KATAK PURU DENGAN LEMBU Flipbook PDF

KATAK PURU DENGAN LEMBU
Author:  S

9 downloads 155 Views 619KB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

1

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah. Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut.

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya. Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang. KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

2

Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar." "Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu. Ibunya segera menggembungkan badannya.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

3

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru. Ibunya mengembungkan lagi badannya.

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru. Ibunya terus menggembungkan lagi badannya.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

4

"Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi." "Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

5

Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi. Pop! Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.

Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah. Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

6

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected]

ms

7

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.