Data Loading...

KHURAFAT Flipbook PDF

KHURAFAT


121 Views
54 Downloads
FLIP PDF 3.63MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

EDISI KHAS

KHURAFAT DALAM FILEM  Definisi Kkhurafat  Contoh amalan Khurafat  Filem yang Berunsur khurafat

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana menyekutukanNya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) selain (syirik) itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa menyekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”. (Surah An-Nisa’ ayat 48)

2

EDITOR o

KETUA EDITOR Noor Faizzatty Binti Azmi o 06DPR18F1035

PENOLONG KETUA EDITOR o Nur Jeslina Nathasa Binti Jamal o 06DPR18F1011

o o

PENGARANG 1 Muhammad Hasnoor Bin Mhd Hanafiyah 06DPR18F1038

o o

o

PENGARANG 3 Muhammad Haziq Al Iman Bin Mohd Ridzwan o 06DPR18F1068

3

PENGARANG 2 Muhammad Muzammil Bin Moh Salim 06DPR18F1017

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah ini atas kejayaan menerbitkan majalah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk kami mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Seterusnya, Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Sabri Bin Alias iaitu pensyarah matapelajaran Komunikasi dan Penyiaran Islam DUA6022. Beliau telah memberi kami peluang untuk menyediakan Emajalah ini . Dan ini juga memberikan kami pengalaman untuk menghasilkan E-majalah. Sekian Terima Kasih., Selamat Membaca semua .

4

ISI KANDUNGAN BIL

PERKARA

M/S

1.

Definisi Khurafat

6

2.

Contoh Amalam Khurafat

3.

Filem Munafik

11

4.

Filem Mantra

12

5.

Filem Khurafat

13

6.

Filem Al-Hijab

14

7.

Kesimpulan

15

8.

Penghargaan

16

9.

Video

18

5

7-10

Definisi

Khurafat

Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaranajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalanramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.

6

Contoh Amalan

Khurafat • Membuang Ancak  Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terbatas) seperti berikut : • Bertih • Pulut kuning. • Ayam panggang • Telur (mentah/rebus)

7

• Memuja Pantai  Pesta Puja Pantai atau juga dikenali sebagai Menjamu Hantu Laut, atau Menyemah Pantai[1], merupakan satu upacara popular yang dilakukan oleh golongan petani dan nelayan di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu sebelum musim menangkap ikan. Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di Melaka.  Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai, sekitar Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan. Pesta Puja Pantai ini kemungkinan bermula bagi menolak bala kerana semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur, air dari laut lepas mengulung sebagai gelombang-gelombang besar yang menghalang kegiatan mereka ke laut. Musim hujan ini diikuti pula musim angin kencang, tetapi tanpa hujan lebat, Januari danFebruari yang masih menghalang kegiatan menangkap ikan, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka menggunakan perahu-perahu kecil sahaja.

8

 1 ubat yg dibuat daripada biji kecubung dan lain-lain utk memabukkan atau utk menjadikan orang tidur nyenyak. 2 jampi yg dapat membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yng sebenarnya. i. Memukau  Mengenakan atau membubuh pukau  Memperdaya orang lain. Iaitu menipu

ii. Terpukau  Kena pukau  Terpedaya atau tertipu  Terpesona oleh sesuatu atau seseorang yg sangat menarik.

9

• Santau  Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

10

FILEM MUNAFIK

Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

11

FILEM MANTRA Isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi. Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

12

FILEM KHURAFAT Menceritakan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam antara manusia dan syaitan, sesuatu yang sangat dilarang dalam agama suci kita. Tetapi manusia, terlepas dari hasil berpaling dari Tuhan, yang disokong oleh dendam rakus, akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisahnya bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini memulakan perkahwinan dengan hidup dan bahagia tetapi tanpa disangka-sangka trauma melanda jalanan. Mereka sering diganggu oleh institusi yang pelik. Pelbagai cubaan telah dilakukan tetapi gangguan itu tetap berlaku. Ini menakutkan mereka terutamanya Johan. Kehadiran seorang wanita misteri tua ditambah dengan kemunculan bekas kekasih Johan bernama Anna yang pelik dan menakutkan untuk menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna selalu mengganggu Johan walaupun Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan semakin berlari.

13

Tidak lama kemudian, Anna ditemui mati dalam bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkaraperkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula mengganggu Johan atau Aishah. Kehidupan Johan semakin tertekan. Setelah terperangkap dalam pelbagai kejadian pelik maka akhirnya terbongkar semua misteri. Johan akhirnya bersetuju dengan kesalahannya yang lalu ... tindakan Khurafat yang diamalkan sekarang menuntut haknya dan Johan harus membayarnya dengan harga yang sangat tinggi.

FILEM AL-HIJAB Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

14

Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan.

Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

KESIMPULAN Kesimpulannya, amalan syirik dan khurafat sangat dilarang dalam Islam.Melalui kajian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat banyak filem-filem yang ditayangkan mengandungi unsur syirik dan khurafat yang semakin berleluasa di negara kita. Hal ini jelas menggambarkan rakyat Malaysia kini mudah terpengaruh dengan filem-filem yang ditayangkan tersebut. Oleh yang demikian ,terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperolehi melalui kajian ini. Sebagai umat Islam, kita seharusnya perlulah lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan setiap filem yang ditayangkan. Kita seharusnya bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu perkara bukannya mempercayai perkara karut-marut seperti yang ditunjukkan dalam filem. Akhir sekali sebagai seorang muslim yang sejati haruslah tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditayangkan dan lebih memperbanyakkan ibadat kepada Allah. Elakkan diri daripada tempat-tempat yang sering menjalani aktiviti khurafat seperti kawasan perkuburan,hutan dan sebagainya.

15

PENGHARGAAN MOHD SABRI BIN ALIAS

Terima kasih kepada ustaz Mohd Sabri diatas segala tunjuk ajarnya dalam penyiapan E-Majalah ini bagi subjek (DUA6022) serta ilmu yang dicurahkan kepada kami

16

RUJUKAN

• http://rubyhabibi.blogspot.com/2011/ 01/sinopsis-filem-khurafat.html

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Hijab

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Mantra_( filem) • http://amalansyirikdankhurafat.blogspo t.com/2016/09/kesimpulan_16.html

17

SEDEKAH TIDAK AKAN MEMBUATMU MISKIN