat Dhazrif tu belum pun cecah angka tiga puluh tahun. “Tenang tengok laut, rasa macam nak tidur dekat luar,” ujar Izya membiarkan pinggangnya dirangkul Dhazrif. Menjadikan telapak tangan Izya melekat ke dada encik suami. “Kalau tengok I, tak tenang ke?” sakat Dhazrif mula nak masuk ke suasana romantis. Izya tolak puncak hidung Dhazrif dengan hujung jemari. Saja aje si suami nak duga dia. Takkanlah Izya tak rasa tenang. Dhazrif ni 273
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kategori kacak sampai ke tua. Betullah orang kata, bila usia dah masuk ke angka 40-an, yang kacak jadi bertambah-tambah kacak. “Tengok awak, jantung saya bekerja lebih masa.” “Kenapa?” “Sebab berulang kali boleh buat jatuh cinta.” Jawapan buat si suami kembang setaman. Tersengih-sengih bak kerang busuk. “Jatuh cinta sudah, bila pula nak sulam rasa cinta? Supaya bukti cinta ni boleh wujud dekat sini..” Manis ayat Dhazrif serupa ayat seorang novelis, jemari sudah mula meliar ke perut Izya. Mengerti, cukup faham apa yang Dhazrif mahu sampaikan. “Tak letih ke? Kita kan baru sampai.” Izya kebas muka juga waktu nak bertanya. “Tak ada istilah letih kalau nak buat anak. Sebelum I bertambah kerepot, jomlah kita dapatkan adik untuk Inas.” Lancar, seperti selalu mana nak rasa malu. Tampar dada bidang Dhazrif, Izya takkan 274
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
nak tunjuk yang dia sebenarnya pun mahu juga? Kenalah main tarik tali sedikit. “Saya nak mandi, lepas tu nak minta awak bawa saya pergi makan. Lapar teruk ni,” ujar Izya seraya menolak sedikit dada bidang Dhazrif. Baru nak melencong ke kamar mandi, lengan dia laju disambar Dhazrif. pelik.
“Mandikan I?” Dhazrif buat permintaan
“Ish, awak bukannya budak kecil nak minta dimandikan. Kalau Inas, lainlah,” tukas Izya menolak permintaan si suami. “Kalau tak nak mandikan I, kita masuk mandi sama-sama. Habis cerita.” Ubah, Dhazrif perangkap Izya dengan ayat yang seratus-peratus tak lari makna dan niatnya. Mandikan Dhazrif. Atau mandi sama-sama. Mana ada beza. Hakikatnya memang Dhazrif saja nak cipta momen indah dengan dia di sini. Maklumlah sejak dah ada Inas, jarangjaranglah nak habiskan masa berdua-duaan. Selalu saja Inas akan datang menempel sekali.
275
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Bila dah ada peluang, takkan Dhazrif nak sia-siakan lagi? Tepuk punggung Izya, seakan berikan arahan untuk Izya bergerak masuk ke kamar mandi. Sedang elok dekat dalam pun ada tab mandi. Bila Izya keraskan badan, Dhazrif dah tak cakap banyak. Terus tubuh Izya dikendong dan dibawa masuk ke dalam. “Zrif, lepaslah. Jatuh karang..” Izya cuak takut-takut Dhazrif tak mampu nak tampung berat dia. Berat waktu anak dara dengan selepas kahwin, tentu saja ada perubahan. Tidak banyak, sikit tu mesti ada. “Takkan I nak jatuhkan you. Kalau jatuh ke dalam hati I tak apalah juga.” Ayat pick-up line. Entah dari mana Dhazrif belajar pun Izya tak tahu. “Sejak bila pandai bagi ayat beli jiwa ni?” Jungkit sebelah kening, menantikan balasan. “Sejak berzaman, sayang. Saja aje tak nak tunjuk bakat sendiri selama ni. Nak tengok yang lebih manis tak? Kalau nak, banyak lagi yang I belum tunjuk ni,” soal Dhazrif siap tayang memek muka miang.
276
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Cara renungan Dhazrif. Gaya bahasa tubuh Dhazrif. Dah cukup buat Izya rasa seram sejuk dan meremang satu tubuh. Sebelum Dhazrif bertambah gila, baiklah Izya selamatkan diri. Buka langkah, Izya terus terjun masuk dalam tab mandi. Ingatkan Dhazrif tak nak terjun sama, tersasar pabila si suami turut nak menyibuk. “Tepi sikit, I pun nak berendam juga.” Tak beriak wajah Dhazrif. Yang buat Izya bertambah terlopong, bila Dhazrif selamba lorotkan seluar pendek yang dipakai dan campak ke tepi. Sahih Izya takkan selamat kali ini. Kalau tak percaya, tunggu dan lihat sajalah nanti.
277
Bab 40
T
UNGGU depan pintu, Dhazrif berharap sangat keputusan yang Izya dapat adalah positif. Hampa dan kecewa bila pintu bilik air terkuak, Izya terus gelengkan kepala menayang wajah sugul. Sambut pregnancy test yang berada di atas telapak tangan, Dhazrif simpan jauh rasa kecewa. Kalau dia kecewa, Izya apatah lagi. Jadi dia tak boleh nak melebih-lebih sangat. Sebaliknya dia perlu bagi kata-kata semangat untuk Izya. “Tak apa, lepas ni mesti ada. DIA akan bagi tepat pada waktunya, sayang.” Tarik Izya, kepala Izya diusap penuh kasih. Berlabuh ciuman di tempat sama.
278
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Bergenang jugalah air mata Izya. Dah berangan dalam perut dia ada isi bila dia dah terlewat datang bulan, sudahnya kecewa. Jadikan pengajaran, tak boleh terlalu teruja selepas ini. Bak kata Dhazrif, DIA akan bagi tepat pada waktunya. Mungkin sekarang rezeki itu masih belum berpihak pada mereka. “Hari ni kan hari lahir I, tak naklah you sedih-sedih macam ni.” Lagi ayat berbentuk pujukan. Angkat kepala, mendongak cari wajah Dhazrif. “Tadi ingat nak buat kejutan kalaukalau positif. Kononnya hadiah hari jadi paling bermakna untuk awak, macam dalam novelnovel tu. Tapi..” “Kan I dah cakap I boleh tunggu. You pun masih muda, ada banyak masa lagi untuk kita usaha. Kena bersyukur, DIA dah bagi Inas pun satu anugerah tak ternilai. Lepas tu dia pinjamkan pula Mohamad untuk seketika. Nanti bila DIA nak bagi, DIA akan bagi.” Bicara Dhazrif, sedikit-sebanyak membuatkan jiwa Izya yang bergelora kembali tenang. Ajaibnya Dhazrif, ada kuasa magik untuk leraikan kemelut di jiwa Izya. 279
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Ajaibnya Dhazrif, mampu menukar emosi Izya dalam sekelip mata. Bantu Izya kesat tubir mata, Dhazrif buat isyarat supaya Izya senyum. Tak nak rosakkan majlis Dhazrif, Izya senyum. Walaupun jelas tak berperisa. “Tetamu semua dah datang?” “Ada lagi yang belum sampai, tapi keluarga papa you dah tunggu kita dekat bawah,” maklum Dhazrif. “Kejap, saya nak pakai tudung,” ujar Izya lalu melangkah ke arah meja solek. Tak sempat tangan dia nak capai, Dhazrif dulu yang bertindak. Tudung berwarna hitam bercorak bunga halus elok berada di tangan encik suami. “Nak buat apa dengan tudung saya tu?” “Sini..” gamit Dhazrif. Wajah Izya menayang riak aneh. Tak cakap banyak, menurut permintaan Dhazrif. Elok dia mendekat, Dhazrif letakkan tudung di atas kepala Izya. “I tolong pakaikan untuk you.” “Pandai ke?” “Tengok oranglah, sayang. I ni serba280
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
serbi pandai. Tak percaya? Tunggu dan lihat.” Ayat tak mengaku kalah. Masuk lif, tekan sendiri. Memandangkan Dhazrif dah tawarkan diri untuk membantu, Izya biarkan saja. Lagipun nak juga lihat hasil tangan Dhazrif bila dah siap nanti. “Dah siap.” Dua patah perkataan, kedengaran teruja pada deria telinga Izya. Izya tak dan-dan melangkah pada meja solek. Berdiri, hati memuji encik suami dalam diam. Sejak bila Dhazrif pandai pakaikan tudung untuk perempuan? Kemas pula tu, mengalahkan Izya sendiri. “Macam mana awak boleh pandai pakaikan tudung untuk perempuan ni?” “Dah biasa, tentulah pandai.” “Dah biasa?” Izya tenung Dhazrif dengan pandangan mengecil. Bukan nak cemburu buta, dah encik suami buat pengakuan haruslah dia bertanya nakkan penjelasan. Duduk di birai katil, Dhazrif angguk tanpa perasan riak wajah Izya yang berubah. “Selain you, I pernah tolong pakaikan 281
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
tudung untuk orang lain.” Selamba saja intonasi Dhazrif. Sikit pun tak tunjuk riak bersalah. Jangan cakap Dhazrif dah mula nak buat perangai. Jika benar Dhazrif berniat nak buat macam tu, minta Allah S.W.T terbalikkan semula niat Dhazrif. Pandang wajah berkerut-kerut Izya, Dhazrif dah tak mampu nak tahan rasa geli hati. Hampir saja tawa terhambur, sedaya-updaya ditahan kejap. Masih nak kenakan si isteri. “You tak nak tahu ke siapa perempuan selain you tu?” “Tak apalah, tak payah cakap. Saya tak nak tahu.” “Eh, kenalah tahu. I mana suka berahsia dengan you.” “Saya tak nak tahulahh..” Panjang ayat di belakang seraya menutup kedua-dua belah telinga. Bangkit, Izya dihampiri. Tarik tangan Izya dan diamkan di bawah, Dhazrif tersengihsengih pandang riak cemburu yang terlukis pada wajah Izya. “Kalau you nak tahu, I pernah..”
282
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Ish, tak payah cerita. Saya tak nak tahu dan ambil tahu.” “Kena ambil tahu, risau you cakap I menipu.” Geleng kepala laju-laju, Izya cuba lepaskan diri daripada Dhazrif. Kalau perempuan yang Dhazrif maksudkan tu bekas teman wanita Dhazrif, biarlah Dhazrif simpan saja rahsia itu. “Kalau you nak tahu, I pernah pakaikan tudung untuk Diryani.” Stret! Langkah kaki Izya langsung termati. Diryani binti Tan Sri Elham, satu-satunya adik perempuan Dhazrif. Encik suami ni memang saja sungguh nak porak-perandakan hati dia. Suka sangatlah tu dapat tengok dia cemburu macam ni? “Awak ni kan..” Izya cekak pinggang renung Dhazrif. “Tak aci marah, sayang. Hari ni kan hari lahir I?” Pandai guna ayat untuk buat Izya tak jadi nak marahkan encik suami. Turunkan keduadua belah tangan, Izya lepas nafas panjang. 283
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Nasib baik hari jadi awak, kalau tak merah perut tu saya cubit.” “Amboi, garangnya?” “Haruslah, sebab awak suka buli saya.” “Malam ni I nak buli lagi teruk tau?” “Tengoklah macam mana nanti, kalau saya nak biarkan.” Lirikan mata Izya seakan mencabar. Putar tubuh, nak melangkah ke pintu bilik dan turun ke tingkat bawah. Teranjak tubuhnya ke belakang bila Dhazrif sekali lagi menghalang kepergiannya. “Takkan tak ada hadiah untuk I, sayang?” Menagih sebuah ciuman, sekurang-kurangnya. “Siapa cakap tak ada? Walaupun saya tak dapat nak berikan hadiah yang kita sama-sama nakkan selama ni pada awak, saya masih ada hadiah lain untuk suami tersayang saya ni.” “You nak bagi hadiah apa lagi dekat I?” Tak mampu sorok rasa ingin tahu. “Betul ke nak tahu sekarang?” “Yalah, bagitahu sekarang. Nanti sendat 284
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
kepala otak I nak fikir. I ni dah tua, tak boleh selalu sangat tertekan.” Cis, alasan bijak sungguh. Jingkitkan sedikit kaki, menyamai ketinggian Dhazrif. Bibir dirapatkan ke telinga Dhazrif lalu.. “I give you all of me,” bisik Izya seraya mengucup pipi Dhazrif. Malu, Izya terus cabut lari. Meninggalkan Dhazrif yang dah mula kembang setaman dek pengakuan romantis seorang isteri. Pegang pipi, seakan terasa hangatnya bibir Izya berlabuh di situ. Sesungguhnya, tiada ayat lain yang mampu Dhazrif ungkapkan selain mengatakan yang dia bahagia. Bukan setakat bahagia, tapi benar-benar bahagia.
285
Bab 41
M
UNDAR-MANDIR, Izya perhatikan saja Dhazrif yang ralit menonton siaran televisyen. Ikutkan hati, tak nak mengganggu Dhazrif berehat di rumah. Entah kenapa keinginan dia bagaikan menderu-deru. Tak boleh nak dipendamkan lagi. Sudahnya terpacak Izya di depan Dhazrif. “What’s wrong, baby?” aju Dhazrif menuntaskan pandangan tepat ke wajah Izya. “Kita jenguk Nek Tun dan Omar, nak?” “Kenapa tiba-tiba?” Kening terjungkit sebelah. Izya lorek senyum kelat. “Rindu, dah lama tak jumpa mereka. Mesti Nek Tun dan Omar rindukan saya,” balas 286
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Izya sekaligus buat Dhazrif tak fikir panjang. Betullah tu kata Izya, mereka bertiga dah agak lama tak jenguk Nek Tun dan Omar. “Naik atas, siapkan Inas. Lepas Zohor kita gerak.” Putus Dhazrif memang jenis mudah dibawa berbincang. Jarang-jarang sekali nak hampakan keinginan Izya. Senyum nipis mula melebar ke telinga, pusing tubuh bersedia nak mendaki tangga ke tingkat atas. Saat sedar masih ada hajat yang belum disuarakan pada Dhazrif terus Izya berdiri tegak di depan encik suami semula. “Lagi satu..” gumam Izya sedikit lama. Hajat pertama, Dhazrif dah turuti. Hajat kedua, buat Izya ragu-ragu kalaukalau Dhazrif nak tunaikan ke tidak. Menanti penuh sabar, si isteri habiskan ayat. Saat meluncur permintaan di luar jangka, tubuh Dhazrif semedan tegak. “Kalau saya ajak awak masuk ke hutan semula, boleh tak? Teringin nak tengok tempat pertama yang buat saya jatuh cinta pada awak.” Nyaris Dhazrif nak tergolek jatuh ke 287
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
bawah. Izya dah lupa ke villa mereka dulu tu dah lama dirobohkan? Nak masuk tengok apa lagi? Silap haribulan bertembung dengan makhluk yang tak diingini. “Villa tu I dah robohkan, sayang. Lupa?” “Tak, saya ingat. Dapat tengok tapak tu pun jadilah.” “Baby, you demam ke? Sini I nak rasa.” Dhazrif dipagut bimbang. Sepanjang Inas membesar, mana pernah Izya ajak dia masuk ke hutan tu lagi. Kenapa hari ni Izya tiba-tiba boleh buang tabiat? “Saya tak demamlah, saya cuma rindukan kenangan dulu. Villa tu banyak kenangan saya dengan awak.” “I tak dapat nak ikut kehendak you sebab I sendiri pun tak berani nak masuk ke sana. Silap haribulan kita bawa balik makhluk lain sekali balik ke KL nanti. Tak payahlah. Ajak I pergi tempat lain, mungkin I boleh pertimbangkan. Hutan? No-no-no.” Siap goyangkan jari telunjuk ke kanan dan kiri. “Zrif, please..” Lengan si suami digoncanggoncang perlahan. 288
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Dhazrif kebalkan hati. Tak mahu cepat sangat mengalah dengan pujuk rayu Izya. “Keputusan I muktamad, sayang. Kita takkan sesekali masuk ke sana. Sekarang ni nak balik jenguk Nek Tun dan Omar ke tidak? Kalau nak, naik atas cepat. Sebelum I ubah fikiran.” “Berkiranya..” “Bukan berkira, untuk kebaikan bersama.” Jawapan balas Dhazrif, membentuk muncung di bibir Izya. Bahasa tubuh Dhazrif, jelas sekali menunjukkan yang Dhazrif takkan ikut idea gila dia kali ini. Izya pun tak faham kenapa dia nak sangat masuk ke hutan. Kemahuan tak semena datang membuat-buak. Selalunya kalau Izya buat perangai tak dijangka macam ni sebab.. “Baby..” seru Dhazrif menarik perhatian Izya kembali. Pegun, sekadar memerhatikan Dhazrif yang mendekati. “You mengandung ke?” aju Dhazrif dan Izya seakan tak terlan liur sendiri. Kenapa Dhazrif seakan bisa membaca isi hati dia yang serupa? 289
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Garu kepala tak gatal, Izya sendiri pun tak tahu. Malas nak simpan harapan sebab dulu pun dia datang bulan lambat, alih-alih perut dia masih juga kosong. “Kenapa tanya macam tu?” Saja nak tahu apa yang buat Dhazrif berfikirkan begitu. “Sebab you hanya akan berperangai pelik kalau you mengandung. Bertahun-tahun kita tinggalkan hutan tu, tak pernah you pujuk rayu I sampai macam ni semata-mata sebab nak masuk ke hutan semula. Tapi kali ni, cara you ajak tu bersungguh-sungguh sangat. Dulu pun pernah sekali you jadi macam ni. Takkan you tak ingat?” Panjang bicara Dhazrif, menyuarakan telahannya yang mungkin saja tepat. Meraba perut sendiri, seakan ada sesuatu yang sudah menghuni. Hati Izya terasa lain, tak sama seperti selalu. Bukankah naluri seorang ibu itu sangat kuat? Benar ke Izya sudah mengandung? Tertanya-tanya, masih tiada jawapan pasti. Nakkan kepastian, cepat-cepatlah angkut Izya ke klinik dan buat pemeriksaan. “Sebelum kita sampai rumah Nek Tun 290
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
dan Omar, kita singgah dekat klinik dulu. Buat pemeriksaan di sana.” Dhazrif buat keputusan, supaya tanda tanya ini terus lenyap dari kepala. Mudah, tak perlu nak semakkan kepala otak lagi. “Tapi awak janji jangan kecewa kalau keputusan tu negatif, Zrif.” “Jangan risau, sebab I lebih percayakan takdir DIA. Kalau itu yang tertulis, bermakna itu juga yang terbaik untuk kita semua.” Gemersik suara si suami, melegakan hati Izya yang tadinya dihempas perasaan serba-salah. Serba-salah sekiranya harapan Dhazrif mungkin terpaksa dihampakan lagi, untuk kali yang kedua. Moga-moga rezeki itu memang ada untuk mereka. InsyaAllah..
291
Epilog
W
AJAH Izya sugul, mendung kelabu memandang jauh ke hadapan. Sejujurnya dia turut menyimpul angan. Pabila doktor mengesahkan perut dia masih lagi kosong, kecewa itu berbalang-balang. Dhazrif memang nampak macam tak ada apa-apa, tapi hati di dalam siapa yang tahu? “Kenapa, Izya?” Nek Tun menyapa Izya. Sejak tadi dia lihat Izya lebih banyak termenung. Izya tak suka ke dapat jumpa dia dan Omar? Tapi kata Dhazrif, Izya yang beria-ia nak balik. Dongak, senyum kelat dihadiahkan pada Nek Tun. Mengengsot, memberikan ruang untuk Nek Tun duduk. Omar sejak tadi sibuk melayan 292
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
karenah Inas. Suka sangatlah tu dapat bertemu Inas. Inas pun teruja lain macam. “Zrif dekat mana?” “Ada dengan Omar dan Inas, kat depan.” “Dia nampak okey ke, Nek Tun?” Kening Nek Tun hampir saja hendak bercantum. Pelik soalan Izya pada pendengarannya. “Kenapa tanya macam tu? Izya bergaduh dengan Zrif ke? Zrif ada sakitkan hati Izya? Kalau betul, biar Nek Tun cakap dengan Zrif.” Bertalu-talu, risau sangat hati Izya dilukai. Izya geleng menidakkan. “Zrif jaga Izya dengan baik, Nek Tun. Jarang nak sakitkan hati Izya melainkan Izya yang selalu buat dia kecewa.” Noktahkan ayat, sejurus keluhan lemah ikut terlepas sama. “Maksud Izya?” “Tadi kami sempat singgah ke klinik sebab Zrif syak Izya mengandung.” “Doktor cakap apa?” Nek Tun pun teruja nak tahu. 293
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Doktor cakap perut Izya masih kosong. Izya tak hamil, Nek Tun. Disebabkan tulah Izya rasa bersalah pada Zrif. Dah dua kali dia simpul angan, sudahnya angan dia lebur. Lepas Izya gugur dulu, sampai sekarang kami belum ada rezeki lagi.” Intonasi suara Izya kedengaran sayu. Nek Tun capai jemari Izya dan elus perlahan. “Soal rezeki ni urusan DIA, Izya. Dah sampai waktu yang tepat, DIA akan bagi. Izya dan Zrif banyakkan berdoa. Nanti adalah tu peluang kamu nak mengandung lagi.” “Betul ke Izya masih ada peluang nak dapatkan anak lagi?” “Waktu Izya keguguran, doktor ada bagitahu ke peluang untuk Izya mengandung semula tu tipis?” Izya menggeleng. Menjemput senyum nipis di bibir Nek Tun. “Kalau macam tu, peluang tu masih cerah. Andai kata tiada, Izya tetap kena bersyukur dan tak mengeluh. Sekurang-kurangnya Izya ada Inas depan mata dan Mohamad yang dah tunggu Izya kat sana. Pasangan lain, ada yang sampai ke mati tak tinggalkan keturunan mereka dekat dunia. Allah S.W.T berikan Izya peluang jadi 294
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
ibu, itu juga dikatakan sebagai rezeki.” “Izya bukan apa, Nek Tun. Izya takut kalau-kalau Zrif..” “Kalau-kalau I cari perempuan lain dan minta dia mengandungkan anak I?” sampuk satu suara buat Izya dan Nek Tun segera berpaling ke belakang. Nampak kelibat Dhazrif, Nek Tun terus bangun. Rasa-rasanya Dhazrif lebih tahu macam mana nak tenangkan hati Izya yang gundahgulana. Bawa diri, berikan ruang privasi untuk pasangan tersebut. “Nek Tun kata awak tengah layan Inas..” “Tadi, sekarang I dah terpacak depan you dan dengar you fikir bukan-bukan pasal diri I.” Serius, tanpa secalit senyuman. “Maaf, tak ada niat nak fikir macam tu. Cuma saya takut awak dah letih nak menanti lagi.” Menunduk, mulalah hati berubah rapuh seperti tisu. Pandang suram di wajah Izya, Dhazrif mula melepaskan nafas berat. “I dah bagitahu you banyak kali kan, sayang?”
295
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Panggung wajah, pusatkan pandangan tepat ke wajah encik suami. “You dah berikan Inas dan arwah Mohamad pada I, takkan I masih tak tahu nak bersyukur lagi? Mungkin belum sampai rezeki kita, kenapa nak bersedih serupa hari esok dah tak ada peluang lain?” tutur Dhazrif mahu buat Izya mengerti. Perihal rezeki, bukan di tangan mereka. Tapi, DIA. Hanya DIA yang berkuasa mahu menjadikan sesuatu. Dhazrif yakin, sama ada lambat atau cepat, hajat mereka pasti akan dikabulkan DIA. “Awak tak kisah menunggu?” “Selama mana I tunggu jodoh I hinggalah Allah S.W.T pertemukan I dengan you yang jelas berbeza berbelas tahun dengan usia I, selama itu juga I sanggup tunggu berita baik untuk kita suatu hari nanti.” Yakin sekali Dhazrif bersuara. Mendengarkan kata-kata Dhazrif, perasaan Izya kembali lapang. Merapatkan kedudukan, Izya rebahkan kepala pada dada bidang encik suami. 296
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
“Terima kasih sebab selalu bersabar dengan saya, Zrif. Terima segala kelemahan dan keburukan saya.” “Dalam perkahwinan, bukan terlalu nak mengejar kesempurnaan. Kalau I carikan kesempurnaan, takkan pernah ada pada diri you atau mana-mana wanita sekalipun. Tahu kenapa?” Izya geleng. Saja nak dengar Dhazrif terus bercerita. “Sebab Allah S.W.T dah atur takdir setiap manusia itu dengan sempurna. Fungsi sebuah perkahwinan adalah untuk melengkapkan, bukan untuk I jadikan kelemahan you sebagai alasan untuk I berpaling tadah. Lagipun sampai bila-bila I takkan serahkan hati I pada perempuan lain, sayang. Dalam hati ni hanya ada you, Izya Ammara. Sampai syurga, isteri Tuan Dhazrif seorang.” Tekan Dhazrif, berharap Izya percaya. Yang bibir ini tak pernah menipu. jujur.
Yang bibir ini selalu saja berkata dengan
Bahawa sekeping hati, dulu kini dan selamanya kekal menjadi milik Izya. Takkan 297
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
terduga, sekalipun berjuta wanita-wanita lain yang jauh lebih sempurna berbanding Izya hadir dan muncul di depan mata. Terharu dengan bicara si suami, Izya beranikan diri untuk mengucup pipi Dhazrif. Tak dapat dia gambarkan dengan kata-kata, betapa sayangnya dia pada lelaki ini. Namun sayang itu harus diletakkan berpada-pada, kerana Dhazrif pernah berpesan.. Diri dia adalah sebuah pinjaman. Dihadirkan untuk menjadi suami Izya Ammara. Kelak andai sudah sampai waktunya, DIA akan mengambilnya semula. Tika itu Dhazrif tidak mahu Izya bersedih. Kata Dhazrif, Jika setakat ‘itu’ sahaja jodoh mereka di dunia, Dhazrif akan tunggu pula Izya di syurga. Yakin sejak di Loh Mahfuz, sudah ditetapkan Izya Ammara binti Datuk Izzat adalah isteri kepada Dhazrif Elman bin Tan Sri Elham. Bukan setakat di dunia, tapi turut di syurga sana.
298
Isteri Tuan Dhazrif w QAYS RICO
Love the people you think you’d want to be with in the hereafter. And what is LOVE? LOVE is when you want Jannah for someone just as badly as you want it for yourself.
TAMAT
299
Tinta Penulis Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk melihat ISTERI TUAN DHAZRIF ke versi cetak sudah tercapai. Tak ada apa yang saya harapkan daripada hasil tulisan saya ini melainkan sedikit pengajaran baik untuk diteladani oleh anda. Maaf jika naskhah ini tidak menepati cita rasa anda. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. ke:
Sebarang komen membina boleh dihantar Facebook: Qays Rico Facebook: Hana Efriena (HE) Page: HE Dynamic Publication
Biodata Penulis
Qays Rico Hanya ingin dikenali dengan nama pena, Qays Rico. Lelaki. Berusia 20-an. Sudah bekerja dan menjadikan penulisan sebagai aktiviti sampingan pada waktu lapang. Lebih tepat digelarkan sebagai ‘Ghost Writer’.
Karya Penulis
Buru HE Dynamic Enterprise RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)
Dua Dunia HE Dynamic Enterprise RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)
Tahanan Tuan Dhazrif HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)
Penjara Hedraqil HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)