Data Loading...

MAG gesturz quicknews VOL.7 CC19(secured) Flipbook PDF

MAG gesturz quicknews VOL.7 CC19(secured)


118 Views
73 Downloads
FLIP PDF 71.25MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Edisi 7 JAN-JUN 2019

The New Vice Chancellor

Made His First Visit to UiTM GESTURZ

EDU

ARTVENTURE .19 E-CON PERKASA KOLABORASI ANTARA UNIVERSITI

ACADEMIC CONFERENCE 2019

Edisi 3 JAN-JUN 2017

Edisi 7 JAN-JUN 2019

The New Vice Chancellor

Made His First Visit to UiTM GESTURZ

TARIKAN ART TOURISM MEMBAWA DELEGASI UTeM KE GESTURZ

EDU

ARTVENTURE .19 E-CON PERKASA UiTM-ADOBE KOLABORASITHE FUTURE OF ANTARA UNIVERSITI

COVER PILIHAN

Foto ini dihasilkan oleh Izzul Hamka Subanderio semasa berlangsungnya Khat BASXII sempena ‘Garden of Syawal’ 2019. Acara mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan UiTM dan orang awam termasuklah pelajar antarabangsa. Meraikan ulang tahun yang ke-12, foto ini dijadikan cover pilihan yang memaparkan peralatan yang digunakan dalam menghasilkan kaligrafi seperti pena handam, dakwat dan warna. Simboliknya peralatan kaligrafi tersebut menggambarkan usaha dan komitmen GESTURZ yang konsisten dalam mengkurasi (curate) pengisian yang relevan dan terkini bersesuaian dengan peranan sebagai Centro yang menyokong kelestarian kreativiti (sustainable creativity). ~gesturz Foto oleh: Izzul Hamka Subanderio

CREATIVITY

ACADEMIC Mural CONFERENCE Interaktif 2019

tambah seri Indian Street

Editor & Konsep Buletin Mel@Nurul Muzamel Rasidi Editor Bersekutu Aedie Azrul Ab Aziz Evelyn Heng Yong@Syaza Marina Ramli Fairoz Salleh Penulis Bersekutu Mel@Nurul Muzamel Rasidi Aedie Azrul Ab Aziz Yong@Syaza Marina Ramli Pereka Grafik Siti Soleha Salamun Izzul Hamka Subanderio Fotografi Siti Soleha Salamun Izzul Hamka Subanderio Aedie Azrul Ab Aziz Penyumbang Maklumat / Foto Yong@Syaza Marina Ramli Aedie Azrul Ab Aziz Nur Syazana Abdul Khalim Arina Zulkifli Mel@Nurul Muzamel Rasidi Nik Nor Azidah Nik Aziz Nor Shifa Shafiqah Ishak Syahizad Malik Jusmiyati Jupri Evelyn Heng Fairoz Salleh Produksi & Penerbitan Aedie Azrul Ab Aziz Nurul Aida Mohd Sohaime Teknikal & Pentadbiran Zairi Ramli Nurul Aida Mohd Sohaime

SOROTANMENARIK Acara

22 30 42

UITM TOOK PART IN APAIE 2019 TO ENHANCE ITS GLOBAL VISILITY ACADEMIC CONFERENCE 2019 ‘CURATING BEYOND THE WALLS

Pencapaian

08 15 26

EMAS KEDUA MILIK UITMEDIC AERODANCE TEAM, FAKULTI PERUBATAN

“MEMOIR” MENJUARAI PESTA FILEM KITA APRESIASSI SENI DI FITA WAVE AWARDS 2019

AD Kampus Negeri

20 25 34

SISWAZAH FITA TERAJUI CFM ANIMATCH 2019 MUZIUM UMS JADI TUAN RUMAH MESYUARAT KE 12 MYMUSE MGTF USM TUAN RUMAH PERSIDAGAN MUZIUM & GALERI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2019

Jelajah Komuniti dan Industri

27 28 32

EDU ARTVENTURE .19 RAIKAN KREATIVITI PELAJAR PRASEKOLAH E-CON PERKASA KOLABORASI ANTARA UNIVERSITI USM PURPLE REPUBLIC & MUZIUM NEGERI PULAU PINANG

KATAKAMI

BE THE CHANGE YOU WISH TO SEE, BECAUSE CHANGE IS THE NEW BRAVE. Assalamualaikum and Hello GESTURZ Quicknews Readers! We cannot contain the excitement of not being able to share with you the recent events, achievements and activities any longer. Be it online or POD (Print-onDemand) , we hope that the contents of this 7th Edition (Jan-June 2019) are visually and textually inspiring. With the new mandate, GESTURZ is now positioned as a Centro for Curation and Engagement that supports Sustainable Creativity under the purview of the Deputy Vice Chancellor for Academic & International’s Office. Curated for people and the organization, this transformation Alhamdulillah has enabled GESTURZ to provide services university wide, facilitating the synergy of “MADE in UiTM”. With such generous and endless support from friends, partners, collaborators and of course the top management of the university, we aspire to embody creativity that is future-proof and sustainable. A brand of creativity that balances inspirational innovation and cultural identity captured in a explorative yet unique experience. Backed by strong passion and positive energy that is embodied in our DNA- “Curating Experience”, we promise to continue and expand our contents through dynamic, vibrant and energetic activities by way of Curating Beyond the Walls. On May 24th 2019 we are 12 years. We see challenges that we have had as opportunities to learn, grow and improve. Thus, making the team more agile and mature to further drive the university’s agenda. For us, “be the change you wish to see, because CHANGE IS THE NEW BRAVE”. Happy reading and be brave to change! Mel@Nurul Muzamel Rasidi Editor



QUICKNEWS isu ke-7 terus konsisten dalam memaparkan kisah kreativiti dan isu semasa di dalam serta luar kampus. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan peluang untuk bekerjasama dalam menghasilkan artikel bagi isu kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada UiTM Kampus Kota Samarahan, kerana menjemput saya ke perasmian Galeri Islam Nusantara (GIN). Memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai susun atur yang sesuai untuk merealisasikan GIN. Inspirasi kajian merealisasikan penubuhan galeri tersebut. Syabas warga UiTM Sarawak! Semasa Persidangan Muzium & Galeri Universiti Awam Malaysia dan dilantik sebagai Ketua Acara, ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana kami bukan sahaja membawa nama GESTURZ bahkan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakan kepercayaan yang diberi. Tahniah kepada USM selaku penganjur kerana Berjaya menarik peserta dari dalam dan luar negara. Usai kami di Pulau Pinang, GESTURZ telah melawat USM dan Muzium Negeri Pulau Pinang untuk melihat dengan lebih dekat Purple Republic USM, tentang cara mereka memasarkan produk universiti dan menjadikan ruangan mereka sebagai satu lokasi yang harus dilawati di dalam USM. Bertemu sendiri dengan Alumni UiTM yang kini merupakan Pengarah Muzium di Muzium Pulau Pinang, beliau turut memberi ilham kepada kami untuk mengadaptasi apa yang telah kami pelajari semasa keberadaan kami di sana. Penggunaan GESTURZ sebagai ruang untuk kegunaan warga dari Fakulti Sains Gunaan (FSG) untuk mejalankan konvension mereka juga bukti yang ruangan di GESTURZ tidak terhad untuk mempamerkan karya seni semata-mata. ‘Seni untuk semua’, itu merupakan nilai yang cuba diterapkan di dalam jiwa warga institusi. Program ini turut dihadiri oleh universiti dan kolej tempatan yang lain. Secara tidak langsung ianya dapat mempromosikan UiTM dan GESTURZ di peringkat lebih besar.

Dengan Nama Allah, bersyukur ke hadrat Illahi, saya diberikan peluang sekali lagi oleh UiTM GESTURZ untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan editorial QUICKNEWS Edisi ke-7. Bermula sebagai pelatih industri pada tahun 2016, saya masih kekal bersama keluarga kecil GESTURZ walaupun selepas tiga tahun meninggalkan posisi tersebut. Masih diberi kepercayaan untuk menggunakan bakat dan kebolehan yang diperoleh, kini saya diterima kembali untuk bekerja (di bawah Skim Khidmat Pelajar) bersama staf kuratorial dan melonjakkan lagi pencapaian GESTURZ di mata institusi. Bermula sebagai pelajar yang hanya menjalankan latihan industri, GESTURZ telah beberapa kali memanggil saya untuk kembali berkongsi bakat terutamanya dalam beberapa projek besar seperti UiTM Ads Campaign (2017 dan 2018), Inauguration of Universitas Civic Moderna, The 10th Distinguished Tun Abdul Razak Lecture, UiTM Academic Conference 2019, dan banyak lagi. GESTURZ telah membuka peluang untuk siswazah seperti saya mengembangkan lagi bakat dan membuka peluang menggunakan kebolehan sedia ada dengan sebaik mungkin. Malah, semasa menjalani latihan industri di sini, saya telah diberi peluang untuk bersama-sama mengendalikan pelbagai acara dan salah satu yang memberi impak besar dan pengalaman terbaik bagi saya ialah Pelancaran Buku Ikat Limar Prof Dr Norwani yang Disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang pada tahun 2016. Mula menyumbang penulisan artikel bagi QUICKNEWS Edisi ke-2 dan 3, saya berasa berbangga melihat perkembangan penerbitan risalah ini masih berterusan sehingga ke hari ini.

Harapan saya pada isu-isu akan datang, kami akan dapat berkongsi dengan lebih lagi mengenai aktiviti-aktiviti dan isu semasa di dalam dan luar kampus. Kalau ada jemputan majlis jangan lupa roger kami di GESTURZ. “So many of our dreams at first seem impossible, then they seem improbable, and then, when we summon the will, they soon become inevitable.”—Christoper Reeve. So keep on dreaming guys!!

Memetik kata-kata penjelajah terkemuka Edmund Hillary, “People do not decide to become extraordinary. They decide to accomplish extraordinary things.” Seseorang individu sememangnya tidak memilih untuk menjadi luar biasa, namun begitu, mereka memilih untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Bersama kumpulan kuratorial dan editorial GESTURZ, mereka juga memilih untuk melakukan sesuatu yang luar biasa untuk pencapaian bersama.

Aedie Azrul Ab. Aziz Editor Bersekutu

Yong@Syaza Marina Ramli Editor Bersekutu

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 5

UiTM FUTURE DESIGNERS Academically Address Sustainable Issues Through Innovative Creative Solutions By: Mel Rasidi

K

UALA LUMPUR – A two-day event was successfully held recently at White Box and Black Box, Publika Kuala Lumpur from 19 - 20 January 2019. Known as Alexis by Bold, the event was organized by the Department of Graphic Design and New Media, Faculty of Art & Design, Universiti Teknologi MARA, Selangor Branch, Puncak Alam Campus.

Alexis by Bold features work from four majors namely Advertising, Graphic Design, Illustration and Multimedia by 115 final year students of B.A (Hons) Graphic Design. Other than this exhibition, there were talk sessions, performance, awards presentation, design forum, official merchandise sales by Alexis and also retail products by the famous local brand Abstrax Jingga. The event was attended by a huge crowd on both days where the audience were fascinated with the new and modern design produced by the UiTM future designers. Touring the showcase, audience will find that these young designers have academically addressed the sustainable issues via their innovative creative solutions as outlined by the United Nations’s blueprint to achieve a better and more sustainable world for all. The designers brilliantly communicate through graphical production regarding global challenges we face including those related to good health and well-being, sustainable cities and communities, quality education, life on land, peace, justice

6 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



and strong institutions and issues that are inter-connected with one another. For example, Noor Shakira Razlan the award recipient for the Best Service Design Ideas proposed a solution known as “DRIVE ME HOME”, which help guardians to manage transporting their next-of-kin discharged from hospital to home. This continued with Alia Suzaireen Md Suhaimi who received the Best Copywriting Award for her Advertising Campaign titled “PRIORITISING WOMEN’S SAFETY ON RIDE HAILING APPS”. Alia has created Malaysia’s First Female Friendly Ride Hailing Apps that offers a safer travelling option for women. However, Muhammad Shahrulnizam Sabri, decided to speak about “JOM IKRAR: ORGAN DONATION” through his social awareness campaign. Shahrul who received the Best Art Direction and TV Commercial Award endeavors to educate the public of the importance to register as organ donors that could give a second chance to those in dire health situations. He also illustrates his print-ad series which can be browsed through the exhibition catalogue published by Alexis. Meanwhile, Khayrin Shafia Mohd Fitri from the same major won the best research and project titled “ECO FRIENDLY WORLD STARTS WITHIN HOME”. Khayrin created an ads that promote eco-friendly house for energy conservation through Airbnb Green. An extension brand name of Airbnb that she proposes in her final project.

On the digital innovation, the recipient of the Best Apps Award, Muhammad Hariz Tajul Arrifin has developed and designed “Transit AR”, an Augmented Reality application that focuses on passenger’s etiquette while on board. “Transit AR” also works as an alert by notifying users the estimated time for the train to arrive at every station. There are a total of 13 awards presented to the recipients during the opening ceremony and it was concluded with a

special award by Adobe. The award was presented to Mohamad Akmal Abdul Rahim by Adobe Education Leader, Associate Professor Ts Dr Sharkawi Che Din. Akmal received a 12-month subscriptions of Adobe CC for his artistic creation. He designed his own typographic style that aims to increase awareness of people to appreciate typography as a form of art. Through his project, Akmal produces a picture-book to visually explain his study through a narrative approach and modern way. “It is hoped that all the graduating students will serve the nation as creative makers that significantly contribute towards prospering the country economically and socially,” says Advisor of Alexis, Mr. Sheikh Mohamad Hafiz Abu Bakar as he congratulates the students at the closing. Sheikh, who is also Senior Lecturer of Graphic Design and New Media Department at UiTM, Puncak Alam Campus thanked the organizing committee, UiTM fraternity, parents, alumni, industry, sponsors, collaborators, guest speakers, and members of the public for making the event an achievement for all. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 7

EMAS

KEDUA Milik UiTMedic

Aerodance Team, Fakulti Perubatan By: Syahizad Malik

B

ANGI – Sekumpulan mahasiswa Fakulti Perubatan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya merangkul gelaran johan dengan memperolehi pingat emas menerusi tarian aerobik (aerodance) dalam pertandingan Medics Intervarsity Games (MIVG) 2018 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemenangan kali ini merupakan pingat emas yang kedua buat mereka berikutan kemenangan lepas pada tahun 2017. Dikenali sebagai UiTMedic Aerodance itu diketuai oleh Ikhmal Azzarin iaitu pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan dan ahli lain merupakan pelajar dari tahun satu hingga tahun lima. Kesemua ahli telah dipilih melalui ujibakat khas yang dijalankan oleh beliau sendiri untuk pertandingan MIVG. Seramai 40 yang hadir dan hanya 10 ahli yang menjadi pilihan beliau.

“Kekangan utama bagi kumpulan kami merupakan masa yang amat terhad kerana ahli kumpulan kami terdiri dari tahun yang berbeza, jadi latihan perlu dibuat berdasarkan kelapangan ahli-ahli lain,” tambah beliau lagi.

Kami telah berusaha keras dan mengharapkan kemenangan dan bersyukur usaha kami selama sebulan untuk persediaan dan latihan itu ternyata membuahkan hasil walau terdapat beberapa kekangan.

Menurut Ikhmal Azzarin ketika dihubungi beliau meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana ia merupakan pingat emas yang kedua buat mereka. “Kami telah berusaha keras dan mengharapkan kemenangan dan bersyukur usaha kami selama sebulan untuk persediaan dan latihan itu ternyata membuahkan hasil walau terdapat beberapa kekangan,” ujar beliau.

8 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Pertandingan Medic Intervarsity (MIVG) merupakan acara sukan tahunan dan tahun 2018 merupakan tahun yang ke-10 dianjurkan oleh Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Malaysia. Acara tersebut telah mengumpulkan lebih 2000 penyertaaan dari 30 universiti seluruh Malaysia pada tahun ini. Beberapa jenis sukan lain turut dipertandingkan seperti badminton, bola tampar, bola jaring dan banyak lagi. Tarian aerobik yang dipersembahkan kumpulan itu turut mendapat perhatian ramai apabila ia tular di media sosial. Sejurusnya tular video tersebut mereka turut di temubual dan dijemput ke beberapa program televisyen. ~gesturz



Expose Pixel

PAPAR KEKUATAN FOTOGRAFI UiTM

Oleh: Jusmiyati Jupri

K

UALA LUMPUR – Seramai 56 pelajar tahun akhir Sarjana Muda Fotomedia Kreatif dengan Kepujian daripada Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam Cawangan Selangor berjaya menamatkan fasa mereka sebagai seorang siswa/siswi dengan mengadakan pameran hasil karya projek tahun mereka yang dikenali sebagai Expose Pixel. Pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Januari 2019 di White Box, Publika, Solaris Dutamas itu telah dirasmikan oleh Ketua Unit Foto BERNAMA, Zid Omar. Dengan tema yang dipilih mengikut pengkhususan masing-masing seperti Photojournalism, Fine Art Photography, Video & Motion dan Commercial Photography, pengkarya yang terlibat mempersembahkan karya hasil dari kajian akademik dengan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran serta teknologi fotografi yang terkini. Ia sekaligus membuktikan mereka

Melibatkan 84 karya foto dan 14 video pendek, Expose Pixel sarat dengan dengan kisah dan mesej yang bermanfaat buat pengunjung yang tidak henti hadir memberi sokongan selama dua hari pameran diadakan. Kehadiran tetamu secara tidak langsung turut membuka peluang kepada pengkarya muda fotografi UiTM untuk bersua dengan lebih dekat dengan bakal majikan dan pelanggan mereka. Expose Pixel bukanlah pameran yang menghimpunkan karya-karya lazim. Ia unik, berbeza dan mempunyai kualiti professional yang setanding dengan industri tempatan dan antarabangsa. Lantas ia menjadi simbolik kekuatan program fotomedia kreatif yang ditawarkan oleh UiTM apabila karya-karya yang dipersembahkan turut mendapat kepercayaan dan kolaborasi dengan penggiat industri. Di acara pameran turut berlangsung, sesi perkongsian ilmu oleh jemputan luar yang berpengalaman luas. Tahniah kepada Jabatan Fotomedia Kreatif yang menjadikan EXPOSE sebagai satu tradisi dan amalan terbaik buat para siswa/siswi yang bakal menamatkan pengajian dan melangkah ke alam kerjaya. ~gesturz

bersedia untuk bersaing dalam industri kreatif masa kini.

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 9

NEOTERIC Langkah Sulung Bakal Graduan Tekstil Oleh: Syahizad Malik

S

HAH ALAM – NEOTERIC: Up To The Minute merupakan satu pameran yang diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil karya tekstil projek akhir siswa-siswi dari Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Pameran yang melibatkan seramai 41 mahasiswa, masing-masing telah menghasilkan karya mereka berdasarkan tema NEOTERIC yang menggambarkan idea baharu yang bersifat moden dan memenuhi permintaan pasaran semasa. Pameran yang berlangsung selama dua hari ini bertempat di UiTM-MITDC Technopreneur Centre UiTM Shah Alam. Kesemua pereka muda ini telah menginspirasikan alam semula jadi, struktur seni bina dan budaya sebagai subjek utama dalam menghasilkan karya tekstil mereka. Menjadi tarikan pameran adalah seperti Majestic Waterfowl Feathers, karya yang dihasilkan oleh Nurul Syaza Binti Salehudin

10 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

yang berinspirasikan itik mandarin iaitu antara jenis itik yang mempunyai pelbagai gabungan warna menarik dan ia juga dipercayai sebagai simbol kasih sayang bagi kaum Cina. Syaza telah menerapkan dan menggabungkan warna-warna dan bentuk itik ke dalam rekaannya untuk menjadikan rekaan beliau unik, menarik dan kreatif. Antara karya lain yang membarisi NEOTERIC adalah, Knockin Urban Signage yang dihasilkan oleh Aida Batrisya, The Pride of Sarawak oleh Jacqueline Anak Denes, Superbike oleh Afiq Ikhwan, Desert Paradise oleh Amirul Zuber dan banyak lagi. Pengurus projek NEOTERIC yang juga pensyarah tekstil iaitu Siti Hernida Mohd Som dan Ummi Zinnirah Mohd Yusof yang menjadi tonggak utama dalam menjayakan projek akhir ini mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mempersembahkan projek akhir mereka menepati tema yang telah diberikan. Kedua-dua ketua projek ini menyifatkan bahawa NEOTERIC bukan sahaja projek dan penyelidikan yang memenuhi keperluan akademik mereka, tetapi ini adalah juga platform bagi pereka muda seni tekstil untuk membuktikan mereka bersedia dan berpotensi besar dalam industri tekstil. ~gesturz



INDUSTRIAL DESIGN EXHIBITION Pamer Rekaan Unik Keperluan Semasa

S

Oleh: Syahizad Malik

HAH ALAM – Sekumpulan 34 orang siswa-siswi tahun akhir Sarjana Muda Seni Reka Perindustrian (Kepujian) dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam telah mengadakan satu pameran bagi mempamerkan hasil kerja akhir mereka yang diadakan di ruang foyer auditorium FSSR. Pameran tersebut telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 12 - 14 Januari 2019. Pameran ini membawakan tema Craving Calm: ‘Lifestyle’ and ‘Needs’ yang memerlukan pelajar untuk menghasilkan produk yang berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan semasa. Berdasarkan tema tersebut para pelajar perlu melakukan dua tugas iaitu menghasilkan dua projek berdasarkan bidang mereka yang merangkumi Furniture dan Transport sebagai bidang utama, manakala product pula sebagai projek minor mereka.

Muhammad Isyaf Bin Sharuddin merupakan salah seorang pelajar yang menampilkan siput sebagai sumber inspirasi rekaan perabotnya, beliau berpendapat rekaannya menepati citarasa golongan belia yang meminati perincian yang unik dan moden di mana bentuk rekaannya itu di olah dari Cerithidea Obtuse (siput). Tambah beliau, produk perabot yang dihasilkan adalah khusus untuk kediaman. Pameran ini juga adalah satu platform untuk mengetengahkan dan menterjemahkan idea mereka menerusi aplikasi teknologi dan inovasi dalam rekaan. Antara elemen yang wajar diterapkan adalah seperti reka bentuk ergonomik, mesra alam dan penggunaan tenaga yang efisien. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 11

CARE4ORPHAN Jayakan Khidmat Masyarakat Oleh: Nik Nor Azidah Nik Aziz & Nor Shifa Shafiqah Ishak

K

ANCHONG DARAT – Care4Orphan adalah aktiviti kemasyarakatan anjuran siswa-siswi Semester 5 program Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif (Kepujian), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program kolaborasi bersama Yayasan Amal Maaruf Malaysia ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin dan ia adalah adalah sebahagian daripada keperluan kursus Seminar: Contemporary Photo, Trend & Issue. Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan penuntut dengan isu-isu semasa berkaitan dunia fotografi di dalam dan luar negara di samping membimbing penuntut menguruskan projek yang melibatkan industri dan masyarakat sekaligus melatih mereka bekerja dalam sebuah pasukan. 55 orang siswa-siswi telah menggerakkan program ini di bawah seliaan Puan Nik Nor Azidah Nik Aziz di mana dua sesi aktiviti telah diadakan pada November dan Disember 2018 yang lalu merangkumi pelbagai aktiviti seperti gotongroyong, explorace dan perkongsian ilmu fotografi bersama warga Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin. Kemudian, sesi kedua telah berlangsung di Space Seven, Setia Alam bagi meraikan warga Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di mana acara telah disempurnakan oleh YDP dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Amal Maaruf Malaysia. Turut hadir adalah Koordinator Program Jabatan Fotomedia Kreatif, Cik Andrialis Abdul Rahman serta para pensyarah jabatan.

Ini bukanlah penganjuran kali pertama di mana sebelum ini Jabatan Fotomedia Kreatif telah menganjurkan pelbagai program yang serupa pada hampir setiap semester. Aktiviti yang mendapat sokongan dari universiti, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan organisasi korporat telah membantu menzahirkan inisiatif murni siswa-siswi tersebut dalam menyalurkan sumbangan khidmat kemasyarakatan selain menjalankan tanggungjawab akademik mereka. Program seperti ini juga dapat mengimbangi mereka dengan nilai-nilai keinsanan, selain mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tambahan dalam mendepani fasa kerjaya kelak. ~gesturz

12 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Glorious Tampil



KARYA & PRODUK PEREKA MUDA

Seni Reka Logam Kontemporari dari UiTM Oleh: Mel Rasidi

S

HAH ALAM – Baru-baru ini telah berlangsungnya pameran yang dikenali sebagai GLORIOUS yang menampilkan hasil karya pelajar tahun akhir Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Kesemua 32 pelajar tersebut dibimbing oleh 4 orang pensyarah yang berpengalaman luas dan menjadi rujukan dalam bidang tersebut. Diadakan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam, penghasilan karya di pameran ini dibuat berdasarkan temanya yang mengetengahkan idea segar dan baharu dalam memperagakan karya akhir yang lebih berani, moden dan eksklusif. Tema tersebut memberi simbolik kepada kesungguhan dalam menghadapi cabaran menimba pengetahuan dan memandang sesuatu yang berlainan untuk mencipta idea yang luar biasa selain memberi tafsiran keindahan yang artistik. Setiap penghasilan karya para pelajar ini adalah berdasarkan penyelidikan yang mendalam serta pengolahan idea reka bentuk menerusi beberapa fasa rekaan seperti pemilihan konsep, metodologi pembuatan, pengaplikasian teknologi, penemuan inovasi dan eksplorasi bahan-bahan berasaskan logam dengan gabungan bahan-bahan bukan logam.

Di dalam pameran ini setiap pelajar telah ditugaskan menghasilkan tiga buah karya bagi memenuhi keperluan akademik mereka. Dua karya pertama merupakan tugas kursus teras di mana masing-masing perlu menghasilkan produk barangan kemas dan produk logam berkonsepkan moden dan kontemporari dengan tema Sustainable, New Malay Jewellery & Malay Heritage. Manakala karya bagi projek akhir, pelajar telah diberi kebebasan untuk memilih tema yang bersesuaian dengan minat dan pengalaman mereka sepanjang tempoh pengajian di bidang Seni Reka Logam Kontemporari. Selain aktiviti pameran yang telahpun bermula dari 15 Januari yang lalu, GLORIOUS juga diberi pengisian dengan aktiviti seperti Art Market & Demonstration buat pengunjung yang hadir terutamanya jemputan dari pelajar dan guru sekolah sekitar Lembah Kelang. Diharapkan acara ini mengembangkan lagi potensi pereka muda dari UiTM. Syabas diucapkan kepada para pelajar yang juga bakal graduan Ijazah Seni Reka Logam Kontemporari (Sesi September 2018 - Januari 2019). ~gesturz.

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 13

The New

Vice Chancellor Made His First Visit to UiTM GESTURZ Oleh: Mel Rasidi, Evelyn Heng, Fairoz Salleh

S

HAH ALAM – The newly appointed Vice Chancellor of Universiti Teknologi MARA, YBhg Professor Dr Mohd Azraai Kassim made his first appearance at Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), Universiti Teknologi MARA Shah Alam during his walkabout tour around the main campus. Recently on February 15, the Ministry of Education announced the appointment of Professor Dr Mohd Azraai Kassim for a three-year term to lead the university. Prior to his UiTM posting, Professor Dr Mohd Azraai was the Managing Director and CEO of UTMSPACE. During the visit, a quick presentation followed by a guided tour session was held and led by Mel Rasidi, Senior Curator introducing UiTM GESTURZ to the Vice Chancellor. In this session, the Vice Chancellor who was accompanied by the Deputy Vice Chancellor (Development) and Director of Infrastructure, had a chance to take a closer look at the diverse art collections of UiTM. He was given a peak at the cutting-edge technology of AR that brings exhibits to life and experience the inspiring atmosphere of UiTM GESTURZ. Under the auspices of the Deputy Vice Chancellor’s (Academic & International) office, Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah or its brand name GESTURZ is a university art gallery that represents an important agenda of Curation and Engagement Centro to support Sustainable Creativity in various platforms and events. The centro is specially curated for everyone. Welcome and thank you, sir for the time spent at UiTM GESTURZ! We look forward to working with you and continue making significant impacts that would ultimately result in and translate into the synergy of PROUDLY MADE IN UiTM. ~gesturz

14 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

“MEMOIR” Menjuarai Pesta Filem Kita K



Oleh: Mel Rasidi

UALA LUMPUR – Pesta Filem Kita telah berlangsung pada 16 Mac baru-baru di RUANG by Think City, Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh Projek Dialog, menampilkan karyawan muda dan menggalakkan diskusi mengenai industri perfileman tempatan. Pada edisi ini, Pesta Filem Kita membawakan tema Belia dan Malaysia Baharu di samping pengisian bengkel-bengkel dan tayangan filem oleh pengusaha filem tempatan. UiTM menerusi penyertaan oleh pelajar dari Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) berjaya merangkul tempat pertama menerusi karya “Memoir” hasil kreativiti Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Artistik. Beliau dibantu oleh rakanrakanya iaitu Naim Aiman Muhamad Fauzi dari program Ijazah Sarjana Muda Skrin serta Amirul Abdul Rahman yang kini adalah alumni UiTM dalam bidang Skrin. Menurut Adam, “Memoir” mengisahkan seorang bekas demonstran di era Malaysia lama yang dalam perjalanan mencari seorang orang tua dari parti lawan yang pernah ditumbuknya dalam sebuah demonstran yang lalu. Ujar beliau lagi “Memoir” mendapat ilham dari sebuah filem Iran, “Moment of Innocence” hasil arahan Mohsen Makhmalbalf. Penyertaan dari fakulti tersebut juga berjaya mendapat saguhati menerusi karya “Cengkerik Malam” oleh Muhammad Hakim Hasnan dan karya “Buku” dari Hairi Hizami Zailani yang sedang menjalani pengajian Diploma Skrin. Tahniah diucapkan kepada para pemenang di atas kejayaan yang diperoleh dalam Pesta Filem Kita. ~gesturz

Sumber: Faceboook Projek Dialog & Pesta Filem Kita

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 15

Karya Catan Ikat Limar Norwani

MENGIRINGI SEMBAH MENGADAP HORMAT PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH dan Naib Canselor UiTM ke Istana Negara Oleh: Mel Rasidi

16 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



Sumber foto ihsan dari twitter @VCUiTM

K

UALA LUMPUR – Karya Catan bertemakan Ikat Limar hasil kreativiti Prof Dr Norwani Md Nawawi terpilih dijadikan cenderakenangan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI sempena sembah mengadap hormat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA pada 5 Mac 2019. (dipetik dari twitter @VCUiTM) Norwani merupakan Profesor Tekstil di Universiti Teknologi MARA. Terkenal dan disegani dengan kepakaran serta ketokohannya dalam seni testil khususnya songket, batik, tekat, kelingkan dan telepuk. Telah menulis dan menghasilkan pelbagai buku mengenai seni tekstil dan kebudayaan, naskhah terbaharu beliau “Ikat Limar The Ancient Malay Textile” dilancarkan pada 20 Oktober 2016 di mana Kebawah DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bercemar duli menyempurnakannya di GESTURZ, UiTM Shah Alam. Dalam karya ini, motif-motif yang dihasilkan diinspirasikan dari kain limar. Pada fabrik, motifnya dihasilkan menerusi teknik ikat celup yang kemudiannya ditenun. Walaubagaimanapun, menerusi karya catan ini Norwani menggunakan teknik lukisan dengan lakaran motif secara bebas namun mengekalkan komposisi yang berstruktur. Beliau juga memilih rona-rona yang seimbang dan harmoni bagi ketiga-tiga karya yang diberi tajuk (susunan dari kiri) Ikat Limar Pucuk Rebung III, Ikat Limar Teluk Berantai III dan Ikat Limar Pucuk Rebung II (2015). Sebagai pengetahuan, kain limar dihasilkan dengan cara mengikat benang sutera dengan mencelupnya ke dalam pewarna mengikut corak yang diinginkan dan benang itu akan dibuka ikatannya. Ia kemudian ditenun mengikut rekaan yang telah dipilih. Semasa proses tenunan dijalankan, benang loseng akan disediakan di dalam kek alat tenun dan benang pakan akan ditenun melalui benang-benang loseng tersebut. Kebanyakan kain limar menggunakan teknik ikat pakan yang hanya terdapat di Patani, Kelantan, Terengganu dan Palembang, Sumatera. Cinta yang mendalam beliau terhadap teksil memberi kekuatan yang menggunung padanya untuk memastikan seni tersebut diingati dan dipelajari generasi muda. Dari pengkaryaan,

penulisan hinggalah ke penyelidikan Norwani tidak henti berkongsi ilmunya. Kerja-kerja beliau ini akhirnya mendapat perhatian pelbagai organisasi, ia dikuatkan lagi pula dengan pelbagai pengtiktirafan serta anugerah di peringkat nasional dan global menerusi ciptaan, inovasi dan sumbangannya dalam tekstil. Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang telah melantik beliau bagi menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kecemerlangan Tenun Pahang Diraja Tunku Azizah untuk memajukan lagi tenunan di negeri Pahang. Beliau turut menurunkan ilmu ikat pakannya di Bengkel Ikat Pakan 1 di Pusat Kecemerlangan Tunku Azizah Iskandar, Pahang dengan objektif untuk mengadakan kajian tenunan bagi kemajuan pengusahaan kain tenun Pahang Diraja. Kini, terdapat pengusahaan tenun ikat pakan yang telah diusahakan di Penjara Penor dengan pelbagai rekaan dan corak. Usaha tersebut turut melibatkan perkongsian ilmu dan latihan di Penjara Pahang yang menjadikan tenun ikat pakan sebagai salah satu program kemahiran buat banduan yang hasilnya, ditawarkan ke pasaran tempatan malah ke peringkat antarabangsa. Masih segar diingatan, luahan beliau ketika temubual yang diadakan pada tahun 2016, “Harapan saya agar ikat limar dapat diteruskan oleh generasi akan datang, kita kepupusan pewaris yang minat untuk meneruskan warisan ini.” -(gesturz quicknews Edisi.1 (Jan - Jun 2016)). Telah bersara tetap, namun dilantik semula secara kontrak sebagai ahli akademik di Universiti Teknologi MARA, Norwani kekal menyimpan harapan yang sangat tinggi agar ilmu kesenian ikat limar dapat dikongsikan dan dipindahkan kepada anak muda kini yang natijahnya, ilmu dan penghayatan kesenian tersebut lestari mekar merentasi zaman. Semoga keikhlasan dan usaha beliau ini, menarik perhatian generasi milenial, institusi pendidikan dan kepimpinan negara agar memartabatkan ia dengan memelihara, memulihara, mempromosi, menyelidik, menginovasi dan mendidik ilmu seni tekstil tradisi yang tinggi nilai warisan dan estetikanya. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 17

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERSEMBAHKAN

CENDERAKENANGAN KARYA CATAN NORWANI KEPADA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Oleh: Mel Rasidi Sumber foto: BCKK & FB Rasmi UiTM

18 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



S

HAH ALAM – Individu yang dikenali sebagai Prof Dr Norwani Md Nawawi sememangnya tidak asing lagi dalam dunia tekstil. Beliau menjadi rujukan serantau di atas kepakaran dan ketokohannya dalam seni teksil khususnya songket, batik, tekat, kelingkan dan telepuk. Sempena penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dilangsungkan pada 23 Mac 2019, Universiti Teknologi MARA sekali lagi memilih karya terkenal Prof Dr Norwani sebagai cenderakenangan pada istiadat penganugerahan tersebut yang disempurnakan oleh Tuanku Canselor UiTM. Diberi tajuk KAIN LIMAR BERSONGKET III (2015), IKAT LIMAR TELUK BERANTAI I (2016) dan KAIN LIMAR BERSONGKET I (2015) (susunan dari kiri), siri karya ini mengambil inspirasi dari kain limar dan kain limar bersongket. Menurut Norwani, kain seperti ini dihasilkan dengan dua teknik iaitu tenun ikat pakan dan songket. Dalam pembuatan Limar, kaedah yang digunakan adalah seperti mengikat benang sutera dengan mencelupnya ke dalam pewarna mengikut corak yang diinginkan, kemudian benang itu akan dibuka ikatannya. Setelah itu, ia ditenun mengikut rekaan yang telah dipilih. Semasa proses tenunan dijalankan, benang loseng akan disediakan di dalam kek alat tenun dan benang pakan akan ditenun melalui benangbenang loseng tersebut. Kebanyakan kain limar menggunakan teknik ikat pakan yang hanya terdapat di Patani, Kelantan, Terengganu dan Palembang, Sumatera. Walaubagaimanpun, menerusi penghasilan karya catan ini, Norwani memilih menggunakan bahan campuran dengan variasi warna-warna alam yang pelbagai dan harmoni serta mengaplikasikannya ke atas kanvas yang diperbuat daripada fabrik. Pada rekaan ini, ia menggambarkan kain limar yang bercorak penuh Teluk Berantai manakala di bahagian tengah rekaan terdapat motif songket berbunga yang diilhamkan dari bunga Melur. Sementara pada bahagian kaki kain yang diterapkan dalam catan kanvas ini adalah motif dari bunga Cendawan. Jika diamati karya catan yang disusun di bahagian tengah, mempunyai corak limar penuh Teluk Berantai. Ia bermotifkan bunga Kesemak dan bunga Pecah Empat.

Secara keseluruhannya, karya-karya ini membawa mesej yang kuat terhadap warisan orang Melayu di mana ia memberi terjemahan keperibadian dan kebijaksanaan penenun Melayu yang sabar, teliti dan bertoleransi, ujar Norwani yang menerangkan tentang karya beliau. Walaupun penghasilannya rumit serta mengambil waktu yang panjang namun ketekunan dan kerajinan mereka dalam menghasilkan yang terbaik sekaligus memberi gambaran orang Melayu itu azamnya kuat dan kental, semanggatnya tinggi menjulang, jati dirinya utuh tersemat di jiwa, kerohaniannya suci terpelihara. Ini tampak nyata, apabila karya-karya warisan tersebut menjadi medan kajian dan wacana yang berdiskusi secara intelek tentang keilmuan dan falsafah disebalik penghasilannya yang kaya dengan nilai budaya, warisan dan keindahan Islam. Norwani sangat mencintai dan menjiwai tekstil, dengan berbekalkan harapan ia kekal sepanjang zaman. Beliau sentiasa aktif berkarya, menulis, menyelidik dan berkongsi ilmunya, hinggakan puisi menjadi wadahnya berpesan, lantas petikan awal dan akhir bait-bait puisi ini menyeru kita mempertahan dan memartabatkannya. “Kain Limar kain pusaka, Dipakai indah para bangsawan. Sudah lupa penenun bangsa Simpan hanya buat kenangan”… … “Limar bersongket kemuncak ciptaan, Hasilan indah seni warisan. Dipulih patut bangunkan usahawan, Jadi kebanggaan sepanjang zaman” Untuk itu, beliau tidak keseorangan, kerana keikhlasan usahanya mendapat perhatian pelbagai pihak yang senada dengan perjuangannya, apatah lagi pihak universiti yang sentiasa menyokong serta memberi perhatian terhadap kepentingan dalam melestarikan budaya dan warisan Melayu. Ini dapat dilihat menerusi penzahiran dalam pelbagai programprogram akademik, pembangunan siswa serta jaringan universiti yang memberi sinar Limar menjadi “kebanggaan sepanjang zaman.” ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 19

SISWAZAH FITA TERAJUI

CFM ANIMATCH 2019 ANJURAN COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA CONSUMER FORUM OF MALAYSIA (CFM)

K

Oleh: Yong Marina

UALA LUMPUR – Empat siswazah jurusan animasi Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana telah menempah nama di pertandingan Animatch 2019 anjuran Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM). Menjadi tumpuan utama pertandingan ini ialah pelajar Semester 1 Ijazah Sarjana Muda Animasi 2D, Muhammad Haikal Danial Mohammad Jota yang telah menerajui Animatch 2019 dengan membawa pulang gelaran sebagai juara dan sejumlah wang bernilai RM8500 bersama dua lagi anggota kumpulannya yang diberi nama Cikeboom iaitu pengamal industri – Mohd Syafiq Mohamed Yusuf dan Hasnan Moorsidi. Muhammad Haikal Danial atau lebih mesra dengan gelaran Kus berkata, beliau telah terdorong untuk menyertai pertandingan Animatch 2019 ini sekadar dengan niat ingin mencuba dan mengisi masa terluang dengan menghasilkan animasi berdasarkan topik yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu ‘data usage’ (penggunaan data). Dengan hanya berbekalkan kos perjalanan sebanyak RM240 selama 4 minggu, anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini telah menghasilkan animasi ‘comic book’ menerusi konsep ‘Public Service Announcement’. Hasil animasi kumpulan beliau pula telah dihasilkan dengan menggunakan software yang dikenali sebagai Toon Boom Harmony. Lebih mengujakan, ini merupakan pengalaman pertama Kus menyertai pertandingan mencipta animasi di skala besar seperti yang dianjurkan oleh pihak CFM. Ajakan beliau untuk menyertai Animatch 2019 telah ditolak oleh beberapa orang

20 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

rakan sekelasnya, namun itu tidak menghalangnya untuk turut serta dalam pertandingan ini dengan membentuk kumpulan Cikeboom bersama dua orang animator dari industri iaitu Mohd Syafiq Mohamed Yusuf dan Hasnan Moorsidi. Turut menempah nama di pertandingan Animatch 2019 ini ialah tiga lagi siswazah Fakulti FiTA iaitu kumpulan BiWifi yang dianggotai oleh Syazwina Mohd Ali, Nabila Nazmi, dan Siti Hafizahniza Zainul Idris yang telah menerima hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM500 berserta sijil dan merupakan satu-satunya kumpulan animator wanita di pertandingan Animatch 2019. ~gesturz



‘POP-UP SHOWCASE UiTM’

MERIAHKAN LE TOUR DE LANGKAWI 2019 Oleh: Yong Marina

P

UTRAJAYA – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan pameran ‘A Pop-Up Showcase of Curate Your First with UiTM’ yang dikendalikan oleh Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena dengan Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL2019) anjuran Human Voyage (M) Sdn Bhd. Pameran tersebut telah meperlihatkan kempen iklan yang telah dijalankan dan dikendalikan dalam bentuk hasil kreatif seperti iklan komersial televisyen, iklan cetak dan juga digital. Pameran ‘pop-up showcase’ UiTM ini telah mendapat kunjungan daripada Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim. Turut serta dalam kunjungan lawatan tapak tersebut merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage (M) Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa. Beberapa aktiviti kesukanan turut dijalankan sempena LTdL2019 ini seperti ‘indoor cycling’ yang memperlihatkan permainan bola sepak menggunakan basikal serta pertunjukan basikal lasak oleh beberapa orang penunggang basikal ternama di Malaysia dan BMX Freestyle. Bagi menandakan peringkat ketiga perlumbaan basikal LTdL2019, titik permulaan perlumbaan ditetapkan dari Muar dan berakhir di Putrajaya. Turut sama memeriahkan pameran bersempena LTdL2019 ini adalah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia seperti MyCar, Terengganu Inc. TSG, Pro Apparel, Army Red Warrior, dan beberapa gerai oleh peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Turut menjadi tumpuan ialah persembahan pancaragam oleh pelajar dari Victoria Institution dan persembahan tarian oleh siswa dan siswi dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 21

UiTM TOOK PART IN APAIE 2019

TO ENHANCE ITS GLOBAL VISIBILITY By: Mel Rasidi

K

UALA LUMPUR – The Asia Pacific Association for International Education (APAIE) 2019 was recently held at the Kuala Lumpur Convention Centre from 25-29 March 2019 with the theme “Diversity and Inclusivity of Higher Education in the Asia-Pacific”. As a lead host, Universiti Teknologi Malayisa (UTM) together with their co-hosts namely Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Management & Science University (MSU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) and Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) have successfully organised the event through the support of the Ministry of Education, Education Malaysia Global Services and Malaysia Convention & Exhibition Bureau. APAIE has a long history of establishment since 2007 with the aims to encourage greater cooperation between institutions, to enrich and support international programmes, activities and exchanges and to promote the value of international education across the region and beyond. The event brings together international education policy-makers, practitioners and experts from across the globe to network, improve professional skills and learn about new developments in international education. This year, the event has attracted 2,500 delegates where Education Malaysia Pavilion has 26 booths participated by 40 institutions including EMGS/BEM. Besides that, 330 booths have been set-up to house the exhibition from 60 countries around the world. Universiti Teknologi MARA (UiTM) has sent its delegation to participate in this auspicious event as an extensive exercise to enhance its global visibility with new and existing counterparts. The delegation also presented a paper on collaboration with

22 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



Ohio University (OU) through the Tun Abdul Razak Chair Program that promotes academic exchange and collaboration. At the presentation, UiTM is represented by its Director of International Affairs, Dr Hajah Zainab Mohd Nor, Former Chair of 2011-2014, Prof Dr Habibah Ashari while OU is represented by Dr Ji-Yeung Jang, Director of Global Affairs. According to UTM Vice Chancellor, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, the participation in APAIE 2019 would provide opportunities for institutions of higher education in Malaysia to expand international networks and increase global visibility in line with Shift 8 Global Prominence of the Malaysia Education Blueprint 2015 - 2025 (Higher Education).

The Lead-Host also intends for APAIE 2019 to become a platform for all public and private universities in Malaysia to gain insight and ideas from all around the world to be implemented at university level for better education. APAIE 2019 is the biggest ever academic conference and exhibition in Malaysia and surpasses the number of delegates of APAIE 2018 held in Singapore. The event was launched in a grand Opening Ceremony by the Deputy Minister of Education, YB Teo Nie Ching in Plenary Hall, KLCC on 26 March 2019. There was also a Keynote Speech delivered by the Permaisuri Johor, Her Majesty Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah during the ceremony. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 23

FOKUS2019 PAMER HASIL KARYA FOTOGRAFI ALUMNI ITM/UiTM Oleh: Yong Marina

P

UTRAJAYA – Seramai 250 alumni Institut Teknologi MARA (ITM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Fotografi ITM/UiTM (FOKUS) 2019 di Auditorium Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada 6 April 2019 untuk mempromosi dan mempamerkan hasil karya fotografi mereka. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan dan mendapat kunjungan daripada Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah; serta dihadiri oleh Pengerusi FOKUS, Prof Dr Mustaffa Halabi Azahari dan wakil ahli persatuan, Norbaini Masri. Memetik dari status yang dikongsikan oleh Timbalan Menteri Wilayah semasa merasmikan mesyuarat tersebut, beliau turut menzahirkan harapan buat kumpulan alumni tersebut untuk terus maju kehadapan bagi mempromosikan hasil karya fotografi mereka. Sejumlah wang sebanyak RM30,000 juga telah disumbangkan kepada FOKUS2019 sebagai insentif untuk memacu aktiviti kreatif persatuan tersebut. FOKUS2019 juga turut mengadakan perbicaraan profesional dan demonstrasi yang menampilkan beberapa orang alumni foto professional dari pelbagai bidang seperti Bustamam Mokhtar (fotografi fesyen). ~gesturz

24 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Sumber foto: Faceboook Datuk Dr Shahruddin Md Salleh & Izzat Termizie



MUZIUM UMS JADI

TUAN RUMAH MESYUARAT KE-12 MYMUSE

K

Oleh: Aedie Azrul

KOTA KINABALU – Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Muzium & Galeri Universiti Awam Malaysia (MYMUSE) telah menghadiri mesyuarat kali ke-12 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2 April yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Abd Aziz Abd Rashid, Ketua Muzium Seni Asia dan Galeri Seni, Universiti Malaya selaku Pengerusi MYMUSE sesi 2018/2019. MYMUSE adalah singkatan nama untuk Jawatankuasa Muzium & Galeri Universiti Awam Malaysia. Ia dianggotai oleh Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia di mana objektifnya adalah untuk mengukuhkan jaringan komunikasi dan kolaborasi antara Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia di samping mengadakan aktiviti-aktiviti bagi tujuan

pembangunan serta perkembangan profesion kuratorial - skim S dan organisasi muzium/galeri di institusi pengajian tinggi. Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan mengenai persiapan Persidangan Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia dan Pameran Museum/Gallery Status Report yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada bulan April 2019 anjuran Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). Turut dibincangkan cadangan kolaborasi di peringkat antarabangsa mengenai teknikteknik konservasi artifak dan karya seni. Pengerusi turut memaklumkan mengenai latihan permuziuman oleh Canadian Museums Association yang menawarkan latihan secara jarak jauh. Dalam pada itu, UiTM GESTURZ turut membentangkan reka bentuk sijil keahlian MYMUSE yang seterusnya mendapat persetujuan ahli mesyuarat bagi tujuan digunapakai secara asmi oleh ahli MYMUSE bagi sesi 2019/2020. Usai mesyuarat, perwakilan dari Muzium UMS turut membawa delegasi melawat persekitaran Bangunan Canselori yang turut menempatkan Muzium UMS di mana ia mempamerkan bahan dan objek sejarah serta pencapaian UMS. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah di atas penganjuran dan layanan mesra kepada perwakilan yang hadir pada mesyuarat kali ke-12. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 25

FiTA WAVE AWARDS 2019

APRESIASI SENI DI

Oleh: Yong Marina

S

HAH ALAM – Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menganjurkan sebuah pertandingan berprestij bagi mencungkil bakat dan idea kreatif di FiTA Wave Short Film Awards 2019. Pertandingan ini telah diadakan buat julung kalinya untuk mengetengahkan keagungan warisan dan budaya dalam usaha melahirkan bakat baru dengan mendedahkan masyarakat terhadap pembelajaran bidang kreatif. Bertemakan ‘Imagining and Inspiring Malaysians through Life-Long Learning’, peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi kurang dari 10 minit dan berteraskan pembelajaran sepanjang hayat serta apresiasi seni budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia menerusi subtema pendidikan, seni warisan budaya, pembangunan komuniti, serta masyarakat dan alam sekitar. Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai, berserta trofi dan sijil penghargaan berjumlah RM10,000 bagi pemenang utama, RM 5,000 bagi pemenang tempat kedua, dan RM 2,000 bagi pemenang tempat ketiga. Lebih mengujakan, wang tunai berjumlah RM 5,000 juga akan diberikan kepada pemenang anugerah pilihan ramai. Pengarah penyertaan, Dr Norman Yusoff berkata, “Penganjuran program FiTA Wave Short Film Awards 2019 ini memberikan keistimewaan dan keunikan tersendiri menerusi tema yang diketengahkan.” Dekan FiTA, Dato’ Profesor Dr A. Razak Hj Mohaideen, merangkap Pengerusi pertadingan berkata bahawa penganjuran Wave Awards ini bakal membuka peluang yang luas buat rakyat Malaysia untuk tampil menyertai pertandingan ini dengan menonjolkan bakat terpendam dan idea kreatif mereka yang tersendiri. ~gesturz

26 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



EDU ARTVENTURE .19 Raikan Kreativiti Pelajar Prasekolah Kolaborasi Fakulti Pendidikan & SK Raja Muda

Oleh: Nur Syazana Abdul Khalim & Yong Marina

S

HAH ALAM – Seramai 75 pelajar prasekolah SK Raja Muda (Integrasi), Seksyen 4, Shah Alam telah terlibat di dalam program EDU ArtVenture .19 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar persatuan Visual Art Education Student Association (VAESA), semester 6 program Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Puncak Alam, Cawangan Selangor dengan penyeliaan penasihat persatuan serta para pensyarah. Program EDU ArtVenture .19 ini telah mendapat sokongan dan kolaborasi dari pihak Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam yang membolehkan pelajar prasekolah meneroka kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai karya kraf menggunakan prinsip asas seni reka. Pelajar prasekolah yang terlibat telah menghasilkan produk seperti rantai kunci, gelang tangan, topeng dan sebagainya sebagai salah satu proses penjanaan idea kreatif. Eksplorasi seni warna, bentuk, tekstur, garisan serta kepelbagaian dalam prinsip seni turut diperkenalkan untuk memastikan kefahaman serta pengetahuan mereka dijana dengan sebaik mungkin.

Tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi dan interaksi melalui hubungan kerjasama ini menuntut semua untuk berada di landasan yang sama. Walaupun dibezakan dengan kelompok umur pelanggan yang berbeza, namun khidmat serta bidang semua adalah sama. Adalah diharapkan ia dapat melahirkan kesedaran dan sikap kesukarelawanan dalam diri pelajar untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat. Selain daripada itu, semoga dengan adanya penganjuran seperti ini, ia akan dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak UiTM dan pihak Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Sekolah Berprestasi Tinggi). Menurut Dr Jamiah Baba, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Fakulti Pendidikan yang merasmikan EDU ArtVenture .19, program tersebut telah membuka banyak peluang, perkongsian ilmu serta perkembangan jalinan kerjasama yang dapat dikongsi bersama di antara institusi pengajian tinggi dan pihak sekolah. Segala usaha yang dizahirkan melalui ArtVenture .19 ini akan memudahkan para pelajar prasekolah memahami erti seni dan secara tidak langsung memupuk semangat serta minat mereka dalam bidang ini. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 27

E-CON PERKASA KOLABORASI ANTARA UNIVERSITI

Usahasama Fakulti Sains Gunaan, UiTM dan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, UTM

S

HAH ALAM – Seramai 50 orang pelajar telah berkolaborasi dan terdiri daripada Persatuan Green DNA (GDNA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (SKKT), UTM; Persatuan Teknologi Persekitaran (ETES), Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM Shah Alam; telah terlibat dalam penganjuran Program Environmental Convention (E-Con) yang berlangsung pada 19 April 2019 di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam. Program tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Tajudin Mohd Ali, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Sains Gunaan dan diadakan bagi membentuk hubungan baik antara UiTM

28 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Oleh: Arina Zulkifli & Yong Marina dan UTM di samping bertukar idea dan pandangan secara khususnya mengenai ‘Environmental & Green Awareness’. Turut hadir ialah Penasihat Persatuan Teknologi Persekitaran (ETES), Dr Nik Azlin Nik Ariffin, serta dua orang pensyarah Teknologi Persekitaran iaitu Dr Faieza Buyong dan Puan Nurul Nadiah Mohd Firdaus Hum. Sesi perkongsian turut diadakan di antara kedua-dua belah pihak persatuan yang diwakili oleh Nur Irsalina Ahmad Khaliludin yang merupakan Presiden GDNA dan juga Mohd Hadi Jamrin, pelajar Teknologi Persekitaran. Program ini juga secara tidak langsung diharap dapat membina dan mengeratkan lagi hubungan antara universiti dan memupuk semangat kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. ~gesturz



SISWA IDE

KONGSI KREATIVITI REKAAN MURAL SEMPENA ULANGTAHUN KE-10 GM KLANG Oleh: Yong Marina

S

HAH ALAM – Seramai 67 orang siswa dan siswi dari Jabatan Seni Reka Perindustrian (IDE), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD) diiringi oleh tiga orang pensyarah telah membentangkan idea dan kreativiti rekaan mural untuk program kolaborasi tanggungjawab sosial (CSR) sempena ulangtahun ke-10 GM Klang. Pembentangan idea tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Urusan, Dato’ Lim Seng Kok, dan diiringi 5 orang staf dari Pusat Pemborong GM Klang melalui inisiatif pensyarah terlibat iaitu Dr S’harin Mokhtar, Puan Siti Salwa Isa, dan Encik Abu Ali. Pembentangan idea yang telah berlangsung di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam tersebut telah memperlihatkan beberapa konsep reka bentuk berkumpulan secara ‘mock-up’ untuk pemilihan idea terbaik untuk dijadikan rekaan lukisan mural di pusat pemborong tersebut.

Program ini telah dijalankan untuk mendedahkan pelajar tahun akhir kepada professionalisme pembentangan bersama industri melalui proses interaksi dan meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar, mencetus pemikiran kritis pelajar, serta memupuk sikap tanggungjawab dan kemahiran kerja secara berpasukan dengan mengetengahkan bakat artistik para pelajar kepada pihak umum. Pembentangan bersama pegawai atasan dari industri ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada warga IDE dalam menghasilkan mural yang akan mempromosikan keunikan dan keindahan bandar Klang kepada pengunjung Pusat Pemborong GM Klang. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 29

ACADEMIC CONFERENCE 2019

NAVIGATES THE FUTURE WITH EDUCATION 5.0 By: Yong Marina

S

SHAH ALAM – The annual academic conference was held on April 30, 2019 at Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam that featured the latest academic policy and strategic direction. This year, the conference highlighted a distinguished group of speakers namely Emeritus Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Vice Chancellor of UiTM; Prof Ts Dr Mohamad Kamal Harun, Deputy Vice Chancellor (Academic & International); Sharala Axryd, Founder and Group CEO, The Center of Applied Data Science; Assoc Prof Dr Wan Zuhainis Saad, National Academic Award Recipient 2017; Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, Professor in Medical Education, Universiti Kebangsaan Malaysia; that talked about Education 5.0 and its implementation in UiTM. Not only specified to academic related talk, the conference also featured several booths with green co-working space, and technological advancement like touch screen panels and digital photo printing station that allowed the exhibitors to showcase their specialties in engaging Education 5.0 to compose a higher education ecosystem that is future ready. Involvement of international students made the meet and greet session with Vice Chancellor to be even more interesting and interacting. There are five imperative pillars which serve as the foundation of Education 5.0 at UiTM. Pillar One is coherent and relevant curriculum, Pillar Two is innovative delivery and assessment, Pilar Three is meaningful learning experience, Pillar Four is transformative learning experience, and Pillar Five is inspiring educators. Besides conference, the programme also held a ceremony to deliver 2018 University Academic Awards to its 19

30 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Award

Award Recipient

Faculty / UiTM branch

Academic Icon Award

Prof Dato’ Dr Mohamed Ibrahim Abu Hassan

Faculty of Dentistry

Most Promising Academician Award (Science & Technology)

Dr Mohammad Fariz Mohamad Taib

Faculty of Applied Science

Most Promising Academician Award (Management & Business)

Dr Abdul Rahim Ridzuan

UiTM Melaka

Journal Article Publication Award (Technological Science & Medication)

Dr Cindy Tan Soo Yun

UiTM Sarawak

Journal Article Publication Award (Social Sciences & Humanities)

Assoc Prof Dr Mohd Rizaimy Shaharudin

UiTM Kedah

Teaching Award (Management & Business)

Oswald Timothy Edward

UiTM Johor

Teaching Award (Social Sciences & Humanities)

Ts Dr Roslinda Alias

Faculty of Education

Teaching Award (Technology)

Ts Dr Suraya Hasrom

UiTM Perak

Book Publication Award

Dr Muhammad Hakimi Tew Abdullah

UiTM Negeri Sembilan

Arts & Creativity Award (Performing Arts)

Dr Masashi Kishimoto

Faculty of Music

Arts & Creativity Award (Visual Arts)

Assoc Prof Jalaini Abu Hassan

Faculty of Art & Design

Academic Leadership Award

Prof Dr Zakiah Ahmad

Faculty of Civil Engineering

Best Researcher Award (Science & Technology)

Prof Ts Dr Shanker Kumar S/O Sinnakaudan

UiTM Pulau Pinang

Best Researcher Award(Management & Business)

Assoc Prof Dr Shafinar Ismail

UiTM Melaka

Best Researcher Award (Social Sciences & Humanities)

Dr Nur Nafhatun Md Shariff

Academy of Contemporary Islamic Studies

Most Prolific Writer Award

Assoc Prof Datuk Dr Ismail Sualman

Faculy of Communication & Media Studies

Best Speaker Award

Dr Sharifah Muzlia Syed Mustafa

Faculty of Education

e-Learning Award

Dr Prasanna D/O Ramakrisnan

Institute of Neo Education

Best Supervisor Award

Ts Ir Dr Mohamad Hafiz Mamat



recipients which are listed as follows: Congratulations and best regards to all 2018 University Academic Awards recipients. Such recognition to the academic excellence of lecturers have definitely brought the name of UiTM to the global stage and inspire members of the institution to achieve even more in the future. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 31

USM PURPLE REPUBLIC & MUZIUM NEGERI PULAU PINANG KONGSI ILMU DENGAN UiTM GESTURZ Oleh: Yong Marina & Mel Rasidi

P

PULAU PINANG – Warga Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan kerja ke USM Purple Republic dan Muzium Negeri Pulau Pinang (PSM) pada 22 dan 24 April 2019 bagi tujuan mendapatkan perkongsian pengalaman dan kepakaran dari kedua belah pihak dalam pengurusan dan pengoperasian organisasi masing–masing yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan, operasi dan perkhidmatan di UiTM GESTURZ. Lawatan ke USM Purple Republic pada 22 April telah disambut mesra oleh Encik Mohd Rashid Abdul Rejab, Timbalan Pendaftar / Pegawai Khas Naib Canselor serta Encik Ahmad Zulman Mohd Zain, Penerbit Rancangan serta kakitangan dari USM MPRC (Pusat Media dan Perhubungan Awam). Taklimat secara santai di ruang USM Purple Republic telah disampaikan oleh kedua–dua pegawai di samping bertukar idea dan pandangan mengenai amalan terbaik dalam pengurusan dan operasi berkaitan. USM Purple Republic telah mengetengahkan konsep ‘learning space’ bersuasana santai dan kontemporari sesuai dengan era serta trend siswa-siswi masa kini. Ia menjadi lokasi tumpuan

32 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



bukan sahaja warga kampus malah tetamu, dengan menampilkan pelbagai acara yang turut diadakan di ruang rehat yang bertentangan dengan kafe ‘The Kapits’ yang dikendalikan sepenuhnya oleh para siswa USM. Kafe tersebut telah mendapat sokongan dari pihak universiti dalam usaha menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan siswa USM. ‘Signature menu’ seperti aneka kopi, kek dan pastri ala ‘hipster’ menjadi ‘The Kapits’ unik dan berbeza dengan kafe lain. Di ruang yang sama juga ditempatkan gerai cenderamata yang menyediakan produk yang bersesuaian bagi pelbagai golongan tetamu yang berkunjung. Antaranya adalah pakaian jaket ‘hoodie’ serta kusyen istimewa yang pastinya menjadi tarikan kepada graduan dan alumni yang berkunjung. Malahan lagi, tetamu luar juga akan terpukau dengan keunikan rekabentuk produk-produk yang ditawarkan yang sangat sesuai dijadikan cenderamata bagi pelbagai peringkat usia sebagai tanda kenangan mereka di USM. Dengan inisiatif kreatif yang ditampilkan, maka tidak hairanlah jika USM dinobatkan sebagai pemenang MEA (Most Entrepreneurial University of the Year 2018) oleh Kementerian Pendidian Malaysia. Kejayaan ini pastinya menyemarakkan lagi semangat USM Hebat! Pada 24 April pula, aktiviti lawatan di teruskan ke Muzium Negeri Pulau Pinang (PSM) dam disambut akrab oleh Puan Pengarah, Haryany Mohamad. Perkongsian mengenai pengurusan, pengoperasian muzium telah disampaikan sendiri oleh beliau dengan nasihat dan pandangan mengenai hal ehwal pengurusan kuratorial yang sesuai dipertimbangkan oleh pihak pengurusan UiTM GESTURZ dalam melangkah ke hadapan dengan lebih progresif, kompetitif dan relevan.

Sesi melawat ke ruang–ruang pameran sejarah dan warisan Pulau Pinang diteruskan dengan memperkenalkan warga UiTM GESTURZ dengan rekabentuk pameran yang dikurasikan secara interaktif. Delegasi juga berpeluang merasai suasana simulasi “Penang Free School” apabila berada di ruang pameran yang dibina khas menyerupai sejarah awal persekolahan di “Penang Free School”. Penyampaian yang bersahaja dengan suntikan jenaka membuatkan taklimat yang mengandungi maklumat sejarah tidak bosan, dan berjaya disampaikan oleh Puan Haryany. PSM sememangnya “First Class!”. Kemunculan Zunar (nama sebenar Zulkiflee Anwar Haque) bagi persiapan pamerannya juga telah menambahkan lagi keceriaan sesi tersebut yang turut memberi warga UiTM GESTURZ berpeluang untuk beramah mesra dengan lebih dekat bersama tokoh kartunis tanah air. Zunar dalam persiapan akhir bagi pameran solo pertamanya bertajuk, “Art of Freedom” bakal mempamerkan 200 buah karya asli dokumentasi senario politik negara berbentuk humor, dan perasmiannya akan disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karya-karya beliau lazimnya bercirikan satira dan serius, namun dalam tempoh perkenalan yang singkat, Zunar boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai karakter kelakar apabila beliau cukup bersahaja dalam sesi interaktif di simulasi “Penang Free School”. Kunjungan UiTM GESTURZ ke USM Purple Republic dan PSM adalah bersempena dengan Persidangan Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia anjuran Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM dengan sokongan Jawatankuasa Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia (MyMUSE), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Persatuan Muzium Malaysia (PMM). Dalam hal ini, UiTM GESTURZ merupakan salah satu perwakilan MYMUSe yang hadir sebagai pembentang, pempamer dan juga peserta persidangan yang dihadiri oleh ahli-ahli perwakilan yang mewakili universiti masing-masing, wakil industri serta akademia dari dalam dan luar negara, perwakilan muzium negeri serta pegawai-pegawai kuratorial skim S. Walaupun dengan jadual konferensi yang padat, UiTM GESTURZ telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan tersebut bagi mendapatkan input-input yang signifikan dan positif. UiTM GESTURZ dengan itu menghargai sambutan mesra kedua-dua pihak sahabat dari USM Purple Republic dan Muzium Negeri Pulau Pinang (PSM) yang telah memberikan layanan baik dan perkongsian pengalaman baharu dalam usaha menambahbaik pengurusan dan perkhidmatan UiTM GESTURZ. Jalinan hubungan yang baik ini juga diharap dapat diteruskan dalam merangka aktiviti kerjasama pada masa akan datang. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 33

MGTF USM TUAN RUMAH

PERSIDANGAN MUZIUM & GALERI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2019 Oleh: Yong Marina

P

ULAU PINANG – Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Hotel Cititel, Pulau Pinang pada 22 dan 23 April 2019. Persidangan yang dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Ahli Lembaga Gabenor, USM tersebut telah dihadiri oleh Jawatankuasa Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia (MyMUSE) yang turut memberi pembentangan mengenai Dasar, Peranan dan Fungsi Muzium; Perubahan Fungsi Muzium dan Kurator; Multi-Fungsi Muzium Dan Galeri Universiti Awam Malaysia; Kepentingan, Krisis dan Kelestarian Muzium Universiti; Pemindahan Pengetahuan dan Pembelajaran Melalui Objek di Persekitaran Muzium; Inisiatif Konservasi, Preservasi dan Restorasi Artifak Universiti Awam Malaysia; serta Kuratorial Dalam Pendidikan 4.0.

34 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

Turut hadir, Encik Abd Aziz Abdul Rashid, Pengerusi MyMUSE; dan Datuk Kamarul Baharin A Kasim, Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang memberikan ucaptama bertajuk ‘Dasar, Peranan dan Fungsi Muzium’. Turut memberi pembentangan semasa persidangan tersebut ialah Kurator Kanan, National Gallery Singapore (NGS), Encik Shabhir Hussain Mustafa; Ketua Muzium Seni Asia dan Galeri Seni,



Universiti Malaya (UM), Encik Abd Aziz Abdul Rashid; Pengarah Muzium ISTAC, Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Muhammad Pauzi Abd Latif; Pensyarah Kanan. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Dr Wahiza Abdul Wahid; Pengarah, MGTF, USM, Encik Zolkurnian Hassan; dan Kurator Kanan, UiTM GESTURZ, Encik Nurul Muzamel Rasidi. Menerusi ucapan perasmian, Prof Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal berkata, muzium universiti awam perlu memberi kelainan daripada muziummuzium Persekutuan dan Negeri dengan menumpukan kepada pengisian berbentuk penyelidikan, pembangunan, dan inovasi. “Banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi dalam usaha menggabungkan kerjasama kesemua muzium dan galeri universiti awam. Namun, dengan penubuhan Jawatankuasa Majlis Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia (MyMUSE) merupakan satu langkah yang baik,” ujar beliau. Tambahnya lagi, persidangan tersebut diharap dapat meneraju usaha dalam menghadapi cabaran permuziuman masa kini dan menjadikannya sebagai pusat perkongsian ilmu khususnya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 35

Kolaborasi Pelajar dan Pensyarah Seni Halus

HASILKAN MURAL PERINDAH BANGUNAN WAWASAN

Oleh: Yong Marina

S

HAH ALAM – Seramai 10 orang pelajar Semester 5 dan 6 program Seni Halus dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah terlibat dalam aktiviti mural di sekitar kawasan Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam dengan penyeliaan Pensyarah Kanan, Dr Rafeah Legino yang juga merupakan Koordinator Pejabat Komuniti Penyelidikan (CoRe) Kemanusiaan, Reka Bentuk dan Kreativiti (HDC) bersama Pengarah iaitu Prof Madya Dr Shahriman Zainal Abidin. Pelajar yang telah terlibat secara langsung ialah seramai 5 orang iaitu Muhammad Zakwan Fahmi Mohd Noor Hamizi, Muhammad Izwan Rahimi, Muhammad Meor Masri, Muhammad Aiman Che Bongsu, dan Nurul Ain. Menurut pelajar yang terlibat secara langsung, penghasilan aktiviti mural tersebut telah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan. Tambahan lagi, mereka turut menghadapi beberapa cabaran dan kesukaran sepanjang proses penghasilan mural seperti kekangan masa, keadaan cuaca, ruang, dan permukaan tempat mural ini dihasilkan. “Kami mengambil tempoh masa sebulan bermula dari jam 3 petang sehingga jam 5 petang atau 7 petang dengan menggunakan media seperti cat dan ‘sealer’ bagi memastikan kualiti dan kondisi mural dapat dikekalkan dalam jangka masa yang panjang,” kata Muhammad Zakwan Fahmi. Dr Rafeah Legino dalam temubual yang diadakan menjelaskan, “Aktiviti mural seperti ini perlu dipertingkatkan lagi kerana dapat membantu proses memelihara dan memulihara penampilan binaan lama seperti di Bangunan Wawasan dan menceriakan lagi suasana dan persekitarannya.” Beliau turut menyatakan tujuan utama aktiviti mural ini dijalankan adalah untuk membentuk imej ikonik di Bangunan Wawasan sebagai salah satu keunikan dan tarikan pelawat. ~gesturz

36 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



Oleh: Aedie Azrul

INSPIRASI KAJIAN REALISASIKAN GALERI ISLAM NUSANTARA Oleh: Aedie Azrul

K

UCHING – Galeri Islam Nusantara, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Samarahan 2 telah dilancarkan pada 22 Mei 2019 yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Turut hadir semasa perasmian ialah Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Sri Safri Awang Zaidel; Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Haji Taha; Rektor UiTM Sarawak, Prof Dato’ Dr Jamil Hamali; beberapa tetamu kehormat, timbalan-timbalan Rektor UiTM, dan juga wakil dari Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), Aedie Azrul Abd Aziz. Tetamu kehormat telah dibawa untuk melihat artifak pameran seperti kitab-kitab lama dan hasil kajian berkaitan Wali Songo yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik dari UiTM Sarawak yang diketuai oleh Rektor UiTM Sarawak, Prof Dato’ Dr Jamil Hamali. Penyelidikan tersebut telah bermula sejak April 2014 dan masih berjalan sehingga kini. Hasil penyelidikan telah

berjaya menghasilkan dua buah buku, Travelog Kembara Wali Songo dan juga Sejarah dan Perkembangan Wali Songo. Turut menarik perhatian, galeri ini juga mempunyai replika makam dan hologram yang dihasilkan oleh warga UiTM Sarawak. Perasmian galeri ini disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta 600 orang staf dan pelajar UiTM Sarawak daripada pelbagai lapisan etnik. Majlis tersebut juga diserikan dengan penyampaian dan pengagihan sumbangan dana khas kepada pelajar yatim dan ibu tunggal dalam kalangan staf UiTM Sarawak. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 37

KHAT BASXII SERIKAN ‘GARDEN OF SYAWAL’

Perkongsian Seni Khat Kontemporari Oleh Ainun Jariah & Ahmad Rajaei Oleh: Yong Marina

S

Seni Khat pada tahun 2003, dan telah terlibat dengan pelbagai pameran seni al-Quran di dalam dan luar negara sejak dari tahun 2003 hingga 2018. Beliau turut menyertai kumpulan penulisan khat ‘selawat terpanjang’ untuk Malaysia Guinness Book of Record pada tahun 2015 sempena Pameran Putrajaya International Islamic Art & Culture Festival (PIIACUF 2015) dan pameran seni khat bersama Persatuan Seni Khat Kebangsaan.

Seminar Khat Basxii tersebut dimulakan dengan sesi pertama iaitu Kesenian, Sejarah dan Warisan Khat oleh Ainun Jariah dan diteruskan dengan sesi kedua dan ketiga oleh Ahmad Rajaei mengenai Peralat Khat dan Asas Penulisan serta Teknik Khat Gaya Naskh. Ainun Jariah memiliki Ijazah Sarjana Muda Grafik pada tahun 2002, Sijil Seni Khat pada tahun 2003 dan mempunyai bidang pengkhususan Seni Kaligrafi Islam, seni bina dan seni kontemporari Islam, rekaan manuskrip, lembaran mushaf al-Quran, serta ilustrasi grafik ‘Islamic Logo Design & Branding’; manakala Ahmad Rajaei pula memiliki Diploma

Khat Basxii telah mendapat sambutan mengujakan terutamanya dari kalangan pelajar antarabangsa. Salah seorang daripadanya, Surur Ibrahim Salleh; pelajar antarabangsa dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), menyatakan keterujaan beliau melalui komen entri yang dimuat naik di Instagram (menerusi akaun UiTM GESTURZ - @gesturzuitm); “It was an amazing experience and I’m glad to be part of it. (Ianya merupakan satu pengalaman yang luar biasa dan saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripadanya).” Menurut Kurator Kanan UiTM GESTURZ, Nurul Muzamel Rasidi, beliau menyatakan kegembiraan beliau terutamanya terhadap sambutan

HAH ALAM – ‘Garden of Syawal’ sempena menyambut bulan Ramadhan dan ulangtahun yang ke-12 UiTM GESTURZ telah dan diserikan dengan program bengkel Khat Basxii bersama pakar khat Ainun Jariah Yaacob dan Ahmad Rajaei Awang pada 24 Mei 2019. Seminar yang dihadiri oleh seramai 52 orang peserta itu merangkumi warga UiTM iaitu pelajar tempatan, antarabangsa, staf, dan juga orang awam.

38 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)

penyertaan yang luar biasa bukan sahaja dari kalangan warga UiTM malahan orang awam. Ianya dapat memberi pendedahan yang lebih meluas tentang UiTM GESTURZ kepada orang ramai. “Program ini merupakan satu inisiatif oleh pihak UiTM GESTURZ untuk memberi peluang yang sama kepada komuniti atau orang awam melalui sokongan yang telah diberikan dengan menyertai bengkel ini,” tambahnya lagi. Lebih

mengujakan, para peserta turut dibenarkan untuk membawa pulang kit khat yang disediakan oleh kedua-dua pakar bagi melatih asas penulisan khat para peserta. Tambahan pula, peserta turut mendapat cenderamata berupa tulisan nama berbentuk seni khat yang dihasilkan oleh pakar khat, Ahmad Rajaei. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 39

SHOWCASE ANIMATION PAMER KEHEBATAN SISWA ANIMASI Oleh: Aedie Azrul

S

HAH ALAM – Sebanyak 31 video animasi pendek telah dihasilkan oleh para siswa-siswi yang terdiri secara berkumpulan dan individu dari Jabatan Animasi, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Kampus Puncak Perdana sempena ‘Showcase Animation Kingdom Odyssey’ ke-12 pada 12 Jun 2019.

Dekan FiTA, Datuk Prof Dr Abdul Razak Mohaideen, dalam ucapan perasmiannya menyatakan keunikan pameran kali ini menampilkan kumpulan pertama para siswa dari Program 2u1i. Program ini merupakan satu inisiatif untuk membangunkan modal insan siswa-siswi melalui gabungan komponen latihan industri dengan pembelajaran akademik.

40 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



Sesi pertama pameran ini menampilkan karya-karya siswa-siswi di peringkat Sarjana Muda manakala sesi kedua menampilkan karya-karya siswa-siswi peringkat Diploma. Antara karya-karya yang dihasilkan adalah seperti ‘NightMare’,Dam Ular, Beku, ‘Chicken Out’, dan ‘Hope’ yang boleh memberi nafas baru kepada industri animasi Malaysia. Turut hadir di pameran tersebut ialah para pelajar dari Sekolah Menengah Kampong Jawa, Klang yang berpeluang menyaksikan sendiri proses awal penghasilan animasi di Ruang Experimental, FiTA. Beberapa rakan industri dari sektor animasi Malaysia juga turut kelihatan di acara ini antaranya seperti Tantoons, Studio Kamil, Inspedia, Dreamtix, Blindspot

Studios, Lil Criter, Chain-Fx, MFX, Lemon Sky dan juga produksi ternama yang popular dengan animasi Upin-Upin iaitu Les’ Copaque . Karya animasi yang dipamerkan turut dinilai oleh Pensyarah Kanan, Puan Siti Hajar Azam, dan juga Penolong Pengarah Animasi Les’ Copaque, Cik Salsabila. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pensyarah dari Jabatan Animasi, FiTA, UiTM Kampus Puncak Perdana di atas penganjuran ‘Showcase Animation Kingdom Odyssey’ kali ke-12. ~gesturz

gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 41

‘CURATING BEYOND THE WALLS’

BERI IMPAK DI PERSIDANGAN MUZIUM DAN GALERI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2019 Oleh: Yong Marina

P

ULAU PINANG – Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam telah menghadiri Persidangan Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia 2019 di Hotel Cititel, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh salah satu Jawatankuasa Muzium dan Galeri Universiti Awam Malaysia (MyMUSE) iaitu Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). Persidangan tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 April 2019 dan telah dirasmikan oleh Prof Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Ahli Lembaga Gabenor, USM seterusnya diikuti dengan ucaptama oleh Datuk Kamarul Baharin A Kassim, Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Persidangan ini telah

menampilkan seramai enam pembentang mewakili muzium dan galeri masing-masing termasuk UiTM GESTURZ. Mewakili UiTM GESTURZ, Encik Nurul Muzamel Rasidi, Kurator Kanan, telah memberikan pembentangan bertajuk ‘Curating Beyond the Walls’ mengenai fungsi dan peranan UiTM GESTURZ secara kuratorial dan aktiviti yang telah dijalankan. Pembentangan tersebut telah memberi sinergi berinspirasi kepada peserta persidangan yang hadir kerana kelainan yang ditampilkan oleh pihak UiTM GESTURZ yang tidak lagi menjalankan pengurusan operasi secara konvensional. Pengurusan kuratorial UiTM GESTURZ turut dijelaskan dengan lebih lanjut pada sesi pembentangan laporan status muzium dan galeri. Pihak UiTM GESTURZ berharap pembentangan di persidangan tersebut dapat memberi inspirasi dan menjadi aspirasi buat muzium dan galeri yang lain untuk menjalankan operasi mereka menggunakan teknik moden dengan penggunaan teknologi untuk kelihatan lebih futuristik dan tidak lagi dilabel sebagai konvensional. ~gesturz

42 | gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019)



gesturz quicknews edisi 7 (Jan - Jun 2019) | 43

Hak Cipta Terpelihara © Tidak dibenarkan menerbit semula dengan apa cara proses atau teknik tanpa permohonan dan kelulusan rasmi dari penerbit GESTURZ QUICKNEWS. GESTURZ QUICKNEWS adalah buletin yang diterbitkan secara berkala iaitu pada Jun dan Disember setiap tahun. Kumpulan Editorial GESTURZ QUICKNEWS berhak membuat suntingan terhadap artikel atau foto yang disumbangkan bersesuaian dengan konsep penerbitannya. Artikel atau foto yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pendapat penerbit. Sebarang pertanyaan sila hubungi penerbit GESTURZ QUICKNEWS. Penafian : Penelitian dan semakan terhadap kandungan penerbitan ini telah dibuat sebaik mungkin, walaubagaimanapun pihak penerbit memohon maaf dan tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan teknikal yang tidak disengajakan serta tidak dapat dielakkan.