KATAK BETINA YANG SOMBONG Flipbook PDF

KATAK BETINA YANG SOMBONG
Author:  P

14 downloads 150 Views 509KB Size

Story Transcript

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

1

Di pinggir sebuah hutan tinggal sepasang katak. Katak jantan sangat baik hati. Katak betina pula sombong dan tidak suka berkawan dengan katak lain. Jika hujan turun, katak betina itu sering bernyanyi. Katak betina ingin menunjuk-nunjuk kepada katak lain bahawa ia sangat pandai bernyanyi. Namun, suaranya bukanlah merdu sangat. Katak betina menyangka suaranya sangat merdu. "Sedap atau tidak suara saya tadi?" katak betina itu selalu bertanya demikian kepada katak jantan. "Sedap!" kata katak jantan. KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

2

Sebenarnya, katak jantan selalu rasa sakit telinga apabila mendengar katak betina itu menyanyi. Namun, katak jantan terpaksa berpurapura menjawab demikian. Katak jantan tidak mahu katak betina itu kecil hati. "Katak-katak lain itu selalu mengejek saya. Mereka kata saya tidak pandai menyanyi. Mereka semua dengki kepada saya," ujar katak betina itu. "Jangan pedulikan mereka. Menyanyilah lagi!" kata katak jantan. Jika tidak, tentulah katak betina itu akan terus mengomel lagi.

Katak betina itu akan terus menyanyi lagi. Berjam-jam lamanya katak betina itu bernyanyi. Walaupun hujan sudah reda, katak betina masih terus bernyanyi. Mahu tidak mahu, terpaksalah KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

3

katak jantan memekakkan telinganya. Suatu hari, katak betina itu mengajak katak jantan berpindah ke tempat lain. "Mengapa pula awak mahu berpindah?" katak jantan berasa hairan. "Kita sudah lama tinggal di sini. Marilah kita memulakan penghidupan baru di tempat lain pula," jawab katak betina. Sebenarnya katak betina tidak tahan mendengar ejekan katak-katak lain. "Tidak lama lagi, kami akan berpindah," katak betina memberitahu katak-katak lain. "Kami akan tinggal di suatu tempat yang cantik macam istana." "Boo!" semua katak lain mengejek.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

4

Suatu hari, katak jantan itu tergesa-gesa pulang. Katak jantan sangat ketakutan. "Apakah yang sudah terjadi?" katak betina berasa hairan. "Di tempat ini ada banyak ular. Tadi, nyarisnyaris saya dimakan ular. Mujurlah saya sempat melarikan diri," katak jantan memberitahu. Katak betina turut berasa cemas. Pada hari berikutnya, katak jantan itu keluar mencari makanan. Tetapi sehingga lewat petang, katak jantan masih belum pulang. Beberapa hari berlalu, namun katak jantan itu tidak pulang juga. Sedihlah hati katak betina. Tahulah katak betina bahawa katak jantan itu sudah menjadi mangsa ular.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

5

Katak betina berasa sangat menyesal kerana berpindah ke tempat itu. Tetapi apa boleh buat, hendak pulang ke hutan semula, katak betina itu berasa sangat malu. Selang beberapa lama kemudian, katak betina itu melahirkan beberapa ekor anaknya. Tidak berapa lama kemudian, besarlah semua anaknya itu. Suatu hari, anak-anaknya pergi mencari makanan. Mereka terserempak dengan seekor lembu. Mereka belum pernah melihat lembu. Takutlah mereka melihat lembu yang berbadan besar itu. Apalagi! Bertempiaranlah mereka melarikan diri. Mereka pulang dan menceritakan hal itu kepada ibu mereka. "Kami terjumpa seekor binatang yang tersangat besar. Belum pernah kami lihat binatang sebesar KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

6

itu," kata salah seekor anak katak itu. Katak betina itu menggelengkan kepala kerana tidak percaya. "Mana ada binatang yang begitu besar?" tanya katak betina. "Ibulah binatang yang paling besar. Ibu lebih besar daripada kamu semua," jelas katak betina itu lagi. "Binatang yang kami jumpa itu lebih besar," ujar anak-anaknya. Katak betina itu pun segera menggembungkan dirinya supaya kelihatan lebih besar. "Adakah binatang itu sebesar ini?" tanya katak betina. Anak-anaknya menjawab, "Tidak! Lebih besar lagi." Katak betina itu menggembungkan dirinya menjadi lebih besar lagi. "Adakah sebesar ini?" KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

7

tanya katak betina. "Tidak! Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya. Katak betina itu menggembungkan lagi dirinya. "Adakah sebesar ini?" tanyanya lagi. "Tidak! Lebih besar lagi," jawab anak-anaknya.

Katak betina itu lalu cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar lagi. Tiba-tiba terdengarlah bunyi yang kuat. Pop! Terkejutlah semua anak katak itu. "Ibu kita sudah meletup! Ibu kita sudah mati!" kata salah seekor anak katak itu. KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

8

Demikianlah, matilah katak betina yang sombong itu! Badannya pecah kerana cuba menggembungkan dirinya supaya menjadi lebih besar. Sedihlah semua anak katak itu kerana ibu mereka sudah mati. Akhirnya, mereka berpindah ke tepi hutan. Di situlah mereka tinggal dalam aman dan bahagia.

NILAI MURNI Adik-adik, dalam hidup ini, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong. Sikap sombong boleh membawa akibat yang buruk. Sebaliknya, sikap selalu bersyukur dan merendah diri merupakan salah satu akhlak yang mulia.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

9

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.