Kenapa Saya Sembahyang Flipbook PDF

Kenapa Saya Sembahyang
Author:  Z

116 downloads 195 Views 2MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

1

2

Penerbitan Percuma Bilangan (58)

KENAPA SAYA SEMBAHYANG

Terjemahan Oleh: Hisyamuddin Bin Mohd Yusof Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) 3

Dikeluarkan oleh: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7481512 Faks: 09-7485512 Portal Rasmi: www.e-maik.my Email: [email protected]

Karya asal dicetak atas ihsan individu-individu tertentu. Dibawah seliaan: Jawatankuasa Pusat Bagi Penyelidikan Akademik Dan Fatwa Pejabat Pusat Untuk Pencetakan Riyadh-Kerajaan Arab Saudi Wakaf kerana Allah Taala Cetakan kedua……………2015 (2,000 naskhah)

Dicetak oleh: Percetakan Dian Darulnaim Sdn. Bhd. Lot 890A, Jalan Tengku Mohd Maasum, Pasir Hor 15150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 609 765 3510 / 765 5510 Faks: 609 965 7510 4

DARI PENERBIT Bismillahirrahmanirahim Segala puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada lagi Nabi selepas baginda, untuk ahli keluarga baginda, serta sesiapa sahaja yang mendapat petunjuk dari Allah yang telah dibawa oleh baginda sehinggga hari kiamat, amma ba’du… Ini adalah satu risalah yang penting, yang berjudul (Kenapa Saya Sembahyang) yang telah dikumpulkan oleh al-Akh Abdul Rauf al-Hanawi, semoga Allah memberi balasan baik yang setimpal kepadanya. Saya telah mendengarnya dan berpendapat ianya satu risalah yang amat bernilai, di mana penulis membincangkan beberapa tajuk yang penting seperti kepentingan sembahyang dan waktuwaktu sembahyang, serta perkara-perkara yang berkaitan dengan sembahyang dimana ianya amat berguna kepada kita. Turut diterangkan amaran-amaran tentang balasan ke atas orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang memandang remeh perkara berkaitan sembahyang. Sesungguhnya perbuatan meninggalkan sembahyang dan memandang remeh sembahyang adalah satu perbuatan yang amat besar dan akan dihisab di akhirat nanti dengan hisab yang amat payah. Semua ulasan ini disusun atur dengan gaya bahasa yang amat baik oleh penulis, insyaa-Allah. Saya memohon kepada Allah dengan nama-namaNya yang baik dan sifat-sifatNya yang luhur agar buku ini memberi manfaat dan faedah kepada semua. Sesungguhnya Allah Taala sahaja yang mampu menganugerahkan semua ini. Serta selawat dan salam ke atas junjungan hambaNya Muhammad ibnu Abdillah, para ahli keluarganya dan sahabatnya serta para pengikut sekalian. Ditulis Oleh: Abdul Aziz ibnu Abdillah Ibnu Baz Mufti Kerajaan Arab Saudi, Merangkap Ketua Bahagian Penyelidikan Akademik Dan Fatwa. 5

Bismillahirrahmanirrahim Semasa dua orang kawan sedang rancak berbual-bual. (Terjadilah dialog antara mereka seperti di bawah ini) Si A:

Pelik sungguh awak ni, banyak perhati sana sini, kritik itu kritik inilah. Awak tak rasa pelik ke jika ada dua orang lelaki yang benar-benar akrab, cakap pun hampir sama, salah seorang dari mereka sanggup menderma hati kepada seorang lagi, dan yang seorang lagi itu pula sanggup mengorbankan nyawanya demi kawannya. Awak tahu tak siapa yang sanggup berbuat seperti itu? Itulah seorang ayah dengan seorang anak. Seorang ayah rindu dan ingat kepada anaknya, anaknya berbuat bakti kepada ayahnya. Apakah rahsia yang tersirap dalam hubungan akrab antara mereka ini?

Si B:

Ia, memang pelik, sumpah, memang pelik. Di sana, masih ada satu hubungan yang dapat mengikatkan hati-hati manusia lalu menjadikannya satu, yang secara jelas menjadi lambang mengakui kelebihan serta kesyukuran ke atas nikmat-nikmat yang dikurniakan? Adakah seseorang itu mampu hidup bersendirian tanpa hubungan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan, serta hubungan sebagai teman atau rakan? Bukankah ini satu hubungan sosial yang terbentuk di antara para manusia.

Si A: Saya berpendapat anda terlalu yakin pentingnya diwujudkan satu hubungan di antara manusia berasaskan perasaan saling bantu-membantu, tolong-menolong serta mengakui kelebihan masing-masing, di samping berusaha berbuat kebaikan sesama mereka. Si B:

Ya. Tepat sekali.

Si A:

Ada ke orang menafikan sesuatu yang baik dan tidak percaya orang itu tolong orang ini atau sebaliknya? Atau ada orang yang melakukan sesuatu ibadah itu sekadar atas rasa malu atau menjaga isi hatinya sahaja? 6

Si B: Ya sudah pasti. Awak pula bagaimana? Beliau nampaknya begitu marah, mula tak keruan dan berlalu pergi, tapi berpusing kembali lantas bertanya, kenapa? Si B: Kerana anda mengingkari rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada anda Si A: Macam mana pula tu? Si B: Tidakkah Allah yang maha kaya lagi pemurah, yang memberi rezeki kepada kita? Si A:

Itu memang dah pasti.

Si B: Adakah patut kita bersyukur kepadanya? Si A: Itu sudah tentu. Si B: Bagaimana caranya? (Si A diam seketika, berfikir bagaimana cara sebagai tanda bersyukur kepada Allah) Si A:

Sebenarnya saya tidak tahu cara bagaimana (malu dan diam seketika). Boleh tunjukkan kepada saya, bagaimana cara yang terbaik boleh saya lakukan, sebagai tanda saya bersyukur kepada Allah?

Si B: Pertama: Awak hendaklah benar-benar mengaku bahawa Allah taala sahajalah yang, mempunyai kelebihan, dan memberikan kita pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Akuan itu tidak cukup jika hanya disebut dengan mulut, malah perlu ditunjukkan dengan perbuatan. Awak mesti menunaikan sembahyang dengan meletakkan dahi awak itu sujud ke bumi dengan rasa tawaddu’ dan rendah diri.

Kedua: Awak hendaklah memelihara sebaiknya nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Gunakannya dengan betul supaya mendapat keredaan Allah. 7

Si A: Terima kasih sahabatku. Apa yang awak beritahu tadi benar belaka, saya cukup tersentuh. Mulai dari saat ini, saya berjanji (bersumpah) dengan nama Allah bahawa saya tidak akan lagi melalaikan solat selagi saya masih hidup. Si A:

Si B:

Sebenarnya saya ada seorang kawan rapat, dia sama macam saya, tak pernah menunaikan solat. Jadi boleh tak awak tulis sedikit nota tentang apa yang awak cakapkan kepada saya tadi, nanti saya akan jadikannya surat untuk diutuskan kepadanya? Semoga dengan surat tadi, Allah taala membuka pintu hatinya yang tertutup rapat selama ini, cukuplah hubungannya dengan Allah telah terputus selama ini, semoga cara ini adalah yang terbaik untuknya. Dengan senang hati, insya-Allah saya akan tulis nanti.

(Si B telah menunaikan janjinya pada A dengan nota-nota penting berupa nasihat, kemudian sampailah pula giliran si A melaksanakan tanggungjawab menjadikannya sekeping surat untuk diutus kepada kawan rapatnya)

********************************** Sahabatku yang dimuliakan; Salam sejahtera kepada anda,…. Saya sebenarnya telah mendengar satu nasihat yang amat berguna kepada saya, dan gembira rasanya jika saya dapat berkongsi dengan awak nasihat itu. Saya berdoa kepada Allah taala semoga apa yang berlaku kepada saya turut sama akan dirasai oleh awak nanti. Wasalam…. Ramai manusia pada zaman kita ini memandang remeh persoalan sembahyang. Ada di antara mereka menganggap sembahyang itu satu beban yang berat. Apabila diajak bersembahyang, macam-macam alasan mereka, ada yang kata;

Sibuk sangatlah… 8



Penting sangat ni…



Ada menyuarat penting ni…

Sesetengahnya pula mendakwa pakaiannya kotor, tak boleh pakai untuk sembahyang, TAK SAH, balik nanti dia akan pakai lain dan akan terus sembahyang. Orang ini sebenarnya berdusta, mereka ini boleh dianggap lalai walaupun mereka terus menyebut kalimah;

‫هللا يهدنا‬

“Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita” Terdapat juga satu golongan yang terus terang melakukan maksiat kepada Allah taala. Kufur dengan nikmat-Nya, memandang remeh perkara berkaitan sembahyang, sedangkan mereka mendakwa sebagai muslim. Mereka ini golongan orang yang jauh hatinya dengan hidayah Allah, apabila mendengar perintah Allah, tidak langsung mengendahkannya.

Allah taala berfirman:

∩∈⊇∪ο‘θó¡%ÏΒôN§ù∩∈⊃∪×οÏΖFó¡•Β֍ßϑãmöΝßγ‾Ρ(.∩⊆∪ÅÊ̍÷èãΒÍοÏ.õ‹−G9#ÇãöΝçλ;$ϑù

 ∩∈⊇∪ο‘θó¡%ÏΒôN§ù∩∈⊃∪×οÏΖFó¡•Β֍ßϑãmöΝßγ‾Ρ(.∩⊆∪ÅÊ̍÷è  

“(Kalau Demikianlah halnya orang-orang yang bersalah),  maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan Allah (AlQuran)?. Seolah-olah mereka sekawan keldai liar Yang lari. Melarikan diri (ketakutan) dari singa!” (Al-Muddatsir, 49-51) Ok sahabatku. Sekarang marilah kita berbincang sedikit tentang golongan yang dimaksudkan tadi, apa yang mereka mahu sebenarnya? Apa masalah mereka itu? Kalau perlu kita boleh cari formula untuk menyelesaikan masalah kenapa mereka meninggalkan sembahyang? Apakah sembahyang itu sebagai satu bentuk yang perlu dilunaskan oleh setiap individu, seperti mereka melunaskan cukai-cukai yang lain yang bersifat zalim dan menindas? 9

Apakah sembahyang dilihat sebagai aktiviti yang membuang waktu, sepertinya seorang manusia tiada waktu lapang langsung yang diperuntukkan untuk keperluan dirinya? Adakah sembahyang itu dasar veto manusia yang amat payah untuk menerimanya seperti menerima undang-undang lain yang diperuntukkan di sebuah negara diktator? Adakah sembahyang menjadi tali pengikat yang mengongkong kebebasan manusia langsung mencegah mereka dari melaksanakan hak dan tanggungjawab? Adakah sembahyang itu satu pilihan terbuka kepada sesiapa sahaja, jika mahu dilaksanakan dan jika sebaliknya ditinggalkan tanpa sebarang rasa bersalah tentang dosa dan sebagainya?

Adakah Allah taala berhajat kepada sembahyang kita?

Faedah bagaimana manusia akan dapat jika melaksanakan solat? Dan kerugian bagaimana pula jika mereka meninggalkannya? Barangkali inilah di antara soalan-soalan atau persoalan-persoalan yang diketengahkan oleh akal waras manusia, mengikut pertimbangan nafsunya, syaitannya, syahwatnya. Jika tidak dijawab dengan baik, ia akan menjadi racun yang akan terus melanda jiwa, pegangan seorang muslim nyata menjadi lemah dan hina, lantas menghitamkan kehidupan dan cara fikirnya, dia akan menganggap perbuatannya yang buruk itu sebagai baik lalu berpegang padanya, langsung tidak akan membezakan yang mana benar yang mana salah. Terus kabur di antara putih dan yang hitam, pandangannya menjadi kelabu, akalnya akan terus digunakan untuk mempertahankan kebatilan yang menjadi jalan lurus ke arah kesesatan. Terus hidup dalam persimpangan dan meniti di atas titian neraka yang petrolnya amat murah terdiri dari bakaran manusia dan batu. Lantas jawapan yang rasional dan tepat wajar diketengahkan agar menepati soalan, dapat menghilangkan kesamaran yang sedang asyik bermain dalam kotak fikiran.

10

Kita mulakan sekarang menganalisis satu persatu persoalan yang berkaitan, akan berusaha sedaya upaya menjawab keraguan, langsung menukarkannya kepada keyakinan tentang ibadah sembahyang, maka barang siapa yang masih keras hati selepas mendapat penjelasan ini, sesungguhnya dia tergolong dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

PERTAMA SEMBAHYANG BUKAN SEBAGAI DENDA ATAU CUKAI Tidak wahai sahabatku, sembahyang bukan denda material yang perlu engkau langsaikan, bukan juga harta yang perlu dibereskan, tetapi sembahyang adalah satu amanah yang dipikul di atas bahu setiap mukalaf lima kali setiap hari, perlu ditunaikan dan ianya benar, perlu ikhlas melaksanakannya dan menjaga hak-haknya, diberikan pula pahala sebesar-besarnya jika dilaksanakan sebaik mungkin. Ya, sembahyang bukan cukai, denda mahupun jizyah. Ia perlu pengiktirafan tentang kebenaran dan satu lambang kesyukuran tentang perkara makruf, menjadi bukti sucinya jiwa dengan mentaati ketua, melaksanakan perintahnya, tanda kecintaan hati kepada Allah subhanahu wataala. Tidakkah kita melihat manusia terus mengagungkan sesuatu yang lebih berkuasa dan lebih kuat darinya?. Meminta perlindungannya ketika dirunding malapetaka, meminta pertolongannya ketika dalam kesusahan, meminta keberkatannya untuk sesuatu usaha, menjadikannya sebagai petanda untuk diingati ketika ramai yang melupai? Kenapa penganut Kristian mempertuhankan Isa al-Masih ibnu Maryam? Kenapa mereka menjadikan salib sebagai tanda agama mereka, dijulang tinggi dalam gereja mereka, menggantungkannya di dada-dada mereka, menjadikannya kiblat sembahyang mereka? Kenapa pula penganut Yahudi mempertuhankan Uzair sebagai sekutu bagi Allah taala? 11

Kenapa mereka mengelilingi satu binaan yang dipasang pelitapelita, sambil membaca taurat dan sembahyang? Kenapa para pendeta mereka menjadikan kopiah kecil yang diletakkan di tengah kepala sebagai tanda agama? Kenapa mereka merancang menjadikan bintang berbucu enam sebagai lambang kedaulatan mereka sejak merampas negara Palestin? Kenapa pula penganut Majusi menyembah api? Penganut Hindu menyembah lembu dan beruk, dan sesetengah golongan batiniah menyembah syaitan? Setiap hari mereka menyembah tuhan selain dari Allah, mentaqdiskannya, sembahyang untuknya, serta mendekatkan diri kepadanya, sedangkan tuhan yang mereka sembah itu adalah tiada pun, tidak benar, sama dengan akidah mereka juga tidak benar. Tuhan mereka tidak berkuasa ke atas mereka, tidak memberi manfaat ataupun darurat. Sembahyang mereka itu langsung tidak dapat menolong mereka. Tetapi sembahyang saya ini sudah tentunya dapat menolong saya nanti. Faedah apa yang mereka dapat melalui ibadat mereka yang batal itu? Apa yang mereka perlukan dari tuhan mereka? Adakah doa dan permintaan mereka didengar? Adakah cakapan mereka difahami? Adakah tuhan mereka itu tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk mereka? Adakah tuhan itu memberi rezeki kepada mereka? Memberi kehidupan kepada mereka? Menyembuh sakit dan penyakit mereka? Menghalang mereka dari kesusahan? Adakah tuhan itu telah menurunkan hujan lalu menumbuhkan tanaman? Tidak! Semestinya tidak! Tuhan yang mereka sembah tidak melakukan apa-apa pun, tetapi mereka terus menyembahnya, terus mentaqdiskannya sebaik mungkin, mereka membuktikan pentaqdisan itu dengan bersembahyang kepadanya. Adakah mereka sedar, jika sekiranya ada seorang insan di luar sana memberikan kepada anda sekeping manisan, atau membantu anda membawa barangan anda, atau membantu menunjukkan jalan 12

kepada anda, atau membantu membaiki kereta anda yang tersadai di tengah jalan, atau tolong mengutip sesuatu yang anda cicirkan. Tidakkah anda akan ucapkan kepadanya: TERIMA KASIH. Langsung menghormatinya dan menghargai bantuannya, dan barangkali anda mahu membalasnya dengan satu bentuk bantuan yang melebihi bantuannya? … Ya, itu yang sudah pasti anda lakukan. Saya juga insan seperti anda. Suka melakukan kebajikan, suka berbuat baik, suka memberi pujian dan berterima kasih jika diberikan sebarang hadiah. Jika hadiah yang diberikan itu lebih nilainya akan diberikan. Adakah masih ada di sana pihak yang memberi nikmat yang lebih agung dari Allah Azza wa Jalla, yang telah menganugerahkan kepada saya akal dan pancaindera, memberi kepada saya rezeki yang baik, memberi kesihatan dan keafiatan, memberi petunjuk ke arah agama yang telus, memberi zuriat keturunan kepada saya, memberi kediaman yang selesa dengan jiran yang baik? Tidak….. langsung tidak ada di sana pihak yang kebaikannya melebihi kebaikan Allah Azza wa Jalla. Adakah patut saya tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmatnya yang diberikan kepada saya sedang saya telah berterima kasih kepada orang yang memberi bantuan yang sedikit kepada saya. Tidak syak lagi anda sama situasinya seperti saya yang sepatutnya bersyukur dan terus bersyukur, dan bertanggungjawab menasihati saya jika saya tidak mensyukuri nikmat-Nya, kerana anda tidak mahu saya mengingkari suruhan tuhan dan tidak bersyukur nikmat tuhan. Selayaknya, syukur dipersembahkan dengan nilai yang sama dengan barang pemberian yang diperoleh dari pihak yang memberi itu. Maka syukur saya kepada pihak yang memberi sesuap makanan kepada saya tidak akan sama syukur saya kepada pihak yang memberi selonggok makanan, dan perkataan saya kepada budak - berikan kepada saya pen itu (tidak sama) dengan perkataan saya kepada orang dewasa - berikan kepada saya (tanpa perlu menyebut pen itu). Karakter yang amat disukai oleh Allah daripada saya sebagai hambanya tanda kesyukuran saya terhadap nikmat-nikmatnya ialah dengan meletakkan dahi saya ke atas tanah sebagai ikrar keagungan Rububiah Allah, ikrar pentaqdisan Uluhiyyah Allah dan ikrar pengiktirafan ihsan Allah kepada saya. 13

Manusia menundukkan diri di hadapan berhala-berhala, yang pada hakikatnya tidak memberi apa-apa, bahkan menyesatkan mereka dari jalan kebenaran dan hidayah. Sebahagian yang lain pula menjulang, mengagung-agungkan malah sujud kepada para pemimpin, padahal para pemimpin tersebut zalim, jahat dan memerintah dengan kuku besi. Para pemimpin yang mereka hormati itu barangkali makhluk yang paling kejam. Jika inilah yang berlaku, kenapa saya tidak sujud dan memperhambakan diri kepada Allah taala yang berkuasa sepenuhnya, mencipta segala-galanya, mentadbir urusan langit dan bumi, memberi senang dan susah, memberi rezeki dan menahannya, memati dan menghidupkan dan menghisab amalan dengan adil lagi saksama?.

KEDUA SEMBAHYANG BUKAN AKTIVITI YANG MEMBUANG MASA Manusia apabila selesai dari sibuk bekerja, menggeliat puas, berehat dari letih dan penat, selesai dari berjual beli, dari belajar dan mengajar dan selesai dari tuntutan kehidupan harian yang lain, terus menuju ke tempat sembahyang meninggalkan kesibukan-kesibukan tadi, langsung menyiapkan diri dan menenangkan hatinya, merehatkan anggota tubuh badannya, memadamkan api kemarahannya, menyekat nafsu syahwatnya, terus diam beberapa minit bermunajat dengan kekasih yang amat dicintai.

‫والحب أعظم ما يكون اذا انفردت بمن تحب‬ “Dan kasih cinta akan lebih tersemai dan mendalam jika kita bersendirian dengan yang dicintai” Seorang manusia memohon pertolongan, bantuan serta kekuatan dalam meneruskan kehidupan, memohon kesabaran menempuh cabaran, memohon keampunan dari Allah yang amat pemurah jika menyakiti orang lain sama ada melalui lidahnya, atau lakunya. Tempoh inilah (semasa sembahyang) yang diperuntukkan oleh Allah untuk seseorang manusia itu memadamkan emosi yang panas dan jiwa yang tidak keruan itu. 14

Bertitik tolak dari aktiviti sembahyang inilah, Rasulullah SAW dalam keadaan letih dan penat selepas pulang dari medan perang, terus menyeru: wahai sahabatku Bilal, rehatkanlah kami dengan sembahyang. Iaitu dengan azan memanggil jemaah untuk mengerjakan sembahyang, agar sembahyang yang akan dilaksanakan ini bertindak sebagai proses kerehatan dari letih menjalani hidup seharian. Manusia adalah makhluk Allah yang amat lemah, kekuatannya amat terbatas, tidak mampu bekerja berterusan, kerehatan minda dan fizikal adalah bekalan yang wajib diambil. Mereka akan mendapat kerehatan itu melalui sembahyang, kerehatan adalah seperuh dari kehidupan. Sebab itulah Allah menjadikan malam sebagai waktu untuk tidur, berapa lama masa yang dihabiskan oleh seseorang untuk sembahyang? Sekalipun lama tidak sampai 25 minit, adakah tempoh yang amat sebentar ini boleh menyusahkan anda dalam hidup, di mana anda menghabiskan tempoh masa tertentu dengan melawatmelawat tempat-tempat tertentu di samping banyak berjaga malam tanpa sebarang faedah yang munasabah? KETIGA SEMBAHYANG BUKAN SATU DASAR PEMERINTAHAN DIKTATOR YANG DIPERUNDANGKAN KE ATAS MASYARAKAT SECARA PAKSA Sembahyang bukan arahan kuku besi, tetapi ianya satu aplikasi yang dipraktikkan oleh penganut Islam secara reda dan penuh rasa kehambaan kepada Allah taala. Firman Allah subhanahu wa taala:

 #’ûν#.)ω

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)” (al-Baqarah, 256)  Juga bukan satu dasar pemerintahan, yang boleh berubah berdasarkan faktor-faktor tertentu atau dasar pemerintahan yang mengikut acuan seseorang pemerintah, serta bukan undang-undang rekaan yang dicipta hari ini kemudian diubah keesokannya, kemudian 15

boleh dipinda sekali lagi untuk kepentingan tertentu, atau perlu mengikut keselesaan dan rasa puas hati seseorang dalam sesebuah negara. Yang sudah terang lagi bersuluh, sembahyang adalah salah satu rukun dari rukun Islam yang lima, dan merupakan tunjang utama selepas syahadah. Dan selama mana seseorang muslim itu reda dengan agama Islam ini, dia mesti melaksanakan tuntutan yang ditaklifkan ke atasnya dengan sebaik mungkin. Tidakkah anda bersependapat dengan saya bahawa di mana-mana negara pun di dunia ini ada undang-undang tertentu yang mesti dipatuhi oleh penduduknya, dan jika dia enggan mematuhinya, secara langsung dia akan dikenakan hukuman, antara hukuman yang biasa dikenakan ialah: •

Mesti tetap mematuhi undang-undang melaksanakan tuntutan yang ada.

tersebut

dan



Keluar dari negara tersebut dan tidak layak menjadi warganya.

Saya tidak mampu menggambarkan seorang manusia yang takut kepada polis tetapi pada masa yang sama tidak takut kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi? Cuba perhatikan bersama, apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah, serta merta puluhan bahkan ratusan kereta akan berhenti seolah-olah tidak mampu melanggarinya, walaupun ada di kalangan pemandu kereta tersebut individu berstatus quo atau pembesar sesebuah kerajaan?! Tidak logik rasanya, ramai manusia takut melanggari lampu isyarat merah, tetapi berani melanggari perintah-perintah tuhan, dan terus hanyut dengan aktiviti dosa dan maksiat, serta melampaui sempadan (hudud) hukum yang ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk mereka?! Barangkali ini boleh membuktikan tahap kecerdasan akal seseorang itu dalam menilai yang mana baik dan yang mana buruk? Ayuh! Anda fikirkan jika anda seorang yang rasional dalam membuat pertimbangan…..

16

KEEMPAT SEMBAHYANG BUKAN SATU HALANGAN YANG MENEGAH KEBEBASAN INDIVIDU DAN MENGHALANG DIRINYA DARI MELAKSANAKAN HAKNYA Manusia hidup dalam kelompok sesama manusia dan mereka bukannya tergolong dalam dunia haiwan, yang hidup dalam hutan rimba yang penuh keganasan. Manusia mempunyai kebebasan yang tersendiri hampir dalam semua aspek kehidupan, iktikad, perkataan atau perbuatan mereka, dan tertakluk kepada peraturan dan undangundang umum. Jika tidak, nescaya pembentukan masyarakat akan terbantut, tidak akan lahir rakyat yang bermutu, tidak lagi dapat hidup secara harmoni dan tolong menolong antara mereka. Golongan yang tidak bertamadun yang banyak melakukan sesuatu mengikut naluri sendiri, yang hidup di jalanan seperti anjing kelaparan, langsung tidak mampu menyanggahi pemerintah dan undang-undang ciptaan pemerintah. Sedangkan haiwan dalam hutan pun mempunyai aturan sendiri yang mengikat mereka. Cuba anda tanya seorang pakar biologi tentang haiwan, nescaya beliau bersetuju dengan fakta yang saya datangkan ini. Barangkali beliau akan memberikan contoh yang tepat dengan teori yang diketahui olehnya. Contoh: cuba lihat lebah, saling tolong menolong antara satu sama lain dalam membuat sarang mereka, dan bagaimana pula sekumpulan semut yang saling membantu membawa makanan ke dalam sarang mereka sebagai bekalan makanan ke dalam sarang mereka sebagai bekalan makanan. Inilah yang boleh diistilahkan sebagai aturan atau peraturan hidup haiwan di dunia mereka. Dan anda - wahai muslim - bebas dalam urusan peribadi anda. Anda makan atau puasa, tidur atau jaga, mendiami suatu tempat atau berpindah dari tempat itu, menjual atau membeli. Kebebasan ini tertakluk sebenarnya dengan peraturan Allah dan yang pastinya tertegak di atas paksi syariah Islamiyah, anda bebas berhenti sekadar dari kerja anda dan duduk seketika (sembahyang) di masjid. Itu masa rehat anda yang boleh mengembalikan kekuatan dan kecergasan, 17

sebelum meneruskan semula kerja anda. Inilah rupanya bantuan yang telah dihulurkan oleh Allah kepada anda tanpa anda dan sebahagian daripada kita sedari. Dan anda juga terus bebas untuk terus berada di bawah peraturan Allah yang menyediakan kepada anda asbab untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Anda juga bebas untuk tidak berada di bawah telunjuk kuasa selain kuasa Allah yang selamanya memelihara dan menjaga anda. Anda bebas untuk bercakap tentang apa sahaja, berbuat apa yang anda suka, menulis apa sahaja yang terlintas difikiran, menjaga apa yang anda suka, dengan syarat ianya tidak melampaui batas syariat yang telah ditetapkan, kerana sekiranya percakapan anda, perbuatan anda, tulisan anda atau perniagaan anda melampaui hudud yang telah digariskan syariat, nescaya anda telah meroboh atau merampas hak orang lain. Inilah yang telah diharamkan Allah, dan peraturan manusiawi sendiri melarang tindakan tersebut.

KELIMA

SEMBAHYANG BUKAN SESUATU YANG PERLU DIPILIH Seperti dimaklumi umum, banyak benda di dunia ini sudah dijadikan pilihan untuk manusia. Jika mahu, ia akan lakukan dan sebaliknya jika tidak. Sembahyang bukan seperti itu, ianya wajib dan suruhan Yang Maha Esa. Sembahyang itu sendiri punyai waktu tertentu yang telah tetap dan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dengan pergerakan tertentu, syarat dan rukun tertentu. Semua telah cukup sempurna, tidak perlu tambahan atau pengurangan dan tidak perlu kepada pandangan sesiapa untuk didahulukan atau dikemudiankan. Sembahyang sesuatu yang telah tetap, bukan rekaan Muhammad atau ulama’ selepas baginda, seperti sesuap makanan yang perlu dimasukkan ke dalam mulut, bukan ke dalam telinga, sama juga seperti udara yang masuk ke dalam paru-paru melalui mulut atau hidung, bukan melalui dua kaki kita. Jika kita menerima sebarang 18

pandangan atau teori yang menyanggahi peraturan ini, maka akan berlaku di sana kerosakan, bahkan boleh menyebabkan kematian, seperti juga sembahyang. Menunai kewajipan sembahyang, sama seperti anda menunaikan kewajipan yang lain. Jika anda seorang pegawai, tugas anda melaksanakan perintah majikan atau memantau kerja kakitangan bawahan anda. Jika anda seorang peniaga, maka tugas anda adalah berjual beli dengan pelanggan. Jika anda tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan, pemotongan gaji sebagai balasan anda, kerugian sebagai denda anda. Banyak benda yang asalnya pilihan, telah dianggap sebagai wajib. Cuba perhatikan pada waktu larut malam anda sengaja menghidupkan radio dengan volum yang tinggi dan berkaraoke dengan penuh perasaan, dengan suara yang kuat. Tidakkah ianya akan mengganggu jiran tetangga anda, dan menyebabkan mereka mengeji anda, langsung mengetuk pintu rumah anda dan meminta anda memperlahankan radio, atau anda mungkin menerima balasan yang lebih teruk dari itu! Bukankan mendengar radio adalah pilihan anda, bila anda mahu memasangnya, meninggikan volumnya. Itu semua tertakluk kepada anda, tetapi di sana terdapat peraturan yang tidak pun ditulis atau dibukukan. Sedar atau tidak ianya dipraktikkan dalam masyarakat? Jawapannya Sebarang undang-undang atau peraturan, khusus atau umum tidak boleh dilanggari, maka bagaimana pula dengan ibadah sembahyang yang telah difardukan oleh Allah taala kepada para hambanya yang beriman dengan uluhiyah dan rububiyyahnya, dan mereka reda dengan agama dan syariat yang ditaklifkan ke atas mereka. Adakah makhluk yang bernama manusia ini bebas untuk melaksanakan atau tidak, ibadat-ibadat yang diwajibkan Allah ke atasnya, khususnya sembahyang, atau mereka tertakluk kepada undang undang syariat Allah dan wajib melaksanakannya?

19

KEENAM SEMBAHYANG ADALAH KEPERLUAN ASASI KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA Ya, ibadah sembahyang adalah satu keperluan kepada kehidupan manusia sebagaimana mereka perlukan makanan dan minuman untuk meneruskan kelangsungan hidup. Makanan dan minuman boleh menguatkan tubuh badan dan menjadi sumber untuk hidup, sembahyang pula boleh menguatkan roh dan menjadi sumber ketenangan, di samping boleh meningkatkan darjat pelakunya yang melakukan ibadah tersebut di hadapan Allah. Sembahyang menjadi aras yang membezakan antara iman dan kufur. Sabda Nabi Muhammad SAW:

ِ َ‫ﺑـﲔ اﻟ ُﻜ ْﻔ ِﺮ وا ِﻹﳝ‬ ‫ﺼﻼَِة‬  ‫ﺎن ﺗَـْﺮُك اﻟ‬ ََْ َ

“Beza di antara kekufuran dan keimanan ialah meninggalkan  sembahyang” Apakah kebaikan yang Islam dapat melalui orang Islam palsu ini. Mereka melanggar perintah-perintah Allah taala. Bukankah mereka ini persis seorang budak yang menderhaka kepada ibu bapanya tetapi masih mengaku sebagai keturunan keluarga tersebut? Adakah dia boleh terus mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mahu memberi kebaikan tersebut? Kita sebagai orang Islam tidak mahu menjadi seperti buih di lautan. Bilangannya jutaan, orang yang soleh dan baik hanya beberapa kerat sahaja. Sebutir peluru yang berisi belerang yang mampu membunuh seorang musuh lebih baik berbanding sekotak peluru tetapi kosong. Adakah satu ribu pasak boleh menegakkan sebuah khemah jika tanpa tiang di tengahnya? Dalam Islam, sembahyang itu dianggap sebagai tiang.

20

Sembahyang adalah keperluan asasi manusia kerana sembahyang dapat membentuk akhlak yang mulia, mengawal peribadi, dapat menjadi benteng yang menghalang dari perlakuan rosak dan buruk, dapat mencegah diri dari perkara keji dan munkar. Bagaimana seseorang itu boleh melakukan dosa padahal dia mengetahui dia akan dihisab oleh Allah taala di hari pembalasan nanti, hisab dirinya akan menjadi lebih mudah jika dirinya, jiwanya dan anggotanya suci dari dosa dan noda? Tidakkah anda melihat bagaimana kebanyakan kaum muslimin berhenti meminum arak apabila turunnya wahyu Allah  3“t≈s3™ΟFΡr&uρnο4θn=Á9$#(#θ/t)?s Ÿω(#θΨtΒ#ut$#$pκ‰r'‾≈tƒ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan   mabuk” (An-Nisa’, 43) Maka, bagaimana mereka ingin menunaikan sembahyang jika mereka dalam keadaan mabuk? Sedangkan mereka wajib menunaikannya lima kali setiap hari. Maka jauhkanlah diri anda dari arak untuk berada dalam situasi sentiasa bersedia menghadap Allah taala. Sembahyang - wahai kawanku - seperti penimbang, yang menimbang amalan-amalan di antara dua sembahyang yang dilakukan, seperti seorang doktor yang memeriksa suhu badan seorang pesakit selang waktu-waktu tertentu. Jika amalan-amalan seseorang yang telah melakukan sembahyang itu baik, penimbang akan memutuskan keputusan seolah-olah berkata: “Tekunlah dalam melakukannya, tingkatkan supaya lebih baik, tetapi apabila amalanamalan orang itu tidak menepati piawai, penimbang akan memberi kata putus, seolah-olah berkata: ‘Ulang semula kerja itu, tumpukan komitment anda dalam menunaikannya”. Apabila mendengar azan (‫هللا‬ ‫ )اكبر‬bersedialah untuk sembahyang. Ketahuilah bahawa Allah lebih besar dan lebih agung dari segala yang lain. Sebutlah seruan tersebut dengan redha dan rela. Dan percayalah bahawa orang yang menunaikan sembahyang ialah orang yang mengharapkan kebaikan dan panduan daripada Allah taala. Sekiranya anda dapati ia sedikit tersasar dari haluan, ketahuilah bahawa sembahyangnya itu akan memperbetulkan 21

perbuatan “tersasar” tersebut. Ini kerana semasa dia sembahyang dia akan membaca ayat-ayat suci al-Quran yang terlintas dimindanya. Mafhum ayat-ayat tersebut sudah tentunya meresap ke dalam jiwanya sekalipun dia sedikit lalai dari sembahyang. Makna-makna ayat tadilah yang mampu mengetuk pintu hatinya, dan boleh memandunya ke arah yang lebih baik.

Allah berfirman: 3 ̍3Ζßϑø9#ρÏ$±ósø9#Ç∅ã‘÷Ζ?οθ=¢Á9#āχÎ)

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”  (Al-Ankabut: 45) Adapun bagi orang yang tidak melakukan sembahyang maka mereka langsung tidak membaca ayat-ayat suci al-Quran, dan tidak mendapat sedikitpun syafaat daripadanya. Mereka berterusan berada dalam kejahilan dan dosa. KETUJUH ALLAH TAALA TIDAK BERHAJAT KEPADA SEMBAHYANG KITA Allah taala tidak perlukan sembahyang kita, tetapi yang perlu adalah kita menunaikan sembahyang sebagai manifestasi ketaatan kita kepadanya sebagai tuhan. Allah taala tidak menjadi lemah jika makhluknya melakukan dosa kepadanya, bahkan merekalah sentiasa berada dalam keadaan fakir dan langsung berhajat kepadaNya. Allah berfirman: ù't±o„βÎ)∩⊇∈∪߉‹Ïϑysø9$#÷Í_tóø9$#uθèδª!$#uρ( «!$#’n

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.