Klarissa Amelia Bong (4C) Flipbook PDF

Suri Teladan Keperibadian Mulia (2)
Author:  k

63 downloads 164 Views 15MB Size

Recommend Stories


11) Amelia
NOVETATS BIBLIOTECA (14/02/11) Amelia Dirigida per Mira Nair. Interpretada per Hilary Swank, Richard Gere, Ewan McGregor, Christopher Eccleston i Joe

El Traje Nacional Amelia Leira
MODELO DEL MES SEPTIEMBRE DEPARTAMENTO DE DIFUSIÓN CICLO 2004 Los modelos más representativos de la exposición El Traje Nacional Amelia Leira AREA 5

Story Transcript

SEKOLAH MENENGAH LODGE 1225 PENDIDIKAN MORAL

TUGASAN INDIVIDU 1 SURI TELADAN BERKEPERIBADIAN MULIA (YB TUAN SYED SADDIQ BIN SYED AHMAD)

DISEDIAKAN OLEH: KLARISSA AMELIA BONG (4C)

DISEDIAKAN UNTUK: CIKGU GORETTY MIKA AK MITAHA

YB TUAN Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Disediakan oleh : Klarissa Amelia Bong (4C)

2

01 LATAR BELAKANG Syed Saddiq merupakan seorang ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga ialah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB) sehingga pemecatan beliau pada tahun 2020. Beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru (Johor, Malaysia) dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya merupakan seorang buruh binaan warga Singapura untuk bekerja. Ibunya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam bagi mendapatkan wang tambahan.

Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa beliau menuntut di UIAM, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia. Pada September 2017, beliau menolah tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik. Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.

3

02 CIRI KEPERIBADIAN MULIA Syed Saddiq seorang yang optimistik dalam kehidupan. Beliau telah menerima kritikan yang negatif oleh sebahagian masyarakat bahawa fikiran beliau tentang hal-hal politik tidak begitu matang berbanding dengan ahli-ahli politik yang lebih berpengalaman. Walau bagaimanapun, beliau tidak mempedulikan komen-komen yang negatif terhadapnya dan kekal optimistik atas masa depan negara kita. Beliau juga berkata sebaris phrasa Bahasa Inggeris “ Age is just a number. “ yang bermaksud umur adalah hanya bilangan yang tidak membuktikan kebolehan kita.

Saddiq seorang yang bersimpati terhadap orang kurang kemampuan. Beliau telah berusaha mencari rumah jagaan bagi seorang pakcik yang tinggal di sebuah rumah kayu lama. Sebahagian rumah tersebut sudah berlubang-lubang kerana dimusnah oleh anai-anai. Sementara pakcik itu berada di tempat kediaman sementara, beliau berusaha untuk mengutip derma daripada orang awam yang bertujuan untuk membina sebuah rumah dalam dua bulan dengan sistem IBS.

4

Saddiq seorang yang mempercayai bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Beliau berimpian untuk menjadi sehebat pendebat Singapura tetapi sukar untuk dapat peluang memperbaiki kemahirannya. Oleh itu, beliau selalu menonton rakaman-rakaman video dan hafal perkataan demi perkataan perbahasan pasukan tersebut. Akhirnya, beliau dianugerahkan Best Speaker of Asia tiga kali dan nama Malaysia turut berada dalam senarai yang terhebat.

Saddiq juga seorang yang murah hati apabila menolong golongan yang kurang berkemampuan. Ramai pelajar mengalami kesusahan kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan belajar atas talian semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, beliau telah menganjur kempen untuk mengutip derma untuk memberikan tablet elektronik kepada golongan murid yang belajar dalam talian.

5

03 SUMBANGAN / KEJAYAAN POLITIK Syed Saddiq dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun. Sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau ingin menolak umur pengundian yang lebih rendah, atau kelayakan untuk mengundi di Malaysia, dari 21 hingga 18 tahun. Matlamat beliau untuk melakukan demikian adalah untuk mendedahkan ilmu tentang politik kepada golongan muda bagi melahirkan insan-insan yang mampu membangkit negara.

Beliau telah menubuhkan sebuah parti, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), sebuah parti yang disruptif. Antara matlamat yang hendak dicapai setelah pendaftaran parti diluluskan ialah, persamaan antara jantina dan mengalak anak muda melibatkan diri dalam bidang politik. Beliau berkata “Kami ingin pastikan tiada lagi sayap wanita muda, kami boleh ada wanita sebagai presiden dan kami boleh melantik anak muda sebagai presiden. Ia akan berterusan, bukan sahaja pada tahun ini tetapi 10 hingga 20 tahun akan datang.”, semasa sesi temu ramah dengan Astro Awani.

6

KOMUNITI Syed Saddiq telah menganjurkan sebuah kempen, #THUNDERBOLD untuk membeli tablet elektronik bagi memudahkan golongan pelajar di Muar, Johor yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas dalam talian. Beliau menawarkan kursus pendek yang mengajar cara pemikiran kritikal, seni berpidato dan kemahiran menulis dalam talian. Kursus taliannya berharga RM200 dan beliau berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000 yang boleh membantu 400 keluarga di Muar.

Beliau telah membuka satu francais yang berpakat dengan jenama kedai makan dan minum, Santan oleh Airsia Bhd. Syed Saddiq telah pilih syarikat ‘Santan’ bukan sahaja untuk nama baiknya tetapi kerana syarikat ini sering mempromosikan masakan tempatan dan juga menolong penduduk tempatan semasa pandemik COVID-19. Beliau merancang untuk menubuhkan kempen, #SADDIQsapotLOKAL, yang membolehkannya menjadi rakan kongsi bagi perniagaan kecil-kecil. Matlamat bagi kempen ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi belia.

7

04 SIKAP YANG BOLEH DICONTOHI Syed saddiq mempunyai sikap yang boleh dicontohi iaitu, tabah semasa mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan. Beliau menghadapi kemunduran semasa persidangan dalam Dewan Parlimen tetapi beliau tidak berputus asa walaupun terdapat kritikan yang negatif oleh mentor yang lebih berpengalaman daripadanya. Beliau hanya tetap berusaha demi mengubah negara untuk masa depan yang lebih positif.

Sikap berfikiran positif dan komited dalam kehidupan dapat saya contohi. Beliau sentiasa bersikap positif dan komited apabila menjanakan sesuatu idea untuk membangkitkan negara. Beliau tidak akan berhenti jikalau belum mencapai gol-gol yang dikehendaki. Sebagai contoh, apabila pendaftaran parti baharunya sebagai parti politik telah gagal, Syed Saddiq teruskan usahanya untuk menukarkan pandangan ahli-ahli politik lain bagi partinya lulus.

8

Syed Saddiq juga sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan semasa penganjuran kempennya di Muar, Johor. Beliau bukan sekadar menggunakan wang kerajaan untuk menjayakan kempennya tetapi beliau memberikan kursus berpidato kepada remaja untuk menjanakan dana. Wang yang dikumpul akan digunakan untuk membeli komputer riba kepada golongan murid yang kurang kemampuan.

Sikap yang boleh dicontohi daripada beliau adalah berani menyatakan pendapat dan bersuara. Syed Saddiq pernah berkata bahawa rakyat mungkin tidak akan setuju dengan perbuatan atau cadangan anda tetapi kita mestilah melakukan apa-apa yang patut demi kebaikan negara. Beliau juga berkata bahawa golongan muda sepertinya, merupakan harapan negara, dan belia mestilah berani menyuarakan pendapat.

9

05 JUSTIFIKASI PILIHAN

10

06 RUJUKAN Sumber Internet : ● https://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Saddiq_Syed_Abdul_Rahman#Kehidupan _awal_dan_pendidikan ● https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/16/age-is-justa-number-syed-saddiqs-quest-for-young-mindsets/ ● https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/photos/pcb.367835660891000 5/3678354182243581 ● https://fb.watch/3Qzwzr4uaj/ ● https://www.malaysiakini.com/news/563369 ● https://www.malaymail.com/news/life/2021/02/18/syed-saddiqs-thunderbold -challenge-raises-almost-rm200000-to-buy-tablets-fo/1950831 ● https://www.astroawani.com/berita-malaysia/muda-mahu-bawa-pembaharu an-perubahan-syed-saddiq-273797 ● https://www.facebook.com/penerangan/photos/had-umur-mengundi-wajarditurunkan-kepada-18-tahun-sayangimalaysiaku/10156082339798884/ ● https://www.malaymail.com/news/life/2020/12/15/syed-saddiq-to-open-sant an-franchise-teases-new-campaign-to-help-smes/1932113 ● https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/22/budak-sye d-saddiq-to-use-kindness-against-insults/ ● https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/547658/fikir-di-luar-ko tak-jika-mahu-kembali-bergelar-harimau-asia-syed ● https://www.kosmo.com.my/2021/02/04/syed-saddiq-gagal-cabar-ros-tolak-p endaftaran-muda/ ● https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tak-ada-limau-syed-saddiq-agih -30-komputer-riba-hari-ini-282615

11

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.